Search This Blog

Loading...

Tuesday, July 10, 2012

Rompak: Juruelektrik dipenjara 4 tahun

10/07/2012 3:22pm

SHAH ALAM — Seorang juruelektrik dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh dengan bersenjatakan parang Februari lepas.
Hakim Latifah Mohd. Tahar memerintahkan tertuduh, Mohd. Shafizan Ramli, 20, menjalani hukuman penjara itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 26 Februari.
Mohd. Shafizan didakwa bersama-sama seorang lagi yang dihadapkan ke mahkamah pada 5 Mac lepas, Mohamad Zakwan Awang Chek, 20, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan parang dengan mengambil sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM1,881.73 daripada Md. Taher Md. Mokbul Hossain.
Mohamad Zakwan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan Mahkamah Sesyen yang sama menetapkan 20 Julai ini tarikh perbicaraan.— BERNAMA

Wanita mangsa samun selamat, lelaki ditahan

10/07/2012 4:20pm

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menyelamatkan seorang wanita mangsa samun selepas menahan seorang lelaki bersenjatakan pistol di Jalan Tampoi Lama, di sini, Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, lelaki berumur 35 tahun itu ditahan kira-kira sejam selepas melarikan wanita ahli perniagaan itu bersama keretanya di kawasan Taman Sentosa, di sini.
"Polis menerima maklumat daripada orang awam pukul 3.15 pagi, yang menyatakan lelaki itu telah melarikan mangsa bersama kereta jenis Mini Cooper milik mangsa.
"Ketika itu, bumbung kereta terbabit sedang terbuka dan lelaki berkenaan dipercayai melompat masuk ke dalam kenderaan itu sebelum memecut melarikan mangsa bersama kenderaan terbabit,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Ismail berkata, polis kemudian menghebahkan maklumat yang diterima kepada semua unit yang sedang bertugas sebelum berjaya mengesan dan menahan kereta terbabit di jalan berkenaan.
Beliau berkata, penyiasatan mendapati wanita yang berasal dari ibu negara itu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pada lelaki itu polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver .38 bersama tiga butir peluru. – BERNAMA

Serangan dinihari lelaki misteri

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di banglo milik seorang Timbalan Pengerusi sebuah bank yang dihujani peluru dalam kejadian di Subang Jaya semalam.
SUBANG JAYA – Ibarat filem Hollywood, seorang lelaki misteri yang menaiki sebuah kereta Toyota Camry disyaki cuba memberi amaran apabila bertindak melepaskan 10 das tembakan ke arah banglo milik Timbalan Pengerusi sebuah bank terkenal bergelar Datuk di SS19 di sini semalam.
Hujanan peluru itu berlaku pada pukul 4.50 pagi ketika mangsa, 57, bersama lima lagi ahli keluarganya termasuk isteri, dua anak dan dua tetamu sedang tidur di banglo tersebut. Turut berada di dalam kawasan rumah itu tiga pekerjanya.
Difahamkan, kejadian itu disedari empat jam kemudian apabila pembantu rumah mangsa menemui kelongsong peluru di luar rumah. Pengawal keselamatan warga Nepal pula mendakwa ada mendengar letupan ketika kejadian tetapi menyangka ia bunyi mercun.
Pemeriksaan pada kamera litar tertutup (CCTV) kemudian mendapati tembakan itu dilepaskan oleh lelaki misteri tersebut. Dua daripada tembakan itu mengenai dua kenderaan mewah jenis Toyota Alphard milik mangsa manakala satu das terkena pada tingkap banglo dua tingkat tersebut.
Kesemua penghuni bagaimanapun tidak cedera.

Kontena pil khayal dari India

MATRANG (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian pil eramin
5 yang dirampas pada sidang akhbar di Pelabuhan Klang semalam.
PELABUHAN KLANG - Cubaan lima individu termasuk sepasang suami isteri menyeludup masuk sebuah kontena mengandungi hampir tiga juta pil eramin 5 melalui Pelabuhan Barat di sini pada 5 Julai lalu gagal apabila ia dapat dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Perkara tersebut terbongkar apabila JKDM menahan tiga lelaki berusia 30 tahun ketika suspek cuba membawa keluar dadah bernilai lebih RM58 juta di pelabuhan berkenaan pada 29 Jun lalu. Bahan khayal tersebut tiba enam hari sebelum itu.
Pada hari sama, pihak kastam telah menahan sepasang suami isteri berusia 32 dan 41 tahun di sebuah restoran mamak di Pulau Pinang kerana disyaki mengarahkan tiga lelaki itu mengambil dadah berkenaan. Suami suspek merupakan warga Bangladesh.
Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasaan dan Pematuhan JKDM, Datuk Matrang Suhaili berkata, tiga lelaki tersebut merupakan ejen sebuah syarikat perkapalan.

Juruelektrik dipenjara 4 tahun rompak pekerja stesen minyak

Juruelektrik dipenjara 4 tahun rompak pekerja stesen minyak - Semasa - Sinar Harian:

SHAH ALAM - Seorang juruelektrik dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh dengan bersenjatakan parang Februari lepas.

Hakim Latifah Mohd Tahar memerintahkan tertuduh, Mohd Shafizan Ramli, 20, menjalani hukuman penjara itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 26 Feb.

Mohd Shafizan didakwa bersama-sama seorang lagi yang dihadapkan ke mahkamah pada 5 Mac lepas, Mohamad Zakwan Awang Chek, 20, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan parang dengan mengambil sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM1,881.73 daripada Md Taher Md Mokbul Hossain.
Mohamad Zakwan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan Mahkamah Sesyen yang sama menetapkan 20 Julai ini tarikh perbicaraan.
Mohd Shafizan didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Caltex Seksyen 27 di sini, kira-kira pukul 9.45 malam pada 13 Feb lepas.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Mengikut fakta kes, ketika Md Taher dan seorang lagi pekerja stesen minyak warga Bangladesh, Md Rajur Ahammad, berada di kaunter pembayaran, tertuduh telah masuk meminta rokok daripada Md Rajur.
Tertuduh kemudian masuk ke kaunter bayaran lalu mengacu parang kepada Md Taher dan mengarahkan Md Rajur mengeluarkan wang dari mesin kaunter bayaran.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
Ketika ditanya Latifah mengapa dia melakukan kesalahan itu, tertuduh berkata dia terpengaruh dengan rakan-rakannya.
Timbalan Pendakwa Raya R.Kalaiyarasi yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan berkata kedua-dua pekerja stesen minyak berkenaan tidak mengalami kecederaan. - Bernama

'via Blog this'

Tiga kedai hangus terbakar


Tiga kedai hangus terbakar
Deretan tiga kedai yang terbabit dalam kebakaran di Jalan Masjid,
di sini, petang semalam.
IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri terpaksa mengerahkan seramai 19 anggota termasuk pegawai untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan tiga kedai dipercayai dibina sebelum perang dunia kedua dalam satu kejadian di Jalan Masjid, di sini, semalam.

Timbalan Penguat kuasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam memaklumkan, panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu diterima pada jam 3.22 petang dan jentera pertama tiba di lokasi dari Ibu pada  kira-kira jam 3.30 petang.

Menurutnya, sebanyak tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran berkenaan yang berjaya dikawal kira-kira 11 minit kemudian.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, dua daripada kedai terbabit telah musnah 100 peratus dalam kebakaran, manakala sebuah kedai lagi hanya terbakar pada bahagian atas.

"Api dapat dikawal daripada merebak ke kedai lain yang berhampiran dan keadaan angin yang kuat tidak menjejaskan usaha memadam kebakaran," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Beliau turut memaklumkan, kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, namun dua kereta jenis Hyundai Elantra dan Toyota SE mengalami kerosakan akibat terkena sisa kebakaran, manakala punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.

Pemilik Hyundai Elantra yang merupakan seorang peguam, Mohamed Haridan Hamdan, 37, berkata, kereta berkenaan baru dibeli sebulan lalu dan dia lega kerana sempat mengalihkan kereta berkenaan semasa kejadian.

Menurutnya, dia sedang menjalankan tugas harian di firma guamannya pada waktu kejadian sebelum didatangi jurujual sebuah kedai ubat di tingkat bawah memaklumkan kebakaran itu.

"Sampai di lokasi kejadian, saya terus mengalihkan kereta ke tempat lain sebelum keadaan bertambah buruk. Kereta saya mengalami beberapa kerosakan akibat terkena sisa kayu terbakar," katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, pemilik tiga kedai pengurusan pengebumian, Ng Kam Wah, 70, berkata, sewaktu kejadian dia berada dalam kedai dan melihat api mula merebak dari kedai hujung menuju ke kedai bersebelahan.

"Sebelum ini, kedai berkenaan menjalankan perniagaan pengiklanan dan telah ditutup lebih enam bulan lalu, Manakala, dua kedai berhampiran memang ditinggalkan kosong sejak setahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian.
Tiga kedai hangus terbakar - Perak - Sinar Harian:

Lelaki bertopeng acu parang

Lelaki bertopeng acu parang - Terengganu - Sinar Harian:

Lelaki bertopeng acu parang
Mat Rani menunjukkan pintu dapur yang diumpil perompak sebelum memasuki rumah anaknya.
Lelaki bertopeng acu parang
Bapa mangsa, Mat Rani Yusof, 74, menunjukkan jeriji tingkap yang cuba digunting perompak dalam kejadian di Kampung Wakaf Mensira, Tepuh, pagi semalam
KUALA TERENGGANU - Selepas dikejutkan dengan kes rompakan bersenjatakan parang di Marang kelmarin, kejadian yang sama dilaporkan berlaku di Kampung Wakaf Mensira, Tepuh, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam tiga pagi itu, satu keluarga kerugian kira-kira RM36,000 apabila perompak terbabit melarikan sebuah kereta Proton Waja dan barang kemas seperti rantai, gelang, subang, cincin, telefon bimbit dan dokumen peribadi serta tunai berjumlah RM2,000.

Mangsa, Norhayati Mat Rani, 41, ketika ditemui di kediamannya berkata, ketika kejadian, dia bersama suami, Arifin Salim, 43, berserta empat anak mereka yang berusia dua hingga 14 tahun, sedang tidur.

Bagaimanapun katanya, dia yang tiba-tiba tersedar daripada lena, terkejut apabila melihat empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang sedang menghalakan parang ke arahnya.

“Saya sempat menjerit, sebelum lelaki yang bercakap dalam loghat Indonesia itu menyuruh saya diam. Suami dan anak kecil yang tidur bersama, terjaga daripada tidur, sebelum mereka menutup muka suami.“Dia kemudiannya menyuruh saya membuka rantai di leher, sebelum menyentap rantai itu. Perompak itu juga sempat bertanyakan berapa jumlah yang kami miliki dan bertanyakan barang kemas.

Saya tidak mampu melawan kerana bimbang nyawa kami diapa-apakan,” katanya yang bekerja sebagai Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Darat Batu Rakit.

Katanya, perompak tersebut kemudiannya menutup muka mereka dengan selimut, sebelum menterbalikkan katil mereka dan mengumpul semua ahli keluarga dan mengikat tangan dengan kabel elektrik, di dalam bilik anaknya.

Selepas itu, perompak berkenaan bertindak nekad melarikan kereta mereka yang diletakkan di dalam garaj.

“Walaupun begitu, saya bersyukur kerana perompak itu tidak mengapa-apakan kami sekeluarga dan tiada yang cedera,” katanya yang masih sugul dengan kejadian yang tidak diduga itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Mohd Ishak ketika dihubungi, mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, suspek dipercayai warga Indonesia serta memasuki rumah mangsa dengan mengumpil pintu dapur dan polis kini giat memburu suspek.

'via Blog this'

Suri rumah dipenjara sehari dan denda RM1,000 kerana mencuri

Suri rumah dipenjara sehari dan denda RM1,000 kerana mencuri - Semasa - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah dipenjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan wangian di sebuah pasar raya, empat hari lepas.
   
Majistret Azmil Muntapha Abas turut memerintahkan Hasnita Hamdan, 27, menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.
   
Ibu kepada empat anak itu didakwa mencuri 55 Glade Sensations Refill, empat syampu dan sembilan deodoran yang kesemuanya bernilai RM637.30 milik pasar raya Tesco Extra Sdn Bhd di pasar raya Tesco Extra Taman Midah Cheras, di sini pada 1.52 petang, Sabtu lepas.
   
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara  maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
   
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan.

Di mahkamah sama, seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan dan mengugut isterinya pada Jumaat lepas.
   
Ahmadi Shukri Md Junus, 37, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Wan Noor Baizura Abdul Malek, 27, yang bekerja sebagai kerani, dengan memukulnya menggunakan sebatang kayu di PPR Kampung Limau, Jalan Lembah Pantai, Brickfields, di sini pada 6.30 petang, 6 Julai lepas.
   
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
   
Ahmadi Shukri juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu mengugut Wan Noor Baizura dengan menggunakan sebilah parang sehingga mendatangkan ketakutan kepadanya pada masa dan di tempat sama.
   
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
   
Majistret Azmil Muntapha kemudian membenarkan Ahmadi Shukri diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Ogos untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri. - Bernama
'via Blog this'

Suspek amuk dipercayai sakit mental: Polis


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.

Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lalu dan tidak mempunyai rekod jenayah.
Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian berikutan ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.

Mohmad berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di pekarangan JPM.

Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.
Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

- BERNAMA

Juruteknik dipenjara 4 tahun rompak pekerja stesen minyak


SHAH ALAM: Seorang juruelektrik dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merompak seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh dengan bersenjatakan parang Februari lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar memerintahkan tertuduh, Mohd Shafizan Ramli, 20, menjalani hukuman penjara itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 26 Februari. Mohd Shafizan didakwa bersama-sama seorang lagi yang dihadapkan ke mahkamah pada 5 Mac lalu, Mohamad Zakwan Awang Chek, 20, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan parang dengan mengambil sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM1,881.73 daripada Md Taher Md Mokbul Hossain.
Mohamad Zakwan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan Mahkamah Sesyen yang sama menetapkan 20 Julai ini tarikh perbicaraan.

Mohd Shafizan didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Caltex Seksyen 27 di sini, kira-kira jam 9.45 malam pada 13 Februari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Mengikut fakta kes, ketika Md Taher dan seorang lagi pekerja stesen minyak warga Bangladesh, Md Rajur Ahammad, berada di kaunter pembayaran, tertuduh masuk meminta rokok daripada Md Rajur.
Tertuduh kemudian masuk ke kaunter bayaran lalu mengacu parang kepada Md Taher dan mengarahkan Md Rajur mengeluarkan wang dari mesin kaunter bayaran.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Ketika ditanya Latifah mengapa dia melakukan kesalahan itu, tertuduh berkata dia terpengaruh dengan rakan-rakannya.

Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan berkata, kedua-dua pekerja stesen minyak berkenaan tidak mengalami kecederaan.

- BERNAMA

Nizar saman Utusan, TV3 berhubung plat WWW 1


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) kerana menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.

Mohammad Nizar memfailkan dua saman itu secara berasingan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di sini melalui Tetuan Awi & Co. Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan dan menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta daripada setiap defendan.
Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lalu berhubung nombor plat itu.

Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei lalu, TV3 telah mengeluarkan berita melalui Buletin Utama jam 8 malam, berhubung kenyataannya itu.

Beliau berkata keesokannya pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan writ saman itu, Mohammad Nizar berkata pihaknya akan menyerahkan writ itu kepada kedua-dua defendan.

Beliau berkata sebanyak 41 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataannya dalam twitternya itu dan siasatan polis berhubung perkara itu masih lagi berjalan. - BERNAMA

Polis buru 5 penyeluk saku bas Rapid


GEORGETOWN: Polis sedang memburu lima lagi lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeluk saku penumpang bas Rapid di bandar ini, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng.

Katanya, kelima-lima lelaki berusia lingkungan 20-an itu dipercayai menjalankan kegiatan secara berkumpulan dan wajah mereka sudah dikenalpasti menerusi fotofit polis. Katanya, sebelum itu, seorang rakan mereka ditahan di perhentian bas Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) kerana dipercayai cuba menyeluk saku orang ramai.
"Lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun itu ditahan pada 26 Jun lalu dan hasil siasatan awal, polis mendapati lelaki itu mempunyai lima rakan lain yang menjalankan kegiatan menyeluk saku," katanya kepada pemberita selepas menerima 60 pas bas khas untuk polis daripada Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang, Jamali Soaidin di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki yang ditahan itu tidak memiliki dokumen pengenalan sah dan telah dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang ke negara asalnya.

Gan berkata, setakat ini polis menerima enam laporan mengenai kes jenayah seluk saku di kawasan Air Itam, Tanjung Tokong dan Pulau Tikus.

Mengenai pas khas untuk polis itu, beliau berkata ia memudahkan anggota polis melakukan pemantauan dalam bas.
"Kita akan membuat penempatan anggota dalam bas secara berjadual dan menasihati mereka yang pernah menjadi mangsa penyeluk saku agar membuat laporan polis," katanya.

Dalam perkembangan lain, Gan berkata tiga suspek yang terbabit dengan kes pemalsuan Ijazah Universiti Sains Malaysia (USM) dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Terengganu bagi membantu siasatan.

"Beberapa pelanggan yang pernah membeli ijazah palsu berkenaan tampil membuat laporan di sana," katanya.

Beliau berkata suspek terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 26 tahun itu disiasat oleh polis Terengganu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Katanya, jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara tidak kurang satu tahun atau melebihi 10 tahun atau sebatan dan denda.

Gan berkata, sejak beroperasi April lalu, kumpulan itu sudah menipu lebih 20 orang. - BERNAMA

Bakar kereta sebab langgar remaja


Bakar kereta sebab langgar remaja
Keadaan kereta jenis Proton Saga dibakar orang awam yang
didakwa melanggar seorang penunggang motosikal
menyebabkan mangsa patah kaki kanan, dalam kejadian
 malam kelmarin.

KLANG - Bengang tindakan pemandu kereta yang didakwa memandu laju hingga menyebabkan kecederaan seorang remaja, orang awam bertindak membakar kereta jenis Proton Saga itu dalam kejadian sekitar jam 11.45 malam di Batu 2, Jalan Kampung Jawa, di sini malam kelmarin.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam IPD Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, orang awam bertindak sedemikian selepas simpati melihat seorang penunggang motosikal berusia 17 tahun yang cedera dan patah kakinya terdampar di jalan berkenaan sejurus kejadian.

Menurutnya, mangsa disyaki dirempuh kereta dipandu lelaki berusia 28 tahun dari arah Klang menghala bulatan Jalan Kebun.

“Keadaan di lokasi kejadian sedikit tegang bagaimanapun keadaan dapat dikawal sepenuhnya apabila polis dari IPD Klang Selatan tiba di situ.

“Mangsa berusia 17 tahun yang patah kaki kanan masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, hingga kini hanya pemandu kenderaan terbabit membuat laporan di Balai Trafik Klang Selatan, semalam.

“Berdasarkan maklumat daripada pemandu itu, dia mendakwa penunggang motosikal datang dari arah bertentangan dan telah memasuki laluannya ketika melintas kenderaan di hadapan.

“Berikutan itu, dia mendakwa gagal mengelak lalu berlaku pertembungan antara keretanya dan motosikal mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kejadian tepat masih belum diketahui memandangkan polis kini hanya mendapat laporan daripada sebelah pihak iaitu pemandu kenderaan.

“Selepas kita mengambil keterangan daripada penunggang motosikal, barulah memudahkan siasatan kita,” katanya.

Rosly berkata, tindakan orang awam membakar kenderaan itu juga dipercayai ada kaitan dengan kemalangan itu dan kini siasatan lanjut masih diteruskan Bakar kereta sebab langgar remaja - Selangor & KL - Sinar Harian:

Nekad kejar perompak selamatkan wang, barangan berharga

Nekad kejar perompak selamatkan wang, barangan berharga - Kelantan - Sinar Harian:

Nekad kejar perompak selamatkan wang, barangan berharga
Mohd Firdaus mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan beberapa bahagian badan ditempatkan di wad HUSM.
KOTA BHARU - “Saya nekad kejar dua perompak itu, walaupun dalam keadaan parah kerana ingin menyelamatkan wang, dan barangan berharga dalam kedai,’’ kata Mohd Firdaus Abdullah, 23, yang parah ditetak dalam kejadian rompak dan tetak di Kubang Kerian, kelmarin.

Dalam kejadian petang kelmarin, Mohd Firdaus yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan cuba mengejar dua lelaki yang melarikan sejumlah wang tunai, komputer riba, jam dan beberapa barangan runcit dalam kedai milik ibu saudaranya itu.

“Ketika itu saya langsung tidak endah tentang diri saya, yang penting saya nak dapatkan semula barangan berharga yang diambil dua lelaki itu.

“Kedua-duanya yang datang menaiki motosikal, tidak mencabut topi keledar yang dipakai mereka, malah masuk ke dalam kedai dalam keadaan tergesa-gesa dan bertanyakan mengenai rempah kari sama ada terdapat di kedai milik ibu saudara saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, semalam.

Firdaus berkata, sejak empat bulan menjaga kedai terbabit, dia tidak pernah nampak kelibat kedua lelaki itu datang ke kedai berkenaan.

“Mereka masuk secara terburu-buru dan salah seorang daripada mereka menutup mulut saya dan mengarahkan diam dan seorang lagi yang berbadan sasa membawa sebilah parang masuk ke dalam kedai.

Apabila mereka bertindak mengambil duit dan melarikan barangan dalam kedai, saya cuba melawan dan lelaki yang membawa parang itu terus menetak belakang kepala dengan tiga tetakan selain terkena di tangan termasuk di bahagian rusuk," katanya.

Menurutnya, selepas ditetak dia cuba mengejar lelaki terbabit namun pendarahan yang banyak di bahagian kepala menyebabkan dia berhenti dan cuba di tenangkan oleh beberapa orang awam yang berada berhampiran kawasan itu.

“Hampir 20 minit menunggu, akhirnya sebuah kereta lelaki Cina berhenti dan terus membawa saya ke unit kecemasan HUSM untuk menerima rawatan. Sesampai di hospital, barulah saya sedar saya mengalami kecederaan yang parah dan doktor mengesahkan tempurung kepala saya retak, namun tetap bersyukur kerana terselamat dan kini dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, hasil siasatan polis terhadap Firdaus, mangsa tidak mengenali dua lelaki yang menyerangnya dalam rompakan terbabit.

“Mangsa tidak berapa cam wajah dua suspek kerana tidak nampak jelas namun boleh mengenal pasti mereka. Setakat ini menurut mangsa, dia juga tidak pernah berhutang atau bermusuh dengan sesiapa, dan polis giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kedua-dua suspek yang terlibat.

'via Blog this'

Suami didakwa pukul isteri kerana bebanan hutang

Suami didakwa pukul isteri kerana bebanan hutang - Kelantan - Sinar Harian:

 Suami didakwa pukul isteri kerana bebanan hutang
Hamid termenung selepas dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, kelmarin.
KOTA BHARU - “Saya sangat tertekan dengan beban hutang yang semakin banyak dan secara tidak sengaja mencederakan isteri saya,” kata seorang peniaga di Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin ketika dihadapkan terhadap tuduhan mencederakan isterinya, April lalu.

Tertuduh, Hamid Hamad, 44, mengaku menendang isterinya di bahagian belakang badan wanita terbabit, April lalu.

Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik bagaimanapun menetapkan 12 Ogos ini untuk jatuh hukum. 
Berdasarkan kertas pertuduhan, Hamid didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Rohana Mohd Zin , 40, dengan menendang bahagian belakang badan mangsa di sebuah rumah di Kampung Lata Janggut, Batu Melintang, Jeli antara jam 7.30 malam hingga jam 10 malam, 8 April lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa , Inspektor Adilla Othman menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Hamid yang tidak diwakili peguam dikenakan jaminan minimum kerana dia sudah insaf dengan perbuatannya.

“Insya-Allah saya berjanji tidak akan mencederakan isteri sekiranya jaminan ini dibenarkan walaupun kami masih tinggal bersama,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mencederakan isterinya.

'via Blog this'

Polis siasat kematian rakyat Malaysia di Selatan Thai


Polis siasat kematian Tang di Selatan Thailand
Jalaluddin (tiga, kanan) bermesra dengan beberapa ahli NGO
selepas perjumpaan terbabit selesai, semalam.
KOTA BHARU - Pelancong yang dirompak dan dibunuh oleh dua lelaki sebelum mayatnya dibuang ke dalam semak di Sungai Golok daerah wilayah Narathiwat merupakan rakyat Malaysia.

Ketua Polis Kelantan Datuk nJalaluddin Abdul Rahman berkata, berkemungkinan kematian Tang Ah Loi, 50, bersebab.

“Mana-mana pelancong yang pergi ke Selatan Thailand pada saya kematian itu ada puncanya. Setiap kejadian bunuh, pukul memukul mesti ada sebab dan walaupun dia mati di negara jiran, kita tetap siasat,” katanya selepas sidang media perjumpaan lebih 25 ahli badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) semalam.

Dalam majlis itu, beliau turut menyarankan badan NGO supaya mematuhi notis dan undang-undang yang ditetapkan sekiranya ingin mengadakan demonstrasi jalanan supaya tidak mencetuskan huru-hara yang boleh membawa kepada perkara yang lebih serius.

Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim; Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman; Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuff; Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Azmi Ali dan Presiden Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), Kamarudin Mohd Kasim.

Jalaluddin berkata, mungkin mereka (pelancong) terlibat dalam pengedaran dadah, atau kejadian itu bermotifkan dendam.

"Kejadian ini menjadi iktibar kepada kita dan saya nasihatkan pelancong Malaysia supaya berhati-hati semasa berada di negara orang," katanya.

Kelmarin, mayat Ah Loi yang ditembak di kepala dan dada ditemui dalam semak berhampiran sungai Golok.

Mangsa dipercayai dirompak bersama barangan berharga termasuk sebuah kereta Proton miliknya
'via Blog this'

Pelarian Rohingnya positif dadah

Pelarian Rohingnya positif dadah - Kelantan - Sinar Harian:
KOTA BHARU - Seorang pelarian Rohingya hanya mampu menundukkan wajahnya selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan positif dadah jenis Methampetamine, empat bulan lalu.

Majistret Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri menjatuhkan hukuman itu selepas Muhamad Zubir Abdul Rahman, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Beliau memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap 17 Mac lalu dan memerintahkan tertuduh diserahkan kepada pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sejurus selesai menjalani hukuman itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan Muhamad Zubir didakwa memasukkan dadah jenis Methampetamine ke dalam badannya di tandas Balai Polis Nilam Puri, di sini jam 5.05 petang, 17 Mac 2012.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Muhamad Zubir yang tidak diwakili peguam bela memohon dikenakan hukuman paling minimum kerana dia sudah insaf dengan kesalahannya dan mengambil kira tanggungjawabnya yang perlu menyara isteri dan anak yang masih kecil.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh.
'via Blog this'

Lelaki baru keluar penjara tidak serik curi tabung masjid

Lelaki baru keluar penjara tidak serik curi tabung masjid - Terengganu - Sinar Harian:

Lelaki baru keluar penjara tidak serik curi tabung masjid
Suspek kes curi tabung Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh (kanan) dan dua lagi suspek diberkas.
BESUT - Polis berjaya menahan seorang suspek yang memiliki 12 rekod jenayah selepas dia diburu sejak akhir bulan lalu kerana dipercayai mengulangi tabiat buruknya mencuri wang tabung masjid.

Suspek berumur 34 tahun ditahan oleh sepasukan anggota polis di hadapan Masjid Ibnu Abbas, Pengkalan Nyireh, di sini pada jam 4 petang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang baru dibebaskan dari penjara pada 2009 atas kesalahan pecah rumah diburu kerana disyaki sebanyak dua kali memecah tabung masjid sama sebelum ini.

Menurutnya, kali pertama suspek dipercayai memecah tabung masjid itu pada 29 Jun lalu dan kali kedua pada 2 Julai antara pukul jam 8 hingga 8.30 pagi. “Polis dan Jawatankuasa serta kariah masjid sudah mengenali pasti suspek melalui imej video kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakam dalam masjid itu.

“Suspek yang sudah berkeluarga dipercayai cuba mengulangi perbuatannya untuk kali ketiga semalam, namun tidak sempat berbuat demikian apabila diberkas sepasukan pegawai dan anggota polis di depan masjid tersebut hasil kerjasama kariah masjid melalui Program 1 Masjid 1 Polis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini semalam.

Noorzainy berkata, hasil pemeriksaan dalam satu beg yang dipegang suspek, polis mendapati di dalamnya mengandungi sebatang besi bulat, sebatang besi tajam, lampu suluh, dawai dan tunai berjumlah RM74.

Menurutnya, kesemua peralatan tersebut dipercayai digunakan suspek untuk membuka tabung masjid itu manakala tunai yang dirampas dipercayai wang hasil curi di masjid sama sebelum ini.

Modus operandi suspek adalah berlakon hendak mendirikan solat dan menunggu semua jemaah keluar sebelum memecah tabung.

Dalam kes berasingan polis turut berjaya memberkas dua lelaki berumur 23 dan 18 tahun kerana disyaki sedang cuba mencuri wang tabung Masjid Jabi, kelmarin.

“Anggota polis kereta peronda polis (MPV) yang melakukan lawatan di masjid itu ternampak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan yang diletakkan di dalam masjid.

“Apabila anggota polis membuat pemeriksaan di dalam masjid didapati seorang suspek sedang memancing duit dalam tabung masjid manakala rakannya yang menyedari kehadiran polis melarikan diri ke arah tandas,” katanya.

Katanya, suspek yang sedang asyik memancing tabung masjid itu akhirnya berjaya diberkas dan rakannya dari Dungun (23 tahun) dan Rompin, Pahang berjaya ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan RM5,000 seorang oleh Mahkamah Rendah Majistret Besut, semalam.

Bagi kes pertama disiasat di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan dan kes kedua di bawah Seksyen 379/511 kanun yang sama.

Suspek kes curi tabung Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh (kanan) dan dua lagi suspek diberkas.

'via Blog this'

Dipenjara gara-gara simpan barang curi

Dipenjara gara-gara simpan barang curi - Terengganu - Sinar Harian:

Dipenjara gara-gara simpan barang curi
Asrul Affandie (tengah) dihukum penjara sembilan bulan kerana menyimpan barang curi.
KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan setelah didapati bersalah menyimpan barang curi berupa sebuah casis motosikal oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.

Tertuduh, Asrul Affandie Hashim yang berasal dari KampungSurau Panjang, sebelum itu mengak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala pendakwaan dibuat oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati menyimpan sebuah casis motosikal walaupun mengetahui ia adalah harta curi, di sebuah bangsal di tepi sebuah rumah di Kampung Surau Panjang pada 4 Julai lalu, kirakira jam 4.30 pagi.

Oleh itu, dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan barang curi.

Berdasarkan fakta kes, sebelum ini seorang pengawal keselamatan, Maderi Mamat, 46, telah membuat laporan polis mengenai kehilangan motosikalnya yang diletakkan di hadapan Klinik Wakaf Tengah, Batu Rakit, yang dipercayai dicuri pada 21 Mei lalu.

'via Blog this'

Nenek maut dalam kemalangan ketika jemput cucu

Nenek maut dalam kemalangan ketika jemput cucu - Pahang - Sinar Harian:

KUANTAN - Seorang nenek yang menjemput pulang dua cucunya dari sekolah, maut dirempuh sebuah motosikal ketika cuba melintas jalan di Kilometer 10, Jalan Jerantut-Temerloh dekat Sanggang semalam.
Dalam nahas 5.45 petang itu, mangsa Ramlah Ali, 64, dari Kampung Baru Paya Luas, Kuala Krau cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.
Sementara itu, dua cucunya, Kurniawati Karna Hidayat, 16, dan Khairul Nazim Karna Hidayat, 7, turut mengalami kecederaan dan dirawat di hospital sama.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Superintenden Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata penunggang motosikal terbabit, Ahmad Arshad, 62, dari Jengka 22, Bandar Jengka, Maran cedera parah.
Beliau berkata mangsa bersama cucunya dilanggar Ahmad yang dipercayai gagal menghentikan motosikalnya, menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki maut manakala abang, adik dan seorang rakannya terselamat selepas kereta yang mereka naiki berpusing sebelum  melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 91.8 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Bentong, petang semalam.
Mohamed Fauzi berkata dalam nahas 7.25 petang itu, mangsa Mohamed Adam Che Rasdi, 29, dari Kampung Permatang Piah, Jalam Kolam Melor, Kelantan cedera parah dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Bentong.
Abang mangsa, Mohd Rasdan Che Rasdi, 31, dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan adiknya, Mohd Fadly Hisham Che Rasdi, 27, serta rakan mereka Ahmad Nor Nasriq Mohammad Nor Azman, 24, dari Felcra Keruak, Jertih, Terengganu terselamat dan hanya cedera ringan.
Mohamed Fauzi berkata ketika kejadian, semua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala Kuala Lumpur, dan kenderaan yang mereka naiki dipercayai mengalami kerosakan stereng.
"Ini menyebabkan kenderaan tersebut tidak dapat dikawal lalu berpusing beberapa kali sebelum merempuh besi penghadang jalan di sebelah kiri dan kereta yang dinaiki mereka remuk di bahagian hadapan," katanya. - Bernama

'via Blog this'

Murid maut rempuh pokok

Murid maut rempuh pokok - Pahang - Sinar Harian:
KUANTAN - Seorang murid tahun enam maut selepas motosikal yang ditunggangi bersama rakan merempuh pokok kelapa sawit ketika cuba keluar dari satu simpang sebuah ladang di Felda Bukit Goh dekat sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Alif Idham Mohd Adahar, 12 dari Perkampungan Pak Ngah Aziz, Bukit Goh cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Manakala rakannya yang juga pembonceng motosikal tersebut, Muhammad Shahfiq Tuhashim, 12, dari kampung yang sama hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, ketika kejadian, dua rakan itu dipercayai dalam perjalanan dari arah sebuah ladang dan cuba keluar simpang di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke kiri dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit di situ. Mohamed Fauzi berkata, akibat kejadian, mereka berdua terjatuh dan mangsa mengalami kecederaan parah.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke HTAA untuk rawatan, bagaimanapun Muhammad Alif Idham disahkan meninggal dunia,”katanya.

Katanya, punca sebenar nahas masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
'via Blog this'

Diperintah berkelakuan baik 2 tahun

Diperintah berkelakuan baik 2 tahun - Selangor & KL - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kontrak tapak pembinaan diperintahkan berkelakuan baik selama dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah melupuskan harta curi, dua bulan lalu.

Majistret Mohd Azali Ibrahim mengenakan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM2,000 dan seorang penjamin terhadap Ashari Kurni, 19. Ashari didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas atas kesalahan melupuskan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z milik seorang lelaki, Teoh Tien Chen, 19, yang bernilai RM3,800 di sebuah rumah tidak bernombor, di Kampung Sri Makmur Fasa 3, Taman Sri Gombak, Selayang, Selangor, 27 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda
'via Blog this'

Kereta terbabas rempuh pokok

Kereta terbabas rempuh pokok - Melaka & NS - Sinar Harian:

Kereta terbabas rempuh pokok
Anggota bomba membantu mangsa yang tersepit di dalam kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan, kelmarin.
PORT DICKSON – Tiga saudara nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Pasir Panjang-Port Dickson, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, kereta jenis Proton Saga yang dipandu T Vijayan, 27, dinaiki bersama dua saudaranya, V Vasantha, 24, dan M Janaki, 60, dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok.

Akibat rempuhan kuat itu, Vasantha patah kaki kiri dan cedera di muka selepas tersepit di tempat duduk penumpang, manakala Janaki patah kaki dan tangan, sementara Vijayan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, siasatan awal mendapati semua mangsa dalam perjalanan dari Pasir Panjang ke Port Dickson.

“Kereta dipandu Vijayan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok menyebabkan Vasantha terperosok di bawah tempat duduk, manakala Janaki yang parah dikeluarkan orang ramai sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan.

"Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan Vasantha," katanya.

Menurutnya, saksi kejadian diminta tampil atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Athirah Abd Manaf menerusi talian 016-4412831 bagi bantu siasatan.

'via Blog this'

Murid tahun 6 maut, motosikal ditunggang langgar pokok

Murid tahun 6 maut, motosikal ditunggang langgar pokok - Pahang - Sinar Harian:

KUANTAN - Seorang murid Tahun Enam yang menunggang motosikal maut selepas kenderaan itu terbabas dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit dalam kejadian di Felda Bukit Goh, di sini semalam.
Dalam kejadian 11.15 pagi itu, Muhammad Alif Idham Mohd Adahar, 12 dari Kampung Pak Ngah Aziz disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata kejadian itu bagaimanapun hanya menyebabkan rakannya yang membonceng, Muhammad Shahfiq Tuhashim, 12, cedera ringan.
"Kejadian berlaku ketika dua rakan tersebut dalam perjalanan ke sebuah ladang. Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal ketika keluar dari simpang empat di jalan berkenaan, menyebabkannya terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  - Bernama

'via Blog this'

Kereta melekat pada pokok

Kereta melekat pada pokok - Selangor & KL - Sinar Harian:

Kereta melekat pada pokok
Keadaan kereta dinaiki dua remaja yang hampir terputus dua setelah merempuh pokok di kiri laluan di Jalan Langat berhadapan sebuah pusat membeli belah, malam, kelmarin.
KLANG - Dua remaja maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di kiri laluan di Jalan Langat berhadapan sebuah pusat membeli-belah Jusco Bukit Tinggi dari arah Klang menghala Banting, di sini malam, kelmarin.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, pemandu mangsa dikenali C S Selvam Kumar, 24, dan rakannya, R S Sureandran, 23, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.50 malam ketika kedua-duanya menaiki kereta  dari arah Klang menghala Banting.

“Berdasarkan siasatan kereta itu disyaki dipandu laju menyebabkan kereta jenis Honda itu gagal dikawal lalu terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebatang pokok di sebelah kiri laluan di lokasi kejadian.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan melekat pada pokok berkenaan selain remuk teruk menyebabkan kedua-dua penumpang pula mengalami kecederaan parah,” katanya.

Beliau berkata, mayat kedua- dua mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang Untuk dibedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

'via Blog this'

Dua suri rumah trauma disamun

Dua suri rumah trauma disamun - Melaka & NS - Sinar Harian:
MANTIN – Dua suri rumah melalui detik cemas apabila disamun empat lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian berasingan, di Taman Pinggiran Bayu, Mantin, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa berada di luar pagar rumah masing-masing.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusoff Awang berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, empat lelaki yang menaiki dua motosikal berhenti di hadapan rumah mangsa pertama, sebelum semua suspek menyerbu mangsa berusia 30 tahun itu.

Menurutnya, semua suspek bersenjatakan parang mengacukan senjata itu ke leher mangsa dan terus merentap gelang tangan serta dua loket rantai milik mangsa.

“Mangsa yang ketakutan menjerit dan suaminya yang ketika itu di dalam rumah segera keluar untuk membantu isterinya tetapi salah seorang suspek menendang kakinya.

“Suspek sama turut menyamun seorang pekerja yang mengecat pagar rumah mangsa, berusia 33 tahun, sebelum melarikan telefon bimbit dan kunci motosikal milik mangsa," katanya.

Yusoff berkata, tidak lama kemudian, keempat-empat penjenayah melakukan samun terhadap seorang suri rumah berusia 50-an yang melalui lorong taman perumahan itu.

“Penjenayah menghampirinya dan merentap seutas rantai leher yang dipakai mangsa. "Semua kejadian samun ini melibatkan kerugian hampir RM6,000. Bagaimanapun semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 kerana melakukan samun berkawan tanpa senjata api,” katanya.
'via Blog this'

Dua maut dalam kemalangan berasingan

Dua maut dalam kemalangan berasingan - Pahang - Sinar Harian:
KUANTAN - Seorang pemandu sebuah kereta maut manakala abang, adik dan seorang rakannya terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka berpusing akibat kerosakan pada sterengnya sebelum melanggar besi pengadang jalan di Kilometer 91.8 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Bentong, petang kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 7.25 petang itu, mangsa Mohamed Adam Che Rasdi, 29 dari Kampung Permatang Piah, Jalam Kolam Melor, Kelantan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Bentong.

Abangnya, Mohd Rasdan Che Rasdi, 31 dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan adiknya, Mohd Fadly Hisham Che Rasdi, 27 serta rakan mereka Ahmad Nor Nasriq Mohammad Nor Azman, 24 dari Felcra Keruak, Jertih, Terenggu terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kereta jenis Toyota yang dinaiki tiga beradik bersama seorang rakannya itu dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta yang dinaiki mengalami kerosakan pada stereng menyebabkan kenderaan tersebut tidak dapat dikawal lalu berpusing beberapa kali sebelum merempuh besi pengadang lebuh raya di sebelah kiri.

“Akibat rempuhan itu, kereta yang dinaiki mereka remuk di bahagian hadapan manakala pemandunya cedera parah.

“Keempat-empat mangsa di hantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut bagaimanapun Mohamed Adam disahkan meninggal dunia,” katanya.

Mohamed Fauzi berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan faktor jalan basah selepas hujan antara punca kenderaan tersebut berpusing.

Sementara itu, hasrat seorang nenek membawa pulang dua cucunya ke rumah selepas menjemput mereka dari sebuah sekolah tidak kesampaian apabila dia maut akibat dirempuh sebuah motosikal ketika cuba melintas jalan di Kilometer 10, Jalan Jerantut- Temerloh dekat Sanggang, Temerloh, petang kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 5.45 petang itu, mangsa Ramlah Ali, 64 dari Kampung Baru Paya Luas, Kuala Krau mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.

Sementara itu dua cucunya, Kurniawati Karna Hidayat, 16 dan Khairul Nazim Karna Hidayat, 7 yang turut dirempuh motosikal terbabit mengalami kecederaan dan dihantar menerima rawatan di hospital sama.

Abdul Rahim berkata, penunggang motosikal, Ahmad Arshad, 62 dari Jengka 22, Bandar Jengka, Maran turut parah dalam kemalangan tersebut.
'via Blog this'

Bakar bilik selepas geledah

Bakar bilik selepas geledah - Melaka & NS - Sinar Harian:

Bilik bersepah selepas digeledah penjenayah.
Bilik bersepah selepas digeledah penjenayah.
SEREMBAN – Sekumpulan penjenayah sanggup membakar sebuah bilik di rumah mangsa dalam cubaan samun bagi menghapuskan bukti di Taman Sentosa, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kumpulan penjenayah terbabit dipercayai memecah masuk rumah berkenaan dengan memotong kunci mangga jeriji pintu hadapan kediaman itu.

Jurucakap polis berkata, penjenayah menyelerakkan pelbagai barangan rumah sebelum membakar sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Mereka tidak mengambil sebarang barangan milik penghuni rumah.

“Hasil siasatan awal mendapati, selepas suspek menggeledah rumah, mereka membakar sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum meninggalkannya,” katanya.

Menurutnya, jiran sebelah yang terhidu asap terkejut melihat sebuah bilik terbakar dan segera menghubungi bomba.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan penghuninya bercuti ke Melaka ketika kejadian berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Kita masih menunggu laporan daripada pihak forensik dan bomba mengenai nilai kerugian serta punca sebenar kebakaran," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat menggunakan  api.

'via Blog this'

Lelaki didenda RM5,000 miliki mercun

Lelaki didenda RM5,000 miliki mercun - Utara - Sinar Harian:

Lelaki didenda RM5,000 miliki mercun
Nor Azah (kiri) menunjukkan barang kes kepada Mohd Rushidi (tiga, kanan).
JITRA, - Seorang bapa yang bakal menimbang cahaya mata keempat didenda RM5,000 kerana memiliki mercun tanpa kebenaran setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jitra, di sini, semalam. Majistret Nor Azah Idris  menerima pengakuan salah tanpa syarat dan menjatuhkan hukuman itu dan jika gagal, boleh dipenjara sehingga enam bulan.

Mohd Rushidi Bidin, 28, didakwa memiliki pelbagai jenis mercun, antaranya 40 bungkusan mercun bola, 61 bungkusan bunga api Sun, 30 bungkusan Magic Boom, 20 bungkusan Thunder Clap Rockets, 40 bungkusan Four Colorfull    Flower, 30 bungkusan mercun ketupat dan 10 biji Patt Chayhung Craker.

Kesalahan itu dilakukan di sekatan jalan raya pintu A Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Bukit Kayu Hitam, kira-kira jam 8.40 malam pada 4 Julai lalu.

Mohd Rushidi boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang memakai kemeja T tidak dapat menahan sebak dan menangis apabila melihat isterinya yang sarat mengandung sewaktu majistret menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Peguamnya, Shanishah Hashim memohon hukuman diringankan kerana menanggung tiga anak dan isteri yang sarat mengandung. “Ini adalah kesalahan pertama dan dia tidak mempunyai kerja tetap,” katanya.

'via Blog this'