Ismail menunjukkan pistol dan peluru yang berjaya dirampas polis.
JOHOR BAHRU - Seorang peniaga wanita berdepan detik mencemaskan apabila dilarikan penjenayah bersama kereta mewah jenis cabriolet (bumbung boleh dibuka) miliknya yang disamun perompak bersenjatakan pistol di Taman Sentosa, di sini Jumaat lalu.
Mangsa yang berusia 26 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur itu dikatakan baru selesai makan pada jam 3.15 pagi sebelum masuk ke kenderaan Mini Cooper dengan keadaan bumbungnya terbuka.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, penjenayah berusia 35 tahun itu tiba-tiba melompat masuk ke dalam kereta terbabit lalu mengacukan pistol terhadap mangsa.
“Suspek kemudian melarikan kereta tersebut dengan mangsa masih berada di dalamnya. Hasil daripada maklumat orang ramai, kami berjaya menahan suspek di Jalan Tampoi Lama kira-kira
sejam kemudian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.
Ismail berkata, mangsa juga berada di dalam kenderaan terbabit dalam keadaan sedar tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Polis juga turut menemui sepucuk pistol jenis Revolver 38 bersama tiga butir peluru dan semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Menurut beliau, suspek yang ditahan reman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini akan disiasat mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta Senjatapi 1971 (penalti lebih berat), serta Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.
Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun kerana disyaki memiliki peluru dan komponen pistol palsu yang dileraikan dalamsatu serbuan di sebuah premis di Taman Larkin Idaman, di sini, kira-kira jam 4.30 petang Jumaat lalu.
Katanya, hasil pemeriksaan di premis berkenaan, polis berjaya menemui dan merampas satu kotak berisi rantai kelongsong peluru yang mengandungi 57 kelongsong peluru jenis General Purpose
Machine Gun (GPMG), komponen pistol palsu yang dileraikan, dan bebola besi yang turut dijadikan peluru pistol tiruan.
“Suspek ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau keduanya sekali,” katanya.