MACHANG: Lebih 500 penduduk Mukim Cherang Hangus di sini berada dalam ketakutan berikutan ancaman harimau yang membaham binatang ternakan mereka sejak seminggu lepas.
Pengerusi Jawatankuasa, Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Cherang Hangus, Awang Mustapa berkata sehingga kini tiga ekor lembu milik penduduk di mukim berkenaan dimakan binatang buas itu.
"Ini menyebabkan mereka mengalami kerugian lebih RM3,000," katanya kepada pemberita di sini dan menambah bahawa kira-kira 30 penduduk menternak kira-kira 500 ekor lembu di kawasan itu.
Awang tidak menolak kemungkinan ancaman itu berpunca daripada aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan di Bukit Baka berdekatan yang menyebabkan harimau keluar dari habitat asal mencari makan.
Beliau berkata sebelum ini penduduk juga berdepan ancaman gajah liar yang merosakkan tanaman seperti pokok getah, pisang dan dokong.
"Kami berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat bertindak segera sebelum binatang buas itu menjadi lebih ganas lagi," katanya.
Pengarah Perhilitan Kelantan, Rahmat Topani ketika di hubungi, mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian itu dan telah menghantar dua pegawai melakukan siasatan serta mengambil langkah segera menanganinya. - Bernama