Search This Blog

Monday, September 3, 2012

2 penunggang motosikal maut



KUALA LUMPUR 1 Sept. - Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di ibu negara hari ini.
Kejadian pertama membabitkan mangsa, Muhammad Syahir Akmal Mohd. Nor, 23, yang dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya di Puchong ke Sentul dengan menunggang motosikal.
Jurucakap polis berkata, ketika tiba di Jalan Perhentian dari susur Sentul Link, motosikal yang ditunggang Muhammad Syahir dipercayai terbabas sebelum bergesel dengan tembok pembahagi jalan.
"Akibatnya, mangsa terjatuh dan mendapat kecederaan parah di kepala sebelum meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa berhasrat menghadiri majlis pertunangan kakaknya di Serendah yang dijadual berlangsung pada sebelah petang.
Sementara itu, kemalangan kedua membabitkan seorang mangsa warga emas di persimpangan Jalan Sultan Hishamuddin dan Jalan Sultan Ismail.
Mayat mangsa, Low Choon Poh, 60, ditemui orang ramai dalam keadaan terduduk dan bersandar pada dinding tembok berhampiran bangunan lama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menurut jurucakap polis, berdasarkan keadaan mayat, dia dipercayai meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui orang ramai.
"Motosikal mangsa dipercayai terbabas dan merempuh tembok papan tanda menghala ke bangunan lama mahkamah," katanya.
Bagaimanapun, kata jurucakap itu, waktu sebenar kejadian itu tidak dapat dipastikan.
"Mangsa dipercayai ada meminta pertolongan daripada orang ramai selepas ditimpa kemalangan tetapi malangnya ia tidak disedari," katanya.
Sementara itu, Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
Katanya, kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Tuduhan bunuh 270 pelombong Afrika Selatan digugur sementara



JOHANNESBURG 3 Sept. - Pendakwaraya Afrika Selatan semalam menggugurkan buat sementara waktu tuduhan membabitkan 270 pelombong yang didakwa membunuh 34 rakan sekerja mereka yang ditembak mati polis.
Bagaimanapun mereka mungkin akan didakwa semula setelah siasatan selesai.
Perbicaraan ke atas 270 pelombong itu telah membangkitkan kemarahan ramai yang mana mereka didakwa `bersubahat’ dalam pembunuhan membabitkan rakan mereka yang ditembak. - REUTERS

Anggota polis bersama rakan ditahan kes peras ugut




2 September 2012
K Manoharan
K Manoharan
KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis berpangkat konstabel dan rakannya ditahan kerana memeras ugut seorang lelaki di sini, pada Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah malam ketika mangsa berusia 23 tahun itu sedang menunggang motosikal telah dihimpit anggota polis berusia 51 tahun terbabit, yang turut menaiki motosikal.

"Kejadian tersebut berlaku di hadapan Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Bayas di sini.

"Setelah dihimpit, mangsa terjatuh lalu melarikan diri kerana ketakutan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kira-kira 1 pagi pada keesokan harinya, mangsa yang berada di Jalan Pasir Panjang di sini, menerima satu panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai 'Sarjan Bakar' dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Terengganu.

"Dalam panggilan itu, lelaki yang menyamar sebagai Sarjan Bakar telah meminta wang sebanyak RM300 daripada mangsa jika ingin mendapatkan kembali motosikalnya.

"Mangsa kemudian membuat laporan kira-kira 12.55 tengah hari pada hari sama dan ekoran itu, polis membuat perangkap dan menahan dua lelaki di pekarangan IPK," katanya.

Manoharan berkata selain menahan anggota polis terbabit bersama rakannya berusia 28 tahun yang merupakan orang awam, pihaknya merampas sebuah motosikal milik mangsa, wang tunai, sebilah parang serta beberapa tiub putih dipercayai dadah.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati anggota polis terbabit positif dadah jenis methamphetamine (pil kuda) manakala rakannya positif dadah methamphetamine dan morfin, katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A dan 383 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Pemerasan. - Bernama

2 rakan baik maut selepas kereta masuk gaung




2 September 2012
KUANTAN- Dua wanita yang merupakan rakan baik terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terhumban ke gaung setelah terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Km76 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Paloh Hinai, Pekan malam tadi.
  
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata mangsa, Balqis Amira Mat Hasan, yang memandu kereta Perodua Viva dan rakannya Sharifah Nur Hidayah Syed Hasan, kedua-duanya berusia 26 tahun dan berasal dari Tumpat, Kelantan maut di tempat kejadian.
  
Katanya ketika kejadian pukul 11.30 malam itu, kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza.
  
Beliau berkata akibat pelanggaran itu menyebabkan kereta mangsa yang dalam perjalanan ke arah Kuantan melambung dan terhumban ke dalam gaung sedalam enam meter.
  
Pada masa sama, beliau berkata sebuah Proton Wira yang berada di belakang Toyota Avanza tidak sempat mengelak kenderaan itu lalu melanggarnya.
  
Katanya lima individu dalam Toyota Avanza itu dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk menerima rawatan manakala pemandu Proton Wira dan seorang penumpang kereta itu tidak mengalami kecederaan. -Bernama

Serbu klinik ‘doktor syabu’



         
CAMERON HIGHLANDS: Gelaran ‘doktor lalok’ layak diberikan kepada seorang pegawai perubatan lelaki yang mengusahakan sebuah klinik, di sini, apabila pemeriksaan polis di kliniknya menemui dua peket plastik berisi dadah jenis syabu dalam satu serbuan, petang kelmarin.

Dalam serbuan jam 3.30 petang di Jalan Ringlet, di sini, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands menemui dua peket lut sinar berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.58 gram di dalam bilik doktor berusia 63 tahun itu.


Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam serbuan sama, pihaknya turut menahan seorang wanita warga Filipina dipercayai teman wanita doktor berkenaan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, serbuan dibuat selepas risikan anggotanya mendapati doktor berkenaan memiliki dadah dipercayai untuk kegunaan peribadi selain maklumat diberikan orang awam.


“Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai menggunakan dadah berkenaan untuk kegunaan sendiri bukannya untuk diedar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Wajib hisap syabu pakai ala Hawaii


TAHAN...antara peserta parti terbabit yang ditahan dibawa dengan bot APMM.
TAHAN...antara peserta parti terbabit yang ditahan dibawa dengan bot APMM.
pix_topright 
KUANTAN: Dengan mengenakan bayaran serendah RM150 setiap seorang, dua juruhebah (DJ) bebas dikesan menubuhkan satu laman web sosial bagi menarik perhatian peminat muzik tekno sebelum menganjurkan parti ‘Tekno Underground’ sempena sambutan malam kemerdekaan di Teluk Juara, Pulau Tioman, Rompin, pagi kelmarin.
Bagi peminat muzik itu yang mahu menyertai parti liar terbabit, mereka perlu mematuhi syarat wajib penganjur iaitu pertama, berpakaian ala Hawaii, kedua, menghisap syabu dan ketiga, pil Ecstasy yang dibekalkan penganjur.
   
    Difahamkan, dua penganjur terbabit sudah menutup akaun laman web sosial berkenaan pada 25 Ogos lalu selepas menarik 24 individu termasuk beberapa gadis yang meminati muzik berkenaan.

    Pada masa sama, dua penganjur terbabit dikatakan memperuntukkan lebih RM1,000 bagi menyediakan kemudahan penginapan, makan serta minum kepada semua peserta

    2 maut kereta masuk gaung

    MAUT...anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang terjunam ke dalam gaung.
    MAUT...anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang terjunam ke dalam gaung.
    HANCUR...keadaan kereta mangsa yang remuk dalam  nahas membabitkan tiga  kenderaan.
    HANCUR...keadaan kereta mangsa yang remuk dalam nahas membabitkan tiga kenderaan.
    PEKAN: “Sungguh memilukan apabila panggilan telefon kepada Nur Hidayah (mangsa) dijawab orang lain, memaklumkan rakan saya itu terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia,” kata Nor Zarina Md Tahir, 25.
    Dia adalah rakan kepada dua penuntut peringkat sarjana Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Johor, yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, kelmarin.

    Berikutan insiden menyayat hati itu, Nor Zarina berkata, dia membatalkan hasrat untuk menghadiri kenduri kahwin seorang rakan di Bahau, Negeri Sembilan, semalam.

    Mangsa yang maut dikenali Balqis Amira Mat Hasan dan Sharifah Nur Hidayah Syed Salleh, masing-masing berumur 26 tahun.

    Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, dua rakan karib terbabit terbunuh selepas Perodua Viva dipandu Balqis dalam perjalanan ke Kuantan bersama Sharifah Nur Hidayah dikatakan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku pertembungan dengan sebuah Toyota Avanza dinaiki seorang lelaki, Mohd Rasid Hassan, 41, bersama lima ahli keluarganya.

    Perodua Viva itu kemudian melambung sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter di bahu sebelah kiri jalan berkenaan menghala ke Muadzam Shah, Rompin.


    Pada masa sama, sebuah Proton Wira dipandu seorang wanita, Noor Hidayu Hitam, 24, bersama seorang rakan yang berada di belakang Toyota Avanza berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan itu.

    Bagaimanapun, mangsa yang berada di dalam dua kereta terbabit hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP).

    Nor Zarina berkata, dia dijangka bertemu Balqis dan Nur Hidayah masing-masing berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan Batu Pahat, Johor, pada majlis kenduri kahwin rakan mereka semalam, selepas sebulan tidak berjumpa apabila dia terlebih dulu menamatkan pengajian di UTHM sebelum Ramadan lalu.

    Katanya, dia tinggal serumah dengan kedua-dua mangsa di Batu Pahat dan mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di UTHM dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal.

    “Saya terkejut apabila seorang pegawai polis menghubungi saya tengah malam semalam (kelmarin), memaklumkan kedua-dua arwah terbabit dalam kemalangan.

    “Bagi memastikan berita itu, saya menghubungi arwah, tetapi panggilan itu dijawab seseorang memaklumkan dua rakan itu terbunuh dalam kemalangan.

    “Ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke Kuantan atas satu urusan sebelum meneruskan perjalanan ke majlis kenduri kahwin rakan kami di Bahau,” katanya yang menetap di Bera.

    Nor Zarina berkata, kali terakhir dia berbual dengan arwah Nur Hidayah kira-kira jam 6 petang kelmarin.

    “Kami berkawan sejak 2005 ketika sama-sama belajar di Kolej Matrikulasi di Gambang (dekat Kuantan) sebelum melanjutkan pelajaran di UTHM,” katanya sedih dengan kejadian menimpa dua rakan karibnya itu.

    Abang Balqis, Mohd Syafirul Amri, 30, berkata, keluarganya reda dengan kejadian menimpa anak kesembilan daripada 10 beradik itu.

    Katanya, kali terakhir mereka bertemu pada Aidilfitri lalu di rumah ibu bapanya di Tanah Merah.

    “Balqis seorang yang periang serta peramah dan dia kini menuntut dalam semester terakhir untuk menamatkan pengajian pada peringkat sarjana,” katanya memaklumkan jenazah adiknya itu dibawa ke Tanah Merah untuk urusan pengebumian selepas solat Isyak, semalam.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    “Ketika kejadian cuaca baik, manakala kawasan tempat kejadian gelap tanpa lampu jalan,” katanya.

    Waspada e-mel kerja




             
    KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan berwaspada jika menerima kiriman e-mel mengandungi tawaran kerja konon dihantar syarikat petroleum terkemuka kerana dipercayai palsu dan sengaja dihantar untuk tujuan penipuan.

    Difahamkan, e-mel itu dikirimkan individu yang menyamar ejen syarikat itu sebelum meminta mangsa membuat bayaran konon bagi kos pengurusan.


    Pelbagai jawatan yang tertera dalam kiriman e-mel itu tidak pernah dikeluarkan syarikat berkenaan.

    Seorang mangsa dikenali sebagai Tasha, 27, menerima e-mel syarikat itu pada 24 Julai lalu menawarkan jawatan kosong.

    Rayuan si isteri



             
    MERLIMAU: “Saya merayu dia (suami) supaya menyerah diri kepada polis demi anak-anak,” kata Kamariah Ahmad, 43, isteri seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh jurukimpal di Kampung Serkam Pantai, Jasin, bulan lalu.

    Polis sebelum ini meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan pemandu di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya dikenali sebagai Khairul Nordin, 41, itu.
    Menurut Kamariah, dua anaknya berusia dua dan empat tahun amat merindui bapa mereka yang menghilangkan diri sejak kejadian pada 22 Ogos lalu, iaitu malam raya keempat.

    “Saya meminta suami segera menyerah diri demi anak-anak yang sememangnya rapat dengannya. Selain berdoa, saya memohon dia supaya tidak putus harap dengan Allah selepas apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

    4,000 suka kek lucah



             
    KUALA LUMPUR: Ramai bimbang terutama ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur perlu berwaspada dengan pengedaran kek dihasilkan menyerupai alat sulit lelaki dan wanita yang dijual secara meluas dalam talian termasuk menggunakan facebook (fb).

    Kewujudan aktiviti perniagaan kek berkenaan dikesan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas mendapat aduan daripada ibu bapa yang bimbang dengan gambar dimuat naik secara terbuka di laman web terbabit.
    Dipercayai aktif sejak dua tahun lalu dan didaftarkan atas nama individu, pemiliknya secara terbuka memaparkan koleksi gambar kek menunjukkan lelaki dan wanita berbogel dalam keadaan mengghairahkan selain mendedahkan bahagian dada wanita dari pelbagai sudut.

    Setakat semalam, hampir 4,000 orang menyukai gambar terbabit manakala lebih 10 pemilik laman sosial memberikan komen pada pautan berkenaan dengan ada yang menyifatkan ia sebagai penghasilan seni ‘kreatif’ melariskan jualan dan menarik minat pembeli.

    Penyamun pijak perut warga emas




             
    PASIR PUTEH: Seorang perompak tidak berhati perut sanggup memijak perut seorang warga emas berkali-kali selain mengikat tangan, kaki serta mulut wanita itu sebelum bertindak melarikan barang kemas dan keretanya dalam kejadian di Kampung Kolam, di sini, Rabu lalu.

    Mangsa yang juga Ketua Dewan Muslimat Pas Ketereh, Huniazah Mohd Noor, 68, sebelum itu dikatakan sedang membersihkan halaman rumah pada jam 8.30 pagi manakala suaminya, Yunus Abdul Rahman, 70, berada di kebun berhampiran.


    Menurut Huniazah, dia ke kawasan belakang rumah mengambil cangkul sebelum dihampiri seorang lelaki berusia 20-an kononnya mahu meminta segelas air akibat kepenatan dikejar polis.

    Katanya, dia tidak memenuhi permintaan itu dan bergelut dengan perompak sebelum diikat serta dibiarkan di kawasan belakang rumah.


    “Sebelum itu, mak cik sempat memberi nasihat kepada lelaki itu walaupun berasa sakit dipijak di perut.


    “Perompak itu naik ke rumah mengambil beg tangan mengandungi dokumen pengenalan diri serta wang tunai RM700,” katanya.

    Perompak terbabit turut melarikan sebuah Proton Wira milik mangsa selain merentap rantai leher serta gelang dipakai dan semuanya membabitkan kerugian RM20,000.


    Huniazah berkata, dia terpaksa menunggu dua jam dalam keadaan diikat sebelum suaminya pulang ke rumah.

    “Selepas yakin perompak tiada, mak cik mengensot ke depan rumah meminta tolong.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.


    Beliau berkata, kereta mangsa ditemui sehari selepas kejadian di sebuah masjid di Kampung Serendah, Kadok, di sini.

    Kecoh drebar lori pitam di plaza tol




             
    MELAKA: Suasana di Plaza Tol Ayer Keroh di sini, gempar seketika apabila berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga menyebabkan satu daripadanya remuk teruk ketika mereka menunggu giliran mengambil tiket tol, petang kelmarin.

    Difahamkan, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berpunca apabila pemandu sebuah lori membawa muatan dedak, Mat Rashid Sahid, 58, tiba-tiba pitam lalu hilang kawalan dan melanggar kereta Proton Waja dipandu Mohamad Har Md Ali, 53.


    Perlanggaran itu kemudian dikatakan menyebabkan kereta dinaiki lima sekeluarga berkenaan merempuh pula sebuah lori satu tan yang berada di depannya hingga remuk. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan keadaan lalu lintas di plaza tol itu kembali terkawal.

    Menceritakan detik cemas itu, menurut Mohamad Har dari Taman Muzaffar Shah, Ayer Keroh, di sini, ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk menghantar seorang anak perempuannya ke sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Serdang, Selangor.


    “Pada waktu itu, saya berada di lorong pertama di belakang sebuah lori yang sedang mengambil tiket. Namun, saya terkejut apabila sebuah lori tiba-tiba melanggar belakang kereta hingga menyebabkan kereta dipandu turut melanggar lori di depan.


    “Melihat keadaan itu, saya bersama isteri (Hamlah Haron, 49) dan tiga anak bergegas keluar menyelamatkan diri,” katanya di tempat kejadian, kelmarin.

    Beliau berkata, walaupun kejadian itu menyebabkan keretanya remuk di bahagian depan dan belakang, dia bersyukur kerana tiada sesiapa mengalami sebarang kecederaan terutama keluarganya.


    “Insiden ini kali pertama menimpa saya sejak memandu kenderaan lebih 30 tahun lalu dan mujur tiada kemalangan lebih teruk berlaku,” katanya. Sementara itu, anak pemandu lori, Hafizul Hafiz, 26, berkata bapanya itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Klang, Selangor, selepas selesai menghantar makanan ternakan (dedak) di sekitar negeri ini.

    “Saya yang baru selesai menghadiri satu majlis perkahwinan di bandar ini tiba-tiba mendapat panggilan daripada bapa (Mat Rashid) mengatakan dia pitam dan melanggar sebuah kereta di Plaza Tol Ayer Keroh.


    “Sebaik tiba di tempat kejadian, saya mendapati dia berada dalam keadaan lemah dengan kepalanya tertangkup di stereng lori,” katanya yang bersyukur bapanya tidak mengalami kecederaan serius. Mat Rashid terpaksa dipapah keluar oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.


    Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

    Mayat wanita terapung di tasik




             
    SERDANG: Pengunjung sebuah tasik berhampiran pusat beli-belah terkemuka di sini, terkejut melihat satu objek terapung dalam Tasik Eastlake di Jalan Kenanga, di sini, semalam.

    Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, orang awam yang menemui mayat berkenaan menghubungi pihak berkuasa sebelum bantuan tiba lima minit kemudian.


    Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, mayat wanita berusia 50-an itu ditemui orang awam dalam keadaan terapung.

    “Mayat wanita itu berbaju kuning putih dan berseluar hitam, namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya. “Ketika ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. Beliau berkata, orang ramai yang kehilangan saudara-mara atau waris boleh menghubungi Balai Polis Serdang di talian 03-89482222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

    Lewat 2 minit dapat 8 jahitan

    myMetro | Lewat 2 minit dapat 8 jahitan:

    CEDERA...Phang menunjukkan lengan kirinya yang cedera akibat ditetak rakan sendiri.
    CEDERA...Phang menunjukkan lengan kirinya yang cedera akibat ditetak rakan sendiri.
    KUCHING: Hanya kerana tambah nilai telefon bimbit RM10, seorang remaja lelaki terpaksa menerima lapan jahitan di lengan kiri akibat ditetak rakan baik menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Batu 22, Jalan Kuching-Serian, di sini, malam kelmarin.
    Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Phang, 18, diserang rakan baiknya, dikenali sebagai Abi, 25, berhampiran kedai runcit disebabkan mangsa lewat dua minit membelikan kad tambah nilai seperti diminta.
    Menurut mangsa, Abi yang bekerja di Sibu sedang bercuti dan datang ke rumahnya kerana ingin meminjam telefon bimbit untuk menghubungi rakannya di Sibu.

    Katanya, dia memaklumkan kepada Abi kredit telefon bimbitnya tinggal sedikit, tetapi Abi tetap mahu meminjam telefon dan berjanji meminta rakan yang dihubungi menambah nilai kredit telefonnya.

    'via Blog this'

    Dendam penyamun

    myMetro | Dendam penyamun:

    KUALA SELANGOR: Akibat tidak puas hati dengan tindakan pemilik kilang membuat laporan polis berhubung kejadian rompakan di kilang miliknya, seorang lelaki bersenjatakan pistol kembali melakukan jenayah sama di premis berkenaan, awal pagi kelmarin.
    Kali ini, pelbagai barangan dalam bilik pameran di bahagian depan kilang dilarikan kumpulan lelaki itu dianggarkan bernilai RM76,000. 
    Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, suspek dipercayai melakukan rompakan bersama lapan lelaki lain yang turut bersenjatakan parang menaiki sebuah lori tiga tan.

    Pemilik kilang berkenaan, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, 43, berkata, kumpulan lelaki itu turut memberitahu seorang pekerjanya mengenai tindakan mereka yang berang selepas kejadian pertama pada 28 Julai lalu dilaporkan kepada polis.

    'via Blog this'

    ‘Saya berharap boleh pegang pensel’




             
    KUALA TERENGGANU: “Saya berharap ibu jari masih gagah dan mampu memegang pensel ketika menjawab soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti,” kata Mohd Amirudin Sudin, 17, yang hancur dua ibu jari tangan kanan apabila ‘eksperimen’ mercun bola digabung dengan mercun bawang tidak menjadi, sebaliknya meletup sebelum sempat diuji.

    Lebih menyedihkan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim, Setiu yang bakal menduduki SPM pada November depan merayu doktor supaya tidak memotong kedua-dua ibu jarinya bagi membolehkan dia menulis dan menjawab soalan peperiksaan yang bakal menentukan masa depannya.


    Dalam kejadian pada jam 9 pagi kelmarin, Mohd Amiruddin dari Kampung Guntong, Setiu menjerit kesakitan apabila dua jenis mercun digabungkan itu meletup secara tiba-tiba.

    Anak keempat daripada tujuh beradik yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, dia cuba menguji ‘kuasa berganda’ mercun bawang dan mercun bola yang tidak habis digunakan pada bulan puasa lalu ketika semua ahli keluarganya ke majlis kahwin di kampung berhampiran.


    “Saya membuka pelekat mercun bola serta memasukkan lima mercun bawang ke dalamnya sebelum menekannya beberapa kali dan ketika itulah mercun meletup serta mengenai mata dan kedua-dua ibu jari.


    “Walaupun terasa perit saya membasuhnya menggunakan air paip sebelum membalut dengan kain dan mendapatkan rawatan segera di Hospital Setiu dengan ditemani sepupu,” katanya.

    Rugi RM750,000 dek ‘isteri segera’




             
    JOHOR BAHRU: Seramai 25 lelaki yang mengidam wanita Vietnam untuk dijadikan ‘isteri segera’ kerugian RM750,000 sepanjang tahun lalu, apabila pasangmereka melarikan diri dan pulang ke kampung masing-masing.

    Lebih malang, apabila wanita terbabit mengandungkan anak lelaki berkenaan menyebabkan mereka tidak mengenali zuriat sendiri selain berdepan masalah untuk mengahwini wanita lain berikutan proses perceraian tidak dapat dilakukan.


    Bagaimanapun, jumlah itu berkurangan apabila hanya 18 kes dilaporkan sejak Januari hingga semalam.

    Pengerusi Biro Aduan MCA Johor Bahru, Michael Tay (gambar) berkata, gara-gara mahukan isteri segera, lelaki tempatan mendapatkan bantuan sindiket temu jodoh membabitkan wanita Vietnam.


    Malangnya, katanya, lelaki terbabit tidak diberikan masa secukupnya mengenali wanita itu, menyebabkan mereka hanya memilih berdasarkan paras rupa.


    “Masing-masing dikenakan bayaran hingga RM30,000 seorang atas alasan pelbagai kos membabitkan Jabatan Imigresen dan pendaftaran perkahwinan, sebelum isteri segera itu dibenarkan dibawa pulang ke rumah.

    “Setibanya di rumah, lelaki terbabit menganggap isterinya itu boleh melakukan kerja rumah termasuk memasak dan mengemas, sebaliknya wanita itu tidak beranggapan sedemikian dan meminta wang bulanan.


    “Di sinilah timbulnya konflik perkahwinan mereka kerana lelaki beranggapan dia ‘membeli’ wanita itu untuk melakukan kerja rumah dan menjadi isterinya, sedangkan wanita berkenaan beranggapan dia tidak sepatutnya membuat kerja rumah,” katanya.

    Selain itu, katanya, perkahwinan mereka berdepan masalah kerana menggunakan bahasa berbeza menyebabkan mereka tidak faham apa diperkatakan.


    Menurutnya, apabila masalah berlarutan wanita itu menghubungi wakil sindiket berkenaan sebelum melarikan diri dan pulang ke Vietnam.


    Katanya, dalam beberapa kes ada lelaki terpaksa menghantar wang bulanan kepada wanita itu dengan alasan kos membesarkan anaknya.


    “Ada lelaki meneruskan kehidupannya dan mencari wanita lain, namun berdepan masalah apabila ingin mendaftar perkahwinan kerana perkahwinan terdahulu masih belum dibatalkan,” katanya.


    Menurutnya, hingga kini, dia diberitahu ada tiga agensi cari jodoh yang menawarkan wanita Vietnam untuk dijadikan isteri iaitu masing-masing satu di Batu Pahat, Muar dan Kulai.

    Mayat reput dalam kontena




             
    AMPANG: Hasrat dua lelaki menangguk ikan di sungai Bukit Belacan, di sini, terbantut sebaik terhidu bau busuk sebelum menemui mayat reput dalam sebuah kontena, semalam.

    Difahamkan, mayat yang hampir tinggal tulang dan hanya memakai seluar dalam itu ditemui jam 10.30 pagi oleh Mohd Faril Ikram, 31, dan rakannya, Zaidi Sazali, 27. Menurut Mohd Faril berkata, dia biasa dengan bau mayat kerana pernah bekerja sebagai kakitangan bilik mayat hospital. Justru, dia yakin bau itu bau mayat manusia dan pergi ke arah kontena itu untuk memeriksa.


    “Mungkin itu mayat penagih atau penghisap gam kerana kami turut menemui beberapa tin kosong dipercayai digunakan untuk menghidu gam di kawasan itu,” katanya.

    Katanya, berdasarkan apa yang dilihat, dia percaya mayat itu sudah lebih sebulan kerana reput dan hanya tinggal rangka serta berulat.


    Difahamkan, mayat terbabit berkemungkinan milik lelaki tempatan yang sering merayau-rayau di kawasan sekitar kerana didakwa sudah lebih sebulan tidak dilihat pekerja pusat komersial berhampiran.


    Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi ketika dihubungi berkata, setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut.

    ‘Saya berharap boleh pegang pensel’




             
    KUALA TERENGGANU: “Saya berharap ibu jari masih gagah dan mampu memegang pensel ketika menjawab soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti,” kata Mohd Amirudin Sudin, 17, yang hancur dua ibu jari tangan kanan apabila ‘eksperimen’ mercun bola digabung dengan mercun bawang tidak menjadi, sebaliknya meletup sebelum sempat diuji.

    Lebih menyedihkan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim, Setiu yang bakal menduduki SPM pada November depan merayu doktor supaya tidak memotong kedua-dua ibu jarinya bagi membolehkan dia menulis dan menjawab soalan peperiksaan yang bakal menentukan masa depannya.


    Dalam kejadian pada jam 9 pagi kelmarin, Mohd Amiruddin dari Kampung Guntong, Setiu menjerit kesakitan apabila dua jenis mercun digabungkan itu meletup secara tiba-tiba.

    Anak keempat daripada tujuh beradik yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, dia cuba menguji ‘kuasa berganda’ mercun bawang dan mercun bola yang tidak habis digunakan pada bulan puasa lalu ketika semua ahli keluarganya ke majlis kahwin di kampung berhampiran.


    “Saya membuka pelekat mercun bola serta memasukkan lima mercun bawang ke dalamnya sebelum menekannya beberapa kali dan ketika itulah mercun meletup serta mengenai mata dan kedua-dua ibu jari.


    “Walaupun terasa perit saya membasuhnya menggunakan air paip sebelum membalut dengan kain dan mendapatkan rawatan segera di Hospital Setiu dengan ditemani sepupu,” katanya.

    3 suspek militan ditahan polis dipercayai ahli kumpulan baru




             
    JAKARTA: Ketua Polis Nasional, Jeneral Timur Pradopo mengesahkan semalam, tiga suspek pengganas yang ditahan oleh polis antipengganas, Densus 88, kelmarin di Surakarta, Jawa Tengah, adalah anggota kumpulan baru.

    Kesimpulan yang dibuat, menurut Timur, berdasarkan usia tiga suspek itu yang dianggap sangat muda. Tempat di mana mereka ditahan, iaitu hanya dua kilometer dari sekolah asrama ulama Abu Bakar Bashir Ngruki, hanyalah kebetulan, katanya.
    “Kemungkinan mereka terlibat dengan kumpulan pengganas yang sudah lama masih dalam siasatan,” katanya di ibu pejabat polis di Surakarta.

    Polis menembak mati tiga suspek itu di dua lokasi dan masa berlainan. Suspek yang dikenali sebagai B, 24, ditahan di Bulurejo, Karanganyar pada jam 7.10 malam. Suspek F dan M, kedua-duanya 19 tahun, ditahan di Jalan Veteran, Tipes, Serengan, Surakarta pada jam 9.15 malam, Jumaat lalu.


    Densus 88 berbalas tembakan dengan F dan M. Kedua-dua mereka terbunuh dan seorang anggota Densus 88, Brigadier Pertama, Suherman turut terbunuh.


    Anggota polis merampas sepucuk pistol dua magazin, 43 butir peluru, telefon bimbit dan beberapa dokumen daripada suspek terbabit.

    Timur berkata, polis turut menemui petunjuk yang tiga suspek berkenaan terlibat dalam penyeludupan senjata api dari Filipina.

    Senjata yang dirampas juga sama dengan yang digunakan dalam serangan di pos polis di Surakarta. - JP

    Perang dadah Mexico sebabkan kartel dadah rugi RM45.3 bilion




             
    MEXICO CITY: Presiden Mexico, Felipe Calderon semalam berkata, perang dadah kontroversi yang dilancarkan olehnya menyebabkan kumpulan penjenayah kerugian AS$14.5 bilion (RM45.3 bilion) dalam laporan pengurusannya kepada kongres.

    Calderon akan habis tempoh pada 1 Disember ini selepas enam tahun dalam pemerintahan dibayangi oleh usaha kerajaan untuk mengurangkan keganasan disebabkan dadah dan menyebabkan 50,000 orang maut sejak 2006.
    Tetapi dalam laporan terakhirnya kepada Kongres, ketua parti konservatif itu, yang ditetapkan tempoh kepada satu penggal saja oleh undang-undang berkata, memberi fokus kepada penangkapan ketua kartel dan rampasan dadah dan wang tunai besar-besaran. - AFP

    Pengasas Pirate Bay ditahan




             
    PHNOM PENH: Pengasas bersama perkongsian fail terkenal Sweden, laman web The Pirate Bay, yang termasuk dalam senarai orang dikehendaki polis, ditahan di sini, atas permintaan Stockholm, kata polis, semalam.

    Gottfrid Svartholm Warg dijatuhkan hukuman setahun penjara oleh mahkamah di Sweden pada 2009 kerana mempromosi pelanggaran hak cipta, tetapi gagal hadir di mahkamah untuk memulakan hukumannya awal tahun ini.
    Jurucakap Polis Nasional Kemboja, Kirth Chantharith berkata, Warg ditahan di Phnom Penh Khamis lalu.

    “Penahanannya dibuat atas permintaan kerajaan Sweden atas jenayah yang berkaitan teknologi maklumat,” katanya.


    Katanya, Kemboja tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Sweden tetapi akan merujuk kepada undang-undang negara untuk pihak polis menangani kes ini dan Kemboja masih menunggu maklumat lanjut dan dokumen lain daripada pihak berkuasa Sweden.


    Kedutaan Sweden di Phnom Penh tidak dapat dihubungi untuk komen.

    Pirate Bay ditubuhkan pada 2003 dan mendakwa mempunyai lebih 31 juta pengguna, memudahkan mereka mengelak daripada membayar yuran hak cipta dan berkongsi fail muzik, filem dan permainan komputer menggunakan teknologi bit torrent atau pautan “sahabat kepada sahabat” yang ditawarkan di laman web itu.

    Pengasas lain laman popular itu, Fredrik Neij dan Peter Sunde, juga sumber kewangan utama, Carl Lundstroem, berjaya mengurangkan hukuman 12 bulan kepada antara empat dan 10 bulan selepas membuat rayuan, akhir 2010.

    Mereka juga diarahkan membayar 46 juta kronor (RM21.5 juta) kerana kesalahan melanggar undang-undang hak cipta dalam industri muzik dan filem. - AFP

    Mayat bapa tunggal, 2 anak ditemui dalam rumah




             
    LONDON: Polis melancarkan siasatan menyeluruh selepas mayat seorang lelaki bersama dua anaknya ditemui dalam sebuah rumah pangsa, lapor media semalam. Polis dihubungi selepas anggota paramedik menemui mayat itu di Tidworth, Wiltshire.

    Polis berkata, lelaki dipercayai berusia 36 tahun itu ditemui dalam sebuah bilik, manakala dua anaknya - berusia tiga dan 11 tahun - di bilik lain.


    Kedua-dua budak itu tinggal dengan ibu mereka di Andover, Hampshire, dan sering melawat bapa mereka di situ. Pegawai polis tempatan, Cif Inspektor Ian Saunders, berkata mayat itu ditemui pemilik premis berkenaan yang datang ke situ untuk mengutip sewa kerana tarikh akhir pembayaran semakin hampir.

    Katanya, mayat lelaki terbabit diperiksa koroner di Flax Bourton, dekat Bristol, manakala dua budak terbabit dipindahkan ke Southampton bagi membolehkan pakar pediatrik menjalankan bedah siasat. Saunders berkata, lelaki itu berpisah dengan isterinya. Tidak dapat dipastikan berapa lama mayat berkenaan terbiar di rumah itu, tetapi berdasarkan bukti, polis percaya mereka masih hidup pada pagi Khamis lalu. Sementara itu, sumber memberitahu, polis menganggap kematian berkenaan mencurigakan.


    Bagaimanapun, kata sumber itu, polis yakin tiada individu lain terbabit dalam tragedi itu. Difahamkan, ambulans dipanggil sejurus selepas jam 1 petang selepas seseorang mendakwa melihat mayat di rumah berkenaan. - DM

    Kembar hitam putih

    PERBEZAAN ketara dapat dilihat pada pasangan kembar Candice (kiri) dan Aleisha yang dilahirkan kira-kira empat minggu lalu.
    PERBEZAAN ketara dapat dilihat pada pasangan kembar Candice (kiri) dan Aleisha yang dilahirkan kira-kira empat minggu lalu.
    PAMELA mempunyai saudara kembar dan dia serta Frazer dilahirkan pasangan suami isteri berdarah campuran.
    PAMELA mempunyai saudara kembar dan dia serta Frazer dilahirkan pasangan suami isteri berdarah campuran.
    LONDON: Tidak seperti pasangan kembar lain, anak dilahirkan Pamela Frazer memiliki keunikan tersendiri apabila mereka memiliki perbezaan warna kulit yang ketara.
    Sejak melahirkan pasangan itu empat minggu lalu, Pamela sentiasa berdepan banyak soalan daripada orang ramai yang kehairanan.
    Candice Anne berkulit, berambut dan bermata hitam, manakala kembarnya - Aleisha Lily - berkulit putih.

    Mengenai perbezaan itu, Pamela berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah.


    “Sekurang-kurangnya saya tidak terkeliru antara Candice dan Aleisha,” katanya.

    Bagi Pamela, 30, perbezaan warna kulit itu juga menjadikan anaknya sangat istimewa.

    Walaupun Pamela dan suaminya, Oswald Frazer, 37, berkulit hitam, mereka dilahirkan dengan sejarah percampuran ras.

    Menurut Pamela, ibunya mempunyai darah Jamaica, Afrika dan Ireland, manakala bapanya berdarah campuran kulit putih dan Yahudi.

    Ibu Frazer pula berdarah campuran Ireland dan Jamaica, manakala bapanya keturunan Jamaica.

    Kata Pamela, perbezaan kulit bagi pasangan kembar memang sangat jarang walaupun ia sering berlaku di kalangan adik-beradik.

    “Kata doktor, kemungkinan itu adalah satu dalam sejuta,” katanya.

    Sementara itu, Frazer berkata, dia ‘jatuh cinta pandang pertama’ apabila melihat Candice dan Aleisha.

    “Mereka kelihatan agak sama pada permulaannya, tetapi kini anak kami sangat berbeza,” katanya.

    Selain Candice dan Aleisha, pasangan Pamela - Frazer juga mempunyai seorang anak lelaki Brandon, 6.

    Mereka menghabiskan masa beberapa minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke Hastings, Sussex Timur.

    Sejak itu, keunikan anak kembar mereka segera mencuri perhatian ramai.
    Pamela mempunyai saudara kembar bernama Jemma. - TS

    Tiga mati keracunan arak




             
    KAPAR: Tiga lelaki ditemui mati dipercayai akibat keracunan minuman keras yang mereka minum dalam kejadian di Rantau Panjang, di sini, awal pagi kelmarin.

    Sebelum ditemui mati, mangsa, M Yogarajah, 32, G Vijayakumar, 31, dan G Suman, 30, dikatakan sempat berbual-bual sambil menikmati minuman berkenaan di depan rumah Suman, kira-kira jam 10 malam.


    Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, akibat terlalu mabuk kerana mencampurkan tiga minuman keras, seorang daripada ahli keluarga mangsa terpaksa membawa mereka bertiga masuk ke dalam rumah kerana bimbang keadaan menjadi tidak terkawal.

    Menurutnya, kira-kira jam 6 pagi, adik mangsa cuba mengejutkan mereka bertiga, tetapi tidak mendapat sebarang tindak balas menyebabkan keluarga mangsa yang bimbang terus menghubungi ambulans.


    Katanya, semua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk rawatan kecemasan, tetapi gagal diselamatkan sebelum disahkan meninggal dunia.


    Difahamkan, seorang lagi rakan mangsa turut berada bersama mereka di tempat kejadian, namun sempat diselamatkan. “Tiada sebarang unsur jenayah yang menyebabkan kematian ketiga-tiga mangsa setakat ini,” katanya. Mohamad Shukor berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada HTAR dan setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Peragut 'baik hati' terperangkap



             
    GEORGETOWN: Selepas dimaklumkan hanya mempunyai RM40 dalam beg tangannya, seorang lelaki mengambil RM20 dan telefon bimbit sebelum menyerahkan semula beg tangan itu kepada mangsanya.

    Bagaimanapun, suspek yang cuba melarikan diri selepas merompak mangsa dalam kejadian di Jalan Perak, semalam, ditahan polis tidak lama kemudian.
    Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, 30-an, seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hospital swasta di Jalan Macalister, berjalan bersendirian ke tempat kerjanya sebelum dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal.

    Selepas merompak wang dan telefon bibit mangsa, suspek cuba melarikan diri dan secara kebetulan sebuah kereta peronda polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

    Meninggal terduduk dalam kereta



    Kota Bharu: Naib Ketua Pemuda UMNO Ketereh, Rosyuri Mat Rifin, 44, ditemui meninggal dunia di dalam kereta di Wakaf Siku, di sini, semalam.

    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata ketika ditemui orang ramai jam 7 pagi, mangsa berada dalam keadaan terduduk di tempat pemandu dan turut didapati ada kesan muntah. Katanya, Proton Wira berwarna merah yang dinaiki mangsa ditemui orang awam di tepi jalan di simpang empat di lorong belakang Courts Mammoth, di sini.
    Beliau berkata, kali terakhir mangsa dilihat orang ramai selepas menyaksikan perlawanan bola sepak, Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.

    "Mangsa yang dipercayai memandu secara berseorangan meninggal dunia selepas pulang menyaksikan perlawanan bola sepak berkenaan,” katanya.

    Allahyarham yang tinggal di Wakaf Che Yeh, di sini, meninggalkan seorang isteri, Maziranida Mat Zain, 40, dan enam anak.

    Sementara itu, Azham berkata isteri mangsa memberitahu kali terakhir melihatnya pada waktu Maghrib ketika memaklumkan kepadanya mengenai hasrat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
    Dalam pada itu, mangsa dipercayai menghidap penyakit kencing manis dan jantung.

    Sempat beri ceramah kepada perompak



    Pasir Puteh: “Saya sempat memberi ceramah agama kepada perompak meskipun ditendang berkali-kali di perut,” kata wanita warga emas menceritakan detik cemas kejadian rompakan di rumahnya di Kampung Kolam, di sini.

    Dalam kejadian itu, Huniazah Mohd Noor, 68, turut diikat tangan, kaki dan mulutnya disumbat dengan kain serta dibiar selama dua jam di belakang rumahnya. Katanya, sebelum kejadian, dia sedang membersihkan kawasan rumahnya sebelum ke bahagian belakang untuk mengambil cangkul. “Secara tiba-tiba seorang lelaki berumur dalam 20-an datang meminta air selepas kononnya kepenatan dikejar polis, sebelum mengikat saya.

    “Setelah diikat dan ditendang berkali-kali, perompak kemudian naik ke rumah serta melarikan sebuah kereta Wira dan beg tangan yang mengandungi dokumen pengenalan diri dan wang tunai berjumlah RM700,” katanya yang kerugian RM20,000 dalam kejadian, Rabu lalu itu.

    Huniazah berkata, dia cuba menyedarkan perompak itu dengan ceramah agama tapi tidak diendahkan, malah ditendang.

    "Setelah yakin perompak sudah tiada, saya mengensot perlahan-lahan ke kawasan depan rumah untuk minta tolong," katanya yang terpaksa menunggu dua jam sebelum diselamatkan suaminya, Yunus Abdul Rahman, 70, yang pulang dari kebun berhampiran rumah.
    Selain kereta dan beg tangan, katanya, perompak sempat merentap rantai leher dan seutas gelang yang dia pakai.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan, Mohd Kamal Zainal, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

    Katanya, kereta mangsa ditemui Khamis lalu di sebuah masjid di Kampung Serendah, Kadok dan kejadian masih dalam siasatan.

    Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta hadir ke Balai Polis Pasir Puteh untuk membantu siasatan.

    TV3, Nurul Syuhada mohon maaf




    BINTULU yang juga bandar keempat terbesar di Sarawak berkembang pesat hasil pembangunan sektor minyak dan gas.


    KUALA LUMPUR – Stesen televisyen TV3 dan pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, (gambar kecil) memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak yang dikatakan daif.
    TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan di sini semalam sementara Nurul Syuhada pula menulisnya dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan pelbagai pihak supaya berbuat demikian.
    “Sebagai seorang anak jati Malaysia, saya tidak pernah dan tidak akan kritik tanah air saya atau mana-mana wilayah negara ini dan kepada orang-orang yang tersinggung, saya minta maaf,” kata Nurul Syuhada dalam laman web sosial itu semalam.
    Beliau turut memetik kembali ulasan yang dibuatnya dalam program itu yang menimbulkan rasa kurang senang terutama masyarakat di Bintulu yang berbunyi:
    “Kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu (Bintulu) sendiri.”
    Selain memohon maaf, Nurul Syuhada yang dikecam dalam Facebook sempat mengingatkan kepada mana-mana pihak yang menyemai perasaan kebencian terhadapnya bahawa mereka akan diadili oleh Tuhan.
    Sementara itu, Unit Perhubungan Awam TV3 dalam kenyataannya mereka semalam menyatakan, isu itu timbul ekoran salah tafsir sesetengah pihak mengenai ulasan pengacara MHI itu.
    “Bagi pihak TV3, kami ingin menerangkan bahawa terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian oleh pengacara kami, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin ketika merujuk kepada pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lepas.
    “Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak. Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan bandar tersebut,” jelasnya.
    Sejurus selepas program tersebut, pelbagai pihak termasuk Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menggesa Nurul meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa lintas langsung itu.
    Naib Ketua Pemuda PBB, Pandi Suhaili dilaporkan berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar itu sebagai daif walhal ia antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menerusi hasil gas dan minyak.
    Bintulu bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini.

    Tiga pasukan khas siasat tiga insiden memalukan negara



    GAMBAR fail menunjukkan peserta Perhimpunan Janji Bersih menunjukkan bendera baharu untuk menggantikan Jalur Gemilang 30 Ogos lalu.


    KUALA LUMPUR - Polis telah menubuhkan tiga pasukan khas bagi menyiasat tiga insiden yang disifatkan mencemar imej negara sewaktu Perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka di sini pada malam ambang merdeka 30 Ogos lalu.
    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, insiden pertama melibatkan sekumpulan peserta perhimpunan yang bertindak mempamerkan bendera baharu untuk menggantikan Jalur Gemilang.
    "Insiden kedua dan ketiga pula melibatkan mereka (peserta perhimpunan) yang memijak serta menunjukkan punggung ke arah gambar pemimpin-pemimpin negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.
    Katanya, insiden memalukan itu mampu menimbulkan rasa benci sekali gus bertentangan dengan semangat kemerdekaan.
    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian pada malam 30 Ogos lalu di mana sekumpulan peserta Perhimpunan Janji Bersih bertindak memijak serta menunjukkan perlakuan lucah terhadap gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Temui ajal selepas tonton bola




    Pihak polis menjumpai kereta yang dinaiki oleh Rosyuri yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di dalam keretanya selepas menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan ATM di Kota Bharu semalam.


    KOTA BHARU – Tanda-tanya keluarga Naib Ketua Pemuda UMNO Ketereh, Rosyuri Mat Rifin mengenai lelaki itu yang tidak pulang-pulang selepas menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia terjawab apabila mangsa ditemui meninggal dunia di dalam keretanya.
    Rosyuri, 42, ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan muntah di tempat duduk pemandu dalam kereta jenis Proton Wira merah oleh orang awam pada pukul 7 pagi semalam.
    Perlawanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV itu berkesudahan Kelantan menang 4-3. Mangsa pergi bersendirian ke stadium itu.
    Ketua Polis Daerah Kota Bahru, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan sebelum menemui mayat mangsa di dalam kereta di tepi jalan di simpang empat lorong belakang Al-Quds Travel, Wakaf Siku.
    “Siasatan mendapati kali terakhir mangsa dilihat ketika menonton perlawanan bola sepak tersebut. Kita turut menemui kesan muntah berdekatan mayat Allahyarham.
    “Bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan mangsa juga mempunyai rekod menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung,” katanya ketika dihubungi.
    Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
    Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Maziranida Mat Zain, 39, dan enam orang anak. Maziranida memberitahu, kali terakhir dia melihat suaminya adalah pada waktu Maghrib dan lelaki itu mengatakan mahu menonton perlawanan tersebut.

    Cara keji sambut Hari Merdeka



    PEMANDANGAN Teluk Juara, Pulau Tioman yang menjadi tempat sekumpulan 28 individu mengadakan pesta liar sambil khayal dadah 31 Ogos lalu.


    KUANTAN - Sekumpulan 28 individu dari ibu negara menyambut perayaan ambang Merdeka dengan cara keji apabila masing-masing melakukan tarian ghairah sambil berpesta dadah dalam satu parti liar di tepi pantai Teluk Juara di Pulau Tioman, Jumaat lalu.
    Perbuatan memalukan ketika rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 dengan semangat patriotik itu dapat dihidu pihak berkuasa sebelum mereka melakukan serbuan tepat pukul 12 tengah malam 31 Ogos lalu.
    Mereka yang datang secara berpasangan dan berasingan berusia 22 hingga 45 tahun tersebut langsung tidak menyedari kehadiran pihak polis kerana sedang khayal dadah selain mabuk.
    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Superintendan Yap Toon Khuan (gambar kecil) berkata, pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati, empat lelaki memiliki pil khayal serta serbuk dipercayai dadah.
    "Sebaik mendapat maklumat awam, sepasukan polis dikerah ke pulau berkenaan untuk memantau. Selepas memastikan mereka berkelakuan seperti yang didakwa, kita telah membuat serbuan dalam keadaan peserta parti itu tidak menyedarinya kerana khayal dadah.

    Anggota polis ditahan khayal dadah




    DI kawasan inilah seorang anggota polis bersama 46 pengunjung sebuah pusat hiburan ditahan dalam operasi di Jalan Ipoh, semalam.


    KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis seolah-olah tidak serik mengambil dadah walaupun pernah ditahan atas kesalahan sama apabila dia sekali lagi dicekup ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, Batu 4 1/2, Sentul di sini semalam.
    Anggota polis berusia 30 tahun yang pernah digantung tugas selepas didapati positif dadah tersebut ditahan bersama 46 individu lain yang turut berada di premis berkenaan pada pukul 2.30 pagi.
    Difahamkan, ketika serbuan, lelaki berkenaan sedang berhibur bersama tiga rakan lelaki dan seorang wanita di dalam sebuah bilik di premis itu.
    Sumber memberitahu, anggota polis berkenaan yang telah lapan tahun berkhidmat di Bahagian Narkotik Bukit Aman didapati positif syabu selepas menjalani ujian air kencing.
    “Anggota polis tersebut yang masih bujang sebelum ini pernah digantung kerja kerana positif dadah pada hujung 2011,” katanya.
    Tambahnya, dalam serbuan itu, polis memeriksa 64 pengunjung dan 47 daripadanya ditahan selepas didapati positif pelbagai jenis dadah.

    Dua kereta paparazi kejar Bieber berlanggar



    LOS ANGELES - Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber tidak terlibat dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kereta paparazi pada Jumaat lalu, lapor akhbar Toronto Sun kelmarin.
    Ketika kejadian, Bieber, 18, memandu kereta sport Fisker Karma hibrid miliknya di Ventura Boulevard di sini.
    Dia pada mulanya ditahan seorang anggota peronda lebuh raya California selepas terdapat sebuah kereta mengekori kenderaannya dari jarak dekat.
    Bieber kemudian memberitahu anggota peronda tersebut bahawa kereta yang mengekorinya itu membawa pengawal keselamatannya.
    Portal hiburan TMZ.com melaporkan, dua paparazi kemudian bergegas ke tempat Bieber ditahan bagi merakamkan gambarnya.
    Bagaimanapun, kereta yang dinaiki kedua-dua paparazi tersebut hilang kawalan menyebabkan berlaku perlanggaran.
    Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut. - Agensi