Search This Blog

Wednesday, October 17, 2012

Dua penunggang motosikal maut dalam kejadian berasingan di Dungun




16 Oktober 2012
KUALA TERENGGANU - Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori mengangkut tanah di Kampung Rajawali, Dungun hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor berkata ketika kejadian pada 4.20 petang tadi, mangsa Mohamed Zaidi Radzlan, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Serai, di sini membawa rakannya, Nor Nasihah Mohd Alfian, 15, untuk pergi ke kafe siber.
  
"Ketika di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh belakang lori tanah itu dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
  
"Manakala rakan wanitanya, cedera di kepala dan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di hospital Dungun," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Mayat mangsa yang berasal dari Perumahan Kos Rendah, Balik Bukit, Seberang Pintasan, dekat sini dihantar ke Hopsital Dungun untuk dibedah siasat.

Sementara itu, ibu mangsa, Rogayah Toh Jusoh, 47, berkata beliau difahamkan anaknya mahu ke kafe siber namun tidak mengetahui anaknya membawa rakan wanita.
  
"Mak cik tak tahu dia keluar pukul berapa dan dengan siapa. Mak cik redha dengan pemergiannya," katanya.
  
Dalam kejadian berasingan, Dahlan berkata seorang penganggur maut setelah motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori seberat 1 tan di Kilometer 98, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Paka, di sini 4.20 petang tadi.
  
Mangsa, Che Muhd Kamaruddin Kamaruzaman, 23, dipercayai berseorangan dalam perjalanan ke Hospital Dungun bagi menerima rawatan penyakit usus.
  
"Selepas bergesel, mangsa cedera di kepala setelah jatuh di tengah jalan. Namun setelah sejam terima rawatan, beliau meninggal dunia di hospital itu," katanya. - Bernama

Hakim ditangkap miliki dadah dalam karaoke




17 Oktober 2012
JAKARTA - Seorang hakim mahkamah daerah di Indonesia telah ditangkap sepasukan pegawai Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia kerana memiliki dadah jenis pil ektasi ketika sedang berpesta narkotik dalam sebuah karaoke di sebuah hotel di sini, semalam.
Media tempatan memetik pegawai BNN sebagai berkata bahawa hakim lelaki itu didapati memiliki sejumlah pil ektasi dan sebuah alat menghisap dadah semasa dia ditangkap.
Turut dirampas daripada mereka ialah dadah jenis syabu.

Satu laporan menyebut pengakuan hakim itu kepada pihak berkuasa bahawa beliau membelanjakan Rp11 juta untuk membeli dadah dan mengadakan pesta narkotik di tempat hiburan itu semalam.
BNN dilaporkan telah sekian lama menyiasat hakim itu selepas mendapat maklumat mengenai penglibatannya dalam kegiatan dadah.
Turut ditangkap bersama beliau semalam ialah dua rakannya serta empat wanita penghibur yang menemani mereka dalam karaoke itu.
Hakim itu juga pernah dilaporkan terlibat dalam kes gangguan terhadap wanita sebelum ini. – Bernama

Diumpil sebelum lesap



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
Diumpil sebelum lesap
Syed Mohamad menunjukkan keadaan lubang yang terpaksa ditutup dengan bongkah kayu bagi menjamin keselamatan orang awam.
KUANTAN – “Mula-mula penutup besi longkang ini diumpil sedikit demi sedikit, selang dua atau tiga hari, penutup ini sudah lesap,” kata Syed Mohamad Syed Abdul Rahman, 62, salah seorang peniaga di premis Jalan Tun Ismail,4 di sini.
Menurutnya, kegiatan mencuri penutup besi ini berlanjutan sejak April yang lalu apabila ia dicungkil terlebih dahulu sebelum hilang.
“Apabila malam, keadaan di sini sunyi berbanding tempat lain di bandar ini. Mungkin disebabkan faktor ini, pencuri besi ligat menjalankan kegiatan mereka seolah-olah telah dirancang terlebih dahulu.
“Di kaki lima premis perniagaan kami ini, sudah lima penutup longkang hilang, manakala yang sedia ada hanya menunggu masa sahaja.

“Tiada apa yang dapat kami lakukan di sini selain meletakkan bongkah kayu sebagai amaran kepada orang awam yang lalu lalang di sini,” katanya.

Selain itu, keadaan lubang di kaki lima ini juga menyebabkan risiko untuk terjatuh adalah besar kepada orang tua dan kanak-kanak yang datang ke sini.
Syed Mohamad berkata, kawasan ini akan menjadi tumpuan orang ramai pada waktu siang dan sunyi pada waktu malam setelah premis dan kedai ditutup.
“Saya harap kepada pihak berkuasa agar memandang serius masalah ini dengan mengesan di pelaku yang tidak bertanggungjawab ini serta mengenakan denda yang sesuai.
“Ini adalah kerana, jika keadaan ini berlanjutan kawasan sekeliling akan menjadi tidak selamat selain turut menjejaskan imej Bandar Kuantan ini,” katanya.
Sehubungan itu juga, beliau berharap agar rondaan berkala pihak polis diteruskan dari semasa ke semasa sebagai amaran agar tiada kes kecurian ini berlaku lagi.
“Berapalah harga penutup longkang ini jika dibandingkan dengan keselamatan orang awam.
"Jika tidak bernasib baik, mungkin si pelaku yang akan terjatuh ke dalam lubang ini ketika sedang melakukan ‘kerja’ tersebut,” katanya.

Pemilik jip rugi lebih RM22,000



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
Pemilik jip rugi lebih RM22,000
Marjohan (kiri) melihat keadaan jipnya yang terbakar dalam kejadian malam kelmarin.
Pemilik jip rugi lebih RM22,000
Stor bengkel Anuar yang musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.
JENKA - Seorang pemilik jip rugi lebih RM22,000 apabila kenderaannya hangus dalam satu kejadian kebakaran melibatkan dua bengkel, jam 7 malam kelmarin.
Marjohan Bungkik, 47, berkata, selepas mengetahui bengkel terbabit terbakar, dia terus ke lokasi kejadian yang terletak di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, bagi melihatkan sendiri keadaan jipnya.

“Saya terkejut dengar khabar tersebut dan terus bergegas ke sini dari Felda Jengka 2.

“Kecewa lihat jip saya terbakar dan rosak teruk. Saya sudah melaburkan hampir RM22,000 untuk membaiki jip ini dan sekarang saya terpaksa membaikinya semula,” katanya.

Marjohan berkata, kenderaannya itu dihantar ke bengkel berkenaan sejak Mac lalu, namun selepas kejadian itu dia berhasrat membawa jipnya ke bengkel di Jerantut untuk dibaiki semula.

“Ia mungkin menelan kos sekali ganda, namun kerana sayangkan jip ini, saya tidak mahu melepaskannya dan akan berusaha membaikinya semula.

“Jip ini banyak meninggalkan kenangan kepada saya, malah pernah menyelamatkan nyawa saya dan anak ketika banjir besar di Felda Jengka 6 pada 2007,” katanya.

Pemilik bengkel, Anuar Arshad Jaharum, 41, berkata, dia menganggarkan kerugian sebanyak RM50,000 akibat kejadian itu.
“Stor bengkel ini yang dipenuhi alatan mengecat, enjin dan sebagainya musnah.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga adik ipar saya yang menetap di bengkel ini tidak mengalami sebarang kecederaan kerana secara kebetulan mereka tiada di bengkel sewaktu kejadian,” katanya.

Sinar Harian dimaklumkan, keluar adik ipar Anuar, Mohd Ridzuan Mat Othman, 28, akan menetap di rumah ibunya di Kampung Sentosa, Maran, untuk sementara waktu.

Pekerja salah sebuah bengkel yang terbakar, Azman Yunus, 50, berkata, dia yang menetap di bengkel itu kebetulan tiada di tempat kejadian kerana berurusan di luar.

“Saya tidak tahu mengenai kebakaran ini kerana tiada siapa maklumkan kepada saya. Apabila saya tiba di bengkel sekitar jam 6.45 petang, saya lihat api sudah marak.

“Saya adalah orang keempat yang tiba di tempat kejadian. Saya rasa punca kebakaran disebabkan litar pintas,” katanya.

Azman menganggarkan kerugian yang dialami tidak besar memandangkan hanya sebahagian bengkelnya yang terbakar.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba Bandar Jengka, Hashim Daud berkata, sebanyak dua jentera bersama 18 anggota dikerah untuk memadamkan kebakaran.

“Kami berjaya mengawal api daripada terus marak. Punca kebakaran belum diketahui dan kami masih menjalankan siasatan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka, Wan Salman Wan Ismail turut ke tempat kejadian malam kelmarin bagi melihat keadaan mangsa.

Menurutnya, pihaknya akan menyalurkan bantuan kepada semua mangsa terlibat melalui tabung bencana bagi meringankan beban mereka.

Warga emas ditahan bersama 14 penagih



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
Warga emas ditahan bersama 14 penagih
Kesemua penagih yang ditahan dibawa ke lokap IPD Kemaman untuk tindakan lanjut
KEMAMAN – Niat 15 penagih termasuk seorang warga emas untuk melepaskan gian tidak kesampaian, apabila ‘port’ penagihan dadah mereka di dalam kebun kelapa pandan di Meraga Beris, Kijal, diserbu polis pagi kelmarin.

Dalam operasi yang dilakukan bermula jam 5 pagi hingga 12 tengah hari itu, polis juga berjaya merampas tiga paket dadah jenis heroin masing-masing seberat 0.8 gram, 0.6 gram dan 0.2 gram daripada tiga suspek.
Kesemua penagih yang ditahan berusia antara 15 hingga 58 tahun dan kebanyakannya merupakan penagih tegar.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, operasi berkenaan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu diketuai Ketua
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah.

Dua daripada yang ditangkap itu juga mempunyai waran tangkap kerana lari daripada jaminan polis, sementara warga emas yang ditahan bekerja sebagai buruh kontrak.

“Kesemua yang dicekup ditahan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Bagi yang memiliki dadah mereka turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Katanya, operasi sedemikian dilakukan secara berterusan bagi membendung kes jenayah di daerah ini kerana dadah merupakan punca berlakunya jenayah lain seperti pecah rumah, ragut dan curi.

Dituduh menipu, rasuah



NOOR’AINON MOHAMED YUSOF 
17 Oktober 2012
Dituduh menipu, rasuah
Zakaria dibawa ke Mahkamah Seksyen untuk dihadapkan atas lima pertuduhan menipu dan menerima rasuah, semalam
IPOH – Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas lima pertuduhan menipu dan menerima rasuah berjumlah RM2,200 yang dilakukannya sejak lima tahun lalu.
Bagaimanapun, Zakaria Abu Hanifah, 46, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kesemua pertuduhan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah dan Hakim Madihah Hairullah.

Mengikut pertuduhan pertama, Zakaria didakwa bersetuju menerima RM600 daripada Mohd Hafizan Abdul Rahim sebagai dorongan kononnya dapat membantu abangnya, Hairul Azizi yang ditahan polis di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 daripada dibuang daerah.

Zakaria yang berasal dari Kampung Senggang, Kuala Kangsar turut didakwa atas empat tuduhan menipu dan menerima rasuah di hadapan Madihah.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menipu Nurul Ainon Kamaludin dengan memperdaya mangsa supaya mempercayai bahawa dia akan menangkap suami mangsa, Mohamad Zambri Abu Mansor yang kononnya terlibat dalam satu kes rasuah.

Perbuatan itu telah mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM600 kepadanya. Bagi pertuduhan kedua, Zakaria didakwa menipu Nurul Ainon sekali lagi atas sebab yang sama melibatkan RM1,000 kira-kira jam 11 pagi, 7 Disember 2007.

Bagaimanapun, mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM25,000 dengan dua penjamin sementara pasport diserahkan kepada mahkamah serta perlu melaporkan diri di balai berdekatan setiap bulan.

Mahkamah juga menetapkan 19 dan 30 November depan untuk sebutan semula kesemua kes itu.

Ditimpa objek dari ‘langit’



IZWAN ROZLIN
17 Oktober 2012
Dominic (dua, kanan)
Dominic (dua, kanan) melihat keadaan cermin kereta milik penduduk Flat Sentul Utara yang pecah akibat balingan objek dari blok PPR berhampiran.
SENTUL – Tindakan sesetengah penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang gemar membuang objek dari tingkat atas membawa musibah kepada penduduk sebuah flat berhampiran apabila saban hari banyak kenderaan dilaporkan terjejas akibat insiden tidak bertanggungjawab itu.

Kejadian yang sering kali berlaku di Flat Sentul Utara itu berpunca daripada objek yang dibaling dari kawasan kediaman PPR Sri Kelantan yang terletak hanya beberapa meter bersebelahan
Penduduk Flat Sentul Utara, Mohd Zaharil, 47, berkata, kebanyakan kereta yang diletakkan terlalu hampir dengan bangunan PPR tersebut akan pecah cerminnya.
“Mereka baling batu atau objek hingga kadangkala turut membahayakan nyawa kami yang lalu–lalang berhampiran blok PPR itu,” katanya.

Menurutnya, pernah sekali seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun nyaris terkena topi keledar yang sengaja dibuang dari tingkat atas PPR berkenaan yang jatuh hanya beberapa meter darinya.
Manakala Azim Johari, 34, berkata, penduduk yang pernah menjadi mangsa tidak lagi meletakkan kenderaan mereka berhampiran bangunan PPR itu.

“Lazimnya mereka yang tidak tahu termasuk kereta pelawat akan menjadi sasaran balingan objek dan sama ada sengaja atau tidak, ada sampah turut dicampakkan begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Dr Dominic Lau yang turun padang melawat ke kawasan itu kelmarin berkata, masalah dihadapi penduduk Flat Sentul Utara akan dapat diselesaikan melalui pertemuan bersama wakil penduduk di PPR Sri Kelantan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kita akan selesaikan masalah ini kerana keadaan semakin meruncing malah beberapa perkara juga akan diberi perhatian termasuk cadangan mahu mengadakan sistem kawalan keselamatan di Flat Sentul Utara bagi mengelak kejadian pecah kereta oleh pihak luar yang menceroboh masuk ke dalam kawasan flat ini,” katanya.

Selain itu, beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh DBKL termasuk mengadakan garisan kuning bagi memberi amaran kepada kenderaan supaya tidak membuat pusingan U di lampu isyarat di jalan utama di hadapan flat berkenaan bagi mengelak kesesakan teruk.

Tak sempat jumpa ibu



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
Tak sempat jumpa ibu
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian, petang semalam.
KLANG - Hasrat seorang penunggang motosikal menemui ibunya tidak kesampaian apabila mangsa maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan lain di Kilometer (KM) 15.3, Lebuhraya Baru Selat Klang dari arah Shah Alam, di sini semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, Abdul Rahman Mohd Zain, 41, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Komisioner Zawary Mahadi berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Besar menghala ke Seksyen 20, Shah Alam dipercayai untuk menemui ibunya yang tinggal di situ bersama kakaknya.

“Mangsa yang bekerja sendiri itu dipercayai kerap berulang-alik dari Sungai Besar ke Shah Alam bagi melawat ibunya.

“Bagaimanapun dalam perjalanan ke sana semalam, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah treler berdasarkan kesan calar pada motosikal mangsa.

“Mangsa dipercayai tercampak ke jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Zawary berkata, pihaknya meminta saksi kejadian menghubungi Balai Trafik Klang Utara atau Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Zaini Abdullah di talian 03-32902222 bagi membantu siasatan.

Rogol budak 12 tahun: Buruh dipenjara, disebat



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
Rogol budak 12 tahun: Buruh dipenjara, disebat
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Temerloh, semalam, sebaik dijatuhi hukuman kerana merogol.
TEMERLOH - Seorang buruh warga Indonesia dihukum penjara 12 tahun dan empat sebatan selepas mengaku bersalah merogol pelajar berumur 12 tahun tujuh bulan pada 18 Julai lalu.
Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Dasuki Ali, selepas tertuduh dikenali dengan nama Kabit, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca ke atasnya, semalam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah pekerja di alamat nombor 27 D-1, Ladang Bukit Senorong, Kemayan, Bera, sekitar jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 18 Julai lalu.

Dasuki memutuskan tertuduh dihukum 12 tahun penjara dan empat sebatan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 19 Julai lalu.

Berdasarkan fakta kes, ibu mangsa menerima panggilan daripada guru bahawa anaknya tidak hadir ke sekolah selama empat hari.
Selepas siasatan mendapati, anaknya berada di rumah tertuduh pada hari kejadian dan ibu mangsa mengesyaki sesuatu berlaku sebelum bertindak membuat laporan polis.
Laporan perubatan mengesahkan ada kesan koyakkan baru dan lama pada kemaluan mangsa dan mangsa turut disahkan mengandung 11 minggu.
Tertuduh disiasat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa.

Mayat bengkak di rumah sewa



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
Mayat bengkak di rumah sewa
Anggota polis mengeluarkan mayat warga Indonesia yang ditemui mati terbaring dalam rumah untuk dihantar ke Hospital Besut
KAMPUNG RAJA - Seorang buruh binaan warga Indonesia ditemui mati terbaring di atas tilam di rumah sewanya di Kampung Pekan Sehari Tembila di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mayat Wedy, 27, yang berasal dari Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia itu ditemui dalam keadaan memakai seluar dalam bilik tidur pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, kejadian disedari jiran mangsa apabila terhidu bau busuk sebelum memaklumkan kepada pemilik rumah yang kemudiannya memberitahu majikan buruh berkenaan.

“Majikan berkenaan membuat laporan polis dan siasatan pihak polis menemui satu mayat lelaki dalam keadaan berbaring dalam sebuah bilik di rumah itu.

“Keadaan mayat sudah berbau dan hampir bengkak kerana lelaki itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh dua hari sebelum mayatnya ditemui,” katanya.

Kamaruddin berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang tinggal seorang diri itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Siasatan pihak kami juga mendapati tidak unsur jenayah ditemui pada mayat berkenaan kerana tiada sebarang kecederaan pada mangsa.

“Barang berharga milik mangsa juga tidak hilang termasuk pintu rumah dan biliknya berkunci,” katanya.
Kamaruddin berkata, mangsa menyewa di rumah itu sejak lima bulan lalu dan kali terakhir ditemui ketika dia minum di warung berdekatan, dua hari sebelum mayatnya ditemui.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Melecur mahu selamatkan simpanan



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
Melecur mahu selamatkan simpanan
Norlela menunjukkan sisa syiling yang tinggal dari tabungnya
Melecur mahu selamatkan simpanan
Penduduk kampung meninjau sisa rumah kedai dua tingkat yang musnah dalam masa 10 minit.
BACHOK – Seorang warga emas melecur pada lengannya dalam cubaannya meredah api untuk menyelamatkan wang simpanan bernilai RM1,200.
Namun, Siti Sallleh, 60-an, gagal berbuat demikian disebabkan api marak dari tingkat atas rumah kedai milik anak angkatnya kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Siti berkata, ketika kejadian dia berada di tingkat bawah manakala anak angkatnya, Norlela Yusof, 48, berada di depan kedai bersama cucu, Manarina Damia Mohd Rafi Zailani, 3.
“Ketika itu menantu anak angkat, Tuan Hazilah Tuan Yahya, 24, meluru turun dari tingkat atas rumah dan menjerit memberitahu rumah terbakar.

“Saya bergegas ke tingkat atas menyelamatkan wang simpanan tetapi gagal kerana api terlalu marak dari ruang tamu tingkat atas. Apabila turun semula mencari cucu anak angkat, Mohd Aiman yang berusia tiga bulan, dia telah
diselamatkan terlebih dahulu.

"Saya tidak sedar bila lengan melecur akibat bahang kebakaran,” katanya semalam.

Rugi RM120,000

Pemilik rumah kedai tersebut, Norlela berkata, api marak terlalu cepat dalam masa 10 minit hingga dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa.

“Saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa dan hanya membawa cucu, Manarina Damia ke tempat selamat apabila menantu memberitahu rumah kami terbakar. Seorang lagi cucu, Mohd Irfan, 4, dibawa keluar oleh menantu.

“Semua barang perniagaan yang baru tiba semalam juga hangus.

"Semuanya dianggarkan bernilai RM120,000 termasuk barangan elektrik, perabot, wang tunai barang kemas bernilai RM7,500. Hanya tabung wang syiling dapat dikesan selepas api dipadamkan,” katanya yang tinggal bersama lapan ahli keluarga lain.

Menurutnya, ketika kejadian suaminya, Mohd Nafi Wok, 48; anak sulungnya, Mohd Larfi Zailani, 31; dan Mohd Larfi Azrin, 19, masing-masing tiada di rumah.

Norlela berkata, dia tidak menyangka rumah yang didiami lebih 10 tahun itu hangus begitu sahaja dan menganggap ia ujian ALLAH SWT.

“Buat sementara waktu kami terpaksa menumpang di rumah anak kedua, Mohd Larfi Zuria Asnan, 30.

Bantuan segera

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Jelawat, Datuk Dr Ilias Husain hadir menyampaikan sumbangan segera berjumlah RM5,000 dan keperluan lain termasuk pakaian, selimut dan sejadah selepas mendengar mengenai kebakaran berkenaan.

Bantuan susulan akan diusahakan kemudian untuk membantu keluarga ini membina semula kediaman mereka.

Norlela berterima kasih kepada semua jiran dan saudara mara yang datang membantu serta menghulurkan sumbangan.
"Terima kasih juga pada Datuk Ilias yang menghulurkan sumbangan segera untuk kami sekeluarga,” katanya.

Punca dalam siasatan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Daerah Bachok, Ahmad Fakarudin Berahim mengesahkan menerima panggilan pada jam 12.06 dan tiba di tempat kejadian pada 12.27 tengah hari bersama sebuah jentera dan lapan anggota termasuk pegawai.

Pihak bomba yang tiba kemudiannya mendapati keseluruhan binaan tersebut telah musnah dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Rampas RM15j barang seludup



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
Rampas RM15j barang seludup
Anggota PGA yang ditemui semalam.
RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas pelbagai jenis barangan seludup bernilai kira-kira RM15 juta pada Ops Wawasan, sejak menjaga sempadan Malaysia, Thailand 13 Mei tahun ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Azizan Abu Taat berkata, beliau bangga dengan jumlah rampasan dibuat Batalion 7 bermula 16 September hingga 16 Oktober berjumlah RM5,013,077.40 melibatkan pelbagai jenis barangan.

Menurutnya, rampasan tertinggi kali ini melibatkan lembu berjumlah RM4 juta diikuti rampasan kes kastam.

“Sejumlah 963 lembu dipercayai untuk pasaran menjelang Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi dirampas sepanjang tempoh sebulan lalu.

"Jumlah keseluruhan rampasan kastam ialah RM479,410. Antara dirampas ialah pelbagai pakaian berjumlah RM150,590; 6,008 helai tudung bernilai RM321,880; rokok sebanyak RM413, serta kes kastam lain termasuk tuala kecil dan pelbagai barangan dapur," katanya.

Beliau ditemui selepas serah terima tugas antara Batalion 7 diwakili Pegawai Pemerintah Superintendan Norizan Murat dan Batalion 9 diwakili Asisten Superitendan Hoo Kong Poh di Markas Taktikal  Lubok Setol, tengah hari semalam.

Azizan berkata, pelbagai barangan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Kepenggunaan (KPDNKK) terdiri daripada diesel, petrol, gula pasir, dan minyak  bernilai RM 12,969.90 turut dirampas.

Menurutnya, sebuah pacuan empat roda bernilai RM120,000 turut dirampas ketika cubaan membawa masuk kenderaan dipercayai dicuri di Kuala Lumpur itu ke negara jiran.
“Kita percaya ada sindiket yang mendalangi kes terbabit dan lelaki yang membawa kenderaan tersebut daripada Kuala Lumpur dikatakan bakal diserahkan kepada pihak lain yang akan membawanya masuk ke negara jiran.

“Ini adalah salah satu kejayaan Batalion 7 menyekat kenderaan dicuri untuk pasaran negara jiran ”katanya semalam.
Azizan berkata, anggotanya akan terus berusaha menyekat segala barangan terlarang ke negara ini.

Menurutnya, kesemua barangan dirampas diserahkan kepada pihak bertanggung jawab untuk tindakan selanjutnya.

Empat rakan dipenjara



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
SEREMBAN – Empat rakan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi semalam, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki di kawasan podium Padang Merdeka, Port Dickson, tahun lalu.
P Raja Sekaran, 45; K Parameswaran, 40; M Batumalai, 29; dan P Saravanan, 29, mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam pada 20 Ogos 2011, mangsa, Noor Azlan Mohd Noor, 30, yang dalam keadaan khayal telah menendang nasi sedang dimakan Parameswaran dan Batumalai.

Mangsa juga merampas minuman dipegang Parameswaran, menyebabkan berlaku pergaduhan, sementara Saravanan dan Raja Sekaran pula memukul mangsa.

Mangsa yang mati dipukul kemudian dicampak di tepi longkang belakang dataran tersebut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aznee Salmie Ahmad, manakala masing-masing tertuduh diwakili peguam bela Rosli Abd Ghani, Haresh Mahadevan, G  Subramaniam dan Noliana Ali Othman.

Curi dua keping zink: Tiga sahabat dipenjara 7 hari



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
GEORGETOWN - Akibat mencuri, tiga sahabat dikenakan penjara selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Ketiga-tiga mereka, Muhammad Fadhil Rawther, 18, B Ganeson, 32, dan Mohd Ali Kathidum, 32, itu juga tidak mempunyai penjamin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh cuba mencuri dua keping zink milik seorang lelaki berusia 22 tahun di Jalan Air Itam kira-kira jam 6 petang, 13 Oktober lalu.

Atas kesalahan itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 379/511 dan boleh disabitkan mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun setengah atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Muhammad Fadhil kemudiannya merayu supaya hukuman diringankan selepas disabitkan bersalah oleh mahkamah.

“Kami bukannya mencuri, saya bekerja di kedai bapa pengadu dan hanya masuk ke dalam kedai sahaja.
“Tolonglah kami, kami tidak mahu dikenakan penjara puan,” katanya.

Kemudiannya, seorang lagi tertuduh, Ganeson, yang juga mengaku bersalah merayu hukuman direndahkan kerana dia hanya mengikut sahabatnya, Mohd Ali ke kedai berkenaan.

“Apa yang saya tahu pada masa berkenaan sudah ada ramai yang mengepung kami dan bawa kami ke balai polis.

“Kami bukan jahat, lagipun saya kena jaga ayah saya yang cacat di rumah, kalau saya tiada siapa hendak jaga dia,” katanya.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Majistret, Norhayati Ibrahim memberi pilihan kepada semua tertuduh sama ada mahu dikenakan denda ataupun penjara.

Namun tertuduh kedua, Ganeson menjawab mahu dikenakan penjara kerana tidak mempunyai wang dan juga penjamin.

“Kami semua orang susah, kalau boleh bagi kami penjara saja kerana tiada seorang pun yang hendak jamin kami,” katanya.

Norhayati kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Muhammad Fadhil, Mohd Ali dan Ganeson begitu gembira apabila mendengar hukuman terhadap mereka dan mengucapkan terima kasih berkali-kali.

Mayat bengkak di rumah sewa



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
Mayat bengkak di rumah sewa
Anggota polis mengeluarkan mayat warga Indonesia yang ditemui mati terbaring dalam rumah untuk dihantar ke Hospital Besut
KAMPUNG RAJA - Seorang buruh binaan warga Indonesia ditemui mati terbaring di atas tilam di rumah sewanya di Kampung Pekan Sehari Tembila di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mayat Wedy, 27, yang berasal dari Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia itu ditemui dalam keadaan memakai seluar dalam bilik tidur pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, kejadian disedari jiran mangsa apabila terhidu bau busuk sebelum memaklumkan kepada pemilik rumah yang kemudiannya memberitahu majikan buruh berkenaan.

“Majikan berkenaan membuat laporan polis dan siasatan pihak polis menemui satu mayat lelaki dalam keadaan berbaring dalam sebuah bilik di rumah itu.

“Keadaan mayat sudah berbau dan hampir bengkak kerana lelaki itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh dua hari sebelum mayatnya ditemui,” katanya.

Kamaruddin berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang tinggal seorang diri itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Siasatan pihak kami juga mendapati tidak unsur jenayah ditemui pada mayat berkenaan kerana tiada sebarang kecederaan pada mangsa.

“Barang berharga milik mangsa juga tidak hilang termasuk pintu rumah dan biliknya berkunci,” katanya.
Kamaruddin berkata, mangsa menyewa di rumah itu sejak lima bulan lalu dan kali terakhir ditemui ketika dia minum di warung berdekatan, dua hari sebelum mayatnya ditemui.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Rumah dipecah masuk penjenayah asing



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
SHAH ALAM - Rumah milik seorang ahli perniagaan dipecah masuk penjenayah dipercayai warga Amerika Latin, dalam kejadian di Kota Kemuning di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, barang berharga milik mangsa berjumlah RM10,000, antaranya komputer riba dan kamera dilarikan penjenayah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, penjenayah yang terdiri daripada empat lelaki itu menyasarkan rumah yang tidak berpenghuni.
“Mereka akan menekan loceng rumah berkali-kali bagi memastikan rumah tersebut tidak berpenghuni.

“Selepas itu, mereka akan mengumpil pintu dan melarikan barang berharga,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.
Zahedi berkata, kejadian itu bagaimanapun disaksikan seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan rumah mangsa.
“Saksi memaklumkan penjenayah berkulit cerah menyerupai warga Amerika Latin,” katanya.
Beliau berkata, polis kini sedang mengesan penjenayah terlibat dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu katanya, beliau menasihati orang ramai supaya menitik beratkan soal keselamatan rumah seperti membuat kunci tambahan atau memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Rugi, hasil getah dicuri



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
Rugi, hasil getah dicuri
Kebun getah yang jauh dari penempatan memudahkan pencuri mengambil hasil pekebun.
TANAH MERAH - Kecurian getah sekerap oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab merugikan pekebun apabila hasil kerja mereka tidak sempat dijual.
Pengadu yang mahu dikenali sebagai Rohana berkata, aktiviti mencuri getah sekerap makin berleluasa menyebabkan ramai pekebun merungut ekoran pendapatan tidak menentu.

Menurutnya, harga getah kini murah ditambah hasil dikebas pencuri menyukarkan mereka jana keuntungan.

“Sebelum ini, memang ada kes kecurian getah sekerap, namun tidaklah seteruk ini.

“Harap pihak berkenaan pantau keadaan agar pekebun getah tidak mengalami kerugian kerana ia sering berlaku dan kita tidak tahu hendak mengadu ke mana,” katanya.

Rohana yang mempunyai kebun getah dekat Bukit Bunga berkata, dia bersama suami tidak mampu mengawasi hasil getah sepanjang masa kerana lokasi jauh dari rumah.

Tambahnya, jalan penyelesaian perlu dicari bagi membanteras gejala tersebut.

“Tidak lama lagi musim hujan, masa yang ada inilah kami hendak jana pendapatan lebih, namun tidak kesampaian bila hasil getah sekerap sering dikebas pencuri,” katanya.

Mayat reput di ruang tamu



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
Mayat reput di ruang tamu
Anggota polis mengeluarkan mayat mangsa dari dalam rumah untuk dihantar ke HPP.
GEORGETOWN - Bau dari sebuah rumah papan di Hong Seng Estate, Tanjung Tokong yang menimbulkan tanda tanya kepada penghuni di situ sejak enam hari lalu, akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang wanita warga emas.

Mayat Ch’ng Sooi Inn, 51, ditemui dalam keadaan bogel dan terlentang di ruang tamu rumahnya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.
Anggota polis terpaksa memecah masuk pintu kediaman wanita itu dan menemui kad rawatan psikiatri, preskripsi ubat sakit jantung dan kencing manis.

Seorang jiran wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata mangsa dilihat kali terakhir di laman rumahnya Rabu minggu lalu.
“Setakat yang kita tahu, dia mempunyai seorang anak perempuan dan adik tetapi jarang dikunjungi ahli keluarga,” katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati mangsa mungkin mati sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau dan reput.

“Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah.

“Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

Rumah dipecah masuk penjenayah asing



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
SHAH ALAM - Rumah milik seorang ahli perniagaan dipecah masuk penjenayah dipercayai warga Amerika Latin, dalam kejadian di Kota Kemuning di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, barang berharga milik mangsa berjumlah RM10,000, antaranya komputer riba dan kamera dilarikan penjenayah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, penjenayah yang terdiri daripada empat lelaki itu menyasarkan rumah yang tidak berpenghuni.
“Mereka akan menekan loceng rumah berkali-kali bagi memastikan rumah tersebut tidak berpenghuni.

“Selepas itu, mereka akan mengumpil pintu dan melarikan barang berharga,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.
Zahedi berkata, kejadian itu bagaimanapun disaksikan seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan rumah mangsa.
“Saksi memaklumkan penjenayah berkulit cerah menyerupai warga Amerika Latin,” katanya.
Beliau berkata, polis kini sedang mengesan penjenayah terlibat dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu katanya, beliau menasihati orang ramai supaya menitik beratkan soal keselamatan rumah seperti membuat kunci tambahan atau memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Rogol budak 12 tahun



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
TEMERLOH - Seorang buruh warga Indonesia dihukum penjara 12 tahun dan empat sebatan selepas mengaku bersalah merogol pelajar berumur 12 tahun tujuh bulan pada 18 Julai lalu.
Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Dasuki Ali, selepas tertuduh dikenali dengan nama Kabit, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca ke atasnya, semalam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah pekerja di alamat nombor 27 D-1, Ladang Bukit Senorong, Kemayan, Bera, sekitar jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 18 Julai lalu.

Dasuki memutuskan tertuduh dihukum 12 tahun penjara dan empat sebatan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 19 Julai lalu.

Berdasarkan fakta kes, ibu mangsa menerima panggilan daripada guru bahawa anaknya tidak hadir ke sekolah selama empat hari.
Selepas siasatan mendapati, anaknya berada di rumah tertuduh pada hari kejadian dan ibu mangsa mengesyaki sesuatu berlaku sebelum bertindak membuat laporan polis.
Laporan perubatan mengesahkan ada kesan koyakkan baru dan lama pada kemaluan mangsa dan mangsa turut disahkan mengandung 11 minggu.
Tertuduh disiasat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa.

Gadis bermalam di penjara gagal hadir bicara kes khalwat



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
 Gadis bermalam di penjara gagal hadir bicara kes khalwat
Gadis yang menghadapi tuduhan khalwat dengan seorang penagih dadah dibawa ke lokap polis selepas ditahan ketika berada di sebuah rumah dekat Alor Tembesu, tengah hari kelmarin.
DUNGUN - Seorang gadis yang dipercayai enggan tampil di mahkamah untuk membela diri atas tuduhan jenayah khalwat terpaksa bermalam di bilik bertirai besi apabila dia ditahan pihak berkuasa ketika menyembunyikan diri di sebuah rumah, dekat sini, tengah hari kelmarin.

Gadis terbabit yang dicekup khalwat bersama teman lelakinya di sebuah hotel gagal hadir perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada Mei lalu menyebabkan satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya.

Berikutan itu, Pegawai Penguat kuasa Syariah Dungun yang mendapat maklumat mengenai suspek berjaya menghidu lokasi persembunyian gadis berumur 17 tahun itu di sebuah rumah dekat sini.
Gadis terbabit yang ditahan kira-kira jam 12 tengah hari dibawa ke lokap Balai Polis Dungun sebelum dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun, gadis yang beralamat Kampung Bijangga itu yang didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 tidak mengaku salah dan mohon untuk dibicarakan.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin sebelum menunggu kesnya disebut semula pada 24 Disember nanti.

Dua sahabat dipenjara simpan beg tangan mangsa ragut



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
KUALA TERENGGANU - Angkara menyimpan beg tangan seorang wanita yang sudah diketahui antara mangsa ragut sebelum ini, dua sahabat terpaksa meringkuk di penjara selama empat bulan dan dikenakan denda RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman berkenaan selepas kedua-dua sahabat itu, Sheikh Zainal Abidin Shaik Saliman, 28, dan Mohd Shahrul Amirul Alias, 20, mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu.
Mereka berdua mengaku bersama-sama pada 6 Oktober lalu jam 4 petang di persimpangan Jalan Taman Salwa, di sini, dengan niat telah menerima dan menyimpan sebuah beg tangan perempuan berwarna coklat dan bercorak bunga-bunga milik Wan Zakiah Wan Embong, 43.

Dengan itu mereka mengaku melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai lima tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna manakala kedua-duanya tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, beg tangan tersebut telah diragut daripada mangsa yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya dengan meletakkan beg tangan itu di antara dia dan anaknya.

Justeru mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak dan susulan laporan, satu serbuan telah dijalankan di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, di sini sebelum menahan kedua-dua sahabat berkenaan.

Hasil siasatan, mereka mengaku menyimpan beg tangan itu dan menyorokkan beg tersebut di rumah bapa saudara  Mohd Shahrul Amirul.

Anak mohon cari bapa hilang




17 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah meminta bantuan orang ramai bagi mengesan bapanya yang hilang sejak kelmarin selepas keluar dari rumahnya di Taman Setapak di sini.
Mahaya Sidik, 32, berkata, ayahnya, Sidik Firdaus, 73, yang mengalami masalah rabun, dilaporkan keluar dari rumah kira-kira 1.30 petang kelmarin tanpa disedari ibunya, Maimunah Haron, 68.

“Seorang saudara kami yang menaiki bas ternampak ayah di Jalan Raja Laut pada 9 pagi ini tapi tidak sempat menemuinya,” katanya.

Mahaya berkata, pada kebiasaannya bapanya akan memaklumkan kepadanya lokasi yang ingin dituju atau meninggalkan pesanan.

Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Setapak pada 12.52 tengah malam semalam.

“Saya berharap sesiapa yang menemui ayah saya supaya menghubungi balai polis berhampiran atau hubungi saya terus di talian 016-6655659,” katanya. - Bernama

Remaja edar dadah ditahan



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Oktober 2012
PORT DICKSON – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dipercayai pengedar dadah antara 16 suspek yang ditahan polis dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Port Dickson dan Seremban hujung minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Baharom Othman berkata, remaja yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu itu ditahan bersama lelaki yang berasal dari Johor Bahru di sebuah rumah di kawasan taman perumahan Bandar Dataran Segar, Lukut pada 12.30 tengah malam, Jumaat lalu.
Menurutnya, daripada pemeriksaan yang dilakukan, polis menemui sejumlah wang tunai dan pelbagai jenis dadah iaitu 800 biji pil eramin 5, 10 paket syabu, satu paket ketamin, satu paket ganja, beberapa biji pil estacy serta peralatan menghisap dadah.

“Hasil ujian saringan kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis syabu. Siasatan juga mendapati lelaki berusia 44 tahun yang bekerja sebagai penjaga kedai mesin judi itu mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya dan satu kesalahan jenayah.

“Kedua-dua mereka direman sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan polis,” katanya kepada Sinar Harian ketika sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, semalam.

Baharom berkata, dalam serbuan kedua pula, tiga lelaki ditahan di kawasan tempat letak kereta di sebuah hotel di Port Dickson pada jam 7 malam, hari sama.
Katanya, setelah pemeriksaan, polis menjumpai tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat 500 gram.
“Ketiga-tiga suspek yang merupakan pelajar sebuah kolej, jurujual dan penganggur itu berusia antara 20 hingga 26 tahun berasal dari Selangor.

“Hasil pemeriksaan ujian air kencing, salah seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis ganja dan memiliki rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya. Mereka ditahan reman hingga esok (hari ini),” katanya.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dengan kerjasama anggota polis IPD Port Dickson.

Beliau berkata, manakala dalam serbuan ketiga pada Sabtu lalu, seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah ditahan di hadapan sebuah rumah di kawasan perumahan Sendayan, Seremban pada jam 10.50 pagi.

"Hasil pemeriksaan, polis menjumpai 125 paket plastik berisi serbuk dadah jenis heroin dan syabu.

“Suspek yang berusia 50 tahun itu didapati mempunyai kesalahan lalu melibatkan enam kes di bawah Akta dadah berbahaya dan lapan rekod jenayah. Suspek akan direman sehingga Jumaat ini," katanya.

Menurutnya, kawasan perumahan itu dipercayai menjadi 'port' penagih dadah bagi mendapatkan bekalan.

"Malah sepanjang operasi, polis berjaya menahan 10 penagih dadah yang mana mereka datang ke lokasi ini untuk mendapatkan bekalan tanpa menyedari ada serbuan.

“Mereka yang kesemuanya lelaki adalah penduduk di kawasan berhampiran berusia antara 23 hingga 35 tahun,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga serbuan itu membabitkan jumlah keseluruhan rampasan pelbagai jenis dadah sebanyak RM35,600 tidak termasuk wang tunai berjumlah RM22,238.

“Kesemua 16 suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.