Search This Blog

Thursday, October 11, 2012

Wanita China maut diketuk dengan objek tumpul

KULAIJAYA - Seorang wanita warga China yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di Jalan Melati 1, Indahpura, di sini dua hari lepas, meninggal dunia semalam.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata Yang Li Na, 30an, meninggal dunia di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini, akibat kecederaan parah di kepala dan leher.
"Yang ditemui dalam keadaan duduk oleh sepasang kekasih yang melalui jalan tersebut, kira-kira pukul 11 malam. Dia masih bernyawa ketika dibawa ke hospital itu sebelum disahkan meninggal dunia, semalam," katanya kepada pemberita selepas perasmian pondok bit polis Kelapa Sawit, di sini, hari ini.
Zulkefly berkata bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di kepala dan leher wanita terbabit akibat diketuk dengan objek tumpul.
Beliau berkata Yang dipercayai sudah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan berusia 40an dan tinggal di Taman Puteri, di sini.
"Polis sedang mengesan suaminya yang menghilangkan diri bagi membantu siasatan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Nik Azmi Hussein di talian 07-6632222. - Bernama

Jurujual hadapi 52 pertuduhan tipu majikan RM365,759




10 Oktober 2012
jurujual menipu
Jurujual, Lim Teng Haw, 33, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 52 pertuduhan menipu majikannya.
SHAH ALAM - Seorang jurujual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 52 pertuduhan menipu majikan berhubung penjualan toner kartrij kepada enam syarikat yang tidak wujud hingga menyebabkan kerugian RM367,759 pada tahun lepas.
  
Lim Teng Haw, 33, dari Taman Sejati, Klang, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Asmadi Hussin.
  
Mahkamah membenarkan Lim diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Okt ini untuk sebutan semula kes.
  
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memperdayakan Syarikat High Speed Media Sdn Bhd dengan membuat pesanan barangan toner kartrij bernilai RM367,759 bagi enam syarikat dan telah menyerahkan 'arahan penyerahan' berserta cop syarikat sebagai bukti penghantaran.
  
Enam syarikat itu ialah Ink Tech Comsumable Sdn Bhd, New Tech Technology, Tel Recycling Sdn Bhd, I-Think Worldwide Distribution Sdn Bhd, E-Laser Solution Sdn Bhd dan Ink Guide Media Sdn Bhd.

Lim didakwa melakukan semua kesalahan di premis High Speed Media Sdn Bhd di Lot 5038, Jalan Teratai Batu 5 1/2 Off Jalan Meru, Klang dekat sini, antara 25 April 2011 dan 9 Jun 2011.
  
Jika sabit kesalahan, tertuduh yang ditahan 21 Jun lepas, berdepan hukuman maksimum penjara 10 tahun serta sebatan dan boleh didenda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
  
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin menawarkan jaminan RM100,000 bagi semua pertuduhan atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.
  
Bagaimanapun, peguam Mahani Ibrahim memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM52,000 bagi semua pertuduhan kerana Lim kini tidak bekerja dan terpaksa menyara ibu bapanya yang uzur. - Bernama

Dibuang kerja selepas kemalangan



Dibuang kerja selepas kemalangan
Sham (kanan) meninjau keadaan Ahmad yang kini terlantar sakit selepas mengalami kemalangan.
KERIAN - Seorang pengawal keselamatan tidak menyangka tragedi kemalangan yang menjejaskan fizikalnya  menyebabkan dia dibuang kerja dan kehilangan punca pendapatan untuk menanggung keluarga.

Lebih malang, Ahmad Rawi, 63, tidak diberikan  pampasan disebabkan bekerja di bawah status kontrak dan kini terpaksa menanggung hutang daripada pelbagai pihak.

Ahmad berkata, dia mengalami kemalangan jalan raya di Jalan Siakap pada 8 September lalu apabila motosikal yang dinaiki bergesel dengan sebuah kereta menyebabkan dia mengalami kecederaan serius di kepala dan dada.

Menurutnya, dia berada dalam koma selama empat hari di Hospital Taiping dan apabila terjaga, baru menyedari tempurung kepalanya retak dan empat tulang rusuk patah.

“Sejak itu, saya hanya mampu terlantar di katil dan kini dijaga isteri serta dua cucu yang ditanggung sebelum ini,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya, di sini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.

Akibat kemalangan itu, kontrak perkhidmatan Ahmad diberhentikan majikan serta-merta tanpa pampasan dan dia kehilangan pendapatan sebanyak RM500 sebulan.

Kini, Ahmad terpaksa menanggung kos rumah sewa berjumlah RM200 sebulan, kos persekolahan dua cucu dan perbelanjaan harian keluarganya.

“Sejak tidak bekerja, anak-anak yang menanggung kami dengan pendapatan mereka tidak seberapa,” katanya.

Kesusahan kehidupan Ahmad mendapat perhatian Sham yang melawat ke rumahnya dan berjanji akan memberikan bantuan sewajarnya demi meringankan penderitaan mereka.

“Buat masa ini, kami akan meluluskan pemberian bantuan segera Ahli Parlimen berjumlah RM500  dan saya akan berunding dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk meluluskan permohonan Skim Bantuan Pesakit Terlantar berjumlah RM300 sebulan,” katanya.

Suri rumah gagal dapat ganti rugi RM1.6 juta atas kematian suami

PUTRAJAYA - Isteri kepada seorang peniaga pasar borong yang meninggal semasa dalam tahanan polis pada 1999 gagal mendapatkan ganti rugi kira-kira RM1.6 juta daripada bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Norian Mai dan kerajaan Malaysia.

Ini susulan keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan di sini hari ini yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkiefli Ahmad Makinudin yang tidak memberi kebenaran kepada Suzana Md Aris untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Zulkiefli berkata kesemua hakim panel itu sebulat suara berpendapat bahawa permohonan Suzana yang diwakili peguam P. Uthayakumar tidak mempunyai merit dan gagal melepasi peruntukan Seksyen 96 Akta Mahkamah Persekutuan yang memberi kebenaran untuk merayu.

Pada 7 Okt tahun lepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan KPN dan kerajaan Malaysia dan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi ganti rugi kepada Suzana.

Selain Zulkifli, hakim lain ialah Datuk Hashim Datuk Yusoff, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Seri Sulong Matjeraie.
 
Pada 20 Okt 2009 Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa polis telah melakukan kecuaian setelah gagal mengambil langkah yang munasabah semasa Mohd Anuar Sarip, 31, yang berada dalam tahanan reman di lokap Balai Polis Rawang kerana disyaki penagih dadah.

Pada 30 Jun 2010, Mahkamah Tinggi memutuskan Suzana, 45, diberi ganti rugi hampir RM1.6 juta selepas membenarkan rayuan balasnya terhadap taksiran ganti rugi RM137,220 yang diperoleh suri rumah itu sebelum ini.

Mangsa meninggal dunia di dalam lokap pada 19 Ogos 1999 kerana menghidap radang paru-paru.

Suzana memfailkan saman pada 2000 terhadap DSP Ishak Hussin ketika itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Gombak; Ketua Polis Daerah, ACP Massari Hashim; Ketua Polis Negara ketika itu, Norian dan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membatalkan saman terhadap dua pegawai polis berkenaan (Ishak dan Massari) dan memerintahkan hanya Norian, selaku KPN dan kerajaan sebagai majikannya bertanggungjawab membayar ganti rugi tersebut.

Dengan keputusan hari ini, Suzana turut gagal mendapat ganti rugi RM137,220.- Bernama

Polis tahan 5 lelaki dipercayai larikan kereta mewah


JASIN - Polis berjaya menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan curi lima kereta mewah di sebuah pusat pameran jualan kereta di Bandar Sungai Long di Kajang, bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata kesemua mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan pada 5.20 petang semalam berhampiran jeti Anjung Batu Umbai selepas pulang dari Pulau Besar dekat sini hasil maklumat awam.
Beliau berkata polis turut merampas dua kereta jenis Honda Accord dianggarkan bernilai RM300,000 sekaligus menemui kesemua kenderaan yang dilarikan dari pusat pameran berkenaan setelah tiga daripadanya ditemui polis sebelum ini.
Katanya sejam sebelum itu, polis telah melakukan pemeriksaan ke atas dua kereta berkenaan yang tidak mempunyai cukai jalan di tempat letak kereta jeti tersebut.
"Polis kemudian mengekori lima lelaki terbabit yang tiba di jeti menaiki bot penambang sebelum salah seorang daripada mereka cuba membuka pintu sebuah daripada kereta berkenaan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini, hari ini.
Muhd Nur Hishamuddin berkata polis kemudian menahan lelaki terbabit sebelum empat lagi rakannya cuba melarikan diri namun gagal.
 
Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut, sembilan telefon bimbit dan wang tunai berjumlah USD500 turut dirampas dari kelima-lima lelaki itu yang berasal dari Rawang, Selayang dan Balakong di Selangor.
Katanya kesemua mereka telah dibawa ke IPD Kajang bagi tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyan 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata sehingga mendatangkan kecederaan. 
Dalam kejadian pada 25 Sept lepas di Kajang, 10 penjenayah bersenjatakan parang, kapak dan pisau bertindak mengikat dua pengawal keselamatan sebelum melarikan lima kereta mewah berkenaan.  - Bernama

Polis jejak lelaki berhubung kes tembak mati 2 'bouncer'

Polis jejak lelaki berhubung kes tembak mati 2 'bouncer' - Semasa - Sinar Harian:


KUALA LUMPUR - Polis menjejaki seorang lelaki berhubung satu kes tembak sehingga menyebabkan kematian dua 'bouncer' di sebuah kelab hiburan di Jalan Dooraisamy di sini, 26 Ogos lepas.


J.Tharmarajah, 37, yang beralamat di No 10, Kg Chong Hwa, Batu 4, Jalan Gombak, dikehendaki polis bagi membantu siasatan, demikian menurut laman Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini.


Tharmarajah dikatakan tercedera dalam pergaduhan itu dan disyaki mendapatkan rawatan lanjut di hospital negara jiran.


"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penama tersebut diminta menghubungi bilik gerakan Jabatan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0685 atau mana-mana balai polis berhampiran," menurut laman facebook itu.


Dua 'bouncer' atau pengawal di kelab hiburan itu mati setelah ditembak di depan premis berkenaan, dipercayai dilepaskan seorang daripada sekumpulan lelaki yang dikatakan meradang kerana dihalang memasuki kelab hiburan tersebut.


Dalam insiden kira-kira 4.30 pagi itu, kedua-dua mangsa dikatakan menghalang sekumpulan enam lelaki tempatan memasuki kelab hiburan tersebut kerana waktu operasi telah tamat. - Bernama


'via Blog this'

Menyamar tetamu untuk mencuri

Menyamar tetamu untuk mencuri - Semasa - Sinar Harian:
MUAR – Tiga wanita menyamar sebagai tetamu majlis perkahwinan, sebelum menyelinap masuk ke bilik pengantin dan mencuri pelbagai barangan berharga.

Kumpulan wanita berusia 20-an itu, menggunakan modus operandi yang sama dalam dua kecurian pada 6 Oktober lalu ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kejadian pertama membabitkan seorang pengapit pengantin wanita berusia 26 tahun yang kerugian wang tunai RM7,000 apabila beg tangan yang diletakkan di bawah katil dalam bilik pengantin hilang.

Katanya, kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku di rumah rakannya di Jalan Datuk Haji Kosai dekat Bakri.  

Mangsa menyedari kejadian ketika mahu mengambil barang dalam beg tangannya tetapi beg tangannya didapati sudah tiada.

“Sebelum kejadian, mangsa dan beberapa saksi ada melihat tiga wanita tidak dikenali masuk ke dalam bilik pengantin.

“Pada mulanya mereka sangka wanita terbabit saudara tuan rumah,” katanya.

Katanya, mangsa tidak syak sebarang perkara mencurigakan, meskipun melihat salah seorang daripada suspek membawa beg besar ketika keluar dari bilik pengantin itu.

Beliau berkata, kejadian kedua berlaku kira-kira sejam kemudian membabitkan seorang jurusolek pengantin wanita di Jalan Pesta.

“Wanita itu meninggalkan beg tangannya dalam bilik pengantin dan sedar beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM250, dua telefon bimbit dan kunci kereta hilang ketika mengemas barang untuk pulang selepas selesai majlis perkahwinan itu,” katanya.

Beliau berkata, lebih mengejutkan apabila tuan rumah turut mengalami masalah yang sama ketika jurusolek terbabit memaklumkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya percaya kejadian itu dilakukan oleh individu yang sama berdasarkan modus operandi yang mereka gunakan dan usaha menjejaki mereka sedang giat dijalankan.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengunci pintu bilik yang menyimpan barangan berharga sepanjang berlangsungnya  majlis perkahwinan,” katanya.
'via Blog this'

Menyamar tetamu untuk mencuri

Menyamar tetamu untuk mencuri - Semasa - Sinar Harian:
MUAR – Tiga wanita menyamar sebagai tetamu majlis perkahwinan, sebelum menyelinap masuk ke bilik pengantin dan mencuri pelbagai barangan berharga.

Kumpulan wanita berusia 20-an itu, menggunakan modus operandi yang sama dalam dua kecurian pada 6 Oktober lalu ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kejadian pertama membabitkan seorang pengapit pengantin wanita berusia 26 tahun yang kerugian wang tunai RM7,000 apabila beg tangan yang diletakkan di bawah katil dalam bilik pengantin hilang.

Katanya, kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku di rumah rakannya di Jalan Datuk Haji Kosai dekat Bakri.  

Mangsa menyedari kejadian ketika mahu mengambil barang dalam beg tangannya tetapi beg tangannya didapati sudah tiada.

“Sebelum kejadian, mangsa dan beberapa saksi ada melihat tiga wanita tidak dikenali masuk ke dalam bilik pengantin.

“Pada mulanya mereka sangka wanita terbabit saudara tuan rumah,” katanya.

Katanya, mangsa tidak syak sebarang perkara mencurigakan, meskipun melihat salah seorang daripada suspek membawa beg besar ketika keluar dari bilik pengantin itu.

Beliau berkata, kejadian kedua berlaku kira-kira sejam kemudian membabitkan seorang jurusolek pengantin wanita di Jalan Pesta.

“Wanita itu meninggalkan beg tangannya dalam bilik pengantin dan sedar beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM250, dua telefon bimbit dan kunci kereta hilang ketika mengemas barang untuk pulang selepas selesai majlis perkahwinan itu,” katanya.

Beliau berkata, lebih mengejutkan apabila tuan rumah turut mengalami masalah yang sama ketika jurusolek terbabit memaklumkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya percaya kejadian itu dilakukan oleh individu yang sama berdasarkan modus operandi yang mereka gunakan dan usaha menjejaki mereka sedang giat dijalankan.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengunci pintu bilik yang menyimpan barangan berharga sepanjang berlangsungnya  majlis perkahwinan,” katanya.
'via Blog this'

Geng Surau curi motosikal tumpas

Geng Surau curi motosikal tumpas - Semasa - Sinar Harian:


Geng Surau curi motosikal tumpas
Azham (tiga, kiri) bersama anggotanya menunjukkan komponen dirampas.


KOTA BHARU – Tiga lelaki yang bergerak aktif dengan menjadikan surau dan masjid sebagai lokasi untuk kegiatan mencuri motosikal tumpas apabila ditahan polis, Isnin dan Selasa lalu.

Antara ditahan termasuk remaja berusia 16 tahun yang tidak bersekolah dan dua lagi berusia 19 tahun.

Mereka ditahan dalam tiga serbuan berasingan iaitu dua rumah di Taman Desa Peringat dan Kampung Batang Mengkali, 8 dan 9 Oktober lalu.

Asisten Komisioner Azham Othman berkata, dalam serbuan pertama pada jam 8.30 pagi, anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menahan remaja belasan tahun itu dan menjumpai pelbagai komponen motosikal yang sudah dileraikan.

Katanya, turut dijumpai satu casis motosikal di dapur rumah berkenaan.

“Hasil soal siasat, suspek membawa anggota ke sebuah rumah di taman sama sebelum merampas sebuah motosikal yang dilapor hilang di Nilam Puri, bulan lalu.

“Suspek kedua ditahan dan serbuan terakhir juga menjumpai pelbagai jenis komponen motosikal,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek mengaku mencuri 10 motosikal di dua kawasan terbabit sebelum dileraikan dan komponen serta enjinnya dijual kepada kenalan. Manakala, kerangkanya pula dibuang ke dalam tali air di Padang Kala.

Dalam perkembangan lain, Azham berkata, dua lagi lelaki berusia 21 dan 25 tahun ditahan dengan dua motosikal curi di Jalan Perol Kampung Bunot Kadok di sini, jam 5.30 pagi, 8 Oktober lalu.

“Kami percaya dengan tangkapan ini, polis berjaya selesaikan antara 16 dan 20 kes kecurian motosikal yang dilaporkan,” katanya.


'via Blog this'

Ibu risau keselamatan anak, hilang sejak 29 Ogos

Ibu risau keselamatan anak, hilang sejak 29 Ogos - Semasa - Sinar Harian:


OOI KEAN WAH
OOI KEAN WAH


KULIM - Tindakan seorang lelaki yang keluar rumah tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga menyebabkan ibunya kini sentiasa dalam keadaan sedih dan bimbang akan keselamatan anaknya itu.

Ooi Kean Wah, 24, yang bekerja sebagai mekanik dikatakan keluar rumah pada 29 Ogos lalu dan sehingga kini tidak diketahui di mana dia berada.

Bapanya, Ooi Ah Soon, 65, berkata, anak sulungnya itu merupakan seorang anak yang baik dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah buat keluarganya.

Menurutnya, tiada sebarang pertengkaran berlaku antara keluarga dan anaknya itu yang membuatkan mereka bertambah keliru dengan tindakan Kean Wah.

"Tidak berlaku sebarang perselisihan faham di antara kami dengan Kean Wah. Dia keluar dari rumah pada 29 Ogos lalu kira-kira jam 9.30 malam dengan menaiki kereta.

"Saya bersama beberapa rakan sudah puas mencarinya tetapi tidak berjumpa. Ada dalam kalangan teman-temannya memaklumkan kepada saya mereka ada ternampak Kean Wah di Taman Semarak pada malam dia dilaporkan hilang," katanya kepada Sinar Harian ketika hadir ke pejabat Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat (PPKM) Kulim petang kelmarin
.
Ah Soon yang tinggal bersama isteri dan empat anaknya yang lain merayu anak lelakinya itu segera pulang ke rumah kerana semua ahli keluarganya merindui kelibat Kean Wah.

Katanya, dia hanya bekerja sendiri dan tinggal di Taman Selasih dekat sini sedih dengan kehilangan anak kesayangannya itu.

"Tindakan Kean Wah meninggalkan keluarga membuatkan ibunya, Ooi Chew Bee, 56, sentiasa berada dalam keadaan sedih dan bimbang.

"Sehingga kini anak saya sudah menghilangkan diri hampir 50 hari dan kejadian ini benar-benar membimbangkan kami sekeluarga kerana risau sesuatu yang tidak baik kepada anak saya," katanya.

Menurutnya, dia meminta kerjasama orang ramai yang mengenali dan ternampak anak lelakinya ini supaya menghubungi PPKM di talian 016-4169907 atau 017-4960911 atau mana-mana balai polis berhampiran.


'via Blog this'

Lelaki dicari bantu siasatan kes gaduh

Lelaki dicari bantu siasatan kes gaduh - Semasa - Sinar Harian:


J Tharmarajah
J Tharmarajah


KUALA LUMPUR – Polis mengesan seorang lelaki bagi bantu siasatan g kes pergaduhan serta tembak mati dua pengawal kelab malam di Jalan Doraisamy, di sini, pada 26 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, J Tharmarajah, 37, dicari kerana dipercayai mempunyai maklumat berhubung kes.

Beliau berkata, lelaki beralamat terakhir di Kampung Chong Hwa, Batu 4, Jalan Gombak itu dipercayai cederaan dalam pergaduhan tersebut.

"Kita syak dia lari ke luar negara bagi mendapatkan rawatan di hospital di sana.

"Sehingga kini, kita masih belum dapat menjejakinya dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu dapat menghubungi talian, 03-21460685 atau terus tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media, semalam.

Sebelum ini, polis mengesan tiga individu termasuk dua yang dipercayai ada kaitan dengan kes terbabit.


'via Blog this'

Sebutir bom mortar ditemui di Melaka

Sebutir bom mortar ditemui di Melaka - Melaka & NS - Sinar Harian: "MELAKA - Sebutir 'bom mortar' ditemui di kawasan belukar berhampiran Taman Teknologi Cheng di sini hari ini, demikian menurut polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah berkata, pada kira-kira 9.30 pagi, unit pemusnah bom Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka bergegas ke tempat kejadian setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Bagaimanapun, katanya, setelah pemeriksaan, bom berukur lilit 60 milimeter itu hanya merupakan bom 'dummy' yang tidak mengandungi bahan letupan.

Katanya, bom itu dipercayai milik angkatan tentera digunakan ketika sesi latihan.- Bernama"

'via Blog this'

Salah guna pas: 33 warga asing ditahan

Salah guna pas: 33 warga asing ditahan - Selangor & KL - Sinar Harian:


Salah guna pas: 33 warga asing ditahan
Antara warga asing yang cuba melarikan diri berjaya dicekup.


KUALA LUMPUR - Tujuh pakar pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) termasuk pengurus tapak warga Korea antara 33 warga asing yang ditahan di dalam Ops Bina di sebuah tapak pembinaan di Jalan Binjai, petang semalam.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata, warga Korea terbabit dipercayai memasuki negara ini sejak lima hari lalu dengan menggunakan pas lawatan sosial.

“Warga Korea berkenaan dipercayai menyalahgunakan pas lawatan, kami juga mendapati antara warga asing yang ditahan itu turut salah guna pas pekerja, sepatutnya mereka bekerja di ladang, namun mereka bekerja di sektor pembinaan,” katanya.

James berkata, mereka yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun berasal dari Bangladesh, Indonesia dan Pakistan.

“Pekerja asing yang mempunyai dokumen sah yang lengkap dilepaskan dalam operasi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Ops Bina itu dilakukan berdasarkan aduan orang awam terhadap pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di tapak pembinaan berkenaan.

Kesemua yang ditahan dibawa ke lokap tahanan Imigresen di Jalan Duta untuk siasatan lanjut.


'via Blog this'

12 rumah musnah dalam kebakaran awal pagi

12 rumah musnah dalam kebakaran awal pagi - Sabah & Sarawak - Sinar Harian:


12 rumah musnah dalam kebakaran awal pagi
12 buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Taman Good View, Tawau awal pagi tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Foto Bernama


TAWAU - Dua belas buah rumah di Taman Good View, Km 5.8, Jalan Apas dekat sini,  musnah dalam kebakaran awal hari ini.
  
Pegawai Penjaga Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.48 pagi dan dua jentera bersama 20 anggota digegaskan ke tempat kejadian.
  
"Ketika kami tiba di tempat kejadian pada jam 3.53 pagi, api telah merebak ke beberapa buah rumah. Kami dapat mengawal api daripada merebak ke kawasan lain pada jam 5.15 pagi," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
  
Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam  siasatan. - Bernama


'via Blog this'

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui di belakang hotel

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui di belakang hotel - Semasa - Sinar Harian:
IPOH - Polis menemui mayat seorang lelaki terbaring dengan kesan kecederaan di kepala, dipercayai dibunuh, di belakang sebuah hotel di Jalan Raja Ekram di sini malam tadi.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata mayat itu ditemui pada 10.45 malam oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada polis.
   
Mangsa, yang berusia lingkungan 50-an dan berbangsa Cina, dipercayai dipukul dengan objek keras, katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Dzuraidi berkata tiada sebarang dokumen ditemui dan mayat itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
   
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali mangsa agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di talian 05-2451 222 untuk membantu siasatan. - Bernama
'via Blog this'

Drama gempar di hospital

Drama gempar di hospital - Perak - Sinar Harian:


Drama gempar di hospital
Kereta dipandu warga emas yang merempuh dinding hospital.


Selepas reda kejadian lelaki mengamuk, dinding hospital dirempuh kereta pula

IPOH – Pesakit dan pengunjung yang sedang menjalani rawatan terkejut dengan tindakan seorang lelaki berusia 40-an yang secara tiba-tiba mengamuk di hadapan kaunter pendaftaran dengan menumbuk cermin sehingga retak di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, lelaki berkenaan yang dipercayai bekas tentera tidak berpuas hati dengan layanan seorang pekerja di kaunter itu yang enggan menurut permintaannya.

Menurut seorang saksi, lelaki itu naik berang apabila pekerja kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM200 bagi membiayai rawatan isterinya yang kesemuanya berjumlah RM800.

“Lelaki berkenaan membawa isterinya yang merupakan warga Indonesia menjalani rawatan di hospital ini. Disebabkan terpaksa menerima rawatan lanjut, dia perlu membayar RM800.

“Tetapi, lelaki itu mempunyai wang sebanyak RM200. Mungkin bengang dengan layanan pihak hospital, dia menumbuk cermin kaunter menyebabkan pekerja di situ berasa takut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Anuar Osman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian dan lelaki berkenaan akan ditahan sekiranya ada bukti.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, sejurus selepas kejadian mengamuk di lobi hospital terbabit, Kompleks Klinik Pakar di HRPB pula dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat apabila kereta yang dipandu pasangan warga emas merempuh dinding hospital.

Kemalangan berlaku berhampiran tempat letak kereta disebabkan rempuhan dari belakang oleh sebuah kereta selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital itu.

Mangsa, Mohd Zin Ismail, 77, ingin pulang ke rumah selepas isterinya, Marindon Mior Ahmad, 72, yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah selesai menjalani rawatan.

“Ketika memandu keluar, kereta saya dilanggar dari belakang oleh sebuah Perodua Kelisa menyebabkan saya hilang kawalan dan melanggar dinding bangunan.

“Saya membawa isteri menjalani pemeriksaan darah dan buah pinggang. Isteri saya mendapat rawatan di wad kecemasan selepas dibantu oleh kakitangan hospital,” katanya.

Difahamkan, Perodua kelisa yang dipandu warga emas secara tiba-tiba tertekan pedal minyak lalu merempuh kereta berkenaan.

Kenderaan yang dipandu mangsa pula mengalami kerosakan di bahagian belakang dan cermin lampu depan.


'via Blog this'

Sembunyi dalam kabinet

Sembunyi dalam kabinet - Melaka & NS - Sinar Harian:


Sembunyi dalam kabinet
Ular tedung hitam yang masuk ke dalam rumah Maslinda.


Ular tedung ditemui berlingkar di bawah singki dapur

MELAKA - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila rumahnya di Taman Pandan Indah di sini, dimasuki ular tedung dua hari berturut-turut.

Maslinda Muhamad, 37, yang juga penasihat undang-undang sebuah syarikat swasta berkata, pada mulanya dia menganggap ular yang dilihat di dalam kabinet di bawah singki dapur kira-kira jam 9 malam, hanyalah bayangannya.

“Ketika mahu mengambil span basuh pinggan di bawah singki, saya buka pintu kabinet dan ternampak seekor ular hitam melingkar. Saya tutup semula pintu kabinet kerana trauma.

“Saya fikir itu bayangan saya sahaja sebabnya semalam (Ahad) rumah saya juga dimasuki ular hitam tetapi apabila mendengar sesuatu bergerak di dalam kabinet, saya segera mengadang dengan bakul baju untuk mengelakkan ular keluar jika betul ia ada di situ,” katanya.

Menurutnya, dia segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang datang ke rumahnya setengah jam kemudian.

“Saya sangat trauma dengan kejadian dua hari berturut-turut rumah dimasuki ular ketika ketiadaan suami tetapi saya bersyukur tiada kejadian buruk berlaku.

"Sepanjang lima tahun duduk di rumah ini, memang tidak pernah ular masuk. Saya percaya, ular terbabit mungkin datang dari kawasan belukar belakang rumah selepas tanah di kawasan itu diratakan bagi tujuan pembinaan rumah," katanya.


'via Blog this'

Rakan sekampung maut nahas

Rakan sekampung maut nahas - Melaka & NS - Sinar Harian:


Rakan sekampung maut nahas
Proton Iswara dan Toyota Avanza yang remuk. Gambar kecil: Othman


Kereta dinaiki tiga sahabat bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah hadapan

JEMPOL - Tiga rakan sekampung yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Bahau - Rompin, di sini, kelmarin, menyebabkan seorang daripada mereka maut.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, kereta jenis Proton Iswara dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi kereta jenis Toyota Avanza, ketika tiga rakan itu hendak pulang ke Felda Jelai, Tampin.

Ketua Polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang maut adalah pemandu kereta, Othman Nayan, 58, dan penumpang hadapan, Yatim Majon, 59.

Katanya, kedua-duanya maut di tempat kejadian.

“Manakala seorang lagi penumpang duduk di belakang, Zainudin Abdullah, berusia sekitar 50-an, cedera parah dan kini berada di Hospital Tuanku Ja'afar,  Seremban," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa maut akibat tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.

“Siasatan awal mendapati Toyota Avanza berkenaan yang datang dari arah Rompin - Bahau dinaiki sebuah keluarga, hilang kawalan,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengesahkan kejadian berkenaan, semalam.

Hamzah berkata, pelanggaran kuat menyebabkan Proton Iswara terbabas ke bahu jalan, manakala Toyota Avanza tersasar dari laluan asalnya.

“Keluarga yang menaiki Toyota Avanza itu selamat dan kini dirawat di Hospital Jempol serta Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing pada hari sama.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta pegangkutan jalan (APJ) 1987.

"Polis juga meminta saksi kejadian untuk tampil ke Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan, atau hubungi Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) di talian 06-4582222," katanya.


'via Blog this'

Tak kira tempat beg tangan dicuri dalam surau

Tak kira tempat beg tangan dicuri dalam surau - Selangor & KL - Sinar Harian:


Tak kira tempat beg tangan dicuri dalam surau
Surau yang menjadi sasaran suspek menjalankan kegiatannya ketika mangsa beribadat. Gambar kecil: Nordin Manan


BANTING - Seorang warga emas terkejut apabila mendapati beg tangan yang diletakkan di hadapannya ketika solat Dhuha lesap di surau Hospital Banting di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa sedang menunaikan solat sunat Dhuha sementara menunggu waktu melawat cucunya di hospital berkenaan.

Hajar Misiah Abdul Jabar, 73, dari Batu 10 Kebun Baru berkata, hanya dia seorang berada dalam surau berkenaan dan mungkin ada individu masuk ke surau ketika dia sujud.

“Selepas selesai menunaikan solat saya mendapati beg tangan yang diletakkan di hadapan hilang.

"Masih ada rupanya yang sanggup mencuri di tempat beribadah," katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka beg yang diletakkan di hadapan ketika menunaikan solat dicuri.

"Saya tidak bawa banyak wang dan hanya ada wang tunai RM20 dalam beg itu.

"Tetapi apa yang saya kesalkan dokumen penting seperti kad pengenalan diri dan kad pesara arwah suami dalam beg sama turut dilarikan,” katanya.

Difahamkan, suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an dan sempat melarikan diri walaupun terdapat pengawal keselamatan bertugas ketika itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, mengesahkan kejadian yang berlaku.

Menurutnya, mangsa membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, kira-kira jam 11 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana ragut.

“Mereka yang ada maklumat berhubung kes ini diharapkan segera melaporkan kepada polis untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau menasihatkan orang awam meningkatkan keselamatan di mana sahaja.

"Adalah menjadi tanggungjawab sendiri memastikan barangan dijaga dengan baik terutamanya di tempat awam," katanya.


'via Blog this'

Jeritan sedarkan pemandu lori

Jeritan sedarkan pemandu lori - Melaka & NS - Sinar Harian:



Jeritan sedarkan pemandu lori
Keadaan lori yang membawa muatan baja buahan terbakar di Kilometer 207.9 Lebuhraya Utara Selatan, lewat petang kelmarin.


ALOR GAJAH - Jeritan seorang penumpang kereta menyedarkan seorang pemandu lori bahawa kenderaan dipandunya sedang terbakar.

Kejadian berlaku kira-kira 6.45 petang kelmarin di Kilometer 207.9 Lebuhraya Utara - Selatan, di sini.

Pemandu lori, Zairi Abd Manaf, 31, berkata, dia dalam perjalanan ke Labis, Johor dengan membawa muatan baja buahan dari Klang, Selangor.

Menurut Zairi, ketika kejadian, dia memandu seorangan di laluan kiri dan tidak menyedari bahagian tayar belakang lorinya sedang terbakar.

“Tiba-tiba sebuah kereta memintas lori saya dengan laju dan bergerak seiring. Penumpang kereta menjerit memberitahu tayar belakang saya sudah terbakar dan dia meminta saya berhenti segera,” katanya.

Menurutnya, dia yang bimbang kerana laluan berkenaan terlalu gelap pada mulanya merancang untuk berhenti beberapa ratus meter lagi di hadapan, namun membatalkan hasratnya.

“Tanpa fikir apa-apa saya terus berhentikan lori dan turun segera untuk melihat. Saya terkejut mendapati api marak sudah membakar tayar bahagian belakang sebelah kanan, termasuk muatan yang dibawa.

“Saya jauhkan diri dari kenderaan kerana bimbang api merebak ke depan sebelum mendapatkan bantuan kecemasan," katanya.

Katanya, dia bernasib baik kerana jeritan penumpang kereta berkenaan membolehkan dia bertindak cepat.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Hairudin Atan berkata, seramai 14 anggota membabitkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dan Ayer Keroh tiba ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.


'via Blog this'

Sanggup ancam nyawa adik kerana RM20

Sanggup ancam nyawa adik kerana RM20 - Terengganu - Sinar Harian:


Sanggup ancam nyawa adik kerana RM20
Mohd Amin mengaku dengan sengaja mengugut adiknya dengan pisau di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU- Tanggungjawab seorang abang adalah menjaga dan membela nasib adik, namun bertukar sebaliknya apabila seorang penganggur tergamak memaksa adiknya menyara hidupnya dengan memberi RM20 setiap hari.

Tertuduh, Mohd Amin Ariffin, 32, dari Kampung Seberang Bukit Tumbuh, di sini, bersikap kejam dengan mengamuk sambil mengacukan pisau ke arah adiknya apabila gagal memberikan jumlah wang berkenaan yang menjadi rutin sebelum ini.

Bagaimanapun, sikap tidak bertanggungjawab Mohd Amin menerima pembalasan selepas Mahkamah Majistret, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadapnya.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Amin mengaku dengan sengaja melakukan ugutan jenayah terhadap adiknya Mohd Abd Ariq Ariffin, 21, pada 29 Mei lalu, lebih kurang jam 5 petang di Kampung Seberang Bukit Tumbuh, di sini.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, adiknya yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan enggan menyerahkan wang seperti mana kebiasaannya disebabkan tidak tahan lagi menanggung abang yang enggan bekerja.

Berlaku pertengkaran mulut antara dua beradik itu sebelum Mohd Amin bertindak keras dengan mengambil pisau di dapur dan mengamuk di kawasan kedai sambil mengugut akan mengancam keseluruhan ahli keluarga mereka termasuk kedua ibu bapanya.


'via Blog this'

Mayat warga emas ditemui tinggal rangka

Mayat warga emas ditemui tinggal rangka - Pahang - Sinar Harian:


Mayat warga emas ditemui tinggal rangka
Mayat mangsa dibawa ke HTAA, Kuantan untuk bedah siasat.


RAUB - Mayat dipercayai warga emas yang hanya tinggal rangka ditemui dalam sebuah bilik di perumahan Taman Raub Jaya 1, semalam.

Mayat Chiew Yoke Woh @ Chiew Ngan Chai, berusia 67 tahun, ditemui terlentang atas katil ketika pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke rumahnya untuk lawatan bagi mengemas kini data penerima bantuan.

Anaknya, Chiew Pit Yeong, 24, mengalami masalah mental merupakan penerima bantuan bulanan daripada JKM.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut.

"Ketika ini kita mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kematian.

"Mayat dibawa ke Hospital Raub sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat," katanya.


'via Blog this'

‘Lelong’ ginjal

myMetro | ‘Lelong’ ginjal:


KUALA LUMPUR: Terdesak untuk melangsaikan hutang RM20,000 yang dipinjam daripada keluarga dan along, seorang kaki judi sanggup menawarkan untuk menjual satu daripada buah pinggangnya demi membuktikan dia benar-benar insaf.


Lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Phuah, 45, datang ke pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang di sini, semalam bagi mendapatkan khidmat nasihat biro berkenaan selepas isteri dan anak-anaknya melarikan diri kerana tidak tahan hidup dibelenggu hutang serta diburu samseng along. 


Menurut Phuah yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu, dia kerap meluangkan masa kira-kira satu hingga dua jam sehari bermain judi Internet di pusat siber berdekatan rumahnya di Ampang.

“Sehari berjudi, saya boleh mendapat untung RM2,000, namun sekiranya kalah, saya boleh mengalami kerugian RM7,000.







“Akibat ketagih, saya menghabiskan semua simpanan RM15,000 dalam masa beberapa hari sebelum ahli keluarga yang simpati menghulurkan bantuan RM15,000 lagi,” katanya.


'via Blog this'

‘Lelong’ ginjal

myMetro | ‘Lelong’ ginjal:


KUALA LUMPUR: Terdesak untuk melangsaikan hutang RM20,000 yang dipinjam daripada keluarga dan along, seorang kaki judi sanggup menawarkan untuk menjual satu daripada buah pinggangnya demi membuktikan dia benar-benar insaf.


Lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Phuah, 45, datang ke pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang di sini, semalam bagi mendapatkan khidmat nasihat biro berkenaan selepas isteri dan anak-anaknya melarikan diri kerana tidak tahan hidup dibelenggu hutang serta diburu samseng along. 


Menurut Phuah yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu, dia kerap meluangkan masa kira-kira satu hingga dua jam sehari bermain judi Internet di pusat siber berdekatan rumahnya di Ampang.

“Sehari berjudi, saya boleh mendapat untung RM2,000, namun sekiranya kalah, saya boleh mengalami kerugian RM7,000.







“Akibat ketagih, saya menghabiskan semua simpanan RM15,000 dalam masa beberapa hari sebelum ahli keluarga yang simpati menghulurkan bantuan RM15,000 lagi,” katanya.


'via Blog this'

17 kes mesin ATM disamun tahun ini

myMetro | 17 kes mesin ATM disamun tahun ini: "STATISTIK laporan dikemukakan institusi perbankan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan sejumlah lima kes rompakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) direkodkan pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, melihat kepada jumlah berkenaan didapati kes rompakan mesin ATM meningkat pada tahun ini apabila sejumlah 17 kes rompakan mesin ATM sudah direkodkan bermula dari 1 Januari dan September.


“Berdasarkan pada Garis Panduan Keselamatan Mesin ATM yang dikeluarkan pada tahun 2000 dan aktiviti kawal selia oleh BNM, institusi perbankan perlu mengambil langkah-langkah bagi mengesan, menyekat dan mengawal ancaman terhadap keselamatan sistem ATM,” katanya."

'via Blog this'

Selagi ajal belum tiba

myMetro | Selagi ajal belum tiba:


MARAN: Seorang warga emas dan cucunya berusia 11 tahun parah selepas Perodua Kancil yang mereka naiki dirempuh sebelum diseret lebih 20 meter oleh lori tangki yang dipandu seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh dadah, semalam.


Kejadian di Kilometer 102.8, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhampiran Kampung Jengka Batu 13, di sini, menyebabkan warga emas terbabit, Arsad Sidek, 73, patah kedua-dua kaki manakala cucunya, Danial Hakim Zainudin, 11, cedera di muka serta beberapa bahagian badan selepas dirempuh lori yang datang dari arah bertentangan. 


Kedua-duanya dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh dan dilaporkan stabil.

Pemandu lori berusia 20-an itu tidak cedera dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran selepas polis menemui peralatan menghisap syabu di dalam kenderaan berat berkenaan manakala ujian air kencing ke atas pemandu itu juga mendapati dia positif dadah.







Difahamkan, ketika kejadian jam 7.05 pagi itu, Arsad dalam perjalanan menghantar Danial Hakim ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jengka Batu 13 kerana cucunya dijadualkan menduduki peperiksaan akhir tahun yang bermula semalam.


'via Blog this'

Mangsa dirogol 10 lelaki bukan warga tempatan

myMetro | Mangsa dirogol 10 lelaki bukan warga tempatan:


SHAH ALAM: Wanita berusia 28 tahun yang menjadi mangsa dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar di Puchong Perdana, Sabtu lalu bukan warga tempatan seperti yang didakwa sebaliknya warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala 10 lelaki terbabit memegang status pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR).


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Adnan Abdullah berkata, wanita terbabit yang bekerja sebagai pencuci rumah kini masih dalam keadaan trauma dan sedang menjalani rawatan.



Harian Metro dalam muka depannya kelmarin melaporkan seorang wanita ‘diculik’ dua lelaki warga Myanmar ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, Sabtu lalu.




Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa kemudian dibawa ke sebuah flat berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu. Mangsa kemudian diikat dan dirogol secara bergilir-gilir dan dilepaskan kira-kira jam 7 malam sebelum dibawa rakannya membuat laporan di Balai Polis Puchong.



Berdasarkan laporan mangsa, polis menahan tiga lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 30-an di flat berkenaan, Ahad lalu.



Adnan berkata, polis kini memburu tiga lagi rakan suspek dan masih menjalankan siasatan bagi mencari rakaman video perbuatan keji 10 suspek terbabit berikutan dakwaan mangsa yang mengatakan beberapa suspek turut merakamkan perbuatan itu dengan telefon bimbit.








“Kita belum menemui rakaman berkenaan di dalam telefon bimbit milik tiga suspek yang ditahan kerana telefon bimbit yang dimiliki mereka adalah model lama dan tidak mempunyai aplikasi rakaman video,” katanya.


'via Blog this'

Hajat baiki bumbung punah

myMetro | Hajat baiki bumbung punah:


CHUKAI: Hajat Khairudi Omar, 31, untuk membaiki bumbung rumah ibunya yang dipukul ribut tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan yang meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini, semalam.


Adik bongsunya, Nor Amylieya 20, berkata abangnya itu berjanji dengan ibunya, Atikah Ali, 60, kelmarin untuk membaiki bumbung rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, yang dipukul ribut dalam kejadian pada Jumaat lalu.



“Ketika itu kira-kira jam 3 petang, arwah sedang menggosok bajunya dan ibu ada bertanya hendak ke mana, tetapi abang hanya menjawab ‘adalah’ kerana sudah menjadi kebiasaan dia tidak memaklumkan kepada kami jika hendak ke mana-mana pun.




“Lagipun arwah memang rapat dengan ahli keluarga Noran Ali yang lebih mesra dipanggil Kak Nor di kalangan kami.



“Cuma arwah abang ada janji dengan ibu yang dia hendak tolong baiki bumbung rumah petang ini (semalam). Malah, ibu pun ada beri wang RM10 kepada arwah untuk beli paku.



“Tetapi apakan daya, hajat arwah untuk membantu kami tidak kesampaian apabila dia terbabit dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pauh, di sini, semalam.








Menurut Nor Amylieya, dia dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 7 pagi semalam oleh bapa saudaranya sebelum bergegas ke Hospital Kemaman untuk melihat keadaan arwah.



Jenazah Khairudi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, di sini, selepas solat Zuhur, semalam.


'via Blog this'

Suami tak sedap hati

myMetro | Suami tak sedap hati:


CHUKAI: “Saya hampir pitam dan terpaksa dipapah beberapa rakan sebaik saja kain yang membalut tubuh isteri dan anak dibuka. Terlalu sukar untuk saya percaya apabila mereka pergi meninggalkan saya sekelip mata,” kata peniaga kuih, Narizan Othman.


Narizan, 49, kehilangan isteri, Noran Ali, 39, dan tiga anak serentak akibat kemalangan meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, depan Sekolah Kebangsaan Meraga Beris, dekat sini, awal pagi semalam.



Narizan berkata, petang kelmarin Noran memaklumkan mahu pergi ke Kuala Terengganu untuk bertemu anak sulung mereka, Nur Syamira, 21, manakala dia perlu pergi ke Kerteh untuk menyelesaikan satu urusan.




Menurutnya, ketika berada di Kerteh, dia mula berasa tidak sedap hati dan jantungnya secara tiba-tiba berdegup kencang selain berasa tidak selesa.



“Saya mengambil keputusan pulang ke rumah dan mendapati tiada orang. Ketika itu rumah sunyi sepi dan saya beranggapan isteri dan anak singgah di mana-mana sebelum pulang.



“Ketika sedang menunggu, perasaan tidak sedap hati masih belum hilang kerana gagal menghubungi mereka sebelum saya tiba-tiba terlelap di ruang tamu kerana keletihan pada jam 3 pagi.








“Bagaimanapun, saya kemudian terjaga selepas dikejutkan dengan bunyi telefon. Rupa-rupanya sepupu saya memberitahu isteri bersama anak terbabit dalam kemalangan maut.



“Ketika itu, saya amat terkejut dan sukar untuk percaya apa yang didengar sebelum bergegas ke Rumah Mayat Hospital Kemaman (HK),” katanya ketika ditemui semalam.






Menurutnya, sebaik saja kain dibuka, dia tidak dapat menahan kesedihan sebelum hampir pengsan ketika melihat semua jenazah termasuk dua rakan karib arwah isterinya itu.



Katanya, tiada sebarang perubahan pelik ditunjukkan arwah isterinya kecuali dia sempat mencium isteri dan anaknya ketika berada di rumah sebelum kejadian terbabit.



Narizan berkata, Wan Alpisar Wan Abdul Kadir, 43, yang turut terbunuh dalam kemalangan itu sememangnya bersahabat baik dengan Noran, malah mangsa yang berniaga ayam di Pasar Kemaman sudah seperti adik-beradik dengan arwah isterinya.



“Saya tidak menduga sama sekali persahabatan mereka berakhir dengan kematian,” katanya.


'via Blog this'

Berat hati ambil cucu pulang

myMetro | Berat hati ambil cucu pulang:


CHUKAI: “Hati saya terasa berat untuk mengambilnya pulang ke rumah seperti ada sesuatu yang menghalang saya,” kata Khatombi Yusuf, 51, nenek angkat Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, seorang daripada enam mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, semalam.


Khatombi yang tinggal di Kampung Tengah, di sini, berkata, dia menjaga Nurkhairatul Najiha sejak kecil selepas hak jagaan kanak-kanak terbabit diberikan ibunya, Noran Ali, 39, kerana kehidupan wanita terbabit yang mempunyai lapan anak itu agak susah.



“Sejak dia lahir, saya dan anak (Nur Khazimah Ramli) menjaganya manakala Noran jarang berjumpa dengannya, namun Isnin lalu dia datang menjemput anak bongsunya itu untuk dibawa bersiar-siar.




“Semalam (kelmarin), saya pergi ke rumah ibunya di Kampung Gong Pauh untuk menjemputnya semula, tetapi tidak sampai hati apabila melihat kemesraan Nurkhairatul Najiha dengan ibu kandungnya itu,” katanya yang ditemui Bilik Forensik Hospital Kemaman, di sini, semalam.



Khatombi berkata, dia tambah tidak tergamak mengambil cucu angkatnya itu apabila kanak-kanak terbabit dilihatnya gembira bermain air bersama adik-beradiknya.


'via Blog this'

Budak meraung takut

myMetro CHUKAI: “Saya tengok budak perempuan yang duduk di tempat duduk belakang kereta itu meraung ketakutan selepas mendapati semua penumpang lain tidak sedarkan diri,” kata saksi kemalangan ngeri, Khalid Mamat, 62.

Khalid yang juga pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Meraga Beris, Kijal, dekat sini, adalah saksi pertama yang tiba di lokasi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, jam 4.30 pagi semalam.



Menurutnya, kemalangan itu berlaku di hadapan sekolah tempat dia bertugas dan ketika kejadian, dia bersama rakan, Mohd Zulkarnain Mohamad, 23, melakukan rondaan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.




“Saya terdengar bunyi brek disusuli dentuman kuat lalu menjenguk ke luar pagar sekolah dan mendapati sebuah kereta Perodua Viva putih melekat di bahagian depan bas ekspres,” katanya.



Khalid berkata, dia dan Mohd Zulkarnain berlari ke tempat kejadian kira-kira 10 meter di hadapan sekolah berkenaan dan ketika itu terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong dan penumpang depan kenderaan itu mengadu sakit dalam keadaan suara yang lemah.




“Kami berjaya mengeluarkan wanita yang meraung itu dan meletakkannya di tepi jalan sebelum saya bergegas ke sekolah untuk mengambil lampu suluh kerana tidak tahu jumlah sebenar mangsa. Kawasan itu gelap kerana lampu jalan agak jauh,” katanya.| Budak meraung takut:

'via Blog this'

Bungkusan disangka sampah rupanya mayat bayi

myMetro | Bungkusan disangka sampah rupanya mayat bayi:


ALOR SETAR: “Saya ingatkan bungkusan sampah, mujur saya tidak membuangnya kerana beg kertas itu agak berat. Saya tergerak hati melihat kandungannya sebelum terkejut mendapati ada mayat bayi lelaki yang cukup sifat,” kata Ishak Chik, 54, siak Masjid Ar-Rahman, Alor Merah, di sini, yang menemui mayat bayi berkenaan, kelmarin.


Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Ishak dikatakan mahu menutup pintu pagar tepi masjid berkenaan dan terkejut melihat bungkusan beg kertas mengandungi mayat bayi lelaki masih bertali pusat dibalut dengan kain putih diletakkan di lantai antara pintu bilik air wanita dan kolam mengambil wuduk.



Difahamkan, suspek yang meletakkan beg itu mengambil peluang ketika penduduk menunaikan solat Isyak sebelum melarikan diri.




Mayat bayi itu yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditinggalkan tanpa sebarang nota atau dokumen.



Ishak berkata, dia yang baru selesai solat bersama jemaah lain mahu menutup pintu pagar tepi masjid seperti kebiasaannya sebelum ini.



“Saya terkejut selepas melihat satu bungkusan mengandungi mayat bayi lelaki dalam beg kertas yang mulanya disangkakan sampah. Mujur saya tidak terus membuang, sebaliknya tergerak untuk membuka dan melihat kandungannya,” katanya ketika ditemui di masjid itu, di sini, kelmarin.








“Apabila dibelek terdapat satu bungkusan kain putih. Saya kemudian menyelak kain dan terkejut apabila ternampak muka bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan, di sini, kelmarin.



Katanya, dia kemudian memaklumkan kepada imam serta ahli kariah lain sebelum membuat laporan di Pondok Polis Alor Merah, di sini.






“Mayat bayi itu cukup sifat, masih bertali pusat dan berkulit sawo matang dipercayai beragama Islam kerana kemungkinan pihak yang membuangnya mahu ia diuruskan dengan baik,” katanya.



“Anggota badan bayi itu kelihatan bersih dan tiada tompokan darah,” katanya sambil memberitahu ia kejadian pertama sejak masjid itu dibuka pada 1960.



“Hati saya tersentuh sebaik melihat mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu. Tindakan mereka yang membuang bayi ini sangat kejam dan tidak berhati perut,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.


'via Blog this'

5 suspek samun pusat pameran Honda terkejut

myMetro | 5 suspek samun pusat pameran Honda terkejut:


JASIN: Lima lelaki dipercayai baru selesai melakukan upacara sembahyang di Pulau Besar dengan menaiki bot penambang tersentak dan gagal meloloskan diri apabila dicekup polis di Jeti Anjung Batu, Umbai di sini, kelmarin, bagi membantu siasatan kes samun di sebuah pusat pameran Honda di Kajang, Selangor, bulan lalu.


Difahamkan, semua suspek berusia antara 20 dan 40 tahun yang datang dari sekitar Lembah Klang itu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta di kawasan itu, kira-kira jam 10 pagi.



Sejurus pulang bersembahyang di pulau itu, beberapa suspek terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa cuba meloloskan diri namun mereka ditahan bagi membantu siasatan. Pemeriksaan lanjut mendapati dua kereta Honda Accord dikatakan dinaiki mereka mempunyai kaitan dengan kes samun berkenaan. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhd Nur Hisamuddin Hashim berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Asisten Superintendan Jasmani Othman pergi ke jeti itu dan menemui dua kereta mencurigakan, kira-kira jam 4.20 petang kelmarin “Sejurus tiba, polis menjalankan pemeriksaan ke atas kedua-dua kereta Honda Accord berwarna putih dan hitam di tempat letak kereta itu yang didapati tidak mempunyai cukai jalan.




“Hasil semakan kemudian mendapati dua kereta berkenaan turut dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.


'via Blog this'

Suri rumah gagal dapat ganti rugi RM1.6j

myMetro | Suri rumah gagal dapat ganti rugi RM1.6j:


PUTRAJAYA: Isteri seorang peniaga pasar borong yang meninggal ketika dalam tahanan polis pada 1999 gagal mendapatkan ganti rugi RM1.6 juta daripada bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai dan Kerajaan Malaysia.


Ini susulan keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan di sini, semalam, yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkiefli Ahmad Makinudin yang tidak memberi kebenaran kepada Suzana Md Aris untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Zulkiefli berkata, semua hakim panel itu sebulat suara berpendapat permohonan Suzana yang diwakili peguam P Uthayakumar tidak mempunyai merit dan gagal melepasi peruntukan Seksyen 96 Akta Mahkamah Persekutuan yang memberi kebenaran untuk merayu. Pada 7 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan KPN dan kerajaan Malaysia dan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi ganti rugi kepada Suzana. Selain Zulkifli, hakim lain ialah Datuk Hashim Datuk Yusoff, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Seri Sulong Matjeraie.



Pada 20 Oktober 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan polis sudah melakukan kecuaian selepas gagal mengambil langkah munasabah ketika Mohd Anuar Sarip, 31, yang berada dalam tahanan reman di lokap Balai Polis Rawang kerana disyaki penagih dadah. — Bernama


'via Blog this'