Search This Blog

Wednesday, July 18, 2012

Letupan bom kereta bunuh bekas Menteri Perdagangan Somalia

MOGADISHU - Satu kejadian letupan bom kereta di ibu negara Somalia meragut nyawa bekas Menteri Perdagangan dan mencederakan enam orang yang lain, kelmarin.

Menurut polis, semasa serangan Mohamud Abdi Ibrahim sedang memandu keretanya yang kemudian meletup secara tiba-tiba dan menyebabkan enam orang awam berhampiran turut cedera.

Susulan kejadian, kumpulan bersenjata Al-Shabab dipersalahkan kerana menyasarkan serangan ke atas bekas menteri itu.

"Bom berkenaan dilekatkan pada kereta tanpa pengetahuannya.

Badannya hancur berkecai dan bertaburan di atas jalan raya," kata timbalan Datuk Bandar Mogadishu, Warsame Mohamed.

Warga emas ditahan masa ops air daun ketum


Warga emas ditahan masa ops air daun ketum
Polis mengangkat bungkusan air daun ketum dirampas.


KULIM - Polis berjaya menahan empat lelaki berusia antara 20 hingga 70-an bersama hampir 700 peket cecair dipercayai air daun ketum dalam Ops Tapis yang bermula kirakira jam 12 tengah hari semalam.

Operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim itu diketuai Pegawai Operasi dan Tahanan, Inspektor Mohd Amin Mat Yasin. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, serbuan tertumpu kepada beberapa lokasi dipercayai 'port' air ketum dimasak. Selain warga tempatan, seorang lelaki Thailand turut ditahan.

“Polis membuat serbuan pertama di sebuah rumah di Simpang Empat Keladi berjaya menahan dua lelaki. Selain itu, polis merampas lapan bungkus cecair dipercayai air daun ketum dan 80 mililiter dadah dalam bentuk cecair.

"Melalui maklumat suspek, polis membuat serbuan di rumah dekat- Kampung Sidam dan menahan seorang lelaki berusia 20-an bersama 100 bungkus cecair sama. Selain itu peralatan masak bahan itu turut ditemui di lokasi serbuan,” katanya.

Curiga keadaan sebuah pondok berada di hadapan rumah serbuan kedua, polis membuat pemeriksaan menemui dua bekas berisi ais di dalamnya tersimpan lebih 400 bungkusan plastik lut sinar mengandungi cecair dipercayai air ketum.

Polis turut menahan seorang lelaki berusia kira-kira 70-an. Semakan mendapati suspek merupakan pesalah yang dicari kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak 1979. Kesemua suspek terlibat dibawa ke IPD Kulim untuk  menjalani ujian saringan air kencing.

“Ini rampasan air ketum terbesar tahun ini. Suspek terlibat pengedaran air ketum ini akan disiasat dibawah Seksyen 30 (3) Akta Racun.

Ada kalangan suspek disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana memiliki dadah. "Bagi warga emas ditahan kerana memiliki rekod dikehendaki polis, polis akan membuka semula rekod lama dan menyerahkan pada balai polis terlibat.

Siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah diarah ke mahkamah bagi kesalahan dadah namun menghilangkan diri selama 33 tahun sehingga ditahan hari ini,” katanya.

Kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut. 

‘Pegawai’ perdaya warga emas

KUALA MUDA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini sedang giat mengesan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang dipercayai menyamar sebagai kakitangan JKM yang bertindak memperdaya warga emas sebelum meminta wang.

Suspek didakwa memakai pakaian berlencana 1Malaysia ketika menemui warga emas di kawasan taman perumahan dan kampung sekitar daerah ini.

Difahamkan, lelaki terbabit berjanji akan menguruskan permohonan bantuan JKM warga emas terbabit sebelum mereka diminta menyerahkan sejumlah wang.

Berdasarkan maklumat, kesemua wang itu dikatakan akan digunakan untuk membuka satu akaun bank sebagai kemudahan menyalurkan wang bantuan yang akan diperoleh kelak. Pegawai JKM Daerah Kuala Muda, Mohamad Md Nor  berkata, selepas memperdaya dan mendapatkan wang daripada mangsa, suspek meneruskan kegiatan ke kawasan perumahan dan perkampungan lain menggunakan modus operandi sama.

“Selepas mendapat wang, lelaki tersebut terus menghilangkan diri sebelum berpindah ke mangsa lain,” katanya kepada media kelmarin. Menurutnya, JKM menerima laporan berhubung kejadian berkenaan minggu lalu yang mana seorang warga emas berusia 70 tahun mengalami kerugian sebanyak RM100 apa bila diperdaya lelaki terbabit.

“Mangsa yang tertipu menyerahkan wang seperti yang diminta kerana dijanjikan bakal menerima bantuan bulanan daripada JKM,” katanya. Mohamad berkata, pihaknya juga menerima satu laporan mengenai seorang wanita warga emas berusia 60-an turut mengalami nasib sama.

“Saya ingin menasihati orang ramai terutama warga emas sekiranya didatangi pihak tertentu supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya.

“Orang awam juga boleh meminta kakitangan memperkenalkan diri terlebih dahulu atau menunjukkan kad kuasa jabatan sebagai bukti sekiranya didatangi individu tidak dikenali.

“JKM tidak pernah meminta wang dari mana-mana  individu, malah mengikut prosedur permohonan bantuan, tiada sebarang cas dikenakan untuk proses permohonan,” katanya.

Menurutnya, warga emas yang tinggal seorang diri atau di pedalaman diminta berwaspada kerana golongan itu menjadi sasaran utama suspek. 

Siling runtuh: 13 murid dan seorang guru nyaris kena hempap


Siling runtuh: 13 murid dan seorang guru nyaris kena hempap
Mohd Sharkar melihat kecederaan dialami seorang murid, semalam.


LANCHANG - Seramai 13 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lanchang yang sedang belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup terselamat apabila siling sekolah berkenaan yang berusia lebih separuh abad runtuh.

Kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari kelmarin, ketika seorang guru yang berada dalam kelas terbabit mendengar bunyi seperti rekahan kayu beberapa minit sebelum tamat waktu persekolahan.

Siling bahagian hadapan kelas runtuh dahulu sebelum murid dan guru berlari ke bahagian belakang untuk keluar menyelamatkan diri masing-masing. Dalam keadaan sedikit kelam kabut itu, empat murid mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan runtuhan ketika keluar menyelamatkan diri.

Pihak sekolah kemudian mengarahkan semua empat bilik darjah yang menempatkan kelas Tahun Satu hingga Empat sebaris dengan kelas yang rosak itu dikosongkan.

Serentak itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin yang melawat mangsa dan sekolah terbabit semalam menggesa Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) dan Pejabat Pelajaran Daerah melakukan siasatan terperinci.

Menurutnya, siasatan awal mendapati runtuhan berpunca daripada kayu di kelas terbabit dimakan anai-anai hingga reput dan menyembah bumi. “Kita bernasib baik tidak ada yang cedera teruk dalam kejadian ini walaupun jika dilihat  di tempat kejadian, keadaan runtuhan begitu teruk sekali,” katanya sewaktu melawat sekolah berkenaan, semalam.

Mohd Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang turut mengarahkan JPNP melakukan audit dan menghantar laporan bagi mengenal pasti bangunan sekolah di kawasan lain yang perlu dibaiki segera untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

“Memandangkan di Temerloh ada beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang sudah berusia lebih puluhan tahun dan uzur, maka laporan keadaan semasa bangunan sekolah itu perlu dinilai,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Sharkar berkata, bangunan baru SJKC Lanchang yang dibina tiga bulan lalu hampir siap dan sepatutnya boleh digunakan awal tahun depan. “Kita lihat bangunan baru sekolah ini hampir siap dan  jika mampu disiapkan awal, maka murid-murid ini akan dipindahkan ke bangunan baru itu secepat mungkin.

“Buat sementara waktu, empat bilik darjah yang menempatkan murid Tahun Satu hingga Empat ditutup dan murid akan belajar sementara di kantin dan luar kelas. “Bangunan lama ini akan dibiarkan kosong kerana tidak selamat digunakan,” katanya.

Mohd Sharkar juga menasihatkan ibu bapa murid SJKC supaya tidak bimbang kerana pihak pengurusan menempatkan murid-murid di tempat selamat buat sementara waktu. 

Pintu tandop rosak, 35 rumah penduduk tenggelam


Pintu tandop rosak, 35 rumah penduduk tenggelam
Kerja baik pulih dilakukan bagi membolehkan air mengalir seperti biasa.


JITRA - Sebanyak 30 rumah di Kampung Tok Keramat, di sini ditenggelami air sedalam kira-kira 0.3 meter berikutankerosakan pintu di tandop Tanjung Pauh, malam kelmarin.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, selain 30 rumah yang terlibat, lima rumah yang dibina di kawasan rizab sungai turut tenggelam.

Menurutnya, kejadian berlaku pada kira-kira jam 8 malam itu disebabkan pintu pada tandop Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) jatuh.

“Tandop ini sudah lama dibina iaitu sejak 1950-an dan pembinaannya bertujuan untuk pengairan pertanian di kawasan ini.

“Terdapat tiga pintu namunhanya satu pintu sahajayang rosak dan kerja baik pulih mula dibuat sejak semalam (malam kelmarin) dan kita juga melakukan pengawasan selama 24 jam,” katanya kepada pemberita ketika melawat kerja baik pulih tandop Tanjung Pauh, semalam.

Mohd Johari berkata, pihaknya sudah menukar besi yang bengkok pada pintu terbabit bagi membolehkan keadaan pulih seperti biasa.

Katanya, selain tandop Tanjung Pauh, terdapat 20 tandop di kawasan Wilayah Dua yang akan dibaiki bagi mengelakkan berlaku kerosakan. “Kita sudah membaik pulih tujuh daripada 27 tandop yang kebanyakannya dibina sekitar tahun  yang sama iaitu 1950-an.

“Kita memperuntukkan kira-kira RM4 juta bagi satu tandop yang dibaiki dan jumlah keseluruhan tandop yang akan dibaiki kira-kira RM80 juta,” katanya. 

3 sahabat maut dalam kemalangan


3 sahabat maut dalam kemalangan
3 sahabat maut dalam kemalangan


SEREMBAN - Tiga sahabat maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Batu 4, Jalan Seremban-Jelebu, dekat sini malam tadi.


Mereka yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan dikenal pasti sebagai Mohd Asrul Abd Rahman, 31, Muhamad Nazri Baharudin, 27, dan Mohd Shahrizal Ngah, 31.


Jurucakap polis berkata kejadian itu berlaku pada 11 malam ketika ketiga-tiga mangsa yang bertugas di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan negeri (JKKP) menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari
arah Jelebu menuju ke Seremban.


Katanya sampai di satu selekoh kereta mangsa dipercayai terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki seorang wanita dan dua orang anak lelakinya berusia dua dan tiga tahun.


Katanya rempuhan kuat itu menyebabkan Mohd Asrul yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar sejauh beberapa meter dan dua lagi rakannya tersepit di dalam kereta.


"Semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya.


Pegawai Turus Trafik negeri, ASP Abd Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.


Katanya mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga mangsa. - Bernama

Ahli perniagaan cedera ditumbuk penyamun


Ahli perniagaan cedera ditumbuk penyamun
Mangsa cedera di muka selepas ditumbuk suspek


PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan menjadi mangsa terbaru kes samun di parkir kenderaan di sebuah pusat membeli-belah di sini, malam kelmarin. Ketika kejadian, mangsa bersama isterinya ke parkir kereta di aras bawah  premis berkenaan kerana mahu pulang selepas menutup premis perniagaan.

Dalam kejadian jam 10 malam, seorang lelaki menghampiri mangsa sebelum cuba merampas beg bimbitnya. Terkejut dengan tindakan itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 69, cuba mempertahankan beg bimbitnya, menyebabkan berlaku pergelutan.

Suspek yang berang menumbuk muka mangsa, kemudian melarikan diri tanpa sempat mengambil apa-apa barangan.

Lim berkata, kejadian itu berlaku sangat pantas dan nasib baik isterinya menjerit meminta pertolongan daripada pengunjung di pusat membeli-belah itu.

Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis telah mengambil keterangan mangsa dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

“Polis sedang meneliti rakaman CCTV bagi mengenal pasti suspek, kes itu disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan rompakan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di talian 03-2052 9999 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Suri rumah terkejut ular tedung selar di bawah singki


Ular tedung bawah singki
Anggota JPAM menunjukkan ular tedung selar yang berjaya ditangkap


KUALA PILAH – Seorang suri rumah terkejut menemui seekor ular tedung selar bersembunyi di bawah singki dapur rumahnya di Kampung Datuk Johan, Serting Tengah, kelmarin. Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia  (JPAM) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Razak berkata, pihak JPAM menerima panggilan pada jam 3.25 petang daripada Habibur Rahman Daud, 60.

“Sejurus menerima panggilan berkenaan, saya bersama empat anggota JPAM bergegas ke tempat kejadian di Lot 206, Lorong Bunga Raya Kampung Datuk Johan yang mengambil masa setengah jam kerana tempatnya agak jauh dari  Kuala Pilah.

“Setibanya di sana, kami dimaklumkan terdapat seekor ular tedung selar betina bersembunyi di bawah singki mereka. Pada masa itu, isteri Habibur yang ternampak ular berkenaan manakala Habibur tiada di rumah,” katanya.

Menurutnya, ketika pemeriksaan mereka menemui seekor ular berwarna coklat cair sedang melingkar di bawah singki.

"Saya bersama beberapa anggota lain mengambil masa 15 minit untuk menangkap reptilia ini menggunakan alatan penjerut ular berikutan ia agak agresif dan berbahaya. "Lebih-lebih lagi ular itu bersaiz 3.6 meter panjang dengan berat hampir enam kilogram.

Kami bersyukur operasi ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan ular berkenaan akhirnya ditangkap," katanya.

Mohd Faizal berkata, ini kali pertama untuk tahun ini, pihak JPAM berjaya menangkap ular tedung selar terpanjang. "Ular itu akan diserahkan kepada pihak Taman Ular di Ulu Bendul dalam masa terdekat," katanya. 

Pembantu rumah diugut dengan pisau, ditumbuk - Terengganu

HULU TERENGGANU - Seorang pembantu rumah terpaksa melalui detik mencemaskan apabila dia bukan sahaja diugut dengan sebilah pisau tetapi juga ditumbuk dan turut dicekik selepas rumah majikannya di Taman Datuk Abd Rahman, di sini, dipecah masuk, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Rosli Mohd Amir berkata, dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa yang berumur 44 tahun melihat seorang lelaki tidak dikenali berkulit gelap dengan bersenjatakan sebilah pisau masuk ke dalam rumah majikannya itu.

“Suspek terlebih dahulu mengugut mangsa untuk mendapatkan tunai dan meminta wang sebanyak RM200. “Namun, setelah mangsa enggan memenuhi kehendaknya itu, suspek mula bertindak menumbuk dan mencekik leher mangsa.

Mohd Rosli berkata, bagaimanapun, mangsa berjaya meloloskan diri ketika dicekik dan terus berlari ke bilik anak majikannya itu manakala suspek pula berjaya melarikan diri. “Anak majikannya itu kemudiannya menghubungi polis dan  ibunya memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya semalam.

Menurutnya, akibat kejadian tersebut mangsa mengalami kecederaan di bahagian mulut, lebam di bahagian leher dan mengalami sakit di kepala.

“Dia membuat aduan di Balai Bolis Kuala Berang selepas kejadian berkenaan sambil ditemani majikannya,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 22 tahun dipercayai suspek hadapan sebuah hotel di Kuala Terengganu pada hari yang sama iaitu lebih kurang jam 12.10 tengah hari.

“Siasatan mendapati suspek berasal dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan mengaku mengacukan sebilah pisau serta meminta wang daripada mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan rompakan,” katanya. 

Pembantu rumah diugut dengan pisau, ditumbuk

HULU TERENGGANU - Seorang pembantu rumah terpaksa melalui detik mencemaskan apabila dia bukan sahaja diugut dengan sebilah pisau tetapi juga ditumbuk dan turut dicekik selepas rumah majikannya di Taman Datuk Abd Rahman, di sini, dipecah masuk, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Rosli Mohd Amir berkata, dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa yang berumur 44 tahun melihat seorang lelaki tidak dikenali berkulit gelap dengan bersenjatakan sebilah pisau masuk ke dalam rumah majikannya itu.

“Suspek terlebih dahulu mengugut mangsa untuk mendapatkan tunai dan meminta wang sebanyak RM200. “Namun, setelah mangsa enggan memenuhi kehendaknya itu, suspek mula bertindak menumbuk dan mencekik leher mangsa.

Mohd Rosli berkata, bagaimanapun, mangsa berjaya meloloskan diri ketika dicekik dan terus berlari ke bilik anak majikannya itu manakala suspek pula berjaya melarikan diri. “Anak majikannya itu kemudiannya menghubungi polis dan  ibunya memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya semalam.

Menurutnya, akibat kejadian tersebut mangsa mengalami kecederaan di bahagian mulut, lebam di bahagian leher dan mengalami sakit di kepala.

“Dia membuat aduan di Balai Bolis Kuala Berang selepas kejadian berkenaan sambil ditemani majikannya,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 22 tahun dipercayai suspek hadapan sebuah hotel di Kuala Terengganu pada hari yang sama iaitu lebih kurang jam 12.10 tengah hari.

“Siasatan mendapati suspek berasal dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan mengaku mengacukan sebilah pisau serta meminta wang daripada mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan rompakan,” katanya. 

Kes curi makin berleluasa

Kes curi makin berleluasa
Sanusi terpaksa membaiki motosikal yang sudah lama tidak digunakan, agar dia dapat menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah.
PASIR MAS – Seorang petani di Kampung Aur China, terpaksa membaik pulih motosikal lama, selepas motosikal barunya, dicuri empat hari lalu.

Petani, Sanusi Azmi Mustafa, 32, berkata, motosikal ‘Honda EX5 Dream’, yang baru sahaja dibeli hujung tahun lalu, dipercayai dicuri pada jam 4 pagi.

Menurutnya, pada hari kejadian, dia keluar selepas solat Isyak, untuk membajak bendang yang terletak beberapa kilometer daripada rumah.

Sanusi berkata, risau dengan kes kecurian yang berlaku di kampung itu, dia memastikan motosikalnya dikunci dengan betul. “Selepas pulang membajak, dalam lingkungan jam 1 pagi, saya dapati motosikal masih lagi diparkir di tepi rumah saya. Seperti biasa, saya akan keluar untuk membeli makanan selepas solat subuh, namun dapati motosikal saya hilang,” katanya, semalam.

Menurutnya, jiran ada mendengar bising di luar, seperti bunyi motosikal baru dihidupkan, beberapa jam sebelum subuh. Namun, jirannya tidak mengesyaki sebarang kejanggalan, kerana banyak motosikal melalui kawasan ini, tanpa mengira waktu.

Sanusi berkata, ini merupakan kejadian kedua yang berlaku di kampung ini, dalam tempoh sebulan. “Bukan setakat motosikal, tetapi tong gas, kereta dan banyak lagi turut menjadi habuan pencuri di kawasan ini. Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan kerugian ribuan ringgit, malah saya juga menghadapi kesulitan kerana motosikal itu, digunakan untuk menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah,” katanya, semalam.

Sanusi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Pasir Mas, Sabtu lalu, dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dengan segera. 

Kemalangan: Adik maut akibat tersepit di tempat pemandu

Kemalangan: Adik maut akibat tersepit di tempat pemandu
Zemat (kanan) bersama Limah dan sanak saudara melihat gambar mangsa yang maut dalam kemalangan malam kelmarin. (gambar kecil bawah kiri: mangsa, Mohamad Alias Che Hat,23)
KOTA BHARU - “Saya tidak sangka keinginan untuk membawa semua album gambar adik ke Kuala Lumpur, merupakan petanda yang dia akan meninggalkan keluarga buat selamanya,” kata kakak mangsa kemalangan maut, Zemat Che Hat, 32.

Pada kejadian kira-kira jam 8.50 malam kelmarin, mangsa, Mohamad Alias Che Hat,23, maut di tempat kejadian, setelah tersepit di bahagian pemandu apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandunya sendirian, hilang kawalan dan melanggar pokok getah.

“Sudah hampir 12 tahun saya menetap di Kuala Lumpur dan bertugas di sana, namun sebelum ini, saya tidak pernah membawa gambar keluarga bersama, namun pada cuti sekolah bulan Mei lalu, keinginan untuk membawa semua  gambar adik ke sana bertambah kuat, jadi ambil semua album miliknya dan bawa pulang.

“Mulanya, saya pun pelik dengan keinginan saya ini, namun selepas adik terlibat dalam kemalangan barulah saya tahu hasrat saya itu, yang ingin selalu berada dekat dengan adik rupanya bertukar menjadi pilu, apabila dia kini meninggalkan keluarga selepas maut dalam kemalangan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang baru sahaja tamat belajar di Kolej Masterskill di bandar ini, dalam jurusan Kesihatan (Healthcare) bakal menghadiri majlis konvokesyen pada bulan Oktober ini.

“Saya juga sedih kerana adik bongsu saya dari enam adik-beradik ini tidak dapat menerima diplomanya dan meneruskan cita-citanya dalam jurusan yang diminati. Dia pernah berhasrat untuk mendapatkan pekerjaan di KualaLumpur, namun hajatnya tidak kesampaian,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Limah Deraman, 64, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah dan hanya mengetahui anaknya terlibat dalam kemalangan kir-kira jam 9 malam.

“Ketika itu saya sedang mengajar kanak-kanak mengaji, dan dia (Mohamad Alias) keluar dari rumah kirakira jam 6 petang. “Dia kata hendak keluar makan bersama rakan dan minta RM 10 dengan makcik, makcik pun tak banyak soal terus bagi duit itu dekat tangannya dan dia keluar ke pekan Kok Lanas,” katanya. Limah berkata, selepas dilaporkan mengenai kejadian itu, dia terus ke tempat kejadian namun tidak sampai hati melihat mayat mangsa, secara dekat kerana   keadaannya yang tersepit di tempat pemandu.

“Mungkin Allah lebih sayangkan dia, apa pun makcik dokan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga untuk pengurusan jenazah. 

Hampir maut dipatuk ular kapak

Hampir maut dipatuk ular kapak
Reptilia dipercayai spesies ular kapak hijau inilah yang mematuk betis kanan Husin.
KUALA BERANG - Ibarat 'nyawa di hujung tanduk'. Demikian nasib dialami seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di daerah ini apabila dia hampir maut selepas dipatuk ular dipercayai spesies ular kapak hijau, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi di Kampung Landas itu, mangsa Husin Ali, 43, terpaksa menggagahkan diri memandu kereta kirakira setengah jam ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) dalam keadaan sakit menahan bisa ular  sebelum dia pengsan di HHT.

Menimbau peristiwa itu, Husin berkata, dia dan isterinya, Asmuni Awang, 43, baru tiba di kebun mereka di kampung berkenaan untuk melakukan kerja pembersihan kawasan dan hanya sempat berjalan beberapa langkah dari kereta sebelum dia dipatuk.

“Sebaik berjalan meninggalkan kereta, tiba-tiba betis kanan saya terasa begitu sakit. “Selepas diperiksa saya dapati betis saya terdapat kesan dipatuk ular yang panjangnya kira-kira satu meter,” katanya .

Husin berkata, dalam keadaan panik, isterinya memberanikan diri memukul reptilia itu dengan sebatang kayu sehingga mati.

“Biarpun kesakitannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, namun saya gagahkan diri memandu ke HHT sambil ditemani isteri. “Setibanya di hospital, saya pengsan kira-kira setengah jam selepas diberikan empat suntikan melawan bisa ular dan saya bersyukur kerana masih selamat,” katanya kelmarin yang turut menerima kunjungan ahli keluarga dan sahabat handai.

Sementara itu, Asmuni berkata, sebaik dia melihat suaminya menahan kesakitan akibat dipatuk ular, dia mencapai kayu berhampirannya dan nekad untuk memukul ular berkenaan biarpun dalam keadaan panik.

“Ular itu tidak bergerak selepas mematuk suami dan walaupun cemas, saya beranikan diri untuk memukul haiwan berkenaan selepas berjaya mencapai kayu yang terdapat di kawasan itu. Syukurlah semuanya selamat,” katanya. 

Kes curi makin berleluasa


Kes curi makin berleluasa
Sanusi terpaksa membaiki motosikal yang sudah lama tidak digunakan, agar dia dapat menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah.
PASIR MAS – Seorang petani di Kampung Aur China, terpaksa membaik pulih motosikal lama, selepas motosikal barunya, dicuri empat hari lalu.

Petani, Sanusi Azmi Mustafa, 32, berkata, motosikal ‘Honda EX5 Dream’, yang baru sahaja dibeli hujung tahun lalu, dipercayai dicuri pada jam 4 pagi.

Menurutnya, pada hari kejadian, dia keluar selepas solat Isyak, untuk membajak bendang yang terletak beberapa kilometer daripada rumah.

Sanusi berkata, risau dengan kes kecurian yang berlaku di kampung itu, dia memastikan motosikalnya dikunci dengan betul. “Selepas pulang membajak, dalam lingkungan jam 1 pagi, saya dapati motosikal masih lagi diparkir di tepi rumah saya. Seperti biasa, saya akan keluar untuk membeli makanan selepas solat subuh, namun dapati motosikal saya hilang,” katanya, semalam.

Menurutnya, jiran ada mendengar bising di luar, seperti bunyi motosikal baru dihidupkan, beberapa jam sebelum subuh. Namun, jirannya tidak mengesyaki sebarang kejanggalan, kerana banyak motosikal melalui kawasan ini, tanpa mengira waktu.

Sanusi berkata, ini merupakan kejadian kedua yang berlaku di kampung ini, dalam tempoh sebulan. “Bukan setakat motosikal, tetapi tong gas, kereta dan banyak lagi turut menjadi habuan pencuri di kawasan ini. Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan kerugian ribuan ringgit, malah saya juga menghadapi kesulitan kerana motosikal itu, digunakan untuk menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah,” katanya, semalam.

Sanusi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Pasir Mas, Sabtu lalu, dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dengan segera. 

Pesawat Garuda tergelincir ketika mendarat di Pekanbaru

JAKARTA - Sebuah pesawat jenis Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan Garuda Indonesia tergelincir di hujung landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan terbang Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru, Riau, Selasa petang.

Pengurus Bertugas Lapangan Terbang berkenaan Ibnu Hasan mengesahkan kejadian itu namun pihaknya belum mendapat maklumat mengenai jumlah penumpang dan keadaan mereka.

Kejadian pada pukul 3.52 petang yang membabitkan pesawat dari Jakarta itu telah mengakibatkan penerbangan lain di lapangan terbang berkenaan terhenti sementara.

Sejurus selepas kejadian, pihak berkuasa di lapangan terbang itu mengumumkan melalui pembesar suara memaklumkan bahawa berlaku gangguan teknikal yang perlu ditangani secara prosedur dan akan mengambil masa yang tidak dapat ditentukan.

Seorang saksi (penumpang) berkata penumpang dalam pesawat itu tidak menyedari kejadian itu sehinggalah mereka mendengar pengumuman permohonan maaf daripada juruterbang kerana pesawat itu mendarat 10 meter melebihi landasan.

Penumpang itu berkata beliau terdengar bunyi dentuman yang cukup kuat dari dalam kabin penumpang sejurus selepas pesawat itu berhenti dengan kedudukan di atas rumput.

Laporan portal berita detik.com menyebut bahawa tayar pesawat yang membawa 12 anak kapal dan 150 penumpang itu terbenam ke dalam tanah dan kesemua penumpang termasuk Menteri Alam Sekitar Indonesia Balthasar Kambuaya serta anak kapal selamat.- Bernama

Ancaman bom palsu di jambatan sibuk AS - Global

Ancaman bom palsu di jambatan sibuk AS
Ancaman bom palsu di jambatan sibuk AS
DETROIT - Satu ancaman bom memaksa pihak berkuasa menutup satu daripada jambatan paling sibuk antara Amerika Syarikat dan Kanada, kelmarin, iaitu empat hari selepas satu panggilan bom palsu ke atas terowong komuter yang menghubungkan Detroit ke Windsor, Ontario.

Menurut polis Detroit, Inspektor Don Johnson satu panggilan kecemasan 911 diterima kira-kira jam 7.20 malam kepada pihak berkuasa Ambassador Bridge, AS yang memberi amaran bahawa sebutir bom akan meletup dalam tempoh 10 minit di sepanjang laluan kargo.

Panggilan yang mengejutkan pihak berkuasa di dua bandar itu memaksa mereka mengarahkan penutupan laluan dan menghentikan semua kenderaan di atas jambatan berkenaan pada jam 12.30 pagi semalam.

Susulan itu, pihak berkuasa bertindak melakukan pencarian bom berkenaan melalui jalan udara dan air sehingga lewat malam, tetapi tidak berhasil.

Penutupan jambatan itu menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas teruk di laluan ekspres dan jalan-jalan utama lain ke dalam pusat bandar Detroit sebelum polis membuka semula jambatan berkenaan pada jam 1 pagi.

Leka mandi berbogel

Leka mandi berbogel
Antara 20 tukang urut yang ditahan dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.
PUCHONG – Keasyikan pengunjung dan tukang urut mandi berdua-duaan dalam keadaan berbogel sebelum ke babak melakukan seks di sebuah premis rumah urut di Bandar Puteri di sini terbantut selepas dicekup pihak berkuasa, dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menyerbu premis terbabit, tukang urut didapati leka memandikan pelanggan masing-masing di atas katil dalam bilik air.

Tiga pasangan lain pula melakukan urutan badan ke badan (B2B) tanpa seurat benang.

Difahamkan, premis terletak di tingkat tiga bangunan tidak mempunyai papan tanda dan beroperasi antara jam 10 hingga 3 pagi itu menawarkan khidmat urutan B2B, mandi buih dan hubungan seks.

Beberapa kondom terpakai, minyak pelincir dan ratusan pil dipercayai bagi menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks turut ditemui ketika serbuan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, serbuan diketuai Pegawai D7, Inspektor Roslin Mohd Isa dan Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin menyerbu dua premis di One Puchong dan Bandar Puteri.

Menurutnya, 20 tukang urut masing-masing enam warga Vietnam, 10 warga Thailand dan empat warga China menggunakan pas lawatan sosial serta 12 pelanggan warga tempatan berusia antara 20 hingga 30-an dicekup.

Katanya, pengusaha rumah urut itu menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan dengan memberikan khidmat percuma selepas 10 kali berkunjung ke premis itu.

“Setiap tukang urut dipercayai mampu melayan hampir 10 pelanggan berdasarkan kad kerja diperiksa,” katanya.

Suami pasangan mangsa kebakaran meninggal dunia

Anak nekad selamatkan ibu bapa terbakar
Ilustrasi kejadian oleh AIMA HASHIM
KUANTAN - Mangsa yang melecur teruk dalam kebakaran di sebuah rumah di Pekan semalam, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata Abdul Karim Mohamad, 39, yang dirawat di wad unit rawatan rapi (ICU) di HTAA meninggal akibat melecur teruk di seluruh anggota badan pada 5.09 petang tadi.

"Sekarang proses tuntutan sedang dibuat oleh keluarga untuk pengebumian manakala isterinya Saidah Talib, 35, yang turut mengalami kecederaan akibat melecur seluruh badan masih kritikal dan dirawat di HTAA," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian 2.30 pagi semalam, anak lelaki pasangan itu, Mohd Amri Abu Bakar, 16, bertindak berani menyelamatkan ibu kandung dan bapa tirinya di dalam bilir tidur mereka yang sedang terbakar.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan itu bertindak menendang pintu bilik ibu bapanya yang sedang terbakar sebelum bertindak menyimbah air dan mengheret kedua-dua orang tuanya keluar dari bilik berkenaan.

Sebelum itu Mohd Amri turut membawa kedua-dua adik perempuannya Nurazalina Abu Bakar, 11, dan Noraini Abu Bakar, 5, yang tidur di ruang tamu, keluar dari rumah berkenaan.- Bernama

Banglo Allahyarham Megat Junid disamun

KELANA JAYA - Banglo milik bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub di sini, disamun awal pagi ini oleh tiga orang, dipercayai warga Indonesia.

Seorang pengawal keselamatan turut diikat sebelum ketiga-tiga penjenayah itu menggeledah banglo berkenaan dan melarikan pelbagai barangan berharga dalam kejadian yang berllaku kira-kira jam 5.40 pagi tadi.

Pasangan bogel dicekup berasmara depan rumah

PETALING JAYA – Sepasang kekasih yang asyik dengan tanpa segan silu berasmara dalam kenderaan di hadapan rumahnya di Jalan SS 5a/15, Kelana Jaya dicekup oleh anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) SS 5a dalam keadaan berbogel.

Perbuatan tidak bermoral yang dilakukan pada jam 12 malam itu disedari penduduk  yang  melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut.

Pada mulanya, mereka tersentak selepas melihat sebuah  kenderaan pelbagai guna yang terletak di bahu jalan bergoyang.
Ahli  Jawatankuasa  KRT Zuhri Othman  berkata,  hasil intipan dilakukan mendapati terdapat bayangan orang  seperti sedang menari  dalam kenderaan itu.
Mengesyaki terdapat aktiviti tidak bermoral berlaku, penduduk menghampiri kereta terbabit dan dapat melihat dengan  jelas, lelaki dan wanita bertelanjang bulat sedang terbaring berpelukan.

“Bila kami ketuk cermin, kedua-duanya bingkas bangun dan hanya sempat menutup anggota sulit masing-masing  dengan pakaian dan tangan,” katanya
Zuhri  berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun yang dicekup berkenaan adalah penuntut sebuah kolej swasta
Katanya, remaja  itu  mengaku baru pulang  menonton wayang mahu menghantar teman wanitanya pulang.
Ketika kejadian, ibu bapa remaja perempuan itu sedang nyenyak tidur dan tidak langsung menyedari kelakuan sumbang anaknya di luar rumah.
“Mereka merayu meminta supaya tidak dikenakan tindakan tegas dan penduduk  menasihati pasangan itu supaya tidak mengulangi perbuatan terbabit.
“Rekod dan butiran diri mereka diambil sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Debaran 30 jam

JOHOR BAHRU: “Saya bersyukur bertemu semula Putri Nurqaleesya kerana ‘perpisahan’ selama 30 jam itu cukup mencemaskan berikutan kami tidak pernah berpisah dengannya selama ini,” kata Rafidah Mohamed, 36, ibu angkat Putri Nurqaleesya Ixara Wan Mohamed Farid, bayi perempuan berusia sembilan bulan yang dilarikan pembantu rumah warga Indonesia dalam kejadian di rumah mereka di Taman Impian Emas, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, wanita dikenali sebagai Megawati, 24, dan seorang lelaki dilihat melarikan bayi itu menaiki teksi menyebabkan keluarga berkenaan membuat laporan polis. 
Berikutan itu, satu pasukan khas polis ditubuhkan sebelum bayi berkenaan ditemui dalam keadaan sihat dan selamat di bawah jagaan Megawati dan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Seri Jarum, Jenjarum, dekat Banting, Selangor hasil maklumat orang ramai.

Rafidah berkata, dia memelihara Putri Nurqaleesya sejak berusia sebulan selepas diserahkan bapanya berikutan lelaki itu berpisah dengan ibu kandung bayi berkenaan yang dikatakan pulang ke kampung asalnya di Indonesia.

“Sejurus menyedari kehilangan Putri Nurqaleesya, saya terus ke balai polis membuat laporan. Ketika itu memang panik kerana dialah penyejuk hati keluarga dan saya mengesyaki pembantu rumah apabila dia turut hilang.

Abang nampak suspek lari adik

BANTING: Tindakan nekad sepasang suami isteri warga Indonesia melarikan bayi perempuan berusia lapan bulan yang juga anak angkat majikannya di Jalan Impian Emas, dekat Skudai, Johor, awal pagi Ahad lalu hanya bertahan tidak sampai 48 jam apabila kedua-duanya ditahan di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 24 tahun itu nekad melarikan anak angkat wanita berusia 36 tahun bersama suaminya yang berusia 47 tahun dengan menaiki teksi yang sudah menunggu di depan rumah ibu angkat bayi terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Rizani Che Ismail berkata, suspek tidak bernasib baik apabila anak lelaki wanita itu yang berusia sembilan tahun nampak kelibat suspek mendukung bayi itu keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa dan menaiki sebuah teksi yang sudah menunggu di hadapan rumah.
Beliau berkata, sebaik mendapati anak angkat yang baru dijaganya tujuh bulan lalu tiada di dalam bilik, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Skudai pada jam 9.50 pagi. “Siasatan polis mendapati suspek berada di sekitar kawasan Sungai Jarum, di sini, sebelum polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara meminta kerjasama IPD Kuala Langat untuk mengesan suspek,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, polis kemudian menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Jenjarum, di sini, pada jam 3.30 petang kelmarin dan menahan suspek serta menemui mangsa dalam keadaan selamat. Katanya, suami wanita terbabit ditahan kira-kira 45 minit kemudian ketika dia baru pulang dari kerja di sebuah tapak pembinaan di bandar ini.

Siasatan mendapati suspek sudah setahun bekerja sebagai pembantu rumah kepada ibu angkat mangsa yang juga bekerja sebagai pengurus di sebuah kilang di Skudai.
Rizani berkata, suspek juga mengakui suaminya yang mengambil dia dan bayi itu di hadapan rumah majikannya dengan menaiki teksi sebelum membawanya ke rumah sewa di Taman Seri Jenjarum, di sini. Katanya, polis masih melakukan siasatan menyeluruh berhubung motif suspek melarikan bayi terbabit.

Ubah diesel warna biru

BUKIT KAYU HITAM: Sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dipercayai cuba mengelirukan pihak berkuasa apabila bertindak mencampurkan sejenis bahan berwarna hitam kebiruan untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan mendakwa bahan itu adalah minyak terpakai.
Bagaimanapun kegiatan licik mereka terbongkar apabila sebuah gudang yang dijadikan tempat penyimpanan minyak di Kawasan Gudang PKNK di sini, diserbu pihak berkuasa selepas menerima maklumat semalam.

Serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu dilakukan seramai 10 anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kemudian merampas 200,000 liter diesel bernilai RM360,000.
Turut ditahan, dua lelaki warga tempatan dan seorang warga Thailand berusia 40-an dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan bahan api itu ke negara jiran melalui pintu masuk sempadan.

Komander UPP Kedah, Abd Latiff Abd Rahman berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya menyerbu sebuah gudang yang dijadikan sebagai pusat penyimpanan minyak diesel di mana dipercayai mahu diseludup ke Thailand.

Katanya, dalam serbuan itu terdapat dua lori tangki bernombor pendaftaran Malaysia dan Thailand serta tujuh tangki minyak yang diletakkan di dalam gudang berkenaan.
“Pemeriksaan mendapati lori tangki Malaysia yang boleh memuatkan 20,000 liter minyak sedang mengisi minyak ke dalam lori tangki Thailand yang mampu memuatkan 50,000 liter minyak dengan menggunakan paip dipercayai mahu di seludup ke negara jiran.

“Manakala, enam daripada tujuh tangki yang boleh memuatkan sehingga 30,000 liter bagi setiap tangki berisi diesel sedang dipindahkan ke dalam lori Thailand menggunakan paip.
“Kami percaya minyak diesel bersubsidi ini dianggarkan sebanyak 200,000 liter membabitkan nilai RM360,000,” katanya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya percaya taktik sindiket terbabit dengan mencampurkan sejenis bahan tertentu ke dalam minyak diesel adalah untuk mengelirukan pihak berkuasa dan kes itu adalah yang pertama di kesan di negeri ini.

“Kami difahamkan, tempat penyimpanan minyak ini sudah beroperasi hampir setahun lalu, manakala minyak yang dibawa oleh pemandu tempatan diambil dari Juru, Pulau Pinang.

“Justeru, kita menahan seorang pemandu lori dan pekerja gudang warga tempatan dan seorang pemandu warga Thailand kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan minyak,” katanya.

Katanya, kes diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961

Suami hembus nafas terakhir

KUANTAN: Selepas hampir 48 jam bertarung nyawa akibat 80 peratus tubuhnya melecur, Abdul Karim Mohamad, 39, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), jam 5.09 petang semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin di Kampung Chenderawasih, Batu 9, Pekan, dekat sini, Abdul Karim dan isterinya, Saidah Talib, 35, cedera parah apabila 80 peratus tubuh mereka melecur ketika bilik yang mereka diami terbakar.

Abdul Karim dan Saidah diselamatkan oleh anak tirinya, Mohd Amri Abu Bakar, 16, yang bertindak menendang pintu bilik kedua orang tuanya itu selepas terdengar jeritan ibunya di dalam bilik itu.
Difahamkan, keadaan Saidah sudah banyak berubah dan dia mula menunjukkan perkembangan positif selain sudah boleh menggerakkan tangannya, tetapi masih ditempatkan di ICU HTAA bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat melecur teruk di seluruh anggota badan sebelum mayatnya dibawa ke Rumah Mayat untuk bedah siasat.

“Sehingga kini, polis tidak mengaitkan lagi kejadian itu mempunyai unsur jenayah atau sebaliknya kerana kita masih menunggu laporan siasatan daripada Balai Bomba dan Penyelamat.
“Sebaik saja laporan siasatan diperoleh, barulah polis membuka kertas siasatan sama ada kejadian terbabit berunsurkan jenayah atau hanya diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut,” katanya.

Menurutnya, jenazah mangsa akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Cheneh, Kemaman untuk urusan pengebumian.
Sementara itu, usaha Harian Metro bersama jurugambar untuk menemuramah keluarga mangsa petang semalam, gagal apabila sebahagian daripada ahli keluarga mangsa enggan ditemui berhubung kejadian terbabit.

Sering lupa, tidak sedar

SEREMBAN: Seorang pelancong warga Denmark dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan kematian tiga sahabat, dua tahun lalu.
Majistret Marsilawati Mohamad Shah membuat keputusan itu dengan mengambil kira laporan perubatan menunjukkan tertuduh, Kenneth Jakobsen, 29, mempunyai penyakit berjalan dalam tidur (amnesic episode due to somnambulism) sehingga menyebabkan dia sering hilang ingatan ketika melakukan perbuatan itu.

Mengikut pertuduhan, Kenneth didakwa memandu kereta Renault Kangoo dengan melulu dan membahayakan kepada awam dan menyebabkan kematian Mohd Ghazali Abdul Majid, 52; Mohd Sofee Mohd Tahir, 50, dan Zulkarnain Adam, 49, di Kilometer 277.5, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, di sini, kira-kira jam 5 pagi, 4 Julai 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), jika disabitkan boleh didenda maksimum RM10,000 dan penjara tidak lebih 10 tahun.

Marsilawati dalam penghakimannya berkata, tahap mental tertuduh ketika kejadian tidak dapat dinafikan, malah, tertuduh dalam keterangannya mendakwa dia tidak ingat dan tidak sedar memandu ke Seremban. “Malah, laporan dari dua pakar perubatan dari Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati tertuduh mengalami ‘Amnesic Episode Due To Somnambulism’ pada masa kemalangan itu berlaku.

“Oleh itu mahkamah tiada pilihan selain membebaskan dan melepaskan tertuduh daripada pertuduhan. Mahkamah turut membenarkan pasport diserah semula kepada tertuduh,” katanya. Pendakwaan diwakili oleh pegawai pendakwa, Inspektor M Shanmugaveel manakala tertuduh diwakili peguam, M Puravalen.
Sebelum ini, akhbar melaporkan, tiga sahabat maut apabila kenderaan mereka bertembung dengan sebuah kereta dipandu Kenneth yang melawan arus di Kilometer 277.5 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini.

Seludup cara mudah

KUALA LUMPUR: Seludup cara mudah dengan menukarkan nombor pendaftaran kereta yang dibawa masuk kepada nombor pendaftaran motosikal antara taktik digunakan sindiket seludup kereta mewah bagi memastikan kenderaan itu terlepas daripada pemeriksaan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, taktik itu akan ‘kantoi’ sebaik pemilik kereta yang sudah membeli daripada sindiket mahu memperbaharui cukai jalan apabila dokumen pendaftaran itu didapati tidak sah malah ia tidak selari dengan jenis kenderaan.

Difahamkan, taktik penyeludupan ini dilakukan kumpulan sindiket yang membawa masuk kereta mewah daripada pulau bebas cukai iaitu Langkawi dan Labuan sebelum menukarkan nombor pendaftaran kenderaan terbabit.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Matrang Suhaili berkata, pemilik kenderaan dari pulau bebas cukai dibenarkan untuk membawa masuk kenderaan mereka ke negeri lain dalam tempoh 30 hari sebelum ia perlu dibawa balik ke pulau berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, sindiket akan menukarkan nombor pendaftaran kenderaan kepada motosikal bagi mengelakkan ia dikesan pihak berkuasa sekali gus terlepas daripada dikenakan cukai.

“Pihak berkuasa akan menyedari perkara itu jika pembeli mahu memperbaharui cukai jalan dan semakan yang dibuat Jabatan Kastam gagal menunjukkan dokumen terbabit.
“Berikutan kekeliruan itu, pihak berkenaan akan memberitahu kepada Jabatan Kastam untuk membuat siasatan lanjut dan akibatnya pemilik yang akan menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya.

Menurut Matrang tahun lalu, Jabatan Kastam berjaya mencatatkan 266 kes penahanan dan penyeludupan kereta mewah dengan jumlah rampasan bernilai RM22 juta membabitkan nilai cukai yang dilarikan mencecah RM19 juta.
“Jumlah itu membabitkan 410 buah iaitu lebih rendah berbanding tahun 2010 yang mencatatkan 818 kereta mewah bagi 264 kes dengan nilai rampasan kira-kira RM19 juta dan nilai cukai dilarikan mencecah RM32 juta,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, bagi tempoh tiga tahun ini, jumlah kereta mewah yang berjaya ditahan atau dirampas Jabatan Kastam mencecah 1,615 buah membabitkan nilai rampasan RM55 juta dengan nilai cukai yang dilarikan dianggarkan melebihi RM73 juta.

“Penyeludupan kereta mewah menduduki tempat ketiga dalam senarai barang seludup selepas rokok dan minuman keras malah ia turut menjadi perhatian Jabatan Kastam kerana ia sentiasa mendapat permintaan pasaran tempatan,” katanya. Beliau berkata, antara rampasan paling ‘mewah’ yang berjaya dilakukan pihaknya membabitkan 84 Nissan Murano dan 71 Mini Cooper pada Oktober 2006 membabitkan nilai rampasan berjumlah RM7.44 juta.

Katanya, antara tarikan pasaran kereta mewah kerana harganya jauh lebih rendah iaitu antara 30 hingga 50 peratus daripada harga pasaran.

“Harga yang ditawarkan serendah RM20,000 hingga RM100,000 bagi kereta mewah baru membuatkan hati pengguna tidak teragak-agak untuk memilikinya dengan membuat bayaran secara tunai tanpa memikirkan risiko bahawa kereta itu diseludup,” katanya.

Katanya, memandangkan harganya lebih rendah, pasaran pembeli kereta mewah tidak terhad kepada golongan muda dan bekerjaya malah mereka yang berkeluarga turut memburu kereta yang kebanyakannya terdiri daripada Toyota, Honda dan BMW.

Penyamun tumbuk muka

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas menerima 10 jahitan di bibir akibat ditinju seorang penyamun yang cuba merampas beg galasnya di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang juga peniaga berusia 69 tahun, berjalan bersama isterinya berusia 50-an menuju ke kereta mereka apabila dihampiri seorang lelaki dari belakang.

Lelaki itu cuba merampas beg galas mangsa, namun gagal kerana mangsa memegang kuat beg berkenaan menyebabkan suspek berang lalu menumbuk muka mangsa bertubi-tubi sehingga mulutnya berdarah.
Melihat suami cedera teruk, isterinya menjerit meminta tolong menyebabkan suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil beg atau barangan berharga mangsa.

Kejadian berkenaan mendapat perhatian segelintir pengunjung pusat beli-belah itu akibat kekecohan di tempat letak kereta selain tompokan darah mangsa yang banyak di atas lantai.

Beberapa pengunjung turut merakam kejadian berkenaan menggunakan kamera telefon bimbit dan memuat turun gambar mangsa yang cedera bersama tompokan darah di lantai ke facebook sehingga mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna laman sosial itu, pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.09 malam dan sepasukan polis tiba ke tempat kejadian 10 minit kemudian.

“Mangsa cedera di bibir akibat ditumbuk suspek iaitu seorang lelaki dipercayai rakyat tempatan. Namun, beg miliknya gagal dilarikan lelaki itu.
“Polis membawa mangsa ke hospital untuk rawatan dan dia dia membuat laporan polis jam 11 pagi tadi (semalam),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, semalam.

Menurutnya, polis kini berusaha mengesan suspek selain merakam percakapan orang awam serta pengawal keselamatan yang melihat kejadian itu.

“Tiada rakaman pergerakan suspek kerana tempat letak kereta itu belum dipasang kamera litar tertutup (CCTV), tetapi kami menjalankan siasatan menyeluruh dengan kerjasama pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan,” katanya.

Arjunaidi menafikan dakwaan di facebook mendakwa polis lambat tiba di tempat kejadian selain dakwaan seorang ahli facebook dia dimarahi anggota polis bertugas ketika menghubungi talian 999 untuk meminta bantuan.

“Kami meneliti dakwaan itu dengan mengambil rakaman perbualan antara anggota dan ahli facebook terbabit pada malam kejadian. “Mangsa memaklumkan polis tiba dan menghulurkan bantuan dengan cepat. Malah, mangsa turut menafikan dia yang memuat naik kisah kejadian itu itu di laman sosial berkenaan. Perkara itu mungkin dilakukan orang awam yang menyaksikan kejadian,” katanya.

Sehubungan itu, Arjunaidi meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian dan mempunyai maklumat tampil membantu polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

‘Orang laut’ hampir lemas

MANJUNG: “Biarpun dilahir dan membesar sebagai ‘orang laut’, saya tidak terlepas berdepan detik cemas, malah hampir lemas dilambung ombak selain trauma hampir seminggu,” kata Esteno Taniyu, 24, seorang daripada 14 perenang yang bakal menggalas cabaran negara menerusi Renangan Perpaduan 1Malaysia 2012 merentasi Selat Inggeris, 16 September depan.
Esteno dari suku kaum Bajau Laut dari Semporna, Sabah, bersama 13 yang lain adalah kumpulan perenang terbesar mewakili negara bagi menakluk selat sejauh 40 kilometer itu selepas dua kejayaan direkod perenang solo, Datuk Abdul Malik Mydin pada tahun 2003 dan Dr Lennard Lee (2004).

Tengah hari semalam, Esteno yang juga Laskar Kanan 1 di cawangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut bersama kumpulannya berjaya menamatkan fasa latihan terakhir dengan merentasi Yatch Club Pangkalan TLDM, Lumut ke pantai Teluk Batik, di sini, sejauh 12 kilometer.
Paling unik, kumpulan perenang itu terdiri daripada dua pegawai dan 12 anggota lain-lain pangkat dari tiga cabang utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai pengalaman luas serta kemahiran berenang yang tinggi. Esteno yang ditemui selepas menamatkan renangan semalam berkata, dia beruntung kerana dibesarkan dalam suasana laut, malah dari kecil membesar di atas sampan serta bergantung pada laut untuk hidup.

Bagaimanapun, katanya, dia tetap perlu menguatkan fizikal dan mental bagi menjayakan misi itu terutama apabila berdepan cabaran suhu air yang dijangka mencecah lima darjah selsius.

“Saya mengakui berdebar untuk menjayakan misi ini, namun pada masa sama perlu menguatkan diri terutama dari aspek mental kerana ia cabaran terbesar yang perlu diatasi,” katanya.
Sementara itu, ketua misi, Kapten Mohamad Rizan Mahat, 38, berkata, dia bersama peserta lain mula berlatih sejak Mei lalu di pangkalan masing-masing.

“Kami bertuah kerana terpilih dalam misi ini, malah ia kali pertama program dianjurkan menggabungkan tiga cabang ATM,” katanya.
Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin berkata, pada misi itu kelak seramai 12 perenang akan melakukan renangan sehala secara berganti-ganti membabitkan jarak antara 13 hingga 15 kilometer seorang dari Dover, United Kingdom hingga ke Calais, Utara Perancis. “Misi dianjurkan KE7B itu bukan saja menyemarakkan semangat perpaduan, malah dilaksanakan bagi meraikan sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September depan,” katanya.

Dakwa ditipu

SEKINCHAN: Lebih 50 penduduk di sekitar bandar ini mengadakan demonstrasi secara aman di Pangsapuri Damai, di sini, berikutan tidak puas hati dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim dari DAP yang didakwa ‘buat-buat tak tahu’ berikutan tindakan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menjual 24 unit Pangsapuri Damai, di sini secara tender.
Seorang penduduk, Kek Seng Hooi, 49, berkata, Suee Lim mendakwa pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini mengatakan bahawa tiada mana-mana individu mahu membeli pangsapuri itu.

“Ng tipu penduduk Sekinchan, walhal ramai penduduk di sini sangat berminat untuk membeli pangsapuri ini.
“Malah, dua orang anak saya turut menyimpan keinginan untuk membeli pangsapuri itu sekiranya tender penjualan dibuka,” katanya .

Seorang lagi penduduk, Lau Ka Yean, 33, berkata, masih ramai belia di sini tidak memiliki rumah sendiri dan tindakan Ng yang membenarkan penjualan 24 unit rumah kepada sebuah syarikat dengan harga lebih murah daripada harga pasaran seperti dia tidak mementingkan kepentingan rakyat untuk membeli kediaman sendiri.

“Dia (Ng) kata penduduk di sini tidak mampu untuk membeli pangsapuri itu tetapi dia tidak pernah pun berjumpa penduduk berbincang mengenai perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd Zohdi yang bersama penduduk terbabit berkata, mereka ‘menghidu’ sesuatu perkara yang tidak kena dalam penjualan 24 unit pangsapuri itu.

“Kami kesal dengan tindakan Ng bersama ahli majlis MDSB kerana membenarkan perkara ini berlaku. Daripada dia menjual unit pangsapuri itu, lebih baik ia dijadikan homestay memandangkan daerah ini popular bagi industri ekopelancongan,” katanya. Budiman berkata, pihaknya ingin mendengar penjelasan daripada mereka mengapa pangsapuri itu dijual dengan harga yang lebih murah iaitu RM72,500 sedangkan harga pasaran ialah RM130,000 bagi setiap unit.
Budiman turut menuntut wakil rakyat itu menjelaskan mengapa penjualan pangsapuri itu tidak ditender secara unit, selain ingin mengetahui adakah 24 unit pangsapuri itu diperuntukkan kepada Bumiputera.

“Kami akan membuat laporan mengenai isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengetahui apakah kaitan antara syarikat yang membeli semua 24 unit pangsapuri itu dengan wakil rakyat DAP itu,” katanya.

Lori 8,000 liter petrol

PADANG BESAR: Seorang lelaki bertindak menyembunyikan sebuah lori dua tan yang sarat dengan muatan 8,000 liter petrol bersubsidi di kawasan Masjid Titi Tinggi, di sini, sebelum dijual kepada penyeludup untuk dibawa masuk ke negara jiran.
Malah, suspek berusia 22 tahun itu kelihatan berlegar-legar di kawasan sekitar menggunakan kenderaan itu sebelum menjual bahan bakar berkenaan kepada penyeludup yang menaiki kereta seolah-olah seperti sebuah stesen minyak bergerak.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, kegiatan suspek berjaya dilumpuhkan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) selepas menahan sebuah lori dengan muatan petrol bersubsidi dipercayai cuba dijual kepada kenderaan Thailand sebelum diseludup ke negara jiran.
Komander UPP Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abd Rahman, berkata suspek sanggup membahayakan dirinya dengan mengangkut lapan tong plastik berkenaan di mana setiap satunya bermuatan 1,000 liter petrol “Sindiket yang dipercayai mempunyai rangkaian dengan negara jiran itu dipercayai memperoleh bekalan dari stesen minyak di sekitar Kedah sebelum menjual petrol secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Hasil maklumat awam, sepasukan anggota UPP menyerbu kenderaan yang dipandu suspek di perkarangan Masjid Titi Tinggi selepas disyaki terbabit dengan aktiviti penjualan petrol subsidi kepada kenderaan Thailand untuk tujuan penyeludupan.

“Pemeriksaan menemui lapan tong plastik di bahagian belakang lori bermuatan 8,000 liter petrol bernilai RM15,200 disyaki untuk diseludup ke negara jiran,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Menurutnya, hasil siasatan, suspek mengaku pernah melakukan kegiatan sama sebanyak enam kali sebelum ini iaitu bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi pelanggan.

Katanya, suspek memilih kawasan masjid untuk dijadikan lokasi transit untuk menjual minyak berkenaan kerana menganggap kawasan itu selamat, selain dapat mengaburi pihak berkuasa.
“Selain itu, kita juga merampas lapan tong minyak dan lori yang dipandu suspek bernilai RM38,800.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, jika sabit kesalahan boleh didenda RM15,000 atau penjara atau keduanya sekali,” katanya.