Search This Blog

Saturday, June 30, 2012

Ijazah palsu: USM buat laporan polis



KUALA LUMPUR 30 Jun - Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuat laporan polis berhubung satu sindiket yang menawarkan ijazah palsu universiti itu menerusi laman web.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Omar Osman berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tentang wujudnya sindiket tersebut selepas kegiatan itu dikesan sejak beberapa minggu lalu.
“Sehingga kini USM masih lagi menunggu hasil siasatan pihak polis untuk menangkap dan mendakwa suspek.
“Sindiket ini dipercayai dilakukan oleh rakyat tempatan dan beroperasi dari dalam negara," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, USM masih belum menerima sebarang aduan daripada mereka yang tertipu dengan sindiket tersebut.
Omar berkata, USM telah mengambil tindakan mengetatkan ciri-ciri keselamatan skrol ijazah yang lama menerusi proses keselamatan rapi dan mengandungi ciri-ciri keselamatan serta nombor siri khas. - UTUSAN

Dua kapal pindah minyak ditahan



Kapal MT Lumba (kiri) dan TB Lautan Kakap ditahan oleh Maritim Malaysia Wilayah Selatan kerana disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram di Tanjung Piai, Pontian, semalam.
JOHOR BAHRU 27 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan menahan dua kapal yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram di perairan Tanjung Piai, Pontian awal pagi ini.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim, Adon Shalan berkata, kedua-dua kapal berkenaan, MT Lumba dan TB Lautan Kakap ditahan kira-kira 5.9 kilometer barat daya Tanjung Piai pukul 1.20 pagi.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kira-kira 3,000 liter diesel dipindahkan dari kapal TB Lautan Kakap ke kapal MT Lumba yang kedua-duanya berdaftar di Mongolia.
"Terdapat 20 anak kapal warga Indonesia berusia 24 hingga 47 tahun berada di kedua-dua kapal berkenaan.
"Pegawai dan ketua jurutera kedua-dua kapal tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia daerah Johor Bahru untuk siasatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam kes berasingan, Adon berkata, pihaknya menyelamatkan sebuah kapal kargo, MV SST yang membawa muatan sulfur selepas terkandas di Batuan Tengah dekat perairan Pengerang, Kota Tinggi semalam.
Katanya, kapal berdaftar di Panama dan membawa 30 anak kapal warga Korea Selatan yang dalam perjalanan dari Singapura ke China itu dikatakan mengalami kebocoran selepas melanggar batu ketika cuba mengelak sebuah bot nelayan.
"Jabatan Laut mengesahkan tiada tumpahan minyak dan pencemaran sulfur di perairan negara berlaku namun pemantauan tetap dijalankan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku," katanya.

Kes Teoh: Tindakan disiplin terhadap 3 pegawai SPRM



ABU Kassim Mohamed menunjukkan buku laporan tahunan SPRM sebelum menyerahkannya kepada Mohd. Radzi Sheikh Ahmad di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 27 Jun - Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock akan mengetahui nasib mereka tidak lama lagi apabila keputusan berhubung tindakan disiplin terhadap mereka diputuskan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, beliau akan mengemukakan syor kepada jawatankuasa aduan SPRM berhubung kes itu sebelum sebarang tindakan tatatertib diambil, berdasarkan cadangan daripada jawatankuasa berkenaan yang dibentuk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
"Kita telah memutuskan tindakan disiplin yang akan diambil. Kita akan memaklumkan jawatankuasa aduan pada mesyuarat akan datang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Laporan Tahunan SPRM kepada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Rasuah, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad.
Abu Kassim pada April lepas berkata, tiga pegawai berkenaan telah diminta memberi penjelasan berhubung pertuduhan itu setelah siasatan mendapati tingkah laku mereka ketika menjalankan soal siasat terhadap Teoh, ada yang melanggar peraturan tatatertib.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14, plaza berkenaan.
Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kematian Teoh, memutuskan bahawa Teoh membunuh diri akibat mengalami rasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat SPRM. - BERNAMA

Pemandu treler maut, dua parah dalam nahas dekat Tapah



IPOH 29 Jun - Seorang maut manakala dua lagi cedera parah apabila dua buah kenderaan tercampak ke dalam gaung dalam satu kemalangan di km 325 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Somsak a/l Din Keliau berkata, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai pemandu treler, C.Chandra Kumar, 53, berasal dari Sungai Petani, Kedah.
Mangsa yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata pemandu lori yang dikenali sebagai Mohd Zaini Mohd Desa, 44, berasal dari Triang, Pahang, cedera parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan manakala kelindannya Bukhari Yusof, 28 berasal dari Kuala Ketil Kedah yang juga cedera parah dirawat di Hospital Tapah. - BERNAMA

Pakar kunci dari Colombia aktif pecah rumah



KUALA LUMPUR 28 Jun - Pelancong dari benua Amerika Latin kini dikesan aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Lembah Klang malah turut dipercayai melakukan jenayah serupa di Singapura dan Thailand.
Sindiket yang melibatkan ahli berasal dari Colombia itu akan masuk ke negara ini secara sah dan modus operandi mereka adalah menyasarkan rumah atau premis yang ditinggalkan pemilik untuk dipecah masuk.
Difahamkan, setiap ahli sindiket ini juga merupakan 'pakar kunci' yang mahir serta berkebolehan memasuki rumah atau premis tanpa sebarang kesan dan mengambil kesemua barangan berharga.
Terbaru, polis menahan seorang lelaki warga Colombia berusia 30 tahun yang dipercayai salah seorang ahli sindiket ini di sebuah kondominium mewah yang turut menempatkan pusat beli-belah di Solaris Dutamas di sini semalam.
Sebelum penahanan itu, suspek dilihat berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan sebelum dia melarikan diri setelah melihat kehadiran anggota polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Othman Abu Bakar berkata, lelaki itu telah membuang kedua-dua beg yang dibawanya dan melarikan diri namun berjaya ditangkap selepas terjatuh ke dalam longkang.
"Hasil pemeriksaan dalam satu beg itu, kita dapati ada alatan seperti pemutar skru, spanar, pemotong besi dan peralatan membuka kunci manakala beg yang lain diisi dengan barangan hasil curi.
"Tindakannya yang melarikan diri seolah-olah suspek bersalah melakukan jenayah dan selepas dia ditahan, seorang pengadu membuat laporan polis tentang kejadian pecah rumah di premisnya," katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari.
Mengulas lanjut, Othman tidak menafikan lelaki terbabit merupakan pakar kunci dan dia telah beberapa kali keluar masuk ke negara ini dipercayai untuk melakukan kegiatan itu.
"Kali terakhir dia masuk ke negara ini adalah pada 20 Jun lalu malah berdasarkan pemeriksaan dia juga keluar masuk ke negara Singapura dan Thailand," katanya yang memberitahu polis turut merampas beberapa keping mata wang negara jiran.
Jenayah pecah rumah membabitkan sindiket warga Amerika Latin ini pernah dilaporkan beberapa kali berlaku di sekitar Kajang, Selangor dan bulan lalu polis berjaya menangkap seorang warga Colombia selepas dia cuba mencuri di sebuah rumah di situ.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab sebelum ini berkata, sindiket ini mensasarkan rumah yang ditinggalkan penghuni ketika waktu kerja dan mereka ini pakar membuka kunci.
"Terdapat beberapa kes membabitkan warga Amerika Latin dan mereka ini akan menyewa kenderaan seterusnya berlegar-legar di kawasan perumahan bagi mencari rumah sasaran terutamanya apabila pemilik keluar bekerja," katanya yang percaya ramai lagi ahli sindiket ini masih bebas.

Suami isteri dituduh rompak, cabul ejen hartanah



KUALA LUMPUR 29 Jun - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang ejen hartanah wanita, bulan lalu.
Wong Wai Kit dan isteri, How Sow Kim, masing-masing berusia 33 tahun, dituduh bersama-sama melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang membabitkan kerugian kira-kira RM70,000 di rumah beralamat 17-29-05, Mont Kiara Palma di sini kira-kira pukul 5 petang, 10 Mei lalu.
Dakwaan terhadap mereka yang tidak diwakili peguam bela dikemukakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan.
Wai Kit turut menghadapi tuduhan kedua iaitu didakwa mencabul kehormatan wanita berusia 34 tahun itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Bagi pertuduhan tersebut, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazreen Zulkifli yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM20,000 kepada setiap tertuduh bagi pertuduhan pertama manakala Wai Kit turut ditawarkan ikat jamin RM5,000 bagi pertuduhan kedua. - UTUSAN

Kastam tumpaskan 48 cubaan seludup rokok, arak bernilai RM27.4j



RAMLI Johari (kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian rokok yang dirampas pada sidang akhbar di Menara Kastam Johor, Johor Bahru, Johor, semalam. - BERNAMA
JOHOR BAHRU 29 Jun - Kastam negeri mematahkan 48 cubaan penyeludupan pelbagai jenis barangan termasuk rokok dan minuman beralkohol melibatkan nilai rampasan termasuk cukai sebanyak RM27.4 juta.
Pengarahnya, Datuk Ramli Johari berkata, seramai tujuh orang telah didakwa di mahkamah dengan empat daripadanya didapati bersalah serta sudah menjalani hukuman masing-masing.
Katanya, kesemua individu itu melibatkan 26 kes yang ditahan penguat kuasa di Bangunan Sultan Iskandar.
"Kes terbaru yang berlaku di bangunan berkenaan adalah semalam, melibatkan rampasan 1.8 juta batang rokok jenama Modeng yang ditaksirkan bernilai RM90,000 dan cukai terlibat sebanyak RM892,800.
"Kejadian berlaku pukul 12.50 tengah hari apabila sepasukan anggota penguat kuasa Ops Pagar Selatan menahan sebuah van berkunci jenis Hino dan dua lelaki di laluan Dagangan Import," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kata Ramli lagi, siasatan awal yang dijalankan mendapati dagangan yang dibawa lori berkenaan diikrarkan sebagai alat ganti mesin.
Tambahnya, dua lelaki iaitu pemandu dan kelindan lori yang berusia 22 dan 42 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu kerana terlibat mengangkut barang larangan dengan niat mengelak apa-apa larangan bagi barang-barang itu.
"Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda minimum 10 kali ganda nilai atau maksimum 20 kali nilai atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Beliau turut menyeru agar orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihaknya berkaitan penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 07-2181666/2225666 (Johor Bahru); 06-9538655 (Muar); 07-4355553/4355554 (Batu Pahat) dan Gelang Patah 07-5233067.
Ujarnya, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan mereka akan mendapat ganjaran wang tunai jika maklumat itu membawa kepada penangkapan penyeludup.

Tanam bangkai kucing bawa penemuan rangka bayi



KLUANG 29 Jun - Tindakan seorang penduduk menanam bangkai kucing di belakang sebuah warung di Kampung Baru di sini, membawa kepada penemuan mayat bayi yang ditanam sejak dua bulan lalu di kawasan itu.
Siasatan polis kemudian membongkar bayi tersebut adalah anak kepada seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang tidak lagi bersekolah dan tinggal kira-kira 20 meter dari lokasi mayat bayi itu ditemui.
Bayi malang tersebut dipercayai dilahirkan hasil hubungan sulit remaja itu dengan teman lelakinya, seorang penganggur berusia lingkungan 20-an dan polis sedang memburu lelaki terbabit.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, seorang penduduk lelaki berusia lingkungan 40-an menghubungi polis kira-kira pukul 11 pagi Isnin lalu, memberitahu terhidu bau busuk dipercayai mayat manusia di Kampung Baru.
"Lelaki itu pada mulanya hendak menanam bangkai kucing di satu lorong di belakang warung tetapi selepas baru sedikit dikorek, dia terhidu bau yang sangat busuk lalu menghubungi polis.
"Polis kemudian menggali kawasan itu dan menemui satu rangka dibungkus dalam plastik berwarna merah yang kemudiannya disahkan sebagai rangka bayi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Abdul Majid berkata, siasatan forensik mendapati bayi itu ditanam sejak dua bulan lalu ketika baru dilahirkan, namun belum ada kepastian sama ada ia mati akibat dibunuh atau ketika dilahirkan.
Beliau memberitahu, polis menahan ibu kepada bayi itu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya sekali.
Menurut beliau, ibu bapa remaja perempuan itu telah berpisah dan suspek tinggal bersama bapa dan kakaknya.
Katanya, soal siasat menunjukkan bapa suspek yang bekerja sebagai buruh dan sering pulang lewat ke rumah, mengesyaki remaja itu mengandung tetapi setiap kali diajak ke hospital, suspek akan memberikan pelbagai alasan.

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi disamun RM300,000



KUALA LUMPUR 29 Jun - Seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi dan empat ahli keluarganya kerugian RM300,000 selepas disamun empat lelaki bersenjatakan parang yang menceroboh masuk ke dalam banglo dua tingkat milik mangsa di Taman Seputeh di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, mangsa, Datuk Dr. R. Kamalanathan dan ahli keluarganya serta dua pembantu rumah turut diikat kaki dan tangan mereka oleh suspek yang menaiki sebuah kereta BMW.
Jurucakap polis berkata, semasa insiden berlaku, mangsa berehat di halaman rumahnya sebelum sebuah kereta tiba-tiba berhenti lalu tiga lelaki bertindak memanjat pintu pagar banglo itu.
Katanya, mangsa yang kini berkhidmat sebagai peguam tidak sempat melarikan diri dan dibawa masuk ke dalam rumah untuk dikumpulkan bersama ahli keluarganya di dalam sebuah bilik di tingkat atas.
"Tiga daripada suspek yang bersenjatakan parang mengawal kesemua mangsa dan seorang lagi menggeledah banglo itu untuk mencari barang-barang bernilai.
"Suspek mengambil masa kurang 10 minit untuk melarikan pelbagai barangan kemas termasuk jam tangan mangsa yang keseluruhannya dianggarkan RM300,000," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan berlaku sedikit pergelutan antara mangsa dan suspek menyebabkannya cedera di tangan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

3 lelaki terlibat enam kes pecah rumah ditahan



MOHAMAD Nasir Ramli (kiri) melihat sebuah kereta mewah yang dicuri dan berjaya ditemui semula di Muar, Johor, semalam.
MUAR 29 Jun - Polis merampas pelbagai barangan bernilai RM500,000 setelah menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam enam kes pecah rumah di sekitar Parit Jawa, Bukit Pasir dan Muar sejak Januari lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kesemua suspek ditahan pada Jumaat lalu dengan yang pertama ditahan pukul 6 pagi manakala dua lagi pada pukul 11 malam, di rumah masing-masing.
Katanya, hasil ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek yang berumur 20-an didapati positif dadah.
"Seorang daripadanya bekerja sebagai jurukimpal manakala dua lagi tidak bekerja. Berikutan penangkapan suspek itu, kita memburu lima lagi suspek yang telah dikenal pasti identiti mereka.
"Melalui dua serbuan itu, kita merampas sebuah kereta Mercedes-Benz, barang kemas dan dua buah motosikal," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda.
Dalam satu lagi serbuan, Mohamad Nasir berkata, pihaknya menahan dua suspek kes pecah rumah di Jalan Joned dan merampas barang curi antaranya sebuah kereta Mercedes-Benz, dua jam tangan Rolex, barang kemas dan dua komputer riba.
Katanya, kesemua barang tersebut dirampas dalam rumah mereka termasuk disembunyikan dalam kereta curi yang sudah ditukar nombor pendaftarannya.
Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah IPD Muar menyerbu sebuah rumah di Jalan Sakeh pukul 10.15 malam tadi dan menahan seorang lelaki berusia 42 tahun kerana terlibat dalam perjudian kejohanan bola sepak Euro 2012.
Mohamad Nasir berkata, pihaknya merampas wang tunai RM126, telefon bimbit dan dokumen yang membabit nilai taruhan RM200,000 di sekitar daerah ini.

Empat termasuk tiga warga asing maut nahas



LANGKAWI 30 Jun - Empat orang, termasuk tiga warga asing berketurunan Arab, maut dalam kemalangan membabitkan sebuah teksi dengan lori simen di Jalan Ayer Hangat di sini.
Mereka yang maut ialah pemandu teksi Zubir Ibrahim, 42, dari Kampung Bohor Merah, Mukim Ayer Hangat serta tiga beradik penumpang teksi berkenaan iaitu seorang lelaki dan dua perempuan.
Berdasarkan dokumen pengenalan, warga asing itu ialah Miriam Mohamed Maisara Hameed, 26, dan Alaa Mohamed Maisara Abdul Hameed, 16, kedua-dua pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Lembah Klang serta Mohammad Maysra Abdul Hameed, 18.
Ketua Polis Daerah Langkawi Superintenden Harith Kam Abdullah berkata kejadian kira-kira 4 petang tadi itu dipercayai berlaku apabila teksi tersebut cuba memotong di laluan berkembar di kawasan berhampiran tempat membakar sampah Belanga Pecah, Kuah sebelum bertembung lori simen.
"Akibat pelanggaran itu, separuh daripada teksi Cherry Alado itu terperosok di bawa lori. Keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di Hospital Langkawi hari ini.
Beliau berkata pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta mengambil masa kira-kira satu setengah jam untuk mengeluarkan semua mangsa kerana teksi itu remuk teruk.
"Berdasarkan dokumen, walaupun ketiga-tiga warga asing itu adik-beradik tetapi dua mangsa perempuan adalah warga United Kingdom manakala lelaki itu warga Sudan," katanya.
Harith Kam berkata tiga warga asing itu tiba di Langkawi pada 25 Jun lepas dan dijangka keluar pada 2 Julai.
Katanya, teksi itu adalah teksi yang mempunyai permit dan dokumen lain bagi membawa penumpang.
Beliau berkata pemandu lori simen berusia 44 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. - BERNAMA

3 maut terjatuh kondominium




Isteri Ismail Khan (kiri) ditenangkan oleh saudaranya setelah suami bersama dua anaknya terjatuh dari tingkat 21 Kondominium Langat Jaya di Cheras, semalam.
HULU LANGAT 27 Jun - Kematian seorang lelaki warga Pakistan bersama dua orang anaknya yang terjatuh dari tingkat 21 Kondominium Langat Jaya, Batu 9, Cheras di sini malam tadi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur jenayah.
Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pihaknya tidak akan mengambil keterangan isteri mangsa atau mana-mana pihak bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan ia dianggap selesai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian malam tadi, Ismail Khan, 39, yang berasal dari Pakistan bersama anak lelakinya Mohd. Faizal, 9, dan anak perempuan, Aqsa Khan, 6, ditemui mati pada pukul 8.30 malam oleh seorang pengawal keselamatan berhampiran tempat letak kereta kondominium itu.
Menurut Ab. Rashid, Ismail dilaporkan sering bergaduh dengan isterinya kerana wanita itu sudah serik dengan perangainya yang mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
"Ismail pernah bekerja sebagai kontraktor, namun sudah tiga tahun menganggur dan sering meminta duit daripada isterinya.
"Oleh itu, isterinya memfailkan perceraian pada tahun lalu dan kes itu akan dibicarakan pada Ogos ini. Bagaimanapun Ismail dikatakan tidak mahu bercerai dan ini dipercayai antara punca kejadian ini berlaku," katanya.
Menurut Ab. Rashid, mangsa yang tinggal di tingkat lima kondominium dipercayai membawa kedua-dua anaknya ke tingkat paling tinggi kerana beg sekolah seorang daripada anaknya ditemui di situ.
"Semasa kejadian, isterinya tiada bersama dan berada di rumah ibunya di Bandar Tun Razak," katanya.

Mayat lelaki ditemui kepala hampir putus

KUALA LUMPUR 28 Jun - Mayat seorang lelaki yang hampir putus kepala dan dipercayai dibunuh beberapa hari lalu, ditemui dalam satu saliran air di Segambut Gates di sini semalam.
Mayat yang bahagian kepalanya dibungkus dengan selimut dan diikat dengan tali itu ditemui orang ramai kira-kira pukul 1.13 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Othman Abu Bakar berkata, kepala mangsa hampir putus akibat dikelar dan terdapat beberapa kesan tikaman di badan.
Katanya, polis percaya mangsa dibunuh dan dicampak di satu kawasan sebelum mayatnya dibawa arus dan ditemui awal pagi semalam.
"Berhubung penemuan itu juga, kita percaya ia mempunyai kaitan dengan satu kes kehilangan seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun di kawasan Serdang seperti yang dilaporkan isterinya, Sabtu lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

3 maut terjatuh kondominium



Isteri Ismail Khan (kiri) ditenangkan oleh saudaranya setelah suami bersama dua anaknya terjatuh dari tingkat 21 Kondominium Langat Jaya di Cheras, semalam.
HULU LANGAT 27 Jun - Kematian seorang lelaki warga Pakistan bersama dua orang anaknya yang terjatuh dari tingkat 21 Kondominium Langat Jaya, Batu 9, Cheras di sini malam tadi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur jenayah.
Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pihaknya tidak akan mengambil keterangan isteri mangsa atau mana-mana pihak bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan ia dianggap selesai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian malam tadi, Ismail Khan, 39, yang berasal dari Pakistan bersama anak lelakinya Mohd. Faizal, 9, dan anak perempuan, Aqsa Khan, 6, ditemui mati pada pukul 8.30 malam oleh seorang pengawal keselamatan berhampiran tempat letak kereta kondominium itu.
Menurut Ab. Rashid, Ismail dilaporkan sering bergaduh dengan isterinya kerana wanita itu sudah serik dengan perangainya yang mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
"Ismail pernah bekerja sebagai kontraktor, namun sudah tiga tahun menganggur dan sering meminta duit daripada isterinya.
"Oleh itu, isterinya memfailkan perceraian pada tahun lalu dan kes itu akan dibicarakan pada Ogos ini. Bagaimanapun Ismail dikatakan tidak mahu bercerai dan ini dipercayai antara punca kejadian ini berlaku," katanya.
Menurut Ab. Rashid, mangsa yang tinggal di tingkat lima kondominium dipercayai membawa kedua-dua anaknya ke tingkat paling tinggi kerana beg sekolah seorang daripada anaknya ditemui di situ.
"Semasa kejadian, isterinya tiada bersama dan berada di rumah ibunya di Bandar Tun Razak," katanya.

Cubaan rampas pesawat China gagal



BEIJING 30 Jun - Cubaan sekumpulan lelaki untuk merampas sebuah kapal terbang yang dalam perjalanan ke Urumqi, wilayah Xinjiang berjaya dipatahkan oleh penumpang dan anak kapal pesawat terbabit, semalam.
Kejadian tersebut berlaku sejurus selepas pesawat yang membawa seramai 100 penumpang itu berlepas dari Lapangan Terbang Hotan.
Media melaporkan, beberapa penumpang dan kabin krew pesawat terbabit mengalamai cedera ringan ketika bergelut dengan kumpulan perampas. - BERNAMA/AFP

Penjaga kedai mati ditembak



Anggota polis dan Unit Forensik memeriksa lokasi dan sebuah kereta Perodua Myvi putih milik mangsa yang ditembak mati di hadapan sebuah sekolah di Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ
KUALA LUMPUR 29 Jun - Seorang lelaki mati ditembak sebanyak dua das oleh dua lelaki bermotosikal ketika menghantar anaknya ke sebuah sekolah di Taman Sungai Besi Indah di sini pagi ini.
Ketika kejadian pukul 7.30 pagi, mangsa berusia 32 tahun berada di dalam kereta Perodua MyVi dan menunggu isterinya yang memasuki sekolah untuk menghantar anak lelaki mereka berusia lapan tahun.
Bagaimanapun tiba-tiba muncul dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC berwarna merah lalu melepaskan dua das tembakan dari jarak dekat ke arah mangsa.
Semasa kejadian, terdapat beberapa saksi yang difahamkan kebanyakannya ibu-bapa murid di sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abdul Razak Elias berkata, mangsa yang bekerja sebagai penjaga kedai runcit dikejarkan ke Hospital Serdang oleh isterinya tetapi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan, kira-kira 30 minit selepas itu.
"Pemeriksaan mendapati mangsa mati kerana kecederaan parah di bahagian rusuk kanan dan bahu kiri," katanya ketika pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
Difahamkan, selain dua kelongsong peluru, polis turut menemui dua butir peluru hidup di tempat kejadian.
Abdul Razak memberitahu, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan dendam dan percaya jenayah tersebut dirancang rapi.
"Mangsa tidak memiliki rekod jenayah malah menurut ahli keluarga, mangsa tidak mempunyai sebarang musuh. Siasatan lanjut akan diteruskan memandangkan keluarga terutama isteri masih trauma dengan kejadian itu," katanya.
Dalam perkembangan sama, polis turut mengesahkan, tembakan menggunakan senjata api jenis pistol dan terdapat beberapa saksi melihat kejadian.
"Kami merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan kes ini," katanya yang memberitahu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

2 lori berlanggar, 20 rentung



Pasukan bomba menyembur air ke arah sebuah lori membawa minyak selepas berlaku kebakaran ekoran pelanggaran lori tanki itu dengan sebuah trak di sebuah lebuh raya di Guangzhou, wilayah Guangdong, semalam menyebabkan 20 orang terbunuh. - reuters
BEIJING 29 Jun - Sekurang-kurangnya 20 orang rentung selepas dua trak, satu daripadanya membawa 40 tan minyak berlanggar dan menyebabkan tumpahan petrol yang mencetuskan kebakaran besar di sebuah kilang kayu di bandar Guangzhou, hari ini.
Pihak berkuasa tempatan berkata, kejadian itu berlaku awal pagi ini dekat selatan bandar itu dan kebanyakan mangsa yang rentung dipercayai pekerja kilang terbabit.
“Seramai 14 orang lagi cedera dengan dua daripada mereka dilaporkan parah," katanya.
Kedua-dua trak terbabit berlanggar di sebuah jambatan. Punca kemalangan masih disiasat.
Menurut pihak berkuasa, petrol yang dibawa trak itu tumpah ke atas kilang kayu yang terletak di bawah jambatan tersebut sebelum berlaku kebakaran.
Pihak bomba yang dikerah ke tempat kejadian berjaya mengawal kebakaran beberapa jam kemudian.
Gambar kemalangan yang disiarkan secara dalam talian turut memaparkan cebisan mayat bertaburan di atas jalan raya berdekatan kenderaan yang terbakar itu. - AFP

Warga asing kantoi guna nombor plat palsu, kereta curi

Warga asing kantoi guna nombor plat palsu, kereta curi - Selangor & KL - Sinar Harian:

PETALING JAYA – Gara-gara kebodohan menggunakan nombor plat yang tidak wujud, tiga warga asing berusia 18 hingga 29 tahun ditahan di kawasan tempat kereta Apartmen Idaman, Damansara Damai kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, berbekalkan maklumat awam suspek diberkas oleh Unit Lejang Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di kawasan berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan pada kereta Perodua MyVi bernombor pendaftaran JUR 1915, pihaknya menemui sebilah parang panjang, pemutar skru, segulung dawai tembaga dan kad bank.

“Suspek dipercayai sedang cuba mencuri kenderaan di kawasan berkenaan berdasarkan keterangan daripada penduduk di kawasan itu,” katanya.

Difahamkan, kereta tersebut pernah dilaporkan hilang di Kajang beberapa bulan lalu dipercayai digunakan suspek untuk menjalankan kerja jenayah.

Beliau berkata, ke semua yang ditahan mempunyai dokumen perjalanan sah dan kes disiasat di bawah Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan.

Arjunaidi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas ketiga–tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes curi di kawasan itu.

4 wanita berkhalwat dipenjara

4 wanita berkhalwat dipenjara - Terengganu - Sinar Harian:
PERMAISURI - Empat wanita terpaksa meringkuk selama sebulan dalam penjara kerana masing-masing mengaku bersalah melakukan kesalahan khalwat dan persediaan melakukan persetubuhan haram.

Mereka dijatuhkan hukuman itu selepas gagal membayarkan denda yang dikenakan Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Setiu di sini. Mereka juga sebelum ini berdepan waran tangkap kerana gagal hadir  eberapa kali ke mahkamah bagi mendengar sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Besut.

Dua daripada mereka ditangkap dalam sebuah rumah bersama seorang lelaki di Kampung Jawek, Jertih pada 11 April tahun lalu. Wanita berkenaan berusia 35 tahun berasal dari Thailand dan rakannya, 40, warga tempatan itu  sebelum ini telah berpindah rumah dipercayai untuk mengelak dikesan penguat kuasa dan kedua-dua mereka didenda RM2,400 atau sebulan penjara kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah  Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Lelaki yang merupakan pasangan dua wanita itu pula masih gagal dikesan. Sementara itu, untuk kes kedua, seorang janda berusia 40 tahun didakwa atas kesalahan sama apabila dia ditangkap pihak berkuasa di dalam pondok di  sebuah kebun getah bersama dua lelaki berusia 28 tahun dan 16 tahun berdekatan Kampung Darau, Hulu Besut selepas mendapat aduan orang ramai, Ahad lalu.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan pernah ditangkap berkhalwat seorang lelaki berusia 28 tahun di sebuah chalet di Seberang Kastam pada 13 Mei tahun lalu. Dia didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Seksyen 29  Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 kerana persediaan mengadakan seks luar nikah menyebabkan dia didenda RM2,900 atau sebulan penjara.

Manakala seorang lagi wanita berusia 32 tahun yang ditangkap kerana bersekedudukan dengan seorang lelaki berusia 42 tahun di sebuah rumah di Kampung Padang Bual, Hulu Besut pada 12.20 malam, 4 Julai tahun lalu turut  didakwa di mahkamah sama.

Usaha mereka melarikan diri gagal kerana penguat kuasa Pejabat Agama Islam Besut berjaya menahan mereka di rumah masing-masing pada Ahad lalu sebelum didakwa di mahkamah. Wanita berkenaan didenda RM2,500 atau  sebulan penjara atas kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) manakala pasangannya telah menjalani hukuman penjara pada 27 Mac lalu selama sebulan kerana gagal membayar denda.

Kesemua mereka dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan kerana gagal membayar denda.

Kerani bank dibunuh, dibakar

Kerani bank dibunuh, dibakar - Semasa - Sinar Harian:


Kerani bank dibunuh, dibakar
Mayat mangsa dibawa ke HKL untuk dibedah siasat, semalam.


AMPANG - Seorang kerani bank tidak sempat meraikan majlis hari bahagia bersama suami, selepas dia dibunuh dan dibakar depan rumahnya di Apartment Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu mangsa, P Yoga Ambiga, 27, baru pulang dari kerja sebelum diserang dipercayai oleh lebih daripada seorang suspek yang sudah bersiap sedia menunggunya.

Timbalan Ketua Polis Daerah  Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.15 malam dan siasatan menunjukkan mayat mangsa berada dalam keadaan tertiarap serta rentung akibat dibakar  di hadapan rumahnya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati barangan berharga seperti dompet dan telefon bimbit mangsa dilaporkan tidak hilang, sekali gus menolak motif samun. "Kita percaya pembunuhan mangsa dirancang rapi kerana individu yang  menyerangnya sudah bersedia dan mengetahui bila mangsa pulang dari kerja.

"Setakat ini, kita percaya serangan bermotifkan cemburu dan sedang mengenal pasti jenis bahan bakar yang digunakan dalam kejadian," katanya, semalam. Md Nazri berkata, pihaknya sedang giat memburu individu yang terbabit  dalam kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian, 03-42897222 atau tampil di mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, bapa mangsa, S Periasamy, 62, berkata, tahun lalu terdapat seorang lelaki datang merisik anaknya (Yoga Ambiga), namun terpaksa ditolak. "Saya terpaksa tolak kerana menghormati permintaan anak yang tidak mahu menerima pinangan tersebut.

"Namun selepas itu, lelaki terbabit kerap  engganggu anak saya di tempat kerja termasuk di rumah," katanya di luar pekarangan rumah mayat HKL, semalam.

Ketika ditanya, adakah dia mengesyaki lelaki itu terlibat dalam serangan terhadap anaknya, Periasamy berkata, dia tidak mahu menuduh sesiapa dan tidak pasti siapa yang melakukannya. Kakak mangsa, P Varalaschumy, 35, berkata, dua minggu lalu, adiknya baru sahaja mendaftarkan perkahwinan dan dijangka mengadakan majlis Oktober nanti.

"Kami sekeluarga berasa terkilan kerana tidak dapat melihat adik dan suaminya meraikan hari bahagia mereka," katanya. 

Rangka dalam tong ditemui

Rangka dalam tong ditemui - Semasa - Sinar Harian:


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab


HULU LANGAT – Rangka dipercayai milik seorang wanita ditemui di dalam sebuah tong yang disimen dan ditanam di sebuah tapak pembinaan kilang di Kampung Baharu, Balakong, semalam.

Rangka itu ditemui seorang pemandu jengkaut yang melakukan kerja mengorek tanah, kirakira jam 11.30 pagi. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemeriksaan terhadap rangka itu mendapati  terdapat kesan retak di kepala dipercayai dipukul dengan objek keras.

“Mangsa dipercayai dibunuh lebih setahun lalu berdasarkan kesan bancuhan simen pada bahagian dalam dan luar tong. “Kita percaya mangsa adalah wanita berdasarkan penemuan coli bersamanya. Wang syiling 10 sen juga  ditemui,” katanya.

Menurutnya, polis akan siasat identiti mangsa berdasarkan laporanorang hilang dan menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang.

Beliau berkata, dua pekerja kilang di kawasan berhampiran ditahan bagi membantu siasatan. Sementara itu, pemandu jengkaut, Sukron Maun, 33, berkata, dia tidak menyangka di dalam tong itu tertanam rangka manusia.

“Saya pecahkan tong itu dan temui rangka manusia yang berikat dengan wayar elektrik,” katanya.

Wanita dakwa bayar ikat jamin RM20,000 bebaskan abang dari lokap

Wanita dakwa bayar ikat jamin RM20,000 bebaskan abang dari lokap - Semasa - Sinar Harian:

IPOH - Seorang wanita mendakwa membayar wang ikat jamin RM20,000 kepada seorang pegawai polis bagi membebaskan abangnya yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kerana disyaki terbabit dalam kes  dadah.

T.Rajani, 26, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini mendakwa beliau diarah oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai 'Insp Faiz' supaya memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun yang dikatakan milik seorang anggota polis dikenali sebagai 'Subramaniam'.

"Bagaimanapun selepas memasukan wang ke akaun berkenaan, abang saya tidak dibebaskan sebaliknya dihantar ke Penjara Taiping dan Inspektor berkenaan gagal dihubungi selepas itu,"  katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat Aduan Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Adun BN Perak Mohd Rawi Abdullah.

Menceritakan kejadian itu, Rajani mendakwa pada 18 Jun beliau dihubungi seorang lelaki yang hanya di kenali sebagai 'Insp Faiz' yang memintanya hadir ke balai polis Ipoh dan membawa wang tunai untuk bayaran wang jamin, 10 paket milo dan pakaian bagi membebaskan abangnya yang berusia 29 tahun.
 
"Ketika berada di balai polis, seorang anggota polis mengarahkan saya pergi ke sebuah bank berhampiran atas arahan inspektor berkenaan dan saya sekali lagi dihubungi inspektor itu yang mengarahkan saya memasukkan wang itu ke dalam akaun bank," katanya.

Berikutan kejadian itu, Rajani membuat laporan polis Ahad lepas.

Rajani berharap polis dapat menyiasat kes itu kerana wang yang diperoleh untuk membayar ikat jamin bagi membebaskan abangnya itu dipinjam daripada rakan dan saudara mara selain bergadai barangan kemas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Beliau berkata ada orang yang menggunakan nama pegawai polis 'Insp Faiz' bagi tujuan itu yang disifatkannya sebagai satu penipuan.- Bernama

Kempunan hasil curi

Kempunan hasil curi - Selangor & KL - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR - Seorang warga Columbia tidak sempat menikmati hasil curi selepas polis berjaya menahannya di Solaris Duta, malam kelmarin.

Lelaki berusia 30 tahun itu cuba melarikan diri selepas polis mengesyaki tindakannya yang mencurigakan kirakira jam 9.30 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata, suspek sempat mencampakkan dua beg galasnya dan polis menemui alatan pecah rumah, telefon bimbit, MacBook, sarung tangan, wang tunai RM1,000  dan beberapa keping mata wang Thailand dalam beg tersebut.

“Siasatan awal mendapati, suspek terlibat dalam kes pecah rumah jenis kondominium mewah dan dipercayai dia berniat untuk melakukan jenayah dalam negara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini,  semalam.

Beliau berkata, suspek yang dipercayai sudah beberapa kali masuk ke negara ini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum direman bagi siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Kegiatan judi di sebalik kafe siber

Kegiatan judi di sebalik kafe siber - Selangor & KL - Sinar Harian:


Kegiatan judi di sebalik kafe siber
Kewujudan kafe siber di sekitar Kuala Selangor membimbangkan penduduk berikutan khuatir anak mereka terjebak perjudian haram.


KUALA SELANGOR – Kewujudan kafe siber seperti cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan deretan kedai di sekitar Sungai Buloh, Jeram di sini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat.

Dakwa penduduk, penyalahgunaan kafe siber dengan kegiatan perjudian haram di beberapa kafe siber yang dikenal pasti wujud begitu mengecewakan mereka berikutan anak penduduk
menjadi mangsanya.

Menurut penduduk, Salleh Karman, golongan muda dilihat menjadi mangsa mudah untuk sindiket terbabit berikutan mudah terikut dengan ajakan rakan sekali gus terjebak kancah perjudian tanpa disedari.

“Saya pernah berkunjung ke salah sebuah kafe siber yang ada di kawasan Sungai Buloh, Jeram dan mendapati pelajar tanpa malu memakai seragam sekolah dan berseronok bermain
permainan online ketika waktu sekolah.

“Ketika ditegur, mereka buat tidak tahu sahaja dan masih tidak berganjak untuk terus bermain,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Azahari Sairin berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima aduan bertulis daripada mana-mana pihak berhubung isu kafe siber yang menjalankan perjudian haram.

“Bagaimanapun, pihaknya pernah menjalankan operasi bersama polis di beberapa kawasan yang disyaki menjalankan perjudian haram.

“Namun, serbuan dibuat tidak memperoleh sebarang bukti yang menunjukkan wujudnya operasi perjudian haram menyebabkan pihaknya tidak dapat mengambil sebarang tindakan," katanya.

Pejabat pos mini kena samun

Pejabat pos mini kena samun - Selangor & KL - Sinar Harian:


Pejabat pos mini kena samun
Pejabat pos mini yang disamun dua penjenayah dan kerugian RM13,000.
KUALA KUBU BHARU - Sebuah pejabat pos mini dekat sini kerugian RM13,000 setelah disamun dua penjenayah bersenjata pisau lebih kurang sejam selepas operasi pos dibuka.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kejadian kira-kira jam 9.45 pagi, 27 Jun lalu itu berlaku ketika tiada pelanggan dan hanya seorang kakitangan berada di dalam premis berkenaan.

“Ketika kejadian, hanya seorang kerani wanita berada dalam pejabat pos mini itu manakala seorang lagi kakitangan pejabat pos itu telah keluar membeli makanan. Tiba-tiba dua suspek lelaki
bersenjata pisau masuk dan telah menyapu minyak angin cap kapak ke mata kerani wanita terbabit sebelum mengurungnya di bilik stor.

“Setelah itu, suspek bertindak sendiri membuka peti besi simpanan wang yang dipercayai tidak dikunci dengan kod kekunci dan melarikan wang berjumlah RM13,000,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, mangsa telah diselamatkan rakan sekerjanya yang tiba selepas kejadian sebelum membuat laporan polis.

Menurutnya, bagi membantu siasatan rakan sekerja mangsa ditahan kerana terdapat kemungkinan terlibat sebagai dalang samun berkenaan.

“Kita menangkap seorang lagi kakitangan wanita yang dikatakan keluar membeli makanan ketika kejadian itu untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan terhadap orang kena tuduh (OKT) berusia 36 tahun ini, hanya OKT ini saja yang tahu mengenai duit dalam peti besi itu dan ketika kejadian, kunci peti besi dibiarkan dalam laci pejabat dan tidak dikunci dengan nombor kod.

“Penjenayah juga seolah olah sudah tahu di mana kunci diletakkan dan wang disimpan kerana suspek tidak bertanyakan pada mangsa di mana wang disimpan,” katanya.

Tambah beliau, OKT terbabit memberitahu dia yang membantu mangsa keluar dari bilik stor dengan membuka pintu menggunakan tangan.

Norel berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang berusaha menjejaki suspek menggunakan lakaran wajah serta kesan cap jari.

Sementara itu, tinjauan mendapati pejabat pos mini tersebut ditutup dan masih belum beroperasi.

Lelaki sedang menunggu dalam kereta maut ditembak

Lelaki sedang menunggu dalam kereta maut ditembak - Semasa - Sinar Harian:


Lelaki sedang menunggu dalam kereta maut ditembak
Unit forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
PETALING JAYA - Seorang lelaki yang sedang menunggu dalam kereta di luar sekolah anaknya, Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dekat sini, maut selepas ditembak dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata ketika kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa berumur 32 tahun sedang menunggu isterinya yang menghantar anak lelaki tunggal mereka berusia lapan tahun masuk ke dalam sekolah.

"Mangsa yang duduk di tempat pemandu dalam kereta jenis Perodua Myvi, tiba-tiba didatangi dua lelaki bermotosikal dan bertopi keledar penuh sebelum seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan ke arahnya dari jarak dekat.

"Tembakan itu terkena rusuk kanan dan menembusi bahu kirinya. Mangsa yang juga seorang peniaga kedai runcit kemudian dihantar ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pukul 9 pagi," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Abd Razak berkata hasil siasatan mendapati suspek menunggang motosikal jenis Yamaha LC bewarna merah dan menggunakan pistol jenis semi auto.

"Siasatan lanjut juga mendapati mangsa yang tinggal di Sungai Chua, Kajang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan menurut isteri mangsa, suaminya tidak mempunyai musuh," katanya.

Abd Razak berkata polis dalam pada itu tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam dan telah dirancang rapi oleh suspek tersebut.

"Di sekolah tersebut tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup. Sehubungan itu kami meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan," katanya. - Bernama

Seludup dadah: Wanita hamil dari Malaysia dihukum penjara 14 bulan

Seludup dadah: Wanita hamil dari Malaysia dihukum penjara 14 bulan - Semasa - Sinar Harian:


MELBOURNE - Seorang wanita hamil dari Malaysia yang menelan 34 until kecil heroin di Kuala Lumpur sebelum ditahan di lapangan terbang Melbourne pada Jumaat, dihukum penjara 14 bulan setelah mengaku bersalah mengimport heroin.
Akhbar The Age melaporkan, Hakim Mahkamah Daerah Gabriele Cannon menyelar Norazlinda Ramli, 35, dari Puchong, Selangor kerana sanggup membahayakan nyawa bayi yang dikandungnya dengan berkata tindakannya menjadi penyeludup dadah "tidak menguntungkan diri kamu".
Kata hakim itu walaupun Norazlinda, yang dijadual melahirkan bayi perempuan dan sudah diberi nama 'Grace' pada 15 Julai, berhasrat untuk tinggal bersama bayinya di dalam penjara, tetapi perkara itu akan diputuskan pihak berkuasa berkenaan.
Norazlinda, yang dipercayai menghadapi masalah kewangan, mengandung 12 minggu ketika menelan untilan dadah berkenaan dan menaiki pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada 12 Feb.
Setelah ditahan para pegawai kastam, dia mengeluarkan untilan yang mengandungi 83.1 gram heroin tulen dan dianggarkan bernilai A$92,200 di pasaran gelap.
Hakim Cannon berkata Norazlinda mendakwa dia tidak menyedari untilan berkenaan mengandungi heroin.
Dalam keterangan kepada polis, Norazlinda berkata dia didatangi seorang lelaki semasa bekerja di pusat beli-belah di Subang Jaya dua minggu sebelum menaiki pesawat dan diberitahu akan dibayar RM9,000 sekiranya dia menelan 80 until kecil dan pergi ke Australia.
Bagaimanapun, kata wanita ini, dia hanya dapat menelan 34 until.
Hakim Cannon berkata Norazlinda menerima tawaran lelaki berkenaan kerana ingin menyara keluarganya.
Norazlinda mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarganya ketika berusia 16 tahun dan mempunyai lima anak. Anak lelakinya meninggal dunia ketika berusia tiga tahun kerana msalah paru-paru tiga tahun lepas, manakala ibunya meninggal dunia akibat kanser pada 2009.
Rumah tangganya hancur pada 2010 apabila suaminya mengalami masalah mental dan kembali tinggal dengan keluarganya.
Berikutan itu, Norazlinda bersama anak-anaknya yang berusia 8, 11, 16 dan 19 tahun, terpaksa tinggal dengan bapa tirinya di sebuah pangsapuri tiga bilik.
Ketika bekerja di sebuah kedai pakaian, dia menjalin hubungan dengan lelaki bernama Abdul Ramen yang mengusahakan kedai runcit bersebelahan tempatnya bekerja.
Apabila hamil hasil hubungannya dengan Ramen, Norazlinda mengalami masalah kewangan untuk menanggung keluarganya dan ini mendorongnya bersetuju menelan untilan dadah berkenaan dan pergi ke Australia.
Hakim Cannon berkata Norazlinda boleh dikenakan hukuman maksimum 25 tahun penjara serta denda A$550,00, tetapi beliau mengurangkan hukuman itu setelah mengambil kira "masalah keluarga luar biasa yang dihadapinya." - Bernama

Angkara cinta isteri orang, lelaki cedera dibelasah penduduk

Angkara cinta isteri orang, lelaki cedera dibelasah penduduk - Terengganu - Sinar Harian:


Angkara cinta isteri orang, lelaki cedera dibelasah penduduk
Lelaki yang mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang ini cedera dibelasah penduduk kampung.
BESUT - Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera dibelasah penduduk kampung dekat sini kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22 tahun itu cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung kira-kira enam kilometer dari Kampung Raja itu, lelaki tersebut melarikan diri apabila suami wanita berkenaan yang berumur 26 tahun pulang
ke rumah daripada menjala udang.

Sebelum itu, dikatakan wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya pergi menjala udang di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani memenuhi permintaan tersebut.

Sebaik suaminya keluar rumah, wanita berkenaan memandu kereta bagi mengambil kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung beberapa kilometer dari Kampung Apal, Jabi.

Bagaimanapun, pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami wanita itu pulang awal dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki sesuatu yang kurang baik apabila beberapa kali pintu rumah diketuk tetapi tiada jawapan.

Lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui celah lubang rumah dan melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur bersama isterinya.

Geram dengan apa yang dilihat menyebabkan dia bertindak memecah pintu dapur rumah dan berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya.

Lelaki itu berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian membelasahnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Lelaki itu mengalami calar di badan dan bengkak pada muka.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu belum mempunyai cahaya mata dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, wanita curang itu dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan lelaki berkenaan sejak beberapa bulan lalu selepas sekian lama terpisah.

Pasangan kekasih yang sebaya ini pernah belajar di sekolah yang sama dan dikatakan kali pertama membawa balik lelaki itu ke rumahnya.

Sebelum ini mereka sering bertemu dan difahamkan memadu asmara di dalam kereta di tempat sunyi di kawasan sawah padi.

Sumber memaklumkan pasangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan melakukan perbuatan khalwat.

Dirogol ketika mandi sungai

Dirogol ketika mandi sungai - Selangor & KL - Sinar Harian:

Dirogol ketika mandi sungai
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi
KUALA KUBU BHARU - Pendarahan banyak pada kemaluan membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui disetubuhi teman lelakinya.

Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari hubungan sulit dilakukan.

“Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan hubunganseks di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting - Batang Kali dekat
sini pada 24 Jun lalu.

“Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka.

“Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus rogol mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada kemaluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar.

Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali.

“Suspek mengaku melakukan hubungan itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan.

Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kemalangan ragut 20 nyawa,14 parah

Kemalangan ragut 20 nyawa,14 parah - Global - Sinar Harian:

Kemalangan ragut 20 nyawa,14 parah
Kemalangan mengorbankan puluhan nyawa di lebuh raya Guangzhou, semalam.
BEIJING - Sekurang-kurangnya 20 maut, manakala 14 yang lain cedera dalam nahas ngeri di lebuh raya Guangzhou, selatan China, semalam.

Pihak berkuasa tempatan berkata, lori tangki membawa 40 tan gasolin itu dirempuh sebuah lori lain menyebabkan berlaku tumpahan minyak dan letupan sekali gus mencetuskan kebakaran.

Menurutnya, sebuah kilang kayu dan penempatan pekerja berhampiran lokasi musnah teruk.

"Mangsa yang kebanyakannya pekerja kilang kayu maut dan cedera parah akibat melecur," katanya. Beliau berkata, beberapa kenderaan turut terbakar dan meletup akibat kebakaran terbabit.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, kerajaan tempatan dipercayai gagal menyelenggarakan lebuh raya dan jalan serta sikap pemandu yang cuai sehingga mengakibatkan kirakira 70,000 kematian dan 300,000 orang cedera  dalam kemalangan setiap tahun di China.

Mangsa pernah tolak pinangan

myMetro | Mangsa pernah tolak pinangan:

KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.
KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.
HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar  mangsa.
HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar mangsa.
KUALA LUMPUR: “Tahun lalu, ada seorang lelaki datang ke rumah merisik tetapi saya terpaksa menolak risikan itu kerana anak perempuan saya tidak setuju.
“Sejak peristiwa itu, anak perempuan saya memberitahu lelaki terbabit sering mengganggu bukan saja menemuinya di rumah malah ke pejabat,” kata S Periasamy, 62, bapa P Yoga Ambiga , 27, yang dibunuh secara kejam apabila mayatnya ditemui rentung di koridor rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini.
Turut ditemui kesan tompokan kuah kari di sekeliling mayat yang sudah rentung dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin itu.

Periasamy dari Segamat, Johor bukan saja sedih malah buntu dengan kematian anaknya itu, bagaimanapun tidak dapat mengagak siapa melakukan perbuatan kejam itu.

Anak perempuannya itu baru bertunang dengan lelaki pilihannya, Thurai Raj 30-an pada 16 Jun lalu dan majlis persandingan akan diadakan Oktober ini.

Bahana bisnes dosa

myMetro | Bahana bisnes dosa:

KESAL...Musliha menceritakan pengalamannya kepada Abdul Aziz.
KESAL...Musliha menceritakan pengalamannya kepada Abdul Aziz.
KUALA LUMPUR: “Saya kini ibarat sebatang kara selepas ditinggalkan ibu di rumah anak yatim manakala dua abang terpaksa bersembunyi di Seremban dan Kajang mendapatkan perlindungan sejurus dua ceti haram memburu kami sekeluarga.
“Semua kejadian berpunca daripada kegagalan ibu melangsaikan pinjaman ceti sebanyak RM50,000 selepas membuka perniagaan rumah urut. 
“Kesannya, hidup saya kini terumbang-ambing tanpa arah tuju selain terpaksa mengorbankan alam persekolahan,” kata remaja, Musliha, 16, yang menjadi mangsa buruan ceti haram bersama dua lagi abangnya berusia 20 dan 18 tahun.

Mendedahkan perkara itu, Musliha berkata, pada 2010, ibunya yang berusia 40 tahun dan berpengalaman selama 15 tahun sebagai tukang urut merancang membuka perniagaan pusat urut bersama ibu saudaranya dengan meminjam wang daripada ceti sebanyak RM30,000.

Katanya, selepas pinjaman dilulus, pusat urut diimpikan akhirnya ditubuhkan di sebuah kawasan di Kajang, namun tidak sampai dua bulan beroperasi, ia diserbu pihak berkuasa dan ditutup.

Kahwin lari penjenayah syariah

myMetro | Kahwin lari penjenayah syariah:

KUALA LUMPUR: “Pasangan yang bernikah di negara jiran sebenarnya penjenayah syariah kerana berkahwin lari tanpa mengikut undang-undang syariah negara ini,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang.
Beliau berkata, individu yang bernikah di sempadan sama ada berkahwin lari atau berpoligami melakukan kesalahan matrimonial iaitu kesalahan membabitkan perkahwinan mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri yang boleh diambil tindakan penalti, denda atau penjara.

“Justeru, sesiapa saja tidak kira pasangan yang mahu bernikah di sempadan...kalau dari sudut undang-undang syariah adalah penjenayah syariah. Kesalahan bagi wanita kerana bernikah tanpa kebenaran dan bagi lelaki pula berpoligami tanpa kebenaran.
“Jika sabit kesalahan, pasangan berkenaan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali dan semua hukuman berkenaan bergantung kepada keputusan mahkamah,” katanya.

Menurutnya, dari segi perundangan negara ini, pernikahan di sempadan masih belum diiktiraf walaupun mempunyai surat daripada Konsul Malaysia di negara berkenaan menyebabkan setiap pasangan bernikah perlu mengesahkannya di Mahkamah Syariah negara ini.

“Mereka perlu mengesahkan pernikahan terlebih dulu di Mahkamah Syariah. Ini penting untuk mengetahui sama ada pernikahan dilakukan di negara berkenaan sah atau tidak terutama dari aspek rukun nikah.
“Jika pernikahan itu sah, baru mahkamah mengarahkan mendaftarkan pernikahan itu, namun sebelum itu, pasangan berkenaan perlu berdepan prosiding mengikut Enakmen Jenayah Syariah berdasarkan negeri masing-masing,” katanya.

Katanya, pernikahan di sempadan lebih banyak mendatangkan masalah kepada pasangan termasuk kemungkinan pernikahan tidak sah disebabkan tidak memenuhi hukum syarak atau jarak dengan wali kurang 90 kilometer.