Search This Blog

Monday, October 8, 2012

Bekas banduan dipercayai suspek kes bunuh ditahan




8 Oktober 2012
SHAH ALAM - Seorang lelaki yang baharu dibebaskan kira-kira seminggu dari Penjara Sungai Buloh ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki di Jalan Kelicap 43, Meru, Klang pada Khamis lepas.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata suspek berusia 26 tahun yang dibebaskan dari penjara pada 29 Sept lepas, ditahan di Jalan Tempis 2, Meru di Klang kira-kira pukul 11.40 malam semalam.
  
"Suspek mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki pada Khamis lepas," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
  
Beliau berkata polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda C100 yang diguna suspek ketika ditahan.
  
Mohd Adnan berkata motif kejadian masih disiasat.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabut kesalahan.
  
Dalam kejadian pukul 8.30 malam Khamis lepas, seorang lelaki yang baharu dibebaskan dua bulan dari penjara ditemui mati dengan kecedaraan parah pada kepala.
  
Mangsa dikenali sebagai Lingam, 40, dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan gaduh itu ditemui mati oleh seorang penduduk yang mendakwa mendengar mangsa bertengkar dengan seorang lelaki.
  
Mangsa dipercayai mati akibat dihentak dengan seketul batu besar. - Bernama

Peras ugut: Polis tahan suami isteri, tiga lelaki




8 Oktober 2012
SHAH ALAM - Polis menahan sepasang suami isteri dan tiga lelaki berhubung kes peras ugut membabitkan seorang lelaki yang bekerja sebagai pelukis tatu dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Baiduri Jaya, Bandar Teknologi, Kajang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata lelaki berusia 25 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 2 pagi pada 7 Okt selepas mendapat panggilan daripada seorang wanita memaklumkan bapanya berada dalam tahanan suspek dan meminta wang tunai berjumlah RM350,000.

"Berikutan laporan itu, polis menjalankan gerakan dan menyerbu sebuah rumah di taman perumahan tersebut dan menahan seorang wanita bersama empat lelaki termasuk suami wanita itu, seorang warga Bangladesh," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Adnan berkata dengan penahanan kesemua suspek berusia antara 28 dan 42 tahun itu, kes yang disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan itu dianggap selesai.

Mengulas lanjut, beliau berkata bapa lelaki itu selamat dan ditemui berada bersama kesemua suspek ketika serbuan dilakukan. Polis turut merampas tiga telefon bimbit milik suspek.
 
Mohd Adnan berkata kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan masalah hutang antara mangsa iaitu bapa kepada lelaki berkenaan yang bekerja sebagai agen pekerja asing, dengan suspek wanita, seorang pengusaha kedai runcit.

Dalam pada itu, Mohd Adnan mengesahkan wang tunai berjumlah RM285,000 berjaya dijumpai semula berikutan kejadian lima lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai kira-kira RM1 juta daripada sebuah van keselamatan di Klang pada 3 Okt lepas.

Sambil menjelaskan siasatan masih dijalankan, beliau berkata polis setakat ini belum mendapat petunjuk termasuk daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, van terbabit berhenti di sebuah kedai nombor ekor di Jalan Meru, Klang untuk mengutip wang hasil pertaruhan judi sebelum didatangi suspek yang menaiki kereta Proton Waja berwarna hijau.

Kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan wang tunai dan senjata api milik pengawal keselamatan serta bertindak membakar van keselamatan berkenaan.

Mohd Adnan berkata gerakan memburu suspek sedang dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.- Bernama

Penghantar surat samun wanita dipenjara, sebat




8 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Seorang penghantar surat dihukum penjara 10 tahun sebulan dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyamun seorang wanita dan memiliki sebilah parang dua minggu lalu.

Hakim S.M.Komathy mengenakan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama terhadap T.Murugan dan penjara sebulan bagi pertuduhan kedua, dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap 24 Sept lalu.

Ketika membuat keputusan itu, Komathy berkata walaupun tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan yang dihadapi, kesalahan yang dilakukannya serius selain kes seumpama itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Murugan didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menyamun seutas rantai leher emas bernilai RM3,200 milik peniaga Nurnafisha Baharudin, 30, di sebuah rumah di Taman Castlefield, Sungai Besi, Cheras di sini pada 11.30 pagi, 24 Sept lalu.
 
Bapa kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda dan disebat.

Dia juga didakwa memiliki senjata merbahaya iaitu sebilah parang tanpa kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa di Jalan Tuanku Taman Salak Selatan pada 12 tengah hari tarikh yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shashita Mohamed Hanifa memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh bagi memberi pengajaran kepada orang ramai mengenai keseriusan kesalahan samun yang kini sering berlaku.- Bernama

Warga emas maut diseret 2 kilometer




8 Oktober 2012
BUTTERWORTH - Seorang warga emas maut selepas diseret sebuah kenderaan berat sejauh dua kilometer dalam satu kemalangan berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) di sini pagi ini.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata mangsa Shahidin @ Moktar Ahmad, 70, berasal dari Permatang Bertam, Kepala Batas meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
  
"Polis mendapat maklumat daripada orang awam pada pukul 6.50 pagi ini yang memaklumkan menemui mayat seorang lelaki dalam kecederaan parah di bahagian badannya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
  
Katanya siasatan awal mendapati warga emas itu menunggang motosikal sebelum dilanggar sebuah kenderaan berat dan diseret sejauh dua kilometer.
  
"Berdasarkan siasatan awal, kita menemui sebuah motosikal yang dipercayai milik mangsa berhampiran sebuah restoran mamak terletak kira-kira dua kilometer dari tempat mayatnya ditemui.

 "Terdapat beberapa kesan gelekan di badan mangsa selain perutnya yang pecah akibat diserat kenderaan berat berkenaan," katanya.
  
Mazlan berkata mayat mangsa dihantar ke Hopital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
  
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis terdekat. - Bernama

Tiga ditahan miliki 198 gram heroin bernilai RM5,500 di Alor Gajah




8 Oktober 2012
ALOR GAJAH - Dua lelaki dan seorang wanita ditahan bersama 198 gram dadah jenis heroin bernilai RM5,500 dalam Operasi Tapis di sebuah rumah di Taboh Naning di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata dalam serbuan pada 2.45 petang itu, polis menjumpai 10 paket plastik kecil dadah berkenaan dengan anggaran berat kasar 19 gram di dalam poket seluar yang terletak di atas meja makan rumah tersebut.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 100 lagi paket plastik kecil dadah dengan anggaran berat kasar 179 gram dalam sebuah bekas plastik yang disorok di belakang rumah berkenaan.

"Siasatan awal polis mendapati ketiga-tiga mereka yang berumur 19, 39 dan 40 tahun dari Negeri Sembilan itu mempunyai hubungan kekeluargaan dan dipercayai bergerak aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sekitar daerah ini sejak lima bulan lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di sini, hari ini.

Katanya salah seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh kasar berumur 39 tahun turut positif dadah selain mempunyai rekod jenayah lampau kerana merusuh pada 1996.

Kesemua mereka kini ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.- Bernama

Eksekutif kilang seramik dipercayai lemas




8 Oktober 2012
BESUT  - Seorang eksekutif kilang seramik di Air Hitam, Johor yang sedang bercuti bersama seorang rakan karib di Pulau Perhentian Besar dekat sini ditemui lemas di perairan berdekatan Pantai Tuna Bay di pulau itu tengah hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata mangsa Hee Chee Yong, 37, lelaki yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu tiba di pulau berkenaan pagi semalam bersama seorang rakan lelakinya Low Chee Seong, 30.
  
"Mangsa dilaporkan telah turun ke kawasan Tuna Bay bersama rakannya untuk mandi manda kira-kira jam 10 pagi.
  
"Ketika sedang asyik mandi manda Hee Chee Yong dilihat tenggelam dalam keadaan tertiarap di satu kawasan kira-kira lima meter dari pantai dengan air sedalam paras pinggang sahaja," katanya.
  
Beliau berkata mangsa kemudiannya berjaya ditarik ke pantai dan diberikan rawatan kecemasan oleh beberapa pengunjung sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan pulau itu tetapi didapati meninggal dunia sebaik sahaja tiba.
  
Kamaruddin berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ekoran dalam kejadian tersebut.
  
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada anggota keluarga untuk dibawa pulang ke Negeri Sembilan," katanya. - Bernama

Penyebaran ajaran Syiah dikesan di Melaka




8 Oktober 2012
MELAKA - Gerakan penyebaran ajaran Syiah dikesan berlaku di Melaka sejak enam bulan lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) berjaya mengawal penyebaran itu menerusi rampasan besar-besaran terhadap risalah dan buku berkaitan ajaran tersebut di masjid-masjid di seluruh negeri.

"Jaim sudah menarik balik berpuluh ribu bahan seperti buku dan risalah yang mengandungi maklumat berhubung fahaman Syiah bagi mengelak kekeliruan akidah umat Islam di sini.

"Kita khuatir fahaman ini akan memudaratkan pemikiran umat Islam, namun setakat ini gerakan terbabit masih terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Khas Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Taklimat Isu Semasa di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini. 

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhammad dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Mohd Ali juga mengesahkan tiada masjid di negeri itu yang terbabit menyebarkan fahaman berkenaan sebaliknya gerakan dilakukan pihak luar.

Beliau berkata kesemua masjid berkenaan telah diarah menyekat dan merampas buku Syiah selain melaporkannya kepada pihak berkuasa jika berlaku aktiviti sedemikian.

Katanya setiap masjid juga diminta menyampaikan khutbah mengenai gerakan terbabit dan kesan yang boleh berlaku jika kefahaman itu menular dalam kalangan masyarakat.

Jaim katanya akan terus memantau pergerakan pihak terlibat dalam menyebarkan ajaran itu bagi membendung penularannya.- Bernama

Ibu ayam warga Vietnam antara 17 ditahan Imigresen



MELAKA 8 Okt. - Jabatan Imigresen Melaka menahan 17 wanita warga asing termasuk seorang yang dipercayai ibu ayam warga Vietnam berusia 52 tahun dalam operasi bersepadu di sebuah hotel di Jalan Tun Ali di sini, semalam.
Pengarahnya Kamalludin Ismail berkata 13 wanita Vietnam dan empat warga Thailand terbabit ditahan di beberapa tingkat berasingan hotel tersebut dalam serbuan pada 1.15 pagi.
Beliau berkata dua lelaki warga Nepal dan Bangladesh, masing-masing dipercayai pelanggan dan pekerja hotel itu, turut ditahan dalam serbuan melibatkan beberapa agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Melaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
"Hasil pemeriksaan mendapati kegiatan tidak bermoral ini beroperasi dengan berselindung di sebalik khidmat rumah urut dan spa di tingkat 10 hotel tersebut untuk mengaburi pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya aktiviti persundalan itu dipercayai dilakukan di beberapa tingkat lain hotel berkenaan.
Kamalludin berkata siasatan awal mendapati kegiatan berkenaan beroperasi sejak empat bulan lepas dengan kesemua wanita terbabit yang berusia antara 17 dan 52 tahun menyalahgunakan pas lawatan sementara. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121008/je_05/Ibu-ayam-warga-Vietnam-antara-17-ditahan-Imigresen#ixzz28mPHIlBM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anak ugut cederakan bapa



KENINGAU 7 Okt. - Bimbang dicederakan anak kandung sendiri, sepasang warga emas di sini nekad membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku terhadap mereka.
Chai Ah Sing, 70, dari Kampung Baitah mendakwa segala-galanya bermula pada hujung tahun lalu, apabila anak bongsunya mengugut untuk mencederakan mereka setelah permintaan untuk menukar hak milik tanah pusaka tidak dipenuhi.
"Saya terpaksa melarikan diri ke rumah kawan untuk menenangkan keadaan dan juga menyelamatkan diri. Sejak itu, anak kami mula menyebarkan perkara buruk mengenai saya kepada adik-beradiknya termasuk adik beradik saya sendiri dan sehingga kini, hampir kesemua mereka membenci saya dan isteri.
"Apa yang lebih memilukan, anak kami bukan sahaja setakat mengamuk mahu memukul saya, dia juga melemparkan kata-kata kesat terhadap isteri saya iaitu ibunya sendiri dengan perkataan kurang sopan," katanya kepada pemberita semalam.
Tambah Ah Sing, selama ini dia hanya pasrah dan bersabar terhadap perlakuan anak lelakinya yang berumur dalam lingkungan 20-an, namun tidak mampu lagi menahan perasaan apabila memikirkan tentang nasibnya bersama isteri yang semakin uzur.
Katanya, laporan itu juga terpaksa dibuat bagi memastikan tanah pusaka yang gerannya kini berada di tangan anak-anak tidak diselewengkan.
"Kami tidak pernah meminta balasan daripada kesemua 11 orang anak yang dilahir dan dibesarkan dengan sempurna, cuma terlalu kecil hati apabila mereka sanggup buat begini pada penghujung usia kami," katanya.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121008/je_03/Anak-ugut-cederakan-bapa#ixzz28mOho6yA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ditembak ketika samun kali kedua



Tindakan pantas polis berjaya menangkap salah seorang suspek kes samun bersenjata di Sungai Pelek, Sepang, semalam.
SEPANG 7 Okt. - Tindakan empat penyamun bersenjatakan parang untuk menyamun kali kedua di Pekan Sungai Pelek di sini hari ini menerima padah apabila seorang daripada mereka cedera ditembak polis.
Keempat-empat suspek berkenaan yang menaiki dua buah motosikal mulanya menyamun seorang wanita di hadapan sebuah pasar raya di pekan tersebut pada pukul 1.13 petang.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota cuba menjejaki empat suspek itu.
"Kira-kira dua kilometer daripada tempat kejadian, pihak polis melihat keempat-empat mereka cuba menyamun seorang lelaki di tepi jalan raya.
"Sebaik sahaja menyedari kehadiran polis, tiga daripada suspek melarikan diri dan meninggalkan seorang rakan mereka yang kemudian cuba menyerang anggota polis," katanya ketika dihubungi di sini.
Imran berkata, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke paha kiri suspek yang sebelum itu menetak lengan mangsa samun, K. Panner, yang berusia dalam lingkungan 40-an.
Beliau berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu kemudian dihantar ke hospital berdekatan untuk diberikan rawatan.
"Usaha giat dijalankan untuk menjejaki tiga lagi suspek yang melarikan diri. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk membantu siasatan," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan untuk mengetahui sama ada suspek-suspek tersebut pernah terlibat dalam kes jenayah lain sebelum ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121008/je_01/Ditembak-ketika-samun-kali-kedua#ixzz28mO3Nnte
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 kereta sport dipandu laju rempuh pokok, 4 maut



ANGGOTA bomba dan penyelamat mengusung mayat salah seorang penumpang kereta yang terbabas lalu melanggar pokok dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Haji Ahmad, Kuantan, semalam.
KUANTAN 7 Okt. - Empat maut selepas dua kereta sport iaitu Nissan GTR dan Nissan Skyline dinaiki mereka yang disyaki dipandu laju terbabas lalu merempuh sebatang pokok di Jalan Haji Ahmad dekat sini menghala arah Semambu awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpang hadapan kereta itu, Bao Shanshan, 26, seorang wanita warga China.
Dua lagi penumpang wanita kereta itu, Wei Li Dong, 27, yang juga merupakan warga China dan Chang Hong Nei, 36, rakyat tempatan cedera parah.
Selain itu, turut maut, pemandu kereta Nissan Skyline, Go Haw Wei, 20, dan penumpang hadapan kereta tersebut, Koay Khor Liang, 21.
Kedua-dua pemandu kereta itu merupakan ahli perniagaan.
Menurut Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman, kedua-dua kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Semambu.
"Sampai di tempat kejadian, kereta Nissan GTR itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan melanggar sebatang pokok.
"Beberapa minit kemudian kereta Nissan Skyline pula turut terbabas di lokasi yang sama. Siasatan mendapati semua wanita di dalam Nissan GTR itu bekerja di sebuah spa di sini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk dibedah siasat manakala dua penumpang yang parah juga menerima rawatan di hospital sama.
"Mengikut siasatan awal, kedua-dua kereta terbabit dipercayai dipandu laju. Keadaan jalan di kawasan itu basah berikutan hujan sebelum itu," ujarnya dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seorang saksi, K. Muniandy, 37, dari Taman Perumahan Setali berkata, dia melihat kedua-dua kereta terbabit dipandu laju sebelum merempuh pokok.
"Sejurus itu, berlaku satu letupan kuat sebelum ekzos kereta berkenaan tercampak sehingga ke halaman rumah saya," ujar beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121008/dn_07/2-kereta-sport-dipandu-laju-rempuh-pokok-4-maut#ixzz28mNXxXoU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas loloskan diri daripada tiga penyamun bersenjata



Loloskan diri daripada tiga penyamun bersenjata
Zakaria melakonkan semula tindakan nekadnya terjun dari beranda rumah untuk meminta pertolongan jiran.
MARAN - Seorang warga emas nekad terjun dari beranda dan berlari menyeberangi jalan meminta pertolongan jiran selepas berjaya meloloskan diri dari tiga lelaki bersenjatakan pisau yang cuba pecah masuk rumahnya di Kampung Awah, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, Zakaria Umar, 68, berdepan detik cemas apabila salah seorang lelaki bertopeng tersebut mengacu pisau dan diletakkan di leher mangsa sebelum cuba menyamun.

Zakaria berkata, dia yang sedang tidur sendirian di bilik bersebelahan ruang tamu tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi hentakan kuat pada pintu bilik anaknya di bahagian dapur rumah.

Menurutnya, sebaik membuka pintu bilik bagi mendapatkan kepastian bunyi hentakan itu, dia tergamam apabila seorang lelaki bersaiz badan kecil dan bertopeng mengacukan sebilah pisau ke arahnya.

“Pak cik tidak mampu berkata apa-apa kerana kejadian berlaku dengan pantas, lebih-lebih lagi baru sahaja tersedar dari tidur.

“Lelaki tersebut suruh pak cik diam ketika meletakkan pisau di leher sementara dua rakannya cuba memecah pintu bilik anak saya.

“Beberapa tendangan kuat dan jeritan anak memanggil polis menyebabkan lelaki itu berpaling muka dan beralih sedikit untuk melihat apa yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Zakaria berkata, kesempatan itu dimanfaatkan dengan bergegas ke pintu hadapan rumah sebelum melompat dari beranda untuk meminta pertolongan jiran.

Anaknya, Shahrizal, 35, berkata, kehadiran ketiga-tiga lelaki berkenaan yang masuk ke dalam rumah itu disedari sebaik terdengar bunyi tendangan kuat pada pintu dapur.

Menurutnya, dia yang masih belum tidur cuba keluar dari bilik untuk mendapatkan kepastian namun terkejut apabila melihat ketiga lelaki tersebut sedang meluru ke arahnya.

“Masa itu pintu bilik saya terbuka, dengan jelas saya nampak mereka dengan dua ke arah bilik saya sementara seorang lagi naik ke atas bahagian ruang tamu.

“Saya segera cuba tutup pintu dan ketika menahannya, mereka menendang kuat beberapa kali sehingga pintu pecah.

“Saya menjerit dan meminta isteri menelefon polis untuk menakutkan mereka,” katanya.

Shahrizal yang juga pesara kerajaan berkata, tindakan ayahnya yang berkesempatan meloloskan diri menyebabkan ketiga lelaki berkenaan melarikan diri keluar melalui pintu dapur.

Menurutnya, tiga lelaki itu ‘hilang’ dengan menaiki dua motosikal yang diletakkan di rumah bersebelahan yang tidak berpenghuni.

“Kejadian berlaku dengan pantas namun saya bersyukur kerana ayah, isteri dan dua anak tidak diapa-apakan,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Maran, Asisten Superintendan Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Warga emas bermotosikal maut dilanggar kereta

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas maut dalam perlanggaran melibatkan motosikal yang ditunggangnya dengan sebuah kereta di Kampung Pak Katak di sini petang semalam.
 
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu, Insp Che Rusilan Che Ya berkata Embong Jusoh, 69, dari Kampung Pengkalan Arang di sini meninggal dunia di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 6.15 petang.
 
"Mangsa dengan motosikal melintas dari kiri ke kanan Jalan Tengku Mizan di Kampung Pak Katak berlanggar dengan kereta dari arah Batu Enam yang dipandu oleh  seorang wanita.
 
"Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. Wanita berkenaan bagaimanapun tidak cedera," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Che Rusilan berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. - Bernama

3 pejabat kerajaan dipecah masuk



3 pejabat kerajaan dipecah masuk
Burhanuddin menunjukkan keadaan yang berselerak selepas pejabat dipecah masuk pagi semalam.
KUALA TERENGGANU - Tiga buah pejabat kerajaan di Wisma Persekutuan, di sini, dipecah masuk iaitu melibatkan Pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai awal pagi semalam.

Ketiga-tiga pejabat tersebut yang terletak di tingkat enam, di Wisma Persekutuan di Jalan Pejabat di sini, dipecah masuk dan penjenayah berjaya melarikan sejumlah wang tunai.

Penolong Pengarah JTK Terengganu, Burhanuddin Jusoh ketika ditemui berkata, kejadian tersebut hanya disedari seorang kakitangannya, iaitu Rohani Abdullah, yang juga Ketua Kerani kira-kira jam 7 pagi ketika masuk ke pejabat berkenaan.

“Ketika masuk, staf berkenaan mendapati keadaan pejabat berselerakan, seolah-olah telah digeledah. Apabila diperiksa, beberapa bilik termasuk bilik saya dan bilik pengarah, Mohd Azmi Muhammad berada dalam keadaan berselerakan dan laci meja beberapa kakitangan turut digeledah.


Dokumen penting, komputer riba selamat

“Kita mendapati tingkap di koridor terbuka, mungkin penjenayah berkenaan masuk melalui koridor. Bagaimanapun, tiada dokumen penting dan komputer yang hilang, melainkan wang tunai yang disimpan di dalam laci hilang. Laporan polis juga sudah dibuat untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah SPR Terengganu, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata, kejadian itu hanya disedari pembantu tadbirnya kira-kira jam 7.15 pagi dan hasil pemeriksaan mendapati, semua kabinet besi dan dua bilik termasuk biliknya dan timbalannya turut diumpil penjenayah.

“Hasil pemeriksaan, berkemungkinan penjenayah itu masuk melalui tingkap. Kita dapati pintu bilik dan kabinet besi diumpil dan penjenayah berjaya melarikan peti tunai yang mengandungi wang tunai bernilai RM250. Dokumen penting dan komputer riba yang ada di pejabat tidak diusik, mungkin penjenayah hanya memfokuskan kepada wang tunai,” katanya.

Selain itu, pejabat Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM turut dipecah masuk, namun tiada sebarang kerugian dilaporkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu oleh JTK dan SPR Terengganu kira-kira jam 8.10 pagi dan 9 pagi semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, suspek dipercayai masuk ke dalam bangunan berkenaan dengan menaiki tangga belakang dan masuk melalui tingkap, sebelum melarikan diri menggunakan tangga kecemasan.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Kanak-kanak melecur terkena letupan api



Kanak-kanak melecur terkena letupan api
Zuraini (kiri) menemani anaknya, Noraina Shafi qah di wad Hospital Bandar Jengka.
JENGKA- Seorang kanak-kanak melecur di bahagian muka, lengan, peha dan kakinya akibat terkena letupan api di tempat pembakaran sampah di rumahnya di Felda Jengka 1.

Kejadian itu menyebabkan Noraina Shafiqah Zulkarnain, 12, dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHas) Temerloh sebelum dipindahkan ke Hospital Bandar Jengka, kelmarin.

Ibunya, Zuriani Said, 33, berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga berada di dalam rumah sementara Noraina Shafiqah pergi ke kawasan tempat buang sampah untuk membuang sampah.

“Sampah-sarap di situ sememangnya sudah dibakar, dan menurut  anak saya, dia tertinggal bakul sampah dan berhasrat untuk mengambilnya semula.

“Ketika dia patah balik ke tempat bakar sampah dan mengambil bakul sampah, secara tiba-tiba api di situ meletup dan menyambarnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Zuraini lagi, sebaik sahaja mendengar letupan yang kuat itu, dia dan suami bergegas ke tempat pembakaran sampah terbabit.

“Saya lihat muka anak saya pucat dan berasap-asap sambil berlari ke arah saya. Melihatkan keadaannya, saya terus membawanya ke bilik air dan menjirusnya.

“Selepas menjirusnya, baru dapat dilihat kesan terbakar di bahagian mukanya, lalu bergegas membawanya ke hospital,” katanya.

Katanya, selepas kejadian, Noraina Shafiqah seperti trauma, enggan bercakap dan tidak mahu makan.

Pukul budak 11 tahun, lelaki didenda RM800



Zudy Iskandar
Zudy Iskandar (kanan) didenda RM800 gara-gara memukul kanak-kanak
KUALA TERENGGANU - Padah memukul kanak-kanak berusia 11 tahun sehingga cedera hanya kerana diejek, seorang tukang paip didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Tertuduh, Zudy Iskandar Mohamad, 32, yang berasal dari Kampung Tanjung Che Mat Taukey di sini, juga berdepan hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 1 Oktober lalu, kira-kira jam 12 tengah hari di Kampung Tanjung Che Mat Taukey, dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Akibat ditumbuk di bahagian mata dan disepak di kepala, kanak-kanak berkenaan mengalami lebam di mata dan muka.

Zudy dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang berbaju lokap, kemudiannya mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Bagaimanapun dalam pembelaannya, Zudy memohon agar hukumannya diringankan kerana sudah insaf dan mempunyai tiga adik-beradik yang perlu ditanggung.

Pendakwaan dijalankanoleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bila peragut kena belasah



SUHARNE ZAINUDIN, ANITA ABU HASAN & NUR FARHANA ABDUL MANAN
8 Oktober 2012
Izzah
Bila peragut kena belasah
Mukadimah
Jenayah dan kes ragut di Malaysia bukan sekecil lubang jarum. Bukan calang-calang kemarahan orang ramai kepada peragut.
Perbuatan meragut membabitkan kekejaman. Bayangkan ibu sarat mengandung, terbunuh akibat peragut. Belum lagi ratusan mangsa cedera parah ketika menyelamatkan diri daripada peragut.
Pokoknya pelbagai insiden melibatkan nyawa disebabkan peragut.
Dalam kecoh sana sini peragut, tidak kurang juga ada kalangan mereka yang salah sasaran.
Terjolok sarang tebuan dan buku bertemu ruas.
Bukan seorang dua yang pernah tersadai dilanyak orang awam.
Sebenarnya kes peragut dibelasah orang awam bukan isu baru lantaran kemarahan masyarakat tidak pernah surut.
Tidak keterlaluan dikatakan, kini menjadi satu kepuasan bagi sesetengah individu apabila berjaya menyepak, menerajang menumbuk  dan memaki hamun peragut. Ada di kalangan peragut  hampir hilang  nyawa akibat dibelasah.
Misalnya, kejadian di Kepala Batas, Pulau Pinang. Dua lelaki cedera teruk dibelasah dengan batang golf oleh sekumpulan 20 penduduk ketika cuba melarikan beg tangan milik seorang guru.
Bahkan sejak akhir ini, media memaparkan satu demi satu kisah peragut dilanyak orang ramai.
Bayangkan puluhan manusia melanyak seorang peragut. Namun, adakah ini tindakan betul? Bolehkah kita menghukum peragut dengan undang-undang tangan sendiri hanya kerana geram.
Bicara Isnin minggu ini, tidak berkempen untuk melanyak peragut tetapi menyingkap sama ada wajar kita menggunakan siku, tangan, kayu dan belantan sendiri untuk mengajar si peragut.
Geram peragut minta tubuh isteri

“Aku geram apabila peragut itu meminta tubuh isteri ku hingga aku tekad membelasahnya,” akui Izmir Ahmad.
Cerita Izmir, sebelum itu beg tangan mengandungi telefon bimbit milik isterinya, Izzah telah diragut ketika perjalanan ke sebuah pasar raya berhampiran rumahnya.
“Isteri ku mendail nombor telefon bimbitnya. Ternyata berhasil dan suara lelaki mengangkat talian itu. Izzah meminta lelaki berkenaan memulangkan beg tangannya kerana mengandungi pelbagai dokumen.
Tetapi tanpa segan silu, peragut itu meminta isteri ku mengadakan hubungan kelamin. Izzah menceritakan segalanya kepada ku dan aku segera memasang perangkap dengan mengatakan Izzah sudi menyerahkan tubuhnya.
Aku sendiri menghantar Izzah bertemu peragut itu. Tiba di tempat temu janji, aku dan beberapa rakan ku mengepung lelaki itu. Setelah berjaya menangkapnya, aku dan rakan ku membelasah lelaki kurang ajar tersebut sepuas hati. Itu sebagai pengajaran!” Ketika itu aku sangat geram kerana si peragut yang ingin mencemar maruah isteriku.
Sebagai suami, aku rasa tercabar dan kemarahan itu aku lepaskan dengan memijak-mijak tubuh serta menendang muka si peragut.
Aku bukan membelakangkan undang-undang tetapi jika lelaki lain ditempatku pasti akan bertindak sama. Bayangkan, dia minta tubuh isteriku. Adakah boleh sabar?
Peragut itu mendapat habuannya tatkala dibelasah bukan sahaja aku dan rakan-rakan, tetapi orang sekeliling yang membelasahnya dengan topi keledar, besi dan kayu. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada peragut lain,” ujar Izmir.
Puas dapat belasah 

“Aku juga ada pengalaman membelasah peragut. Ketika itu aku dan beberapa orang awam berada di Puchong, Selangor.
Secara tiba-tiba mendengar jeritan mangsa dan tanpa berlengah kami mengepung dan berhasil menangkap si peragut.
Apa lagi, teruk peragut itu kami kerjakan hingga lunyai,” cerita Azman. Dia beranggapan, peragut itu ialah penagih dadah berdasarkan keadaan fizikal.
Sebelum itu, dia bersama yang lain mengejar peragut tersebut sejauh beberapa meter dan begitu penat berlari.
“Selepas dapat mencapai bajunya, aku biarkan orang lain membelasahnya cukup-cukup. Akhir sekali barulah aku mengambil  bahagian menendangnya bertubi-tubi. Peragut itu lunyai seperti lauk basi dihurung semut. Begitulah kemarahan kami waktu itu,” ujar Azman, berusia 34 tahun.
Katanya, bukan tidak takut undang-undang, tetapi geram kerana peragut sewenangnya  mencuri hasil rezeki orang lain  dan mereka sangat kejam apabila menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa bahkan ada yang terbunuh.
"Aku memukulnya untuk pengajaran supaya jangan ambil mudah hal masyarakat dnegan menyumbangkan jenayah," akhiri Azman.

Dapur kena panah petir



Dapur kena panah petir
Rahimah menunjukkan kesan kebakaran pada permaidani yang dipijaknya berikutan kejadian dapur rumahnya di Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong dipanah petir petang kelmarin.
HULU TERENGGANU - “Secara tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman dan ketika itu jugalah pelbagai barangan dapur pecah dan terpelanting, selain kepingan mozek di bahagian dinding dapur turut pecah,” cerita Rahimah Ngah, 43.

Suri rumah yang tinggal di Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong ini, bukan sahaja hampir dipanah petir ketika dia sedang memerah kelapa di dapur dalam kejadian kira-kira 2.30 petang kelmarin, tetapi kain batik dipakainya hampir terbakar tanpa disedari.

Menceritakan detik cemas itu, Rahimah berkata, ketika kejadian, dia hanya berdiri kaku kerana terkejut, biarpun ketika itu kaki kirinya terasa begitu kebas kesan panahan petir berkenaan selain permaidani dipijaknya terbakar.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, hujan renyai-renyai. Dia berada di dapur, manakala salah seorang anaknya, Mohd Fakhri Mohd Zulkifli, 19, berdiri di luar rumah hadapan pintu utama dapur.

Kata Rahimah, anaknya terlihat cahaya seperti bebola api meluru laju ke arah dapur rumah.

“Malah, petir tersebut meluru melalui celah kakinya dan terus terkena sudut dinding bahagian dapur hingga menyebabkan banyak barangan kaca pecah dan terpelanting.

“Mulanya saya fikirkan tong gas akan meletup setelah berdentum kuat, apatah lagi ketika itu saya menggunakan dapur gas kerana ingin memasak," katanya.

Rahimah bersyukur mereka terselamat walaupun kedua-duanya hampir terkena panahan petir.

Akibat kejadian itu, dinding dapur rumah Rahimah turut retak.

Cubaan kedua samun gagal

BANGUN...suspek yang ditahan  di tempat kejadian, semalam.
BANGUN...suspek yang ditahan di tempat kejadian, semalam.


SEPANG: “Ketika sedang membeli buah naga, tiba-tiba jalan sesak, mulanya saya ingatkan kemalangan jalan raya, tidak lama selepas itu terdengar dua das tembakan sebelum melihat seorang lelaki ditahan polis dengan kaki berlumuran darah dan mengaduh kesakitan di tepi jalan,” kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Salleh.

Pada masa sama, dia melihat seorang lagi lelaki melarikan diri ke laluan bertentangan menaiki motosikal.
Foto
CEDERA...Panneer menunjukkan lengannya
yang ditetak penyamun.

Foto
CABUT LARI...seorang daripada rakan s
uspek melarikan diri.



“Selain itu, seorang lelaki India turut tercedera di lengan kiri, rupa-rupanya dia ditetak ketika cuba disamun. Kejadian berlaku amat pantas dan keadaan di situ kecoh seketika...nasib baik penyamun itu dapat ditangkap.

“Beberapa orang awam lain melihat tiga lagi rakan penyamun melarikan diri menaiki dua motosikal,” katanya di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, suspek cedera di paha kiri selepas ditembak polis ketika cuba menyamun seorang lelaki dikenali K Panneer, 28, di Pekan Sungai Pelek, dekat sini.

Empat tersepit di tempat duduk




         
KUANTAN: Empat individu termasuk seorang wanita warga China yang bekerja di sebuah pusat kecantikan di bandar ini, maut apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Haji Ahmad di sini, jam 3.30 pagi semalam.

Mereka yang maut ialah pemandu Nissan Skyline GTR, Tan Kah Yong, 24, dari Klang, Selangor dan penumpang yang juga wanita warga China, Bao Shanshan, 26, manakala dua yang lain ialah pemandu Nissan Skyline 250 GT, Go Haw Wei, 20, dari Taman Impian, Beserah, dan penumpangnya, Koay Khor Liang, 21, dari Jalan Bukit Sekilau, dekat sini.


Kedua-dua kereta itu dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Semambu dan sebaik tiba di tempat kejadian, kedua-duanya bergesel sebelum kereta yang dipandu Go, terbabas melanggar sebatang pokok besar di tepi jalan, manakala kereta dipandu Tan merempuh sebuah bangku batu di tepi jalan berkenaan.

Akibat pelanggaran itu, keempat-empat mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Dua lagi penumpang kereta Nissan Skyline 250 GT yang juga wanita warga China, Wei Lidong, 27, dan Chang Hong Nei, 36, cedera di bahagian leher dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.


Pegawai Penguat Kuasa Trafik dan Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, ketika kejadian, dua kenderaan mewah itu dikatakan dalam perjalanan menghala ke Semambu dari bandar ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Tan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan kereta dipandu Go turut mengalami nasib sama mengakibatkan dua kenderaan berkenaan ‘melekat’ pada pokok berasingan.


Katanya, akibat rempuhan kuat itu, semua mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

“Dua penumpang yang terselamat itu kemudian dikeluarkan orang ramai sebelum dikejarkan ke HTAA oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapat rawatan.


“Siasatan turut mendapati, ketika sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kuantan cuba mengeluarkan seorang mangsa (Koay) dia masih bernyawa tetapi meninggal dunia beberapa minit kemudian.


Katanya, semua mayat mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga masing-masing.


Zainalabidin berkata, ketika kejadian permukaan jalan basah akibat hujan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pengasuh disyaki dera bayi ditahan




         
KAJANG: Seorang pekerja taska di sini dipercayai sanggup mendera seorang bayi lelaki berusia enam bulan.

Bagaimanapun, tindakan kejam wanita berusia 35 tahun itu terbongkar apabila pemilik taska terbabit menemui kesan lebam pada badan bayi terbabit sebelum membuat laporan polis, Jumaat lalu.


Menurut sumber, polis yang bertindak atas laporan itu menahan wanita berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kejadian disedari pemilik taska pada jam 8 pagi selepas mendapati seorang bayi lelaki di bawah jagaan pekerjanya itu mempunyai kesan lebam di bahagian mata.


“Pemilik taska itu kemudian membuat laporan polis,” katanya.


Sumber berkata, sebaik menerima laporan, polis menahan pekerja terbabit untuk siasatan dan bayi lelaki berkenaan dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan penahanan pekerja taska itu.


Menurutnya, wanita terbabit sudah dibebaskan dengan ikat jamin, namun siasatan terperinci masih dijalankan berikutan kesan lebam dipercayai kesan lama.

Katanya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pelajar lemas


       
SEPANG: Seorang pelajar kolej swasta lemas ketika mandi bersama tiga rakan lain di Pantai Bagan Lalang, dekat sini, semalam.

Mayat mangsa, Ahmad Adli Fahmi Abdul Karim, 20, ditemui tidak jauh dari lokasi mereka berempat mandi oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) jam 1.50 tengah hari.


“Mangsa, pelajar di Kolej Anjung Selatan, Bandar Baru Salak Tinggi dipercayai ke pantai itu bersama tiga rakan untuk mandi. Kehilangannya disedari jam 11.30 pagi apabila tidak muncul sebaik rakannya naik ke darat,” katanya. Ketua Polis Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Klinik Sepang dan dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Bayar nyawa intai wanita


       
GEORGETOWN: Seorang lelaki warga emas terpaksa membayar dengan nyawanya apabila dia dibelasah orang ramai ketika mengintai seorang wanita dalam tandas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, menyebabkan dia di masukkan ke wad neurologi Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum meninggal dunia, malam kelmarin.

Mangsa yang berusia 59 tahun meninggal dunia kira-kira jam 9 malam selepas dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu kerana mengalami pendarahan dalam otak.
Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang peniaga wanita masuk ke tandas untuk membuang air kecil sebelum menyedari dia diintai seorang lelaki melalui celahan pintu yang renggang.

Wanita terbabit kemudian menjerit meminta tolong dan seorang saudaranya masuk dan terserempak seorang lelaki yang berada di tandas bersebelahan.


Suspek yang berusia 59 tahun dan juga seorang pengemis dipukul beramai-ramai oleh orang awam yang berang sebelum diserahkan kepada polis.

Lelaki cabut lepas kereta dipandu rempuh rumah


       
GUA MUSANG: Seorang lelaki melarikan diri apabila kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah rumah di Kampung Batu Papan Luar, di Jalan Pulai Lama, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 10.20 malam itu, pemandu kereta Proton Wira berusia 30-an yang dalam perjalanan dari Bandar Baru menuju ke Kampung Pulai, dekat sini, cedera ringan manakala rumah dirempuh pecah di dinding.


Menurut pemilik rumah, Rozita Ayub, 45, ketika kejadian dia dan ahli keluarga yang tinggal bersamanya termasuk ibunya tiada di rumah kerana ada urusan di Kuala Lumpur dan bergegas pulang melihat rumahnya selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, anaknya, Farhani Husni, 26, yang tinggal berjiran memaklumkan kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat dan melihat sebuah kereta terperosok di dinding rumah.


“Ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu, saya terkejut dan sebaik selesai urusan di Kuala Lumpur saya bergegas pulang keesokan harinya.


“Sebaik pulang, saya lihat dinding rumah pecah, manakala pasu bunga pecah dan berselerak. Saya segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana ketika kejadian tiada sesiapa di rumah.


“Kebiasaannya ibu sering berehat di ruang tamu berhampiran dinding rumah yang dirempuh kereta itu. Mujurlah ibu tiada ketika itu.

“Bagaimanapun, saya kesal kerana lelaki yang merempuh rumah saya sehingga kini belum berjumpa bagi membincangkan kos ganti rugi untuk rumah kami ini,” katanya.

Mengemis ikut ‘Abang Jat’

INSAF...Shah memeluk ibunya, Fatimah dan meminta maaf.
INSAF...Shah memeluk ibunya, Fatimah dan meminta maaf.
BUKIT MERTAJAM: Termakan hasutan kawan bagi mendapatkan wang dengan cara mudah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berasal dari daerah ini bertindak nekad melarikan diri dari rumah lebih 10 kali sejak hampir dua tahun lalu untuk menjadi pengemis di beberapa negeri.
Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Shah itu meninggalkan persekolahan semata-mata mahu mengikut kenalannya, seorang warga asing berusia 20-an, menjadi peminta sedekah di Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.
Bagaimanapun, Shah kini insaf dan kesal dengan perbuatannya selepas ditangkap ketika asyik bermain di pusat permainan komputer di Melaka sebelum diserahkan kepada keluarganya, Julai lalu.

Sepanjang tempoh menjadi pengemis dan melarikan diri dari rumah itu, kanak-kanak terbabit menginap di hotel murah yang dibayar menggunakan wang hasil mengemis selain menjual surah Yasin kepada orang ramai dengan harga RM3 senaskhah.


Shah berkata, pendapatan diperolehnya antara RM60 dan RM200 sehari dibahagikan dengan rakannya selain diasingkan untuk membayar hotel, membeli pakaian serta makan.

2 beradik dikurung dipaksa jual tubuh


         
KUALA LUMPUR: Berbekalkan janji manis tawaran pekerjaan sebagai pekerja kilang dengan pendapatan RM10,000 sebulan, sepasang adik-beradik warga Vietnam dijadikan hamba seks oleh satu sindiket pemerdagangan manusia untuk tujuan seks dengan mengurung mereka di sebuah rumah dua tingkat di Taman Segar, Cheras, sejak hujung bulan lalu.

Bersama mereka, turut dikurung tiga wanita rakan senegara yang dipaksa melayan pelanggan di rumah berkenaan atau dibawa keluar ke hotel.


Sumber polis berkata, mangsa berusia 31 tahun itu tiba di Malaysia pada 22 September lalu bersama adik perempuannya yang berusia 25 tahun menggunakan pas pelancong selepas ditawarkan pekerjaan di sebuah kilang pengeluaran.

Menurutnya, selepas kedua-dua mangsa tiba di lapangan terbang, mereka diambil seorang lelaki tempatan sebelum dibawa ke sebuah rumah yang didakwa hostel.


“Bagaimanapun, selepas itu mereka dikurung di rumah berkenaan dan terdapat tiga lagi wanita senegara yang turut menjadi mangsa sindiket terbabit.


“Wanita berkenaan dibawa keluar untuk melayan pelanggan di hotel tertentu atas permintaan pelanggan sebelum dibawa balik ke rumah itu sebaik kerja mereka selesai dan kadangkala mereka menunggu pelanggan di rumah berkenaan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, rumah berkenaan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawasi gerak-geri semua wanita terbabit.


“Mangsa yang dipaksa melayan dua lelaki bertindak nekad menghubungi ahli keluarganya dengan bantuan teman serumah sebelum mendapatkan nombor telefon saudaranya yang tinggal di Malaysia.

“Akhirnya, pada 5 Oktober lalu, mangsa ketika didatangi seorang pelanggan meminta bantuannya untuk menghubungi saudaranya itu sebelum melarikan diri dari rumah terbabit dengan alasan hendak pergi ke pasar malam,” katanya.


Menurutnya, mangsa menaiki teksi ke Klang untuk berjumpa saudaranya sebelum membuat laporan polis, namun dia tidak sempat untuk menyelamatkan adik perempuannya yang sudah keluar bersama pelanggan.


Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan mangsa.


Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan berhubung kegiatan sindiket terbabit dan kes berkenaan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia 2007.

Lelaki cabut lepas kereta dipandu rempuh rumah


       
GUA MUSANG: Seorang lelaki melarikan diri apabila kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah rumah di Kampung Batu Papan Luar, di Jalan Pulai Lama, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 10.20 malam itu, pemandu kereta Proton Wira berusia 30-an yang dalam perjalanan dari Bandar Baru menuju ke Kampung Pulai, dekat sini, cedera ringan manakala rumah dirempuh pecah di dinding.


Menurut pemilik rumah, Rozita Ayub, 45, ketika kejadian dia dan ahli keluarga yang tinggal bersamanya termasuk ibunya tiada di rumah kerana ada urusan di Kuala Lumpur dan bergegas pulang melihat rumahnya selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, anaknya, Farhani Husni, 26, yang tinggal berjiran memaklumkan kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat dan melihat sebuah kereta terperosok di dinding rumah.


“Ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu, saya terkejut dan sebaik selesai urusan di Kuala Lumpur saya bergegas pulang keesokan harinya.


“Sebaik pulang, saya lihat dinding rumah pecah, manakala pasu bunga pecah dan berselerak. Saya segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana ketika kejadian tiada sesiapa di rumah.


“Kebiasaannya ibu sering berehat di ruang tamu berhampiran dinding rumah yang dirempuh kereta itu. Mujurlah ibu tiada ketika itu.

“Bagaimanapun, saya kesal kerana lelaki yang merempuh rumah saya sehingga kini belum berjumpa bagi membincangkan kos ganti rugi untuk rumah kami ini,” katanya.

Rumah keluarga MB diceroboh


         
SEREMBAN: Kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau, dekat sini, dipecah masuk pencuri dan antara barang yang dipercayai setakat ini hilang ialah sebuah televisyen LCD dan dekoder Astro.

Kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan seorang anggota keluarga membuat laporan polis, tengah hari semalam.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan awal, pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan menerusi tingkap belakang dan keluar mengikut laluan sama. Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan ketika itu rumah itu tidak berpenghuni.

“Seorang anggota keluarga beliau (Menteri Besar) yang ke rumah berkenaan semalam, mendapati televisyen LCD dan dekoder Astro dalam rumah berkenaan hilang,” katanya.

Rumah keluarga MB diceroboh


         
SEREMBAN: Kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau, dekat sini, dipecah masuk pencuri dan antara barang yang dipercayai setakat ini hilang ialah sebuah televisyen LCD dan dekoder Astro.

Kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan seorang anggota keluarga membuat laporan polis, tengah hari semalam.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan awal, pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan menerusi tingkap belakang dan keluar mengikut laluan sama. Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan ketika itu rumah itu tidak berpenghuni.

“Seorang anggota keluarga beliau (Menteri Besar) yang ke rumah berkenaan semalam, mendapati televisyen LCD dan dekoder Astro dalam rumah berkenaan hilang,” katanya.

Rumah keluarga MB diceroboh




         
SEREMBAN: Kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau, dekat sini, dipecah masuk pencuri dan antara barang yang dipercayai setakat ini hilang ialah sebuah televisyen LCD dan dekoder Astro.

Kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan seorang anggota keluarga membuat laporan polis, tengah hari semalam.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan awal, pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan menerusi tingkap belakang dan keluar mengikut laluan sama. Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan ketika itu rumah itu tidak berpenghuni.

“Seorang anggota keluarga beliau (Menteri Besar) yang ke rumah berkenaan semalam, mendapati televisyen LCD dan dekoder Astro dalam rumah berkenaan hilang,” katanya.

‘Macam bunyi jet terhempas’

CEMAS...anggota bomba dan penyelamat  mengeluarkan mangsa kemalangan selepas kereta  dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad, Semambu,  pagi semalam.
CEMAS...anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa kemalangan selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad, Semambu, pagi semalam.
KUANTAN: “Sebaik saja menutup suis televisyen, saya tergamam seketika apabila terdengar bunyi dentuman amat kuat seolah-olah sebuah jet terhempas. Saya bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku,” kata B Shasi, 35.
Dia antara saksi awal kemalangan ngeri meragut empat nyawa, membabitkan dua kenderaan Nissan Skyline GTR dan Skyline 250 GT di Jalan Haji Ahmad, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu Skyline GTR, Tan Kah Yong, 24, dari Klang, Selangor, dan penumpang yang juga warga China, Bao Shanhan, 26, serta pemandu Skyline 250 GT, Go Haw Wei, 20, dari Taman Impian, Beserah, di sini dan penumpangnya, Koay Khor Liang, 21, dari Jalan Bukit Sekilau, dekat sini.

Dua lagi penumpang kereta yang dipandu Tan iaitu Wei Lidong, 27, dan Chang Hong Nei, 36, kedua-duanya warga China, cedera parah di leher dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.


Kedua-dua kereta itu yang datang dari arah pusat bandar menuju ke Semambu, dekat sini, dipercayai dipandu laju sebelum bergesel sesama sendiri lalu terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan.

Kunjungan bawa maut

MAUT...anggota polis forensik melakukan siasatan pada mayat mangsa.
MAUT...anggota polis forensik melakukan siasatan pada mayat mangsa.
       


SHAH ALAM: Kegembiraan seorang sahabat menemui rakan senegaranya berakhir tragedi apabila dia ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan perut terburai di kaki lima sebuah bangunan pejabat kosong di Jalan Kota Raja, Hicom Town Centre di Seksyen 27, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Santhartun, 31, warga Myanmar ditemui orang awam dalam keadaan terlentang berlumuran darah dengan kesan tikaman di perut.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, sejurus menerima maklumat kejadian pada jam 10.30 pagi, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian bersama sepasukan forensik.

“Berdasarkan maklumat diterima, mangsa dipercayai baru tiba dari Ipoh malam kelmarin untuk bertemu rakannya yang menyewa di bangunan berkenaan.


“Siasatan awal mendapati sebelum kejadian berlaku, mangsa dan suspek baru pulang dari kelab malam berhampiran rumah sewa dalam keadaan mabuk.


“Mangsa dan suspek kemudian bertengkar sehingga berlarutan ke bahagian bawah rumah sebelum suspek naik semula untuk mengambil pisau pemotong sayur sebelum menikam perut mangsa bertubi-tubi,” katanya.

Zahedi berkata, melihat mangsa yang sudah tidak bernyawa, suspek yang ketakutan terus melarikan diri dan gerakan memburunya sedang dijalankan.


Beliau berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman di perut selain mengalami pendarahan teruk akibat ditikam.

Katanya, pemeriksaan polis di rumah suspek juga menemui sebilah pisau pemotong sayur berukuran 20 sentimeter dipercayai digunakan suspek menikam mangsa.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.


“Hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 29 tahun dan bekerja di kedai perabot berhampiran rumah sewa mereka. Sewaktu melarikan diri, difahamkan suspek memakai baju T-shirt berwarna putih.


“Polis juga menahan dua rakan serumah mangsa berusia awal 30-an bagi membantu siasatan,” katanya.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dihukum mati.


Orang ramai yang mempunyai butiran lanjut mengenai suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat.

Penyanyi opera didakwa seludup dadah ditahan


       
SAN DIEGO: Penyanyi opera Mexico yang namanya semakin naik didakwa menyeludup dadah selepas dia ditahan memandu kereta yang dimuatkan dengan methamphetamine di daerah San Diego.

Pejabat pendakwa raya berkata, Maximino Melchor Vazquez, 23, didakwa membawa dan memiliki methamphetamine dengan tujuan untuk dijual. Dia ditahan di penjara dengan ikat jamin AS$1 juta (RM3.05 juta).


Akhbar Union Tribune melaporkan penyanyi dari Tijuana itu memandu di lebuh raya Interstate 5 pada 19 September lalu ketika ditahan. Sebanyak 19.9 kilogram methamphetamine ditemui di dalam ruang tersembunyi dalam keretanya. Pihak berkuasa persekutuan berkata, kuantiti dadah itu bernilai hingga $500,000 (RM1.5 juta) di jalanan. Vazquez berdepan hingga hukuman penjara 14 tahun jika bersalah.- AP

Pesta gasak


         
KUALA TERENGGANU: Hanya kerana dituduh memecah dan mencuri barang dari almari di sebuah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), dua kumpulan pelatih bergaduh sesama sendiri termasuk ada yang bersenjatakan kayu dalam kejadian di Kem PLKN Cenderawasih, Jalan Kem Cador, Pengkalan Berangan, Marang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, dua kumpulan pelatih seramai 36 orang berumur antara 17 hingga 18 tahun mula bergaduh selepas satu kumpulan pelatih menuduh seorang ahli kumpulan lain mencuri barang di dalam almari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata tuduhan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua ahli kumpulan berkenaan sehingga membawa pergaduhan dan menyebabkan sembilan daripadanya cedera.

“Pergaduhan yang pada mulanya sekadar bertikam lidah bertukar menjadi lebih serius sebelum 27 pelatih bertindak menyerang satu kumpulan lain yang terdiri daripada sembilan orang.


“Dalam pergaduhan itu, ada antara pelatih bertindak berani menggunakan senjata kayu untuk menyerang antara satu sama lain hingga menyebabkan sembilan daripada mereka mengalami kecederaan dan lebam di badan.

Pemandu langgar motor dipukul, van dibakar




         
PETALING JAYA: Seorang pemandu cedera dibelasah manakala van miliknya dibakar penduduk yang menyerangnya selepas berlaku kemalangan di antara van yang dipandunya dengan sebuah motosikal dinaiki dua remaja di Jalan Pekaka, di Kota Damansara, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.20 malam itu, seorang remaja berusia 16 tahun yang menunggang motosikal berkenaan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini, manakala seorang lagi berusia 15 tahun cedera.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pemandu van berusia 21 tahun terbabit diserang lebih 10 penduduk yang salah faham dengan menyalahkan mangsa kerana dikatakan mengakibatkan kemalangan berkenaan.

“Hasil siasatan polis mendapati, ketiga-tiga individu terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan kemalangan itu bersifat biasa. “Tindakan penduduk menyerang serta membakar van mangsa keterlaluan dan menyalahi undang-undang,” katanya.

Geng Oxy bakar mesin ATM lari RM250,000




         
KAJANG: Geng Oxy kembali mengganas. Kali ini memecah dan membakar sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Kompleks Diamond, Bandar Baru Bangi, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, geng terbabit yang membakar sebuah daripada lima mesin ATM kawasan itu melarikan wang berjumlah RM250,000.


Geng itu turut merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan dikesan polis.

Saksi kejadian berusia 20-an yang enggan dikenali berkata, pada jam 3.30 pagi ketika memandu kereta di kawasan itu, dia melihat seorang lelaki keluar dari bank berkenaan.


Katanya, lelaki itu memegang sebatang besi panjang meluru keluar dan masuk ke dalam sebuah kereta yang sedia menunggu di tepi jalan berdekatan bank.


“Saya hanya melihat seorang lelaki keluar dari bank itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya mendapat maklumat kejadian kebakaran mesin ATM itu pada jam 4.20 pagi selepas seorang saksi membuat laporan selepas mendengar sistem penggera bank berbunyi.

Katanya, siasatan awal mendapati satu mesin ATM dipecah sebelum dibakar dan empat kotak wang dalam ATM itu dilarikan.


“ATM itu dipecahkan menggunakan alat pemotong logam oxyacetylene sebelum dibakar menyebabkan api marak membakar keseluruhan mesin dan ia dipadamkan bomba yang tiba sebaik dimaklumkan kejadian itu.

“Terdapat lima mesin ATM di kawasan kejadian dan ketika itu, tiada pengawal keselamatan bertugas,” katanya.


Menurutnya, CCTV dalam bank itu juga dirosakkan mereka sebelum memecahkan dan membakar mesin berkenaan.


“Jumlah kerugian dan suspek masih dalam siasatan,” katanya.


Harian Metro melaporkan, pada 2 Julai lalu sekumpulan lapan lelaki dipercayai Geng Oxy kerana menggunakan modus operandi alat pemotong logam oxyacetylene ketika merompak mengambil masa kurang sejam untuk memotong pintu empat mesin ATM sebelum melarikan wang berjumlah RM1.17 juta dalam kejadian di sebuah pasar raya besar di Wangsa Maju.

Lelaki Kanada mengaku dera isteri




         
BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang lelaki rakyat Kanada semalam mengaku bersalah atas dakwaan mendera isterinya dan akan dijatuhkan hukuman esok (hari ini) oleh Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan.

Arnold Frederick Tauber berkelahi dengan isterinya mengenai masalah kewangan pada 16 September lalu. Tauber pulang dalam keadaan mabuk dan mengejutkan isterinya dengan menendang pintu bilik tidur lalu mencetuskan pergaduhan. Tauber menolak isterinya ke dinding sebelum mencampakkan wanita itu ke atas katil menyebabkan mangsa cedera di dahi dan mengalami pendarahan. Dua anak perempuannya yang mendengar kekecohan itu bergegas masuk ke dalam bilik tidur ibu bapa mereka. Kedua-duanya kemudian membantu mangsa sebelum menghubungi polis. - BT

Pejabat JTK, SPR, SPRM Terengganu dipecah masuk



Kuala Terengganu: Pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Wisma Persekutuan di Jalan Pejabat di sini, dipecah masuk, semalam.

Hanya pejabat JTK dan SPR mengalami kerugian apabila penjenayah melarikan sejumlah wang tunai yang disimpan dalam laci dan peti besi, manakala tiada sebarang kerugian dilaporkan di SPRM.

Kejadian disedari kakitangan agensi yang mendapati pejabat di tingkat enam berselerak sebaik tiba jam 7 pagi, selain kesan umpil di pintu dan tingkap.
Suspek hanya memfokuskan wang tunai saja kerana tiada barang lain hilang termasuk komputer riba milik kakitangan yang ditinggalkan di pejabat” - Fakhrul Razi Ab Wahab, Pengarah SPR Terengganu
Pejabat berterabur

Penolong Pengarah JTK Terengganu, Burhanuddin Jusoh, berkata kejadian itu disedari Ketua Kerani, Rohana Abdullah, yang terkejut melihat pejabat berterabur seolah-olah dipecah masuk.

Berikutan itu, kakitangan pejabat membuat pemeriksaan dan mendapati bilik Burhanuddin dan bilik Pengarah, Mohd Azmi Muhammad serta laci semua kakitangan diselongkar.

“Pemeriksaan mendapati penjenayah melarikan wang tunai yang disimpan dalam laci, tetapi tidak mengambil komputer dan dokumen penting. Suspek dipercayai masuk melalui koridor,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPR Terengganu, Fakhrul Razi Ab Wahab, berkata kejadian disedari pembantu tadbir jam 7.15 pagi dan pemeriksaan mendapati kabinet besi dan dua bilik termasuk bilik beliau dan timbalannya diumpil.

Masuk melalui tingkap

Katanya, suspek dipercayai masuk melalui tingkap sebelum mengumpil pintu bilik dan kabinet besi serta melarikan peti mengandungi wang tunai sebanyak RM250.

“Suspek hanya memfokuskan wang tunai saja kerana tiada barang lain hilang termasuk komputer riba milik kakitangan yang ditinggalkan di pejabat,” katanya.

Susulan kejadian itu, laporan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu oleh JTK dan SPR Terengganu jam 8.10 pagi dan 9 pagi untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

“Siasatan awal mendapati suspek masuk ke dalam bangunan itu melalui tangga belakang dan masuk melalui tingkap sebelum melarikan diri menggunakan tangga kecemasan,” katanya.