Search This Blog

Monday, October 22, 2012

Wanita ditangkap khalwat kali kedua




MELAKA 21 Okt. - Seorang wanita berumur 28 tahun ditangkap khalwat bersama suami orang buat kali kedua dalam tempoh tidak sampai 12 bulan di rumahnya di Taman Semabok Jaya, di sini malam tadi.

Sepasukan pegawai syarak bersama beberapa penduduk kawasan perumahan itu dan anggota polis menangkap wanita berkenaan bersama seorang lelaki berumur 43 tahun di rumah wanita tersebut kira-kira pada pukul 8.30 malam.

Pegawai Syarak yang juga Imam Masjid Al-Abrar Semabok, Muhammad Taufik Khalil berkata, dia menerima panggilan telefon daripada penduduk taman itu pada waktu maghrib yang memaklumkan terdapat seorang lelaki bukan muhrim telah masuk ke rumah wanita yang masih belum berkahwin itu.

"Hasil daripada aduan itu, saya kemudian terus menghubungi Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIM) yang seterusnya meminta saya melakukan tangkapan dengan diiringi polis dan penduduk di kawasan itu," katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Kandang, di sini, malam tadi.

Menurut Muhammad Taufik, apabila tiba di rumah wanita berkenaan, dia melihat seorang lelaki memakai seluar jeans dan berbaju gelap bersama seorang wanita berseluar panjang keluar melalui pintu hadapan rumah tersebut sebelum dipanggil.

"Sejurus selepas itu, pihaknya terus menahan pasangan tersebut yang disyaki berkhalwat di dalam rumah berkenaan atas ketiadaan kedua-dua ibu bapa wanita tersebut yang sedang menunaikan haji di Mekah," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani yang mengesahkan kejadian itu memberitahu, kedua-dua pasangan tersebut ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan-kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkurung yang mendatangkan syak.

"Hasil semakan mendapati pasangan itu turut pernah ditahan beberapa bulan lepas dan kes pertama mereka juga masih belum diselesaikan malah belum sempat untuk didakwa ke Mahkamah Syariah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121022/dn_11/Wanita-ditangkap-khalwat-kali-kedua#ixzz2A2dvzLa5
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kapal kargo China terbakar



Tokyo: Anggota Pasukan Pengawal Pantai Jepun, semalam menyelamatkan semua 64 anak kapal China dari kapal kargo yang terbakar, walaupun hubungan kedua-dua negara terus tegang berikutan isu perebutan wilayah.

Pasukan pengawal pantai berkenaan sebelum itu menerima makluman daripada pihak berkuasa Taiwan kelmarin, yang melaporkan mengenai kebakaran kapal Ming Yang seberat 12,703 tan sebelum menghantar kapal peronda dan pesawat ke kawasan perairan 150 kilometer ke tenggara Okinawa. Menjelang jam 2.30 pagi semalam waktu tempatan, pasukan pengawal pantai berjaya menyelamatkan 21 anak kapal menggunakan rakit penyelamat, manakala 43 lagi terus berada di atas kapal itu, kata seorang pegawai.
Beliau berkata, semua anak kapal berjaya diselamatkan pada jam 3.47 pagi, dengan tiga daripada mereka cedera ringan.

Laporan menyatakan, ketua jurutera kapal yang berdaftar di Saint Vincent dan Granada itu terdengar bunyi letupan dari enjin utama kelmarin.

Anggota Pengawal Pantai Jepun melakukan rondaan berterusan di kawasan kepulauan, dikenali Senkaku di Jepun dan Daioyu di China, di bahagian barat kapal terbakar itu.

Pasukan itu mendakwa empat buah kapal China, belayar berhampiran kepulauan itu
Kapal itu sebelum ini dikesan belayar di kawasan sama dua bulan lalu, manakala beberapa bot memasuki perairan 12 batu nautika dari zon wilayah Jepun.

Ketegangan hubungan kedua-dua negara mencapai kemuncaknya pada pertengahan September lalu, apabila kerajaan Jepun membeli beberapa pulau yang menjadi rebutan.
AFP

Seorang maut, lapan cedera letupan bom



Narathiwat: Seorang askar Thailand terbunuh, manakala lapan lagi cedera dalam dua kejadian letupan bom di daerah Ba-Cho di Narathiwat, selatan Thailand awal semalam.

Ketua Polis Ba-Cho, Kolonel Pakdi Preechahon berkata, letupan berlaku kira-kira jam 9 pagi berhampiran kawasan Bare Tai di daerah Bacho. Letupan pertama membabitkan sebutir bom buatan sendiri diaktifkan menggunakan telefon bimbit, ketika lapan orang askar dari Narathiwat membuat rondaan menggunakan motosikal berhampiran Ban Chuwo. Tiga askar cedera dalam ketupan itu, katanya.
Beliau berkata, berikutan letupan itu, sepasukan enam orang askar berkejar ke tempat kejadian menggunakan kereta perisai.

Bagaimanapun ketika berada satu kilometer dari Ban Chuwo, sekumpulan militan bersembunyi di tepi jalan meletupkan tong gas seberat 50 kilogram yang disembunyikan di tengah jalan.

Letupan menyebabkan pemandu kereta perisai, Sarjan Israwut Palasak terbunuh, manakala lima askar lagi cedera.

Mereka dikejarkan ke Hospital Narathiwatratchanakarin untuk rawatan, katanya. Sementara itu pasukan tentera, polis dan unit keselamatan, meningkatkan kawalan keselamatan termasuk memasang kawat berduri menjelang upacara memperingati ulang tahun ke lima peristiwa Tak Bai.
Agensi

6,000 kes pemaju tipu pembeli



Puchong: Lebih 6,000 kes penipuan oleh pemaju perumahan dikesan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang turut didakwa membabitkan bank utama di negara ini.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata semua kes itu membabitkan pemaju tidak berlesen dengan pembeli yang terjebak hanya menyedari tertipu apabila mendapati tiada sebarang projek di lokasi dinyatakan, tetapi pada masa sama perlu membayar pinjaman kepada bank. Ada di antara mangsa diminta menjelaskan keseluruhan bayaran. Apabila tidak mampu berbuat demikian, mereka diisytiharkan muflis oleh bank. Kita mengesyaki ada di antara kakitangan bank bersubahat dengan pemaju itu menipu pembeli.
Agak mustahil untuk mana-mana pembeli menjelaskan keseluruhan jumlah harga rumah. Ini yang berlaku kepada beberapa pengadu dan apabila mereka gagal membayar, bank mengeluarkan notis muflis kepada mereka, katanya pada sidang media di sini semalam yang turut dihadiri lebih 300 pengadu kes berkenaan.

Sambil menyifatkan perkembangan itu sebagai zalim dan tidak boleh diterima akal, beliau berkata, kajian PPIM mendapati 40 peratus pengguna dari setiap 500 kes yang diterima, diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan saman dikenakan bank.

Apa yang dikesali, kebanyakan bank terbabit mengamalkan sistem perbankan Islam. Cuba jelaskan bagaimana perbankan Islam boleh jadi sekejam ini, katanya sambil menambah PPIM membuat laporan polis berhubung kes itu dan akan mengumpul bukti untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Maut kena 5 das tembakan



Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 72 tahun maut selepas ditembak di depan rumahnya ketika mahu keluar ke pasar bersama isteri dan pembantu rumah di Jalan Desa Permai, Jalan Klang lama di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.10 pagi, Foong Yen Chong, yang juga bekas jurujual insurans, mati di tempat kejadian selepas satu daripada lima tembakan mengenai bahagian bawah telinga kanan. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata mangsa yang memandu PERODUA MyVi dihalang sebuah PROTON Waja kelabu sebaik keluar pagar rumahnya.
Pemandu terbabit kemudian melepaskan lima das tembakan dari dalam kereta ke arah Yen Chong yang mengenai cermin depan dan cermin bahagian sisi sebelah kanan kereta mangsa.

Satu daripada tembakan itu mengenai mangsa. Isteri mangsa yang duduk di sebelahnya cedera ringan di kening kerana terkena serpihan cermin, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Wan Abdul Bari berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menunggu mangsa keluar dari rumah sejak awal lagi.

Suspek terus beredar selepas melepaskan tembakan. Polis sedang mengesan penjenayah terbabit serta motif pembunuhan itu, katanya. Polis meminta saksi tampil membantu siasatan.

Mayat Foong dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Komponen kenderaan curi RM60,000 ditemui



Melaka Tengah: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri dan melerai kenderaan dikenali Geng Syawal berikutan penahanan empat lelaki di sekitar daerah ini, kelmarin.

Berikutan penahanan suspek berusia antara 22 hingga 39 tahun, polis menyerbu sebuah bengkel kenderaan milik salah seorang daripada mereka di Duyong kira-kira jam 8 malam dan menemui komponen kereta bernilai kira-kira RM60,000. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata komponen kenderaan yang ditemui itu dipercayai membabitkan lapan kenderaan curi yang dileraikan.
Modus operandi geng itu adalah membeli kenderaan tempatan yang dicuri sebelum meleraikan dan menjualnya semula.

Dengan tertangkapnya keempat-empat suspek, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes curi kenderaan tempatan seperti PROTON Saga dan Iswara, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.

Salehhuddin berkata, dua suspek yang berusia 39 dan 34 tahun mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah, mendatangkan kecederaan dan dadah.

Semua suspek ditahan reman empat hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Pelajar sekolah agama hilang ketika berkelah



Kuantan: Kegembiraan 11 sahabat berkelah di kawasan air terjun Hutan Lipur Berkelah di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, kelmarin.

Mayat Farhan Faiz Fadil, 19, pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Irshad, Batu 3 Jalan Gambang di sini, yang lemas kira-kira jam 4 petang, ditemui jam 10.05 pagi semalam. Mangsa yang berasal dari Kampung Kempadang, Sungai Soi di sini, gagal menyelamatkan diri apabila dibawa arus deras ketika berenang bersama rakannya.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Aziz Ahmad, berkata beberapa rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi gagal kerana kawasan air terjun yang berbatu dan dalam.

Berikutan itu, rakannya menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta anggota dari Balai Bomba Gambang dimulakan jam 5.15 petang, tetapi terpaksa dihentikan jam 9 malam berikutan cuaca buruk dan gelap.

Operasi mencari bagaimanapun diteruskan pagi ini (semalam).
Mayat mangsa berjaya ditemui jam 10.05 pagi, katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Remaja dakwa diseterika bapa



Seremban: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua di sini, cedera dipercayai didera bapanya menggunakan seterika dalam kejadian di rumah mereka di Kuala Sawah, Jumaat lalu.

Kejadian itu disedari guru pelajar berusia 14 tahun itu yang melihat kesan lecur di muka dan badannya. Pelajar terbabit kemudian mengaku dia sering didera bapanya yang juga seorang pemandu lori berusia 50-an.
Sumber berkata, guru pelajar itu kemudian merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menghubungi polis bagi membolehkan remaja berkenaan mendapatkan rawatan.

Katanya, mangsa yang kini trauma dengan kejadianberkenaan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

"Sebaik menerima laporan, polis telah memburu suspek sebelum menahannya di rumah. Suspek kini ditahan reman untuk tindakan lanjut sebelum didakwa di mahkamah esok (hari ini)," katanya.

Penduduk terpaksa tadah air hujan



Beberapa orang penduduk menunjukan isyarat tiada air ketika ditemui di Felda Palong Satu, Jempol, semalam.
JEMPOL 21 Okt. - Penduduk di Felda Palong Satu dekat sini berhadapan dilema apabila bekalan air diterima mereka seringkali terputus, malah ada yang merungut jarang menerimanya secara terus dalam tempoh 24 jam.
Kata penduduk, Abd. Aziz Abdul Hamid, 72, bekalan air yang diterimanya tidak menentu dan lebih malang keadaan paip usang yang seringkali pecah menyebabkan penduduk mula hilang sabar.
''Kami jarang menerima air dalam tempoh 24 jam secara terus. Lebih malang, kerap juga paip di sini pecah dan ini memeningkan kepala kami," katanya di sini hari ini.
Tambahnya, masalah itu perlu diselesaikan walaupun Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) telah menghantar lori tangki untuk menyalurkan bekalan air.
''Sampai bila lori tangki akan berada dalam kawasan Felda ini. Cukuplah, bantulah kami. Lagipun tidak semua yang mendapat bekalan ini," dakwanya.
Seorang lagi penduduk, S. Musliadi Sabtu, 36, mendakwa, perkara itu telah diajukan kepada Sains tetapi menerima jawapan hampa.
''Alasan mereka, paip selalu pecah dan untuk menukarnya, ia memerlukan masa yang lama. Kami faham masalah itu, tetapi berikanlah keutamaan kepada penduduk di sini," ujarnya.
Tegasnya, penduduk sudah mula rimas dengan isu bekalan air dan sudah sampai masanya kerajaan melihat alternatif yang lebih tersusun pada waktu ini supaya penduduk tidak terputus air pada saat mereka memerlukannya.
Bagi Ngaesah Md. Deni, 55, masalah itu bukanlah isu baru tetapi perkara yang berpanjangan.
''Kami mahukan kehidupan yang selesa, apatah lagi bekalan air sudah menjadi keperluan asas kepada penduduk. Selesaikanlah isu ini," katanya.
Menurut penduduk, mereka sedar kerajaan mempunyai perancangan jangkamasa panjang untuk meningkatkan kawasan loji mahupun empangan, tetapi keperluan segera itu perlulah difikirkan dengan lebih efisien.
''Contohnya, perayaan Aidiladha akan tiba dan masalah air akan timbul lagi. Yang ini perlulah diberi perhatian," katanya.
Mohd. Burhanuddin Mohd. Ali Napiah, 32 berkata, penduduk di sini amat berharap masalah air itu mendapat perhatian daripada kerajaan.
''Ada kalanya kami menadah air hujan untuk kegunaan seharian. Bantulah kami selesaikan segera masalah bekalan air yang tidak menentu ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121022/ws_01/Penduduk-terpaksa-tadah-air-hujan#ixzz2A2aZG6YY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mabuk, pecah kereta, larikan barang berharga



KLUANG 19 Okt. - Sekumpulan lelaki, termasuk remaja berusia 15 tahun bukan sahaja mengambil arak, malah turut menggunakan botol minuman keras itu untuk memecahkan cermin kenderaan bagi mencuri barangan berharga.
Kumpulan itu dipercayai terlibat sekurang-kurangnya dalam enam kes dengan menggunakan taktik itu di Simpang Renggam dekat sini.
Difahamkan, mereka minum arak bagi menghilangkan rasa takut ketika mencuri selain bertujuan mengelirukan pihak berkuasa seolah-olah perbuatan itu dilakukan orang mabuk.
Bagaimanapun, kecekapan polis berjaya menahan remaja berusia 15 tahun itu kira-kira pukul 1 pagi di Taman Putrimas, Simpang Renggam, pada 12 Oktober lalu iaitu setengah jam selepas suspek dan rakan-rakannya melakukan jenayah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang mangsa yang mengadu cermin belakang kenderaan Kia Sportage miliknya dipecahkan pukul 12.30 tengah malam.
"Bertindak hasil maklumat, polis yang melakukan rondaan menemukan sekumpulan lelaki sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan dan setelah dihampiri mereka melarikan diri.
"Namun, salah seorang daripada mereka iaitu remaja berusia 15 tahun itu berjaya ditahan dan pemeriksaan menemukan tujuh botol kaca minuman keras dalam raga motosikal ditunggangnya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Abdul Majid berkata, suspek mengaku terlibat dalam enam kes melibatkan modus operandi sama iaitu membaling atau menggunakan muncung botol untuk memecahkan cermin kenderaan sebelum melarikan barangan berharga.
Kumpulan itu tidak memilih mangsa atau jenis kereta, sebaliknya tindakan dilakukan seandainya mereka yakin ada peluang untuk melakukan jenayah itu.
Remaja yang tinggal di Simpang Renggam itu didapati tidak lagi bersekolah dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(2)(b) Akta Kesalahan Kecil 1955.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20121020/wj_02/Mabuk-pecah-kereta-larikan-barang-berharga#ixzz2A2aKNewX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis, JPJ rampas rokok seludup bernilai RM100,000



ABDUL Majid Mohd. Ali (tengah) menunjukkan sebahagian daripada rokok yang dirampas dalam sidang akhbar di Kluang, Johor, semalam.
KLUANG 19 Okt. - Polis dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya merampas 11,320 karton rokok seludup jenis Nusantara Hijau dan Suria dianggarkan bernilai RM100,000 di Sri Lalang di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, pihak JPJ yang melakukan rondaan menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan pukul 10.15 pagi.
Beliau berkata, lori itu dipercayai menggunakan sijil Puspakom dan cukai jalan palsu menyebabkan JPJ menahan pemandu dan kenderaan tersebut di Pejabat JPJ cawangan Kluang di Sri Lalang.
"Semasa pemeriksaan dokumen dijalankan, pemandu lori berusia 36 tahun yang beralamat di Sungai Rengit, Pengerang telah menghilangkan diri," ujarnya di sini hari ini.
Abdul Majid berkata, JPJ telah menyerahkan lori tersebut kepada polis untuk siasatan lanjut.
"Pemeriksaan di dalam lori menemukan rokok tersebut yang dianggarkan bernilai RM100,000 dan usaha giat dijalankan untuk mengesan pemandu terbabit bagi membantu siasatan," katanya.
Tambah beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20121020/wj_03/Polis-JPJ-rampas-rokok-seludup-bernilai-RM100000#ixzz2A2aAi6oH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Keluarga guru ketakutan rumah disimbah cat merah



SITI Noor Sidin Ahmad menunjukkan kesan simbahan cat di rumah mereka di Jalan Kenanga, Tanam Sabariah, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.
KOTA BHARU 20 Okt. - Seorang guru bersama lima anaknya kini diselubungi ketakutan selepas rumah mereka di Jalan Kenanga, Tanam Sabariah dekat sini disimbah cat merah malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 11 malam itu mengakibatkan kereta, lantai serta tiang rumah milik Siti Noor Sidin Ahmad, 40, dikotori cat tersebut.
Siti Noor Sidin memberitahu, kejadian itu disedari selepas anak sulungnya, Amirul Azim Zulkifli, 13, melihat ada sebuah kereta jenis Perodua Kancil berhenti di hadapan pintu pagar rumah mereka.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kecil. Saya terus membuka pintu dan terkejut apabila terhidu bau cat.
"Saya kemudian memeriksa sekitar kawasan rumah dan mendapati kereta, lantai serta tiang dipenuhi dengan cat merah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahnya, dia terus menghubungi suaminya, seorang pensyarah di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim Perak, Zulkifli Yaacob untuk memaklumkan kejadian tersebut.
Siti Noor memberitahu, selesai menghubungi suaminya itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira pukul 11.30 malam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dan memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121021/je_03/Keluarga-guru-ketakutan-rumah-disimbah-cat-merah#ixzz2A2ZnXPMr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat bayi lelaki baru lahir dalam loji kumbahan



KUALA LUMPUR 20 Okt. - Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam loji kumbahan Indah Water Konsortium di Taman Medan, Batu 5 di Sentul di sini hari ini.
Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui seorang pekerja IWK yang sedang melakukan pemeriksaan rutin di salah satu pembetung di situ kira-kira pukul 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pada mulanya pekerja itu menyangkakan objek ditemuinya sampah namun setelah diteliti objek itu adalah mayat bayi.
"Polis sedang menyiasat sama ada bayi malang itu dibuang dalam kolam pembetung atau dihanyutkan dari kawasan perumahan berdekatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, satu rangka manusia dipercayai penagih dadah ditemui di sebuah kawasan pembinaan pusat komersial di Jalan Ipoh kira-kira pukul 11 pagi ini.
Zakaria memberitahu, rangka itu ditemui oleh pekerja yang membersihkan kawasan itu.
"Setakat ini kita belum dapat mengesan identiti mayat itu kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya. Polis juga percaya rangka itu sudah sebulan berada di kawasan itu," katanya.
Tambahnya, polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut kerana tidak menemui sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.
"Mayat bayi dan rangka itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121021/je_02/Mayat-bayi-lelaki-baru-lahir-dalam-loji-kumbahan#ixzz2A2ZcIcvv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3,352kg minyak masak bersubsidi dirampas



Antara hasil rampasan minyak masak bersubsidi oleh Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK di sebuah gudang di Taman Perwira Simpang Ampat, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam. - MINGGUAN/ISMAIL KAMADIN
NIBONG TEBAL 20 Okt. - Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang merampas sebanyak 3,352 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM8,000 dalam serbuan di sebuah gudang di Taman Perwira di Simpang Ampat di sini hari ini.
Serbuan pada pukul 8.30 pagi yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa, K. Muniandy bersama-sama enam orang anggota itu dilakukan hasil maklumat orang awam.
Sindiket itu dipercayai membeli minyak masak bersubsidi dalam paket seberat satu kilogram dan botol lima kilogram di pasaran sebelum dipindahkan ke dalam tong untuk dijual kepada industri dengan harga tinggi.
Ketua Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan PPDNKK negeri, Abdul Rosik Yaakub berkata, serbuan dilakukan setelah pihaknya menjalankan risikan di gudang yang beroperasi di belakang sebuah bengkel membaiki kenderaan sejak dua minggu lalu.
Katanya, semasa serbuan dilakukan, gudang itu kosong dan pihaknya terpaksa memecahkan pintu untuk memasuki gudang tersebut yang berkunci.
"Kita menemui sebahagian tong berisi minyak dan minyak masak dalam paket satu kilogram yang masih disimpan di situ sebelum ia dipindahkan ke dalam tong untuk dipasarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Abdul Rosik berkata, sindiket itu dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu dan mengaut keuntungan kerana minyak masak yang dijual kepada industri boleh mencecah harga lebih RM3 bagi sekilogram.
Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barangan tanpa lesen dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20121021/wu_01/3352kg-minyak-masak-bersubsidi-dirampas#ixzz2A2ZG7orx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis kenal pasti penyamun



KOTA BHARU 21 Okt. - Polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes cubaan samun seorang peniaga kedai runcit di Kampung Batu 6, Jalan Lapang Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini pada Rabu lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya kini giat mengesan suspek terbabit.
"Semua suspek sudah dikenal pasti dan polis sedang berusaha mengesan kedudukan mereka. Mereka tak boleh lari ke mana, sama ada cepat atau lambat sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis tamat latihan dan pentauliahan Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan empat penyamun bersenjatakan pistol berputih mata apabila gagal melarikan seutas gelang emas kepunyaan pemilik sebuah kedai runcit selepas barang kemas bernilai RM2,500 itu tercicir semasa mereka melarikan diri.
Dalam kejadian itu, suspek melepaskan tembakan ke udara sebelum melarikan diri dengan kereta Perodua MyVi dan siasatan awal polis mendapati, kesemua suspek dipercayai kumpulan sama yang menembak seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan sebelum ini.
Sementara itu, Jalaluddin memberitahu, seramai 850 anggota SSP akan dilantik bagi memenuhi kekosongan jawatan menjelang penghujung tahun ini bagi membantu tugas polis dalam membanteras jenayah.
"Tiga siri temuduga telah dilakukan dan senarai pendek calon juga telah dibuat. Jawatan ini mendapat sambutan kakitangan kerajaan dan swasta termasuk peniaga.
"Khidmat mereka akan digunakan untuk tugas-tugas seperti kawalan keselamatan, rondaan motosikal, operasi tertutup dan sekatan jalan raya," kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121022/wt_02/Polis-kenal-pasti-penyamun#ixzz2A2YyfaC8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 pemilik Petknode dijel tiga bulan



SHAH ALAM 19 Okt. - Dua pemilik sebuah pusat jagaan haiwan peliharaan terpaksa meringkuk di penjara selama tiga bulan atas kesalahan menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap 30 ekor kucing ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun lalu.
Mahkamah Tinggi di sini yang membuat keputusan tersebut semalam turut mengekalkan hukuman denda RM6,000 setiap seorang terhadap Shahrul Azuan Adanan, 30, dan Yushairi Khairuddin, 29, kerana perbuatan mereka itu.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad mewakili pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang hanya menjatuhkan hukuman denda.
Hukuman penjara tersebut berkuat kuasa semalam selepas Hakim Abdul Rahman menolak permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman berkenaan.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Syariful Nizam Shahruddin.
Hakim Abdul Rahman ketika membaca keputusannya menyatakan, majistret terbabit telah terkhilaf apabila memutuskan seseorang individu yang telah berlaku zalim dengan cara tidak memberi penjagaan dan penyeliaan kepada haiwan terbabit, tidak boleh dihukum penjara tanpa diberikan pilihan untuk didenda terlebih dahulu.
Menurut beliau, Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 terdiri daripada dua cabang iaitu kezaliman ke atas haiwan dan ke atas pemilik.
Oleh itu, menurut Hakim Abdul Rahman, kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh termaktub di bawah cabang kedua yang membolehkan hukuman penjara dikenakan ke atas mereka.
Pada 28 Jun lalu, Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman denda RM200 bagi setiap 30 pertuduhan yang dihadapi oleh Shahrul Azuwan dan Yushairi menjadikan keseluruhan denda berjumlah RM6,000.
Hukuman tersebut dijatuhkan selepas kedua-dua tertuduh masing-masing menukar pengakuan kepada bersalah atas kesemua pertuduhan itu.
Mereka mengaku mengabaikan tanggungjawab memberi makan dan minum sehingga menyebabkan kesakitan serta penderitaan terhadap 30 ekor kucing yang ditinggalkan 10 pemiliknya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun lalu.
Kejadian didakwa berlaku di Petknode Online Pet Store, No. F001B, Aras 1, Plaza Seasons Square, Jalan PJU 10/3, Damansara Damai, di sini antara 3 dan 4 September tahun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.
Denda RM6,000 itu telah dibayar pada hari yang sama keputusan dibuat oleh Mahkamah Majistret.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121020/ma_04/2-pemilik-Petknode-dijel-tiga-bulan#ixzz2A2Yl0ElU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas majistret dipenjara hari ini kerana rasuah


Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 22 Okt. - Bekas Majistret Kuala Krai, Kelantan, Mohd. Firdaus Ramlan kekal menjalani hukuman penjara tiga tahun dan denda berjumlah RM40,000 atas dua kesalahan rasuah selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.
Pegawai kehakiman berusia 30 tahun itu dipenjarakan bermula hari ini.
Sebelum ini, mahkamah terdahulu membenarkan pelaksanaan hukuman terhadapnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan akhirnya dilupuskan.
Demikian keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Datuk Abdul wahab Patail dan Mah Weng Kwai.
Pada 3 Oktober 2010, Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 bagi pertuduhan pertama serta penjara tiga tahun dan denda RM25,000 bagi tuduhan kedua.
Mohd. Firdaus diwakili oleh peguam Datuk Shukri Mohamed manakala Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa mewakili pihak pendakwaan. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121022/ma_02/Bekas-majistret-dipenjara-hari-ini-kerana-rasuah#ixzz2A2YNPxIr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kanak-kanak mati dicekik



KLANG 20 Okt. - Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai dicekik dan dipukul dua lelaki warga Kemboja di Kampung Sungai Udang di sini malam tadi.
Mayat Syed Rasikin Syed Ismail ditemui bapanya yang berusia 35 tahun dalam keadaan berbungkus dalam semak di belakang rumah suspek kira-kira pukul 10 malam.
Mangsa ditemui susulan tindakan bapanya bersama penduduk kampung mencari selepas kanak- kanak tunggal itu tidak pulang ke rumah sejak bermain seorang diri di sekitar kediamannya kira-kira pukul 6 petang.
Difahamkan, bapa mangsa bersama ibunya yang dikenali sebagai Asimas, 30, kedua-duanya warga Kemboja mengenali suspek kerana bekerja sebagai tukang jahit di sebuah rumah.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini dan ibu bapanya telah diarahkan supaya menghantar mayat ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
Bagaimanapun katanya, ibu bapa mangsa tidak menghantar mayat anaknya itu ke HTAR sebaliknya membawa pulang Syed Rasikin ke rumah untuk bacaan Yasin.
Kata beliau, seorang jiran mencurigai kematian kanak-kanak itu dan menghubungi polis manakala siasatan yang dijalankan mengesyaki wujud unsur jenayah.
"Berikutan kejadian itu, polis hari ini menahan dua suspek berusia 19 dan 21 tahun dan seorang daripadanya mengaku ada menampar mangsa kerana tidak tahan diejek 'gila'.
"Suspek kedua pula disyaki membungkus kanak-kanak itu di dalam kain dan membuang mangsa di bawah pokok sukun dekat rumah mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Mohamad, siasatan juga berjaya mengesan kain yang digunakan untuk membungkus mangsa adalah sama dengan kain yang terdapat di rumah yang dihuni oleh suspek.
Pada masa yang sama katanya, berdasarkan hasil bedah siasat ke atas mangsa, pihaknya HTAR sebab kematian adalah lemas dipercayai dicekik selain terdapat kesan kuku pada leher kanan.
"Polis percaya mangsa dipukul di dalam rumah yang dihuni suspek," kata beliau sambil menambah kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jenazah kanak-kanak tersebut selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini petang ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121021/je_01/Kanak-kanak-mati-dicekik#ixzz2A2YCN0fH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peguam turut diugut bunuh



KUALA LUMPUR 21 Okt. - Seorang peguam terkenal yang berjaya membawa satu kes penipuan tuntutan insurans ke mahkamah pernah menerima ugutan sekiranya beliau tetap meneruskan kes mahkamah.
Beliau yang ketika itu berada di sebuah negeri di Pantai Timur sedang menguruskan kes membabitkan pampasan jutaan ringgit menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memberinya tempoh sehingga keesokan hari untuk dia kembali ke ibu negara.
Bimbangkan keselamatan dirinya, peguam itu terpaksa bergegas mengambil penerbangan pulang ke ibu negara.
Pihak polis akhirnya berjaya mengesan 'firma' yang mengugut beliau.
Beliau kemudiannya kembali ke negeri itu untuk meneruskan kes tetapi sehingga kini telah berbelas tahun kes tersebut masih tergantung begitu sahaja di mahkamah.
Dengan kata lain, penipuan ditutup begitu sahaja dan gagal untuk dihukum.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20121022/lk_03/Peguam-turut-diugut-bunuh#ixzz2A2Xr9Mwt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas majistret dipenjara hari ini kerana rasuah



PUTRAJAYA 22 Okt. - Bekas Majistret Kuala Krai, Kelantan, Mohd. Firdaus Ramlan kekal menjalani hukuman penjara tiga tahun dan denda berjumlah RM40,000 atas dua kesalahan rasuah selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.
Pegawai kehakiman berusia 30 tahun itu dipenjarakan bermula hari ini.
Sebelum ini, mahkamah terdahulu membenarkan pelaksanaan hukuman terhadapnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan akhirnya dilupuskan.
Demikian keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Datuk Abdul wahab Patail dan Mah Weng Kwai.
Pada 3 Oktober 2010, Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 bagi pertuduhan pertama serta penjara tiga tahun dan denda RM25,000 bagi tuduhan kedua.
Mohd. Firdaus diwakili oleh peguam Datuk Shukri Mohamed manakala Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa mewakili pihak pendakwaan. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121022/ma_02/Bekas-majistret-dipenjara-hari-ini-kerana-rasuah#ixzz2A2KvMZ5u
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita warga emas mati dibunuh



MIRI 21 Okt. - Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan tertiarap di hadapan televisyen bilik tidurnya di Desa Indah di sini semalam.
Mayat Undang Dana, 80, ditemui kira-kira pukul 8.30 malam oleh menantunya yang dikenali sebagai Elien, 41, sebelum menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kok Keong berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan tikaman di beberapa bahagian badan dipercayai menggunakan senjata tajam.
Katanya, mangsa yang tinggal bersendirian ketika kejadian dipercayai bergelut dengan penjenayah yang cuba melarikan beberapa barangan berharga miliknya.
"Siasatan awal polis mendapati rantai milik mangsa turut dilarikan pencuri.
"Polis turut mendapati terdapat beberapa kesan darah yang menunjukkan mangsa bergelut dengan pencuri di dua buah bilik rumah berkenaan," katanya.
Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121022/je_02/Wanita-warga-emas-mati-dibunuh#ixzz2A2N5tCBr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

26 pelajar terbunuh bas terbalik di Iran



DUBAI 21 Okt. - Sekurang-kurangnya 26 pelajar perempuan sebuah sekolah tinggi di Iran terbunuh setelah kenderaan yang mereka naiki terbalik, dalam satu kejadian di barat daya negara ini, kelmarin.
Menurut media tempatan Iran, 18 lagi pelajar cedera ketika bas yang sedang dalam perjalanan dari bandar Borujen terbalik ketika melalui jalan antara Izeh dan Lordegan, kira-kira 700 kilometer dari barat daya Teheran.
``Bas itu dipercayai dipandu laju ketika melalui jalan raya yang licin sekali gus menjadi punca kepada kemalangan tersebut,’’ kata peronda lebuh raya, Kolonel Samad Esfandiari, semalam. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121021/lu_09/26-pelajar-terbunuh-bas-terbalik-di-Iran#ixzz2A2NO0261
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tonto himpit kereta JPJ




         
IPOH: Puluhan kereta tonto mengekori pihak berkuasa terutama anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di negeri ini, dilengkapi peralatan komunikasi canggih sebaik anggota penguatkuasa itu keluar bertugas.

Malah lebih teruk, tonto dengan beraninya ‘berkampung’ di luar pekarangan ibu pejabat JPJ Perak seolah-olah sengaja mencabar pihak berkuasa.


Sumber JPJ berkata, kumpulan tonto itu bertindak sebagai pelindung pelbagai kegiatan haram, termasuk sindiket curi pasir, perlombongan atau pembalakan haram, lori hantu, penjualan cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan pelbagai jenayah lain.

Menurutnya, tonto terbabit bukan sahaja bersikap samseng, tetapi kini lebih berani dengan menyerang dan mencederakan pihak berkuasa yang menjalankan tugas.


“Kumpulan tonto bukan sahaja menjadi ‘orang hadapan’ memberi maklumat kepada pelanggan mereka mengenai kehadiran anggota penguatkuasa, malah berani mencabar, menghalang malah mengugut anggota penguatkuasa.


“Mereka dibayar sindiket antara RM50 dan RM100 sehari, malah ada turut dibekalkan minyak oleh tauke setiap hari demi memastikan misi mengawasi pergerakan pihak berkuasa berkesan,” katanya.

Kebanyakan tonto berkerja mengikut syif siang dan malam dengan menunggu di luar pejabat JPJ dan akan mengekori serapat 0.3 meter dari kenderaan penguatkuasa yang keluar melakukan operasi.


“Identiti kumpulan samseng ini mudah dikenal pasti kerana menggunakan kenderaan mempunyai banyak antena pada bumbung supaya memudahkan mereka menggunakan walkie-talkie selain menghantar maklumat kepada pemandu lori supaya mengelak menggunakan laluan yang ada pihak berkuasa.

“Kegiatan kumpulan samseng ini yang sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu, sudah banyak kali didedahkan media. Malangnya mereka semakin berani melakukan provokasi dan mengugut pihak berkuasa,” katanya.


Terbaru, kumpulan tonto bertindak menghimpit kenderaan JPJ yang mengejar sebuah lori membawa muatan berlebihan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) sebelum pemandu lori berkenaan membuang muatan tanah dibawanya di atas jalan utama berhampiran Taman Gemilang, di sini.

Budak cedera terkena hayunan topi keledar bapa




         
GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera di kepala terkena topi keledar yang dihayun bapanya sendiri di sebuah flat di Farlim, Air Itam, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa terpaksa menerima beberapa jahitan angkara tindakan bapanya yang berang selepas bertengkar dengan ibu mangsa.


Menurut sumber, bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pergi ke rumah berkenaan untuk mengambil kanak-kanak itu ke tempat kerjanya.

“Sudah menjadi kebiasaan lelaki itu untuk mengambil anaknya di rumah selepas waktu persekolahan dan membawanya ke tempat kerja.


“Bagaimanapun, pada hari kejadian, ibu mangsa enggan membenarkan anaknya mengikut suami sebelum berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya.


Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit sudah berpisah dan tidak lagi tinggal serumah sejak beberapa tahun lalu dan bapa mangsa akan bergilir-gilir menjaganya.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit juga dikatakan sempat melepaskan tumbukan hingga terkena mata bekas isterinya hingga lebam.


“Mangsa yang ketika itu baru pulang dari sekolah enggan mencampuri urusan ibu bapanya dan mengambil keputusan masuk ke bilik.

“Bagaimanapun, belum sempat mangsa masuk ke bilik, secara tiba-tiba bapanya yang berang menghayunkan topi keledar lalu terkena kepala mangsa,” katanya.


Menurutnya, kesan hayunan topi keledar itu menyebabkan kepala mangsa berdarah sebelum dikejarkan ke hospital oleh ibunya dan ahli keluarga lain.


“Mangsa bagaimanapun bernasib baik dan hanya menerima beberapa jahitan di kepala sebelum dibenarkan pulang oleh doktor,” katanya.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.


Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan ibu dan bapa mangsa dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Lori, beras lesap



Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
         
RANTAU: Seorang pemilik gudang simpanan beras mendakwa kerugian ribuan ringgit selepas premis miliknya dipecah masuk penjenayah yang melarikan lori seberat 10 tan bersama 2,000 kampit beras di Pekan Rantau, dekat sini, semalam.

Kejadian disedari kira-kira jam 7 pagi apabila pengurus gudang dikenali sebagai Kang, 21, menerima panggilan daripada kenalannya memaklumkan pintu gudang berkenaan terbuka. “Sebaik menjenguk ke dalam, saya terkejut sebaik melihat lori bersama sebahagian kampit beras hilang.


“Malah, ruang pejabat berselerak dengan barangan manakala kamera litar tertutup turut dilarikan penjenayah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Menurutnya, gudang berusia hampir 12 tahun itu tidak pernah dipecah masuk sebelum ini dan mengesyaki penjenayah orang yang dikenali kerana mengetahui selok- belok gudang itu. “Perompak menuju ke laci berisi wang tunai RM1,000 dan tidak mengusik barangan lain, bermakna dia mengetahui tempat saya menyimpan wang.


“Malah, penjenayah mencabut fius utama elektrik bagi memadamkan lampu sebelum menggeledah dan melarikan lori,” katanya.


Kang berkata, gudang simpanan beras itu untuk pasaran di negeri ini dan 2,000 kampit berkenaan untuk edaran sekitar Seremban. “Penjenayah memasuki premis ini dengan mengumpil kunci pada pintu utama bagi mengelak dilihat orang ramai.

“Jumlah kerugian dianggarkan ribuan ringgit berikutan masih dalam proses mengira stok beras yang ada,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Ambil peluang berkhalwat



Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
         
MELAKA: Seorang wanita dipercayai sanggup mengambil kesempatan untuk berdua-duaan dalam rumah bersama pasangannya ketika ketiadaan ibu bapanya yang menunaikan haji di Makkah sebelum mereka dicekup di Taman Semabok Jaya, kelmarin.

Difahamkan, perbuatan wanita berkenaan disedari jiran berdekatan yang melihat kelakuan mencurigakan seorang lelaki berusia 40-an yang memasuki rumah didiami wanita berusia lewat 20-an itu.
Bertindak atas maklumat itu, penduduk setempat diketuai Imam Masjid Al-Abrar Semabok, Muhammad Taufik Khalil melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menemui pasangan berkenaan di kawasan rumah berkenaan jam 8.30 malam.

Muhammad Taufik berkata, beliau dimaklumkan perkara itu apabila dihubungi seseorang ketika berada di masjid, jam 7.15 malam.


“Individu itu memberitahu yang seorang lelaki dilihat memasuki rumah wanita berkenaan dalam keadaan mencurigakan, selain turut menutup pintu pagar.

Bayi cedera otak dipercayai terjatuh




          
SIBU: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan kini bertarung nyawa selepas mengalami kecederaan otak dipercayai terjatuh ketika dalam jagaan pengasuhnya, sejak empat hari lalu.

Difahamkan, kejadian disedari ibu kanak-kanak itu berusia 38 tahun yang membuat pemeriksaan di Hospital Sibu (HS), kelmarin.


Sumber berkata, ibu kanak-kanak malang itu yang juga guru di sebuah sekolah di Jalan Teku, di sini, sebelum itu diberitahu kanak-kanak berkenaan muntah dan pengsan oleh pengasuh yang menjaganya.

“Terkejut dengan panggilan itu, wanita berkenaan bergegas pulang dan terus menghantar anaknya ke sebuah klinik di Jalan Teku. Bagaimanapun, petugas klinik terbabit mendapati keadaan bayi agak serius sebelum menasihatkan wanita itu merujuk anaknya ke HS untuk rawatan lanjut,” katanya.


Katanya, selepas dua hari ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor memaklumkan bayi itu mengalami kecederaan di bahagian otak, kelmarin.


“Wanita terbabit cuba mendapat penjelasan, namun pengasuh itu mendakwa tidak mengetahui punca bayi berkenaan mengalami masalah itu.

“Berikutan itu, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Sentral, jam 11 malam kelmarin dan meminta polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca bayi itu mengalami kecederaan dalaman,” katanya.


Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan pengasuh bayi malang itu, namun tiada tangkapan dibuat sehingga kini.

Dilanggar, disapu trak pembersih jalan




         
TOKYO: Seorang lelaki tua terbunuh selepas sebuah trak pembersih jalan melanggarnya dan mayatnya ‘disapu’ hingga kawasan pembuangan sampah.

Mayat yang polis yakin lelaki berusia 69 tahun ditemui oleh seorang pekerja di Teluk Tokyo dalam longgokan sampah yang dibawa oleh trak berkenaan, lapor akhbar tempatan.


Lelaki itu dipercayai sedang berbaring di jalan raya pada awal pagi apabila dia dilanggar.

Rangkaian Berita Fuji melaporkan, kasut milik mangsa ditemui di jalan raya itu sementara semua tulang mayat itu patah.


Pemandu trak memberitahu polis, dia tidak menyedari sesuatu yang ganjil ketika mengendalikan kenderaan itu. - AFP

Pengawal pantai Jepun selamatkan kelasi China dari kapal terbakar




         
TOKYO: Pengawal pantai Jepun menyelamatkan 64 kelasi China daripada kapal yang terbakar semalam, walaupun kedua-dua negara itu masih belum mencapai persetujuan mengenai pulau yang menjadi rebutan.

Pengawal pantai diberitahu oleh pihak berkuasa Taiwan kelmarin mengenai kebakaran di atas kapal Ming Yang dan menghantar kapal peronda ke tempat kejadian, kira-kira 150 kilometer daripada Okinawa.
Pada jam 2.30 pagi, kapal pengawal pantai Jepun menyelamatkan 21 orang yang berjaya menyelamatkan diri menggunakan rakit keselamatan sementara 43 orang lagi masih berada di atas geladak kapal yang terbakar yang didaftarkan di Saint Vincent dan Grenadines.

Semua kelasi China itu diselamatkan pada jam 3.47 pagi. Tiga di antara mereka mengalami luka kecil, kata pengawal pantai.


Ketua jurutera kapal itu dilaporkan mendengar bunyi seperti letupan daripadan enjin utama petang kelmarin.


Pengawal Pantai Jepun sedang memantau perairan pulau yang menjadi rebutan, dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China, jauh di bahagian barat lokasi kapal yang terbakar.

Pengawal pantai berkata, empat kapal rasmi China berada di perairan dekat pulau itu, semalam. - AFP

Ibu maut cuba selamat anak dari dilanggar trailer




         
PATTAYA: Seorang wanita Russia berusia 30 tahun terbunuh ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya yang berusia setahun tujuh bulan daripada dilanggar trak trailer 18 tayar di daerah Sattahip, Chon Buri, semalam.

Selepas mendapat laporan pada kira-kira jam 1 pagi, polis NA Jomtien menemui mayat wanita itu di laluan kiri Jalan Sukhumvit (Pattaya-Sattahip) bertentangan Hotel Dor-Shada.
Anak perempuannya yang cedera, dihantar ke Hospital Krunghthep Pattaya.

Pemandu trak, Supachai Kanchanakrajang, 21 yang menyerah diri di tempat kejadian berkata, dia dalam perjalanan pulang selepas membuat penghantaran di bandar Pattaya apabila mendengar jeritan dan melihat di cermin pandang belakang bahawa dia melanggar seseorang ketika membuat pusingan U. - The Nation

Bank ganti wang pelanggan dicuri




         
SINGAPURA: Seorang wanita yang kehilangan hampir Sg$7,000 (RM17,492) yang dicuri daripada akaun banknya lega apabila bank berkenaan berjanji untuk mengganti wang yang hilang itu, lapor akhbar tempatan, semalam.

Bank United Overseas bersetuju mengganti wang Lee selepas wangnya dikeluarkan secara tidak sah daripada mesin pengeluar wang (ATM) di Filipina.
Menurut akhbar itu, seseorang mengeluarkan wang daripada akaun Lee sebanyak 20 kali pada Oktober 14 dan 15. Jumlah setiap pengeluaran adalah kira-kira Sg$300 (RM750).

Kad palsu itu didapati digunakan di mesin ATM di Filipina.


Namun begitu, mangsa sebelum ini pernah memohon supaya kadnya boleh digunakan di Filipina. - Straits Times

Pengawal keselamatan maut dalam cubaan rompakan




         
BANGKOK: Seorang pengawal keselamatan di pasar raya Chumphon terbunuh dalam satu cubaan merompak mesin ATM Bank Simpanan Kerajaan yang gagal, semalam.

Kejadian berlaku di pasar raya Tesco Lotus di daerah Tha Sae di mana polis menemui mesin ATM merah jambu dekat pagar Jalan Phetkasem. Bahagian luar mesin yang rosak ditemui dekat dengan pintu masuk pasar raya itu.
Mayat pengawal keselamatan dikenali sebagai Piriya Chaopreaknoi, 44, ditemui dekat tempat letak motosikal.

Leftenan Jeneral Warit Siwaiphram dari balai polis Tha Sae berkata, alat penggera ATM itu berbunyi pada jam 2.30 pagi.


Polis mengesyaki sekurang-kurangnya dua perompak cuba mencuri mesin ATM selepas memukul Piriya dengan objek keras. - Bangkok Post

Mekanik dipenjara 14 tahun, tiga sebatan rogol remaja




22 Oktober 2012
PETALING JAYA - Seorang mekanik dihukum penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan satu pertuduhan seks oral terhadap seorang remaja lima bulan lepas.
 
Hakim Balqis Aini Mohd Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hairi Hamzah selepas dia menukar pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
 
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Hairi, 25, dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan, empat tahun dan satu sebatan untuk pertuduhan kedua serta hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan ketiga.
 
Bagaimanapun, Balqis Aini memerintahkan supaya hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap 5 Jun lalu. Ini bermakna Mohd Hairi hanya perlu menjalani hukuman penjara lima tahun.
 
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Hairi didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah pangsapuri di Puchong antara 9 malam hingga 12 tengah malam pada 24 Mei lepas, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
 
Dalam pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan seks oral terhadap mangsa sama di tempat dan waktu sama, mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
 
Selain itu, Mohd Hairi didakwa merogol mangsa tersebut di kawasan yang sama pada 22 Mei lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
 
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah mengurangkan hukuman atas alasan mempunyai tanggungan ibu, isteri dan anak.
 
Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon supaya hukuman setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh sebagai satu pengajaran terhadapnya. - Bernama

Buat maksiat di hotel bajet



WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Oktober 2012
Buat maksiat di hotel bajet
Pegawai Penguat Kuasa Syariah Dungun merampas sehelai seluar dalam milik pasangan terbabit untuk dijadikan bahan bukti kes selepas menahan pasangan berkenaan pagi kelmarin.
DUNGUN - Keghairahan seorang pelajar kolej untuk pulang bercuti ke kampung bersama teman lelaki bertukar detik hitam apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berada di sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, 20, yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan dikatakan baru menamatkan peperiksaan akhir dan datang ke bandar ini untuk menemui teman lelakinya sebelum bercadang pulang bersama ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang.

Bagaimanapun,  pelajar jurusan diploma sains itu tidak terus pulang ke kampung, sebaliknya mengambil kesempatan melepaskan rindu di sebuah bilik hotel yang disewa teman lelakinya, seorang pemandu ekskubator.

Perbuatan tidak bermoral pelajar berasal dari Kampung Ulu Jenut, Kuala Krau, Temerloh itu bagaimanapun menjerat dirinya sendiri setelah bilik penginapannya diserbu pihak Pegawai Penguat kuasa Syariah kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Selepas pintu dibuka oleh teman lelakinya, pelajar berkenaan difahamkan hanya bertuala dengan memakai baju sendat ketat tanpa pakaian dalam manakala teman lelakinya, 21 tahun, dalam keadaan separuh bogel.

Siasatan awal mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan muhrim.

Kesemua seluar, baju dan pakaian dalam milik pasangan terbabit turut dirampas sebagai bahan bukti.

Pasangan itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah 19 November nanti mengikut Seksyen 29(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Polis Selangor terima 138 laporan kes pembeli rumah ditipu




22 Oktober 2012
SHAH ALAM - Polis menerima 138 laporan daripada pembeli rumah yang mendakwa mereka ditipu membabitkan beberapa projek perumahan di sekitar Meru di Klang dan Banting, bernilai antara RM150,000 dan RM250,000 seunit.
  
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan itu dibuat di beberapa balai polis termasuk di Subang Jaya, Gombak, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang Utara, Klang Selatan dan Serdang.
  
"Kita telah mengambil kenyataan pengadu, dan dimaklumkan terdapat kira-kira 400 mangsa yang membuat pembelian menerusi satu ekspo perumahan di Kuala Lumpur pada 2006.
 
"Namun kesemua pembeli terbabit mendapati sehingga hari ini projek perumahan itu tidak dijalankan," kata Tun Hisan pada sidang media di sini hari ini.
  
Beliau berkata siasatan awal mendapati lima syarikat pemaju terlibat dalam penjualan rumah jenis banglo dan teres kepada pengadu manakala enam bank tempatan pula dikaitkan dengan proses pemberian pinjaman.
  
"Polis akan meneliti semua dokumen daripada pihak pembeli dan menyiasat sama ada ia tulen atau sebaliknya. Polis juga akan menyiasat transaksi pembayaran yang dibuat," kata Tun Hisan.

Beliau berkata kumpulan pembeli itu mendakwa telah membuat bayaran deposit 10 peratus kepada syarikat pemaju.
  
Mengulas lanjut, Tun Hisan berkata wakil syarikat pemaju terbabit dikatakan telah membawa dokumen tertentu kepada pembeli dan meminta mereka menandatangani surat serta dokumen di rumah masing-masing sebelum menguruskan pinjaman bank.
  
"Kita akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis akan meneliti semua aspek serta memanggil syarikat pemaju dan pihak bank dalam masa terdekat," katanya.
  
Tun Hisan berkata orang ramai diminta lebih peka dalam urusan pembelian rumah termasuk soal menurunkan tandatangan di sebarang dokumen untuk mengelak daripada ditipu. - Bernama

Bantu kes culik polis


Bantu kes culik polis
Mohd Muizz dikehendaki untuk membantu siasatan kes culik polis.
LEDANG – Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai boleh membantu menyelesaikan kes melarikan seorang anggota polis selain cuba mencederakannya di Serom, dalam kejadian Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, lelaki berkenaan, Mohd Muizz Khairil Annuar berusia 26 tahun dan berasal dari Tangkak.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 petang Selasa lalu, anggota polis terbabit, Koperal Kamarullah Hawari, 40-an, yang baru selesai bertugas di Pondok Bit Serom mendapat maklumat mengenai sebuah kereta Proton Waja dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak berhampiran.

“Semasa anggota polis yang berpakaian preman itu sampai di lokasi kejadian dan menyoal suspek, separuh badannya berada dalam kereta melalui tingkap pemandu.

“Suspek kedua yang sedang mengisi angin tayar meluru masuk ke tempat duduk penumpang hadapan dan terus menarik Kamarullah masuk,” katanya.

Harun berkata, anggota polis itu kemudian dilarikan dan sepanjang perjalanan, mangsa mengalami kecederaan kecil dipercayai terkena objek tumpul kerana bergelut sebelum ditinggalkan di persimpangan lampu isyarat di Serom 1.

Katanya, bagaimanapun anggota polis terbabit sudah kembali bertugas dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 KK yang kedua-duanya memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan lain, Harun memberitahu, sebuah rumah di pekan Rawang, di sini dimasuki tiga pencuri kira-kira jam 8 malam semasa penghuninya sedang asyik menonton televisyen di ruang tamu.

Katanya, mangsa pertama, 56, cedera akibat terkena pisau di telinga sebelum diikat manakala anak perempuannya, 16, dan cucu lelakinya, 2, tidak diapa-apakan sebelum tiga perompak terbabit menggeledah rumah tersebut selama setengah jam dan melarikan wang tunai RM33,000.

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan di kawasan rumah kongsi yang terletak kira-kira setengah kilometer dari kediaman mangsa selain menggempur sarang penagih dadah berdekatan untuk mengesan suspek.

Kejutan angin puting beliung



AMRAN ALI
22 Oktober 2012
Kejutan angin puting beliung
Rosli (tengah) bersama isteri dan anak lelaki mereka memerhatikan keadaan bumbung garaj depan rumah mereka yang rosak akibat puting beliung, semalam.
BANDARAYA MELAKA - Pusaran angin dipercayai buting beliung mengakibatkan sebahagian bumbung membabitkan enam buah rumah di Jalan Pandan Jaya, Lorong Pandan, di sini, ranap semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1.45 petang itu, penduduk mendakwa menyaksikan pusa-ran berwarna putih berserta hujan berpusing laju sebelum menerbangkan kepingan atap bumbung.

Seorang penduduk, Rosli Mansor, 53, berkata, ketika kejadian, dia bersama anak lelakinya, Mohd Naqib Salam, 9, baru sahaja bercadang untuk mencuci kereta di garaj depan rumah.

Menurutnya, dia dua beranak terkejut dengan kejadian itu, lantas terus lari ke luar pagar kerana bimbang dihempap serpihan zink yang pecah diterbangkan puting beliung, manakala anak lelakinya terus lari menyelamatkan diri masuk ke dalam rumah.

Katanya, ketika itu, isterinya, Ramlah Darison, 50, yang berada dalam rumah terus menyuruh anak lelakinya melaungkan azan sekuat hati.

“Sejurus anak saya laungkan azan, angin puting beliung berkenaan dengan tiba-tiba sahaja berhenti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Sementara itu, jiran Rosli, Mat Zin Idris, 58, berkata, ketika kejadian, dia dan isteri, Faridah Mamat, 50, sedang menonton televisyen di ruang tengah rumah, manakala anak dan cucunya berusia tiga bulan dan enam tahun sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Menurutnya, mereka dengar bunyi deruan angin yang kuat disertai bunyi bising seperti barang jatuh di atas bumbung rumah, sebelum menyedari atap genting di bumbung dapur rumahya diterbangkan angin kuat, selain bumbung di bahagian depan turut rosak.

“Kejadian berkenaan mengakibatkan beberapa peralatan elektrik dan perabot rumah rosak akibat ditimpa hujan, manakala sebahagian siling kapur di bilik depan turut runtuh secara tiba-tiba,” katanya yang menganggarkan kerugian keseluruhan dialami kira-kira RM20,000.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Balai Panjang, Md Taha Sarip berkata, kejadian sama pernah belaku tahun lalu membabitkan enam rumah rosak.

Lima kali rumah dinaiki air



AZLINA OTHMAN
22 Oktober 2012
Lima kali rumah dinaiki air
Mohd Sham membersihkan longkang di hadapan rumah dan kedai makannya.
JOHOR BAHRU – “Penat bersihkan rumah tiga hari lalu masih belum hilang, hari ini (semalam) kami terpaksa mengalami pengalaman perit sekali lagi,” luah suri rumah, Salmah Paiman, 64, yang merupakan salah seorang mangsa banjir kilat di Kampung Baru Muafakat, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hujan turun dengan lebat tanpa henti hampir satu jam menyebabkan lebih 50 rumah dari kampung berkenaan termasuk Kampung Baru, di sini, ditenggelami air sehingga satu meter.

Salmah berkata, ketika hujan lebat itu, dia, anak serta suami sedang berehatdi rumah dan mula mengalihkan barang-barang ke tempat tinggi kerana merasakan rumah yang mereka duduki sejak 16 tahun lalu, akan dinaiki air.

“Kami tetap bersiap sedia sebagai langkah berjaga-jaga.

“Tiga hari yang lalu air naik hingga paras lutut. Kalau dalam setahun itu, adalah lima atau enam kali rumah dilanda banjir dan setiap kali, mesti ada sahaja barang yang rosak dan perlu diganti," katanya.

Oleh sebab rumahnya kerap ditenggelami air, Salmah turut mengeluarkan modal lebih RM1,000 untuk membeli mesin penyedut air.

“Sistem perparitan di kawasan ini yang bermasalah. Kami satu kampung sudah banyak kali melaporkan kepada pihak yang berkenaan,” katanya.

Seorang lagi mangsa dari Kampung Baru, Mohd Sham Mohd Din, 54, berkata, masalah itu berlaku sejak beberapa tahun lalu tanpa ada penyelesaian meskipun mereka sering melaporkan kepada pihak terlibat.

“Dalam kejadian kali ini, banyak jugalah barang dan kelengkapan rumah tidak dapat diselamatkan seperti permaidani dan sofa serta perabot.

“Disebabkan sibuk mengemas rumah, saya tidak dapat berniaga seperti biasa dan berharap masalah ini diselesaikan dengan segera," katanya.

Tak tahan derita hidu bau busuk



AZLINA OTHMAN
22 Oktober 2012
Tak tahan derita hidu bau busuk
Sebahagian penduduk menunjukkan kawasan tempat pembuangan dan pembakaran sampah secara haram di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran Kampung Teluk Jawa.
JOHOR BAHRU – Lebih 400 penduduk sekitar kampung Rekoh dan Kampung Jawa, di sini, terpaksa menahan bau busuk setiap hari dari tempat pembuangan sampah dan pembakaran sampah secara haram di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran Kampung Teluk Jawa, di sini.

Masalah yang sudah berlarutan kira-kira tiga bulan itu menimbulkan rasa kurang selesa mereka yang dipercayai berpunca daripada aktiviti pembuangan sampah secara haram setiap hari pada waktu pagi sekitar jam 9 hingga 10 pagi.

Ia juga membabitkan aktiviti pembakaran sampah di atas tanah seluas kira-kira dua hektar yang dikatakan berlaku sekitar jam 11 malam.

Salah seorang penduduk, Lim Fang Ling, 37, yang sudah tinggal di Kampung Teluk Jawa lebih dari 10 tahun berkata, aktiviti pembakaran sampah itu menimbulkan bau busuk yang kurang menyenangkan penduduk di kawasan berkenaan selain mengganggu peniaga di situ.

“Boleh dikatakan setiap hari mereka melakukan aktiviti pembakaran di situ sekiranya hari tidak hujan. Baunya memang kuat. Pada mulanya saya ingat rumah terbakar. Tetapi setelah mencari punca saya lihat api sangat marak dari kawasan ini.

“Saya berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap perkara itu bagi mengelakkan daripada berlakunya masalah kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Ang Wee Chong, 28, berkata, dia pernah melihat beberapa lori masuk ke kawasan yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama itu dengan membawa muatan sampah tetapi kemudian keluar dalam keadaan kosong.

“Saya pernah ke kawasan itu dan mendapati ia dijaga oleh dua lelaki dipercayai warga Indonesia tetapi mereka akan lari sekiranya mengetahui ada pihak yang ingin melakukan pemantauan.

“Perkara ini pernah dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa dan laluan masuk ke kawasan pembuangan sampah haram ini sudah ditutup tetapi mereka membuka halangan berkenaan bagi melakukan aktiviti ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ang Oh Heng, 60, berkata, bau busuk akibat pembakaran sampah itu menyukarkan penduduk terutamanya pada waktu malam.

Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan memaklumkan kepada pihak berkenaan dan tindakan segera dapat diambil.

“Ini kerana membuang dan membakar sampah di tempat terbuka salah di sisi undang-undang. Hasil pemantauan kami mendapati ia dilakukan oleh sebuah syarikat yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Tak tahan derita hidu bau busuk



AZLINA OTHMAN
22 Oktober 2012
Tak tahan derita hidu bau busuk
Sebahagian penduduk menunjukkan kawasan tempat pembuangan dan pembakaran sampah secara haram di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran Kampung Teluk Jawa.
JOHOR BAHRU – Lebih 400 penduduk sekitar kampung Rekoh dan Kampung Jawa, di sini, terpaksa menahan bau busuk setiap hari dari tempat pembuangan sampah dan pembakaran sampah secara haram di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran Kampung Teluk Jawa, di sini.

Masalah yang sudah berlarutan kira-kira tiga bulan itu menimbulkan rasa kurang selesa mereka yang dipercayai berpunca daripada aktiviti pembuangan sampah secara haram setiap hari pada waktu pagi sekitar jam 9 hingga 10 pagi.

Ia juga membabitkan aktiviti pembakaran sampah di atas tanah seluas kira-kira dua hektar yang dikatakan berlaku sekitar jam 11 malam.

Salah seorang penduduk, Lim Fang Ling, 37, yang sudah tinggal di Kampung Teluk Jawa lebih dari 10 tahun berkata, aktiviti pembakaran sampah itu menimbulkan bau busuk yang kurang menyenangkan penduduk di kawasan berkenaan selain mengganggu peniaga di situ.

“Boleh dikatakan setiap hari mereka melakukan aktiviti pembakaran di situ sekiranya hari tidak hujan. Baunya memang kuat. Pada mulanya saya ingat rumah terbakar. Tetapi setelah mencari punca saya lihat api sangat marak dari kawasan ini.

“Saya berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap perkara itu bagi mengelakkan daripada berlakunya masalah kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Ang Wee Chong, 28, berkata, dia pernah melihat beberapa lori masuk ke kawasan yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama itu dengan membawa muatan sampah tetapi kemudian keluar dalam keadaan kosong.

“Saya pernah ke kawasan itu dan mendapati ia dijaga oleh dua lelaki dipercayai warga Indonesia tetapi mereka akan lari sekiranya mengetahui ada pihak yang ingin melakukan pemantauan.

“Perkara ini pernah dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa dan laluan masuk ke kawasan pembuangan sampah haram ini sudah ditutup tetapi mereka membuka halangan berkenaan bagi melakukan aktiviti ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ang Oh Heng, 60, berkata, bau busuk akibat pembakaran sampah itu menyukarkan penduduk terutamanya pada waktu malam.

Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan memaklumkan kepada pihak berkenaan dan tindakan segera dapat diambil.

“Ini kerana membuang dan membakar sampah di tempat terbuka salah di sisi undang-undang. Hasil pemantauan kami mendapati ia dilakukan oleh sebuah syarikat yang tidak bertanggungjawab,” katanya.