14,000 kes jangkitan HFDM di Thailand
Pemeriksaan kesihatan terhadap kanak-kanak dipertingkatkan.
BANGKOK - Kira-kira 14,000 penduduk Thailand dilaporkan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sehingga memaksa pemimpin negara mengeluarkan arahan menggesa kawalan ketat  terhadap jangkitan wabak terbabit.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berkata, kerajaan turut memaksa Kementerian Kesihatan Awam Dalam Negeri dan Pendidikan melakukan kempen kesedaran penyakit itu di kalangan penduduk awam.

Menteri Kesihatan Awam, Surawit Khonsomboon memberitahu, situasi wabak HFMD menunjukkan penurunan sejak minggu lalu susulan pengurangan jumlah pesakit berjangkit dan menjangkakan penyebaran HFMD akan terus berlaku dan berkurangan dalam tempoh empat hingga enam minggu.