Search This Blog

Loading...

Sunday, August 12, 2012

Wanita Nigeria ugut bunuh diri halang kekasih ditahan Imigresen



NUR FARHANA ABDUL MANAN
12 Ogos 2012
Wanita Nigeria ugut bunuh diri halang kekasih ditahan Imigresen
Sebahagian warga asing yang ditahan di Bandar Kinrara 9, Puchong awal pagi tadi.
PUCHONG – Demi kerana cinta seorang wanita warga Nigeria sanggup mengugut untuk menikam dirinya apabila kekasihnya diberkas oleh Jabatan Imigresen dalam satu serbuan di Bandar Kinrara 9 di sini, awal pagi tadi.

Pada awalnya, wanita berkenaan dikatakan memeluk kekasihnya, namun bertindak meluru ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong sayur apabila diberitahu pasanganya perlu ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah.

Wanita terbabit kemudian mengacukan pisau ke perutnya, namun cubaan bunuh diri itu gagal apabila anggota penguat kuasa bertindak pantas merampas senjata tajam itu.

Pasangan wanita berkenaan adalah antara  49 warga asing yang ditahan dalam dua operasi berasingan di Bandar Kinrara dan Taman Putra Perdana Puchong.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen 1 Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Abd Malik Bujang berkata, 116 warga asing membabitkan pelbagai negara termasuk Nigeria, Tanzania dan Myanmar diperiksa dari rumah ke rumah.

Serbuan mengejut dilakukan selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung gangguan oleh warga asing terbabit.

Menurutnya, penduduk tempatan mendakwa kebanyakkan warga asing membuat bunyi bising selain mendakwa wujudnya kegiatan jenayah komersial dan juga berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Pemeriksaan dilakukan dari rumah ke rumah dihuni warga asing dan kebanyakkan yang ditahan didapati tiada dokumen sah selain tinggal di negara ini melebihi masa ditetapkan.

“Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 30 tahun akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(c) dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1963,” katanya.

Monorel: ERP bantu urusan selamatkan penumpang terkandas




12 Ogos 2012
Monorel KL rosak, 100 penumpang cemas
Kelihatan pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan skylift untuk menyelamatkan beberapa penumpang yang terkandas dalam monoral di Brickfield petang ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR -  Latihan simulasi berpandukan Prosedur Respons Kecemasan (ERP) membantu memudahkan operasi menyelamat apabila sebuah tren monorel mengalami kerosakan di Brickfields semalam, kata KL StarRail Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan monorel KL.

Kejadian pukul 1.58 tengah hari itu menyebabkan 183 penumpang terperangkap dalam tren berkenaan dan diselamatkan dalam operasi pemindahan dari tren ke tren yang julung kali dilakukan di negara ini.

Ketua pegawai operasi  KL StarRail Sdn Bhd, Abdul Hadi Amra berkata, pasukan penyelamat memanfaatkan latihan ERP yang diadakan setiap tahun bersama agensi berkaitan – Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, hospital, St John Ambulance dan Rela.

"Kami berjaya mengawal keadaan semalam dan menyelamatkan setiap orang, termasuk menghantar tiga penumpang yang memerlukan pemerhatian kesihatan ke hospital berdekatan dengan segera.

"Kami bersyukur kepada Allah kerana tidak berlaku kemalangan jiwa dan kecederaan serius," katanya dalam kenyataan hari ini. Perkhidmatan monorel disambung semula pada 4.30 petang. - Bernama

Orang ramai diminta berhati-hati ketika membeli-belah




12 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Dalam keghairahan orang ramai terutama kaum wanita membeli-belah di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India di sini, mereka diingatkan agar tidak leka dengan perbuatan jenayah seperti menyeluk saku dan ragut.
 
Anggota Jawatankuasa Biro Keselamatan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR, Abdul Rahman Sulaiman menasihati kaum wanita agar tidak memakai barang kemas dan berharga serta membawa beg tangan yang terlalu besar kerana ia boleh mengundang bahaya.

"Kita telah tangkap beberapa warga asing yang menoreh beg tangan pengunjung dengan menggunakan pisau kecil dan mencuri barangan berharga seperti telefon bimbit dan beg duit.
 
"Saya anggarkan antara 30,000 hingga 40,000 pengunjung datang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India bagi membuat persiapan Hari Raya dan mereka datang seawal pukul 8 pagi," katanya kepada Bernama.
   
Abdul Rahman berkata anggota persatuannya bergilir-gilir bertugas di kedua-dua kawasan tersebut bagi memastikan keselamatan pengunjung.

"Kami bertugas 24 jam sehari dengan 10 orang bersiap sedia di tempat khas kami bagi menjaga keselamatan pengunjung serta kira-kira 400 penjaja," katanya.
 
Persatuan itu yang ditubuhkan sejak 2007 sentiasa berkerjasama dengan Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Polis Diraja Malaysia bagi menjaga keselamatan di kawasan tersebut.
 
Seorang pengunjung Nur Baiti Bukhari, 29, dari Damansara Damai berkata beliau mengambil kesempatan untuk mengunjungi bazar tersebut sempena cuti hujung minggu.
 
"Walaupun terpaksa bersesak-sesak dan berhimpit dengan ramai orang, namun saya berpuas hati kerana dapat membeli baju raya yang saya inginkan dan situasi ini merupakan situasi yang hanya berlaku setahun sekali sahaja," katanya yang ditemani seorang lagi rakan iaitu Nor Asmaniza Ahmad, 30.
 
Seorang peniaga kain tudung wnita, Syed Haris Amir, 17, berkata pengunjung mula membanjiri Jalan TAR sejak penjawat awam mendapat bonus.
 
"Saya dan abang saya tidak menang tangan melayan pelanggan yang ingin mendapatkan kain tudung di gerai kami dan kemungkinan malam raya nanti, kita akan adakan jualan lelong dengan harga RM10 untuk tiga helai tudung bercorak pelbagai warna," katanya. - B

Pesawat kargo ke bulan terbakar



12 Ogos 2012
WASHINGTON - Keceriaan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa) meraih kejayaan pendaratan robotik di Marikh minggu lalu, tidak berpanjangan apabila pesawat kargo ke bulan yang baru dilepaskan  beberapa saat terhempas dan terbakar di Pusat Angkasa Kennedy, Florida.

Pesawat yang di namakan Morpheus itu adalah ciptaan prototaip kos rendah yang mampu mengangkut beban kargo sehingga 498 kilogram.

Jurucakap Nasa, Lisa Malone berkata, kegagalan disebabkan berlaku kecairan oksigen di dalam pesawat.

"Berlaku kecelaruan pada peranti mekanikal dalam sistem navigasi kerana dalam 19 ujian pelancaran Morpheus di Pusat Angkasa Johnson Houston, pesawat ini diikat pada kren berbanding ujian terakhir di Florida yang dilakukan secara  pelepasan solo," katanya.

Morpheus menggunakan oksigen dan gas metana dalam usaha meminimumkan bahan bakar malah suber metana juga lebih murah yang boleh dihasilkan melalui ais pada suhu di bulan dan di planet Marikh.

Setakat ini, Nasa telah  membelanjakan AS$7juta (RM22 juta) bagi program Morpheus.

36 lokasi panas dikenal pasti



AZIZAN INCHE HARUN
12 Ogos 2012
36 lokasi panas dikenal pasti
Mohd Mokhtar mengedarkan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Skudai, semalam.
JOHOR BAHRU – Seramai 650 pegawai dan anggota polis negeri ini bakal bertugas di 36 lokasi hot spot kemalangan sempena Ops selamat yang bakal bermula pada 12 hingga 26 Ogos ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, Ops Selamat pada kali ini berkonsepkan ronda untuk memastikan rumah selamat dan pengguna jalan raya selamat sampai ke destinasi.

Menurutnya, pihaknya telah mengenal pasti 36 lokasi yang dikenali sebagai hot spot kemalangan yang kerap berlaku terutama dalam Ops Sikap yang diadakan sempena musim perayaan pada tahun lepas.

“Tahun ini kita wujudkan transformasi ‘selamat’ untuk memastikan bukan sahaja orang ramai selamat sampai ke destinasi, tetapi keadaan rumah juga selamat ketika ditinggalkan.

“Kita turut menggesa tuan rumah mengambil langkah keselamatan supaya rumah dikunci dan lampu dipasang walaupun penghuni pulang ke kampung supaya tidak menarik perhatian perompak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Ops Selamat dan Kempen Rumah Selamat Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri di Plaza Tol Skudai, di sini, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pada Ops Sikap tahun lepas, sebanyak 42 kematian dilaporkan daripada keseluruhan 2,556 kes kemalangan yang dicatatkan sepanjang tempoh operasi dijalankan.

Menurutnya, pada Ops Selamat pada tahun ini pihaknya menjalinkan kerjasama bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Kita merayu pengguna jalan raya supaya patuhi peraturan jalan raya dan tidak memandu dalam keadaan kelam-kabut kerana polis tidak akan bertolak-ansur mengeluarkan saman.

“Tak ada maaf-maaf kalau anda melakukan kesalahan, kerana yang penting kita sayangkan nyawa anda dan keluarga yang sedang menanti kepulangan anda. Biar lambat asal selamat,” katanya.

Rumah penduduk kerap dipecah masuk



IZWAN ROZLIN
12 Ogos 2012
Rumah penduduk kerap dipecah masuk
Thing Lai menunjukkan jeriji tingkap rumahnya yang lima kali diumpil.
KUALA LUMPUR - Sebuah longkang besar bertangga didakwa memudahkan penjenayah memecah masuk perumahan di Jalan Burung Garuda, Taman Bukit Maluri, Kepong dekat sini.

Faktor itu menyebabkan penduduk di situ diselubungi kebimbangan berikutan kekerapan cubaan memecah masuk kediaman malah, bertindak lebih berani dengan menyamun mangsa ketika menggunakan lorong pejalan kaki ke platform 2 stesen komuter Taman Bukit Maluri.

Beberapa penduduk yang ditemui mahu sesuatu dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menangani isu berkenaan yang disifatkan terlalu kritikal.

Penduduk, Ti Thing Lai, 42, berkata, rumahnya pernah dipecah masuk tahun lalu dan tahun ini hampir lima kali tindakan sama cuba dilakukan penjenayah.

“Penjenayah memanjat masuk melalui tembok rumah dan sering mengumpil besi jeriji tingkap untuk masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, kumpulan penjenayah itu yang bergerak secara berkumpulan turut membuang air besar di rumahnya setiap kali gagal masuk ke dalam rumah dan kesempatan itu diambil ketika dia tiada di rumah.

Akibat kejadian itu, dia mengalami kerugian berikutan barang berharga dilarikan selain terpaksa mengeluarkan kos membaik pulih besi dan jeriji tingkap rosak.

Menceritakan pengalaman sama, ibu kepada kepada tiga anak Loo Yoke Moi, 37, berkata, dia sekeluarga kini hidup dalam ketakutan selepas enam kali insiden cubaan pecah ke rumahnya berlaku.

“Rumah saya pernah dipecah masuk pada 2010. Ketika itu saya sekeluarga tiada di rumah dan kejadian itu menyebabkan saya tidak berani untuk melepas anak bermain di luar rumah,” katanya.

Menurutnya, aduan sudah banyak kali dibuat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pondok menunggu ke stesen komuter bersebelahan rumahnya diminta dialihkan ke tempat lain supaya tidak menjadi tempat melepak orang luar.

Tan Jen, 64, pula berkata dia bernasib, penjenayah lapan kali gagal untuk masuk ke rumah kerana kejadian disedari awal.

“Semua kejadian berlaku pada waktu malam mereka panjat masuk namun saya sempat menjerit dan ke semuanya melarikan diri,” katanya.

Penyelaras BN Kepong Lau Hoi Keong berkata pihaknya kini sedang berurusan dengan polis untuk menganjurkan sesi dialog di kawasan itu.

“Apa yang saya diberitahu penduduk juga akan menyerahkan memorandum kepada DBKL agar pondok menunggu yang ada berhampiran rumah penduduk dialihkan malah penduduk juga mahu tangga menuruni longkang besar ini dibuka,” katanya

Difahamkan hasil perbincangan yang dibuat, DBKL bersetuju untuk membina halangan supaya kenderaan tidak dapat memasuki kawasan lorong pejalan kaki bagi memudahkan penjenayah menjalankan aktivitinya.

Sementara itu, Pengurus KTMB Wilayah Tengah Md Rusli Md Nor berkata, perkara itu kini dalam perhatian pihaknya untuk tindakan lanjut dan KTMB akan memberikan kerjasama penuh bagi menangani isu terbabit.

Henti edar poster aib



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Ogos 2012
Henti edar poster aib
Mohammad Saiful Amri (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung pengedaran poster membabitkan pemimpin pembangkang di Ayer Baloi, kelmarin.
PONTIAN - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia, kawasan Pontian, kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang didakwa mengedar poster gambar beberapa pemimpin tertinggi parti pembangkang dalam keadaan memalukan.

Penyelarasnya, Mohammad Saiful Amri Saifullah berkata, pengedaran poster yang menggunakan pelbagai kata-kata kesat terhadap pemimpin dan parti pembangkang turut dikesan dibuang di hadapan sebuah sekolah rendah di Benut, di sini.

Menurutnya, poster itu diedarkan di kawasan pekan kecil di Tampok, Ayer Baloi dan Benut, sejak awal pagi kelmarin.
Mohammad Saiful Amri mendakwa, kira-kira 300 poster dijumpai sepanjang kerja pembersihan dan pengutipan yang dijalankan bersama ahli pertubuhan.

Jelasnya, dia tidak menolak kemungkinan, jumlah poster yang dibuang mencecah angka ribuan memandangkan pihaknya masih menerima aduan daripada orang ramai dan ahli pertubuhan.

Tambahnya, poster berkenaan seperti menghina perjuangan parti pembangkang apabila secara terang-terangan mempermainkan gambar pemimpin tertinggi Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain.

“Selain gambar, kata-kata kesat yang sungguh memalukan kepimpinan tertinggi Pas turut ditulis di poster berkenaan yang jelas menunjukkan kebiadaban pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

“Lebih memalukan, perkara ini terjadi pada Ramadan dan sanggup diedar di hadapan sekolah rendah,” katanya kepada Sinar Harian, di Ayer Baloi, di sini, kelmarin.
Mohammad Saiful Amri berkata, poster berkenaan turut dicetak dalam saiz A4 atau seperti risalah bagi diedarkan dari rumah ke rumah di beberapa kampung dan kedai di kawasan pekan kecil, di sini.

Justeru, satu laporan polis di Balai Polis Ayer Baloi dibuat petang kelmarin, berhubung pengedaran poster itu.
“Kami mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan mencari dalang pelaku pengedaran poster ini, memandangkan hal sebegini sudah terlalu kerap berlaku,” katanya.

Menurutnya, perkara sama berlaku pada awal Januari lalu, tetapi ketika itu bilangan poster yang diedar tidak banyak berbanding yang terbaru ini.
T
egasnya, pihak yang mengedar poster ini perlu bertanggungjawab dan segera berhenti daripada melakukannya, kerana tindakan mereka jelas menunjukkan taktik  politik kotor.

Bantah pembinaan kuil



RAZIF ROSLI
12 Ogos 2012
Bantah pembinaan kuil
Penduduk Kampung Klian Intan bersama sepanduk dan kain rentang membuat bantahan pembinaan rumah ibadat Siam.
PENGKALAN HULU – Penduduk Klian Intan, di sini, menggesa campur tangan pihak berkuasa untuk menghalang pembinaan sebuah kuil di kawasan bukit berhampiran dengan Tanah Perkuburan Islam Klian Intan.

Pemangku Ketua Kampung Klian Intan, Zainal Jusuh bersama-sama masyarakat di situ menegaskan, pembinaan kuil itu dirasakan tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di situ yang kebanyakannya beragama Islam.

Menurutnya, kuil berkenaan sepatutnya dibina di kawasan lebih bersesuaian dan pihak berkenaan sepatutnya lebih menghormati sensitiviti agama dalam perkara tersebut.

"Lebih 90 peratus penduduk di sini beragama Islam dan kami tegaskan, tujuan bantahan ini bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak, sebaliknya menggesa mereka untuk turut sama berfikir tentang masalah penduduk Islam di sini.

"Kita tidak halang pembinaan rumah ibadat penganut agama lain, namun biarlah ia berjauhan dari tanah perkuburan Islam. Sebanyak enam aduan dibuat oleh penduduk bagi membantah pembinaan kuil itu kepada semua jabatan kerajaan termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu," katanya.

Menurut Zainal, kerana tiada tindakan daripada pihak berwajib hingga kini, penduduk kini meminta Kerajaan Negeri campur tangan demi kesucian Islam dan mereka juga tidak mahu perkara itu menjadi isu lebih besar selepas ini.

Lebih 50 penduduk Klian Intan berhimpun secara aman bagi membantah pembinaan kuil yang hanya berjarak 50 meter dari tanah perkuburan Islam serta dua kilometer daripada kawasan kampung.

Penduduk, Idrus Hassan, 47 mencadangkan agar pembinaan kuil berkenaan dipindah ke kawasan lain yang mempunyai lebih ramai penduduk berketurunan Thailand.

"Saya cadangkan bina kuil itu di Kampung Pong yang terletak 9 Kilometer dari sini. Masalah pembinaan kuil itu sekarang ini adalah lokasinya tidak bersesuaian kerana di sini majoriti penduduk beragama Islam," katanya.

Pura-pura solat elak dicekup



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Ogos 2012
Pura-pura solat elak dicekup
Seorang pengemis yang ditahan pegawai operasi.
Pura-pura solat elak dicekup
Kumpulan pengemis dan kutu rayau gembira menerima makanan percuma.
GEORGETOWN - Seorang wanita warga asing berpura-pura solat hampir 30 minit bagi mengelakkan dia ditahan penguatkuasa ketika operasi bersepadu menyelamatkan pengemis dan kutu rayau di sekitar bandar ini.

Bagaimanapun, taktik wanita itu tidak mampu memperdaya penguatkuasa daripada menangkapnya kerana bergelandangan di sekitar Masjid Kapitan Keling, semalam.

Bukan wanita itu sahaja cuba memperdaya, tetapi ada juga yang memberitahu kehadiran mereka adalah bertujuan membayar zakat kepada amil di masjid itu yang dilantik kerajaan.

Tidak cukup itu, ada juga yang menyembunyikan diri di dalam tandas masjid dengan harapan mereka tidak ditahan, namun kecekapan penguatkuasa membuatkan mereka tewas dengan lakonan itu.

Kesemua mereka adalah antara 42 pengemis dan kutu rayau yang ditahan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu menyelamatkan pengemis dan kutu rayau.

Operasi berkenaan melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, Ikatan Relawan Malaysia (Rela), penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Pada mulanya, operasi itu hampir terbantut apabila seorang remaja mengejutkan orang ramai dengan menjerit "Lari..lari...selamatkan diri...depa dah mai dengan trak.”

Kebanyakan mereka ketika itu sedang menunggu sumbangan makanan yang disedekahkan peniaga sekitar sebelum solat Asar menjadi kecoh apabila remaja berkenaan mengejutkan mereka terdapat operasi bersepadu menyelamatkan pengemis dan kutu rayau di sekitar bandar ini.

Ada yang berlari, ada yang terpaksa menolak laju kerusi roda dan ada kanak-kanak yang menangis kerana ditinggalkan ibu bapa mereka.

Ada antara mereka tidak sempat membawa sekali beg pakaian, bantal dan pelbagai peralatan lain yang diletakan di ‘perkampungan sementara’ apabila melihat kelibat pihak berkuasa, semalam.

Operasi bersepadu dilakukan selamat mendapat maklumat pengemis dan kutu rayau yang semakin berleluasa di beberapa kawasan negeri ini terutamanya di bulan Ramadan.

Ketua Operasi, Khairul Amri Ahmad berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan kira-kira 42 orang pengemis dan kutu rayau yang berada di sekitar kawasan Masjid Kapitan Keling.

Menurutnya, selain Masjid Kapitan Keling, beberapa lokasi tumpuan lain kumpulan turut diserbu antaranya di sekitar Lebuh Queen, Jalan Penang dan Padang Kota Lama.

“Kita menerima aduan dari orang ramai dan peniaga yang mengadu terasa terganggu dengan kehadiran kumpulan pengemis dan gelandangan ini.

“Memang setiap kali bulan Ramadan mereka akan berkumpul di sekitar kawasan masjid ini bagi menantikan orang ramai yang ingin bersedekah dan memberikan makanan percuma namun tindakan kumpulan pengemis dan kutu rayau ini yang berkampung di kawasan kaki lima kedai berhampiran masjid membuatkan peniaga di sekitar kawasan itu tidak selesa,” katanya kepada media  ketika ditemui selepas selesai operasi berkenaan.

Khairul berkata, ada di antara pengemis dan kutu rayau  yang ditahan pernah diselamatkan sebelum ini.

"Ada juga sanggup datang Kedah, Perlis dan Perak semata-mata mahu mengharapkan ihsan orang ramai sempena bulan Ramadan," katanya.

Sementara itu, bagi yang diselamatkan, Khairul berkata, pihaknya akan mengenal pasti latar belakang mereka terlebih dahulu termasuk menghubungi ahli keluarga mereka untuk memaklumkan perkara ini segera.

"Bagi kes yang tidak mempunyai ahli keluarga kita dan perlu diberikan perlindungan kita akan tempatkan di beberapa institusi kebajikan buat sementara yang akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya.

Pura-pura solat elak dicekup



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Ogos 2012
Pura-pura solat elak dicekup
Seorang pengemis yang ditahan pegawai operasi.
Pura-pura solat elak dicekup
Kumpulan pengemis dan kutu rayau gembira menerima makanan percuma.
GEORGETOWN - Seorang wanita warga asing berpura-pura solat hampir 30 minit bagi mengelakkan dia ditahan penguatkuasa ketika operasi bersepadu menyelamatkan pengemis dan kutu rayau di sekitar bandar ini.

Bagaimanapun, taktik wanita itu tidak mampu memperdaya penguatkuasa daripada menangkapnya kerana bergelandangan di sekitar Masjid Kapitan Keling, semalam.

Bukan wanita itu sahaja cuba memperdaya, tetapi ada juga yang memberitahu kehadiran mereka adalah bertujuan membayar zakat kepada amil di masjid itu yang dilantik kerajaan.

Tidak cukup itu, ada juga yang menyembunyikan diri di dalam tandas masjid dengan harapan mereka tidak ditahan, namun kecekapan penguatkuasa membuatkan mereka tewas dengan lakonan itu.

Kesemua mereka adalah antara 42 pengemis dan kutu rayau yang ditahan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu menyelamatkan pengemis dan kutu rayau.

Operasi berkenaan melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, Ikatan Relawan Malaysia (Rela), penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Pada mulanya, operasi itu hampir terbantut apabila seorang remaja mengejutkan orang ramai dengan menjerit "Lari..lari...selamatkan diri...depa dah mai dengan trak.”

Kebanyakan mereka ketika itu sedang menunggu sumbangan makanan yang disedekahkan peniaga sekitar sebelum solat Asar menjadi kecoh apabila remaja berkenaan mengejutkan mereka terdapat operasi bersepadu menyelamatkan pengemis dan kutu rayau di sekitar bandar ini.

Ada yang berlari, ada yang terpaksa menolak laju kerusi roda dan ada kanak-kanak yang menangis kerana ditinggalkan ibu bapa mereka.

Ada antara mereka tidak sempat membawa sekali beg pakaian, bantal dan pelbagai peralatan lain yang diletakan di ‘perkampungan sementara’ apabila melihat kelibat pihak berkuasa, semalam.

Operasi bersepadu dilakukan selamat mendapat maklumat pengemis dan kutu rayau yang semakin berleluasa di beberapa kawasan negeri ini terutamanya di bulan Ramadan.

Ketua Operasi, Khairul Amri Ahmad berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan kira-kira 42 orang pengemis dan kutu rayau yang berada di sekitar kawasan Masjid Kapitan Keling.

Menurutnya, selain Masjid Kapitan Keling, beberapa lokasi tumpuan lain kumpulan turut diserbu antaranya di sekitar Lebuh Queen, Jalan Penang dan Padang Kota Lama.

“Kita menerima aduan dari orang ramai dan peniaga yang mengadu terasa terganggu dengan kehadiran kumpulan pengemis dan gelandangan ini.

“Memang setiap kali bulan Ramadan mereka akan berkumpul di sekitar kawasan masjid ini bagi menantikan orang ramai yang ingin bersedekah dan memberikan makanan percuma namun tindakan kumpulan pengemis dan kutu rayau ini yang berkampung di kawasan kaki lima kedai berhampiran masjid membuatkan peniaga di sekitar kawasan itu tidak selesa,” katanya kepada media  ketika ditemui selepas selesai operasi berkenaan.

Khairul berkata, ada di antara pengemis dan kutu rayau  yang ditahan pernah diselamatkan sebelum ini.

"Ada juga sanggup datang Kedah, Perlis dan Perak semata-mata mahu mengharapkan ihsan orang ramai sempena bulan Ramadan," katanya.

Sementara itu, bagi yang diselamatkan, Khairul berkata, pihaknya akan mengenal pasti latar belakang mereka terlebih dahulu termasuk menghubungi ahli keluarga mereka untuk memaklumkan perkara ini segera.

"Bagi kes yang tidak mempunyai ahli keluarga kita dan perlu diberikan perlindungan kita akan tempatkan di beberapa institusi kebajikan buat sementara yang akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya.

Jalan sesak gara-gara pengguna ghairah beli kerepek, kuih



12 Ogos 2012
Jalan sesak gara-gara pengguna ghairah beli kerepek, kuih
Keadaan laluan sesak menghala ke kawasan jualan kerepek.
SUNGAI LANG, Kuala Langat - Laluan di Kampung Sungai Lang, Banting sesak kerana menjadi tumpuan masyarakat dalam dan luar daerah yang mencari kerepek serta kuih muih sebagai persediaan Aidilfitri nanti.

Pengunjung dari Sabak Bernam, Rahimah Hassan berkata, dia tidak menyangka akan berdepan kesesakan sedemikian walaupun tiba seawal jam 9 pagi.

"Saya tidak berpeluang mendapatkan parkir walaupun sudah berlegar beberapa kali, malah tidak dapat memasuki kawasan perusahaan IKS (industri kecil dan sederhana) kerana keadaan begitu sesak.

"Ada juga pengunjung yang terpaksa pulang dengan tangan kosong tanpa kuih muih dan kerepek gara-gara tidak tahan dengan kesesakan yang mereka alami," katanya.

Menurut, disebabkan kesesakan itu juga terdapat pengusaha yang mengambil inisiatif membuka gerai di kawasan berhampiran bagi memudahkan pengunjung mendapatkan produk mereka.

"Fenomena itu menjadi bukti perusahaan iks seperti kuih muih dan kerepek menjadi tarikan serta berpotensi untuk dikembangkan," katanya.

Penduduk, Muhammad Amer Yusof berkata, kehadiran pengunjung begitu ramai membantu meningkatkan taraf kehidupan peniaga tempatan dengan jualan produk yang berlipat ganda berbanding di luar musim perayaan.

"Harga berpatutan yang ditawarkan menjadi salah satu daya tarikan selain kepelbagaian produk dan kita bangga apabila kampung ini menjadi tumpuan untuk membuat persediaan Aidilfitri," katanya.

Menahan kesejukan di beranda



12 Ogos 2012
Menahan kesejukan di beranda
Bahagian belakang tempat duduk inilah ruang yang digunakan Ghani untuk tidur sejak kejadian Jumaat lalu.
RANTAU PANJANG – Seorang warga emas di sini terpaksa menahan kesejukan bermalam di beranda rumahnya, selama seminggu setelah kediamannya dihempap pokok dalam kejadian ribut dan hujan lebat, di Kampung Tasek Cina, petang Jumaat lalu.

Warga emas, Ghani Awang Kechik, 68, tidur di beranda rumah yang hanya bersaiz 1.5x1 meter dengan beralaskan tikar dan tilam lama kerana ruang lain rosak sepenuhnya.

Ghani berkata, dia tidak mampu untuk membuang pokok buluh dan kebatu yang menghempap rumahnya disebabkan faktor usia yang sudah lanjut.

“Saya tidak mampu untuk mengupah orang membersihkan ranting, batang serta dahan pokok yang masih berselerak dengan pendapatan saya sebagai penarik beca.

“Hidup saya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” katanya.

Keseluruhan bumbung rosak teruk dan perlu digantikan dengan yang baru, malah rumah itu seperti tidak selamat untuk untuk diduduki kerana terpaksa ditongkat bagi mengelaknya daripada runtuh kerana kedudukannya agak condong daripada keadaan asalnya.

Biarpun kerosakan rumahnya agak teruk, Ghani yang tinggal sendirian sejak lima tahun lalu bersyukur terselamat kerana tidak ada di rumah ketika kejadian.

Lelaki yang mendakwa tidak mempunyai anak hasil perkahwinan dengan arwah isterinya ini berkata, kebiasaannya sekitar jam 5 petang dia berada di rumah, tetapi pada hari kejadian, dia tergerak hati untuk keluar membeli juadah berbuka puasa lebih awal dari biasa.

“Sebaik keluar dari rumah, hujan lebat diikuti angin kencang, saya singgah berteduh di pertengahan jalan.

“Apabila sampai di rumah, saya terkejut melihat keadaan rumah yang dihempap pokok,” katanya.

Menurutnya, biarpun sebelum ini tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, kali ini dia merayu bantuan bagi membolehkan dia dapat menjalani kehidupan seharian seperti sebelum kejadian Jumaat lalu.

“Saya berharap agar ada bantuan untuk membaik pulih rumah ini, kerana ruang inilah (beranda) tempat saya bermalam.

“Sekiranya hari hujan, saya perlu menutup pintu rumah bagi mengelak air hujan masuk ke ruang beranda,” katanya.

13 sekeluarga mangsa kebakaran terpaksa cari rumah sewa baru



12 Ogos 2012
13 sekeluarga mangsa kebakaran terpaksa cari rumah sewa baru
Azizi (tiga kanan) melihat bahagian dapur rumah Alias yang terbakar
SEMENTA - 13 sekeluarga terpaksa menumpang di dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) apabila ruang dapur rumah yang disewa sejak lapan bulan lalu di Jalan 2, Taman Klang Perdana itu terbakar ketika kesemua penghuni kediaman tiada di rumah.

Mangsa Alias Kamis, 50, berkata, kejadian hampir sama pernah menimpa mereka sekeluarga apabila rumah sewa yang didiami di Kampung Kebun Baru, Perepat musnah dalam kebakaran kira-kira setahun lalu.

"Disebabkan kejadian itu, kami berpindah ke rumah sewa sekarang dan malang sama menimpa namun kebakaran kali ini hanya berlaku di bahagian dapur.

"Disebabkan kebakaran ini, persiapan Aidilfitri terjejas apabila peralatan elektrik dan perkakasan dapur mengalami kerosakan teruk," katanya ketika ditemui dalam program ziarah Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan ahli jawatankuasanya.

Alias tinggal di rumah teres setingkat itu bersama 13 ahli keluarga termasuk isteri dan 10 anak berusia enam hingga 25 tahun serta tiga cucu itu mengalami kerugian sekitar RM5,000 ke RM7,000 disebabkan kebakaran jam 10 malam, Khamis lalu.

Menurutnya, kejadian hanya disedari salah seorang anaknya yang baru pulang ke rumah.

"Sebaik anak membuka pintu utama rumah, dia nampak wayar elektrik dan beberapa barang di bahagian dapur sedang terbakar. Dia menjerit meminta tolong daripada jiran berdekatan sebelum bersama sama memadamkan api,” katanya.

Menurutnya, dia yang baru pulang dari berniaga air minuman di bazar Ramadan TTDI Bukit Jelutong secara kebetulan tiba bersama anggota bomba untuk memadamkan kebakaran.

"Melihat keadaan itu, tiada harapan untuk kami menyelamatkan semua peralatan elektrik dan barangan yang tersimpan di dapur. Bagaimanapun, ketangkasan anggota bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke ruang lain dan kediaman jiran terdekat,” katanya.

Katanya, dia sekeluarga terpaksa menumpang sementara di dewan KRT sementara mencari rumah sewa lain untuk didiami.

“Kami agak sedih kerana kejadian berlaku ketika kita umat Islam hendak menyambut Aidilfitri tidak lama lagi dan bagaimanapun bersyukur kerana kami semua selamat,” katanya.

Pada kunjungan itu juga, Alias sekeluarga menerima juadah bersahur dan sumbangan kewangan daripada Majlis Perbandaran Klang. Dalam pada itu, mereka turut menerima bantuan bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Warung segera ladang kelapa sawit diserbu



12 Ogos 2012
KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berjaya membongkar rahsia peniaga ‘warung segera’ di ladang kelapa sawit di Felda Chini, Pekan dan menahan dua lelaki yang sedang membeli makanan di warung berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Ab Malek berkata, warung segera itu dipercayai dibuka pada minggu pertama Ramadan untuk bekalan kaki ponteng puasa di ladang itu.

Menurutnya, penguat kuasa Jaip turut menyoal siasat seorang peniaga lelaki dan wanita yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

“Mereka memulakan operasi menjelang tengah hari dengan menjual nasi bersama lauk pauk serta air kepada pekerja ladang yang tidak berpuasa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, Jaip merobohkan warung berkenaan dan mereka yang ditahan diberi nasihat dan notis.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda RM500 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya iaitu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 137 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya.

Selain itu katanya, hasil maklumat orang ramai, Jaip turut menyerbu beberapa kaki ponteng puasa di sebuah Felda di Jerantut.

Ahmad Raffli berkata, ketika serbuan dibuat, mereka yang sedang menjamu selera secara berkumpulan bertempiaran lari menyelamatkan diri dan meninggalkan pinggan nasi.

“Serbuan berikutan maklumat orang ramai berkenaan kaki ponteng puasa yang menjadikan kawasan ladang sebagai ‘port’ mereka menjamu selera ketika Ramadan,” katanya.

Wanita nyaris maut pandu kereta ketika mengantuk



12 Ogos 2012
Wanita nyaris maut pandu kereta ketika mengantuk
Ahli PPKM melihat kenderaan mangsa yang rosak sebelum ditarik ke bengkel.
KULIM - Seorang wanita berusia 20-an nyaris maut apabila kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Jalan Kilang Lama kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun keluar dari kereta dalam keadaan trauma.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa dipercayai memandu kenderaannya dengan laju tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas.

“Ini merupakan kejadian kedua berlaku di jalan ni. Walaupun jalan ini lurus, tetapi pemandu kereta sering terbabas dan punca utama mengapa ini berlaku adalah mengantuk. Mujurlah mangsa hanya merempuh pembahagi jalan.

"Sekiranya dia merempuh tiang atau pokok yang ada di tepi jalan, mangsa mungkin mengalami kecederaan lebih serius," katanya.

Ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang berada di tempat kejadian juga kemudiannya membantu mangsa keluar dari kereta, selain menarik kenderaan mangsa untuk dihantar ke bengkel sebelum dibaik pulih.

Pesara maut kereta rempuh wakaf



12 Ogos 2012
Pesara maut kereta rempuh wakaf
Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Taman Sri Batin, Gong Badak, Kuala Terengganu, kelmarin.
KUALA TERENGGANU – Seorang pesara terbunuh selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah wakaf dalam satu kemalangan yang berlaku di Taman Sri Batin, Gong Badak, di sini kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, As’ari Che Hassan berusia 61 tahun maut di tempat kejadian.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa yang tinggal di Taman Sri Batin dalam perjalanan pulang dari Masjid Wakaf Tembesu tiba-tiba terbabas ke kiri jalan dan terlanggar sebatang tiang telefon di bahu jalan.

Mangsa yang memandu Perodua Kembara kemudian merempuh sebuah wakaf di seberang jalan taman berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Setengah jam tahan sakit



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Ogos 2012
Setengah jam tahan sakit
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
SUNGAI CHOH, Hulu Selangor - Seorang pemandu lori terpaksa menahan kesakitan lebih setengah jam sebelum dapat diselamatkan akibat tersepit di tempat duduk pemandu setelah lori muatan itik beku dipandu melanggar belakang lori pasir di persimpangan Kilang Perodua di sini petang semalam.

Bagaimanapun mangsa, V Ravichandran, 46, hanya mengalami cedera di kedua belah kaki dan tangan kanan sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Menurut seorang daripada dua kelindannya, Gunasegaran, 26, kejadian itu berpunca daripada kerosakan brek ketika hendak berhenti di lampu isyarat di persimpangan tersebut.

“Brek rosak. Kami tak sempat elak dan terus langgar dari belakang lori,” katanya yang mengalami luka di mulut akibat hentakan.

Jelasnya, mereka dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang setelah menurunkan muatan itik beku di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian mereka telah memperlahankan kenderaan namun kerosakan brek menyebabkan pelanggaran dengan lori muatan pasir yang berhenti di hadapan.

Gunasegaran berkata, akibat pelanggaran itu, bahagian depan lori dinaiki remuk dan Ravichandran tersepit di tempat duduk pemandu manakala dia dan seorang lagi kelindan, Ramesh, 22, hanya cedera ringan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Noor Azhar berkata, anggota bomba terpaksa menggunakan lori pasir terbabit untuk menarik bahagian hadapan lori yang remuk bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Bahagian hadapan lori yang remuk telah menghimpit kaki mangsa.

"Kita terpaksa menggunakan khidmat lori pasir terbabit untuk menarik bahagian tersebut bagi memudahkan usaha mengeluarkan mangsa,” katanya.

Pokok punca kemalangan



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Ogos 2012
Pokok punca kemalangan
Keadaan jalan yang dihalang pokok hiasan terbabit.
TAIPING – Deretan pokok hiasan yang ditanam sebagai pagar bagi menutup kawasan loji di Taman Simpang Mulia, di sini, menyumbang kepada berlakunya kemalangan kerana menghalang penglihatan pengguna jalanraya.

Seorang penduduk, Sanisrie Omar, 43, berkata, pokok itu ditanam betul-betul berhampiran persimpangan di taman berkenaan menyebabkan banyak kemalangan berlaku terutama melibatkan motosikal yang kerap dilanggar di simpang empat jalan keluar masuk.

Menurutnya, kedudukan pokok yang dipercayai untuk menutup keadaan loji terbabit  sebenarnya mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Mana tidaknya pokok yang ditanam itu mempunyai daun yang cukup lebat sehinga menutup pandangan ke arah simpang yang akhirnya menjadi faktor utama kemalangan berlaku," katanya.

Katanya, sebelum ini dia sendiri telah berjumpa dengan pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) bagi merayu supaya tindakan untuk menebang pokok berkenaan dilakukan.

Namun, MPT menafikan itu bukan kawasan di bawah pentadbirannya dan memberitahu pokok yang ditanam itu milik pihak loji terbabit.

"MPT meminta saya mengadukan hal ini kepada pihak terbabit supaya kejadian kemalangan yang berlaku di kawasan itu tidak beulang lagi apabila pokok itu ditebang," katanya.

Sanisrie yang bekerja sebagai jurutera ada membuat pertemuan dengan pihak loji berkenaan dan pihak berkenaan menafikan pokok terbabit milik mereka.

"Kemudian, saya disuruh pula berjumpa MPT untuk tindakan menebang pokok itu diambil.

“Setelah mendengar keputusan daripada kedua-dua pihak, saya mengambil keputusan menebang pokok itu secara sendirian dan setakat yang saya mampu.

"Saya berharap pihak yang berkenaan dapat menunaikan tanggungjawab mereka terhadap keselamatan pengguna jalan raya di situ,"  katanya.

Tambahnya, sehinga kini terdapat lima kemalangan yang melibatkan motosikal dan kereta berlaku di situ.

"Bukan sahaja garisan pembahagi jalan malah isyarat tanda berhenti perlu juga diletakkan di bahu jalan di sini bagi mengelakkan lebih banyak pengguna menjadi mangsa.

"Saya amat berharap pihak loji dan MPT memberi kerjasama agar pokok yang mampu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya ini ditebang sama sekali meski kawasan itu tidak bertuan,” katanya.

Pengusaha restoran disamun kumpulan menyamar polis



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Ogos 2012
Pengusaha restoran disamun kumpulan menyamar polis
Abdullah
TAPAH - Seorang pengusaha restoran bukan sahaja berdepan dengan detik-detik cemas malah mengalami kerugian sebanyak RM30,000 apabila disamun sekumpulan individu  menyamar di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Dupeti Superitenden, Abdullah Arshad berkata, kejadian berlaku pada Selasa lalu, kira-kira jam 4 petang di Simpang Bidor Tahan setelah mangsa menyelesaikan urusannya di salah sebuah bank di Bidor.

Katanya, mangsa berusia 58 tahun bersama-sama anak lelakinya berusia 20-an dalam perjalanan pulang, kemudian kenderaan mereka dihimpit dengan sebuah kereta jenis Nissan.

Menurutnya, kereta  yang dipandu mangsa diarah berhenti di tepi jalan oleh suspek dan mereka menuruti arahan berkenaan kerana menyangka suspek anggota polis.

Beliau berkata, setelah kereta mangsa berhenti, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an  memakai vest polis turun dan menghampiri mereka.

“Apabila suspek sampai di kereta mangsa, lelaki itu mengatakan dia adalah anggota polis dan mahu membuat pemeriksaan kononnya mendapat maklumat kenderaan yang dinaiki mangsa ada berkaitan dengan kes dadah.

“Pada mulanya, mangsa percaya dengan kata-kata suspek dan membiarkan empat rakan suspek membuat pemeriksaan ke atas kenderaannya,” katanya.

Beliau berkata demikan kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah,  sini.

Hadir sama, Ketua Bahagian  Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir.

Abdullah berkata, anak mangsa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lalu cuba menghubungi pihak polis tetapi dua ahli kumpulan itu bertindak mengeluarkan parang sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM30,000 yang baru sahaja dikeluarkan mangsa dan wang tunai RM5,000 daripada beg mangsa.

"Kenderaan penjenayah itu menggunakan nombor plat yang didaftarkan untuk kereta Iswara," katanya.

Justeru itu, pihaknya kini sedang giat memburu sekumpulan lima lelaki yang menyamar sebagai anggota polis itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdullah menasihatkan orang ramai terutamanya di daerah berkenaan supaya berhati-hati apabila ditahan oleh individu yang memakai vest polis dengan menaiki  kereta persendirian.

“Untuk keselamatan, orang ramai  boleh terus pergi ke balai polis berdekatan jika berhadapan dengan situasi berkenaan.

“Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat kejadian jenayah serta lain-lain maklumat boleh berhubung terus di hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 ataupun balai-balai polis berdekatan,” katanya.

Remaja maut kereta rempuh tiang lampu



12 Ogos 2012
Remaja maut kereta rempuh tiang lampu
Amirul Ihsan yang parah di kaki kirinya.
LANGKAWI - Seorang remaja maut manakala seorang lagi rakannya cedera parah dalam kemalangan kereta awal pagi semalam di jalan Sungai Mengulu, Kuah menuju ke Padang Mat Sirat, di sini.

Dalam kejadian sekitar jam 2.15 pagi itu, mangsa Muhammad Afiq Noor Azam, 18, dari Kampung Kuala Teriang yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dan dipercayai kecederaan dalaman.

Rakannya mangsa yang juga pemandu kereta, Amirul Ihsan Ismail, 22 dari Kampung Padang Kandang, cedera parah selepas patah paha kiri Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut.

Kejadian itu, Muhammad Afiq dan Amirul Ihsan dikatakan dalam perjalanan dari Kuah menuju ke Padang Matsirat sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok dan melanggar tiang lampu jalan.

Kedua-dua mangsa yang tersepit di tempat duduk masing-masing dikeluarkan anggota bomba dalam masa 30 minit selepas terpaksa memotong bahagian bumbung.

Bapa Muhammad Afiq, Noor Azam Abdullah, 41, berkata, dua hari sebelum kejadian anaknya ada menunjukkan perubahan ganjil ketika berbuka puasa bersama keluarga dirumahnya.

“Dua hari lalu, arwah (Muhammad Afiq) bersungguh-sungguh meminta untuk mencium pipi neneknya yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

"Malahan, beberapa hari sebelum itu dia asyik menyebut nama moyangnya yang meninggal dunia kira-kira empat bulan lalu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat hospital semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga tidak menyangka itu adalah perubahan terakhir arwah untuk meninggalkan mereka sekeluarga.

“Saya dapat kesan dan tidak sangka ia menjadi petanda arwah akan pergi untuk selama-lamanya, arwah adalah anak harapan bagi meneruskan legasi perniagaan dobi yang keluarga kami jalankan,” katanya.

Norazam berkata pemergian Muhammad Afiq satu kehilangan besar pada keluarga kerana arwah adalah anak sulung dari empat adik beradik.

"Sebelum kejadian saya mengarahkan arwah untuk menghantar tempahan dobi di Lanai Resort (hotel), kemudian selepas itu kawannya (Amirul Ihsan) datang untuk menjemput makan malam bersama kawan-kawan mereka di Bandar Kuah.

"Sebelum, Muhammad Afiq akan menggunakan keretanya sendiri sekiranya dia keluar ke mana-mana, mungkin semua itu petanda dia. "Apapun saya terima dengan reda atas apa yang terjadi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah, berkata siasatan awal mendapati, ketika kejadian dua remaja terbabit dikatakan dalam perjalanan menuju ke Padang Matsirat, sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok dan melanggar tiang lampu jalan.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah Muhammad Afiq dituntut ahli keluarganya pada jam 11.20 pagi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Teriang, di sini, kira-kira jam 2 petang, semalam.

Penjenayah letupkan mesin ATM di Masjid Tanah




12 Ogos 2012
ATM Bank Rakyat Masjid Tanah
Anggota polis menjalankan siasatan di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah berikutan kejadian letupan untuk melarikan ATM.
ATM Bank Rakyat Masjid Tanah
Cawangan Bank Rakyat di Masjid Tanah rosak teruk ekoran kejadian letupan untuk melarikan mesin ATM.
MELAKA - Sungguhpun dengan menggunakan bahan letupan, namun sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah di sini, awal pagi ini.
  
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM).

Dipetik Bernama, beliau berkata, letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu.
  
"Polis menerima panggilan jam 3.40 pagi. Menurut saksi perbuatan itu dilakukan empat lelaki yang menaiki dua motosikal, namun mereka gagal melarikan wang daripada mesin ATM tersebut," katanya kepadaBernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
  
Beliau berkata jenis bahan letupan yang digunakan masih dalam siasatan.

2 juta mangsa banjir di Manila dapat bantuan kecemasan


MANILA 12 Ogos - Pihak berkuasa Filipina semalam bergegas untuk memberikan bekalan makanan dan bantuan kecemasan kepada lebih daripada dua juta penduduk yang terjejas ekoran banjir teruk yang mengorbankan 66 orang.
Banjir minggu lalu yang menenggelamkan 80 peratus daripada bandar Manila kini telah kembali reda dan membolehkan penduduk untuk kembali ke rumah mereka, namun kawasan pertanian yang rendah di kawasan utara kekal di bawah air.
Ketua Pertahanan, Benito Ramos berkata, ramai yang mencari perlindungan sepanjang musim banjir tersebut, termasuk 441,000 orang yang dipindahkan dalam kem pemindahan, akan diberi makan dan dijaga untuk tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari. - AFP

Lapan lelaki ditahan terbabit judi



KUANTAN 10 Ogos - Lapan lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan setelah dipercayai terbabit dalam aktiviti perjudian di sebuah rumah di Batu 3, Jalan Maran, dekat Temerloh petang kelmarin.
Serbuan pukul 5 petang itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan haram itu.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supritendan Zundin Mahmood, sebelum serbuan dibuat, polis sudah mengepung rumah itu untuk mengelak semua suspek yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun tersebut melarikan diri.
"Suspek enggan membuka pintu menyebabkan polis terpaksa merempuh masuk sebelum bergelut dengan mereka.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui wang tunai berjumlah RM670 dipercayai hasil daripada pertaruhan judi berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Selain itu, katanya, polis turut merampas wang tunai bersama daun terup dan kesemua suspek terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Temerloh untuk siasatan lanjut.
Kata beliau, siasatan awal juga mendapati rumah berkenaan dipercayai milik salah seorang suspek untuk digunakan sebagai markas perjudian.
"Lapan lelaki berkenaan dipercayai sudah terbabit dalam kegiatan haram itu sejak beberapa bulan lalu," ujarnya.
Dalam pada itu beliau berkata, polis memandang serius kegiatan perjudian yang dilaporkan kerap berlaku terutama pada Ramadan ini.
"Kita akan meneruskan operasi sama pada masa akan datang bagi membanteras kegiatan haram ini sekali gus menjadikan negeri ini bebas daripada kegiatan perjudian," ujarnya.

13 makmum maut disambar petir



DHAKA 11 Ogos - Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 15 lagi cedera apabila kilat menyambar sebuah masjid sementara di sebuah perkampungan di Bangladesh, semalam ketika penduduk kampung sedang menunaikan solat Tarawih.
Ketua polis, Bayes Alam berkata, kejadian berlaku di kampung Saraswatipur, kira-kira 200 kilometer ke timur laut Dhaka selepas kilat kuat menyambar bangunan yang diperbuat daripada besi nipis dan beratap jerami itu.
"Kesemua 13 mangsa, termasuk imam masjid maut di tempat kejadian," katanya. - AFP

Jepun kemuka ke ICJ



Pemandangan dari udara pulau Dokdo yang juga dikenali sebagai Takeshima di Jepun. - AFP
TOKYO 11 Ogos - Jepun akan mengemukakan kes pertikaian kawasan kepulauan dengan Korea Selatan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), selepas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak mengadakan lawatan mengejut ke kawasan pulau terbabit, semalam.
Seorang jurucakap Menteri Luar, Koichiro Gemba berkata, Jepun mengambil keputusan sebelah pihak itu bagi menyelesaikan isu pertikaian itu secara aman dengan Korea Selatan dengan membawanya ke ICJ.
"Selepas mendapati Korea Selatan mengambil langkah yang tidak boleh diterima, kami percaya penyelesaian pertikaian ke atas (pulau) Takeshima kepada ICJ adalah lebih penting berbanding berdiam diri, sekali gus mungkin dapat memperbaiki hubungan Tokyo dan Seoul.
"Kandungan kes ini perlu dinilai terlebih dahulu dan ia akan dikemukakan dalam tempoh terdekat," katanya.
Kepulauan yang dikenali sebagai Takeshima di Jepun dan Dokdo di Korea Selatan itu, terletak sama jarak antara kedua-dua negara terbabit dan dipercayai mempunyai simpanan gas asli yang bernilai berbilion dolar.
Lee merupakan pemimpin Korea Selatan pertama yang melawat kepulauan tersebut yang mencetuskan ketengangan hubungan antara kedua-dua negara sejak sekian lama.
Semalam, Jepun memanggil pulang Dutanya di Korea Selatan selepas Lee mengadakan lawatan kontroversi berkenaan.
Pegawai-pegawai Korea Selatan, bagaimanapun menjelaskan bahawa lawatan itu bertujuan menekankan kepentingan pulau itu sebagai kawasan simpanan bahan asli dan bukan untuk menimbulkan masalah antara kedua-dua negara.
Lee turut berkunjung ke pulau besar yang dikenali sebagai Ulleungdo, terletak di persisiran pantai timur semenanjung Korea yang tidak berada dalam kawasan pertikaian.
Bagaimanapun seorang pegawai tinggi Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan berkata, Korea Selatan tidak akan bersetuju dengan tindakan Jepun mengemukakan isu tersebut di ICJ kerana pulau Dokdo merupakan milik republik itu dan tidak berada dalam kawasan pertikaian. - REUTERS

88 peniaga asing ditahan di bazar Ramadan



JAMES Musa Singa (tengah) menunjukkan dokumen seorang warganegara Indonesia yang ditahan atas kesalahan menjadi agen haram pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Keuntungan berniaga di bazar Ramadan ternyata bukan sahaja dinikmati rakyat tempatan tetapi turut diambil kesempatan warga asing di ibu negara yang bekerja dan menjalankan perniagaan secara haram.
Ia terbukti apabila seramai 88 warga asing ditahan dalam pemeriksaan terhadap 158 premis dan gerai di lokasi-lokasi popular di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan Jalan Chow Kit, kelmarin.
Lebih memeranjatkan sekurang-kurangnya 10 warga asing dikesan menggunakan lesen perniagaan orang lain yang disyaki disewa.
Seorang warga Pakistan pula yang memegang pas pelajar mendakwa memiliki lesen perniagaan sebuah kedai di Jalan Masjid India daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Daripada jumlah yang ditahan itu, warga Indonesia merupakan paling ramai ditahan iaitu seramai 31 orang diikuti Pakistan (27), Bangladesh (20) dan selebihnya warganegara lain berusia 20 hingga 40 tahun.
Operasi bersepadu yang julung-julung kali diadakan Imigresen dan DBKL itu telah memeriksa seramai 354 warga asing dan menyita sebanyak 58 buah gerai bazar Ramadan atas pelbagai kesalahan.
Penolong Penguat Kuasa Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, operasi bersepadu itu dijalankan ekoran banyak aduan yang diterima berhubung penglibatan ramai warga asing di tapak bazar Ramadan dan premis-premis perniagaan.
"Kebanyakan mereka bekerja di kedai-kedai tekstil selain bazar Ramadan.
"Antara kesalahan yang dikesan membabitkan warga asing itu adalah melebihi tempoh dibenarkan di negara ini, melanggar syarat permit bekerja, tidak melalui proses pemutihan serta tidak mempunyai dokumen," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan kegiatan satu sindiket penyelewengan tapak bazar Ramadan di ibu negara yang mengaut keuntungan jutaan ringgit.