Search This Blog

Thursday, September 6, 2012

Kes abang tikam adik: Pisau pemotong sayur ditemui




6 September 2012
Kes abang tikam adik: Pisau pemotong sayur ditemui
Polis melakukan siasatan di tempat kejadian awal pagi semalam. Gambar kecil: Kesan darah pada lantai tempat mangsa rebah.
KUALA TERENGGANU - Polis hari ini menemui pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan untuk menikam seorang pemuda di Kampung Telaga Papan, Kemaman Selasa lepas.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata pisau berkenaan ditemui di dalam semak berhampiran tempat kejadian kira-kira pukul 8 pagi tadi.
  
"Polis percaya pisau berkenaan dibuang oleh ahli keluarga mereka sendiri. Kita juga percaya dengan tertangkapnya suspek dan beberapa bukti lain, kita berjaya menyelesaikan kes itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Dilaporkan semalam, akibat menukar siaran televisyen, seorang adik berumur 23 tahun maut dipercayai ditikam abangnya.
 
 Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Op Selamat: JPJ panggil 5,487 pesalah trafik




6 September 2012
Op Selamat: JPJ panggil 5,487 pesalah trafik
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mula mengedarkan notis temusiasat kepada pesalah trafik yang dikesan semasa Op Selamat 2012, mulai minggu keempat bulan ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata, notis-notis itu sedang diproses oleh bahagian penguatkuasa di ibu pejabat dan negeri-negeri.

"Apabila kami menyamar, kami mengambil gambar anda sedang memotong di garisan berkembar, memotong barisan, gagal mematuhi lampu isyarat dan sebagainya.

"Nombor kenderaan kami ada dan daripada nombor kenderaan itu kami dapat pemilik kenderaan. Jadi kami akan panggil mereka untuk ditemusiasat. Kami ada bukti, gambar dan sebagainya.

Jadi kami akan keluarkan saman," katanya pada sidang akhbar sempena penutup Op Selamat 2012 dan sambutan Aidilfitri ibu pejabat JPJ di sini hari ini.

Solah berkata sesiapa yang gagal mematuhi notis temusiasat itu boleh disenarai hitam.

Beliau berkata penerima notis boleh berurusan dengan JPJ terdekat untuk ditemusiasat walaupun kesalahan dilakukan di negeri lain.

Menurut statistik penguatkuasaan bergambar yang dilakukan anggota JPJ di seluruh negara yang diedar pada sidang akhbar itu, sebanyak 5,487 kesalahan direkod sepanjang Op Selamat yang bermula 12 sehingga 28 Ogos dengan kesalahan paling tinggi ialah gagal mematuhi lampu isyarat iaitu 2,616 kes.

Selain itu kesalahan memotong barisan (836), tidak memakai topi keledar (804), lain-lain kesalahan (653), menggunakan telefon bimbit semasa memandu (232), tidak memakai tali pinggang keledar hadapan atau belakang (181), memandu di lorong kecemasan (116), memotong di garisan berkembar (41) dan memandu kenderaan berat di lorong laju (lapan).

Dalam perkembangan lain Solah berkata JPJ akan terus membuat pemantauan di kawasan 'hitam' yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan, walaupun bukan pada musim perayaan.

Ditanya sama ada terdapat perancangan untuk menambah lokasi 'blackspot' di negara ini, Solah berkata ia tidak boleh ditambah atau dikurang kerana ia ditentukan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (Miros) mengikut kriteria ditetapkan.

Sehingga kini Miros mengenal pasti 246 lokasi 'blackspot' iaitu 96 kawasan dipantau JPJ dan 150 lagi dipantau Polis Diraja Malaysia, katanya. - Bernama

Nelayan buat layar sendiri untuk pulang




       
MELAKA: Dua nelayan yang tidak pulang selepas keluar menangkap ikan di Pantai Rombang, Tanjung Kling di sini Rabu lalu, selamat pulang awal pagi tadi.

Ramli Mahadi, 48, dan rakannya, Supian Kadir, 32, tiba di pantai dalam keadaan hujan dan ribut serta ombak bergelora kira-kira 12.10 pagi.
Mereka berkata mereka menggunakan layar yang dibuat sendiri dari kain kanvas untuk melayari bot mereka selepas kehabisan minyak di tengah laut.

"Biasanya kami akan bawa dua tong minyak iaitu kira-kira 50 liter ketika pergi menangkap ikan, tetapi apabila enjin bot kami terhenti baru kami perasan yang kami hanya bawa satu tong minyak sahaja," kata Ramli kepada pemberita kemudiannya.



Beliau berkata ekoran itu, mereka telah menggunakan kanvas yang terdapat di dalam bot untuk dijadikan layar.


Mereka tenang menghadapi keadan itu kerana pernah mengalami kerosakan enjin di tengah laut sebelum ini, katanya.

Ramli berkata ketika kejadian, mereka masih berada di dalam kawasan perairan negara.

Mereka biasanya menangkap ikan antara 20 hingga 25 batu nautika dari Pantai Rombang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Abdul Razak Manap berkata pihaknya menerima laporan kehilangan nelayan berkenaan pada malam kejadian dan menghantar sebuat bot mencari dan menyelamat.

Namun operasi mencari dan menyelamat tidak dapat dilakukan ekoran laut bergelora dan angin kuat, katanya. - Bernama

Lelaki lepas tembakan, satu maut




MONTREAL 5 Sept. - Seorang maut, manakala seorang lagi cedera parah apabila seorang lelaki bertopeng yang bersenjata api melepaskan tembakan ketika Perdana Menteri baru Quebec, Pauline Marois menyampaikan ucapan kemenangan partinya, di sini semalam.

Ketika kejadian, Marois sedang menyampaikan ucapan di auditorium Metropolis, di sini, selepas partinya, Parti Quebecois (PQ) menang tipis pada pilihan raya wilayah mengenepikan Parti Liberal.

Jurucakap polis, Konstabel Danny Richer berkata, suspek melepaskan sekurang-kurangnya dua tembakan dan turut mengakibatkan kebakaran di pintu masuk auditorium.

Suspek yang berusia 50 tahun itu, bagaimanapun berjaya ditahan di luar tempat kejadian.

Saluran Canadia Broadcasting Corp melaporkan, lelaki berkenaan sempat melaungkan 'Inggeris sedang bangkit!' ketika dia diiringi memasuki kereta polis.

Rakaman televisyen menunjukkan, Marois, 63, yang tidak cedera, dibawa ke tepi pentas oleh dua anggota polis berpakaian preman sejurus kejadian.

Beliau kemudian kembali ke podium dan meminta penyokongnya segera meninggalkan auditorium tersebut.

Dalam pilihan raya tersebut, PQ memenangi 54 daripada 125 kerusi di Dewan Perundangan Quebec, kurang 63 untuk membentuk kerajaan majoriti, sementara Parti Liberal memenangi 50 kerusi.

Kemenangan tipis itu bermakna, pungutan suara untuk membawa wilayah itu keluar daripada Kanada dilihat sebagai perkara yang mustahil. - DPA/REUTERS

Remaja berzina dihukum sebat




6 September 2012
MALDIVES - Mahkamah di Maldives, kelmarin telah mengarahkan remaja perempuan berumur 16 tahun yang mengaku berzina bersama teman lelakinya pada Julai lalu dikenakan hukuman sebat di tempat awam sambil disaksikan oleh orang awam.

Jurucakap mahkamah memaklumkan teman lelakinya yang berumur 29 tahun turut dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

Difahamkan, hukuman sebat ke atas tertuduh akan dikenakan selepas umurnya mencapai 18 tahun.

Berdasarkan undang-undang di negara itu, pesalah akan dikenakan hukuman sebat sebagai cara untuk menebus kesalahan mereka kerana berzina.

Rogol anak saudara OKU



NORSHIKIN MOHD SALLEH
6 September 2012
Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah.
Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah.
JOHOR BAHRU – Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 21 sebatan selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melakukan rogol dan liwat ke atas seorang remaja perempuan, awal tahun ini.

Tertuduh berusia 50 tahun, yang juga bapa saudara kepada mangsa yang berusia 19 tahun itu, didakwa melakukan kesalahan terbabit secara berulang dari 11 Januari hingga Mac 2012, di sebuah rumah di Pontian.

Mengikut fakta kes, mangsa yang merupakan orang kurang upaya (akal) hanya memaklumkan kejadian terbabit kepada rakan sekolahnya sebelum tindakan susulan diambil oleh pihak sekolah dan kedua ibu bapanya.

Tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii pada 11 Januari 2012 dan mengulangi perbuatan itu pada 12 Mac 2012 dan 14 Mac tahun ini yang disiasat di bawah Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan.

Manakala bagi tuduhan lain, lelaki berkenaan didakwa merogol mangsa pada 13 Mac 2012 di lokasi yang sama dan didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Hakim, Hassan Abdul Ghani menetapkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan bagi tiga pertuduhan meliwat dan 18 tahun penjara dan 15 sebatan bagi kesalahan merogol.

Beliau bagaimanapun membenarkan kesemua hukuman penjara dijalankan secara serentak dari tarikh tertuduh ditangkap, iaitu 5 April 2012.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Chuah Shyue Chien manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

17 jam mayat bersujud



WARTAWAN SINAR HARIAN
6 September 2012
maut
Orang ramai menjumpai Zairul Azri dalam keadaan bersujud, berdekatan semak, sehari selepas kemalangan. Gambar kecil: Mohd Zairul Azri Mohd Zuri.
PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.


Mangsa terkejut

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa, Mohd Zairul Azri Mohd Zuri, 16, ditemui orang ramai di sebalik semak bersama motosikal yang dinaiki.

Haliludin berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal ke kampung Tok Dap, selepas tamat kelas tambahan.

“Tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 65 tahun, menunggang motosikal dari arah sama cuba membelok ke sebelah kiri.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa cuba mengelak lalu melanggar tiang di sebelah kanan jalan lorong bertentangan,” katanya semalam.


Tidak diketahui

Beliau berkata, mangsa yang tidak memakai topi keledar, mengalami patah tengkuk dan pinggang.

Haliludin berkata, mangsa hanya ditemui 17 jam selepas kemalangan, dalam keadaan bersujud.

"Mangsa mungkin cuba bangun, namun kecederaannya menyebabkan dia tidak dapat bergerak, sehingga menemui ajal di situ," katanya.

Menurutnya, warga emas berkenaan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan, sebaliknya remaja terbabit menemui ajal di kawasan kejadian tanpa diketahui orang ramai.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan, dan kita memohon saksi yang melihat kejadian, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Tanam sikap perikemanusiaan

Haliludin menasihati pengguna jalan raya, agar menanam sikap perikemanusiaan dan tanggungjawab sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini.

“Tidak kiralah siapa yang salah atau siapa yang benar kerana jika kita berdepan kecemasan, kita perlu membantu mangsa lain.

“Jangan bersikap ‘janji saya selamat’, sedangkan orang lain mengerang kesakitan sehingga menemui ajal,” katanya.


Usaha cari anak

Selepas hampir 17 jam mencari, akhirnya seorang bapa menemui mayat anak sulungnya, dalam keadaan bersujud, jam 2 petang kelmarin.

Bapa, Mohd Zuri Ismail, 41, berkata, mereka sekeluarga mula risau dengan keadaan Zairul Azri, yang tidak pulang selepas keluar ke kelas tambahan, malam itu.

“Saya, isteri dan ahli keluarga yang lain, mencari di rumah rakan-rakannya termasuklah di balai polis, namun hampa.

“Kami tidak menyangka hanya akan menemuinya, dalam keadaan tidak bernyawa, keesokan hari,” katanya.


Hilang anak lelaki tunggal

Mohd Zuri turut kesal dengan pihak terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu katanya, mengorbankan satu-satunya anak lelaki mereka, malah anak sulung daripada empat beradik.

“Setidak-tidaknya, dia boleh memberitahu orang lain, agar anak saya mendapat rawatan segera.

“Sekiranya dia melaporkan kejadian ini, Zairul Azri boleh diselamatkan,” katanya.

Menurutnya, dia membuat laporan polis berhubung kejadian ini dan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.

"Kami sekeluarga reda, namun berharap perkara sama tidak berulang akan datang," katanya.

Pemandu terlelap rempuh rumah



Kereta Mercedes-Benz yang merempuh rumah kedai milik Nik Salwani Abdullah di Kampung Dalam Rhu, Tumpat, Kelantan, semalam. - UTUSAN/ YATIMIN ABDULLAH
TUMPAT 5 Sept. - Seorang lelaki warga emas dipercayai terlelap ketika memandu kenderaannya menyebabkan ia terbabas dan merempuh sebuah rumah kedai di Kampung Dalam Rhu di sini petang semalam.
Apa yang menyedihkan rempuhan itu mengakibatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut manakala ibunya mengalami kecederaan dan trauma.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang apabila kereta Mercedes-Benz dipandu lelaki berusia lingkungan 60-an itu melanggar dinding konkrit rumah kedai berkenaan sebelum merempuh mangsa, Adam Firdaus Syukri yang ketika itu bermain di ruang tamu.
Akibatnya, Adam Firdaus tersungkur berhampiran tayar kereta dalam keadaan berlumuran darah di kepala.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Tumpat namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah dalaman.
Ibunya, Nik Salwani Abdullah, 26, yang mengandung anak keempat masih berada dalam keadaan trauma dan dirawat di hospital tersebut.
Difahamkan, ketika kejadian, Nik Salwani duduk di atas sofa menemani anak sulungnya, Shahrul Yutzee Faizal, 10, dan anak keduanya, Shah Ikhwan Nizar, 5, menyiapkan kerja sekolah di ruang tamu sambil memerhatikan Adam Firdaus bermain.
Nenek mangsa, Aisyah Seberang, 55, berkata, dia pula menunaikan solat asar di dalam bilik tidur bersebelahan ruang tamu.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan runtuhan batu... Tanpa mengesyaki apa-apa saya keluar bilik menjenguk di bahagian ruang tamu dengan berpakaian kain telekung.
“Saya tergamam kerana melihat sebuah kereta dengan runtuhan konkrit berada di ruang tamu manakala perabot berselerakan," katanya.
Tambahnya, dia kemudian panik melihat Adam Firdaus berlumuran darah manakala anaknya, Nik Salwani tersandar di atas sofa dalam keadaan hampir pengsan.
“Saya menjerit meminta tolong kerana sukar untuk keluar dari rumah disebabkan kereta itu tersekat di tengah pintu.
“Ketika memberi pertolongan pada Adam Firdaus, terdengar suara cucu saya mengerang kesakitan dan dengan bantuan jiran, dia dibawa ke hospital," ujarnya.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Khalid Munap ketika dihubungi berkata, kemalangan itu berlaku disebabkan pemandunya terlelap dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai dan menyebabkan kematian.

Banjir landa Serdang, Kajang



Anggota Bomba dan Penyelamat membawa keluar guru-guru SK Seri Serdang menggunakan sampan setelah mereka terperangkap di sekolah itu akibat banjir kilat di Serdang, Selangor, malam tadi. - utusan/MOHD. HAFIZZUDIN RAMLI
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Hujan lebat sejak pukul 3.30 petang mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Serdang dan Kajang dekat sini dilanda banjir kilat hari ini.
Antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Taman Sri Serdang, Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, Sri Andalas, Serdang Jaya, Taman Perumahan Jed Hill dan Sungai Chuah di Kajang.
Banjir petang ini turut menyebabkan laluan di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan mengalami kesesakan di kedua-dua arah disebabkan penutupan laluan di Kilometer 303.8 antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) ke Kajang sejak pukul 5.30 petang.
Difahamkan, 400 orang murid dan pelajar, masing-masing dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Indah, terperangkap berikutan banjir yang berlaku di sekitar kedua-dua sekolah tersebut.
Semua murid dan pelajar sekolah berjaya dikeluarkan petang ini manakala usaha membawa keluar 21 orang guru sekolah rendah yang terperangkap masih dijalankan sehingga pukul 10.30 malam.
Selain itu, kira-kira 30 buah kenderaan turut dilaporkan terperangkap apabila paras air tiba-tiba meningkat.
Di ibu negara pula, laluan utama turut mengalami kesesakan yang teruk berikutan hujan lebat ketika warga kota pulang dari kerja. Antara yang terlibat ialah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Kuching.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, enam anggota dari Balai Serdang dikejarkan ke Taman Sri Serdang sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian banjir kilat pada pukul 6.08 petang.
"Sebaik sahaja pasukan kami tiba, operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap giat dilakukan berikutan paras air yang naik sehingga mencecah satu meter.
"Dua warga emas antara mangsa yang berjaya dikeluarkan selepas terperangkap dalam rumah mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejarkan untuk membantu mangsa banjir yang terperangkap di Taman Perumahan Jed Hill dan Sungai Chuah.
Jurucakap Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pula memberitahu, laluan dari arah ibu negara menghala ke Seremban, Negeri Sembilan di Lebuh Raya Utara-Selatan mengalami kesesakan berikutan paras air melimpah di Kilometer 303.8.
"Kesesakan berlaku sepanjang 15 kilometer menyebabkan pengguna kenderaan terpaksa menggunakan laluan alternatif ke Bangi dan Kajang," katanya.

Pasangan kekasih diberkas



MOHD. Mokhtar Mohd. Shariff (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan wang tunai RM5,000 yang dirampas dalam serbuan di stor menyimpan dadah di Johor Bahru dan Bandar Seri Alam, Johor Bahru, kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU 5 Sept. - Seorang lelaki dan teman wanitanya diberkas dalam satu serbuan kerana disyaki terlibat memproses dadah di dua pangsapuri di Taman Desa Tebrau, di sini dan Taman Desa Cemerlang, Seri Alam pada Jumaat lalu.
Dalam serbuan pukul 2 pagi itu, pasukan polis telah membuat pemeriksaan ke atas dua lokasi berasingan itu dan menemui pelbagai jenis dadah termasuk kelengkapan memproses dadah berkenaan.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kedua-dua suspek itu adalah warga tempatan dan didapati positif dadah jenis syabu.
"Terdapat lima jenis dadah iaitu ketamin, syabu, heroin, ekstasi dan Eramin 5 dirampas dalam serbuan itu termasuk beberapa peralatan lain.
"Polis turut merampas dua buah kereta iaitu Nissan Cefiro dan Perodua Myvi berserta wang tunai RM5,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini semalam.
Mohd. Mokhtar berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman hingga Jumaat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985.
Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua lokasi berkenaan bukanlah makmal mini memandangkan terdapat kekurangan peralatan dan bahan kimia bagi memproses dadah.
"Namun, kami percaya ia merupakan stor sementara bagi menyimpan peralatan dan bahan memproses dadah. Kami juga bekerja keras untuk menangkap suspek lain yang dipercayai terlibat dalam sindiket berkenaan," katanya.

Miliki senjata: Pemandu bas didenda RM1,000



06/09/2012 4:34pm

KUALA LUMPUR — Seorang pemandu bas didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dua senjata berbahaya, minggu lepas.

Majistret Amal Razim Alias turut memerintahkan Muhammad Asyraf Nordin, 22, menjalani hukuman penjara dua minggu jika gagal membayar denda itu. Dia menjelaskan denda itu.

Muhammad Asyraf yang tinggal di Jalan Mega Mendong Kompleks Bandar di sini didakwa memiliki dua senjata berbahaya iaitu sebilah pisau berukuran lebih kurang 12 inci (30.48cm) panjang, hulunya berwarna celoreng hijau berserta sarung warna sama dan sebilah pisau berukuran lapan inci (20.32cm) di tempat awam dan tanpa kebenaran yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Walter Grenier, Dang Wangi di sini pada 10.30 malam 29 Ogos lepas dan didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.— BERNAMA

Menipu: Warga Indonesia dipenjara setahun, disebat



06/09/2012 5:48pm

IPOH — Seorang warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara setahun, denda RM5,000 dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu sebuah syarikat membabitkan pembelian minyak diesel.

Abdul Muis, 42, yang memakai baju berwarna ungu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Haslinda A. Raof.

Abdul Muis didakwa menipu Syarikat Perwira Jutawan Sdn. Bhd. milik Woo Kok Woon dengan memperdaya mangsa untuk berurusniaga dengan syarikatnya yang tidak wujud iaitu P.T Ocean Centro Energy bagi pembekalan 100,000 tan metrik minyak diesel dengan cara memberikan jaminan bank palsu dari Bank Mandiri Indonesia bernombor 008-A 180743.

Tertuduh mendorong Kok Woon menyerahkan wang tunai RM900,025 (US$300,000) dengan cara mendepositkan wang itu melalui pemindahan telegraf ke dalam akaun Mandiri Bank Indonesia No 126.000.6243/10, milik syarikatnya— BERNAMA

Nelayan Thai dikhuatiri lemas bot dipukul ombak




         
KOTA BHARU: Seorang nelayan Thailand dikhuatiri lemas selepas bot enjin galah yang dinaikinya karam dipukul ombak di perairan Kuala Tujuh, Tumpat awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa Che Seman Che Hasan, 54, dikatakan menaiki bot tersebut bersama adik iparnya Ismail Awang Seman, 54, untuk menangkap ikan di perairan Malaysia.
Ismail berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.

Pemangku Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Ahmad Mazdan Jusoh berkata empat anggota skuba diketuai Penguasa Bomba Kanan II, Wan Muhammad Ramzi Wan Ibrahim ditugaskan untuk mencari mangsa yang masih hilang. - Bernama

KPDNKK Sabah rampas barangan jenama tiruan kelab 'Chelsea' bernilai RM50,000




         
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Sabah merampas 781 barangan jenama tiruan kelab sukan ternama 'Chelsea' bernilai kira-kira RM50,000 dalam serbuan di sebuah premis di Kompleks Karamuning di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Sabah Rosle Abd Hamid berkata kesemua pakaian tiruan yang dirampas dalam serbuan pada pukul 12.50 tengah hari itu dipercayai diimport dari China bagi pasaran di negeri ini.
Beliau berkata antara barangan yang dirampas ialah 10 unit jam pelbagai jenis, 18 unit topi, 147 pelekat cermin, 246 rantai kunci, 55 pelekat cukai jalan, 30 baju pelbagai jenis, 45 pelekat kereta dan 190 unit aksesori kereta pelbagai jenis.

"Hasil pemeriksaan menemui barangan yang disyaki menggunakan perihal dagangan berhubung Cap Dagangan Chelsea di premis itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu larangan perihal dagangan palsu berhubung dengan cap dagangan. - Bernama

Bayi 17 hari maut tersedak susu botol




         
GEORGETOWN: Seorang bayi lelaki berusia 17 hari mati dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Desa Indah, Relau di sini, awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira 6 pagi apabila ibunya mendapati anaknya Ng Kian Weng menjadi pucat dan tidak bergerak selepas diberi minum susu botol.
Mangsa lalu dibawa ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru dan disahkan meninggal dunia.

Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng mengesahkan perkara tersebut dan berkata hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan tersedak susu di saluran pernafasannya. - Bernama

Bayi ditemui dalam mangkuk tandas hospital



KUANTAN 6 Sept. - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.
"Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.
"Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu," katanya.
Beliau berkata sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.
Mohd Jasmani berkata pelajar berkenaan berada di hospital itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Pengarah HTAA Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut. - BERNAMA

Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma



NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
6 September 2012
Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma
Kad cuci yang diberikan kepada pelanggan selepas mencuci kereta di premis tersebut
Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma
Polis menahan sembilan wanita warga Vietnam dalam serbuan di premis berkenaan, kelmarin
SHAH ALAM – Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma.

Itu promosi yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya.

Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun.

Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut.

Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks.

Bagaimanapun, taktik kotor premis yang beroperasi tiga bulan lalu itu terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin, kira-kira jam 12 tengah malam.

Dalam serbuan itu, lima pelanggan sedang melakukan seks dan empat penjaga premis serta wanita yang menyalahgunakan pas lawatan tersebut ditahan.

Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dan menyorok di dalam stor.

Polis turut menemui kad cuci kereta serta beberapa kondom yang disembunyikan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Siasatan polis mendapati premis itu juga mengenakan bayaran RM130 hingga RM180 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.

Dalam perkembangan lain, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis yang menawarkan urutan batin oleh wanita warga China di Selayang, semalam.

Operasi yang diketuai Inspektor Mohamad Md Jaid itu menahan 12 tukang urut berusia 20 hingga 36 tahun.

Premis yang beroperasi tiga tahun lalu itu menyasarkan pemandu lori sebagai pelanggan tetap.

Mangsa turut digigit



         
IPOH: Keengganan membeli minyak wangi palsu untuk dipamer dan dijual di dalam premisnya didakwa menjadi punca seorang ahli perniagaan, Amanda Fong Kim Yen, 19, dibelasah teruk oleh suami hingga lembik.

Mangsa membuat sidang akhbar khas di Biro Aduan MCA Ipoh Timur, di sini, semalam mendakwa turut digigit suaminya yang panas baran gara-gara enggan membeli minyak wangi palsu dari kenalan suaminya itu.
Mangsa sebelum ini menggemparkan orang ramai apabila merakamkan aksi dia dibelasah suaminya sebelum rakaman itu dimuat turun menerusi laman sesawang Youtube sehingga menarik perhatian lebih 35,878 pelayar Internet.

Klip yang bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ menunjukkan bagaimana mangsa yang mengandung dua bulan dianiaya kejam apabila ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik suami berusia 26 tahun.


Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4.30 petang, 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian diusahakan pasangan terbabit di Ipoh Garden South, di sini.

Pancing laman sosial



         
KUALA LUMPUR: Menggunakan laman sembang sosial untuk memancing mangsa sebelum mengadakan demonstrasi di kondominium mewah di Brickfields, sindiket ‘Black Money’ didalangi warga Nigeria dikesan kembali aktif menipu orang ramai sejak enam bulan lalu walaupun kegiatan mereka banyak ditumpaskan polis sebelum ini.

Difahamkan, empat lelaki warga Nigeria itu dikesan menggunakan laman sembang sosial sebagai platform mereka untuk mempromosi kegiatan mereka menjual matawang asing terutamanya Dolar Amerika Syarikat (AS) dalam kuantiti banyak sebelum mengatur pertemuan bagi membuat demonstrasi mencuci wang berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, sebelum mengadakan demonstrasi mencuci ‘black money’ itu, beberapa keping wang asli yang sudah dicelup dengan sejenis cecair berwarna hitam akan diletakkan di bahagian atas dan bawah yang diikat bersama kertas kosong.

“Ketika demonstrasi itu, mereka akan mengambil wang asli dan mencucinya dengan menggunakan cecair khas yang akan mengubah wang berwarna hitam itu kepada bentuk asalnya di hadapan mangsa.


“Mangsa akan menjadi yakin dengan sindiket itu dan berjaya dipengaruhi, lelaki Nigeria itu akan memujuk mangsa supaya membeli cecair khas dan matawang asing itu pada nilai tinggi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini, semalam.

Samun lepas main komputer




         
KUALA LUMPUR: Main dulu kemudian samun. Itu dilakukan dua lelaki yang menyamar sebagai pelanggan sebuah kafe siber di Setapak, dekat sini, sebelum mereka bertindak melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa dianggarkan bernilai RM5,000, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dua lelaki terbabit masuk ke dalam premis itu kononnya ingin bermain permainan komputer manakala pekerja di premis terbabit tidak mengesyaki apa-apa.


Menurut sumber, bagaimanapun selepas setengah jam berada di dalam premis itu, kedua-dua suspek menuju ke kaunter seolah-olah ingin membuat bayaran.

“Pekerja itu kemudian memberitahu caj yang dikenakan sebelum salah seorang suspek tiba-tiba mencekik leher mangsa dan meminta dia menyerahkan semua wang yang ada di dalam laci kaunter.


“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa cuba meronta namun gagal malah diugut akan dicederakan jika enggan menyerahkan wang terbabit menyebabkan dia yang ketakutan terpaksa akur dan membuka laci mengandungi wang hasil perniagaan pada hari berkenaan,” katanya.


Sumber itu berkata, suspek terus merampas sejumlah wang tunai dan mengambil tiga telefon bimbit yang turut berada di atas kaunter berkenaan.

“Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan mangsa tidak sempat berbuat apa-apa dan kebetulan ketika kejadian tiada pelanggan lain di dalam premis berkenaan.


“Sebaik memperoleh hasil samun itu, kedua-dua suspek terus melarikan diri menaiki kereta Proton Wira,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

4 lagi peserta ditahan

KUALA LUMPUR: Polis semalam menahan empat lagi peserta perhimpunan Janji Demokrasi dipercayai melakukan perbuatan biadab serta boleh menggugat keselamatan negara dengan mengibarkan bendera baru bagi menggantikan Jalur Gemilang dan memijak gambar pemimpin negara pada 30 Ogos lalu.

Tangkapan terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia 19 dan 20 tahun yang ditahan di ibu negara serta Johor.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria berkata, seorang remaja lelaki ditahan pada jam 1 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi adalah seorang pelajar kolej swasta di Selangor, remaja perempuan itu pula bekerja sebagai model sambilan ditahan di Johor Bahru pada jam 12 tengah hari.

Katanya, seorang juruteknik ditahan pada jam 5 petang juga di Johor Bahru dan terbaru seorang lagi wanita ditahan pada jam 9 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. “Semua ditahan kerana dipercayai terbabit mengibarkan bendera baru menggantikan Jalur Gemilang dan tindakan memijak gambar pemimpin negara dan mereka dibawa ke IPD Dang Wangi.


“Keseluruhan tangkapan setakat ini adalah lima orang dan polis masih memburu tiga lagi individu yang terbabit dalam insiden pada malam ambang merdeka yang lalu,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.


Aziz berkata, mereka kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan bagi kesalahan mengibar bendera manakala Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan untuk kesalahan memijak gambar pemimpin negara.

Remaja kejar penyamun ditembak lima kali




         
AMPANG JAYA: Seorang pemuda berusia 18 tahun nyaris maut selepas ditembak lima das ketika mengejar dua penyamun yang merompaknya dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran sebuah pasar raya di Pandan Perdana, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa tidak cedera sebaliknya cermin keretanya terkena satu daripada tembakan yang dilepaskan seorang daripada suspek.


Menurut sumber, semuanya bermula apabila kedai tempat mangsa bekerja di Pandan Perdana dimasuki dua lelaki berusia 20-an yang bersenjatakan pistol.

“Dua suspek itu mengarahkan mangsa menyerahkan telefon bimbit dan wang tunai. Sebaik memperoleh barangan berkenaan, suspek melarikan diri menggunakan Proton Gen.2 merah yang diletakkan di hadapan premis berkenaan.


Sumber itu berkata, mangsa merempuh kereta dinaiki dua suspek itu dari belakang ketika berada di MRR2 berhampiran sebuah pasar raya di Pandan Perdana.


“Seorang daripada suspek melepaskan lima das tembakan menyebabkan mangsa menghentikan kenderaannya manakala suspek meloloskan diri.

“Satu daripada tembakan mengenai cermin hadapan kereta mangsa,” katanya.


Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Perdana, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Pensyarah pitam rempuh tembok




         
ALOR GAJAH: “Tiba-tiba saya pitam dan kereta merempuh tembok jambatan,” kata pensyarah Kolej Risda, Mahfuzah Jamaluddin, 28, selepas kereta dipandu terbabit kemalangan di Jalan Lendu-Alor Gajah, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.50 petang, mangsa memandu Produa Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kelemak, di sini, selepas makan bersama dua rakan.


Mahfuzah berkata, dia yang mengalami penyakit migrain tidak menyangka ia berlaku ketika memandu.

Dakwanya, dia pitam ketika memandu sebelum tersedar selepas bunyi dentuman akibat merempuh tembok jambatan di kiri jalan dan cedera di betis kiri.


“Ketika buka mata, saya lihat kereta melintang atas jambatan, cepat-cepat saya keluar dari kereta bimbang dirempuh kenderaan lain. Pengguna jalan raya berhenti lalu menghulurkan bantuan sambil menenangkan saya sementara menunggu bantuan kecemasan tiba.


“Orang ramai minta saya bertenang dan berinteraksi kerana bimbang saya pengsan,” katanya yang juga pensyarah jurusan pengurusan perniagaan itu di sini, kelmarin. Jurucakap Paramedik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata, mangsa yang cedera diberikan rawatan kecemasan dan dihantar ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kemalangan berkenaan.

Tragedi tinggal anak dalam kereta




         
DUNGUN: Tindakan seorang bapa meninggalkan anaknya berusia lima tahun dalam kenderaan ketika menunggu bantuan mekanik di seberang jalan mengundang tragedi apabila anaknya yang terjaga daripada tidur terus keluar dari kereta sebelum dirempuh sebuah kereta lain di Kilometer 81.5, Jalan Jerangau-Jabor, dekat Bukit Besi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Nur Anis Nabila Abdul Ghani, 5, meninggal dunia selepas dilanggar kereta terbabit ketika menuju ke arah bapanya yang berada dalam sebuah kedai makan di seberang jalan.


Bapa mangsa, Abdul Ghani Abdul Rahman, 45, berkata, sebelum kejadian, dia bersama arwah dalam perjalanan dari rumahnya di Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, di sini untuk ke rumah ibunya di Manir, Kuala Terengganu.

“Saya bertolak dari rumah jam 9 malam dan setibanya di tempat kejadian 30 minit kemudian, kereta mengalami kerosakan enjin menyebabkan terpaksa berhenti di tepi jalan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Katanya, dia cuba menghubungi mekanik membaiki keretanya, tetapi gagal berikutan liputan isyarat telefon bimbit di sekitar Bukit Besi mengalami masalah.


“Selepas dua jam berusaha mendapatkan bantuan termasuk melihat jika ada rakan lalu di kawasan itu, saya yang lapar menyeberangi jalan untuk makan di sebuah kedai berdepan tempat saya meletakkan kereta,” katanya.

Menurutnya, ketika itu, arwah nyenyak tidur dalam kereta dan tidak sampai hati untuk mengejutkannya.


Katanya, selepas membayar harga makanan dan minuman, dia berjalan keluar dari kedai untuk pergi semula ke keretanya.

“Dalam suasana jalan gelap, saya ternampak kelibat arwah berlari dari arah depan kereta untuk melintas dan belum sempat saya menjerit, sebuah kereta dari arah Kuantan melanggarnya,” katanya.


Menurutnya, dia berlari mendapatkan anaknya itu yang terbaring atas jalan raya ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri manakala kepala, mulut dan telinganya berdarah.


“Dengan bantuan pemandu yang melanggar anak, saya membawa arwah ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan, tetapi arwah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Dungun, kira-kira jam 12.30 tengah malam,” katanya.


Ibu arwah, Mahani Mamat, 35, berkata, sebelum kejadian, arwah yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ada mengajaknya ke rumah nenek tidak jauh dari kediaman mereka.


“Selepas pulang sekolah, arwah bersungguh-sungguh mengajak saya ke rumah ibu saya selepas gurunya memaklumkan ada orang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan berhampiran rumah neneknya,” katanya yang hamil lima bulan.


Katanya, dia bagaimanapun tidak memenuhi permintaan anaknya kerana sibuk dengan kerja rumah selain tiada orang meninggal dunia seperti dinyatakan.


Mahani berkata, dia pelik apabila arwah memberitahunya terdengar orang membaca surah Yasin dalam rumah sedangkan ketika itu tiada sesiapa berbuat demikian.


“Malam itu selepas mendapat tahu bapanya mahu pulang ke rumah nenek sebelah bapa di Manir, arwah hendak ikut sedangkan sebelum ini tidak pernah berbuat demikian jika saya tidak turut-serta,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Parang majikan

KENINGAU: Berang kerana lewat menerima gaji, seorang pekerja lelaki ‘naik hantu’ sebelum menetak kepala majikannya menggunakan parang menyebabkan mangsa menerima 10 jahitan dalam kejadian di sebuah stesen pencawang elektrik di Jalan Kampung Mottou, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Lawrence Yong King, 36, turut menerima tiga jahitan di lengan kiri ketika cuba mempertahankan diri daripada ditetak pekerjanya itu.


Sumber berkata, ketika kejadian, suspek yang juga juruteknik berusia 30-an dipercayai menemui mangsa, yang juga majikannya kerana mahu menuntut gaji awal berikutan mengalami masalah kewangan.

“Bagaimanapun, majikan suspek dikatakan enggan memenuhi permintaan suspek, malah menegaskan gaji hanya akan dibayar pada 7 September menyebabkan berlaku pertengkaran.


“Suspek mengambil parang dan menetak Lawrence sehingga mangsa rebah. Serangan kali kedua suspek mengenai lengan kiri mangsa cuba mempertahankan diri,” katanya.


Sumber berkata, mangsa mendapatkan bantuan pekerja lain manakala suspek melarikan diri.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan dan menerima 10 jahitan di kepala dan tiga jahitan di lengan, namun keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Robert Solisip@David berkata, polis memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Kejutan tidur kilang terbakar




         
SUNGAI BULOH: “Kami sedang tidur apabila seorang rakan mengejutkan dan memberitahu ada kebakaran,” kata Mohd Nuzrul Islam, 27, pekerja kilang perabot di Kampung Baru, di sini, yang musnah dalam kebakaran mengakibatkan kerugian dianggarkan lebih RM1 juta, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, turut musnah dalam kebakaran itu termasuk kuarters menempatkan 12 pekerja kilang berkenaan yang terletak berhampiran menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.


Menceritakan semula kejadian, Mohd Nuzrul berkata, seorang rakannya bangun daripada tidur untuk ke tandas yang terletak di luar kuarters apabila tiba-tiba ternampak asap tebal keluar dari kilang.

“Rakan saya segera mengejutkan kami daripada tidur sebelum kami beramai-ramai cuba memadamkan kebakaran berkenaan.


“Namun, usaha kami gagal apabila api semakin marak dan menyambar keseluruhan bahagian kilang menyebabkan kami semua terpaksa berundur kerana bimbang terperangkap dalam api,” katanya.


Katanya, dia dan rakan sekerja lain juga tidak sempat menyelamatkan barangan peribadi apabila kuarters mereka yang menempatkan pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar turut terbakar.

“Kami kini kehilangan tempat tinggal dan menanti majikan mencarikan kediaman baru berikutan kuarters sudah musnah.


“Saya pula hanya mampu menyelamatkan uniform kerja dan ini saja pakaian yang tinggal,” katanya yang baru setahun bekerja di kilang berkenaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Che Dawud Adli Yusoff berkata, tiga jentera termasuk dari Damansara dan Shah Alam dengan 21 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 11.14 malam.

Nyawa melayang di tangan abang



Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
         
KEMAMAN: Berpunca daripada masalah tayar motosikal pancit, nyawa seorang lelaki melayang di tangan abang kandungnya sendiri selepas dua beradik itu bergaduh di rumah ibu bapa mereka di Kampung Telaga Papan, Kerteh, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, Abdul Hisham Ahmad, 23, yang cedera di perut dipercayai akibat tikaman satu objek tajam rebah di ruang tamu rumah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kerteh, setengah jam selepas itu.
Kejadian berlaku apabila mangsa bertengkar dengan abangnya yang berusia 37 tahun selepas abangnya itu tidak puas hati kerana mangsa yang juga adik bongsunya tidak membaiki tayar motosikal ibu mereka yang pancit.

Bapa mangsa, Ahmad Din, 59, berkata ketika kejadian, dia menonton televisyen di ruang tamu bersama dua beradik itu dan pada mulanya tidak mempedulikan pertengkaran kedua-dua anaknya itu kerana menganggap ia hanya perkara kecil.


“Bagaimanapun, pertengkaran itu semakin memuncak sehingga berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan saya bertindak menghalau si abang keluar dari rumah,” katanya.

Cucu ugut bunuh datuk tegur bawa pulang wanita




         
GEORGETOWN: Berang dengan teguran kerana membawa pulang teman wanita ke rumah, seorang cucu lelaki sanggup bertindak ‘samseng’ apabila mengugut mahu membunuh datuknya di sebuah rumah di Sungai Dua, Gelugor di sini, pagi Selasa lalu.

Kejadian berlaku jam 2.30 pagi apabila suspek berusia 24 tahun pulang ke rumah keluarganya bersama teman wanita berusia 20-an sebelum disedari datuknya berusia 71 tahun turut tinggal di rumah berkenaan.


Jurucakap polis berkata, berlaku pertengkaran kecil antara datuk dan cucu lelakinya sehingga menyebabkan suasana kecoh.

Katanya, pertengkaran itu menyebabkan ibu suspek campur tangan dan masing-masing menyalahkan satu sama lain sebelum suspek mengancam membunuh datuknya.


“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Taman Desa Permai Indah, Sungai Dua, jam 4.05 pagi dan sepasukan anggota polis menahan suspek di rumahnya,” katanya.

AS, Israel tiada beza: Iran




         
DUBAI: Iran tidak membezakan kepentingan Amerika Syarikat dan Israel serta berjanji akan bertindak balas ke atas kedua-dua negara jika diserang, kata seorang panglima tentera semalam.

Kenyataan itu dibuat selepas Rumah Putih menafikan laporan berita Israel bahawa mereka sedang berunding dengan Teheran bagi mengelakkan perang Israel - Iran.


Laporan itu juga mendakwa Presiden Barack Obama menafikan dia terlalu berlembut dengan Teheran. Panglima Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Iran, Ali Fadavi, berkata tiada sebarang perbezaan antara rejim Zionis dan AS.

“Kita tidak perlu mengiktiraf sebarang perbezaan antara kedua-duanya.


“Berdasarkan hakikat itu, hari ini AS mengambil langkah mengancam Republik Islam,” katanya dipetik agensi berita Fars.


Menurut Ali, jika AS melakukan “kebodohan” paling kecil pun, mereka tidak akan dibiarkan meninggalkan Teluk dengan selamat.

Iran memiliki peluru berpandu yang mampu sampai ke sasaran Israel dan AS di rantau Teluk.


Baru-baru ini, Teheran menjalankan latihan tentera dan mempamerkan senjata mereka yang dipertingkatkan keupayaannya bagi membuktikan kemampuan mereka mempertahankan diri jika diserang. Menurut Israel - negara tunggal Timur Tengah yang dipercayai memiliki senjata nuklear - Iran mengancam kewujudan negara Yahudi itu jika Iran dibenarkan memiliki bom nuklear. Teheran pula tetap mempertahankan diri dengan mendakwa, program nuklear mereka dibangunkan untuk keamanan. - Reuters

Ratu kokain ditembak mati




         
BOGOTA: Seorang wanita yang digelar ‘ratu kokain,’ kerana peranannya yang menonjol dalam perdagangan dadah secara haram pada 1970-an, ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata, semalam.

Penyerang yang menunggang motosikal menembak Griselda Blanco, 69, dua kali di kepala ketika dia meninggalkan sebuah kedai daging di Medellin, bandar di barat daya Colombia.


Pegawai berkata, Griselda hidup memencilkan diri dari khalayak ramai sejak kembali ke Colombia pada 2004 selepas menjalani 20 tahun daripada 60 tahun hukuman penjara di Amerika Syarikat. - AFP

Lelaki kecewa bunuh teman wanita

BANGKOK: Seorang sukarelawan pertahanan yang putus cinta menembak mati seorang wanita dan mencederakan dua wanita lain di pejabat daerah sebelum membunuh diri di Chum Phuang, wilayah Nakhon Ratchasima, pagi semalam.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 8.30 pagi, kata pegawai polis bertugas, Leftenan Muda Chanwong Sawat-apa dibalai polis Chum Phuang.

Polis diberitahu sukarelawan pertahanan itu, Yingcharoen Teepnok memasuki pejabat daerah dengan pistol .38 di tangannya.

Teepnok melepaskan beberapa tembakan ke arah pegawai pentadbiran, Thanyalak Saimai membunuhnya serta-merta sebelum menembak dua lagi pegawai wanita, La-ongthip Sodklang dan Sunisa sae Lee di pejabat sama, kata saksi.

Teepnok kemudian kembali ke bilik komunikasi radio di mana dia bekerja dan menembak dirinya di pelipis kanannya. - Bangkok Post

Wartawan radio mati ditembak

TABATO (Filipina): Seorang wartawan radio ditemui mati di selatan negara ini, menjadi wartawan keenam di negara itu yang dibunuh tahun ini, kata pihak berkuasa semalam.
Tentera menemui mayat Eddie Apostol yang sudah reput dalam paya Ahad lalu, lima hari selepas keluarganya melaporkan dia hilang, kata jurucakap tentera daerah, Kolonel Prudencio Asto.

Hos rancangan bual bicara radio DXND itu diikat dengan tali dan ditembak dua kali di kepalanya, kata Asto kepada wartawan. Pengerusi pemerhati media Kesatuan Kebangsaan Untuk Wartawan Filipina, Nestor Burgos berkata, belum dapat dipastikan sama ada pembunuhan itu berkaitan dengan tugas Apostol. Apostol mengacarakan rancangan bual bicara membincangkan isu pembangunan, kata kesatuan itu. “Kami sentiasa menganggap pembunuhan wartawan di negara ini mungkin berkaitan dengan tugasnya,” kata Burgos. Wartawan yang lantang bersuara sering diserang di Filipina dan kumpulan pemerhati berkata negara itu adalah antara tempat paling berbahaya di dunia untuk petugas media.

Apostol adalah wartawan keenam dibunuh di Filipina tahun ini, empat daripadanya dipercayai dibunuh kerana tugas mereka, kata pegawai kesatuan wartawan, Rowena Paraan kepada media.

Pembunuhan terbaru itu berlaku di wilayah Maguindanao, di mana anggota keluarga ahli politik Islam yang ternama berdepan perbicaraan atas pembunuhan 57 orang, termasuk 32 petugas media pada November 2009. Keseluruhannya 153 petugas media dibunuh di Filipina ekoran profesion mereka sejak 1986. - Manila Times

Tembak ipar enggan kerja

PARAH...mangsa yang cedera di perut kini menerima rawatan di Hospital Keningau.
PARAH...mangsa yang cedera di perut kini menerimarawatan di Hospital Keningau. 
KENINGAU: Berang sebaik menyedari adik iparnya enggan keluar bekerja, seorang lelaki bertindak ‘ala koboi’ apabila melepaskan dua das tembakan yang mengenai perut lelaki itu dalam kejadian di Kampung Samuran, dekat sini, Isnin lalu. Mangsa dikenali sebagai Jojo, 32, kini menerima rawatan di Hospital Keningau dan berada dalam keadaan stabil selepas ditembak dari jarak dekat oleh abang iparnya dipercayai menggunakan sepucuk pistol.

Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mereka dipercayai bertengkar termasuk mangsa ada menegur abang iparnya berusia 50 tahun yang juga tidak keluar bekerja di ladang kepala sawit.

Sumber berkata, suspek kemudian mengambil sepucuk pistol lalu menuju ke bilik mangsa dan melepaskan dua das tembakan, kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, suspek yang panik melihat mangsa terbaring berlumuran darah kemudian melarikan diri.

“Beberapa anggota keluarga yang terkejut dengan tembakan itu mendapati mangsa terbaring sambil menekap perutnya yang berlumuran darah.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Keningau bagi mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata sebaik menerima laporan, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.


“Siasatan mendapati, kejadian berpunca apabila kedua-dua bertengkar sebelum suspek menembak mangsa.

“Pemeriksaan di tempat kejadian turut menemui dua kelongsong peluru dipercayai pistol digunakan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, polis sedang giat memburu suspek yang melarikan diri sebaik kejadian itu, manakala mangsa masih menerima rawatan di hospital.

“Polis meminta orang ramai yang mengetahui lokasi suspek menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di talian 087-332 222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Dakap erat mayat

KASIH SAMPAI MATI...mayat mangsa dipeluk ibunya.
KASIH SAMPAI MATI...mayat mangsa dipeluk ibunya.
KUALA LUMPUR: Seorang ibu terpaksa dipujuk berulang kali supaya melepaskan dakapan mayat anak lelakinya yang maut selepas digilis lori dipandunya sendiri di Taman Taynton Harmoni, Cheras, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, S Thiayagarajan, 23, cuba menahan lorinya yang bergerak menuruni tebing bukit sejurus dia turun dari kenderaan itu, dipercayai akibat masalah brek.
Sumber polis trafik berkata, mangsa dan kelindannya ketika itu baru tiba di lokasi berkenaan untuk menghantar 50 kampit simen bagi kerja ubah suai sebuah banglo.

Menurutnya, apabila mendapati lori tiga tan dipandunya bergerak menuruni tebing, mangsa berlari ke bahagian depan lori untuk menahan, namun tindakannya itu mengundang padah apabila dia digilis dan diseret kira-kira lima meter.


“Mangsa yang cedera parah di badan, mati di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Mati dilanggar dalam rumah

INI YANG TINGGAL...Abdullah menunjukkan kesan darah pada bendera yang dilukis cucunya, Adam Firdaus.
INI YANG TINGGAL...Abdullah menunjukkan kesan darah pada bendera yang dilukis cucunya, Adam Firdaus.
TUMPAT: Seorang budak lelaki berusia dua tahun yang sejak beberapa hari lalu sering bermain sambil mengibar Jalur Gemilang, maut dalam keadaan masih memegang bendera kebanggaan negara itu selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas sebelum merempuh rumah kedai milik datuknya, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang di Kampung Dalam Rhu, di sini, mangsa, Adam Firdaus Mohd Shukri meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat akibat parah di kepala, badan serta patah tulang rusuk.
Sebelum kejadian, anak bongsu daripada tiga beradik itu bermain sambil memegang Jalur Gemilang di ruang tamu dengan diawasi ibunya, Nik Salwani Abdullah, 26, yang ketika itu menemani dua lagi anaknya, Shahrul Yuzy Faizal, 10, dan Mohd Ikhwan, 5, yang membuat kerja sekolah.

Tiba-tiba, sebuah Mercedes Benz 190E dipandu seorang lelaki berusia 60-an merempuh bahagian depan rumah kedai dan mangsa terseret bersama runtuhan konkrit dinding sebelum terbaring berlumuran darah di satu sudut ruang tamu.


Kanak-kanak itu diangkat neneknya, Aisyah Seberang, 55, ke luar rumah dan dibawa jiran ke Hospital Tumpat, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

Suami pukul setiap bulan

Kim Yen menunjukkan kepada peguamnya kecederaan pada badan yang didakwa akibat dibelasah suaminya di sebuah butik. - Foto Muhaizan YahyaKim Yen menunjukkan kepada peguamnya kecederaan pada badan yang didakwa akibat dibelasah suaminya di sebuah butik. - Foto Muhaizan Yahya
Ipoh: Wanita yang memuat naik rakaman dia dibelasah suaminya di internet, mendakwa dipukul hampir setiap bulan atas pelbagai sebab sejak mereka berkahwin 17 Januari lalu.

Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mengandung dua bulan berkata, kejadian terbaru pada 23 Ogos lalu yang paling teruk sehingga dia tidak mampu bertahan, lantas memuat naik rakaman CCTV ke akaun Facebook.
Sehingga ini saya masih trauma dan menangis setiap malam.

Perut saya juga sakit, katanya yang bimbang kandungannya kerana laporan perubatan menunjukkan kemungkinan keguguran.

Mengimbau kejadian kira-kira jam 4.30 petang di Ipoh Garden South, yang dimuat naik itu, Kim Yen berkata, ia bermula apabila dia membantah permintaan rakan suaminya mahu meletakkan produk minyak wangi tiruan di butiknya kerana bimbang menjejaskan reputasi perniagaan.

Katanya, dia tidak mempercayai individu itu kerana masih belum membayar hutang suaminya lebih RM2,000 walaupun sudah banyak kali diminta berbuat demikian sejak dua tahun lalu.

Suami marah saya menolak permintaan rakannya itu. Apabila saya katakan tidak berapa sihat dan mahu balik rumah, dia mula memukul saya. Sejak itu sehingga sekarang saya belum berjumpanya," katanya pada sidang media di pejabat MCA Ipoh Timur, semalam yang turut dihadiri ibunya, Lily Yeoh, 49, dan Ketua MCA Ipoh Timur, Datuk Thong Fah Chong.
Sementara itu, peguam wanita itu, Datuk G Amarjit Singh Gill, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mendapatkan perintah perlindungan interim mengikut Akta Keganasan Rumahtangga 1994 daripada Mahkamah Majistret, kelmarin bagi menghalang suami Kim Yen yang berusia 26 tahun daripada mendekatinya.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata kertas siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan sudah siap dan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam untuk tindakan lanjut.

Suspek bunuh guru al-Quran ditahan


Wan Kalthom Wan Husin
Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat. Gambar kecil: Wan Kalthom
KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh guru al-Quran di Kampung Jebak, Jeram Pasir Puteh, hari ini.

Lelaki itu yang dipercayai anak saudara mangsa melakukan perbuatan terbabit di bawah pengaruh dadah.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan ketika berada di rumah di kampung terbabit.

Maut dirempuh dalam rumah

pix_gal0 Budak dua tahun tertiarap dilanggar kereta terbabas ketika nenek solat

Tumpat: Seorang budak lelaki berusia dua tahun yang berada di ruang tamu, maut apabila sebuah kereta merempuh rumahnya di Kampung Rhu Dalam, di sini, kelmarin.

Nenek mangsa, Aisyah Seberang, 55, berkata cucunya Adam Firdaus Syukri ketika itu bermain di ruang tamu kira-kira jam 6.30 petang manakala anaknya Nik Salwani Abdullah, 26, menemankan dua lagi cucunya, Shahrul Yuzi Faizal, 8, dan Syah Ikwaniza Faizal, 5, membuat kerja sekolah.
Ketika kejadian saya sedang solat Asar di bilik. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dan saya melihat sebuah kenderaan merempuh ruang tamu. 

Tembakan gemparkan Quebec

Lelaki serang dari belakang dewan, seorang maut

Montreal: Seorang lelaki bersenjata bertopeng melepaskan tembakan ketika perhimpunan menyambut kemenangan Ketua Menteri baru Quebec, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa lagi cedera.

Ketua Menteri baru itu, Pauline Marois dari Parti Quebecois segera dibawa turun pentas oleh pengawal ketika menyampaikan ucapan. Beliau tidak mengalami kecederaan.
Tidak diketahui sama ada lelaki bersenjata terbabit cuba melepaskan tembakan terhadap Marois. Partinya menyokong pemisahan daripada Kanada. Di Quebec, penduduknya berbahasa Perancis.

Polis Montreal, Komander Ian Lafreniere mendedahkan bahawa lelaki terbabit berusia 50 tahun dan berkata suspek melepaskan tembakan di belakang dewan ketika Marois memberikan ucapan kemenangan kepada beratus-ratus penyokongnya di auditorium Metropolis.

Apa yang berlaku? tanya Marois kepada pengawalnya ketika dibawa keluar dari pentas sewaktu meraikan kemenangan partinya dalam pilihan raya wilayah kelmarin.

Lelaki terbabit cuba melarikan diri keluar dan memulakan kebakaran kecil sebelum ditangkap.

Polis berkata, mereka tidak mengetahui motif lelaki berkenaan. Ketika dibawa keluar oleh polis, suspek kedengaran menjerit dalam bahasa Perancis: Orang Inggeris bangkit!.
Marois kembali ke pentas selepas tembakan dan menamatkan ucapan sebelum meminta orang ramai bersurai secara aman.
Agensi

Banjir terburuk sejak 27 tahun lalu




TIGA murid membantu membersihkan kelas mereka yang dilanda banjir di SKSS, Serdang semalam.


SERDANG – Penduduk mendakwa banjir kilat yang melanda di sini kelmarin merupakan bencana paling buruk pernah berlaku sejak 27 tahun lalu.
Rata-rata mendakwa sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi punca kejadian tersebut berlaku selain tidak mampu menampung hujan lebat.
Tinjauan mendapati, penduduk dan peniaga menyalahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran serta pihak berkuasa tempatan yang dikatakan gagal mengurus sistem perparitan dengan baik.
Seorang peniaga restoran, Haniffa Syed Mohamad, 63, berkata, sebelum ini, banjir kilat yang berlaku tidak seteruk kelmarin.
“Saya telah berniaga di sini sejak 12 tahun lalu dan banjir kilat yang berlaku adalah yang terburuk sekali. Ada kata paling teruk sejak 27 tahun lalu,” katanya ketika ditemui semalam.
Seorang lagi peniaga, Lee Chee Chin, 48, pula memberitahu, akibat kejadian itu dia menanggung kerugian RM30,000 ekoran alat ganti motosikalnya ditenggelami air.
“Saya tidak sempat hendak menyelamatkan barang-barang dalam kedai kerana banjir berlaku sekelip mata,” ujarnya.
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 20 Serdang, Kamaruzaman Ibrahim pula mengaitkan faktor tadbir urus yang kurang sempurna menjadi punca berlaku banjir kilat.
“Kawasan ini sudah membangun. Disebabkan itu, pihak yang terlibat perlu lebih teliti sebelum meluluskan projek pembangunan baharu agar penduduk sedia ada tidak terjejas seperti apa yang berlaku hari ini,” jelasnya.

Samsor sanggup ‘korban’ kereta demi selamatkan murid




SAMSOR menunjukkan keretanya yang rosak teruk akibat banjir di Serdang semalam.


SERDANG – Seorang guru Sekolah Kebangsaan Seri Serdang (SKSS) di sini sanggup ‘mengorbankan’ kenderaannya demi menyelamatkan nyawa 30 pelajar dalam kejadian banjir kilat di sini kelmarin.
Menceritakan detik-detik cemas itu, Samsor Asrul Saad, 34, berkata, ia bermula apabila hujan lebat selama dua jam yang bermula sejak pukul 4.30 petang.
“Pada mulanya saya berniat hendak bawa kereta saya ke tempat selamat apabila melihat air mulai naik tetapi selepas melihat anak-anak murid saya dalam ketakutan saya membatalkan niat itu,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Samsor kemudiannya bertindak memindahkan semua murid ke tingkat atas bangunan tiga tingkat itu ekoran bimbang keselamatan mereka.
Bagaimanapun, tindakannya menyebabkan kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora yang dibelinya dua tahun lepas rosak teruk akibat banjir.

Empat pakar penipu Nigeria ditangkap




IZANY (kanan) bersama Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh (tengah) menunjukkan wang palsu yang dirampas hasil serbuan ke atas satu sindiket black money di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Satu sindiket black money yang didalangi warga Nigeria tumpas ekoran penahanan empat lelaki hasil serbuan di tiga unit kondominium di Jalan Desa Pertama, Brickfields di sini Isnin lalu.
Kesemua suspek berusia 25 hingga 37 tahun yang ditahan pada pukul 12 tengah hari itu merupakan pelajar sebuah kolej swasta di ibu negara.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany, sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak dua tahun lalu dan terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes penipuan di sekitar Cheras membabitkan kerugian RM500,000.
Katanya, operasi sindiket itu bagaimanapun dapat dilumpuhkan hasil maklumat orang awam dan risikan polis selama dua minggu.
Beliau memberitahu, ahli sindiket itu menggunakan laman sosial Facebook untuk mempengaruhi pelanggan dengan menawarkan penukaran wang dolar Amerika Syarikat yang sebenarnya palsu kepada Ringgit Malaysia dengan kadar yang rendah.
“Mereka cuba memperdayakan mangsa bahawa wang Dolar Amerika itu tulen dengan menunjukkan demonstrasi mencelup kapas dalam sejenis cecair sebelum disapu pada kepingan wang kertas.
“Sebenarnya hanya wang di bahagian atas dan bawah sahaja yang tulen manakala di tengah-tengahnya cuma kepingan kertas kosong,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Cheras di sini semalam.
Tambah Izany, serbuan di unit rumah pertama, polis telah menahan seorang lelaki dan hasil soal siasat, suspek menunjukkan unit rumah yang kedua yang telah membawa kepada penahanan tiga lagi suspek dan siasatan lanjut suspek telah menunjukkan sebuah lagi unit rumah yang turut dijadikan pusat operasi sindiket mereka.