Search This Blog

Tuesday, July 31, 2012

Mayat seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di tepi sebuah longkang

Mayat seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di tepi sebuah longkang besar di Taman Salak Jaya di sini, hari ini. Sedih... Itu yang dapat digambarkan perasaan ADMIN ketika ini... Taknak budak tue, janganlah sampai "membunuhnya".. Bagi jer kat ADMIN lagi bagus... Orang nak anak, tak dapat anak... Orang yang ada anak dibuang2 pula... Inilah manusia yang berhati "syaitan"... Binatang pun pandai sayang anaknya..

Datuk didakwa tipu Datuk RM2.5 juta




31 Julai 2012
PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan barangan lusuh dan makanan halal hari ini mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan lain membabitkan cek berjumlah RM2.5 juta.

Di Mahkamah Sesyen lima, Datuk Syed Ahamed Malik Syed Hamid , 59, didakwa memperdaya Datuk Seri Lee Wan Beng, 62, untuk mempercayainya sebagai wakil Syarikat Minat Jasa Sdn Bhd yang menawarkan kontrak penjualan barang-barang lusuh dan berjadual kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Bhd di Bengkel Sentul, Depoh Pelabuhan Klang, Depoh KL Sentral dan Depoh Falim.

Kontrak itu adalah untuk tempoh pengambilan selama dua tahun yang tertuduh tahu bahawa kontrak itu tidak wujud, dan dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan cek bernilai RM500,000 yang kemudian ditunaikan ke dalam akaun Tetuan Ahmad Rosdi & Co.

Syed Ahamed Malik didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel PJ Hilton, No.2 Jalan Barat di sini, pada 1 April 2011. Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suraiya Mustafa Kamal. Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun mewakili pihak pendakwaan.

Di Mahkamah Sesyen Satu pula, Syed Ahamed Malik didakwa menipu Lee dengan memperdaya hingga mendorongnya menyerahkan cek bernilai RM2 juta dan cek itu juga ditunaikan ke dalam akaun Tetuan Ahmad Rosdi & Co. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ahmad Rosdi Anco B4-11 PJ Industrial Park Seksyen 13, Jalan Kemajuan, di sini, pada 14 September 2011.

Syed Ahamed Malik didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen menawarkan Syed Ahamed Malik diikat jamin RM2.5 juta bagi kedua-dua pertuduhan itu berikutan jumlah kerugian yang besar dan kesalahan itu adalah amat serius.

Peguam Syahrul Syazwan Salehin memohon mahkamah supaya jumlah jaminan itu dikurangkan selain memohon bayaran jaminan dibuat dalam bentuk cagaran geran rumah.

Choong membantah berikutan keraguan ketulenan geran dan harga rumah tersebut. Hakim Haiyatul Akmal Abdul Aziz kemudian menetapkan jaminan RM100,000 dengan  seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan 3 September untuk tarikh sebutan.  - Bernama

Dijel setahun simpan kereta curi



WARTAWAN SINAR HARIAN
31 Julai 2012
Dijel setahun simpan kereta curi
Mohd Rosdan (kanan) dipenjara 12 bulan mengaku salah menyimpan sebuah kereta Proton Viva curi.
KUALA TERENGGANU - Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku salah menyimpan sebuah kereta Proton Viva yang dicuri di sebuah Homestay di Pantai Puteri Tok Jembal, di sini, Jun lalu.

Tertuduh, Mohd Rosdan Rosdi, 24, dari Kampung Darang Buaya, Jeram Pasir Putih, Kelantan, mengaku pada 29 Jun lalu kira-kira jam 7 pagi di hadapan rumah Jalan Kubang Kacang/ Lorong Masjid, Kampung Kubang Siput, Limbat, Kota Baharu, Kelantan menyimpan kereta berwarna putih itu yang dicuri daripada pemiliknya Aliza Akhah, 43.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada 11 Jun lalu kira-kira jam 8 pagi, manga yang juga pemilik homestay berkenaan mendapati kereta Proton Viva miliknya yang diletakkan digaraj telah hilang.

Mangsa cuba masuk ke dalam homestaynya namun tidak dapat berbuat demikian kerana pintu utama telah ditukar baru lalu dia mengambil keputusan masuk menggunakan pintu tepi.

Sejurus memasuki homestaynya, dia mendapati keadaan di dalam homestay sangat berselerak dan pemeriksaan mendapati dua telefon bimbit serta kunci keretanya telah lesap.

Yakin homestaynya dipecah masuk, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, di sini, yang melibatkan kerugian RM28,000.

Susulan laporan dibuat, polis berjaya menemui semula kereta berkenaan pada 29 Jun lalu kira-kira jam 9.45 pagi yang ketika itu berada dalam simpanan tertuduh.

Mayat bayi lelaki ditemui di Taman Salak Jaya

         
KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di tepi sebuah longkang besar di Taman Salak Jaya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mayat itu ditemui kira-kira 10 pagi oleh orang awam yang lalu di kawasan itu.
"Bayi tidak berpakaian itu masih mempunyai tali pusat dan ditemui dalam keadaan mengiring di tebing longkang itu," katanya ketika ditemui Bernama.

Mohan berkata mayat bayi berkulit cerah itu dipercayai diletakkan di lokasi itu dalam tempoh 24 jam lepas dan bukan akibat dihanyutkan arus sungai berdekatan.


"Kami meminta sesiapa yang tahu atau melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan," katanya.


Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. - Bernama

Pasukan petugas khas siasat kes bunuh berkumpulan di Sarawak




         
KUCHING: Polis Sarawak telah membentuk pasukan petugas khas untuk menyiasat kaitan tiga kes pembunuhan yang berlaku di negeri ini sejak tujuh bulan lalu, kata Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata pasukan itu akan bermesyuarat hari ini untuk meneliti semua bukti bagi menentukan sama ada kes-kes berkenaan yang kesemua mangsanya ditembak secara serangan kumpulan, mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di sini hari ini, beliau berkata kes terbaru melibatkan ahli perniagaan berumur 48 tahun yang ditembak dua das secara dekat semasa dia berada di dalam keretanya di Miri, semalam.

Kes pertama berlaku pada Januari lalu apabila seorang lagi ahli perniagaan berumur 41 tahun, Lau Leh Ing ditembak mati ketika berjalan ke pejabatnya di Sibu, sementara kes kedua melibatkan seorang lelaki berumur 30 tahun, Ang Soon Heng yang ditembak di kepala ketika bersarapan di sebuah kedai di sini juga Januari lalu.


"Walaupun kes berlaku secara berasingan, kita tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan ... berdasarkan latar belakang mangsa dan cara pembunuhan dilakukan," katanya.


Acryl Sani berkata siasatan akan turut meliputi peribadi dan pengibatan perniagaan mangsa.

"Kita akan memanggil saksi, bukan sahaja yang berada di tempat kejadian tetapi mereka yang mungkin mendengar atau mempunyai maklumat yang membolehkan kita mengenal pasti pelaku, agar tampil membantu kita," katanya.

Mengenai kebimbangan orang awam mengenai aspek keselamatan di negeri ini, beliau berkata mereka tidak perlu merasa panik kerana penjenayah yang terbabit dilihat hanya mempunyai sasaran tertentu dan tidak menyerang secara rambang.

"Ia bukan seperti di Amerika Syarikat (kes tembak secara rambang di Colorado) yang suspek menembak secara rambang atau bertujuan tertentu. Di sini mereka (penjenayah) lebih spesifik, tidak menyasar kepada orang awam," katanya. - Bernama

20 peniaga Bumiputera rasa teraniaya




         
KUALA LUMPUR: Seramai 20 peniaga Bumiputera di Kompleks Pertama diarah mengosongkan premis perniagaan akibat gagal melangsaikan sewa bulanan yang tertunggak empat hingga lapan bulan.

Arahan dikeluarkan pihak pengurusan, Uda Holdings Berhad.


Pengerusi Badan Bertindak Peniaga-peniaga Melayu kompleks itu, Zainul Ahmad berkata, tindakan diambil pihak pengurusan tanpa menyelidik sebab di sebalik kegagalan melangsaikan kadar sewa bulanan ditetapkan.

“Kami menerima notis untuk menjelaskan tunggakan sejak awal bulan ini dan diminta membayar tunggakan berjumlah minima RM20,000 dalam tempoh 15 hari dari tarikh surat itu.


“Sewajarnya, pihak pengurusan perlu mengetahui sebab mengapa kami secara tiba-tiba tidak mampu menanggung kadar sewa bulanan berjumlah antara RM4,000 dan RM10,000 sebulan,” katanya pada sidang media semalam.


Beliau berkata, ia berpunca daripada kemerosotan perniagaan dialami sejak kebelakangan ini.

Zainul berkata, antara perkara menyebabkan pendapatan merosot adalah kewujudan pagar sepanjang 76 meter dibina Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di belakang kompleks itu yang berhadapan pintu masuk bangunan tiga tingkat menempatkan peniaga Bumiputera.


“Sejak awal tahun lalu pagar dibina ini menghalang orang ramai untuk ke sini. Premis kami terletak di bahagian belakang bangunan yang tersorok dan tidak wajar penghadang ini dibina kerana seolah-olah menutup rezeki kami,” katanya.

Menurutnya, penutupan Jalan Semarang yang menghubungkan pintu masuk tempat letak kereta dengan Jalan Raja Laut dan kawasan sekitar pada waktu puncak juga tidak wajar kerana menyukarkan pengguna berkunjung ke bangunan itu.


Katanya, ia menyebabkan keadaan jalan lebih sesak dan mengganggu perniagaan mereka selama beberapa jam.


Pada masa sama, pihaknya turut mempersoalkan tindakan Uda Holdings Berhad yang menerima kehadiran peniaga bukan Bumiputera di premis tiga tingkat itu.


“Bahagian belakang bangunan tiga tingkat ini dikhaskan kepada peniaga Bumiputera dan tidak seharusnya menerima pihak bukan Bumiputera,” katanya.


Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada pihak berkenaan termasuk pihak berwajib dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian terbaik.

Letup tak dapat ‘kutu’



Oleh Siti Azila Alias
am@hmetro.com.my
         
NIBONG TEBAL: Seorang suri rumah yang tinggal di Taman Tangling, Simpang Ampat, dekat sini, tidak menyangka letupan kuat yang didengari ketika tidur jam 3.30 pagi Sabtu lalu adalah dari luar rumahnya.

Mangsa yang bangun dua jam kemudian terkejut mendapati seekor anak anjing miliknya yang baru seminggu dilahirkan mati selain sebuah kerusi plastik didapati pecah.
Kejadian dipercayai berlaku gara-gara mangsa gagal melunaskan wang ‘kutu’ berjumlah RM6,000.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, wanita berusia 46 tahun itu yang takut di atas insiden berkenaan membuat laporan polis.


Menurutnya, anggota polis dengan dibantu unit forensik yang melakukan siasatan di tempat kejadian menemui kesan bahan letupan, dipercayai mercun bola digumpal banyak sehingga menghasilkan percikan api dan bunyi kuat.

Impian ibu bapa naik pesawat dipandu anak lebur




         
PONTIAN: Impian ibu dan bapa juruterbang pelatih, Samuel Ling Shi Min, 25, menaiki pesawat dipandu anak mereka lebur selepas mangsa terbunuh dalam nahas udara di ladang kelapa sawit Kampung Parit Puasa, Ayer Baloi, di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin.

Bapa mangsa, Ling Inn Kwee, 64, berkata anak sulungnya itu sebelum ini sering bergurau mengatakan mahu membawa dia dan isteri ke destinasi percutian menaiki pesawat dipandunya sendiri.


Menurutnya, pada hari kejadian, dia dan isteri, Joan Ling, 62, sudah mengesyaki ada yang tidak kena apabila mendiang tergesa-gesa keluar dari rumah dengan kereta tanpa memaklumkan destinasinya.

Katanya, dia tidak tahu yang anak sulungnya itu bakal melakukan penerbangan solo sehingga dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas pesawat ringan dipandunya terhempas. “Kami mengetahui kursus penerbangan yang diikutinya dan setiap kali sebelum menerbangkan pesawat, mendiang akan meminta restu kami.


“Bagaimanapun, kali ini berbeza apabila dia langsung tidak bercakap mengenai penerbangan solo itu.


“Pada hari kejadian, Shi Min memandu kereta saya, tetapi tidak memaklumkan destinasinya sehingga kami menerima panggilan mengejutkan itu,” katanya.

Menurutnya, anaknya itu mula meminati bidang penerbangan selepas menjalani Khidmat Negara (NS) dan menyimpan hasrat bergelar juruterbang.


Joan Ling pula berkata, kakitangan kelab penerbangan anaknya menelefon dan memberitahu pesawat diterbangkan mendiang hilang dan gagal dikesan kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Difahamkan, Shi Min berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTASI) pada jam 12.30 tengah hari untuk sesi penerbangan latihan solo sebelum pesawat dipandunya terhempas kira-kira sejam kemudian. Pasukan penyelamat yang menjalankan usaha mengesan mangsa kemudian menemui mayatnya sebelum dihantar ke Hospital Pontian untuk dibedah siasat.


Siasatan kini diserahkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi mengetahui punca sebenar nahas berkenaan.

Warga Iran ke tali gantung


       
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang reaksi ditunjukkan seorang lelaki warga Iran ketika dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah Methamphetamine seberat 703.8 gram, tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Adel Zarabi, 40.


Mengikut pertuduhan, Adel didakwa mengedar dadah iaitu 703.8 gram Methamphetamine, di hadapan Sri Putramas 2, Royal Domain Condo, Jalan Putra Mas, Sentul di sini, pada jam 8.05 malam, 20 Mac 2011.

Bagi perbuatan itu, tertuduh yang dikatakan datang ke Malaysia bagi menjalankan perniagaan telefon bimbit terpakai, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.


Berdasarkan fakta kes, pihak polis bertindak membuat pemerhatian di tempat kejadian selepas menerima maklumat dan aduan sebelum melihat tertuduh berjalan keluar dari kawasan terbabit dengan membawa satu beg plastik Selepas pihak berkuasa memperkenalkan diri, tertuduh cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan.


Hasil pemeriksaan, di dalam beg plastik yang dibawa tertuduh, terdapat bahan disyaki dadah berbahaya sebelum disahkan ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia ia adalah dadah Methamphetamine seberat 703.8 gram.

Sepanjang perbicaraan kes, seramai tujuh saksi pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib untuk memberi keterangan dan tertuduh yang diwakili peguam, Kamarul Hisham Kamaruddin turut dipanggil untuk membela diri.

Maut kerana cinta tiga segi




         
KUALA TERENGGANU: Hubungan cinta tiga segi dengan seorang wanita warga Thailand dikenali sebagai ‘Mek Na’ dipercayai menjadi punca pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki warga Indonesia yang ditemui dalam keadaan berulat di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tapah, Payung, Sungai Tong, Setiu, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa dikenali sebagai Heri, 33, dikatakan menjalin hubungan dengan Mek Na yang dipercayai turut mempunyai hubungan cinta dan tinggal serumah bersama suspek utama, Abd Halim @ Zaki Idres, 51.


Menurutnya, Mek Na dan Abd Halim yang juga dikenali sebagai Zaki atau Pok Kee di kalangan penduduk kampung berkenaan disyaki melarikan diri bersama selepas kejadian terbabit tetapi dipercayai masih berada di negeri ini.

“Siasatan mendapati Zaki yang tidak memiliki permit sah sudah lima tahun berada di negeri ini dan bekerja sebagai penoreh getah di sebuah kebun milik rakyat tempatan di kawasan berhampiran.


“Dia juga dipercayai sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak. Bagaimanapun, isterinya yang juga warga Thailand berusia 44 tahun dikatakan menetap di Kelantan,” katanya.

.Tumpang kereta kawan


Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
         
KUANTAN: “Saya mendapat tahu dia datang ke sini (Kuantan) bersama orang lain dan menaiki kereta lain tetapi pada malam kejadian, dia menumpang kereta itu untuk pulang ke Dungun.

“Dia dikatakan ditinggalkan di Kuantan oleh rakannya dan memikirkan dia tidak mempunyai pilihan, dia menghubungi rakannya yang secara kebetulan mahu pulang ke Dungun. Dia menumpang kereta berkenaan dan kami tak sangka tindakannya itu membawa padah,” kata Wan Suhaini Wan Abdul Ghani, 20, kakak kepada mangsa kelima kemalangan maut, Wan Samsiah, 16, yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) jam 2.30 petang semalam.
Wan Samsiah yang berasal dari Jalan Nibong Stesen, Dungun, mangsa terakhir yang meninggal selepas terbabit kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18, Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, Sabtu lalu.

Wan Suhaini berkata, dia mendapat panggilan jam 3 pagi daripada seorang rakan Wan Samsiah yang memaklumkan anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik itu terbabit dalam kemalangan di Kuantan.


“Saya tidak pasti dengan siapa dia datang ke Kuantan kerana hanya dimaklumkan selepas ditinggalkan, dia menghubungi seorang daripada rakannya yang terbunuh itu kebetulan hendak pulang ke Dungun,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HTAA, di sini, semalam

Pengsan dibelasah lepas minta maaf


       
KUALA LUMPUR: Niat baik seorang pemandu van yang mahu memohon maaf selepas terlanggar seorang penunggang motosikal bertukar tragedi apabila dia dibelasah hingga pengsan.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun melanggar belakang motosikal lelaki berkenaan kerana tidak perasan disebabkan lampu belakang motosikal itu tidak berfungsi.


Mangsa yang menyedari kemalangan itu kemudian turun dari van dan meminta maaf kepada lelaki berkenaan yang tidak cedera.

Bagaimanapun, lelaki itu yang bengang kerana dilanggar memecahkan cermin hadapan kenderaan mangsa sebelum memukulnya dengan rantai kunci.


Menurut sumber, mangsa yang tidak sempat memberi penjelasan dan berbincang mengenai kejadian itu diserang bertubi-tubi hingga tidak sedarkan diri.


“Mangsa bukan saja dipukul dengan rantai kunci malah turut ditumbuk dan disepak lelaki berkenaan,” katanya.

Katanya, sebaik mangsa pengsan, lelaki itu melarikan diri meninggalkan mangsa terbaring di tepi jalan.


“Mangsa ditemui abang iparnya selepas tidak tiba di rumah seperti biasa sebelum dihantar ke hospital dengan sebuah ambulans,” katanya.

Mangsa mengalami kecederaan serius di muka, kepala, tangan dan dada.


Katanya, mangsa dirawat di Hospital Selayang sebelum membuat laporan di pondok polis hospital itu.

Hidung retak disepak senior




         
BUKIT MERTAJAM: Hanya kerana tidak sengaja menjatuhkan motosikal rakan, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di sini, retak tulang hidung ditendang seorang pelajar senior dalam kejadian di tingkat bawah blok bangunan sekolah berkenaan, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, pelajar terbabit, U Thiagu, 15, berkata, dia dikelilingi sekumpulan pelajar senior tingkatan empat dan lima ketika baru turun dari kelas.


Menurutnya, belum sempat dia bertanya, seorang pelajar senior menendang hidungnya menyebabkannya berdarah.

“Sejurus hidung berdarah, saya meluru ke tandas. Seorang pelajar tingkatan lima yang terkejut melihat keadaan saya membawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan sebelum saya memaklumkan kejadian kepada bapa,” katanya.


Dipercayai, kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati selepas mangsa secara tidak sengaja menjatuhkan motosikal pelajar sebayanya ketika berjalan bersama seorang lagi rakan untuk menunggu bas, jam 1.10 tengah hari, sehari sebelumnya.


Mangsa dikatakan tidak sedar beg digalasnya tersangkut pada bahagian pemegang motosikal berkenaan sebelum terjatuh.

“Saya tidak tahu kenapa dia (senior) tendang saya sedangkan saya tidak buat salah apa-apa terhadapnya.


“Ketika kejadian, pemilik motosikal yang saya jatuhkan itu ada bersama, tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Saya sangka hal saya dengan pelajar itu selesai kerana kami mencapai kata sepakat melupakan hal itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Permatang Batu Mukim 11, di sini.

Sementara itu, bapa Thiagu, K Uthayakumar, 47, berkata, dia ke sekolah sejurus menerima panggilan daripada anak bongsunya berhubung kejadian itu.


Bagaimanapun, dia kecewa apabila guru disiplin memberitahu kejadian berlaku di luar kawasan sekolah dan meminta membuat laporan polis jika tidak berpuas hati.

Maut ditembak jarak dekat


       
MIRI: Seorang lelaki maut selepas ditembak individu tidak dikenali dari jarak dekat berhampiran lampu isyarat di Jalan Bendahara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 40-an, mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan masing-masing di kepala dan leher kanan, dipercayai menggunakan sepucuk pistol.


Difahamkan, mangsa juga pemilik pusat hiburan di Pusat Komersial Pelita itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Land Cruiser.

Menurut sumber, mangsa dipercayai ditembak suspek datang dari arah bertentangan ketika kenderaan di laluan itu bergerak perlahan.


“Kejadian berlaku begitu pantas menyebabkan orang ramai langsung tidak dapat mengecam suspek terbabit di samping menimbulkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan,” katanya.


Katanya, mangsa sebelum ini dipercayai pernah cedera parah akibat diserang menggunakan parang oleh individu tidak dikenali dua tahun lalu.

Seorang wanita enggan namanya didedahkan berkata, ketika kejadian dia sedang berjalan berhampiran tempat kejadian sebelum terdengar bunyi letupan kuat.


Bagaimanapun, katanya, dia menyangka bunyi itu sekadar tayar kenderaan pecah, tetapi terkejut melihat orang ramai mula mengerumuni sebuah kenderaan.

“Ketika itu, saya mula mengesyaki sesuatu sebelum cuba untuk melihat lebih dekat dan ternampak seorang lelaki tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu dan kepala berlumuran darah,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner, Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan masih dijalankan mengenal pasti identiti suspek.

Belasah mentua kerana anak



         
AMPANG: Seorang menantu tergamak membelasah ibu mentuanya dengan kayu mop hanya kerana perselisihan faham kecil berkaitan anaknya berusia setahun ketika ingin berbuka puasa di Taman Cheras Indah, dekat sini, Jumaat lalu.

Difahamkan, punca pertengkaran bermula apabila wanita berusia 64 tahun itu mengambil cucu lelakinya duduk bersama di meja makan menyebabkan menantu lelakinya berusia 20-an tidak berpuas hati kerana ketika itu dia ingin menyuap ayam panggang kepada anaknya itu.


Sumber berkata, lelaki terbabit yang baru pulang ke rumah kira-kira jam 7.20 malam itu turut membawa ayam panggang yang dibeli di bazar Ramadan sebelum meminta isterinya menghidangkannya di meja makan.

Menurutnya, mangsa ketika itu sedang bermain dengan cucunya kemudian menuju ke meja makan untuk berbuka sambil meriba kanak-kanak terbabit.


Katanya, menantunya itu kemudian meminta menyerahkan anaknya itu kerana ingin menyuapkan ayam panggang.


“Bagaimanapun, mangsa meminta izin menyuapkan sendiri ayam panggang itu menyebabkan keadaan sedikit tegang selepas menantunya tidak berpuas hati dan terus memarahi mentuanya.

“Terkejut dengan tindakan biadab itu, mangsa cuba menegur sebaliknya menantunya hilang pertimbangan terus merampas anaknya secara kasar sebelum memaki-hamun mangsa,” katanya.


Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, mangsa dipukul di kepala dengan kayu mop yang diambil dari dapur hingga cedera ringan sebelum dileraikan anak perempuannya.

“Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Lelaki parah ditikam gunting




         
MIRI: Hanya kerana bertanyakan alat pemotong jubin lantai miliknya yang hilang, seorang lelaki nyaris maut ditikam dengan gunting oleh abang iparnya di sebuah rumah di Bandar Baru, Permyjaya, di sini, kelmarin.

Berikutan itu, Aihan Ahmad, 20, mengalami pendarahan teruk di rusuk kiri selain tikaman itu hampir mengenai paru-parunya.


Sebelum kejadian, mangsa cuba bertanya kepada abang iparnya berusia 20-an, mengenai alat pemotong jubin lantainya yang hilang tiga hari lalu, pada jam 11.30 malam.

Menurut Aihan, dia cuba mendapat kepastian daripada abang iparnya mengenai perkara itu dan berharap dapat memulangkan alat berkenaan jika ia ada kaitan dengannya.


Bagaimanapun, katanya, dia tidak menyangka pertanyaannya itu mencetuskan pertengkaran sebelum abang iparnya mengeluarkan gunting di dalam poket seluar lalu menyerangnya.


“Ketika itu, saya tidak sempat mengelak menyebabkan rusuk kiri cedera ditikam. Kejadian itu disaksikan isteri, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa berikutan bimbang dicederakan.

“Sejurus kemudian, abang ipar meninggalkan rumah dan saya dibawa ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut oleh ahli keluarga yang gempar dengan kejadian itu,” katanya ditemui di hospital itu, di sini, semalam.


Katanya, dia tidak berniat menuduh abang iparnya mencuri alat berkenaan, tetapi sekadar mendapat kepastian.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan kes berkenaan dan mendapatkan keterangan daripada mangsa serta isterinya mengenai perkara itu.


“Usaha memburu suspek yang menghilangkan diri sedang dijalankan,” katanya Katanya, setakat ini, mangsa dilaporkan stabil dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326, Kanun Keseksaan.

Dua beradik ditelan ombak



Oleh Norasikin Daineh dan Hayati Nasrah
hmkk@hmetro.com.my
         
KUDAT: Kegembiraan lima remaja mandi-manda di Pantai Tindakon Dazang, dekat sini, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka yang juga adik- beradik lemas dihanyutkan ombak, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mayat Jaidi Injau, 24, ditemui ahli keluarga, jam 9.30 malam pada hari kejadian, manakala adiknya, Wilson, 14, ditemui pasukan penyelamat, jam 7.44 pagi, kelmarin.
Difahamkan, dua beradik itu bersama tiga lagi sepupu mereka ke pantai itu untuk mandi sebelum dihanyutkan ombak menyebabkan kelima-lima mereka lemas, manakala tiga lagi sepupu dapat menyelamatkan diri sebelum meminta bantuan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Mustama Oyong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.03 petang dan tiba di tempat kejadian sejam kemudian.


“Pihak kami memulakan operasi menyelamat pada jam 4.04 petang dan seramai tiga anggota diarahkan ke pantai ini bagi mencari mangsa yang hilang selain turut dibantu ahli keluarga mangsa.

Puluhan motosikal hangus angkara mercun




         
GOMBAK: Angkara mercun, sebuah stor simpanan kenderaan Pondok Polis Selayang Baru terbakar mengakibatkan puluhan motosikal dan kereta terbakar dalam kejadian Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian itu disedari seorang anggota polis bertugas pada kira-kira jam 5.45 petang apabila terlihat asap tebal keluar dari stor berkenaan.


Menurutnya, anggota terbabit kemudian terus ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku sebelum mendapati kebakaran berlaku di kawasan letak motosikal dan motokar.

“Anggota itu segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak memaklumkan kejadian itu sebelum anggota bertugas menghubungi Balai Bomba Selayang.


“Bomba berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran itu sepenuhnya dalam sejam. Hasil pemeriksaan dianggarkan lebih 70 motosikal, dua kereta dan sebuah van musnah terbakar,” katanya.


Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati punca kebakaran disyaki perbuatan bermain mercun dan bunga api oleh pihak bertanggungjawab di kawasan luar pagar.

“Selain itu terdapat bazar Ramadan berhampiran stor terbabit malah rumput di dalam kawasan itu juga kering kerana baru dipotong dan disembur racun.


“Pemeriksaan awal forensik bomba mendapati tiada unsur khianat dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Kontena terbakar tepi jalan


       
KUALA KUBU BARU: “Saya nampak pemandu lori kontena itu cuba memadam api pada tayar belakang yang terbakar itu tetapi api semakin marak,” kata saksi kejadian, Mohd Hanafi Sudin, 35, menceritakan detik cemas lori terbakar di Kilometer 409.4 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan susur keluar plaza tol Lembah Beringin, dekat sini kelmarin.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 9.45 malam ketika pemandu lori kontena itu dalam perjalanan dari utara ke Kuala Lumpur apabila tayar belakang kontena itu pecah, lalu terbakar.


Katanya, pemandu lori itu menjadi semakin cemas apabila melihat api dan asap semakin tebal namun dia cuba menyelamatkan muatan di bahagian kepala lori itu. “Kejadian berlaku dipercayai kerana brek kenderaan itu gagal berfungsi menyebabkan berlaku percikan api menyebabkan tayar lori itu terbakar,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Hanafi ditemui berhenti di laluan bersebelahan lebuh raya juga berkata, hanya beberapa minit selepas kejadian sepasukan bomba dan penyelamat dari Balai Tanjung Malim tiba memadam kebakaran itu.

Kontena terbakar tepi jalan


       
KUALA KUBU BARU: “Saya nampak pemandu lori kontena itu cuba memadam api pada tayar belakang yang terbakar itu tetapi api semakin marak,” kata saksi kejadian, Mohd Hanafi Sudin, 35, menceritakan detik cemas lori terbakar di Kilometer 409.4 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan susur keluar plaza tol Lembah Beringin, dekat sini kelmarin.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 9.45 malam ketika pemandu lori kontena itu dalam perjalanan dari utara ke Kuala Lumpur apabila tayar belakang kontena itu pecah, lalu terbakar.


Katanya, pemandu lori itu menjadi semakin cemas apabila melihat api dan asap semakin tebal namun dia cuba menyelamatkan muatan di bahagian kepala lori itu. “Kejadian berlaku dipercayai kerana brek kenderaan itu gagal berfungsi menyebabkan berlaku percikan api menyebabkan tayar lori itu terbakar,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Hanafi ditemui berhenti di laluan bersebelahan lebuh raya juga berkata, hanya beberapa minit selepas kejadian sepasukan bomba dan penyelamat dari Balai Tanjung Malim tiba memadam kebakaran itu.

Remaja miliki 2 pistol ditahan

RAMPAS...Tun Hisan  menunjukkan senjata yang dirampas.
RAMPAS...Tun Hisan menunjukkan senjata yang dirampas.
SHAH ALAM: Mengejutkan apabila serbuan polis terhadap sebuah rumah di Taman Bukit Pandan, Ampang, Jumaat lalu, yang disewa seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menemui dua pistol jenis Smith & Wesson, 40 butir peluru, 10 parang dan satu peket plastik dadah jenis heroin.
Dalam serbuan jam 4.30 petang itu, polis turut menahan suami isteri berusia 28 dan 27 tahun dipercayai pemilik rumah berkenaan dan merampas sebuah telefon pintar milik remaja terbabit yang mempunyai lambang polis, kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, remaja terbabit dipercayai ahli kumpulan Geng 08 dan aktif menjalankan aktiviti menjual dadah di sekitar Ampang sejak enam bulan lalu.

“Kami akan menjalankan siasatan terperinci bagi memastikan sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kejadian samun pernah dilaporkan sebelum ini berdasarkan penemuan pistol dan parang,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, semalam. Tun Hisan berkata, remaja terbabit menyewa bilik dalam rumah itu dan pistol, peluru serta parang dijumpai dalam bilik berasingan. Katanya, remaja terbabit turut menjadikan bilik itu sebagai markas membungkus dadah dengan beberapa peralatan membungkus dadah dan satu peket plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 143 gram bernilai RM8,000.

“Dadah itu kemudian dibungkus menjadi 200 peket kecil dan dijual dengan harga RM50 setiap satu,” katanya.

Tun Hisan berkata, siasatan awal turut mendapati pasangan suami isteri itu tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan remaja terbabit dan hanya sebagai pemilik rumah saja. Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati remaja terbabit positif dadah jenis ganja tetapi tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Tipu sakit untuk kahwin percuma

DANIELLE dan Chris pada hari perkahwinan mereka.
DANIELLE dan Chris pada hari perkahwinan mereka.
LONDON: Seorang pengantin perempuan ditangkap berhubung dakwaan dia menipu menghidap barah untuk meraih simpati orang ramai bagi membiayai majlis perkahwinannya yang menelan belanja �10,000 (RM50,000).
Danielle Howard, 22, mendapat sokongan chef selebriti, Gordon Ramsay ketika melancarkan kempen memungut derma secara online dengan mendakwa dia bertarung untuk terus hidup.
Kata rakannya, dia langsung tidak mengeluarkan wang ketika berkahwin dengan Chris, 28, apabila derma datang mencurah-curah.

Danielle ditangkap kerana disyaki menipu selepas perasaan syak semakin meningkat di kalangan penderma apabila wanita itu hamil ketika menjalani rawatan barah servikal.


Rakan-rakannya menganjurkan acara kutipan derma untuk Danielle dan menghubungi pengacara televisyen, Holly Willoughby dan Fearne untuk mendapatkan bantuan mereka.

Ramsay memberi sokongannya menerusi Twitter.

Jurugambar, Steve Hobart yang turut membantu menganjurkan beberapa acara berkata: “Kami bertungkus lumus untuk membantunya.”

Satu sumber pula berkata: “Sungguh tidak boleh dipercayai. Orang ramai menyedari ditipu dan mula bercakap mengenainya.”

Danielle berkahwin dengan Chris pada April di Billericay, Essex.

Rakaman video yang menelan belanja tinggi dibuat dan jamuan diadakan selepas lebih 1,500 orang menyertai kempen ‘Berjuang bersama-sama Danielle’ menerusi Facebook dan Twitter.

Beberapa minggu sebelum upacara perkahwinan itu, Danielle muncul dalam akhbar tempatan, merayu bantuan.

Menurutnya, dia ingin berkahwin sebelum rambutnya gugur akibat rawatan barah.

Polis berkata, siasatan masih dijalankan.- DM

Howard Shaw dipenjara 3 bulan




         
SINGAPURA: Ahli perniagaan terkemuka Singapura, dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara semalam, kerana mengadakan hubungan sgeks berbayar dengan gadis bawah umur.

Sementara itu, berpuluh lagi lelaki yang dituduh atas kesalahan yang sama, menunggu hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas mereka.
Howard Shaw, 41, cucu ahli perniagaan wayang gambar Asia terkenal, Runme Shaw, dan bekas aktivis alam sekitar, didakwa April lalu kerana mendapati mengadakan hubungan seks berbayar dengan gadis tempatan berusia 17 tahun pada Oktober 2010.

Shaw, yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak membayar ikat jamin sementara menunggu rayuannya didengar. - ST

Polis tahan dua lelaki bawa bangkai harimau




         
HANOI: Polis di tengah negara ini berkata, mereka menemui bangkai dua harimau liar spesies terancam dalam bonet sebuah kereta yang diarahkan berhenti kerana memandu laju, semalam.

Polis di wilayah Quang Binh berkata, mereka menahan dua lelaki dalam kereta itu untuk disoal selepas menemui bangkai harimau berkenaan. Lelaki terbabit memberitahu polis mereka diupah oleh seseorang yang tidak dikenali untuk membawa bangkai haiwan itu ke wilayah Quang Tri yang berdekatan. Tulang harimau digunakan di Vietnam untuk menghasilkan ubat penahan sakit tradisional.


Ia dijual kira-kira AS$1,000 (RM3,152) untuk 100 gram atau beberapa ratusan dolar untuk satu aun.

Kumpulan perlindungan hidupan liar minggu lalu menyenaraikan Vietnam sebagai negara paling buruk di dunia untuk jenayah hidupan liar. - AP

Koc kereta api ekspres terbakar: 32 penumpang maut




         
HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh semalam apabila sebuah koc kereta api ekspres terbakar ketika ia membawa penumpang yang sedang tidur menuju ke Chennai, bandar di selatan negara ini, kata pihak berkuasa.

Kemalangan membabitkan khidmat kereta api jarak jauh dari New Delhi itu terjadi pada awal pagi dekat bandar Nelloredi negeri Andhra Pradesh dengan lintar pintas dikatakan menjadi punca. “Seramai 32 mayat dibawa keluar dari koc itu,” kata Pegawai Kanan Pentadbiran di daerah Nellore, Madhusudan Sarma kepada media sambil menambah ada lebih banyak mayat di dalam koc berkenaan.


Seramai 26 mangsa lagi dirawat di hospital.

Sebuah koc hangus sepenuhnya dan petugas penyelamat berhempas-pulas dengan suhu panas di dalamnya. Alat pemotong besi digunakan untuk membuka laluan lebih luas bagi khidmat kecemasan. - AFP

150 remaja amuk di bar




         
JAKARTA: Polis Indonesia menahan 62 orang, kebanyakan daripada mereka di bawah umur yang terlibat dalam serangan di sebuah bar di selatan Jakarta kerana menjual arak dalam bulan Ramadan.

Ketua Detektif Polis Jakarta Selatan, Hermawan berkata, sekumpulan 150 remaja, ada antaranya berusia 13 tahun membawa pedang dan pemukul golf, menyerbu bar De Most kelmarin, memecahkan botol arak dan memusnahkan harta benda.
“Daripada 62 yang ditahan, kebanyakannya di bawah umur dan ada yang membawa pedang samurai, sabit dan pemukul golf,” katanya.

Hermawan berkata, kumpulan itu memecahkan tingkap, pintu dan botol arak. Mereka berbuat demikian kerana mahu semua bar ditutup dan tidak mahu bulan Ramadan tercemar.


Dua puluh tiga yang ditahan akan menghadapi tuduhan memusnahkan harta benda manakala empat lagi akan didakwa kerana membawa senjata tajam.


Hermawan berkata, kumpulan itu menggelarkan diri mereka Majlis Pembela Rasulullah.

Ketua kumpulan itu, Habib Bahar, 33, ketika ditahan, berkata, “Kami sudah biasa menyerbu tempat maksiat seperti ini dalam bulan Ramadan.”

“Mereka melakukan maksiat. Mereka mabuk jadi tindakan mesti diambil,” katanya.

Sejak beberapa tahun lalu, kumpulan Islam menyerbu premis yang menyediakan alkohol tetapi serangan yang dibuat kelmarin adalah yang pertama sejak Ramadan bermula pada 21 Julai lalu.

Pihak berkuasa telah memberi arahan supaya semua bar dan kelab malam ditutup pada bulan mulia ini tetapi larangan itu jarang dikuatkuasakan. - Kompas.com

Maut lepas koma dibelasah anak



Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
         
KUCHING: Seorang warga emas yang bertarung nyawa lebih seminggu selepas koma dipercayai akibat dipukul anak sendiri, disahkan meninggal dunia di hospital, semalam.

Difahamkan, mangsa, 77, dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dipercayai dipukul seorang anaknya berusia 40-an yang tinggal bersama lelaki berkenaan di rumahnya di Batu Kawa, di sini.

Menurut sumber, sejurus mangsa dimasukkan ke hospital, adik suspek membuat laporan polis mendakwa lelaki itu dipukul abangnya selepas berlaku pertengkaran.

Katanya, adik suspek mendakwa bapa ditolak dan dipukul suspek menyebabkan dia patah tulang rusuk.


“Sebaik menyedari mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri, suspek membawa mangsa ke HUS bagi mendapatkan rawatan sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga mangsa disahkan meninggal dunia hari ini (semalam).

Ady Putra kena tipu

Ady Putra
Ady Putra
KUALA LUMPUR: “Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat,” kata pelakon popular, Ady Putra, 31.
Pelakon berasal dari Singapura itu yang sering membintangi drama dan filem di negara ini berkata demikian ketika mengulas mengenai kerugian RM19,000 dialaminya kerana ditipu selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet.
Menurut Ady, apa yang berlaku suatu yang bersifat peribadi dan dia dinasihatkan polis supaya tidak menceritakan kejadian itu secara terbuka kepada pihak media mahupun peminat.

“Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Ady yang turut membintangi filem pecah panggung, KL Gangster kini sedang menjalani penggambaran filem Balistik terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd di sekitar ibu kota, mengatakan kejadian itu boleh memberikan kesan pada dirinya secara peribadi termasuk karier seni.

Melutut sebelum rebah

MAUT...mayat mangsa dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka, semalam.
MAUT...mayat mangsa dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka, semalam.
MELAKA: Mahkamah Majistret di sini semalam, gempar seketika apabila seorang lelaki yang dituduh memiliki heroin tiba-tiba melutut di lantai sebelum rebah dan meninggal dunia di pangkuan ibunya sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Difahamkan sebelum kejadian kira-kira jam 3 petang itu, tertuduh, Fazlie Khamis, 28, dari Bachang, Batu Berendam, dibawa dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan memiliki heroin.

Menurut sumber, tertuduh yang dalam keadaan lemah duduk di atas bangku di luar kandang pesalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

“Bagaimanapun, selepas pertuduhan dibacakan, tiada reaksi diberikan tertuduh yang ketika itu tunduk dengan air liur meleleh. Melihat keadaan tertuduh yang tidak sihat, kakitangan mahkamah menghubungi ambulans sebagai persediaan.

“Selepas tiada tindak balas daripada tertuduh, jurubahasa sekali lagi membacakan pertuduhan sama apabila melihat tertuduh mula bergerak, namun beberapa minit kemudian dia tiba-tiba jatuh melutut dan rebah ke lantai,” katanya.

Menurutnya, anggota perubatan yang tiba merawat tertuduh sebelum dia yang dipangku ibunya disahkan meninggal dunia.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman berkata, tertuduh dibawa ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 2.5 gram heroin.

“Mayat tertuduh dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sehingga menunggu laporan penuh bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, Fazlie ditahan sepasukan polis kira-kira jam 3.30 petang, 27 Julai lalu di Batu Berendam dan direman sehingga 31 Julai (hari ini).

Sementara itu, ibu tertuduh dikenali sebagai Sapiah, 60-an, berkata dia hanya menyedari kejadian menimpa anaknya selepas melihat kakitangan ambulans masuk ke mahkamah.

“Saya datang ke sini sejak pagi, namun tidak menemuinya. Sebelum kejadian saya duduk di luar dan melihat kakitangan ambulans masuk ke dalam mahkamah.

“Melihat keadaan kelam-kabut, saya turut masuk dan terkejut melihat Fazlie yang rebah. Saya segera memangkunya, tetapi ketika itu dia sudah lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya,” katanya.

Ahli Parlimen dipaksa bergambar bogel sebelum diperas ugut




         
DHAKA: Seorang anggota Parlimen Bangladesh yang dirakam berbogel di pejabatnya bersama-sama seorang wanita, dipaksa berbuat demikian oleh sekumpulan penjenayah bersenjata yang kemudian menggunakan video itu untuk memeras wang daripadanya.

Penolong Pesuruhjaya Polis Abdul Ahad berkata, pihaknya menangkap lima orang, termasuk tiga wanita atas tuduhan memeras ugut anggota Parlimen itu yang ada hubungan dengan kerajaan.


“Mereka mengarahkannya berbogel. Seorang rakan wanita mereka juga berbogel dan yang lain memaksa anggota Parlimen itu bergambar dengannya,” kata Abdul Ahad.

Kejadian berlaku di Dhaka Mei lalu dan kumpulan itu didakwa menuntut lima juta taka (RM183,000) daripada anggota Parlimen berkenaan yang dikenali pasti sebagai Abdul Jabbar oleh media tempatan. - AFP

Laman seks kena saman




         
TACOMA (Washington): Tiga remaja di negeri ini yang mendakwa mereka dijual untuk seks di Internet menyaman laman Backpage.com, menuduh pemilik laman web itu mengeksploitasi mereka.

Dua remaja berusia 13 tahun dari daerah Pierce dan seorang berusia 15 tahun dari daerah King mengemukakan saman itu Jumaat lalu di Mahkamah Agung daerah Pierce, lapor The News Tribune, semalam. Peguam di Seattle, Liz McDougall yang mewakili pemilik korporat Backpage, berkata, kes saman itu menyalahi undang-undang persekutuan. Laman itu dimiliki Village Voice Media di New York.


Backpage adalah laman web popular untuk khidmat teman sosial. Syarikat itu menghadapi tekanan besar untuk mengubah cara operasinya. Pada Mei lalu, datuk bandar daripada hampir 50 bandar raya di seluruh Amerika Syarikat, termasuk New York, Los Angeles, Phoenix dan Philadelphia, menandatangani surat menggesa Village Voice Media mendapatkan pengenalan diri terhadap individu yang yang memuat naik iklan khidmat teman sosial di laman webnya. “Adakah wajar untuk sesetengah syarikat, atas beberapa kepentingan untuk memperoleh jutaan dolar, bukan saja terbabit dalam penyeludupan wanita, tetapi lebih penting lagi turut menyeludup kanak-kanak?,” soal peguam di Seattle, Mike Pfau yang bersama Erik Bauer mewakili remaja terbabit. “Tidak, ia tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Saman itu mendakwa bahawa gambar remaja perempuan bawah umur mengenakan pakaian ketat dan terdedah muncul dalam pelbagai iklan di laman itu yang dibayar oleh bapa ayam. Ia menuduh pemiliknya tidak melakukan apa-apa untuk mencegah perkara itu berlaku. Tindakan yang dijelaskan dalam aduan itu merujuk pada 2010. - AP

Aksi nakal makan diri, lelaki parah bunga api bakar punggung



         
SYDNEY: Seorang lelaki tempatan cedera parah akibat terbakar di bahagian bawah tubuhnya selepas dia meletakkan bunga api di celah punggungnya dalam aksi nakal pada satu parti, lapor akhbar semalam.

Polis di Wilayah Utara yang tidak ramai penduduk, berkata lelaki itu dikejarkan ke hospital selepas aksi memakan dirinya sendiri itu berlaku di Rapid Creek, Darwin pada tengah malam minggu lalu.


“Kelihatannya parti itu berjalan lancar sehingga seorang lelaki muda memutuskan untuk meletakkan bunga api di celah punggungnya sebelum menyalakannya,” kata jurucakap polis, Garry Smith kepada Stesen Penyiaran Australia. - AFP

Aksi nakal makan diri, lelaki parah bunga api bakar punggung



         
SYDNEY: Seorang lelaki tempatan cedera parah akibat terbakar di bahagian bawah tubuhnya selepas dia meletakkan bunga api di celah punggungnya dalam aksi nakal pada satu parti, lapor akhbar semalam.

Polis di Wilayah Utara yang tidak ramai penduduk, berkata lelaki itu dikejarkan ke hospital selepas aksi memakan dirinya sendiri itu berlaku di Rapid Creek, Darwin pada tengah malam minggu lalu.


“Kelihatannya parti itu berjalan lancar sehingga seorang lelaki muda memutuskan untuk meletakkan bunga api di celah punggungnya sebelum menyalakannya,” kata jurucakap polis, Garry Smith kepada Stesen Penyiaran Australia. - AFP

Terjun flat



Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
         
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun cedera parah selepas nekad terjun dari tingkat tiga sebuah flat di Taman Jinjang Baru, di sini, bagi menyelamatkan diri daripada empat lelaki yang menculiknya, 23 Julai lalu.

Berikutan itu, mangsa cedera parah di kepala selain patah pinggang.


Bagaimanapun, selepas bertarung nyawa hampir seminggu di hospital, mangsa dilaporkan stabil sebelum menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada keluarga.

Sehubungan itu, bapa mangsa berusia 70 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, kelmarin.


Sumber berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang bersendirian sedang meletak keretanya di tempat letak kereta di kawasan perumahan berkenaan kerana mahu bertemu seorang rakannya.


“Mangsa bagaimanapun dihampiri empat lelaki sebelum seorang daripada mereka terus menumbuknya. Mangsa yang cuba mempertahankan diri kemudian terpaksa akur arahan kumpulan itu selepas mereka mengancamnya dengan parang.

“Kumpulan terbabit kemudian mengarahkan mangsa mengekori mereka ke tingkat tiga salah satu flat di kawasan perumahan itu,” katanya.


Sumber berkata, mangsa dikurung di rumah berkenaan manakala empat lelaki itu menjaga di luar rumah.

“Selepas 15 minit dikurung, seorang daripada suspek masuk ke dalam rumah sebelum bertanya kepada mangsa di mana bapanya. Suspek juga mengarahkan mangsa untuk memberikan nombor telefon keluarganya bagi memudahkan mereka menuntut wang tebusan sebanyak RM100,000,” katanya.


Menurutnya, kumpulan penculik itu bertindak meninggalkan rumah berkenaan selepas mengunci semua pintu dari luar. “Selepas gagal memecahkan pintu di rumah berkenaan, mangsa nekad terjun melalui tingkap rumah itu bagi membebaskan dirinya.


“Mangsa yang terjatuh 20 meter parah di kepada dan badan,” katanya.


Katanya, orang awam yang menemui mangsa bergegas memaklumkan kejadian itu kepada polis.


Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang (HS), untuk rawatan lanjut.


Bagaimanapun, keluarga mangsa kemudian memindahkannya ke sebuah hospital swasta di ibu kota.


Katanya, selepas hampir seminggu dirawat, mangsa semakin sembuh.


Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum satu laporan polis dibuat,” katanya.


Dalam laporan berkenaan, bapa mangsa menyatakan, kegagalannya membuat laporan awal disebabkan anaknya itu gagal bercakap kerana koma dan hanya mengetahui kejadian sebenar selepas anaknya tersedar.


Namun, bapa mangsa yang mengakui tidak menerima sebarang panggilan tuntutan wang daripada mana-mana pihak bagaimanapun yakin anaknya itu diculik.


Sumber berkata, kumpulan penculik dipercayai membatalkan hasrat mereka menuntut wang tebusan selepas mengetahui mangsa meloloskan diri.

Iran rancang bunuh diplomat Israel


AFP
GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta yang dinaiki seorang diplomat Israel terbakar di New Delhi pada 13 Februari lalu.


NEW DELHI - Polis India telah membuat rumusan bahawa anggota-anggota Pengawal Revolusi Iran telah melancarkan serangan terhadap seorang diplomat Israel di sini pada Februari lalu, menurut satu laporan semalam.
Akhbar Times of India yang memetik siasatan polis melaporkan, lima orang suspek dipercayai bekerjasama dengan seorang wartawan tempatan untuk merancang serangan itu.
Pengawal Revolusi merupakan unit ketenteraan Iran.
Dalam serangan berkenaan, seorang lelaki bermotosikal melekatkan sebutir bom bermagnet pada sebuah kenderaan Kedutaan Israel.
Interpol telah mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap empat suspek yang dinamakan dalam laporan polis pada Mac lalu.
Namun, buat pertama kalinya, anggota unit tentera Pengawal Revolusi Iran menjadi suspek dalam serangan tersebut.
"Butiran terperinci tentang suspek telah dimaklumkan kepada Iran," menurut akhbar berkenaan.
Akhbar yang sama turut menamakan seorang jurubina Iran, Houshang Afshar Irani sebagai dalang serangan itu dengan dia turut merancang plot berasingan untuk membunuh warga Israel di Thailand dan Georgia pada waktu yang sama.
Perancang utama serangan itu dipercayai polis telah memasuki negara ini dengan menggunakan visa pelancong.
Dia kemudian meninggalkan India selepas percubaan membunuh itu dilakukan.
Pada Mac lalu, seorang wartawan veteran India, Syed Mohammed Kazmi yang bekerja sambilan dengan agensi berita Iran (IRNA) menjadi individu pertama yang ditangkap berhubung serangan ke atas diplomat Israel.
Seorang diplomat Yahudi yang berusia 42 tahun dan isteri atase pertahanan di Kedutaan Israel cedera parah dalam serangan itu yang berlaku dekat kediaman Perdana Menteri, Manmohan Singh di New Delhi.
Israel kemudian menyalahkan Iran ekoran serangan tersebut.
Beberapa penganalisis menyatakan, Iran melakukan serangan balas selepas seorang saintis nuklear negara tersebut mati di Teheran. Iran mendakwa serangan itu dilakukan agensi perisikan Israel, Mossad. - AFP

Ikan paus yang diselamatkan ditemui mati



AFP
BEBERAPA aktivis berusaha untuk menyelamatkan seekor ikan paus sperma dekat pantai Karawang, Jawa Barat pada Jumaat lalu.


JAKARTA - Seekor ikan paus sperma yang dibantu kembali semula ke laut telah ditemui mati kira-kira 25 kilometer dari tempat ia terdampar selama empat hari, kata seorang pegawai Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta, Pramudya Harzani.
Ikan paus sepanjang 12 meter itu ditemui terdampar di sebuah kawasan cetek dekat pantai Karawang, Jawa Barat pada Rabu lalu.
Namun, beberapa penyelamat berjaya membantu ikan tersebut bergerak ke kawasan laut dalam apabila ia ditarik dengan menggunakan 10 buah kapal dan sebuah bot tunda pada Sabtu lalu.
Menurut Harzani, bangkai ikan tersebut ditemui beberapa anggota penyelamat di Muara Gembong. - AP

4 maut bas sekolah dirempuh kereta api



AFP
ORANG ramai melihat sebuah bas sekolah dirempuh kereta api di Kotmehatab, India semalam.


KOTMEHATAB, India - Seramai empat pelajar terbunuh dan 19 lagi cedera apabila sebuah bas sekolah dirempuh kereta api di sini semalam.
Ketika kejadian bas tersebut membawa 23 orang pelajar sekolah rendah.
Nahas itu berlaku di sebuah lintasan kereta api di utara India.
Menurut seorang pegawai polis, Suba Singh, kereta api itu bergerak laju daripada biasa ketika ia merempuh bas tersebut.
Beliau berkata, ketika nahas, bas tersebut sedang melintas di lintasan tersebut.
Pelajar yang cedera dihantar ke hospital berdekatan. - Agensi

Syabu disorok dalam bungkusan minuman segera


GOKINA MORGANAN
30 Julai 2012
GEORGETOWN - Polis mengesan satu lagi taktik baru oleh seorang warga Indonesia - menyorok dadah jenis  syabu bernilai RM800,000 dalam bungkusan minuman kopi segera 'Ali Cafe', dua hari lalu.

Dua anak yatim Al-wadi maut -


MOHD RIZAL ABDULLAH
30 Julai 2012
BALING - Dua penghuni Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-wadi maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 33.8 Kampung Binjul Luar kira-kira 12 tengah hari, kelmarin.

Ahmad Osman Nazir, 21, dari Kampung Seberang Ketil dan Mohd Aswad Azizan, 18, Kampung Seberang Pekan maut di tempat di kejadian setelah motosikal mereka bertembung dengan sebuah lori muatan tong gas.

Ketua Polis Daerah Baling, Supretendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke pertubuhan anak-anak yatim tersebut.

Menurutnya, penunggang motosikal terbabit dipercayai memasuki laluan lori berkenaan sehingga mengakibatkan pertembungan sebelum terbabas di bahu jalan.

"Penunggang motosikal, Ahmad Osman terpelanting dan terseret sejauh enam meter dari motosikalnya manakala rakannya  Mohd Aswad melambung dan terjatuh di dalam tali air berdekatan jalan itu.

"Penunggang terbabit  mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan paha manakala rakan mangsa dipercayai lemas di dalam tali air itu," katanya kepada Sinar Harian.

Pelajar terlibat kes samun

Pelajar terlibat kes samun
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Julai 2012
Pelajar terlibat kes samun
Kedai serbanika 24 jam.
PORT DICKSON - Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di negeri ini antara enam lelaki yang berjaya diberkas polis selepas dipercayai terlibat dengan kes samun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Pekan Lukut, awal pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, semua suspek yang ditahan berusia antara 17 hingga 31 tahun berasal dari sekitar Seremban.

“Salah seorang daripadanya adalah pelajar tingkatan lima, empat penuntut di sebuah kolej swasta di Shah Alam dan seorang lagi pekerja di sebuah hotel di Seremban.

“Polis berjaya memberkas kesemua suspek yang cuba melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di susur masuk tol Lebuhraya Lukut-Seremban tidak sampai 15 minit selepas kejadian tersebut berlaku,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Polis bersama Anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Port Dickson di perkarangan Masjid Port Dickson, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah, Ab Khalid Mat; Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Zulkefli Adamsah dan Pegawai Perpaduan daerah, Zaizulman Zainal Abidin.

Abd Wahab berkata, dalam kejadian itu, suspek melakukan jenayah samun sekitar jam 4 pagi.

“Dua suspek masuk ke kedai berkenaan dan mengugut jurujual dengan membawa senjata kayu cota sebelum melarikan beberapa botol minuman keras dan rokok dengan jumlah keseluruhannya RM387.20.

“Empat lagi suspek menunggu di dalam kereta jenis Proton Waja berwarna perak dan kesemua mereka cuba meloloskan diri memandu menghala ke arah Seremban sebelum kenderaan mereka dipintas sebuah kereta peronda polis kurang dari 15 minit selepas kejadian selepas mangsa membuat aduan kepada polis,” katanya.

Katanya, semua suspek ditahan reman sehingga Khamis depan untuk membantu siasatan.

“Mereka ini juga dipercayai turut melakukan samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Telok Kemang pada jam 12 tengah malam hari sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan berkumpulan,” katanya.

Malah katanya, siasatan awal mendapati kesemua suspek bergerak secara berkumpulan dalam melakukan kegiatan jenayah samun.

“Suspek adalah dari kumpulan lain dan tidak terlibat dengan sekumpulan 13 suspek kes samun yang berjaya diberkas polis pada awal pagi Ahad 23 Julai lalu di Hotel Sunshine Bay.

“Dengan tertangkapnya suspek ini, kita yakin akan menyelesaikan beberapa kes samun lain di sini,” katanya.

Abd Wahab turut menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan sebarang kejadian jenayah kepada polis agar tindakan pantas memberkas suspek dapat dilakukan.

“Kejayaan polis memberkas enam suspek ini adalah hasil daripada maklumat segera yang disalurkan oleh mangsa.

“Kerjasama masyarakat dalam membantu polis menangani dan membanteras jenayah sangat dihargai,” katanya lagi.

Kapal bersauh cara haram


MOHD FIRDAUS YON
30 Julai 2012
Kapal bersauh cara haram
Kapal MT Sea Cassandra yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, Pontian, kelmarin.
SENAI - Sebuah kapal ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APPM) Wilayah Selatan kerana melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, Pontian, kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, pihaknya mengesan kapal MT Sea Cassandra sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 2.1 batu nautika barat daya Tanjung Piai sekitar jam 12.35 tengah hari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kapal berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dari Pengarah Laut untuk bersauh dalam perairan negara ini.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati kapal berkenaan dipercayai melakukan kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu berlabuh tanpa kebenaran dan gagal membayar dius api.

“Ketua jurutera dan dua kru kapal dibawa ke Ibu Pejabat APMM Wilayah Selatan di Johor Bahru untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Adon berkata, kapal yang didaftarkan di Ulaan Baatar, Mongolia itu membawa 11 krew terdiri daripada sepuluh warganegara Myanmar dan seorang rakyat Singapura berumur antara 24 hingga 44 tahun.

Katanya, pemilik kapal boleh didakwa di bawah seksyen 491B (1) (l) Akta Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953 kerana berlabuh di kawasan yang tidak dibenarkan serta bersauh tanpa kebenaran dari Pengarah Jabatan Laut selain gagal membayar Dius Api.

“Jika didapati bersalah, pemilik kapal boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“APMM akan terus melakukan pemantauan serta pemeriksaan berterusan ke atas kapal-kapal yang bersauh secara haram sama ada di dalam atau luar batas pelabuhan bagi menggelakkan kesesakan di perairan ini.

 “Jika tidak dikekang boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan di samping memberi kesan kepada alam sekitar,” katanya.

Sorok mercun dalam enjin kereta


MOHD RIZAL ABDULLAH
30 Julai 2012
Sorok mercun dalam enjin kereta
Bunga api dan mercun yang disembunyikan dalam enjin kereta.
PENGKALAN HULU - Cubaan tiga individu menyeludup mercun dan bunga api dengan menyorokkannya ke dalam bahagian enjin kereta gagal setelah ditahan Polis dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di Jalan Pengkalan Hulu Betong 22 Julai lalu.

Mercun dan bunga api pelbagai jenis seberat 50 kilogram itu dipercayai dibeli dari Betong, Thailand sebelum dijual ke pasaran tempatan di sini.
Ketua Polis Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Anuar Omar berkata, mercun dan bunga api terbabit diletakkan di dalam enjin kenderaan itu untuk mengaburi mata penguatkuasa.

“Penyeludupan mercun dari Thailand semakin menjadi-jadi terutama ketika musim perayaan.

“Sehubungan itu, pihak tertentu sanggup melakukan apa sahaja termasuk membahayakan nyawa mereka semata-mata untuk menyeludup benda terlarang itu,” katanya.
Menurutnya, pihaknya terlebih dahulu mengetahui taktik yang sering digunakan oleh penyeludup yang terdesak untuk mendapatkan keuntungan lebih.

“Sebarang percikan api di dalam enjin itu boleh membawa padah berikutan terdapat beberapa bunga api dan mercun yang mudah terbakar.
“Malah ada yang jenis menghasilkan letupan yang kuat,” katanya.

Anuar berkata, penyeludup dipercayai akan menjual mercun kepada pemborong ataupun menjual secara terus kepada pembeli.

“Penjualan itu wujud disebabkan adanya permintaan. Justeru, ibu bapa khususnya tidak dibenarkan membeli mercun buat anak-anak mereka.

“Hukuman dan denda bukan sahaja dikenakan kepada penjual, malah ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka bermain mercun juga bakal dikenakan tindakan mengikut akta yang telah ditetapkan,” katanya.

Mangsa kemalangan nyaris dibelasah


MOHD RIZAL ABDULLAH
30 Julai 2012
Mangsa kemalangan nyaris dibelasah
Anggota polis berpakaian preman (kiri) mengawal remaja yang hampir belasah sekumpulan penduduk kerana dikatakan menjadi punca kemalangan di Teluk Air Tawar, kelmarin.
SEBERANG PERAI- Seorang remaja lelaki mengalami musibah berganda kerana selain cedera, dia  hampir menjadi mangsa belasah sekumpulan penduduk selepas dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan dirinya dengan sebuah kereta di Jalan Teluk Air Tawar di sini petang kelmarin.

Namun, kepantasan pihak polis dari Balai Polis Teluk Air Tawar tiba di lokasi kemalangan, berjaya menghalang kejadian lebih buruk yang bakal menimpa remaja berkenaan.

Kemalangan pada jam 6.45 petang kelmarin itu berlaku apabila remaja berkenaan yang menunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah Butterworth melanggar belakang sebuah kereta Perodua Viva yang sedang membelok ke kanan berdekatan balai berkenaan.

Ketua Ketenteraman Awam/Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Superitendan, Suhaimi Mohd Noor berkata, rempuhan kuat dari belakang itu menyebabkan pemuda berkenaan terpelanting dan melambung sebelum terjatuh di hadapan kereta yang dipandu seorang wanita bersama ibu dan dua anaknya.

“Walaupun kereta wanita itu rosak teruk, namun dia dan ahli keluarganya yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala remaja berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dikesan kemungkinan mengalami patah paha.

“Kejadian itu dilihat oleh beberapa orang saksi yang menyalahkan remaja berkenaan sebagai penyebab kemalangan itu apabila mendakwa dia menunggang laju dan cuai sebelum mengambil tindakan untuk membelasahnya,” katanya.

Suhaimi berkata, remaja itu dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas dan akan ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan perlindungan insurans.

Menurutnya, pihaknya juga akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mendakwa remaja berkenaan kerana dia menunggang dalam keadaan melulu dan merbahaya.

Mabuk sebelum waktu sahur


WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Julai 2012
Mabuk sebelum waktu sahur
Anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan di sebuah pusat hiburan.
BANDARAYA MELAKA - Akibat terlalu panik, seorang lelaki yang sedang leka minum arak lari lintang pukang apabila pusat hiburan dikunjunginya diserbu sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), awal pagi semalam.

Bagaimanapun, lelaki berusia 40-an itu berjaya ditangkap anggota penguatkuasa ketika Operasi Cegah Jenayah Syariah yang dijalankan kira-kira 12.30 tengah malam dan berakhir 3 pagi.

Lelaki itu antara dua individu yang ditahan daripada 30 orang diperiksa dalam serbuan ketiga buah premis di Batu Berendam dan Melaka Raya oleh 20 anggota penguatkuasa diketuai Ketua Operasinya, Zulkifli Zainal.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, sebanyak 28 saman dikeluarkan dalam operasi dilakukan dengan kerjasama polis, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) itu.

“Seramai 30 umat Islam termasuk 24 wanita berusia 17 hingga 50 tahun dikenakan tindakan atas beberapa kesalahan jenayah syariah, iaitu lima orang meminum arak, selain 24 wanita berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Manakala, seorang lelaki ditahan atas kesalahan berpakaian menyerupai wanita.

“Dua daripada mereka ditahan termasuk lelaki yang cuba melarikan diri. Manakala, selebihnya dikenakan saman supaya hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Rahimin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 50, Seksyen 71 dan Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991

Pengurus pasar raya nyaris maut kereta terbabas, rentung

Pengurus pasar raya nyaris maut kereta terbabas, rentung
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Julai 2012
Pengurus pasar raya nyaris maut kereta terbabas, rentung
Kim Song (kiri) melihat keadaan keretanya yang rentung.
BATANG KALI - Gara-gara mengelak anjing, seorang bekas pengurus sebuah pasar raya nyaris maut apabila kereta dinaiki terbabas lalu merempuh besi pengadang jalan sebelum terbakar.

Low Kim Song, 50, yang mengalami cedera di mulut akibat hentakan pada stereng sempat keluar dari kereta jenis Ford sebelum kenderaannya itu rentung.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 pagi semalam di persimpangan Batu 30 - Hulu Yam Lama di sini.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang dari makan di Ligamas (Bandar Utama Batang Kali) hendak balik ke rumah.

“Selepas lalu simpang itu, saya ternampak anjing melintas dan cuba mengelak lalu terlanggar besi pengadang.

"Kemudian saya lihat api serta asap keluar dari bahagian enjin kereta dan cepet keluar kereta untuk selamatkan diri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, kerosakan dan kebocoran pada enjin menyebabkan keretanya terbakar.

Kim Song berkata, rumahnya hanya beberapa meter dari tempat kejadian dan menganggap kejadian itu nasib malang buatnya.

Bomba turut dikerah bagi membantu memadam kebakaran.