Search This Blog

Friday, July 6, 2012

Rampas bas, belasah pemandu




IPOH - Empat lelaki bersenjatakan sejenis objek keras dan tumpul bertindak merampas sebuah bas henti-henti lalu mencederakan pemandunya sebelum kenderaan tersebut ditemui tersadai di atas pembahagi jalan selepas merempuh sebatang tiang lampu semalam.
Kejadian pukul 6.50 pagi di Jalan Sultan Yusof dekat Padang Ipoh di sini itu berlaku ketika T. Manirajah, 50, yang memandu bas tersebut baru lima minit bertolak dari Stesen Bas Medan Kidd dengan membawa tiga pelajar sekolah yang merupakan penumpang pertamanya.
Manirajah memberitahu, tiba di satu persimpangan lampu isyarat, basnya ditahan oleh empat lelaki berusia awal 30-an.
Katanya, tanpa disangka, keempat-empat suspek itu terus meluru dan menyerangnya sebaik dia membuka pintu bas.
"Salah seorang suspek terus memukul kepala saya dengan objek keras hingga mengeluarkan darah. Saya yang cemas kemudian lari melalui pintu pemandu manakala tiga pelajar berkenaan diarahkan turun oleh penjenayah tersebut," ceritanya yang mendakwa kehilangan RM400 ekoran peristiwa tersebut.

Mengaku buat tuntutan palsu

SEREMBAN – Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dan bekas Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dihukum penjara tiga hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mereka mengaku salah membuat tuntutan palsu pada Oktober tahun lalu.
Tertuduh, Rosidah Hasan, 39, dan Siti Saleha Abdul Rahim, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.
Rosidah yang merupakan Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dituduh membuat tuntutan elaun fasilitator sebanyak RM800 untuk Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia Kumpulan 1 (Pengurusan dan Profesional) Siri 7 2011 pada 18 hingga 19 Oktober 2011 di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang antara 21 hingga 31 Oktober di Pejabat Pelajaran Negeri Sembilan di sini.
Bagaimanapun, pada tarikh kursus itu diadakan, tertuduh yang telah berkhidmat selama 15 tahun dalam sektor awam tidak hadir sebagai fasilitator.

Buaya Sarawak kembali ganas



INILAH lokasi Drahman dilibas buaya ketika dia mencangkung di atas rakit untuk mencuci tangan di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat Betong, Sarawak semalam.


BETONG - Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini pagi semalam.
Kali ini mangsa terbaharu ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali, 55, yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, Mohammad Nor Bujang, 51, sedang mengikat dan membuat rakit batang rumbia untuk dibawa ke kilang.
Menurutnya, mangsa kemudian mengajak Mohammad Nor makan terlebih dahulu sebelum menyambung kerja mereka dan dia pergi ke bahagian rakit batang rumbia untuk mencuci tangan sementara rakannya itu berada di daratan.
"Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya telah melibas Drahman sebelum menarik mangsa ke dasar sungai lalu hilang sebelum timbul seketika di permukaan dalam jarak 50 meter daripada pandangan rakannya.
"Mohammad Nor yang terkejut dengan kejadian itu telah cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke sungai itu namun buaya berkenaan semakin jauh ke tengah sungai," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beg sandang berisi mayat bayi

RAHSIA pelajar bersalin dalam tandas asrama sekolah terbongkar apabila gadis itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.



KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini sama sekali tidak menduga beg sandang yang diserahkan seorang rakan sekolahnya untuk disimpan rupa-rupanya mengandungi mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan.
Rahsia tersebut hanya terbongkar selepas 17 jam mangsa yang berusia 16 tahun menyimpan beg tersebut di bilik asramanya sebelum dia menerima panggilan daripada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang memintanya menghantar beg sandang tersebut ke hospital.
Doktor yang memeriksa beg sandang itu menemui mayat seorang bayi perempuan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, sebelum kejadian, seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas asrama sekolahnya pada pukul 1 pagi Selasa lalu.
Menurut beliau, pelajar itu kemudian pergi ke HSNZ pada pukul 6 petang hari sama selepas mendakwa sakit perut.
“Doktor yang memeriksa pelajar itu mendapati pelajar terbabit sebenarnya baru melahirkan bayi,” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Katanya, selepas ditanya oleh doktor yang merawatnya, pelajar itu mengaku dia melahirkan seorang bayi perempuan dan menyimpan bayi itu di dalam beg sandang.

Simpan mayat bayi dalam beg

KUALA TERENGGANU - Helah seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah berasrama di sini, untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana senggugut akhirnya terbongkar.

Setelah pemeriksaan dibuat, doktor mendapati pelajar tersebut baru sahaja melahirkan anak.

Dalam kejadian Selasa lalu, bayi perempuan yang dilahirkan kira-kira jam 1 pagi dalam tandas asrama sekolah berkenaan, disumbat di dalam beg galas sebelum disahkan meninggal dunia.

Bayi tersebut mempunyai kesan lebam di kepala, dipercayai terhantuk ketika proses kelahiran serta paru-paru dipenuhi air dan mengalami pendarahan teruk akibat tali pusat dipotong tidak betul.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pelajar itu mendapatkan rawatan di HSNZ kira-kira jam 6 petang pada hari kejadian kerana mengalami sakit perut akibat senggugut. Tetapi selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati sakit dialami adalah kesan selepas melahirkan bayi.

“Doktor yang merawatnya terkejut lalu menyuruh pelajar berkenaan menceritakan kejadian sebenar dan setelah dipaksa, dia mengaku baru melahirkan seorang bayi perempuan dan menyimpan bayi itu di dalam beg galas, sebelum menyerahkan kepada salah seorang rakan perempuannya di sekolah itu.

“Tanpa membuang masa, pihak hospital terus menghubungi rakan dimaksudkan dan rakannya mengakui langsung tidak ketahui isi kandungan di dalam beg galas itu kerana tidak dimaklumkan kepadanya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Manoharan berkata, pihak hospital mengarahkan rakan pelajar itu membawa beg galas berkenaan ke hospital.

Menurutnya, pihak hospital menemui seorang bayi di dalam beg tersebut yang sudah meninggal dunia, sebelum membuat laporan polis.

“Susulan laporan dibuat, polis ke sekolah remaja berkenaan dan hasil pemeriksaan, polis berjaya menemui gunting yang dipercayai digunakan untuk memotong tali pusat bayi manakala urinya sudah dibuang ke dalam tong sampah.

“Mayat bayi malang berkenaan dihantar untuk dibedah siasat dan sehingga kini punca kematiannya masih belum diketahui. Tetapi pemeriksaan menemui kesan lebam di kepala dan air di dalam paru-paru, dipercayai akibat lemas dan pendarahan yang banyak kerana tali pusat dipotong tidak betul,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati, pelajar itu mengaku bayi yang dikandunginya adalah hasil hubungan seks dengan seseorang dipercayai teman lelakinya yang dikenali sejak November tahun lalu.

“Dia turut mengaku menyembunyikan kehamilannya itu daripada pengetahuan ibu bapa, rakan, keluarga dan guru,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini polis masih gagal mendapatkan identiti lelaki itu kerana pelajar terbabit belum bersedia memberi kerjasama berikutan masih dalam keadaan lemah serta menerima rawatan di wad HSNZ.

“Kita akan menahan pelajar ini selepas dia sembuh nanti untuk disoal siasat bagi memburu lelaki yang menyebabkan dia hamil.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 309B membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda,” katanya.

Cubaan larikan bas gagal


Cubaan larikan bas gagal Cubaan larikan bas gagal Cubaan larikan bas gagal
Cubaan larikan bas gagal
IPOH – Cubaan empat penjenayah yang merancang melarikan bas henti-henti di sini gagal apabila kenderaan yang dipandu mereka terbabas dan tersekat di pembahagi jalan.

Pemandu bas berkenaan, T Manirajah, 50, berkata, kejadian berlaku jam 6.45 pagi semalam, ketika bas Perak Transit yang dipandunya mengambil penumpang di sekitar bandar raya Ipoh. Menurutnya, selepas mengambil tiga pelajar ketika melalui Jalan Sultan Yusuf, empat lelaki menahan bas berkenaan dan naik sebagai penumpang.

“Saya berhentikan bas kerana mereka mahu menaiki bas. Selepas naik, saya meneruskan perjalanan seperti biasa dan tiba di lampu isyarat saya diketuk dengan objek keras oleh salah seorang daripada mereka.

“Saya tolak salah seorang mereka dan membuka pintu bas sebelum lari menyelamatkan diri dan tiga penumpang lain turut mengambil tindakan yang sama,” katanya yang menerima lima jahitan akibat serangan itu.

Difahamkan, selepas merampas bas berkenaan, suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan kenderaan itu.

Bas terbabit dipandu sejauh 300 meter memasuki Jalan Lim Bo Seng sebelum suspek gagal mengawal kenderaan awam itu dan melanggar tiang lampu di persimpangan berhampiran.

Selepas bas tersadai di atas pembahagi jalan, suspek kemudiannya memecahkan hampir keseluruhan cermin bas berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Tarmizi Abdul Haq yang ditemui mengesahkan kejadian berkenaan yang didalangi empat lelaki.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal dipercayai kejadian itu bermotifkan samun berikutan sejumlah RM400 dilarikan daripada pemandu bas itu.

Pemandu lori kontena maut

Pemandu lori kontena maut
Keadaan lori kontena yang remuk dan terbalik di tengah lebuh raya mengakibatkan pemandunya maut.
HULU BERNAM - Seorang pemandu lori kontena maut manakala kelindannya cedera setelah kenderaan dipandu terbabas dan terbalik di Kilometer 413.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan setelah tersepit di tempat duduk pemandu.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi ketika kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan lalu terbabas dan melintang di tengah jalan.

“Pemandu maut di tempat kejadian manakala kelindannya cedera dan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu turut dikerah bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Katanya, pemandu yang maut dikenali sebagai Azrizan Abdul Aziz, 26, manakala kelindannya Mohd Farid Abdul Hamid, 21.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, menurut sumber lori kontena terbabit dipercayai dipandu laju sebelum terbabas di laluan berkenaan berdasarkan kesan seretan kira-kira 50 meter.

Lori kontena yang terbalik turut menghalang laluan lebuh raya sehingga mengakibatkan kesesakan.

Kenderaan yang membawa muatan lampu itu dipercayai dalam perjalanan dari Padang Besar menuju sebuah gudang di Subang.

Lelaki tidak mengaku bersalah guna wang palsu

Tertuduh (kanan) sewaktu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menggunakan wang palsu, semalam.
Tertuduh (kanan) sewaktu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menggunakan wang palsu, semalam.
KOTA BHARU – Taktik seorang bekas tentera menggunakan sekeping not RM100 palsu untuk membeli di sebuah kedai runcit di Ketereh di sini, terbongkar, apabila dia dicekup dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Bekas tentera berkenaan, Mohd Naim Mansor, 31, bagaimanapun tidak mengaku bersalah menggunakan wang palsu itu.

Dia didakwa menggunakan wang tersebut itu sebagai tulen di sebuah kedai runcit di Taman Desa Pahlawan, Ketereh di sini, pada jam 9 pagi, 19 Jun lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 489B yang membolehkan tertuduh  dijatuhi hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding sama, tertuduh juga menafikan pemilikan empat wang palsu, RM100, RM50, RM10 dan RM1 di balai Kok Lanas di sini, pada jam 12 tengah hari, tarikh sama.

Bagi tuduhan kedua itu, tertuduh berdepan penjara yang boleh sampai 10 tahun.

Bagaimanapun, susulan daripada pengakuan tidak bersalah tersebut, Hakim Azman Mustapha menetapkan sebutan semula pada 3 September depan, sementara itu, dia dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, peguam bela Khidmat Bantuan Guaman, Aisyah Abdullah, memohon tertuduh dibenarkan diikat jamin berikutan isteri tertuduh masih dalam tempoh berpantang.

“Isterinya baru sahaja melahirkan anak mereka yang ketiga, 10 hari lalu. Kehadiran tertuduh di sisinya diperlukan bagi dia mengharungi tempoh selepas bersalin dengan lebih baik,” katanya.

Pemandu bas ekspres maut, 11 penumpang cedera

Pemandu bas ekspres maut, 11 penumpang cedera
Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Daerah, Sarjan Zakaria Hussin menunjukkan keadaan hadapan bas yang remuk, semalam.
KAMPAR - Pemandu kedua bas ekspres maut dengan badan terputus dua sementara 11 yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaanberat di Kilometer 303.6 Lebuh raya Utara Selatan, kawasan Gua Tempurung, pagi semalam.

Kejadian berlaku pada jam 3 pagi dan mangsa, Azizan Hamid Osman, 51, dikatakan berada bahagian belakang bas ekspres terbabit dan maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kontena yang datang dari belakang.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, bas ekspres yang membawa 10 penumpang dalam perjalanan dari Bukit Mertajam menuju ke Kuala Lumpur hilang kawalan lalu merempuh treler di  lorong kiri.

Menurutnya, rempuhan menyebabkan pemandu pertama bas ekspres berusia 36 tahun tersepit, sementara mangsa berusaha keluar melalui pintu kecemasandan berada di belakang bas untuk mendapatkan bantuan sebelum dirempuh.

"Mangsa berasal dari Seberang Jaya, Pulau Pinang cedera parah pada anggota badan dan kepala. Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

"Pemandu pertama hanya cedera ringan pada dahi dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang ramai, sementara tiga penumpang bas ekspres terbabit cedera ringan serta dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama," katanya.

Katanya, penumpang yang cedera berusia lingkungan 22 hingga 46 tahun, dibenarkan pulang, termasuk pemandu kontena berusia 57 tahun.

Katanya, melihatkan kemalangan itu menyebabkan sebuah bas ekspres lain berhenti di lorong kecemasan untuk membantu, namun sebuah kontena lain dari arah sama gagal mengelak bas tersebut lalu merempuhnya sebelum muatan kontena terbalik ke sebelah kanan.

"Pelanggaran kali kedua itu menyebabkan kedua-dua bas bergesel sehingga bas dinaiki mangsa masuk ke lorong kanan sebelum datang sebuah treler menyebabkan pergeselan kali kedua di lorong kanan lebuh raya itu.

"Polis tidak menolak kemungkinan mengantuk dan letih faktor kejadian. Kemalangan boleh dielakkan sekiranya pemandu mengutamakan ciri keselamatanyang ditetapkan seperti mendapatkan rehat secukupnya," katanya.

Beliau memaklumkan siasatan masih diteruskan termasuk menyoal siasat pemandu bas dan Sinar Harian dimaklumkan, kedua-dua lorong arah selatan lebuh raya itu ditutup kepada lalu lintas hampir lima jam.

""Enam anggota bomba bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dikerahkan ke lokasi kejadian," katanya.

Bunuh diri kerana gagal bayar sewa


Bunuh diri kerana gagal bayar sewa
Mayat mangsa kejadian diusung ke dalam kenderaan pihak berkuasa untuk bedah siasat.
BERLIN - Seorang lelaki berumur 53 tahun yang diusir dari rumah sewanya di bandar Karlsruhe, Jerman, bertindak membunuh diri selepas menembak empat tebusan termasuk teman wanitanya.

Kejadian yang berlaku kelmarin, menyaksikan suspek seorang penganggur telah menembak mati seorang penolong pengurus dan tukang kunci yang cuba mengusir pasangan itu dari rumah sewa mereka, menurut polis.

"Malang sekali, mangsa keempat yang ditembak suspek adalah seorang penyewa yang baru sahaja memasuki rumah berkenaan.

"Pihak polis tidak sempat berbuat apa-apa bagi mengelakkan kejadian itu berlaku ke atas mangsa," kata ketua polis Karlsruhe, Roland Lay.

Selain menjumpai lima mayat semasa serbuan, polis turut menemui selaras senapang patah, senapang, dua pistol, peluru dan sebutir bom tangan tiruan dalam pangsapuri itu serta dipercayai dibeli secara haram.

Polis berkata, suspek yang juga pekerja sosial telah menjemput sepasukan polis ke rumahnya sebelum menembak mati kesemua tahanan termasuk dirinya sendiri.

Ibu bawa anak terjun jambatan

JAKARTA: Sambil mendukung anak lelaki yang berusia tiga tahun, seorang wanita melompat dari jambatan di tengah Bogor kelmarin, menyebabkan keduanya-duanya maut, sambil diperhatikan oleh anak perempuannya.
Ketua Polis Bogor Tengah, Adjutan Komisioner Kanan, Viktor Gatot berkata, kesusahan hidup dikatakan motif perbuatan bunuh dan bunuh diri itu. 
“Sambil mendukung anaknya, Markiyah, 30, pergi ke Sungai Cisadane di Pulo Empang, sebelum terjun dan lemas,” katanya.

Viktor berkata, penduduk berdekatan mengetahui mengenai tragedi itu apabila mendengar jeritan dan tangisan anak perempuan Markiyah di tepi jambatan.

Seorang saksi, Suryana berkata, dia cuba menghalang kanak-kanak perempuan itu daripada mengikuti ibunya dan melompat dari jambatan.

“Kanak-kanak berusia enam tahun itu mahu mencari ibunya. Dia berkeras mahu ke sungai tetapi kami berjaya menahannya,” katanya.

Viktor berkata, penduduk tempatan membantu anggota polis mencari ibu dan anak lelakinya di sungai.

Anggota polis membawa kanak-kanak perempuan itu pulang selepas menemui mayat ibu dan adiknya.

Berdasarkan penilaian penyiasat berkenaan keadaan rumah wanita itu, pihak polis membuat kesimpulan masalah kewangan adalah punca kejadian itu.

“Mereka baru tinggal di situ kira-kira sebulan. Rumah itu terlalu kecil. Tiada apa di dalamnya,” kata Viktor.

Katanya, kanak-kanak perempuan itu memberitahu anggota polis, keluarganya pernah tinggal di Banten dan bapanya sudah meninggal dunia.

Kanak-kanak perempuan itu tidak tahu di mana mereka pernah tinggal sebelum ini dan bagaimana hendak menghubungi saudara-maranya.

Mayat kedua-duanya dibawa ke masjid di tempat itu sebelum dikebumi di perkuburan awam Kebon Manggis.

Penduduk tempatan membantu menyempurnakan pengkebumian itu. - Jakarta Post

Dera budak hingga mati

myMetro | Dera budak hingga mati: "DUBAI: Teman wanita kepada seorang lelaki warga Emiriah Arab Bersatu, di mana dua anak perempuannya didera dan seorang daripadanya maut mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu, lapor media tempatan semalam.

Teman wanita kepada bapa Wadeema dan Meera mengakui di mahkamah jenayah bandar raya ini, dia mendera dua kanak-kanak itu seorang diri hingga menyebabkan Wadeema meninggal dunia dan Meera mengalami kecacatan kekal,” lapor akhbar harian Al-Ittihad.


Bapa mereka mengakui menanam Wadeema, 8, di kawasan terpencil bagi menyembunyikan mayat mangsa.

Satu lagi akhbar harian, Gulf News melaporkan lelaki berusia 29 itu memberitahu polis ketika soal siasat bahawa dia memukul dua anak perempuannya “kerana dia mahu menghalau jin daripada tubuh mereka.” Bulan lalu, agensi berita WAM memetik kenyataan Peguam Negara Essam al-Humaidan sebagai berkata, pegawai keselamatan, Hamad Saud Juma al-Shirawi dan teman wanitinya yang juga suri rumah, Al-Anoud Mohammed al-Ameri, 27, mendera dua kanak-kanak itu selama enam bulan di flet mereka di Dubai. - AFP"

'via Blog this'

Polis sah kepala milik mangsa ‘Psiko Kanada’

MONTREAL: Polis Kanada semalam mengesahkan kepala manusia yang ditemui di sebuah taman di bandar raya ini milik pelajar China yang menjadi mangsa kes pembunuhan “Psiko Kanada”.
“Kami sudah temui kepala itu,” kata jurucakap polis Montreal, Raphael Bergeron kepada media ekoran ujian terhadap anggota badan yang ditemui di taman pada Ahad lalu.

Kepala itu adalah bahagian tubuh terakhir milik mangsa yang ditemui dalam kes mengerikan itu.
Luka Rocco Magnotta, 29, mengaku tidak bersalah bulan lalu kerana membunuh pelajar China, Lin Jun. - AFP