Search This Blog

Tuesday, October 9, 2012

Warga emas maut selepas diseret sejauh dua km

Kosmo! Online - Negara: "
ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang warga emas yang mati akibat kemalangan di Bukit Mertajam semalam.

BUKIT MERTAJAM - Seorang warga emas maut selepas diseret sejauh hampir dua kilometer (km) oleh sebuah kenderaan berat dipercayai lori selepas motosikal yang dinaiki bergesel dengan kenderaan itu dalam kejadian di Lebuhraya Kulim-Butterworth di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi berhampiran stesen minyak Petronas Seberang Jaya itu, mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan termasuk perutnya yang hampir hancur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian itu disedari oleh orang awam apabila mereka menemui mayat mangsa terbaring di tepi jalan bersama motosikalnya.

Katanya, mangsa, Shahidin@Moktar Ahmad, 70, yang berasal dari Permatang Bertam, Kepala Batas yang menunggang sendirian dipercayai telah bergesel dengan kenderaan berat disyaki lori."

'via Blog this'

Ustaz Azhar Idrus - Kalau Tak Sembahyang - YouTube

Ustaz Azhar Idrus - Kalau Tak Sembahyang - YouTube: ""

'via Blog this'

Penemuduga jadi perogol didakwa

Kosmo! Online - Negara: "
Ruong HUEI semasa ditahan di sebuah hotel di Cheras pada 26 September lalu.



KUALA LUMPUR - Kelicikan seorang lelaki yang mencari mangsa menerusi iklan temu duga kerja berakhir dengan dia dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lima tuduhan termasuk merogol dan samun dua wanita.

Bagaimanapun, Chai Ruong Huei mengaku tidak bersalah selepas kesemua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Ruong Huei, 29, didakwa merogol seorang wanita berusia 21 tahun di dalam sebuah bilik bernombor 303, sebuah hotel bajet di Setapak pada pukul 11.40 pagi, 15 September lalu.

Lelaki itu juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii ke atas wanita sama pada 16 September di tempat sama.

Bagi dua kesalahan tersebut, Ruong Huei berhadapan dakwaan masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 C akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan."

'via Blog this'

Pensyarah didakwa jual diploma

ELMY (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam atas tuduhan menjual diploma palsu.
Kosmo! Online - Negara: "
ELMY (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam atas tuduhan menjual diploma palsu.

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pensyarah kolej swasta di ibu kota mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM1,500 kerana menjual diploma palsu pada Mac lalu.

Tertuduh, Elmy Shadzly Wahi, 40, memohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Bekas pensyarah Fakulti Kulinari dari Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) itu didakwa menerima suapan daripada Izam Mustafa sebanyak RM1,500 melalui akaun miliknya yang dimasukkan secara deposit tunai.

Semasa kejadian, Elmy masih bekerja di kolej tersebut.

Wang RM1,500 sebagai dorongan kerana tertuduh membekalkan Diploma Dalam Bidang Pengurusan daripada Nilai University College di Negeri Sembilan kepada Izam."

'via Blog this'

Borong syabu, heroin

MOHMAD menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada empat individu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam. 
Kosmo! Online - Negara: "
MOHMAD menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada empat individu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kegiatan haram empat individu termasuk sepasang suami isteri menjadikan dua buah rumah sewa dan bilik hotel sebagai tempat membungkus serta memborong syabu dan heroin terbongkar apabila mereka ditahan bersama dadah bernilai RM870,000 kelmarin.

Serbuan di sebuah flat di Jalan Sunway, Bandar Sunway Semenyih, Kajang pada pukul 12.30 tengah malam itu dapat merampas 12.5 kilogram syabu bernilai RM570,000 dan menahan sepasang suami isteri berusia 30 dan 38 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek menyewa dua buah rumah bersebelahan dengan salah satunya dijadikan tempat membungkus dan menjual dadah secara borong manakala satu lagi didiami oleh mereka sejak setahun lalu."

'via Blog this'

Mati selepas seminggu koma

GAMBAR menunjukkan beberapa batang kayu masih terdapat di dalam rumah tempat Ku Ameerul dibelasah sampai mati di Sungai Petani pada 2 Oktober lalu.
Kosmo! Online - Negara: "SUNGAI PETANI – Perbuatan lapan lelaki yang menyerang dan memukul seorang remaja hingga koma mengundang padah apabila mereka kini berdepan hukuman mati selepas mangsa yang tidak sedarkan diri sejak seminggu lalu meninggal dunia semalam.

Suspek-suspek disyaki sebahagian daripada 20 lelaki yang memukul Ku Ameerul Arshad Ku Salim, 20, sampai koma pada pukul 4 pagi, 2 Oktober lalu. Ketika kejadian, mangsa berada di sebuah rumah bersama lima lagi rakannya di Taman Ria di sini.

Difahamkan, ketika sedang berehat di rumah itu, mangsa dan rakan-rakannya diserang oleh 20 lelaki dikenali bersenjatakan kayu selepas disangka terlibat dalam satu kejadian ragut.

Kesemua mereka yang cedera akibat dibelasah kemudian bertindak berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, Ku Ameerul yang terjatuh ke dalam longkang berdekatan terus dijadikan ‘karung tinju’ dan dibelasah tanpa belas kasihan sampai koma.

Polis menukarkan siasatan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu bunuh selepas remaja berkenaan disahkan meninggal dunia pada pukul 9 pagi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati mandatori."

'via Blog this'