Search This Blog

Thursday, October 4, 2012

Culik kanak-kanak sembilan tahun, pasangan kekasih dipenjara seumur hidup

GEORGE TOWN: Sepasang kekasih dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan memperoleh wang tebusan RM200,000, tiga tahun lepas.

Lai Khan Mei, 35, dan teman wanitanya, Gao Bingju, 25, seorang warga China, didapati bersalah melarikan dan mengurung kanak-kanak itu di sebuah rumah di Taman Gemilang Ria, Bukit Mertajam, dekat sini, kira-kira jam 5.30 petang, 19 Disember 2009.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Amin Firdaus Abdullah turut menjatuhkan hukuman 15 kali sebatan terhadap Lai selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata, mahkamah menolak keterangan Lai yang mengatakan wang yang ditemui ketika dia dan Gao ditangkap di Genting Highlands adalah pemberian kawan-kawannya.


"Mahkamah mendapati keterangan dikemukakan pihak pendakwaan berjaya membuktikan identiti kedua-dua tertuduh terlibat dalam kes ini," katanya. - Bernama

Polis Johor beri amaran kepada along

JOHOR BAHRU: Polis Johor memberi amaran kepada ceti haram atau along supaya berhenti daripada menampal iklan pinjaman wang di tempat atau harta awam di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata pihaknya bukan sahaja akan menanggalkan iklan tersebut tetapi juga akan mengenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ke atas pihak yang mencetak iklan tersebut. "Kita akan menjalankan operasi bersama pihak berkuasa tempatan bagi menanggalkan semua iklan along ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Upacara Pemakaian Lencana Pangkat Anggota Pangkat Rendah Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Pihaknya juga akan mengenalpasti ceti haram ini dan mengenakan tindakan ke atas mereka.

Selain bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, polis juga akan mendekati orang awam kerana yakin orang awam mampu membantu mencegah jenayah.

Program mendekati orang awam ini akan dijalankan pada hari Ahad di mana mereka boleh berjumpa dengan ketua polis atau ketua jabatan untuk membuat aduan mengenai masalah dengan polis atau masalah jenayah di tempat mereka. - Bernama

Jel 4 tahun, denda RM6,000 kerana pukul pelajar

PETALING JAYA - Seorang pembantu kedai telefon bimbit dihukum penjara empat tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah mencederakan seorang pelajar dengan menggunakan topi keledar dan buku lima di Damansara Damai, di sini, Mei lepas.
 
Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Noor Hajibul Yadi Hashim, 23, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.
 
Suraiya memerintahkan hukuman penjara terhadap Noor Hajibul Yadi bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 8 Jun lepas dan tambahan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
 
Noor Hajibul Yadi, bersama tiga lagi yang masih bebas, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas pelajar berusia 18 tahun, iaitu luka di kepala dan retak tulang pipi.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaki lima hadapan Cyber Cafe SGB Network N007 Jalan PJU 10/2C Damansara Damai, di sini, pada 2.55 pagi, 21 Mei lepas.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
 
Ketika memohon meringankan hukuman, Noor Hajibul Yadi berkata dia perlu menanggung ibunya yang sudah tua.
 
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun. - Bernama

Bekas pengurus didakwa tipu, pecah amanah lebih RM3 juta

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengurus kanan jualan syarikat pembekal telefon pintar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menipu dan pecah amanah membabitkan lebih RM3 juta, tahun lepas.
 
Bagi pertuduhan menipu, Afizan Md Yusoff, 28, didakwa memperdayakan Syarikat Silver Ridge Technologies Sdn Bhd untuk mempercayai bahawa ada tempahan untuk 1,600 unit Blackberry Touch 9900 dan Blackberry 9790 bernilai lebih RM2.5 juta daripada Syarikat JFAZ Trading & Services Sdn Bhd dan Syarikat E Mobile Sdn Bhd.
 
Beliau didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebat.
 
Afizan turut didakwa pecah amanah di bawah Seksyen 408 kanun yang sama apabila dengan curangnya membuat enam tempahan barangan jenama Blackberry pelbagai model untuk kepentingan syarikat miliknya Iaitu Syarikat Margee Resources Sdn Bhd.
 
Perbuatan tertuduh sebagai pengarah syarikat dan pengurus menyebabkan Syarikat Ridge Technologies mengalami kerugian bernilai RM526,000.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di DI 4-6, Jalan 28/70A, Desa Sri Hartamas, di sini, antara Sept 2011 hingga 26 Mac lalu.
 
Hakim S.M. Komathy membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin selain melaporkan diri dua minggu sekali di Balai Polis Puchong Jaya dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
 
Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar jaminan tersebut.
 
Kes itu akan disebut semula pada 7 Nov ini.
 
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Sariaty Zainal manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Pemungut hutang dipenjara dua tahun, 10 sebatan kerana menipu

PETALING JAYA - Seorang pemungut hutang di sebuah syarikat guaman dihukum penjara dua tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas 24 pertuduhan menipu seorang pelajar perempuan membabitkan kerugian RM5,880, Mac lalu.
Majistret Nazri Omran menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Afiq Mohd Yassin, 22, dari Negeri Sembilan setelah dia menukar pengakuan kepada bersalah ketika pertuduhan dibacakan.
Mahkamah memerintahkan Mohd Afiq menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, 18 Jun lepas.
Mohd Afiq bernasib baik kerana jumlah sebatan dikurangkan daripada 24 sebatan kepada 10 kerana tertuduh merupakan pesalah muda mengikut Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 sebatan.
Mohd Afiq didakwa dengan curangnya memperdayakan Mastura Hanim Madzlan, 21, sehingga mendorong wanita itu memasukkan wang berjumlah antara RM120 dan RM840 ke akaun milik tertuduh bagi pembelian barangan rampasan kastam seperti telefon pintar dengan tertuduh bertindak sebagai 'orang tengah'.

Mohd Afiq didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB bank Serdang Perdana, Seri Kembangan, Selangor antara 2.30 petang dan 2.56 petang pada 12 Mac dan 20 Mac lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala tertuduh diwakili peguam Maria Soo Sai Raj. - Bernama

3 lagi suspek ditahan disyaki larikan muatan lori

SHAH ALAM - Polis menahan tiga lagi lelaki kerana disyaki mengambil kesempatan melarikan sebahagian barang muatan sebuah lori yang mengalami kemalangan berhampiran Ulu Bernam, dekat sini pada 22 Sept lepas.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata ketiga-tiga lelaki berumur 27 hingga 44 tahun itu diberkas di sekitar Bukit Sentosa antara pukul 11 malam tadi dan 1 pagi ini.
 
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata penahanan ketiga-tiga lelaki itu membawa kepada penemuan barangan seperti sebuah komputer riba, dua skrin monitor dan beberapa kotak ubat-ubatan dianggarkan bernilai RM10,000.
 
Katanya kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
 
Pada 23 Sept lepas, polis menahan dua lelaki berumur 31 dan 26 tahun di Hulu Selangor kerana disyaki melakukan kesalahan sama.

Berikutan penahanan dua lelaki itu, polis menemui semula barang muatan lori bernilai kira-kira RM20,000.
 
Kecurian muatan lori itu berlaku semasa pemandu lori berumur 46 tahun itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu berikutan kecederaan yang dialami dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 2.15 pagi.
 
Akibat kemalangan itu, lori lima tan yang membawa pelbagai barangan termasuk komputer riba, makanan, barangan kosmetik dan alat ganti kenderaan yang kesemuanya bernilai kira-kira RM800,000, turut mengalami kerosakan teruk. - Bernama

Sindiket curi kabel, kenderaan tumpas

SUNGAI PETANI 3 Okt. - Satu sindiket mencuri kenderaan dan kabel telefon berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya empat lelaki dan tiga wanita termasuk dua remaja bawah umur di sini malam tadi.
Kesemua suspek berusia 13 hingga 26 tahun itu berjaya ditahan pihak polis dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam di sebuah hotel di sini.
Hasil siasatan, polis menemukan tujuh buah kereta buah kereta curi yang terdiri daripada masing-masing dua buah Proton Wira, Honda Accord dan Proton Iswara, Toyota SEG serta Kia Carren.
Turut ditemui dalam kenderaan curi tersebut adalah beberapa peralatan memotong kabel telefon.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, dengan tertangkapnya suspek tersebut, pihaknya percaya dapat menyelesaikan banyak kes kecurian kabel dan kenderaan di daerah ini.
Tambahnya, kes tersebut disiasat mengikut seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121004/je_06/Sindiket-curi-kabel-kenderaan-tumpas#ixzz28L2R7wSu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kes pecah amanah: Suami isteri dipenjara 10 tahun

Aishah
Aishah dibawa keluar dari mahkamah.
Johari
Johari dibawa keluar dari mahkamah.
GEORGETOWN - Sepasang suami isteri masing-masing dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah hartaRM1.57 juta  milik Bank Muamalatcawangan Universiti Sains Malaysia (USM).
Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menjatuhkan hukuman terhadap Aishah Mohamed Rose, 51, bekas Ketua Pusat Khidmat Pelanggan Bank Mualamat dan suaminya, Johari Ahmad, 51, seorang peguam, selepas pihak pembela gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Aishah diperintah menjalani hukuman penjara 10 tahun dari tarikh disabit atas pertuduhan pecah amanah ketika urusan penguasaan dan perjalanan ke atas harta berjumlah RM1.57juta antara 23 Februari dan 7 Disember 2009.
Bagi pertuduhan itu, Aishah didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara, Johari dikenakan hukuman penjara 10 tahun dari tarikh disabit atas tuduhan bersubahat dengannya isterinya untuk melakukan pecah amanah, pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca­kan bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan, boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, sebat, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi satu lagi pertuduhan, Aishah dan Johari masing-masing diperintah menjalani hukuman penjara lima  tahun dari tarikh disabit.
Mengikut pertudahan, Aishah didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM183,702.63 melalui cek bertarikh 1 Disember 2009 ke dalam akaun pelanggan firma guaman.
Untuk itu, Aishah didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 Disember 2010, di cawangan bank berkenaan.
Sementara Johari pula didakwa bersubahat dengan isterinya itu untuk melakukan aktiviti pengubahan wang haram pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM5 juta.
Sitarun Nisa memerintahkan kedua-dua hukuman itu  berjalan secara serentak.
Bagaimanapun, Sitarun Nisa membenarkan permohonan peguam bela Md Yusuf Md Idris yang mewakili pasangan suami isteri itu untuk menangguh pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Wang jaminan terhadap Aishah dan Johari turut dinaikkan dari RM100,000 kepada RM150,000.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puveneswaran Mohanasundram.

Bot berlanggar, lima pelancong Taiwan maut

HANOI 4 Okt. - Lima pelancong Taiwan termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam kejadian pelanggaran membabitkan dua buah bot di Teluk Halong, Vietnam semalam.
Stesen televisyen Vietnam Television melaporkan, insiden itu berlaku apabila bot kecil yang dinaiki pelancong berlanggar dengan sebuah kapal besar.
Bot tersebut dipercayai dalam perjalanan pulang ke jeti selepas membawa pelancong melawat sebuah gua yang menjadi tarikan utama di Teluk Halong. - AFP

Kasanova rakam aksi seks model ditahan

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Seorang lelaki kasanova ditahan selepas bukan sahaja memaksa seorang model iklan melakukan seks oral bersamanya malah turut merakam aksi mereka di sebuah hotel di Jalan Chow Kit di sini Jumaat lalu.
Suspek berusia 32 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Jalan Ipoh di sini pukul 8 malam tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan model iklan susu tepung berusia 31 tahun dan telah berkenalan dengan suspek sejak tiga bulan lalu, dikatakan telah dipaksa ke hotel tersebut.
Sumber berkata, bagaimanapun setibanya di situ, mangsa telah ditumbuk dan diterajang bertalu-talu sebelum dipaksa melakukan seks oral manakala aksi mereka pula dirakam menggunakan telefon bimbit.
"Mangsa berjaya melarikan diri dan membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi keesokan harinya. Bertindak atas laporan itu, polis menahan suspek pukul 8 malam tadi.
"Dalam serbuan itu, polis telah merampas lapan unit telefon bimbit milik suspek malah polis juga menemui beberapa rakaman aksi seks suspek bersama beberapa wanita termasuk mangsa dan beberapa wanita tempatan serta warga asing dari Filipina.
"Soal siasat juga mendapati mangsa sering dipukul suspek sepanjang perkenalan mereka selain wang mangsa turut ditipu," katanya.
Tambah sumber itu, kes disiasat mengikut Seksyen 377 (c) Kanun Keseksaan kerana memaksa melakukan seks oral.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121004/je_04/Kasanova-rakam-aksi-seks-model-ditahan#ixzz28L11PL9m
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sembilan maut dalam letupan stor di Lebanon

BAALBEK, Lebanon 4 Okt. - Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan tujuh lagi cedera dalam satu siri letupan yang menggegarkan Lembah Bekaa yang dikuasai kumpulan pejuang Hezbollah, semalam.
Menurut pegawai keselamatan yang enggan dikenali, empat pekerja Syria merupakan antara mangsa yang cedera.
Penduduk tempatan berkata, letupan terbabit berlaku di stor simpanan senjata yang terletak di bangunan tidak berpenghuni antara kampung Nabishit dan Khodr.
Berpuluh-puluh ambulans turut dilihat dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa yang cedera.
Pegawai keselamatan mengesahkan insiden letupan terbabit namun punca sebenar kejadian masih belum dipastikan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121004/lu_14/Sembilan-maut-dalam-letupan-stor-di-Lebanon#ixzz28L0eItBp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Konstabel mabuk lepaskan tiga das tembakan, cederakan pelayan

KUCHING 3 Okt. - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang dipercayai mabuk melepaskan tiga das tembakan sehingga mencederakan seorang pelayan dalam satu pergaduhan di sebuah pub di Travilion Mall, Padungan di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, anggota polis berusia 21 tahun tersebut bersama seorang rakannya baru sahaja selesai bertugas dan dikatakan datang ke situ untuk berhibur.
Bagaimanapun, berlaku pertengkaran antara dia dengan salah seorang pelayan di pub tersebut sebelum anggota itu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tiga das tembakan.
Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan mendapati tembakan pertama yang dilepaskan di hadapan kaunter mengakibatkan seorang pekerja pub lain yang tiada kena mengena dalam pergaduhan itu cedera di bahagian leher akibat terkena serpihan peluru.
"Dia kemudian melepaskan dua das tembakan semasa berada di luar pub tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Acryl Sani berkata, siasatan menemukan dua kelongsong peluru di luar pub tersebut.
"Anggota yang baru setahun lebih bertugas di Cawangan Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman itu kini ditahan dan ujian air kencing serta darah telah dilakukan terhadapnya untuk siasatan.
"Senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut turut dirampas," katanya sambil memberitahu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Menurut Acryl Sani, pihaknya memandang serius kes tersebut dan akan memastikan kejadian sama tidak berulang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121004/je_03/Konstabel-mabuk-lepaskan-tiga-das-tembakan-cederakan-pelayan#ixzz28L0REiKk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tujuh pesalah siber dihadapkan ke mahkamah

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Seramai tujuh pesalah siber telah dihadapkan ke mahkamah dan kebanyakannya atas kesalahan yang melibatkan penghinaan terhadap institusi beraja.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum berkata, semua jenis kandungan rangkaian termasuk dalam rangkaian sosial internet tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Pihak yang difitnah atau dimalukan boleh mengambil tindakan sivil secara persendirian dengan memfail saman malu ke atas mereka yang didakwa menabur fitnah melalui rangkaian sosial tersebut," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abu Bakar Taib (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat di sini hari ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121004/dn_22/Tujuh-pesalah-siber-dihadapkan-ke-mahkamah#ixzz28L08GML3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anggota polis didakwa rogol, samun

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua pertuduhan, iaitu merogol dan menyamun seorang wanita, dua minggu lalu.

Mohammad Harris Hassan, 36, dari Balai Polis Jinjang didakwa merogol wanita warga Indonesia berusia 27 tahun di sebuah bilik hotel di Jalan Seri Utama Off Jalan Ipoh, di sini, 23 September lalu, sekitar jam 7.35 pagi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dia turut berdepan tuduhan menyamun dua cincin emas, telefon bimbit, dan RM40 milik wanita itu di waktu dan lokasi sama.

Dia mengaku tidak bersalah dan minta mahkamah mengurangkan kadar ikat jamin atas alasan ibunya tidak sihat.

Hakim, Emelia Kaswati Mohd Khalid membenarkan ikat jamin RM10,000 dan menetapkan tarikh 7 November depan untuk sebutan semula kes.

Anggota polis maut, dua lagi cedera kereta terbabas

KUANTAN 4 Okt. - Seorang anggota polis maut manakala dua lagi cedera selepas Proton Wira yang dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan sebelum terhumban ke dalam gaung di Jalan Kampung Lebu dekat Felda Mempaga, Bentong semalam.
Mangsa yang memandu kenderaan terbabit, Lans Koperal Wan Abd Aziz Wan Nik, 51, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong mati di lokasi kejadian.
Manakala penumpang hadapan kenderaan berkenaan, Konstabel Md Fairuz Azni, 25, dan Koperal Hazlina Jaafar, 32, penumpang belakang hanya mengalami cedera ringan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121004/je_08/Anggota-polis-maut-dua-lagi-cedera-kereta-terbabas#ixzz28KzgZddo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rasuah: Timbalan Naib Canselor didakwa



ABDUL Aziz Abdul Samad menutup muka dengan baju ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, Johor, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU 3 Okt. - Timbalan Naib Canselor (Bahagian Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15,000 daripada seorang kontraktor pada 2010 dan awal tahun lalu.
Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad, 52, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.
Dia didakwa meminta dan menerima rasuah tersebut daripada Mohammad Anal Talhah, 41, sebagai dorongan untuk membantu kontraktor berkenaan mendapatkan kerja-kerja daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina UTHM.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan wang tunai pada Disember 2010 manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima wang tunai RM15,000 daripada Mohammad Anal yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi tertuduh di Bank Muamalat, Cawangan UTHM, Parit Raja, Batu Pahat pada 28 Januari 2011.
Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, Abdul Aziz didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Tertuduh turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga B dan Ahli Lembaga Perolehan UTHM, dia didakwa menerima wang suapan itu daripada Mohammad Talhah pada tarikh dan tempat yang sama.
Wang suapan itu didakwa diterima dengan suatu balasan dan mungkin ada kena-mengena dengan urusan yang akan dijalankan kontraktor berkenaan.
Bagi pertuduhan pilihan, Abdul Aziz didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Ghafar Ab. Latif yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Peguam bela tertuduh, Shahrul Syazwan Salehin dan Abdul Halem Mohamad Husin bagaimanapun memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya menanggung seorang isteri, dua bekas isteri dan enam anak.
Mohamad Haldar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan terbabit dan menetapkan sebutan semula kes pada 9 November depan.
Abdul Aziz dibebaskan selepas membayar wang jaminan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121004/ma_01/Rasuah-Timbalan-Naib-Canselor-didakwa#ixzz28KxoGE1Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pekerja Indonesia lancar mogok



Anggota ketenteraman awam Indonesia menghalang pekerja yang mengadakan tunjuk perasaan di kawasan perindustrian Tangerang di pinggir Jakarta semalam bagi menuntut suasana kerja dan gaji yang lebih baik. - REUTERS
JAKARTA 3 Okt. - Ratusan ribu buruh menyertai Mogok Nasional di seluruh Indonesia hari ini dengan matlamat mendesak kerajaan menyemak semula undang-undang bagi melindungi hak pekerja.
Mogok Nasional yang digerakkan oleh Kesatuan Seluruh Pekerja Indonesia (KSPI) itu menyenaraikan tiga tuntutan utama yang perlu disemak semula oleh pihak berkuasa.
Ketiga-tiga tuntutan itu ialah menghentikan sistem perkhidmatan kerja secara kontrak, menaikkan upah buruh serta memberikan manfaat jaminan kesihatan kepada para pekerja.
Seandainya, ketiga-tiga tuntutan itu tidak dipenuhi, fasa kedua gelombang aksi tunjuk perasaan buruh akan diadakan dalam skala yang lebih besar.
Bahkan, ada kesatuan pekerja lain iaitu Kesatuan Pekerja Logam Indonesia (FSPMI) yang tidak akan teragak-agak melancarkan mogok selama sebulan di kota Jakarta.
"Kami akan meneruskan aksi tunjuk perasaan selama sebulan, seandainya pemerintah tidak mahu memenuhi tuntutan kami," kata penyeleras mogok berkenaan, Saiful Bahri dalam ucapannya.
Mogok Nasional yang bermula seawal pukul 7 pagi ini dan berakhir pada pukul 4 petang telah menyebabkan aliran trafik di beberapa wilayah Indonesia lumpuh, sekali gus menjejaskan kegiatan ekonomi.
Industri makanan dan minuman Indonesia dilaporkan mengalami kerugian berpuluh juta ringgit akibat aksi demonstrasi dan Mogok Nasional hari ini seperti diumumkan Timbalan Ketua Gabungan Pengusaha Makanan dan Minuman Indonesia, Yusuf Hadi.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan dijangka seramai dua juta buruh akan turun padang untuk memberi tekanan kepada kerajaan agar menunaikan permintaan mereka.
Demonstrasi besar-besaran itu turut menyebabkan pelbagai kawasan perindustrian lumpuh kerana sebilangan besar pengurusan memberi pelepasan kepada buruh mereka untuk menyertai Mogok Nasional.
Kawasan industri Pulogadung atau Jakarta Industri Estate Pulogadung (JIEP) lumpuh akibat ribuan buruh yang bekerja di 300 kilang di situ menyertai mogok berkenaan.
Mereka yang tidak menyertai demonstrasi itu pula memilih untuk tidak keluar rumah memandangkan kesemua syarikat memberi pelepasan kepada pekerja mereka untuk menyertai Mogok Nasional.
Di Bandung, Jawa Barat, ribuan buruh mengepung pejabat Gabenor wilayah itu dan di depan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah di Kompleks Gedung Sate menyebabkan kesesakan luar biasa berlaku.
Mereka juga bertindak menutup jalan-jalan utama.
Di Batam, Kepulauan Riau pula, jalan menuju pusat pemerintahan yang menempatkan pejabat kerajaan ditutup oleh polis berikutan berlakunya demonstrasi yang sama. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121004/lu_03/Pekerja-Indonesia-lancar-mogok#ixzz28KxA31Ea
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rangka mangsa bunuh ditemui



AHLI forensik arkeologi, Matt Vennemeyer meneliti sambil memeriksa serpihan rangka manusia yang dijumpai di sebuah kawasan di Kampung Hajvazi, berhampiran bandar Bosnia Kalesija.
Pakar forensik bersama ahli Suruhanjaya Antarabangsa bagi Orang Hilang (ICMP), baru-baru ini menemui 10 rangka mangsa yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di negara itu pada 1995.
Kesemua mangsa dipercayai aktivis Islam yang diculik dan disembunyikan sebelum dibunuh. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121004/ba_03/Rangka-mangsa-bunuh-ditemui#ixzz28Kwv6ghS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 perompak larikan RM1 juta



Anggota bomba dan penyelamat melihat sebuah van keselamatan yang dipercayai membawa wang tunai RM500,000 dibakar setelah dirompak di Jalan Tiong Off Taman Eng Ann, Klang, Selangor, semalam.
KLANG 3 Okt. - Lima perompak nekad membakar sebuah van keselamatan yang di dalamnya terdapat dua pengawal dan beberapa karung wang tunai berjumlah kira-kira RM500,000 untuk menghapuskan bukti dalam kejadian di Jalan Tiong Off Taman Eng Ann di sini petang ini.
Sebelum membakar van tersebut kira-kira pukul 6 petang, kesemua suspek yang bersenjatakan dua pucuk pistol terlebih dahulu membawa keluar tiga karung besar wang tunai berjumlah kira-kira RM1 juta dan merampas sepucuk revolver milik salah seorang pengawal keselamatan.
Mereka kemudian meninggalkan tempat kejadian yang lokasinya terletak di lorong kawasan perumahan teres setingkat berserta sebuah kereta Proton Waja berwarna Perak.
Dipercayai, suspek tidak sempat mengeluarkan kesemua wang tunai di dalam van dan terpaksa membakarnya kerana bimbang penduduk di kawasan perumahan itu yang curiga dengan tindak-tanduk mereka menghubungi pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukur Sulong berkata, sebelum tiba di Jalan Tiong, dua daripada suspek telah melarikan van keselamatan itu yang sedang berhenti untuk mengutip wang di sebuah kedai nombor ekor berhampiran pusat beli-belah di Klang Parade di sini pada pukul 5.40 petang.
Beliau berkata, mereka juga menahan dua daripada tiga pengawal keselamatan yang bertugas membawa van tersebut sebelum melarikan diri ke Jalan Tiong yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian.
“Seorang pengawal keselamatan berjaya lari ke dalam kedai nombor ekor dan dua lagi telah dikurung di bahagian belakang van serta dikawal oleh salah seorang suspek. Seorang suspek lagi memandu van menuju ke Jalan Tiong.
“Sampai di sana, tiga lagi lelaki yang menaiki kereta Proton Waja warna perak muncul dipercayai telah mengekori van sejak dari Klang Parade," kata beliau kepada pemberita di tempat kejadian di sini malam ini.
Menurut Mohd. Shukur lagi, kesemua suspek yang tidak memakai topeng kemudian mengarahkan dua pengawal di belakang van membuka peti keselamatan dan mereka segera menurunkan tiga karung besar wang tunai dipercayai berjumlah RM1 juta.
Kata beliau, mereka terus mengunci pintu van yang di dalamnya masih ada beberapa karung wang dipercayai berjumlah RM500,000 dan dua pengawal keselamatan sebelum membakarnya dan terus melarikan diri.
“Dua pengawal keselamatan berjaya keluar dari van tersebut yang terbakar teruk di bahagian hadapan dan sebahagian karung duit yang ditinggalkan suspek juga terbakar.
“Pasukan bomba yang tiba selepas dihubungi orang awam berjaya memadamkan api dari merebak dan sebahagian duit dapat diselamatkan," kata beliau.
Tambah Mohd. Shukur, pihaknya kini sedang mengambil kenyataan dua pengawal keselamatan yang mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin van serta seorang rakan mereka yang berjaya lari di Klang Parade bagi membantu siasatan.
Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan gerakan memburu kesemua suspek kini sedang giat dijalankan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121004/je_02/5-perompak-larikan-RM1-juta#ixzz28KweWCAK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita hamil teresak-esak dihukum penjara 80 hari



SHAH ALAM 4 Okt. - Seorang wanita yang hamil tiga bulan menangis teresak-esak selepas dihukum penjara 80 hari oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang majikan berjumlah 60,651, tahun lepas.
Hakim Mat Ghani Abdullah hari ini turut memerintahkan bekas eksekutif akaun, Noraniza Idris, 25, membayar pampasan berjumlah RM40,000 kepada bekas majikan, Syarikat East West Freight Services Sdn Bhd.
Sekiranya gagal membayar pampasan tersebut pada atau sebelum 4 Feb tahun depan, tertuduh perlu menjalani tambahan hukuman penjara selama lapan bulan.
Noraniza didakwa melakukan kesalahan tersebut di premis syarikat di No.27-A, Jalan Berangan, Pelabuhan Klang, dekat sini, antara 29 Julai dan 7 Sept tahun lepas.
Wanita itu, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin, tertuduh muka berkhidmat di syarikat itu pada 7 April tahun lepas ditugaskan menjaga semua urusan perakaunan syarikat.
Pada November 2011, syarikat itu membuat semakan terhadap buku tunai dan mendapati baki akhir adalah RM3,031.52 iaitu kekurangan sebanyak RM1,929.32.
Pengadu, S.Chandra Sekaran, yang merupakan pengarah syarikat itu, telah menghubungi tertuduh dan wanita itu mengaku bahawa dia telah mengambil wang berkenaan untuk kegunaan sendiri.
Syarikat itu seterusnya menjalankan audit terperinci terhadap akaun syarikat dan mendapati lima keping cek syarikat dari EON Bank Group telah dimasukkan ke dalam akaun tertuduh serta suaminya sepanjang tempoh tertuduh bekerja di situ.
Lima cek itu telah ditandatangani pengadu dan seorang lagi pengarah syarikat iaitu Datuk Sin Siew Wah tanpa tertuduh memasukkan butir penerima. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121004/ma_09/Wanita-hamil-teresak-esak-dihukum-penjara-80-hari#ixzz28KvtRVw6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mangsa tragedi feri: ‘Kami fikir kami akan mati’



25 maut tragedi 2 bot penumpang Hong Kong
Salah satu bot penumpang yang terlibat dalam perlanggaran di Pulau Lamma, Hong Kong.
HONG KONG – Hasrat untuk menyaksikan percikan cahaya bunga api sempena Hari Kebangsaan Cina dengan menaiki sebuah feri berkecai apabila ia berakhir dengan tragedi menyayat hati.
Dalam insiden malam kelmarin, dua buah feri telah berlanggar di perairan negara itu yang mengakibatkan 38 kematian.
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 123 penumpang dan masih mencari yang lain.
Menurut penumpang yang terselamat, mereka hanya mempunyai beberapa saat untuk menyelamatkan diri.
"Kami fikir kami akan mati,” kata seorang wanita yang tidak mahu dinamakan kepada CNN.
Bot katanya bergetar dengan ganas sebelum sebahagian struktur binaanya tenggelam.
"Saya membuka tingkap dan menolak kanak-kanak. Saya menghulurkan jaket keselamatan kepadanya dan menolak dia keluar terlebih dahulu," katanya lagi kepada i-kabel.
"Pada masa itu, ia adalah sangat huru-hara.  Bot itu benar-benar berdiri tegak di dalam air… sangat huru-hara. Semua meja dan kerusi di mana-mana seperti slaid.  Segala-galanya telah menggelongsor ke bawah,” tambah beliau.
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan kini sedang menyiasat kemalangan terbabit yang disifatkan insiden maritim terburuk dalam tempoh 40 tahun.
Setakat ini polis telah menahan tujuh krew kapal bagi membantu siasatan kerana membahayakan penumpang.
Perlanggaran feri berkenaan membabitkan feri dari Hong Kong ke Pulau Lamma dan sebuah kapal yang dimiliki syarikat Elektrik Hong Kong yang membawa pekerja-pekerja syarikat dan keluarga untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.
Kenyataan rasmi kerajaan memberitahu kejadian berlaku di luar pantai Lamma kira-kira 8.30 malam waktu tempatan.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Bomba Hong Kong, yang mengetuai usaha menyelamat, kapal mula tenggelam cepat selepas berlaku impak yang kuat.
Usaha menyelamat katanya, sukar kerana jarak penglihatan dan banyak halangan di atas kapal.

Suri rumah jual nombor ekor haram ditahan

KUANTAN - Seorang suri rumah yang dipercayai tauke loteri haram diberkas di rumahnya di Kampung Sungai Penjuring dekat Bentong petang semalam.
 
Semasa intipan dibuat, wanita berusia 51 tahun itu dikatakan sedang sibuk menulis sesuatu dipercayai catatan loteri haram.
 
Menurut Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri, polis menyerbu dan mengepung rumah berkenaan kira-kira 5.45 petang sebelum mengarahkannya membuka pintu.
 
"Ketika polis memperkenalkan diri, wanita terbabit cuba melarikan diri ke belakang rumah namun dia berjaya ditahan.
 
"Hasil pemeriksaan, polis menemui 89 helai kertas yang tercatat nombor ekor haram selain turut merampas sebuah mesin kira dan telefon bimbit," katanya di sini hari ini.

Noor Asyikin berkata polis juga menemui wang tunai berjumlah RM830 yang dipercayai hasil daripada aktiviti jual beli nombor ekor haram terbabit.
 
Katanya wanita berkenaan dan barangan yang dirampas itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
 
"Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan dipercayai sudah terbabit dalam kegiatan haram itu sejak beberapa bulan lalu selain menjadikan rumahnya sebagai markas untuk berurusan jual beli nombor ekor haram," katanya.
 
Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Bernama

Suami Sri Wani mohon gantung perintah bayar kos

KUALA LUMPUR - Suami kepada pengusaha butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, Dr Baharom Sanugi memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini agar perintah Mahkamah Tinggi Syariah, yang sebelum ini memerintahkan beliau membayar kos sebanyak RM12,000, ditangguhkan.

Permohonan untuk menggantung perintah mahkamah difailkan peguamnya, 27 September lalu kerana pihaknya telah memfailkan permohonan rayuan agar mahkamah menyemak semula kos tersebut yang telah dikenakan sebelum ini.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain menetapkan 18 Oktober ini untuk sebutan kes itu bagi pihak peguam Sri Wani memfailkan affidavit balasan terhadap permohonan yang telah dfailkan Baharom.

Pada 30 Ogos lalu,  Baharom diperintah membayar kos kes kepada isteri ketiganya itu selepas Mahkamah Tinggi menolak empat permohonan yang difailkannya, termasuk permohonan faraq nikah (dipisahkan perkahwinan) dan perintah mahkamah agar Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit.

Mahkamah turut menolak permohonan komital (pemenjaraan) dan perintah menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang difailkan oleh Bahrom sebelum ini.

Ekoran itu, Hakim Abdul Walid Abu Hassan menetapkan Baharom membayar kos kepada plaintif sebanyak RM3,000 bagi setiap kes yang difailkan kerana telah membuang masa dan kos plaintif, yang  mana bayaran itu perlu diselesaikan dalam tempoh satu bulan dari kes itu dibacakan.

Baharom, 61, yang mengesyaki Sri Wani  lelaki, telah memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu,  yang memeluk Islam pada 2001

5 maut, 18 cedera letupan paip minyak di Sumatera Selatan

JAKARTA - Lima terbunuh dan 18 lagi cedera akibat letupan dan kebakaran berhampiran saluran saluran paip minyak mentah milik sebuah syarikat minyak di Banyung Lencir, Musi Banyuasin, Sumatera Selatan, hari ini.
Kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu dipercayai berpunca daripada perbuatan mencuri minyak mentah oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Pihak polis Sumatera Selatan bagaimanapun menyatakan bahawa ia masih menyiasat punca kejadian.
Satu laporan yang memetik jurucakap syarikat Pertamina EP, iaitu anak syarikat PT Pertamina yang terlibat dalam kegiatan di sektor huluan, menyebut bahawa syarikat itu telah menghentikan pengedaran minyaknya melalui paip Tempino-Plaju di Bayung Lencir, berikutan kejadian letupan berhampiran saluran paip minyak itu.
Sementara itu laporan yang dimuatkan di laman web Pertamina EP pula menyebut bahawa kebakaran yang berlaku di Bayung Lencir itu berjaya dikawal pada pukul 11.50 pagi, oleh pasukan Pertamina dengan bantuan pelbagai pihak tempatan.
Laporan itu berkata kebakaran di km 219, daerah kecil Bayung Lencir itu dipercayai berpunca daripada perbuatan mencuri minyak mentah daripada paip Tempino-Plaju berdasarkan penemuan bukti di sekitar kawasan tempat kejadian.
"Setakat ini, lima orang meninggal dunia dan 18 lagi cedera melecur.
"Pertamina sangat kesal dengan kegiatan pencurian minyak yang masih sering berlaku di saluran paip minyak Tempino-Plaju hingga sekarang. Kegiatan pencurian ini tidak saja merugikan negara hingga ratusan bilion rupiah tetapi juga telah mengakibatkan kebakaran dan menimbulkan korban jiwa," kata laporan itu.
Ia menyebut bahawa kegiatan pencurian minyak di saluran paip Tempino-Plaju amat membimbangkan dan kerugian yang dicatat sehingga kini mencapai lebih Rp200 bilion.
Kegiatan mencuri minyak mentah itu meningkat sejak pertengahan tahun 2012 dan dalam lima bulan terakhir ini, kehilangan minyak mentah yang dicatat oleh syarikat itu ialah 36,587 tong (Mei), 60,554 tong (Jun), 68,037 tong (Julai), 48,325 tong (Ogos) dan 29,001 tong (September).
Daerah kecil Bayung Lencir merupakan wilayah yang mencatat angka pencurian yang tertinggi iaitu 158 kes pada 2011 dan pada tahun ini hingga September, ia meningkat menjadi 373 kes, kata laporan itu. - Bernama

Culik: Pasangan kekasih dipenjara seumur hidup

GEORGETOWN - Sepasang kekasih dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan memperoleh wang tebusan RM200,000, tiga tahun lepas.
Lai Khan Mei, 35, dan teman wanitanya, Gao Bingju, 25, seorang warga China, didapati bersalah melarikan dan mengurung kanak-kanak itu di sebuah rumah di Taman Gemilang Ria, Bukit Mertajam, dekat sini, kira-kira pukul 5.30 petang, 19 Dis 2009.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Amin Firdaus Abdullah turut menjatuhkan hukuman 15 kali sebatan terhadap Lai selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau berkata mahkamah menolak keterangan Lai yang mengatakan wang yang ditemui ketika dia dan Gao ditangkap di Genting Highlands adalah pemberian kawan-kawannya.
"Mahkamah mendapati keterangan dikemukakan pihak pendakwaan berjaya membuktikan identiti kedua-dua tertuduh terlibat dalam kes ini," katanya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan Shakila Banu Sheik Allaudeen manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam Ku Abdul Rahman Ku Ismail. - Bernama

Kanak-kanak maut, bapa parah selepas kenderaan terbabas

KUANTAN - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut manakala bapanya cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas sebelum terhumban ke dalam kawasan bercuram di Km 48.4 Jalan Ibam - Rompin dekat Rompin semalam.
Tan Beng Wen, 10, dari Perkampungan Orang Asli Kerpal, Rompin mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala bapanya, Tan Beng Hai, 32, cedera parah di muka dan badan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pada pukul 6.10 petang itu, kedua beranak berkenaan dari arah Ibam menuju ke bandar Rompin.
"Jip yang dipandu Beng Hai hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelum terhumban ke kawasan bercuram di kiri jalan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata bapa kanak-kanak itu dirawat di Hospital Muadzam Shah.
Mohamed Fauzi berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu yang memandu laju. - Bernama

Wanita warga Filipina didakwa tipu rakan senegara RM10,400

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Filipina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang rakan senegaranya membabitkan RM10,400, Jun lepas.
Jocelyn De Lo Cruz Sunga, 36, yang merupakan ejen Syarikat Loyal Quest Sdn Bhd didakwa menipu Ailyn Andos Baron, 31, seorang pelancong, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM10,400, sedangkan tertuduh tahu dia tidak mempunyai kuasa mengambil wang itu bagi pihak syarikat untuk membantu Baron mendapatkan permit untuk dirinya dan anak.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Coffee Bean, Bangsar Shopping Center, Brickfields di sini pada 23 Jun lepas.
Jocelyn yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin tidak menetapkan sebarang jaminan kerana tertuduh tiada penjamin dan menetapkan 19 Nov untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam bela.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne. - Bernama

2 geng curi kenderaan, samun dan pecah rumah tumpas

 2 geng curi kenderaan, samun dan pecah rumah tumpas
Datuk Abdul Manan Mohd Hassan menunjukkan sebahagian 14 buah kereta yang dirampas dari dua kumpulan yang terbabit dalam kes kecurian kenderaan di sekitar Negeri Sembilan.
2 geng curi kenderaan, samun dan pecah rumah tumpas
Sebahagian dari senjata dan barangan yang dirampas dari dua kumpulan yang terbabit dalam kes kecurian 14 buah kereta, samun dan pecah rumah di sekitar Negeri Sembilan.
SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan menumpaskan dua kumpulan yang dipercayai aktif mencuri kenderaan, samun dan pecah rumah merentasi negeri selepas memberkas 15 lelaki di negeri itu dan beberapa negeri lain bulan lepas.
 
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abd Manan Mhd Hassan berkata kesemua suspek yang berusia antara 23 dan 48 tahun adalah warga tempatan dan ditangkap menerusi operasi pasukan khas polis kontinjen negeri, sejak awal September sehingga kelmarin.
 
"Suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri kenderaan, samun dan pecah rumah di sekitar negeri ini, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
 
Abd Manan berkata bagi kumpulan pertama, tujuh suspek berusia antara 24 dan 48 tahun ditahan.
 
Polis juga merampas tujuh buah kereta yang dipercayai dicuri kumpulan berkenaan, katanya.

Selain itu katanya, polis turut dirampas termasuk beberapa barangan dipercayai dicuri seperti arak berjenama, televisyen LCD di samping senjata tajam dipercayai diguna untuk kegiatan jenayah mereka.
 
"Bagi kumpulan penjenayah yang kedua pula, seramai lapan suspek berusia 23 hingga 42 tahun berjaya diberkas di sekitar negeri ini. Kumpulan ini dipercayai turut melakukan aktiviti curi kenderaan di sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur, selain kes pecah rumah.
 
"Hasil tangkapan tersebut kita berjaya menemui lapan kenderaan dipercayai dicuri, selain beberapa barangan samun seperti komputer riba, tv LCD 42 inci, 14 beg tangan wanita, 32 kad sim telefon dan lain-lain barang," katanya.
 
Katanya nilai rampasan bagi semua kes adalah kira-kira RM400,000. - Bernama

Dua lelaki disyaki terlibat dalam kes cuba pecah ATM BSN di tahan

SHAH ALAM - Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes cuba memecah mesin juruwang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional di Pekan Sungai Buloh, Jeram ditahan Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata kedua-dua suspek yang berumur 19 dan 20 tahun itu ditahan antara pukul 5 petang hingga 11 malam di Taman Amar, Sungai Buloh.
Beliau berkata kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah ditahan reman sehingga esok sementara kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Sementara itu Mohd Adnan meminta orang ramai yang melihat kejadian lima lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai kira-kira RM1 juta dari sebuah van keselamatan dan kemudian membakar kenderaan berkenaan di Jalan Tiong, Off Jalan Eng Ann, Klang petang semalam supaya tampil membantu siasatan polis.
Beliau berkata pihak polis akan menyiasat kes itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar kawasan terbabit.

Van itu dilarikan dari hadapan sebuah kedai nombor ekor di Jalan Meru hingga ke Jalan Tiong apabila van itu dibakar.
Mohd Adnan berkata kereta Waja berwarna hijau yang digunakan para perompak itu dan dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu masih belum ditemui.     
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama

Datuk antara 15 ditahan Jabatan Insolvensi di Kelantan

KOTA BAHARU - Ahli perniagaan bergelar Datuk antara 15 orang yang ditangkap kerana mengingkari perintah mahkamah untuk menyelesaikan kes kebankrapan di Jabatan Insolvensi melibatkan hutang lebih RM7.6juta.
Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Kelantan, Rohaiza Abd Rahman, berkata ahli perniagaan berusia 69 tahun itu adalah antara 285 orang yang diisytiharkan bankrap di mahkamah sejak awal tahun ini, hingga September lepas.
Beliau berkata ini merupakan kes pertama dikategorikan sebagai kes bankrap berprofil tinggi di Kelantan, selepas dikesan dua tahun lalu.
"Ketika ini, kita sedang mengesan 270 lagi mereka yang diisytiharkan bankrap tetapi gagal hadir untuk ditadbir urus kesnya di jabatan ini dan kebanyakannya ahli perniagaan," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.
Sehubungan itu beliau meminta mereka yang disytiharkan bankrap oleh mahkamah agar tampil untuk dibantu supaya dapat dikeluarkan daripada status tersebut.
"Kebanyakan mereka yang diambil tindakan mahkamah melibatkan kadar minimum hutang RM30,000," katanya sambil menegaskan pihaknya telah mewujudkan unit penguat kuasa untuk mengesan individu yang ingkar perintah mahkamah.
Katanya mereka yang diisytiharkan bankrap oleh mahkamah tetapi tidak hadir di pejabatnya untuk berunding dengan pihaknya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 91 (2) Akta Kebankrapan 1967 dan dikeluarkan waran tangkap mengikut Seksyen 28(1)(a) akta yang sama.
"Hampir setiap minggu kita membuat serbuan dan tangkapan terhadap mereka terlibat dalam kes tersebut," katanya sambil menambah jabatannya mendapat kerjasama erat pihak polis dalam usaha mengesan individu yang tidak mematuhi akta berkenaan.
Sementara itu, Rohaiza memaklumkan sejak 2010 hingga Jun lepas pihaknya merekodkan 930 kes kebankrapan dan kebanyakan yang terlibat berumur antara 25 dan 55 tahun ke atas.
Antara punca kebankrapan tersebut melibatkan urusan sewa beli, pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi dan penjamin sosial.
"Dalam tempoh berkenaan juga kita berjaya menyelesaikan 1,308 kes kebankrapan di seluruh negeri ini," tambah beliau. - Bernama

Balut ganja macam cempedak dan ubi kayu



Batumalai
Supt.Batumalai (kanan) bersama Insp Mohd Kamal Abd Wahab menunjukkan ketulan mampat dadah jenis ganja yang dirampas semasa mengadakan sidang media. -Foto Bernama
GEORGETOWN - Tindakan licik seorang pengedar dadah yang membungkus ganja menyerupai buah cempedak dan ubi kayu tidak berjaya mengaburi mata polis apabila  ditahan awal pagi tadi.
Lelaki berusia 50-an itu ditahan bersama 23 bungkusan ganja seberat 28 kilogram (kg) yang ditemui di dalam karung guni dalam but keretanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Superitenden S Batumalai berkata, lelaki berkenaan ditahan di Bayan Baru kira-kira jam 3.30 pagi dan dipercayai dalam perjalanan ke Georgetown untuk menghantarnya kepada seorang pengedar lain.
Menurutnya, ini kali pertama pihaknya menemui bungkusan dadah dalam bentuk itu.
“Selama ini bungkusan dadah berbentuk empat segi dan mempunyai berat sama tetapi kali ini bentuk macam ubi kayu atau cempedak.
“Setiap bungkusan mempunyai berat berbeza di antara satu hingga tiga kilogram," katanya pada sidang media di sini.
Batumalai berkata, suspek berkenaan mempunyai dua kesalahan lampau membabitkan dadah iaitu pada 2009 dan 2010.
Menurutnya, suspek kini ditahan reman hingga 9 Oktober ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Warga emas OKU rentung



Warga emas OKU rentung
Che Lam menunjukkan kakinya yang cedera ketika menyelamatkan diri.
Warga emas OKU rentung
Keadaan tiga rumah kedai di Sungai Galah, Kampung Gajah yang musnah teruk dalam kebakaran yang menyebabkan seorang OKU maut.
KAMPUNG GAJAH – “Saya sangat panik, tidak tahu apa perlu dilakukan, saya cuma sempat lihat dia menjerit di atas kerusi rodanya,” luah Chooi Che Lam, salah seorang mangsa kebakaran membabitkan tiga rumah kedai di Sungai Galah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.10 malam itu, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) rentung, manakala seorang lagi OKU cedera apabila sebuah kedai membaiki basikal musnah dalam kebakaran.

Mayat mangsa Lam Thin Wah, 62, ditemui di bawah timbunan kayu manakala pekerjanya Chooi Che Lam, 47, yang sempat menyelamatkan diri mengalami kecederaan di badan.

Mangsa yang tidak mampu berjalan akibat kecacatan sejak lahir dipercayai terperangkap dalam rumah kedai lama berkenaan.

Che Lam yang masih trauma dengan kejadian itu berkata, api marak terlalu pantas menyebabkan usahanya untuk menyelamatkan mangsa, gagal.

Dia yang tinggal bersama mangsa di rumah kedai itu sejak 30 tahun lalu turut cedera di kedua-dua tangan dan kaki.

“Kami sudah lama berkawan, setiap malam saya akan menemaninya kerana dia tinggal seorang diri,” katanya.

Ketika kejadian, hanya dua mangsa dilaporkan berada di premis berkenaan, sementara dua lagi rumah kedai ditinggalkan tanpa penghuni.

Abang mangsa, Lam Thin Fook, 63, berkata, dia dimaklumkan mengenai kebakaran itu kira-kira 9.30 malam, namun tidak mengesyaki adiknya terkorban.

Katanya, pada hari kejadian, dia ada bertemu adiknya itu sebelum meninggalkan premis berkenaan jam 6 petang.

“Saya mengajak dia bekerja kerana dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan, saya tak sangka semalam adalah pertemuan terakhir kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati, insiden berkenaan berlaku apabila rakan mangsa cuba menyalakan pelita menggunakan petrol memandangkan pada malam kejadian, bekalan elektrik di kawasan itu terputus.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan. Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk mendapat rawatan lanjut," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Efendi Ahmad berkata, pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengawal kebakaran sebaik tiba di tempat kejadian jam 10.16 malam.

Katanya, api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 11.16 malam sebelum menemui cebisan badan mangsa  berhampiran pintu keluar.

“Buat masa ini, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Pesawah kerugian RM60,000



Pesawah kerugian RM60,000
Zaleha (kiri) menunjukkan tempat penyimpanan input pertanian yang kosong.
TANJONG KARANG - Kira-kira RM60,000 kerugian terpaksa ditanggung 30 pesawah di kawasan ini apabila input pertanian seperti baja dan racun dicuri setiap kali tiba musim menanam padi.

Difahamkan, pesawah bimbang memandangkan insiden kecurian kerap berlaku pada siang hari setiap kali musim menanam padi bermula.

Pesawah mendakwa, pencuri licik mencuri input pertanian yang disimpan di luar dan dalam rumah ketika mereka leka menjalankan kerja mencalit atau menabur benih pada petak sawah pada siang hari.

Ketiadaan racun atau baja itu menyukarkan mereka untuk menghasilkan padi berkualiti.

Seorang pesawah yang tiga kali berdepan dengan kes kecurian itu dalam tempoh sebulan, Zaleha Agos, 45, berkata, dia kerugian hampir RM7,000 selepas baja dan racun termasuk subsidi kerajaan dilesapkan pencuri meskipun disimpan di dalam stor berkunci.

“Kejadian itu berlaku pada 15 November, 23 November dan 28 November tahun lalu dan walaupun langkah berjaga-jaga diambil termasuk mengunci pintu stor, pencuri licik memotong mangga dan melarikan hampir kesemua baja serta racun yang tersimpan rapi di dalam almari.

“Marah dengan insiden itu, saya terus membuat laporan polis dan siasatan masih berjalan. Saya yakin individu yang terlibat adalah orang kampung sendiri kerana mereka seolah-olah tahu stok input pertanian itu disimpan di dalam stor,” katanya yang tinggal di Blok B Sawah Sempadan.

Zaleha berkata, secara purata pada musim menanam padi pastinya setiap petani akan kehilangan baja atau racun padi, namun kebanyakan mereka enggan membuat laporan polis kerana beranggapan kerugian hanya sedikit.

“Sehingga kini, saya difahamkan lebih 30 pesawah berdepan masalah sama dan masing-masing dilaporkan kerugian RM2,000. Jika dihitung kesemua jumlah kerugian yang mereka hadapi adalah lebih kurang RM60,000. Jumlah itu cukup besar dan tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Penduduk di Blok A Sawah Sempadan, Jamsari Muhammad, 46, dia tidak terkecuali menjadi mangsa apabila baja yang disimpan di dalam almari rumahnya lesap ketika dia sekeluarga sibuk menguruskan dan membantu kerja gotong-royong rumah jiran di sebelah rumah.

“Penduduk mengambil inisiatif membuat rondaan pada waktu malam bersama rukun tetangga di kampung tetapi pencuri seolah-olah dapat menghidu dan menukar modus operandi hingga ada yang berani mencuri pada siang hari,” katanya.

Jamsari berharap mereka yang mengalami nasib sama dapat bertindak segera dengan membuat laporan polis dan memohon pihak berkuasa supaya dapat membantu sama ada menyediakan pondok polis di kampung ini atau menjalankan rondaan berkala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes kecurian baja dan racun oleh penduduk setempat di Balai Polis Tanjung Karang.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada semua mangsa supaya dapat membuat laporan polis dengan kadar segera bagi memudahkan siasatan dijalankan dan pihak polis tidak boleh melakukan apa-apa tindakan sekiranya laporan polis tidak dibuat.

“Buat masa ini, pihak polis giat mengenal pasti dan mengkaji langkah pencegahan sesuai untuk dilaksanakan bagi membantu petani serta pesawah yang menjadi mangsa kecurian harta benda,” katanya.

Lima penyamun kecundang



Lima penyamun kecundang
Hamzah (tengah) menunjukkan sebilah parang samurai yang dirampas sambil diperhatikan Asisiten Superintendan Mohd Yazed Mohd Serah (kiri) dan Muzaffar.
Lima penyamun kecundang
Hamzah menunjukkan dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes samun berasingan September lalu.
JEMPOL - Lima individu yang disyaki terlibat dalam dua kes samun berasingan di sini berjaya ditahan polis ketika berada di dua lokasi berasingan di Felda Sungai Lui, di sini dan Kuantan, Pahang.

Kesemua mereka berusia sekitar 18 hingga 28 tahun itu ditahan pada 26 dan 29 September lalu, dan kini sedang direman selama tujuh hari bermula tarikh ditangkap.

Bagaimanapun, dua lagi suspek berjaya masing-masing berusia 22 tahun berjaya melarikan diri dan kini sedang dicari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, suspek pertama yang dicari dikenali sebagai Muhamad Shafiq dari Taman Tasik Jaya, Seremban bagi membantu siasatan kes samun di Felda Sungai Lui.

"Suspek pertama dipercayai terlibat dalam kes samun di sebuah kedai serbaneka di Felda Sungai Lui, 23 September lalu.

“Seorang lagi suspek berusia 20 tahun ditahan ketika bersama bersama Muhamad Shafiq berada di hadapan kedai serbaneka di Taman Indera Sempurna, Kuantan dipercayai sedang menjual barang kemas," katanya.

Menurutnya, Muhamad Shafiq bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan menaiki Pajero dipercayai kenderaan curi, manakala rakannya itu berjaya ditangkap.

“Hasil pemeriksaan di kenderaan dinaiki suspek, polis  merampas empat telefon bimbit pelbagai jenama, selain seutas rantai leher, dua bekas minyak rambut, plet kereta, satu pemotong panjang serta sembilan kotak rokok pelbagai jenama,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat polis daerah (IPD), di sini semalam.

Hamzah berkata, bagi kes kedua, polis memburu seorang lelaki dikenali sebagai Muamar, 22, dari Felda Sungai Lui.

Menurutnya, Muamar berjaya meloloskan diri ketika serbuan dilakukan di kediamannya pada 29 September lalu, sekitar 5 pagi.

“Bagaimanapun, kita berjaya menahan empat suspek lain dalam rumah berkenaan kerana mereka juga dipercayai terlibat dalam kes samun di sebuah stesen minyak di Bahau, 25 September lalu.

“Hasil pemeriksaan, kita menjumpai tujuh telefon bimbit serta sebilah pedang samurai rumah sama," katanya.

Menurutnya, kes pertama disiasat di bawah seksyen 392 kanun keseksaan, sementara kes kedua seksyen 395/397 kanun keseksaan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat, Inspektor Muzaffar Mohd Wali dan Inspektor Mohd Hisyam Musa di talian 06-4582222.