27 Ogos 2012

Mayat Muhammad Ikram Azim dibawa naik dari Sungai Kelantan melalui Tangga Krai selepas ditemui lemas di Sungai Lebir, dekat Kampung Tualang, Kuala Krai, semalam.
KUALA KRAI - Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Yahya Petra 1, di sini, yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di Sungai Lebir, dekat Kampung Tualang, kelmarin, ditemui mati, petang semalam.
Penguasa Bomba (Bahagian Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusma Mat Yusoff berkata, mayat Muhammad Ikram Azim Zainuddin, 12, ditemui terapung kira-kira 20 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Katanya, mayat ditemui jam 4.25 petang oleh sepasukan anggota polis yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa pada hari kedua semalam.
“Ketika ditemui, mangsa berseluar pendek dalam keadaan sempurna. Dengan penemuan ini, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula sejak semalam (kelmarin) dihentikan,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, semalam.
Shahrin berkata, mayat murid yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), September ini dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK), di sini, sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.
Katanya, operasi disertai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri; empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai; polis; Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang kampung.
Pada kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, Muhammad Ikram Azim dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama tiga rakannya di Sungai Lebir, dekat Kampung Tualang, di sini.
Mangsa dikatakan terjatuh ketika mandi sambil bermain rakit buluh di sungai itu bersama seorang daripada tiga rakannya manakala dua lagi berada di atas tebing semasa kejadian.
Tiga rakan mangsa terselamat termasuk seorang yang hampir lemas ialah Muhammad Izat Suhaimi, 13; Khairul Anas Suhaimi, 11 dan Saiful Bazri Mohd Noor, 10.
Sementara itu, Muhammad Izat berkata, dia bersama Muhammad Ikram Azim dan dua lagi rakan mereka pergi ke sungai itu selepas bermain bola tidak jauh dari tempat kejadian.
Apabila sampai di sungai katanya, mangsa dan Saiful Bazri terus turun mandi serta membuat rakit daripada dua buluh panjang manakala dia dan Khairul Anas berada di tebing.
“Saya makan maggi dulu dan Khairul Anas pula bermain gelongsor di tebing sungai. Masa tengah makan, Anas menjerit beritahu Muhammad Ikram Azim dan Epol (Saiful Bazri) lemas, jadi saya terus terjun dan berenang ke arah mereka berdua,” katanya.
Menurutnya, dia sempat memegang dagu Saiful Bazri yang ketika itu hampir tenggelam sebelum berjaya merangkul pinggang rakannya itu dan menariknya ke tebing sungai yang terletak kira-kira 50 meter.
“Lepas letak Epol (Saiful Bazri) di tebing, saya nak selamatkan Muhammad Ikram Azim tetapi bila berpaling tengok, dia sudah tidak ada. Nasib baik Khairul Anas nampak masa mereka berdua hampir lemas, kalau tidak mungkin dua-dua tak sempat diselamatkan,” katanya.
Menyedari mangsa hilang, Muhammad Izat berkata, dia pergi semula ke tempat mereka bermain bola sebelum itu dan memaklumkan kejadian tersebut kepada seorang penduduk yang kemudiannya menghubungi polis.