Search This Blog

Monday, July 2, 2012

Jangan beli kosmetik tiruan

Jangan beli kosmetik tiruan - Terengganu - Sinar Harian:

Jangan beli kosmetik tiruan
Dr A Rahman (tengah) melawat booth yang menjual produk 1Malaysia di Ekspo Beli Barangan Malaysia (EBBM) Zon Timur di TTC, semalam. Turut mengiringi, Ghazali (dua kiri).
KUALA TERENGGANU – Golongan wanita di negeri ini dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan produk kosmetik dan kesihatan tiruan kerana dikhuatiri mengandungi kandungan yang tidak menepati piawaian ditetapkan, sehingga mendatangkan kesan sampingan kepada kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, produk tiruan biasanya dijual dengan harga lebih murah tetapi
kandungan yang terdapat dalam produk tersebut pastinya berbeza dengan produk asal.

Menurutnya, sebahagian besar produk ini tidak menampakkan kesan sampingan pada awal penggunaannya, tetapi memberi kesan jangka panjang dan menyebabkan kulit wajah menjadi nipis serta kehitaman.

“Membeli kosmetik tiruan bukan sahaja merugikan duit tetapi juga kesihatan. Ia bukan sahaja boleh merosakkan wajah seseorang tetapi juga menyebabkan penyakit jika bahan yang terkandung di dalam produk tersebut melebihi kandungan dibenarkan.

“Ia juga memberi kesan sampingan dan menyebabkan kanser kulit, kanser darah dan pelbagai penyakit, serta ada yang boleh membawa maut. Menjaga kecantikan dan penampilan
perlu, tetapi (perlu) sentiasa berhati-hati dan berwaspada,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir merasmikan Ekspo Beli Barangan Malaysia (EBBM) Zon Timur anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) semalam.

Hadir sama, Pengarah Pejabat KPDNKK negeri, Ghazali @ Suhaimi Muhammad. Mengulas lanjut, Dr A Rahman berkata, pihaknya menerima aduan daripada pengguna mengenai masalah kulit wajah mereka setelah menggunakan beberapa produk di pasaran dan ada yang mendapatkan rawatan di hospital.

Menurutnya, ubat tiruan cepat memberi tindak balas kepada kulit wajah, tetapi jumlah kandungan bahan yang digunakan sangat tinggi dan melebihi had, memberi kesan kepada pengguna.

Katanya, jika ingin membeli produk kecantikan, perlu melalui wakil penjual yang sah dan telah dibuktikan ketulenannya.

Kereta tak guna tetap disaman

Kereta tak guna tetap disaman - Kelantan - Sinar Harian:

Kereta tak guna tetap disaman
Mohmed menunjukkan surat saman yang diterimanya sedangkan sewaktu kejadian dia berada di Kelantan.
KOTA BHARU – Seorang kakitangan kerajaan kecewa apabila kereta Proton Iswara yang sudah lama tidak dinaikinya sejak September tahun lepas kerana tidak membayar cukai jalan disaman pada 4 Jun lalu.

Mohmed Mat Ali, 53 yang dikejutkan dengan surat saman tersebut berkata, kesalahan yang dikenakan ke atas keretanya itu adalah atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan pada jam 8.21 malam di Gat Lebuh Macalum Georgetown, Pulau Pinang.

Menurutnya, sedangkan pada tarikh tersebut dia berada di Kelantan dan bekerja seperti biasa manakala keretanya itu langsung tidak digunakan.

“Ini adalah satu penganiayaan terhadap saya dan berharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan berhubung kejadian ini kerana mungkin bukan saya seorang sahaja yang bernasib malang seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohmed yang berasal dari Banggu berkata, perkara tersebut harus diberikan perhatian oleh pihak yang berwajib kerana ini melibatkan penganiayaan terhadap mereka yang tidak bersalah.

“Saya berharap pihak berwajib perlu berhati-hati semasa hendak menyaman mana-mana individu supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Jual komponen motosikal curi

Jual komponen motosikal curi - Terengganu - Sinar Harian:

Jual komponen motosikal curi
Mohd Rosli (berdiri) dan Muhammad menunjukkan motosikal curi dan komponen yang berjaya ditemui di IPD Hulu Terengganu, semalam.
KUALA BERANG - Tiga remaja lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah Hulu Terengganu ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan menjual komponen motosikal curi dalam beberapa kes berasingan sekitar Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asistan Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, ketiga-tiga suspek berumur antara 17 hingga 21 tahun itu berjaya ditahan berikutan penahanan salah seorang daripada mereka di Felda Bukit Bading, Rabu lalu.

“Bertindak atas maklumat awam, kira-kira jam 9.30 malam, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu dengan diketuai Inspektor Muhammad Alias membuat pemeriksaan ke atas seorang remaja sedang menunggang motosikal jenis EX5.

“Hasil pemeriksaan ke atas remaja berumur 17 tahun dan tidak bersekolah ini, mendapati kenderaan tersebut adalah motosikal curi yang didapati hilang oleh pemiliknya iaitu seorang guru dari Kampung Bukit Perah, Ajil, 9 Jun lalu.

“Motosikal berkenaan diletakkan di hadapan rumah pemilik dan didapati hilang sebelum membuat aduan di Balai Polis Ajil pada hari sama.

“Siasatan lanjut mendapati remaja ini terlibat dalam enam kes kecurian motosikal sepanjangJun antaranya di Kampung Bukit Kolam, Kampung Gaung, Kampung Kua serta Kampung Menerong,” katanya semalam.

Mohd Rosli berkata, siasatan itu juga membawa kepada penahanan dua lagi suspek yang masing-masing berumur 17 dan 21 tahun di rumah masing-masing iaitu di Kampung Baru Sungai Binjai dan Kampung Bukit Diman kira-kira jam 3 pagi pada 28 Jun lalu.

“Kedua-dua mereka ini pembeli kepada motosikal yang dicuri dengan harga dipercayai antara RM200 hingga RM300 sebuah sebelum dileraikan bagi mendapatkan komponennya untuk dijualkan. Manakala, rangka kenderaan berkenaan dibuang ke dalam kolam dan sungai.

“Salah seorang pembeli motosikal curi ini masih bersekolah dan dengan tertangkap kedua-dua mereka ini, polis turut berjaya menemui dua rangka motosikal jenis Honda EX5 serta beberapa komponen lain di daerah ini.

Katanya, suspek yang juga pencuri motosikal itu didapati aktif dalam kegiatan mencuri kenderaan tersebut awal Jun lalu dan ujian air kencing mendapati remaja terbabit positif dadah.

Mohd Rosli berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana bagi kesalahan mencuri kenderaan bermotor.

Dalam perkembangan berkaitan, statistik jumlah kes kecurian motosikal bagi daerah ini bermula Januari tahun ini sehingga kini adalah 66 kes.

Selamba curi di pasar raya

Selamba curi di pasar raya - Terengganu - Sinar Harian:
KUALA TERENGGANU – Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Itu perumpamaan tepat bagi menggambarkan nasib seorang pemuda yang akhirnya tumpas setelah dipercayai antara suspek yang aktif mencuri barang-barang dapur di sebuah pasar raya terkemuka di bandar raya di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, suspek, 25, beralamat dari Kampung Ladang, di sini, ditangkap setelah perbuatannya mencuri empat bungkus Nescafe disedari orang awam sebelum dimaklumkan kepada pengawal keselamatan bertugas.

Menurut sumber, suspek yang ketika itu berseorangan sedang asyik memilih beberapa bungkusan Nescafe pelbagai berat dan dimasukkan ke dalam baju dipakainya, sebelum ditangkap oleh pengawal keselamatan bertugas.

“Tanpa menghiraukan persekitaran, suspek dengan selamba telah mencapai empat bungkusan Nescafe lalu dimasukkan ke dalam baju T yang dipakainya.

“Gelagatnya yang mencurigakan itu telah menarik perhatian beberapa orang awam yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian lalu memaklumkan kepada pengawal keselamatan bertugas,” katanya.

Sinar Harian difahamkan suspek yang masih bujang itu sebelum ini pernah mencuri barangan sama berharga kira-kira RM18 sebungkus dan menjualnya kepada individu berminat dengan hanya RM15 sebungkus bagi mendapatkan bekalan dadah.

Sementara itu, semalam, Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen/Majistret, Rusila Nik membenarkan suspek direman selama empat hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Bagi kesalahan itu sekiranya suspek disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala bagi kesalahan kedua atau yang kemudian boleh penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Lucut amil tindakan tepat

Lucut amil tindakan tepat - Terengganu - Sinar Harian:

Lucut amil tindakan tepat
Khazan (kanan) menyampaikan watikah komuniti 1Malaysia kepada wakil penerima.
KUALA TERENGGANU – Tindakan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melucutkan serta merta pelantikan 39 amil pada tahun lalu kerana  didapati menyeleweng wang kutipan zakat, dilihat wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh bertolak ansur dengan pihak yang gagal  melaksanakan tanggungjawab agama yang dipertanggungjawab kepada mereka.

“Kita harap tindakan tegas yang dikenakan kepada mereka yang terlibat ini memberi pengajaran berguna kepada amil-amil lain untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Justeru, amil yang membuat kutipan zakat diminta segera menyerahkan wang kutipan kepada Maidam mengikut tarikh ditetapkan bagi mengelak perkara tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Karnival Komuniti 1 Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2012 di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman I, semalam.

Sementara itu, dalam program sama, Khazan turut meluangkan waktu untuk menyampaikan watikah pelantikan 1 Komuniti kepada wakil setiap daerah serta penyampaian hadiah kepada peserta yang mengambil bahagian dalam acara sampingan yang diadakan sempena program peringkat negeri itu.

Menurutnya, tugas amil selaku pihak yang diberi amanah untuk membuat kutipan zakat sewajarnya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh jujur dan amanah, apatah ia menjadi kesalahan besar di sisi agama Islam apabila menyeleweng kutipan zakat.

Katanya, Kerajaan Negeri dan Maidam akan sentiasa memantau perkara ini dari masake masa dan memberi kesedaran kepada semua amil yang diberi tauliah, agar melaksanakan
tanggungjawab dengan amanah demi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Sinar Harian 28 Jun lalu melaporkan, seramai 39 amil di seluruh negeri dilucutkan jawatan kerana gagal menyerahkan wang kutipan zakat mengikut tempoh yang ditetapkan
pada tahun lalu.

Yang DiPertuanya, Datuk Mazlan Hashim berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan mereka dan tindakan tegas yang diambil itu merupakan pengajaran kepada yang lain agar tidak sesekali mengulangi kesalahan yang sama.

Temui anak tergantung di pokok

Temui anak tergantung di pokok - Perak - Sinar Harian:

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang
LANGKAP - Luluh perasaan pasangan suami isteri apabila menjumpai mayat anaknya dalam keadaan tergantung di sebatang pokok berhampiran kawasan tempat kerjanya, Khamis lalu.

Pasangan suami isteri berkenaan nekad untuk mencari anak mereka setelah didapati tidak pulang seperti biasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa dikenali sebagai Goh Chuwan Giap, 34, berasal Jalan Kampung Banjar, dekat sini maut di tempat kejadian akibat patah di bahagian leher.

Menurutnya, kejadian yang berlaku pada Khamis lalu, disedari ibu bapa mangsa apabila anaknya masih tidak pulang dari tempat kerja seperti biasa.

"Ibu bapa mangsa turut cuba menghubungi telefon bimbit milik lelaki itu yang bekerja sebagai pekerja bina an namun, gagal.

"Bimbang akan keselamatan anaknya, pasangan suami isteri itu bergegas ke tempat anaknya bekerja di tapak pembinaan rumah kedai dekat Taman Harmoni, Jalan Langkap-Changkat Jong, dekat sini," katanya kepada pemberita.

Kata beliau, setibanya di tempat kejadian, pasangan itu memeriksa kawasan tersebut  dan terkejut apabila menjumpai anaknya tergantung di bawah pokok belakang bangunan,” katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya, terkejut dengan apa yang berlaku, bapa mangsa bertindak menghubungi polis sebelum sepasukan anggota dihantar untuk tindakan lanjut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan lanjutan dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapat lelaki berkenaan alami patah leher.

"Kami mendapati tiada unsur- unsur jenayah dan siasatan lanjut masih dijalankan manakala kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Dua warga Pakistan didakwa tipu ahli perniagaan Bangladesh

Dua warga Pakistan didakwa tipu ahli perniagaan Bangladesh - Semasa - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR - Dua ahli perniagaan warga Pakistan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan warga Bangladesh dalam urusan membekalkan ubi kentang ke Malaysia yang bernilai lebih US$26,000.

Sheikh Aurangzeb Kapoor, 39, dan Nadeem Iqbal, 37, didakwa menipu Syed Sakhawatur Rahman, 61, dengan memperdayakannya untuk memasuki satu perjanjian bagi membekalkan 104 tan ubi kentang bernilai US$26,520  menerusi syarikat kedua-dua tertuduh, Premium Dynasty Enterprise.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Furuma Hotel, Changkat Thambi Dollah, di sini pada 19 Januari lepas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Tiyon Bimen menawarkan jaminan RM200,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia bagi setiap tertuduh beserta syarat tambahan iaitu pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Peguam V. Muniandy, yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia kerana anak guamnya tidak mampu membayar jumlah jaminan tersebut selain tujuan jaminan hanya untuk memastikan kehadiran mereka ke mahkamah.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia dan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 30 Ogos untuk pengurusan kes dan 1 dan 2 September untuk perbicaraan. - Bernama

Penganggur dipenjara 11 tahun, 20 sebatan miliki ganja

Penganggur dipenjara 11 tahun, 20 sebatan miliki ganja - Semasa - Sinar Harian:
SHAH ALAM - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 20 kali sebatan oleh  Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana kesalahan memiliki 737 gram ganja tahun lepas.
   
Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu selepas Mohd Aizat Deris, 29, yang sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya Berbahaya 1952,  hari ini mengaku salah terhadap dua pertuduhan pilihan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan mengikut Seksyen 6/39A(2) akta yang sama.
   
Bagi pertuduhan pilihan itu, Mohd Aizat didakwa memiliki ganja seberat 156.9 gram pada 17 Feb, 2011 pada pukul 7.45 malam di tepi jalan besar dekat kedai makan Putra Tomyam Batu 14, Hulu Langat, Kajang .
   
Dia juga didakwa memiliki ganja seberat 580.1 gram di sebuah rumah beralamat No 19, Batu 14, Jalan Hulu Langat, Kajang pada pukul 8.15 malam pada hari yang sama.
   
Noor Azian berkata setelah menimbangkan kepentingan umum, pengakuan tertuduh, berat dan jenis dadah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan 10 kali sebatan bagi pertuduhan pertama dan bagi pertuduhan kedua 11 tahun penjara dan 10 kali sebatan.
 
Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 11 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh Mohd Aizat ditangkap.
   
Terdahulu, peguam yang mewakili Mohd Aizat, Mohamed Hanipa Maidin merayu kepada hakim supaya hukuman ke atas anak guamnya diringankan dan berjalan serentak dengan mengambil kira pengakuannya.
   
Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran ke atas tertuduh kerana kesalahannya serius.
   
Beliau berkata sebelum ini Mohd Aizat yang ditahan pada 17 Feb 2011 telah didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Bernama

Warga Indonesia maut dihempap peti sejuk

Warga Indonesia maut dihempap peti sejuk - Semasa - Sinar Harian:
KUANTAN - Seorang warga Indonesia mati akibat terhempap peti sejuk di belakang kenderaan pacuan empat roda yang dipandu majikannya semalam.

Syamsul Huda, 39, mati dalam perjalanan ketika dihantar untuk dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, peti sejuk itu merupakan milik majikan mangsa yang sedang dipindahkan bersama barangan lain ke rumah baru majikan tersebut.

Mangsa berada di bahagian belakang kenderaan itu bersama seorang lagi pekerja apabila peti sejuk itu menghempap kepalanya, setelah peti sejuk itu mengenai palang besi ketika kenderaan tersebut melalui sebuah jambatan sempit di belakang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chai di Jalan Haji Ahmad dekat sini.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi.- Bernama

Enam kenderaan bertembung

Enam kenderaan bertembung - Perak - Sinar Harian:

Keadaan motosikal yang mengalami kerosakan teruk dalam kemalangan yang berlaku di persimpangan tiga
Keadaan motosikal yang mengalami kerosakan teruk dalam kemalangan yang berlaku di persimpangan tiga Jalan Perusahaan, Parit Buntar, kelmarin.
PARIT BUNTAR - Lebih 50 pengguna jalan raya di kawasan Pekan Baru Parit Buntar terpaksa berhadapan masalah lalu lintas selama lebih sejam setelah enam kenderaan bertembung di simpang tiga Jalan Perusahaan, di sini, lewat petang kelmarin.

Enam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu adalah empat motosikal, sebuah kereta dan sebuah van.

Saksi kejadian, Mohd Ramdhan Abu Bakar,32, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang setelah sebuah kereta jenis Proton Iswara didapati memandu secara melulu di kawasan simpang tiga walaupun lampu isyarat menunjukkan tanda berhenti.

Menurutnya, pemandu kereta itu didapati memandu melawan arus lalu melanggar dan menyeret tiga motosikal hingga ke bahu jalan dari arah bertentangan sehingga menyebabkan tiga penunggangnya mengalami kecederaan parah.

“Sebuah motosikal pula cuba mengelak daripada dilanggar kereta berkenaan, bagaimanapun bertembung pula dengan sebuah van Telekom Malaysia (TM) yang berada jarak lima meter di sebelahnya.

“Melihat keadaan itu, saya lantas menghubungi ambulans dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Parit Buntar dan keempat-empat penunggang motosikal yang cedera dihantar segera ke hospital,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Seorang saksi kejadian, Mohd Zamani Zamri, 29, berkata, pihak bomba terpaksa  mengambil masa lebih 15 minit untuk mengeluarkan pemandu kereta berkenaan setelah pintu kenderaan itu tidak boleh dibuka.

Katanya, pemandu berusia lingkungan 20an itu terus dikejarkan ke Hospital Parit Buntar kerana mengalami  kecederaan serius di bahagian kaki dan badan.

“Keadaan trafik juga agak sesak disebabkan kejadian itu menjadi tumpuan orang ramai dan hanya setelah sejam selepas itu barulah polis trafik berjaya mengawal keadaan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Parit Buntar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Lombong tinggal ragut nyawa

Lombong tinggal ragut nyawa - Perak - Sinar Harian:

Siti Fatimah (kiri) tidak dapat menahan sebak selepas kehilangan anak bongsunya ditemani kakaknya, N
Siti Fatimah (kiri) tidak dapat menahan sebak selepas kehilangan anak bongsunya ditemani kakaknya, Normaskana.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk dibedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk dibedah siasat.
IPOH – Kegembiraan sekumpulan kanak-kanak mandi-manda di sebuah lombong bijih tinggal di Kampung Seri Rahmat, Pasir Putih, di sini bertukar mimpi ngeri apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas, petang kelmarin.

Lebih menyayat hati, apabila mangsa, Muhammad Hanafi Radzi, 10, bukanlah yang pertama dalam ahli keluarganya meninggal akibat lemas di lombong itu.

Lombong yang sama turut meragut nyawa bapa saudaranya ketika memancing kira-kira lapan tahun lalu malahan beberapa nyawa lain turut melayang di situ.

Ibu saudara mangsa, Normaskana Husain, 37, ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berkata, dia tidak percaya arwah sanggup pergi ke lombong itu kerana sepanjang pengetahuannya, arwah tidak pernah berani ke situ.

Dia berkata, dia dan ibu arwah, Siti Fatimah Husain, 29, sering menasihatkan arwah supaya tidak mendekati lombong berkenaan selepas kejadian lemas menimpa bapa saudara mereka pada tahun 2005.

“Walaupun lombong itu cuma terletak kira-kira 200 meter dari rumah, arwah tidak pernah sesekali cuba ke situ,” katanya yang masih terkejut dengan insiden itu.

Tambahnya, pada ketika itu arwah bersama-samanya menghadiri kenduri tahlil di rumah jiran sebelum menghilangkan diri lebih kurang jam 5 petang.

“Selepas menyedari kehilangan arwah, saya bersama abangnya, Norfitri, 12, keluar mencarinya merata tempat termasuk di padang permainan dan kafe siber namun, gagal menjejakinya sebelum didatangi seorang rakan sekolah arwah yang memaklumkan arwah lemas di lombong,” katanya yang rapat dengan arwah sejak bayi.

Katanya, dia terus bergegas ke lombong sebelum mendapati arwah sudah kaku di tepi lombong sejurus diselamatkan oleh pekerja warga Bangladesh berkenaan.

Normaskana berkata, dia juga hairan kerana hanya menemui pakaian dan basikal arwah di tepi lombong sedangkan arwah dan beberapa rakan lain turut mandi di lombong sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian berkenaan kira-kira jam 7.30 malam.

Beliau berkata, sejurus tiba, anggotanya mendapati mangsa sudah meninggal dunia malah, mayatnya juga sudah dibawa naik ke daratan oleh seorang pekerja warga asing yang bekerja di sebuah projek perumahan berhampiran lombong itu.

“Mayat mangsa kemudian di bawa ke HRPB untuk bedah siasat,” katanya.

Jenazah arwah dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Seri Rahmat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Puteh pagi semalam.

Nyaris tertipu

Nyaris tertipu - Selangor & KL - Sinar Harian:
SHAH ALAM – Seorang wanita nyaris ditipu pihak kedua selepas menyertai program perintis Usahawan 1Malaysia di bawah kelolaan Malaysian Entrepreneur Development Consotium Sdn Bhd (Maedec) sejak awal tahun lalu.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Shima, 28, berkata, pada 27 Jun lalu, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai salah seorang kakitangan daripada sebuah syarikat.

“Wakil dari syarikat itu mendakwa mereka merupakan pihak kedua di bawah program tersebut dan meminta saya untuk menjelaskan saman yang dikeluarkan sebanyak RM10,000,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Shima berkata, pihak tersebut juga mendakwa saman itu dikeluarkan kerana dia gagal menjelaskan jumlah tunggakan sebanyak RM299 selama enam bulan.

“Mereka turut menyuruh saya membayar mengikut harga asal program tersebut iaitu sebanyak RM1399 bagi mengelakkan kes ini dibawa ke mahkamah,” katanya.

Bingung dengan perkara tersebut, Shima kemudiannya melayari internet bagi mencari maklumat mengenai pihak kedua tersebut.

Shima berkata, dia terkejut apabila mendapati banyak penipuan dilakukan oleh syarikat terbabit dan ramai individu menjadi mangsa.

“Saya kemudiannya menghubungi Maedec bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu ini dan pihaknya memaklumkan bahawa kes penipuan seperti ini banyak berlaku.

“Mereka arahkan saya agar tidak menjelaskan bayaran tersebut bagi mengelak dari menjadi mangsa,” katanya.

Menurutnya, dia turut membuat laporan polis dan berharap orang awam tidak mudah tertipu dengan kewujudan pihak kedua yang dilihat cuba untuk mengambil kesempatan.

Mak nyah seksi kena tahan

Mak nyah seksi kena tahan - Selangor & KL - Sinar Harian:
AMPANG - Kumpulan mak nyah yang berpakaian seksi dipercayai berpelesiran mencari pelanggan di sebuah pusat membelibelah di sini cuba meloloskan diri bagi mengelak dicekup pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi, semalam.

Mak nyah yang dipercayai melakukan aktiviti tidak bermoral itu menjadikan premis di sekitar kawasan tersebut untuk berlindung.

Mereka cuba naik ke premis tingkat atas bangunan rumah kedai berhampiran ketika serbuan dijalankan.

Seorang mak nyah berusia 39 tahun yang berasal dari sebuah felda di Johor ketika ditahan merayu kepada penguatkuasa agar perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada keluarganya di kampung.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, difahamkan mak nyah tersebut pernah menghadapi tindakan undang-undang syariah di Johor kerana melakukan kesalahan sama.

“Mak nyah yang bekerja di sebuah bank itu juga khuatir jika perkara tersebut dimaklumkan kepada majikannya kerana dia pernah diberhentikan kerja disebabkan melakukan kesalahan jenayah syariah,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, mak nyah itu antara tiga individu yang ditahan. Mereka berusia antara 30 hingga 40 tahun itu berpakaian wanita, berseluar atau berskirt pendek dan kasut tumit tinggi yang kelihatan seksi bagi individu tidak mengenali identitinya.

“Salah seorang mak nyah yang ditahan itu pernah ditahan sebelum ini kerana melakukan kesalahan sama. Kesemua mereka diberi notis untuk hadir sesi kaunseling,” katanya.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 30, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika didapati bersalah boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara.

Cermin 12 kereta dipecah

Cermin 12 kereta dipecah - Utara - Sinar Harian:

Goh membersihkan kaca cermin hadapan keretanya yang berselerakan selepas dipecahkan dua lelaki awal
Goh membersihkan kaca cermin hadapan keretanya yang berselerakan selepas dipecahkan dua lelaki awal pagi, semalam.
BUTTERWORTH - Menghairankan dan apa tujuan sebenar apabila tiada barangan berharga hilang selepas 12 kereta yang diletakkan di lot parkir Kondominium Vista Bay di Jalan Telaga Air di sini, dipecahkan cerminnya dalam kejadian awal pagi semalam.

Kejadian itu bukan sahaja menimbulkan rasa kehairanan pemilik kenderaan terbabit, tetapi menyebabkan penduduk lain bimbang kereta mereka mungkin mengalami keadaan sama kerana tidak mengetahui motif sebenar dua lelaki bertindak demikian.

Namun, atas tindakan pantas polis menjalankan siasatan sebaik kejadian itu dilaporkan, kemusykilan penduduk mungkin terjawab apabila dua suspek terbabit dikenal pasti dan akan diberkas dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.20 pagi semalam.

“Kejadian itu membabitkan 12 kereta pelbagai jenis yang diletakkan di lot parkir sekeliling kondominium itu. Ada cermin hadapan, belakang dan sebahagiannya cermin tepi yang dipecahkan.

“Polis mendapat maklumat dikatakan dua lelaki memakai topi keledar bertutup penuh dilihat penduduk melakukan perbuatan itu menggunakan sebatang besi sebelum melarikan diri apabila disergah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat terhadap harta dan usaha menjejaki dua suspek giat dijalankan.

Seorang saksi, yang juga mangsa apabila cermin kereta Kelisa miliknya dipecahkan, Ong Kim Chuan, 57, berkata, ketika kejadian dia berada di balkoni rumahnya di tingkat empat.

“Sebaik mendengar bunyi cermin dipecahkan, saya menjenguk ke bawah dan mendapati dua lelaki masing-masing memegang sebatang besi sedang mengetuk cermin beberapa kereta yang di parkir. Saya menyergah mereka dan menjerit meminta tolong,” katanya.

Dia kemudian bergegas turun dan mendapati 11 kereta lain sudah dipecahkan cermin, manakala dua suspek terbabit melarikan diri dengan motosikal.

Seorang lagi mangsa, yang dikenali sebagai Goh, 30-an berkata, dia terjaga dari tidur di rumahnya di tingkat dua apabila terdengar bunyi bising.

“Saya menjenguk dari tingkap dan mendapati orang ramai sedang mengerumuni kereta Proton Wira saya, sebelum bergegas turun dan terkejut melihat cermin hadapan kereta dipecahkan.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana semua barangan berharga, termasuk peralatan audio dalam kereta tidak hilang,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu baru pertama kali berlaku di kawasan berkenaan dan jumlah kerugian yang dialami pemilik kereta lebih RM10,000.

Mangsa, K Letchumanan, 42, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan jirannya bahawa cermin kenderaan pelbagai guna Naza Ria miliknya dipecahkan ketika sedang tidur di tingkat lapan kondominium berkenaan, awal pagi semalam.

Pemilik premis tawar RM100k umpan kaki judi

Pemilik premis tawar RM100k umpan kaki judi - Melaka & NS - Sinar Harian:

Pegawai dan anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan pada mesin judi siber yang dirampas.
Pegawai dan anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan pada mesin judi siber yang dirampas.
PORT DICKSON – Hadiah sehingga RM100,000 yang boleh diperolehi secara tunai menjadi tarikan kepada kaki judi sebuah pusat judi siber di Linggi, di sini.

Pusat yang dikesan beroperasi sejak lapan bulan lalu menyediakan wang pertaruhan tinggi, bagaimanapun tidak disimpan di premis berkenaan, sebaliknya akan dihantar menerusi ‘penghantar wang’ yang dihubungi sebaik saja ada pelanggan menang pertaruhan sehingga mencecah ribuan ringgit.

Menurut sumber, modus operandinya ialah penjaga premis akan menghubungi ‘penghantar wang’ yang menunggu di lokasi berhampiran bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, jika ada pelanggan berjaya memenangi lebih RM100,000, mereka akan menghentikan permainan kerana premis hanya menyediakan wang pertaruhan sebanyak itu sahaja.

“Setakat ini, difahamkan belum ada pelanggan yang menang pertaruhan sehingga RM100,000,” katanya kepada Sinar Harian ketika serbuan di premis berkenaan, malam kelmarin.

Sumber berkata, taruhan RM100,000 itulah yang mempengaruhi kaki judi siber untuk datang ke premis berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Rozi Ithin yang mengetuai serbuan berkata, pusat siber terbabit merupakan antara premis diserbu dalam operasi dilancarkan secara serentak malam kelmarin.

Dalam operasi kira-kira 8 malam itu, seramai 20 pegawai dan anggota MPPD serta lapan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menyertai operasi.

Menurutnya, serbuan dilakukan di tiga lokasi berasingan iaitu Pasir Panjang dan Linggi, selepas pihaknya menjalankan risikan sejak seminggu lalu.

“Dalam serbuan itu, sebanyak 90 buah set komputer dirampas atas kesalahan beroperasi tanpa lesen. Ia dipercayai telah diubah suai menjadi mesin judi haram,” katanya.

Rozi bagaimanapun berkata, ketika serbuan, kesemua premis tidak mempunyai pelanggan kerana dipercayai sudah menghidu kedatangan anggota penguat kuasa.

“Pemilik premis akan dikenakan tindakan di bawah undang-undang kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MPPD 2010. Jika sabit kesalahan, denda maksimum RM2,000 boleh dikenakan,” katanya.

Maut bertembung lori

Maut bertembung lori - Terengganu - Sinar Harian:
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda maut setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori dalam satu kemalangan di Kilometer 69 Jalan Kuala Terengganu ke Kampung Raja (berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana), Setiu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, mangsa, Mohd Muslim Che Muda, 20, dari Kampung Fikri, Setiu, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Setiu akibat cedera parah di kepala.

Menurut sumber, semasa kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Raja ke Kuala Terengganu, sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi, lori yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an dipercayai dalam perjalanan untuk mengambil sayur-sayuran di kawasan berhampiran telah membelok ke kanan, sebelum bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa yang datang arah bertentangan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu tercampak kira-kira empat meter sebelum dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarga yang tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan kejadian itu,” katanya.

Jenazah mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Setiu untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani, ketika dihubungi, semalam, mengesahkan kejadian dan menjelaskan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berikutan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Maut kerana gagal memotong

Maut kerana gagal memotong - Terengganu - Sinar Harian:

Maut kerana gagal memotong
Ahmad Mazlan
MARANG – Malang! Demikianlah nasib seorang pemuda yang terbunuh dalam keadaan yang mengerikan selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta, berikutan gagal untuk memotong kenderaan yang membelok ke kanan jalan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam di Kampung Macang Lada, Bukit Payong di sini, malam kelmarin, Mohd Sasrizan Muftar, 25, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dan bekerja sebagai jurukimpal meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa sebelum kejadian sedang dalam perjalanan dari Bukit Payong menuju ke rumahnya di Kampung Paya Resak, gagal memotong sebuah kenderaan jenis Produa MYVI, dipandu Faizal Rahmat, 30, yang membelok ke kanan jalan.

Berikutan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, berkata, kes masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pelajar mahu tikam guru Harian

Pelajar mahu tikam guru - Terengganu - Sinar Harian:

Pelajar mahu tikam guru
Kamaruddin
JERTIH – Seorang guru lelaki berada di ambang maut apabila seorang pelajarnya dikatakan mahu menikamnya dengan senjata tajam dalam surau sebuah sekolah di sini pada minggu lalu.

Dalam kejadian jam 1.40 petang itu, pelajar lelaki tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di sini itu didakwa cuba menikam guru berumur 50-an di depan pelajar lain.

Bagaimanapun, tindakan pantas pelajar lain berjaya menghalang pelajar terbabit berbuat demikian.

Difahamkan, pelajar tersebut masuk ke dalam surau berkenaan ketika program tazkirah sedang berlangsung dengan bertindak mengeluarkan senjata tajam lalu mengacunya ke arah guru berkenaan, namun sempat dielak guru tersebut.

Pelajar itu didakwa bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru itu yang mengarahkannya keluar dari surau sebelum itu.

Arahan itu dibuat kerana pelajar itu dikatakan menimbulkan masalah ketika program tazkirah berlangsung.

Guru berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada hari yang sama.

Pelajar itu yang menetap di sebuah kampung dekat Seberang Jertih dikatakan telah ditahan polis malam kelmarin di rumahnya pada jam 2.20 pagi. Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menasihatkan pelajar agar tidak bertindak mengikut emosi selain perlu memiliki perasaan rasa hormat kepada guru kerana sekiranya melakukan perbuatan jenayah, mereka bakal berdepan tindakan undang-undang.

Manakala warga pendidik pula diminta menggunakan pendekatan bersesuaian ketika menegur pelajar bermasalah bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku.

5 rumah rosak dilanda ribut

5 rumah rosak dilanda ribut - Kelantan - Sinar Harian:


5 rumah rosak dilanda ribut
Sebuah rumah ditimpa pokok rambutan tumbang dalam kejadian ribut di RKT Paloh 3.
GUA MUSANG – Kejadian ribut berserta hujan lebat awal malam kelmarin mengakibatkan lima rumah peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, dekat sini, rosak bumbung termasuk sebuah daripadanya ditimpa pokok rambutan.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku kerana lima keluarga peneroka tersebut masing-masing berjaya keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Seorang peneroka, Wan Ramli Wan Ibrahim, 58, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan lima anak sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen sementara menunggu untuk solat Isyak.

Wan Ramli mengakui sebelum itu kedengaran petir yang kuat diikuti ribut berserta hujan lebat, tetapi tidak sangka sebatang pokok rambutan milik jiran tumbang menghempap bumbung rumahnya.

“Kami terkejut tiba-tiba bunyi dentuman kuat sebelum atap rumah bocor dimasuki air hujan menyebabkan kami sekeluarga bergegas keluar untuk menyelamatkan diri sebelum ternampak pokok rambutan menghempap atas bumbung,” katanya.

Seorang lagi ibu tunggal, Fatimah Junoh, 55, pula berkata, sebahagian atap rumahnya tercabut kerana dilanda ribut, tetapi bersyukur kerana dia bersama empat anak tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun ketika itu berada dalam rumah.

Dia juga rasa tertekan untuk membaiki semula atap yang rosak kerana tidak mempunyai punca pendapatan, berikutan ladang kelapa sawit yang selesai ditanam semula belum mengeluarkan hasil.

“Apabila terdengar atap bergegar sebelum tercabut dibawa angin, saya bersama anak-anak lari berselindung di kawasan selamat dalam rumah kerana takut keluar ditimpa atap terbang,” katanya.

Katanya, dia merayu bantuan daripada pelbagai pihak untuk membaiki semula atap rumahnya yang rosak, kerana tidak mampu membaiki dalam masa segera ini.

Dua rumah musnah terbakar

Dua rumah musnah terbakar - Kelantan - Sinar Harian:

Dua rumah musnah terbakar
Asiah (kanan) bersama saudara mara selepas kejadian.
KAMPUNG PENGKALAN BARU - Sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang, apabila kediaman mereka musnah dalam masa beberapa minit ketika kebakaran yang berlaku lewat petang kelmarin.

Asiah Mohd Nor, 57, berkata, kejadian tersebut berlaku hampir jam 6 petang ketika dia sedang menyemai pokok cili berdekatan rumahnya.

Menurutnya, ketika dia asyik menguruskan anak-anak pokok cili, seorang penduduk bergegas memberitahu mengenai api yang mula marak di rumah sebelah.

“Sebelum itu saya dan suami, Ismail Yaakob, 62, baru sahaja pulang dari kedai jubin kerana kami dalam proses membaiki rumah.

“Ketika diberitahu mengenai api dari rumah sebelah, penduduk menjerit memberitahu penghuni rumah tersebut tetapi mereka tidak mempedulikannya kerana bunyi muzik terlalu kuat dari rumah tersebut.

“Akhirnya api dari rumah mereka terus merebak ke rumah kami,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Hanya sempat selamatkan tilam

Asiah berkata, api yang merebak dengan cepat menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa.

Katanya, ketika kekalutan meminta pertolongan daripada orang kampung, salah seorang penduduk hanya sempat menyelamatkan tilam di dalam rumah.

Namun dia bersyukur kerana cucunya, Mohd Haiqal Mohd Syukri, 5, tiada di rumah.

“Kami tinggal tiga beranak dan mujurlah ketika itu cucu ke rumah keluarganya yang berdekatan masjid.

“Tetapi tiada sebarang barangan yang dapat kami selamatkan. Semua peralatan rumah, perabot, wang tunai RM3,000 dan barang kemas kira-kira RM50,000 tidak dapat diselamatkan.

“Saya sendiri hanya sempat mengambil geran kereta sahaja,” katanya.

Kerugian RM150,000 bagi dua rumah

Manakala, Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 5.37 petang.

Dua jentera bersama enam anggota yang diketuai oleh Ahmad Ali tiba di lokasi pada jam 5.42 petang.

“Dengan bantuan sebuah lagi jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pengkalan Chepa, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.18 malam.

“Kerugian dianggarkan bernilai RM150,000 bagi kedua buah rumah tersebut, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya

Puting beliung landa rompin

Puting beliung landa rompin - Pahang - Sinar Harian:

Puting beliung landa rompin
Orang ramai bergotong royong membersihkan sebuah kedai makan yang mengalami kerosakan teruk dalam bencana itu.
KUALA ROMPIN - Hasrat seorang peniaga kedai makan di Kampung Sepakat, memasang layar skrin bagi menyaksikan perlawanan akhir Kejuaraan Eropah 2012 (Euro) antara Sepanyol bertemu Itali, awal pagi tadi, punah apabila bumbung kedainya diterbangkan angin puting beliung, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tiga khemah di Dataran Rakyat Kampung Sepakat, turut diterbangkan angin yang dikatakan datang secara mengejut hingga sebuah daripadanya tersangkut di atas pokok.

Selain itu, Pejabat Cawangan Logistik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin juga mengalami nasib sama, apabila sebahagian bumbung bangunan diterbangkan angin kuat hingga serpihan bumbung jatuh bertaburan di atas jalan.

Akibatnya, sebuah kereta unit Cawangan Khas IPD Rompin rosak selepas cermin belakang kereta itu pecah dihempap serpihan bumbung terbabit.

Angin kuat yang melanda itu juga menyebabkan penduduk di tiga kampung iaitu Kampung Sepakat, Kampung Kolam dan Kampung Bahagia, berdepan saat mencemaskan apabila kebanyakan bumbung rumah mereka diterbangkan angin.

Kejadian angin kencang itu adalah kali kedua berlaku dalam tempoh lebih dua bulan lalu, di mana kejadian sama pernah melanda dua kampung iaitu Kampung Tengah dan Pantai Hiburan.

Dalam kejadian 22 April lalu itu, seorang wanita dilaporkan terbunuh apabila ratusan pokok ru di Pantai Hiburan tumbang, manakala beberapa rumah turut rosak gara-gara angin pusar tersebut.

Kedai rosak teruk

SEORANG peniaga kedai makan, Mohd Razeri Mat Amin, 45, berkata, pada waktu kejadian, dia berada di rumah yang terletak di belakang kedainya, sebelum dikejutkan dengan hujan lebat dan angin kencang.

Menurutnya, dia hanya menyedari bumbung kedainya terangkat sebaik saja keluar ke kaki lima rumahnya dan melihat sendiri angin kuat menghentam bumbung kedai tersebut.

“Saya saksikan depan mata saya sendiri, atap bumbung kedai tercabut kira-kira lima meter dari kedai dan sebuah khemah tiba-tiba ranap hingga membuatkan saya beristighfar panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Razeri berkata, kerugian dianggarkan sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 berikutan beberapa barangan elektrik dan perkakas dapur kedainya rosak teruk.

“Saya reda dengan kejadian ini dan berharap ada pihak sudi bantu baiki kedai saya yang hampir 70 peratus rosak teruk,” katanya.

Bumbung rumah tercabut

SEORANG penduduk, Razali Awang, 60, berkata, kejadian itu mengejutkan ahli keluarganya kerana disifatkan paling dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, sewaktu kejadian, dia berada di tingkat atas rumahnya sambil menunggu dua anaknya, Nurul Fazlin, 24, dan Nurul Farina, 25, yang sedang memasak di dapur.

“Nurul Fazlin tiba-tiba menjerit dan saya terus ke dapur. Ketika itu sebahagian bumbung dapur sudah ‘melopong’ kerana zink diterbangkan angin.

“Kejadian berlaku tidak sampai lima minit. Bilik tidur di bahagian atas pula dimasuki air,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Azman Yusof, 44, berkata, kejadian itu disedari apabila seorang anaknya, Mohd Taufiq, 18, keluar dari biliknya dan memberitahu zink di bumbung sebelah tepi rumah mereka tercabut.

“Saya tak dengar bunyi zink jatuh kerana pada waktu itu saya hanya dengar bunyi hujan lebat sebelum seorang anak memberitahu bumbung biliknya tercabut,” katanya.

Zulkifli Abu Bakar, 24, pula berkata, dia sekeluarga nyaris ditimpa bencana apabila sebuah pokok temegu bersebelahan rumahnya tumbang.

Bagaimanapun katanya, mereka sekeluarga bernasib baik apabila pokok besar itu tumbang di hadapan dan bukan di tepi rumah.

“Pokok besar itu terletak dua meter sahaja dari rumah. Mujur ia tumbang ke hadapan, kalau ke tepi sudah tentu nyawa kami pula yang terancam,” katanya.

Mangsa diminta lapor polis

SEMENTARA itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain dan bekas calon Pas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Mohd Fadzli Mohd Ramly, turun padang meninjau kawasan yang terlibat dalam kejadian ribut itu.

Walaupun berbeza ideologi politik, dua pemimpin itu dilihat saling bertukar pandangan demi membantu penduduk yang terjejas.

Mohd Johari berkata, semua mangsa bencana diminta membuat laporan polis bagi memudahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan.

Katanya, pihak JKM pula diminta mengambil data mangsa supaya bantuan dapat disalurkan segera.

“JKM perlu meneliti mana-mana rumah yang dilanda bencana supaya bantuan ini dapat disalurkan segera bagi meringankan penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa tersebut,” katanya.

Mohd Fadzli berkata, Pas Dun Tioman akan menggerakkan ahli-ahlinya membaiki sebuah gerai makan di Kampung Sepakat dan pihaknya akan menanggung kos baik pulih tersebut.

“Kita sangat bersimpati dengan apa yang berlaku dan kita sudah menggerakkan ahli-ahli untuk membantu mengurangkan beban mangsa,” katanya.

Wanita tersepit 30 minit, patah kaki kanan



WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Julai 2012
Wanita tersepit 30 minit, patah kaki kanan
Keadaan kereta yang dinaiki Rohana dan suaminya remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Muar-Labis,semalam.
MUAR  - Seorang wanita terpaksa menahan sakit selama 30 minit akibat tersepit setelah kereta yang dipandu suaminya terlibat dalam kemalangan di Jalan Muar-Labis, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu berlaku kira-kira 200 meter dari simpang empat Sungai Terap.

Rohana Mahmud, 36, tersepit di tempat duduk sebelah pemandu kerana kereta Kancil yang dinaikinya dirempuh dari arah belakang oleh lori seberat tiga tan, manakala suaminya tercampak ke atas jalan raya.

Lebih malang lagi apabila dalam keadaan cemas itu, datang pula sebuah kereta Wira dari arah bertentangan dan merempuh Kancil yang dinaiki suami isteri berkenaan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan cuba membantu Rohana yang tersepit, tetapi tidak berjaya.

Salah seorang saksi kejadian, Khairil Rizal Abdul Hadi, 33, yang memandu dari arah bertentangan berkata, kereta Kancil dari arah Muar itu memberi isyarat masuk ke kanan sebelum dirempuh lori berkenaan.

“Kemudian datang kereta Wira yang dipandu seorang wanita dari arah bertentangan melanggar kereta Kancil tersebut.

“Setelah melihat mangsa sukar dikeluarkan, orang ramai kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Abdul Rahman Taib ketika dihubungi berkata,  pihaknya menerima panggilan jam 8.13 pagi dan berjaya mengeluarkan mangsa tersepit kira-kira 20 minit kemudian.

“Mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan.

“Selain Rohana yang patah kaki kanan, semua mangsa terlibat hanya mengalami cedera ringan dan keadaan tersebut membuatkan jalan sesak lebih satu kilomter di kedua-dua laluan,” katanya.

Ijazah palsu: Hanya seorang bekas pelajar USM terlibat



MOHD IDROS MOHD ALI

2 Julai 2012
Ijazah palsu: Hanya seorang bekas pelajar USM terlibat
Omar menunjukkan contoh ijazah USM yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi .
GEORGETOWN - Hanya seorang bekas penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) didapati terlibat dalam kegiatan pemalsuan sijil akademik institsui pengajian tinggi itu.

Naib Canselor USM, Datuk Omar Osman berkata, bekas penuntut itu kini ditahan reman oleh polis untuk membantu siasatan manakala dua rakannya bukan penuntut mereka.

Sehubungan itu katanya, kegiatan itu tidak sama sekali akan menjejaskan kredibiliti USM kerana ia  mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat dan sukar "ditembusi" oleh mana-mana pihak.

“Pelajar yang menamatkan pengajian dan mendapat ijazah akan direkod dan sijil mereka hanya ditandatangani oleh naib canselor dan pendaftar yang muingkin berubah dari semasa ke semasa.

“Kita merekodkan semua maklumat itu dalam buku warta konvokesyen graduan yang disimpan di bilik kebal dan hanya boleh diakses oleh pegawai tertentu sahaja,” kata beliau pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dua wanita dan seorang lelaki ditahan polis ketika berada di sebuah rumah di Kampar, Perak tiga hari lalu kerana dipercayai terlibat dengan sindiket pemalsuan sijil akademik universiti berkenaan.

Polis turut merampas beberapa peralatan komputer dipercayai digunakan bagi menghasilkan sijil palsu itu yang dijual kepada pihak ketiga dengan harga tertentu.

Siasatan awal mendapati antara sijil yang dikeluarkan mereka adalah sijil diploma, sijil ijazah sarjana dan sijil ijazah sarjana muda.

Omar berkata, USM merekodkan semua maklumat itu dalam buku warta khas setiap konvokesyen graduan yang disimpan di bilik kebal dan hanya boleh diakses oleh pegawai tertentu sahaja.

Menurutnya, USM mempunyai prosedur ketat dalam hal pengeluaran dan pengesahan ijazah dan ia terus dipantau untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

"Sebagai sebuah universiti yang mementingkan integriti, saya memandang serius dan prihatin  terhadap aktiviti tidak bermoral seperti ini.

“Tidak ada tolak ansur, apatah lagi perkara yang boleh menjejaskan nama baik universiti walaupun kita menyedari kemungkinan mereka berbuat demikian adalah kerana yakin ijazah USM mempunyai nilai tertentu,”  katanya.

Turut hadir Pemangku Pendaftar, Siti Zubaidah A Hamid; Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Timur Laut, Deputi Suprintendan Zuhairi Hamzah dan Timbalan  Penasihat Undang-undang Kanan USM, Khairul Anuar Che Azmi.

Ijazah palsu: Hanya seorang bekas pelajar USM terlibat



Ijazah palsu: Hanya seorang bekas pelajar USM terlibat
Omar menunjukkan contoh ijazah USM yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi .
GEORGETOWN - Hanya seorang bekas penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) didapati terlibat dalam kegiatan pemalsuan sijil akademik institsui pengajian tinggi itu.

Naib Canselor USM, Datuk Omar Osman berkata, bekas penuntut itu kini ditahan reman oleh polis untuk membantu siasatan manakala dua rakannya bukan penuntut mereka.

Sehubungan itu katanya, kegiatan itu tidak sama sekali akan menjejaskan kredibiliti USM kerana ia  mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat dan sukar "ditembusi" oleh mana-mana pihak.

“Pelajar yang menamatkan pengajian dan mendapat ijazah akan direkod dan sijil mereka hanya ditandatangani oleh naib canselor dan pendaftar yang muingkin berubah dari semasa ke semasa.

“Kita merekodkan semua maklumat itu dalam buku warta konvokesyen graduan yang disimpan di bilik kebal dan hanya boleh diakses oleh pegawai tertentu sahaja,” kata beliau pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dua wanita dan seorang lelaki ditahan polis ketika berada di sebuah rumah di Kampar, Perak tiga hari lalu kerana dipercayai terlibat dengan sindiket pemalsuan sijil akademik universiti berkenaan.

Polis turut merampas beberapa peralatan komputer dipercayai digunakan bagi menghasilkan sijil palsu itu yang dijual kepada pihak ketiga dengan harga tertentu.

Siasatan awal mendapati antara sijil yang dikeluarkan mereka adalah sijil diploma, sijil ijazah sarjana dan sijil ijazah sarjana muda.

Omar berkata, USM merekodkan semua maklumat itu dalam buku warta khas setiap konvokesyen graduan yang disimpan di bilik kebal dan hanya boleh diakses oleh pegawai tertentu sahaja.

Menurutnya, USM mempunyai prosedur ketat dalam hal pengeluaran dan pengesahan ijazah dan ia terus dipantau untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

"Sebagai sebuah universiti yang mementingkan integriti, saya memandang serius dan prihatin  terhadap aktiviti tidak bermoral seperti ini.

“Tidak ada tolak ansur, apatah lagi perkara yang boleh menjejaskan nama baik universiti walaupun kita menyedari kemungkinan mereka berbuat demikian adalah kerana yakin ijazah USM mempunyai nilai tertentu,”  katanya.

Turut hadir Pemangku Pendaftar, Siti Zubaidah A Hamid; Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Timur Laut, Deputi Suprintendan Zuhairi Hamzah dan Timbalan  Penasihat Undang-undang Kanan USM, Khairul Anuar Che Azmi.