Search This Blog

Sunday, July 8, 2012

Bas terbalik: 14 warga Rusia maut di Ukraine



KIEV 8 Julai - Sebuah bas yang membawa seramai 41 penumpang warga Rusia terbabas lalu terbalik berhampiran bandar Chenihiv, utara Ukraine pada pagi semalam, menyebabkan 14 daripadanya maut manakala 22 cedera.
Menurut Kementerian Kecemasan Rusia dan Ukraine, ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan ke sebuah biara Kristian Ortodoks di pekan Pochaiv.
Agensi berita Interfax melaporkan, kementerian menghantar bantuan helikopter bagi membawa mangsa yang terkorban dan cedera ke hospital. - REUTERS

Bas terbalik: 14 warga Rusia maut di Ukraine



KIEV 8 Julai - Sebuah bas yang membawa seramai 41 penumpang warga Rusia terbabas lalu terbalik berhampiran bandar Chenihiv, utara Ukraine pada pagi semalam, menyebabkan 14 daripadanya maut manakala 22 cedera.
Menurut Kementerian Kecemasan Rusia dan Ukraine, ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan ke sebuah biara Kristian Ortodoks di pekan Pochaiv.
Agensi berita Interfax melaporkan, kementerian menghantar bantuan helikopter bagi membawa mangsa yang terkorban dan cedera ke hospital. - REUTERS

Mayat mangsa serangan buaya ditemui

Mayat mangsa serangan buaya ditemui:







Beberapa anggota penyelamat mengeluarkan mayat Derahman Chali yang dipercayai dibaham buaya di Sungai Saribas, semalam.



BETONG 7 Julai - Mayat pemotong batang sagu, Derahman Chali yang hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Saribas, Khamis lalu ditemui dalam keadaan menyayat hati pagi ini.


Mayat Derahman, 55, ditemui seorang penduduk kampung di tebing sungai Kampung Medang, Spaoh kira-kira pukul 7 pagi, 20 kilometer dari tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Sarifuddin Mustafa berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala, tangan kanan dan kedua-dua belah kaki hampir putus.


Selain itu, katanya, keadaan perut mangsa juga terburai akibat serangan reptilia itu, manakala tangan kiri, leher dan separuh daripada badannya belum ditemui.


"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat. Ahli keluarganya pula sudah dipanggil untuk melakukan pengecaman dan mengesahkan mayat tersebut adalah Derahman.


"Berikutan penemuan mayat itu, polis telah menghentikan operasi mencari di sungai berkenaan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Sementara itu, anak sulung mangsa, Norasiah Derahman, 24, berkata, sungai yang selama ini menjadi punca pendapatan keluarga bertukar menjadi 'musuh' kepada mereka.


Katanya, keluarga mereka selama ini bergantung harap pada hasil tangkapan daripada sungai tersebut kini trauma untuk menjejakkan kaki ke situ.


"Apa yang lebih menyedihkan mayat ayah ditemui dalam keadaan sungguh menyayat hati.


"Kami ingin mendapatkan bantuan pawang Indet untuk memburu buaya yang membaham ayah tetapi soal bayaran perlu dibincang terlebih dahulu kerana kami bukanlah berduit sangat," katanya.


Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi Khamis lalu, Derahman dibaham buaya di tebing Sungai Saribas sewaktu turun untuk membasuh tangan sebelum menikmati bekal yang dibawa ke tempat kerja.


'via Blog this'

3 beranak, pejalan kaki maut



TAMPIN 7 Julai - Tiga beranak dan seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh oleh sebuah lori yang terbabas di Kilometer 4, Jalan Tampin-Gemas, di sini malam tadi.
Kemalangan ngeri itu berlaku kira-kira pukul 7.30 malam, semasa tiga beranak terbabit iaitu H. Duraiswami, 34, bersama isteri, A. Mere Minna, 37, dan anak mereka, Kugan, 2, yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 berhenti di bahu jalan untuk bertemu seorang rakan.
Jurucakap polis berkata, sebaik sahaja memberhentikan motosikal untuk berjumpa dengan seorang pejalan kaki yang juga rakannya dikenali sebagai Samugam, 60, tiba-tiba sebuah lori dari arah belakang yang hilang kawalan merempuh mereka.
"Rempuhan itu menyebabkan Mere Minna dan Kugan maut di tempat kejadian, manakala suaminya dan Samugam disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di hospital.
"Keempat-empat mangsa mati akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, kakak kepada Duraiswami, Mageswary, 36, ketika ditemui berkata, dia sedih kerana adiknya sempat menjaga ibunya yang sakit selama beberapa bulan sebelum maut dalam kemalangan itu.
"Adik saya dan suaminya sebelum ini tinggal di Sabak Bernam, Selangor tetapi mengambil keputusan berpindah ke sini sejak tiga bulan yang untuk menjaga ibu kami yang sakit tua.
"Saya terharu kerana tidak sangka adik saya sempat menjaga ibu selama tiga bulan sahaja sebelum dia meninggalkan kami semua," katanya.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Wooi Kooi Cheang memberitahu, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.
Beliau berkata, pemandu lori berusia 31 tahun yang merempuh mangsa kini ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Anak pegawai polis cedera dibelasah



KUALA LUMPUR 7 Julai - Niat baik seorang anak pegawai polis mahu membantu menyelamatkan seorang rakannya yang ditumbuk, berakhir dengan mimpi ngeri apabila dia cedera dibelasah dalam pergaduhan yang berlaku di kawasan sekolahnya di Sekolah Menengah Datuk Mohd. Said Nilai, dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Mohd. Najib Zulkarnain, 18, iaitu anak kepada Penolong Penguasa Polis di Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Zulkarnain Ismail, cuba membantu seorang rakannya yang dibelasah tiga lelaki tidak dikenali.
Menurut Mohd. Najib, tiga lelaki terbabit yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil telah menceroboh masuk ke kawasan sekolah dan terus bertindak membelasah rakannya tanpa belas kasihan.
"Melihat insiden itu, saya cuba menenangkan kedua-dua pihak agar berhenti bergaduh tetapi malangnya saya pula yang teruk dibelasah sehingga berdarah di bahagian mata dan lebam di muka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Mahkota dekat sini hari ini.
Pelajar tingkatan enam itu mendakwa, punca pergaduhan mungkin disebabkan tindakannya bersama tiga lagi rakan yang dilantik sebagai fasilitator mengawasi pelajar tingkatan tiga telah menegur seorang pelajar kerana melanggar disiplin pada malam itu.
Dakwanya lagi, pelajar terbabit yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudian menelefon abangnya yang tinggal di kampung berhampiran memintanya datang ke sekolah untuk membalas dendam.
"Ketika itu, sekolah kami sedang mengadakan Program Pembestarian dan Qiamulail untuk pelajar tingkatan tiga serta tingkatan enam sempena peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.
"Walaupun ada guru dan ibu bapa yang hadir pada program tersebut, mereka hanya mampu melihat dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghentikan pergaduhan itu disebabkan tiga lelaki yang membelasah kami bersikap terlalu ganas," ujarnya.
Ibu kepada Mohd. Najib, Zainon Adon, 44, memberitahu, dia terkejut apabila dimaklumkan suami bahawa anak keduanya itu cedera dibelasah dalam kawasan sekolah.
Zainon berkata, dia hairan bagaimana orang luar boleh masuk sewenang-wenangnya ke kawasan sekolah yang diawasi oleh pengawal keselamatan selama 24 jam.
Katanya, bimbang dengan keselamatan Mohd. Najib, dia bersama suami membuat laporan di Balai Polis Nilai pada pukul 2 pagi ini.

Belum ada petunjuk kesan ejen hartanah hilang



Tong Yong Ching
KUALA LUMPUR 7 Julai - Polis sudah mengambil keterangan daripada keluarga dan rakan sekerja kepada ejen hartanah lelaki, Tong Yong Ching, 45, yang dilaporkan hilang selepas menemui pelanggan di Ara Damansara, dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis bertindak segera menjalankan siasatan untuk mengesan ejen hartanah itu, sebaik sahaja keluarganya membuat laporan pada malam kelmarin.
"Berdasarkan keterangan diambil daripada rakan sekerja dan ahli keluarganya, kita cuba mengesan Yong Ching tetapi belum berjaya mengesannya sehingga kini.
"Polis juga belum menemui kereta yang digunakan mangsa semasa dilaporkan hilang dan petunjuk lain yang boleh membantu untuk mengesannya," kata Arjunaidi ketika dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin, keluarga Yong Ching membuat laporan di Balai Polis Kelana dekat sini, memaklumkan lelaki itu tidak pulang ke rumah selepas keluar menemui seorang pelanggan di Ara Damansara kira-kira pukul 5 petang.
Kehilangan ejen hartanah itu disedari keluarganya setelah dia tidak datang menjemput anaknya dari sekolah pada pukul 6.30 petang.
Mereka kemudian membuat laporan polis pada pukul 10 malam hari sama kerana bimbang jika Yong Ching ditimpa sesuatu yang tidak diingini seperti menjadi mangsa penjenayah.
Arjunaidi berkata, orang ramai mempunyai maklumat mengenai ejen hartanah itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Ibu redah asap demi selamatkan tiga anak

Ibu redah asap demi selamatkan tiga anak - Terengganu - Sinar Harian:


Redah asap selamat tiga anak
Suriani Mohamad, 39, menerima kunjungan Yang Dipertua Pas Kawasan, Wan Hassan Mohd Ramli (tiga kanan) yang turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada wanita malang itu.


DUNGUN - "Sebaik menyedari rumah saya terbakar, saya bergegas mengejutkan anak yang sedang tidur sebelum mencapai kunci kereta lalu keluar menyelamatkan diri. dan dalam sekelip mata sahaja rumah kami terbakar."

Demikian luah Suriani Mohamad, 39, ibu tunggal kepada tiga anak yang nyaris menjadi korban dalam kebakaran selepas api yang dipercayai bermula di hadapan rumah marak sebelum meranapkan rumah didudukinya sejak lebih 10 tahun lalu itu.

Menurut Suriani, ketika kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, dia bersama tiga anaknya Nur Suria Natasha Hamdan, 15, Mohd Shahril Mohd Saidi, 12 dan Mohd Shafiq Mohd Saidi, 14, sedang lena tidur sebelum dikejutkan dengan bau hangit diikuti asap tebal mula menyelubungi
ruang tamu rumahnya.

Katanya, pada masa sama, dia turut terdengar beberapa bunyi letupan dari bahagian hadapan rumah dan ketika itu hanya satu dalam fikirannya iaitu mencari jalan untuk menyelamatkan diri.

Suriani berkata, tanpa berfikir panjang, dia terus mengejutkan tiga anaknya lalu nekad meredah asap sebelum mencapai kunci kereta yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.

“Walaupun ketika itu, bunyi letupan dan asap tebal menyelubungi ruang tamu, saya kuatkan semangat untuk mendapatkan kunci kereta dan kemudiannya kami bertiga bergegas keluar melalui pintu dapur sebelum saya menghidupkan enjin kereta lalu mengalihkannya ke lokasi lebih selamat,” katanya.

Katanya, dari jauh dia hanya mampu melihat struktur rumah yang dijadikan tempat berteduh bagi mereka tiga beranak itu satu persatu menyembah bumi sebelum bomba memadamkan kebakaran beberapa minit kemudian.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan semula kehidupan saya setelah semuanya musnah dijilat api.

“Dengan status saya sebagai ibu tunggal, tentu tragedi ini amat menyukarkan, saya kini tinggal sehelai sepinggang,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafiq yang ditemui di lokasi kejadian berkata, dia yang sedang nyenyak tidur terpinga-pinga sebaik dikejutkan oleh ibunya yang dipanggil ‘mummy’ itu.

“Selepas kami keluar dari rumah, saya lihat api semakin besar.

“Saya cuba padamkan api menggunakan air paip, tetapi apai marak terlalu cepat menyebabkan segala usaha saya itu hanya sia-sia,” katanya.

Sementara itu, Adun Sura, Wan Hassan Mohd Ramli yang turut meluangkan masa menziarahi keluarga berkenaan turut menyampaikan sumbangan peribadinya.

Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun yang tiba bersama sebuah jentera serta tujuh anggota berjaya mengawal keseluruhan kebakaran sejam kemudian.

Nilai kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.


'via Blog this'

Terkejut jumpa rangka motosikal

Terkejut jumpa rangka motosikal - Utara - Sinar Harian:


Samsuri (kiri) dan anaknya, Muhammad Syabil Harith, 10, melihat rangka motosikal yang ditemui.
Samsuri (kiri) dan anaknya, Muhammad Syabil Harith, 10, melihat rangka motosikal yang ditemui.


BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke pasar bersama anaknya menemui rangka motosikal dibuang di dalam sebuah takungan air berhampiran jalan pintas ke Kampung Besar, di sini, semalam.

Samsuri Sulaiman, 35, berkata, rangka berkenaan dipercayai masih baru berikutan awal pagi sebelumnya, dia terlihat kelibat empat lelaki berada di kawasan berkenaan ketika pulang dari kerja, kira-kira jam 3.30 pagi.

Menurutnya, pada masa itu, dia tidak mengesyaki apa-apa dan menyangka mereka datang untuk memancing ikan haruan kerana kawasan sawah padi berhampiran merupakan tempat popular memancing ikan berkenaan.

Bagaimanapun, dia yang mahukan kepastian terkejut menemui rangka motosikal itu pagi semalam ketika melalui kawasan terbabit sekitar jam 9.30 pagi.

“Saya memang melalui jalan ini setiap hari untuk menghantar anak ke sekolah tetapi tidak pernah melihat rangka motosikal ini di sini, sehinggalah pagi tadi. Dahulunya, takungan air ini menjadi tempat lori membersihkan tayar namun selepas projek pembinaan berhampiran siap, ia ditinggalkan begitu sahaja.

“Saya percaya rangka ini ditinggalkan kumpulan lelaki berkenaan yang berusia sekitar 20-an berdasarkan susuk tubuh mereka. Berkemungkinan mereka mencurinya di tempat lain dan datang ke sini untuk mengeluarkan bahagian-bahagian yang boleh digunakan. Kemudian, rangkanya ditinggalkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Samsuri berkata, sebelum ini, kawasan tali air dekat Kampung Besar merupakan tempat kumpulan curi motosikal membuang rangka dan kini lokasi berkenaan pula dijadikan port baru mereka.

Katanya, dia menasihati penduduk setempat supaya berhati-hati dengan situasi itu dan sentiasa menjaga keselamatan harta benda masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Pada masa sama, saya meminta kerjasama polis untuk memantau kawasan berkenaan kerana ia sunyi pada waktu malam," katanya.


'via Blog this'

Bumbung terbang akibat diserang ribut

Bumbung terbang akibat diserang ribut - Utara - Sinar Harian:


Bumbung terbang akibat diserang ribut
Asmunie menunjukkan kepingan zink yang diterbangkan angin dan tersangkut di wayar elektrik di hadapan rumahnya di Kampung Baru, Penaga, petang kelmarin.


SEBERANG PERAI UTARA - Dua rumah penduduk masing-masing setiap satu di Kampung Baru dan Kota Aur di sini, rosak selepas dipukul ribut, petang kelmarin.

Kejadian jam 6 petang itu bukan sahaja menyebabkan bumbung rumah dua penduduk terbabit rosak teruk, malah barangan rumah mereka turut rosak terkena air.

Mangsa, Mohd Salleh Mat, 28, berkata, ketika kejadian, dia bersamanya isteri, Azmah Halim, 26, dan anak tunggal mereka, Mohd Danial berusia setahun enam bulan berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen.

“Kira-kira jam 6 petang semalam, saya terdengar deruman angin kencang menghala tepat ke rumah sebelum melihat kerangka bumbung tiba-tiba bergoyang.

“Dalam masa sama, saya dapati zink bumbung mula tercabut satu persatu sebelum seluruh bumbung rumah yang didiami sejak enam tahun ini diterbangkan angin,” katanya.

Menurut pekerja kampung itu, bimbang sesuatu yang buruk berlaku dia kemudian menarik tangan isteri dan mengendong anak lelakinya berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

Katanya, ketika itu rumahnya digenangi air hujan menyebabkan semua peralatan seperti perabot dan alat elektrik basah kerana tidak sempat diselamatkan mengakibatkan kerugian mencecah RM15,000.

Seorang lagi mangsa, Asmunie Ismail, 39, berkata, serangan angin kencang itu hanya disedari apabila terdengar bunyi kuat seolah-olah guruh berdentum.

“Ketika itu saya berada di ruang tamu berseorangan kerana ahli keluarga lain keluar ke pekan.

“Kekuatan angin itu berjaya mengangkat bumbung dapur rumah dan menerbangkan zink hingga tersangkut di wayar elektrik,” katanya yang mengalami kerugian hampir RM20,000 dalam kejadian itu.

Menurutnya, bekalan elektrik turut terputus dan dia hanya mampu melihat kepingan zink diterbangkan angin tanpa dapat berbuat apa-apa kerana bimbangkan keselamatan diri.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Utara, Abdul Rahim Mohd Aliff berkata, pihaknya telah melawat tempat kejadian selepas dimaklumkan kejadian itu.

Menurutnya, bantuan awal akan disalurkan kepada mangsa terbabit selepas mengambil butiran diri untuk penyaluran bantuan seterusnya.


'via Blog this'

Pemandu tertidur tengah jalan

Pemandu tertidur tengah jalan - Utara - Sinar Harian:


Pemandu tertidur tengah jalan
Polis mengeluarkan saman terhadap pemandu terlibat.


KULIM - Gara-gara memandu dalam pengaruh alkohol seorang lelaki berusia 20-an tertidur dalam kereta yang dipandunya di tengah jalan utama ke Taman Selasih kira-kira jam 4 pagi semalam.

Polis dari Balai Polis Taman Selasih yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) ternampak kereta lelaki itu dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, memandangkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki itu di tengah jalan, polis menjalankan siasatan lanjut dan menemui seorang lelaki sedang tidur.

“Apabila diminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu, lelaki itu terpinga-pinga dan mengaku dia mabuk.

"Polis telah mengarahkannya mengubah kenderaannya ke tepi jalan supaya tak mengganggu kenderaan lain dan memberi nasihat supaya tidak memandu dalam keadaan bahaya. Selain itu dia turut dikenakan saman,” katanya.

Menurutnya, mereka yang baru balik dari pusat hiburan dan tidak berkeyakinan untuk memandu seharusnya meminta bantuan orang lain untuk memandu kereta mereka bagi mengelak terlibat kemalangan.

Katanya, sehingga kini, ada pemandu kereta yang ditahan kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya berpunca dari pengaruh alkohol.

“ Saya ingin mengingatkan pengguna jalan raya bahawa memandu dalam keadaan mabuk merupakan kesalahan serius. Untuk memastikan kemalangan dapat dihindarkan, mereka berada dalam pengaruh alkohol seharusnya balik ke rumah dengan menggunakan perkhidmatan teksi atau meminta bantuan rakan lain. Cara ini lebih selamat,” katanya.


'via Blog this'

Teksi ‘cekik darah’ masuk perangkap

Teksi ‘cekik darah’ masuk perangkap - Selangor & KL - Sinar Harian:


Anggota Spad menjalankan pemeriksaan terhadap pemandu teksi di Sunway Pyramid, kelmarin.
Anggota Spad menjalankan pemeriksaan terhadap pemandu teksi di Sunway Pyramid, kelmarin.


PETALING JAYA – Teksi ‘cekik darah’ yang beroperasi sekitar bandaraya ini kecut perut malah ada yang cuba melarikan diri selepas menyedari penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) melakukan operasi besar-besaran di pusat membeli-belah Sunway Pyramid, kelmarin.

Operasi tiga jam bermula jam 8 malam itu berjaya menahan 10 pemandu teksi, enam tidak menggunakan meter manakala selebihnya tidak mempunyai lesen dan permit memandu.

Ketua Bahagian Penguatkuasan Spad, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi kali ini memberi tumpuan kepada enam lokasi panas antaranya kawasan komuter Batu Tiga, Mentari Court, IOI Mall Puchong, LRT Kelana Jaya, Summit USJ dan komuter Subang.

“Spad menerima banyak aduan dari pengguna mengenai segelintir pemandu teksi tidak menggunakan meter di enam lokasi dan hari ini kita telah melakukan penyamaran untuk mengesan kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Hasil penyamaran didapati pemandu teksi yang mengenakan caj melampau sehingga dua kali ganda daripada meter asal meskipun  jarak yang ditujui tidak sampai satu kilometer.

Hasni berkata, pemandu teksi dikenakan tindakan harus sedar dan perlu mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menjalankan operasi teksi.

“Kita juga mengalukan-alukan maklumat daripada orang ramai supaya melaporkan kepada Spad jika terdapat teksi tidak menggunakan meter dengan mencatatkan nombor pendaftarannya.

Difahamkan sepanjang tahun ini seramai 150 pemandu ditahan dan dikenakan tindakan kerana tidak menggunakan meter.

Tindakan diambil dibawah Seksyen 22 Pengangkutan Awam Darat 2010  yang boleh didenda hingga

RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.


'via Blog this'

Kes curi kabel serius

Kes curi kabel serius - Terengganu - Sinar Harian:
JERTIH – Masalah kecurian kabel telefon di daerah ini amat serius sehingga menyukarkan pengguna untuk berkomunikasi termasuk menyebabkan sistem perkhidma-tan talian jabatan kerajaan tertentu lumpuh.

Keadaan ini menyebabkan pengguna merungut manakala jabatan yang terjejas tidak dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.

Bagaimanapun, sebagai alternatif masalah berkenaan dikatakan boleh diatasi apabila Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan produk jalur lebar dan telefon mudah alih tanpa wayar.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengguna TM Terengganu, Yusli Yusof berkata, dianggarkan sebanyak 80 peratus kabel telefon di daerah ini dicuri dan langkah alternatif mengatasi masalah ini adalah pengguna boleh beralih kepada perkhidmatan mudah alih tanpa wayar.

Menurutnya, TM menyediakan perkhidmatan Streamyx Mobile bersama pakej tertentu dengan kelebihan satu modem boleh digunakan lebih daripada sebuah komputer.

“TM turut menawarkan perkhidmatan talian telefon mudah alih dengan perkhidmatan sama seperti telefon rumah antaranya panggilan tanpa had percuma ke semua talian tetap TM dan kadar caj yang murah selain boleh dibawa ke mana sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas majlis perasmian program TM Everyone Connect di Jertih Souq semalam.

Program disempurnakan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin.

Yusli berkata, bagaimanapun di kawasan Hulu Besut seperti Kampung La dan Keruak perkhidmatan mudah alih belum diperoleh.

Oleh itu, pihak TM akan berusaha untuk menyambung semula kabel telefon di kawasan yang mengalami kecurian khususnya di kawasan Hulu Besut.

“Kedua-dua perkhidma-tan TM iaitu produk jalur lebar dan telefon mudah alih tanpa wayar mendapat sambutan baik di daerah ini berikutan perkhidmatan sedia ada sering berdepan masalah setiap kali kabel dicuri,” katanya.
'via Blog this'

Penuntut antara ditahan dalam operasi cegah dadah

Penuntut antara ditahan dalam operasi cegah dadah - Terengganu - Sinar Harian:

BESUT - Seorang remaja berumur 17 tahun antara 36 yang ditahan dalam Ops Tapis membabitkan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND).

Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Noor Zainy Mohd Nor berkata, remaja tersebut ditahan di tepi jalan dipercayai sedang menunggu pelanggan di Kampung Durian Telur, Pasir Akar, Hulu Besut minggu lalu.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut pada badan suspek menemui sepuluh biji pil kemerahan dipercayai methamphetamine dalam salah satu poket seluarnya.

“Remaja yang menetap dari kampung itu adalah salah seorang yang ditahan hasil operasi dilakukan IPD Besut sepanjang minggu pertama bulan ini.

“Kebanyakan suspek yang ditahan didapati positif dadah ketika saringan air kencing berumur 17 hingga 49 tahun,” katanya.

Noor Zainy berkata, salah seorang yang ditahan juga membabitkan penuntut sebuah Politeknik yang didapati positif dadah.

Menurutnya, sebanyak dua kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan baki 33 orang lagi disiasat di bawah Seksyen 15(1) akta sama.

Katanya, Ops Tapis akan dilaksanakan secara berteru-san untuk memberkas pe-ngedar dan penagih dadah di daerah ini bagi memastikan daerah ini memerangi masalah dadah dan jenayah.

'via Blog this'

Lelaki dipercayai penagih dadah ceroboh kilang mati ditembak

Lelaki dipercayai penagih dadah ceroboh kilang mati ditembak - Perak - Sinar Harian: "KUALA KANGSAR - Seorang lelaki dipercayai penagih dadah meninggal dunia selepas ditembak oleh pengawal keselamatan ketika dia menceroboh sebuah kilang getah di Jalan Taiping di sini, pagi ini.

Lelaki berusia 30-an itu maut di tempat kejadian selepas terkena tembakan di bahagian kaki."

'via Blog this'

Sindiket seludup budak tumpas

Sindiket seludup budak tumpas - Global - Sinar Harian:

Sindiket seludup budak tumpas
Kos sara hidup yang tinggi punca utama anak-anak kecil dijual dan didagang secara haram di China.
BEIJING - Seramai 181 kanak-kanak diselamatkan daripada sindiket utama penyeludupan manusia selain 802 orang ditahan dalam satu operasi terbesar di China, kelmarin.
Menteri Keselamatan Awam China, Meng Jianzhu berkata, operasi terbaru di 15 wilayah utama negara itu menumpaskan dua sindiket terbesar dan membawa kepada penangkapan ketua-ketua kumpulan terbabit.

Jenayah penyeludupan kanak-kanak merupakan masalah besar di China susulan penguatkuasaan dasar kerajaan yang mengehadkan kebanyakan pasangan di bandar memiliki seorang anak dan dua anak bagi pasangan di luar bandar sekali gus mendorong kepada penjualan anak jika pasangan itu mempunyai lebih dari yang ditetapkan.

Kebanyakan bayi yang diculik akan didagangkan secara haram, tetapi sebahagiannya dijual oleh keluarga yang terlalu miskin.

'via Blog this'

Pemimpin pelajar ditahan di Myanmar

Pemimpin pelajar ditahan di Myanmar - Global - Sinar Harian:

Pemimpin pelajar ditahan di Myanmar
Penahanan pemimpin pelajar dibuat tanpa sebab.
YANGON - Sekurang-kurangnya 20 pemimpin pelajar di Myanmar ditahan kelmarin, sejak pembubaran kerajaan junta. Penangkapan dibuat semasa kumpulan berkenaan menyertai perhimpunan memperingati tindakan keras terhadap pergerakan pelajar.

"Lima aktivis ditahan di Yangon, manakala lima lagi di Shwebo, enam di Mandalay, dan empat orang di Lashio," kata seorang wakil pemimpin pelajar yang ditindas kejam pada 1988, Thet Zew.

Aktivis veteran dari kumpulan Generation 88 memberitahu, lima aktivis yang ditahan di Yangon disebabkan pihak berkuasa mahu mengadakan perbincangan.

Sejak tahun lalu, Myanmar berhadapan siri reformasi apabila Presiden Thein Sein mengambil alih tampuk pemerintahan dari kuasa tentera termasuk membebaskan beratus-ratus banduan politik.

'via Blog this'

Pemberontak Mali terus rekrut kanak-kanak

Pemberontak Mali terus rekrut kanak-kanak - Global - Sinar Harian:
WASHINGTON - Tentera pemberontak Mali didakwa masih menjalankan kegiatan merekrut kanak-kanak dan remaja sebagai ahli mereka.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) melaporkan, 175 remaja lelaki berumur antara 12 dan 18 tahun telah direkrut oleh kumpulan pemberontak bersenjata yang mengawal bahagian besar utara Mali.

Menurut jurucakap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Eduardo del Buey, ketidakselamatan rantau itu memaksa 30,000 pelajar diberhentikan persekolahan bagi mengelakkan dieksploitasi pemberontak.

Baru-baru ini, satu resolusi menyokong penuh Komuniti Ekonomi Afrika Barat (Ecowas) dan Kesatuan Afrika (AU) digunakan Majlis Keselamatan PBB dalam memulihkan demokrasi di Mali.
'via Blog this'

Niat murni bertukar tragedi

Niat murni bertukar tragedi - Semasa - Sinar Harian:

Niat murni bertukar tragedi
Anggota polis dibantu orang ramai mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke hospital. (Gambar kecil : Dari kiri, MERE MINNA. DURAISWAMI, dan KUGEN)
Niat murni bertukar tragedi
Ilustrasi kejadian
TAMPIN - Niat murni seorang lelaki mahu membantu seorang warga emas yang ditemui berdiri di tepi jalan bertukar tragedi, apabila dia bersama isteri dan anaknya maut dirempuh sebuah lori, malam kelmarin.

Turut maut, warga emas terbabit yang juga dirempuh lori sama membawa muatan roti.

Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam di Kilometer 4 Jalan Tampin-Gemas, di sini, apabila H Duraiswami, 34, bersama isteri, A Mere Minna, 37, dan anaknya, D Kugen, 2, dalam perjalanan pulang dari pekan Tampin ke rumah di Taman Repah Baru, di sini dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5.

Ketika di tempat kejadian, mangsa dikatakan terserempak dengan seorang warga emas berusia sekitar 60-an di tepi jalan di sebuah jambatan.

Pada mulanya, tiga beranak itu meneruskan perjalanan mereka, namun dikatakan berpatah balik beberapa meter untuk bertanya warga emas berkenaan.

Musykil lihat lelaki di tepi jalan waktu malam 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai berbuat demikian kerana musykil melihat warga emas terbabit berada di tepi jalan pada waktu malam dan berniat untuk bertanya.

"Bagaimanapun, sebaik saja dia selesai bertanya dan mahu meneruskan perjalanan semula, sebuah lori dari arah depan merempuh motosikal mangsa," katanya.

Menurutnya, motosikal mangsa tercampak kira-kira tujuh meter, lalu mengenai warga emas terbabit.

"Pada mulanya, pemandu lori berusia 30-an itu cuba memberi bantuan awal, namun bertindak meninggalkan lokasi dan membuat laporan di Balai Polis Tampin selepas mendapati orang ramai mengerumuni kawasan berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Cari waris warga emas 

Menurut Kooi Cheang, Duraiswami disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban kira-kira 9 malam, sementara isteri dan anaknya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Warga emas berkenaan pula maut kira-kira 12 tengah malam tadi (semalam) di Hospital Tampin, dekat sini," katanya,

Beliau berkata, setakat ini polis sedang mencari waris warga emas berkenaan yang tidak mempunyai sebarang rekod pengenalan diri.

"Warga emas itu juga dikatakan sering kelihatan berjalan kaki dari Gemencheh ke pekan Tampin dengan berseluar pendek," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat tiga beranak berkenaan akan disemadikan di tempat pembakaran mayat di Bukit Jelutong, Melaka, petang ini.

'via Blog this'

Dentuman kuat

myMetroDentuman kuat:

KOTA BHARU: “Saya terkejut mendengar bunyi dentuman kuat dan sebaik menoleh ke belakang, saya lihat seorang lelaki di atas bumbung kereta sebelum tergolek ke atas jalan.
“Saya pelik bagaimana lelaki itu boleh terjatuh dari bangunan ini, sedangkan semua pintu dikunci,” kata penguasa pengawal keselamatan, Mecir Abdullah, 50, saksi kejadian seorang lelaki jatuh dari sebuah bangunan di Jalan Post Office Lama, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi, mangsa berusia 30-an dan dipercayai kurang siuman itu patah kedua-dua kaki selepas terjatuh dari tingkat empat.
Mangsa yang memakai baju-T dan berkain pelikat itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk rawatan lanjut.

Menurut Mecir, sebelum kejadian, dia memulakan tugas pada jam 8 pagi bersama seorang rakan setugas dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati semua pintu masuk yang ada di bangunan dikunci.

'via Blog this'

Doktor tipu guna cecair silikon industri

myMetroDoktor tipu guna cecair silikon industri:

KUALA LUMPUR: Cantik yang diidamkan, azab yang ditanggung. Kurang pengetahuan mengenai kaedah dan bahan digunakan bagi prosedur membesarkan punggung menyebabkan ramai pengguna yang mahu memiliki bentuk badan sempurna terpedaya hingga menanggung kesan mudarat.
Ketua Jabatan Pembedahan Plastik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yap Lok Huei berkata, mereka yang memasang niat berbuat demikian perlu mendapatkan khidmat pakar berlesen dan bertauliah. 
“Individu yang ingin menjalani prosedur membesarkan bahagian tertentu tubuh perlu berhati-hati bagi mengelak ditipu. Ini kerana ada pusat kecantikan atau doktor tidak berlesen dan bertauliah menawarkan perkhidmatan kononnya memasukkan kolagen tetapi sebenarnya menyuntik cecair silikon.

“Selepas cecair silikon disuntik di bawah kulit, potensi pelanggan mengalami alahan dan parut lebih tinggi. Cecair silikon digunakan sebenarnya bukan gred perubatan, sebaliknya untuk industri yang digunakan dalam mesin. Anggaran kos ialah RM1,000 untuk silikon perubatan bersamaan RM1 untuk industri. Pengusaha yang menawarkan perkhidmatan itu (menggunakan silikon industri) membuat banyak keuntungan,” katanya kepada Metro Ahad.

'via Blog this'

Guna 760 jarum

myMetroGuna 760 jarum:

DERITA... proses membuang kolagen pada wajah Pian yang disiarkan pada facebook artis itu.
DERITA... proses membuang kolagen pada wajah Pian yang disiarkan pada facebook artis itu.
MENYESAL... Pian menunjukkan kesan suntikan kolagen.
MENYESAL... Pian menunjukkan kesan suntikan kolagen.
KUALA LUMPUR: “Saat itu, saya berasa sakit yang tidak tertanggung. Bayangkan, saya dalam keadaan sedar ketika jarum ditusuk ke kulit.
“Sebelah punggung saja memerlukan kira-kira 380 batang jarum dan bayangkan saya suntik kedua-dua belah. Ini bermakna ada 760 batang jarum pada punggung,” kata artis kontroversi, Pian Cecupak menceritakan kesakitan ditanggung ketika membuat suntikan kolagen pada punggung.
Selain punggung, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, turut melakukan suntikan kolagen pada kedua-dua pipi, dagu dan hidung dengan kos mencecah puluhan ribu ringgit.

“Saya mengaku membuat suntikan itu lapan tahun lalu. Namun, itulah kali pertama dan terakhir saya lakukannya. Disebabkan mahu kulit lebih mulus dan anjal di samping bentuk punggung menarik, saya tak fikir risiko yang bakal ditanggung,” katanya kepada Metro Ahad.

'via Blog this'

Semakin popular

myMetroSemakin popular:

MANGSA KECANTIKAN... Solange (kanan) dan Claudia maut selepas menjalani pembedahan membesarkan punggung.
MANGSA KECANTIKAN... Solange (kanan) dan Claudia maut selepas menjalani pembedahan membesarkan punggung.
KUALA LUMPUR: Fenomena membesarkan punggung yang popular di Britain dan Amerika Syarikat kini mula menular di negara ini, terutama di kalangan selebriti, orang kenamaan dan model, supaya kelihatan lebih seksi dan montok.
Trend ini semakin menjadi-jadi selepas personaliti popular Britain, Pippa Middleton secara tiba-tiba dilihat memiliki punggung seksi ketika menjadi pengapit kakaknya, Kate pada majlis perkahwinan dengan Putera William, tahun lalu.
Faktor itu menyebabkan ramai mendakwa dia menjalani pembedahan atau suntikan membesarkan punggungnya yang sebelum itu leper.

Selain pengaruh Pippa dan selebriti Barat lain, trend membesar dan memantapkan punggung turut dikaitkan dengan artis Korea dan Jepun yang makin popular di kalangan remaja negara ini.

Pakar kulit, Dr Ko Chung Beng berkata, selepas penggunaan silikon, teknologi terkini bagi membesar dan mencantikkan punggung yang semakin menjadi pilihan ialah melalui pemindahan lemak dari tubuh ke punggung.

'via Blog this'

Reman terhadap Uncle Seekers, teman wanita dilanjut tiga hari

myMetroReman terhadap Uncle Seekers, teman wanita dilanjut tiga hari:

JOHOR BAHRU: Reman ke atas pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dan teman wanitanya dilanjutkan lagi tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penulisan di dalam blognya yang didakwa mengaibkan Sultan Johor.
Majistret Hafizah Johor Arif Johor membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan reman itu selepas tempoh reman terhadap Syed Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dan teman wanitanya, 26, yang bermula Khamis lepas berakhir hari ini. 
Sebelum itu, mereka tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu menaiki van polis dengan keadaan tangan bergari kira-kira pukul 10 pagi dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira pukul 11.15 pagi.

Syed Abdullah dan wanita itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam, Rabu lepas, di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - BERNAMA

'via Blog this'

30 sakit penangan bihun goreng

myMetro 30 sakit penangan bihun goreng:

SUNGAI SIPUT: Hasrat 30 pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, meneruskan kem motivasi di sekolah terbantut selepas mengadu muntah, loya, sakit perut dan cirit birit gara-gara ‘penangan’ bihun goreng dan teh tarik yang diambil sebagai sarapan.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, pelajar tingkatan tiga, lima dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Muda Abdul Aziz itu menjamu makanan berkenaan sebelum bergegas ke tandas selepas mengadu sakit perut yang teruk.

Difahamkan, makanan dan minuman itu disediakan katering yang ditempah di luar sekolah sebagai sarapan pagi untuk pelajar sempena program motivasi dianjurkan di dewan sekolah.
Sementara itu, lebih 100 pelajar lain yang kebanyakannya bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak mengalami keracunan kerana tidak menjamah sarapan pagi.

Berikutan kejadian itu, pelajar yang keracunan diasingkan oleh pihak pentadbiran sekolah sebelum ditempatkan di pusat sumber sekolah untuk rawatan awal.

Seorang pelajar tingkatan lima yang enggan dikenali berkata, dia mula berasa sakit perut jam 10 pagi sebelum ke tandas ketika program berlangsung.

'via Blog this'

Menangis lihat suami tersepit

myMetroMenangis lihat suami tersepit:

MARANG: “Saya hanya mampu menangis melihat suami tersepit dan mengerang kesakitan,” kata Normah Abd Razak, 49, isteri kepada Mohd Hamzah Ismail, 51, yang tersepit selepas lori dipandunya dirempuh sebuah lori lain di Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Pulau Kerengga, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.20 pagi, Mohd Hamzah parah di kaki kiri akibat tersepit di dalam lori dipandunya yang remuk dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan selepas dirempuh lori lain.

Kemalangan berlaku ketika Mohd Hamzah yang baru mengambil bekalan buah tembikai dari sebuah kebun di Kampung Serating, di sini, tiba di gerai menjual buah-buahan milik Normah di tempat kejadian.
Sebaik menghampiri gerai, Mohd Hamzah yang juga bapa kepada enam anak memberi lampu isyarat untuk berhenti di sebelah kiri jalan sebelum kenderaannya dirempuh lori dari belakang.

Rempuhan turut menyebabkan kebanyakan tembikai dan satu botol besar mengandungi minyak diesel yang berada dalam lori dipandu Mohd Hamzah tercampak keluar dan bertaburan di atas jalan raya.

Normah berkata, ketika kejadian, dia melayan beberapa pelanggan bersama dua anak dan seorang cucunya.
Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas, menyebabkan dia panik sebelum segera menghampiri suami bagi melihat keadaannya.

“Saya menangis tapi tak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya kerana dia tersepit. Saya hanya mampu berdoa supaya suami selamat selain memintanya bertenang.
“Malah, usaha orang ramai mengeluarkannya juga gagal kerana keadaan lori yang remuk menyukarkan dia dibawa keluar dari kenderaannya.

“Bagaimanapun, suami dikeluarkan 30 minit kemudian dengan bantuan bomba yang tiba tidak lama selepas itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya yang dihubungi mengesahkan, pihaknya menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

'via Blog this'

Kekasih pelajar lahir bayi di tandas dicekup

myMetroKekasih pelajar lahir bayi di tandas dicekup:KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai kekasih kepada seorang pelajar tingkatan empat yang melahirkan bayi di tandas asrama sebuah sekolah menengah berasrama di bandar raya ini, semalam.
Suspek berusia 19 tahun dari Perumahan Awam Kos Rendah Kampung Durian Guling, Marang, itu ditahan polis di rumahnya, jam 5 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek yang tidak bekerja ditahan hasil soal siasat dijalankan terhadap pelajar berusia 16 tahun terbabit.
“Siasatan awal mendapati suspek dan pelajar itu mengenali antara satu sama lain dan pernah berjumpa beberapa kali serta dipercayai melakukan hubungan seks sekitar Oktober atau November tahun lalu.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 13 Julai ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Bagaimanapun, pelajar berkenaan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.

'via Blog this'

2 nelayan jumpa mayat

myMetro2 nelayan jumpa mayat:BELADIN: Selepas tiga hari operasi pencarian dilakukan, akhirnya mayat mangsa serangan buaya, Drahman Chali, 55, ditemui dalam keadaan mengerikan apabila kepala mangsa hampir putus dan hanya tinggal bahagian kiri badan, manakala bahagian kanan dari paras bahu ke bawah, termasuk tangan kanan serta kaki kanan, hilang.
Mayat mangsa ditemui dua nelayan jam 7 pagi semalam di seberang Sungai Kampung Medang, Spaoh, 20 kilometer dari tempat kejadian.

Menurut Samsurul Bujang, 40, dia dan rakannya, Ramli Bujang, 31, ternampak objek pelik terapung di permukaan air ketika melalui sungai itu.
Katanya, mereka menyangkakan objek itu sampah dan ingin beredar tetapi apabila teringatkan kejadian serangan buaya Khamis lalu, mereka berpatah balik.

“Apabila tiba ke situ, saya terkejut mendapati ia mayat manusia dalam keadaan mengerikan dan kami yakin ia mangsa serangan buaya dan bergegas pulang untuk memaklumkan ketua kampung,” katanya.

Ramli berkata, sebelum ini mereka menggunakan laluan hulu sungai untuk pergi memotong kayu, tetapi semalam kali pertama melalui laluan itu dan tidak menyangka berjumpa mayat mangsa.
Jam 10 pagi, polis Betong dengan bantuan Jabatan Pertahanan Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mengeluarkan mayat mangsa dari tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Betong untuk bedah siasat dan penemuan terbabit turut dimaklumkan kepada keluarga mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit oleh penduduk kampung jam 7 pagi semalam.

Katanya, keluarga mangsa turut mengesahkan mayat terbabit milik Drahman Chali, 55 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Beladin, petang semalam.

'via Blog this'

Ajal motor terpelanting

myMetroAjal motor terpelanting:NGERI... lokasi kemalangan yang mengorbankan empat nyawa  di  Jalan Tampin-Gemas kelmarin.
NGERI... lokasi kemalangan yang mengorbankan empat nyawa di Jalan Tampin-Gemas kelmarin.
TAMPIN: “Adik hanya sempat menjaga ibu yang terlantar kerana sakit angin ahmar selama tiga bulan. Dia pindah ke sini sebab mahu jaga ibu, tapi dia pula maut dalam kemalangan,” kata H Mageswary, 36.
Dalam kemalangan ngeri di Kilometer 4 Jalan Tampin-Gemas, di sini, malam kelmarin, adik Mageswary iaitu H Duraiswami, 34, dan isteri, A Mere Minna, 37, serta anak pasangan itu, Kugan yang berusia dua tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh lori.

Lebih malang, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, pejalan kaki, Samugam, 60, turut maut akibat terkena motosikal itu yang terpelanting akibat dirempuh.
Mageswary yang ditemui di Rumah Mayat Hospital Tampin, semalam, berkata sebelum nahas itu jam 6.30 petang, Duraiswami, 34, membawa isteri dan anaknya ke bandar ini untuk membeli persiapan upacara sembahyang yang dilakukan setiap Jumaat.

“Dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Repah Baru sejam kemudian, adik saya yang menunggang motosikal terserempak rakannya, Samugam yang berjalan kaki di seberang jalan sebelum berpatah balik.

“Selepas bersembang dengan rakannya, dia mahu menyambung perjalanan apabila lori muatan roti tiba-tiba merempuh motosikal dinaiki tiga beranak itu.
“Samugam yang berada berhampiran turut terkena motosikal yang terpelanting, menyebabkan semua mereka parah. Bunga malai yang dibeli adik saya untuk upacara sembahyang bertaburan di atas jalan,” katanya.

Berikutan kejadian itu, isteri dan anak Duraiswami mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan, manakala Duraiswami dan Samugam mati ketika dirawat di hospital.
Mageswary berkata, keluarga adiknya baru tiga bulan berpindah ke rumah ibunya di Taman Repah Baru, di sini, dari Sabak Bernam, Selangor.

“Dia mahu menjaga ibu yang kini terlantar akibat serangan angin ahmar serta ibu mentuanya yang sakit tua tinggal di rumah sama,” katanya.

Abang Duraiswami, Ganesh, 39, pula berkata pasangan adiknya meninggalkan tiga lagi anak berusia satu, lima dan tujuh tahun.

“Saya terlalu sedih dan tidak sampai hati memberitahu mereka yang ibu dan bapa mereka meninggal dunia.

“Mereka bermain seperti tiada apa-apa berlaku pagi tadi (semalam). Keadaan pasti berbeza apabila mereka melihat mayat ibu bapa dan adik selepas ini,” katanya Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, pemandu lori berusia 31 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati lori terbabit dari arah Gemas merempuh motosikal mangsa yang baru memasuki laluan dari bahu jalan menuju ke Tampin sebelum itu.

“Wanita dan anaknya mati di tempat kejadian, manakala suaminya dan seorang pejalan kaki mati ketika dirawat di hospital,” katanya.


'via Blog this'

3 lelaki ditahan

myMetro3 lelaki ditahan:JOHOR BAHRU: Selaras senapang patah bersama tiga butir peluru dan dua pistol automatik antara senjata dirampas daripada tiga penjenayah yang diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor selepas menyamun serta memeras seorang wanita warga Singapura dan keluarganya.
Dalam operasi khas jam 5 pagi hingga 12 tengah hari Rabu lalu, polis turut merampas satu lencana berlogo PDRM dipercayai digunakan suspek ketika melakukan jenayah.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, tiga lelaki berusia 33 hingga 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
“Susulan laporan diterima daripada mangsa berkaitan kejadian menimpanya, kami menubuhkan pasukan khas untuk menjejak penjenayah.

“Hasil risikan serta maklumat awam, kami menyerbu tiga rumah di sekitar Felda Ulu Tebrau dan menahan ketiga-tiga suspek dipercayai dalang kes,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.

Menurut Mokhtar, dengan kejayaan itu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan kes membabitkan warga Singapura itu serta beberapa lagi kes samun lain dilakukan suspek.
Mokhtar berkata, ia berdasarkan siasatan awal pihaknya selain penemuan pelbagai barangan berharga dipercayai milik mangsa samun di kediaman terbabit.

“Selain menemui semula kereta jenis Nissan Sunny milik mangsa, kami merampas kereta jenis Hyundai Optima dilaporkan disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau pada 2 Julai lalu dan sebuah Proton Perdana disamun di Taman Austin Perdana pada 25 Jun lalu. “Pemeriksaan turut menemui 14 telefon bimbit, dokumen pengenalan diri, lesen memandu, kad bank serta kad kredit milik individu dipercayai mangsa samun,” katanya.
Menurut Mokhtar, semakan rekod lalu mendapati semua suspek terbabit pernah ditahan atas kesalahan samun, curi kenderaan, pecah rumah dan penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Dua daripada suspek berkenaan juga disenarai sebagai individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes curi kenderaan dan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) di Johor Bahru serta Kota Tinggi.

Mengulas lanjut kejayaan itu, Mokhtar menafikan penjenayah di negeri ini menjadikan warga Singapura sebagai mangsa, sebaliknya beliau menyifatkan kejadian sama boleh menimpa sesiapa saja tanpa mengira kerakyatan.

'via Blog this'

Tidak dendam

JUMPA... anggota Rela dan polis mengangkat mayat Drahman  yang ditempui nelayan di seberang Sungai Kampung Medang.
JUMPA... anggota Rela dan polis mengangkat mayat Drahman yang ditempui nelayan di seberang Sungai Kampung Medang.
BELADIN: “Kami sekeluarga anggap kejadian ini sebagai ujian Allah dan tidak menyimpan dendam mahupun memburu buaya yang membaham suami saya,” kata Latifah Nen, 53, isteri kepada Drahman Chali, 55, mangsa serangan buaya di tebing Sungai Medang, Khamis lalu.
Pendirian Latifah turut disokong keenam-enam anaknya, Nor Hasiah Derahman, 24; Norafidah, 22; Mohd Asrul 20; D Ramlee, 19; Mohd Qusyairi Arifin, 7, dan Jamalludin, 1.

Bersyukur kerana akhirnya sebahagian jasad arwah suaminya ditemui jam 7 pagi semalam, Latifah berkata, tiada gunanya mereka berdendam pada buaya kerana itu takdir Allah.
“Sampai bila manusia dan buaya mahu saling berdendam, sebaik-baiknya kita sama-sama berdoa supaya tiada lagi manusia menjadi mangsa serangan buaya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Latifah menafikan laporan mengatakan dia mahu mendapatkan khidmat bomoh seperti disiarkan beberapa akhbar, semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga juga tidak pernah terfikir mahu mengupah bomoh buaya seperti didakwa akhbar terbabit.
Katanya, sebagai umat Islam, beliau percaya kepada qada dan qadar Allah serta apa yang menimpa keluarganya ditakdirkan.

“Biarpun mayatnya tidak sempurna dan separuh badan hilang dibaham buaya, saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada kuburnya untuk kami sekeluarga ziarah selepas ini,” katanya.
Mayat Drahman yang diserang Bujang Saribas, Khamis lalu, ditemui jam 7 pagi semalam oleh dua nelayan di tebing Sungai Medang, Saribas, enam kilometer dari lokasi kejadian di Tanjung Lilin, Pusa, jam 8 pagi Khamis lalu.

Mayatnya hanya tinggal bahagian kepala dan kiri badan, manakala bahagian kanan dari paras bahu ke bawah termasuk tangan kanan dan kaki kanan, hilang.

http://www.hmetro.com.my

Bot karam di Sandakan, 2 murid lemas

Bot karam di Sandakan, 2 murid lemas - Semasa - Sinar Harian:SANDAKAN - Dua murid lemas manakala empat terselamat apabila bot yang mereka naiki semasa pulang dari sekolah, karam di perairan berhampiran Pulau Timbang dekat sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu membabitkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru yang dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Kampung Serabut.
Mayat Sabrurina Mohd Noor, 10, murid Tahun Empat telah ditemui manakala seorang lagi murid Zulaika Amri, 12, murid Tahun Enam belum ditemui.
Empat yang terselamat ialah pemandu bot yang juga bapa Zulaika berusia dalam lingkungan 30-an dan tiga lagi anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara setahun dan lima tahun.
Amri dan dua daripada anaknya kini dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan mereka dilapor dalam keadaan stabil.
Bapa Sabturina, Mohd Noor berkata bot yang dinaiki anaknya itu karam dipukul arus deras di perairan berhampiran Kampung Upak.
"Amri yang juga sepupu saya bersama tiga anaknya yang turut berada di dalam bot itu diselamatkan penduduk kampung," katanya ketika ditemui di Kampung Baru.
Sehingga berita ini ditulis, operasi mencari Zulaika oleh penduduk kampung dengan kerjasama Polis Gerakan Marin dihentikan pada pukul 6 petang disebabkan keadaan gelap dan perairan berombak.
Bot yang karam itu ditemui terdampar di Pulau Magandai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
urut meninjau tempat kejadian dan melawat keluarga mangsa ialah Anggota Dewan Undangan Sekong Datuk Samsuddin Yahya. - Bernama

'via Blog this'

30 pelajar keracunan makanan

30 pelajar keracunan makanan - Semasa - Sinar Harian: "SUNGAI SIPUT – Seramai 30 pelajar sebuah sekolah menengah di sini terpaksa menerima rawatan selepas mengalami muntah-muntah, loya, sakit perut dan cirit biritselepas bersarapan pagi tadi.

Difahamkan, kesemua pelajaritu yang berusia 15, 17 dan 19 tahun mengalami keracunan makanan setelah bersarapan di kantin asrama sebelum mengikuti program motivasi khas untuk pelajar tingkatan tiga, lima dan enam.

Mereka bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)."

'via Blog this'

Denggi: 24 kematian Januari-Jun 2012

Denggi: 24 kematian Januari-Jun 2012 - Semasa - Sinar Harian:KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 kematian dilaporkan akibat demam denggi di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 11 kematian dicatatkan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (tiga), Kedah (tiga), Perak (dua) manakala Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah masing-masing satu.
"Jumlah itu meningkat berbanding 18 kematian dicatat dalam tempoh sama tahun lepas. Terbaru, dua kematian dilaporkan antara 24 dan 30 Jun lepas melibatkan dua suri rumah (masing-masing) berusia 32 dan 17 tahun di Kedah.
"Mereka meninggal dunia akibat Sindrom Kejutan Denggi dalam tempoh kurang 48 jam setelah menerima rawatan. Pemantauan Kementerian Kesihatan mendapati kadar pembiakan Aedes di salah sebuah rumah pesakit terlalu tinggi iaitu Indeks Aedes 16.7 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Hasan berkata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, 11,794 kes denggi dilaporkan iaitu meningkat 15 peratus berbanding 10,293 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata antara negeri yang mencatat jumlah kes tertinggi ialah Selangor dengan 5,422 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (1,129) manakala Johor (846). - Bernama

'via Blog this'

JKM selamat 24 gelandangan

JKM selamat 24 gelandangan - Pahang - Sinar Harian:
Anggota penguat kuasa membantu seorang warga emas menuruni tangga.
Anggota penguat kuasa membantu seorang warga emas menuruni tangga.
KUANTAN - Pelbagai karenah gelandangan dapat dilihat bagi mengelak daripada ‘dicekup' Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam operasi bersepadu membasmi kegiatan pengemis dan kutu rayau di bandar Kuantan di sini, malam kelmarin.

Kebanyakan mereka memberi alasan sakit dan datang bersiar-siar ke Kuantan ketika didekati anggota penguat kuasa dalam operasi bermula jam 11 malam dan berakhir 2 pagi itu.

Malah ada juga yang tidak mahu berganjak dari tempat duduk dan kedegilan mereka yang kebanyakan warga emas memaksa anggota penguat kuasa mengangkat mereka ke kenderaan yang disediakan.


Beri pelbagai alasan

Seorang wanita berusia 53 tahun mendakwa dari Pattani datang ke Kuantan, kelmarin, untuk bekerja namun tiada tempat tinggal menyebabkan dia terpaksa bermalam di Terminal Makmur.

Dia yang juga orang kurang upaya (OKU) merupakan satu-satunya wanita yang diselamatkan dalam operasi itu.

Selain itu, seorang warga emas dalam lingkungan 60-an ‘diserang’ lelah secara tiba-tiba selepas melihat pasukan penguat kuasa mendekatinya.

Situasi sedikit mencemaskan apabila lelaki itu enggan diselamatkan dan memberi alasan mahu ke klinik sendirian.

Namun selepas beberapa minit dipujuk, dia akhirnya akur dan berjaya dibawa ke tempat penginapan sementara di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan.


Enam agensi terlibat operasi

Sementara itu, Timbalan Pengarah JKM negeri, Mohd Azahari Mohd Daut berkata, seramai 24 gelandangan termasuk kutu rayau, pengemis dan peminta derma berusia 13 hingga 70 tahun diselamatkan JKM dalam operasi bersepadu itu yang dijalankan bersama enam agensi berkaitan bagi membasmi kegiatan mengemis dan kutu rayau di bandar Kuantan.

Antara agensi terlibat ialah Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Kuantan, Agensi Antidadah Kebangsaan  dan Jabatan Imigresen Pahang.

“Dalam operasi yang disertai 75 anggota itu, enam lokasi tumpuan dijejaki bagi menyelamatkan mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan mengemis dan gelandangan.

“Antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah Jalan Pasar, Terminal Makmur, Esplanade, Tanjung Lumpur, Jalan Beserah dan sekitar bandar Kuantan,” katanya.

Mohd Azahari berkata, 24 yang diselamatkan itu terdiri daripada 19 lelaki dan seorang wanita termasuk empat remaja berusia 13 dan 14 tahun dipercayai daripada pusat tahfiz yang cuba meminta derma.

“Bagi kes pengemis dan kutu rayau, mereka diselamatkan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, manakala bagi kanak-kanak pula mereka dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kesemua yang ditahan akan ditempatkan sementara di pusat perlindungan dalam tempoh sebulan bagi mengenal pasti waris atau keluarga. Jika gagal mereka akan di letakkan di bawah perlindungan JKM,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan bagi menjaga imej bandar Kuantan terutama sempena Temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15 yang kini sedang berlangsung.

'via Blog this'