Search This Blog

Sunday, October 7, 2012

32 ditahan berpesta seks, dadah



Sebahagian 32 pengunjung yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah di Damansara, Petaling Jaya, semalam.
PETALING JAYA 6 Okt. - Tujuh pelajar kolej swasta adalah antara 32 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah di sebuah rumah kedai di Jalan SS21/39, Damansara di sini awal pagi ini.
Lebih mengejutkan dalam serbuan pada pukul 3 pagi itu, kesemua yang ditahan iaitu 27 lelaki dan lima wanita adalah berketurunan Melayu dan dipercayai turut membabitkan beberapa anak orang kenamaan (VIP).
Mereka yang berusia antara 19 dan 26 tahun itu dipercayai menyewa premis di tingkat tiga bangunan yang hanya terletak kira-kira 500 meter dari Balai Polis Damansara dengan bayaran RM500 semalam.
Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Petaling Jaya bersama anggota dari Balai Polis Damansara dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya diketuai Asisten Supritendan Mohd. Nazri Daud.
Polis bertindak membuat intipan dan serbuan di premis tersebut setelah menerima aduan orang awam yang curiga dengan aktiviti dijalankan kerana sering mendapati individu menaiki kereta mewah berkunjung ke situ pada waktu malam dan pulang pada sebelah pagi.
Mereka juga curiga kerana mendengar muzik kuat dimainkan dalam premis tersebut, manakala cermin tingkap ditutup dengan kertas minyak bagi mengelak ia dapat dilihat dari luar.
Mohd. Nazri berkata, setelah membuat intipan selama tiga hari, polis akhirnya bertindak menyerbu premis itu pada pukul 3 pagi ini.
"Kami terpaksa memecah jeriji pintu kerana ia berkunci sebelum boleh masuk ke dalam premis membuat pemeriksaan.
"Sebaik sahaja dapat masuk, kami dapati 27 lelaki dan lima perempuan Melayu berusia 19 hingga 26 tahun dalam keadaan khayal," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Beliau berkata, pemeriksaan dalam premis juga menemukan dua set peralatan muzik, kondom yang sudah digunakan dan dadah jenis ketamin.
Mohd. Nazri berkata, siasatan lanjut mendapati tujuh daripada remaja yang ditahan merupakan pelajar kolej swasta, manakala 16 orang iaitu 14 lelaki dan dua wanita positif mengambil dadah jenis amphetamine dan THC.
Katanya, premis berkenaan sudah dua bulan digunakan untuk penganjuran aktiviti muzik, pesta seks dan dadah dengan mengenakan bayaran sewa RM500 semalam.
"Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui 25 biji pil ekstasi seberat 10 gram dalam sebuah kereta Perodua Myvi dan 250 pil Eramin 5 serta 90 biji lagi pil ekstasi dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama," katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung yang ditahan memberitahu, dia bersama rakan-rakan mengetahui mengenai pesta diadakan di premis itu melalui laman sosial Facebook.
"Kami mengetahui mengenai pesta ini melalui Facebook 'sehari bersama kawan-kawan'. Kami dikehendaki membayar RM55 seorang kepada penganjur untuk menyertai pesta yang biasanya bermula pukul 8 malam hingga 8 pagi," katanya.
Difahamkan, premis berkenaan digunakan untuk penganjuran pesta muzik, seks dan dadah sebanyak dua hingga tiga kali seminggu dan pengunjung pulang pada pukul 8 pagi iaitu waktu orang ramai keluar bekerja bagi mengelak aktiviti tersebut dikesan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121007/je_01/32-ditahan-berpesta-seks-dadah#ixzz28bms66ob
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peluncur udara terhempas ditiup angin kencang



SEORANG peluncur udara warga China cedera termasuk patah di beberapa anggota badan selepas alat peluncur yang digunakan mangsa terhempas di atas bumbung sebuah rumah di Bahau, Negeri Sembilan, petang semalam.
JEMPOL 6 Okt. - Seorang peserta pertandingan luncur udara warga China cedera termasuk patah di beberapa anggota badannya selepas alat peluncur yang digunakan mangsa terhempas di atas bumbung sebuah rumah di Taman Soanam di Bahau dekat sini petang ini.
Mangsa, Zhao Hao Hui, berusia dalam lingkungan 20-an, terhempas selepas peluncur itu ditiup angin kencang dalam kejadian pada pukul 3.20 petang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong berkata, mangsa mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Udara Antarabangsa Persekutuan Aeronautikal Antarabangsa (FAI) Ke-2 Jempol 2012 yang bermula semalam.
Beliau berkata, mangsa dikatakan mula meluncur dari Bukit Penarikan di Batu Kikir sebelum ditiup angin kencang sehingga terhempas di atas bumbung rumah dua tingkat itu.
"Saya difahamkan payung terjun pada luncur udara mangsa terkoyak hingga menyebabkan dia hilang kawalan. Dia ditemui dalam keadaan terlantar di anjung rumah berkenaan," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Kok Seong turut berada di rumah tersebut bagi membantu mangsa yang dikatakan patah tulang di beberapa bahagian badannya.
Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Jempol oleh pasukan perubatan penganjur kejohanan tersebut.
Mingguan Malaysia difahamkan selain daripada peserta tempatan, kejohanan itu turut disertai lebih 45 peserta dari Korea Selatan, Vietnam, Singapura dan Thailand.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121007/dn_18/Peluncur---udara-terhempas-ditiup-angin-kencang#ixzz28bmiRyT2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Culik anak doktor: Polis tahan kontraktor

ALOR SETAR - Seorang kontraktor membina kuil ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes penculikan seorang anak doktor pakar berumur 13 tahun 25 September lalu susulan penahanan lima suspek sebelum ini.

Berdasarkan maklumat awal, dipercayai lelaki berkenaan seorang pemimpin parti politik di peringkat bahagian di Kedah, dikatakan mempunyai hubung kait dengan perancang utama kes itu.

Ketua Jabatan Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, suspek berumur 52 tahun itu ditahan ketika berada di hadapan sebuah restoran di Jalan Sekerat, Sungai Petani kira-kira jam 6 petang semalam.

“Kita sudah mendapatkan perintah reman dari pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Datin Chan Lee Fong untuk menahan suspek sehingga 11 Oktober ini bersama lima suspek yang ditahan pada 28 September lalu,” katanya.

Sinar Harian pada 1 Ogos lalu melaporkan polis berjaya menahan empat lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Myanmar berketurunan India disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki.

Penahanan itu dibuat susulan pihak polis menerima satu laporan daripada seorang doktor yang mempunyai sebuah klinik pakar di sini berhubung kehilangan anak lelakinya setelah dipercayai hilang selepas tamat menghadiri kelas tambahan di sebuah rumah di Kampung Pisang, di sini.

Dalam pada itu, sejam kemudian bapa mangsa yang berumur 47 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memberitahu anaknya berada dalam tangan mereka dan menuntut wang tebusan sebanyak RM500,000.

Namun hasil perbincangan keluarga mangsa dan suspek, nilai wang tebusan dikurangkan kepada RM350,000 sebelum membebaskan mangsa.

36 pelatih PLKN Kem Cenderawasih Cador gaduh



ACP-K-Manoharan
$entry.content.caption.value
KUALA TERENGGANU - Gara-gara dituduh memecah masuk lokar rakan, dua kumpulan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seramai 36 orang bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang di Kem PLKN Cenderawasih Cador, Pengkalan Berangan, Marang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian tersebut berpunca apabila satu kumpulan pelatih menuduh ahli kumpulan lain mencuri barang, sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan berkenaan.

“Kumpulan berkenaan seramai 27 orang kemudiannya bertindak menyerang kumpulan satu lagi yang terdiri daripada sembilan orang dan ada daripadanya bersenjatakan kayu, hingga menyebabkan kecederaan.

“Kesembilan mereka cedera dan lebam di badan. Ekoran kejadian itu, satu laporan polis dibuat, sebelum polis bertindak menahan 27 orang pelatih itu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jelas Manoharan, kesemua yang ditahan direman selama empat hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Kilang terbakar kali keempat



Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadam kebakaran menara kilang perabot berkenaan.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadam kebakaran menara kilang perabot berkenaan.
BUKIT RAMBAI – Sebuah kilang perabot di Taman Perindustrian Bukit Rambai di sini terbakar buat kali keempat dalam tempoh 14 bulan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengahari itu, kilang tersebut terbakar selepas kali terakhir berlaku kejadian sama, Julai tahun lalu.

Timbalan Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Kamalrulzaman Mohd. Din berkata, tiga jentera membabitkan 15 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Tangga Batu, Jalan Kubu dan Bukit Katil bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba kira-kira 1 petang, kita dapati menara yang menyimpan habuk kayu di kilang berkenaan sedang berasap.

“Asap ini dipercayai berpunca daripada habuk kayu dalam menara berkenaan yang terbakar,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Kamalrulzaman berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut kira-kira 1.50 petang dan api dapat dipadam sepenuhnya kira-kira sejam setengah selepas itu.

Najis tikus dalam restoran



Nor Najhan (kanan) melihat tahap kebersihan di sebuah restoran ketika operasi restoran di sekitar Pe
Nor Najhan (kanan) melihat tahap kebersihan di sebuah restoran ketika operasi restoran di sekitar Pekan Meru bersama JKKK dan MPK kelmarin.
MERU - Salah sebuah restoran di Pekan Meru dikompaun selepas najis tikus ditemui di bahagian stor premis itu ketika operasi yang dijalankan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Pusat kesihatan Daerah, di sini kelmarin.

Pada operasi sama juga, tiga pengusaha restoran diberikan teguran dan notis setelah didapati tidak mengikut peraturan MPK dan melanggar syarat digariskan pihak berkuasa tempatan itu.
Ahli Majlis MPK Zon N42 (B) kawasan Meru, Nor Najhan Mohd Salleh berkata, antara peraturan tidak dipatuhi pengusaha ialah tukang masak tidak mengambil suntikan Suntikan Typhoid (TY2).

“Mereka juga tidak memakai apron ketika bekerja di premis dan memakai selipar.

“Di samping itu, pengusaha turut melanggar peraturan apabila meletak makanan di atas lantai yang diragui kebersihannya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Pusat Kesihatan Daerah turut melakukan operasi di kilang di Jalan Salleh, Jalan Teratai dan Taman Datuk Bandar.

Katanya, sebanyak 10 kilang diperiksa dan didapati wujud 10 tempat pembiakan jentik-jentik yang disyaki positif ke arah pembiakan Aedes dan boleh menyumbang kepada Denggi.

“Justeru,  kilang terlibat diberikan notis dan diberi amaran kerana kurang menitikberatkan aspek kebersihan di kawasan premis mereka.

"Khuatir pembiakan nyamuk itu memberikan ancaman kepada orang awam dan pekerja kilang, majlis membuat semburan di sekitar kilang tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua operasi itu dilakukan di Meru memandangkan pekan Meru yang diangkat sebagai Zon Bersih bagi daerah Klang.

Nor Najhan berkata, pihaknya turut melaksanakan operasi penjaja selepas menerima aduan orang awam berkenaan kewujudan penjaja tidak berlesen dan menjalankan perniagaan di lokasi tidak sepatutnya.
“Di sekitar pekan Meru, memang diakui ramai penjaja yang tidak berlesen menjalankan perniagaan terutamanya di tepi jalan besar.
“Berikutan kesalahan yang dilakukan itu, kita menasihati penjaja supaya merujuk kepada MPK untuk mengetahui kawasan yang diberikan kebenaran untuk berniaga selain proses berkaitan permohonan lesen daripada MPK.

“Kita bersimpati dengan penjaja lebih-lebih lagi mereka berniaga secara kecil-kecilan dan juga penduduk tempatan,” katanya.
Pada hari sama, Nor Najhan berkata, pihaknya juga turun padang melawat Flat Rebana dan Taman Perumahan Fasa ke 3, Bandar Bukit Raja.

Sesi dialog bersama penduduk, wakil penduduk dan wakil jabatan berkenaan beberapa masalah dihadapi mereka turut diadakan.
Beliau berkata, sebelum ini, MPK  membantu penduduk di situ dengan menampal jalan-jalan yang berlubang di sekitar flat tersebut.

Warga emas bermotosikal maut dilanggar kereta

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas maut dalam perlanggaran melibatkan motosikal yang ditunggangnya dengan sebuah kereta di Kampung Pak Katak di sini petang semalam.
 
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu, Insp Che Rusilan Che Ya berkata Embong Jusoh, 69, dari Kampung Pengkalan Arang di sini meninggal dunia di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 6.15 petang.
 
"Mangsa dengan motosikal melintas dari kiri ke kanan Jalan Tengku Mizan di Kampung Pak Katak berlanggar dengan kereta dari arah Batu Enam yang dipandu oleh  seorang wanita.
 
"Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. Wanita berkenaan bagaimanapun tidak cedera," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Che Rusilan berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. - Bernama

Kereta terbabas, 4 maut 2 parah

KUANTAN - Empat maut manakala dua parah apabila dua buah kereta terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan 4 pagi itu ialah pemandu kereta jenis Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpangnya Bao Shanshan yang merupakan seorang warga China.

Manakala dua lagi ialah pemandu kereta Nissan Skyline iaitu Go Haw Wei, 20, dan penumpangnya Koay Khor Liang, 21.

Dua yang cedera juga merupakan warga China yang berada di dalam kereta Nissan GTR berkenaan.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, kedua-dua kereta itu datang dari arah Kuantan menuju Semambu dan dipercayai terbabas dan melanggar pokok.

"Pemandu kereta Nissan GTR itu sedang membawa tiga warga China yang bekerja di sebuah Spa di sini. Mengikut siasatan awal, kedua-dua kereta terbabit dipandu laju dalam keadaan jalan basah berikutan hujan," katanya.

Semua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.- Bernama

Laman kerajaan diserang

MANILA 6 Okt. - Penggodam yang berang dengan undang-undang siber Filipina, telah menyerang laman kerajaan dengan meletakkan maklumat kecemasan ketika bencana alam.
Sehubungan itu, Jurucakap Presiden Benigno Aquino, Abigail Valte merayu supaya serangan itu dihentikan di laman web dan akaun-akaun media sosial perkhidmatan cuaca, perkhidmatan pemantauan tsunami dan gempa bumi serta agensi kebajikan sosial.
Valte bagaimanapun, tidak mendedahkan tahap kerosakan tersebut. Kesemua laman web yang disebut itu masih beroperasi sehingga petang ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121007/lu_04/Laman-kerajaan-diserang#ixzz28bhOYjRS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Seorang maut, 11 cedera serbuan antipengganas di Perancis

PARIS — Polis Perancis menembak mati seorang suspek yang dipercayai ada kaitan dengan insiden letupan kedai runcit di utara bandar Strasbourg bulan lalu dalam satu serbuan, semalam.

Jurucakap polis berkata, serbuan dibuat selepas mendapat bukti asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki Perancis yang baru menganut agama Islam itu pada bom yang meletupkan kedai runcit itu.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Jeremy Sydney, 33, terbunuh selepas dia melepaskan tembakan ke arah pihak polis dan turut mencederakan tiga anggota polis.

"Sydney sebelum ini berada di bawah pengawasan sejak musim bunga lalu - ketika orang Islam Perancis mengamuk dan menembak sebuah sekolah Yahudi dan askar Perancis, menyebabkan tujuh orang terbunuh," katanya dipetik AP.

Menurut agensi berita SIPA, 11 suspek lain turut ditangkap dalam serbuan yang dilakukan di seluruh negara.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang membawa senapang, wang tunai dan senarai kawasan menjadi tumpuan rakyat Israel di Paris.

Sementara itu, Pendakwa Raya Paris, Francois Molins berkata, semua yang ditahan adalah warga Perancis dan baru memeluk Islam.

“Mereka semua lahir pada 1980-an atau awal 1990-an. Empat lelaki yang terlibat dalam serbuan itutelah menulis wasiat,” katanya.

Dalam sidang media, jurucakap rasmi pasukan anti-pengganas, EricVoulleminot pula berkata, dengan tangkapan itu, pihak berkuasa juga tidak boleh membayangkan apa lagi yang mungkin dilakukan oleh kumpulan terbabit.

Pendakwa Raya berkata, Sydney pernah dihukum penjara pada 2008 selama dua tahun atas kesalahan mengedar dadah dan ekstremis radikal Islam.

Beliau berkata, banduan yang pernah mengenalinya berkata, ketika dalam penjara Sydney turut menunjukkan ciri-ciri mahu kembali kepada ‘tanah jihad’.

Selain itu, Presiden Perancis, Francois Hollande dalam satu kenyataan memuji kejayaan pihak polis dalam serbuan itu dan berikrar pihak kerajaan akan terus ‘melindungi Perancis daripada ancaman pengganas’.

Pada 19 September lalu, sebuah kedai runcit di kejiranan Yahudi di Sarcelles, yang terletak di pinggir Paris dibom pada hari sama sebuah majalah menerbitkan karikatur yang menyindir Nabi Muhammad SAW turut menyebabkan seorang cedera.

Kelab dihadiri anak VIP diserbu

KUALA LUMPUR - Seramai 32 remaja yang khayal akibat dadah di parti liar tersentak selepas sebuah kelab mini di Damansara diserbu polis awal pagi semalam.

Seramai 27 daripada mereka lelaki dan bakinya adalah perempuan.

Tujuh daripada yang ditahan adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) swasta, berusia antara 19 dan 26 tahun.

Ketua operasi, Asisten Superintendan Mohd Nazri Daud berkata, pihaknya turut menjumpai beberapa kondom yang telah digunakan dan dadah ketamin.

“Pintu premis itu terpaksa dipecahkan setelah didapati berkunci. Pemeriksaan ujian air kencing menunjukkan seramai 16 remaja positif dadah,” katanya.

Menurutnya, kelab mini itu dipercayai beroperasi sejak kira-kira dua bulan lalu. Pelanggan boleh menyewanya pada kadar RM500 semalam.

“Dipercayai kelab ini juga turut menjadi pilihan bagi anak kalangan VIP dan ahli perniagaan melepak,” katanya.

Mohd Nazri berkata, hasil soal siasat, polis turut merampas 25 biji pil ekstasi seberat 10 gram di dalam kereta Perodua Myvi di lokasi kejadian.

“Susulan pemeriksaan, polis merampas 250 biji eramin 5 dan 90 biji pil ekstasi di sebuah lokasi di Jalan Klang Lama,” katanya.

Serbuan itu dibuat oleh pasukan daripada Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya jam 3 pagi.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan.

Bomba hentikan kebocoran ammonia dari kilang air batu

BESUT - Kecekapan dan kepantasan enam anggota bomba berjaya menghentikan kebocoran gas ammonia dari sebuah kilang air batu di Jalan Tembila, Kampung Paya Rawa dekat sini hari ini.
 
Pegawai Penjaga Balai Bomba Kampung Raja, Hasmadi Jusoh berkata balai bomba itu menerima panggilan daripada kakitangan kilang berkenaan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 12.50 tengah hari.
 
"Saya bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian, kemudian mendapati kira-kira 500 kilogram gas ammonia yang digunakan dalam proses kilang itu telah bocor dan kami berjaya menghentikan kebocoran kira-kira 1.15 petang," katanya.
 
Beliau berkata kesemua pekerja kilang berkenaan tidak mengalami sebarang implikasi buruk dalam kejadian itu. - Bernama

Demi ibu, sanggup tak kahwin



jaga ibu
Zuraidah menyuap makanan ke mulut ibunya yang lumpuh akibat serangan angin ahmar dan hanya mampu terlantar.
Rosli (tiga, kanan) bertanya khabar kepada keluarga pesakit semalam.
Rosli (tiga, kanan) bertanya khabar kepada keluarga pesakit semalam.
KOTA BHARU - Demi kasih kepada ibu, seorang anak sanggup mengetepikan hasratnya untuk berkahwin bagi menjaga ibunya yang menderita strok sejak empat tahun lalu, di Kampung Kemumin, di sini.

Zuraida Mohamad, 34, yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang kasut, menggalas tanggungjawab yang berat apabila ibunya, Siti Zaharah Jusoh, 59, yang disahkan doktor mengalami penyakit saraf kini hanya mampu terbaring di atas tilam akibat lumpuh.

Penyakit ibunya itu, turut membataskan pergerakan serta pertuturan seharian dan setakat ini, dia hanya mampu terbaring tanpa dapat menguruskan diri sendiri.

Keperitan hidup keluarga ini turut bertambah, apabila abang sulungnya yang merupakan harapan keluarga, Mat Zuki Mohamad, juga meninggal dunia akibat penyakit barah otak beberapa tahun lalu.
Zuraida berkata, setiap hari sebelum keluar bekerja, dia akan pastikan ibunya diuruskan dahulu, dengan memandikan dan menyuapkan makanan sambil dibantu bapanya, Mohamad Sulung, 64.
“Selepas ibu diuruskan, barulah saya keluar bekerja dan pada cuti luang Sabtu dan Ahad barulah saya uruskan ibu sepenuh masa.
“Ayah juga tidak cukup perbelanjaan kerana dia hanya kerja kampung dengan menerima tempahan membuat gula Melaka, lagipun dengan pendapatan ayah itu, masih tidak mampu menampung perbelanjaan bagi membeli keperluan ibu termasuk lampin pakai buang serta susu formula khas untuk membekalkan tenaga kepada dirinya disebabkan keadaan ibu yang tidak mempunyai selera makan,” katanya.

Menurutnya, walaupun bekerja pendapatannya juga hanya sederhana serta masih belum mampu menampung perbelanjaan ubat-ubatan untuk ibunya.
“Harapan saya agar ada pihak yang dapat membantu meringankan beban kami, memandangkan kini saya dan ayah yang menjaga ibu setiap hari kerana tidak mempunyai adik-beradik lain memandangkan abang sudah meninggal dan kakak turut mengikut keluaraga,” katanya.

“Lagipun kami amat memerlukan bantuan terbabit bagi membeli bekalan lampin pakai buang dan susu formula terbabit dan pada anggaran saya , perbelanjaan untuk membeli barangan terbabit bernilai RM 400 sebulan," katanya.

Terdahulu, keluarga terbabit menerima kunjungan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor, Rosli Hassan.

Rosli berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan bantuan selanjutnya termasuk menyediakan tilam khas untuk pesakit di samping mengusulkan kes terbabit ke pada pihak atasan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

Turut serta dalam rombongan itu, pasukan St. John Ambulans serta doktor dari Hospital Univesiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Operasi menyelamat diteruskan



bomba
Usaha mencari dan menyelamat Yoke Kuan yang menggelongsor ke dalam lombong bersama lori dipandunya, kelmarin, masih diteruskan.
SUNGAI SIPUT – Gerakan mencari dan menyelamat Wong Yoke Kuan, 51, yang dikhuatiri lemas selepas lori yang dipandunya menggelongsor ke dalam lombong di Kampung Sungai Buloh di sini, diteruskan semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azman Salim berkata, operasi yang disambung pada jam 8 pagi itu, diperhebat dengan penglibatan 22 anggota penyelamat terdiri daripada polis (Komando 69), bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat itu berjaya menemui lori di kedalaman 21 meter, tidak jauh dari kawasan mangsa dilihat terjunam dalam air.

“Lapan unit skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh serta Kuala Kangsar menggunakan kenderaan operasi berkawalan jauh (ROV) namun, jarak penglihatan sangat terhad.

“Kita menemui lori tetapi mayat mangsa masih lagi tidak kelihatan. Kita berusaha mengalihkan lori bagi mencari mangsa yang mungkin tersepit di dasar lombong itu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Setakat jam 6 petang semalam, anggota penyelamat masih menjalankan operasi dengan berusaha menarik keluar lori dengan menggunakan kren.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, Yoke Kuan tidak sempat menyelamatkan diri apabila lori seberat 10 tan yang dipandu tiba-tiba menggelongsor jatuh ke dalam lombong ketika melakukan kerja-kerja penambakan tanah.

Mangsa yang baru sebulan bekerja ditugaskan memindah dan menambak tanah di tebing lombong bagi membina tapak perumahan.

Kejadian itu turut mendapat perhatian Adun Aulong, Leong Mee Meng dan Adun Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam yang meluang masa meninjau operasi mencari di tempat kejadian.

Kawasan sekitar lombong itu kini menjadi tumpuan orang ramai yang hendak mengetahui nasib bapa kepada enam anak itu selain melihat sendiri usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Rompak, belasah warga Bangladesh



Rompak, belasah warga Bangladesh
Remaja bawah umur (dua, kiri) dan rakannya diiringi anggota polis untuk dihantar ke penjara kerana gagal menjelaskan wang jaminan selepas prosiding di Mahkamah Butterworth.
BUTTERWORTH - Seorang remaja bawah umur dan dua rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 3 di sini semalam atas tuduhan merompak dan mencederakan seorang lelaki dua minggu lalu.
E Ravi, 25, dan G Garunakarana, 24, masing-masing berasal dari Kemunting, Perak serta Taman Sentosa, Klang, Selangor membuat pengakuan itu bersama rakan mereka, remaja berusia 17 tahun semasa prosiding tuduhan di hadapan Hakim Ikhmal Hishan Ahmad Tajuddin di sini semalam.
Tiga sahabat baik itu dituduh bersama merompak dan mencederakan Mubeen Khan, 26, seorang warganegara Bangladesh di Lorong Emas 8, Taman Seri Emas, Nibong Tebal pada jam 11 malam 23 September lalu.
Mereka dituduh menyebabkan pekerja kilang itu mengalami kerugian hampir RM700 apabila telefon bimbit dan sejumlah wang tunainya dilarikan dalam kejadian itu.
Selain menumbuk dan menendang, mangsa yang diikat turut dicederakan dengan sebilah pisau lipat serta diugut akan dibelasah jika membuat laporan polis.
Tiga remaja berkenaan bagaimanapun ditahan 10 hari kemudian selepas mangsa membuat laporan polis.
Mereka bertiga didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan semasa melakukan rompakan.
Di bawah seksyen ini jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun didenda dan disebat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sim yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 setiap seorang manakala semua tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan keluarga mereka tidak berkemampuan.
Bagaimanapun selepas hakim menetapkan wang jaminan sebanyak RM6,000, Garunakarana yang berjaya menjelaskannya dibebaskan, manakala dua rakannya terpaksa bermalam di penjara selepas gagal berbuat demikian.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menantikan keputusan perubatan mangsa yang belum siap.

Pecut selepas gilis mangsa



Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.
ALOR GAJAH – Seorang pemandu treler bertindak memadam lampu dan memecut laju kenderaannya sebaik saja menggilis seorang penunggang motosikal di Jalan Garing, Machap Baru, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, penunggang motosikal warga Nepal, Tek Bahadur Tamang, 23, melambung selepas motosikal jenis Suzuki RG yang dinaiki bersama rakannya, Santha digesel treler terbabit, sebelum dia digilis tayar belakang kiri kenderaan berat itu.

Saksi kejadian, Mohd Fauzi Mohamad Nor, 33, berkata, ketika kejadian, dia memandu kereta bersama isteri dan tiga anaknya yang berada di belakang treler berkenaan pada jarak kira-kira 20 meter.

“Saya melihat treler itu cuba memotong motosikal dinaiki mangsa di sebelah kiri. Tiba-tiba berlaku pergeseran sehingga api keluar dari motosikal berkenaan.

“Saya lihat mangsa melambung sebelum terjatuh ke atas jalan raya, kemudian digilis pula dengan tayar belakang treler itu. Manakala rakan mangsa tercampak ke tebing jalan dan keduanya tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, kelmarin.

Menurutnya, pemandu treler itu tidak berhenti, malah terus memecut laju meninggalkan mangsa di atas jalan.

“Saya membunyikan hon ke arah treler berkenaan, namun pemandunya terus memecut laju, malah bertindak memadamkan lampu serta memotong beberapa kenderaan lain,” katanya.

Menurutnya, dia terus mengekori treler berkenaan untuk mengesan nombor pendaftarannya.

“Dengan memasang lampu tinggi, saya dapat lihat jelas nombor pendaftaran treler itu sebelum bertindak berpatah balik ke tempat kejadian dan melihat keadaan mangsa bersama beberapa pengguna jalan raya yang membantu,” katanya.

Katanya, ketika itu, mangsa masih bernyawa dan orang ramai membawanya ke Hospital Melaka, sebelum membuat laporan di Balai Polis Cawangan Trafik Daerah Alor Gajah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya cedera parah dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Cubaan samun wang zakat gagal



Ilyas (kiri) dan Mohd Riyad menunjukkan pintu peti besi yang dikopek penjenayah selain pintu turut d
Ilyas (kiri) dan Mohd Riyad menunjukkan pintu peti besi yang dikopek penjenayah selain pintu turut diumpil.
Roslan (kanan) bersama kakitangan Pejabat Kemas Kuala Muda menunjukkan laluan yang digunakan penjena
Roslan (kanan) bersama kakitangan Pejabat Kemas Kuala Muda menunjukkan laluan yang digunakan penjenayah.
SUNGAI PETANI – Cubaan sekumpulan penyamun untuk mendapatkan wang hasil kutipan zakat milik Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda gagal apabila peti besi yang cuba diumpil kosong kerana kakitangan terlebih dahulu memasukkan wang berkenaan di bank sebelum kejadian.

Dalam kejadian 10 malam Selasa lalu, kumpulan penjenayah dipercayai masuk melalui bumbung sebelum menyelinap ke Pejabat Kemas Daerah Kuala Muda melalui tingkap dan terus mengumpil pintu Pejabat Zakat yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Pembantu Pegawai Zakat, Ilyas Ibrahim berkata, kejadian hanya disedari pegawai dan kakitangan sebaik datang ke pejabat seperti biasa keesokan hari.

“Apabila sampai, kami dapati pejabat dalam keadaan berselerakan, pintu diumpil, peti besi dibuka, laci setiap meja diselongkar termasuk di bahagian dapur turut dicerobohi,” katanya kepada Sinar Harian.

Ilyas berkata, penyamun dikatakan menghabiskan masa yang panjang untuk membuka peti besi berdasarkan bunyi bising ketukan yang didengari penduduk sekitar termasuk kesan makanan dan minuman yang bersepah dikerjakan mereka dalam kedua-dua pejabat.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam. Penyamun juga licik apabila tidak usik pintu jeriji besi di tingkat bawah sedangkan mereka masuk dan keluar melalui tingkap tengah dan belakang,” katanya.

Sementara itu, Pembantu Tadbir Pejabat Zakat Kuala Muda, Mohd Riyad Mat Tahir berkata, walaupun peti besi tidak mempunyai wang, tetapi suspek sempat melarikan modem, kipas, jam cenderahati berharga, duit tabung kakitangan serta wang tunai kakitangan.

Selain itu, Penyelia Pembangunan Desa Kemas Kuala Muda, Roslan Che Azmi berkata, sejak berpuluh tahun Pejabat Kemas yang terletak di Bakar Arang itu dibuka, ini merupakan kejadian pertama dipecah masuk.

“Dua komputer riba, wang tunai RM400, jam tangan dan beg tangan milik kakitangan yang ditinggalkan di pejabat dikebas penjenayah.

“Bukan itu sahaja, malah kek, minuman teh herba dan biskut yang diletakkan di dapur dan peti sejuk habis dimakan suspek,” katanya.

Difahamkan, ketiadaan pengawal keselamatan bertugas, tiada bunyi penggera keselamatan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedua-dua pejabat memudahkan ia dipecah masuk.

Bagaimanapun, katanya, laporan polis sudah dibuat berhubung perkara itu namun kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kes terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Maut kereta bertembung lori



Keadaan kereta dinaiki keluarga terbabit.
Keadaan kereta dinaiki keluarga terbabit.
RAUB - Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan lori di Kilometer 349 Jalan Raub - Lipis pada jam 12.30 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Zailani Mat Zin, 30, memandu kenderaan jenis Perodua Viva dari arah Lipis.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, mangsa tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori muatan produk coklat.
“Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara itu, isterinya, Noraisyah Rosli (27) tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Raub.” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, dua kanak-kanak yang juga anak pasangan terbabit iaitu Putri Alya Balqis, 4 dan Putri Qistina Batrisyia, 2, menerima rawatan di hospital sama akibat kecederaan di bahagian kepala serta muka.

Katanya, waris mangsa sudah dihubungi untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.
“Pemandu lori, Azman Abdullah (39) pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan sampel darah kedua-dua pemandu diambil untuk ujian dadah serta alkohol.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

11,000 pelajar keracunan strawberi beku di Jerman

BERLIN - Lebih 11,000 pelajar mengalami keracunan makanan, selepas mengalami simptom cirit-birit dan muntah di wilayah Timur Jerman.

Pihak berkuasa tempatan berkata, kejadian itu berlaku selepas pelajar terbabit memakan strawberi beku yang dibekalkan oleh syarikat katering Sodexo.

“Syarikat itu telah membekalkan strawberi beku kepada 500 sekolah dan pusat jagaan harian di seluruh timur Jerman,” katanya.

Menurutnya, 32 pelajar sedang dirawat di hospital tempatan dan dalam keadaan stabil.

Penasihat Kementerian Kesihatan Jerman dari Institut Robert Koch, melaporkan punca keracunan itu sahih selepas doktor mengesahkan keracunan adalah dari strawberi beku terbabit.

“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi merawat dan mengawal keracunan makanan, sebelum merebak kepada pelajar lain,” katanya.

Sementara itu, pihak pembekal yang kesal dengan kejadian itu, membayar ganti rugi kepada mangsa dan keluarga mereka. - Reuters

11 terbunuh perlanggaran bot di China



11 terbunuh perlanggaran bot di China
Sebahagian daripada mayat mangsa bot karam dijumpai pasukan penyelamat di sungai Yuanjiang, Beijing.
BEIJING - Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kemalangan bot di sungai di wilayah tengah China Hunan, kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan, seorang mangsa masih hilang, manakala 10 yang lain cedera, apabila dua kapal berlanggar sesama sendiri di sungai Yuanjiang.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan China berkata, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 10 mangsa daripada 22 orang yang tercampak keluar sejurus kedua-dua kapal terbabit berlanggar.

“Usaha mencari mangsa hilang masih giat dijalankan dan punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat,” katanya.

Menurutnya, kemalangan tersebut adalah kejadian kedua dalam minggu ini.

Sejak Julai lalu, 117 kemalangan bot di catatkan dengan 142 orang terbunuh. - AP

Mayat lelaki dalam kereta

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati dalam keretanya di hadapan sebuah apartmen di Taman Setapak di sini, malam kelmarin.

Mangsa berusia 30-an ditemui penduduk selepas curiga melihat keadaan enjin kereta mangsa yang masih dihidupkan sejak 6 petang hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kereta jenis Proton Savvy yang dipercayai milik mangsa mengeluarkan asap dan cermin tingkapnya ditutup dengan kain.

“Mayat mangsa ditemui terbaring di tempat duduk pemandu dan polis menemui bekas petrol dan tabung arang di tempat duduk belakang.

“Mangsa yang tinggal di Taman Setapak Indah dipercayai mati kurang daripada dua jam sebelum ditemui,” katanya.

Menurutnya, siasatan menjurus kepada pelbagai kemungkinan termasuk ada unsur jenayah.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Maut rempuh pokok



Maut rempuh pokok
Anggota polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian.
SHAH ALAM – Seorang juruteknik maut selepas van jenis Vannete yang dipandunya terbabas dan merempuh pokok di Seksyen 19, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, See Choon Yuen, 27, dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Persiaran Jubli Perak Seksyen 20 ke Seksyen 24 sebelum tayar belakang sebelah kiri van berkenaan meletup.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, akibat rempuhan kuat, mangsa tersepit di kaki, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Menurutnya, pasukan Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke tempat kejadian membantu mengeluarkan mangsa.

“Mangsa dipercayai memandu dalam keadaan laju dan hilang kawalan selepas tayar meletup.

“Ketika kejadian, mangsa memandu seorang diri dan membawa pelbagai barangan elektrik,” katanya.

Mayat mangsa yang berasal dari Bandar Bukit Tinggi dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Bayi 12 hari selamat di pangkuan ibu



bayi terselamat
Kelisa yang remuk dilanggar lori kontena, di Cabang Empat Kampung Banggol Chicha, jam 8 pagi semalam. Gambar kecil: Bayi yang terselamat.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, mengusung Siti Aidah, selepas tersepit di dalam kereta,
Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, mengusung Siti Aidah, selepas tersepit di dalam kereta, akibat kemalangan.
PASIR MAS – Seorang bayi berusia 12 hari, terselamat di dalam pangkuan ibunya, selepas mereka terlibat dalam kemalangan di Cabang Empat Kampung Banggol Chicha, jam 8.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, bayi yang dipangku ibunya, Siti Aidah Mat Zain, 35, hanya cedera selepas kereta Kelisa yang dinaiki dilanggar lori kontena.

Menurutnya, lori yang dari arah Bayu Lalang ke Kampung Gaung, tidak sempat memberhentikan kenderaan di cabang empat, seterusnya melanggar Kelisa.
“Pemandu Kelisa, Nur Bahiyah Mohamad, 21, tidak mengalami sebarang kecederaan, namun penumpang lain, Abdul Rauf Mohamad, 20; Abdul Ghafar Mohamad, 20; Mohd Amirullah Abbas, 9, dan Aimi Amira Mohd Ali, 9, cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Pasir Mas.

“Bayi berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala ibu, Siti Aidah cedera di badan, mendapatkan rawatan di hospital yang sama,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, saksi yang melihat kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah, untuk membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Rule 3 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Nur Bahiyah berkata, mereka dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Pasir Mas, untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut, selepas bayi mengalami masalah kesihatan.

“Saya tidak sempat mengelak, selepas menyedari lori itu tidak memberhentikan kenderaan di Cabang Empat.
“Disebabkan lori memandu dengan laju, kereta kami diseret hampir 10 meter dari tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 8.37 pagi, dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan tujuh anggota.

“Tiba di tempat kejadian, kita dapati terdapat seorang penumpang tersepit, manakala yang lain berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa di bahagian tempat duduk penumpang, kurang lima minit kemudian,” katanya.

‘Tolong pulangkan senapang patah’


         
MERSING: “Saya merayu kepada sesiapa yang mengambil senapang patah milik saya supaya menyerahkannya kepada polis kerana saya bimbang ia digunakan untuk kegiatan negatif,” kata Mohamad Jaafar, 62, yang kehilangan senjata api itu sejak 22 September lalu.

Mohamad yang berasal dari Kampung Teluk Lipat, Endau di sini, mewarisi senapang patah jenis Benelli Super 90 itu sejak 40 tahun lalu daripada arwah bapanya dan sangat berharap ia ditemui semula atau dikembalikan kepadanya.


“Senapang itu banyak berjasa kepada saya untuk menjaga kebun kelapa sawit dan padi daripada ancaman babi hutan serta tupai.

“Kehilangannya merisaukan saya, malah saya tidak berminat lagi menggunakannya jika ia ditemui semula dan sanggup menyerahkannya kepada polis untuk disimpan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, setakat ini pihaknya belum menemui semula senapang patah itu.


“Kami masih berusaha mengesan senapang patah itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 35 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Mohamad menyedari kehilangan senapang patah itu sebaik mahu mengambilnya untuk menembak haiwan perosak di kebunnya.


Senjata api itu disimpan di dalam almari pakaiannya dan dia terus melaporkan kehilangan pada polis.

Seorang lelaki berusia 38 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan selepas polis mendapati dia tidak terbabit dengan kehilangan senapang patah itu.

Hilang sejak raya



         
KUANTAN: “Katanya nak pergi beraya tapi sampai sekarang tak pulang-pulang,” kata seorang bapa, Dzuliloniny Abu Samah, 54, ketika menceritakan kehilangan anaknya, Khadijah, 16, yang dipercayai lari dari rumah sejak 21 Ogos lalu.

Dzuliloniny yang bekerja sebagai Pembantu perangkaan itu berkata, pada hari kejadian iaitu Aidilfitri ketiga, Khadijah yang dipanggil adik memaklumkan mahu keluar beraya ke rumah rakannya selepas dijemput teman lelakinya dikenali sebagai Saiful berusia lingkungan 20 tahun, di rumah mereka di Taman Saujana Bukit Katil, Melaka.


“Sebelum keluar dari rumah, dia meminta daripada saya RM150 namun saya hanya memberinya RM100.

“Dia hanya memaklumkan mahu keluar beraya ke rumah rakannya bersama Saiful dan saya ada berpesan kepada mereka supaya pulang sebelum malam,” katanya memaklumkan Khadijah adalah anak keenam daripada tujuh beradik.


Dzuliloniny berkata, dia tidak sangka Khadijah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Bukit Baru, Melaka itu menghilangkan diri kerana tidak pernah ada sengketa antara mereka sebelum ini.


“Dia keluar rumah sehelai sepinggang bersama Saiful menaiki motosikal Yamaha RXZ pada hari itu. Saya pelik mengapa dia bertindak demikian sedangkan saya sekeluarga tahu dia berkawan dengan Saiful,” katanya memaklumkan Saiful menetap di Felda Neram, Kemaman, Terengganu.

Bapa tujuh anak itu berkata, sejak Khadijah menghilangkan diri, dia sudah lebih empat kali berulang-alik dari Melaka ke sekitar Kuantan untuk mencari anaknya itu tetapi gagal walaupun mendapat tahu Khadijah pernah dilihat beberapa kali di bandar ini.


“Saya tinggal sekejap di rumah keluarga isteri saya, Zaharina Harun, 35, di Balok, di sini, semata-mata mahu mencari adik yang lari mengikut teman lelakinya.

“Namun, sehingga kini saya masih tidak menemui mereka dan buntu di mana mereka berada,” katanya yang membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada 23 Ogos lalu, jam 8.45 malam.


Menurutnya, dia sudah habis ikhtiar untuk mencari di mana Khadijah berada kerana semua panggilan telefon yang dibuat tidak berjawab.


“Saya pernah menghubungi Saiful namun dia juga enggan menjawab panggilan saya,” katanya.


“Abah merayu pada adik jika terbaca berita ini, pulanglah segera, begitu juga dengan Saiful tolong bawa balik Khadijah ke rumah pakcik,” katanya.


Dzuliloniny meminta orang ramai yang tahu atau mempunyai maklumat serta pernah melihat Khadijah supaya menghubunginya segera di talian 019 6526478 atau 013 9487311.

Melambung sebelum digilis


       
ALOR GAJAH: “Saya nampak penunggang motosikal melambung dan terjatuh di atas jalan sebelum badannya digilis treler, manakala pemboncengnya tercampak ke tebing jalan,” kata Mohd Fauzi Mohamad Nor, 33, yang menyaksikan kemalangan ngeri membabitkan sebuah motosikal dan treler tanpa muatan di Jalan Garing, Machap Baru, di sini, malam kelmarin.

Dalam kemalangan jam 8.30 malam, penunggang motosikal warga Nepal, Tek Bahadur Tamang, 23, mati di tempat kejadian manakala pembonceng dikenali sebagai Santha, 20, parah.
Menurut Mohd Fauzi, ketika kejadian dia memandu dalam jarak 20 meter di belakang treler dan menyedari motosikal ditunggang mangsa bersama rakannya berada di depan kenderaan berat itu.

“Treler berkenaan cuba memotong motosikal dinaiki dua lelaki itu sebelum berlaku pergeseran, menyebabkan motosikal dinaiki mangsa terjatuh.


“Pada masa sama, saya nampak penunggang motosikal melambung di atas jalan sebelum badannya digilis tayar belakang treler, manakala rakannya tercampak ke tepi jalan,” katanya, semalam.

Maut kereta rempuh pokok


       
ARAU: Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kangar maut selepas kereta dipandunya merempuh sebatang pokok di Jalan Tambun Tulang menghala ke Simpang Empat berdekatan Kampung Belat Batu, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, Mohamad Muzamil Mansor, 27, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kaki dan pinggang selepas tersepit di bahagian pemandu kereta jenis Perodua Myvi.


Difahamkan, mangsa yang memandu dari arah Arau menghala ke Tambun Tulang cuba mengelak sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan selepas selekoh tajam di situ sebelum terbabas dan melanggar pokok.

Mangsa yang berasal dari Kampung Santan, di sini, dikatakan mengambil cuti sakit dan tidak bekerja pada hari kejadian, namun tidak sempat memaklumkan keluarganya lokasi tujuannya ketika kejadian.


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, mangsa yang memandu berseorangan cuba mengelak kereta yang diletakkan di bahu jalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan.


“Mangsa gagal mengawal kenderaan dipandunya sebelum terbabas dan merempuh pokok di bahu jalan bertentangan, menyebabkan bahagian depan keretanya remuk.

“Menurut saksi, mangsa yang ketika itu masih bernyawa tersepit lebih 15 minit di ruang pemandu sebelum cuba dibantu orang ramai,” katanya. Menurutnya, sejurus kejadian, pemandu kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu kiri jalan berkenaan melarikan diri dan gagal dikesan polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas itu.


“Ketika itu mangsa masih bernyawa namun menghembuskan nafas terakhir sejurus pihak bomba mengeluarkannya dari kereta. Mayatnya dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, polis juga memohon orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian, termasuk pemilik kereta Kancil yang juga saksi utama kejadian, supaya menghubungi polis melalui talian Rakan Cop di nombor telefon 04-9711999.

Krisis keluarga punca gadis 12 tahun liar


   
KUALA LUMPUR: Akibat tabiat si bapa yang gemar memukul ibunya, anak perempuan pasangan berkenaan berusia 12 tahun menunggang motosikal tanpa lesen sejauh 40 kilometer (km) untuk mencari hiburan sebelum dicekup dalam Ops Samseng Jalan Raya di sekitar ibu kota, semalam.
Kanak-kanak bawah umur itu juga berhenti sekolah sejak sebulan lalu kerana mendakwa tidak mampu fokus pada pelajarannya akibat krisis keluarganya.

Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, kanak-kanak itu yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda bersama seorang rakannya berumur 16 tahun ditahan untuk pemeriksaan.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati kedua-dua remaja berasal dari Kajang itu tidak memiliki lesen memandu dan tidak membawa kad pengenalan.

“Siasatan lanjut mendapati mereka keluar dari rumah pada awal pagi menaiki sebuah motosikal milik ahli keluarga dan menuju ke Kuala Lumpur untuk mencari hiburan.

“Mereka mengaku mencari ketenangan dan mengalami tekanan akibat tabiat bapa yang suka memukul ibu di depan anak-anak,” katanya kepada Metro Ahad, semalam.
Katanya, kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur sebelum ibu bapa masing-masing diminta hadir untuk diberi amaran.

Azmi berkata, turut ditahan seorang lelaki berumur 24 tahun yang bekerja sebagai pekerja landskap atas kesalahan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.
“Sebanyak 92 saman dikeluarkan selepas memeriksa 230 kenderaan dalam operasi yang dijalankan dari 12 tengah malam hingga 3 pagi,” katanya.

Hanya jadi pemuas nafsu

NADIA... setia menunggu untuk dijadikan isteri kedua.
NADIA... setia menunggu untuk dijadikan isteri kedua.
KUALA LUMPUR: Dia hanya gadis naif berasal dari sebuah kampung di utara Semenanjung. Tanpa kelulusan tinggi, Nadia yang ketika itu berusia 21 tahun berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pekerja kilang.
Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan di Kuala Lumpur, perkenalannya dengan ahli perniagaan, Zahrain, 53, mengubah kehidupannya untuk bakal bergelar ‘penghuni neraka’.
Diberi duit poket RM5,000 sebulan seperti gaji eksekutif muda dan disediakan rumah serta kereta, Nadia nekad berhenti kerja 12 tahun lalu, semata-mata inginkan kemewahan dan keselesaan hidup selepas lelaki itu berjanji menjadikannya isteri kedua.

Namun janji tinggal janji. Impiannya untuk menjadi suri hidup lelaki kaya itu belum kesampaian, sebaliknya dia hanya dijadikan pemuas nafsu sejak 12 tahun lalu.


Setiap kali diajukan soalan berkaitan perkahwinan, pelbagai alasan diberikan Zahrain seperti belum bersedia dan minta bersabar.

Budak 12 tahun antara ditahan

Anggota  polis memeriksa motosikal yang ditahan dalam Ops  Samseng  Jalan Raya  di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Anggota polis memeriksa motosikal yang ditahan dalam
Ops Samseng Jalan Raya di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.


Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun antara yang ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dalam Ops Samseng Jalan Raya dilancarkan Unit Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), awal pagi semalam.

Dia yang dipercayai menunggang motosikal kira-kira 30 kilometer dari Kajang, difahamkan sudah berhenti sekolah sejak sebulan lalu akibat masalah keluarga.
Ketua U3K, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata budak bawah umur itu ditahan ketika menunggang motosikal Yamaha Lagenda bersama seorang rakannya berumur 16 tahun, kedua-dua mereka tiada lesen memandu dan dipercayai dalam perjalanan ke ibu kota untuk berhibur.

Keluar berhibur

“Berdasarkan alamat pada kad pengenalannya, mereka menetap di Kajang. Kanak-kanak itu mendakwa keluar rumah untuk berhibur kerana tidak selesa dengan tabiat bapa yang didakwa selalu memukul ibunya,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi, semalam.

Turut ditahan dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 3 pagi itu seorang lelaki pekerja landskap berusia 24 tahun atas kesalahan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk. Sebanyak 92 saman dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 230 kenderaan dalam operasi berkenaan.

Tekong cuba sogok anggota APMM RM500

 APMM menahan tekong bot nelayan tempatan  kerana  cuba merasuah pegawai penguatkuasa Maritim Malaysia di perairan Tanjung Ayam Pengerang.
APMM menahan tekong bot nelayan tempatan kerana cuba
merasuah pegawai penguatkuasa Maritim Malaysia
di perairan Tanjung Ayam Pengerang.
Johor Bahru: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili, Wilayah Selatan menahan tekong bot nelayan tempatan ketika menyogok RM500 kepada pegawai penguat kuasa selepas dikesan mengangkut diesel tanpa dokumen sah.

Bawa diesel subsidi
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi kelmarin, bot nelayan itu ditahan pasukan penguat kuasa APMM ketika membawa diesel subsidi di perairan Tanjung Ayam, dekat Pengerang.

Ketua Penguat kuasa Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Rozali Mohd Said, berkata, bot APMM pada mulanya terserempak dengan bot nelayan tempatan dalam keadaan mencurigakan dengan berlegar-legar di perairan berkenaan.

Katanya, ketika memeriksa bot itu, APMM menemui lima tong diisi 1,200 liter diesel bersubsidi dan tekong bot gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan diesel berkenaan.

"Tekong bot turut memberi pelbagai alasan dan cuba memberi sogokan wang tunai berjumlah RM500 kepada anggota APMM sebagai habuan melepaskannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Rozali berkata, siasatan awal mendapati, diesel itu dipercayai diangkut dari Sungai kapal untuk dijual kepada kapal di perairan Pengerang.
Sehubungan itu, katanya, tekong bot dan awak-awak warga tempatan berusia lingkungan 50-an ditahan untuk siasatan lanjut kerana kesalahan cuba merasuah serta menyeludup diesel.

Anak hilang bersama kekasih

Dzuliloniny  bersama isteri   menunjukkan gambar anaknya bersama teman lelaki  dikenali sebagai Saiful yang lari dari rumah kira-kira dua bulan lalu. - Foto Azmaidi Abidin
Dzuliloniny bersama isteri menunjukkan gambar anaknya
bersama teman lelaki dikenali sebagai Saiful yang lari
dari rumah kira-kira dua bulan lalu. - Foto Azmaidi Abidin
Bapa ulang-alik dari Melaka-Kuantan cari 'Adik'

Kuantan: Seorang bapa sanggup berulang-alik dari Melaka ke negeri ini seminggu sekali, bagi mengesan anaknya yang hilang sejak 21 Ogos lalu.
Pembantu Perangkaan, Dzuliloniny Abu Samah, 54, menumpang tidur di rumah keluarga isterinya, Zaharina Harun, 35, di Balok di sini, untuk mencari anaknya Khadijah, 16, dipercayai berada di FELDA Neram, Kemaman.

Dzuliloniny berkata, kehilangan anak keenam daripada tujuh beradik itu dirasai kerana mereka rapat selain anaknya itu tidak pernah mempunyai masalah dengan ahli keluarga lain.

Kehilangan mengejutkan

“Kehilangannya mengejutkan kami kerana Khadijah tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum menghilangkan diri. Saya yakin dia tiada masalah dengan kami, sebab itu saya sanggup berulang-alik ke sini mencarinya.

“Lagipun, saya tahu teman lelakinya tinggal di kawasan ini (FELDA Neram, Kemaman) dan tidak menolak kemungkinan akan terserempak dengan mereka suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui di sini semalam. ‘Adik’ minta duit

Katanya, sebelum Khadijah atau dipanggil ‘Adik’ oleh ahli keluarga lain hilang, anaknya itu ada meminta wang RM150 daripadanya untuk bekal beraya di rumah rakan.

“Saya cuma bagi RM100 saja dan selepas itu, teman lelakinya bernama Saiful datang menjemputnya di rumah kami di Taman Saujana, Bukit Katil, Melaka. Saya ada berpesan supaya dia pulang sebelum malam, namun sampai tengah malam, mereka tidak muncul.

“Keesokannya, saya bersama ahli keluarga keluar mencari mereka di sekitar bandar ini, namun gagal. Akhirnya, selepas puas ikhtiar, saya ambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada 23 Ogos lalu,” katanya.

Katanya, Khadijah masih bersekolah di Sekolah Menengah Bukit Baru, Melaka dan sudah menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya itu sejak dua tahun lalu.

“Cubaan menghubungi teman lelakinya juga menemui jalan buntu, panggilan saya tidak pernah berjawab, ” katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Khadijah boleh menghubungi 019-6526478 atau 013-9487311 atau balai polis berhampiran.

Risau kesan radiasi

AMPANG: Lima kes kematian dengan satu disahkan akibat penyakit barah dalam tempoh tidak sampai dua tahun membabitkan penghuni di kediaman berhampiran pencawang telekomunikasi milik sebuah syarikat swasta mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk di Taman Bukit Teratai, di sini.
Penduduk, Chan Kong Lim, 50-an, yang kehilangan isteri akibat barah tahun lalu berkata, kejadian itu menyebabkan dia dan anaknya trauma kerana bimbang turut menerima nasib sama.

“Sejak kematian isteri, saya tidak lagi menggunakan bilik utama di rumah yang bertentangan dengan pencawang telekomunikasi itu kerana takut menghidap barah kesan daripada pancaran radiasi berterusan.

“Saya sayu setiap kali melihat bilik itu kerana teringat mendiang isteri. Kehilangannya akibat barah menambah kesedihan saya kerana percaya kesan radiasi daripada pencawang terbabit antara penyebab utama isteri diserang barah,” katanya.

Dia ditemui pada sesi dialog penduduk mengenai pembinaan pencawang telekomunikasi yang terlalu dekat dengan kawasan perumahan anjuran Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Ben Liew Pok Boon di Medan Selera Bukit Teratai, dekat sini, semalam.

Sesi dialog berkenaan diadakan antara sebahagian 400 penduduk yang membuat bantahan dengan wakil daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi terbabit.


Kebimbangan sama turut disuarakan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Kiat, kerana beranggapan lima kematian dalam tempoh itu bukan kes terpencil dan sesuatu yang luar daripada norma kebiasaan.

Parti liar siswa diserbu

SERBU... antara remaja ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kedai yang dipercayai menganjurkan parti liar.
SERBU... antara remaja ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kedai yang dipercayai menganjurkan parti liar.
PETALING JAYA: Mengejutkan apabila sekumpulan remaja, termasuk pelajar kolej swasta, berpakat menganjurkan parti liar yang menyajikan dadah dan seks di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Damansara, di sini, yang turut diubahsuai menjadi disko mini, semalam.
Kegiatan mereka terbongkar selepas premis itu diserbu pihak berkuasa awal pagi.
Dalam serbuan jam 3 pagi, 27 lelaki dan lima wanita berusia antara 19 hingga 26 tahun yang kebanyakannya berada dalam keadaan khayal, dicekup.

Serbuan terhadap disko mini yang dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu dijalankan hasil intipan tiga hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, selepas mendapat maklumat awam mengenai kegiatan tidak bermoral di premis berkenaan.


Sepasukan polis dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menyerbu premis terbabit terpaksa memecahkan jeriji besi pintu utama yang dikunci dari dalam sebelum ke tingkat tiga yang dijadikan ruang untuk berhibur.

Strawberi punca muntah, cirit-birit di Jerman

STRAWBERI yang tercemar dipercayai telah menyebabkan hampir 11,000
orang mengalami muntah dan cirit-birit di timur Jerman. - Gambar hiasan

BERLIN - Pihak berkuasa Jerman telah mengenal pasti strawberi-strawberi beku menjadi punca kepada tersebarnya wabak radang perut dan usus atau gastroenteritis di timur Jerman.
Penyakit itu dikatakan menyerang lebih 11,000 orang terutama kanak-kanak di sekolah rendah dan pusat-pusat jagaan.
Pusat kawalan penyakit kebangsaan, Institut Robert Koch pada lewat Jumaat mengesahkan bahawa kajian-kajian yang dijalankan mendapati wujud hubungan kukuh antara pengambilan makanan yang mengandungi strawberi dengan kes-kes muntah serta cirit-birit.
Bukti-bukti juga menunjukkan norovirus, penyakit bawaan makanan atau air itu merupakan punca kejadian tersebut. Namun, institut itu tidak menolak kemungkinan atau patogen lain menjadi puncanya.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Jerman, Holger Eichele memberitahu, strawberi-strawberi itu dipercayai datang dari luar Kesatuan Eropah (EU). Masalah muntah dan cirit-birit itu bagaimanapun tidak terlalu serius apabila pesakitnya tidak perlu ditahan di hospital. - Agensi