Search This Blog

Monday, July 30, 2012

Malam berdarah 5 rakan

HANCUR...keadaan kereta yang dinaiki mangsa selepas terbabit nahas dengan treler muatan bijih besi, kelmarin.
HANCUR...keadaan kereta yang dinaiki mangsa selepas terbabit nahas
 dengan treler muatan bijih besi, kelmarin.
KUANTAN: Hari kelapan umat Islam berpuasa menjadi Ramadan terakhir bagi empat sahabat apabila terbunuh selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka merempuh sebuah treler sarat muatan bijih besi sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Honda yang berada di belakang, di Kilometer 18, Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, dekat Bandar Damansara, malam kelmarin.
Mangsa terbunuh di tempat kejadian adalah pemandu kereta, Mohd Shahhidan Shaari, 26; Mohd Shahafiz Othman, 22 dan Muhd Taufik Abd Rahman, 20, masing-masing dari Kampung Gong Pasir dan Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu.
Seorang lagi penumpang, Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19, dari Kampung Sura Hujung meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan (HTAA), di sini, pada jam 6 pagi semalam, manakala seorang lagi rakan mereka, Wan Samsiah Wan Abdul Ghani, 16, dari Jalan Nibong Stesen, Dungun, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Ketika kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Dungun sebelum singgah sebentar di bandar ini selepas pulang dari Kuala Lumpur.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, bagaimanapun pemandu kereta Honda, Mohd Najib Mohamad Don, 31, bersama isteri, Nur Anisa Ali, 29, dan seorang anak perempuan mereka berusia lapan bulan, Anis Umaira yang dalam perjalanan dari Rompin ke Kampung Kubang Tangga, Terengganu tidak cedera

Balas dendam dengan perkosa



Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my
         
KUALA LUMPUR: ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

“Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.


Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.

“Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain,” katanya.

Disenarai hitam JPJ selepas ditipu rakan


ADU... Lau (kiri) berbincang bersama  Ho selepas sidang akhbar kes penipuan penjualan kereta.
ADU... Lau (kiri) berbincang bersama Ho selepas sidang akhbar kes penipuan penjualan kereta.
KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu percayakan rakan, seorang mekanik menanggung padah selepas kereta dijual kepada sahabatnya itu tidak diubah hak milik selain tidak diperbaharui insurans dan cukai jalan hingga menyebabkan mangsa disenarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.
Ho Kok Wan, 52, berkata, pada 23 Ogos 2010, dia menjual kereta Mitsubishi Lancer kepada rakannya dengan harga RM800.

Menurutnya, sahabatnya yang juga mekanik di Gombak membayar wang pendahuluan RM200 pada tarikh berkenaan dan bakinya pada 28 September selain berjanji menguruskan pemindahan hak milik berikutan dia tidak tahu membaca dan menulis.
“Sebagai bukti, saya diberikan perjanjian bertulis, namun selepas setahun kereta itu digunakan, baru saya tahu ia belum dipindah milik, tidak dibayar cukai jalan dan insurans,” katanya yang mendakwa menyedari perkara itu selepas kereta berkenaan dibawa ke bengkelnya di Jalan Gombak akibat rosak.

Tidak cukup dengan itu, pada 15 April lalu, mangsa dikejutkan berita kurang baik sejurus menerima surat saman daripada JPJ Selangor selepas kenderaan itu ditahan di Rawang awal tahun ini.

“Notis itu menyatakan saya didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Saya tidak tahu menahu kerana kenderaan itu sudah dijual kepada rakan,” katanya.
Akibat penganiayaan itu, mangsa dikompaun RM250 dan didakwa di Mahkamah Selayang pada 16 Julai lalu lalu sebelum memanjangkan perkara itu kepada Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kepong, Wilson Lau.

Ho berkata, menyedari kejadian itu, dia meminta untuk membeli semula kereta itu, namun rakannya memberi alasan tidak tahu di mana kereta itu kini.
“Saya tertipu berikutan baru minggu lalu seorang sahabat mendapati rakan saya itu memandu kereta berkenaan di Gombak. Saya kecewa dan mahukan pengadilan,” katanya yang membuat aduan di Balai Polis Setapak, Mac lalu.

Lelaki kurang siuman ganggu pelajar




SWEE CHIN (dua dari kiri) dan Wilson Lau (kiri) bersama anak perempuannya menceritakan masalah gangguan lelaki tidak siuman di Jalan Jambu, Jinjang Selatan baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Ibu bapa bagi pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Abdullah, Jalan Jambu, Jinjang Selatan di sini meminta pihak berkuasa segera membuat siasatan dan memberkas seorang lelaki kurang siuman yang dipercayai berkeliaran di kawasan sekolah berkenaan sejak dua tahun yang lalu.
Menurut ibu bapa pelajar sekolah berkenaan, lelaki tersebut akan mengekori pelajar perempuan yang berjalan bersendirian hingga ke satu tempat kemudian ditanya sama ada pelajar tersebut mahu menerima wang yang diberikannya.
Jika soalan tersebut tidak diendahkan pelajar berkenaan maka lelaki tersebut akan membuka seluar dan menunjukkan bahagian alat sulitnya.
Seorang ibu kepada pelajar tingkatan empat sekolah tersebut, Moo Swee Chin, 41, berkata, anak perempuannya merupakan salah satu mangsa dalam kejadian tersebut.
Menurutnya, ia berlaku kira-kira pukul 2 petang pada bulan Mei lalu yang mana anaknya terserempak dengan lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Anak saya diekori seorang lelaki berumur kira-kira 50-an dengan menunggang sebuah motosikal berwarna hitam dan merah selepas keluar dari kawasan sekolah.
“Ketika itu anak saya sangat takut namun terpaksa meneruskan perjalanan kerana tiada orang lain yang berada di kawasan tersebut, tiba-tiba lelaki terbabit memberhentikan motor lalu bertanya sama ada anak saya mahu menerima duit RM100 yang diajukannya.

Empat maut kemalangan ngeri




BEGINILAH keadaan kereta Proton Wira yang remuk hingga mengakibatkan empat maut dalam kemalangan di Kuantan kelmarin.


KUANTAN – Hasrat lima sekawan untuk pulang ke kampung di Dungun, Terengganu dari ibu negara berkecai apabila empat daripadanya maut manakala seorang lagi kritikal apabila kereta jenis Proton Wira yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri kelmarin.
Kejadian di Kilometer 18, Jalan Pintasan Kuantan di sini pada pukul 11.15 malam itu mengakibatkan seorang remaja lembam, Ahmad Nazrin Hafizi Abd. Latif, 19; sepupunya, Muhd. Taufik Abd. Rahman, 20; serta dua lagi rakan mereka, Mohd. Shahidan Shaari, 26, dan Mohd. Shahafiz Othman, 22, maut.
Kesemua mereka bekerja sendiri.
Kemalangan yang berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dungun itu turut mengakibatkan seorang lagi rakan mereka, Wan Samsiah Wan Ghani, 16, kritikal.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang mangsa naiki merempuh belakang sebuah lori membawa muatan bijih besi yang keluar dari satu simpang.
“Pada masa sama, sebuah kereta jenis Honda yang berada di belakang merempuh pula kereta mangsa. Bagaimanapun, pemandu lori dan kereta Honda tersebut tidak cedera.
“Tiga mangsa maut di tempat kejadian manakala Ahmad Nazrin meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada pukul 6 pagi tadi (semalam) manakala seorang lagi kritikal akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya di sini semalam.

Cessna terhempas, juruterbang terbunuh




Keadaan pesawat Cessna yang terhempas di ladang kelapa sawit Kampung Parit Puasa, Ayer Baloi, Pontian semalam.


PONTIAN - Seorang juruterbang Singapura terbunuh selepas pesawat ringan yang diterbangkan terhempas di ladang kelapa sawit, Kampung Parit Puasa, Ayer Baloi di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1.30 petang, Samuel Ling Shi Min, 25, yang memandu pesawat Cessna milik Syarikat FRAS Flying Club maut di tempat kejadian.
Difahamkan mangsa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai pada pukul 12.30 tengah hari.
Seorang saksi Mohd. Shafian Buang, 15, berkata, sebelum terhempas, pesawat tersebut kelihatan berpusing beberapa kali di udara sebelum terhempas di kawasan ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.
"Saya mendengar bunyi dentuman kuat. Saya kemudian terus ke ladang kelapa sawit dan melihat mayat seorang lelaki berlumuran darah tersepit di bawah pesawat yang sudah remuk.
"Saya kemudian pulang dan memberitahu saudara saya sebelum menghubungi polis," kata Shafian ketika ditemui di lokasi kejadian.

Maut usus pecah ditusuk hos angin




KILANG jubin di Seremban tempat Sanjaya mati akibat ditusuk hos angin oleh rakannya kelmarin.


SEREMBAN – Seorang lelaki Nepal yang gagal mengawal emosi ketika bergaduh bertindak kejam dan tidak berhati perut apabila tergamak menusuk hos angin ke dalam dubur rakannya sebelum membuka tekanan udara tinggi hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia kelmarin.
Kejadian pukul 7.10 pagi di sebuah kilang membuat jubin di Jalan Seremban-Jelebu di sini itu menyebabkan Sanjaya Yadav, 25, mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) apabila usus perutnya pecah hingga menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman yang kronik.
Difahamkan sebelum kejadian, Sanjaya dan suspek bertengkar mengenai sesuatu di kilang berkenaan.
Suspek berusia 33 tahun yang gagal mengawal emosi dikatakan terus memukul mangsa juga rakan senegara suspek sehingga lembik sebelum membuka seluar mangsa.
Bagaikan dirasuk, suspek kemudian bertindak kejam dengan mengambil pula hos sebuah pam angin elektrik lalu memasukkan muncung hos tersebut ke dalam dubur mangsa yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa kerana dipukul suspek.
Suspek kemudian membuka tekanan udara tinggi menyebabkan perut lelaki itu kembung.

Tunang maut, hasrat berkahwin pada hari raya terbantut



SITI MUKARAMAH menujukkan
gambar Abdullah Zawawi.


KOTA BHARU - Hasrat seorang gadis untuk melangsungkan perkahwinan bulan depan tidak kesampaian apabila tunangnya maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Maktab Perguruan, Pengkalan Chepa di sini semalam.
Siti Mukaramah Lajim, 19, dari Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini dijadual melangsungkan perkahwinan dengan Abdullah Zawawi Abdullah Fauzi, 25, pada hari raya kedua nanti.
Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Viva dipandu Abdullah Zawawi yang merupakan seorang kerani bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Pusat Boling Pasar Raya Billion di sini pada pukul 9.30 pagi.
Siti Mukaramah yang membantu ibu bapanya menjual ikan di Pasar Gok Kapor, dekat sini berkata, kali terakhir dia menemui tunangnya kelmarin di rumahnya bagi menyerahkan borang perkahwinan untuk diproses pihak berkuasa agama.
Katanya, semua persediaan untuk majlis perkahwinan itu telah siap diatur dan kad jemputan telah diedar.
"Apa boleh buat, saya reda dengan pemergiannya," cerita Siti Mukaramah.

Mati sebelum berbuka puasa



TINGGAL KENANGAN... Syaleza bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun.


SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.
Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.
Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.
Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.
Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.
“Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

Buta akibat letupan mercun bola












MOHD. Sohibollah kini berhadapan dengan masa depan suram selepas mata kirinya dikhuatiri buta akibat letupan mercun bola.






ALOR SETAR – Seorang pemuda bersama anak jirannya yang berusia lapan tahun terpaksa dirawat di hospital malam kelmarin selepas sumbu mercun yang dipasang jatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum berlaku letupan kuat di Kampung Kuala Kangkong di sini.


Dalam kejadian pada pukul 7 malam kelmarin, pekerja syarikat percetakan, Mohd. Sohibollah Saad, 27, buta mata kiri akibat letupan tersebut sementara jirannya, Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli cedera di muka dan beberapa anggota badan.


Kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah Mohd. Sohibollah di Kampung Kuala Kangkong.


Kedua-dua mangsa yang dibawa ke sebuah klinik berdekatan kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dengan ambulans berikutan kecederaan mereka serius.



Tuah Mohd. Hafiz





Mohd. Sohibollah terpaksa menjalani pembedahan mata kiri dan kini dilaporkan stabil. Bagi Tuah pula, nasib kanak-kanak itu lebih baik apabila dia dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.


Mohd. Sohibollah menceritakan, kejadian berlaku ketika dia bermain mercun bola di depan rumahnya selepas membelinya di bazar Ramadan di Tandop di sini.


“Pada mulanya saya bermain seorang diri tetapi anak jiran (Tuah) datang dan minta nyalakan api pada satu mercun bola yang dipegangnya.



WALAUPUN berbahaya, mercun bola tetap digemari kerana bunyi serta kuasa letupan yang kuat. - Gambar hiasan





“Ketika sumbu mercun dicucuh tiba-tiba ada api terpercik dan terjatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum meletup serentak,” katanya semasa ditemui di HSB di sini.


Sebaik letupan berlaku, Mohd. Sohibollah berasa sakit pada mata kiri dan penglihatannya menjadi kabur.


“Saya nampak anak jiran itu tercampak beberapa meter dan pengsan. Saya meminta pertolongan jiran untuk menghantar kami ke klinik,” ujarnya.


Katanya, doktor yang merawatnya sudah membayangkan dia mungkin hilang penglihatan mata kiri.


Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr. Juita Ghazalie memberitahu, Mohd. Sohibollah dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan mata kiri serta perlu menjalani rawatan lanjut di wad mata HSB.


“Tuah pula cedera pada mata, muka dan paha kanan dan hanya mendapatkan rawatan pesakit luar,” tambah beliau.

Cubaan seludup 700 anjing tumpas




         
BANGKOK: Pihak berkuasa memindahkan 700 anjing ke Pusat Kuarantin Haiwan Nakhon Phanom semalam kerana percaya haiwan itu akan dijadikan makanan di Vietnam, selepas menahan pemandu trak di dearah Ban Phaeng, kelmarin.

Pemandu, Salud Khottakok cuba menghantar anjing dari Sakhon Nakhon ke sempadan. -BP

Tiga daripada 722 penjawat awam positif morfin




         
JAKARTA: Pejabat Pentadbir Pontianak, di Barat Kalimantan, bersama Agensi Narkotik Nasional (BNN) mengadakan ujian dadah ke atas beratus-ratus penjawat awam sebagai usaha membanteras pengambilan dadah di tempat kerja.

Datuk Bandar Pontianak, Sutarmidji berkata hasil keputusan ujian air kencing yang dijalankan baru-baru ini, dadah jenis morfin turut ditemui dalam tiga sampel daripada 722 penjawat awam.
Katanya, dia telah menyoal siasat tiga penjawat awam itu dan mereka mendakwa telah mendapatkan rawatan perubatan dan kini mengambil ubat. Ujian akan dijalankan untuk mengesahkan dakwaan mereka.

“Saya tidak pasti sama ada penjawat awam di pejabat ini menggunakan dadah, tetapi kami perlu mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. - Jakarta Post

Rumah runtuh: Ibu, anak perempuan nyaris maut

"BANDAR SERI BAGAWAN: Sebuah rumah di Kampung Saba Darat ‘B’ di Kampung Ayer di sini, runtuh awal pagi semalam ketika penghuninya sedang tidur. Dua penghuni rumah itu, seorang ibu dan anak perempuannya, tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Menurut Ketua Kampung Saba Darat, Hj Mayalin Hj Saat berkata, dia diberitahu oleh seorang penduduk kampung mengenai kejadian itu kira-kira jam 1 pagi.
Anggota bomba dan penyelamat dan Pasukan Polis Diraja Brunei bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan ibu dan anak itu.


Ketua kampung berkata, runtuhan itu menyebabkan rumah berdekatan mengalami kerosakan kecil dan kerja membaik pulih sedang dilakukan.
“Kami bimbang kerana air pasang mungkin akan menyulitkan lagi keadaan,” katanya.
Sementara itu, difahamkan pegawai dan Ketua Daerah dari Pejabat Daerah Brunei-Muara Hj Jamain Momin berserta pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik berada di tempat kejadian untuk membuat penilaian dan memberi bantuan. - BT"

Ganja seberat 2.24 tan disembunyi dalam dua kubur

 "MEXICO CITY: Anggota tentera menemui lebih dua tan ganja yang disembunyi dalam kubur di tanah perkuburan di timur laut Mexico, kata Kementerian Pertahanan, kelmarin.

Anggota tentera yang melakukan rondaan di kampung Los Villa Nueva, di pinggir bandar sempadan Ciudad Camargo, menemui 241 pakej ganja yang disembunyikan dalam dua buah kubur yang diletak kepingan batu di atasnya.
Tentera Mexico berkata, jumlah dadah yang ditemui seberat 2.241 tan.

Ciudad Camargo terletak kira-kira 775 kilometer di utara bandar Mexico, di selatan Sungai Grande, iaitu sungai yang memisahkan sempadan antara Tamaulipas di Mexico dan Texas di Amerika Syarikat.


Kawasan di sekitar Ciudad Camargo adalah daerah paling berbahaya di negara itu, kerana sering berlaku pertempuran sisa kartel dadah Gulf dengan kumpulan separa tentera Zetas untuk merebut laluan penyeludupan dadah masuk ke Amerika Syarikat yang menguntungkan. - AFP"

Kumpulan radikal Hindu serang pengunjung resort

 "NEW DELHI: Polis India menahan lapan yang dikatakan anggota Hindu radikal kerana menyerang sekumpulan pemuda dan pemudi kerana menganggap mereka berkelakuan “tidak bermoral” semalam, lapor media tempatan dan pegawai.

Sekurang-kurangnya 50 lelaki mengaku sebagai anggota kumpulan Jagaran Vedike, kumpulan Hindu berhaluan kanan, menyerbu resort swasta di selatan Karnataka dan menyerang berbelas-belas pengunjung yang sedang berpesta, kata agensi berita Press Trust of India.
Ketua Menteri Karnataka, Jagdish Shettar berkata, “Lapan orang yang terlibat dalam kejadian ini telah ditahan dan mereka akan didakwa melakukan jenayah.” - AFP "

2 penggodam ditahan polis

SEOUL: Polis Korea Selatan menahan dua penggodam internet yang mencuri 8.7 juta data peribadi pelanggan syarikat telekomunikasi selular kedua terbesar negara ini.
KT Corporation berkata, penggodam yang ditahan secara rasmi semalam, mencuri data seperti nama, nombor telefon dan alamat pelanggan yang didaftarkan, selama lima bulan sejak Februari lalu dan menjual maklumat itu kepada firma telepemasaran. 
Jurucakap KT berkata, “Jumlah mangsa hampir separuh daripada kira-kira 17 juta pelanggan kami.”

Dia berkata, syarikat telah membuat laporan polis pada 13 Julai lalu selepas mengesan kesan penggodaman.

Agensi berita Yonghap memetik polis sebagai berkata, dua penggodam, seorang daripadanya bekas pengaturcara veteran di syarikat teknologi maklumat tempatan, memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya 1 bilion won (RM2.8 juta) dengan menjual maklumat yang dicuri.

Tujuh lagi turut ditahan kerana membeli maklumat curi untuk digunakan dalam telepemasaran, lapor Yonhap.

“Kami memohon maaf kerana gagal menyimpan maklumat peribadi anda yang sangat penting... kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan ia tidak berlaku lagi,” kata KT dalam satu kenyataan kepada pelanggan.

Serangan penggodam komputer ke atas syarikat besar untuk mendapatkan akses data peribadi pelanggan mereka sering berlaku di Korea Selatan, satu daripada negara dunia yang paling banyak menggunakan internet.

Pihak berkuasa Seoul berkata pada Julai tahun lalu, penggodam menggunakan alamat Internet yang didaftar di China untuk mengakses laman web besar di Korea Selatan termasuk laman portal Nate.com dan mungkin telah mencuri kira-kira 35 juta data peribadi pengguna.

Pada 11 November tahun lalu, pembina permainan terkenal di Seoul, Nexon mendapati maklumat peribadi 13 juta pengguna di laman web permainan popular, MapleStory, dicuri penggodam. - AFP