Dhaka: Polis Bangladesh menahan seorang ahli perniagaan yang dituduh menyunting satu foto perdana menteri negara itu pada sekeping gambar wanita separuh bogel di laman web Facebook miliknya.
Selepas mendapat maklumat, sepasukan anggota polis mengunjungi rumah Shariful Islam di Maizdi, 150 kilometer ke selatan Dhaka. Mereka menemui gambar perdana menteri berkenaan pada komputer lelaki terbabit, kata ketua polis tempatan, Chowdhury Abul Kalam.
“Kami memintanya membuka laman Facebook miliknya. Pada laman web berkenaan, wajah perdana menteri Sheikh Hasina ditampal pada seorang wanita yang separuh bogel,” katanya, semalam.
Shariful adalah seorang pemilik sebuah firma pengiklanan dan turut memalsukan gambar Menteri Dalam Negeri dan beberapa menteri lain,” kata Kalam.
Beliau juga memberitahu, ahli perniagaan terbabit boleh dihukum penjara 10 tahun jika didapati bersalah terhadap tuduhan memfitnah itu.
Pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah undang-undang tahun ini termasuk mengemukakan pendakwaan membabitkan pemilik laman Facebook yang menyasarkan Hasina.
Bulan lalu, seorang pelajar didakwa atas kesalahan memfitnah selepas memberi komen pada Facebook dengan menuduh Hasina bertanggungjawab atas kehilangan pemimpin pembangkang.
AFP
Friday, July 13, 2012
Lelaki dakwa tersasul cerai isteri
KUALA LUMPUR: Niat asal pasangan ini ke Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk bercerai kali kedua namun lain pula jadinya apabila si suami yang mendakwa dirinya ‘tersasul’ melafazkan talak dua sekali gus.
Tindakan Dzulkepli Ahmad, 52, itu mengejutkan Hakim Syarie, Rohaizad Redzuan dan mahkamah terpaksa menangguhkan prosiding beberapa minit sebelum ia disambung semula. Rohaizad kemudian menegur tindakan Dzulkepli selaku defendan kerana boleh dikatakan menghina mahkamah kerana melafazkan talak dua tanpa kebenaran.
“Saya tersasul Yang Arif, kerana dalam fikiran saya ini adalah cerai kali kedua,” katanya dalam nada perlahan selepas ditegur hakim. Isterinya, Rosma Hamid, 46, hanya tenang dengan kejadian itu dan berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana semuanya sudah berlaku. Terdahulu, pada prosiding semalam mahkamah mengarahkan Dzulkepli melafazkan talak satu kepada isterinya dengan membaca satu salinan nota yang diberikan mahkamah. Bagaimanapun, tanpa diduga Dzulkepli melafazkan cerai talak dua terhadap Rosma yang membawa maksud telah jatuh talak tiga selepas diambil kira talak satu yang terdahulu.
Tindakan ini membawa maksud perkahwinan pasangan itu tidak boleh dirujuk melainkan Rosma berkahwin lain dan kemudian bercerai dengan suaminya itu.
Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada tahun lalu namun rujuk semula dalam tempoh edah.
Mahkamah kemudian mengesahkan lafaz talak dua itu sebagai sah dan telah gugur talak tiga iaitu talak Ba’in Qubra selain plaintif diperintah bersuci edah tiga kali dengan perceraian itu didaftarkan.
Tak sengaja talak tiga
KUALA LUMPUR: “Saya tak sengaja lafaz cerai talak tiga. Masa itu demam teruk,” kata seorang lelaki di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Mohd Nur Afiq Sarang Abdullah, 26, berkata, dia mengucapkan lafaz ‘Saya ceraikan awak dengan talak tiga’ terhadap isterinya Widia-Nofrita Wirma, 28, selepas dipaksa wanita itu yang berada dalam keadaan marah. Menurutnya, ia kali pertama dia melafazkan cerai terhadap isteri dan mengakui masih menyayanginya. Mohd Nur Afiq berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Rohaizad Redzuan pada prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan Widia-Nofrita dengan menamakannya sebagai defendan. Kata defendan, dia mengucapkan lafaz cerai itu dalam kejadian jam 3.30 petang pada 14 Jun lalu. Bagaimanapun, pasangan itu ketika disoal mahkamah mengakui pernah mengadakan hubungan kelamin selepas talak diucapkan dan yang terakhir sekitar bulan ini.
“Saya masih sayangkan dia,” kata Widia-Nofrita ketika disoal Rohaizad mengapa masih mengadakan hubungan kelamin sedangkan mereka tahu talak sudah dilafazkan defendan.
Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, mahkamah mensabitkan jatuh talak satu raj’ie. Rohaizad juga menasihati pasangan itu supaya tidak mempermainkan talak.
“Jangan main-main dengan talak tiga. Berhati-hati melafazkan talak, bahaya. Ia beri kesan pada kehidupan dan anak-anak,” katanya.
Pasangan edar dadah sembunyi dalam pondok
KEMAMAN: Bagi mengelak kegiatan mengedar dadah dikesan polis, sepasang kekasih nekad menjadikan pondok yang didirikan sementara dalam sebuah ladang kelapa sawit di daerah ini sebagai tempat tinggal sejak hampir setahun lalu.
Malah untuk mengaburi mata polis, pasangan terbabit dikatakan bijak menyembunyikan pondok berkenaan apabila menutup bahagian atas pondok yang dibina menggunakan kotak kertas itu dengan pelepah sawit.
Bagaimanapun, taktik digunakan pasangan terbabit masing-masing berusia 20 dan 36 tahun terbongkar selepas kawasan persembunyian mereka di ladang sawit Felda Neram, di sini, dikesan dalam satu operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman diketuai Asisten Superintendan Hamzah Awang Dolah, Selasa lalu.
Menurut sumber, operasi dilakukan hasil risikan bahagian berkenaan selepas menerima aduan penduduk setempat itu bermula jam 6 pagi hingga 2 petang.
Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 517 gram heroin bernilai hampir RM40,000 yang dipercayai untuk diedarkan kepada pengedar dadah di empat kawasan Felda berhampiran iaitu Neram 1 dan 2, Jabor serta Cheneh.
“Serbuan di pondok berkenaan dilakukan pada jam 7.30 pagi dan ketika diserbu, pasangan terbabit sedang asyik membungkus dadah untuk diserahkan kepada pengedar dadah di empat kawasan felda terbabit.
“Selain dadah, polis turut merampas wang tunai RM2,640, sebuah motosikal Yamaha bernilai RM8,000, alat penimbang dan penyukat serta plastik kecil yang digunakan untuk mengisi dadah,” katanya.
Susulan tangkapan itu, polis yang menjadikan pasangan terbabit sebagai umpan turut berjaya menahan empat lelaki berusia 20 hingga 35 tahun di kawasan itu.
“Semua lelaki terbabit adalah pengedar dadah yang aktif menjalankan kegiatan mereka di sekitar kawasan felda di daerah ini,” katanya.
Pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala empat lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah jenis heroin dan pil kuda.
Pejabat diceroboh, dibakar
KOTA BHARU: “Saya syak pejabat ini diceroboh dan kemudian dibakar. Ini kerana, ada kesan pintu dicungkil dan barangan berselerak di bilik guru yang terletak bersebelahan pejabat,” kata Hasan Mat Tamat, Mudir Sekolah Menengah Agama Taqaddum Maarif, Pasir Tumboh, di sini, mengenai kejadian kebakaran membabitkan pejabat sekolah itu, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, sekolah berkenaan bukan saja terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50,000, tetapi pada masa sama terpaksa ditutup buat seketika dan dibuka semula Ahad ini.
Ini kerana, banyak rekod pelajar musnah, selain tiga buah komputer dan beberapa peralatan pejabat lain turut musnah.
Menurut Hasan, penceroboh dipercayai lebih daripada seorang dan memasuki pejabat melalui bilik guru.
“Saya bersyukur kerana seorang bekas pelajar sekolah ini melihat kebakaran yang berlaku sebelum menghubungi bomba. Ini adalah kejadian pertama pejabat sekolah ini dibakar.
“Sebelum ini, sekolah ini pernah beberapa kali diceroboh, tetapi tidaklah dibakar,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, dekat sini, pada jam 11 pagi, semalam.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohamad Sabri Ismail berkata, seramai 21 anggota bersama pegawai bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.37 pagi.
“Api berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit, manakala punca kebakaran masih disiasat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
Penyamun kelar 2 pelanggan pusat Internet
KUALA LUMPUR: Keseronokan bermain permainan video di pusat Internet bertukar malang buat dua lelaki apabila cedera di perut dan dada selepas premis berkenaan di Jalan Paoh Loke Yew, di sini disamun tiga lelaki bersenjata pedang samurai dan alat renjatan elektrik, kelmarin.
Ketika kejadian jam 2.15 petang itu, penjaga premis bersama empat pelanggan lelaki berada dalam premis berkenaan.
Sumber polis berkata, tiba-tiba muncul tiga lelaki memasuki premis berkenaan dengan membawa pedang samurai dan alat renjatan elektrik sebelum mendekati penjaga premis berusia 20-an itu.
Menurutnya, seorang lelaki meletakkan pedang di leher penjaga premis berkenaan sebelum mengambil wang lebih RM2,000 dalam mesin daftar juruwang.
“Mereka turut menyamun dua pelanggan berusia 20-an yang sedang bermain komputer dengan merampas wang tunai serta telefon bimbit milik mereka.
“Dua pelanggan yang mendakwa tidak memiliki wang pula dikelar suspek dengan pedang di perut dan dada,” katanya.
Sebaik merampas semua barangan mangsa, ketiga-tiga lelaki berkenaan melarikan diri manakala kedua-dua pelanggan yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
6 didakwa miliki 51 DVD haram
SHAH ALAM: Enam individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua tuduhan memiliki 51 cakera video digital (DVD) cetak rompak dalam dua serbuan berasingan di premis di Balakong dan Ampang, dekat sini, minggu lalu.
Bagaimanapun, semua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan pada dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar. Bagi pertuduhan pertama, Ishak Sharif, 42; Mohd Gadafi Mat Ali, 32, dan Mohd Alhafiss Zainal, 30, didakwa memiliki lapan salinan DVD cetak rompak termasuk ‘Transformer: Dark of the Moon’ dan ‘Battleship’.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Mellinium Video, FM13 A-15, Tingkat Bawah, Jalan Memanda 3, Ampang Point, Ampang kira-kira jam 9 malam pada 8 Julai lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Zamil Jamaludin dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menawarkan jaminan RM20,000 setiap tertuduh.
Ketiga-tiga lelaki itu memohon jumlah dikurangkan atas alasan tidak mampu.
Mohammed Mokhzani membenarkan setiap tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000.
Pada prosiding kedua, Teoh King Soon, 24; Lee Chow Yuen, 41, dan Lee Ching Ching, 36 didakwa memiliki 43 salinan DVD cetak rompak termasuk ‘Avatar’, ‘2012’ dan ‘Ice Age :Continental Drift.’ Chow Yuen dan Ching Ching adalah pasangan suami isteri. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah gerai dalam pasaraya Econsave Cash & Carry (Balakong) Sdn Bhd, Cheras, kira-kira jam 9.30 malam pada 9 Julai lalu.
99 ditahan, dadah RM50,000 dirampas

HARUN Idris (kiri) melihat dua buah motosikal curi yang dirampas polis di Tangkak, Ledang, Johor, semalam.
LEDANG 12 Julai - Seramai 99 penagih ditahan di beberapa rumah dan tempat awam sekitar daerah ini sepanjang bulan lalu membabitkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM50,000.
Ketua Polis daerah, Supritendan Harun Idris berkata, mereka yang ditahan di Ledang, Tangkak dan Sungai Mati itu berumur antara 17 hingga 56 tahun termasuk seorang wanita.
"Selain 99 orang ini ditahan atas kesalahan menagih dadah, ada antaranya yang melakukan kesalahan lain contohnya 13 orang daripadanya mengedar dadah secara kecil-kecilan dan tujuh lagi memiliki dadah.
"Antara dadah yang kita rampas adalah heroin seberat 50.87 gram, ganja 1.38 gram, syabu 19.10 gram dan ekstasi 0.9 gram yang semuanya dianggarkan bernilai RM50,000," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ledang di sini hari ini
Hanyut 15 jam sebelum diselamatkan

Abdul Hadi Bahari (tuala biru) dan Wahab Draman (dua, kiri) yang terselamat akibat bot karam dibawa ke Kompleks APMM Muara Tebas, Kuching, semalam.
KUCHING 12 Julai - Hanyut selama 15 jam di tengah lautan adalah pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan dua nelayan sebelum mereka diselamatkan dalam kejadian bot karam di Pulau Lakei, malam tadi.
Abdul Hadi Bahari, 28, dan Wahab Draman, 36, pastinya tidak dapat melupakan saat-saat bot yang mereka karam dan terpaksa berpaut pada tong ikan.
Abdul Hadi, 28, diselamatkan sebuah kapal dagang, MTT Pinang pada pukul 10 malam tadi manakala Wahab, 36, pula ditemui krew Kapal LPG Elba kira-kira pukul 7 pagi ini.
Difahamkan, kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan lemah setelah dihanyutkan selama lebih 15 jam.
Pelajar Nigeria dijel 6 tahun, 12 sebatan
PETALING JAYA 12 Julai - Seorang pelajar kolej swasta warga Nigeria dihukum penjara enam tahun dan sebatan 12 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 119.77 gram dadah jenis kanabis dan methamphetamine, lima bulan lalu.
Hakim Balqis Aini Mohd. Ali menjatuhkan hukuman itu selepas Odumegbe Chukwudi Micheal, 27, menukar pengakuannya kepada bersalah hari ini terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut.
Lelaki itu didakwa memiliki 119.1 gram kanabis dan 0.67 gram methamphetamine di No. A-20-1, Pangsapuri KOI Kinrara, Puchong di sini pada pukul 7.30 pagi, 19 Februari lalu.
Bagi kesalahan memiliki kanabis, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup serta sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.
Mangsa ragut tidak dipedulikan jiran akhirnya maut
PULAU PINANG 11 Julai - Kejadian seperti ini pernah berlaku di China, namun kali ini ia berlaku di negara ini.
Akibat sikap tidak prihatin masyarakat setempat, seorang wanita warga emas yang menjadi mangsa ragut terbaring menahan kesakitan selama lapan minit tanpa dibantu sesiapa meskipun ketika itu terdapat beberapa orang lalu-lalang berhampirannya.
Kejadian itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan perumahan tersebut.
Rakaman berkenaan menunjukkan mangsa, Tan Kim Chuan, 60, terbaring tanpa dihiraukan penduduk yang lalu-lalang di kawasan terbabit selepas beberapa minit kejadian ragut itu berlaku.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, pembantu kedai kopi terbabit baru keluar dari rumahnya di Flat Padang Tembak, Air Itam untuk ke tempat kerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Bagaimanapun, nasib malangnya seolah-olah tidak diendahkan oleh penduduk setempat termasuk jiran tetangga.
Cuma, selepas lapan minit barulah dua penduduk datang membantu mangsa yang mengalami cedera parah di kepala akibat diseret sejauh 10 meter.
Dia menjalani pembedahan selama sembilan jam di Hospital Pulau Pinang bagi membuang darah beku pada bahagian otak, tetapi gagal diselamatkan dan meninggal dunia.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan dan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kedua-dua suspek.
"Kita juga akan menghantar rakaman CCTV ke Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan imej yang lebih jelas bagi mengecam suspek.
"Satu operasi dilancarkan bagi mengenal pasti bekas penjenayah kes ragut untuk proses dokumentasi bagi membantu siasatan kes ini," katanya.
Mesej hina Sultan: Polis siasat SU Media SMM
SHAH ALAM - Polis menyoal siasat Setiausaha Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamarudin hampir enam jam hari ini berhubung pandangannya, yang didakwa telah menghina Sultan Johor baru-baru ini.
Mengesahkan perkara itu malam ini, Ahmad Shukri berkata, seramai lapan hingga 10 anggota polis dari Johor mengambil keterangan mulai jam 10.30 pagi tadi.
"Seramai lapan hingga 10 orang anggota polis datang ke pejabat saya (di Kuala Lumpur) untuk ambil kenyataan berhubung isu saya menghina Sultan Johor di Twitter setelah mereka menerima laporan polis daripada PPPMM. "Mereka membawa waran geledah dan telah merampas telefon bimbit saya," katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Shukri berkata, beliau dimaklumkan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Katanya, pihak polis juga telah merampas telefon bimbitnya.
Katanya, selepas mengambil keterangan daripadanya di tempat kerja, polis turut menggeledah rumahnya di Cheras.
"Selepas tidak menemui apa-apa, polis menghantar semula saya ke tempat kerja. Saya memberitahu polis bahawa saya akan menjawab segala soalan di mahkamah (jika didakwa)," katanya.
Kelmarin, Ahmad Shukri mengaku beliau ada membuat pandangan menyentuh Sultan Johor menerusi laman sosial Facebook dan Twitter seperti didakwa Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), yang telah membuat laporan polis 8 Julai lalu.
Sebaliknya tegas beliau, perbuatannya itu tidak bersalah dan rakyat mempunyai hak untuk memberi pandangan mengenai aspek itu.
Dalam kenyataan media Ahad lalu, Presiden PPPMM A. Rahman berkata, persatuan itu meminta polis menyiasat secara terperinci dan dengan dan dengan kadar segera berhubung kenyataan yang dibuat menerusi dua akaun laman sosial milik Ahmad Shukri tersebut.

2 lelaki cedera ditembak di BDC Kuching
KUCHING - Dua lelaki cedera ditembak berhampiran sebuah cafe dekat bangunan RH Plaza BDC di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Fauzi Bujang ketika mengesahkan kejadian itu berkata kedua-dua lelaki itu kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).
"Polis masih menyiasat kes itu dan tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Fauzi berkata beliau enggan mengulas lanjut mengenai kejadian pada pukul 11.05 pagi itu kerana pihaknya masih menunggu laporan penuh kejadian itu. - Bernama
Fauzi berkata beliau enggan mengulas lanjut mengenai kejadian pada pukul 11.05 pagi itu kerana pihaknya masih menunggu laporan penuh kejadian itu. - Bernama
Lelaki khayal hidu gam mengamuk di kedai serbaneka
TEMERLOH - Seorang lelaki warga Indonesia yang khayal selepas menghidu gam, bertindak agresif dengan mengamuk di sebuah kedai serbaneka di Semantan, di sini, awal hari ini.
Dalam kejadian 4 pagi itu, lelaki berusia 40-an itu bersenjatakan sebatang kayu bertindak menceroboh masuk ke premis berkenaan dan nyaris mencederakan dua pekerja premis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata lelaki yang tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek kemudiannya bertindak menyepah serta merosakkan barangan di premis berkenaan.
Lelaki itu kemudiannya berjaya diberkas orang awam dan diserahkan kepada anggota polis peronda yang tiba di tempat kejadian sejurus itu, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata mengikut siasatan awal, suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap dan dipercayai menghidu gam di sebuah stesen minyak berhampiran sebelum khayal dan mengamuk di premis berkenaan. - Bernama

Penjual nasi ayam mengaku tidak bersalah cuba bunuh polis
KUALA LUMPUR - Seorang penjual nasi ayam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan cuba membunuh dengan melepaskan tembakan ke arah seorang anggota polis.
Kow Wai Foo, 32, didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Konstabel Jasmi Yaakob di Jalan Radin Tengah, Sri Petaling dekat sini dua tahun lepas iaitu pada 26 September 2010, pada 1.55 petang.
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Kow yang disenarai sebagai orang dikehendaki polis, ditangkap semalam di Seremban selepas orang ramai membuat aduan. Ketika prosiding, Kow yang dilihat mengalami kecederaan pada muka dan mata memberitahu mahkamah bahawa pihak polis telah memukulnya tanpa memberi rawatan susulan dan tidak diberi makan.
Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Ak Tiyon Bimen berkata kecederaan yang dialami tertuduh adalah ekoran tindakannya yang mengamuk sebelum ditangkap pihak polis semalam.
Hakim Jagjit Singh yang mendengar kes itu menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin yang menetap di Kuala Lumpur dan mengarahkan tertuduh diberi rawatan terhadap kecederaan yang dihadapinya.
Mahkamah juga memerintahkan supaya Kow diberi makanan serta dibenar membuat panggilan telefon. Kes tersebut ditetap untuk sebutan pada 14 September. - Bernama

Ejen hartanah hilang ditemui mati
PETALING JAYA - Mayat seorang lelaki Cina ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam semak berhampiran sebuah sungai di Ara Damansara petang semalam dipercayai ejen hartanah Tang Yong Ching, 45, yang dilaporkan hilang baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata mayat tersebut yang mempunyai beberapa kesan cedera di bahagian badan ditemui polis atas maklumat tangkapan dua orang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kehilangan Tang sejak Khamis lepas.
Polis percaya mangsa telah dibunuh berikutan kesan kecederaan di badan mangsa, walau bagaimanapun punca kematian masih belum diketahui, katanya malam tadi.
Arjunaidi berkata, polis menahan dua suspek yang dipercayai warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes kehilangan Tang.
"Tangkapan pertama dibuat pada Sabtu lepas ke atas suspek berusia 25 tahun yang cuba menggunakan kad debit milik mangsa. Suspek telah masuk ke negara ini sebagai pelajar tetapi bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan Damansara," katanya.
Beliau berkata, tangkapan suspek kedua pelajar berumur 20 tahun dibuat petang tadi di Petaling Jaya yang membawa kepada penemuan mayat itu.
Polis juga telah menemui kereta Toyota Innova milik Tang hasil maklumat suspek kedua itu, katanya.
Beliau berkata, dari maklumat yang diperoleh dari kedua-dua suspek, Tang dipercayai dibunuh berikutan kes perniagaan hartanah yang turut melibatkan ejen hartanah lain.
Kedua-dua suspek akan ditahan reman hari ini, katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Tang telah dilaporkan hilang oleh isterinya Ng Mooi Ning apabila suaminya tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumahnya di Ara Damansara pada petang Khamis lepas untuk bertemu pelanggan. - Bernama

Sanggup buang bayi di rumah usang
![]() |
Bayi lelaki berkenaan ditinggalkan bersama botol susu dan payung. |
Bayi malang itu dipercayai baru seminggu dilahirkan kerana masih bertali pusat di badannya.
Bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Jeffri Sabaruddin, 27, yang kebetulan melalui di hadapan rumah lamanya yang ditinggalkan sejak beberapa tahun lalu kira-kira jam 1.20 petang.
Jefri berkata, dia melihat kehadiran seorang wanita berbaju biru di rumah itu dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, setelah melihat kehadirannya, perempuan itu kelihatan tergesa-gesa meninggalkan rumah itu dan terus menaiki sebuah bas.
Dia cuba mengekori wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu hingga ke susur keluar kawasan perumahan terbabit tetapi gagal menjejakinya.
“Wanita yang disyaki seorang warga Indonesia itu terlalu pantas berlari menaiki bas ke arah Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) sehingga saya tidak sempat mengejarnya.
“Sebaik pulang semula ke rumah ini, saya terpandang kelibat seorang bayi lengkap berpakaian yang diletakkan di atas simen berlapikkan guni dan apabila diperiksa bayi malang itu masih mempunyai tali pusat,” katanya.
Selain itu, satu botol susu dan payung ditemui berhampiran bayi itu.
Jeffri kemudian memaklumkan perkara itu kepada jiran terdekat dan polis mengenai kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil siasatan mendapati bayi itu berusia kurang dari seminggu dan berada dalam keadaan normal.
“Bayi itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk siasatan lanjut.
“Lakaran fotofit akan dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima daripada saksi kejadian,” katanya.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
Majistret tersenyum tengok gelagat tertuduh beri salam - Utara - Sinar Harian
GEORGETOWN - ‘Assalamualaikum Yang Arif, dan selamat sejahtera kepada mahkamah’, ucap seorang tertuduh warga emas dengan kuat setelah namanya dipanggil jurubahasa untuk dibacakan pertuduhan.
Gelagatnya membuatkan Majistret Noor Aini Yusof dan orang awam di galeri tersenyum seketika dengan kelakuan tertuduh, Ghulam Aziz di Mahkamah Majistret itu.
Tertuduh yang memakai t-shirt dan berselipar itu didakwa melakukan kesalahan menyimpan ganja di dalam puntung rokok ketika berada di Pasara Chowrasta Jalan Penang.
Dalam kertas pertuduhan pertamanya itu, Ghulam didapati melakukan kesalahan tersebut pada 6 Jun 2012 pada kira-kira jam 3 petang.
Atas kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak kurang lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memasukkan dadah ke dalam badannya tanpa kebenaran.
Akibatnya dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaaan 2004) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau keduaduanya sekali.
Dia yang kemudiannya mengaku bersalah memohon hukuman diringankan kerana masih belum berkahwin.
“Gaji saya hanya RM800 sebulan sahaja dan dadah itu bukan untuk pengedaran, tolonglah rendahkan hukuman saya,” katanya.
Noor Aini kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap tertuduh bagi pertuduhan pertama sementara penjara lima bulan bagi pertuduhan kedua.
“Tertuduh juga dikehendaki menjalani pengawasan di bawah penyeliaan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun,” katanya.
Terpaksa beraya di penjara
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Julai 2012
26 Julai 2012

Kelima-lima warga Indonesia ini terpaksa berhari raya di penjara setelah dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Lima warga Indonesia terpaksa menyambut hari raya di penjara setelah Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan kerana didapati bersalah tinggal di negara ini melebihi tempoh permit sah.
Kelima-lima tertuduh, Hazim Asmadi, 37, Madi, 46, Al Ilman Sidik, 24, Harman, 26 dan Daniel Prabowoo, 20, yang berasal dari Medan, Indonesia didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Bagi kesalahan berkenaan, mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan di penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun jika disabitkan kesalahan.
Mereka didapati telah melakukan kesalahan berkenaan pada 27 Jun lalu kira-kira jam 10.30 pagi di Perhentian Bas Majlis Bandar raya Kuala Terengganu (MBKT) dalam operasi yang dijalankan oleh anggota Imigresen Terengganu.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Imigresen Terengganu, Mohd Hafiz Jaafar dan A Vikneswaran di hadapan hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang ahli perniagaan dari Negeri Sembilan berdepan dua pertuduhan bersubahat secara membantu untuk tinggal lebih masa di negara ini dengan berjanji untuk mendapatkan permit kerja bagi tiga warga Indonesia.
Bagaimanapun, tertuduh, Rahman Harun, 46, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu pada 11 Julai lalu lebih kurang jam 1.20 petang di bahagian penguatkuasaan, Pejabat Imigresen Tingkat 5, Wisma Maidam, Jalan Banggol, di sini.
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Wan Fadhilah Nor menetapkan 29 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 untuk dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Sebelum ini, kegiatan ahli perniagaan itu terbongkar setelah tiga daripada lima warga Indonesia yang ditangkap itu memaklumkan kepada pihak Imigresen yang mereka telah membayar RM1,000 sehingga RM1,300 kepada tertuduh sebagai duit pendaftaran Program 6P sedangkan semasa pembayaran dibuat, proses pemutihan Program 6P sudah pun tamat tempoh.
Siasatan turut mendapati tertuduh bukan ejen yang dilantik malah dia hanya seorang pengurus sebuah syarikat di Negeri Sembilan.

Toyota Camry tak dapat, duit pula lesap
JOHOR BAHRU – Hasrat seorang wanita yang berkunjung ke negara ini membeli kek untuk anaknya bertukar tragedi apabila ditipu oleh sindiket gores dan menang.
Eksekutif Operasi di Singapura, Ling Tien Mei, 34, berkata, pada 17 Mac lepas dia didatangi seorang lelaki ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah pusat beli-belah berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), di sini.
Menurutnya, hadiah lumayan seperti berpeluang memenangi sebuah kereta yang ditawarkan membuatnya terpengaruh sehingga bersetuju dibawa ke pejabat lelaki berkenaan di Taman Molek.
“Mereka juga ada janji sekiranya saya tidak menang kereta, duit saya akan dipulangkan semula, tetapi selepas membuat cabutan, saya tidak tahu kenapa boleh terlupa meminta semula wang sebelum pulang,” katanya kepada media ketika membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), di sini, semalam.
Tien Mei berkata, selain mendapat tiga tilam jed, dia juga diberikan mesin urut dan dapur digital.
Menurutnya, wangnya berjumlah RM13,000 berjaya diperolehi selepas mendesak wangnya dipulangkan.
Tien Mei berkata, selain mendapat tiga tilam jed, dia juga diberikan mesin urut dan dapur digital.
Menurutnya, wangnya berjumlah RM13,000 berjaya diperolehi selepas mendesak wangnya dipulangkan.
Presiden TTPM, Maznah Haron telah memerintahkan syarikat berkenaan membayar balik wang mangsa berjumlah RM8,000 dan barangan yang diperoleh perlu dipulangkan semula dalam tempoh 14 hari dari tarikh award dikeluarkan
Takut dipukul cikgu
![]() |
Kian Heng menunjukkan bagaimana anaknya dipukul sambil diperhatikan oleh Adun Bercham, Sum Cheok Leng. |
Dalam kejadian pada 18 Jun lalu, bapa kanak-kanak, Khoo Kian Heng, 35 terkejut apabila mangsa, Eswin Khoo Mun Jun mengadu sakit di bahagian kepala selepas pulang dari sekolah.
Menurutnya, dia tidak menyangka guru wanita berkenaan tergamak memukul anaknya di bahagian kepala hanya kerana tidak memberi tumpuan dalam kelas.
“Kejadian itu disahkan benar oleh guru berkenaan di hadapan guru besar pada keesokan harinya. Dia mengaku menggunakan rotan untuk memukul kepalanya.
“Saya mengaku anak saya sedikit nakal namun, guru berkenaan tidak patut memukul anak saya di kepala kerana ia mungkin menyebabkan kecederaan lebih serius termasuk menjejaskan saraf otak serta menyebabkan dia bersikap negatif terhadap sekolah.
“Saya tidak kisah anak saya dipukul termasuk di rotan di tangan sekiranya dia nakal tapi bukanlah di kepala,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di Pusat Khidmat Adun Bercham di sini, semalam.
Kian Heng berkata, guru besar sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu namun masih tiada tindakan diambil terhadap guru berkenaan menyebabkan dia membuat satu laporan polis di Balai Polis Kampung Simee di sini, Jumaat lalu.
“Pihak sekolah masih mendiamkan diri sehingga lebih dua minggu dan baru-baru ini pihak sekolah memberitahu bahawa saya tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan.
“Sebelum itu, surat aduan telah dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan berharap pihak jabatan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru yang disifatkan sebagai melampau terhadap kanak-kanak kecil,” katanya.
Katanya, guru berkenaan masih mengenakan denda terhadap anaknya dengan tidak membenarkan anaknya ke tandas sehingga waktu pelajarannya tamat, kelmarin.
Sementara itu, pihak pengurusan sekolah mengesahkan kejadian itu namun, tidak dapat memberi kenyataan penuh kerana menyerahkan kepada pihak pengurusan tertinggi membuat keputusan.
Katanya, pihak sekolah telah mengarahkan semua guru supaya tidak menggunakan pendekatan kekerasan kepada murid selain memberi amaran sekiranya membuat sebarang kesalahan
Kes ragut kerani wanita : Seorang lagi suspek ditahan
MELAKA - Polis menahan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ragut seorang kerani wanita yang meninggal dunia sehari selepas kejadian itu di Jalan Benteng, Balai Panjang pada Sabtu lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Supt P.R. Gunarajan berkata suspek lelaki berbadan gempal berusia 24 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 21 tahun dalam satu operasi khas di sebuah hotel bajet di Batu Berendam di sini pada 3 petang semalam.
"Dari maklumat yang diberi suspek, seorang penggangur, polis dapat menemui sebuah beg yang dicampak di dalam semak di belakang sebuah hotel di Tengkera dan menemui kad pengenalan mangsa, lesen memandu, dan juga kad Bonuslink," katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.
Barang-barang tersebut disahkan kepunyaan si mati oleh keluarga mangsa dan percaya kes tersebut telah berjaya diselesaikan pihak polis.
Katanya ketika diberkas, suspek yang dipercayai membawa motor semasa kejadian ragut itu, terjun dari tingkat satu bangunan hotel tersebut ketika cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap pihak polis.
Beliau berkata hasil siasatan polis merampas dua motosikal yang dikesan motosikal curi di mana satu daripada motosikal tersebut dipercayai telah dibawa suspek semasa kejadian.
Beliau berkata hasil siasatan sehingga hari ini menunjukkan kumpulan itu terlibat dalam 25 kes di seluruh Melaka.
Dalam kejadian 8.05 pagi Sabtu lepas, mangsa, Tang Mui Choo, 35, yang menunggang motosikal diragut dua lelaki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menyebabkannya terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala dan rusuk sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya.
Beliau berkata kumpulan tersebut dipercayai menggunakan taktik bersembunyi di inap desa atau hotel dan keluar meragut untuk membeli dadah.
Katanya kedua-dua suspek yang ditahan juga positif dadah jenis methamphetamine kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya seorang lagi rakan suspek dalam kes ragut kerani wanita itu ditahan pada 9 Julai lalu, ditahan bersama tiga lagi lelaki berusia 20-an dalam satu operasi khas di dua inap desa di Merlimau dan Semabok.
Hasil siasatan remaja lelaki berusia 17 tahun itu mengaku mengambil beg tangan dari raga motosikal mangsa. - Bernama
Terpaksa diami rumah terbakar
![]() |
Zawiyah bersama dua anaknya di bahagian belakang rumah yang masih boleh diduduki |
Siti Zawiyah Omar, 38, berkata, rumah yang dibina sendiri bersama suami hasil titik peluh menjalankan perniagaan musnah dalam kebakaran pada Jun lalu akibat litar pintas.
Menurutnya, menceritakan kejadian 6 Jun lalu, rumah itu didirikan secara berperingkat sejak 2000 sehinggalah lengkap mempunyai ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik air.
“Kami bangunkan sedikit demi sedikit sehingga sebelum kejadian pun, suami baru selesai memasang mozek di bahagian hadapan beberapa bulan sebelumnya dan tengah selesaikan kerja-kerja mengecat,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ketika kejadian, semua ahli keluarga sibuk membuat persiapan mengadakan majlis perkahwinan adik ipar di rumah ibu mertua (bersebelahan rumahnya) dan tiada sesiapa di rumah ketika itu.
“Anak lelaki berusia 12 tahun yang pulang dari bermain ternampak kepulan asap dari udara lalu memberitahu keluarga.
“Selepas meninjau dalam rumah, barulah tahu rumah kami terbakar,” katanya.
Zawiyah berkata, akibat kebakaran , bilik tidur utama yang dipenuhi dengan pakaian, buku-buku sekolah, tilam dan perkakasan rumah lain musnah termasuk bahagian ruang tamu yang hangus terbakar.
Katanya, walaupun sisa kebakaran belum dibersihkan tetapi dia bersama suami, Muhaidin Hassan, 40, dan lima anak berusia dua hingga 15 tahun menetap semula dalam rumah berkenaan sejak sebulan lalu kecuali seorang anak berusia 13 tahun tinggal di asrama.
"Ini kerana rumah sewa yang diduduki sebelum ini terpaksa dipulangkan kepada pemiliknya.
"Kami sekeluarga masih menunggu janji beberapa pihak bahawa bakal menerima rumah baru atau sebarang bentuk bantuan baik pulih sejurus selepas kejadian," katanya.
Zawiyah dan suami yang menjalankan perniagaan ayam goreng di sebuah sekolah di sini berkata, mereka terpaksa menggunakan semula ruang dapur, bilik air dan baki ruang yang tinggal sementara bahagian lainnya hangus terbakar.
Sebarang maklumat atau bantuan boleh menghubungi Zawiyah di talian 013-4163941 atau 018-4746011
Hobi simpan koleksi video lucah bawa padah
![]() |
Mohd Azam mengaku salah menyimpan 13 rakaman lucah di dalam telefon bimbit miliknya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam. |
Bagaimanapun, tabiat tidak bermoral bapa kepada seorang anak ini membawa padah apabila dikenakan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Azam Manap @ Awang, 32, dari Pekan Sari, Tepoh, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki bahan lucah.
Mohd Azam mengaku memiliki 13 rakaman video lucah yang disimpan di dalam telefon jenama Nokia model 7610 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 pagi, 31 Julai 2008.
Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Mohd Azam tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan lanjut polis terhadap badan Mohd Azam yang ditahan di Pejabat BSJIPD Kuala Terengganu telah menemui sebuah telefon bimbit.
Pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit berkenaan, polis menemui 13 rakaman video lucah. Sebelum ini, Mohd Azam yang dibebaskan dengan jaminan gagal menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh yang diberikan sebelum satu perintah waran tangkap dikeluarkan bagi menahannya.
Terdahulu, Mohd Azam dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan sudah insaf dan tidak lagi melakukan perbuatan sama. Dia turut memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara atas alasan perlu menjaga seorang anak yang masih bersekolah.
Penganggur mengaku bersalah curi dalam masjid
KOTA BHARU - Seorang penganggur yang cuba mencuri tabung dalam sebuah masjid di Bachok Isnin lalu dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan tersebut.
Selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa tertuduh, Mat Hussain Ghazali, 45, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di depan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik. Menurut pertuduhan, Mat Hussain didakwa cuba mencuri tabung dalam Masjid Kampung Budi, Tawang, Bachok dengan menanggalkan skru berpateri tabung tersebut pada dinding dalam masjid berkenaan, pada jam 7.10 pagi 9 Julai lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh pegawai pendakwa Asisten Superintendan Mohd Yazid Yahya manakala tertuduh dari Kampung sador, Tawang, tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 ke atas tertuduh dan 8 Ogos ini untuk sebutan kes.

Penganggur tuduh ugut ibu dengan pisau
![]() |
Mohd Ayub (kiri) tenang ketika dibawa keluar dari mahkamah, semalam. |
Bagaimanapun, tertuduh Mohd Ayub Mat Jusoh, 31, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik semalam.
Mohd Ayub didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Rahmah Botok, 64, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu kayu di sebuah rumah di Kampung Surau Bator pada jam 2 pagi, 13 Jun lalu.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh pegawai pendakwa Asisten Superintendan Mohd Yazid Yahya manakala tertuduh yang merupakan seorang penganggur tidak diwakili peguam.
Mohd Yazid menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 tetapi tidak ada sebarang rayuan dikemukakan olehnya dan Mohd Asri mengekalkan jaminan RM4,000 terhadap Mohd Ayub serta menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan kes.
Pencuci kolam didakwa pukul bekas kekasih
![]() |
Tertuduh menutup mukanya dari dirakam lensa kamera, semalam. |
Ashli Huzaine Mat, 32, dituduh mencederakan Nor Azlina Md Nawi, 25, di sebuah kedai di Jalan Pasir Puteh di sini, pada jam 11 pagi, tarikh berkenaan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan di dahi mangsa.
Berikutan tuduhan itu, dia boleh dijatuhi hukuman penjara yang boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau manamana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.
Pada prosiding di hadapan Majistret Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah.
Dia kemudiannya dibenarkan diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Kes tersebut akan bersambung pada 4 September depan.
Pesalah termenung dengar jatuh hukum
![]() |
Rusyidah (kiri) kelihatan sayu selepas dijatuhkan hukuman. |
Tertuduh, Rusyidah Usman, 33 itu didakwa melakukan kesalahan tinggal lebih masa daripada tarikh pasport lawatannya ke negara ini.
Dia yang tidak ditemani sesiapa dalam mahkamah hanya termangu beberapa kali apabila Majistret Noor Aini Yusoff bertanyakan soalan.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan tersebut pada 4 Julai 2012 di sebuah rumah tidak bernombor di Lebuh Noordin.
Dia ditahan dalam serbuan pihak berkuatkuasa dan mendapati tarikh sepatutnya meninggal negara ini iaitu 11 Disember 2011 tamat.
Disebabkan itu, dia disabitkan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (c) kerana tinggal lebih masa serta Peraturan 39B, Akta Imigresen 1963.
Disebabkan itu, dia disabitkan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (c) kerana tinggal lebih masa serta Peraturan 39B, Akta Imigresen 1963.
Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Tertuduh yang kemudiannya mengaku bersalah memohon supaya hukuman diringankan kerana masih mempunyai anak di Indonesia.
“Saya hanya bekerja sebagai pembantu kantin dan duit akan dihantar kepada anak di sana, tolong rendahkan hukuman saya,” katanya dalam kandang tertuduh.
Noor Aini Yusoff kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh, sekiranya gagal bayar tiga bulan penjara.
Dia yang kemudiannya mendengar hanya mampu ternganga dan terduduk di atas kerusi dalam keadaan lemah.
Tukang urut dicekup ketika asyik melayan
![]() |
Kesemua pelacur warga China ditahan dalam Ops Noda. |
![]() |
Bilik yang digunakan pelayan untuk memberikan khidmat urut dan seks. |
“Dua daripada mereka hanya mempunyai pas lawatan tetapi tiada permit kerja manakala lapan lagi tidak mempunyai permit.
“Selain itu, kita turut menahan dua penjaga premis warga tempatan berusia 40-an dan juga lima pelanggan yang sedang mendapatkan khidmat urutan di premis itu,” katanya.
Berdasarkan siasatan, katanya, tukang urut itu memberikan khidmat (B2B) dengan harga RM130 manakala pakej seks dan B2B dengan harga RM 180 selain turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
“Ketika serbuan dilakukan kebanyakan wanita yang ditahan itu sedang asyik melayan pelanggan di bilik khas yang disediakan.
“Kita telah mengepung pusat kecantikan ini sebelum menyerbu masuk ke pusat berkenaan tanpa disedari tukang urut terbabit,” katanya.
Beliau berkata, kejayaan serbuan kali ini adalah susulan risikan ke atas premis yang dilakukan selama tiga hari hasil maklumat orang awam.
“Berkat kerjasama tujuh anggota dan seorang pegawai dalam operasi ini telah mendorong kepada penahanan kesemua yang terlibat aktiviti pelacuran di pusat tersebut,” katanya.
Emmi berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut.
'Saya takkan lupa pesan ayah'
![]() |
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. |
Mangsa ditemui terapung di sebuah lombong tinggal di Pengkalan Durian, pagi semalam.
Nurul Syafikah berkata, setiap kali bertemu, ayahnya tidak akan lupa meninggalkan pesanan itu.
"Kali terakhir saya bertemu dengan ayah kira-kira dua bulan lalu dan dia adalah ayah yang baik," katanya.
Sinar Harian difahamkan, mangsa sudah berpisah dengan isterinya, Nor Hazlina Sulaiman, 40, dan meninggalkan lima anak, Mohd Norsyafaiz, 20, Mohd Norhamizan, 17, Nurul Syakira, 8, Nurul Shaukina, 6, termasuk Nurul Syafikah dan kesemua mereka tinggal bersama ibu mereka di Kampung Sega.
Nurul Syafikah yang bakal mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hujung tahun ini berkata, dia terkejut menerima berita penemuan mayat ayahnya itu.
"Abang datang ke sekolah dan memaklumkan berita sedih ini sebelum kami adik-beradik ke hospital," katanya.
Dua hari tak pulang ke rumah
Sementara itu, kakak mangsa, Norazidah, 60, berkata, dia ada bertemu adiknya itu pada 3 Julai lalu ketika majlis kenduri di rumah saudara.
Sementara itu, kakak mangsa, Norazidah, 60, berkata, dia ada bertemu adiknya itu pada 3 Julai lalu ketika majlis kenduri di rumah saudara.
Menurutnya, arwah adalah anak ke-10 daripada 11 beradik dan hanya bekerja kampung.
"Arwah tinggal bersama seorang lagi kakaknya, Nor Ani Kalsom, 56, di Kampung Kuala Sawah, Rantau.
"Nor Ani ada memaklumkan ketika mangsa hendak keluar rumah pada malam Ahad lalu, dia sempat bersalaman dan mengatakan akan keluar sekejap serta akan pulang segera," katanya.
Norazidah berkata, dia tidak mengesyaki apa-apa setelah arwah tidak pulang ke rumah selama dua hari berikutan dia sering keluar berhari- hari sebelum pulang semula.
"Saya hanya dimaklumkan kejadian ini selepas salah seorang rakan arwah menghubungi saya," katanya.
Lihat objek besar terapung
Seorang kaki pancing, Ramli Mustakim, 39, tidak menyangka objek terapung di tengah lombong pasir tinggal di Pengkalan Durian yang dilihatnya adalah mayat manusia.
Ramli berkata, dia datang ke lombong tinggal itu untuk memancing dan memang kerap ke kawasan itu.
“Saya tiba di kawasan berkenaan sekitar jam 9.30 pagi dan terus memasang joran untuk memancing.
"Selepas itu saya ternampak objek besar terapung dihanyutkan arus dan bila diperhatikan dengan teliti baru saya sedar ia adalah mayat manusia," katanya.
Menurutnya, ketika itu mayat ditemui dalam keadaan meniarap dan rambutnya ditocang.
"Saya segera memaklumkan kejadian kepada penjaga kawasan yang berada di pondok pengawal kira-kira 200 meter dari lokasi lombong," katanya.
Ramli yang datang bersama isterinya, Salmiah Hussien, 36, berkata, ia adalah kali kedua dia menemui mayat ketika memancing.
"Kejadian kali pertama adalah kira-kira 15 tahun lalu di kawasan pantai Telok Kemang," katanya.
Tiada unsur jenayah
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah terhadap mangsa.
"Anggota Bomba dan Penyelamat Telok Kemang membawa mangsa ke darat sebelum dihantar Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.
"Anggota Bomba dan Penyelamat Telok Kemang membawa mangsa ke darat sebelum dihantar Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.
"Jenazah dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Sawah, Rantau," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)