Search This Blog

Tuesday, August 7, 2012

Lelaki gagal curi pagar besi



Lelaki gagal curi pagar besi
Pagar didakwa pengadu cuba dilarikan seorang lelaki, petang kelmarin.
RANTAU PANJANG - Seorang pembeli besi buruk bertindak berani dengan cuba menanggalkan pagar jambatan di Tasek Bakong, petang kelmarin.
Bagaimanapun usahanya sia-sia kerana besi tersebut masih terlekat kemas pada jambatan itu.
Tindakan berani lelaki sekitar 40-an ini disaksikan penduduk yang melalui jambatan itu.
Biarpun sedar kedudukan jambatan itu di tengah laluan penduduk keluar masuk dari kampung itu , tetapi  lelaki berkenaan seolah-olah tidak takut ditangkap penduduk.
Pengadu seorang wanita yang enggan dikenali berkata, dia terkejut dengan tindakan berani pembeli besi buruk itu.
Menurutnya, dia tidak menyangka lelaki berkenaan berani melakukan kegiatan itu.
“Lelaki tidak dikenali itu datang untuk membeli besi buruk.
“Kemudian saya lihat dia cuba mengambil pagar jambatan yang rosak, apabila sedar saya melihatnya, dia hanya tersenyum,” katanya.
Tahun lalu Sinar Harian pernah menyiarkan aduan penduduk tentang bahaya berikutan pagar sedia ada rosak.
Sekitar September tahun lalu pihak berkenaan tampil menggantikannya dengan yang baru.
Bagaimanapun pagar tersebut rosak semula beberapa bulan lalu, berikutan penduduk kerap duduk di atas jambatan berkenaan.

Asap tebal disangka 'rusuhan'



Asap tebal disangka 'rusuhan'
mekanik sempat alihkan skuter sebelum api semakin marak.
Asap tebal disangka 'rusuhan'
Anggota bomba memadam sepenuhnya skuter yang terbakar dan hanya tinggal rangka.
Asap tebal disangka 'rusuhan'
Anggota polis dan JPAM memadam skuter terbakar menggunakan alat pemadam di Dewan MDB Gong Kemuntong.
BESUT- Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Mohd Razali Embong yang sedang membuat pemantauan Majlis Pengagihan Dana Hari Raya, terkejut melihat asap tebal di hadapan Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntung dan menyangka berlaku rusuhan di kawasan tersebut.
“Saya menyangka ada orang tidak puas hati terhadap sistem agihan dana kemudian bertindak membakar motosikal kerana ia berlaku di kawasan itu. Rupa-rupanya sebuah skuter terbakar,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang semalam, sebuah skuter yang diletakkan di hadapan Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntung musnah sama sekali akibat terbakar.
Bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Mohd Badrul Shah, memadam kebakaran pada motosikal skuter berkenaan berjaya menyelamatkan puluhan kenderaan lain yang terletak berhampiran.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam, skuter yang diletakkan di hadapan Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntung dekat itu bagaimanapun dan hanya tinggal rangka.
Mohd Badrul yang kebetulan berada berhampiran kawasan itu bergegas mengambil alat pemadam di Dewan MDB sebelum bertindak memadam kebakaran pada skuter yang sedang marak bagi menyelamatkan berpuluh kenderaan lain.
Sebelum kejadian, seorang mekanik dikatakan sedang membaiki enjin skuter itu namun ketika cuba menghidupkannya tiba-tiba api menyambar bahagian enjin skuter  tersebut.
Panik dengan keadaan api semakin marak menyebabkan mekanik berkenaan cuba mengalihkan skuter itu ke tempat yang agak jauh sedikit daripada kenderaan lain.
Dalam keadaan panik itu, pemilik skuter yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan, 40, dan mekanik terbabit berjaya menyelamatkan diri selepas skuter itu terbakar sepenuhnya.
Mohd Badrul berkata, kebakaran dipercayai berlaku disebabkan masalah litar pintas pada sistem pendawaian motosikal berkenaan.
Sebuah jentera bomba bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih tiba di tempat kejadian untuk memadam kebakaran berkenaan.

Bahana potong kenderaan lain



Bahana potong kenderaan lain
Keadaan mangsa kemalangan.
RAUB – Dua lelaki maut dalam dua kemalangan berasingan sekitar jam 9.30 malam hingga jam 9.40 malam di Jalan Raub – Bentong, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian kemalangan pertama membabitkan motosikal, kereta dan pacuan empat roda di Kilometer 355 dekat Taman Raub Jaya 3.
Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan mangsa, S Thajahiralan, 49, mati di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.
“Mangsa yang menetap di Taman Medan Indah dalam perjalanan dari arah Bentong ke Bandar Raub.
“Setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta dari arah Raub cuba memotong kenderaan pacuan empat roda di hadapannya, tetapi bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa yang berada di laluan bertentangan,” katanya.
Wan Mohd Samsudin berkata, akibat pertembungan itu, mangsa tercampak ke kanan jalan sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda terbabit.
Katanya, selepas 10 minit, berlaku pula kemalangan kedua di Kilometer 363 dekat persimpangan Lurah Bilut membabitkan dua kereta.
“Pertembungan itu mengakibatkan mangsa, Mohamad Razalli Khalid, 65, meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan mendapati mangsa yang menetap di Shah Alam, Selangor dalam perjalanan dari arah Raub.
“Setibanya di tempat kejadian, sebuah kenderaan dari arah bertentangan cuba memotong kenderaan lain, tetapi berada pada jarak dekat lalu bertembung dengan kereta dipandu mangsa,” katanya.
Beliau berkata, jarak kedua-dua kemalangan hanya lebih kurang 8 kilometer hingga mengakibatkan kesesakan lalu-lintas sepanjang tempoh kejadian.
Menurutnya, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tindakan curiga bawa padah



Tindakan curiga bawa padah
Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Yahaya Ramli
SUBANG JAYA – Tindak tanduk tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan membongkar apa yang disembunyikan mereka apabila polis menemui sebilah parang dalam kenderaan itu, pagi kelmarin.
Difahamkan, gerak-geri tiga lelaki yang masih di bawah umur itu diperhatikan seorang pengawal keselamatan sebelum dia bertindak menghubungi balai polis.
Tidak sampai beberapa minit sepasukan anggota polis datang dan terus membuat pemeriksaan ke atas kereta yang diletakkan di luar sebuah pangsapuri di Taman Pinggiran USJ di sini.
Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga lelaki itu masing-masing berumur 21, 19 pekerja kilang manakala seorang lagi adalah pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Klang.
Katanya, polis menemui parang diletakkan di bahagian gear manakala sebatang rotan dan satu paip PVC ditemui di atas tempat duduk belakang kereta itu.
“Kita menahan ketiga-tiga lelaki ini dan akan siasat sama ada mereka terbabit dengan mana-mana kejadian samun sebelum ini.
“Ia berikutan kebelakangan ini sudah menjadi modus operandi geng samun mengugut mangsanya dengan parang. Kemunculan tiga lelaki itu pada jam 6 pagi yang mundar-mandir di kawasan pangsapuri menimbulkan kecurigaan kepada penduduk," katanya.
Beliau berkata, kesemuanya termasuk pelajar disiasat di bawah Seksyen 6 Akta bahan-bahan kakisan, letupan dan senjata api 1958.

Seludup barang guna bas ekspres



NORHASRAM MOHAMAD
7 Ogos 2012
Seludup barang guna bas ekspres
Rusli (kanan), Wan Zakaria (dua, kanan) dan anggota UPP bersama mercun dan bunga api yang dirampas, kelmarin.
Seludup barang guna bas ekspres
Rusli (kiri) memeriksa seluar jenama tiruan yang dirampas dalam sekatan jalan raya di Bukit Yong, Pasir Puteh, kelmarin
PASIR PUTEH - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) mengesan taktik penyeludup menghantar barang larangan dengan menggunakan bas ekspres bagi mengelak ditangkap menerusi Ops Letup.
Komander UPP Kelantan, Rusli Karim berkata, UPP menemui pelbagai barang larangan khususnya dari Thailand dalam kenderaan awam terutamanya bas ekspres untuk dihantar ke destinasi luar Kelantan.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati penyeludup cuba mengaburi mata penguat kuasa dengan mengisi pakaian pada bahagian atas beg yang berisi mercun dan bunga api.
“Dalam Ops Letup, kita menumpukan kepada mercun dan bunga api tetapi kita juga tidak melepaskan kesalahan lain seperti barangan tanpa cukai dan sebagainya.
“Kita berjaya mengesan pelbagai jenis pakaian seperti selipar, kain tudung, baju dan seluar jeans jenama tiruan yang mungkin untuk pasaran musim perayaan selain mengesan makanan yang tidak mempunyai status halal dan tanpa kelulusan daripada Jabatan Kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengetuai operasi dengan kekuatan 40 anggota di sekatan jalan raya di bawah kendalian UPP Bukit Bunga di Bukit Yong dekat sini, kelmarin.
Turut hadir, Pegawai Operasi UPP Bukit Bunga, Megat Johari Megat Hanafi dan Komander Kawasan UPP Pengkalan Kubor, Wan Zakaria Hamzah.
Rusli berkata, menerusi sekatan jalan raya di Rantau Panjang dua hari lalu, UPP berjaya menahan 15 Pendatang Tanpa Izin (Pati) warga Myanmar dalam bas ekspres Kuala Lumpur-Rantau Panjang pada jam 10 pagi.
Pati itu katanya, diserahkan kepada Jabatan Imigresen sebelum dihantar ke depot tahanan di Tanah Merah.
“Barangan yang dirampas akan diserahkan kepada jabatan berkaitan untuk tindakan lanjut dan kita akan meneruskan operasi ini bagi mengurangkan aktiviti penyeludupan,” katanya.
Sekatan jalan raya itu, katanya, untuk mengesan kes yang terlepas daripada kawalan sempadan, bagaimanapun katanya, ia sama sekali tidak menjejaskan pemantauan 24 jam di kawasan sempadan.
Katanya, anggota UPP perlu meneruskan komitmen kerana kegiatan penyeludupan selalunya meningkat pada musim perayaan.
“Kita akui sukar untuk menghapuskan kegiatan ini dalam masa singkat kerana terdapat lebih 100 pengkalan haram dari Pengkalan Kubor ke Jeli sedangkan kita hanya mempunyai 159 anggota.
"Namun yang penting ialah komitmen tinggi anggota untuk berusaha membendungnya,” katanya.

Waspada buaya darat



Waspada buaya darat
Kiah menceritakan penderitaan yang dialaminya dan tidak mahu wanita lain menjadi mangsa kerakusan bekas suaminya itu.
KUALA KANGSAR – “Berwaspada, jangan sampai tertipu dengan taktik lelaki hidung belang itu,” demikian peringatan yang diberi Kiah, 47, mengenai tindakan bekas suaminya yang gemar mempermainkan wanita.
Kiah berkata, bekas suaminya itu bukan sahaja ligat permainkan wanita tetapi turut mengikis harta mangsa-mangsanya untuk meneruskan hobi yang suka menukar kereta setiap tahun.
Menurutnya, tanpa mengira status sama ada janda, isteri orang dan wanita muda sebagai mangsa, lelaki berusia, 48, itu juga dikatakan seakan mempunyai aura apabila dengan mudah mampu memperdayakan semua mangsanya.
“Cukuplah dengan derita yang saya tanggung selama ini, saya tidak mahu wanita lain terutama di daerah ini menjadi mangsa kerakusannya lagi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
Kiah membongkar perbuatan bekas suaminya yang dikenali sebagai Karim dan mangsa terbarunya wanita berusia 40an yang baru dikahwininya bulan lalu.
Katanya, dia percaya Karim yang mempunyai sumber pendapatan tetap, mempunyai ilmu untuk menundukkan wanita yang dituntutnya dari sebuah perkampungan Orang Asli di Gopeng.
“Karim mempunyai tangkal di bahagian pinggangnya. Mungkin sebab itulah orang lain kalau memandangnya pasti akan berasa simpati selain menurut kata-katanya terutama ketika dia meminta wang.
“Saya berasa kasihan dengan wanita yang baru dikahwininya itu kerana saya tahu mereka pasti akan menderita sama yang dialami oleh isteri pertamanya umpama patung bernyawa di rumah,” katanya.
Kiah turut terkejut apabila dirinya telah diceraikan dengan talak tiga tanpa pengetahuannya dan perkara itu diketahuinya selepas 10 bulan dilafazkan di hadapan isteri pertamanya.
“Masa itu memang saya tidak tahu dan kami masih bersama sebagai suami isteri sehinggalah saya bertemu dengan isteri pertama yang kemudiannya menunjukkan dokumen penceraian,” katanya yang turut membawa kes itu ke Mahkamah Syariah.
Menceritakan detik pertemuan pertama, dia yang tidak pernah berkahwin terus menjadi ‘gila bayang’ dengan lelaki itu selepas bertemu di sebuah kedai di sini.
“Saya terus demam selepas berjumpa dengannya dan tidak mempedulikan nasihat orang sekeliling termasuk ahli keluarga. Lelaki yang diharap menjadi pelindung merupakan bebanan dalam hidup saya.
“Kami berkahwin melalui sindiket dengan perbelanjaan ditanggung sendiri oleh saya. Dia tidak keluar sesen pun,” katanya.
Kiah berkata, selain manis mulut, lelaki berkenaan turut ‘ringan tangan’ sekiranya perbuatannya itu ditegur.
“Saya nasihatkan wanita-wanita di luar sana supaya tidak mudah terpedaya dengan dia yang bermulut manis.
“Saya juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya dia masih ganggu hidup saya,” katanya.

Menyamar dalam cubaan samun



SEREMBAN – Perbuatan tiga lelaki menyamar pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan menunjukkan kad kuasa dalam cubaan samun seorang lelaki di Taman AST gagal.

Mereka berjaya ditahan polis dalam gerakan memburu suspek yang dilakukan pada 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Saiful Azly Kamaruddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 pagi apabila mangsa berusia 36 bersama rakannya yang berkunjung ke Seremban dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta jenis Toyota Camry dihampiri dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai JHEAINS dengan menunjukkan kad kuasa jabatan terbabit.

"Suspek telah menghalang perjalanan mangsa dan memaksa mangsa memberhentikan kenderaan. Suspek meminta kunci kereta namun tidak dituruti mangsa.

“Akibat enggan menyerahkan kunci kereta, suspek memecahkan cermin kereta mangsa sehingga mendatangkan kecederaan sebelum melarikan diri," katanya.

Menurutnya, mangsa dan rakan cedera di kepala dan luka di tangan.

"Berikutan itu, gerakan memburu suspek dilakukan dan tiga setengah jam kemudian, tiga suspek berumur lingkungan 20-an berjaya ditahan.

“Mereka kini ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397Kanun Keseksaan (samun berkawan tanpa bersenjata api),” katanya.

Dalam kes berlainan, polis menahan sepasang kekasih kerana dipercayai cuba menghalang polis menjalankan tugas sehingga mendatangkan kecederaan kepada anggota polis dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan

Tampin-Rahang, kira-kira jam 2.50 pagi pada 4 Ogos lalu.

“Dua anggota polis terlihat satu pergaduhan membabitkan beberapa lelaki di sebuah restoran ketika meronda.

"Mereka cuba leraikan pergaduhan tetapi tiba-tiba dipukul dari belakang sehingga cedera," katanya.

Empat penyamun putih mata



WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Ogos 2012
Empat penyamun putih mata
Bangunan perniagaan yang menempatkan premis tersebut di Jalan Mahagoni.
Batang Kali - Empat penjenayah terpaksa berputih mata setelah tindakan mereka menyamun sebuah kedai emas di sini tidak berhasil.
Kejadian petang Sabtu lalu itu berlaku di kedai emas yang baru beberapa bulan dibuka berdekatan sebuah pasaraya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, empat penjenayah terbabit dikatakan bertindak memecahkan cermin pameran yang menempatkan pelbagai jenis emas namun ciri keselamatan yang kukuh menggagalkan tindakan itu.
“Menurut mangsa berusia 33 tahun iaitu penyelia kedai emas berkenaan, kira-kira jam 4.56 petang dua motosikal jenis Yamaha RXZ warna hitam dan Yamaha 135 LC warna merah dinaiki empat lelaki berhenti di hadapan kedai mereka.
“Dua daripada mereka yang berbaju hitam dan hijau masuk membawa satu bungkusan plastik berwarna hitam lalu bertindak mengetuk cermin pameran menggunakan tukul besi namun hanya retak sahaja.
“Salah seorang ada menunjukkan senjata seperti pistol. Apabila cubaan mereka memecahkan cermin tidak berjaya mereka terus melarikan diri,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu dan penjenayah terbabit tidak sempat melarikan barangan kemas.
Menurutnya, kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang pengunjung kedai borong bersebelahan berkata, dia hanya menyedari setelah melihat ramai orang berkerumun di kedai emas berkenaan.
Menurutnya, ketika meninjau ke dalam kedai terdapat beberapa cermin pameran pecah di kiri dan kanan serta bahagian depan.
“Cermin pameran cuma retak saja walaupun kelihatan kesan pukulannya kuat.
“Penjenayah dipercayai cuba mengetuk di semua tempat dengan harapan dapat memecahkan cermin tersebut tapi ternyata mereka gagal kerana ketahanan dan kualiti cermin digunakan di kedai emas itu,” katanya yang enggan dikenali.
Menurutnya, kejadian di kawasan perniagaan Jalan Mahagoni itu adalah yang pertama berlaku sejak operasinya dibuka.

Pemilik bengkel haram ditahan



Pemilik bengkel haram ditahan
Adzaman (tengah) melihat antara barangan curi yang berjaya dirampas dalam serbuan yang dijalankan.
ALOR SETAR - Sebanyak tujuh enjin motosikal, tujuh rangka motosikal dan 10 nombor pendaftaran berjaya dirampas anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar jam 12 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, rampasan itu dilakukan di sebuah rumah kampung di Kuala Sungai yang menjalankan baik pulih motosikal.
Menurutnya, hasil daripada serbuan itu juga, dua lelaki berusia 20-an termasuk seorang pemilik premis berkenaan ditahan.
“Kita turut merampas satu gari tangan pada serbuan yang dilakukan di bengkel haram yang dipercayai memudahkan penunggang motosikal mendapatkan alat ganti motosikal.
“Semua yang dirampas akan dihantar ke unit forensik dan kita akan mencuba menyelesaikan kes berkaitan kehilangan motosikal walaupun terdapat penurunan pada kes berkenaan,” katanya.

Dipanah petir dalam rumah



Dipanah petir dalam rumah
Sebahagian daripada kaum keluarga terdekat dan sanak saudara memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Selendang.
KUALA ROMPIN - Seorang pemandu lori tanah terbunuh, manakala seorang lagi rakannya cedera parah selepas dipanah petir di dalam sebuah rumah pekerja ladang di Ladang Sungai Merbau, Ladang Yayasan Pahang, Kampung Pianggu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Mohd Nazrun Othman, 26, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya, Mohd Ikhwan Mohamad, 19, yang cedera pula terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing.
Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Asisten Superintenden  Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai bersama empat lagi rakannya berada di dalam rumah berkenaan.
“Difahamkan mangsa bersama empat lagi rakannya ketika itu sedang berborak kosong dalam rumah terbabit sewaktu hujan lebat, bagaimanapun, mangsa tiba-tiba rebah akibat panahanpetir yang menyambar kepala mangsa,” katanya.
Zainul Mujahidin berkata, mangsa yang tinggal di Jalan Tempua, Felda Selendang dikejarkan ke Klinik Kesihatan Endau dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kesan terbakar serta lubang halus di bahagian kepala.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Muadazam Shah untuk bedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Selendang 1.
Beliau berkata, seorang lagi rakan mangsa yang masih cedera, kini dirawat di Hospital Mersing, sementara dua lagi rakan mereka yang juga pemandu lori masih belum dikenal pasti identiti mereka pula dirawat sebagai pesakit luar.
“Hanya seorang saja rakan mangsa yang terkena serpihan petir, manakala dua lagi tidak mengalami kecederaan kerana pada waktu itu, Mohd Ikhwan berhampiran dengan mangsa,” katanya.

Aliff tak boleh tutup mulut



Aliff tak boleh tutup mulut
Keadaan Aliff selepas beberapa bulan kejadian berlaku.
SEREMBAN – “Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan saya sebaik mendengar tangisan Aliff yang menjerit kesakitan kerana badannya melecur akibat terkena air mendidih di dalam periuk nasi,” kata Hamidah Mohamad, 40
Kejadian berlaku Disember tahun lalu nyaris meragut nyawa anak bongsunya, Aliff Fezwan Azman, 2.
Menceritakan detik hitam itu, Hamidah berkata, dia tidak menyedari bagaimana kejadian itu berlaku namun anak sulungnya yang ketika itu berusia 2 tahun ternampak Aliff menarik kabel periuk nasi elektrik yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.
“Saya sedang memasak di dapur ketika itu dan kedua-dua anak saya bermain di ruang tamu.
“Tiba-tiba saya mendengar tangisan Aliff yang lain daripada biasa menyebabkan saya bergegas ke ruang tamu tapi bagai tercabut nyawa saya apabila melihat dia menggelupur kesakitan akibat terkena air nasi yang sedang mendidih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Casurina di sini, selepas menerima kunjungan dan sumbangan daripada Tabung Kebajikan Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi.
Sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani.
Hamidah berkata, kejadian itu menyebabkan pipi, telinga, dagu, badan dan tangan Aliff melecur teruk sehingga menggelupas.
“Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kesannya sampai sekarang. Dia sukar mengunyah dan makan.
“Paling menyedihkan, dia juga tidak boleh menutup mulut dan sering menangis kerana kulitnya berasa panas serta gatal,” katanya.
Menurutnya, dia perlu berulang alik dua minggu sekali ke Hospital Tuanku Ja'afar dan dua bulan sekali ke Hospital Kuala Lumpur untuk  rawatan susulan.
“Doktor maklumkan keadaannya boleh pulih dengan melakukan pembedahan betulkan semula kulitnya tetapi perlu ambil kira tahap kesihatan dan parut kecederaan sebelum pembedahan boleh dilakukan ketika usianya 4 tahun," katanya.

Emporium musnah dalam kebakaran di Melaka



MELAKA - Sebuah panggung wayang lama berusia lebih 100 tahun yang kini beroperasi sebagai emporium musnah dalam satu kebakaran di Jalan Kee Ann Bunga Raya di sini malam tadi.

Kebakaran tersebut turut memusnahkan 10 gerai buah-buahan dan dua gerai makanan yang terdapat di luar bangunan setingkat itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Melaka Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.58 malam dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian dengan 47 anggota dan lapan jentera dari balai bomba Ayer Keroh, Bukit Katil dan Jalan Kubu.

"Api dalam keadaan marak ketika bomba sampai dan sebahagian dinding bangunan yang retak runtuh ketika semburan air dilakukan disebabkan terlalu panas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata api berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.26 pagi menggunakan dua sumber air dari Sungai Melaka dan pili bomba berhampiran.

Katanya punca kebakaran belum dikenal pasti namun ia dipercayai bermula dari kawasan hadapan bangunan tersebut.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang meninjau tempat kejadian berkata kerajaan negeri akan menyediakan tempat perniagaan sementara kepada peniaga terlibat.

Beliau berkata Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan merekod dan membuat laporan jumlah kerugian yang dialami perniaga agar sumbangan dapat disalurkan dengan segera.

Katanya MBMB juga diharap dapat mempercepatkan kerja membaik pulih bangunan tersebut kerana ia merupakan lokasi tumpuan ramai mencari barangan keperluan terutamanya ketika musim perayaan. - Bernama

Ejen pasport maut ditetak, isteri kritikal



Ejen pasport maut ditetak, isteri kritikal
Bahagian forensik menyiasat lokasi kejadian lelaki kena tetak, semalam.
KAJANG - Seorang lelaki, dipercayai ejen memperbaharui pasport, maut ditetak, manakala isterinya yang cedera parah dilaporkan kritikal selepas diserang di rumah sewa mereka di Jalan Dayang 52/8, Bandar Mahkota Cheras, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa wanita ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumah, manakala suaminya dijumpai terbaring dalam bilik tidur utama di tingkat atas kediaman itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya memperoleh maklumat berhubung kejadian selepas dihubungi seorang lelaki, iaitu jiran pasangan itu mengatakan terdengar pergaduhan dari rumah kedua-dua mangsa.

Beliau berkata, susulan itu sepasukan anggota dari unit kenderaan pelbagai guna (MPV) polis dihantar ke lokasi kejadian, sebelum pihaknya menemui mangsa wanita masih bernyawa di ruang tamu rumah dua tingkat itu.

Menurutnya, mangsa wanita itu cedera parah akibat ditetak di kepala dan polis menemui banyak kesan tompokan darah di kawasan ruang tamu serta titisan darah di tangga ke tingkat atas.

"Kita kemudiannya menemui mayat suami wanita itu terbaring berlumuran darah di bilik tidur utama dengan kesan tetakan kepala, muka serta badannya.

"Turut dijumpai sebilah parang yang masih bersarung di bilik tidur utama, manakala sebilah lagi yang terdapat kesan darah ditinggalkan suspek di bilik air kediaman itu," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Ab Rashid berkata, penjenayah dipercayai masuk melalui pintu depan, sebelum menyerang wanita di ruang tamu.

Katanya, selepas menetak wanita itu, penjenayah sama dipercayai naik ke tingkat atas dan menyerang suami mangsa.

"Wanita yang cedera parah masih tak sedarkan diri dirawat di Hospital Kajang, manakala mayat suaminya dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, semakan mendapati suami isteri itu bersama dua adik lelaki si mati sewa rumah itu sejak bulan lalu.

Doktor didakwa pecah amanah



SHAH ALAM - Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen perjanjian palsu sebuah syarikat kewangan, 15 tahun lalu.

Ramzah Mulim, 53, didakwa melakukan perbuatan itu di Asia Commercial Finance CMI Bhd, Jalan Raja Jalil, Kuala Selangor, pada 24 Jun 1994.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 467 kanun sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Asma Nadiah Abd Rahman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM15,000 dengan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Ramzah yang tidak diwakili peguam merayu dikurangkan dengan alasan dia kini tiada kerja tetap dan hanya beramal sebagai doktor lokum (ganti).

Hakim Aslam Zainuddin mengurangkan ikat jamin kepada RM12,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang jurujual wanita yang berperwatakan seperti lelaki; mengaku tidak bersalah pecah amanah wang jualan kedai, 8 Julai lalu.

Sim Sie Hui, 36, didakwa melakukan perbuatan itu di syarikat Gintel (M) Sdn Bhd di Jalan Setia Shah Alam, Seksyen 13, di sini.

Dia berhadapan dua pertuduhan pecah amanah mengambil wang jualan seunit penginjak kisar berjumlah RM4,988.00 sedangkan ia bernilai RM5,988.00.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan bagi s setiap tuduhan.

Aslam menetapkan kes disebut semula pada 10 September ini.

5 ditahan edar dadah di Temerloh



KUANTAN - Lima lelaki dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah diberkas dalam tiga serbuan di daerah Temerloh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt Yap Thoon Khuan berkata dalam serbuan pada Jumaat lepas, dua lelaki masing-masing berusia 45 tahun bekerja sebagai buruh dan penoreh getah ditahan di hadapan sebuah kedai makan di Felda Lakum dekat Lanchang.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui dadah jenis heroin seberat 211 gram dan 16 gram syabu dengan nilai keseluruhan hampir RM10,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada hari yang sama juga, dua penganggur lelaki berusia 35 tahun ditahan di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga, di tepi jalan dalam Taman Temerloh Jaya pada 10.45 pagi.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui heroin seberat 143 gram dan 3 gram syabu di dalam poket salah seorang suspek bernilai kira-kira RM2,500.
 
"Suspek dalam kedua-dua kes positif penyalahgunaan dadah dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sementara itu, pada Khamis lepas, seorang kakitangan awam diberkas polis pada 9.50 malam di sebuah rumah dekat Felda Purun Triang, Temerloh bersama 0.4 gram heroin dan 30 mililiter ubat batuk.

"Suspek yang mempunyai rekod jenayah itu kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.- Bernama

Veteran tentera AS tembak 6 penganut Sikh

Oak Creek: Seorang lelaki bersenjata membunuh enam orang dan mencederakan tiga lain di sebuah Kuil Sikh kelmarin sebelum polis menembaknya dalam satu serangan dikatakan pihak berkuasa sebagai tindakan keganasan domestik. 

Pihak berkuasa berkata, seorang lelaki kulit putih, botak, tinggi dan berusia 40-an melepaskan tembakan sejurus sebelum upacara bermula, memasuki ruang dapur di Kuil Sikh di Wisconsin di pinggir Milwaukee pada jam 10.30 pagi (1530 GMT), ketika seorang wanita menyediakan hidangan kelmarin, menyebabkan penganut melarikan diri daripada diserang bertubi-tubi. 


Polis kemudian mengenal pasti penyerang sebagai veteran tentera Amerika, Wade Michael Page , 40, seorang anggota kumpulan perkauman. Dia berkhidmat dengan angkatan tentera dari April 1992 hingga Oktober 1998. 



“Penyerang memiliki tatu, saya tidak tahu apa tanda sebenar atau ia mewakili apa-apa kepercayaan dianutinya,” kata Thomas Ahern, seorang jurucakap Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan Amerika Syarikat. 

Empat orang ditembak mati di dalam kuil manakala tiga lagi, termasuk penyerang dibunuh di luar kuil. 

Ketua polis bandar ini, John Edwards, berkata lelaki bersenjata itu menyerbu dan menembak mati seorang pegawai polis yang menjawab panggilan 911 untuk membantu seorang mangsa tembakan. 

Polis mengepung dan menggeledah sebuah rumah dua tingkat di kejiranan Cudahy, dianggap kediaman penyerang petang kelmarin. Penjana elektrik dan lampu kecemasan dipasang di sepanjang blok kediaman kelas pertengahan itu. 
Satu sumber polis mengesahkan satu waran geledah dikeluarkan untuk rumah itu dan skuad bom turut berada di tempat kejadian. 

Anggota kuil dan medik tempur pasukan Simpanan Tentera Amerika, Jagpal Singh, 29, berkata penganut yang berada dalam kuil ketika tembakan menggambarkan tempat kejadian sebagai huru-hara. 

“Penganut merangkak untuk melarikan diri daripada diserang, malangnya ada yang menuju ke arah yang salah manakala yang lain terselamat dengan mengunci diri mereka dalam bilik air,” katanya. 

Keluarga dan rakan mangsa berkumpul di ruang bawah tempat boling berhampiran ketika mereka menunggu mangsa dikenal pasti. 
Reuters

Panahan petir sambar kepala


SEDIH...ahli keluarga menatap gambar Mohd Nazrun. Gambar kecil, Mohd Nazrun.
SEDIH...ahli keluarga menatap gambar Mohd Nazrun. Gambar kecil, Mohd Nazrun.


ENDAU: “Saya mahu kerja hari ini saja, esok tidak lagi sebab saya masih bercuti, maklumlah raya dah dekat,” itu kata-kata akhir Mohd Nazrun Othman, 27, yang maut disambar petir di rumah kongsi tempat dia bekerja, kelmarin.


Kejadian jam 7 malam itu berlaku di Ladang Sungai Merbau, Ulu Sungai Endau, dekat sini, ketika Mohd Nazrun memasang alat pengecas telefon sebelum sambungan berkenaan disambar petir lalu menyambar kepalanya.


Ibu saudara mangsa, Mariani Omar, 30, ketika ditemui di rumahnya di Felda Selendang, Rompin berkata, perubahan sikap mangsa yang seolah-olah berat hati untuk pergi bekerja sebenarnya petanda dia meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Katanya, arwah yang bekerja sebagai pemandu lori masih bercuti namun bekerja pada hari kejadian kerana mahu mengumpul lebih banyak wang menjelang Aidilfitri, namun pada masa sama berat hati meninggalkan keluarga dan dilihat termenung di depan rumah biarpun enjin motosikalnya sudah dihidupkan.







“Tak sangka rupa-rupanya perubahan itu petanda hari terakhirnya bersama kami.




Kami sangat terasa kehilangannya memandangkan dia anak lelaki tunggal dalam keluarga,” katanya.

Tindih anak sampai mati


BERI KETERANGAN...anggota polis menyoal ahli keluarga mangsa.
BERI KETERANGAN...anggota polis menyoal ahli keluarga mangsa.


BUKIT MERTAJAM: “Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara.


“Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin),” kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai.


Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.







Menurut ibu saudara mangsa yang tidak mahu dikenali itu, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami pergi ke rumah adik iparnya itu setiap petang untuk makan malam bersama.

2 keluarga bertempur di restoran


CEDERA...seorang remaja cedera.
CEDERA...seorang remaja cedera.


JEMPOL: Akibat perselisihan faham, dua keluarga bertempur membabitkan 11 suspek termasuk sembilan remaja di sebuah restoran di Taman Meranti, Bahau, dekat sini, baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, dalam pergaduhan jam 10.30 malam pada 4 Ogos lalu itu semua suspek ditahan berikutan terbabit dalam pergaduhan ganas sehingga menggunakan senjata termasuk pisau kecil, kayu dan botol minuman.



“Suspek yang terbabit pergaduhan itu berumur 12 hingga 42 tahun termasuk remaja perempuan berusia 15 dan ibunya berumur 38 tahun.




“Kejadian berpunca daripada seorang bapa remaja terbabit yang cuba menyelamatkan anaknya dalam kejadian itu. Bapa remaja berumur 42 tahun itu pemilik restoran berkenaan.



“Kemudian, keadaan lebih tegang sebelum tercetus pergaduhan menggunakan beberapa senjata seperti pisau kecil, kayu dan botol minuman,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat polis daerah (IPD), semalam.



Bagaimanapun Hamzah berkata, kejadian itu tiada unsur pergaduhan berkumpulan.




“Susulan itu, tujuh individu daripada 11 yang terbabit cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Jempol dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.



“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan akibat merusuh menggunakan senjata,” katanya.

Rumah sewa mendiang Loga Alleycats terbakar



GEORGE TOWN – Hampir keseluruhan daripada koleksi album peribadi milik ahli kumpulan Alleycats, mendiang Datuk Loganathan Arumugam hangus dalam kejadian kebakaran di rumah sewanya di Jalan Azeze, Tanjong Bungah di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu turut memusnahkan tiga bilik yang terletak di bahagian atas rumah yang didiami isterinya, Datin Susan Lovie, 51, bersama adik ipar, Kevin Jonathan Boudville, 46.
Difahamkan, sebanyak 35 daripada 40 album simpanan yang dibingkai mendiang sejak 44 tahun mewarnai dunia muzik tempatan bersama abangnya, Datuk David Arumugam (gambar kecil) musnah dijilat api.
Kesemua koleksi perkembangan seni Alleycats diletakkan di ruangan khas di tingkat atas termasuk di dinding berdekatan tangga.
Menurut David, koleksi album itu merupakan sebahagian koleksi kenangan yang disimpan Loga manakala plak penghargaan dan koleksi album lain diletakkan di Galeri Alleycats di Kuala Lumpur.

Samseng 969 parah dibelasah




ABDUL MAJID (dua dari kanan) menunjukkan kayu yang digunakan dalam pergaduhan di sebuah restoran pada sidang akhbar di Kluang semalam.


KLUANG – Polis memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan ala gengster Hong Kong melibatkan dua kumpulan kongsi gelap hingga mengakibatkan seorang pemuda terpaksa menerima 10 jahitan di kepalanya akibat dipukul dengan pelbagai jenis senjata dalam kejadian di Taman Suria di sini kelmarin.
Kejadian pukul 11 malam itu melibatkan pergaduhan lebih 40 lelaki daripada kumpulan Kaw Lak Kaw (969) dan Jin Ngee Thong yang bersenjatakan parang panjang, rotan, kayu snuker, kayu beluti dan pisau. Pemuda yang cedera itu merupakan ahli kumpulan 969.
Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan bukan sahaja enggan menyertai kumpulan Jin Ngee Thong, malah didakwa cuba merampas kawasan untuk melebarkan kekuasaannya.
Mangsa sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan baik dengan kumpulan Jin Ngee Thong tetapi keengganannya menyertai mereka telah membuatkan dia dilabelkan orang yang tidak mengenang budi dan ingin melanggar kawasan.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, ketika kejadian mangsa dan enam rakannya sedang minum di sebuah restoran di situ sebelum dua daripadanya beredar awal.

Budak korban pemujaan keluarga




ENAM suspek wanita dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas direman semalam.


BUKIT MERTAJAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati akibat ditindih lapan ahli keluarganya termasuk seorang amah Indonesia ketika melalui satu upacara pemujaan di rumahnya di Taman Bukit Minyak di sini malam kelmarin.
Kejadian tersebut disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah itu pada pukul 10 malam.
Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tersebut tidak berkunci segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.
Apabila lelaki berkenaan mendapati pintu bilik itu berkunci dan penghuni yang berada di dalam enggan membuka pintu dia segera memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, polis yang menerima laporan daripada bapa saudara mangsa yang mengesyaki sesuatu perkara pelik berlaku di rumah dua tingkat yang diduduki keluarga berkenaan terus menghantar pasukan penyiasat.
“Sebaik tiba di rumah berkenaan, polis mendapati keadaan rumah tersebut gelap dan apabila pemeriksaan dilakukan polis menemui lapan individu berada dalam keadaan sudah lemah di bilik utama yang berkunci.
“Pemeriksaan kemudian menemui seorang kanak-kanak perempuan berketurunan Cina yang sedang ditindih oleh kesemua lapan individu berkenaan dan mangsa sudah mati,” kata beliau sambil memberitahu mangsa dan lapan individu itu ditemui berada dalam satu selimut besar.

Isteri koma, suami maut


KAJANG – Seorang lelaki Vietnam maut manakala isterinya cedera parah selepas dipercayai diserang di rumah mereka di Jalan Dayang 52/8, Bandar Mahkota Cheras di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 6 petang setelah dimaklumkan oleh jiran pasangan itu yang terdengar jeritan dari rumah tersebut.
“Sebaik tiba di rumah teres dua tingkat, polis menemui seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah sedang duduk di ruang tamu.
“Pemeriksaan kemudian menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring sudah tidak bernyawa di bilik tidur utama,” kata beliau ketika dihubungi di sini.
Menurut beliau, pasangan itu dipercayai ditetak menggunakan parang oleh suspek yang dipercayai memasuki rumah mangsa melalui pintu depan.

Mesir ikrar balas dendam



SEORANG askar Israel semalam memeriksa sebuah kenderaan berperisai yang digunakan para militan Islam dekat pos sempadan Kerem Shalom.


KAHERAH - Tentera Mesir semalam berjanji akan membalas dendam kematian 16 pengawal sempadan dalam satu serangan di sebuah pos kawalan dekat sempadan Israel pada hari sebelumnya, menurut satu kenyataan oleh agensi berita rasmi MENA.
Para pengawal sempadan itu mati selepas sekumpulan miltan Islam melancarkan serangan.
Kejadian itu berlaku di pos sempadan Kerem Shalom.
"Kami bersumpah dengan nama Tuhan kami akan membalas kematian mereka.
"Rakyat Mesir tidak perlu menunggu lama untuk melihat tindak balas kami ke atas serangan pengganas ini," kata kenyataan Majlis Agung Angkatan Bersenjata (SCAF).
"Sesiapa yang mengadakan hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang menyerang tentera kami di Semenanjung Sinai sejak beberapa bulan lalu akan membayar dengan harga yang tinggi sama ada mereka berada di dalam atau luar Mesir," tambah kenyataan tersebut.
Presiden Mohamed Morsi (gambar kecil) sebelum ini turut berikrar lewat kelmarin untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan mengambil alih kawalan di Semenanjung Sinai.
Kumpulan penyerang militan Islam itu melintas masuk ke Israel dengan menaiki sebuah kenderaan berperisai selepas melakukan serangan tersebut.
Israel kemudian menyatakan, lima orang lelaki bersenjata dibunuh dalam serangan melibatkan beberapa buah kereta kebal dan helikopter rejim Zionis.
Di bawah perjanjian damai 1979 dengan Israel, Mesir dibenarkan menempatkan pasukan tentera dalam jumlah yang terhad di Sinai.
Jurucakap tentera Israel, Yoav Mordechai memberitahu Radio Tentera semalam bahawa para militan Islam itu merupakan anggota kumpulan jihad global yang berpangkalan di Sinai.
Sinai menjadi pangkalan para militan global kerana kelemahan Mesir mengawal semenanjung tersebut. - Agensi

JKM Kulim cari ibu bapa tiga kanak-kanak ditinggalkan




6 Ogos 2012
KULIM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim ingin menghubungi seorang ibu dan sepasang suami isteri untuk menyelesaikan kes tiga kanak-kanak yang dijaga sementara oleh dua keluarga di sini.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Kulim Munirah Athirah Abdul Aziz berkata Noraini Sarmadi, 47, dikehendaki mengambil kembali dua anak lelakinya, Mustafa Kamal Zainal Abidin, 9, dan Mohd Adam, 7.

Alamat terakhir Noraini adalah B8, Kuarters KTMB, Kampong Boyan, 34000, Taiping, Perak.

Kedua-dua beradik itu diserahkan oleh Noraini kepada keluarga Hadzri Md Yusuf, 47, dan isterinya Zarinah Mohd Idris yang menetap di No. 460, Taman Bestari, Kulim pada Mac tahun lepas.

Dia perlu membuat pengakuan bertulis menyerahkan hak penjagaan kedua-dua anaknya itu sekiranya enggan mengambil mereka kembali, kata Munirah Athirah.
 
Munirah Athirah memberitahu pemberita Norani turut menyerahkan surat beranak kedua-dua anaknya serta salinan fotostat kad pengenalannya kepada keluarga Hadzri.

Kedua-dua beradik itu belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, dekat sini, masing-masing dalam Tahun Tiga dan Satu.

"Sejak mereka ditinggalkan beradik, Noraini ada menelefon sekali untuk mendapatkan maklumat kedua-dua beradik itu bagi tujuan mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," kata Zarinah, seorang peniaga di sini.

Zarinah berkata dia dan suaminya berhasrat menjaga kedua-dua beradik itu berikutan bapa tiri mereka yang dikenali sebagai Hasan meninggal dunia tahun lepas.

Munirah Athirah berkata JKM memberi tempoh sehingga 14 Ogos ini kepada Noraini untuk mendapatkan kembali kedua-dua anaknya dan selepas itu kes penjagaan mereka akan diserahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
 
Dalam satu kes lagi, ibu bapa seorang kanak-kanak perempuan yang diberi nama sementara, Nor Nabilah, 20 bulan, diminta menghubungi JKM di sini berkaitan sijil kelahiran bayi itu yang kini dijaga Mohamad Ali Naina Mohamad, 47, dan isterinya Halimah K. Abdul Azeez, 41.

Mohamad Ali, seorang peniaga dari Simpang Tiga Keladi di sini yang turut hadir di JKM, berkata seorang wanita berusia lingkungan 20-an menyerahkan bayi itu kepadanya pada 9 Sept tahun lepas.

Wanita itu yang dikenali sebagai 'Nah' sahaja hanya sekali menelefon bertanyakan anaknya itu dan lepas itu tiada lagi menghubungi kami, katanya.

Ibu bapa kanak-kanak itu dan Noraini diminta datang ke JKM Kulim atau menghubungi Munirah Athirah atau Norizan Hassan melalui talian 04-4907403 atau 04-4914642 bagi membantu menyelesaikan kes anak mereka.- Bernama