Search This Blog

Wednesday, October 3, 2012

Kebakaran awal pagi musnahkan rumah panjang

SIBU 2 Okt. - Satu kebakaran awal pagi memusnahkan rumah panjang 10 pintu, Rh.Nyantau anak Sandah, di Tamin, Km53 Jalan Sibu-Selangau, dekat sini hari ini.
Ketua Stesen Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Masidi Taha berkata tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian tersebut.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pukul 5.27 pagi dan mengerahkan tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera penyelamat ke tempat kebakaran dan berjaya mengawal api dalam masa satu jam selepas tiba di situ. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121002/je_08/Kebakaran-awal-pagi-musnahkan-rumah-panjang#ixzz28FC8UKJc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lapan 'orang tengah' direman

IPOH 2 Okt. - Lapan 'orang tengah' yang disyaki terlibat dalam sindiket jamin lulus dengan menjalankan kegiatan memperbaharui cukai jalan kenderaan tanpa pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom Sdn. Bhd. hari ini direman bagi membantu siasatan.
Kesemua suspek lelaki berusia antara 38 hingga 56 tahun itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap mereka mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Perintah tahanan reman selama empat hari hingga 5 Oktober ini, dikeluarkan Majistret Shamsol Azwa Murtadza dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.
Perintah itu dikeluarkan Shamsol Azwa mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah terhadap kelapan-lapan suspek tersebut yang telah ditahan dalam operasi di Manjung, Taiping, Ipoh dan Batu Gajah dekat sini semalam.
Dalam prosiding itu, SPRM pada asalnya memohon mahkamah membenarkan kesemuanya ditahan selama tujuh hari bagi membantu siasatan kegiatan berkenaan serta untuk mengesan suspek lain yang terlibat.
Terdahulu, kesemua suspek dibawa ke mahkamah dengan diiringi kakitangan SPRM pada pukul 8.45 pagi sebelum prosiding reman dimulakan kira-kira dua jam kemudian.
Sementara itu, pegawai penyiasat kes itu, Mohamad Zamazuwarey Zahari ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, kesemua suspek akan dibawa ke pejabat SPRM Perak untuk siasatan lanjut.
"Mereka yang ditahan adalah orang awam yang bertindak sebagai 'orang tengah'. Mereka dipercayai terlibat dalam sindiket yang bertindak memperbaharui cukai jalan tidak mengikut prosedur ditetap dan kenderaan yang terlibat ialah motosikal dan kereta," katanya.
Laporan eksklusif Utusan Malaysia semalam, mendedahkan satu sindiket menjalankan kegiatan memperbaharui cukai jalan kenderaan yang diseludup sehingga mampu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit berjaya dibongkar SPRM.
Sindiket yang aktif sejak beberapa tahun lalu itu, turut dikesan menawarkan perkhidmatan bagi memperbaharui cukai kenderaan tamat tempoh melebihi setahun tanpa perlu pemeriksaan JPJ dan Puspakom.
Dalam perkembangan sama, SPRM dijangka menahan lebih ramai suspek termasuk beberapa pegawai penguat kuasa yang disyaki terlibat dalam sindiket jamin lulus iaitu kegiatan memperbaharui cukai jalan kenderaan tanpa pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom.
Sumber SPRM memberitahu, ia berikutan penahanan lapan 'orang tengah' yang disyaki terlibat dalam sindiket tersebut di sekitar negeri ini semalam.
Menurut sumber itu, selain untuk mendapat bahan bukti, penahanan kesemua suspek dijangka membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti beberapa pegawai penguat kuasa yang dipercayai menjadi dalang sindiket berkenaan.
"Laporan mengenai kes itu telah dibuat pada 18 Jun lalu. Bagaimanapun, pihak kami memerlukan masa untuk mengenali dan mengesan mereka yang telah terlibat.
"Kesemua suspek yang ditahan merupakan kumpulan pertama yang ditahan setakat ini. Kita perlu menahan reman mereka untuk mendapatkan bahan bukti selain mengenal pasti beberapa pegawai penguatkuasaan yang terlibat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121003/je_02/Lapan-orang-tengah-direman#ixzz28FAgYrtr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dakwaan rogol terhadap Strauss-Kahn digugurkan

LILLE, Perancis 3 Okt. - Pihak pendakwa raya Perancis semalam, menggugurkan dakwaan rogol ke atas bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominic Strauss-Kahn.
Keputusan itu dibuat selepas seorang wanita Belgium yang sebelum ini mendakwa menjadi mangsa rogol Strauss-Kahn menarik balik dakwaannya dan menyatakan perbuatan itu mendapat persetujuannya.
Terdahulu, Strauss-Kahn, 63, menafikan semua dakwaan keatasnya, termasuk tuduhan melanggan pelacur di Washington pada 2010. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121003/lu_08/Dakwaan-rogol-terhadap-Strauss-Kahn-digugurkan#ixzz28F7ZatjA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas OKU rentung

KAMPUNG GAJAH - Seorang warga emas kurang upaya (OKU) rentung dalam kebakaran membabitkan tiga rumah kedai di Sungai Galah, Kampung Gajah, kira-kira 75 kilometer dari sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu, mangsa, Lam Thin Wah, 62, yang tidak mampu berjalan terperangkap dalam salah sebuah premis rumah kedai berkenaan.

Mayatnya ditemui tidak jauh dari pintu utama premis berkenaan setelah api berjaya dipadamkan.

Rakan mangsa, Chooi Che Lam, 47,  berkata, api marak terlalu pantas menyebabkan dia gagal menyelamatkan mangsa.

"Api sangat besar, saya cuma sempat selamatkan diri saya," katanya yang turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Pekerja syarikat penyaman udara meninggal dunia



JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat penyaman udara yang terjatuh dari tingkat empat blok kediaman sebuah universiti di Skudai semalam, meninggal dunia hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintndan Beh Eng Lai berkata, remaja berusia 16 tahun itu yang sedang melakukan kerja-kerja pemasangan alat penyaman udara bersama dua rakannya mengadu sakit kepala sebelum kejadian. Beh berkata, rakan mangsa menasihatinya untuk berehat di tepi balkoni blok kediaman itu sementara menunggu mereka menyiapkan kerja pada jam 4.30 petang semalam.
"Tidak berapa lama kemudian, rakannya mendapati mangsa sudah hilang dan kemudian menjumpainya terbaring di tingkat bawah bangunan itu," kata Beh.

Kedua-dua rakan mangsa kemudian bergegas ke tingkat bawah dan mendapatkan bantuan ambulans universiti itu untuk menghantar mangsa yang mengalami kecederaan kepala ke Hospital Sultanah Aminah.

Mangsa meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari tadi.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Motif pembunuhan kontraktor diketahui

SHAH ALAM - Polis mengenal pasti motif pembunuhan seorang kontraktor penyelenggaraan, S Doraisamy, 58, berpunca daripada pertengkaran yang berlaku antara suspek yang juga merupakan anak kandungnya.

Sabtu lalu, mangsa ditemui mati kira-kira jam 8.20 pagi dengan kesan tetakan di kepala dan badan dalam bilik di rumahnya di Taman Teluk Gedung Indah, Klang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, siasatan mendapati kedua-dua mereka bertengkar selepas suspek meminta wang untuk melunaskan bayaran pendahuluan rumah serta kereta.

Beliau berkata, mangsa dipercayai enggan memberikan duit terbabit menyebabkan suspek berusia 22 tahun itu naik berang sebelum mencederakannya sehingga mati.

"Laporan bedah siasat diperoleh menunjukkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.

"Selain itu, kita turut merampas tukul besi, pisau, beberapa batang kayu, serpihan batang kayu dan sebatang pemegang kayu tukul patah yang ditemui dibuang dalam longkang kira-kira 100 meter dari rumah mangsa," katanya pada sidang akhbar, semalam.

Mohd Adnan berkata, pihaknya juga masih belum menemui wang RM2,500 milik mangsa yang dilaporkan hilang selepas kejadian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan suspek ditahan reman selama seminggu sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek terbabit ditahan di rumahnya kira-kira jam 1.30 petang pada hari yang sama kejadian berlaku, setelah keterangannya didapati meragukan.

Sebelum ini, pemeriksaan polis menunjukkan tiada kesan umpil pada rumah mangsa, namun dompet miliknya berisi tunai RM2,500 didapati hilang.

Jurujual, kekasih bersekongkol rancang penculikan

Mohd Adnan Abdullah
Mohd Adnan Abdullah


SHAH ALAM - Seorang jurujual sambilan yang bersekongkol dengan kekasihnya untuk merancang penculikan sendiri dengan meminta wang tebusan berjumlah RM10,000 gagal, setelah taktik mereka berjaya dihidu pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 4.23 petang kelmarin daripada seorang pengadu mengatakan jurujual wanita berusia 20 tahun itu diculik seorang lelaki tidak dikenali di kawasan Pandan Indah, Ampang.

Beliau berkata, pengadu berusia 26 tahun itu adalah sepupu kepada jurujual berkenaan dan memaklumkan hanya mengetahui kejadian selepas dihubungi ibu saudaranya yang meminta bantuan.

Menurutnya, suspek lelaki yang dipercayai kekasih jurujual terbabit meminta wang tebusan RM10,000 daripada keluarga wanita itu.

"Suspek meminta wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank mangsa (jurujual), jika mahu dia dibebaskan dengan selamat.

"Susulan itu kita tubuhkan pasukan khas untuk kesan suspek dan mangsa, sebelum memperoleh maklumat dan menahan mereka di sebuah bilik di Taman Tema Genting Highland kira-kira jam 11.30 malam hari yang sama," katanya dalam  sidang akhbar, semalam.

Mohd Adnan berkata, hasil soal siasat awal mendapati mangsa dan suspek berusia 18 tahun itu merancang penculikan terbabit bertujuan untuk mendapatkan duit daripada keluarga mangsa.

Beliau berkata, wang tebusan itu bagaimanapun tidak sempat diserahkan kepada mereka.

"Kedua-dua mereka direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik," katanya.

Ketika ditanya berhubung motif mereka meminta wang tebusan berjumlah RM10,000 itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.

Pengedar dadah ditahan, polis rampas ganja bernilai RM 84,000

Pengedar dadah ditahan, polis rampas ganja bernilai RM 84,000
Supt.Batumalai (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan ketulan mampat dadah jenis ganja yang dirampas. - Foto Bernama

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas 23 ketulan mampat ganja seberat 28 kilogram bernilai RM84,000 di kawasan Bayan Baru, dekat sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt S. Batumalai berkata lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika sedang memandi dari Bayan Lepas ke George Town pada pukul 3.30 pagi.
Hasil pemeriksaan dalam but kereta berkenaan, polis menemui 23 ketulan mampat daun ganja yang dibungkus seperti buah cempedak dengan saiz dan berat berbeza, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
"Ini adalah kali pertama kita jumpa bentuk bungkusan cara macam ini. Selama ini kita tengok semua bungkusan dalam bentuk empat segi dan dibungkus sekilo, sekilo," katanya.
Batumalai berkata siasatan awal polis mendapati lelaki itu mahu menghantar ketulan ganja terbabit kepada pengedar dadah lain.
Ini merupakan kali ketiga suspek ditangkap atas kesalahan sama. Sebelum ini dia ditangkap pada 2009 dan 2010, katanya.
Katanya lelaki itu direman hingga 9 Okt untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.- Bernama

Penjaga kambing dihukum gantung sampai mati edar dadah

ALOR SETAR - Seorang penjaga kambing, G. Rajaputran dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, hari ini.

Penjaga kambing dihukum gantung sampai mati edar dadah
Penjaga kambing, G. Rajaputran,22, (kiri) yang diiringi anggota Polis, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah. - Foto Bernama
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Rajaputran, 22, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 39.98 gram di Lorong 1, Taman Bayan, Kulim, pada 3 pagi, 8 Mei tahun lepas.

Mohd Zaki berkata keterangan tertuduh bercanggah dengan keterangan lima saksi pendakwa dan mendapati pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Dalam pembelaannya, tertuduh tidak menafikan membawa beg kanvas yang di dalamnya terdapat plastik beras jati mengandungi dadah berbahaya dan menjadi pokok pertuduhan terhadap beliau, kata Mohd Zaki.
 
"Tertuduh mengatakan pada masa dia terjatuh dan ditangkap dua anggota polis, tidak terdapat plastik beras jati. Dadah tersebut hanya ditunjukkan seorang lelaki India selepas dia ditangkap dan dibawa ke satu tempat adalah penafian semata-mata," katanya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam T. Jayaraj.- Bernama

Polis percaya tiga suspek tembak polis terlibat edar dadah

KUALA LUMPUR - Tiga penjenayah yang terlibat dalam insiden berbalas tembak sehingga mencederakan dua anggota polis peronda di Jalan Kuchai Lama di sini Rabu lepas, dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata walaupun kes itu dianggap selesai selepas suspek terakhir menyerah diri semalam, polis masih menyiasat sama ada kumpulan itu mempunyai anggota lain.
Berdasarkan siasatan awal ke atas dua suspek yang menyerah diri semalam dan pada Isnin, polis merumuskan mereka terbabit pengedaran dadah.
"Malah, ujian air kencing ke atas suspek yang menyerah diri semalam juga mendapati dia positif dadah dan kita percaya ketiga-tiga mereka juga saling mengenali," katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini.
Suspek berusia 30 tahun dari Mentakab, Pahang itu menyerah diri di Balai Polis Sri Serdang pukul 9 malam tadi. Pada Isnin lepas, suspek kedua yang merupakan remaja berusia 17 tahun menyerah diri di Balai Polis Kepong.
Seorang daripada mereka ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Taman Desa Waterpark di sini awal pagi Ahad.
Mengulas lanjut, Ku turut mengesahkan senjata api yang ditemui di dalam kereta suspek selepas kejadian di Taman Desa Waterpark itu adalah senjata yang digunakan ketika menembak dua anggota polis pada Rabu lepas.

Dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, Koperal R. Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut manakala Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher akibat tembakan yang dipercayai dilepaskan oleh tiga suspek yang menaiki sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berdekatan Kuchai Lama di sini.- Bernama

5 pelancong Jerman rentung

5 pelancong Jerman rentung
Keseluruhan bas hangus selepas terlibat dalam kemalangan, kelmarin.
BEIJING – Lima pelancong Jerman dan seorang warga tempatan rentung dalam kemalangan sebuah bas merempuh trak kontena sebelum meletup dan terbakar, kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan, 14 orang cedera dalam nahas itu ketika dalam perjalanan dari Beijing ke Tianjin.

Jurucakap kementerian pengangkutan berkata,  tindakan tidak mengenakan tol sempena cuti Golden Week hujung minggu lalu, mendorong 85 juta pengguna menggunakan jalan raya  iaitu  lebih 13.3 peratus berbanding hari biasa.

“Pihak berkuasa menjangkakan 740 juta perjalanan akan berbuat demikian,” katanya.

Nahas jalan raya antara punca kematian utama di China kerana ramai pemandu baru yang masih kurang cekap. - Reuters

Menteri India minta maaf keluar kenyataan 'lucah' hina wanita

NEW DELHI - Menteri kanan India, Sriprakash Jaiswal meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya bahawa daya tarikan kaum wanita yang sudah berkahwin akan merosot apabila semakin berusia.
Beliau yang memegang jawatan Menteri Persekutuan berkata, kenyataannya hanya satu gurauan semasa sebuah majlis puisi diadakan baru-baru ini.

Sriprakash berkata, tiada niat sama sekali beliau mahu menghina wanita dan tiada niat untuk menyakiti hati  pasangan mereka.

Kumpulan-kumpulan wanita negara itu telah menyatakan kemarahan dan menyifatkan  kenyataan menteri itu “amat malang”.

Beliau membuat kenyataan menghina kaum wanita dalam sebuah majlis puisi di bandar Kanpur, India Utara, kelmarin.

“Kemenangan dan perkahwinan yang baru masing-masing mempunyai kepentingan yang tersendiri. Seperti masa berlalu, para isteri juga akan berubah tua dan tidak dapat mengekalkan daya tarikan mereka,” katanya dalam majlis itu.

Selepas saja rakaman itu disiarkan di televisyen, kumpulan-kumpulan wanita dan parti pembangkang mengkritik beliau dan menuntut supaya memohon maaf.

Pembangkang utama negara itu BJP berkata, menteri berkenaan membuat kenyataan berbaur lucah dan tidak sensitif kepada perasaan wanita.

Ribut Gaemi landa Thai

BANGKOK - Jabatan Meteorologi Thailand mengumumkan, hujan lebat berlaku dipengaruhi oleh ribut tropika Gaemi yang diramal melanda negara pada hujung minggu ini.

Menurut agensi berita tempatan, Gaemi kini sedang membadai tengah Vietnam dan bakal menghala ke bahagian lebih rendah di Laos dan beberapa kawasan timur serta tengah Thailand di antara 6 dan 7 Oktober ini.

Sementara itu, hujan monsun barat selatan diramal mengukuh di Lautan Andaman, wilayah selatan dan Teluk Thailand.

Pihak jabatan memberitahu, keadaan itu bakal menyebabkan taburan hujan lebat di semua kawasan sekali gus membawa angin kencang serta ombak besar berukuran dua hingga tiga meter tinggi di sebahagian kawasan utara Teluk Thailand dan Lautan Andaman. - Bernama

Dirotan cikgu sakit mental

Dirotan cikgu sakit mental
Chee (tengah) ditemani Pei-Pei (kanan) dan Choon Lan menunjukkan gambar anak masing-masing yang mengalami kecederaan akibat dirotan seorang guru semasa sidang media.


SUNGAI DUA - Hanya kerana gagal mewarnakan tugasan yang diberi serta tulisan terlalu kecil, beberapa pelajar sebuah sekolah rendah di Sungai Dua di sini mendakwa dirotan oleh seorang guru dipercayai menghidap masalah mental baru-baru ini.

Malah guru terbabit juga mengugut pelajar terbabit untuk mengenakan hukuman lebih keras jika ibu bapa masing-masing dimaklumkan serta datang mencarinya di sekolah.

Beberapa orang waris yang terkejut dengan kejadian menimpa anak mereka itu kemudian bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Dua semalam serta mendesak Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang mengambil tindakan tegas terhadap guru dan pihak sekolah terbabit.

Ini kerana mereka mendakwa guru besar sekolah terbabit seolah-olah membiarkan perkara itu berlaku serta tidak mengambil tindakan terhadap perlakuan guru tersebut.

Seorang peniaga, Chang Phei Phei, 33, berkata dia kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya Jumaat lalu apabila murid tahun dua itu dirotan kerana gagal mewarnakan tugasan di dalam buku matematiknya.

“Anak saya menangis ketika pulang ke rumah dan menunjukkan kesan lebam di punggung akibat dirotan oleh seorang guru di sekolahnya.

“Beberapa bulan lalu, saya pernah membuat aduan kepada pihak sekolah berkaitan tindakan seorang guru merotan anak saya kerana kesalahan kecil yang dilakukan,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai Soon Lip Chee, di sini semalam.

Tambahnya, dia hairan kenapa pihak sekolah masih mengekalkan guru yang dikatakan mengalami masalah mental untuk mengajar di sekolah itu kerana ia hanya akan membawa kesan buruk kepada mental murid-murid.

Bagi suri rumah, Yu Choon Lan, 41, anak perempuannya yang berusia 10 tahun juga pernah dirotan di tapak tangannya sebanyak tiga kali pada 28 September lalu hanya kerana tulisan tangannya terlalu kecil ketika menyiapkan karangan.

“Anak saya tidak dapat tidur sepanjang malam kerana bimbang akan terus dipukul di sekolah sekiranya saya mengadu perkara itu kepada pengurusan sekolah.

“Ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya, doktor memaklumkan urat tangannya tercedera akibat dipukul,” katanya yang tidak boleh bersabar dengan tindakan keterlaluan guru terbabit.

Sementara itu, Lip Chee berkata, beliau akan mengiringi ibu bapa terbabit untuk membuat laporan mengenai perkara itu di Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang hari ini bagi menyelesaikan masalah itu.

Lima lelaki ditahan miliki pistol tiruan

polis
Ab Rahim (kanan) bersama pegawai penyiasat, Inspektor Yusrizawati Yusop dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Bachok, menunjukkan pistol yang ditemui dalam satu serbuan.
BACHOK – Lima lelaki ditahan kerana positif dadah  methamphetamine dan salah seorangnya memiliki senjata api yang boleh didakwa di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tiruan.

Sementara  empat rakannya ditahan bawah Akta Dadah Berbahaya 1990 (12) (a) kerana positif methamphetamine.
Mereka semua berjaya diberkas dalam serbuan yang dilakukan lapan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kampung Kemayang, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, salah seorang suspek juga memiliki sebilah parang kecil yang dijumpai terselit di pinggang seluar, bersama tiub straw yang mengandungi pil kemerahan dipercayai dadah.
“Ketika serbuan yang dilakukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kelantan, empat suspek cuba melarikan diri apabila pintu dibuka dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam kelmarin.
“Mereka bagaimanapun berjaya ditahan setelah bergelut dengan polis. Hasil pemeriksaan di badan suspek menjumpai dua tiub straw yang mengandungi 15 pil dipercayai dadah.

“Selain itu,  anggota polis  menemui beg galas yang mengandungi sepucuk pistol tertulis WE. Pistol tersebut adalah pistol tiruan yang menyerupai pistol tulen. Juga ditemui 100 biji bebola besi (ball bearing yang digunakan sebagai peluru pistol),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok.

Ab Rahim percaya, pistol itu semakin berleluasa digunakan di negeri ini untuk melakukan jenayah, namun tidak menafikan penggunaan pistol sebenar untuk melakukan jenayah seperti rompak.
“Ini adalah kes pertama ditemui di daerah Bachok sejak beberapa tahun lalu. Jenis pistol angin ini dipercayai untuk menakutkan mangsa  kerana rupa bentuk seperti pistol sebenar.

“Kami percaya pistol ini dibawa masuk dari negara jiran,” katanya.

Menurutnya, semua suspek yang berusia antara 23 hingga 32 tahun itu direman lima hari bermula 1 hingga 4 Oktober untuk siasatan.

Tiga kenderaan polis dirosakkan

Permatang Pauh: Sekurang-kurangnya tiga kenderaan polis dirosakkan dalam satu kejadian provokasi oleh penyokong PKR di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Indera Muda, Permatang Rawa di sini, kira-kitra jam 10 malam tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata tindakan provokasi itu sepatutnya tidak berlaku kerana semua pihak sudah maklum dengan 'SOP' polis di setiap pusat mengundi sebelum hari pengundian keesokannya.
Beliau berkata, dalam kejadian itu kumpulan Unit Pemusnah Bom PDRM sedang menjalankan tugas 'flushing' dan memeriksa serta memastikan pusat mengundi berkenaan selamat digunakan.
Menurut beliau, tiada kecederaan dilaporkan berlaku sebaliknya hanya tiga kenderaan polis dirosakkan.
Kata beliau, pihaknya bagaimanapun berjaya mengawal keadaan namun mereka yang terlibat akan diambil tindakan selepas ini.
Rahim berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 186 kerana menghalang tugas penjawat awam, Seksyen 147 kerana merusuh dan Seksyen 427 kerana melakukan khianat.
Dalam kejadian malam tadi itu sekumpulan anggota Unit Pemusnah Bom PDRM dikepung sekurang-kurangnya 300 penyokong PKR di hadapan pagar sekolah berkenaan.
Difahamkan, penyokong PKR berkenaan bertindak meghalang laluan keluar sekolah itu dengan meletakkan kereta mereka di hadapan pagar menyebabkan kesemua anggota PDRM terperangkap di dalam sekolah.
Kejadian dipercayai berpunca apabila sekumpulan penyokong PKR bertindak menggangu tugas PDRM di situ dengan mendakwa sedang menghantar kertas undi tipu sehingga berlaku salah faham dan kekasaran, namun ia berjaya dikawal polis beberapa jam kemudian.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 11:19 AM


LOKASI kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49204#sthash.rYZv0XMP.dpuf

Budak 12 tahun dirogol, diugut rahsiakan perbuatannya

Budak 12 tahun dirogol, diugut rahsiakan perbuatannya
Som Sak menunjukkan gambar individu yang merupakan suspek kes rogol kanak-kanak 12 tahun.
TAPAH - Kunjungan seorang kanak-kanak ke kediaman kakak angkatnya menjadi igauan ngeri apabila dirogol oleh lelaki tak dikenali dalam satu kejadian di Kampung Petalin Baru, Bidor, di sini, 12 September lalu.

Mangsa yang berusia 12 tahun itu bukan sahaja dirogol, malah turut diugut suspek supaya tidak memberitahu perbuatan jijiknya kepada orang lain.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, pada 6 September lalu, kanak-kanak yang berasal dari Slim Village mengikut seorang rakan ke rumah kakak angkatnya di Kampung Petalin Baru untuk bermalam di sana selama beberapa hari.

Bagaimanapun, menurutnya, pada 12 September lalu, seorang lelaki yang juga jiran sebelah rumah telah memecah masuk kediaman berkenaan.

"Suspek yang juga penganggur itu pecah masuk rumah tersebut melalui pintu dan merogol mangsa yang berada seorang diri di dalam sebuah bilik di kediaman berkenaan, kira-kira 12.30 malam.

“Suspek turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa atau orang lain," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir.

Kata Som Sak, pada keesokan harinya mangsa pulang ke rumah di Slim Village dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat berkenaan kes itu.

Jelasnya, mangsa dihantar ke Hospital Slim River sebelum ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk pemeriksaan dan mendapati anak sulung daripada lima beradik itu disahkan dirogol.

"Hasil siasatan polis, pihaknya telah mengenal pasti suspek yang dikenal sebagai Mohd Hadi Baharom, 50, dari Kampung Petalin Baru, Bidor.

"Suspek juga berada di bawah pengawasan polis dalam kes dadah dan dipercayai melarikan diri ke Kuala Lumpur," katanya.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 atau ke balai polis berhampiran.

Polis percaya tiga suspek tembak polis terlibat edar dadah

KUALA LUMPUR - Tiga penjenayah yang terlibat dalam insiden berbalas tembak sehingga mencederakan dua anggota polis peronda di Jalan Kuchai Lama di sini Rabu lepas, dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata walaupun kes itu dianggap selesai selepas suspek terakhir menyerah diri semalam, polis masih menyiasat sama ada kumpulan itu mempunyai anggota lain.
Berdasarkan siasatan awal ke atas dua suspek yang menyerah diri semalam dan pada Isnin, polis merumuskan mereka terbabit pengedaran dadah.
"Malah, ujian air kencing ke atas suspek yang menyerah diri semalam juga mendapati dia positif dadah dan kita percaya ketiga-tiga mereka juga saling mengenali," katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini.
Suspek berusia 30 tahun dari Mentakab, Pahang itu menyerah diri di Balai Polis Sri Serdang pukul 9 malam tadi. Pada Isnin lepas, suspek kedua yang merupakan remaja berusia 17 tahun menyerah diri di Balai Polis Kepong.
Seorang daripada mereka ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Taman Desa Waterpark di sini awal pagi Ahad.
Mengulas lanjut, Ku turut mengesahkan senjata api yang ditemui di dalam kereta suspek selepas kejadian di Taman Desa Waterpark itu adalah senjata yang digunakan ketika menembak dua anggota polis pada Rabu lepas.

Dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, Koperal R. Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut manakala Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher akibat tembakan yang dipercayai dilepaskan oleh tiga suspek yang menaiki sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berdekatan Kuchai Lama di sini.- Bernama

TNC UTHM didakwa terima rasuah RM15,000

TNC UTHM didakwa terima rasuah RM15,000
TNC Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Baharu.
JOHOR BAHRU - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15,000 daripada seorang kontraktor, pada Disember 2010.

Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, dituduh meminta suapan itu daripada Mohamad Anal Talhah, 41, sekitar Disember 2010.

Ia sebagai dorongan melakukan suatu transaksi dengan kononnya menolong Mohamad Anal mendapatkan kerja daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan harta bina UTHM.

Abdul Aziz juga dituduh menerima wang tunai berkenaan daripada Mohamad Anal, bagi dorongan sama yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, di Bank Muamalat, Cawangan UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada 28 Januari 2011.

Kedua-dua pertuduhan terbabit dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, Abdul Aziz boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Abdul Aziz yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga B dan Ahli Lembaga Perolehan UTHM turut mengaku tidak salah atas satu pertuduhan pilihan iaitu menerima wang tunai RM15,000 terbabit daripada Mohammad Anal, pada tarikh dan menerusi akaun bank yang sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574), membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Abdul Ghafar Ab Latif menawarkan jaminan RM30,000 terhadap Abdul Aziz.

Peguam Abdul Halem Mohamad Husin dan Shahrul Syazwan Salehin yang mewakili tertuduh bagaimanapun, merayu mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin atas alasan Abdul Aziz menanggung seorang isteri dan enam orang anak.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Nov depan untuk sebutan semula kes. - Bernama

Majlis Perubatan gantung keanggotaan 4 doktor

KUALA LUMPUR - Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.

Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah nKesihatan berkata, inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.

Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971, dan hukuman itu berkuat kuasa dari 14 Mac 2012 hingga 14 Mac 2014, kata Dr Hasan dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pengamal perubatan lain yang didapati bersalah mengabaikan tanggungjawab profesional ialah Dr Balayegaran MS (digantung setahun), Dr Chow Chong Chek (diberi amaran), Dr Ng Ah See (diberi amaran), Dr Roland Masing (digantung enam bulan), Dr N.M. Ananda Murthy (diberi amaran), Dr Chew Yoong Fong (diberi amaran) dan Dr Rajendra a/l Nadason (digantung dua tahun). - Bernama

71 salah guna pas pekerja ditahan

71 salah guna pas pekerja ditahan
Antara warga asing yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam Ops 6P.
KUALA LUMPUR - Seramai 71 warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam Ops 6P atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar kawasan Jalan Silang, semalam.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, merek ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

“Kesemua ditahan adalah lelaki berasal dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia, India, Nepal dan Pakistan.

“Kebanyakan warga asing yang ditahan itu bekerja di kios menjual kad telefon serta kad tambah nilai dan kedai gunting rambut,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mendapati beberapa warga asing yang menggunakan pas pekerja pencuci tetapi menyalahgunakan pas dengan bekerja di kedai.

“Sebanyak enam premis diperiksa dan seramai 25 warga asing yang dipercayai pekerja di premis berkenaan ditahan. Operasi ini dilakukan berdasarkan aduan orang awam terhadap peniaga warga asing menjalankan perniagaan di sekitar kawasan ini,” katanya.

Katanya, mereka dibawa ke lokap tahanan Imigresen di Jalan Duta untuk siasatan.

Penjual kereta dipenjara



KUALA LUMPUR - Seorang penjual kereta terpakai dihukum penjara setahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menipu seorang penghantar surat, minggu lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhi hukuman penjara setahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Hisham Wahab, 30, dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap 25 September lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Hisham didakwa menipu Nik Nur Zaira Mohd Zaki, 23, dengan memperdaya mangsa untuk membayar wang pendahuluan sebuah kereta.

Tindakan itu mendorong Nik Nur Zaira menyerah wang tunai RM1,500 di hadapan Bangunan Ong Tai Kim, berdekatan masjid Sentul di sini 1.30 pagi, 12 September lalu.

Mohd Hisham turut hadapi tuduhan kedua, iaitu didakwa menipu Nik Nur Zaira membabitkan jumlah wang sama di sebuah restoran di Jalan Samudera, Batu Caves, Sentul di sini 9.30 pagi hari sama.

Samseng serang kontraktor dakwa lupuskan bukti kemalangan

Samseng serang kontraktor dakwa lupuskan bukti kemalangan
Kerja-kerja mengecat jalan terus dilakukan di kawasan yang didakwa lokasi kemalangan itu. (Gambar kecil) Cermin lori kontraktor dipecahkan sekumpulan samseng tidak puas hati.
JOHOR BAHRU - Sekumpulan lelaki bertindak ganas memecahkan cermin kenderaan milik kontraktor yang sedang melakukan kerja-kerja baik pulih jalan di Jalan Permas 2, di sini, kelmarin.

Kumpulan terbabit bertindak sedemikian selepas berang apabila diberitahu rakan mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dalam kejadian kemalangan di lokasi sama, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, keadaan seakan menjadi tidak terkawal apabila kumpulan terbabit mendakwa rakan mereka, Anbalagan Jaya, 40-an, maut kerana dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dalam kejadian jam 12.15 pagi.

Bagaimanapun kekecohan itu berjaya dileraikan Ketua Kampung Senibong, Mohd Said Budin bersama anggota dari Balai Polis Permas.

Namun suasana kembali tegang apabila kumpulan bermotosikal itu kembali ke lokasi dan mengganggu kerja-kerja baik pulih yang dilakukan, sehingga ada di antara daripada mereka sanggup memecahkan cermin lori kontraktor itu.

Mangsa, Zulkifli Samian, 44, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dia bersama lima kontraktor lain yang sedang mengecat lintasan zebra didatangi lebih sepuluh lelaki yang kemudiannya memarahi dan memintanya memberhentikan semua kerja.

“Kami terkejut dengan tindakan kumpulan ini. Kami memaklumkan kepada mereka bahawa kami ditugaskan oleh pihak berkuasa tempatan untuk baiki jalan, namun mereka mengamuk kerana takut bahan bukti kemalangan akan lupus.

“Oleh kerana tidak berpuas hati, mereka terus memecahkan cermin lori kami, namun mujurlah tiada yang cedera,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, motosikal ditunggang oleh Anbalagan dari arah Bandar Permas Jaya hilang kawalan sebelum terperosok ke bawah kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

“Mangsa terlebih dahulu melanggar bonggol jalan sebelum dilanggar sebuah kereta.

“Pada mulanya, kereta berkenaan tidak menyedari dia telah melanggar mangsa sehingga merasakan pergerakan kenderaannya tidak lancar seperti ada objek yang tersekat,” katanya.

Penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Mohd Said berkata, keadaan kawasan berkenaan tidak mempunyai lampu jalan selain permukaan jalan yang teruk merupakan antara faktor kemalangan kerap berlaku.

“Garisan lintasan zebra juga tidak nampak dan kita juga kesal kerana ketika kerja-kerja pembaikan rancak dijalankan di jalan ini, kontraktor pula diserang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Minta maaf dengan isteri sebelum kemalangan

Mangsa maut di tempat kejadian akibat pelbagai kecederaan. Gambar kecil : Ampandi.
Mangsa maut di tempat kejadian akibat pelbagai kecederaan. Gambar kecil : Ampandi.
Motosikal mangsa rosak teruk akibat dilanggar dan diseret kereta pada kejadian tersebut.
Motosikal mangsa rosak teruk akibat dilanggar dan diseret kereta pada kejadian tersebut.
MACHANG -  Seorang pemandu bas Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK),  Ampandi Ismail, 46, maut dalam kemalangan jalan raya berdekatan Simpang Jalan Lama Kemuning, di sini, semalam.

Pada kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja, dikatakan maut dilanggar dua kenderaan ketika cuba membelok ke simpang jalan itu.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Che Malek Bedot berkata,  mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Krai Ke Kota Bharu dipercayai cuba membelok ke simpang Jalan Kemuning Lama sebelum dilanggar.

Katanya, pada rempuhan pertama, mangsa dipercayai terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta lain ketika cuba bangun.

“Mangsa maut di tempat kejadian, di Kilometer 43, Jalan Kota Bharu -Kuala Krai akibat kecederaan parah di seluruh badan, dan dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga serta di bawa pulang ke Kampung Jakar, Temangan.
Che Malek berkata,  kes akan disiasat di bawah  Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang melihat kejadian tersebut, diminta tampil bagi membantu siasatan.
Sementara itu, isteri mangsa,  Rugayah Che Noh, 37 berkata, suaminya keluar agak lewat  ke tempat kerja pagi tadi (semalam) namun, masih sempat berpatah balik ke rumah dan meminta maaf daripadanya.

“Katanya, dia bimbang jika sesuatu terjadi kepadanya, dan tidak sempat bermaafan. Sejak kebelakangan ini, dia juga melayan saya dan  anak-anak dengan baik, lebih daripada biasa.
“Saya mengetahui mengenai kejadian ini kira-kira jam 7 pagi selepas dimaklumkan penduduk kampung,” katanya yang mempunyai dua anak yang masih belajar.

Dicekup leka hisap dadah

Dicekup leka hisap dadah
Kesemua suspek dibawa balik ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut.
KULIM - Lima lelaki dan seorang perempuan berusia antara 18 dan 22 tahun ditahan, dipercayai leka menghisap dadah di bilik tengah sebuah rumah di Taman Selasih di sini, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim diketuai Inspektor Muhamad Amin Mat Yassin.

Ketika serbuan, dua suspek cuba melarikan diri melalui pintu belakang bagaimanapun berjaya ditahan.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis turut merampas lapan paket lut sinar dipercayai dadah seberat lima gram.

“Semua suspek merupakan pekerja industri dan tinggal di rumah itu sejak beberapa bulan lalu.

“Ujian saringan air kencing mendapati lima lelaki terbabir positif dadah manakala seorang remaja perempuan negatif,” katanya.

Kesemua mereka akan ditahan mengikut seksyen 39A(1) Akta Dadah Merbahaya 1952.

Ghuzlan berkata, sehingga kini polis sudah mengenal pasti beberapa premis di sekitar kawasan taman perumahan dan kampung dipercayai dijadikan tempat menghisap dadah.

Nelayan selamatkan lelaki lemas

Nelayan selamatkan lelaki lemas
Di lokasi inilah sekumpulan nelayan berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada menjadi mangsa lemas.
MUAR – Tindakan pantas sekumpulan nelayan telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 40an daripada menjadi mangsa lemas di Sungai Muar, semalam.

Menceritakan detik mencemaskan itu, seorang nelayan, Ahmad Daud Mohd Po'at, 48, berkata, kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu disedari oleh seorang rakannya yang melihat objek seolah-olah seperti sebiji buah kelapa terapung dan bergerak dalam sungai.

"Pada mulanya saya tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh rakan saya. Selepas mengamatinya barulah saya perasan objek itu kepala seorang lelaki, manakala badannya tenggelam dalam dasar sungai.

“Ketika kejadian, saya bersama rakan-rakan sedang berbual di jeti berhampiran lokasi itu selepas pulang dari laut.

“Apabila yakin objek tersebut adalah kepala seorang lelaki yang nyaris lemas, saya memanggil rakan yang kebetulan berada dalam bot untuk membantu menyelamatkan lelaki itu pada jarak 100 meter dari jeti,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kerja-kerja menyelamat sedikit sukar kerana arus sungai agak deras, ditambah pula keadaan mangsa yang semakin lemah.

“Saya mencampakkan pelampung supaya mangsa boleh berpaut pada pelampung ini bagi mengelakkannya daripada tenggelam.

“Mangsa ditarik ke tepi bot menggunakan tali sebelum diangkat ke dalam bot. Mujur kami sedar kejadian ini agak awal, jika tidak pasti lelaki ini tidak dapat diselamatkan.

Menurutnya, selepas diselamatkan lelaki berkenaan dihantar ke pangkalan Pasukan Gerakan Marin Muar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Lelaki terbabit dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Suspek ‘bermain wayang’


       
TAIPING: Suspek utama kes bunuh dan rompak wang berjumlah RM1.2 juta yang dilarikan daripada van keselamatan di sini, pada 18 September lalu terus ‘bermain wayang’ berhubung misteri kehilangan separuh daripada wang hasil rompakan itu.

Sumber polis berkata, suspek berusia 25 tahun itu sering berdolak-dalih ketika disoal siasat polis berhubung sebahagian besar wang rompakan itu yang masih gagal ditemui hingga kini.


Sebelum ini, sejumlah RM520,000 wang hasil rompakan itu berjaya ditemui semula selepas polis menahan enam suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun di Pulau Pinang dan Kedah, 23 September lalu.

Susulan itu, polis berjaya menangkap suspek utama yang juga pekerja syarikat keselamatan berkenaan ketika bersembunyi di sebuah pondok usang di Bukit Wang Angin, Banjaran Nakawan, Kangar, Perlis pada 25 September lalu.


Ketika diberkas, suspek hanya memiliki wang tunai berjumlah RM7,250 dan mata wang Thailand.


“Suspek masih enggan mendedahkan lokasi baki RM700,000 wang rompakan itu disembunyikan dan mendakwa hanya menerima RM30,000 daripada hasil rompakan berkenaan.



“Berikutan itu, kami terpaksa menyambung reman suspek semalam bagi mengesan baki wang berkenaan. Ketika disoal siasat, suspek dilihat cuba menyembunyikan sesuatu,” katanya.


Difahamkan suspek disambung reman hingga 9 Oktober selepas tempohnya berakhir, semalam.

Selain itu, beberapa anggota kumpulan perompak berkenaan turut disiasat berhubung beberapa siri rompakan bersenjata di daerah ini. Menurutnya, suspek utama yang berasal dari Sungai Siput itu turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas disyaki menembak mati rakan sekerjanya yang juga pemandu van keselamatan berkenaan, Hasnul Saat, 28. “Kami masih menyiasat sama ada suspek pernah merancang melarikan diri ke negara jiran, Thailand selain peranannya dalam rompakan itu.


“Polis juga masih menyiasat sama ada suspek adalah dalang utama rompakan itu atau dirancang individu lain,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya masih menjalankan siasatan.

Orang kenamaan bersaudara tipu Datuk RM462,000


       
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang usahawan bergelar Datuk untuk meluaskan perniagaannya dengan mencuba bidang automotif bertukar mimpi ngeri apabila dia ditipu beberapa individu termasuk orang kenamaan yang juga adik-beradik yang mendakwa boleh mendapatkan ruang pameran menyebabkannya kerugian RM462,000.

Bukan saja terlepas peluang niaga, lelaki mahu dikenali sebagai Datuk Eric itu mendakwa, dia kini terpaksa menanggung bebanan hutang selepas beberapa rakan perniagaannya menuntut janji untuk membuka syarikat terbabit selepas berurusan dengan seseorang yang mempunyai hubungan dengan ‘orang kuat’ industri automotif negara.


Menurutnya, dia didatangi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai penggiat industri jualan kereta dan menawarkan peluang kepadanya untuk membuka beberapa ruang pameran di kawasan Lembah Klang sebelum meminta wang pendahuluan.

“Berminat dengan tawaran itu, saya kemudian membuat bayaran antara RM20,000 hingga RM200,000 secara beransur-ansur dan dijanjikan dengan peluang perniagaan francais oleh sebuah syarikat automotif.


“Saya dibawa melawat kilang induk syarikat itu di Selangor dan diperkenalkan kepada seorang pengarah urusan yang juga adik kepada lelaki itu sebelum menandatangani satu dokumen perjanjian mendapatkan hak pengedaran, ruang pameran, pusat servis dan alat ganti,” katanya ketika membuat aduan kepada sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.


Eric berkata, selepas menunggu beberapa bulan, dia berhubung dengan lelaki itu untuk bertanyakan status projek dijanjikan namun dia memberikan beberapa alasan selain meminta wang RM200,000 sebagai jaminan untuk mendapatkan hak pengedaran dijanjikan.

Katanya, tidak lama selepas itu dia mengesyaki dirinya tertipu apabila bertemu seorang rakan yang meminta dia memeriksa latar belakang lelaki itu sebelum mendapati individu terbabit diisytihar muflis sejak beberapa tahun lalu.


“Saya terus meminta wang saya dikembalikan dan dia memberikan pelbagai alasan dan pada masa sama dia terus meminta wang dengan alasan adiknya perlukan duit. Dia berjanji akan mengembalikan semua duit saya dengan menandatangani surat perjanjian,” “Pada 3 Julai, dia memberikan sekeping cek berjumlah RM10,000 dan berselang tiga hari, saya terima cek RM20,000 namun kedua-duanya dipulangkan kerana akaun sudah ditutup,” katanya yang turut membuat aduan kepada pejabat Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara itu dan membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee.

Eric berkata, dia membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee dan merancang membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam masa terdekat.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani mengesahkan menerima laporan itu dan memaklumkan kes disiasat JSJK Bukit Aman.

Kecil-kecil dah samseng


       
PETALING JAYA: Baru berusia sembilan tahun, tapi lima murid tahun tiga sebuah sekolah di sini sudah berani berlagak samseng apabila membelit leher seorang rakan sekelas mereka dengan tali pinggang selain memukul mangsa dengan kasut dan pembaris besi, kelmarin.

Malah, lima samseng cilik terbabit turut mengugut untuk membunuh serta mencampak rakan mereka itu ke dalam hutan dan mereka berbuat demikian hanya kerana tidak menyukai mangsa.

Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 1.30 tengah hari di sekolah berkenaan dan kelima-lima murid terbabit terlebih dulu mengepung mangsa sekelas mereka ketika berada dalam bilik darjah.

Rempuh kereta pengurup wang



         
JOHOR BAHRU: Umpama aksi dalam filem Hollywood apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki seorang pengurup wang dirempuh sehingga terbalik oleh sebuah lori lapan tan di Jalan Storey, berhampiran bangunan Pacific Mall di sini, kelmarin.

Seperti dirancang, dalam kejadian jam 5 petang itu, dua kenderaan iaitu sebuah Toyota Hilux serta Proton Wira masing-masing dinaiki dua lelaki bertopeng serta bersenjata api, sampai di tempat kejadian sebelum melepaskan tembakan pada kenderaan dinaiki mangsa.


Kumpulan penjenayah terbabit memburu wang RM700,000 dibawa pengurup wang berkenaan yang turut diiringi tiga pekerja termasuk seorang pengawal keselamatan.

Kumpulan penjenayah terbabit melepaskan lapan das tembakan pada Toyota Hilux dinaiki mangsa, namun hampa selepas mendapati kenderaan berkenaan kalis peluru.


Berikutan bimbang ditahan, kumpulan penjenayah terbabit beredar dari tempat kejadian beberapa minit kemudian, manakala pengurup wang dan tiga pekerjanya selamat.


Menurut saksi kejadian yang enggan dikenali, mangsa menaiki Toyota Hilux berwarna hitam sebelum ia dihimpit sebuah lori.

“Toyota Hilux mangsa terbalik dan dihempap lori berkenaan. Tidak lama kemudian, dua kenderaan dinaiki beberapa individu bertopeng tiba dan melepaskan tembakan terhadap pacuan empat roda mangsa.


“Kemalangan itu mungkin dirancang dan tidak lama kemudian, penjenayah melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr Hashim Haron berkata, dua penjenayah keluar daripada dua kenderaan dinaiki mereka sebelum melepaskan lapan das tembakan ke arah Toyota Hilux mangsa.


Menurut beliau, keempat-empat mangsa terselamat kecuali pemandu yang cedera ringan akibat kemalangan.


“Kami menemui dua kenderaan suspek yang ditinggalkan dua kilometer dari tempat kejadian pada hari sama.


“Kami turut menemui sepucuk pistol dan beberapa topeng yang ditinggalkan di dalam Proton Wira dinaiki suspek dan kes disiasat mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.


Menurut Hashim, pihaknya masih mengesan suspek kes terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Menangis kereta terbakar




         
MELAKA: “Api ketika itu amat marak dan asap tebal hingga menyebabkan saya tidak berani mendekati lokasi kejadian kerana bimbang berlaku letupan,” kata penjaga tempat letak motosikal dikenali sebagai Ho, 50-an, yang menyaksikan kebakaran tiga kenderaan di kawasan parkir berdekatan Medan Selera Newtown, di sini, semalam.

Kebakaran jam 1.10 tengah hari itu menimbulkan tanda tanya berikutan satu daripada kereta terbabit iaitu Nissan Sentra dipercayai tiba-tiba terbakar sebelum api merebak dan menyambar dua kereta berdekatan.


Kereta Nissan itu musnah manakala Perodua Kenari dan Ford Laser rosak akibat bahang kebakaran.

Tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran daripada lebih teruk dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.


Menurut Ho, dia yang memeriksa kawasan tempat letak motosikal berdekatan tempat kejadian mencurigai sesuatu apabila ternampak asap tebal di kawasan terbabit. “Apabila diperiksa, saya terkejut melihat asap itu rupa-rupanya datang dari sebuah kereta yang marak terbakar di kawasan lot parkir berkenaan.


“Melihat keadaan itu, saya yang bimbang keadaan bertambah teruk menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Tinjauan mendapati seorang daripada pemilik kereta berusia 30-an gagal menahan sebak dan menitiskan air matanya selepas menyedari kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II Low Liang Seong berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan awam, pada jam 1.16 tengah hari.


“Seramai enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dikerah memadam kebakaran membabitkan tiga kereta berkenaan.

“Api berjaya dikawal dalam tiga tujuh minit dan padam sepenuhnya lima minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya. Menurut beliau, pihaknya bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut terutama mengenal pasti punca kejadian.

Lari kendong bayi 9 hari

SELANGAU: Seorang wanita yang masih dalam pantang selepas bersalin terpaksa berlari meredah hujan sambil menggendong bayinya berusia sembilan hari apabila rumah panjang dihuninya terbakar awal pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 4 pagi di Rumah Panjang Nyantau, memusnahkan 13 rumah menyebabkan 100 penghuni hilang tempat tinggal.


Menceritakan kejadian itu, Maria Nyantau, 27, berkata dia tersedar dari tidur selepas anak ketiganya itu Gongria Gillvin Agong, menangis.

Menurutnya, pada masa sama, dia tercium bau wayar hangus dan meminta suaminya, Agong anak Ingko, 41, mencari puncanya. “Sebaik diberitahu rumah panjang kami terbakar, saya tidak berfikir panjang, terus mencapai Gongria keluar dan meredah hujan mencari perlindungan di tepi jalan.


“Walaupun masih lemah, saya gagahkan diri menyelamatkan bayi ini. Suami saya pula menyelamatkan dua lagi anak serta membantu menyelamatkan penghuni lain kerana api marak dengan cepat walaupun ketika itu hujan lebat,” katanya.


Difahamkan, walaupun hujan lebat ketika kejadian, namun api tetap marak sekali gus meranapkan rumah panjang separa batu berusia 18 tahun itu.

Ketika kejadian, kira-kira 20 penghuni berada di rumah itu, manakala yang lain di tempat kerja masing-masing di Sibu, Mukah dan Bintulu.


Sementara itu, Agong berkata, kebakaran dipercayai daripada litar pintas akibat disambar petir kerana sebelum api marak, dia terdengar bunyi letupan seakan-akan mercun dari bilik ketiga rumah panjang itu.

“Selepas saya periksa, rupa-rupanya bunyi itu datang dari wayar yang terbakar dan dalam sekelip mata, api menyambar bahagian siling rumah sebelum merebak ke bahagian lain.


“Sebelum kebakaran, petir sabung menyabung dan bekalan elektrik terputus kerana dipercayai suis utama di bilik ketiga terkena petir,” katanya.


Agong berkata, penduduk cuba memadam kebakaran dengan menyimbah air menggunakan baldi, namun usaha itu gagal kerana api marak dengan cepat.


Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.27 pagi sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.


“Anggota kami tiba di tempat kejadian pada jam 6.26 pagi dan rumah berkenaan sudah hangus, cuma tinggal bahagian dinding depan,” katanya.


Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sibu, Mohamad Guntor Rajaee berkata, pihaknya menyalurkan bantuan makanan serta peralatan dapur untuk kemudahan mangsa.


“Semua mangsa di tempatkan sementara di pondok berhampiran dan kami menyediakan kanvas untuk membolehkan mereka membuat dinding.” katanya.

Penyamun takut dikesan GPS




         
KAJANG: Bimbang jejak mereka dikesan polis selepas menyedari terdapat alat sistem pengesanan global (GPS) dalam kereta yang disamun, tiga lelaki nekad meninggalkan kenderaan itu di tepi jalan di Subang Bestari, Shah Alam bersama pemiliknya yang diikat, Ahad lalu.

Difahamkan, mangsa yang berusia 30 tahun sebelum itu disamun kumpulan lelaki terbabit di tempat letak kereta di rumahnya di Jalan Bukit Mewah, Kajang sebelum dibawa bersama menaiki kereta berkenaan.


Menurut isteri mangsa yang mahu dikenali sebagai Shida, 28, suaminya bagaimanapun berjaya diselamatkan dan ditemui di kawasan itu selepas dia membuat laporan polis beberapa jam kemudian.

“Seperti biasa, suami menghubungi saya memberitahu sudah berada di tingkat bawah meminta saya membuka pintu.


“Namun, selepas menunggu lebih 30 minit, suami tidak kelihatan dan saya mula berasa tidak sedap hati,” katanya yang menghubungi telefon bimbit suaminya berulang kali, tetapi dijawab seorang lelaki dalam keadaan marah kononnya tersalah nombor.


“Saya mula curiga dan mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku sebelum menghubungi rakan sekerja memberitahu kejadian itu dan membuat laporan polis,” katanya.

Shida yang kini tinggal bersama keluarga mentuanya berkata, suaminya disamun tiga lelaki yang sudah sedia menunggu di tempat letak kereta sebelum menyerang dan memukul mangsa.


“Saya mengesyaki lelaki terbabit mahu menculik suami saya kerana mereka membawanya bersama-sama kereta yang disamun, bagaimanapun hasrat itu dibatalkan kerana bimbang tindakan mereka dikesan polis melalui GPS yang dipasang dalam kereta,” katanya.

Pelajar meninggal selepas wuduk



         
PONTIAN: “Afiff baring di pangkuan saya dan kira-kira 15 minit kemudian, dia menghembuskan nafas terakhir,” kata ibunya, Russiah Ibrahim, 44, ketika ditemui di kediamannya di Taman Nong Chik, Batu 36, Jalan Johor, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi kelmarin, anaknya, Muhammad Afiff Faris Ahmad Seri, 15, meninggal dunia di pangkuannya ibunya selepas mengadu pening kepala.


Russiah berkata, Afiff sebelum itu baru saja selesai berwuduk dan mahu menunaikan solat Subuh.

“Afiff mengadu pening kepala dan saya terus meribanya. Saya kemudiannya mengurut dahi Afiff dengan minyak.


“Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati bibir, kuku tangan dan kakinya bertukar kebiruan. Saya terus mengusap dadanya, manakala Afiff seolah-olah tidur berdengkur sebelum nafasnya terhenti,” katanya.


Menurut Russiah, dia memanggil jiran sebelum menghubungi Hospital Pontian serta suaminya, Ahmad Seri Abu Bakar, 48, yang ketika itu bekerja di Tanjung Bin.

Katanya, pasukan perubatan yang tiba kemudiannya melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan Afiff sudah meninggal dunia.


Ahmad Seri pula berkata, Afiff yang juga pelajar pintar adalah anak ketiga daripada lima beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat (SMKDPB).

Afiff bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu depan.


Menurut Ahmad Seri, dia bergegas pulang ke rumah sejurus menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 6.15 pagi.


“Tiba di rumah, Afiff sudah meninggal dunia. Saya reda di atas pemergian Afiff kerana Allah lebih menyayanginya.


“Afiff seorang yang rajin dan suka menolong ibunya memasak,” katanya.


Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya.

Maut tercekik anggur



Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
         
IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas tercekik anggur ketika makan buah itu di kediamannya di Kondominium Raya Ria, Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Tahseem Shahriar Mohammad yang berusia dua tahun lima bulan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.


Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan makan buah anggur itu bersama ibunya yang juga warga Bangladesh selepas menikmati makan malam.

“Ibunya turut makan buah anggur dan mengupas kulit sebelum menyuap ke mulut mangsa. Namun, ketika ibunya leka mengupas kulit anggur itu, mangsa tiba-tiba mencapai segenggam anggur sebelum memasukkannya dalam mulut sekali gus.


“Tindakan itu menyebabkan dia tercekik dan mengalami kesukaran bernafas,” katanya ketika ditemui di pekarangan HRPB, semalam.


Menurutnya, menyedari kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membawa mangsa ke HRPB, namun dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Bapa mangsa yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini, enggan ditemu bual wartawan berikutan terlalu sedih dengan kejadian menimpa anaknya.


Difahamkan, mayat kanak-kanak itu akan dihantar pulang ke negara asalnya di Bangladesh untuk dikebumikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut

36 maut dalam nahas bot, feri

HONG KONG: Seramai 36 orang terbunuh apabila sebuah bot dalam pelayaran untuk menyaksikan pertunjukan bunga api karam selepas berlanggar dengan sebuah feri, semalam.

Ia disifatkan sebagai nahas maritim terburuk di bandar raya ini sejak berdekad lalu.

Lebih 120 penumpang dan kru berada dalam kapal milik syarikat Elektrik Hong Kong itu untuk menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kebangsaan di Pelabuhan Victoria apabila kemalangan berlaku berhampiran Pulau Lamma. Puluhan penumpang tercampak ke dalam laut yang bergelora dan kapal itu tenggelam dalam tempoh beberapa minit saja. Hanya bahagian depannya saja dilihat terjulur di tengah-tengah lautan selepas kejadian itu.

Puluhan mangsa dibawa dengan bot ke Pulau Hong Kong kira-kira tiga kilometer ke timur dan dibawa oleh beberapa ambulans ke hospital. “Tiada masa untuk memakai jaket keselamatan. Tiada masa untuk mengetatkannya. Kami cuba berpegang pada sesuatu di atas, tetapi tidak bernasib baik dan kami terlepas,” kata seorang wanita yang diselubungi selimut kecemasan kepada wartawan.


Seorang lagi mangsa yang terselamat berkata, dia belum mendengar berita mengenai anak-anaknya.


“Dua anak saya hilang dan saya tidak tahu di mana mereka,” katanya.

Penduduk Lamma, Clare Kirkman yang pulang dari Hong Kong dengan feri yang terbabit dalam nahas itu menceritakan keadaan cemas apabila feri itu mula dimasuki air. “Orang ramai di depan feri mula menjerit dan berkata, air melimpah masuk dan bot senget sebelah,” kata warga Britain berusia 43 tahun itu kepada media. Seramai 28 orang disahkan mati di tempat kejadian dan lapan lagi di hospital, menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan.


Kejadian itu turut mencederakan lebih 100 orang. - AFP

Permata, emas dirompak siang hari



     
SAN FRANCISCO: Polis California semalam melancarkan gerakan memburu pencuri yang melarikan batu permata berharga dan emas bernilai kira-kira AS$2 juta (RM6.1 juta) daripada muzium perlombongan di Sierra Nevada.

Perompak terbabit bagaimanapun gagal melarikan permata paling bernilai di muzium berkenaan, Fricot Nugget, hablur emas seberat 6.4 kilogram yang dijumpai pada era penemuan emas secara besar-besaran.


Polis berkata, ketika cuba mengambil hablur berharga itu, perompak berkenaan terpetik penggera kecemasan yang menyedarkan pihak berkuasa.

Anggota polis yang bergegas ke muzium berkenaan gagal menangkap mereka.


Sekurang-kurangnya dua perompak bersenjatakan tukul beliung mengugut kakitangan bertugas ketika melakukan rompakan pada siang hari, kata polis. - AP