Search This Blog

Thursday, August 23, 2012

Banjir landa selatan Rusia, empat terbunuh


MOSCOW 22 Ogos - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, manakala 1,500 lagi terpaksa dipindahkan selepas banjir melanda wilayah Krasnodar, selatan Rusia, hari ini.
Hujan lebat sepanjang malam menyebabkan air sungai melimpah dan membanjiri 600 kediaman di pekan Novomikhailovsky serta menyebabkan bekalan elektrik terputus di pekan-pekan berhampiran, menurut Kementerian Situasi Kecemasan.
Dalam kejadian banjir pada bulan lalu yang melanda kawasan yang sama dan mengorbankan 171 orang, Presiden Vladimir Putin dikecam kerana bertindak lambat bagi menangani bencana itu.
Namun, beliau kali ini pantas bertindak menggesa pegawai-pegawai kecemasan mengambil semua langkah perlu untuk membantu mangsa yang terjejas.
Kementerian Dalam Negeri berkata, empat mayat mangsa banjir telah ditemui tanpa memberikan butiran terperinci.
Menurut kementerian itu, 1,500 orang lagi telah dipindahkan akibat bencana banjir itu.
Gabenor Alexander Tkachev dalam kenyataannya di laman web pentadbiran wilayah berkata, pemindahan dilakukan tepat pada masanya dan sistem amaran kecemasan juga berfungsi dengan cekap.
Pihak berkuasa, sebelum ini turut dikecam kerana kekurangan persiapan menghadapi banjir dan tindak balas yang perlahan ketika banjir melanda wilayah itu pada 7 Julai lalu dengan beberapa pegawai dipecat serta ditahan.
- REUTERS

Guru mati terkena tembakan ketika memburu kancil


SEREMBAN 23 Ogos - Seorang guru mati manakala rakannya cedera setelah terkena tembakan senapang patah ketika berburu bersama tiga yang lain di kawasan hutan di Kampung Pondoi Tampin, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, Amir Ain, 40, yang cedera parah di perut mati ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala rakannya yang berusia 50-an cedera di punggung dan kini dirawat di Hospital Melaka.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi hari ini berkata kelima-lima mereka masuk ke kawasan hutan berkenaan pada pukul 9 malam untuk memburu kancil.
"Siasatan mendapati seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah satu objek yang dipercayai haiwan itu tetapi selepas dihampiri objek yang disangka kancil itu ialah orang," katanya.
Wooi berkata berikutan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan saudara terdekat mangsa yang mati dan dua rakannya untuk menbantu siasatan.
Polis turut merampas selaras senapang patah milik lelaki itu bersama sembilan butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru, katanya. - BERNAMA

Kilang minyak pelincir kenderaan musnah


PASIR GUDANG 23 Ogos - Sebuah kilang mempro ses minyak pelincir ken deraan musnah dalam ke bakaran di Taman Perin dustrian Kota Puteri, Ma sai, di sini hari ini.
Kejadian pada pukul 4.19 petang tersebut dipercayai berpunca daripada bahagian bawah premis dua tingkat tersebut.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Johor, Hamid Suari berkata, pihaknya terpaksa menggunakan semburan air buih untuk mengawal kebakaran, namun sehingga pukul 8 malam ini, api masih marak.
“Ia kerana bahan yang terdapat dalam kilang itu merupakan minyak pelincir yang likat dan susah untuk dipadamkan apabila terbakar.
“Bomba juga menghadapi masalah tekanan air rendah yang turut menjejaskan operasi memadam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tiga nelayan bertarung nyawa lebih 17 jam terapung di laut


LANGKAWI 23 Ogos - Tiga nelayan berhadapan dengan detik mence maskan apabila terpaksa bertarung nyawa selama lebih 17 jam setelah bot mereka tenggelam ketika me nangkap ikan di Pulau Segantang di sini malam semalam.
Mangsa, Abu Saman Awang, 48, Mohd. Shamizi Adnan, 29, dan Sol lahudin Said, 20, dilaporkan hilang kira-kira pukul 9.30 malam sebe lum ditemui 5.5 batu nautika di selatan Pulau Payar di sini pada pukul 2.55 petang ini.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara Langkawi, Tan Kok Kwee berkata, pihaknya memper giatkan operasi mencari dan me nyelamat selepas menerima lapo ran tentang sebuah bot nelayan yang tenggelam di pulau berke naan kira-kira tiga jam selepas ke jadian.
Bagaimanapun katanya, operasi awal yang dijalankan gagal me nemui mangsa dan terpaksa di hentikan berikutan keadaan cuaca buruk selain laut bergelora.
“Operasi disambung semula pada pukul 8 pagi ini melibatkan kekuatan bot penyelamat, pesa wat Maritim dari Unit Udara Ma ritim Subang dan bot kelvar Ja batan Bomba dan Penyelamat Langkawi.
“Hasil dari operasi itu, ketiga-ti ga mangsa kemudian ditemui ki ra-kira pukul 2.55 petang," katanya di sini hari ini.

Dijel 6 bulan ugut adik ipar


Dijel 6 bulan ugut adik ipar
Tuan Afzanizam (kiri) dihukum penjara enam bulan kerana acu pisau dan ugut adik iparnya.
KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu nelayan dipenjarakan selama enam bulan setelah didapati bersalah mengugut adik iparnya dengan sebilah pisau, oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.
Tertuduh, Tuan Afzanizam Aluwi, 36, yang berasal dari Chendering, sebelum itu mengaku bersalah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, pada 18 Ogos lalu, kira-kira jam 2.10 petang, bertempat di simpang empat Chendering, tertuduh dengan sengaja telah mendatangkan ketakutan dengan melakukan ugutan menggunakan sebilah pisau terhadap Mohd Azri Fahmie Rashid, 19.
Dengan itu, dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 506 kanun sama, yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Abdul Hayyi kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dari tarikh dia ditangkap. Pendakwaan dikendalikan Inspektor L Rathna.
Berdasarkan fakta kes, pada 18 Ogos lalu, kira-kira jam 2.10 petang, semasa pengadu, Muhamad Azri Fahmie berada di rumah, tiba-tiba abang iparnya iaitu tertuduh telah memaki hamun pengadu.
Ia berikutan pengadu enggan meminjamkan motosikalnya, menyebabkan abang iparnya itu mengamuk, lalu mengambil sebilah pisau dan meletakkannya pada leher pengadu dan mengugut bunuh.
Tertuduh kemudiannya mengambil motosikal adik iparnya itu, lalu berlalu pergi.
Pengadu kemudiannya membuat laporan polis, sebelum tertuduh berjaya ditangkap.

Kes pukul guru, anak: Suspek utama serah diri


KUALA TERENGGANU - Seorang daripada tujuh suspek yang terlibat dalam kes menyerang seorang guru dan anaknya di Jalan Sultan Mahmud di sini, 12.30 tengah malam semalam (Rabu) tampil menyerah diri malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata suspek utama yang juga pemilik kereta Perodua Myvi itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 11 malam hari yang sama.
Katanya suspek yang berusia 26 tahun itu juga turut membuat laporan polis dengan mendakwa anak guru yang berusia 20 tahun itu merupakan terlebih dahulu menimbulkan provokasi dengan menunjukkan isyarat lucah kepadanya serta empat lagi rakannya di dalam kereta.
"Kita sedang menjalankan siasatan terperinci ke atas kedua-dua laporan yang telah dibuat dan polis juga akan mengambil tindakan ke atas semua pihak yang terlibat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Manoharan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham antara punca suspek bertindak sedemikian.
Semalam dua beranak cedera di muka, kepala dan badan setelah diserang dan dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali lewat tengah malam di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Jalan Sultan Mahmud setelah dihalang sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara yang dinaiki dua orang bersama kumpulan lima orang dalam Perodua Myvi.
Insiden tersebut difahamkan tercetus ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk di mana kereta yang dinaiki keluarga guru itu dihimpit sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima lelaki, dengan seorang daripada mereka menunjukkan isyarat lucah.
Namun guru yang berusia 46 tahun itu tidak mengendahkan kelima-lima lelaki tersebut dan meneruskan perjalanan dari Chendering ke Bandar Kuala Terengganu sehinggalah kenderaan guru itu dihalang kumpulan tujuh lelaki itu.
Mereka menarik keluar penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hingga menyebabkan si ayah cuba membantu namun turut dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.
Suspek yang menyerah diri itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut dan polis kini memburu baki kumpulan itu untuk disoal siasat.- Bernama

Guru mati kena tembakan ketika buru kancil

SEREMBAN - Seorang guru mati manakala rakannya cedera setelah terkena tembakan senapang patah ketika berburu bersama tiga yang lain di kawasan hutan di Kampung Pondoi Tampin, dekat sini, semalam.
   
Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, Amir Ain, 40, yang cedera parah di perut mati ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala rakannya yang berusia 50-an cedera di punggung dan kini dirawat di Hospital Melaka.
   
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi hari ini berkata kelima-lima mereka masuk ke kawasan hutan berkenaan pada pukul 9 malam untuk memburu kancil.
   
"Siasatan mendapati seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah satu objek yang dipercayai haiwan itu tetapi selepas dihampiri objek yang disangka kancil itu ialah orang," katanya.
   
Wooi berkata berikutan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan saudara terdekat mangsa yang mati dan dua rakannya untuk menbantu siasatan.
   
Polis turut merampas selaras senapang patah milik lelaki itu bersama sembilan butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru, katanya. - Bernama

Jurukimpal maut ditikam adik ipar

MELAKA- Gara-gara menegur supaya tidak memukul isteri, seorang jurukimpal maut ditikam adik iparnya dalam satu pergelutan di rumah ibu mangsa di Serkam Pantai di sini malam tadi.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Rashid Ahmad, 46, mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang kirinya akibat ditikam dengan pisau oleh suspek yang berumur 41 tahun.
   
Beliau berkata kejadian bermula apabila mangsa menegur adik iparnya kerana sering memukul isterinya yang berumur 36 tahun yang juga adik kepada mangsa.
   
"Pertengkaran tersebut diikuti dengan pergelutan di mana suspek kemudiannya mengeluarkan pisau dan menikam pinggang kiri Rashid," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.
   
Raja Shahrom berkata suspek yang merupakan seorang pemandu di Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya kemudian melarikan diri menaiki kenderaannya iaitu Proton Iswara berwarna hitam dan bernombor plat NCB3205.

"Mangsa dibawa ke Unit Rawatan Rapi Hospital Melaka pada jam 7.30 malam sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.40 pagi dan mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seremban untuk bedah siasat," katanya.
   
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan suspek dinasihatkan menyerah diri bagi membantu siasatan dan orang awam yang melihat kenderaan suspek juga diminta menghubungi balai polis berhampiran.
   
Dalam perkembangan lain, polis menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam penculikan seorang ahli perniagaan hartanah yang berumur 36 tahun setelah diculik lebih lapan jam di Perkampungan Portugis Ujong Pasir di sini malam tadi.
   
Pada kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang menaiki sebuah kenderaan mewah untuk makan bersama rakannya di medan selera di situ ditarik menaiki sebuah kenderaan mewah sebaik tiba di lokasi kejadian.
   
Raja Shahrom berkata mangsa kemudian dibawa ke sebuah pusat karaoke di Kuala Lumpur dan diminta membuat bayaran berjumlah HK$20 juta, berkaitan perniagaannya di Hong Kong yang dipercayai dijalankan antara salah seorang suspek dan mangsa.

Beliau berkata kelima-lima lelaki berusia antara 36 hingga 51 tahun itu ditahan berhampiran Tol Ayer Keroh yang menaiki sebuah kenderaan lain pada jam 5.30 pagi tadi.
   
"Mangsa ditemui bersama lima lelaki yang ditahan itu dan kita percaya mangsa dibawa balik untuk rundingan lanjut berkaitan bayaran yang diminta.
   
"Namun masih terlalu awal untuk kita mendedahkan rundingan tersebut.Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. 
   
Beliau berkata kesemua yang ditahan direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melakukan culik. -Bernama

Kilang proses minyak kenderaan musnah dalam kebakaran

JOHOR BAHRU - Sebuah kilang memproses minyak pelincir kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Cenderai, Taman Perindustrian Kota Puteri, Masai petang tadi.
   
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Hamid Suari berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 4.19 petang sebelum enam jentera bersama 38 anggota penyelamat digegaskan ke tempat kejadian.
   
"Api sedang marak dan menjulang tinggi ketika kesemua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Baharu, Pasir Gudang dan Taman Johor Jaya tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Hamid berkata anggotanya menggunakan teknik semburan air dan buih bagi mengawal kebakaran yang boleh dilihat lebih 10 kilometer dari tempat kejadian, bagaimanapun kebakaran masih belum berjaya dipadam sehingga kini berikutan angin yang kuat dan kuantiti minyak likat yang banyak di dalam kilang terbabit.
    
Beliau berkata kebakaran turut menghasilkan beberapa letupan kecil dan menyebabkan sebahagian kilang perabot bersebelahan turut terkena api.
   
"Bomba menghadapi kesukaran untuk memadam api kerana tekanan air yang rendah di kawasan tersebut. Kita juga tidak mengetahui kuantiti sebenar kesemua minyak yang berada di dalam tong di kilang dan kita jangkakan api dapat dipadam dalam kira-kira empat jam lagi," katanya.
   
Hamid berkata kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan hanya dua kenderaan iaitu Toyota Alphard dan Toyota Estima dilaporkan terperangkap di dalam api.
   
Menurutnya punca dan anggaran kerugian sedang disiasat.
   
Sementara itu pemilik kilang tersebut, Voon Lin Yau, 62, berkata dia sedang berada di ruang pejabat di tingkat atas kilang sebelum terdengar bunyi letupan kecil dan jeritan 10 pekerjanya dari ruang memproses.
   
"Saya kemudian cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi tidak berjaya. Saya yang tidak sempat memakai kasut terus bergegas melarikan diri keluar dari kilang sebelum keadaan bertambah buruk," katanya.
    
Voon berkata kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak kilang itu beroperasi pada tahun 2000. 

Lelaki ditembak kerana serang polis meninggal dunia

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang dipercayai anggota kumpulan samseng yang cedera ditembak selepas menyerang pasukan polis ketika cuba menahannya kerana terlibat dalam pergaduhan di Pandan Perdana Isnin lepas, meninggal dunia pagi tadi.
   
Timbalan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi IPK Selangor, ACP Rosli Mohd Isa berkata suspek berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 6 pagi akibat kecederaan teruk di bahagian leher.
   
Berikutan kejadian itu, polis menahan sembilan lelaki berumur lingkungan 25 dan 32 tahun di sekitar Ampang semalam, yang disyaki turut terlibat dalam pergaduhan berkenaan bagi membantu siasatan, katanya pada sidang media di sini.
   
Dalam kejadian pukul 1.15 pagi itu, polis menerima laporan mengenai pergaduhan dua kumpulan di kawasan pangsapuri di Pandan Perdana sebelum menghantar sepasukan lapan anggota ke tempat kejadian.
   
Menyedari kehadiran polis, suspek dan empat lagi rakannya masuk ke dalam kereta jenis Hyundai untuk melarikan diri sebelum dikejar pasukan polis yang kemudian mengesan mereka di Tasik Permai.
  
Kelima-lima suspek berumur 26 hingga 30 tahun itu kemudian meluru keluar daripada kereta dan cuba menyerang anggota polis menggunakan parang, pisau pemotong daging dan besi, sebelum polis bertindak melepaskan dua das tembakan ke arah suspek dan menahan mereka.
   
Rosli berkata kesemua lelaki itu direman sehingga Sabtu ini.   
   
Dalam kes lain, polis giat menjejaki tiga lelaki berumur lingkungan 30-an yang disyaki terbabit dalam kes curi kereta mewah dalam dua kejadian di sekitar Kajang, semalam.
   
Rosli berkata dalam kes pertama, seorang pekerja di sebuah kilang di Taman Perindustrian Kajang mengalami kerugian hampir RM90,000 apabila kereta Toyota Hilux milik syarikatnya dilarikan suspek dalam kejadian pukul 1.50 pagi.
   
"Mangsa pada waktu itu memandu kenderaan menuju ke kilang... belum sempat sampai ke pekarangan kilang, kenderaan yang dipandu mangsa dihalang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki tiga suspek.
   
"Terkejut dengan tindakan itu, mangsa memberhentikan kenderaannya, sebelum seorang daripada suspek yang bersenjata parang keluar daripada kereta dan bertindak mengugut mangsa agar menyerahkan Toyota Hilux terbabit," katanya.
   
Beliau berkata dua jam selepas kejadian pertama, sebuah lagi kenderaan jenis Mitsubishi Triton turut dilarikan kumpulan penjenayah sama.
   
"Kejadian kedua pula berlaku kira-kira pukul 3.40 pagi, kali ini kumpulan berkenaan melarikan kereta milik seorang lelaki berusia 53 tahun di Batu 9, Cheras dan mereka turut menggunakan modus operandi yang sama untuk melarikan kenderaan mangsa," kata Rosli. - Bernama

Pemandu ambulans cedera ahli perniagaan didenda RM5,000

Pemandu ambulans cedera ahli peniagaan didenda RM5,000
Husain tunduk ketika dibawa keluar dari mahkamah.
GEORGETOWN - Seorang pemandu ambulans didenda RM5,000 atas tuduhan sengaja mencederakan ahli perniagaan menggunakan topi keledar pada 1 Syawal lalu.
Majistret Noor Aini Yusof membuat keputusan itu sejurus pengakuan bersalah oleh Husain Md Noor, 33, selepas dua pertuduhan dibacakan.
Husain dari Flat Uda Tanjung Tokong dekat sini didakwa bersama-sama 10 orang lagi masih bebas dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Khor Jin Leng, 39, dengan menggunakan topi keledar, di tepi simpang Diamond Villa, Jalan Tanjung Bunga dekat sini.
Pertuduhan pertama dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau sebat.
Berhubung pertuduhan itu, Husain didenda RM2,000 atau empat bulan penjara.
Satu lagi pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa merosakkan kereta  Mercedes Benz milik mangsa di masa, tempat dan tarikh yang sama menggunakan topi keledar. 
Bagi kesalahan itu, didakwa didakwa mengikut  Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda.
Terdahulu, Husain dikenakan denda RM1,000 atau sebulan penjara, jika gagal menjelaskan denda itu.
Pada masa sama, Timbalan Pendakwa Raya, Edward  Chan Wei Heng mencadangkan Husain membayar pampasan kepada kerugian dialami oleh Jin Leng mengikut Seksyen 426 dan Seksyen 432 (2) Kanun Acara Jenayah. 
Selepas mengambil kira rayuan Husain diwakili S Yagoo dan kerugian dialami mangsa, Noor Aini mengarahkan Husain membayar RM2,000  dalam tempoh sebulan mulai semalam atau sebulan penjara jika gagal berbuat demikian.
Difahamkan, sebelum dibawa keluar dari mahkamah, Hussain membayar pampasan seperti diarahkan oleh mahkamah kepada Jin Leng.

Lebih 350 rumah hangus di Aidilfitri


Lebih 350 rumah hangus di Aidilfitri
Lelaki dan wanita cuba selamatkan harta benda mereka daripada terbakar
JAKARTA - Aidilfitri penduduk perkampungan Pondok Bambu, Timur Jakarta, menjadi hambar apabila 150 rumah yang terletak di dalam kompleks pertukangan kayu terbakar, kelmarin.

Ketua Agensi Bomba dan Menyelamat Jakarta, Paimin Napitupulu berkata, kebakaran menyebabkan penghuni rumah dan pengusaha bengkel mengalami kerugian  besar  mencecah berbilion rupiah kerana kayu-kayu balak jati, jentera memproses dan peralatan pertukangan hangus.

Paimin berkata, siasatan awal mendapati insiden berpunca daripada kejadian litar pintas dalam sebuah rumah yang kosong susulan penghuninya pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.

Sementara itu, satu lagi kebakaran disebabkan punca sama memusnahkan lebih 200 rumah setinggan Kapuk Muara, Penjaringan Jakarta Utara, semalam.

Kata Paimin, kejadian itu menyebabkan lebih 300 penduduk hilang tempat tinggal selain menganggarkan jumlah kerugian mencecah 1.5 bilion rupiah (RM493,700)

Polis tersalah tangkap

KENDIRI - Seorang lelaki nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota polis daerah Kediri, Jawa Timur, Indonesia apabila dia dibelasah sekumpulan polis di rumahnya di kampong Selosari, selepas didakwa terlibat dalam kes dadah.
Mintora berkata, ketika kejadian dia dan isterinya, Yuni sedang bersiap untuk menunaikan solat Aidilfitri dan secara tiba-tiba tujuh anggota polis menyerbu masuk ke rumah.

"Pintu ditendang lalu memaksa saya memberitahu lokasi penyimpanan dadah,” katanya.
Menurutnya, dia yang terkejut dengan soalan itu hanya mengaku tidak faham namun seorang daripada anggota polis terbabit menumbuk mukanya hingga dua batang giginya patah.

Kejadian itu menyebabkan ketua kampung terbabit bertindak campur tangan.
Selepas diperiksa ternyata anggota polis terbabit tersilap suspek selepas memeriksa kad pengenalan Mintora.

Namun penduduk kampung yang berang dengan tindakan polis itu mengambil tindakan membelasah anggota polis terbabit sebelum disuraikan oleh sekumpulan anggota polis tempatan.

Harapan ibu beranak 4 dituduh palsukan dokumen


Harapan ibu beranak empat dituduh palsukan dokumen
Harapan ibu beranak empat dituduh palsukan dokumen
USAH kita meletakkan kesalahan kepada seseorang sekali pun insan itu telah dihadapkan ke mahkamah.
Sucikan hati. Apa yang sebenar-benarnya berlaku adalah hanya diketahui oleh ALLAH, orang yang dituduh dan mangsa sahaja.
Hakim, peguam, timbalan pendakwa raya, orang awam dan wartawan langsung tidak mempunyai pengetahuan yang hakiki tentang sesuatu kejadian.

Realitinya, masyarakat kita sering salah tafsir kepada orang kena tuduh (OKT) atau tertuduh yang baru dihadapkan ke mahkamah atau yang sedang menjalani perbicaraan.

Semua perlu sedar, akhbar dan blog bukan penentu dalam sesuatu kes. Kami hanya menjalankan tugas sebagai pemberita.

Wartawan Mahkamah, KHALILAH GUSTI HASSAN menemu bual seorang tertuduh wanita yang sedang menjalani perbicaraan bersabit perbuatan memalsukan dokumen dan menggunakan cek palsu bernilai lebih RM1 juta.

Ikuti rintihan ibu kepada empat anak ini, menjalani kehidupan sebagai orang kena tuduh (OKT).

PERTEMUAN dan perbualan antara saya dan Wini (bukan nama sebenar) berlaku secara tidak sengaja.
Hari itu, saya dan rakan-rakan media lain terserempak dengan Wini di mahkamah.

Biasanya, kami tidak melaporkan kes bicara tapi kerana Wini telah dua kali didakwa di mahkamah berbeza, saya menunggu juga kalau-kalau Wini menghadapi pertuduhan baru.

Wini mendekati saya seperti ada sesuatu yang amat penting untuk diberitahu. Ada ketika, saya melihat kelopak mata Wini digenangi air mata.

“Reporter ramai ni nak tulis fasal saya ke? Tolonglah dik, lepas muka keluar surat khabar semua orang tak mahu kawan saya,” luah Wini perlahan.

Saya tersenyum. Bicara seperti itu sering saya terima daripada OKT dan keluarga mereka. Seboleh-bolehnya mereka akan memujuk pemberita untuk tidak melaporkan mengenai mereka.

Yang bersikap kasar pun tidak kurang juga, malah ada pemberita yang kena sepak dan terajang. Mujur saya belum lagi!

Bukan saya tidak simpati, tapi itu tugas saya. Saya wartawan mahkamah dan saya perlu melaporkan kes mahkamah. Hanya kes tertentu seperti rogol dan sumbang mahram sahaja tidak boleh ditulis nama.

“Kalau puan kena dakwa kes baru, kami tulis, kalau tidak kami ambil tarikh sebutan untuk rekod,” jawab saya.
Wini diam. Mungkin dia masih fikir kami akan melaporkan mengenai dia.

“Oh ya, kalau tak silap puan mengandung masa mula-mula kena dakwa, macam mana anak puan?"

Wini tidak lokek bercerita mengenai bayi barunya, termasuk mengenai dua anaknya yang kini belajar di sekolah asrama penuh di Kuala Lumpur. Seorang lagi berumur tiga tahun.

“Begini puan, kalau puan izinkan saya boleh tulis mengenai puan.”

Wini memandang peguam pemerhati di sebelahnya. Kemudian saya terangkan mengenai sisi penulisan laporan khas ini, barulah peguam mengukir senyum.

“Oh, kalau mengenai pengalaman dan perasaan puan, itu tidak apa-apa. Puan boleh jawab asalkan tidak menyentuh prosiding mahkamah,” kata peguam.

Wini kembali memandang saya. Wajah ibu berusia 39 tahun itu polos tanpa mekap. Dia lega mendengar jawapan peguamnya.

Cerita Wini, dia merupakan bekas eksekutif di sebuah syarikat swasta. Dia seorang mualaf berbangsa Cina dan memeluk Islam pada umur 20 tahun.

Pada 1997, dia mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Melayu, iaitu empat tahun selepas dia memeluk Islam.                                                

Dahulu, hidupnya bahagia ditemani tiga anak dan suami yang penyayang. Berita hamil anak keempat menyemarakkan lagi rasa bahagia. Dua anaknya yang belajar di asrama penuh itu berumur lapan dan sembilan tahun.

Dia dan suami serta seorang lagi anak berumur setahun lebih tinggal di Johor.
Sebelum diberhentikan kerja, dia telah beberapa kali dipanggil polis untuk memberi keterangan.
“Waktu itu, saya sedar yang saya akan dihadapkan ke mahkamah. Cuma saya tidak sangka cara saya ditangkap itu mengejutkan,”

Susah cari kerja
Selang beberapa hari selepas memberi keterangan kepada polis, dia diminta ke balai semula untuk memberikan keterangan tambahan. Ketika itu usia kandungannya lima bulan.
“Sebelum ke balai, saya minta jiran sebelah jaga anak ketiga. Sampai di balai rupa-rupanya saya terus ditangkap dan bukan semata-mata untuk beri keterangan tambahan.

“Saya telefon suami untuk maklumkan saya ditangkap malangnya suami tidak jawab. Bila saya SMS, dia jawab ‘padan muka’ kepada saya."
Wini berhenti bercakap. Dia kelihatan sebak sebelum meneruskan bicara.
“Bayangkan apa perasaan saya waktu itu. Saya mengharapkan suami beri sokongan tapi lain pula jadinya. Bila saja kaki menjejak ke dalam lokap, saya menangis. Serta-merta teringat anak di rumah,” katanya.

Hanya kawan-kawan yang membantu membebaskan Wini selepas lima hari ditahan di lokap dengan jaminan polis.

“Lima hari dikurung dalam dinding besi dan simen saya rasa macam berbulan-bulan lamanya. Saya tertanya-tanya apa jadi pada anak di rumah. Suami pula langsung tidak menjenguk.”
Menurut Wini, selepas dibebaskan dari lokap, dia pulang ke rumah di Johor. Ketika itu dia mendapati ada pembantu rumah warga Indonesia di rumahnya. Wanita itu tidak membenarkan dia masuk kerana suami mengarahkan begitu.

Akibat hilang tempat bergantung, Wini tekad membawa anak ketiganya ke Pahang dan tinggal bersama nenek dan ibu saudaranya, berbangsa Cina.

Dari situ, Wini berulang-alik ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan membuat kerja-kerja sambilan di beberapa syarikat yang tidak mengenali dirinya.

“Muka saya sudah masuk surat khabar, sebab itu susah cari kerja. Banyak kali saya minta kerja tapi mereka kata saya ada kes mahkamah jadi tak mahu ambil kerja.

“Saya sedih dengan tanggapan masyarakat kerana saya masih belum didapati bersalah tapi mereka telah hukum saya.
“Bayangkan kesusahan saya mencari duit untuk anak dan bayi dalam kandungan. Waktu itu, cuma tinggal dua bulan saja lagi saya hendak bersalin tapi saya tidak mampu buat persediaan. Mujur ada nenek,” tambahnya.

Wini dihadapkan di dua mahkamah berasingan dan dibenarkan ikat jamin bercagar selepas membuat rayuan.

Digantung tak bertali
Menurut Wini, selepas beberapa bulan dia dan suami duduk berasingan, dia pulang ke Johor untuk cuba bertemu suami.

Malangnya, dia gagal lagi dan daripada jiran-jiran; dia mendapat tahu suami tinggal berdua dengan orang gaji warga Indonesia.

“Hancur luluh hati saya apabila dapat tahu cerita itu. Sebagai isteri, bukankah saya dan anak-anak masih tanggungannya? Saya bukan mahu percaya bulat-bulat tapi bagaimana saya nak dapatkan pengesahan suami kalau dia sendiri enggan bertemu saya?

“Pernah sekali, saya membeli kad sim baru untuk menelefon suami. Peliknya suami jawab telefon dan bila dia tahu yang telefon itu saya, dia marah-marah dan tanya kenapa cari dia...

“Saya tidak tahu kenapa suami jadi begitu, tapi saya betul-betul kecewa dengan perubahannya. Masa kami senang dan bahagia, dia tidak begitu,” cerita Wini.

Dalam tempoh itu Wini berkata, dia ada memfailkan permohonan fasakh di Mahkamah Syariah Johor.

Dia terpaksa berulang alik di dua mahkamah berbeza pada masa sama, iaitu Mahkamah Jenayah Perdagangan / Sivil di Shah Alam dan Mahkamah Syariah di Johor, sedangkan dia dan anak menumpang di rumah nenek di Pahang.

Semasa prosiding syariah, suaminya mendakwa dia kafir kerana tinggal dengan orang kafir.

“Saya tidak sangka suami memfitnah saya begitu sedangkan dia tahu saya tinggal dengan keluarga saya dan keturunan saya memang orang Cina.

Di hadapan hakim syarie, suami beritahu hendak berpisah secara baik, namun setelah Wini menarik balik permohonan fasakh, suaminya menghilangkan diri.

Kini, hati Wini sudah tawar. Dia tekad mahu menyara sendiri keempat-empat anaknya. Hubungan dengan suami tergantung begitu sahaja.

Di akhir sesi, Wini memohon agar rintihannya ditulis sebaik mungkin. Dia benar-benar berharap masyarakat faham dan tidak menjatuhkan hukuman kepada insan sepertinya.

Dia mungkin dibuktikan tidak bersalah atau mungkin juga dibuktikan bersalah.

“Tapi izinkan saya dan anak-anak hidup seperti orang biasa selagi mahkamah tidak menentukan apa-apa. Buat suami, jika perpisahan jalan terbaik, lakukanlah demi masa depan bersama,” katanya.

Loceng mahkamah tiba-tiba berbunyi menandakan hakim bakal masuk ke kamar prosiding.

Perbualan kami terhenti di situ dan Wini sempat memberikan senyuman sebelum masuk ke kandang tertuduh.

Info:
DALAM  undang-undang kita, seseorang itu tidak bersalah selagi ia tidak dibuktikan bersalah.

Harus ada mahkamah yang menentukan sama ada mereka bersalah atau tidak bersandarkan bukti-bukti yang sahih.

Sebab itu mereka di hadapkan ke mahkamah. Proses untuk meletakkan seseorang dalam penjara itu bukan bermula setelah dia ditangkap polis. Banyak lagi peringkat termasuk perbicaraan dan bela diri.

Oleh itu, beban adalah pada pendakwa raya, yang mengumpul dan mengemukakan bukti meyakinkan melampaui keraguan munasabah untuk membantu hakim membuat keputusan.

Penyamun bakar kedai


Penyamun bakar kedai
Rakaman CCTV menunjukkan suspek melarikan kad tambah nilai pra bayar dan wang tunai..
SEMANGGOL - Seorang peniaga telefon bimbit kerugian hampir RM50,000 apabila premis perniagaannya di Simpang Empat Semanggol, di sini disamun setelah sebahagiannya dibakar seorang penyamun dalam kejadian petang Isnin lalu.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Lee berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, dia dan seorang pekerja wanita dikejutkan dengan kejadian kebakaran kecil yang berlaku di belakang premisnya secara tiba-tiba.
Menurutnya, dia dan pekerjanya memadamkan kebakaran itu tanpa menyedari terdapat seorang penyamun berusia lingkungan 30-an dengan keadaan muka bertutup memasuki premisnya.
“Penyamun terbabit cuba menggeledah mesin menyimpan wang sebelum terserempak dengan kami yang ketika itu baru sahaja memadamkan kebakaran itu.
“Penyamun itu terus mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke arah kami selain bertindak merampas sejumlah kad tambah nilai pra bayar dan beg berisi wang tunai di atas meja,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, semalam.
Lee berkata, penyamun itu kemudiannya bergegas lari menuju ke arah rakannya yang sedang menunggu di luar kedai lalu melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal.
“Kemudian, saya segera memeriksa semula barang-barang dan wang tunai yang dilarikan mereka dan mendapati jumlah kerugian hampir RM50,000.
“Saya rasa kecewa kejadian sebegini berlaku pada hari perayaan dansatu  laporan polis telah dibuat di Balai Polis Semanggol pada hari kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi menge- sahkan kejadian terbabit dan menegaskan siasatan untuk menjejaki kedua-dua suspek sedang giat dijalankan.

Keluarga guru diserang


K Manoharan
K Manoharan
KUALA TERENGGANU - Sebuah keluarga berdepan detik mencemaskan apabila ditahan sebelum diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali, dalam satu kejadian di Jalan Sultan Mahmud di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang juga seorang guru berumur 46 tahun bersama isteri dan tiga anaknya berusia antara 16 hingga 20 tahun, dikatakan dalam perjalanan dari arah Chendering menghala ke pusat bandar untuk menikmati makan malam di bandaraya ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian itu bermula apabila kereta Honda yang dinaiki keluarga itu dihimpit sebuah Perodua MyVi berwarna putih, dinaiki lima lelaki.

Berdasarkan laporan awal, salah seorang daripada mereka dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada keluarga berkenaan ketika berada di lampu isyarat Pantai Batu Buruk.

“Keluarga berkenaan bagaimanapun tidak menghiraukan perbuatan itu, sebaliknya meneruskan perjalanan. Tetapi sebaik mangsa tiba di sebuah bank di Jalan Sultan Mahmud, mereka dihampiri sebuah kereta Nissan Navara berwarna hitam yang cuba menghalang perjalanan.

“Pada masa sama, Perodua MyVi yang menghimpit mereka sebelum ini tiba di lokasi kejadian dan sekali lagi bertindak menghimpit kenderaan mangsa, menyebabkan mangsa terpaksa memberhentikan keretanya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Jelas Manoharan, pihaknya percaya ia melibatkan lapan lelaki iaitu lima lelaki yang menaiki Perodua MyVi manakala tiga lagi menaiki Nissan Navara.
Mereka kemudiannya menarik anak lelaki mangsa yang berusia 20 tahun, lalu memukulnya menggunakan kaki dan tangan sehingga menyebabkannya cedera pada muka, kepala dan badan.
Bimbang anaknya teruk diapa-apakan, mangsa kemudiannya cuba meleraikan namun turut ditumbuk sehingga cedera di muka dan badan, manakala isterinya jatuh kerana ditolak ketika cuba membantu meleraikannya.

“Kesemua suspek berusia 28 tahun ke atas itu, turut bertindak merosakkan kereta mangsa, sehingga menyebabkan cermin depan dan sisi pecah selain kemek, sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurut Manoharan, pihaknya masih menyiasat motif serangan kerana mangsa dan anaknya yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi itu mendakwa, tidak tahu punca sebenar mereka diserang.

Bagaimanapun katanya, pihak polis sudah mengenal pasti salah seorang suspek yang juga pemilik kereta MyVi itu dan tangkapan akan dibuat tidak lama lagi.

“Kita masih menyiasat sama ada kejadian ini disebabkan perselisihan faham atau masalah jalan raya. Jadi saya harapkan semua suspek untuk menyerah diri, sebelum polis sendiri menahan mereka di rumah.

“Jika keluarga mereka tahu mengenai kejadian ini, saya harap dapat menasihatkan anak mereka untuk menyerah diri di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 323 KK kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Syarikat didenda kerana curi air

SEREMBAN – Sebuah syarikat pembinaan yang beroperasi di Nilai dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, setelah mengaku bersalah atas tuduhan melakukan penyambungan tidak sah terhadap paip utama milik Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains).

Syarikat berkenaan sebagai orang kena saman (OKS) itu turut berdepan tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Pengarah syarikat pembinaan terbabit, Yeoh Jin Woon yang hadir mewakili syarikat berkenaan bersama peguam, Justin Wee membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin M. Kumasudnary setelah pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Azjamaatuliza Farrah Ain Jamludin.

Menurut pertuduhan, syarikat pembinaan Quick Series Construction Sdn. Bhd. (Quick Series) telah didakwa melakukan penyambungan tidak sah kepada paip utama milik Sains.  

Quick Series dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 123, Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA) 2006 yang menetapkan hukuman denda maksimum sebanyak RM100,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.  Berdasarkan fakta kes, pada 25 November 2009, Pegawai Sains, Mohd Ikram Ramil telah melaporkan kepada Span bahawa satu tapak pembinaan yang terletak di Nilai Springs Heights,  Mukim Setul, Bandar Baru Nilai, disyaki membuat penyambungan tidak sah kepada paip utama awam.

Bertindak atas maklumat, Pegawai Serbuan Span, Mohadir bin Hid bersama beberapa pegawai Sains telah menjalankan penyiasatan ke atas tapak tersebut pada hari yang sama dan mendapati sebuah rumah kongsi pekerja sedang mengambil air melalui satu sambungan di tetiang meter di sebuah lot banglo kosong di Jalan Kasturi 2, Taman Kasturi Heights yang terletak bertentangan dengan rumah kongsi tersebut.

Empat beranak terselamat


Empat beranak terselamat
Rumah teres satu tingkat yang musnah terbakar, semalam.
LORONG PANDAN, MELAKA - Enam beranak nyaris rentung ketika sedang tidur apabila rumah yang didiami mereka di Jalan Kesidang 2/2, Taman Anika, di sini, terbakar awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, mangsa, Bahari Omar, 44, bersama isteri dan empat anaknya tidur di dalam dua bilik berasingan di rumah teres satu tingkat sebelum anak sulungnya, Diana, 18, terjaga dan melihat biliknya dipenuhi asap hitam.

Menurut Diana, dia yang tiba-tiba tersedar dari tidur terkejut apabila asap hitam memenuhi biliknya yang terletak di bahagian belakang rumah sebelum keluar dan melihat api marak di dapur.

“Selepas terjaga daripada tidur saya terus keluar bilik bilik dan nampak api di seluruh bahagian dapur.

“Saya terus memanggil ayah, ibu dan adik-adik yang tidur sebilik di bilik hadapan dan keluar menyelamatkan diri tanpa saya sempat mengambil sijil-sijil persekolahan di bilik saya,” katanya.

Sementara itu, Bahari berkata, dia dan ahli keluarga kemudian memaklumkan jiran di sebelah kiri rumah sebelum jiran mereka membantu menghubungi bomba.

“Selepas Diana menjerit ‘Ayah, Mak..api..api! ' kami terjaga dan terus keluar dari rumah dan mengejutkan jiran di sebelah kiri rumah sementara jiran sebelah kanan  tiada di rumah kerana pulang ke kampung.

“Kami hanya sempat mengeluarkan almari kecil dan televisyen, bingkai ayat al-Quran dan beberapa barangan lain yang terletak di ruang tamu semasa api sedang marak.

Menurutnya, kerugian dianggarkan sebanyak RM100,000 apabila seluruh dapurnya hangus selain 60 peratus bilik belakang terbakar.

“Bagaimanapun saya bersyukur ahli keluarga saya selamat dan Diana tersedar daripada tidur menyebabkan kami sempat keluar dari rumah,” katanya.

Bahari berkata, rumah yang dibelinya sejak 20 tahun lalu itu hanya kadang kala dikunjungi kerana menetap di rumah mentuanya di Kampung Semabok.

“Pada asalnya kami merancang untuk mengemas rumah tersebut namun terlelap selepas kami sekeluarga sampai di rumah ini kira-kira jam 1 pagi setelah penat berjalan raya di rumah abang Sulaiman Omar, 50, di Bukit Piatu.

Sementara itu, Pegawai Bomba Tinggi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Isa Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.35 pagi sebelum bergegas ke lokasi dan tiba 11 minit kemudian.

“Empat jentera iaitu dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dan masing-masing satu dari Bukit Katil dan Tangga Batu dikejar ke lokasi sebelum api berjaya dikawal oleh 19 anggota termasuk tiga pegawai.

“Ketika jentera pertama sampai api sedang marak di bahagian dapur dan sebuah bilik belakang bagaimanapun api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.05 pagi dan berjaya menyelamatkan bahagian hadapan rumah tersebut,” katanya.

Menurut Isa , punca kebakaran dan kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Pengasuh direman cuai jaga keselamatan bayi


Pengasuh direman cuai jaga keselamatan bayi
Suspek (kanan) dikawal anggota polis sewaktu dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
BUTTERWORTH - Seorang pengasuh berusia 48 tahun ditahan reman selama dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang mengalami kecederaan teruk akibat terbakar semasa berada di bawah jagaannya.

Suspek yang tinggal di Flat Mak Mandin di sini ditahan malam semalam selepas ibu bapa bayi malang itu membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pengasuh terbabit yang dikatakan cuai menjaga keselamatan anak mereka.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Butterworth, Ahmad Faid Md Zain untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Suspek yang dibawa ke Mahkamah Butterworth semalam dilihat murung dan enggan berbual dengan ahli keluarganya yang turut hadir untuk memberikan sokongan moral kepadanya.

Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi 15 Ogos lalu, mangsa, Y Meysshvin, anak tunggal pasangan A Yogeshwaran dan Ranjita Kaur, yang dijaga suspek mengalami kecederaan parah terbakar 70 peratus badannya.

Kejadian itu berlaku semasa mangsa ditinggalkan berseorangan tidur di dalam buaian di rumah suspek di tingkat empat flat itu.

Semasa kejadian suspek dikatakan turun ke kedai membeli barangan dapur dan hanya menyedari rumahnya terbakar selepas dimaklumkan jirannya.

Bagaimanapun tindakan pantas jiran dalam usaha memadam api yang dikatakan berpunca dari tokong kecil di dalam rumah suspek berjaya menyelamatkan bayi malang itu daripada  mati terbakar.

Bayi malang itu kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang.

Dua parah kereta terbabas


Dua parah kereta terbabas
Proton Persona terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Jalan Muda Linggi, semalam.
SEREMBAN – Dua lelaki cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Jalan Muda Linggi, di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Ampangan.

Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai hilang kawalan pemanduan lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum melanggar satu pasu bunga dan sebatang tiang lampu.

“Rempuhan itu menyebabkan kereta mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum berhenti.

“Kita terpaksa meminta bantuan anggota bomba untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa tersepit  berikutan kenderaan remuk,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian tersebut tidak membabit kenderaan lain.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dikepala dan badan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk rawatan lanjut.

“Buat masa ini kita masih siasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan kenderaan itu dipandu laju sebelum kemalangan,” katanya.

Kilang, rumah papan terbakar


Kilang, rumah papan terbakar
Anggota bomba memadamkan sisa kebakaran yang menyebabkan dua kilang serta sebuah rumah musnah terbakar di Kampung Baru Salak Selatan, semalam.
KUALA LUMPUR - Kegiatan pemilik premis yang mengubahsuai kediaman menjadi kilang perabot dan besi haram terbongkar apabila premis itu hangus dalam kebakaran di Kampung Baru Salak Selatan, di sini, semalam.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu disedari oleh orang ramai yang melalui kawasan terbabit, sebelum menghubungi bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 12.48 tengah hari.

Beliau berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira 13 minit kemudian dan api berjaya dikawal sepenuhnya daripada merebak ke tempat lain termasuk beberapa rumah berhampiran pada jam 1.17 petang.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ketika kejadian, terdapat empat orang dipercayai pekerja kilang berada di dalam rumah berkenaan. Mereka bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.

"Jumlah kerugian sebenar serta punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, tempat kejadian merupakan perkampungan yang terdiri daripada rumah papan.

Katanya, sebanyak lima jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Pudu, Sentul, Sungai Besi dengan kekuatan seramai 30 anggota terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

2 pekerja keselamatan cuba pecah ATM ditahan

KUALA LUMPUR- Polis menahan dua pekerja syarikat keselamatan yang cuba memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan membakar mesin tersebut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini pada 15 Ogos lepas.
   
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata pada hari tersebut seorang pengawal keselamatan di UKM ternampak sekumpulan lima suspek dalam keadaan mencurigakan dalam ruang lokasi mesin ATM kira-kira pukul 7.40 petang.
   
"Apabila pengawal keselamatan itu menghampiri kesemua suspek, mereka menunjukkan pas pekerja yang menunjukkan mereka sebagai petugas juruteknik sebuah syarikat keselamatan.
   
"Bagaimanapun pengawal keselamatan itu terhidu bau hangit seperti bahan terbakar dan terus membuat pemeriksaan teliti dan terserempak empat suspek lain mencucuh api gas Oxy ke atas mesin ATM untuk mencuri wang dalam mesin berkenaan," kata Ab Rashid kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau berkata pengawal keselamatan kemudian menahan seorang daripada suspek tersebut manakala seorang oleh polis namun tiga lagi rakan mereka sempat melarikan diri menaiki sebuah kereta.

Ab Rashid berkata ketiga-tiga suspek lain itu bertugas sebagai mekanik dan juruteknik syarikat keselamatan yang kini dijejaki polis.   
   
“Polis merampas satu set tong gas Oxy, satu batang kuku kambing, dua pasang sarung tangan dan lain-lain peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri wang daripada mesin ATM itu,” katanya.
   
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis sedang memburu beberapa anggota daripada dua kumpulan terlibat dalam kegiatan mencuri wang ATM di sekitar Lembah Klang termasuk kejadian pada 19 Ogos lepas di Taman Tun Dr Ismail di sini.
   
Beliau tidak menolak kemungkinan kesemua kejadian membabitkan kakitangan syarikat kawalan keselamatan yang dilantik pihak bank mengurus pengendalian wang tunai bagi mesin-mesin ATM.
   
"Suspek dipercayai mempunyai pengetahuan tentang sistem keselamatan dan ciri rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi untuk melakukan jenayah memecah dan mencuri wang daripada mesin tersebut,"katanya. -Bernama