Search This Blog

Saturday, October 13, 2012

Barat tanggung akibat kerana sekat Iran: Menteri

myMetro | Barat tanggung akibat kerana sekat Iran: Menteri: "TOKYO: Menteri Kewangan Iran semalam memberi amaran, Barat akan “menanggung akibat” daripada tindakan menyekat ekonomi negara berkenaan.

Shamseddin Hosseini berkata, Iran berikrar akan mengatasi krisis mata wang yang serius ketika ini akibat sekatan berkenan. “Sekatan Barat bukan saja menjejaskan ekonomi Iran, malah negara dan syarikat luar,” katanya.


Menurut Shamseddin, banyak firma Barat terjejas apabila Teheran menjadikan negara lain sebagai rakan dagang. “Turki kini menjadi rakan datang penting kami bagi menggantikan Jerman, manakala China mungkin menguasai pasaran pernah dinikmati Jepun,” katanya. - AFP"

'via Blog this'

AS akui rangkaian komputer syarikat minyak, gas digodam

myMetro | AS akui rangkaian komputer syarikat minyak, gas digodam: "WASHINGTON: Seorang bekas pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) berkata, pihak berkuasa negara itu amat yakin penggodam Iran berkemungkinan besar disokong Teheran bertanggungjawab dalam serangan siber ke atas syarikat minyak dan gas di Teluk Parsi.

Menurutnya, serangan berkenaan adalah tindak balas terbaru Iran terhadap sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas negara itu.


Dia adalah pegawai pertama AS yang mengaku secara terbuka mengenai serangan siber berkenaan.

“Serangan siber itu mungkin insiden paling serius ke atas sektor swasta AS setakat ini,” katanya. Sementara itu, Setiausaha Pertahanan "

'via Blog this'

Remaja hina Rasulullah akan didakwa

myMetro | Remaja hina Rasulullah akan didakwa: "KARACHI: Polis memfailkan kes terhadap seorang remaja lelaki beragama Kristian yang menghantar mesej ringkas yang menghina Nabi Muhammad, semalam.

Jiran telah menggeledah rumah Ryan Stanten, 17 dan ibunya di Karachi atas dakwaan dia menghina Nabi Muhammad dan polis berkata kes itu difailkan untuk mengurangkan kemarahan orang ramai.
Tetapi remaja itu dan ibunya sudah menghilangkan diri. - AFP "

'via Blog this'

Pelukis kartun bebas dari tuduhan hasutan

myMetro | Pelukis kartun bebas dari tuduhan hasutan: "MUMBAI: Kerajaan sebuah negeri di India membatalkan dakwaan hasutan terhadap seorang pelukis kartun yang ditahan kerana dituduh melukis kartun antirasuah bulan lalu.

Dakwaan itu menyebabkan kemarahan aktivis kebebasan bersuara.
Aseem Trivedi, 25, ditahan dan diikat jamin empat hari kemudian di bawah Undang-Undang Hasutan, Teknologi Maklumat dan Melindungi Bendera Kebangsaan dan Perlembagaan.

Peguamnya, Vijay Hiremath berkata, “Tuduhan hasutan digugurkan tetapi dakwaan lain diteruskan.”


Katanya, Peguam Umum Maharashtra memfailkan afidavit di Mahkamah Tinggi Bombay.


Antara kartun kontroversi lukisan Aseem, termasuk melukis Parlimen di New Delhi seperti mangkuk tandas. - AFP "

'via Blog this'

Siswa kena simbah asid

myMetro | Siswa kena simbah asid: "SYDNEY: Seorang pelajar universiti warga China berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas disimbah asid di muka dan dipukul di kepala dengan penukul oleh rakan yang juga pelajar doktor falsafah, semalam.

Polis berkata, lelaki berusia 26 tahun itu telah didakwa kerana menyerang pelajar berusia 25 tahun di makmal kajian kimia di Universiti New South Wales, di sini.
Kenyataan polis berkata, “Seorang pelajar dikatakan mencurahkan bahan kimia, dipercayai asid sulfurik ke muka pelajar lain sebelum memukul kepalanya dengan penukul selepas berlaku perbalahan.”

Kedua-dua pelajar lelaki warga China itu adalah pelajar doktor falsafah, kata universiti itu.


Media tempatan menamakan mangsa sebagai Cheng Xiaoyu, dihantar ke Hospital St Vnicent untuk rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Unit Melecur diHospital Royal North Shore di mana keadaannya dikatakan kritikal dan koma.


Penyerangnya, Zhang Rui, hadir di mahkamah Sydney semalam, di mana dia tidak memohon untuk diikat jamin.

Majistret, Jacqueline Milledge berkata, Zhang akan dipindahkan ke pusat kesihatan mental untuk penilaian sebelum hadir ke mahkamah pada 29 November - AFP"

'via Blog this'

Pencuri licik tumpas selepas mencuri kali ke-26

myMetro | Pencuri licik tumpas selepas mencuri kali ke-26: "BANGKOK: Selepas berjaya mencuri dan melarikan telefon bimbit serta komputer tablet 25 kali, Pornthep Thassanawirun akhirnya tertangkap selepas mencuri buat kali ke-26.

Polis daerah Samut Prakan dilaporkan menahan lelaki berusia 22 tahun itu di rumahnya di daerah Muang kelmarin dan merampas 15 telefon bimbit dan satu komputer tablet.
Tangkapan itu dibuat selepas seorang wanita, Siriporn Ouisrithanapirom, membuat laporan polis dan memaklumkan mengenai seorang lelaki menunggang motosikal Suzuki yang berpura bertanyakan tempat sebelum melarikan telefon Blackberry miliknya.

Hasil tangkapan, polis menemui motosikal itu di rumah Pornthep. - BP"

'via Blog this'

Samseng ugut Amir Khan

myMetro | Samseng ugut Amir Khan:

LELAKI itu menunjukkan beberapa kunci kereta Porsche yang didakwa milik Amir. Gambar kecil, Amir.
LELAKI itu menunjukkan beberapa kunci kereta Porsche yang didakwa milik Amir. Gambar kecil, Amir.
LONDON: Seorang penyangak bertopeng memuatnaikkan video ke laman YouTube untuk mengancam juara tinju dunia, Amir Khan.
Dia juga mendakwa ‘menumbangkan’ peninju itu apabila dia dilapor menyerang Amir dan adiknya baru-baru ini.
Polis melancarkan siasatan terhadap video itu yang menyusuli laporan mengenai Amir, 25 dan adiknya, Haroon, 20, membelasah enam samseng yang hendak merampas kereta mereka di Digbeth, Birmingham pada awal pagi Isnin lalu.

Pasangan adik beradik itu didakwa menjadi sasaran kumpulan enam orang itu.
Amir, bekas juara dunia light-welterweight dikatakan menumbuk bertalu-talu seorang penyangak berkenaan sebelum dia dan adiknya meninggalkan tempat kejadian.
Bagaimanapun, dalam video yang dimuatnaikkan pada laman Facebook, semalam, seorang lelaki bertopeng menceritakan kejadian itu dan mengancam Amir dan adiknya.

“Saya akan cabut kepala kamu. Anda tahu apa yang sebenar terjadi. Kami tahu apa yang terjadi. Kamu dibelasah. Lain kali kamu boleh bawa bala tentera.
Siapa peduli jika kamu Amir Khan. Anda bukan wira di sini,” kata lelaki itu.

Video itu yang kelihatan dirakam di ruang tamu sebuah rumah, disiarkan selepas laporan menyatakan, Amir dan adiknya menjadi sasaran perompak yang cuba mencuri kereta Range Rovernya berharga �100,000 (RM500,000).

Dalam video dua siri itu, lelaki bertopeng berkenaan menunjukkan barangan, termasuk beg, dompet dan kunci kereta yang dia dakwa milik Amir.

Polis West Midland melancarkan siasatan terhadap kejadian itu.

Mereka sebelum ini berkata, menerima laporan mengenai satu perkelahian tetapi tidak menemui sebarang tanda serangan.

“Kami mulanya berkata kami tidak menyiasat kejadian itu. Tetapi kini, kami mengkaji pendirian kami,” kata seorang jurucakap.

Polis berusaha mencari butir sebenar mengenai kejadian berkenaan. Wakil Amir enggan mengulas mengenai dakwaan itu. - DM

'via Blog this'

Kereta pelajar hangus

myMetro | Kereta pelajar hangus: "ALOR GAJAH: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di daerah ini kerugian RM30,000 selepas Proton Saga BLM miliknya terbakar di Taman Kasa Height, dekat sini, semalam.

Difahamkan dalam kejadian jam 4.30 pagi, mangsa, Mohd Khairulanwar Abdul Mutalib, 22, tidur di ruang tamu rumahnya sebelum dikejutkan seorang rakan yang terhidu bau hangit dari luar rumah.
“Saya dan rakan keluar memeriksa sebelum melihat asap tebal diikuti letupan kecil pada enjin kereta. Seorang rakan mengambil baldi berisi air lalu menyiram bahagian yang terbakar tetapi gagal apabila api semakin marak dan kami menghubungi Bomba dan Penyelamat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, dia meletakkan kenderaan itu di luar rumah selepas pulang makan malam di pekan berkenaan, kira-kira jam 12.30 tengah malam.


Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Suhairi Supian berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu jam 4.47 pagi."

'via Blog this'

Jel 100 tahun

myMetro | Jel 100 tahun: "MELAKA: Perbuatan keji pemungut barangan lusuh menodai anak kandungnya mendapat pembalasan setimpal apabila dijatuhkan hukuman penjara keseluruhan berjumlah 100 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh yang berusia 38 tahun mengaku bersalah kelmarin terhadap lima tuduhan melakukan sumbang mahram di depan Hakim Zaharah Hussain sebelum Zaharah menjatuhkan hukuman itu, semalam.
Zaharah berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi tuduhan pertama hingga keempat dengan lima sebatan serta penjara 20 tahun dan empat sebatan bagi tuduhan kelima mulai tarikh ditangkap terhadap tertuduh selepas lelaki itu disabitkan kesalahan dengan kelima-lima tuduhan dikenakan terhadapnya.

Menurutnya, tertuduh bernasib baik kerana ditangkap lebih awal dan dapat mengelak daripada terus melakukan perbuatan itu terhadap anak sendiri sambil berharap tertuduh insaf apabila berada di penjara nanti.


Bagaimanapun, Zaharah memerintahkan keseluruhan hukuman penjara itu berjalan serentak, bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara maksimum selama 20 tahun."

'via Blog this'

Tertembak dahi rakan

myMetro | Tertembak dahi rakan: "RANAU: Kegirangan dua sahabat memburu tenggiling di hutan berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas terkena tembakan rakan di kawasan hutan berhampiran Kampung Balisuk, dekat sini.

Sebelum kejadian, Albarth Oboth, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matupang Jaya bersama rakan berusia 21 tahun berburu tenggiling di hutan berkenaan pada jam 8 malam, Sabtu lalu.
Sumber berkata, ketika asyik memburu, rakan mangsa dipercayai tidak sengaja tertembak mangsa menggunakan senjata api jenis bakakuk pada jam 10 malam.

Menurutnya, tembakan itu mengenai bahagian atas mata kanan menyebabkan

mangsa maut di tempat kejadian.
“Rakan mangsa pergi ke rumah bapa mangsa tiga kilometer dari tempat kejadian bagi memaklumkan kejadian sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau,” katanya. "

'via Blog this'

Dikisar dalam kolam

myMetro | Dikisar dalam kolam: "LUNDU: Seorang lelaki meraung kesakitan apabila tulang tangan dan bahunya terkeluar akibat terkena kipas mesin pembekal oksigen sedang dibaiki yang bergerak secara tiba-tiba dalam kejadian di sebuah kolam penternakan udang berhampiran Sempadi, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 26 tahun menjalankan tugas rutin di kolam berkenaan sebelum mendapati ada mesin di kolam itu yang tidak berfungsi, kira-kira jam 9 pagi.
Sumber berkata, mangsa dikatakan cuba membaiki mesin itu apabila mendapati kipas mesin yang berfungsi seperti kincir air itu tidak boleh bergerak bagi membekalkan oksigen kepada udang yang diternak.

Menurutnya, ketika kerja pembaikan dilakukan, mangsa dipercayai meletakkan tangan berhampiran mesin itu, sebelum secara tiba-tiba mesin yang sedang dibaiki itu bergerak sebelum ‘menarik’ tangannya.


“Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri menyebabkan tulang tangan hingga bahu terkeluar akibat terkena kipas mesin itu,” katanya."

'via Blog this'

Dua anak parah beri tindak balas positif

myMetro | Dua anak parah beri tindak balas positif:

KUANTAN: “Hanya doa menjadi senjata saya sekarang. Tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali mengharapkan Allah Taala menyembuhkan kedua-dua anak saya,” kata Narizan Othman, 49, ketika ditanya mengenai keadaan terkini dua anaknya, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, apabila kereta Perodua Viva yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, yang mengorbankan enam individu, dua hari lalu.
Dalam kejadian itu, Narizan kehilangan isteri, Noran Ali, 39, dan tiga anaknya iaitu Nursyazleen, 12, Nur Syardiena, sembilan tahun dan Nurkhairatul Najiha, empat tahun.

Dua lagi yang maut ialah pemandu kereta, Khairudi Omar, 31, dan seorang lagi penumpang, Wan Aspisar Wan Abd. Kadir, 43.
“Nursakinah dan Nursyafura sudah memberikan tindak balas positif dan sudah sedarkan diri. Cuma hari ini (semalam), Nursakinah diberikan ubat tidur oleh doktor. Kedua-duanya masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Narizan yang mengharapkan pendapatan selaku penjual kuih itu juga merayu supaya orang ramai tampil menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos perubatan kedua-dua anaknya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

“Saya dan keluarga akan terus berdoa supaya Nursakinah dan Nursyafura cepat sembuh dan dalam masa sama saya mengharapkan ada pihak yang akan tampil untuk memberikan sumbangan,” katanya.
Sementara itu, Jurucakap bahagian ICU HTAA ketika dihubungi berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan Nursakinah dan Nursyafura.

'via Blog this'

Maut ke tempat kerja

myMetro | Maut ke tempat kerja:

ALOR GAJAH: Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda berhampiran sebuah kuil di Pengkalan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa, Abdul Halim Abdul Kadir, 16, yang baru dua hari bekerja di bengkel mencuci kereta di pekan ini dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum terbabit kemalangan.

Abdul Halim yang parah dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan, tetapi disahkan meninggal dunia sejam kemudian.
Sumber berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha TZM dari Pengkalan ke pekan Alor Gajah dipercayai hilang kawalan ketika tiba di selekoh hingga memasuki laluan bertentangan.

“Motosikal mangsa kemudian bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia awal 30-an dari arah Jelatang. Akibat pertembungan itu, mangsa terjatuh atas jalan.

“Mangsa yang cedera parah di badan dihantar ke Hospital Alor Gajah menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, mangsa yang cedera parah di badan dan anggota dalaman disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian ketika menerima rawatan.
Sementara itu, ibu mangsa, Salina Hasan, 45, berkata, pagi sebelum kejadian, anaknya sempat menikmati sarapan bersama sebelum ke tempat kerja.

“Kira-kira jam 8.30 pagi, arwah pergi ke tempat kerjanya, tetapi pulang semula jam 9 pagi semata-mata untuk bersarapan dan kelihatan berselera.
“Ketika bersarapan, arwah tidak banyak bercakap dan tergesa-gesa menjamah sarapan sambil saya memerhatikan perlakuannya,” katanya.

Salina yang turut ditemani suami, Abdul Kadir Latif, 50, berkata anaknya tergesa-gesa ke tempat kerja semula, namun sempat bersalam dan mencium tangannya.

“Beberapa minit kemudian rakan arwah datang memaklumkan dia kemalangan. Saya bersama seorang anak lelaki terus ke Hospital Alor Gajah untuk melihat keadaannya yang nazak,” katanya.

Abang mangsa, Abdul Hafiz, 21, berkata, pada malam sebelum kejadian, adiknya menyatakan berhasrat meminjam wang dan dia bersetuju meminjamkannya pagi sebelum kejadian.

“Pagi tadi (semalam) selepas mengambil sedikit wang simpanan, saya terus pulang ke rumah untuk memberikannya wang tetapi tidak berkesempatan.” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu dan berkata, mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

'via Blog this'

Percutian berdarah

myMetro | Percutian berdarah: "KOTA BHARU: “Tak sangka, mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu adalah saudara saya. Saya sekadar berhenti untuk melihat kemalangan yang berlaku, tetapi rupa-rupanya, saudara sendiri yang maut,” kata seorang lelaki berusia 40-an, saudara kepada dua beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kota Bharu-Machang, Kok Lanas di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, pesara jururawat, Siti Zabidah Awang Deraman, 60, dan anaknya Aidel Idham Abdullah, 20, yang juga penuntut Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kota Bharu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga mereka untuk dikebumikan.

Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Kancil dipandu Aidel yang dalam perjalanan dari Kota Bharu dikatakan gagal memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan sebuah Toyota Hilux dipandu seorang jurutera berusia 28 tahun yang datang dari arah Machang .


Bagaimanapun, jurutera itu tidak cedera."

'via Blog this'

Gudang minyak pelincir musnah dimamah api

myMetro | Gudang minyak pelincir musnah dimamah api:

BUTTERWORTH: “Saya terkejut terdengar beberapa letupan kuat dari arah gudang itu sebelum api marak,” kata saksi dikenali sebagai Lim mengenai kebakaran di sebuah gudang penyimpanan minyak pelincir kenderaan di Jalan Chain Ferry, di sini, semalam.
Dia yang bekerja di sebuah kedai berhampiran tempat kejadian berkata, api menjulang tinggi dan asap hitam menyelubungi kawasan berkenaan.

Menurutnya, bau minyak juga kuat dan hampir membuatkannya sukar bernafas hingga terpaksa membasahkan kain bagi menutup mulut dan hidung.
“Nasib baik bomba cepat tiba dan mengawal kebakaran, sekali gus menghalang api daripada merebak ke kawasan berhampiran,” katanya.

Kejadian jam 4.30 petang itu menyebabkan pekerja gudang berkenaan lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Azmi Tamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kebakaran pada jam 4.34 petang.

Menurutnya, tujuh jentera bersama 47 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Perai dan Kepala Batas bergegas ke tempat kejadian dibantu empat jentera bomba sukarela.

'via Blog this'

Mangsa tetak meninggal

myMetro | Mangsa tetak meninggal:

PONTIAN: Selepas lapan hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, mangsa tetak, Dzolkifli Othman, 51, menghembuskan nafas terakhirnya malam kelmarin akibat parah di kepala dan badan.
Anak perempuan arwah yang enggan dikenali berkata, keluarganya reda dengan pemergian bapanya itu, namun tidak dapat menerima perbuatan dilakukan suspek yang juga abang angkat bapanya.

“Sampai bila pun, kami sekeluarga tidak memaafkannya dan kami berharap polis dapat mengesannya secepat mungkin untuk dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Dalam kejadian 4 Oktober lalu, arwah yang juga kerani bank parah di kepala, bahu dan paha selepas ditetak abang angkatnya yang juga lelaki warga asing dari Pemalang, Jawa, Tengah, Indonesia.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Parit Masjid di sini.

'via Blog this'

Angkara anak setan

myMetro | Angkara anak setan:

GOMBAK: Satu keluarga di Selayang di sini, terkejut apabila menemui nota yang antara kandungannya berbunyi ‘sila hantar RM100,000 dekat Sogo bulan Disember ini’ selain anak lelaki berusia 13 tahun hilang bersama wang RM5,000 serta Proton Gen.2 milik bapanya, semalam, menyebabkan mereka mengesyaki dia diculik lalu membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Menurut sumber polis, kehilangan remaja terbabit disedari bapanya berusia 40-an jam 7.20 pagi semalam.

“Bapa mangsa menyedari kehilangan anak lelakinya itu selepas terbaca nota berkenaan yang ditinggalkan di ruang tamu.
“Terkejut dengan penemuan nota berkenaan, bapa mangsa memeriksa kenderaannya dan mendapati keretanya lesap,” katanya.

Menurut sumber, bimbang dengan keselamatan anaknya, dia membuat laporan polis.

“Polis yang menerima maklumat itu menubuhkan pasukan khas dan hasil siasatan terhadap nota berkenaan timbul keraguan kerana tulisan nota itu sama dengan tulisan remaja lelaki terbabit.
“Polis mengesan remaja terbabit sebelum menemui Proton Gen.2 itu di sebuah pusat beli-belah jam 4 petang semalam, namun remaja itu tiada di situ,” katanya.

Menurut sumber, selepas sejam menunggu, remaja itu dilihat bersama tiga rakannya dan polis menahan mereka serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut.
“Hasil soal siasat mendapati semua remaja terbabit membeli tiga basikal Fixie dan berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di ibu kota menggunakan wang dilarikan remaja terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan penahanan remaja terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

'via Blog this'

Simpati bawa musibah

myMetro | Simpati bawa musibah:

LAPOR...Madam G menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Madam G menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
SUBANG JAYA: Terjerat dengan rasa simpati terhadap rakan sendiri, seorang wanita berusia 55 tahun terpaksa melalui sesalan seumur hidup selepas kehilangan hartanya bernilai hampir RM1 juta dan kehidupan terjejas gara-gara dipukau dalam tempoh tiga tahun.
Lebih malang, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Madam G turut dikurung dan dipaksa makan daging babi serta menelan hidangan mengandungi abu mayat setiap hari.
Namun nasib menyebelahi dirinya apabila penderitaan dihadapi disedari seorang jiran yang tinggal berdekatan, sekali gus membawanya keluar daripada neraka ciptaan rakannya yang bertopengkan syaitan itu.

Menurut Madam G, dia mula terpengaruh dengan lakonan rakannya yang juga adik kepada seorang penyanyi terkenal era 70-an sejak Februari 2009.

“Ketika itu saya langsung tidak menaruh prasangka buruk terhadap dirinya, apalagi kami diperkenalkan sendiri abangnya. Malah kami akrab dan wanita berkenaan sering mengadu masalah berkaitan keluarganya,” katanya pada sidang media Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Selangor (Cassa) di sini, semalam.

'via Blog this'

Ramai terperangkap bah

myMetro | Ramai terperangkap bah:

REDAH...kenderaan melalui jalan dinaiki air di Jalan Tun Abdul Razak.
REDAH...kenderaan melalui jalan dinaiki air di Jalan Tun Abdul Razak.
TERPERANGKAP...kesesakan jalan di Sungai Besi menghala Kuala Lumpur akibat banjir kilat, semalam.
TERPERANGKAP...kesesakan jalan di Sungai Besi menghala Kuala Lumpur akibat banjir kilat, semalam.
KUALA LUMPUR: Hujan lebat hampir satu jam sejak jam 4 petang semalam, menyebabkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat menyebabkan banyak kenderaan terperangkap.
Antara lokasi yang terbabit ialah Jalan Kuching, Jalan Duta dan Jalan Tun Razak yang menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Sungai Besi ke Kuala Lumpur.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, akibat banjir kilat itu kesesakan lalu lintas berlaku di beberapa jalan utama di sekitar bandar raya.
“Beberapa kenderaan turut terperangkap dalam banjir kilat di kawasan susur Jalan Kuching menuju ke Jalan Duta dan Jalan Segambut ke Jalan Duta namun berjaya dialihkan,” katanya.

Menurutnya, banjir kilat mula surut selepas jam 5.30 petang dan tiada laporan berhubung kejadian pokok tumbang atau kemalangan dilaporkan.

Beliau berkata, akibat hujan lebat, beberapa jalan termasuk dari Sungai Besi menuju Kampung Malaysia dan dari Kuchai Lama ke Persimpangan Kuchai sesak.

'via Blog this'

Isteri jadi ahli geng peragut

Isteri jadi ahli geng peragut - Johor - Sinar Harian:

 Harun Idris
Harun menunjukkan antara dompet wanita yang ditemui bersama ahli sindiket peragut bersiri yang berjaya ditahan.
LEDANG – Demi cinta, seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk suaminya, walaupun terpaksa menjadi ahli sindiket peragut bersiri.
Namun cinta mereka akhirnya membawa ke tirai besi apabila kegiatan jenayah yang dilakukan berjaya dihidu polis.
Demikian nasib seorang kerani wanita yang ditahan bersama empat lelaki pada 25 September lalu di beberapa lokasi berbeza kerana dipercayai menjadi ahli kumpulan peragut bersiri yang dikehendaki setelah terbabit lebih 12 kes ragut dan samun sekitar daerah ini.
Wanita berusia 27 tahun itu merupakan isteri kepada salah seorang ahli kumpulan berkenaan yang sudah bergiat aktif dengan kegiatan meragut sejak setahun lalu.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kegiatan kumpulan berkenaan terbongkar selepas pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di sebuah rumah di Jalan Cabau Kampung Chondong, Jasin, Melaka, kira-kira jam 4.30 pagi.
Menurutnya, suspek dikehendaki polis berhubung dengan laporan berkaitan kes di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
“Selepas tangkapan suspek pertama, pihak polis berjaya menjejaki suspek seterusnya iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun di Jalan Sialang, Tangkak pada jam 6.15 pagi.
“Lelaki itu ditahan kerana disyaki terlibat kes ragut bersangkutan dengan laporan di Balai Polis Sungai Mati,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, ketika ditahan, polis turut merampas dua paket plastik lut sinar yang dipercayai mengandungi dadah jenis heroin dan syabu.
Katanya, hasil siasatan, kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan beberapa kes ragut di daerah Ledang, selain didapati positif dadah jenis heroin.
“Kita turut merampas dua beg tangan wanita  mengandungi pelbagai kad ATM, MyKad dan lesen memandu dipercayai milik mangsa yang diragut.
“Suspek pertama mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu berkaitan jenayah dan dadah.  Manakala suspek kedua, mempunyai tiga rekod penyalahgunaan dadah,” katanya.
Harun berkata, susulan itu, pihak polis berjaya memberkas tiga lagi suspek iaitu dua lelaki yang masing-masing berusia 28 tahun dan seorang wanita di Sungai Mati juga Muar untuk membantu siasatan.
Jelasnya, kesemua suspek didapati turut terlibat dalam kes ragut di daerah berhampiran seperti Segamat, Muar dan Melaka. 
“Suspek kemudiannya diserahkan ke IPD Muar untuk tindakan lanjut.
“Nilai rampasan dianggarkan RM10,000 dan kebanyakan barangan kemas milik mangsa sudah  dijual ke kedai pajak gadai dan sebahagiannya dibuang ke dalam sungai dengan tujuan untuk melupuskan bukti kegiatan mereka,” katanya.

'via Blog this'

Dua beranak maut kemalangan

Dua beranak maut kemalangan - Semasa - Sinar Harian:

Siti Zabidah Awang
Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.
KOTA BHARU - Dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan jenis pacuan empat roda di Jalan Kota Bharu-Machang berhampiran Stesen Minyak Esso Kok Lanas, di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, pesara jururawat, Siti Zabidah Awang, 60, dan anaknya, Aiedel Idham Abdullah, 20, maut serta-merta di lokasi kemalangan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kedua-dua mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah akibat pertembungan tersebut.
“Siti Zabidah ketika itu memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.
“Mangsa sebelum ini mengambil anaknya, Aiedel Idham yang menuntut di Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Menurutnya, bagaimanapun pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang memandu dari arah Machang tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Dalam kemalangan itu, kereta yang dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda berkenaan.
“Polis bagaimanapun, masih menyiasat punca kemalangan dan memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan,” katanya.
Mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga mereka.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

'via Blog this'

Pelajar maut, motosikal tembung motosikal lain

Pelajar maut, motosikal tembung motosikal lain - Terengganu - Sinar Harian:

Tuan Muhammad Asyraf Tuan Zamani
Muka depan Sinar Harian Edisi Terengganu.
Tuan Muhammad Asyraf Tuan Zamani
Keluarga Tuan Muhammad Asyraf enggan memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian itu namun mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit melancarkan urusan pengkebumian.
MARANG – “Tiba-tiba hati saya terdetik untuk membaca Yasin selepas menunaikan solat Asar kira-kira dua jam sebelum kejadian.
“Rupa-rupanya ia adalah petanda adik (tiri) saya akan ‘pergi’ meninggalkan kami sekeluarga,” kata Rohani Sulaiman, 29.
Rohani adalah kakak tiri kepada, salah seorang daripada dua mangsa maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dalam satu kejadian kemalangan berlaku di Jalan Cangkul Pak Abas ke Tertak Batu di Pengkalan Berangan, kelmarin.
Motosikal bertembung sesama sendiri
DALAM kejadian kira-kira jam 7 malam itu, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang adik tiri Rohani, Mohamad Nazri Kamarul Zaman, 13, bertembung dengan sebuah lagi motosikal juga jenis Honda EX5 ditunggang Tuan Muhammad Asyraf Tuan Zamani, 16.
Mohamad Nazri, anak ke 10 daripada 11 beradik, pelajar tingkatan satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan dan tinggal dengan keluarganya di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan.
Seorang lagi mangsa, Tuan Muhammad Asyraf yang dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum merempuh motosikal Mohamad Nazri, adalah anak keempat daripada tujuh beradik dan beralamat dari Kampung Padang Pak Su Man, Bukit Payung, di sini.
Kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.
Tak sempat makan ikan panggang
ROHANI berkata, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia bergegas ke tempat kejadian dari Kampung Temiang untuk melihat keadaan Mohamad Nazri tetapi sebaik tiba di situ dia hanya sempat mengajar adik tirinya itu me-ngucap dua kalimah syahadah.
“Tetapi saya tidak pasti ketika itu, dia (arwah) masih bersama kami atau sudah ‘pergi’.
“Tak sangka tujuannya ke kampung itu untuk berjumpa seorang rakan akhirnya membawa khabar buruk,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Temiang di sini, semalam.
Rohani memberitahu, dia juga terkilan kerana hasrat adik tirinya untuk makan ikan panggang tidak kesampaian selepas memesan makanan itu untuk dijadikan juadah makan malam sebelum keluar dari rumah mereka pada hari kejadian tersebut.
“Dia (arwah) tidak sempat makan ikan panggang yang dipesan. Ikan itu sudah dibeli tetapi tidak diusik kerana ia dibeli khas untuknya untuk makan malam pada hari kejadian,” katanya yang tidak mampu menahan air mata apabila teringatkan perkara itu.
Suasana sedih, pilu
SEMENTARA itu, suasana sedih turut menyelubungi ahli keluarga Tuan Muhamad Asyraf ketika solat jenazah diadakan di rumah keluarga mangsa di Kampung Padang Pak Su Man, Bukit Payung sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan Kampung Mak Kemas.
Bagaimanapun, pihak keluarga mangsa enggan memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian itu, namun mereka mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit melancarkan urusan pengebumian khususnya kepada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Marang.
Tuan Muhammad Asyraf adalah pelajar tingkatan empat SMK Seri Payung di Bukit Payung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, mengesahkan kejadian itu, berkata, kejadian berlaku berpunca daripada salah seorang mangsa yang gagal mengawal motosikalnya lalu memasuki jalan bertentangan.
“Setibanya di lokasi, mangsa terbabit dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi motosikal,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Mazlan mengingatkan pelajar di daerah berkenaan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya termasuk memiliki lesen motosikal serta me-ngambil pengajaran daripada kejadian yang menimpa kedua-dua mangsa terbabit.

'via Blog this'

'Kereta terbang', 7 selamat

'Kereta terbang', 7 selamat - Semasa - Sinar Harian:

Keadaan kereta Kenari yang remuk teruk akibat nahas itu.
Keadaan kereta Kenari yang remuk teruk akibat nahas itu.
Keadaan kereta Kenari yang remuk teruk akibat nahas itu.
Keadaan kereta Kenari yang remuk teruk akibat nahas itu.
KUANTAN - Beberapa pelanggan  yang sedang menikmati  cendol di sebuah gerai tergamam selepas menyaksikan adegan kereta ‘terbang’ disusuli dengan dentuman kuat setelah kenderaan tersebut tercampak ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Beserah di sini, petang semalam.
Nasib mereka baik apabila kereta jenis Toyota Camry dipandu seorang seorang lelaki bersama penumpangnya tidak terus menggelongsor merempuh gerai sebaliknya terhenti beberapa meter di tepi jalan selepas bertembung dengan kereta jenis Perodua Kenari yang terbang dari arah laluan bertentangan.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, lima remaja belasan tahun difahamkan pelajar salah sebuah sekolah di sini terselamat walaupun kereta Kenari yang dinaiki remuk dalam nahas tersebut.
Kelima-lima mereka bagaimana pun cedera agak serius manakala dua lagi termasuk pemandu parah.
Pemandu dan penumpang wanita Toyoya Camry berusia dalam lingkungan 30-an yang terbabit nahas terbabit turut cedera di bahagian muka dan kepala.
Semua mangsa dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang ramai sebelum dihantar menerima rawatan ke hospital.
Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Chong, 50-an berkata, dia bersama beberapa pelanggan sedang menikmati minuman cendol di sebuah gerai bergerak hanya kira-kira 20 meter daripada lokasi kemalangan.
Menurutnya, dia ternampak kereta yang dinaiki lima remaja itu dipandu dalam keadaan laju dari arah simpang empat Jalan Semambu-Jalan Tengku Muhammad menghala ke pusat bandar.
“Sampai di lokasi, kereta itu seolah-olah hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan dan sebatang tiang lampu  sebelum terbang masuk ke laluan bertentangan.
“Sebuah kereta di laluan itu gagal mengelak lalu bertembung dengan kereta yang dinaiki remaja terbabit hingga kedengaran bunyi dentuman amat kuat,” katanya.
Menurutnya, dia berlari untuk membantu mangsa bagaimana pun terpaksa membatalkan hasratnya itu kerana takut melihat darah yang keluar daripada bahagian anggota mangsa yang cedera hingga menitis ke atas jalan.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian membantu membawa mangsa yang cedera ke tepi jalan sementara menunggu ambulans tiba,” katanya.

'via Blog this'

Mangsa pukau hilang RM500,000

Kosmo! Online - Negara:




PETALING JAYA – Seorang ibu tunggal yang juga bekas eksekutif syarikat swasta di Amerika Syarikat mendakwa menanggung kerugian hampir RM500,000 selepas dipukau oleh seorang kenalan wanitanya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Madam G, 55, (gambar) mendakwa, lebih malang lagi dia turut kehilangan sebuah kereta jenis Toyota Camry dan rumah yang akan dilelong oleh pihak bank.
Menceritakan kisah hitam yang dialaminya, wanita keturunan Punjabi itu mendakwa, dia terpaksa hidup dalam keadaan sengsara sejak tiga tahun lalu selepas tidak sedarkan diri dengan apa yang dilakukan.
Dakwanya, wanita terbabit telah melakukan manipulasi terhadap harta miliknya apabila dia berjaya mengeluarkan wang tunai melalui beberapa transaksi.
“Bukan setakat itu, dia turut berjaya memalsukan dokumen penjualan rumah saya di Sri Damansara tanpa persetujuan saya,” katanya pada sidang akhbar di Subang Jaya dekat sini semalam.

'via Blog this'

Perompak DJ Best 104 didakwa

Kosmo! Online - Negara:


MUHAMAT ARAFI (depan) dan seorang remaja berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang remaja bawah umur antara dua lelaki yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merompak seorang juruhebah stesen radio Best 104 bulan lalu.
Remaja berusia 17 tahun yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Muhamat Arafi Amin Wong, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani.
Kedua-dua tertuduh masing-masing dari Saleng, Kulaijaya dan Senai di sini itu didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas merompak dengan bersenjatakan pisau ke atas Julie Diana Omar Shariff, 34, di No. 53, Jalan Kasim Nor, Kampung Sungai Danga, Taman Perling di sini kira-kira pukul 1 pagi, 29 September lalu.
Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

'via Blog this'

Isteri didakwa bunuh suami

Kosmo! Online - Negara:


CHOOI THIN (kanan) diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kajang semalam.


KAJANG - Kes pembunuhan seorang tauke kedai tayar dan rakan wanitanya di Cheras bulan lalu memasuki episod baharu apabila isterinya pula dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan tersebut.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ahli perniagaan, Yau Chooi Thin, 29, selepas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Pada 4 Oktober lalu, empat lelaki turut didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh pasangan tersebut. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Ismail Ahmad, 58; S. Dheepak, 27; S. Sandrasagran, 37, dan V. Rajendra Prakash, 33.
Pada prosiding semalam, Chooi Thin didakwa bersama dua yang masih bebas membunuh Leong Kian Sheong, 37, dan rakan wanitanya, Vivien Wong, 20, di sebuah rumah No. 1, Jalan SP 6/3, Taman Segar Perdana, Batu 9 Cheras antara pukul 6.10 pagi dan 6.45 pagi, 13 September lalu.

'via Blog this'

Peniaga penipu guna timbang haram

Kosmo! Online - Negara:




OTHMAN memeriksa sebuah alat timbang dalam satu operasi di Pasar Besar Klang, Klang baru-baru ini.


SHAH ALAM – Segelintir peniaga yang menggunakan alat timbang tamat tempoh dan diubah suai dikesan begitu licik menyembunyikan kegiatan mereka dengan membawa lari atau menyorok alat timbang ‘haram’ itu sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Peniaga terbabit juga sepantas kilat akan menukar alat timbang lain yang sah mengikut peraturan lalu meneruskan perniagaan seperti biasa seolah-olah tiada kesalahan dilakukan.
Modus operandi para peniaga terbabit kini menjadi cabaran besar kepada pegawai dan anggota Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor ketika menjalankan operasi membanteras kegiatan itu di pasar besar-pasar besar seluruh negeri itu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK negeri, Othman Nawang berkata, pihaknya terpaksa menggunakan ramai anggota setiap kali membuat serbuan di pasar besar bagi mengesan dengan cepat kesalahan yang dilakukan peniaga termasuk alat timbang.

Polis tangkap pencuri Porsche

Kosmo! Online - Negara:



GAMBAR fail menunjukkan Zainuddin mengedarkan gambar Mohd. Azri yang dicari bagi membantu siasatan.



KUALA LUMPUR – Kecekapan polis menyiasat kes kecurian sebuah kereta sport Porsche Panamera 4 bernilai hampir RM1 juta dari sebuah pusat pameran kereta Porsche di Jalan Bukit Bintang di sini kelmarin terbukti apabila suspek yang disyaki terlibat dapat diberkas kurang dari tempoh 24 jam.
Suspek berusia 31 tahun yang merupakan bekas tahanan Pusat Tahanan Simpang Renggam itu ditahan oleh polis Klang pada pukul 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Pandamaran. Suspek kemudian diserahkan kepada polis daerah Dang Wangi di sini untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, kereta mewah berwarna emas bernilai RM900,000 itu masih belum ditemui dipercayai telah diserahkan kepada pihak tertentu.
Difahamkan, sebaik dapat melarikan kereta itu pada pukul 9 pagi, seorang rakan suspek yang memandu sebuah kereta lain telah mengekorinya hingga ke satu kawasan berdekatan Hotel Flamingo, Ampang Jaya melalui Jalan Lingkaran Tengah 2.

'via Blog this'

Suami larikan anak dari ibunya di luar mahkamah

Suami larikan anak dari ibunya di luar mahkamah:

Lisa Praditsilp, menunjukkan gambar anaknya yang dilarikan oleh suaminya dalam sidang akhbar di Menara PGRM, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/Wahidin Salim
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kegembiraan seorang ibu yang mendapat hak penjagaan anak daripada mahkamah hanyalah sementara apabila suaminya bertindak melarikan anak bongsu mereka itu selepas hakim membuat keputusan tersebut.
Menurut Lisa Praditsilp, 42, kejadian berlaku semasa beliau dan suaminya, Yap Eng Chew, 31, serta ibu mertuanya, Chung Yuah Har, 53, menghadiri perbicaraan itu di Mahkamah Jalan Duta di sini pada 8 Oktober lalu.
Kata beliau, semasa insiden berlaku, Yuah Har memegang anak bongsunya, Ya Venus, 4, selain hadir bersama 25 orang penyokong suaminya di koridor bilik mahkamah.
"Semasa saya keluar untuk mengambil Venus, mereka melarikannya. Pihak polis pula tidak memberi bantuan sebaliknya menyuruh saya membuat laporan," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.
Menurut peguam Lisa, Rasamani Kandiah, ketika kejadian, hakim tidak dapat berbuat apa-apa kerana insiden itu berlaku di luar bilik mahkamah.
"Sehingga kini anak guam saya masih tidak dapat sebarang berita dari anaknya," katanya.
Menurut beliau, Yap Eng boleh dikenakan tindakan penjara atas kesalahan melanggar prosedur mahkamah.
Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong berkata, pihaknya telah meminta kerjasama polis untuk menyelesaikan kes itu dengan kadar segera.
"Saya berharap polis dan orang ramai dapat menolong dan mengambil langkah segera untuk mengelakkan sebarang kejadian seperti ini berlaku," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121012/je_03/Suami-larikan-anak-dari-ibunya-di-luar-mahkamah#ixzz29A0whIBc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Tiga penjenayah gagal melarikan diri daripada polis

Tiga penjenayah gagal melarikan diri daripada polis:

'SEREMBAN 12 Okt. - Cubaan tiga penjenayah melarikan diri daripada polis dengan memecut pacuan empat roda yang dinaiki mereka membawa padah apabila kenderaan itu terbabas sebelum terbalik di Ladang Enstek, Nilai dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 9.15 pagi, ketiga-tiga penjenayah berusia 22 hingga 38 tahun itu berjaya ditahan pihak polis. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121012/je_07/Tiga-penjenayah-gagal-melarikan-diri-daripada-polis#ixzz29A0kJneH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Porsche RM900,000 dilarikan

Porsche RM900,000 dilarikan:


Sebuah Porsche Panamera 4 dilarikan dari sebuah bilik pameran kereta jenama tersebut di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seorang lelaki melarikan sebuah kereta mewah jenis Porsche Panamera 4 berharga RM900,000 di sebuah bilik pameran kereta jenama itu di Jalan Bukit Bintang di sini pagi ini, setelah berpura-pura mencari seorang rakan yang kononnya kakitangan di situ.
Kehadiran suspek yang memang dikehendaki polis kerana mempunyai 13 rekod kesalahan lampau termasuk satu kes curi kenderaan di Pelabuhan Klang dekat sini sebelum ini, tidak menimbulkan curiga kepada kakitangan di bilik pameran itu memandangkan keadaannya yang berpakaian kemas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek yang memakai baju kemeja putih dan bertopi baseball warna hitam memasuki bilik pameran kereta jenama Porsche beralamat di Porsche Centre Bukit Bintang, Sime Darby Auto Performance Sdn. Bhd. di Jalan Bukit Bintang pada pukul 9.06 pagi.
Beliau berkata, ketika itu, terdapat pengawal keselamatan dan tidak banyak kakitangan berada dalam premis tersebut memandangkan waktu operasi perniagaan hanya bermula pukul 10 pagi.
"Suspek masuk ke ruang pameran dan berpura-pura mahu berjumpa dengan seorang kakitangan di pejabat tersebut.
"Dia kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja di situ sebelum menemui sampul surat mengandungi anak kunci," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.
Menurut Zainuddin, selepas menemui anak kunci, suspek turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan anak kunci untuk mengetahui lokasi kereta yang menggunakan kunci tersebut.
Beliau berkata, sebaik sahaja menemukan kereta berkenaan yang kebetulan di letak di luar premis itu, suspek terus memandunya dan melarikan diri.
Katanya, kereta Porsche Panamera 4 warna emas berharga RM900,000 itu belum lagi didaftarkan dan diletak di luar premis untuk proses dihantar ke pusat pameran di Glenmarie, Shah Alam dekat sini.
"Polis yang menerima laporan tentang kejadian itu sejam kemudian segera menjalankan siasatan dan berjaya mengesan suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.
"Siasatan lanjut mendapati suspek dikenali sebagai Mohd. Azri Mohd. Kassim, 31, dan dikehendaki polis kerana mempunyai 13 rekod kesalahan lampau dan pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat di Simpang Renggam, Johor pada 2007 hingga 2008," katanya.
Beliau berkata, lelaki terbabit dikesan mempunyai 13 rekod jenayah sejak 2006 membabitkan kes curi kereta, dadah dan samun.
Zainuddin berkata, polis percaya suspek sudah melarikan kereta tersebut keluar dari kawasan ibu negara dan sedang berusaha mengesannya.
Katanya, Mohd. Azri yang memiliki MyKad bernombor 811103- 10-6035 mempunyai alamat terakhir di 1801-C1, Blok C, Kondominium Armanee, Damansara Perdana, Kuala Lumpur.
"Orang ramai yang mengenali dan mempunyai matlumat mengenai Mohd. Azri diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Kamarulzaman Endut di talian 019-6323333 atau IPD Dang Wangi (03-26797099) atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (03- 21460584) bagi membantu siasatan," ujarnya.
Kejadian hari ini adalah kes samun kedua di bilik pameran kereta mewah dilaporkan berlaku di Lembah Klang dalam tempoh 17 hari.
Pada 25 September lalu, sekumpulan 10 lelaki bertindak nekad memecah masuk sebuah bilik pameran kereta Honda di Sungai Long, Kajang dekat sini dan melarikan lima buah kereta bernilai kira-kira RM500,000 yang diletakkan dalam premis itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121012/je_02/Porsche-RM900000-dilarikan#ixzz29A0JDrUj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'