Search This Blog

Sunday, October 14, 2012

Mahkamah AS tarik balik larangan jual Galaxy Nexus

Mahkamah AS tarik balik larangan jual Galaxy Nexus:

Galaxy Nexus (kiri) dan iPhone.
WASHINGTON 12 Okt. - Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS) di sini semalam menarik balik larangan penjualan telefon pintar model Galaxy Nexus keluaran Samsung Electronics Co. dalam satu kes pelanggaran hak cipta dengan pesaingnya, Apple Inc.
Menurut mahkamah itu, tiada bukti menunjukkan telefon berkenaan mempunyai ciri-ciri yang ditiru daripada produk Apple, iPhone.
Mahkamah Rayuan di Washington itu membatalkan injunksi dikeluarkan oleh sebuah mahkamah California terhadap telefon Galaxy Nexus dalam kes berkenaan, dengan menyatakan mahkamah rendah itu 'menyalahgunakan budi bicaranya'.
Injunksi itu diputuskan pada 29 Jun lalu selepas Hakim Lucy Koh mendapati Samsung melanggar hak cipta iPhone yang menyaksikan satu arahan sementara larangan jualan dikenakan.
Bagaimanapun, mahkamah rayuan tersebut menyatakan Apple perlu menunjukkan bukan sahaja ia mengalami 'kerosakan kekal' tetapi 'juga menunjukkan kerosakan itu melibatkan pelanggaran tersebut'.
"Dalam perkataan lain, ia mungkin jualan produk tertuduh adalah baik tanpa menggunakan ciri paten tersebut,'' kata mahkamah dalam dokumen keputusan sebanyak 18 muka surat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121013/lu_07/Mahkamah-AS-tarik-balik-larangan-jual-Galaxy-Nexus#ixzz29LeV4eHE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita Afrika Selatan seludup dadah ke Lombok

Wanita Afrika Selatan seludup dadah ke Lombok:


MATARAM 13 Okt. - Seorang wanita warga Afrika Selatan ditahan pihak berkuasa Indonesia kelmarin, selepas cuba menyeludup masuk dadah jenis methamphetamine seberat 2.6 kilogram ke Lombok.
Menurut Ketua Detektif Polis Wilayah, Ricky Simon Paays, Kathlyn Dunn, 28, ditahan di Lapangan Terbang Lombok selepas tiba dari Singapura.
"Hasil imbasan x-ray, polis menemui dua paket dadah yang dianggarkan bernilai AS$500,000 (RM 1.5 juta) di dalam beg pakaian wanita tersebut," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121013/lu_15/Wanita-Afrika-Selatan-seludup-dadah-ke-Lombok#ixzz29LeM1nTc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anak bekas Presiden Kyrgyzstan ditahan tuduhan penipuan

Anak bekas Presiden Kyrgyzstan ditahan tuduhan penipuan: "LONDON 14 Okt. - Anak kepada bekas Presiden Kyrgyzstan telah ditahan di Britain atas satu tuduhan penipuan di Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa di sini, semalam.

Maksim Bakiyev, 34, ditahan oleh pegawai Scotland Yard, kelmarin ekoran satu permintaan ekstradisi oleh AS.

Menurut polis, Bakiyev secara sukarela menyerah diri di sebuah balai polis di London setelah didakwa terbabit dalam satu skim haram bagi menjual minyak kepada pangkalan udara AS di Kyrgyzstan. - DPA"

'via Blog this'

Retak tempurung kepala akibat curi motosikal

Retak tempurung kepala akibat curi motosikal - Semasa - Sinar Harian:


KUALA TERENGGANU - Gara-gara mencuri motosikal milik seorang kontraktor, seorang penganggur menerima padah retak tempurung kepala setelah dibelasah pemilik kenderaan itu dan orang ramai dalam kejadian dua hari lalu di Chendering di sini.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, kontraktor yang berusia 48 tahun itu berada di kediamannya di Batu Buruk, di sini telah dikejutkan dengan makluman anak saudaranya yang telah terlihat dua lelaki menaiki motosikal miliknya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata mangsa kemudiannya terus ke anjung rumah untuk melihat motosikalnya, namun ianya telah tiada.
Serentak itu juga, mangsa serta anak saudaranya memulakan gerakan memburu suspek berkenaan yang melarikan diri menghala ke arah Chendering.
"Ketika memburu suspek, mangsa ternampak motorsikal Yamaha Nouvo miliknya ditunggang oleh seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat Masjid Tengku Tengah Zaharah, di sini.
"Mangsa bertindak mengekori dan berjaya menahan suspek di persimpangan lampu isyarat Chendering di mana telah berlaku pergelutan sebelum mangsa berjaya merampas motosikal miliknya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Manoharan berkata akibat pergelutan itu, suspek yang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan beberapa anggota badan yang lain sebelum dibawa ke Balai Polis Chendering yang kebetulan berada berhampiran dari lokasi kejadian itu.
Katanya suspek yang berasal dari Marang itu di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk menerima rawatan dan kini masih dirawat dan keadaannya dilaporkan stabil.
Beliau berkata suspek juga turut mempuyai rekod jenayah lampau dan baru keluar penjara tahun lepas atas kesalahan yang sama serta hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
Suspek kini direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor. - Bernama

2 maut motosikal ditunggang gesel, digilis kereta

2 maut motosikal ditunggang gesel, digilis kereta - Semasa - Sinar Harian:

ALOR SETAR - Dua lelaki maut setelah motosikal yang mereka tunggangi bergesel sesama sendiri dan terbabas sebelum mereka digilis oleh sebuah kereta di Kilometer 44.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, berdekatan Tol Alor Setar Utara, di sini awal pagi tadi.
   
Kejadian kira-kira 1.45 pagi itu berlaku apabila mangsa Muhammad Faredzuan Sabri dan Mohammad Firdaus Mohammad Zainuddin, kedua-duanya berusia 20 tahun, yang menunggang motosikal berasingan jenis Yamaha RX-Z dikatakan dalam perjalanan ke Sungai Petani untuk berjumpa rakan mereka di sana.
   
Muhammad Faredzuan yang berasal dari Taman Aman, Jalan Anak Bukit di sini dan Mohammad Firdaus dari Kampung Teja, Jalan Datuk Kumbar dekat sini maut di tempat kejadian berikutan kecederaan serius di kepala akibat digilis kereta.
   
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata kedua-dua mangsa dipercayai bergesel sesama sendiri dan terjatuh sebelum sebuah kereta yang datang dari belakang melanggar kedua-dua mangsa.
   
"Berdasarkan laporan pemandu kereta terbabit, kawasan tersebut gelap dan dia tidak nampak kelibat kedua-dua mangsa yang terjatuh di jalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
   
Sementara itu, abang kepada Muhammad Faredzuan, Mohd Fahmi, 36, berkata keluarganya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh rakan-rakan mangsa yang mengetahui kejadian tersebut kira-kira pukul 2 pagi.
   
Adiknya yang merupakan bekas pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) AlorSetar dikatakan pulang ke rumah dari tempat kerja di Jalan Pegawai di sini
kira-kira 11 malam tadi sebelum keluar semula kira-kira pukul 12 tengah malam untuk berjumpa dengan rakan-rakan kelab motosikalnya.
   
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing.
   
Mayat Muhammad Faredzuan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Padang Sera, Jitra dan mayat Mohammad Firdaus pula di Kampung Teja, Jalan Datuk Kumbar petang ini. - Bernama

Sindiket salahguna gas subsidi tumpas, 11 ditahan

Sindiket salahguna gas subsidi tumpas, 11 ditahan - Semasa - Sinar Harian:
KLANG - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melumpuhkan satu sindiket menyalahgunakan gas domestik bersubsidi untuk kegunaan industri dengan tertangkapnya 11 lelaki dan merampas lebih 2,000 tong gas dan dua kenderaan, di sebuah gudang di Kampung Jawa di sini, hari ini. 
   
Timbalan Pengarahnya Mohd Mokhtar Yeop, lelaki yang ditahan itu, termasuk seorang warga tempatan berumur 20an dipercayai penyelia di premis seluas 1.2 hektar itu.
   
Katanya, dalam operasi 12 jam, dari 6 petang semalam hingga awal pagi ini, pihaknya menemui 2,100 tong gas asli cecair (LPG) bersubsidi kegunaan domestik yang isinya sedang dipindahkan untuk kegunaan industri.
   
"Ini kali kedua premis ini diserbu membabitkan kesalahan sama di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu manakala bagi syarikat boleh didenda RM250,000," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
   
Mohd Mokhtar berkata semasa diserbu kesemua pekerja terbabit sedang sibuk melakukan kerja memindahkan gas LPG dari tong 14kg dan 16kg ke dalam lori tangki yang diletakkan di belakang premis.
  
Beliau berkata pasukan yang membuat serbuan terpaksa memotong kunci dua pagar yang terletak kira-kira 100 meter dan 50 meter dari pusat kegiatan pemindahan gas itu yang dikawal dua ekor anjing.
      
Mohd Mokhtar berkata siasatan awal mendapati sindiket itu dipercayai mendapat bekalan gas bersubsidi itu daripada pemborong berlesen di sekitar Lembah Klang untuk dijual kepada beberapa pihak industri yang menjadi pelanggan tetap mereka.
   
Beliau berkata kegiatan haram premis berkenaan mendatangkan risiko tinggi kerana boleh menyebabkan kebakaran besar kerana saluran gas yang digunakan untuk memindahkan cecair berkenaan tidak mengikut spesifikasi yang selamat.
   
Tinjauan di premis itu menunjukkan bau gas LPG yang kuat yang dapat dikesan 10 meter daripada lokasi kegiatan haram berkenaan yang juga menempatkan beberapa kontena rumah pekerja.
   
Mohd Mokhtar berkata kesemua 10 warga asing itu akan diserahkan kepada pihak imigresen, dan penyelia warga tempatan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut manakala semua tong gas yang dirampas dibawa ke Stor Pusat KPDNKK Nilai, Negeri Sembilan.  - Bernama

Tiga remaja ditahan bersama parang, pisau dan buku lima

Tiga remaja ditahan bersama parang, pisau dan buku lima - Semasa - Sinar Harian:

KUALA TERENGGANU - Tiga remaja ditahan bersama sebilah parang, pisau dan senjata buku lima di persimpangan Batu Bersurat di Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam.
   
Mereka yang berusia antara 18 hingga 20 tahun itu ditahan kira-kira 4.20 pagi oleh anggota polis yang sedang meronda, di dalam sebuah Proton Wira kerana didapati berada dalam keadaan mencurigakan.
   
"Curiga dengan tindak-tanduk mereka, polis terus menahan mereka dan meggeledah kereta berkenaan sebelum menemui beberapa peralatan tajam," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan.
   
Beliau berkata polis juga menemui 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama serta duit syiling bernilai RM141 di dalam sebuah beg plastik.
   
Kesemua suspek yang berasal dari Dungun itu dibawa ke Balai Polis Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut termasuk sama ada mereka terbabit dalam kegiatan jenayah.
   
"Kita percaya mereka terlibat dalam beberapa kes jenayah dan hasil siasatan ke atas nombor casis kenderaan juga mendapati kenderaan yang digunakan itu adalah kenderaan curi," katanya.
   
Kesemua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 dan 7 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Bernama

Awang Adek: 17 kes mesin ATM dirompak, pakar 'hairan'

Awang Adek: 17 kes mesin ATM dirompak, pakar 'hairan' - Semasa - Sinar Harian:

Cubaan rompak ATM gagal
Cubaan rompak ATM gagal
BACHOK - Kementerian Kewangan mahu pihak bank yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan berisiko tinggi berlaku rompakan supaya segera memindahkannya ke kawasan lebih selamat.
  
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pihak bank juga diwajibkan mengadakan mesin ATM yang baru bertaraf piawaian antarabangsa yang sukar dipecahkan.
  
Pihak bank juga diwajibkan memasang sistem penggera yang dapat didengar dari jauh oleh pasukan keselamatan apabila ia dipecahkan, katanya.
  
"Di samping itu mereka juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kerap mengadakan rondaan oleh pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menyampai elaun sara hidup kepada 540 nelayan, yang keseluruhan berjumlah lebih RM100,000 di Perupuk di sini hari ini.
 
Awang Adek berkata, sehingga ini, sebanyak 17 kes rompakan mesin ATM telah dilaporkan dengan kerugian bernilai jutaan ringgit, yang sebilangan besarnya berlaku kerana pihak bank tidak melakukan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.
  
"Malah bangunan yang tempatkan mesin ATM itu juga tidak dibina dengan mempunyai unsur kekebalan menyebabkan ia mudah dipecahkan," katanya.
  
Beliau turut berkata, kes mesin ATM dipecahkan jarang berlaku di negara lain dan kes yang berlaku di negara ini menghairankan para pakar keselamatan dalam dan luar negara dengan kejadian seperti ini mesti dibendung segera. - Bernama

4 penunggang, pembonceng motosikal maut nahas jalan

4 penunggang, pembonceng motosikal maut nahas jalan - Semasa - Sinar Harian:

JOHOR BAHRU - Empat penunggang dan pembonceng motosikal, termasuk seorang pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November ini, terbunuh setelah motosikal yang dinaiki bertembung dalam satu kemalangan di Jalan Masai-Kong-Kong di sini hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Roslan Zainudin berkata, kejadian yang berlaku pada kira-kira 3 pagi itu turut melibatkan seorang pelajar politeknik serta dua pekerja syarikat swasta.
   
Beliau berkata mangsa yang meninggal dunia ialah K.Thinakaran, 18, Nur Natasya Ashiqin Zulkifli, Mohamad Aufa Arshad, dan S.Suthan yang masing masing berumur 20 tahun.
   
"Kemalangan membabitkan motosikal jenis Kawasaki 250 dan Yamaha RXZ apabila salah sebuah motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan memasuki arah bertentangan menyebabkan berlaku pelanggaran.
   
"Pertembungan itu menyebabkan kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing," katanya ketika dihubungi.
   
Roslan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis. - Bernama

Ops Rempit: Ibu, anak perempuan antara ditahan

Ops Rempit: Ibu, anak perempuan antara ditahan - Semasa - Sinar Harian:

KUALA TERENGGANU - Seorang ibu dan anak perempuannya berusia 17 tahun antara pesalah trafik yang ditahan dalam operasi mencegah Mat Rempit oleh Unit Khas Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar Padang Midin dekat sini hari ini.
   
Wanita berusia 36 tahun itu mendakwa kedua-dua mereka dalam perjalanan ke rumah keluarga angkat di sekitar kawasan itu ditahan atas kesalahan tiada memiliki lesen memandu.
   
Dalam operasi kali ketiga dari semalam bermula pukul 3 petang hingga pukul 5 pagi tadi, sebanyak 301 saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan membabitkan pemeriksaan ke atas 20 buah kereta dan 417 motosikal.
   
Ketua operasi khas tersebut, ASP Khuzir Abd Majit berkata 13 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan manakala 123 buah lagi diberikan notis arahan pemeriksaan semula.
   
Antara kesalahan dilakukan ialah menunggang tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh, mengubah suai ekzos dan enjin serta nombor plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi.
 
"Dalam operasi 14 jam ini kami menahan dua penunggang motosikal di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana melakukan aksi berbahaya manakala empat penunggang ditahan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
   
"Sebanyak 43 buah motorsikal ditinggalkan pemilik yang melarikan diri ketika operasi dijalankan. Kesemua pemilik akan disaman ketika menuntut kenderaan mereka nanti," katanya Khuzir ketika ditemui selepas tamat operasi di sini hari ini.
   
Operasi disertai seramai 99 pegawai dan anggota polis dan enam kakitangan  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Terengganu.
   
Menurut Khuzir, operasi mencegah itu akan diadakan lagi agar kegiatan salah dan tidak berfaedah itu tidak berleluasa.
   
Semasa operasi berjalan pelbagai tindakan berani dan nekad kumpulan Mat Rempit dapat dilihat termasuk cuba memboloskan diri daripada sekatan secara bertindak menunggang melawan arus selain memasuki jalan-jalan kecil.
   
Ada juga yang melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan mereka di kedai-kedai makan.
   
Beliau menasihati ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak bagi mengelak mereka daripada ditahan polis kerana terlibat dalam aktiviti jalanan yang tidak sihat itu. - Bernama

Barang kemas RM100,000 dilarikan

Barang kemas RM100,000 dilarikan - Semasa - Sinar Harian:

KUANTAN - Empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol melarikan barang kemas bernilai RM100,000 dari sebuah kedai emas di Merapoh dekat Kuala Lipis semalam.
   
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, kumpulan terbabit dipercayai melepaskan dua das tembakan untuk memecah cermin kaca tempat pameran barang kemas sebelum seorang lagi suspek menghentak cermin itu dengan sebilah kapak.  
   
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata keempat-empat suspek ke kedai berkenaan empat jam sebelum itu dengan berpura-pura menjadi pelanggan.
   
"Setelah merompak, mereka melarikan diri dengan sebuah Proton Waja yang diletakkan tidak jauh dari premis itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Beliau berkata pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut di samping meminta orang ramai tampil memberi maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lipis.
 
Kes diklasifikasi sebagai samun bersenjata. - Bernama

Suspek rempuh anggota polis ditahan reman empat hari

Suspek rempuh anggota polis ditahan reman empat hari - Semasa - Sinar Harian:

KUALA LUMPUR - Suspek yang merempuh kereta peronda dan anggota polis yang cuba menahannya di susur keluar Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dari Puchong ke Subang Jaya dekat sini awal pagi semalam, ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.
   
Lelaki berusia 20-an itu ditahan reman mulai semalam mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba menyerang polis, Seksyen 324 kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau objek berbahaya dan Seksyen 506 kerana ugutan jenayah.
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Supt Lam Chien Fei berkata suspek, yang cedera di lengan dan rusuk kanannya akibat terkena tembakan semasa dikejar polis, kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
   
"Kita menahannya untuk menyiasat beberapa kes jenayah di sekitar Lembah Klang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
   
Dalam kejadian kira-kira 2.00 pagi semalam, suspek cuba melarikan diri menaiki sebuah kereta setelah ditahan dua kereta peronda dan dua motosikal polis untuk pemeriksaan.
   
Suspek bertindak merempuh kereta peronda dan seorang anggota polis yang menunggang motosikal sebelum polis mengejar suspek. - Bernama

Padah bakar rumah kosong

Padah bakar rumah kosong - Semasa - Sinar Harian:


Gara-gara bakar rumah
Pemuda yang dilihat membakar rumah kosong diserahkan kepada polis selepas dibelasah sekumpulan penduduk.
GEORGETOWN - Tindakan seorang anggota bomba sukarela yang cuba membakar rumah kosong mengundang padah apabila dia dibelasah sekumpulan penduduk di Jalan Tengku di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemuda berusia 21 tahun itu dikatakan mencurahkan minyak tanah di dua rumah yang tidak berpenghuni di kampung terbabit sebelum membakarnya.

Namun perbuatannya yang mahu ‘mencipta’ kebakaran itu dilihat beberapa penduduk.

Menurut sumber, tindakan lelaki itu menyebabkan sebuah rumah berpenghuni terbakar dan ini menimbulkan kemarahan penduduk sebelum mereka menangkap suspek yang ketika itu cuba melarikan diri.

“Berang dengan tindakan lelaki berkenaan, sekumpulan penduduk kampung mengejar dan menangkapnya sebelum membelasah suspek.

“Akibat kejadian itu, lelaki berkenaan mengalami pendarahan hidung dan bengkak bibir apabila dibelasah kira-kira 20 penduduk sebelum menyerahnya kepada polis,” katanya.

Difahamkan, lelaki berkenaan adalah bekas penduduk kawasan berkenaan namun sudah berpindah sejak lima tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Yamin Tekor berkata, empat jentera dengan kekuatan 20 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Api dapat dikawal dalam tempoh lima minit dan kebakaran itu memusnahkan dua rumah kosong serta sebuah rumah yang didiami namun pemiliknya tiada di rumah ketika kejadian.

“Setakat ini, kita masih menyiasat lanjut untuk mengesan punca kebakaran dan juga jumlah kerugian dan kita serahkan kepada polis berhubung perbuatan seorang lelaki yang dikatakan cuba membakar dua rumah kosong terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Setakat ini, kita menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kebakaran dengan niat untuk melakukan kerosakan,” katanya.

Dua maut dalam dua jam

Dua maut dalam dua jam - Perak - Sinar Harian:

Dua maut dalam dua jam
Keadaan kenderaan dipandu Gobi yang melanggar pokok di tepi jalan dalam kejadian kemalangan awal pagi, semalam.
IPOH - Hanya dalam tempoh dua jam, nyawa dua lelaki yang memandu berseorangan melayang setelah terlibat dalam kemalangan maut berasingan di lokasi berbeza, awal pagi semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharudddin Wan Omar memaklumkan, kejadian pertama berlaku pada lebih kurang jam 11.30 malam kelmarin di Jalan Sultan Azlan Shah.

Menurutnya, mangsa, Khairul Amilin Abd Rashid, 28 maut di tempat kejadian selepas dipercayai memandu laju sehingga menyebabkan kenderaan yang dinaikinya terbabas lalu melanggar tiang papan tanda arah di pembahagi jalan.

"Impak pelanggaran yang kuat mengakibatkan kereta jenis Proton Preve yang dipandu mangsa melekat pada tiang papan tanda berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau menambah, mangsa yang bekerja di sebuah premis makanan segera di Medan Gopeng, di sni, kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapat rawatan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tadi (semalam) ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan HRPB. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, mangsa dipercayai mati akibat kecederaan parah pada kepala serta badan dan jenazah mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga untuk dibawa ke Kluang, Johor bagi urusan pengebumian.

Sementara itu, Wan Sharuddin memaklumkan kejadian kedua berlaku di Jalan Falim-Ipoh, di sini, melibatkan kehilangan nyawa P Gobi, 32, yang maut di tempat kejadian.

Beliau menjelaskan, mangsa dipercayai memandu laju sehingga menyebabkan kereta jenis Honda CRV yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

"Kemalangan berkenaan telah menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu selama hampir setengah jam sebelum dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri.

"Mangsa berasal dari Desa Permata, Chemor maut serta merta dalam kejadian berkenaan dan mayatnya di bawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga," katanya.

Polis kini masih meneruskan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kedua-dua kemalangan berkenaan.

Kulit keluar air berbisa, darah

Kulit keluar air berbisa, darah - Utara - Sinar Harian:

Kulit keluar air berbisa, darah
Keadaan kulit Azizah yang terlalu nipis dan mudah gugur.
Kulit keluar air berbisa, darah
Che Rus dan Zulkifly (kanan) kini menguruskan Azizah yang terlantar.
SUNGAI PETANI - Warga emas, Azizah Saidin, 59, yang mengalami kulit 'terbakar' dipercayai selepas minum sejenis jus baru sahaja dibenarkan keluar dari wad selepas mendapatkan rawatan.

Menurutnya, keadaan kulitnya kini dalam proses mengelupas sehingga mengeluarkan air berbisa dan darah yang menimbulkan rasa kurang selesa kerana sering kegatalan.

“Keadaan kulit semakin mengelupas sebelum keluar darah dan gatal-gatal menyebabkan makcik kurang selera makan dan tidak boleh tidur sepanjang hari,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut anak sulungnya, Zulkifly Che Rus, 24, ibunya kini sukar untuk melelapkan mata dan ahli keluarga terpaksa bergilir menemaninya sepanjang malam.

“Keadaan emak yang lumpuh menyukarkan dia untuk menguruskan diri dan setiap ahli keluarga terpaksa membantu termasuk menggaru kulit yang gatal.

“Kulit yang mengelupas pula sangat nipis sehingga berisiko gugur setiap kali disentuh,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pertuturan ibunya beransur baik apabila kini sudah boleh mula bercakap berbanding ketika mula jatuh sakit.

Azizah kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan difahamkan diberi tarikh merujuk ke HSAH setiap lima bulan sekali.

Sementara itu, Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, beliau akan menghantar surat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengetahui tahap kesihatan Azizah di samping mengetahui lebih lanjut berhubung kandungan jus yang diminum.

“Saya akan cuba dapatkan maklumat mengenai jus yang dikatakan diminum pesakit sehingga menyebabkan kulitnya terbakar, mengelupas dan mengeluarkan darah berbisa,” katanya.

Sinar Harian 23 April lalu menyiarkan kisah Azizah yang mengamalkan sejenis minuman berjus selepas yakin produk berkenaan mampu menyembuhkan penyakit lumpuh yang dihadapinya.

Bagaimanapun, setelah minum dua botol minuman tersebut, badannya mengeluarkan bintik-bintik seperti demam campak, sebelum kulit  di seluruh badan menjadi kehitaman, luka dan berdarah.

Rempuh lori dan terbalik

Rempuh lori dan terbalik - Melaka & NS - Sinar Harian:


Rempuh lori dan terbalik
Proton Iswara Aeroback terbalik dan remuk teruk dalam kemalangan, semalam. Gambar kecil: Mohd Sahir
SEREMBAN – Seorang lelaki parah apabila kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebuah lori di Kilometer 262.4 Lebuh Raya Utara – Selatan, berhampiran Plaza Tol Seremban, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an itu memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback sendirian merempuh belakang lori yang diletakkan di laluan kecemasan akibat kerosakan enjin.

Kemalangan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer dari arah Seremban.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Ungku Abdul Jalil Ismail berkata, sebuah jentera membabitkan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.40 pagi.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, kita dapati mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang ramai sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans.

“Kita hanya melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada berlaku tumpahan minyak yang boleh menyebabkan kebakaran,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, Pemandu lori terbabit, Mohamad Sahir, 40, berkata, dia dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Kota Tinggi, Johor dengan membawa muatan baja.

“Saya terpaksa memberhentikan lori di lorong kecemasan kira-kira 3 pagi kerana berlaku masalah enjin.

“Sementara menunggu siang, saya tidur dalam lori, tetapi terkejut apabila terdengar bunyi letupan kuat dari arah belakang lori,” katanya.

Menurutnya, dia segera keluar dari lori dan terkejut melihat sebuah kereta Proton Iswara Aeroback terbalik dan remuk di lorong kanan lebuhraya.

“Saya berlari ke arah kereta itu sebelum mendapati pemandu tersepit kerana kereta remuk teruk.

“Saya segera meminta bantuan beberapa pemandu kenderaan lain yang memberhentikan kenderaan bagi mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya.

Mohamad Sahir berkata, lelaki berkenaan cedera parah di bahagian kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk rawatan lanjut.

Nampak bumbung terbang

Nampak bumbung terbang - Melaka & NS - Sinar Harian:

Nampak bumbung terbang
Bumbung rumah penduduk rosak diterbangkan ribut.
Nampak bumbung terbang
Pokok tumbang di Taman Lavender Height.
SEREMBAN – “Angin terlalu kuat seperti ribut," kata Azhar Abd Aziz.

Azhar, 47, merupakan saksi kejadian ribut yang berlaku di Kampung Ujung Pasir, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, dalam keadaan angin kencang itu, dia ternampak tembok batu sebuah stor menyimpan barang runtuh, selain bumbung rumah terangkat dan berpusing-pusing.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, beberapa rumah di sekitar kawasan Sikamat rosak teruk pada bahagian bumbung setelah diterbangkan ribut, selain kerosakan kecil di beberapa bahagian rumah.

Menceritakan detik cemas, Azhar berkata, ketika kejadian, dia berada di bengkel besi tempat dia bekerja.

“Hujan dan angin sebelum kejadian itu memang lain dari biasa serta menakutkan. Bayangkan, bagaimana tembok batu boleh runtuh, menunjukkan angin begitu kuat.

"Paling menakutkan saya melihat bumbung berpusing-pusing dan menghempap wayar elektrik sebelum jatuh ke atas jalan raya,” katanya.

Menurutnya, mujur tiada orang awam berada di kawasan tersebut ketika kejadian.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Nur Halimah Hassan, 40, berkata, pada mulanya, dia sudah berasa tidak sedap hati melihat keadaan hujan dan angin luar biasa.

“Kerana terlalu takut, saya bersama anak berumur tujuh tahun duduk di ruang tamu. Tiba-tiba, anak saya berasa dahaga dan mahu ke dapur mengambil air.

“Tapi, saya terkejut apabila dia menjerit memberitahu bilik sudah dipenuhi air menyebabkan saya bergegas mendapatkan bantuan jiran untuk menyelamatkan barang-barang,” katanya.

Nur Halimah berkata, kejadian itu menyebabkan beberapa keping bumbung rumah sewanya diterbangkan angin selain almari pakaian, tilam dan pakaiannya basah terkena hujan.

Nasib sama dialami Johari Shafie, 52, yang menyifatkan kejadian hujan lebat beserta angin seperti puting beliung begitu menakutkan.

“Tapi saya terkejut kerana nampak pokok berhampiran rumah tumbang dan terdengar bunyi letupan kecil,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa rumah di Taman Lavender Height, Senawang, juga dilaporkan turut mengalami kerosakasn dan beberapa laluan ke taman perumahan itu juga terpaksa ditutup berikutan pokok tumbang, sekali gus menghalang laluan keluar masuk penduduk.

Terjun laut elak dicekup

Terjun laut elak dicekup - Selangor & KL - Sinar Harian:


Terjun laut elak dicekup
Cip permainan dan wang tunai turut dirampas dalam serbuan itu.
TANJONG KARANG - Kira-kira 30 kaki judi yang leka bertaruh menggunakan dadu nekad terjun laut sebaik menyedari pihak berkuasa menyerbu pondok ala mini kasino dalam hutan paya bakau dekat belakang deretan kedai, di sini lewat petang kelmarin.

Dalam serbuan Ops Dadu kira-kira jam 5 petang itu, lapan lelaki berumur lingkungan 40 tahun hingga 50 tahun berjaya ditahan 12 anggota bersama tiga pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Asisten Superintendan  Adzli Abu Shah berkata, mereka yang leka berjudi dengan wang taruhan mencecah RM100,000 itu pada mulanya tidak  menyedari kehadiran anggota polis berpakaian preman.

“Kaki judi bertempiaran lari ke dalam hutan paya bakau sebaik sahaja pondok beratapkan nipah dan berdindingkan kanvas itu diserbu.

"Mereka tidak serik menjadikan pondok itu sebagai mini kasino biarpun pernah diserbu dua kali sebelum ini dan anggota terpaksa mengejar sehingga ada di antara mereka sanggup terjun ke laut untuk melepaskan diri," katanya.

Aktiviti perjudian dipercayai dijalankan setiap hari bermula jam 4.30 petang hingga 8 malam dan ketika serbuan polis turut menemui cip permainan judi.

Menurut Adzli, berdasarkan maklumat, polis mengenal pasti lokasi perjudian yang agak tersorok dan menjalankan risikan sebelum serbuan.

“Kebanyakan kaki judi adalah ahli perniagaan tempatan dan ada juga yang sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk melepaskan gian berjudi dengan wang taruhan sehingga RM15,000.

“Kadar pertaruhan dipercayai mencecah hampir RM100,000 dan kesemua yang dicekup disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk ditahan reman,” katanya.

Banjir kilat berulang lagi

Banjir kilat berulang lagi - Selangor & KL - Sinar Harian:

Banjir kilat berulang lagi
Siti Norma Ashikin menunjukkan tandas rumahnya dinaiki air dalam kejadian banjir kilat semalam.
SELAYANG – Banjir kilat yang sering berlaku setiap kali hujan lebat lebih dua jam di Taman Sri Selayang membuatkan penduduk kini hidup dalam kebimbangan memandangkan musim tengkujuh yang akan datang tidak lama lagi.

Semalam sekali lagi kawasan taman perumahan itu dilanda banjir kilat selepas hujan lebat bermula kira-kira 10 pagi berterusan hingga kira-kira jam 3 petang.

Ia menyebabkan kira-kira 100 rumah dinaiki air hampir setengah meter dan melimpah masuk ke dalam rumah.

Kejadian yang berlaku berulang kali itu menimbulkan kekecewaan penduduk yang mendakwa pernah membuat aduan berhubung perkara itu kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Seorang kakitangan swasta, Siti Norma Ashikin, 25, berkata, banjir kilat itu adalah yang terburuk dalam tahun ini.

Katanya, ia bukan kejadian kali pertama kerana tahun ini sahaja lebih tiga kali menimpa penduduk kawasan itu.

Menurutnya, keluarganya telah menetap di kawasan itu lebih 30 tahun tetapi sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seumpama itu.
Dakwanya, sejak hab kereta-kereta terpakai diwujudkan di belakang kawasan taman perumahan itu masalah banjir kilat itu timbul setiap kali hujan lebat lebih dua jam.

“Keluarga saya dah menetap di sini lebih 30 tahun memang tak pernah jadi banjir teruk macam ini tapi sejak tempat jual kereta-kereta terpakai dibina di bahagian belakang rumah kami ini masalah ini mula timbul.

“Dulu ada kawasan takungan air di sini tetapi telah dibina hab kereta-kereta terpakai menyebabkan bila hujan lebat air naik ke kawasan perumahan kami,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, rumahnya dimasuki air hingga ke bahagian depan dan dapur rumah serta tandas.

Siti Norma Ashikin berkata, MPS dan wakil rakyat kawasan itu diharap dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini.

Dalam perkembangan sama, seorang pesara, Hamidah Mohd Salleh, 63, berkata, dia kecewa dengan kejadian banjir kilat yang sering berlaku di kawasan tersebut.

Menurutnya, ia menyebabkan dia terpaksa membersihkan rumahnya yang dimasuki air di bahagian depan dan tandasr

“Ini banjir paling buruk sepanjang saya tinggal di sini kerana selama ini air hanya naik setakat satu anak tangga tandas tetapi kali ini dua.

“Saya harap MPS dapat bertindak sewajarnya untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berlaku lagi kejadian ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, seorang penduduk, Amritpall Singh, 42, berkata, MPS sepatutnya membesarkan longkang di kawasan perumahan itu supaya air tidak melimpah ketika hujan lebat.

Katanya, tindakan itu perlu dilakukan kerana penduduk di kawasan perumahan itu membayar cukai.

Jurucakap MPS berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut esok (Isnin).

Pesakit maut jatuh bangunan

Pesakit maut jatuh bangunan - Pahang - Sinar Harian:


Pesakit maut jatuh bangunan
Seorang anggota polis memeriksa mayat pesakit itu.
TEMERLOH – Seorang pesakit Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat enam bangunan hospital tersebut kira-kira jam 8.50 pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Superintendan Zundin Mahmood berkata, mangsa Wong Kuew Yoon 37, beralamat di Setapak Kuala Lumpur mati serta merta akibat kecederaan parah di seluruh badan.

Menurutnya, kejadian disedari beberapa petugas HoSHAS awal pagi semalam selepas mangsa jatuh berhampiran pejabat bahagian pembersihan di hospital terbabit.

“Polis masih punca kejadian tetapi setakat ini kami anggap satu kemalangan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Pengarah HoSHAS, Datuk Dr Bahari Awang Ngah berkata, mangsa dimasukkan ke HoSHAS kelmarin selepas terlibat kemalangan jalan raya dengan sebuah lori.

Menurutnya, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar orang ramai mendapatkan rawatan di HoSHAS sebelum ditemui mati pagi semalam.

Sementara itu beberapa petugas HoSHAS yang menceritakan kejadian berkata, mereka terdengar bunyi jeritan sejurus sebelum mangsa ditemui mati.

Salah seorang petugas wanita yang enggan dikenali berkata, ketika bertugas jam 8.50 pagi semalam dia terdengar bunyi jeritan dan bunyi benda jatuh dua kali.

“Pada mulanya saya ingatkan ada orang bergaduh, ketika menjenguk keluar tingkap saya nampak objek besar jatuh betul-betul di atas jalan berhampiran parkir motosikal petugas HoSHAS.

“Saya kemudian turun dan lihat mangsa sudah tidak bernyawa,” katanya semalam.

Polis tembak mati seorang anggota kumpulan KK Merah

Polis tembak mati seorang anggota kumpulan KK Merah - Semasa - Sinar Harian:
TEMERLOH - Polis Temerloh menembak mati seorang daripada empat anggota kumpulan KK Merah, yang disyaki terlibat dalam tujuh kes samun dan
satu kes bunuh, ketika berbalas tembakan di kawasan ladang sawit di Sanggang dekat sini, awal hari ini.
   
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata dalam kejadian pada 1.30 pagi itu, sepasukan polis Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang cuba menahan sebuah kenderaan yang mencurigakan dipandu seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat selepas tol Temerloh menghala Jerantut.
   
Bagaimanapun, beliau berkata kenderaan yang disyaki dicuri itu terus memecut ke jalan ladang kelapa sawit berkenaan dan terbabas dalam kawasan ladang tersebut.
   
"Apabila anggota kita menghampiri kenderaan itu, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan dari arah dalam kereta tersebut," katanya kepada pemberita hari ini.
   
Sharifuddin berkata pasukan polis terpaksa membalas tembakan dan pemeriksaan yang dilakukan selepas itu mendapati seorang lelaki mati di bahagian pemandu akibat terkena tembakan.
 
Beliau berkata polis menemui sepucuk revolver bersama tiga butir peluru hidup dan tiga kelongsong peluru, yang dipercayai digunakan suspek ketika
berbalas tembakan dengan polis selain sebuah komputer riba, sebilah parang serta satu ketulan mampat dadah, dipercayai ganja, dalam kereta itu.
   
"Suspek yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Muhamad Azirywan Mohd Azlan, 21, dari Perkampungan Cenderawasih, Kuantan dan merupakan seorang penganggur, dan hasil siasatan mendapati kumpulan itu terlibat dalam tujuh kes samun dan satu kes bunuh di daerah Temerloh, Kuantan, Bentong dan negeri Selangor," katanya.
   
Sharifuddin berkata suspek dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Kampung Baru Simpang Songsang pada 14 Sept lepas melibatkan seorang peniaga Abdul Talib Yadin, 56, yang ditikam selepas disamun ketika pulang dari berniaga pada 2.30 pagi.
   
Beliau berkata seorang lagi rakan suspek berumur 16 tahun, yang turut terbabit dalam lapan kes samun, ditangkap di Jalan Kampung Lantin, Chenur pada 1.30 pagi 7 Oktober ketika sedang menaiki motosikal bersama dua lagi rakannya, yang berjaya melarikan diri.
   
Katanya, polis kini memburu dua individu dikenali sebagai Mohd Hairie Abdul Malik, 28, beralamat di No. 21, Kampung Tebing Tinggi, Temerloh serta Mohd Ridzuan Khaidir, 22, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di balai polis berdekatan. - Bernama

Warga emas maut digilis lori

Warga emas maut digilis lori - Johor - Sinar Harian:

Warga emas maut digilis lori
peMangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan di jalan pintasan berhampiran persimpangan Jalan Dato’ Haji Kosai, semalam. Gambar kecil: Kih Seng.
MUAR – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan dengan isi perut terburai apabila digilis sebuah lori selepas terbabit dalam kemalangan di jalan pintasan berhampiran persimpangan Jalan Dato’ Haji Kosai, dekat Bakri di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang, mangsa, Lee Kih Seng, 70, dari Jalan Khalidi, menunggang motosikal sendirian dari jalan pintasan Jalan Dato’ Haji Kosai menghala ke Bakri.

Malangnya, setiba di tempat kejadian dipercayai motosikal mangsa bergesel dengan sebuah lori dari arah yang sama menyebabkannya hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya sebelum digilis lori berkenaan.

Pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Zarib, 30an berkata, dia merasakan tayar belakang lori yang dipandunya  terangkat selepas terdengar seperti sesuatu merempuh belakang lori yang dipandunya.

Menurutnya, apabila melihat cermin sisi kelihatan seorang penunggang motosikal sedang digilis sebelum terseret dan tergolek di jalan raya.

“Saya tidak sedar motosikal ini dari arah mana tetapi sejurus melepasi simpang empat di jalan pintasan tersebut, kejadian itu berlaku.

“Tidak ada seorang pun yang nampak dari arah mana motosikal mangsa datang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, menyedari keadaan tersebut, dia terpaksa menghentikan lorinya di kawasan yang agak jauh kerana ketika itu, keadaan mula sesak dan mangsa dilihat sudah tidak bernyawa dengan isi perut terburai dan cebisan daging di atas jalan raya.

Zarib berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari Jalan Junid menuju ke Pagoh untuk mengisi batu sebelum terdengar satu bunyi di persimpangan tersebut yang merupakan simpat empat.

“Kemungkinan besar mangsa datang dari arah belakang kerana saya tidak nampak motosikal dari simpang kiri atau kanan semasa di persimpangan empat  tersebut, semuanya berlaku dengan pantas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987  dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan,” katanya.

Barang kemas RM100,000 dilarikan

Barang kemas RM100,000 dilarikan - Semasa - Sinar Harian: "KUANTAN - Empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol melarikan barang kemas bernilai RM100,000 dari sebuah kedai emas di Merapoh dekat Kuala Lipis semalam.
  
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, kumpulan terbabit dipercayai melepaskan dua das tembakan untuk memecah cermin kaca tempat pameran barang kemas sebelum seorang lagi suspek menghentak cermin itu dengan sebilah kapak.
  
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata keempat-empat suspek ke kedai berkenaan empat jam sebelum itu dengan berpura-pura menjadi pelanggan.
  
"Setelah merompak, mereka melarikan diri dengan sebuah Proton Waja yang diletakkan tidak jauh dari premis itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
  
Beliau berkata pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut di samping meminta orang ramai tampil memberi maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lipis.

Kes diklasifikasi sebagai samun bersenjata. - Bernama"

'via Blog this'

Budak lelaki 2 tahun maut dihempap televisyen

Budak lelaki 2 tahun maut dihempap televisyen - Semasa - Sinar Harian: "KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang dekat sini hari ini.
  
Kejadian kira-kira 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.
  
"Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen," katanya ketika dihubungi hari ini.
  
Beliau berkata Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.
  
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - Bernama"

'via Blog this'

Mati dilenyek kereta

myMetro | Mati dilenyek kereta:

ALOR SETAR: Dua sahabat dipercayai menunggang laju, terbunuh apabila motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri sebelum seorang daripadanya dilenyek sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 44.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Alor Setar Utara, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi, mangsa, Muhammad Faredzuan Sabri dan Mohamad Firdaus Mohd Zainuddin, masing-masing berusia 20 tahun meninggal di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Difahamkan, mangsa dikatakan berkonvoi bersama beberapa rakan lain daripada Kelab Motosikal Yamaha RXZ menuju ke Sungai Petani. Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan laju.
Muhammad Faredzuan, bekas pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) di sini, dan bekerja di sebuah restoran makanan segera di sini, manakala Mohamad Firdaus penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas), Jitra, dan kini sedang menjalani latihan amali.

Abang Muhammad Faredzuan, Mohd Fahmi, 34, berkata arwah seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap tetapi sehari sebelum kejadian, dia banyak bersembang dengan kakaknya, Noor Fazlyana, 27.

“Arwah pulang malam tadi (kelmarin) selepas balik kerja dan memberitahu mahu keluar menemui rakan-rakannya. Saya sempat menemuinya kira-kira jam 11.30 malam dan terkejut apabila rakannya beritahu Faredzuan terbabit dalam kemalangan.
“Apa pun, kami ahli keluarga reda dengan kejadian itu,” katanya yang ditemui di Unit Forensik, HSB, di sini, semalam. Menurutnya, arwah anak bongsu daripada empat beradik pernah memberitahunya dia mahu sambung belajar ke peringkat diploma di IKM, Kelantan dalam kursus Sijil Lukisan Senibina.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Adzaman Mohd Jan, mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pemandu kereta yang memaklumkan melanggar mangsa yang terbaring di lebuh raya berkenaan yang gelap di tempat kejadian.

“Motosikal ditunggang kedua-dua mangsa berusia 20 tahun dikatakan bergesel ketika melalui laluan berkenaan sebelum masing-masing terjatuh dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di situ.” katanya.

8 diserbu leka berjudi

myMetro | 8 diserbu leka berjudi: "KUANTAN: Gara-gara ingin cepat kaya dengan cara haram, lapan tahi judi menerima padah apabila ditahan ketika sedang leka berjudi di dua premis berasingan, di Jalan Datuk Wong Ah Jang, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 malam itu, lapan tahi judi termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas gagal melarikan diri sebaik saja premis kafe siber berkenaan diserbu sepasukan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata dalam serbuan pertama, anggota polis yang membuat serbuan di premis terbabit mengarahkan semua pelanggan premis berkenaan berhenti berjudi untuk membolehkan pihaknya menjalankan pemeriksaan."

'via Blog this'

Beli ubat batuk seludup RM80

myMetro | Beli ubat batuk seludup RM80:

“SAYA pernah cuba beberapa jenis dadah tetapi ‘stim’ (khayal) ubat batuk paling terbaik kerana rasa khayalnya yang tersendiri dan pengambilannya sukar dikesan.
Selain melapangkan fikiran dan menenangkan perasaan, ubat batuk turut meningkatkan kecerdasan minda saya terutama ketika mengulang kaji pelajaran.

Sejak mengambilnya ketika di sekolah menengah sehingga sekarang saya belum lagi ‘kantoi’ baik di sekolah mahupun di universiti. Berbanding kesan pengambilan sesetengah dadah yang mudah dikesan orang, sukar untuk mengenal pasti penyalahgunaan ubat batuk berbanding ganja, E (Ecstacy), ice (syabu) dan ‘ubat’ (morfin).
Saya mula mengenali dadah sejak berusia 16 tahun. Dadah pertama saya ialah ‘boh’ (ganja) kerana ia antara jenis dadah paling mudah diperoleh dan ramai rakan sekolah turut mengambilnya.

Apapun, saya mengambil boh untuk suka-suka saja dan hanya menghisapnya ketika ponteng sekolah di rumah rakan. Saya tidak begitu sukakan boh kerana kesan khayalnya agak teruk dan pengambilannya mudah dikesan orang ramai berikutan mata akan menjadi kemerah-merahan serta berair.

Namun, saya berhenti mengambil ganja selepas diperkenalkan dengan ubat batuk oleh seorang rakan dari pantai timur. Kali pertama mencubanya saya gagal tangkap ‘feel’ (nikmat) kesan khayalnya kerana tidak pandai ‘melayannya’.
Selepas beberapa kali mengambilnya, baru terasa stimnya. Namun ubat batuk yang diambil ketika itu adalah jenis haram diseludup dari negara jiran.

Biasanya saya akan ‘tong-tong’ (kongsi) bersama beberapa rakan untuk membeli ubat batuk yang dijual pada harga RM80 sebotol (150 mililiter) dan mengambilnya selang dua hari sekali.
Selain melayan kepala, saya mengambil ubat batuk untuk membantu meningkatkan fokus terhadap pembelajaran di sekolah. Ketika itu saya belum tahu mengenai kaedah penghasilan ubat batuk formula lalok.”

Jual secara terbuka

myMetro | Jual secara terbuka:


KUALA LUMPUR: Penjualan ubat batuk secara terbuka di kaunter farmasi memudahkan bahan itu disalah guna golongan remaja untuk kegiatan tidak sihat termasuk mencipta formula lalok.
Jurucakap Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) berkata, tiada kawalan tertentu mendapatkan bahan berkenaan menjadi punca penggunaannya meluas di kalangan remaja.

“Cukup sekadar RM5 sudah memadai membeli ubat batuk di farmasi. Tidak kiralah sesiapa termasuk kanak-kanak mampu mendapatkannya tanpa perlu pengesahan doktor.
“Tambahan pula mereka mengambilnya bersama bahan lain seperti ubat tidur membuatkan ia lebih ‘kick’ (kuat) berbanding ubat batuk biasa diambil pesakit normal,” katanya.

Menurutnya, kesan pengambilan formula berkenaan kurang berisiko berbanding dadah lain, namun kemungkinan untuk penagih berdepan risiko maut masih ada.

“Khayal atau rasa mengantuk akibat pengambilannya boleh mendorong kepada kemalangan. “Campuran ubat berkenaan bersama bahan terlarang lain pula dipercayai boleh mengakibatkan ancaman seperti kematian mengejut akibat kegagalan jantung berfungsi,” katanya.
Bagi sudut rawatan, setakat ini peranan dimainkan oleh Klinik Cure & Care Malaysia di bawah AADK adalah menyediakan sokongan daripada segi aspek psikologi mengelak penagih berterusan bergantung pada bahan terbabit.

“Oleh kerana mereka penagih minor atau bawah umur, kesan bahan berkenaan masih boleh dikawal seandainya mereka sudi menawar diri dalam proses pemulihan.
“Sesi rundingan dan perkongsian kumpulan sesama mereka adalah medium pemulihan terbaik. Selain itu, kita memohon ibu bapa memantau dan membawa anak membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti setakat mana kroniknya masalah penagihan dihadapi,” katanya.

Ditanya mengenai usaha aspek penguatkuasaan, AADK melihat aspek berkenaan tidak begitu efisien tanpa kerjasama semua pihak.

“Kami lebih gemar semua pihak memainkan peranan masing-masing. Penguatkuasaan saja tidak memadai bagi mengekang masalah terbabit.

“Seharusnya peranan seawal di rumah, iaitu pemantauan ibu bapa, diikuti keprihatinan masyarakat dan pembabitan beberapa agensi berkaitan boleh merintis usaha berkesan dalam melahirkan generasi muda bebas dadah,” katanya.