Search This Blog

Monday, July 16, 2012

Sarjan mengaku salah terima rasuah

Sarjan mengaku salah terima rasuah: "KUALA TERENGGANU 15 Julai - Seorang anggota polis berpangkat sarjan didenda RM5,000 setelah mengaku salah atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Sarjan Esah Ismail, 52, yang telah berkhidmat sebagai anggota polis sejak 31 tahun lalu dan pernah menerima Anugerah Pingat Kebaktian pada 2006 daripada Sultan Kelantan, mengaku menerima suapan RM500 di hadapan Hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Berdasarkan fakta kes, Esah yang merupakan pegawai penyiasat di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, menerima wang tunai tersebut daripada Zamri Sharifuddin kira-kira pukul 6.20 petang pada 11 September 2011.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah pusat kecantikan di Jalan Haji Jusoh, Jerteh, Besut dengan tujuan mengubah keputusan ujian air kencing Zamri yang didapati positif dadah."

'via Blog this'

Kereta api rempuh trak, 30 maut

JOHANNESBURG 13 Julai - Lebih 30 orang maut apabila sebuah kereta api merempuh trak membawa pekerja ladang yang sedang menyeberangi landasan kereta api di Afrika Selatan, hari ini.
Ketua Jabatan Keselamatan wilayah Mpumalanga, Thulani Sibuyi berkata, trak itu dilaporkan membawa kira-kira 50 pekerja ladang ketika kejadian berlaku.
"Mayat mangsa dilaporkan berkecai dan ahli paramedik masih berada di kawasan kejadian berdekatan Malelane, timur Nelspruit.
"Pemandu trak berkenaan mungkin bertindak menyeberangi landasan tanpa menyedari kehadiran kereta api, menyebabkan kenderaan itu diseret sejauh satu hingga dua kilometer,'' katanya.
Sibuyi berkata, mayat-mayat mangsa bergelimpangan di kawasan kejadian.
Beliau memberitahu, jumlah mangsa terbunuh dan cedera masih perlu disahkan.
"Kebanyakan mangsa cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,'' ujarnya. - AFP

Kuat ingat wajah ibu

myMetro | Kuat ingat wajah ibu:

LAPOR...ibu mangsa menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya. Gambar kecil, Halimah.
LAPOR...ibu mangsa menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya. Gambar kecil, Halimah.
KEPALA BATAS: “Wajah ibu dan kitab al-Quran dalam beg menaikkan semangat saya untuk meronta sekuat hati sebelum berjaya melepaskan diri daripada genggaman lelaki berbadan besar itu,” kata murid tahun tiga yang nyaris menjadi mangsa culik tiga lelaki menaiki sebuah van putih, Khamis lalu.
Kejadian berlaku ketika mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 9, baru pulang dari sekolah agama tidak jauh dari rumahnya, dekat sini, jam 11.20 pagi.
Ketika kejadian, mangsa baru turun daripada kereta jiran yang diupah mengambilnya dari sekolah setiap hari dipercayai mahu melintas jalan untuk pulang ke rumahnya sebelum dihampiri sebuah van putih dinaiki tiga lelaki.

Menceritakan saat menakutkan itu, anak bongsu dua beradik itu berkata, seorang daripada lelaki terbabit menarik tangan kanan sambil mengarahkannya masuk ke dalam van menggunakan bahasa Melayu.

'via Blog this'

Hutan dibakar penceroboh

BUKIT TAGAR: Seluas 15 hektar hutan simpan milik kerajaan negeri Selangor di kawasan Sungai Tengi Selatan dekat sini terbakar selepas diceroboh pihak tidak bertanggungjawab sejak Khamis lalu.
Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kemusnahan hutan berlaku dengan cepat setelah dibakar untuk tujuan aktiviti pertanian yang tidak mendapat kelulusan pihaknya terlebih dahulu.

Katanya, tanah kawasan itu terdahulu diteroka secara haram sebelum dibakar secara meluas.
“Bukan disebabkan cuaca panas, tetapi pembakaran ini memang dirancang pihak tidak bertanggungjawab sejak tiga hari lalu.

“Pihak kami akan siasat kejadian ini dengan segera bagi diambil tindakan yang sewajarnya. Pihak yang mempunyai maklumat diminta segera memaklumkan kepada kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini semalam.

Beliau berkata, suhu yang meningkat ditambah angin kencang menyebabkan api mudah marak atas tanah gambut itu.
Katanya, tinjauan dilakukan pihaknya semalam mendapati api mudah marak ke kawasan tanah rizab itu dengan pantas.

“Kami meminta bantuan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) agar membina saliran yang bersesuaian di sini bagi tujuan mendapatkan bekalan air memadamkan kebakaran,” “Saya berpendapat kebakaran ini dapat diatasi sepenuhnya kira-kira dua minggu lagi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Noor Azhar Tajudin, berkata, pihaknya menghantar 30 anggota menjalankan operasi memadam kebakaran hutan iu sejak dua hari lalu.

Katanya, mereka menerima bantuan petugas dari Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Hulu Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan JPS.

“Kami berhadapan masalah apabila tekanan air di sini amat rendah dan hanya menggunakan bantuan parit di kawasan berhampiran.

“Operasi ini akan dilakukan selama seminggu bagi memadam kebakaran yang berlaku ini,” katanya.

Kesan cap jari di kereta

KUALA LUMPUR: Kereta Proton Waja yang digunakan perompak dalam kejadian samun di sebuah kedai emas dalam pasar raya besar di Batu Caves, kelmarin, dijumpai ditinggalkan di Stesen Komuter Kepong pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata kereta terbabit ditemui kira-kira jam 5 petang kelmarin dan hasil siasatan mendapati ia adalah kenderaan curi bersabit kes kehilangan kereta di Bandar Sunway, dekat sini.

Menurutnya, kereta itu dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu sebelum pemilik kenderaan terbabit yang menyedari keretanya hilang membuat laporan polis kira-kira jam 3 petang, kelmarin.
“Hasil pemeriksaan terhadap kereta terbabit, kita menemui kesan cap jari dan polis akan meneliti rakaman kamera litar tutup (CCTV) di stesen komuter terbabit untuk mengesan pergerakan suspek.

“Kerugian dianggarkan mencecah RM1 juta membabitkan berlian dan emas namun siasatan lanjut sedang dijalankan. Senapang milik pengawal keselamatan kedai emas itu juga belum ditemui,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada pertandingan akhir bola sepak Piala Ketua Polis Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), semalam.

Pada pertandingan itu, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya muncul Johan apabila berjaya membolosi gawang pasukan IPD Kajang dengan jaringan dua berbalas kosong.
Media semalam, melaporkan kedai emas dalam pasar raya besar di Batu Caves, dirompak empat lelaki bersenjatakan pistol dan melarikan pelbagai barang kemas mengakibatkan kerugian antara RM1 juta hingga RM2 juta, kira-kira jam 11.30 pagi.

Remaja hilang ditemui

KUALA LUMPUR: Remaja perempuan berusia 13 tahun yang gagal dikesan selepas keluar dari rumahnya di Semenyih, dekat sini, sejak 7 Julai lalu, akhirnya ditemui semula dalam keadaan selamat di tepi jalan di Taman Impian Ehsan, Balakong, dekat sini, malam kelmarin.
Keluarga remaja, Nur Izatul Yazmin Rosli tidak berputus asa mencarinya, kini lega apabila dia ditemui tepi jalan kawasan taman berkenaan jam 10 malam selepas mendapat maklumat daripada orang ramai memberitahu kemungkinan remaja itu adalah Nur Izatul.

Difahamkan teman lelakinya dikenali sebagai Jeffri turut berada bersamanya, dibawa ke Balai Polis Kajang bagi membantu siasatan berhubung kehilangan remaja itu sejak seminggu lalu.

Terpotong dua jari

KUALA TERENGGANU: “Saya cuba selamatkan kedua-dua jari dengan membawanya ke hospital dan berharap doktor berjaya menyambung semula jari tengah serta manis yang terputus itu.
“Namun, malangnya usaha itu gagal apabila doktor memberitahu bahagian jari berkenaan hancur selain dijangkiti kuman,” Mohammad Shahir, 30, pekerja kontrak warga Indonesia, yang terputus dua jari tangan kanan akibat terkena mesin pemotong besi ketika menjalankan kerja pembinaan bangunan di sebuah sekolah di Kampung Bukit Tunggal, dekat sini, Khamis lalu.

Mohammad yang ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam, berkata dalam kejadian jam 5 petang, dia terlupa menekan alat pengapit sebelum menggunakan mesin pemotong itu menyebabkan besi yang dipotongnya bergegar dan beralih.
Dia yang membetulkan kedudukan besi yang beralih itu tidak menyedari jari tengah dan manisnya termasuk ke dalam mesin itu dan terputus sebaik terkena putaran mesin berkenaan.

“Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak sempat menarik semula dua jari yang termasuk ke dalam mesin berkenaan,” katanya yang berasal dari Surabaya, Indonesia dan baru tiga bu lan bekerja di negara ini.

Menurutnya, dia hanya mampu menahan kesakitan dan membalut luka yang berlumuran darah itu dengan menggunakan kain sebelum meminta rakan membawanya ke HSNZ.
“Sebelum ke HSNZ, saya sempat mengutip kembali bahagian jari manis dan tengah yang terputus itu dengan harapan dapat menyambungnya semula.

“Harapan itu berkecai kerana doktor mengesahkan jari-jari itu sudah hancur dan tercemar dengan kuman menyebabkan gagal disambung kembali,” katanya.
Bapa kepada seorang anak itu berkata, kemalangan itu tidak memutuskan semangatnya untuk mencari rezeki di negara ini bagi menyara keluarganya di Indonesia.

Sekeluarga dikurung

GOMBAK: Satu keluarga berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Rawang Perdana, dekat sini diceroboh masuk tiga lelaki tidak dikenali yang menyamun barangan berharga dalam rumah menyebabkan kerugian dianggarkan RM50,000.
Suspek turut melarikan kereta Toyota Estima milik keluarga terbabit untuk melarikan diri sebelum meninggalkannya di tepi jalan berhampiran kediaman mangsa. 
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, wanita berkenaan berusia 50 tahun yang sedang menyiapkan cucunya untuk ke sekolah terkejut apabila tiga lelaki bersenjatakan pisau dan pistol masuk ke dalam rumah.

Menurut sumber, mangsa yang terkejut menjerit memanggil suami dan anaknya yang berada di dalam bilik sebelum suspek kemudian mengacukan parang ke lehernya dan mengarahkan dia supaya mendiamkan diri jika tidak mahu dicederakan.

5 penyamun ancam bunuh bawa lari RM60,000

SERDANG: Lima penyamun masing-masing bersenjatakan pisau pemotong daging menceroboh masuk sebuah rumah di Puncak Jalil di sini, dan mengancam seorang isteri dan dua anaknya sebelum membawa lari wang tunai serta barangan kemas berjumlah RM60,000, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, wanita itu, Kuna, 45, baru pulang daripada mengambil anaknya dari pusat tuisyen dan berehat di ruang tamu apabila lima lelaki bertopeng menceroboh masuk.

Menurutnya, ketika dia menonton televisyen dan lima lelaki berkenaan masuk ke dalam rumah melalui pintu depan selepas memecahkan pintu jeriji besi.
Katanya, setiap lelaki itu memegang pisau pemotong daging dan mengancam membunuh mereka sekeluarga jika melawan dan memaksa memberitahu tempat wang tunai dan barangan berharga disimpan.

“Mereka menolak saya dan dua anak masuk ke dalam bilik tidur sebelum mengikat tangan dan kaki kami menggunakan kabel elektrik.

“Selepas itu mereka menggeledah bilik tidur dan mengambil wang tunai serta barang kemas,” katanya.
Ketika kejadian suaminya tiada di rumah kerana urusan kerja.

Menurut Kuna, selepas mendapat barang kemas dan wang, lima penyamun itu melarikan diri melalui pintu depan.
Kuna yang membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan sejurus kejadian, kehilangan RM500 dan barangan kemas termasuk lapan gelang, empat subang dan lima rantai emas.

Merana sejurus tengah malam

IPOH: Seorang pelajar berusia 16 tahun dibelasah bertubi-tubi oleh 18 pelajar di asrama sebuah sekolah agama terkemuka di Kampung Gajah di sini, selepas disyaki mencuri wang RM100 milik pelajar lain di sekolah itu.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin, mangsa dikenali sebagai Hanafi mendakwa dibelasah hampir lima jam di bilik asrama. 
Akibat kejadian itu, mangsa pelajar tingkatan empat sekolah berkenaan lebam pada muka, paha, belakang badan dan betis disyaki dipukul dengan objek keras termasuk penyapu.

Menurutnya, dia dipukul tanpa henti berikutan enggan mengaku mencuri wang RM100 milik seorang daripada pelajar yang mendakwa wangnya dicuri.

Sikap biadab bongkar rahsia diperkosa abang

PETALING JAYA: Keprihatinan seorang guru yang pelik melihat sikap liar seorang murid perempuan dalam kelasnya di sebuah sekolah rendah di sini, membongkar rahsia budak berusia 11 tahun itu dirogol abang kandung sejak empat tahun lalu.
Difahamkan, guru wanita itu yang tidak tahan dengan murid berkenaan kerana masih mengulang sikap sama walaupun sudah berulang-kali ditegur supaya berkelakuan baik, membawa kanak-kanak itu untuk dirujuk kepada guru kaunseling, 12 Julai lalu.

Menurut sumber, pada sesi pertemuan dengan guru kaunseling, murid berkenaan hanya mendiamkan diri dan enggan menjawab ketika ditanya mengapa dia bersikap tidak menghormati guru dan rakan dalam kelas.
“Ketika disoal lagi, tiba-tiba murid itu menangis dan keadaan itu membuatkan guru kaunseling berkenaan semakin hairan. “Selepas didesak, budak perempuan itu mendedahkan rahsia dia dirogol abang kandungnya yang berusia 20-an sejak dia berusia lapan tahun,” katanya.

Katanya, pelajar berkenaan menyatakan perbuatan jijik itu dilakukan abangnya ketika keluarga mereka tiada di rumah di Taman Petaling Utama, di sini, dan kali terakhir dirogol, awal bulan ini.

“Berasakan dirinya sudah tidak berharga menyebabkan murid berkenaan memberontak. Sebenarnya kanak-kanak itu mahukan perhatian dan nasib baik gurunya mengesan masalah itu.
“Sebaik mengetahui perkara itu, guru kaunseling berkenaan membawa pelajarnya membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan laporan itu dan pihak polis kini sedang memburu abang mangsa.
Katanya, suspek melarikan diri sebaik mengetahui dirinya dicari polis bagi membantu siasatan kes rogol itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Tak sempat lepas gian

LABUAN: Hasrat tiga sekawan melepaskan gian bersama-sama terbantut apabila mereka dicekup polis dalam ‘Operasi Tapis’ di hadapan sebuah hotel, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan jam 10.30 malam, ketiga-tiga lelaki berusia 20-an itu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kenderaan di kawasan berkenaan sebelum dihampiri dan ditahan sepasukan pegawai serta anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan.

Pemeriksaan menemui satu keratan penyedut minuman dipercayai mengandungi syabu menyebabkan semua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Saiman Kasran berkata, pihaknya mengesan sebuah Perodua Kembara dinaiki tiga lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah hotel.

“Sebaik dihampiri, polis memperkenalkan diri selain meminta kebenaran untuk melakukan pemeriksaan tubuh terhadap semua mereka, namun tidak menemui sebarang benda terlarang.

“Pemeriksaan dalam kenderaan menemui satu keratan penyedut minuman plastik mengandungi syabu seberat 0.12 gram,” katanya. Beliau berkata, ketiga-tiga suspek dibawa ke IPD Labuan untuk ujian air kencing dan disahkan positif syabu. “Siasatan mendapati ketiga-tiga mereka memiliki dadah untuk kegunaan sendiri dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sumber bekalan itu diperoleh.
“Semua suspek direman empat hari bermula hari ini (semalam) mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ABD) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, polis menahan seorang lelaki di sekitar Jalan Tun Mustapha pada jam 9 malam pada hari sama.
“Suspek berusia 40-an dibawa ke IPD Labuan untuk ujian air kencing dan didapati positif dadah.

“Polis sentiasa melakukan operasi sama di sekitar bandar bagi membanteras kegiatan berkaitan dadah,” katanya.

3 pelanggan patahkan tangan tauke restoran

GOMBAK: Pemilik sebuah restoran di Desa Jaya, dekat sini, patah tangan kiri dibelasah tiga pelanggan yang tidak berpuas hati selepas dia meminta bayaran tambahan kerana tiga lelaki itu membawa minuman keras dari luar menyebabkan mereka mengamuk sebelum menyerangnya dengan kerusi plastik, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa berusia 30 tahun melayan pelanggan apabila mereka masuk dalam restorannya dengan membawa beberapa botol minuman keras. 
Menurut sumber, dia menghampiri tiga lelaki itu dan memberitahu restoran mengenakan bayaran tambahan jika membawa makanan atau minuman dari luar. 

Suspek mengaku perkosa wanita hamil

GOMBAK: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan reman bersabit kes dadah pada 6 Julai lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengaku pernah memperkosa seorang ibu hamil lima bulan yang ditemui mati, baru-baru ini.
Mangsa E Vally, 25, ditemui dalam keadaan mukanya berulat jam 3 petang di belakang sebuah stor besi di Jalan Rawang, Batu Arang, Sungai Dua, di sini, 5 Julai lalu.

Keputusan bedah siasat di Hospital Sungai Buloh turut mendapati mangsa dari Bandar Country Homes, di sini, mati akibat dijerut leher selain ada kesan air mani pada kemaluannya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek terbabit didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing yang dijalankan sebelum dia direman.
“Berikutan penahanan itu, pada Khamis lalu hasil soal siasat ke atas suspek mengaku terbabit dalam satu kes pembunuhan membabitkan seorang wanita hamil. Siasatan lanjut suspek mengaku memperkosa mangsa bersama tiga lagi rakannya.

“Suspek turut mendakwa seorang rakannya dikenali Jahat berusia 34 tahun menjerut leher mangsa menggunakan tali pinggang milik mangsa hingga mati,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mayat seorang wanita mengandung lima bulan ditemui dalam keadaan muka berulat di kawasan semak berhampiran sebuah stor besi di Batu 2, Rawang, dekat sini. Mangsa yang berusia 30-an ditemui jam 3 petang oleh sekumpulan pekerja kilang yang melalui kawasan berkenaan sebelum seorang daripadanya menghubungi polis.

Cubaan seludup 5 remaja gagal

JAKARTA: Cubaan menyeludup remaja ke Singapura berjaya ditumpas oleh Polis Indonesia.
Ketua Unit Detektif Tanjung Priok, Adjutan Komisioner Wirdhanto Hadicaksono dalam satu sidang akhbar berkata, lelaki berusia 53 tahun yang dikenali sebagai HZ, ditahan selepas serbuan dibuat di kapal penumpang Lambelu di Perlabuhan Tanjung Priok, Rabu lalu. 
Kapal itu dalam perjalanan dari Baubau, di selatan Sulawesi menuju ke Kijang dekat Pulau Batam.

Empat remaja perempuan dan seorang remaja lelaki berusia antara 14 dan 17 tahun berada di atas kapal itu dengan HZ.

Wirdhanto berkata, kelima-lima remaja itu bertemu HZ dan seorang wanita dikenali sebagai “Mama L” di rumah ketua kampung di Pasar Wajo, Baubau pada 5 Julai lalu.

HZ dan Mama L dilaporkan menawarkan pekerjaan di hotel di Batam.

“HZ dan Mama L menawarkan pekerjaan dengan pendapatan tinggi, tiket bot dan pakaian. Sebagai balasan, mereka perlu tinggal di rumah Mama L sehingga tarikh bertolak dan tidak dibenarkan menghubungi ibu bapa mereka,” katanya.

Mereka menaiki kapal pada 8 Julai lalu dan kemudian mendapat tahu mereka akan bekerja di Singapura dan bukan di Batam.

Wirdhanto berkata, polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup itu selepas men dapat laporan daripada seorang jiran remaja itu yang menaiki kapal yang sama.

Kerana curiga dengan HZ, lelaki itu terus melaporkannya kepada anak kapal yang kemudian menghubungi polis Tanjung Priok sebaik saja kapal berlabuh di pelabuhan.

“Mereka ditempatkan di Balai Polis Tanjung Priok dan Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia akan menjaga mereka dan membuat keputusan untuk menghantar mereka pulang ke Baubau, “ katanya. -JP 

Kumpulan bersenjata rogol 7 remaja di kem agama

MEXICO CITY: Sekumpulan penyerang bersenjata menyerang pusat agama untuk remaja di luar bandar ini, merogol tujuh remaja perempuan bawah umur, memukul dan merompak penghuni yang lain.
Kenyataan Pejabat Pendakwa Raya berkata, serangan itu yang berlaku Khamis lalu, mensasarkan kem agama remaja yang terletak di Taman Colibri di luar bandar Mexico. 
Kata pegawai, kira-kira 90 remaja lelaki dan perempuan berkhemah di situ, untuk beribadah dan belajar agama.

Penyerang, iaitu berpuluh-puluh individu bersenjata, “menyerang secara seksual tujuh remaja perempuan bawah umur dan memukul beberapa orang yang lain,” kata kenyataan itu.

Mereka mengambil barang berharga termasuk jam tangan, barang kemas dan telefon bimbit. - AFP

Wanita sakit mental jual anak RM16

TEGUCIGALPA (Honduras): Polis menahan seorang wanita yang dikatakan menjual anak perempuan yang berusia dua bulan dengan harga 100 lempiras (RM16) dan anggur bernilai RM3.20, lapor media tempatan, semalam.
Rakan Karina Castro, 18, berasal dari barat Tegucigalpa, yang melaporkan kepada pengawal di Hospital School. 
Emerita Ondina Vega berkata, Karina yang dikatakan mengalami sakit mental, memberikan anak perempuannya kepada seorang wanita tidak dikenali pada 2 Mei lalu dengan harga RM16 dan lokasi wanita itu tidak dapat dipastikan lagi.

Karina juga dikatakan menjual anggur di Pasar Belen di bandar itu.

Ketua Pengawal hospital itu, Javier Hernandez berkata, “Karina datang dan berkata, seorang wanita, di mana dia serahkan bayinya itu, berjanji akan memulangkan bayi itu kepada pihak hospital.” - AFP

Madonna disaman

PARIS: Parti berhaluan kanan, Parti Front Nasional berkata, ia bercadang menyaman penyanyi Madonna atas video konsert di Perancis yang menunjukkan gambar ketua parti itu, Marine Le Pen dengan lambang swastika di dahinya.
Timbalan Presiden parti itu, Florian Phillipot berkata, “Kami tidak boleh terima perbandingan kebencian begitu.” 
Katanya, tindakan undang-undang terhadap Madonna akan dibuat minggu ini.

Video yang menjadi latar untuk persembahan lagu Madonna “Nobody Knows Me” memaparkan seketika gambar Le Pen’s dengan lambang swastika di dahinya, diikuti dengan gambar yang menyerupai pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Penonton terperanjat ketika menonton konsertnya di Stade de France, di luar Paris, Sabtu lalu, apabila video itu dipaparkan sebagai sebahagian daripada persembahannya.

Le Pen, calon pilihan raya presiden Mei lalu, telah memberi amaran kepada bintang Amerika Syarikat itu dia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang selepas video itu ditunjukkan di persembahannya di Tel Aviv, pada bulan yang sama ketika Madonna memulakan konsert jelajah dunianya.

“Ini hanya satu daripada provokasi untuk konsert jelajah dunia Madonna, supaya orang bercerita mengenainya,” kata Philippot.

Dia mendakwa, penonton di stadium itu “tidak penuh” untuk menyaksikan persembahannya dan konsert jelajah itu “gagal”.

“Marine Le Pen mempertahankan bukan saja kehormatannya tetapi juga berjuta-juta pengundi parti Nasional,” katanya. - AFP

Bayi jatuh katil 2 kali meninggal dunia

SINGAPURA: Dia berada di bilik air pada jam 7 pagi apabila mendengar satu bunyi kuat.
Tina Rudaie bergegas keluar dan melihat anak lelakinya yang berusia satu tahun, jatuh daripada katil dan terhantuk kepala di lantai. 
Dia tidak memikirkan yang buruk kerana anaknya tidak menangis atau senyum. Tina melihat kepala anaknya dan tidak melihat ada kecederaan.

Kira-kira tiga jam kemudian, kanak-kanak itu sekali lagi jatuh katil, dan kali ini ada benjol di dahinya.

Lagi sekali, Tina, seorang suri rumah tidak merasakan ada yang tidak kena.

Sepanjang hari itu, anaknya kelihatan biasa, katanya. Dia makan, tidur dan bermain.

Tetapi, apabila Tina, 39, bangun keesokan harinya, dia terperanjat melihat anaknya, Muhammad Zaffullah Lim, sudah meninggal dunia.

“Saya bangun pada jam 6 pagi dan lihat Zaffullah tidak bernafas mahupun bergerak,” katanya. - The New Paper 

Diperdaya pegawai zakat palsu


RAHMAH menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas didakwa diperdaya seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai PUZ di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Sudahlah wang RM700 bersama kad pengenalan diri, kad ahli orang kelainan upaya (OKU) suami dan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dikebas, malah dia juga ditinggalkan seorang diri di Sungai Nibong di sini.
Itulah nasib yang menimpa seorang warga emas, Rahmah Mohamad, 61, apabila mendakwa diperdaya seorang lelaki yang mengaku kakitangan dari Pusat Urus Zakat (PUZ) di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kelmarin.
Sedangkan, cawangan PUZ di kawasan Pulau Pinang hanya terdapat di Lebuh Buckingham, Sunway Tunas, Bayan Baru; Masjid Daerah Balik Pulau dan Masjid Negeri Pulau Pinang di Jalan Ayer Itam.
Difahamkan, selain Rahmah dan suaminya, Abdul Rahman Abdullah, 67, seramai tiga lagi warga emas di kawasan terbabit berdepan nasib sama tetapi terselamat selepas mereka menolak tawaran lelaki bergelar Azlan itu.
Dakwa Rahmah, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari apabila lelaki tempatan itu mengunjungi kediamannya di Blok 22, flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini.
Menurutnya, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu memberitahu, dia dan suaminya yang merupakan OKU akan menerima wang zakat bernilai RM3,000 serta barangan keperluan dapur dan makanan dari pejabatnya

Pelajar cedera dibelasah 18 rakan



MUSTAPA UTHMAN menunjukkan kecederaan yang dialami anaknya, Muhammad Fareez Akmar yang dibelasah rakan asrama di Ipoh semalam.


IPOH – Seorang pelajar tingkatan empat cedera selepas mendakwa dibelasah oleh 18 rakannya kerana dituduh mencuri wang tunai RM100 milik seorang pelajar lain dalam kejadian di asrama Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah di Kampung Gajah semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Fareez Akmar Mustapa, 16, pelajar sekolah agama berasrama penuh tersebut bukan sahaja ditumbuk, disepak dan diterajang, malah dibelasah dengan batang penyapu oleh kumpulan pelajar terbabit.
Berikutan kejadian, mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik itu lebam dan bengkak di muka dan seluruh badan.
Menceritakan kejadian, Muhammad Fareez Akmar berkata, semasa berada di dalam bilik asramanya, seorang pelajar datang dan menyuruhnya ke sebuah bilik asrama lain.
“Apabila tiba, saya nampak ada lima pelajar lelaki menunggu kehadiran saya. Salah seorang daripada mereka memberitahu ada orang hilang duit dan bertanya jika saya yang mencurinya.
“Saya jawab tidak, lalu mereka terus menarik dan memukul saya kira-kira setengah jam. Mereka kemudian bawa saya ke sebuah bilik asrama lain dengan lebih 10 orang pelajar lelaki sedang menunggunya,” dakwanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Gugusan Manjoi di sini semalam.

Rumah Shira dipecah masuk



SYIRA kerugian RM1,500 apabila rumahnya dipecah masuk di Taman Melawati, Ampang Jaya semalam.


KUALA LUMPUR - Penjenayah yang terdesak tidak kira rumah siapa yang hendak dipecah masuk dan terbaharu, rumah artis popular, Sharifah Shahira atau Shira di Taman Melawati di sini menjadi mangsa perompak yang melarikan sejumlah mata wang asing dan barang kemas bernilai RM1,500 semalam.
Kejadian tersebut disedari Shira ketika dia bersama suaminya, Ijoy Azhari pulang ke rumah pada pukul 2.30 pagi selepas menjalani sesi penggambaran di Miri, Sarawak.
Ketika kejadian, tiga anaknya berusia antara tiga hingga lapan tahun berada di tingkat bawah kediaman berkenaan bersama pembantu rumah.
Shira berkata, dia yang keluar rumah pada pukul 7.30 pagi kelmarin terkejut apabila mendapati pintu balkoni di bilik tidur utamanya di tingkat atas telah diumpil.
Katanya, pemeriksaan mendapati sejumlah mata wang asing dan barang kemas miliknya telah dilarikan.
"Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam dan tidak disedari pembantu rumah yang ketika itu berada di tingkat bawah bersama tiga anak saya.
"Suspek dipercayai memecah masuk rumah saya dengan memanjat balkoni tingkat atas rumah sebelah," katanya ketika dihubungi semalam.

Rogol, bunuh, campak


KUALA LUMPUR – Siasatan polis berhubung pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dengan seluar terlondeh berhampiran pagar sebuah stor menyimpan besi di Kawasan Perindustrian Sungai Dua, Rawang, 5 Julai lalu mendapati dia telah dirogol oleh empat lelaki sebelum dibunuh dan dicampak.
Sumber memberitahu, cara pembunuhan kejam terhadap E. Valley, 25, itu diketahui polis selepas pihak berkuasa itu menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang turut terlibat merogol mangsa yang sedang hamil anak lelaki berusia lima bulan ketika itu.
Katanya, selepas merogol, suspek telah menjerut leher wanita itu menggunakan tali pinggang milik mangsa sebelum mayatnya dibuang dalam keadaan memalukan di dalam semak dekat kilang berkenaan.
“Suspek ditahan di sekitar kawasan Rawang pada pukul 5 petang sehari selepas kejadian hasil daripada petunjuk yang kita perolehi ketika memeriksa tempat penemuan mayat.
“Soal siasat mendapati suspek bersama tiga lagi rakannya bergelar Boy, Jahat dan Botak bertindak merogol mangsa sebelum membunuhnya. Susulan itu, kita kemudian menahan pula Jahat, 34, pada pukul 12 tengah hari Khamis lalu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Cerita duka keluarga Zubaidah



ORANG ramai melihat anggota polis memeriksa mayat salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh AMJ, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang ibu yang masih bersedih atas kematian anak kedua kerana kanser usus bulan lalu sekali lagi diuji apabila kehilangan anak keempatnya pula yang maut dalam kemalangan di lampu isyarat Peringgit/Melaka Sentral Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) dekat sini semalam.
Kejadian pukul 2.50 pagi itu mengakibatkan Muhammad Firdaus Md. Said, 19, maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback yang terbabas.
Turut maut ialah penumpang kereta itu, Abdul Rahup Yusof, 19, akibat cedera parah dan tersepit.
Ibu Muhammad Firdaus, Zubaidah Ghani, 47, berkata, dia menerima suratan takdir walaupun hatinya hiba kerana kehilangan dua anak dalam tempoh sebulan.
“Bulan lalu, abang Firdaus, Mohd. Hafis, 28, meninggalkan kami buat selama-lamanya kerana kanser usus dan hari ini (semalam) dia pula pergi dalam keadaan mengejutkan.
“Sehari sebelum kejadian, Firdaus berselubung dengan selimut arwah abangnya selain memeluk erat badan saya secara tiba-tiba seolah-olah dia ingin memberitahu yang ajalnya semakin hampir,” cerita ibu kepada enam anak itu dalam nada sebak.

Rekod bersih sarjan tercalar kerana rasuah

KUALA TERENGGANU - Rekod bersih seorang anggota polis berpangkat sarjan yang tidak pernah dikenakan tindakan tata tertib sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lalu tercalar apabila dia didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Semalam, Esah Ismail, 52, yang juga pernah dianugerahkan Pingat Kebaktian oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra pada 2006 dijatuhi hukuman denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.
Mengikut fakta kes, pegawai penyiasat di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Besut itu menerima suapan RM500 daripada Zamri Sharifuddin pada pukul 6.20 petang 11 September tahun lalu.
Perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di kedai Denova Beauty (Avon) lot 232 Jalan Haji Jusoh, Jerteh, Besut dengan tujuan untuk mengubah keputusan ujian air kencing Zamri yang didapati positif dadah pada 17 April 2011.
Tertuduh sebelum itu memberitahu Zamri yang dia dapat mengubah keputusan air kencing tersebut dan meminta RM1,000 untuk melakukan perkara tersebut.

Siakap dibela mati tiap pagi

Siakap dibela mati tiap pagi
Anak Abd Rahman, Mohd Ubaidillah, 23, menunjukkan ikan yang terapung mati dipercayai akibat air tercemar.
TUMPAT – Beberapa penternak ikan siakap dalam sangkar di Jubakar Pantai di sini, mengalami kerugian RM20,000 apabila ikan mereka mati dipercayai akibat air tercemar.

Seorang penternak, Ab Rahman Mohamad, 59, berkata, dia menyedari kematian ikannya sejak seminggu lalu apabila ikannya ditemui terapung di dalam sangkar tersebut.

“Saya syak ia berpunca daripada pencemaran air di Laguna Sri Tujoh.

“Saya sedih dengan kematian ikan tersebut. Ia menyebabkan saya menanggung kerugian hampir RM15,000,” katanya.

Ab Rahman berkata, dia merupakan penternak di bawah Persatuan Penternak Ikan Laguna Sri Tujoh dan melibatkan diri dalam bidang ini sejak tahun 2004 lagi.

Menurutnya, tiga minggu lalu dia ada memasukkan kira–kira 10,000 kilogram ikan siakap untuk jualan November nanti.

“Tiba–tiba ikan yang baru dimasukkan ke dalam sangkar ini mati.

“Nasib baik masih ada ikan yang sempat diselamatkan dan dapatlah dijual pada Ramadan ini,” katanya.

Bagi Mohamad Anuar Ab Majid, 45, dia juga mengalami nasib sama.

“Seminggu lalu saya dapati anak ikan siakap yang saya masukkan banyak mati setiap pagi seperti dituba.

“Saya menyiasat punca kematian ikan, dipercayai akibat air tercemar,” katanya semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Laguna Sri Tujoh, Yusoff Che Mat, berkata, hanya sebahagian penternak di sini mengalami masalah ikan mati dipercayai akibat air tercemar, namun ada kemungkinan disebabkan perubahan cuaca.

“Kematian ikan siakap itu tidak seteruk kejadian ikan mati pada tahun 2007.

“Keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini juga boleh menjadi penyebab ikan siakap di dalam sangkar itu mati,” katanya.

Yusoff berkata, hanya 67 penternak ikan siakap di bawah persatuan ini masih aktif menternak ikan siakap itu.

KPDNKK rampas lampu tiruan

KPDNKK rampas lampu tiruan
Pegawai penguat kuasa KPDNKK Pulau Pinang menunjukkan lampu tiruan yang dirampas.
GEORGETOWN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang berjaya merampas 15,551 unit lampu tiruan jenama Philips di Taman Bunga Raya, Bukit Mertajam, kelmarin.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguat kuasa Negeri Pulau Pinang, Guna Selan Maran yang membuat serbuandi sebuah premis pemborong menjual peralatan kereta dan sebuah stor di Bukit Mertajam selepas menerima aduan.

Guna berkata, seramai lapan pegawai penguat kuasa terlibat dalam operasi terbabit.
Katanya, hasil serbuan, KPDNKK menemui dan menyita lampu kereta tiruan jenama Philips sebanyak 3,241 unit di dalam premis dan sebanyak 12,300 unit di dalam sebuah stor berhampiran.
Nilai rampasan dianggarkan RM100,000.

“Kita percaya, barangan perihal dagangan palsu ini dibawa masuk daripada negara luar untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Pejabat KPDNKK Pulau  Pinang, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam operasi itu, seorang lelaki berumur 48 tahun ditahan untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Guna berkata, untuk kesalahan itu, lelaki terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan yang dilekatkan perihal dagangan palsu dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atas kesalahan sama.

“Syarikat terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (2) (C) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana mendedahkan untuk pembekalan atau dalam milikan barangan perihal dagangan palsu,” katanya

Polis kenal pasti dua daripada lapan suspek halang SPRM serbu lombong haram

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman
KOTA BHARU - Polis Kelantan mengenal pasti dua daripada lapan lelaki yang disyaki mengganggu tugas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika membuat serbuan ke sebuah lombong emas haram di Sungai Emas, Felda Perasu, Gua Musang, Khamis lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek berusia lingkungan 30-an dan akan ditangkap pada bila-bila masa bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata mereka adalah antara individu yang dikatakan menahan sebuah kereta dipandu pegawai SPRM dari ibu pejabat Putrajaya dalam operasi mencegah kegiatan lombong haram di kawasan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (memiliki senjata maut dalam rusuhan), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kem Kendiri Kesedaran Jenayah anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kelantan di sini hari ini.

Dalam operasi itu, pegawai SPRM menahan tiga jengkaut, dua pam air, sebuah kereta Perodua Kembara dan dua Toyota Hilux di kawasan perlombongan selain menahan beberapa suspek yang menjalankan kerja melombong.
  
"Kelapan-lapan suspek yang menaiki empat buah motosikal dan bersenjatakan benda tajam, menahan pegawai berkenaan dan mengugut untuk memukulnya jika tidak menyerahkan rakan mereka yang ditahan penjawat awam terbabit," katanya.

Jalaluddin berkata kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak SPRM menahan beberapa pekerja lombong emas haram dan menyita jentera serta peralatan perlombongan di kawasan itu.

Beliau berkata ekoran kejadian itu, empat laporan polis dibuat oleh pihak SPRM yang akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (mengugut), Seksyen 324 (mendatangkan kecederaan), Seksyen 353 (menghalang penjawat awam) dan Seksyen 427 (khianat) kanun sama.

Sebelum ini, akhbar melaporkan sepasukan pegawai dari ibu pejabat SPRM menyerbu sebuah kawasan perlombongan haram di Felda Perasu dan merampas peralatan yang digunakan sindiket lombong haram itu, Khamis lepas.

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui pihaknya menyedari wujudnya kegiatan itu, tetapi ia dijalankan secara kecil-kecilan. - Bernama

Lelaki mengaku tidak salah rogol anak angkat

Lelaki mengaku tidak salah rogol anak angkat - Semasa - Sinar Harian: "KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan merogol 'anak angkatnya' yang berusia 15 tahun di Jambu Bongkok, Merchang, Marang November lalu."

'via Blog this'

Disamun tiga ‘pelanggan’ bersenjatakan pedang samurai

KUANTAN - Seorang pemilik kafe siber hanya mampu mendiamkan diri selepas lehernya diacukan pedang samurai oleh tiga perompak yang menceroboh masuk ke premisnya di Bukit Setongkol di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa yang berusia 20 tahun bersama seorang pekerjanya bagaimanapun tidak dicederakan perompak terbabit, sebaliknya penjenayah itu hanya melarikan wang hasil kutipan perniagaan berjumlah kira-kira RM2,000.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, semasa kejadian mangsa bersama seorang pekerjanya berada di dalam premis terbabit.

Menurutnya, kira-kira jam 12 tengah malam, terdapat tiga lelaki berada di luar kedai sebelum salah seorang daripada mereka memasuki premis berkenaan dan berpura-pura ingin menggunakan komputer untuk melayari Internet.

“Sejurus kemudian, dua lagi rakan lelaki tersebut meluru masuk dengan membawa senjata tajam berbentuk pedang samurai sebelum mengacukan ke leher mangsa sambil memberi amaran supaya tidak melawan.

“Mangsa yang ketakutan hanya mampu mendiamkan diri dan membiarkan penjenayah menyelongkar kaunter dan mengambil wang hasil kutipan pada hari tersebut berjumlah kira-kira RM2,000,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Jasmani berkata, selepas mendapatkan habuan mereka, suspek melepaskan mangsa sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta dan motosikal.

“Berikutan kejadian, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan,” katanya.

Suami didenda rosakkan kereta isteri

KUANTAN - Berang dengan desakan isterinya yang berkeras meminta cerai, seorang lelaki naik angin lalu bertindak memecahkan lampu belakang dan memijak bonet kereta wanita itu sehingga lekuk dalam satu kejadian di Lorong IM 2/57, Bandar Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 11.36 malam, 15 Februari lalu.

Sikap panas baran si suami itu memakan diri sendiri apabila isterinya membuat laporan polis dan dia ditahan serta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, kelmarin.

Tertuduh, G Ravichandran, 47, dari Bandar Indera Mahkota, didenda RM800 selepas mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Majistret Rini Triany Muhammad Ali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat itu ke atas kereta jenis Proton Persona milik isterinya sehingga mendatangkan kerugian dianggarkan RM1,650.

Tertuduh yang didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan sebelum itu berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Ravichandran dalam rayuannya memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia sudah insaf dengan perbuatannya itu.

Menurutnya, dia hilang sabar dan kesal dengan sikap isterinya kerana tidak mahu keluar berjumpa anaknya ketika dia mengunjungi rumah wanita itu.

"Saya pergi menemui isteri kerana kasihan dengan anak yang sangat merindui ibunya, namun dia pula enggan menemui kami.

“Sikapnya yang terus berdegil tidak mahu keluar menyebabkan saya hilang sabar dan bertindak di luar kawalan. Bagaimanapun semuanya sudah berlaku dan saya sudah insaf dengan perbuatan itu,” katanya.

Tertuduh juga merayu supaya dikenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung ibu dan anaknya yang cacat dengan pendapatan RM3,200.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.