Search This Blog

Monday, September 17, 2012

Bertindih dalam pikap

KOTA KINABALU: Perjalanan pulang lima individu termasuk dua pasangan suami isteri sebaik selesai meraikan Hari Malaysia di Pantai Dalit, di sini, berakhir tragedi apabila kenderaan pikap dinaiki mereka terbabit kemalangan ngeri menyebabkan seorang mangsa pecah kepala hingga otaknya bertaburan di Jalan Sepanggar, berdekatan bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.40 malam, mangsa yang maut ialah pemandu, Ramsin@Taminsin Pahang, 59, isterinya, Siti Runi Tarawi, 55, Asan@Hassan Jimi, 55, isterinya, Saimah Jamin, 51, dan seorang lagi penumpang, Taripan Bintaman, 53.

Semua mereka menaiki kenderaan pikap Isuzu Invader dan mati di tempat kejadian akibat parah di seluruh badan.

Manakala penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria iaitu pemandu, Chong Chee Kiong, 23, dan penumpangnya, Sheena Patrick, 28, serta Lily Govinjen, 56, kini kritikal di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Semua mereka yang maut dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Beaufort selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia anjuran sebuah pertubuhan di Tuaran.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila MPV dipandu Chong dalam perjalanan dari bandar raya ini menuju Tuaran dirempuh dari arah belakang oleh sebuah Mitsubishi Triton sebelum terbabas ke laluan bertentangan.


Pada masa sama, kenderaan dipandu Ramsin gagal mengelak lalu bertembung MPV berkenaan manakala sebuah lagi pikap Toyota Hilux dipandu Azman Abdul Hafis, 37, yang mengekori Isuzu terbabit, merempuh bahagian penumpang pikap itu.

Kejadian itu menyebabkan semua mangsa yang maut tersepit dan bertindih antara satu sama lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, kemalangan berlaku apabila MPV Naza Ria yang datang dari Kota Kinabalu dirempuh dari belakang oleh sebuah Toyota Hilux sehingga terbabas ke laluan bertentangan.

“Kenderaan dipandu Ramsin gagal mengelak lalu bertembung MPV berkenaan dan pada masa sama, sebuah lagi pikap yang mengekori merempuh kedua-dua kenderaan itu.

“Katanya, kejadian itu menyebabkan lima pemandu dan penumpang pikap Isuzu mati di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang MPV berkenaan parah dan kini berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Katanya, pemandu Toyota Hilux yang merempuh kedua-dua kenderaan itu tidak cedera manakala Mitsubishi Triton yang merempuh MPV beredar dari tempat kejadian.

“Polis berjaya mengesan pikap Mitsubishi itu ditinggalkan di tepi jalan di Taman Bukit Sepangggar, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

“Semua mayat dihantar ke HQE II untuk bedah siasat manakala mereka yang cedera turut dirawat di hospital sama,” katanya.

Jauteh berkata, sehingga hari ini (semalam) polis giat mengesan pemandu Mitsubishi Triton terbabit bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu cuai sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Lelaki mahu bantu kenalan pengsan dikeroyok

GOMBAK: Niat untuk membantu pemandu sebuah kereta yang disangka rosak di Lebuhraya Karak bertukar episod malang kepada seorang lelaki apabila dia bukan sahaja di maki hamun, malah dibelasah dua lelaki sehingga pengsan, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 37 tahun yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur terserempak sebuah kereta yang berhenti di laluan kecemasan memberhentikan kenderaannya untuk menolong selepas dia mengenali seorang daripada mereka.

Menurut sumber, tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa bertanya kenalannya itu mengenai masalah mereka.

“Bagaimanapun, kenalannya itu tidak menyenangi kehadiran mangsa dan memarahi serta menghamburkan kata-kata kesat.

“Terkejut dengan tindakan suspek yang tiba-tiba naik angin dan memaki hamunnya, mangsa mempersoalkan tindakan lelaki itu,” katanya.

Sumber berkata, suspek yang berang mangsa masih tidak beredar dan mempersoalkan tindakannya menolak mangsa sebelum berlaku pertengkaran.


“Malah, pertengkaran mereka bertambah ganas apabila kedua-dua suspek memukul mangsa di kepala dengan objek tumpul menyebabkan dia cedera di kepala.

“Tidak cukup dengan itu mereka menyepak perut mangsa dan membelasahnya sehingga pengsan,” katanya.

Menurutnya, suspek melarikan diri selepas terlihat kenderaan lain berhenti untuk membantu mangsa yang berlumuran darah di kepala dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dihantar ke Hospital Bentong dan ditahan di wad selama satu hari selepas cedera teruk di kepala.

“Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan.

Wanita curi RM4,023 sujud kaki minta maaf

KUANTAN: “Wanita yang sarat hamil itu berkali-kali sujud sambil cuba mencium kaki untuk memohon maaf kerana mencuri wang RM4,023 bersama dua gelang tangan milik saya dan adik,” kata mangsa kecurian dikenali Rin, 37, selepas berjaya menahan seorang wanita yang mengambil kesempatan mencuri wang tunai dan barang kemas ketika dia bersama ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu di majlis perkahwinan adiknya, di Tanah Putih Baru, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, wanita berusia 22 tahun dari Kampung Pulau Jawa, Pekan, dikatakan hadir sebagai tetamu tidak diundang di majlis kenduri itu sebelum menjadi ‘halimunan’ dengan menyusup masuk ke bilik mangsa.
Ketika berada di dalam bilik itu, wanita terbabit yang sepatutnya dijadualkan bersalin kelmarin, dikatakan menyelongkar almari sebelum mengambil anak kunci dalam kotak lalu membuka laci dan mengambil beg tangan milik mangsa yang mengandungi wang tunai dan barang kemas. 

Remaja 19 tahun diperkosa lebih 7 lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun melalui detik hitam dalam hidupnya selepas diperkosa secara bergilir-gilir dipercayai lebih tujuh lelaki dalam kejadian di sebuah hotel murah di Cheras, di sini.
Difahamkan, remaja terbabit dianiaya oleh dua rakan lelaki yang membawanya ke hotel berkenaan selepas mangsa tidak sedarkan diri dipercayai diberi minuman keras.

Sumber berkata, dalam kejadian malam Jumaat lalu, mangsa bersama seorang rakan perempuannya dibawa keluar oleh dua lelaki yang juga rakannya ke sebuah kelab malam di ibu kota jam 12 tengah malam.

“Ketika di dalam kelab itu, mangsa dipercayai diberi minum minuman keras menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Dalam keadaan separuh sedar mangsa dibawa rakan-rakannya itu ke sebuah hotel di Cheras.

“Mangsa mendakwa menyedari didatangi empat lelaki ketika di dalam sebuah bilik hotel itu yang bertindak memegang tangan dan kakinya ketika dia cuba melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, mangsa menjerit dan minta dilepaskan bagaimanapun badan mangsa yang lemah tidak berupaya melawan menyebabkan dia ditolak oleh keempat-empat lelaki itu dan menghempas mangsa ke katil “Mangsa diperkosa secara bergilir-gilir dipercayai lebih tujuh lelaki sebelum mangsa dihantar kedua-dua rakan lelakinya itu pulang ke rumahnya pada sebelah pagi,” katanya.


Sumber berkata, mangsa yang mengalami kecederaan ringan akibat dipukul dan diperkosa suspek kemudiannya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Lelaki bersama anak tak pulang sejak 1 September

KAMPUNG GAJAH: Kehilangan dua beranak, Mohd Razali Bidin, 46, dan anak tunggalnya, Mohd Izani, 7, terus menimbulkan tanda tanya apabila mereka berdua tidak pulang ke rumah sejak 1 September lalu.
Mohd Razali yang menetap di Felcra Changkat Lada keluar rumah bersama anaknya itu menaiki motosikal pada petang 1 September lalu.

Namun, selepas 17 hari, kedua-dua mereka masih gagal dihubungi, malah usaha menjejaki mereka menerusi saudara terdekat mangsa gagal memperoleh maklumat.

Adik ipar Mohd Razali, Fariza Zubir, 30, ketika dihubungi semalam berkata, kali terakhir dia menemui abang iparnya ketika menziarahi keluarga mentuanya di Kampung Teluk Kepayang, pada pagi 1 September lalu.

Menurut Fariza, dia dimaklumkan kehilangan dua beranak itu dua hari kemudian oleh bapanya selepas mereka tidak pulang ke rumah selain gagal dijejaki terutama menerusi talian telefon.

“Saya tidak pasti kenapa mereka berdua menghilangkan diri, namun tidak menolak kemungkinan sedih selepas kakaknya yang juga isteri Mohd Razali, Che Om Abdullah, 46, meninggal dunia akibat penyakit asma pada 27 Ogos lalu.


“Mungkin mereka terlalu sedih dengan pemergian arwah kakak saya. Namun, lebih membimbangkan mereka menghilangkan diri tanpa pesanan,” katanya.

Katanya, dia juga bimbang kerana Mohd Izani tidak pergi ke sekolah hampir dua minggu.

“Selain itu, adik Mohd Razali yang menetap di Tambun, Ipoh sudah membuat laporan di Balai Polis Tambun,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat dan terserempak dengan Mohd Razali dan anak lelakinya itu boleh menghubungi Fariza di talian 013-4657611 atau 013- 5949530.

6 GRO ditahan di pusat karaoke

JOHOR BAHRU: Dua beradik perempuan berstatus janda antara enam wanita Islam ditahan dalam operasi cegah maksiat di sebuah pusat karaoke di Jalan Dato Sulaiman, di sini, pagi kelmarin.
Serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan kerjasama Jabatan Agama Johor (JAJ) selama dua jam, bermula jam 1 pagi.

Ketua operasi yang juga Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Mohammad Abdul Hamid berkata, empat pegawai dan 10 anggota polis dibantu 14 anggota Penguat Kuasa JAJ memeriksa 68 wanita tempatan lingkungan 20-an hingga 30-an yang bekerja di pusat hiburan itu.

Katanya, seramai 12 daripada 68 wanita terbabit beragama Islam dan ujian alkohol mendapati enam daripada mereka meminum minuman keras.

“Menerusi pemeriksaan, kami dapati dua wanita Islam yang juga adik-beradik berusia 32 dan 28 tahun bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

“Siasatan mendapati, mereka masing-masing berstatus ibu tunggal dan mempunyai tiga dan dua anak serta memberikan alasan bekerja di pusat hiburan itu bagi menampung perbelanjaan harian,” katanya.

Ayah, ibu maut bersama

KOTA KINABALU: “Kebiasaannya ibu jarang mengikuti ayah terutama menghadiri majlis membabitkan parti politik, tetapi malam tadi (kelmarin) dia bersungguh-sungguh mahu ikut,” kata anak pasangan yang maut, Ritauddin Taminsin, 31, ketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth II, di sini, semalam.
Menurut Ritauddin, ibunya, Siti Runi Tarawi, 55, kelihatan bersemangat untuk ke majlis berkenaan dan tidak menyangka mereka mati bersama.

Dalam kemalangan itu, suami Siti Runi, Ramsin@Taminsin Pahang, 59, maut bersama tiga yang lain apabila kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan membabitkan empat pikap dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Saya hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu jam 3 pagi selepas dihubungi ahli keluarga lain.

“Ketika itu, saya berharap semua mereka hanya cedera ringan, tetapi telahan saya silap apabila diberitahu mereka sudah tiada,” katanya.

Menurut Ritauddin, dia tidak menyangka kehilangan ibu dan ayah sekelip mata, tetapi reda dengan kejadian menimpa mereka sekeluarga.

2 keluarga nyaris maut rumah dihempap pokok



ANGGOTA bomba dan penyelamat memotong pokok yang tumbang dan menghempap rumah 2 penduduk di Kampung Bariawa Ulu, Keningau, baru-baru ini.
KENINGAU 16 Sept. - Dua keluarga nyaris maut setelah rumah mereka dihempap pokok getah dan mangga yang tumbang akibat ditiup angin kencang di Kampung Bariawa Ulu di sini malam kelmarin.
Mangsa, Sulaiman Yabong dan Kamsih Sahim masing-masing mendakwa mengalami kerugian lebih RM1,000 dan RM2,800 akibat kerosakan beberapa bahagian dalam rumah termasuk kelengkapannya dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu, Masidin Yulot berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dalam kejadian yang mencemaskan itu.
"Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Keningau dengan sebuah jentera yang dihubungi melakukan kerja-kerja menyelamat, memotong dan membersihkan pokok yang tumbang," katanya di sini.
Tambah Masidin, rumah mangsa iaitu Kamsih yang mempunyai enam orang anak sebenarnya telah uzur dan daif dan dia telah memohon bantuan rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) kira-kira lima tahun lalu.
Beliau berharap, pihak berkaitan agar dapat meluluskan permohonan Kamsih itu dengan segera kerana rumahnya yang memang daif itu semakin bertambah teruk selepas dihempap pokok.

Lelaki Myanmar maut ditikam rakan senegara

IPOH 17 Sept. - Pertikaman lidah antara enam rakyat Myanmar berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati ditikam di sebuah kilang batu di Jalan Bercham, Tanjong Rambutan, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu mangsa, Myo Thu, 30-an meninggal dunia setelah ditikam di bahagian kiri dada.
Sebelum itu, kesemua warga asing berkenaan yang dipercayai sedang makan sambil minum arak bergaduh antara satu sama lain.
Pertengkaran mulut yang berlaku mula bertambah serius apabila mereka mula mengasari sesama sendiri dan a

Mangsa kemalangan kereta api masih di ICU

SUNGAI PETANI 17 Sept.- Wanita yang cedera dilanggar kereta api sewaktu menyeberang landasan di kawasan melintas di sini, lewat malam Sabtu lepas, sudah sedarkan diri namun masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Ong Aik Chang berkata, K. Rani, 20, sudah boleh bertutur namun pinggang, tangan dan kakinya patah akibat kemalangan itu.
“Keadaan mangsa sudah stabil namun masih dirawat di ICU. Setakat ini, kita tidak membuka sebarang kertas siasatan berhubung kes ini.
“Ini merupakan kejadian pertama untuk tempoh tahun ini. Kira-kira tiga tahun lalu, kes kemalangan melibatkan kereta api dilaporkan pernah berlaku di Bedong," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -BERNAMA

Pengawal keselamatan maut dalam kemalangan ngeri di Setiu

SETIU 17 Sept. - Seorang pengawal keselamatan maut setelah digilis empat kereta dalam kemalangan ngeri di Kilometer 69 Kampung Raja-Kuala Terengganu berdekatan Kampung Saujana di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Rohaizat Abd. Ani, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, hanya seorang pemandu kereta berusia 33 tahun dari Besut tampil membuat laporan.
Dalam kejadian kira-kira 9.46 malam itu, mangsa, Mohd. Rafizuddin Razali, 21, cedera parah di bahagian kepala serta beberapa anggota badan lain dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal, dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya, kira-kira 50 meter dari tempat kejadian menuju ke sebuah kedai runcit di Kampung Beris Tok Ku, dekat sini.
“Saya nampak mangsa terjatuh ke atas jalan. Saya segera berhenti di tepi jalan untuk membantu sebab nampak mangsa mengerang kesakitan dan memegang kepalanya.
“Belum sempat berbuat demikian, tiba-tiba dua buah kereta dari arah Besut merempuh mangsa dan menyeretnya sejauh kira-kira 10 meter. Kemudian datang dua buah kereta lagi dari arah depan yang turut melanggar mangsa," katanya.
-BERNAMA

Remaja mahu letupkan bom ditahan

> CHICAGO 16 Sept. - Seorang remaja Amerika Syarikat (AS) ditahan oleh ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan didakwa di mahkamah selepas dituduh cuba meletupkan sebuah bom kereta di luar sebuah kelab malam di sini, kata pegawai hari ini.
Pejabat Pendakwa Raya AS di Chicago dalam satu kenyataan berkata, Abel Daoud yang tinggal di Hillside, didakwa atas dua tuduhan iaitu cuba menggunakan senjata berbahaya serta cuba memusnahkan bangunan dengan menggunakan bahan letupan.
Menurut afidavit kes, dua ejen FBI yang menyamar, mula menghubungi remaja berkenaan pada bulan Mei lalu dan mereka saling berbalas mesej.
Afidavit menyatakan, dalam beberapa mesejnya, Daoud ada memberitahu tentang rancangannya untuk melancarkan serangan bersama saudara-saudaranya yang boleh dipercayai. - AFP

3 maut pesawat kecil terhempas di Arizon

PHOENIX - Sebuah pesawat kecil milik sekolah penerbangan Arizona terhempas di kawasan pergunungan timur Phoenix dengan kesemua tiga penumpang termasuk krew disahkan maut.

Antara berada dalam pesawat itu ialah dua warga Belanda, seorang pelajar dan pengajar syarikat penerbangan KLM yang bertugas di sekolah penerbangan berkenaan.

Pesawat Piper PA-28 berlepas dari Falcon Field di Mesa, pinggir kota Phoenix untuk penerbangan di sekitar Winslow, Arizona dan dijadualkan mendarat di Payson.

Peronda Udara Awam melancarkan gerakan mencari dengan menggunakan pengesan radar serta berdasarkan isyarat telefon bimbit penumpang.

Bangkai pesawat ditemui di kawasan gaung oleh anggota unit polis udara. - AP

Pusat khidmat Gerakan Pulau Tikus dibaling telur, disimbah air kopi

GEORGE TOWN - Pintu hadapan Pusat Khidmat Parti Gerakan Pulau Tikus di sini dibaling beberapa biji telur dan disimbah air kopi awal pagi tadi.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan ketika dihubungi berkata perbuatan seumpama itu menjadi trend popular kebelakangan ini, sama ada berlaku pada parti komponen Barisan Nasional (BN) atau parti lawan.

"Jelas sekali ia serangan bermotifkan politik dan kejadian sebegini boleh mewujudkan suasana tidak tenteram dalam kalangan rakyat," katanya.       

Difahamkan tiada laporan polis dibuat dan Teng bependapat ia hanya isu kecil dan menggesa pemimpin parti politik berusaha mengawal penyokong mereka daripada bertindak di luar batasan.

"Kita semua harus mengutuk keganasan politik kerana ia tidak langsung mencerminkan budaya Malaysia dan perbuatan seumpama itu harus dihentikan segera," katanya. - Bernama

Dikhuatiri lemas, hilang di lombong ternakan itik

Dikhuatiri lemas, hilang di lombong ternakan itik
Halid menerangkan lokasi mangsa dipercayai memancing dan gerakan mencari di sekitar kawasan lombong, semalam.
Dikhuatiri lemas, hilang di lombong ternakan itik
Anggota Bomba dan Penyelamat Batu Gajah sedang mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas di lombong ternakan itik, Kampung Pisang, semalam.
BATU GAJAH – Seorang buruh ladang dikhuatiri lemas setelah dilaporkan hilang ketika memancing di sebuah lombong ternakan itik di Kampung Pisang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa, M Tasan, 28, gagal dihubungi oleh tiga rakannya ketika berkumpul semula untuk pulang ke rumah mereka di Ladang Serapoh, Parit.

Rakan mangsa, M Jeyakumar, 27, berkata, dia dan rakan lain gagal menjumpai mangsa di sekitar lombong serta kawasan berhampiran sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah pada jam 10.04 malam.

“Kami memancing di empat lokasi berbeza di lombong ini sebelum berjanji berkumpul semula pada waktu yang ditetapkan.

“Ketika berkumpul itulah kami menyedari mangsa telah hilang. Laporan dibuat kerana takut dia mungkin lemas ketika memancing,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan lebih 30 anggota polis, pasukan Bomba dan Penyelamat serta Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang membantu mencari di sekitar kawasan itu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Halid Md Zin berkata, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bermula jam 11 malam dan dibantu oleh 11 anggota termasuk empat anggota unit skuba Ipoh.

“Gerakan bermula pada jam 11 malam dengan melakukan tinjauan di sekeliling lombong dan pagi ini (semalam) diteruskan dengan menggunakan bot untuk mencari mangsa.

“Unit Skuba diperlukan untuk mencari di dasar lombong dan setakat jam 5 petang, mangsa masih belum ditemui dan gerakan dihentikan serta akan disambung esok (hari ini),” katanya.

Permintaan terakhir, mahu nama anak Ruhil Ayuni

Permintaan terakhir, mahu nama anak Ruhil Ayuni
Mayat mangsa diangkat ke darat dalam keadaan meniarap.
AIR HITAM - “Kalau kita dapat anak perempuan kita letak nama Ruhil Ayuni. Sedap nama itu, dah nak sama macam nama abang, abang suka.” Itulah permintaan terakhir Rozaini Ghazali, 30, kepada isterinya Norhaslina Madon, 26, seminggu sebelum ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di Kampung Kuala Jerlun, awal pagi semalam, selepas hilang Jumaat lalu.

Isterinya yang mengandung empat bulan terkejut dengan berita mengenai penemuan mayat suaminya yang terapung berhampiran tandop di kampung itu kira-kira jam 11 malam semalam.

Norhaslina berkata, seminggu sebelum mangsa ditemui, dia menunjukkan perubahan yang sangat ketara dan perbualannya hanya mengenai mati sahaja dan pelbagai soalan pelik juga sering diajukan.

“Memandangkan arwah teringin untuk melihat anak perempuan, arwah sempat meninggalkan nama itu.

“Arwah turut berkata sekiranya anak dalam kandungan ini adalah anak perempuan dia adalah orang yang paling gembira,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Mangsa berubah sikap

Norhaslina berkata, kali terakhir dia bertemu suami lebih kurang jam 9.30 pagi di rumahnya dan apabila diajak bersarapan bersama arwah mengendahkan pelawaan itu.

“Kebiasaannya dia (Rozaini) tidak begitu. Setiap pagi pelawaan untuk bersarapan bersama disambut baik olehnya. Sebelum kejadian arwah keluar ke kedai kerana gas yang digunakan untuk memasak hidangan tengah hari kehabisan dan kemudian saya keluar untuk membeli bahan mentah untuk masakan.

"Kebiasaannya setiap kali keluar rumah dia berpesan supaya berhati-hati tetapi pada hari sebelum kejadian dia hanya senyap,” katanya.

Menurutnya, sejak berumah tangga sembilan bulan lalu, arwah tidak pernah memarahinya dan pandai menjaga hati isteri serta menuruti kehendak anak-anaknya hasil perkahwinan pertamanya dulu.

“Arwah juga seorang yang ringan tulang dan bertindak menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan secepat mungkin serta mudah memberikan pertolongan kepada sesiapa sahaja,” katanya.


Mangsa baru selesai jalani pembedahan

Sementara itu, bapanya, Ghazali Awang, 53, berkata, anak sulungnya itu baru selesai menjalani pembedahan akibat kemalangan sehingga menyebabkan paha kanannya patah dan perlu dimasukkan besi daripada paha sehingga ke pinggangnya.

Menurutnya, arwah kebiasaannya duduk di rumah memandangkan baru tiga bulan menjalani pembedahan itu.

“Lebih kurang jam 10.30 pagi arwah keluar untuk ke rumah rakan berhampiran dan tabiat itu menjadi rutin hariannya menghabiskan masa berborak bersama rakannya.

“Dalam kejadian kira-kira 12 tengahari seorang penduduk kampung memberitahu saya bahawa arwah terkejut dengan kehadiran pihak polis yang sedang menjalankan operasi di kampung itu dan bertindak terjun ke dalam sungai berhampiran,” katanya.

Ghazali berkata, oleh kerana anaknya tidak pulang, dia kemudiannya membuat laporan polis bahawa anaknya hilang sejak Jumaat lalu.

“Saya bersama penduduk berusaha mencari arwah kerana bimbang jika berlaku perkara tidak baik. Usaha mencari diteruskan sehinggalah saya dimaklumkan penduduk lebih kurang jam 10 malam semalam (Sabtu) bahawa mayatnya ditemui terapung di tandop berhampiran kampung,” katanya.

Ghazali berkata, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian dan seorang yang pendiam serta menghormati kedua ibu bapa.

“Dia hanya akan bercakap sekiranya ada perkara yang ingin dibincangkan,” katanya.


Nampak objek timbul

Saksi, Zainuddin Ismail, 38, berkata, sebelum menemui mayat itu dia bersama rakannya berborak di pelantar berdekatan dan ternampak seperti ada objek timbul berhampiran tandop berkenaan.

Menurutnya, mereka kemudiannya menghampiri objek itu dan mendapati ia adalah mayat seorang lelaki.

“Saya segera memaklumkan perkara itu kepada pihak polis berhubung penemuan mayat berkenaan. Kebetulan petang Sabtu lalu operasi mencari mangsa yang dikatakan hilang turut dijalankan namun usaha itu gagal berikutan air deras menyukarkan kerja-kerja menyelamat,” katanya.

Katanya, mangsa yang dikatakan terjun ke dalam sungai berhampiran kerana terkejut dengan kehadiran polis dan kemudiannya terjun kali kedua untuk pulang ke rumahnya.

“Selepas mangsa terjun seorang penduduk memberitahu bahawa dia lenyap secara tiba-tiba. Kemungkinan berlaku kekejangan memandangkan mangsa baru selesai menjalani pembedahan sekitar empat bulan lalu,” katanya.


Polis jalankan operasi dadah

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan, Ibrahim Mohd Yusuf berkata, pihaknya ada menjalankan operasi dadah Jumaat lalu di kampung berkenaan dan menahan tiga lelaki.

“Saya mendapati ada laporan daripada penduduk terdapat seorang penduduk yang melarikan diri dan terjun ke dalam sungai berhampiran dan kemudian segera mengarahkan operasi menyelamat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat dan usaha itu gagal disebabkan oleh arus deras di sungai berkenaan.

“Mayat mangsa yang ditemui dibawa ke Hospital Jitra dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati lemas,” katanya.

Barang seludup RM4.1j dirampas

Barang seludup RM4.1j dirampas
Majlis serah terima tugas di Markas Taktikal di Lubok Stol, semalam.
RANTAU PANJANG  - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 merampas pelbagai jenis barangan seludup bernilai lebih RM4.1 juta untuk tempoh sebulan dalam Ops Wawasan melibatkan kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Azizan Abu Taat berkata, nilai tersebut adalah yang tertinggi dicatatkan pada tahun ini.

Menurutnya, barangan itu terdiri beras, minyak petrol, barang kawalan, beras, ayam dan ikan hiasan.

“Rampasan tertinggi melibatkan 501 lembu diseludup dari Thailand bernilai RM2 juta diikuti kain tudung, kain batik dan sebagainya berjumlah RM1.5 juta.

“Dadah bernilai RM47,963 juga turut berjaya dirampas, selain 400 pucuk replika senjata api dari jenis “glock”  bernilai RM12,000,” katanya ketika Majlis Penyerahan Surat Penghargaan kepada anggota PGA Batalion 8, di Markas Taktikal, Lubok Stol, semalam.

Katanya, senjata api jenis ini dipercayai digunakan untuk tujuan samun kerana bentuk dan saiznya sama dengan pistol asli.

Pada majlis sama turut diadakan  serah terima tugas antara Batalion 8 diwakili Pegawai Pemerintah, Superintendan Rooslan Radzi kepada Batalion 7 diwakili Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Norizan Murat.

Pada majlis sama Azizan menjelaskan, sepanjang tempoh empat bulan bermula Jun hingga September pihaknya telah merampas pelbagai jenis barangan seludup berjumlah RM10.7 juta.
“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dengan aktiviti ini,” katanya.

Kesemua barangan dirampas diserahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.

Kelibat beruang berjaya dirakam

Kelibat beruang berjaya dirakam
Beruang yang didakwa sedang berlari ketika dirakam seorang penduduk.
KUANTAN - Kehadiran seekor beruang di kawasan belukar berdekatan perumahan Taman Pandan 2, dekat sini, dipercayai benar-benar wujud selepas seorang penduduk mendakwa berjaya merakam kelibat beruang berkenaan.

Haiwan itu dikatakan keluar pada tengah malam minggu lalu di kawasan sama dan sempat dirakamkan penduduk terbabit sebelum memuat turun rakaman itu di laman sosial Facebook Surau Madinah.

Rakaman selama 47 saat itu memaparkan seekor beruang berlari di atas jalan kawasan perumahan itu sebelum menghilangkan diri dalam belukar berdekatan.

Sebelum ini, beberapa penduduk sudah melihat kelibat beruang itu di lokasi sama dan memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Walaupun hairan dengan kehadiran beruang terbabit, namun mereka mendakwa tidak mustahil haiwan itu muncul akibat sesat dari habitat asal di hutan berdekatan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Kamarul Ariffin Mohamad berkata, beliau ada mendengar penemuan beruang tersebut tetapi tidak pernah menyaksikan sendiri kehadiran haiwan itu.

Katanya, selepas melihat rakaman itu, beliau melaporkannya kepada Perhilitan dan menyerahkan sepenuhnya kepada jabatan berkenaan.

“Penduduk di kawasan ini sudah dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas mengenai kehadiran beruang terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, penduduk juga turut melihat rakaman pergerakan beruang itu pada majlis sempena Hari Raya Aidilfitri beberapa hari selepas kemunculan haiwan itu.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan, Khairiah Mohd Sharif sebelum ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya memaklumkan perkara itu kepada jabatan berkenaan.

Katanya, mereka boleh menghubungi jabatan itu di talian careline 1-300-80-1010 bagi memaklumkan semua kes berkaitan hidupan liar.

Campak bayi dari flat

KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi yang dicampak dari tingkat tiga.
KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi yang dicampak dari tingkat tiga.
PETALING JAYA: Kejam apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.
Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui seorang penduduk di kawasan itu, Jundi Mat, 35, yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan.

“Saya sangka bungkusan yang dibaling dari tingkat atas itu sampah berisi nasi basi yang dibuang penduduk di sini kerana perkara itu sering berlaku, namun sebaik diperiksa saya terkejut apabila ia rupa-rupanya mayat bayi,” katanya.

Jundi berkata, dia kemudian meminta beberapa orang penduduk di situ sama-sama memeriksa bungkusan berkenaan bagi mengesahkan ia mayat bayi dan bukan anak patung.

Menurutnya, bayi yang berkulit cerah itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan ada kesan kecederaan parah di kepala.

“Saya tidak pasti dari mana ia dicampak kerana ketika itu saya sedang mengambil motosikal yang terletak kira-kira dua meter dari lokasi bayi ini ditemui.


“Sebaik terdengar bunyi objek jatuh, saya berpaling ke arah bunyi itu dan segera memerhatikan bungkusan berkenaan,” katanya yang meminta seorang penduduk memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata hasil pemeriksaan forensik, polis percaya bayi itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Bayi itu dipercayai dicampak dari tingkat tiga apartmen berkenaan dan polis sudah menahan seorang wanita pekerja kilang berusia 20-an beberapa jam kemudian dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Hanya disebabkan tamak

LONDON: Keluarga di raja Britain semalam menyelar “ketamakan” akhbar Ireland dan memberi amaran kepada majalah Itali kerana mengambil keputusan untuk menerbitkan gambar separuh bogel isteri Putera William, Catherine.

Editor, Mike O’Kane berkata, gambar separuh bogel itu dipaparkan dalam akhbar Ireland, Daily Star edisi Sabtu, tetapi ia tidak dipaparkan dalam akhbar untuk Utara Ireland, edisi Britain.
Jurucakap Istana St James untuk pasangan diraja itu berkata, “Tiada motif lain untuk tindakan mereka, kecuali tamak.”

Keluarga diraja itu juga memberi amaran kepada majalan Itali, Chi, yang mereka akan menyebabkan Catherine merasa “amat sedih” sekiranya mereka meneruskan rancangan untuk memaparkan gambar itu dalam majalah mereka.


Kelmarin, keluarga diraja Britain melancarkan tindakan undang-undang terhadap majalah Perancis, Closer, di mana sebahagian daripada empayar media itu dimiliki oleh bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, kerana menjadi majalah pertama menerbitkan gambar Catherine yang sedang berjemur bersama suaminya, yang diambil oleh jurugambar bebas.


Keluarga diraja berharap dapat menyekat skandal itu dengan memfailkan saman terhadap Closer secepat mungkin, tetapi Chi, majalah mingguan Itali, juga diterbitkan oleh Kumpulan Mondadori milik Berlusconi, kelmarin mengumumkan untuk menerbitkan gambar yang sama, hari ini.

Jurucakap Istana berkata, “Penerbitan itu tidak akan menguntungkan sesiapa kecuali menyebabkan Duke dan Duchess of Cambridge merasa sedih.” - AFP

Buka kereta guna klip

SUBANG JAYA: Kegiatan jenayah seorang ibu beranak empat yang layak digelar ‘Minah Gyver’ kerana kemahirannya membuka kenderaan untuk mencuri barangan di dalamnya sejak empat tahun lalu, berakhir apabila dia dicekup polis.
Wanita berusia 30 tahun itu ditahan ketika cuba mencuri barangan dalam kenderaan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di tempat letak kereta sebuah masjid di SS15, di sini, kira-kira jam 2 petang, Jumaat lalu.
Sumber polis berkata, suspek berkemahiran membuka kereta dengan hanya menggunakan klip sebelum mencuri barangan ditinggalkan di dalamnya dan dia juga bergerak sendirian.

Drebar mati tertimbus

PILU...jenazah Azharulnizam ditemui selepas tertimbus tanah runtuh. Gambar kecil, Azharulnizam.
PILU...jenazah Azharulnizam ditemui selepas tertimbus tanah runtuh. Gambar kecil, Azharulnizam.
KUALA BERANG: “Menyedari tanah runtuh, saya menjerit mengarahkan abang dan rakan lari menyelamatkan diri, tapi mereka tidak sempat kerana kejadian berlaku terlalu pantas,” kata Mohd Zuraimi Daud, 19.
Mohd Zuraimi yang juga pemandu jengkaut adalah adik kepada Mohd Azharulnizam, 24, pemandu lori tanah yang mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kuala Ping, di sini, jam 5 petang kelmarin.

Menurutnya, selepas mendapati abang dan rakannya Mohd Hanifah Mohd Nawi, 19, tertimbus, dia terjun jengkaut bagi menyelamatkan mereka dan mendengar suara Mohd Hanifah yang hampir tertimbus seluruh badan meminta tolong.

“Saya segera mengorek tanah bagi membolehkan Mohd Hanifah bernafas sebelum dia dikeluarkan orang ramai dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu oleh penduduk kampung.

“Saya dan penduduk berusaha mencari abang, tetapi tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi di rumah sepupunya di Kampung Payang Kayu, 15 kilometer dari rumah ibunya di Kampung Langgar, di sini, semalam.

Mohd Zuraimi berkata, dia tidak menggunakan jengkaut untuk mengorek tanah itu kerana tidak tahu kedudukan abangnya tertimbus, selain bimbang abangnya cedera terkena mata jentera berkenaan.


“Ketika kejadian, arwah abang dan rakannya berada satu meter dari bukit itu,” katanya sambil memberitahu kejadian itu berlaku pada hari pertama dia melakukan kerja menarah dan mengisi tanah bukit di tempat kejadian.

Mohd Zuraimi berkata, mayat Mohd Azharulnizam dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat selepas satu jam usaha mencari.

Jenazah Mohd Azharulnizam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Butut, dua kilometer dari rumahnya jam 11.30 pagi semalam.

Bertindih dalam pikap

KOTA KINABALU: Perjalanan pulang lima individu termasuk dua pasangan suami isteri sebaik selesai meraikan Hari Malaysia di Pantai Dalit, di sini, berakhir tragedi apabila kenderaan pikap dinaiki mereka terbabit kemalangan ngeri menyebabkan seorang mangsa pecah kepala hingga otaknya bertaburan di Jalan Sepanggar, berdekatan bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.40 malam, mangsa yang maut ialah pemandu, Ramsin@Taminsin Pahang, 59, isterinya, Siti Runi Tarawi, 55, Asan@Hassan Jimi, 55, isterinya, Saimah Jamin, 51, dan seorang lagi penumpang, Taripan Bintaman, 53.

Semua mereka menaiki kenderaan pikap Isuzu Invader dan mati di tempat kejadian akibat parah di seluruh badan.

Manakala penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria iaitu pemandu, Chong Chee Kiong, 23, dan penumpangnya, Sheena Patrick, 28, serta Lily Govinjen, 56, kini kritikal di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Semua mereka yang maut dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Beaufort selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia anjuran sebuah pertubuhan di Tuaran.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila MPV dipandu Chong dalam perjalanan dari bandar raya ini menuju Tuaran dirempuh dari arah belakang oleh sebuah Mitsubishi Triton sebelum terbabas ke laluan bertentangan.


Pada masa sama, kenderaan dipandu Ramsin gagal mengelak lalu bertembung MPV berkenaan manakala sebuah lagi pikap Toyota Hilux dipandu Azman Abdul Hafis, 37, yang mengekori Isuzu terbabit, merempuh bahagian penumpang pikap itu.

Kejadian itu menyebabkan semua mangsa yang maut tersepit dan bertindih antara satu sama lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, kemalangan berlaku apabila MPV Naza Ria yang datang dari Kota Kinabalu dirempuh dari belakang oleh sebuah Toyota Hilux sehingga terbabas ke laluan bertentangan.

“Kenderaan dipandu Ramsin gagal mengelak lalu bertembung MPV berkenaan dan pada masa sama, sebuah lagi pikap yang mengekori merempuh kedua-dua kenderaan itu.

“Katanya, kejadian itu menyebabkan lima pemandu dan penumpang pikap Isuzu mati di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang MPV berkenaan parah dan kini berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Katanya, pemandu Toyota Hilux yang merempuh kedua-dua kenderaan itu tidak cedera manakala Mitsubishi Triton yang merempuh MPV beredar dari tempat kejadian.

“Polis berjaya mengesan pikap Mitsubishi itu ditinggalkan di tepi jalan di Taman Bukit Sepangggar, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

“Semua mayat dihantar ke HQE II untuk bedah siasat manakala mereka yang cedera turut dirawat di hospital sama,” katanya.

Jauteh berkata, sehingga hari ini (semalam) polis giat mengesan pemandu Mitsubishi Triton terbabit bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu cuai sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Tak sedar tangan putus

KUALA TERENGGANU: “Saya tak sangka tangan yang terjatuh di sebelah mesin pemotong kayu tangan saya sendiri.
“Selepas melihat ke arah tangan kiri, barulah sedar sebahagian terputus akibat terkena mesin berkenaan,” kata Abdul Rahman Ghani, 20, yang kehilangan tangan kiri dalam kejadian di kilang papan di Kampung Durian Guling, Marang, Ahad minggu lalu.

Bapa kepada seorang anak ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, dia bersama rakan memotong kayu getah.

“Malangnya, ketika saya dan rakan cuba meletakkan kayu getah yang berat itu, tangan kiri saya nyaris tersepit pada kayu getah yang berat itu.

“Tindakan saya mengangkat tangan kiri bagi mengelak tersepit kayu itu menyebabkan ia terkena pada mesin pemotong di atas meja bersebelahan saya,” katanya.

Menurutnya, walaupun tangan kirinya terputus dua dipotong mesin berkenaan, namun dia masih tidak sedar kerana keadaan di dalam kilang agak bising.


“Sehinggalah saya ternampak cebisan tangan berada bersebelahan mesin itu dan panik apabila melihat keadaan tangan kiri saya yang terputus.

“Ketika itu, baru tangan saya berasa kebas diikuti darah yang keluar daripada luka berkenaan,” katanya.

Abdul Rahman berkata, penyelianya bergegas membawa dia dan cebisan tangan terputus itu ke Klinik Kesihatan Wakaf Tapai sebelum dirujuk ke HSNZ.

Menurutnya, dia sebak apabila diberitahu jururawat HSNZ tidak mempunyai doktor pakar menyambung semula tangannya.

Katanya, menyedari hakikat itu, dia akhirnya meminta ahli keluarganya mengkafankan cebisan tangan untuk ditanam.

“Walaupun pada mulanya sukar menerima hakikat itu, perasaan itu semakin menghilang selepas ahli keluarga dan rakan datang memberikan semangat.

“Mungkin selepas ini saya tidak akan bekerja lagi di kilang itu kerana perasaan takut terhadap benda tajam menghantui fikiran selepas kejadian itu,” katanya.

Gadis mati dilanggar tren

SUNGAI PETANI: “Suami saya membunyikan hon beberapa kali supaya mereka berdua berhenti kerana kereta api begitu hampir tapi mereka terus melintasi palang.
“Selepas itu, saya dengar kereta api turut membunyikan hon sebelum diikuti bunyi dentuman kuat dari arah landasan.”

Demikian kata N Nalini, 28, rakan kepada T Nalidi Dewi, 18, yang badannya putus dua selepas dirempuh kereta api dalam kejadian berhampiran stesen kereta api Jalan Sungai Petani ke Pekan Lama, di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 12.50 tengah malam itu, kakak Nalidi, T Rina, 20, yang membonceng motosikal sama parah apabila kaki kanannya patah dirempuh kereta api barang yang membawa muatan simen dari Bukit Keteri, Perlis ke Kuala Lumpur.

Akibat rempuhan itu, motosikal mangsa terperosok di bawah kereta api manakala Nalidi melambung ke tengah landasan lalu digilis sebelum diseret hampir 100 meter, menyebabkan tubuhnya putus dua dan kepalanya hancur.

Rina yang turut tercampak dan jatuh di tepi landasan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan lanjut.


Nalini berkata, sebelum kejadian dia bersama suaminya keluar dengan kedua-dua mangsa menaiki motosikal Honda EX5 secara berasingan dari Taman Kelisa Ria, di sini, untuk ke kuil Taman Pekan Baru kira-kira jam 8.30 malam.

“Kami kemudian pergi makan di kedai berhampiran dan sebaik melalui jalan ke Pekan Lama untuk pulang ke rumah lampu isyarat di lintasan kereta berbunyi manakala palang sudah dijatuhkan.

“Suami memberhentikan motosikal kami di belakang dua kereta di sebelah kiri, tetapi dua beradik itu tidak berhenti sebaliknya memintas kami berdua serta dua kereta yang berhenti di sebelah kanan.

“Saya lihat motosikal mereka menyelinap di bawah palang lintasan kereta api yang ditutup kerana ada sebuah motosikal lain di depan mereka turut berbuat demikian. “Motosikal di depan mereka berjaya melepasi lintasan sebelum kereta api tiba, tapi Nalidi dan kakaknya gagal,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, di sini, malam kelmarin.

Nalini berkata, selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari arah landasan dia dan suaminya serta beberapa orang lain berlari ke arah landasan.

“Sebaik tiba saya melihat Rina terbaring di tepi landasan. Saya segera mencari Nalidi dan terkejut apabila menemui sebahagian tubuhnya berada di tengah landasan dan sebahagian lagi di tepi manakala motosikalnya tiada kerana diseret kereta api itu,” katanya.

Nalini berkata, dua beradik itu bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Taman Ria Jaya, di sini, sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang berkata, kejadian berlaku selepas mangsa menunggang motosikal bersama kakaknya melalui celah palang lintasan yang ditutup.

“Akibat digilis, mayat mangsa putus dua manakala kereta api terbabit hanya berhenti kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian dengan motosikal mangsa turut diseret bersama.

“Kakak mangsa yang maut terpelanting jatuh di tepi landasan dan cedera parah di kaki kanannya serta badan dikejarkan ke HSAH untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di tempat kejadian awal pagi semalam mendapati anggota polis terpaksa mengutip cebisan mayat mangsa yang berterabur di tengah landasan kereta api dan dihantar ke Jabatan Forensik HSAH.

Taiwan mahu 300 suspek penipuan Internet segera dihantar pulang

MANILA: Taiwan mahu Filipina menghantar pulang hampir 300 warganya yang ditahan oleh polis Manila dalam satu serbuan penipuan besar-besaran selepas seorang daripada mereka dilaporkan mati dan beberapa lagi jatuh sakit dalam pusat tahanan yang sesak.

Pihak berkuasa Filipina menahan 380 suspek anggota sindiket penipuan atas talian, termasuk 291 warga Taiwan, 86 China dan seorang rakyat New Zealand dalam serbuan serentak bulan lalu di beberapa rumah di Manila dan wilayah Rizal yang berdekatan.
Ia merupakan tangkapan terbesar dalam operasi antijenayah dibuat dalam satu hari di Filipina, sejak beberapa tahun.

Pejabat Ekonomi dan Budaya Taiwan di Taipei, kedutaan de facto di Manila semalam berkata, ia mahu semua warga Taiwan dihantar pulang “secepat mungkin.”


Pegawai China dan Taiwan bekerjasama dengan Filipina dalam serbuan terhadap sindiket itu yang dikatakan menipu mangsa di China dan Taiwan dalam satu penipuan atas talian. - Manila Times

Pemilik kedai dibunuh 3 perompak

CAMP PACIANO RIZAL (Laguna): Pemilik kedai serbaneka di Cabuyao City, Laguna, ditembak empat kali sebelum mayatnya dicampak ke dalam terusan cetek dalam satu rompakan bersenjata, semalam.
Ketua Polis Cabuyao City, Penguasa Arnel Gongona berkata, Joseph Pagcaliwagan, 39, ditembak mati oleh sekurang-kurangnya tiga perompak bersenjata yang memecah masuk ke Kedai Serbaneka Milka miliknya di Barangay Mamatid pada kira-kira jam 7.30 malam.
Menurut adik lelaki Pagcaliwagan, Juanito, perompak itu masuk ketika mangsa dan tiga pekerjanya bersedia untuk menutup kedai itu.

“Abang saya cuba melawan ketika perompak itu menggeledah kedainya, jadi mereka menariknya ke luar dan menembaknya di kepala dan badan,” kata Juanito.


Mangsa turut ditembak di pinggang dan sebelah kaki. - Inquirer

YouTube enggan penuhi permintaan Rumah Putih

WASHINGTON: Google enggan memenuhi permintaan Rumah Putih untuk mengeluarkan klip anti-Islam di Youtube, tetapi akan menyekat akses dari beberapa negara.
Rumah Putih berkata, ia telah meminta YouTube untuk mengkaji semula sama ada video itu melanggar syarat penggunaan. 
Google adalah pemilik YouTube, laman web perkongsian video.

YouTube dalam kenyataan berkata, video itu boleh didapati melalui laman webnya dan “tidak melanggar peraturan kami maka ia kekal dalam YouTube.”

Filem pendek bertajuk Innocence of Muslims menghina Islam dan Rasulullah. Ia menyebabkan keganasan ke atas Kedutaan Amerika Syarikat dan beberapa negara di Timur Tengah.

Video itu turut dipersalahkan atas keganasan di Libya di mana duta AS dan tiga pegawainya terbunuh walaupun sebab utama serangan itu masih disiasat.

YouTube menghalang akses klip video itu di Libya dan Mesir dengan sebab “situasi sensitif” di dua negara itu.

YouTube turut menghalang akses di India dan Indonesia selepas kerajaan negara terbabit memberitahu Youtube, ia melanggar undang-undang mereka. - Agensi 

Polis siasat ADUN lepaskan tembakan

Seremban: Polis sedang menyiasat aduan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang didakwa melepaskan tembakan di kawasan rumahnya di Rasah Kemayan di sini, malam Jumaat lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 8 malam selepas beliau bertengkar dengan seorang lelaki yang berada di kawasan rumahnya. Bagaimanapun, tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu. Polis terima laporan
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata polis sudah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terbabit dalam kejadian itu.

Kita menyiasat kejadian ini dengan mendalam dan siasatan dijangka selesai tidak lama lagi, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, Pengerusi DAP negeri ini, Anthony Loke Siew Fook, mengeluarkan kenyataan beliau mendapat maklumat ada tembakan dilepaskan di rumah ADUN berkenaan beberapa hari lalu.

Kita menggesa polis siasat kejadian itu dengan teliti tanpa melindungi mana-mana pihak walaupun ahli politik berprofil tinggi. Jika betul kejadian itu berlaku, kita mahu ia disiasat, katanya.

Lima maut, 3 parah nahas empat kereta

Kota Kinabalu: Lima termasuk dua pasangan suami isteri maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sepanggar di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.40 malam berhampiran bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, semua mangsa yang terbunuh dikatakan dalam perjalanan pulang ke Beaufort selepas menghadiri ceramah politik di Tuaran. Mangsa terlibat
Mangsa yang maut ialah Ramsin@Taminsin Pahang, 59, isterinya Siti Runi Tarawi, 55, pasangan kedua, Asan@Hassan Jimi, 55, isterinya Saimah Jamin, 51, dan seorang lagi Taripan Bintaman, 53.

Difahamkan, kejadian bermula apabila sebuah Naza Ria dari arah lampu isyarat Universiti Teknologi MARA (UiTM) terbabas dan memasuki laluan bertentangan selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah Mitsubishi Triton.

Susulan itu, Naza Ria terbabit bertembung dengan pacuan empat roda Isuzu Invader dinaiki kelima-lima mangsa yang datang dari bulatan Sepanggar menghala pusat bandar.

Kenderaan mangsa kemudian dirempuh pula sebuah lagi pacuan empat roda jenis Toyota Vigo dari arah sama yang tidak sempat mengelak.
Akibat kemalangan itu, kelima-lima mangsa maut di lokasi kejadian kerana kecederaan teruk di badan dan kepala, manakala pemandu Naza Ria, Chong Chee Kiong, 23, serta dua penumpangnya, Sheena Pafrick, 28, dan Lily Govinjen, parah dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Pemandu Toyota Vigo terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sedang mengesan pemandu Mitsubishi Triton yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu.

Kesemua mangsa yang terbunuh dihantar ke QEH untuk bedah siasat. Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu, pemandu Toyota Vigo, Azman Abdul Hafis, 37, berkata dia terkejut apabila melihat kenderaan dinaiki lima mangsa di depannya bertembung dengan kenderaan dari laluan bertentangan.

Lima maut, 3 parah nahas empat kereta

Kota Kinabalu: Lima termasuk dua pasangan suami isteri maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sepanggar di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.40 malam berhampiran bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, semua mangsa yang terbunuh dikatakan dalam perjalanan pulang ke Beaufort selepas menghadiri ceramah politik di Tuaran. Mangsa terlibat
Mangsa yang maut ialah Ramsin@Taminsin Pahang, 59, isterinya Siti Runi Tarawi, 55, pasangan kedua, Asan@Hassan Jimi, 55, isterinya Saimah Jamin, 51, dan seorang lagi Taripan Bintaman, 53.

Difahamkan, kejadian bermula apabila sebuah Naza Ria dari arah lampu isyarat Universiti Teknologi MARA (UiTM) terbabas dan memasuki laluan bertentangan selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah Mitsubishi Triton.

Susulan itu, Naza Ria terbabit bertembung dengan pacuan empat roda Isuzu Invader dinaiki kelima-lima mangsa yang datang dari bulatan Sepanggar menghala pusat bandar.

Kenderaan mangsa kemudian dirempuh pula sebuah lagi pacuan empat roda jenis Toyota Vigo dari arah sama yang tidak sempat mengelak.
Akibat kemalangan itu, kelima-lima mangsa maut di lokasi kejadian kerana kecederaan teruk di badan dan kepala, manakala pemandu Naza Ria, Chong Chee Kiong, 23, serta dua penumpangnya, Sheena Pafrick, 28, dan Lily Govinjen, parah dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Pemandu Toyota Vigo terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sedang mengesan pemandu Mitsubishi Triton yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu.

Kesemua mangsa yang terbunuh dihantar ke QEH untuk bedah siasat. Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu, pemandu Toyota Vigo, Azman Abdul Hafis, 37, berkata dia terkejut apabila melihat kenderaan dinaiki lima mangsa di depannya bertembung dengan kenderaan dari laluan bertentangan.

'Saya sedar ketika tertimbus'



   
Kuala Terengganu: Masa ditimbus tanah, saya sedar dan terasa ada orang pijak (tanah di atas) sebelum orang kampung menyedari saya tertimbus.

Masa kejadian itu, saya berada berhampiran lori dan secara tiba-tiba, tanah itu runtuh dan menghempap kami, menyebabkan kami gagal menyelamatkan diri, kata seorang kelindan lori, Mohd Hanifah Mohd Nawi, 19, ketika menceritakan pengalaman ngeri ditimbus tanah, kelmarin. Dalam kejadian jam 4.50 petang di Kampung Kuala Ping, Mohd Hanifah bersama rakannya, Mohd Azharulnizam Daud, 24, yang juga pemandu lori ditimbus tanah ketika melihat adik Mohd Azharulnizam iaitu Mohd Zuraime, 17, melakukan kerja menarah tanah menggunakan jengkaut.
Seorang terkorban, dua mangsa lagi terselamat

Mohd Hanifah bernasib baik apabila hanya patah tangan, tetapi Mohd Azharulnizam terkorban selepas tanah setinggi 10 meter yang sedang ditarah itu runtuh.

Mohd Zuraime berjaya menyelamatkan diri.

Saya tertimbus di dalam tanah rasanya dalam 20 minit. Saya bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh orang ramai, kata Mohd Hanifah kepada pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Katanya, kejadian yang menimpa mereka berlaku terlalu pantas dan jika diberi pilihan, dia tidak lagi ingin melakukan kerja itu kerana serik serta takut setiap kali teringatkan insiden itu.
BERNAMA

Bayi maut dicampak dari tingkat 3




   
Petaling Jaya: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari di sini, semalam, dipercayai dicampak dari tingkat tiga flet itu.

Mayat bayi yang dipercayai baru beberapa jam dilahirkan itu ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh seorang penduduk yang berada di kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis. Sempat dimandikan
Di fahamkan, bayi yang ditemui dalam keadaan bogel itu sempat dimandikan terlebih dulu sebelum dicampak sama ada melalui tingkap dapur atau bilik flet berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata bayi itu disahkan mati akibat kecederaan parah di kepala berikutan hentakan kuat.

Pegawai PTD mati lemas ketika jalani latihan




16 September 2012
Aldy Hasmi
Gambar mangsa Aldy Hasmi yang dimuat turun dari MyKad.
PEKAN - Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kementerian Pertahanan mati lemas semasa menjalani latihan di Kem Wataniah Force 136, dekat sini hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya Othman berkata mangsa, Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang di Hospital Pekan.
  
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 2.30 petang ketika mangsa dan 243 pegawai yang lain sedang menjalani latihan menyeberangi sungai di sebatang tali air berdekatan Sungai Miang, dekat sini.
  
"Tiba-tiba mangsa terjatuh ke dalam air dan jurulatih kemudian menarik mangsa dari dalam air ke darat lalu terus memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum menghantar mangsa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.
  
"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas," katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Yahya berkata Allahyarham Aldy Hasmi dan peserta kursus yang lain sedang mengikuti latihan di kem tersebut dari 3 hingga 28 Sept ini.
  
Difahamkan mangsa, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, sedang mengikuti Diploma Pentadbiran Awam di bawah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).
  
"Mangsa juga telah menjalani ujian perubatan sebelum menjalani latihan tersebut," katanya.
  
Beliau turut dimaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Jalan Sultanah, Alor Setar malam ini juga untuk urusan pengebumian.
  
Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, berkata dia sempat menyaksikan saat Allahyarham Aldy Hasmi terjatuh ke dalam air ketika latihan itu diadakan.
  
"Ketika dia jatuh, jurulatih memanggilnya tetapi dia tidak menyahut dan dengan segera jurulatih menariknya naik ke darat, tetapi mendapati mulut Aldy Hasmi sudah berbuih," katanya.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Intan menghentikan serta-merta aktiviti lasak melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta kursus lain bagi pegawai-pegawai tidak beruniform.
  
Ini, katanya berikutan insiden kematian Aldy Hasmi ketika sedang menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang.
  
Beliau juga mengarahkan JPA dan Intan supaya menyiasat serta mengemukakan laporan berhubung kejadian itu.
  
"Bagi pihak seluruh Perkhidmatan Awam, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama orang yang beriman," kata Ali melalui laman Facebooknya. - Bernama

Susulan kes dirempuh kereta api: Keluarga mangsa larang keluar



WARTAWAN SINAR HARIAN
17 September 2012
Susulan kes dirempuh kereta api: Keluarga mangsa larang keluar
Keluarga dan saudara yang menziarahi mayat mendiang di Taman Kelisa Ria, Sungai Petani, semalam.
Susulan kes dirempuh kereta api: Keluarga mangsa larang keluar
Nalinidevi
Susulan kes dirempuh kereta api: Keluarga mangsa larang keluar
RANI
SUNGAI PETANI - “Keluarga dah larang mereka untuk keluar pada malam kejadian, tetapi larangan itu tidak diendahkan dan tidak menyangka itu adalah petanda ajal bahawa dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya."

Demikian luah kakak sulung mangsa rempuhan kereta api, Ambarasi Tanabal, 22.

Menurutnya, Nalinidevi, 18, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu keluar bersama kakaknya, Rani, 20, anak kedua, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

“Mereka ada maklumkan mahu keluar tetapi keluarga sudah melarang supaya jangan pergi kerana sudah lewat malam.

“Bagaimanapun, mereka curi-curi untuk keluar tanpa memberitahu sesiapa,” katanya kepada Sinar Harian.

Ambarasi berkata, Nalinidevi seorang yang peramah dan periang serta tiada sebarang perkara pelik berlaku kepada mendiang sebelum kejadian.

Menceritakan kejadian itu katanya, dia dimaklumkan kedua-dua adiknya itu dalam perjalanan pulang ke rumah bersama dua rakan.

“Saya difahamkan, sebaik sampai di lintasan kereta api, Nalinidevi dan Rani mengekori dua rakan lain yang sudah melepasi lintasan.

“Mereka juga difahamkan tidak menyedari palang automatik sudah diturunkan kerana asyik mengekori rakan di hadapan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu diketahui selepas suaminya menerima panggilan daripada rakan mangsa.

Menurutnya, keluarga menuntut mayat Nalinidevi pada jam 12 tengah hari semalam di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan cebisan anggota diletakkan dalam bungkusan sebelum dibawa pulang ke pangkuan keluarga di Taman Kelisa Ria.

Manakala Rani yang mengalami patah tangan dan kaki selain cedera di kepala serta pinggang tidak sedarkan diri dan masih dirawat di HSAH Sungai Petani.

Sampah burukkan imej Dabong



WARTAWAN SINAR HARIAN
16 September 2012
Sampah burukkan imej Dabong
Keadaan tepi jalan dipenuhi longgokan sampah beri gambaran buruk tentang Dabong dan mencacatkan pemandangan di Kilometer 7, Jalan Sungai Sam-Dabong, dekat Kuala Krai.
KUALA KRAI - Usaha Kerajaan Negeri menjadikan daerah ini sebagai destinasi tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) dikhuatiri terjejas berikutan sikap tidak peka pihak tertentu terhadap kebersihan.

Pemandangan tepi jalan di Kilometer 7, Jalan Sungai Sam-Dabong, dekat sini, dipenuhi longgokan sampah sarap antara bukti ada pihak tidak sepakat menjayakan usaha proaktif Kerajaan Negeri.

Seorang pengguna tetap jalan itu, Ahmad Sanusi Abdul Majid, 46, berkata, dia kecewa dengan masalah sampah itu sedangkan Dabongada pelbagai daya tarikan dan produk pelancongan termasuk bertaraf dunia.

Katanya, antara tarikan utama pelancong di Dabong ialah Taman Negeri Gunung Stong merangkumi air terjun yang pernah diiktiraf tertinggi di Asia Tenggara iaitu Air Terjun Jelawang dan Gunung Stong.

“Jika longgokan sampah sarap ini menyakitkan mata memandang bagi masyarakat setempat, apa pula pandangan orang luar dan pelancong asing bila tengok keadaan ini.

“Memang ramai pelancong datang ke sini (Dabong) dengan kereta api tetapi ada juga datang ikut jalan raya dan longgokan sampah ini akan beri gambaran buruk kepada mereka tentang Dabong,” katanya.

Awal bulan ini, Kuala Krai dipilih Kerajaan Negeri sebagai lokasi Festival Makanan dan Buah-buahan Kelantan sempena TMK@12, antara tujuannya, agar pelancong datang ke Kelantan tidak tertumpu di ibu negeri, Kota Bharu sahaja.

Melihat jumlah dan keadaan longgokan sampah sarap itu, Ahmad Sanusi berkata, dia percaya ianya diangkut menggunakan lori sampah walaupun mungkin ada segelintir penduduk turut buang sampah di kawasan berkenaan.

Katanya, biar pun jauh dari kawasan penempatan dan rumah penduduk, kawasan itu tidak sesuai dijadikan tempat pembuangan sampah kerana terletak di tepi jalan perhubungan utama.

“Seluas-luas Dabong, takkan tidak ada satu pun kawasan sesuai dijadikan tempat pembuangan sampah dan bukannya di tepi jalan seperti berlaku sekarang,” katanya.

Menurutnya, selain bau busuk dan dipenuhi lalat, sisa makanan dalam longgokan sampah juga mengundang kehadiran babi liar dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan ini terutama bila malam.

Justeru, Ahmad Sanusi merayu pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit agar mencari kawasan lebih sesuai bagi menggantikan tempat pembuangan sampah sekarang.

“Jika dibiarkan, masalah sampah ini boleh jatuhkan imej Dabong di mata orang luar kerana selain masyarakat setempat, jalan ini juga jadi laluan alternatif orang ramai bila berlaku kesesakan di jalan besar terutama musim perayaan,” katanya.

Kedai tayar hangus, Rugi RM10,000



HAZELEN LIANA KAMARUDIN
17 September 2012
Kedai tayar hangus, Rugi RM10,000
Keadaan kedai tayar yang terlibat kebakaran di Gong Dermin, Binjai.
KOTA BHARU - Seorang peniaga mengalami kerugian hampir RM10,000 apabila barangan di dalam kedai tayar miliknya terbakar di Gong Dermin, Binjai semalam.

Saksi kejadian, Suhaimi Ibrahim, 43, berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 11 pagi ketika dia sedang minum di kedai makan yang terletak bersebelahan dengan tempat kejadian.

“Kebakaran dikatakan bermula dari sebuah bilik yang terdapat di dalam kedai cermin itu dan dipercayai api dari situ merebak ke kedai tayar yang terletak bersebelahan dengannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Menurutnya, semasa kejadian, kedua-dua pekerja di dua buah kedai tersebut ada di dalamnya.

Suhaimi berkata, kedua-dua kedai tersebut milik rakannya dan rumahnya terletak di belakang bangunan kedai tersebut.

Dia berkata, kebakaran itu menyebabkan  20 peratus daripada bahagian kedai tersebut musnah termasuk barang-barang elektrik dan tayar lama yang ada di dalam kedai itu.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Bahagian Operasi Negeri Kelantan, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam kira-kira 11.15 pagi yang mengatakan kedai tayar terbakar.

“Operasi menyelamat ini melibatkan empat jentera dan 28 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung, Kota Bharu dan Kota Darulnaim,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berusaha memadam kebakaran bagi mengelakkan ia daripada terus merebak ke kedai berhampiran.

Beliau berkata, punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan kejadian tersebut tidak melibatkan kecederaan.

Karaoke suram tawar GRO China




Sebahagian GRO China yang ditahan dalam serbuan di Nusa Bestari Jaya, Skudai semalam.


NUSAJAYA – Siapa sangka sebuah premis yang hanya memasang lampu malap menjadi tumpuan orang keluar masuk menjelang waktu malam di Nusa Bestari Jaya, Skudai di sini. Ia rupa-rupanya sebuah pusat karaoke yang turut menyediakan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga China.
Rahsia keseronokan mengunjungi premis tersebut yang beroperasi sejak dua tahun lalu terbongkar apabila polis Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman membuat serbuan pada pukul 4.30 pagi semalam.
Jurucakap polis berkata, pusat karaoke yang beroperasi di tingkat satu dan dua rumah kedai itu bertambah meriah pada hujung minggu apabila premis tersebut membuka operasinya sehingga pukul 7 pagi.
“Pusat karaoke ini merupakan satu-satunya premis yang menjadi tumpuan selepas kesemua pusat hiburan lain di bandar ini ditutup pada pukul 1 pagi.
“Pelangan dari pusat hiburan lain akan menyambung keseronokan di pusat karaoke ini kerana ia beroperasi sehingga awal pagi dan ada kalanya sehingga waktu tengah hari,” kata sumber itu ketika ditemui Kosmo! di sini.

Maut lepas sambut Hari Malaysia




KEADAAN kenderaan Isuzu Invader yang mengorbankan lima mangsa selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan.


KOTA KINABALU - Lima termasuk dua pasangan suami isteri yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia maut dalam kemalangan di Sepanggar berdekatan bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu di sini malam kelmarin.
Dalam kemalangan pada pukul 12 tengah malam dan melibatkan empat buah kenderaan itu, mangsa yang terbunuh ialah Ramsin @ Taminsin Pahang, 59; isterinya, Siti Runi Tarawi, 55; Asan @ Hassan Jimi, 55; isterinya, Saimah Jamin, 51, dan seorang lagi mangsa, Taripan Tamin, 53.
Kesemua mangsa yang menaiki trak pikap jenis Isuzu Invader itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke Beaufort selepas menghadiri satu majlis sambutan Hari Malaysia di Tuaran dekat sini.

Gadis campak anak dari flat



PETALING JAYA - Ketika rakyat Malaysia berkobar-kobar menanti kelahiran anak sempena Hari Malaysia, lain pula dengan seorang ibu yang tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan pada hari bersejarah itu dari tingkat tiga Blok 1, Flat Desa Mentari di sini semalam.
Mayat bayi perempuan malang itu kemudian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala oleh seorang penduduk yang terkejut mendengar bunyi satu objek jatuh di tempat letak kereta flat tersebut pada pukul 11 pagi.
Saksi kejadian, Jundi Mat, 35, berkata, sebelum menemui bayi itu, dia terdengar bunyi objek jatuh di tempat letak kenderaan dalam jarak kira-kira dua meter dari tempat dia berada.
Menurut pemuda itu, dia pada mulanya menyangka objek yang tertiarap di kawasan letak kereta tersebut anak patung sebelum dia kemudian menghampiri objek itu.
"Alangkah terkejutnya saya apabila objek tersebut bukan anak patung tetapi rupa-rupanya seorang bayi dalam keadaan berbogel, masih bertali pusat dan berlumuran darah.
"Bayi yang kepalanya turut kemek tidak menangis dan tidak bergerak kerana sudah tidak bernyawa," cerita Jundi yang bekerja sebagai pemandu lori.