Search This Blog

Wednesday, August 29, 2012

Pekerja bengkel dikurung 17 jam

NUR FARHANA ABDUL MANAN
29 Ogos 2012
SUBANG JAYA – Malang bagi seorang pekerja sebuah kedai aksesori kereta apabila dia dikurung selama 17 jam selepas dilarikan seorang lelaki yang berpura-pura meminta bantuan membaiki kereta yang didakwa rosak di rumahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi  itu, suspek dikatakan datang ke bengkel tempat mangsa bekerja dan memaklumkan enjin keretanya gagal dihidupkan.

Suspek kemudian dikatakan meminta bantuan pengusaha bengkel meminjamkan seorang pekerjanya untuk melihat kerosakan dialami dan membawa kereta itu ke bengkel.

Sumber berkata, tanpa mencurigai lakonan suspek, seorang pekerja bengkel berusia 19 tahun kemudian dibenarkan mengikutnya dengan menaiki kenderaan dibawa lelaki terbabit.

Menurutnya, mangsa tidak pulang ke bengkel seperti biasa dan pada mulanya ia tidak dicurigai majikan kerana menyangka dia mempunyai hal lain dan terus pulang ke rumah.

Katanya, beberapa jam selepas itu majikan mangsa menerima panggilan daripada nombor telefon bimbit mangsa namun suara lain kedengaran dan meminta sejumlah wang dimasukkan ke dalam sebuah akaun.

Suspek mengugut sekiranya tuntutannya tidak dipenuhi dalam tempoh sejam, lelaki itu akan membunuh pekerja bengkel terbabit.

“Bimbang pekerjanya dicederakan, majikan mangsa terus mendeposit jumlah wang diminta. Setelah diselidiki suspek dikatakan mengarahkan majikan terbabit memasukkan duit ke dalam akaun milik mangsa dan mengeluarkan wang itu dipercayai menggunakan akaun sama.

“Selepas ‘urusan’ majikan dan suspek selesai mangsa dikatakan menghubungi majikannya dan memberitahu dia dibebaskan di Selayang kira-kira jam 2.30 pagi hari berikutnya,” katanya.

Katanya lagi, majikan mangsa kemudian ke tempat dinyatakan dan mendapati mangsa dilepaskan namun gagal mengesan suspek.

Petani rugi padi diserang kutu beruang

29 Ogos 2012
PASIR PUTEH- Empat puluh dua petani mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM200,000 apabila 60 hektar tanaman padi yang mereka usahakan di Kampung Gong Kulim di sini, musnah diserang serangga kutu beruang.
  
Ketua petani kampung berkenaan, Yusuf Hamat, 50, berkata serangga itu mulai menyerang ketika pokok padi berumur tiga minggu selepas ditabur benih pada April lepas.
  
"Pokok padi yang diserang itu menjadi kering dan hangus akibat kepanasan dan terus musnah...jika tidak rosak kami sudah merasai hasilnya sekarang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan tanaman padi itu, hari ini.
  
Beliau berharap kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan dapat membantu  untuk membolehkan mereka mengerjakan tanaman padi pada musim baru yang akan bermula bulan depan.
  
Setiausaha projek berkenaan, Abdul Rahman Awang Noh, 45, berkata petani telah berusaha untuk menyelamatkan tanaman mereka daripada serangan serangga itu dengan menyembur racun tetapi tidak berhasil.
  
Sementara itu, Timbalan Pengarah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Kemasin Semerak, Mustapa Hamzah ketika dihubungi di sini berkata pihaknya akan membuat siasatan untuk mengetahui jumlah kerosakan sebenar.
  
Laporan siasatan itu akan dihantar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tindakan lanjut, katanya. -Bernama

Ragut: Wanita ditetak hampir putus tangan

HAZELEN LIANA KAMARUDIN
29 Ogos 2012
Ragut: Wanita ditetak hampir putus tanga
Orang ramai membantu mangsa yang cedera ditetak peragut di Kota Bharu, Kelantan hari ini.
KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab di sini, hari ini.

Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rohaini Abdullah, 36, sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan pusat jualan berkenaan untuk ke tempat letak keretanya, yang tidak jauh dari situ.

Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang dari peragut tersebut bertindak menetak mangsa menggunakan objek tajam.

Difahamkan mangsa yang berasal dari Kampung Pintu Geng di sini baru sahaja menamatkan kerja shif siang sebelum kembali semula untuk shif malam.

Ibu kepada dua cahaya mata  yang pengsan selepas kejadian  itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan.

Saksi kejadian, Hidayah Daud, 21, berkata kejadian itu berlaku di hadapan pusat jualan tudung berkenaan yang merupakan tempat dia bekerja.

“Ketika kejadian saya lihat peragut berkenaan menarik beg tangan mangsa namun tidak berhasil apabila mangsa berjaya menariknya.
“Selepas itu mangsa mula menjerit meminta tolong dan pergelutan di antara mereka kemudian terus berlarutan sehingga ke tepi jalan,” katanya.

 Hidayah berkata, menyedari mangsa masih tidak melepaskan beg tangannya, peragut berkenaan seterusnya bertindak ganas dengan menetak pergelangan tangan kiri mangsa.

 “Mangsa ditetak lebih tujuh kali sehingga terjatuh dan masa itu darah telah berlumuran pada tangan mangsa. Selepas itu peragut tersebut telah bertindak melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang seorang lagi rakanya yang sudah menunggu apabila menyedari kehadiran orang ramai di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, peragut tidak sempat melarikan barangan berharga daripada mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius iaitu luka sedalam 38 sentimeter dan putus urat pergelangan tangan kiri.

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta meminta orang ramai tampil membantu siasatan.

3,000 dipindah kerana bom Perang Dunia Ke-2

WARSAW 29 Ogos - Kira-kira 3,000 orang daripada beberapa bangunan dipindahkan buat sementara waktu selepas sekumpulan pekerja binaan landasan tren metro menemui sebutir bom dipercayai dari era Perang Dunia Kedua, di sini semalam.

Polis mengubungi pasukan tentera bagi mengalihkan bom seberat 1.5 tan itu dan menutup kawasan terbabit.

Penemuan tersebut menjadikan tiga bom telah ditemui setakat ini ketika kerja-kerja pembinaan landasan giat dijalankan. - dpa

Sumbang mahram babit pemimpin politik: Polis tunggu keputusan DNA

KUANTAN: Polis sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sumbang mahram membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dan anak lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T Narenasegaran berkata, sampel darah kedua-dua beranak itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti.
"Hasil ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang pemimpin parti pembangkang dan anak lelakinya berusia 14 tahun bagi membantu siasatan satu kes sumbang mahram.

Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lalu, namun dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Tangkapan itu selepas anak perempuannya berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di ibu negara. Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di rumah perlindungan.

Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah bertanding pada pilihan raya umum lalu sebagai calon parti pembangkang. - Bernama

Penyelenggara kilang ditahan curi mangkuk, sudu emas perhiasan majikan

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang penyelenggara kilang biskut selepas dipercayai mencuri beberapa barangan perhiasan milik majikannya termasuk mangkuk, sudu emas dan chopstik bernilai RM40,000 di kilang berkenaan, di Taman Desa Cemerlang, di sini. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata lelaki berumur 35 tahun itu ditahan di kilang itu pada 6 petang, Rabu lepas, selepas polis menerima laporan kehilangan barangan berkenaan daripada majikan terbabit, yang seorang berpangkat Datuk, pada 17 Ogos lepas. "Ekoran penahanan lelaki itu, polis kemudian menahan dua lagi lelaki berumur 28 dan 30 tahun pada Sabtu lepas yang merupakan pembeli mangkuk dan sudu emas terbabit. Seorang daripada mereka ditahan di sebuah kedai emas di Pekan Ulu Tiram manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah di Kota Tinggi," katanya, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK), di sini hari ini. Mohd Mokhtar berkata polis merampas mangkuk dan sudu emas yang dibeli dari Hong Kong sejak 12 tahun itu berserta tiga keping resit jual belinya selain menemui semula sebatang pen jenama Parker dan satu beg duit milik majikan berkenaan yang dipercayai turut dicuri sebelum itu. Beliau berkata penyelenggara kilang terbabit sudah bekerja di kilang berkenaan sejak dua tahun lepas dan siasatan mempercayai chopstik emas berkenaan telah dileburkan. Katanya kesemua yang ditahan itu tidak mempunyai rekod jenayah dan mereka kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata polis menahan 10 lelaki dan seorang wanita yang dipercayai saki baki anggota 'geng tikus' selepas mereka merompak sebuah rumah milik seorang wanita warga emas di Taman Pelangi, di sini 16 Ogos lepas. Beliau berkata kesemua mereka ditahan pada 4.30 petang di Taman Seri Alam, Masai, selepas polis menerima maklumat kejadian daripada mangsa berumur 80 tahun itu pada 10.15 pagi, pada hari yang sama. "Polis menemui satu parang panjang, satu pistol mainan, kereta mangsa yang telah dilarikan, wang tunai RM1,397, mata wang Singapura 662 dolar, lima komputer, empat komputer riba, lima telefon bimbit, dua jam tangan, 14 beg sandang dan beg duit serta pelbagai alatan pecah rumah dan kereta dari kesemua mereka," katanya. Katanya empat daripada mereka mempunyai rekod lampau termasuk curi dan menceroboh rumah. Kesemua lelaki dan wanita yang berumur 25 hingga 35 tahun itu kini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak, katanya. - Bernama

Ribut rosakkan kedai di R&R Bukit Besi

DUNGUN: Fenomena pusaran angin kencang selama lima minit menyebabkan lima kedai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi di sini, rosak teruk dalam satu kejadian petang semalam.

Pusaran angin yang berlaku pada pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan beberapa batang pokok besar yang menjadi tempat kegemaran pengguna jalan raya berteduh, tumbang.
Menurut seorang peniaga kedai runcit, Zainun Awang, 50, angin kencang itu menerbangkan khemah serta kerusi dan meja milik beberapa peniaga makanan di R&R berkenaan.

"Kejadian itu amat pantas disusuli hujan lebat dan mak cik ketika itu sempat melaungkan azan selepas takut menghubungi suami di rumah kerana bimbang menggunakan telefon bimbit akan disambar petir," katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana ketika kejadian tidak ramai pengunjung ada di R&R terbabit.

"Ini kejadian ribut kuat pertama yang pernah saya saksikan, malah ribut kuat yang berlaku pada 1995 pun tidak sekuat ini," katanya yang tinggal di Kampung Bukit Besi sejak kecil.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati kesan ribut itu telah dibersihkan dan peniaga berniaga seperti biasa. - Bernama

41 terselamat bot karam di Laut Andaman

BANGKOK: Sebuah bot laju membawa puluhan pelancong asing dekat pulau peranginan popular Thailand, Koh Phi Phi karam dalam laut bergelora, kata polis dan saksi. Bagaimanapun, semua 41 penumpang selamat.

Bot itu membawa 37 pelancong Asia dan Eropah serta empat kru warga tempatan ketika ia tenggelam semalam di Laut Andaman, kata polis marin, Leftenan Kolonel Panya Chaichana. Bot itu menuju ke Phuket, satu lagi destinasi pelancong yang popular. Kapal tentera laut, bot perikanan dan kapal lain yang berhampiran bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan semua penumpang. William Ihaka, 43, dari New Zealand antara mereka yang terselamat memberitahu media, pengalaman itu amat menakutkan.

“Laut sangat bergelora...air melimpah masuk ke depan bot dan terdapat banyak air di bahagian depan hingga bot itu mula dipenuhi air,” katanya. - Bangkok Post

Rumah Imuda kena ceroboh

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
         
AMPANG: “Perompak itu sempat menjamah biskut raya dan minum air sirap dalam peti ais seolah-olah beraya dalam rumah kami pula.

“Malah, mereka sempat meletakkan tiga gelas air itu dalam sinki. Mereka lakukan itu kerana tahu kami tiada di rumah,” kata pelawak, Imuda atau nama sebenar, Abdul Rahim Muda, 52.

Beliau yang juga penyanyi, pelukis serta pelakon popular menerusi sitkom komedi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, mendakwa mengalami kerugian hampir RM7,000 selepas barang berharga miliknya dilarikan kumpulan yang memecah masuk rumahnya di Jalan Mamanda 12, di sini.

Difahamkan, Imuda sekeluarga pulang beraya ke Pulau Pinang sejak 17 Ogos lalu bagi menyambut Aidilfitri sebelum pulang semula ke rumahnya, kelmarin.

“Saya tiba di rumah pada jam 3 petang semalam (kelmarin) dan langsung tidak menyedari rumah sudah dipecah masuk kerana tiada kesan umpil pada pintu. “Bagaimanapun, sebaik naik ke tingkat atas, saya terkejut melihat lima bilik berselerak. Malah, jeriji tingkap juga terbuka dengan kesan umpil,” katanya.

Selepas memeriksa, katanya, barang berharga seperti komputer riba, dua telefon bimbit dan empat jam tangan berjenama hilang.

“Saya tidak tahu bila rumah saya dipecah masuk kerana lebih 10 hari meninggalkan rumah. Malah, jiran juga tidak menyedari kejadian itu,” katanya. Menurutnya, kejadian itu kali pertama berlaku selepas setahun berpindah di situ bersama isteri, Zabarina Haja Mushadi Ali, 30, dan tiga anaknya Raihana, 17, Mohd Redza, 11, dan Muhammad Rayyan Ziqri, 17 bulan.

Menurutnya, beberapa bulan lalu, isterinya hampir diragut, namun kejadian disedari jirannya yang menjerit menyebabkan suspek bertindak melarikan diri.

“Saya difahamkan, beberapa jiran lain juga pernah mengalami kejadian sama apabila rumah dipecah masuk dan menjadi mangsa ragut. “Saya bimbang keselamatan keluarga dan berharap polis mempertingkatkan rondaan di sini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan kejadian

3 beradik didakwa sebabkan kematian pengawal keselamatan

29 Ogos 2012
KLANG- Tiga beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menyebabkan kematian seorang pengawal keselamatan sekolah, dua minggu lepas.
  
Fadli Mohd Razali, 35, Fadziran, 32, dan Suhardi, 18, dari Kampung Perepat, Kapar, di sini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Sharidah Awang.
  
Mereka didakwa bersama-sama menyebabkan kematian Onn Ismail, 30, di hadapan rumah No: 43, Jalan 5, Taman Permai, Simpang Tiga, Jeram, Kuala Selangor, antara pukul 11.40 malam pada 14 Ogos hingga 12.20 pagi.
  
Tiga beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
  
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azilah Mat mencadangkan agar ketiga-tiga tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM20,000 setiap seorang atas alasan pertuduhan yang mereka hadapi serius.

Peguam Ahmad Jufliz Faiza, yang mewakili tiga beradik terbabit, bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan Fadziran dan Fadli mempunyai anak-anak yang masih kecil sementara Suhardi merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
    
Beliau juga berkata tiga beradik berkenaan berasal dari keluarga yang susah dan keluarga mereka hanya membawa RM10,000 ke mahkamah.
    
Hakim Nor Sharidah kemudian menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 4 Okt ini untuk sebutan semula kes. -Bernama

Cermin bas dibaling batu

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Ogos 2012
Cermin bas dibaling batu
Ismail menunjukkan cermin bas yang retak akibat tindakan nakal sekumpulan remaja.
SUNGAI PETANI – Seorang pemandu bas yang sedang membawa penumpang dari Rumah Anak-Anak Yatim Budi, Yan terpaksa berdepan detik mencemaskan apabila cermin bas yang sedang dipandu meletup akibat tindakan nakal sekumpulan remaja yang membaling batu ke arahnya.

Mangsa, Ismail Yusof, 55, berkata, dia bersama 40 penumpang lain nyaris kemalangan ketika sedang dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke Yan kerana menghadiri satu majlis dua minggu lalu.

Akibat itu, dia terpaksa menyediakan kira-kira RM2,000 bagi membaiki kerosakan akibat tindakan pihak berkenaan yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, apabila sampai dekat Kampung Singkir Laut kira-kira jam 11 malam, dia ternampak sekumpulan remaja tidur di atas jalan dekat masjid.

“Apabila kami sampai dekat dengan masjid, guru dan waris yang turut bersama di dalam bas memberitahu saya, nampak seperti bayang-bayang remaja sedang tidur atas jalan raya.

“Sebaik bas mendekati mereka, baru kesemuanya lari lintang pukang mengelakkan diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, keadaan itu membahayakan diri mereka termasuk penumpang jalan raya lain memandangkan keadaan jalan yang agak sunyi.

Katanya, bagaimanapun, dia tetap meneruskan perjalanan untuk menghantar penghuni Rumah Budi Yan memandangkan hampir lewat malam namun dikejutkan satu lagi insiden.

“Sebaik sampai di Kedai Rakyat 1 Malaysia dekat Ruat, Yan, saya ternampak sekumpulan remaja lain sedang berkumpul di tepi jalan.

“Apabila kami semakin hampir, seorang daripadanya tunduk untuk mengambil sesuatu dan terus baling ke arah bas yang sedang bergerak," katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan penumpang yang kebanyakan berusia belasan tahun yang takut terus menjerit dan terkejut dengan bunyi letupan cermin yang kuat sehingga membuatkannya terus memberhentikan bas yang dipandu.

“Saya cuba mengejar sejauh 50 meter namun mereka lebih pantas menyembunyikan diri dengan masuk ke kawasan rumah kampung,” katanya.

Akibat kejadian, Ismail dan dua penumpang di hadapan terkena tempias serpihan kaca yang pecah namun mujur tiada sebarang kecederaan serius.

Katanya, disebabkan kejadian, dia terus membawa sebuah basikal milik remaja terbabit ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, kejadian sama turut dirasai pemandu teksi yang juga rakan mangsa di mana pernah diceritakan perkara sama apabila melalui Jalan Ruat-Yan yang dikatakan agak berbahaya.

Ismail berharap pihak berkuasa atau mana-mana pihak berkaitan boleh melakukan tindakan tegas supaya perkara sama tidak berulang.

“Saya juga menasihati orang ramai berwaspada apabila melalui jalan sama terutama pada waktu malam kerana ia boleh membahayakan nyawa pengguna,” katanya.

Dadah dalam pembesar suara

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Ogos 2012
Dadah dalam pembesar suara
Penyiasat Bahagian Narkotik Daerah Baling, Inspektor Mohamad Helmi Abdul Hamid melihat dadah yang berjaya ditemui.
BALING - Dua lelaki berusia lingkungan 20-an berjaya ditahan polis cawangan narkotik dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) kerana dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah.

Remaja yang beralamat di Ipoh dan Bukit Mertajam itu ditahan di Jalan Baru Kupang-Gerik berdekatan kawasan Charuk Landak kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.

Hasil pemeriksaan, polis berjaya menjumpai 120 peket lut sinar seberat 412 gram dipercayai dadah jenis heroin disorokkan di dalam sarung kaki suspek dan juga di bahagian kotak pembesar suara kereta yang dinaiki mereka.

Hasil risikan, polis berjaya mengesan pergerakan remaja berkenaan yang dipercayai giat menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Rahim Abdullah berkata, remaja terbabit cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan anggota yang terlibat.

“Namun, tiada sebarang pergelutan yang berlaku antara remaja berkenaan dan anggota polis,” katanya.

Dadah bernilai kira-kira RM10,000 itu dipercayai dibawa dari Pulau Pinang seterusnya akan diserahkan kepada pembeli sekitar daerah ini di kawasan tertentu.

Menurutnya, polis sentiasa melakukan risikan bagi mematahkan setiap cubaan pengedaran dadah yang berlaku di sekitar daerah ini.

“Namun begitu, masyarakat juga dialu-alukan memberikan maklumat sekiranya mengetahui kegiatan menjual dan membeli dadah di daerah ini.

“Segala maklumat pengadu akan dirahsiakan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Kedua-dua remaja terabit direman selama 14 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Bayi derita dakwa klinik cuai beri suntikan

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Ogos 2012
Bayi derita dakwa klinik cuai beri suntikan
Nazirah bersama Nor Affendi dan Hayyzi Zykril yang didakwa menjadi mangsa kecuaian pihak klinik.
MALAU - Seorang ibu mendakwa sebuah klinik desa perlu bertanggungjawab di atas kecuaian memberikan suntikan imunisasi sehingga menyebabkan anaknya, Muhammad Hayyzi Zykril Al-Muiz yang berusia empat bulan terpaksa menjalani pembedahan akibat terkena jangkitan kuman di Desa Keda Malau, Jitra, semalam.

Nazirah Ghazali, 25, berkata, bimbang dengan keadaan paha kiri anaknya yang bengkak selepas menerima suntikan ketika berusia sebulan mendorongnya untuk bertanyakan mengenai hal terbabit kepada klinik terbabit.

Menurutnya, selama tiga bulan dia bertanyakan mengenai hal berkenaan namun pihak terbabit hanya membuat andaian bahawa bengkak yang dialami adalah normal.

“Pihak terbabit kemudiannya memberitahu supaya anak saya dibawa ke klinik kesihatan berdekatan namun alasan yang sama turut diberikan oleh mereka mengatakan keadaan anak saya masih trauma kerana sakit.

“Khuatir dengan ketulan paha kiri anak, saya memaklumkan kepada pihak terlibat supaya surat dikeluarkan untuk membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi mengenal pasti kesakitan yang dialami,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, doktor pakar di HSB mengesahkan bahawa ada ketulan yang berukuran empat sentimeter di paha kiri anaknya adalah disebabkan jangkitan kuman.

“Pembedahan terpaksa dilakukan segera pada 15 Ogos lalu untuk membuang ketulan terbabit sebelum ia merebak teruk,” katanya.

Suaminya, Nor Affendi Mohd Zaman, 24, berkata, pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan anaknya yang tertunggak sebanyak RM1,430.

Menurutnya, dia terpaksa menamatkan perkhidmatannya untuk memastikan anaknya mendapat rawatan susulan setiap hari.

“Saya mohon pihak terlibat bertanggungjawab di atas pembedahan berkenaan dan saya tidak ada tempat bergantung lagi bagi menguruskan kos pembedahan serta ulang alik ke hospital bagi menjalani rawatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, aduan sudah dimaklumkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri supaya siasatan lanjut dapat dijalankan berkaitan kes berkenaan.

Menurutnya, ibu bapa bayi akan dipanggil semula semasa siasatan dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang berlaku.

“Aduan sudah disalurkan kepada pihak terlibat dan sebarang keputusan akan dibuat selepas siasatan dijalankan,” katanya.

Jeritan mak selamatkan nyawa 3 beranak

RUBIAH OMAR
29 Ogos 2012
rumah terbakar
Beginilah keadaan rumah pusaka milik keluarga Nik Natrah yang hangus sama sekali dalam satu kebakaran di Kampung Tanjung Paya.Gambar kecil dari kiri: Zakiah, Nik Natrah.
KUALA TERENGGANU - “Nasib saya tersedar daripada tidur dan terdengar bunyi bising suara kakak dengan mak meminta tolong, jika tidak mungkin kami tiga beranak rentung dalam kebakaran itu.”

Demikian luah Nik Natrah Nik Embong, 25, ibu kepada pasangan kembar yang nyaris rentung dalam kebakaran di kediaman ibunya di Kampung Tanjung Paya, di sini, awal pagi semalam.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Nik Natrah berkata, semasa kejadian iaitu kira-kira jam 3 pagi, ibunya, Halipah Che Muhammad, 55, tidur di ruang tamu bersama kakak sulung dan adik bongsunya serta lima saudara mara lain yang balik sempena hari raya manakala
dia bersama anak kembarnya tidur di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.

“Saya hanya tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi suara kakak dengan mak menjerit ‘api! api’ dan panik dengan situasi itu, saya terus mendukung kedua-dua anak kembar yang tidur bersama keluar dari rumah.

“Jika kami lambat beberapa saat sahaja, mungkin kami sudah rentung kerana sejurus kaki saya melangkah ke tangga rumah terakhir, bunyi satu letupan amat kuat disusuri api yang marak membakar keseluruhan rumah ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurut Nik Natrah, disebabkan terlalu panik, ibu dan kakaknya mengakui tidak sempat untuk mengejutkan dia anak-beranak yang tidur di dalam bilik kerana masing-masing sibuk menyelamatkan diri memandangkan api merebak begitu pantas.

“Nasib anak sulung saya yang berusia tujuh tahun bersama ayahnya di Setiu ketika kejadian kerana sekiranya dia ada bersama, saya tidak dapat bayangkan bagaimana hendak menyelamatkan nyawa mereka bertiga dalam masa yang sangat singkat.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami sekeluarga selamat walaupun terpaksa tinggal sehelai sepinggang dan kehilangan tempat tinggal yang menjadi tempat kami berteduh selama ini,” katanya.

Ibu muda kepada tiga anak ini berkata, dia simpati kepada nasib ibunya yang juga ibu tunggal itu kerana hasratnya untuk menyelamatkan wang simpanan yang disimpan khas untuk kegunaan adik bongsunya menyambung pelajaran selepas hari raya nanti tidak kesampaian.

“Mak cuba masuk kali kedua bagi menyelamatkan wang tunai yang disimpan kira-kira RM800 untuk kegunaan adik bongsu, Mohd Syawal Ibrahim, 18, yang akan sambung belajar selepas hari raya ini, namun gagal kerana api merebak begitu pantas,” katanya.

Sementara itu, menurut saksi kejadian, Zakiah Mamat, 52, sebelum kejadian, dia ada terdengar bunyi letupan dan menyangka hanya bunyi mercun atau bunga api yang sering dimainkan oleh kanak-kanak sempena hari raya ini.

“Bagaimanapun, setelah melihat jam, saya rasa tidak sedap hati kerana pada awal-awal pagi sebegini, tidak logik masih ada kanak-kanak bermain mercun atau bunga api, jadi, tanpa berlengah saya terus meninjau di luar rumah.

“Saya begitu terkejut setelah mendapati bunyi letupan itu dari arah rumah jiran saya yang terletak hanya beberapa meter dari rumah dan ketika itu, api sedang marak,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Abdullah Zawawi Mohamed, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.25 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihaknya dapati rumah jenis sementara anggaran keluasan 12 x 12 meter telah terbakar dan dengan kekuatan seramai 19 anggota dari Balai Bomba Jalan Kota dan bantuan daripada Balai Bomba Kuala Terengganu, api dapat dikawal sepenuhnya dalam beberapa minit.

“Bagaimanapun, kediaman berkenaan tidak dapat diselamatkan dan musnah seratus peratus, namun punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Hina Islam dalam twitter

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Ogos 2012
hina islam
Azmi menunjukkan salinan laporan polis dan penghinaan Islam di laman web di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang.
TANJONG KARANG - Penghinaan agama Islam di laman web sosial dilihat semakin berleluasa sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam berikutan tiada garis panduan berkaitan isu yang menyentuh sensitiviti keagamaan diambil pihak berkaitan.

Seorang penduduk, Azmi Daud, 46, berkata, pihaknya terpanggil untuk membuat laporan polis berhubung penghinaan seorang individu di Twitter yang melampau apabila kata kesat itu terhadap ALLAH SWT, Rasul dan Nabi ketika melayari laman sosial di rumahnya.

Menurutnya, dia berasa terhina membaca kata-kata dilemparkan individu tidak bertanggungjawab itu dan jika tidak dibendung akan membawa ketegangan sekali gus mampu memperdayakan akidah serta pemikiran anak muda zaman kini.

“Semua agensi berkaitan diminta mengambil tindakan tegas terhadap penulis terbabit yang menghina Islam agar ia tidak terus-menerus berulang di masa depan dan sepatutnya tidak mengambil sikap berdiam diri terhadap sebarang isu yang berkaitan dengan akidah umat Islam.

“Penulis terbabit sepatutnya diambil tindakan dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang.

Azmi yang kurang upaya berkata, sedangkan dalam keadaannya itu, dia bersusah payah mahu membela nasib umat Islam tercalar kerana penghinaan itu, kenapa insan lain tidak mengambil inisiatif sama membendung perkara tersebut.

“Saya sedih perkara ini masih berlaku dan isu sama turut diajukan kepada pemimpin setempat dan mahu mereka campur tangan demi menjaga kesucian agama Islam selain mengetepikan perbezaan fahaman politik demi perpaduan umat Islam negara ini.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang didapati sengaja menyentuh sensitiviti agama di negara ini kerana jika dibiarkan akan menggugat perpaduan kaum di negara ini,” katanya yang turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.

Anak rayu ayah pulang

WARTAWAN SINAR HARIAN 29 Ogos 2012 BOTA - Rutin seorang warga emas yang gemar mencari barang lusuh menjadi titik hitam bagi anak-anaknya apabila lelaki itu tidak pulang ke rumah sejak 12 Ogos lalu. Abdul Shukor Pandak Abd Aziz, 68, yang dikhuatiri hilang dirayu pulang dan ahli keluarganya meminta jasa baik orang ramai segera menghubungi jika mengetahui atau terlihat bapa mereka. Salah seroang anaknya, Hamidah, 39, berkata, sudah menjadi rutin ayahnya keluar berbasikal di sekitar Pekan Bota dan Parit untuk mencari barang lusuh seperti botol dan surat khabar untuk dijual. “Dia memang suka mencari barang lusuh walaupun kami adik-beradik melarang. "Ditambah pula, sejak akhir-akhir ini ingatan ayah semakin terbatas dan dia juga sering diserang sakit tua,” katanya yang tinggal di Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan. Kata Hamidah, pada hari kejadian, ayahnya keluar pada jam 8 pagi dan hanya disedari adiknya Mohd Asni, 34. "Ketika itu, saya sedang bekerja dan tidak menyangka tindakan ayah keluar pada hari itu menyebabkan kami adik-beradik tidak bertemunya. “Kami mengesyaki ayah tersesat memandangkan dia sukar mengingati jalan pulang ke rumah. "Ayah hanya membawa kad pengenalan dan memakai kain pelikat serta kemeja lengan panjang,” katanya. Sementara itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bota setelah Abdul Shukor masih belum pulang pada keesokan harinya. “Kami amat berharap ayah dapat ditemui segera kerana kami khuatir tentang keselamatannya, keadaan kesihatannya tidak memuaskan. “Orang ramai yang pernah melihat atau menjumpai ayah saya diminta menghubungi kami segera,” katanya. Hamidah boleh dihubungi menerusi talian 014-7541470 ataupun mereka yang menjumpai Abdul Shukor boleh menghubungi Balai Polis Bota di talian 05-3761222. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman mengesahkan menerima laporan berkenaan kehilangan warga emas itu. Dalam pada itu, kes kehilangan yang pernah dilaporkan Sinar Harian pada 12 November 2010 lalu dapat diselesaikan apabila pengadu, Azizah Kulop, 72, telah berjumpa kembali cucunya, Muhammad Nor Rashid Abdul, 24. "Pengadu dan cucunya telah bertemu semula dan satu laporan dibuat pada 17 Ogos lalu, dipercayai cucu Azizah bekerja di Johor sewaktu dia dilaporkan hilang," katanya.

Penjaja maut dikerat leher dalam kereta api

NEW DELHI: Polis India memburu sekumpulan empat pemuda bersenjata pisau yang mengerat leher seorang lelaki di sebuah kereta api di timur negara itu, semalam.

Khokon Ghosh, 37, seorang penjual gula-gula, diserang tengah hari semalam berhampiran stesen Bazarshau, kira-kira 190 kilometer di utara Kolkata. Pegawai polis tempatan, Superintendan Humayun Kabir, berkata empat lelaki terbabit menyerang mangsa di depan orang ramai yang ada dalam kereta api berkenaan. Kata Humayun, penyerang Khokon melarikan diri apabila pemandu kereta api berkenaan menghentikan kenderaan selepas terdengar jeritan penumpang. “Siasatan awal mendapati, Khokon dibunuh kerana pertikaian setempat di kampungnya,” katanya. - AFP

Tinggalkan tiga anak sendirian

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
         
JOHOR BAHRU: “Dalam keghairahan menyelamatkan Zana (Siti Norzana, 12), saya terpaksa meninggalkan tiga anak bersendirian di rumah dan syukurlah, berkat doa dan semangat sepanjang perjalanan ke Lampung, Indonesia, Allah permudahkan segala-galanya apabila saya menerima panggilan telefon memaklumkan Zana kini berada dalam jagaan polis republik itu.

“Walaupun sebelum ini saya nekad menyelamatkan Zana secara bersendirian di Lampung, jauh di sudut hati saya bimbangkan keselamatan dan nasib tiga anak sekiranya kejadian tidak diingini berlaku ke atas saya atau mereka di rumah,” kata Nordi yang meninggalkan tiga anaknya sendirian di rumah di flat Kempas Lama di sini, sejak Khamis lalu.
Nordi berkata, ketika meninggalkan rumah, dia tidak memberitahu hasratnya ke Lampung kepada Nurul Safiza, 11, Muhammad Nurhan, 9 dan Nur Masyita Amiera, 8, dan hanya meninggalkan RM50 kepada mereka kerana tidak mahu mereka bimbangkan keselamatannya.

Nordi berkata, dia nekad menyelamatkan Zana selepas menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya itu pada 12 Ogos lalu menyatakan kerinduannya pada keluarga.

Simpati bawa maut

Oleh Mohd Razlan Salleh dan Junaidi Ladjana
hmkk@hmetro.com.my
         
KOTA KINABALU: “Saya melihat darah mengalir deras dari leher adik sebelum dia rebah,” kata Faratih Daud, 55, menceritakan kejadian adiknya, Bibia Daud, 40, mati dikelar di leher oleh lelaki yang menumpang rumahnya di Kampung Cenderakasih, Kolombong, di sini, kelmarin.

Seorang lagi penghuni rumah yang didiami beramai-ramai itu, Aminah Daud, 30, turut maut dalam kejadian jam 7 malam, namun kedua-duanya tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.
Kejadian itu turut menyebabkan suami Bibia, Ailin Aminung, 52, dan suspek yang berusia 30-an cedera parah selepas dipercayai berlaku pergelutan antara mereka.

Menurut Faratih, ketika kejadian, dia sedang memasak di dapur sebelum terdengar bunyi bising di ruang tamu dan melihat Bibia memegang lehernya yang berlumuran darah.

Jumpa mayat tertiarap terikat dalam longkang

SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal terkejut sejurus menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dengan kakinya diikat dalam longkang di Kilometer 14, Lebuhraya Shahpadu arah Klang menuju Pelabuhan Utara, petang kelmarin.

Ketika ditemui jam 5.20 petang itu, mayat lelaki terbabit hanya memakai seluar dalam dan tiada dokumen pengenalan diri pada pakaian mangsa.

Mangsa dianggarkan berusia 40-an dan berkulit cerah serta dipercayai warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan BCG pada bahu kiri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Deputi Superintendan Yong Soo Koon ketika dihubungi berkata, mayat terbabit ditemui timbul pada permukaan longkang sedalam satu meter di tepi lebuh raya.

Katanya, hasil pemeriksaan awal, polis mendapati mayat terbabit dipercayai dibunuh berdasarkan kesan lebam yang terdapat pada dada selain kakinya diikat ke belakang pinggang menggunakan tali plastik jenis nilon.

Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan mayat lelaki terbabit sudah empat hari dicampak dalam longkang itu berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat.

“Pihak forensik gagal mengenal pasti kewarganegaraan mangsa kerana tidak menemui dokumen pengenalan ditemui padanya.

“Kami akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui tempat mangsa dibunuh dan meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi polis,” katanya.

Yong berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian juga diminta menghubungi balai berdekatan bagi membantu siasatan.

Lelaki bawa pistol pecut kereta

SHAH ALAM: Taktik seorang lelaki sengaja melengah-lengahkan pemeriksaan polis terhadap dirinya kerana bimbang ‘rahsia’ membawa sepucuk pistol bersama sembilan peluru terbongkar ketika diperiksa di Jalan Subang, di sini, 18 Ogos lalu.

Pistol jenis semiautomatik bersama tujuh peluru bersaiz sembilan milimeter (mm) itu ditemui dalam beg sandang milik suspek. Bagaimanapun, suspek memecut keretanya sebelum terbabas. Suspek ditahan petang kelmarin.

Sebelum kejadian, anggota unit kereta peronda (MPV) yang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak sebuah kereta Toyota yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan jam 2.45 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, curiga dengan kereta terbabit, anggota MPV berkenaan mengekori sebelum mengarahkan suspek berhenti.

“Ketika diperiksa, suspek dilihat mahu mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya menyebabkan anggota yang melakukan pemeriksaan merampas beg berkenaan.

“Melihat beg sandangnya dirampas dan bimbang ditahan polis, suspek masuk semula dalam kereta dan memecut ke arah jalan utama walaupun diarah berhenti,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Tauke ‘restoran terbaik’ terpedaya

KESAL...Leong (duduk tengah) bersama tiga pengusaha restoran yang ditipu menunjukkan gambar suspek.

KESAL...Leong (duduk tengah) bersama tiga pengusaha restoran yang ditipu menunjukkan gambar suspek.

KUALA LUMPUR: Empat pengusaha restoran makanan Cina berputih mata selepas mendakwa ditipu dua lelaki mengaku wartawan sebuah agensi penyiaran swasta membabitkan kerugian hampir RM20,000.
Seorang daripada mangsa, Leong Man Fai, 43, berkata, dia didatangi dua lelaki memakai jaket yang tertulis ‘media’ di bahagian belakang serta memakai tali kad identiti agensi berkenaan jam 12 tengah hari di restorannya di Plaza Kasturi, di Cheras, pada 21 Mac lalu.

Beliau berkata, lelaki itu mengatakan restoran miliknya terpilih sebagai ‘Restoran Terbaik di Malaysia’ dalam satu pertandingan yang dianjurkan agensi tempatnya bekerja dengan kerjasama beberapa rangkaian akhbar berbahasa Cina.

“Mereka juga memberikan laman web mereka untuk meyakinkan saya pertandingan itu wujud, di samping itu mereka menyuruh saya membuat bayaran RM11,800 sebagai kos pendaftaran pertandingan dan kos iklan.

“Selepas sebulan menyerahkan cek seperti diminta, saya mendapati tiada sebarang perkembangan sebelum cuba menghubungi lelaki itu, tetapi gagal. Ketika itu baru saya sedar, saya sudah tertipu,” katanya ketika sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.

Katanya, selepas membuat aduan kepada MCA pada 7 Ogos lalu baru dia mengetahui terdapat sembilan lagi pengusaha restoran tertipu dengan helah kedua-dua suspek terbabit.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong berkata, pihaknya menerima pengesahan daripada agensi penyiaran yang kononnya diwakili suspek, bagaimanapun mereka menafikan ada menganjurkan sebarang pertandingan seperti didakwa.

Wanita hamil 8 bulan, teman lelaki didakwa bunuh kanak-kanak

ROSDALILAH ZAHARI
29 Ogos 2012
Wanita hamil 8 bulan, teman lelaki didakwa bunuh kanak-kanak
Parimala menutup mukanya selepas dibawa keluar daripada Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan membunuh anak perempuannya.
IPOH –  Seorang wanita mengandung lapan bulan bersama teman lelakinya dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Kampung Tawas di sini, antara 7 hingga 14 Ogos lalu.

Tertuduh, T Parimala, 33, dari Kampung Tawas dan S Kupertasan, 27, dari Lunas, Kedah menggangguk faham selepas pertuduhan dalam bahasa Tamil dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Majistret Shamsol Azwa Martadza menetapkan 1 November ini sebagai sebut semula kes selepas mendapat laporan bedah siasat mangsa.

Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian J Pavitra, 4, di rumah bernombor 152, Lorong Tawas 9, Kampung Tawas, Ipoh.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut antara jam 8 malam 7 Ogos sehingga jam 5.20 petang 14 Ogos lalu.

Sehubungan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Terdahulu, Kupertasan memohon supaya mahkamah membenarkannya untuk pindah dari Penjara Taiping ke Penjara Alor Setar memandangkan keluarganya berada di Kedah.

Namun, pemohonan itu ditolak Shamsol Azwa dan mengekalkan Kupertasan ditempatkan di penjara yang sama manakala Parimala pula ditempatkan di Penjara Tapah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya K Kavitha manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Pavitra maut akibat pendarahan di kepala dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah bilik sewa di Kampung Tawas.

Kanak-kanak perempuan tersebut didapati meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia kira-kira jam 5 petang 13 Ogos lalu.

Mereka berdua kemudiannya ditahan pada 15 Ogos lalu dan direman selama dua minggu sebelum didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Keluarga diserang samseng

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Ogos 2012
Rakaman CCTV
Rakaman CCTV menunjukkan beberapa orang bertindak memukul dan memecahkan cermin lori milik keluarga mangsa sambil ada yang membaling objek berapi ke dalam rumah.
CCTV
Rakaman CCTV menunjukkan beberapa orang bertindak memukul dan memecahkan cermin lori milik keluarga mangsa sambil ada yang membaling objek berapi ke dalam rumah.
Ahli keluarga mangsa menunjukkan cermin kereta Waja yang dipecahkan penjenayah terbabit.
Ahli keluarga mangsa menunjukkan cermin kereta Waja yang dipecahkan penjenayah terbabit.
Gunasegaran menunjukkan cermin pintu rumahnya pecah akibat dibaling dengan objek keras.
Gunasegaran menunjukkan cermin pintu rumahnya pecah akibat dibaling dengan objek keras.
KALUMPANG - Akibat dendam, sekumpulan ahli kongsi gelap bertindak memecahkan cermin empat kenderaan dan membakarnya serta membaling objek dipercayai berisi minyak tanah ke dalam rumah sebuah keluarga di Taman Musabika di sini dalam kejadian amuk awal pagi semalam.

Amukan lebih 10 orang lelaki yang sebahagiannya bertopeng itu disasarkan terhadap tiga keluarga bersaudara dengan motif menakut-nakutkan mangsa.

Salah seorang mangsa, G Gunasegaran, 24, berkata, kejadian jam 12.48 pagi itu dipercayai dilakukan ahli ‘geng 08’ yang bersenjatakan parang, besi serta kayu hoki.

“Ketika kejadian kami semua sudah tidur dan dikejutkan dengan bunyi bising serta dentuman.

“Kami lihat mereka bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta dan lori serta membaling objek berapi seperti bom minyak tanah ke badan lori dan ruang garaj rumah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, isterinya yang terkejut dengan tindakan itu menggigil ketakutan sambil menangis.

Katanya, kumpulan penjenayah itu datang menaiki dua kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam dan Pajero warna cerah sebelum beredar lima minit kemudian.

Gunasegaran berkata, mereka bernasib baik kerana penjenayah terbabit lari setelah mendengar jeritan ibunya di rumah bersebelahan.
“Semuanya ketika itu cemas dan ketakutan kerana melihat tindakan ganas penjenayah tersebut dan tidak ada seorang pun berani keluar bimbang dicederakan.

“Kami hanya dapat melihat kereta Proton Waja, Perodua Kancil, lori tiga tan dan Naza Kia dipecahkan dengan hentakan berkali-kali menggunakan parang, besi dan kayu hoki,” katanya.

Katanya, mereka bernasib baik kerana kamera litar tertutup (CCTV) yang baru di pasang beberapa hari lalu dapat merakam kejadian itu.

Menurutnya, rakaman awal kira-kira lapan minit sebelum kejadian itu menunjukkan seorang lelaki dikenali mangsa melalui hadapan rumah mereka menaiki motosikal sambil menggunakan telefon bimbit dipercayai untuk memberi maklumat keadaan rumah mangsa kepada kumpulan terbabit.

Gunasegaran berkata, kejadian itu menjadi peristiwa hitam dalam keluarganya dan percaya dalangnya adalah ahli ‘geng 08’ yang sebahagiannya dikenali mangsa.

Difahamkan, ketua kumpulan itu telah ditahan pihak berkuasa berhubung kes ugutan menyebabkan anak buahnya datang bagi menakut-nakutkan keluarga mangsa.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka kini tinggal dalam ketakutan sehingga merasakan sudah tidak selamat.

Menurutnya, kewujudan geng tersebut di mana ahlinya daripada kalangan penduduk taman berdekatan menggusarkan lagi perasaan mereka.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa bertindak tegas dengan menahan kesemua penjenayah terlibat dan mengenakan hukuman setimpal bagi mengelak kejadian sama berulang.

Halau penjenayah keluar

Keganasan dilakukan sekumpulan penjenayah dipercayai ahli ‘geng 08’ terhadap tiga keluarga di Taman Musabika semalam turut menimbulkan kebimbangan penduduk taman berkenaan.

Penduduk yang juga Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Hulu Selangor, B Raja Kumar, 31, berkata, tindakan kumpulan terbabit menjadi ancaman keselamatan terhadap penduduk dan hanya dengan menghalau mereka keluar daerah menjadi penyelesaian.

“Mereka semakin berani dan menunjukkan belang sehingga sanggup bertindak mengugut penduduk di sini.

“Kewujudan kumpulan ini sudah disedari lama kerana kegiatan mereka menconteng papan-papan tanda dengan simbol 08 kelihatan di semua tempat, tetapi sekarang mereka bertindak kejam,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, kumpulan terbabit dikatakan wujud sejak lebih tiga tahun lalu dan pengaruhnya semakin meluas.

Katanya, tidak cukup dengan ahli samseng, geng terbabit turut mempengaruhi remaja termasuk pelajar sekolah menyertai mereka.

Raja Kumar berkata, walaupun tidak pernah mendatangkan kecederaan tetapi tidak mustahil kumpulan itu akan bertindak lebih ganas jika tidak dihalang.

“Kita bimbang kejadian lebih buruk berlaku kerana tindak-tanduk mereka semalam sudah cukup menakutkan penduduk.

“Mereka langsung tidak menghiraukan keselamatan orang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, terdapat ahli keluarga mangsa membuat laporan polis dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.

Polis ambil keterangan anak pemimpin parti yang lahirkan anak

29 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Polis telahpun mengambil keterangan anak perempuan seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang yang melahirkan seorang bayi lelaki di Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Sebelum ini, pemimpin pembangkang itu bersama seorang anak lelakinya berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas dan dibebaskan Isnin lalu bagi membantu siasatan polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pengarah Jabatan Siastan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin berkata remaja wanita berumur 15 tahun itu diambil keterangan selepas melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur empat hari lepas.

"Kita juga akan menyiasat jika benar ada penglibatan individu kedua (anak lelaki pemimpin pembangkang tersebut)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis juga akan mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu selain masih meneruskan siasatan, kata Mohd Bakri.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media di Bukit Aman berkata polis tidak akan berkompromi dalam kes ini.

"Rogol adalah jenayah tidak kira siapa yang melakukan dan bila jenayah berlaku, saya anggap orang yang dikaitkan adalah suspek dan kita akan siasat seperti biasa," katanya.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional.- Bernama