Search This Blog

Wednesday, October 10, 2012

Isteri, anak pohon maaf sebelum berlepas ke Kuala Terengganu

Isteri, anak pohon maaf sebelum berlepas ke Kuala Terengganu - Terengganu - Sinar Harian:


KEMAMAN - Apabila Norizan Othman, 49, pulang ke rumah di Kampung Gong Pauh pukul 10 malam tadi selepas berniaga kuih di Kerteh, kira-kira 20 kilometer dari sini, isteri dan lima anak perempuannya tiada di rumah kerana telah berlepas ke Kuala Terengganu untuk mengunjungi anak perempuan sulung mereka.


Bagaimanapun, kira-kira pukul 6 pagi tadi, Norizan menerima perkhabaran sedih bahawa isterinya, Noran Ali, 39, bersama tiga anak mereka -- Nursyazleen, 12, Nur Syardiena, 9, Nurkhairatul, 4, dan dua saudara angkat terkorban dalam nahas jalan raya apabila kereta yang mereka naiki bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 129 Jalan Kuantan-Terengganu dekat Meraga Beris pada 4.30 pagi.


Dua saudara angkat yang turut terkorban ialah Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, pemandu kereta.


Dua lagi anaknya, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.


Bagaimanapun, pemandu dan penumpang bas terbabit tidak cedera.


"Kali terakhir saya menelefon isteri saya pukul 7 malam semalam, masa itu isteri saya masih dalam rumah lagi dan meminta maaf atas apa-apa kesalahannya serta anak kerana hendak berjalan jauh ke Kuala Terengganu.


"Memang menjadi adat kami sebelum keluar ke mana-mana, isteri dan anak salam cium tangan saya minta maaf," katanya kepada pemberita di Hospital Kemaman hari ini.


Norizan juga berkata beliau tidak menyangka itulah ungkapan maaf terakhir daripada isteri dan anak-anaknya.


Beliau berkata isterinya memaklumkan bahawa mereka mahu ke rumah Nur Syamira, 21, di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu untuk berjumpa dua cucu yang berusia empat dan satu tahun.


Sementara itu, Nur Syamira berkata ibunya ada menghubungi beliau petang semalam, namun tidak pula memaklumkan akan ke rumahnya.


"Ibu memang biasa buat kejutan untuk kami sekeluarga. Kadang-kadang dia datang tanpa bagitahu, tapi sebelum kejadian, memang dia tidak maklumkan akan datang ke rumah," katanya.
   - Bernama


'via Blog this'

Enam maut, dua parah kemalangan awal pagi di Kijal

Enam maut, dua parah kemalangan awal pagi di Kijal - Semasa - Sinar Harian:

kemalangan 4
(Atas kiri) Nursyazleen Norizan (atas kanan) Nur Syardiena (bawah kiri) Wan Alpisar Wan Abd Kadir (bawah kanan) Nurkhairatul Najiha
[DIKEMAS KINI, JAM 4 PETANG] KIJAL - Enam orang dari satu keluarga maut dan dua cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Meraga Beris di sini, awal pagi tadi.
Kemalangan berlaku di Kilometer 129.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di kawasan Kampung Meraga Beris kira-kira jam 4.30 pagi.
Keenam-enam mangsa yang maut meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairudi Omar, 31, iaitu pemandu kereta, Noran Ali, 39, (penumpang hadapan), Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, (penumpang hadapan), Nur Syardien Afzan Narizan, 9, Nursyazleen Narizan,12, dan Wan Aspisar Wan Abdul Kadir, 43.
Dua lagi mangsa yang cedera parah, Nursakinah Narizan,17, dan Nursyafura Narizan,13, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut.

Pemandu bas ekspres berkenaan bersama 23 penumpang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuantan tidak cedera.

Kereta terbabit, Perodua Myvi dinaiki lapan penumpang, dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu, dikatakan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Marlek Hakim Johar berkata kes masih dalam siasatan pihak polis.
Abdul Marlek turut meminta saksi kejadian agar dapat menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Azami Murat Ismail menerusi talian 09-8592222 atau balai polis berhampiran.

'via Blog this'

"Saya tidak pernah guna dadah," kata pelajar Malaysia - Semasa - Sinar Harian

"Saya tidak pernah guna dadah," kata pelajar Malaysia - Semasa - Sinar Harian:

YOGYAKARTA - Pelajar Malaysia yang ditangkap polis Indonesia kerana memiliki ganja pada Jumaat lalu, berkata beliau bukan seorang perokok dan tidak pernah menggunakan dadah.
Sebaliknya pelajar jurusan perubatan itu berkata beliau menjadi mangsa godaan tawaran menerusi laman sembang Internet.
Pada hari kejadian, beliau baru lima minit memegang bungkusan kertas surat khabar mengandungi dadah jenis ganja itu dan belum sempat melihat kandungan di dalamnya sebelum ditangkap polis.
"Saya cuma ingin tahu apa itu ganja. Saya bukan seorang perokok dan tidak pernah  menggunakan dadah," kata pelajar itu semasa ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Sleman, di  sini pada Rabu.
Beberapa pegawai polis yang berada bersamanya pada pertemuan itu juga percaya pelajar lelaki berusia 22 tahun yang sedang menuntut di sebuah universiti di  Yogyakarta itu seorang yang baik dan tidak terlibat dengan masalah dadah.
Namun pihak polis terpaksa meneruskan siasatan kes itu kerana pelajar tersebut ditangkap dengan  kesalahan memiliki ganja seberat 68.93 gram pada hari kejadian.
 
Jumlah berat ganja dalam bungkusan kertas surat khabar yang ditemui pada pelajar itu dikatakan cukup untuk dijadikan 50 batang rokok.
Pelajar itu berkata beliau tergoda dengan tawaran jualan ganja di laman sembang popular  MIRC dan kerana didorong perasaan ingin tahu, telah cuba membuat pesanan menerusi Internet  tanpa memikirkan akibatnya.
Beliau juga tidak tahu dan tidak mengenali siapa pengedar dadah itu.
Selepas membuat bayaran di mesin juruwang automatik (ATM), pelajar itu berkata beliau diminta mengambil satu bungkusan di suatu lokasi di tepi Jalan Kaliurang, Sleman berdasarkan maklumat dalam sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya.
Beliau ke tempat kejadian dengan menaiki motosikal dan mengambil bungkusan itu sebelum ditangkap polis tidak berapa lama kemudian.
Mengikut undang-undang Indonesia, pelajar itu boleh ditahan polis sehingga empat bulan  untuk siasatan kes itu sebelum didakwa di mahkamah.
Pihak polis berkuasa menahannya selama 20 hari dan tempoh itu boleh dilanjutkan selama 20  hari lagi dengan kelulusan pihak pendakwa raya, dan jika siasatan masih belum selesai, pihak  polis boleh memohon di mahkamah untuk melanjutkan tempoh tahanan selama 60 hari lagi.
Pelajar itu berkata beliau mendapat layanan baik sepanjang berada dalam tahanan polis sejak  Jumaat lalu serta dibenarkan menunaikan kewajipan bersolat dan dibenarkan membaca.
Beliau turut meminta maaf atas kejadian itu dan berusaha memulihkan semangatnya untuk menerima takdir yang menimpa dirinya. - Bernama

'via Blog this'

Mayat bayi lelaki ditemui di masjid

Mayat bayi lelaki ditemui di masjid - Utara - Sinar Harian:

ALOR SETAR - Seorang ahli kariah Masjid Ar-Rahman, Alor Merah di sini tidak menyangka beg plastik yang ditemui di hadapan tandas wanita masjid itu malam tadi mengandungi mayat bayi lelaki.
Ishak Chin, 54, berkata dia menyangkakan beg plastik itu berisi sampah namun sangkaannya meleset.
"Selepas menunaikan solat Isyak kira-kira pukul 8.45 malam tadi, saya pergi menutup pintu pagar di tepi masjid dan saya ternampak plastik tersebut.
“Pada awalnya saya sangkakan beg berwarna coklat gelap itu berisi sampah dan ingin membuangnya sebelum pulang. Namun setelah mengangkatnya terasa isi kandungannya berat.
"Apabila dibelek terdapat satu bungkusan kain putih dan kemudian saya menyelak kain dan terperanjat apabila ternampak muka bayi,” katanya di sini.
Ishak berkata dia telah memaklumkan kepada imam masjid serta ahli kariah lain dan kemudian laporan dibuat di Pondok Polis Alor Merah.
Katanya bayi itu cukup sifat dan masih bertali pusat, berkulit sawo matang, mungkin berbangsa Melayu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata mayat bayi berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.
“Buat masa sekarang tiada suspek ditahan berhubung kes berkenaan. Kes, disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya. - Bernama

'via Blog this'

Kes rompak CPU hampir selesai

Kes rompak CPU hampir selesai:

POLIS mengiringi sebahagian daripada 14 suspek yang dikenakan tahanan reman bagi membantu siasatan kes rompakan CPU di Mahkamah Majistret, Bukit Mertajam, semalam. - UTUSAN/ Norazlina Ismail
BUKIT MERTAJAM 8 Okt. - Polis yakin dapat menyelesaikan kes rompakan cip mikro unit pemprosesan (CPU) di kilang milik syarikat Modus Link di kawasan Perusahaan Perai Bukit Tengah di sini semalam, dengan penemuan semula 90 peratus daripada keseluruhan CPU bernilai RM11.5 juta yang dilaporkan hilang.
Difahamkan, jumlah keseluruhan CPU yang hilang dalam rompakan itu bernilai RM22 juta.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kes tersebut dapat diselesaikan berikutan kejayaan polis menahan 14 lelaki termasuk perancang utama kumpulan tersebut.
Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan beberapa lagi anggota kumpulan terbabit yang masih bebas untuk melengkapkan siasatan.
"Saki baki anggota kumpulan itu dipercayai masih bersembunyi di sekitar negeri ini dan gerakan memburu mereka giat dijalankan," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan Program Komuniti Kepolisan di pekarangan pusat beli-belah Sunway Carnival Mall di sini hari ini.
Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah I (Operasi dan Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Haris Wong Abdullah.
Semalam, akhbar melaporkan sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan pedang samurai melarikan sejumlah cip mikro CPU bernilai jutaan ringgit di kilang tersebut, kira-kira pukul 2.30 pagi.
Dalam kejadian itu, perompak dipercayai berusia antara 20 hingga 40 tahun memecah masuk gudang kilang berkenaan melalui pagar belakang lalu menahan dan mengikat pengawal keselamatan dan seorang penyelia di situ.
Mereka kemudian membawa masuk lori lima tan jenis Isuzu ke tempat pemunggahan barang dan melarikan tiga palet CPU di situ.
Abdul Rahim berkata, keupayaan anggotanya menyelesaikan 95 peratus kes rompakan itu dalam tempoh tidak sampai 24 jam merupakan kejayaan besar kepada polis kontinjen Pulau Pinang pada tahun ini.
Sementara itu, polis sudah mendapatkan perintah tahanan reman enam hari bermula hari ini hingga 13 Oktober terhadap 14 suspek bagi membantu siasatan.
Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Chiang Kian Hong di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini petang ini.
Kesemua suspek tiba di mahkamah pada pukul 2 petang menaiki sebuah kenderaan polis dengan kawalan ketat.
Mereka ditangkap polis dalam beberapa serbuan berasingan di beberapa tempat di negeri ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121009/je_06/Kes-rompak-CPU-hampir-selesai#ixzz28y0J7akF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Lelaki 'alim' tipu warga tua

Lelaki 'alim' tipu warga tua:

MUAR 8 Okt. - Seorang lelaki yang berlagak alim dengan memakai songkok dan menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini diburu polis kerana disyaki menipu beberapa warga tua di daerah ini sejak tahun lalu.
Setakat ini, suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu telah memperdaya seramai tiga mangsa dengan mengumpan mereka dipilih menerima bantuan RM300 daripada JKM Muar.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, lelaki tersebut memperkenalkan diri sebagai pegawai JKM dan meminta bayaran RM250 sebagai alasan bagi urusan membuka akaun bank untuk urusan bantuan itu.
Beliau berkata, berdasarkan modus operandi, suspek yang memakai jaket hitam, bersongkok dan berlagak alim akan meminta mangsa membuka akaun terlebih dahulu sebanyak RM250 dan menyerahkan maklumat berkaitan.
"Kes terbaru dilaporkan berlaku pada 3 Oktober lalu apabila seorang penjual kuih berusia 54 tahun diperdaya di rumahnya di Jalan Dato' Haji Kosai.
"Dia diperdaya agar membayar RM250 kononnya untuk membuka akaun bank bagi menerima bantuan RM300 sebulan daripada JKM Muar," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Muar di sini hari ini.
Beliau berkata, penjual kuih yang tertarik dengan penampilan suspek dan kata-katanya telah menyerahkan wang diminta pada hari tersebut tanpa melakukan semakan dengan JKM terlebih dahulu.
Menurutnya, mangsa hanya menyedari ditipu sehari selepas itu apabila melakukan semakan dengan pihak JKM dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Mohamad Nasir mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan lelaki terbabit dan sekira didatangi mana-mana pihak yang menawarkan bantuan atau hadiah diminta memeriksanya terlebih dahulu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121009/je_05/Lelaki-alim-tipu-warga-tua#ixzz28y0B5D3N
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

5 termasuk tauke emas ditahan terbabit kes ragut

5 termasuk tauke emas ditahan terbabit kes ragut:

MUAR 8 Okt. - Rahsia sebuah kedai emas di bandar ini membeli barang kemas hasil ragut terbongkar apabila dua peragut yang menjual barangan itu ditahan polis Rabu lalu.
Penahanan dua peragut dari Tangkak yang berusia 26 dan 32 tahun itu telah membongkar rahsia tauke kedai emas berusia 28 tahun dan isterinya, 27, serta pekerjanya, 28, yang bersubahat dalam kegiatan tersebut.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, peragut bersama tauke emas, isteri dan pekerjanya ditahan di beberapa lokasi berbeza.
Menurutnya, pemilik kedai dipercayai menjadi orang tengah membeli barangan kemas curi sebelum meleburkannya bagi mengelakkan kegiatan tersebut dihidu pihak berkuasa.
"Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar apabila seorang suspek berusia 26 tahun ditahan selepas terbabit meragut seorang wanita berusia 20-an di hadapan sebuah kedai di Jalan Abdullah pada 14 September lalu.
"Dalam kejadian itu, mangsa bersendirian menuju ke tempat letak kereta dan dihampiri seorang lelaki yang memakai topi keledar lalu meragut beg tangannya sebelum melarikan diri menaiki motosikal yang ditunggang suspek kedua," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Muar di sini hari ini.
Beliau berkata, beg tangan mangsa mengandungi rantai emas, rantai emas putih, kad mesin juruwang automatik (ATM), kad pengenalan diri dan wang tunai RM300 yang kesemunya dianggarkan berjumlah RM4,350.
Mohamad Nasir berkata, berikutan itu pihaknya memburu suspek dan berjaya menahan kedua-duanya di bandar ini sebelum membawa kepada penahanan tauke tersebut di rumahnya di Parit Bunga, Ledang.
"Ketika ditahan, kita merampas sebuah komputer riba dan sebuah telefon bimbit daripada tauke kedai emas itu dipercayai milik salah seorang mangsa ragut.
"Selang beberapa jam kemudian kita menahan isteri dan pekerjanya di bandar Muar," katanya sambil memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121009/je_04/5-termasuk-tauke-emas-ditahan-terbabit-kes-ragut#ixzz28y014Jq8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

9,121 pesalah narkotik ditangkap

9,121 pesalah narkotik ditangkap:

JOHOR BAHRU 8 Okt. - Polis negeri ini menahan seramai 9,121 pesalah narkotik dalam 8,069 kes sejak Januari hingga 7 Oktober lalu dan menyita harta bernilai RM5.15 juta.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Zulyadaen Ismail berkata, statistik tersebut menunjukkan peningkatan 10 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
Menurutnya, daripada jumlah tangkapan tersebut, pesalah yang didakwa terbabit di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 adalah yang tertinggi iaitu 5,605 orang melibatkan 5,516 kes.
"Pesalah yang didakwa di bawah seksyen berkenaan adalah individu didapati positif mengambil dadah. Justeru, peningkatan jumlah tangkapan dan penerimaan kes menunjukkan pihak polis serius dalam menangani musuh utama negara ini.
"Penyumbang kedua tertinggi adalah kerana memiliki syabu yang didakwa di bawah Seksyen 12(3) ADB 1952 iaitu sebanyak 1,586 kes melibatkan 2,043 tangkapan," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pusat beli-belah Sutera Mall, Skudai sempena program Komuniti Kepolisan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Kamarudin A. Aziz dan Penolong Pengurus Besar Sutera Mall, Goh Lak Jin.
Mohd. Zulyadaen berkata, kejayaan tersebut tidak akan mampu dilaksanakan tanpa adanya kerjasama daripada orang awam yang sentiasa menyalurkan maklumat kepada pihak polis.
Katanya, sebanyak 303 serbuan ke pusat hiburan telah dilakukan sepanjang tempoh yang sama dan 435 pengunjung didapati positif dadah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121009/je_03/9121-pesalah-narkotik-ditangkap#ixzz28xzobHKs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Bakar van: RM285,000 wang tunai terselamat

Bakar van: RM285,000 wang tunai terselamat:

SHAH ALAM 8 Okt. - Polis hari ini mengesahkan wang tunai yang terselamat dan masih boleh digunakan dalam van yang dibakar sekumpulan perompak di Jalan Tiong off Taman Eng Ann, Klang dekat sini pada 3 Oktober lalu, berjumlah RM285,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah (gambar) berkata, jumlah wang tunai yang rosak akibat kebakaran itu masih belum diketahui.
"Wang kertas yang rosak dalam kebakaran itu tidak dapat dikira jumlahnya kerana telah melekat dan kita hantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.
Mengenai perkembangan siasatan kes tersebut, Mohd. Adnan berkata, sehingga kini pihaknya masih belum mendapat petunjuk yang dapat membantu siasatan.
Ini kerana, kata beliau, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di tempat kejadian dan beberapa lokasi lain tidak dapat membantu memberikan maklumat.
"Bagaimanapun kita masih meneruskan siasatan dan gerakan memburu lima suspek yang terlibat masih berjalan," ujarnya.
Pada 3 Oktober lalu, lima perompak yang melarikan van keselamatan di hadapan kedai nombor ekor berhampiran Klang Parade, Klang, nekad membakar kenderaan itu yang di dalamnya terdapat dua pengawal dan beberapa karung wang tunai berjumlah RM500,000 untuk menghapuskan bukti di Jalan Tiong off Taman Eng Ann.
Sebelum membakar van tersebut kira-kira pukul 6 petang, kesemua suspek yang bersenjatakan dua pucuk pistol terlebih dahulu membawa keluar tiga karung besar wang tunai berjumlah kira-kira RM1 juta dan merampas sepucuk revolver milik salah seorang pengawal keselamatan.
Mereka kemudian meninggalkan tempat kejadian yang lokasinya terletak di lorong kawasan perumahan teres setingkat bersama sebuah kereta Proton Waja berwarna Perak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121009/je_02/Bakar-van-RM285000-wang-tunai-terselamat#ixzz28xzgPnxD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Pemuda dibelasah akhirnya mati

Pemuda dibelasah akhirnya mati:

SUNGAI PETANI 8 Okt. - Hanya kerana disangka terlibat dalam kes ragut, seorang pemuda teruk dibelasah dan menemui ajal selepas hampir seminggu bertarung nyawa di hospital.
Pemuda malang itu, Ku Ameerul Arshad Ku Salim diserang menggunakan objek tumpul oleh sekumpulan lelaki di rumah rakannya di Lorong 53, Taman Ria di sini pada 2 Oktober lalu.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi semasa mangsa berjumpa rakannya di sebuah rumah.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pukul 9.40 pagi ini.
Bapanya, Ku Salim Ku Long, 58, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu dikatakan keluar dari rumah awal malam untuk berjumpa rakannya.
"Semasa berada di rumah itu, dia bersama lima lagi rakan yang dikatakan sedang berehat ketika didatangi sekumpulan 20 lelaki.
"Kumpulan itu terus memecah pintu masuk dan memukul anak saya serta rakannya," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik HSAH di sini.
Ku Salim berkata, dalam keadaan kelam-kabut itu, anaknya sempat melarikan diri tetapi terjatuh ke dalam longkang.
"Selepas terjatuh, anak saya tidak terdaya bangun dan kumpulan lelaki yang mengejarnya bertindak menariknya keluar dan membelasahnya sehingga cedera parah," katanya.
Peniaga itu berkata, mangsa dihantar ke hospital selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai dan koma hampir seminggu di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Dia yang mengalami cedera parah pada bahagian otak bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi ini," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, lapan lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun telah ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Katanya, empat daripada mereka ditahan sehari selepas kejadian manakala empat lagi ditahan di sekitar bandar pagi ini.
"Sebelum ini, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, berikutan kematian mangsa, kes ini diklasifikasikan sebagai membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121009/je_01/Pemuda-dibelasah-akhirnya-mati#ixzz28xzPT5Cu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Polis dari dua lelaki bagi lengkapkan siasatan kes cip mikro

Polis dari dua lelaki bagi lengkapkan siasatan kes cip mikro:

BUKIT MERTAJAM 9 Okt. - Polis memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes rompakan cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) bernilai RM22 juta di sebuah kilang di kawasan Perusahaan Perai di sini, awal pagi Ahad lepas.
Mereka ialah S. Thurai Raj,27, beralamat di Lorong 1, Taman Sejahtera, di sini dan A.Jaykumar, 26, beralamat di No 1884, Lorong Angsana 49, Taman Keladi, Kedah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata dua lelaki itu dikehendaki bagi melengkapkan siasatan polis.
"...polis percaya mereka masih berada di sekitar negeri ini jadi kita minta mereka menyerah diri bagi membantu polis lengkapkan siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, 269 kotak cip mikro CPU berkenaan dilarikan lapan lelaki bersenjatakan pedang samurai dalam masa 20 minit.
Mengulas lanjut, Mohd Bakri berkata polis percaya telah menumpaskan sindiket tersebut selepas menahan 14 lelaki berusia 29 hingga 51 tahun pada hari kejadian.
"Semua yang kita tahan itu termasuk enam pengawal keselamatan gudang itu dan seorang penyelia di situ serta dalang utama sindiket berkenaan, pembeli cip mikro dan orang tengah yang menguruskan urusan jual beli terbabit.
"Kejayaan menahan mereka di sekitar negeri ini dalam tempoh 14 jam selepas kejadian adalah hasil maklumat awam dan tindakan pantas pihak polis yang menjalankan siasatan," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121009/je_10/Polis-dari-dua-lelaki-bagi-lengkapkan-siasatan-kes-cip-mikro#ixzz28xz4h6cT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

841 PATI ditahan di Kelantan sejak April lalu

841 PATI ditahan di Kelantan sejak April lalu: "KOTA BHARU 10 Okt. - Jabatan Imigresen Kelantan telah menahan seramai 841 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sejak menjalankan Ops Nampis bermula April lalu hingga semalam.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Abdul Basek Abu Bakar berkata, PATI dari Myanmar dan Indonesia antara yang paling ramai ditahan sepanjang operasi tersebut.

Menurutnya, kesemua PATI itu ditahan atas kesalahan masuk tanpa permit yang sah dan tinggal lebih masa di negeri ini dengan bekerja dalam sektor pembinaan serta perladangan.

"Terbaru kita berjaya menahan seramai 36 PATI dalam dua operasi berasingan di tapak pembinaan di Kampung Limbat, dekat sini serta kawasan perumahan di Kok Lanas.

"Dalam operasi pertama kita mengakap seramai 20 PATI warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

"Sementara operasi kedua, kita telah menangkap lima warga Indonesia dan seorang Bangladesh. Kesemua mereka yang ditahan ini berumur antara 14 hingga 53 tahun," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN"

'via Blog this'

Tiga remaja terlibat 20 kes curi motosikal ditahan

Tiga remaja terlibat 20 kes curi motosikal ditahan: "KOTA BHARU 10 Okt. - Tiga remaja berumur 16 hingga 19 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dengan 20 kes curi motosikal di beberapa buah masjid dan surau sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kesemua remaja itu ditahan dalam tiga serbuan di tiga buah rumah di Taman Desa Peringat bermula pukul 8.30 malam, Isnin lalu.

Katanya, turut dirampas beberapa komponen motosikal yang sudah dileraikan yang dipercayai dicuri dan sedia untuk dijual.

"Dalam serbuan pertama polis menahan seorang remaja berumur

16 tahun yang kemudiannya membawa kepada penangkapan seorang

lagi suspek berumur 19 tahun di kawasan itu.

"Hasil siasatan terhadap kedua-dua suspek, polis kemudiannya berjaya menahan seorang lagi suspek berumur 19 tahun yang bekerja sebagai buruh," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN"

'via Blog this'

5 tuduhan rogol, samun

5 tuduhan rogol, samun:

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri yang 'menjerat' gadis muda dengan taktik menawarkan pekerjaan sebagai jurujual melalui laman web didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Chai Ruong Huei, 29, dilihat menangis teresak-esak sebaik sahaja prosiding selesai.
Melihat tertuduh menangis, adik-beradik lelaki itu yang duduk di galeri awam turut mengalirkan air mata.
Ruong Huei didakwa atas pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan menyamun iPad jenama Apple serta sebuah telefon bimbit jenama Nokia milik seorang gadis berusia 21 tahun.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik dalam sebuah hotel di Jalan Usahawan 7, Persimpangan Jalan Genting Klang, Setapak di sini antara pukul 11.35 pagi dan 11.45 pagi, 15 September lalu.
Dakwaan bagi pertuduhan rogol dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan manakala bagi persetubuhan bertentangan itu mengikut Seksyen 377C kanun yang sama.
Kedua-dua pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan menyamun pula dikemukakan mengikut Seksyen 392 kanun tersebut yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.
Selain daripada tiga pertuduhan itu, lelaki terbabit juga didakwa merogol dan mencuri telefon bimbit serta wang tunai RM500 milik seorang lagi gadis berusia 19 tahun.
Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 1.15 petang, di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Jalan Bukit Bintang di sini, 25 Oktober 2010.
Ruong Huei yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Timbalan Pendakwa Raya, Ooi Chean Ling mencadangkan tertuduh diikat jamin RM35,000 bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mendedahkan sehingga kini polis telah mengenal pasti empat gadis yang menjadi mangsa seorang lelaki, dipercayai perogol bersiri.
Modus operandi lelaki itu adalah dengan mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web sebelum memujuk dan memperdaya mereka agar menghadiri 'temu duga' di bilik hotel bajet di ibu negara.
Mangsa juga akan dihubungi suspek kononnya telah disenarai pendek untuk menjalani sesi temu duga dan menetapkan temu janji di hotel-hotel sekitar ibu kota sebelum meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mereka sendiri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121009/ma_06/5-tuduhan-rogol-samun#ixzz28xwypk9j
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Peragut dijel 10 tahun

Peragut dijel 10 tahun:

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Seorang peragut dihukum penjara 10 tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyamun seutas rantai emas seorang peniaga wanita, bulan lalu.
T. Murugan, 34, dari flat Sri Johor 4C, Cheras di sini dituduh melakukan perbuatan itu bersama-sama dua lagi yang masih bebas terhadap Nurnafisha Baharuddin, 30, di No. 40, Jalan Badang 13, Taman Castlefield Sungai Besi, di sini kira-kira pukul 11.30 pagi, 24 September lalu.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dengan sebat atau denda.
Dia yang tidak diwakili peguam itu juga didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan, Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dipenjara sehingga dua tahun dan sebat kerana memiliki senjata berupa parang berukuran 38 sentimeter tanpa kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa untuk tujuan yang sah.
Bagi pertuduhan itu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman penjara sebulan selepas tertuduh mengaku bersalah.
Beliau memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula tarikh tangkap iaitu 24 September lalu.
Murugan yang bertongkat akibat mengalami kecederaan di kakinya ketika insiden pergelutan itu merayu agar hukumannya diringankan kerana dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak selain perlu menjaga ibu bapa yang sudah tua.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shashitah Mohd. Hanifa.
Mengikut fakta kes, Murugan yang bekerja sebagai penghantar surat menarik rantai emas mangsa sebelum melarikan diri menunggang motosikal jenis Yamaha LC.
Menyedarinya, suami mangsa mengejar lelaki itu sehingga ke sebuah kawasan perkuburan Islam di Salak Selatan di sini dan melanggar motosikal yang ditunggang menyebabkan tertuduh terjatuh dan berlaku pergelutan sebelum ditangkap,
Bagaimanapun rakan-rakan tertuduh berjaya melarikan diri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121009/ma_05/Peragut-dijel-10-tahun#ixzz28xwpaglF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Dua pegawai kastam dihukum gantung kerana edar dadah

Dua pegawai kastam dihukum gantung kerana edar dadah: "ALOR SETAR 9 Okt. - Dua pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Ismail Mansor, 43, dan Nazni Seman, 48, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Kedua-dua tertuduh yang bertugas di Kuala Perlis, Perlis, didakwa secara bersama mengedar dadah jenis kanabis seberat 6,705 gram di kawasan tapak parkir lori kilang simen, Bukit Keteri, Padang Besar, Perlis pada pukul 9.30 malam, 27 April 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar, manakala kedua-dua tertuduh diwakili Y.Anbananthan.

Semasa penghakiman, Mohd Zaki berkata keterangan pembelaan telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan kenyataan kedua-dua tertuduh hanya diada-adakan bagi melepaskan diri.

Sementara itu, Anbananthan ketika rayuan memaklumkan bahawa Nazni dan Ismail, masing-masing telah bertugas selama 17 dan 14 tahun dengan KDRM. - BERNAMA"

'via Blog this'

Lelaki didakwa bunuh bapa kandung guna batang kayu

Lelaki didakwa bunuh bapa kandung guna batang kayu: "KLANG 9 Okt. - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh dengan menggunakan batang kayu bapa kandungnya yang merupakan seorang kontraktor, di Pelabuhan Klang di sini pada akhir bulan lepas.

D. Muthtamil, 22, didakwa membunuh S. Doraisamy, 58, dengan cara memukul mangsa di kepala di rumah No.3, Lorong Sungai Sama Gagah 18C, Taman Telok Gadong Indera, kira-kira pukul 6.20 pagi pada 29 September.

Tertuduh yang bekerja dengan bapanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Muthtamil mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Azlinda Ahmad Sharif menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat. - BERNAMA"

'via Blog this'

Remaja mengaku ragut beg tangan seorang guru

Remaja mengaku ragut beg tangan seorang guru: "KOTA BHARU 10 Okt. - Seorang remaja berumur 17 tahun mengaku

bersalah meragut seorang guru ketika dihadapkan di Mahkamah

Majistret di sini hari ini.

Remaja lelaki itu mengaku melakukan kesalahan tersebut bersama seorang rakannya yang masih bebas berhampiran bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Sultan Yahya Petra kira-kira pukul 7.30 pagi pada 26 September lalu.

Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor menetapkan 7 November depan untuk menjatuhkan hukuman kerana pihak pendakwaan perlu mengemukakan laporan akhlak remaja berkenaan terlebih dahulu. - UTUSAN"

'via Blog this'

Bunuh Norzi Ayu: Rayuan akhir Irawadi ditolak

Bunuh Norzi Ayu: Rayuan akhir Irawadi ditolak: "PUTRAJAYA 10 Okt. - Bekas penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Irawadi Mohammad kekal menjalani hukuman gantung atas kesalahan membunuh teman wanitanya, Norzi Ayu Md. Noor, 27, selepas rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tiada ketidakadilan berlaku sepanjang prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 November 2009 yang mensabitkan Irawadi atas tuduhan membunuh Pegawai Penyelidik Perubatan di Institut Penyelidikan Malaysia (IMR) Kuala Lumpur, dikekalkan.

Lulusan Ekonomi itu disabitkan membunuh Norzi Ayu, seorang lulusan biologi genetik UKM, di rumah sewa mangsa di No 2-1-6 Blok ST12, Pangsapuri Sri Tanjung, Jalan 7/1D, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, dekat sini antara pukul 3.30 petang dan 5 petang, 26 Julai 2004.

Irawadi, 30, diwakili oleh peguam-peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Imran Hadzalie Abdul Hamid manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Bache. - UTUSAN"

'via Blog this'

Suri rumah gagal dapat ganti rugi RM1.6 juta

Suri rumah gagal dapat ganti rugi RM1.6 juta: "PUTRAJAYA 10 Okt. - Seorang suri rumah gagal mendapat ganti rugi RM1.6 juta ekoran kematian suaminya ketika dalam tahanan polis, 13 tahun lalu selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonannya bagi mendapat kebenaran merayu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa Suzana Md. Aris gagal melepasi peruntukan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman (COJA) yang membolehkan pemohon diberi kebenaran merayu.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Datuk Hashim Yusof, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Seri Sulong Matjeraie.

Panel tersebut dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia selaku pihak responden tidak perlu membayar ganti rugi tersebut selepas membenarkan rayuan kedua-duanya.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan ganti rugi kepada Suzana ekoran kematian suaminya Md. Anuar Sharip, 31, ketika dalam tahanan pada 19 Ogos 1999. - UTUSAN"

'via Blog this'

Rogol pelajar: Penghantar surat dipenjara 50 tahun

Rogol pelajar: Penghantar surat dipenjara 50 tahun:

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Seorang penghantar surat hari ini dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 50 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan merogol seorang pelajar di kawasan semak di Gombak, dekat sini, pada April tahun lepas.
Hakim Rozianayati Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Mazrin Mustafa, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Bagi tuduhan pertama, Mohd Nazrin dihukum penjara 25 tahun dan lapan sebatan manakala pertuduhan kedua yang sama dia dihukum penjara 25 tahun dan 10 sebatan.
Hakim memerintahkan hukuman penjara tersebut dijalankan serentak mulai hari ini.
Dalam penghakimannya, Roszianayati berkata Jabatan Kimia mengesahkan asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh terdapat di dalam kemaluan mangsa dan tiada kecacatan dari segi pengambilan sampel yang dibuat.
Mengikut fakta kes, mangsa yang berusia 15 tahun ketika itu pulang dari sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi di sini bersama jirannya menaiki sebuah motosikal apabila ditahan oleh tertuduh yang mendakwa dirinya polis.
Tertuduh kemudian membawa mangsa ke satu kawasan semak sebelum dia dirogol.
Mohd Nazrin didakwa merogol pelajar itu dua kali tanpa kerelaannya, di kawasan semak di Gombak, di antara pukul 1.40 pagi hingga pukul 4.30 pagi, 3 April 2011.
Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
"Saya menghadapi tekanan perasaan dan pelajaran terganggu di sekolah. Semua impian dan cita-cita saya dah hancur," kata mangsa ketika memberi keterangan di mahkamah.
Seramai 15 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberui keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Yusoff Ag. Lah dan Mohd Firdaus Mohd Razi. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121010/ma_06/Rogol-pelajar-Penghantar-surat-dipenjara-50-tahun#ixzz28xwDqNmW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

9 termasuk anggota bomba, polis ditahan

9 termasuk anggota bomba, polis ditahan:

Lima daripada sembilan lelaki yang diiringi polis untuk direman bagi membantu siasatan kes belasah seorang pemuda hingga menyebabkan kematian di Kompleks Mahkamah Sungai Petani, Kedah, semalam.
SUNGAI PETANI 9 Okt. - Sembilan lelaki termasuk seorang anggota bomba dan polis direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes seorang pemuda disangka peragut yang dibelasah sehingga mati di Taman Ria di sini, 2 Oktober lalu.
Perintah tahanan reman sehingga 14 Oktober itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah, Ahmad Tajuddin Zain di Kompleks Mahkamah Sungai Petani di sini hari ini
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 55 tahun itu ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar ini semalam.
"Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Setakat ini, kita masih menyiasat sama ada masih terdapat individu lain yang terlibat dalam kes berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang pemuda teruk dibelasah hanya kerana disangka terlibat dalam kes ragut dan menemui ajal selepas hampir seminggu bertarung nyawa di hospital.
Pemuda malang itu, Ku Ameerul Arshad Ku Salim diserang menggunakan objek tumpul oleh sekumpulan lelaki di rumah rakannya di Lorong 53, Taman Ria di sini pada 2 Oktober lalu.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi semasa mangsa berjumpa rakannya di sebuah rumah.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pukul 9.40 pagi semalam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121010/je_01/9-termasuk-anggota-bomba-polis-ditahan#ixzz28xvNqsai
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

4,000 tan peluru dipunggah meletup di Moscow

4,000 tan peluru dipunggah meletup di Moscow: "MOSCOW 10 Okt. - Satu letupan kuat berlaku di sebuah tapak pelupusan senjata di tengah-tengah Rusia semalam menggegarkan kediaman penduduk di kawasan sekitar 30 kilometer.

Bagaimanapun, laporan awal menyebut, tiada seorang pun yang cedera dalam kejadian itu.

Kira-kira 4,000 tan peluru meletup ketika sedang dipunggahi tentera di bandar Orenbourg.

Jawatankuasa Siasatan Rusia dalam satu kenyataan berkata, mereka sedang menyiasat sekiranya terdapat unsur kecuaian yang mengakibatkan letupan itu. - REUTERS"

'via Blog this'

Nyawa 30 hari

myMetro | Nyawa 30 hari: "ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia 30 hari yang belum sempat didaftarkan nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), meninggal dunia selepas dipercayai dihempap abangnya ketika mangsa tidur di rumah keluarganya, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang mengalami lebam di pipi, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Putra, di sini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk urusan lanjut.

Difahamkan, abang bayi berkenaan yang berumur lima tahun, dikatakan nyenyak tidur di atas katil sebelum terjatuh lalu menghempap badan adiknya yang tidur di tepi katil.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, keluarga mangsa sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, kira-kira jam 11 pagi semalam."

'via Blog this'

Senior melampau

myMetro | Senior melampau:

BUKTI...mangsa dan bapanya menunjukkan rakaman kejadian terbabit.
BUKTI...mangsa dan bapanya menunjukkan rakaman kejadian terbabit.
GURUN: “Anak saya dimalukan apabila dipaksa telanjang sebelum seorang pelajar merakam gambar bogelnya menggunakan telefon bimbit dengan alasan bergurau. Lebih mengecewakan, kejadian itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu.”
Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal dengan sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian itu.
Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai rakaman video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober lalu berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.

Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.

“Pada keesokan hari, isteri saya bertemu pengetua untuk melihat rakaman telefon bimbit itu dan dimaklumkan seorang pelajar tingkatan lima terbabit perbuatan itu, tetapi beliau enggan membenarkan isteri melihat rakaman berkenaan dengan alasan telefon itu kehabisan bateri.

'via Blog this'

Kes rompakan mesin ATM masih terkawal

myMetro | Kes rompakan mesin ATM masih terkawal: "KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 kes rompakan melibatkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dilaporkan oleh institusi perbankan sehingga September tahun ini berbanding hanya lima kes tahun lepas, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ia masih berada dalam keadaan terkawal sambil menarik perhatian bahawa terdapat lebih 11,000 mesin ATM di seluruh negara.


"Walaupun ada peningkatan kes tetapi ia masih terkawal berikutan ciri-ciri keselamatan yang diaplikasi di mesin ATM oleh pihak bank," katanya ketika menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Fong ingin tahu mengenai ciri-ciri keselamatan baharu yang digunakan bank di negara ini bagi membendung kejadian rompakan mesin ATM.


Awang Adek menjelaskan antara ciri keselamatan yang diguna pakai ialah pemasangan penggera api di kawasan mesin ATM bagi mengelak cubaan rompakan menggunakan alat pemotong besi gas oxy-acetylene."

'via Blog this'

Wanita Thailand ditahan bersama 2.1 kg dadah

myMetro | Wanita Thailand ditahan bersama 2.1 kg dadah: "ALOR SETAR: Kastam Diraja Malaysia menahan seorang wanita Thailand kerana membawa dua bungkusan dipercayai dadah jenis syabu seberat 2.1 kg di Perhentian Bas Ekspres, Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam Isnin lepas.

Pengarah Kastam Negeri Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata wanita berumur 41 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari selepas pemeriksaan awal di Pejabat Kastam Narkotik Bukit Kayu Hitam menemui bungkusan berbalut kertas karbon biru yang disaluti dengan plastik lutsinar mengandungi hablur kristal putih tersorok pada beg pakaiannya.


"Pihak kami telah membawa wanita itu bersama beg pakaiannya ke sini (Pejabat Kastam Alor Setar) untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan menemui dua bungkusan berbalut kertas karbon biru yang tertulis 'pelikan' yang mengandungi dadah disyaki jenis syabu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata dadah itu dianggarkan bernilai RM399,000 dan wanita itu yang bekerja sebagai tukang urut di Kuala Lumpur kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.


"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori," katanya."

'via Blog this'

Kebakaran rumah kedai babit kerugian lebih RM2.1 juta

myMetro | Kebakaran rumah kedai babit kerugian lebih RM2.1 juta: "SIK: Kebakaran yang memusnahkan 10 rumah kedai dan menyebabkan dua lagi rosak di jalan utama pekan Jeniang dekat sini malam tadi dianggar membabitkan kerugian RM2.165 juta.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda Mohamad Md Nor berkata berdasarkan maklumat terkini, kebakaran itu melibatkan 12 rumah kedai dengan 10 daripadanya musnah manakala dua lagi rosak separuh.


"Ia melibatkan 34 mangsa berusia dalam lingkungan 12 hingga 84 tahun. Seorang daripadanya India Muslim manakala selebihnya berketurunan Cina.

"Premis berkenaan kebanyakannya berusia lebih 50 tahun, tiga daripada premis terbabit disewa oleh peniaga di situ manakala sembilan lagi diusahakan sendiri oleh pemiliknya," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian, di sini hari ini.


Katanya antara premis yang terlibat ialah premis yang menjual barangan kemas, peralatan dan bahan binaan, alat elektrik, barangan plastik, kedai runcit dan kedai basikal.


"Kesemua mangsa kini menumpang sementara di rumah anak-anak dan saudara terdekat. JKM akan meneliti bentuk bantuan yang boleh disalurkan antaranya bantuan makanan, bantuan pemulihan bangunan serta bantuan segera Parlimen bagi penerima yang layak," katanya."

'via Blog this'

Penganggur dipenjara setahun curi beg berjenama

myMetro | Penganggur dipenjara setahun curi beg berjenama: "KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri sebuah beg silang berjenama dari pusat beli belah Suria KLCC di sini dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi kesalahan mencuri dan dua bulan bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan terhadap Azri Omar, 41, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu secara serentak bermula semasa dia ditangkap, semalam. Azri didakwa mencuri sebuah beg silang yang berharga RM2,680 milik kedai Ermenegildo Zegna di Ground Floor Lot C Suria KLCC, Jalan Ampang di sini pada 7 petang, semalam.


Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Azri juga menghadapi pertuduhan gagal menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan sementara kepada anggota polis untuk pemeriksaan dan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda."

'via Blog this'

Suspek perkosa lari ke ibu negara

myMetro | Suspek perkosa lari ke ibu negara:

TAPAH: Seorang lelaki dipercayai penagih diburu polis apabila melarikan diri ke ibu negara selepas memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, pertengahan September lalu.
Suspek dikenali sebagai Mohd Hadi Baharom, 50, atau Adi dikesan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah selain turut diletakkan di bawah pengawasan polis sebelum ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, 12 September lalu, suspek dikatakan memecah masuk rumah jirannya di Kampung Petalin Baru, Bidor, di sini sebelum menceroboh bilik mangsa yang ketika itu tidur bersendirian.
“Suspek kemudian merogol mangsa sebelum melarikan diri dari rumah berkenaan. Difahamkan, mangsa berasal dari Slim River tinggal sementara di rumah berkenaan milik keluarga angkatnya.

“Pada keesokan hari, mangsa yang juga anak sulung daripada lima beradik pulang semula ke rumahnya di Slim Village dan menceritakan kejadian menimpanya kepada ibunya,” katanya.

Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis dan pemeriksaan kesihatan hospital mengesahkan mangsa dirogol.
“Polis kesal apabila keluarga angkat mangsa mendakwa suspek bebas keluar masuk rumah berkenaan sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dipercayai masih bersembunyi dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan gerakan mengesannya giat dijalankan.
Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai sebarang maklumat diminta melaporkannya kepada polis atau menghubungi talian 05-4015222.

'via Blog this'

Lelaki diburu

myMetro | Lelaki diburu: "GEORGETOWN: Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki lain selepas disyaki melarikan seorang gadis bawah umur dari Kuala Lumpur dalam kejadian di Jalan Air Itam di sini, awal pagi Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun yang juga saudara remaja perempuan berusia 17 tahun itu diminta keluarga gadis itu mencari anaknya yang dikatakan dibawa ke Pulau Pinang oleh seorang lelaki. Jurucakap polis berkata, selepas usaha mencari dilakukan sejak beberapa hari lalu, mangsa berjaya menemui anak saudaranya di kawasan Bukit Jambul sebelum membawanya pulang ke rumah di Air Itam.


Menurutnya, suspek berusia 23 tahun kemudian bertemu mangsa di sebuah medan selera dan berlaku pertengkaran serta tolak-menolak sebelum suspek mengugut mahu mencederakan mangsa sebelum beredar.

Katanya, mangsa yang bimbangkan keselamatan diri dan anak saudaranya itu kemudian membuat laporan polis. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan."

'via Blog this'

Ramai hilang tanpa berita

myMetro | Ramai hilang tanpa berita:

SITTWE: Terhimpit, tersepit atau sememangnya disingkir. Tiga perkara itu pasti akan berada dalam fikiran sesiapa saja apabila memasuki kem serta kampung pelarian Rohingya yang terletak jauh dari kawasan pekan Sittwe.
Nasib mereka ini bagaikan tiada kesudahan apabila dipisahkan jauh dari kemajuan dan tinggal dalam kedaifan sehingga ramai di kalangan pelarian Rohingya ini menghadapi penyakit disebabkan tiada rawatan diberikan berbanding kem pelarian lain yang menyediakan perkhidmatan perubatan.

Selepas disambut dengan air mata di dua buah kem iaitu Kem Thekebyin dan Kem Baw Dhu Pa serta di Kampung Baw Dhu Pha sebelum ini, Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) diteruskan lagi ke beberapa kampung di Sittwe.
Sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang mengunjungi kampung Than Htaw Li yang menjadi tempat pelarian Rohingya ini tinggal untuk menghantar barangan bantuan hanya mampu menahan air mata apabila melihat kesengsaraan yang terpaksa ditanggung mereka.

Ketika bantuan diberikan, semua pelarian di kem itu keluar untuk mendapatkan barangan bantuan yang dibawa dan rata-rata daripada mereka begitu gembira dan bersyukur dengan keprihatinan rakyat Malaysia.

Mereka mula berebut sehinggakan berlaku tolak menolak kerana masing-masing berebut ingin mendapatkan bekalan makanan dan ketika ucapan diberikan Presiden KP1M, Datuk Azeez Abdul Rahim, rata-rata daripada mereka menangis seperti ada sesuatu yang tersimpan di hati mereka.
Ketika semua pelarian lain beratur untuk mendapatkan bantuan makanan yang diserahkan, wartawan mendapati ada seorang wanita bersama anak kecilnya tidak keluar dari rumahnya yang dibina dengan buluh untuk mengambil makanan.

Mungkin terdapat seribu satu cerita sedih di sebalik raut wajah ceria Fathma Hattuh Rahmen, 23, sehingga menyebabkannya tidak mahu keluar untuk mendapatkan bantuan makanan yang dibawa itu.
Cuba mendekati wanita muda ini, barulah mengetahui cerita sedih terpaksa ditanggungnya bersama anak kecilnya berusia dua bulan apabila suaminya hilang entah ke mana sejak beberapa bulan lalu.

Fathma Hattuh dalam nada sedih menceritakan trauma yang terpaksa ditanggung selepas kehilangan suami dan menurutnya sudah banyak pelarian Rohingya yang hilang tanpa khabar berita.

Dia juga mendakwa ada di kalangan mereka yang dibunuh tanpa belas kasihan dan amat berharap dunia campur tangan bagi mengakhiri penderitaan yang terpaksa ditanggung mereka.

“Saya tidak kisah dengan nasib saya, tetapi apa yang saya risaukan kehidupan anak saya pada masa akan datang. Air mata ini sudah tidak boleh keluar lagi dan setiap hari saya pasti akan menangis mengenangkan nasib suami,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelarian Rohingya, NurIlsham Saed, 32, berkata, mereka rela tidur di tepi jalan, tidak makan atau minum dan rela dibunuh daripada melihat masjid serta al-Quran yang menjadi pegangan masyarakat Islam dibakar.

NurIlsham ketika meluahkan perasaan sedihnya kepada wartawan mendakwa masjid yang menjadi tempat mereka beribadat dibakar dan nyawa pelarian Rohingya bagaikan tidak bernilai apabila ditembak serta dibunuh dengan kejam.

“Sampai bila nasib kami nak jadi begini, kami memang tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggung ini dan kami sangat-sangat berharap Malaysia boleh menjadi penghubung untuk menyelesaikan masalah kami ini,” katanya selepas menerima bantuan barangan makanan dari KP1M.

'via Blog this'

Modal beli dadah

myMetro | Modal beli dadah:

PORT DICKSON: Sekumpulan enam lelaki dikenali ‘Geng Adam’ yang mengganas dengan menjadikan rumah sewa pelajar perempuan di sekitar Taman Politeknik, dekat sini, sasaran mencuri komputer riba, ditumpaskan polis dalam operasi khas.
Difahamkan, enam suspek berusia 16 hingga 32 tahun itu tidak bekerja termasuk lima daripada mereka penagih dadah dan melakukan jenayah itu bagi menampung kos membeli dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, dalam operasi pada 26 September lalu, pihaknya turut merampas 17 komputer riba dan dua telefon bimbit, semuanya disahkan milik pelajar perempuan Politeknik Port Dickson.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek memecah masuk rumah mangsa jam 2 hingga 5 pagi ketika semua pelajar terbabit sedang nyenyak tidur dengan mengumpil pintu pagar rumah menggunakan spanar.

“Tindakan pelajar meletakkan komputer riba di kawasan beranda rumah memudahkan penjenayah melarikan peralatan itu. Namun, hasil maklumat dan kecekapan anggota, kami menahan keenam-enam suspek dengan lima daripada mereka penagih dadah selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Pasir Panjang pada jam 1 pagi.

“Kami percaya rumah itu dijadikan ‘port’ untuk menjalankan kegiatan jenayah itu,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, di sini, semalam.
Abd Wahab mengesahkan penahanan anggota kumpulan itu membolehkan polis menyelesaikan 13 daripada 16 kes pecah rumah dan curi di kawasan Taman Politeknik dan sekitarnya, sejak Mei hingga September lalu.

Menurutnya, kumpulan itu dipercayai melakukan jenayah berikutan ada permintaan mendapatkan komputer riba terpakai pada harga murah antara RM400 hingga RM800 seunit, selain menampung kos hidup kerana tidak bekerja termasuk membeli dadah.

'via Blog this'

Lelong di facebook

myMetro | Lelong di facebook:

JOHOR BAHRU: Satu sindiket curi motosikal dianggotai empat lelaki menggunakan laman sosial facebook (fb) untuk mempromosi dan menjual motosikal serta komponennya ke seluruh negara sejak Februari lalu.
Dengan menggunakan nama Man LC Company di fb, sindiket terbabit sudah mengaut keuntungan mencecah RM63,000 sejak beroperasi.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket terbabit yang dianggotai individu berusia 22 dan 25 tahun itu berakhir pada jam 6 petang, 3 Oktober lalu, apabila sebuah rumah yang dijadikan bengkel meleraikan komponen dan menyimpan motosikal curi berkenaan di Taman Murni, Kluang, diserbu polis.
Mendedahkan kegiatan sindiket terbabit, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sindiket itu memaparkan gambar motosikal dan komponen untuk dijual pada laman FB berkenaan.

“Sindiket terbabit hanya menyasarkan motosikal Yamaha LC untuk dicuri dan dijual. Harga yang ditawarkan pula lebih 50 peratus murah berbanding harga asal iaitu kira-kira RM7,500.

“Pada masa sama, ahli sindiket itu turut memaparkan nombor telefon untuk dihubungi individu berminat,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.
Menurut Mokhtar, selepas selesai berbincang, pelanggan yang bersetuju dengan harga ditawarkan diminta memasukkan bayaran ke dalam akaun milik anggota sindiket terbabit.

Mokhtar berkata, motosikal atau komponen yang sudah dibayar kemudiannya dihantar kepada pelanggan dengan menggunakan perkhidmatan bungkusan berdaftar.
“Seorang daripada ahli sindiket bekerja sebagai mekanik dan menggunakan kepakaran itu untuk meleraikan komponen motosikal dicuri. Tiga lagi anggotanya bertugas sepenuh masa untuk mencuri motosikal,” katanya.

'via Blog this'

‘Tolong jangan ganggu’

myMetro | ‘Tolong jangan ganggu’:

KAJANG: “Saya tidak pernah membuat pinjaman dengan mana-mana along dan hairan mengapa kumpulan terbabit mengganggu keluarga saya sejak sebulan lalu,” kata Pengarang Foto Harian Metro, Tun Izhar Tun Ishak mengenai kejadian kereta miliknya jenis Naza Ria disimbah cat di kawasan rumahnya di Kajang Jaya, di sini semalam.
Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, hanya isteri dan anaknya berada di rumah manakala dia dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Saya yang dimaklumkan isteri bergegas pulang sebelum mendapati kereta dan hadapan rumah penuhi cat merah,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Tun Izhar berkata, dia pelik kerana kejadian itu berlaku tiga kali dalam masa sebulan sedangkan dia tidak pernah membuat pinjaman dengan mana-mana along.
“Ini kes aniaya...mungkin kumpulan itu (along) mencari penyewa atau pemilik rumah sebelum ini,” katanya memberitahu dia mula menyewa rumah berkenaan sejak setahun lalu.

Katanya, dia juga sudah memaklumkan kejadian itu kepada pemilik rumah berkenaan sebelum diberitahu bahawa rumah didiaminya itu dibeli selepas ia dilelong pihak bank.

Katanya, percakapan saksi yang juga jirannya, mereka melihat lelaki menaiki sebuah kereta berwarna putih melakukan perbuatan itu.

'via Blog this'

Gitaris Kristal kemalangan

myMetro | Gitaris Kristal kemalangan: "KUALA LUMPUR: Gitaris kumpulan Kristal, Ammar Izwan Alwi Aizhar, 25, dan rakannya terselamat manakala seorang pemandu kereta mewah maut dan seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bandar Sri Permaisuri, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, pemandu Toyota Camry, Lim Gian Hau, 52, maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk manakala pemandu Proton Saga BLM, Mohd Nor Azlan Zainal Abidin, 26, cedera parah dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).


Menurut Ammar, kejadian itu berlaku sekelip mata ketika dia yang memandu Proton Wira Aeroback berhenti di lampu isyarat merah sebelum dirempuh sebuah kereta Toyota Camry dari arah bertentangan, kira-kira jam 3.30 pagi.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila salah sebuah kereta itu melanggar lampu isyarat menyebabkan dua kereta berkenaan bertembung di tengah-tengah simpang empat menyebabkan kedua-duanya berpusing beberapa kali sebelum berubah hala lalu merempuh kereta gitaris terbabit."

'via Blog this'

Tak sedar lori terbakar

myMetro | Tak sedar lori terbakar: "ALOR GAJAH: Teriakan pengguna lebuh raya menyelamatkan nyawa seorang pemandu treler daripada rentung selepas kenderaan berat membawa muatan baja tembikai itu terbakar di Kilometer 207.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu disedari pemandu kereta berkenaan yang bertindak memotong dan melambai tangan sambil menjerit ke arah Zairi Abd Manaf, 31, memaklumkan perkara berkenaan.
Ia menyebabkan bapa kepada tiga anak itu segera memberhentikan treler dipandunya yang kemudian marak terbakar memusnahkan bahagian tengah kenderaan berkenaan bersama kira-kira 50 kampit baja tembikai.

Bagaimanapun, mangsa yang bersendirian sempat keluar menyelamatkan diri tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berlari sejauh kira-kira 50 meter dari treler 18 tan terbabit.


Menceritakan detik cemas itu, Zairi berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Klang, Selangor dengan membawa muatan 240 kampit baja yang mahu dihantar ke Tangkak, Johor."

'via Blog this'

Pelajar perubatan miliki dadah ditahan di Indonesia

myMetro | Pelajar perubatan miliki dadah ditahan di Indonesia: "KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tahun satu Fakulti Perubatan Universiti Gadja Mada, Yogyakarta, Indonesia ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana memiliki 6.8 gram Syabu, Sabtu lalu.

Pelajar berusia 22 tahun dari Selangor itu ditahan selepas selesai melakukan transaksi pembelian yang dipesan dari laman sembang di Jalan Kaliurang, Sleman, Yogyakarta.


Pengarah Education Malaysia (EM) di Indonesia Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata, pihaknya melalui bantuan Atase Konsular dan Imigresen serta Atase Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah memulakan proses bantuan agar pelajar berkenaan mendapat pembelaan dan keadilan sewajarnya."

'via Blog this'

Jawab soalan dalam wad

myMetro | Jawab soalan dalam wad: "SEREMBAN: Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh dianggap antara yang cekal apabila bersemangat menghadapi peperiksaan itu walaupun terlantar di wad hospital.

S Arun Pandian, 15, pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau, di sini, mengambil peperiksaan PMR di bilik khas Hospital Tuanku Jaafar Seremban gara-gara patah kaki kiri selepas terjatuh dari katil dua tingkat menyebabkannya dirawat di hospital itu sejak sebulan lalu.


Biarpun kaki kirinya patah dan tangan kanannya masih berbalut, semangat Arun bagi menduduki peperiksaan tidak pernah luntur. “Semangat saya kuat memandangkan saya ada cita-cita tinggi, tetapi sedih kerana terpaksa mengambil PMR di hospital ini,” katanya.

Pagi semalam, dia ditemani dua pelajar senasib yang turut sama menduduki PMR di bilik khas HTJS itu.


Arun ketika ditemui selepas menduduki Kertas Bahasa Melayu 1 berkata, dia dimasukkan ke hospital sebulan lalu kerana patah kaki kiri selepas terjatuh dari katil dua tingkat di rumahnya dan kelmarin, dia sekali lagi dimasukkan ke HTJS kerana komplikasi penyakit lain pula.


Menurutnya, tumpuannya menjawab soalan sedikit terjejas kerana kesakitan dan menggunakan komputer untuk menaip jawapan karangan."

'via Blog this'