Search This Blog

Tuesday, July 24, 2012

Penonton bola sepak terkena mercun saman FAM, 3 lain

FAM
FAM
KUALA LUMPUR - Seorang pereka grafik yang mengalami kecederaan mata kekal ekoran terkena mercun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak pada Julai tahun lepas, hari ini memfailkan saman RM776,000 terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ketua Polis Selangor dan dua lagi.

Ahmad Jazimin Mohd Jalaludin, 30, memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan N.M Main & Associates di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau menamakan FAM sebagai defendan pertama, Ketua Polis Selangor sebagai defendan kedua manakala Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga hingga keempat.

Menerusi penyata tuntutan beliau mendakwa mengalami kecederaan pada mata kanannya ketika menonton perlawanan bola sepak prakelayakan Piala Dunia 2014 melibatkan pasukan negara Malaysia dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai tahun lepas.

Ahmad Jazimin yang turut hadir di mahkamah, mendakwa beliau dan penonton lain memasuki stadium tanpa melalui apa-apa saringan atau pemeriksaan badan oleh penjaga pintu masuk ataupun anggota polis.
  
Beliau mendakwa ketika kejadian kira-kira 8.45 malam, satu mercun telah jatuh di tempat duduk penonton dan meletup hingga mengenai mata sebelah kanannya.

Ahmad Jazimin mendakwa pihak FAM gagal mematuhi piawaian dan standard penganjuran perlawanan bola sepak antarabangsa yang ditetapkan oleh pihak Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) sepanjang perlawanan tersebut.

Tambahnya defendan kedua dan ketiga gagal menempatkan anggota polis mencukupi bagi tujuan keselamatan di pintu masuk untuk mengekang percubaan membawa masuk bahan dan objek terlarang ke dalam stadium.

Ahmad Jazimin menutut ganti rugi am RM100,000, ganti rugi khas kehilangan upaya pendapatan RM576,000, ganti rugi has RM100,000, faedah, kos dan relif lain.

Sementara itu peguam Nik Mohamad Anuar Badiruddeen memberitahu pemberita writ saman akan diserah kepada defandan dalam tempoh 14 hari. - Bernama

Rumah masih ditenggelami air

Rumah masih ditenggelami air
Rumah enam beradik tenggelam sejak empat bulan lalu masih belum surut.
GUA MUSANG - Enam beradik yatim piatu di sini, terpaksa menyambut Ramadan di rumah kongsi kilang papan, apabila rumah mereka yang tenggelam dalam kejadian limpahan air parit sejak empat bulan lalu belum surut.

Keadaan itu berlaku disebabkan pihak pemaju perumahan tidak membina sistem perparitan yang betul, menyebabkan rumah mereka yang terletak di kawasan setinggan berhampiran Taman Gua Musang, dekat sini, ditenggelami air parit sejak empat bulan lalu.

Mereka bukan sahaja tidak boleh pulang ke rumah juga terpaksa menanggung kerugian, kerana semua barang keperluan termasuk televisyen, peti sejuk, pakaian dan pelbagai perkakas elektrik turut rosak akibat ditenggelami air.

Seorang daripada ahli keluarga itu, Azahan Mat Nasir, 25, berkata, sebelum ini sudah beberapa kali rumahnya ditenggelami air, tetapi surut semula.

Menurutnya, dalam kejadian jam 8 malam 14 April lalu ketika hujan lebat, air parit itu terus melimpah hingga rumahnya ditenggelami air dan tidak surut sampai sekarang.

“Kejadian itu mengejutka kami enam beradik dan terpaksa keluar dari rumah serta merta tanpa sempat menyelamatkan barang.

“Kami kecewa dengan sikap pemaju perumahan berkenaan yang tidak hiraukan rayuan kami, supaya menggali semula parit bagi memudahkan perjalanan air keluar,” katanya.

Azahan mengakui memang ada pemaju perumahan itu membina benteng perparitan bagi mengelak air bertakung, tetapi tidak diselenggara dengan baik ketika tanah menutup parit berkenaan hingga terbiar begitu sahaja.

Akibat kejadian itu, dia bersama adik-beradik lain terpaksa tinggal di sebuah rumah kongsi pekerja kilang papan di kawasan perindustrian tidak jauh dari situ, sementara menunggu air parit berkenaan surut.

“Kami juga sedih kerana Ramadan kali ini tidak dapat disambut di rumah peninggalan arwah kedua ibu bapa yang meninggal dunia lebih setahun lalu,” katanya.

Dia berkata, walaupun rumahnya berada di kawasan setinggan, namun ia tidak sepatutnya dilakukan sedemikian.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, pihaknya sudah melawat dan menemui enam beradik yang berdepan dengan masalah berkenaan.

"Memang pihak kerajaan tempatan sepatutnya memberi perhatian terhadap masalah perparitan, yang terhalang dengan tanah akibat disodok pemaju perumahan di kawasan berhampiran.

“Apa pun kita sudah menyenaraikan nama enam beradik yatim piatu itu kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) untuk diberi bantuan, sebelum dipertimbangkan mendapat rumah bawah Program Bantuan Rumah (PBR),” katanya.

Keluarga gagal kesan Badrul

Keluarga gagal kesan Badrul
BADRUL HISHAM
BACHOK - Sebuah keluarga dari Kampung Daramain dekat sini, menemui jalan buntu apabila gagal mengesan seorang ahli keluarga mereka yang hilang sejak 13 Julai lalu.

Mangsa, Badrul Hisham Mamat, 26, seorang pesakit mental dikatakan keluar dari rumahnya kira- kira jam 6 pagi selepas azan Subuh.

Bapanya, Mamat Awang Kecik, 80, berkata, anaknya keluar selepas Subuh menaiki motosikal sepupunya yang tinggal berdekatan.

“Anak saya keluar sehelai sepinggang dengan memakai baju T kuning dan seluar kelabu. Dia membonceng motosikal Honda C70 berwarna biru.

“Laporan polis telah dibuat dan kami sudah mencari di merata tempat. Poster juga ditampal di seluruh daerah termasuk di sekitar daerah Kota Bharu,” katanya kepada Sinar Harian.

Mamat berkata, akibat terlalu bimbangkan anak lelaki bongsunya, isterinya, Adek Mek Mamat, 70, terpaksa dimasukkan ke hospital kerana angin ahmar, akibat tekanan darah tinggi sejak beberapa hari lalu.

Mamat berkata, sebelum ini anaknya tidak pernah menghilangkan diri menaiki kenderaan, dan hanya merayau di sekitar kampung berdekatan.

“Kami tidak tahu lagi ke mana hendak mencarinya, motosikal yang ditungganginya juga tidak dijumpai. Sebelum ini, petunjuk bomoh membawa kami ke sebuah pusat membeli-belah berdekatan Sungai Kelantan tetapi semuanya hampa.

“Kini lebih seminggu dia tidak mengambil ubat, saya bimbang berlaku sesuatu tidak diingini, kerana sebelum ini dia pernah melakukan cubaan mencederakan dirinya sendiri,” katanya.

Difahamkan, Badrul Hisham adalah anak kesembilan daripada 10 beradik itu mengalami masalah mental sejak lebih 10 tahun lalu.

Dia berkata, sebelum ini jika anaknya tersesat akan ada penduduk yang menghantarnya pulang ke rumah.

Justeru, dia berharap orang ramai yang menemui anaknya dapat menghubungi kak Yah, 019 9341956, Lie Rela, 010 9889545 atau Zani, 013 9779344 

Ditangkap ketika leka berjudi

Amir Rashid m
Amir Rashid menunjukkan peralatan judi belangkas, wang tunai dan cip permainan yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah pusat karaoke, Parit Buntar malam kelmarin.
PARIT BUNTAR - Kelekaan 27 lelaki tempatan bermain judi di sebuah pusat judi yang berselindung di sebalik premis karaoke, di sini terbantut apabila mereka ditahan dalam satu serbuan kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Superintendan Amir Rashid Derani berkata, pusat judi itu yang telah beroperasi sejak tiga bulan lalu dipercayai mampu meraih sehingga RM65,000 sehari bergantung jumlah pertaruhan.

Turut ditahan dalam serbuan oleh lebih 20 anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu ialah seorang penganjur berusia 63 tahun dan dua penjaga premis terbabit.

Amir Rashid berkata, kesemua lelaki yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 18 hingga 63 tahun dan merupakan orang tempatan.

“Berdasarkan risikan terperinci lebih seminggu lalu, polis mengenal pasti premis karaoke berkenaan berkongsi tempat dengan premis judi untuk dijadikan mini kasino yang membolehkan pelanggan yang hadir berjudi sambil berhibur.

“Polis mendapati jenis kegiatan perjudian yang dijalankan adalah judi belangkas selain turut merampas wang tunai berjumlah RM18,000 dan cip permainan bernilai RM65,000,” katanya ketika ditemui media selepas operasi lewat malam kelmarin.

Amir Rashid berkata, siasatan mendapati premis itu sering menjadi tumpuan kaki judi di daerah ini.

Menurutnya, premis berkenaan turut dilengkapi dengan tiga kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau keadaan sekeliling dan pelanggan.

“Sebelum serbuan beberapa anggota terpaksa menyamar sebagai pelanggan kerana premis itu dilengkapi pintu besi bagi menghalang kemasukan pihak berkuasa.

“Namun, semua taktik yang digunakan pemilik premis itu tidak dapat menghalang polis dan akibatnya semua mereka berjaya ditahan,” katanya.

Katanya, kesemua suspek ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka.

“Jika sabit kesalahan, penganjur dan pemain boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau turut menegaskan pihaknya menerima banyak maklumat mengenai aktiviti perjudian yang berselindung di sebalik premis hiburan berlesen di lain-lain daerah di negeri ini.

“Polis akan sentiasa memantau aktiviti perjudian di setiap daerah dan terus mengambil tindakan susulan sekiranya mendapat maklumat mencukupi,” katanya.

Operasi serbuan itu turut menarik perhatian lebih 100

Suami cemburu buta dakwa isteri ada hubungan sulit

Remaja maut motosikal ditunggang bergesel dengan kereta
$entry.content.caption.value
TELUK INTAN – Hanya kerana cemburu, seorang suami bertindak di luar batasan apabila sanggup mencederakan alat sulit isterinya menggunakan sebatang kayu penguli doh serta satu botol sos, dalam satu kejadian di Jalan Sultan Abdullah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam insiden kira-kira jam 4 pagi itu, lelaki  berusia 37 tahun yang mempunyai dua isteri itu dikatakan cemburu dengan isteri keduanya apabila dia mengesyaki wanita berusia 36 tahun berkenaan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku apabila lelaki itu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sebelum berlaku pertengkaran dengan mangsa.

Menurutnya, walaupun isterinya menafikan tuduhan si suami, pergaduhan antara pasangan suami isteri itu berlarutan sehingga lelaki itu mula memukulnya di beberapa bahagian termasuk di  kepala dan badan.

“Dalam pertengkaran itu, lelaki berkenaan bertindak agerasif dengan menggunakan kayu penguli doh dan botol sos menjolok kemaluan isterinya sehingga mendatangkan kecederaan pada wanita itu.

“Suspek yang di bawah pengaruh alkohol bertindak keluar daripada rumah itu sementara isterinya  mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan sebelum membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.

Berdasarkan laporan yang diterima, polis melancarkan gerakan mencari sebelum berjaya menahan lelaki berkenaan pada hari sama kejadian.

Kok Liang berkata, hasil perkahwinan mangsa dengan lelaki yang bekerja sebagai pekerja kontrak itu, mereka dikurniakan seorang anak.

“Buat masa ini, mangsa yang mempunyai kesan lebam di badan dan luka di kepala masih menerima rawatan di Hospital Teluk Intan sementara lelaki berkenaan ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat dibawah  Seksyen 377 (c) (a) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Trak rempuh tujuh kenderaan

Keadaan di lokasi kemalangan.
Keadaan di lokasi kemalangan.
SEREMBAN -  Akibat hilang kawalan, sebuah trak syarikat keselamatan merempuh tujuh kenderaan di kawasan parkir berdekatan kedai dua tingkat di Jalan Rahang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, rempuhan kuat menyebabkan tiga kereta iaitu Toyota Vios, Perodua Kenari dan Kelisa, sebuah kenderaan pelbagai guna  (MPV) jenis Toyata Innova dan tiga motosikal, remuk di bahagian depan dan belakang.

Seorang saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku kerana kenderaan terbabit hilang kawalan.

“Secara tiba-tiba trak terbabit melencong ke arah anak jalan sebelum terbabas lalu merempuh beberapa kenderaan termasuk motosikal.

"Pemandu dan tiga penumpang bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Kereta terbakar dalam ladang

Keadaan kereta yang ditemui terbakar di ladang kelapa sawit, semalam.
Keadaan kereta yang ditemui terbakar di ladang kelapa sawit, semalam.
REMBAU – Rutin harian seorang pengawal sebuah ladang kelapa sawit, di sini dikejutkan dengan penemuan sebuah kereta lama yang dipercayai baru sahaja terbakar pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, kira-kira sejauh hampir dua kilometer dari Jalan Utama Seremban-Tampin, sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga dijumpai terbakar di Ladang Kelapa Sawit Kota.

P Ganesan, 54, berkata, seperti biasa pada setiap pagi sejak 10 tahun lalu, dia akan meronda di sekitar kawasan ladang berkenaan sebagai rutin harian menjalankan tugas pengawal ladang.

Menurutnya, kali terakhir dia melalui kawasan berkenaan sekitar jam 6 petang kelmarin dan tidak ternampak sebarang tanda-tanda mahupun individu mencurigakan yang berada di sekitar lokasi terbabit.

“Cuma pada jam 10 pagi tadi, ketika saya sedang menunggang motosikal dan meronda sekitar ladang ini, saya terkejut melihat sebuah kereta terbakar serta masih lagi berasap.

“Kemudian, saya terus menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya. Manakala, kira-kira beberapa tahun lalu, saya pernah menemui motosikal Honda EX5 yang sudah dileraikan di dalam ladang ini,” katanya ketika ditemui di ladang berkenaan, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom mengesahkan kes berkenaan.

Menurutnya,  berdasarkan siasatan awal, polis tidak menemui sebarang objek atau bekas yang digunakan bagi mengisi minyak.

Katanya,  polis masih menyiasat punca sebenar kejadian berkenaan dan kini sedang menggiatkan usaha bagi mengesan nombor plat kereta dan juga pemilik sebenar kenderaan terbabit.

Suami buntu isteri hilang jam 2 pagi

Ismail menunjukkan laporan polis yang dibuat kerana bimbang akan keselamatan isterinya.
Ismail menunjukkan laporan polis yang dibuat kerana bimbang akan keselamatan isterinya.
Maimunah Jaafar, 52
Maimunah Jaafar, 52
KUANTAN – Di saat umat Islam sedang sibuk menyediakan juadah untuk bersahur awal pagi Sabtu lalu, seorang warga emas di Kampung Selamat di sini hilang arah apabila isterinya menghilangkan diri kira-kira jam 2 pagi pada hari tersebut.

Ismail Ibrahim, 67, berkata, isterinya Maimunah Jaafar, 52, yang mempunyai masalah kesihatan mental hilang tanpa disedari dan hingga kini masih belum ditemui.

“Ini merupakan kali pertama dia menghilangkan diri dari rumah dan sudah puas saya mencarinya di merata tempat, namun gagal menjejakinya.

“Sebelum ini dia pernah mengadu ada bisikan yang menyuruh dia lari dari rumah dan pernah beberapa kali dia menyatakan hasratnya itu pada saya, namun saya suruh di bersabar serta tidak endahkan bisikan tersebut.

Katanya, tidak disangka pada hari tersebut, isterinya benar-benar melarikan diri.

"Selama ini sebaik mungkin saya cuba mengambil hati dan tidak mahu mengguris perasaan dia kerana bimbang dia mengapa-apakan dirinya sendiri,” katanya.

Ismail berkata, sudah lima tahun isterinya itu mengidap masalah mental dan setiap hari perlu makan ubat bagi mengawal emosinya.

“Orang lain gembira berpuasa, tetapi tiada maknanya bagi saya apabila isteri tiada di sini. Setiap hari saya bimbang akan keselamatan dia kerana bimbang juga ada orang cuba menganiaya dia.

“Dengan mata kasar orang lain tidak tahu bahawa isteri saya ini mengalami masalah mental, tetapi saya bimbang apabila sudah lama tidak makan ubat, penyakitnya itu akan bertambah teruk,” katanya.

Sehubungan itu, dia berharap agar jika orang ramai menjumpai isterinya itu agar membawanya ke balai polis berhampiran.

“Saya harap dapat menjumpai semula isteri saya ini agar kami boleh bersama-sama menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya bersama-sama,” katanya yang telah membuat laporan polis di IPD Kuantan, kelmarin.

Kanak-kanak maut, ibu dan adik cedera parah

KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas kereta yang dinaiki bersama keluarganya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km37, Jalan Temerloh-Mayam berhampiran Bera semalam.
   
Mohamad Aysisy Mohd Rizail mati di tempat kejadian. Ibunya Salma Mohd Sadali, 21, dan adik perempuannya Qasih Nur Syifa' Mohd Rizail yang berusia setahun cedera parah dalam kemalangan 2.40 petang itu.
   
Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, bapa mangsa Mohd Rizail Abd Kadir, 27, seorang anggota tentera, yang memandu kereta jenis Proton Pesona itu turut cedera.
   
"Kejadian berlaku apabila lori yang datang dari arah Mayam ke Temerloh dikatakan terbabas dan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
  
"Lori berkenaan dikatakan hilang kawalan selepas dipintas sebuah lori balak. Kereta mangsa yang datang dari arah bertentangan kemudiannya bertembung dengan lori berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
   
"Pemandu lori terbabit Mohamad Mazani Yusof, 27, yang berasal dari Felda Bukit Goh cedera ringan dan dirawat di klinik Bandar Jengka 23," kata Mohamed Fauzi.
   
Dalam satu lagi kejadian malam tadi, seorang pejalan kaki Mohd Nawi Jafar, 58, turut maut dalam kejadian langgar lari di Km63, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Maran.
  
"Mangsa dipercayai dilanggar sebuah lori pada 9.45 malam. Mangsa kemudiannya dihantar orang awam ke Klinik Kesihatan Maran dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di situ," katanya.
  
Mohamed Fauzi meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya tampil membantu siasatan polis.
   
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
    -- BERNAMA

Dipenjara 20 tahun rogol menantu OKU

Dipenjara 20 tahun rogol menantu OKU
Warga emas yang dijatuhi penjara 20 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen, semalam, selepas mengaku bersalah merogol menantunya yang juga OKU penglihatan, tahun lalu.
AYER KEROH – Seorang warga emas menerima hukuman penjara maksimum 20 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana merogol menantu sendiri yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan, tahun lalu.

Tertuduh, seorang pengawal keselamatan berusia 65 tahun itu diperintahkan Hakim Abu Bakar Katar menjalani hukuman penjara daripada tarikh ditangkap pada 15 Julai lalu, selain turut dikenakan lima kali sebatan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang juga menantunya berusia 26 tahun di sebuah rumah di Asahan, Jasin, kira-kira jam 8 malam pada pertengahan Ogos 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam dan 20 tahun penjara serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh ketika rayuan meminta mahkamah memberikan hukuman ringan kerana telah berusia selain perlu menanggung anak serta cucu.

“Anak juga masih bersekolah dan kami sekeluarga duduk di rumah sewa,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin meminta mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh yang melakukan perbuatan keji.

“Tertuduh sebagai seorang yang boleh dianggap bapa kandung sepatutnya melindungi mangsa, bukannya mengambil kesempatan terhadap mangsa yang mahu meminta bantuan mengubati matanya sakit.

“Alasan mitigasi berbentuk peribadi diberikan tertuduh sepatut difikirnya sebelum melakukan perbuatan keji ini. Mohon hukuman berat diberikan sebagai pengajaran kepada diri tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa dan suaminya berusia 30 tahun datang ke rumah tertuduh untuk meminta bantuan mengubati secara tradisional mata mangsa yang tidak dapat melihat akibat kemalangan jalan raya.

Tertuduh kemudian meminta suami dan anak mangsa keluar dari rumah kerana boleh mengganggu proses perubatan sebelum mengarahkan mangsa masuk ke bilik di tingkat atas serta menukar kain batik.Tertuduh kemudian menyuruh mangsa baring lalu menindih badan mangsa serta meminta supaya senyap ketika mangsa cuba melawan sebelum memberi amaran supaya tidak memberitahu anaknya (suami mangsa) jika tidak mahu diceraikan.

Namun, selepas hampir setahun, pada 14 Julai lalu, mangsa yang tidak dapat menanggung derita dan trauma akhirnya memberitahu suaminya sebelum membuat laporan polis.

Lelaki mati ditembak di Sungai Country Resort

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala di Jalan Anggerik, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu oleh orang awam dalam  keadaan tertiarap di tepi jalan itu pada pukul 7.30 pagi.

Beliau berkata polis mengenalpasti lelaki itu sebagai Wong Teck Sern, 42, dengan kad pengenalannya beralamat Jalan Teng Kung Sui, Upper Lanang, Sibu Sarawak.

Mayat lelaki itu telah dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. 

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.   - Bernama

Maut sebelum sempat bersahur

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut dirempuh kereta ketika pulang membeli makanan untuk bersahur di Bulatan Cheras menghala ke Pusat Bandar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Mohamad Haidir Abdullah, 41, tercampak dan motosikal Honda Ex5 yang ditunggang terseret beberapa meter.

Sumber berkata, mangsa yang berasal dari Kuala Kurau, Perak itu, dipercayai mangsa langgar lari.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan ketika melalui Bulatan Cheras terbabit.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran.

Pemandu lori dihempap kayu balak

JERANTUT - Seorang pemandu lori maut selepas dua batang kayu balak menggelongsor dan menghempapnya di sebuah kilang Papan Teras Maju, di Jalan Benta-Jerantut, dekat sini.
   
Kejadian 6 petang semalam itu berlaku ketika Ho Chew, 51, membuka rantai pengikat kayu balak yang dibawa lorinya.
   
Ketua Polis Jerantut Supt Azid Ismail berkata mangsa yang cedera parah di kepala, mati di tempat kejadian.
   
"Dua batang balak sepanjang 10 meter dan berukuran ukur lilit tiga meter itu tiba-tiba menggelongsor ke bawah dan menghempapnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
   
Mayat Ho dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat. "Kes itu diklasifikasikan mati mengejut," katanya. - Bernama

Misteri beg hitam


Md Azmi (kiri) dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fazrul Izhar Asli menunjukkan dadah
Md Azmi (kiri) dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fazrul Izhar Asli menunjukkan dadah serta peralatan yang dirampas ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Semabok.
BUKIT BERUANG – Seorang lelaki begitu bersungguh-sungguh menyelamatkan beg hitam yang dibawa bersamanya walaupun mengalami kecederaan dalam kemalangan.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan siasatan pada mangsa menemui plastik lut sinar mengandungi dadah disyaki syabu seberat 500 gram yang bernilai RM201,758.

Lebih mengejutkan, berikutan kemalangan itu, polis berjaya menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM584,958.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata,sebanyak 4,600 biji ekstasi dan ribuan gram dadah jenis ketamin serta  syabu bernilai RM0.5 juta berjaya dirampas polis selepas menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan tempat memproses dadah di Semabok, di sini, Rabu lalu.

Menurutnya, pihaknya turut merampas peralatan dipercayai untuk memproses dadah dalam serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Alor Gajah, kira-kira jam 11 pagi.

“Sebanyak 4,600 biji ekstasi dengan anggaran berat kasar 1,580 gram, dua bungkus plastik dadah dipercayai ketamin seberat kira-kira 2,106 gram yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM383,200 ditemui dalam rumah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Md Azmi berkata, kegiatan lelaki berusia 36 tahun itu terbongkar selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Hicom, Alor Gajah, dekat sini.

Menurutnya, ketika lelaki terbabit menerima rawatan, dia didatangi seorang wanita berusia 30 tahun yang mendakwa sebagai kekasih.

“Tiada barang salah didapati pada wanita tersebut selepas pemeriksaan, namun polis yang menjumpai serangkai kunci membawa kepada penemuan rumah teres berkenaan.

“Polis turut merampas kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan wanita terbabit, selain wang tunai RM1,310 yang menjadikan keseluruhan nilai rampasan daripada kedua-dua suspek berjumlah RM584,958," katanya.

Menurutnya, pasangan berkenaan ditahan reman sehingga hari ini (24 Julai) dan permohonan melanjutkan tahanan reman akan dibuat di mahkamah untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta  Dadah  Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Lelaki tembak mati 12 penonton Batman 'bingung'

James Holmes
James Holmes
AURORA - Lelaki yang didakwa melepaskan tembakan sehingga menyebabkan 12 terbunuh ketika tayangan filem Batman di Aurora, Colorado minggu lalu, muncul di mahkamah buat kali pertama semalam dengan kelihatan 'bingung'.
Pihak pendakwa raya dijangka mengenakan tuduhan secara formal pada 30 Julai ini.

James Holmes, 24, hadir dengan pakaian penjara berwarna merah dan kelihatan bingung ketika prosiding awal semalam, yang diadakan dengan kawalan ketat.
Holmes akan terus ditahan di sebuah penjara di Centennial, Colorado tanpa diberi kebenaran ikat jamin, kata hakim.

Dia juga tidak menjawab sebarang soalan, yang dikemukakan oleh hakim semasa prosiding.
Suspek dituduh itu membaling dua kanister gas di pawagam yang ketika itu menayangkan filemThe Dark Knight Rises sebelum melepaskan tembakan secara rambang.
Sembilan daripada 58 yang cedera dilaporkan kritikal.
Mangsa yang maut termasuklah seorang kanak-kanak berusia enam tahun dan dua anggota tentera Amerika Syarikat (AS).
Holmes yang muncul di mahkamah pada jam 9.30 pagi waktu tempatan, dijangka berhadapan dengan 12 tuduhan membunuh.
Dia juga kemungkinan akan berhadapan dengan tuduhan tambahan melakukan serangan melampau dan melanggar undang-undang pemilikan senjata.
Seorang lagi pendakwa raya berkata kes itu dijangka akan memakan masa setahun lagi untuk didengar.
Pegawai pendakwa dari Carol Chambers sedang mempertimbangkan kemungkinan memohon hukuman mati ke atas Holmes. Bagaimanapun kepu

Van langgar pokok

Kemalangan berlaku di Johor

Penduduk hidu bau busuk

RUMAH kosong dua tingkat di Taman Daya bukan sahaja menjadi tempat pembuangan sampah, tetapi juga mangsa perbuatan vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.
KLANG 23 Julai - Penduduk Taman Daya, Meru di sini terpaksa berdepan dengan pencemaran bau dan pemandangan merimaskan sejak 10 tahun lalu.
Ini berikutan sebuah unit rumah kosong dua tingkat di kawasan perumahan itu dijadikan tempat pembuangan sampah oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
Dakwa penduduk, selain menjadi lubuk sampah, dinding kediaman turut dijadikan mangsa perbuatan vandalisme.
Keadaan itu menimbulkan perasaan tidak senang majoriti penduduk, terutama yang tinggal bersebelahan dan berhampiran rumah kosong yang terletak di unit tengah.
Sampah yang dibuang di rumah kosong itu bukan sahaja hasil buangan domestik, tetapi juga sampah pukal seperti perabot lama.

Murid tahun 6 maut digilis lori

PULAU PINANG 23 Julai - Seorang murid tahun enam maut digilis sebuah lori tanah selepas mangsa terjatuh dari motosikal yang ditunggang bersama rakannya di Jalan Sultan Azlan Shah dekat lampu isyarat Jalan Bukit Gedung di sini semalam.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Muhammad Syazril Mohd. Fakri, 12, mati di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan teruk di kepala.
Difahamkan, mangsa membonceng motosikal secara berkumpulan bersama rakan-rakannya dan dalam perjalanan dari Sungai Tiram ke Bayan Lepas.
Kesemua rakan mangsa termasuk penunggang motosikal terbabit melarikan diri sejurus selepas kejadian berlaku.
Ketua Bahagian Trafik Daerah Barat Daya, Cif Inspektor Mohd. Zin Mat Ali berkata, polis sukar mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada kad pengenalan ditemui.

Banjir di Nigeria ragut 35 nyawa

KANO, Nigeria 24 Julai - Hujan lebat yang melanda tengah negara ini semalam, menyebabkan paras air di empangan Lamingo meningkat, sekali gus mencetuskan banjir yang mengorbankan kira-kira 35 orang.
Ketua Pertubuhan Palang Merah Plateau, Manasie Phampe berkata, banjir tersebut turut menyebabkan 200 ditenggelami air.
Wanita berusia 90 tahun dan bayi tiga bulan antara yang maut dalam bencana tersebut. - AFP

Tentera kembali tawan Damsyik

BEIRUT 23 Julai - Tentera Syria hari ini berjaya merampas kembali kawalan di beberapa kawasan di Damsyik daripada pemberontak selepas pertempuran sengit yang berlanjutan selama seminggu, lapor media rasmi dan aktivis.
Aktivis Haytham al-Abdulah berkata, tentera yang setia dengan Presiden, Bashar al-Assad merampas kembali Mazzeh dan Barzeh selepas pemberontak berundur daripada kedua-dua kawasan itu.
"Kira-kira 30 orang, kebanyakannya adalah anggota pemberontak terbunuh dalam pertempuran hari ini,'' katanya.
Aktivis di sempadan utara Syria berkata, pemberontak kini mempunyai kawalan penuh ke atas Bab al-Salam, pintu sempadan dengan Turki.
"Pemberontak kini bergerak ke arah bandar terbesar Syria, Aleppo,'' katanya.
Dalam pada itu, Liga Arab menawarkan 'laluan selamat' kepada Assad dan keluarganya jika beliau meletakkan jawatan.
Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Elaraby tidak pula memberi maklumat lanjut berhubung cadangan itu yang dikemukakan pada satu pertemuan menteri-menteri luar Liga Arab di Doha, Qatar pagi ini.
Liga tersebut juga berjanji menyediakan kira-kira AS$100 juta (RM310 juta) untuk membantu pelarian Syria di negara-negara jiran.
Presiden Tunisia, Moncef Marzouki turut menawarkan perlindungan kepada Assad pada Februari lalu jika ia dapat membantu menamatkan konflik di Syria.
Bagaimanapun, Assad sehingga hari ini masih tidak menunjukkan hasrat untuk melepaskan jawatannya itu. - dpa

20 maut ribut, hujan lebat di China

Anggota bomba mengepam air banjir yang menenggelamkan jalan utama di tengah-tengah Beijing, kelmarin. - REUTERS
BEIJING 22 Julai - Sekurang-kurangnya 20 terkorban akibat hujan lebat dan ribut yang melanda bandar raya ini serta wilayah Sichuan semalam, dalam satu kejadian terburuk dalam tempoh 60 tahun.
Hujan lebat malam semalam di Beijing mengakibatkan pokok-pokok tumbang, kenderaan dan bas terperangkap serta beberapa kawasan dinaiki air sedalam paras pinggang.
Menurut agensi berita Xinhua, dua maut dihempap bumbung yang runtuh di daerah Tongzhou di Beijing, seorang maut dipanah petir, manakala seorang lagi mati terkena renjatan elektrik berpunca daripada tiang elektrik yang tumbang ketika membantu jirannya menyelamatkan diri.
Akhbar Beijing News melaporkan, seorang lelaki terkorban selepas keretanya terperangkap dalam arus deras di tengah bandar, di sini.
Agensi berita Xinhua yang memetik pegawai bencana melaporkan, enam terbunuh berikutan tanah runtuh di wilayah Sichuan, manakala empat lagi maut di wilayah Shanxi apabila trak mereka dihanyutkan arus deras.
Kerajaan hari ini memberi amaran, lebih banyak ribut akan berlaku dalam tempoh 24 jam ini di timur laut China, bandar pelabuhan Tianjin, wilayah autonomi Mongolia, wilayah Sichuan, Yunnan, Guangdong serta Hainan.
Semalam, daerah Fangshan menerima taburan hujan 460 milimeter hujan, memecah rekod taburan hujan pada tahun 1951, manakala daerah Pinggu pula menerima taburan hujan 100.3 milimeter dalam tempoh sejam.
Di Lapangan Terbang Beijing, 229 penerbangan domestik dan 14 penerbangan antarabangsa terpaksa dibatalkan dan banyak lagi terpaksa ditunda, lapor pihak berkuasa.
Kira-kira 80,000 pelancong asing terkandas di lapangan terbang itu sejak malam semalam.- AGENSI

91 terbunuh dalam serangan terburuk di Iraq

BAGHDAD 23 Julai - Serangan tidak henti-henti di Baghdad dan utara ibu negara Iraq telah mengorbankan sekurang-kurangnya 91 orang hari ini, kata para pegawai perubatan dan pihak keselamatan.
Manakala 161 lagi dilaporkan cedera dalam serangan terburuk di Iraq sejak Mei 2010.
Sekurang-kurang 22 serangan berasingan berlaku di 14 buah bandar. - AFP

Wanita Malaysia terlibat penipuan tsunami

SEOUL 23 Julai - Polis Korea Selatan menahan seorang wanita Indonesia dan meminta Interpol menahan tiga suspek lain iaitu seorang wanita rakyat Malaysia, Nigeria dan lelaki dipercayai warga Amerika Syarikat kerana terlibat dalam penipuan melibatkan bencana gempa bumi dan tsunami Jepun Mac tahun lalu.
Wanita Malaysia berusia 33 tahun itu dilaporkan menghantar satu e-mel kepada seorang lelaki Korea Selatan pada tahun lalu melalui laman penpal, mendakwa dia bekerja dengan sebuah bank di negaranya.
Menurut wanita itu, seorang pelanggan Jepun dengan jumlah deposit sebanyak AS$4.2 juta (RM13.3 juta) dalam akaun bank tempatnya bekerja, telah terbunuh dalam bencana gempa bumi dan tsunami bersama kesemua ahli keluarganya.
Wanita tersebut mencadangkan supaya lelaki Korea Selatan itu menuntut wang berkenaan dengan menyamar sebagai waris mangsa dan berkongsi wang dengannya.
Polis berkata, wanita Malaysia itu memperoleh AS$96,000 (RM304,512) daripada lelaki Korea tersebut selepas menyatakan duit itu diperlukan untuk memalsukan dokumen.
Namun, lelaki Korea itu tidak sabar dengan proses pengurusan yang lambat dan bertindak membuat laporan polis pada April lalu.
Lelaki itu menjemput rakannya iaitu seorang wanita Indonesia yang berusia 33 tahun untuk ke Seoul dengan janji mendapatkan lebih banyak wang dan polis menahan wanita itu pada 4 Julai lalu.
"Ini adalah penahanan pertama melibatkan penipuan yang mengambil kesempatan ke atas bencana tsunami Jepun, tetapi kami mula menerima banyak laporan mengenai cubaan sama sejak penahanan itu," kata polis penyiasat, Kim Gyoung-he. - AFP

Suspek tembakan rambang dihadapkan ke mahkamah

CENTENNIAL, Colorado 24 Julai - Suspek tembakan rambang ketika tayangan filem 'The Dark Knight Rises', James Holmes, dihadapkan ke mahkamah, di sini hari ini.
Holmes, 24, yang tampil dengan wajah muram dan rambut berwarna jingga itu bakal dibicarakan atas dakwaan menyebabkan kematian seramai 12 orang di sebuah panggung wayang di Aurora pada Jumaat lalu.
Pihak pendakwa raya dijangka mengemukakan permohonan hukuman mati ke atas Holmes. - AFP

Keluarga mohon maaf

PETALING JAYA: Keluarga suspek yang ditahan dalam insiden pergelutan membabitkan 30 lelaki di Taman Medan, di sini, Ahad lalu, sehingga mengakibatkan dua anggota polis cedera memohon maaf kepada Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan, semalam.
Permohonan maaf itu disuarakan ibu mentua seorang daripada suspek, G Menaha, 50, ketika lawatan Thaiveegan ke tempat kejadian di kawasan parkir sebuah pangsapuri di taman perumahan berkenaan kira-kira jam 4 petang.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.
Menurut Menaha, ketika kejadian dia menganjurkan majlis kesyukuran menyambut kelahiran cucu yang baru berusia 30 hari dengan mengadakan jamuan dan mengundang jiran, saudara serta rakan menantunya.

Katanya, selepas jamuan berakhir, menantu lelakinya berusia 27 tahun iaitu bapa kepada bayi berkenaan dan rakan memasang muzik daripada sistem audio kereta untuk berhibur dan menari.

“Namun, saya tidak menyangka tindakan menantu memasang muzik dengan kuat mengganggu ketenteraman jiran sebelum mereka membuat aduan polis.
“Malah, saya juga terkejut apabila majlis kesyukuran ini berakhir dengan kejadian tidak diingini. Kami tidak berniat untuk membuat kekacauan, sebaliknya apa yang berlaku mungkin salah faham,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Thaiveegan berkata, beliau meminta supaya masyarakat sentiasa menghormati undang-undang termasuk pihak berkuasa terutamanya dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara.
“Undang-undang wajib dihormati, jadi apabila ada anggota polis yang bertugas memberikan arahan atau nasihat, mereka kenalah akur.

“Dalam hal ini, isu tiada kebebasan tidak timbul kerana mereka boleh mengadakan pesta keramaian seperti ini, tetapi haruslah ada batasnya dari segi waktu dan sebagainya supaya tidak mengganggu ketenteraman penduduk lain,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, dua anggota polis peronda (MPV) tercedera selepas bergelut dengan 30 lelaki terbabit ketika cuba meminta mereka bersurai berikutan memasang muzik dengan kuat pada awal pagi sehingga mengganggu jiran. Menurut Arjunaidi, susulan kejadian polis sudah menahan tiga lelaki termasuk dua beradik berusia lingkungan 20 hingga 30-an dan sedang memburu baki kumpulan bagi membantu siasatan.

“Suspek direman tiga hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh,” katanya.

8 jam ‘melancong’ dalam hutan

GERIK: Seorang remaja lelaki menempuh detik lapan jam menakutkan apabila tersesat dan hampir pengsan ketika bersiar-siar menikmati keindahan Banjaran Titiwangsa berhampiran Hentian Rawat dan Rehat (R&R), Puncak Titiwangsa.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam kelmarin ketika Mohd Izat Syazmin Shukri, 17, singgah di hentian berkenaan ketika dalam perjalanan menunggang motosikal dari rumahnya di Kuala Ketil, Kedah, ke rumah datuknya di Besut, Terengganu. 
Difahamkan, mangsa tersesat selepas memasuki satu laluan balak berhampiran R&R itu dengan menunggang motosikalnya dipercayai untuk menikmati keindahan bukit di puncak banjaran itu.

Bagaimanapun, selepas memasuki hampir satu kilometer ke dalam hutan, dia terpaksa meninggalkan motosikalnya akibat kehabisan minyak sebelum hilang arah dan buntu mencari jalan.

Remaja berkenaan bernasib baik kerana berjaya menghubungi polis dan ibu bapanya memaklumkan kejadian itu.

Ketakutan diugut anak angkat

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas bukan sahaja tertipu dengan memberi pinjaman wang kepada anak angkatnya bernilai lebih RM120,000, malah wanita berkenaan hidup dalam ketakutan berikutan diugut dicederakan lelaki berkenaan, kelmarin.
Wanita berusia 78 tahun itu dan mahu dikenali sebagai Salmah, sebelum ini tinggal bersama anak angkatnya berusia 48 tahun di Kampung Seri Delima, di sini sejak anak perempuannya berkahwin.

Menurutnya, untuk tujuan melabur dalam perniagaan, anak angkatnya meminjam wang dan pada 21 Februari lalu, dia memberikan RM80,000 kepada lelaki berkenaan sebelum menambah RM40,000 dan berjanji membayar secara ansuran.
“Malangnya, pada bulan lalu, anak saya itu berpindah dari rumah dan menelefon saya memberitahu tidak mampu membayar pinjaman itu,” katanya.

Baling isteri pasu bunga

KUALA LUMPUR: Seorang suami panas baran memaki hamun dan membaling pasu bunga ke arah isterinya ketika perselisihan faham membabitkan kerja.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi kelmarin, lelaki berusia 40-an itu pulang ke kediaman mereka di Taman Damai, Kuala Kubu Bharu sebelum mendapati isterinya, 47, sedang tidur dan masih belum ke tempat kerja.

Difahamkan, suspek yang tidak bekerja terus mengejut isterinya dan menyuruh dia ke tempat kerja. Mangsa bagaimanapun memberitahu dia bercuti.
“Si suami yang berang dengan tindakan isterinya terus menolak mangsa sebelum menghamburkan kata-kata kesat.

“Pertengkaran berlaku sebelum si suami mengugut ingin membunuhnya.

Mangsa yang cuba melarikan diri kemudian dibaling dengan pasu bunga,” katanya.

Suami mengaku, isteri terlepas

KOTA BHARU: Seorang buruh terpaksa menerima hakikat, bakal menyambut Aidilfitri di penjara apabila dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam terhadap tuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 4.38 gram yang disorok di pelapik stereng kereta, Februari lalu.
Majistret Muhammad Hafiz Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Tuan Muhamad Shahiran Tuan Lah, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 25 Februari 2012.
Bagaimanapun, isterinya, Nor Hapizan Hassan, 26, boleh menarik nafas lega selepas dilepas dan dibebaskan terhadap pertuduhan sama.

Tuan Muhamad Shahiran sempat bersalaman dengan isterinya itu selepas dijatuhi hukuman berkenaan.

Sebelum ini, pasangan suami isteri itu didakwa di mahkamah sama terhadap tuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 25.91 gram mengikut Seksyen 39b(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati sebelum pihak pendakwaan bersetuju menarik semula pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan, Tuan Muhamad Shahiran didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 4.38 gram yang disorok di pelapik stereng kereta jenis Hyundai Getz, di tepi Jalan Atas Paloh, Kampung Atas Paloh, jam 6.30 petang, pada 25 Februari 2012.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1), akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan tidak lebih sembilan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Penjara 13 tahun noda gadis lembam

PETALING JAYA: Tindakannya yang merogol seorang pelajar perempuan lembam tingkatan satu di kedai kosong di Taman Puncak Jalil, di sini, membawa padah apabila seorang pencuci kereta dipenjara 13 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Hakim Yasmin Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Mamun, 31, warga Bangladesh yang didapati bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan di akhir pembelaan.

Yasmin memerintahkan hukuman berkenaan dijalankan bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 16 Februari 2011.
Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan dijalankan.

Mengikut pertuduhan, Mamun didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang pelajar berusia 12 tahun sembilan bulan, di dalam sebuah kedai kosong, Jalan PUJ, 3/12, Taman Puncak Jalil, 14 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam bela yang mewakili Mamun, Gurmit Singh memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya sudah insaf dan mahu kembali semula kepada keluarganya secepat mungkin.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Chong Yin Xin memberitahu mahkamah tertuduh sepatutnya berfikir dulu sebelum melakukan perbuatan terkutuk lebih-lebih lagi kerana tertuduh seorang bapa dan mempunyai anak berumur lima tahun.
“Tindakan tertuduh amatlah keji kerana mengambil kesempatan terhadap orang kelainan upaya (Oku) selain mangsa yang tidak mengenali tertuduh,” katanya.

Pengemis banjiri Bandar Lampung ketika Ramadan

AKARTA: Bukan saja makanan dan minuman untuk berbuka puasa dijual oleh penjaja yang tiba-tiba membanjiri jalan raya di sekitar Bandar Lampung, tetapi ramai pengemis yang entah muncul dari mana turut dikesan ketika bulan Ramadan.
Ketua Agensi Sosial Bandar Lampung, Akuan Efendi, berkata, pengemis itu datang tiga hari sebelum Ramadan dari beberapa bahagian bandar itu, selain kawasan lain, termasuk Sumatera Selatan, Jakarta dan Banten.

Pengemis berkenaan biasanya membanjiri masjid di sekitar bandar itu ketika waktu solat, khususnya hari Jumaat apabila mereka turut menuju ke tempat lain bandar itu, termasuk lampu isyarat, pusat beli-belah dan kawasan penempatan penduduk.
“Kami dapati sukar untuk menangani pengemis bermusim ini. Tahun lalu, kami telah menahan dan menghantar mereka ke pusat pemulihan, tetapi mereka mula kembali ke bandar beberapa hari kemudian.

“Mulai tahun lalu, pengemis yang biasanya mengemis di Jakarta mula mencari lebih banyak wang di Bandar Lampung. Kami percaya terdapat dalang sindiket di sebalik kegiatan mereka,” katanya. - JP

Tentera tembak mati jurugambar Itali: Polis

BANGKOK: Tentera kerajaan dipercayai menembak jurugambar Itali yang terbunuh ketika tunjuk perasaan pembangkang secara besar-besaran di jalanan pada 2010 di bandar raya ini, kata polis dalam inkues rasmi di negara ini, semalam.
Pegawai polis, Kolonel Suebsak Pansura yang mengetuai pasukan yang menyiasat kes itu berkata, mereka telah menyoal siasat 47 saksi dan pakar ekoran kematian Fabio Polenghi dan mengumpulkan bukti bagi menyerahkannya kepada pendakwa raya.

“Kesimpulan mendapati punca kematiannya dipercayai akibat daripada tembakan senjata milik pihak berkuasa yang bertugas,” katanya kepada mahkamah jenayah Bangkok pada hari pembukaan inkues itu. Polenghi ditembak dan terbunuh pada 19 Mei 2010, hari di mana tentera melepaskan tembakan peluru hidup bagi meleraikan gerakan tunjuk perasaan antikerajaan “Baju Merah” di pusat bandar raya Bangkok. - Bangkok Post

Ariel dibebas

JAKARTA: Seorang daripada penyanyi terkenal negara ini, Nazril Irham atau Ariel telah dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman penjara dua tahun ekoran skandal video seks.
Pegawai penjara berkata, ratusan peminat berkumpul di luar penjara semalam sambil melaungkan nama Ariel dan menyanyikan lagunya ketika penyanyi itu keluar dari penjara. Ariel yang juga vokalis kumpulan popular Indonesia, Peterpan dijatuhkan hukuman tiga setengah tahun penjara selepas rakaman video seks bersama teman wanitanya yang juga seorang selebriti tersebar di Internet.

Bintang berusia 30 tahun yang dibebaskan dengan parol itu adalah selebriti pertama dihukum mengikut undang-undang antipornografi di negara itu. Undang-undang itu mula berkuat kuasa pada 2008 walaupun mendapat bantahan keras rakyat dan pemimpin kerajaan.
Ariel ditahan pada Jun 2010 dan menegaskan rakaman video itu dicuri dari kediamannya dan dimuat naik ke Internet tanpa pengetahuannya.

Walaupun sudah dibebaskan, Ariel tidak bebas sepenuhnya kerana selain perlu melaporkan diri, bekas kekasih Luna Maya itu tidak dibenarkan ke luar negara kecuali jika ada keperluan penting. “Dia tidak boleh pergi keluar negara kecuali dengan tiga syarat iaitu jika mahu mendapatkan rawatan jika dia sakit, untuk urusan kemanusiaan dan ibadah,” kata Ketua Balai Pemasyarakatan (penjara) Bandung, Nuruddin Musa kepada wartawan. - Tribunenews

Wanita Indonesia ditahan atas kes penipuan bencana tsunami Jepun

SEOUL: Polis Korea Selatan semalam, menahan seorang wanita Indonesia yang terlibat dalam skim penipuan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, Mac lalu.
Polis juga meminta Interpol untuk menahan tiga lagi suspek, seorang wanita Malaysia berusia 33 tahun, lelaki Nigeria dan lelaki yang mungkin warga Amerika. 
Suspek wanita Malaysia, tahun lalu menghantar e-mel kepada lelaki Korea Selatan melalui laman web sahabat, mengaku bekerja di sebuah bank di negaranya.

Dia berkata, mempunyai pelanggan, lelaki Jepun mempunyai simpanan wang sebanyak AS$4.2 juta (RM13.32 juta), di mana dia dan keluarganya telah terkorban di dalam bencana itu.

Wanita itu mengesyorkan lelaki Korea Selatan itu menuntut wang tersebut dengan mengaku sebagai saudara kepada si mati dan berkongsi wang itu dengannya.

Polis berkata, wanita itu mendapat 110 juta won (RM304,000) daripada lelaki Korea Selatan itu dan mendakwa wang itu diperlukan untuk memalsukan dokumen bank dan keluarga.

Tetapi, lelaki Korea itu tidak sabar, dan terus melaporkan kejadian itu kepada polis Korea Selatan, April lalu.

Dia mengajak wanita Indonesia, 33, yang bertindak sebagai orang tengah dalam penipuan itu dengan menjanjikan akan memberi lebih wang, dan polis menahannya pada 4 Julai lalu.

Polis Penyiasat, Kim Gyoung-Hee berkata, ini kali pertama mereka menahan suspek terlibat dalam penipuan bencana tsunami. -AFP

Petani guna senjata berat pertahan ladang ganja

BEIRUT: Petani bersenjata mesingan, bom tangan menggunakan roket dan mortar memaksa tentera kerajaan menghentikan operasi untuk memusnahkan ladang ganja haram di Lembah Bekaa di Lubnan, semalam.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam tembak menembak itu tetapi dua kenderaan pasukan keselamatan terkena tembakan, kata saksi. 
Ketika perang saudara 1975-1990, Lembah Bekaa yang subur menghasilkan sehingga 1,000 tan resin ganja setiap tahun dan 30-50 tan candu, yang digunakan untuk membuat heroin.

Pokok ganja dimusnahkan di bawah program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu antara 1991-1993 tetapi muncul semula ketika pasukan keselamatan berusaha mengamankan negara yang bergolak itu.

Tiada statistik yang boleh dipercayai untuk memastikan berapa banyak ganja yang dihasilkan di Lubnan sekarang.

Pasukan keselamatan menjalankan operasi tahunan untuk memusnahkan ganja tetapi menghadapi tentangan daripada petani yang marah kerana pokok yang mendatangkan pendapatan tinggi dan mudah untuk komuniti mereka yang miskin. - Reuters

Penyerang panggung Batman mohon jadi ahli kelab menembak

WASHINGTON: Lelaki yang dituduh menyerang di panggung wayang ketika filem Batman ditayangkan, memohon untuk menjadi ahli kelab menembak persendirian beberapa minggu lalu, tetapi permohonannya diragui lantas tidak diluluskan.
Pemilik Lead Valley Range di Aurora, Colorado, menelefon suspek, James Holmes, 24, sebaik saja menerima permohonannya pada 25 Jun lalu, tetapi panggilannya disambut oleh panggilan pesanan suara yang “aneh dan menakutkan”. 
Pemilik lapang sasar itu, Glenn Rotkovich berkata, suara di dalam mesej itu “seperti orang mabuk, tetapi dia tidak mabuk, cuma agak aneh.”

Katanya, “Saya dapat mendengar dia menyebut James,” kata Rotkovich yang dipetik dari laman web FoxNews yang turut memaparkan permohonan email Holmes, yang telah disunting. - AFP

Penduduk berang

BEIJING: Penduduk di Beijing menunjukkan rasa marah mereka semalam, selepas mengalami hujan paling teruk yang melanda ibu negara China itu sejak 60 tahun dan menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang mati, dan kira-kira tujuh lagi masih hilang.
Penduduk berkata, banyak nyawa dapat diselamatkan dan bencana paling teruk itu dapat dielakkan sekiranya sistem amaran lebih baik dibuat. Mereka mengkritik sistem perparitan yang ketinggalan zaman di bandar itu. 
Di daerah Fangshan yang terletak di kawasan pergunungan, paling teruk dilanda bencana, penduduk berkata, dalam beberapa minit, jalan raya dan kereta ditenggelami air dan rumah turut musnah.

Petani di Fangshan, Wang Ping, 56, masih lagi mencari anak lelakinya yang berusia 30 tahun di tepi tasik selepas menemui keretanya yang musnah, dan mengadu bahawa kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk membantu.

“Anak saya menelefon kira-kira jam 9 malam Sabtu dan berkata air mula naik, jadi saya terus keluar untuk mencarinya,” kata Wang sambil menjerit nama anaknya.

Wang berkata, “Kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk membantu saya mencari anak saya.”

Ramai penduduk yang marah meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman blog mikro mengkritik kerajaan kerana gagal menangani masalah itu. Sehingga semalam, hampir sembilan juta aduan dibuat di blog mikro Sina Weibo.

“Sekiranya sistem perparitan elok dan sistem amaran dibuat pada masa yang tepat, sekiranya penduduk diberitahu supaya tinggal di rumah, apakah ramai yang akan menjadi mangsa?” soal seorang penulis yang menggunakan nama Bijexiang. - AFP

Budak mati jatuh dari kenderaan vintaj

LONDON: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun mati selepas terjatuh dari sebuah kenderaan lama berkuasa wap di sebuah muzium terbuka, semalam.
Karl Doran dikatakan jatuh di bawah treler yang ditarik enjin itu dan mengalami kecederaan di kepala.

Menurut laporan, bapa mangsa, Phillip Doran, 41, sukarelawan di muzium berkenaan memandu kenderaan vintaj itu ketika kejadian.
Pemandu itu turut dibawa ke hospital untuk dirawat kerana terkejut selepas tragedi itu di Muzium Beamish berhampiran Stanley di Co Durham.

Polis berkata, petugas kecemasan menerima panggilan sejurus sebelum jam 3 petang tetapi budak itu disahkan mati di tempat kejadian.

Jurucakap perkhidmatan ambulans berkata: “Kami difahamkan bahawa budak itu jatuh dari sebuah treler yang ditarik oleh enjin berkuasa wap.” Muzium Beamish yang popular itu mempamerkan kehidupan harian masyarakat abad lalu, termasuk kostum pelakon dan kenderaan lama.
Ia sesak dengan keluarga yang datang mengunjungi pameran itu tetapi ditutup sementara selepas tragedi berkenaan. - DM

Terkait arus maut

DI SINI...Khairul Anuar menunjukkan tempat Riduan terkena renjatan elektrik di Kampung Kroh, Tapah, kelmarin.
DI SINI...Khairul Anuar menunjukkan tempat Riduan terkena renjatan elektrik di Kampung Kroh, Tapah, kelmarin.
IPOH: “Dia menggelupur hampir tiga minit ketika badannya terkena renjatan elektrik dan saya nampak kepala serta tubuhnya berasap,” kata Mohd Faizal Abdul Aziz, 23, yang melihat rakannya, Riduan Hashim, 31, terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, batang galah aluminium yang digunakan Riduan ketika mengait buah kelapa terkena kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik. Bagaimanapun, mangsa terselamat daripada maut dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Faizal berkata, insiden berlaku ketika dia dan Riduan mengait kelapa tua untuk dijual selepas mereka mendapat tempahan sempena Ramadan.

“Riduan meminta saya membantunya mengait kelapa tua. Saya serta seorang lagi rakan, Suhaimi bersetuju membantunya dan kami ke rumahnya jam 5.50 petang.

“Kami memulakan kerja mengait kelapa tua beberapa minit kemudian di kawasan kira-kira 100 meter dari rumahnya. Ketika itu galah aluminium Riduan tersentuh kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik,” katanya.

Mercun diisytihar perabot

Ipoh: Sebuah kontena yang diisytiharkan mengandungi barangan perabot dari China, rupa-rupanya berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api, dipercayai untuk dijual sepanjang Ramadan. 

Sejumlah 1,190 karton mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai RM744,315 termasuk duti kastam ditemui dalam kontena berukuran 12 meter di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara, Pulau Pinang. Pengarah Kastam Perak, Ab Hamid Salleh, berkata Cawangan Penguat Kuasa Pengkalan Hulu menerima maklumat mengenai kontena itu yang sudah seminggu berada di pelabuhan kontena berkenaan sebelum membuat pemeriksaan jam 5 petang, 5 Julai lalu. 
Siasatan mendapati alamat penerima adalah palsu sebelum kontena itu dibawa ke pejabat Penguat Kuasa Kastam Pengkalan Hulu untuk pemeriksaan lanjut. 

“Siasatan terhadap syarikat pengimport dan ejen perkapalan sedang dilakukan bagi mengesan orang bertanggungjawab," katanya pada sidang media di Wisma Kastam Perak di sini, semalam. 

Dalam kes berasingan, Abdul Hamid berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 20-an dan 40-an bersama sebuah lori satu tan berisi mercun dan bunga api pelbagai jenis berdekatan Plaza Tol Taiping Utara di Jalan Ipoh-Butterworth, jam 11.41 malam, 17 Julai lalu. 

Cawangan Penguat Kuasa Ipoh yang melakukan rampasan itu mendapati mercun dan bunga api yang dipercayai diseludup dari Thailand dianggarkan bernilai RM20,170 dengan duti yang cuba dielakkan sebanyak RM13,110.50. 
Ab Hamid berkata, pihaknya percaya mercun dan bunga api bernilai RM471,270 dengan cukai cuba dielakkan berjumlah RM306,325.50 untuk diedarkan di wilayah utara Semenanjung berikutan permintaan tinggi menjelang sambutan Aidilfitri.