Search This Blog

Tuesday, June 26, 2012

Penjara diserang, banduan terlepas

Penjara diserang, banduan terlepas
Kemusnahan di luar kawasan penjara Yobe.
ABUJA - Sekumpulan penyerang bersenjatakan pistol dan bom menyerang penjara di Yobe, timur laut Nigeria kemudian membebaskan seramai 40 banduan, kelmarin.

"Pihak berkuasa yakin serangan secara sengaja itu didalangi kumpulan radikal Boko Haram yang memasuki penjara melalui istana Emir sebelum membebaskan 40 banduan," kata pegawai polis tempatan, Patrick Egbuniwe.

Menurut Egbuniwe, penyerang menembak anggota polis dan petugas penjara yang sedang mengawal bangunan berkenaan tetapi dua daripada ahli Boko Haram itu terbunuh selepas berjaya ditembak polis.

Kejadian tembak-menembak di antara ahli kumpulan radikal dan pasukan keselamatan di ibu negeri Yobe, Damaturu meragut sekurang-kurangnya 40 nyawa minggu lalu.

Setakat ini, beberapa serangan yang berlaku di penjara Nigeria sering dikaitkan dengan penglibatan kumpulan radikal berkenaan susulan tindakan sama berlaku sebelum ini bagi membebaskan ahli mereka yang sedang menjalani hukuman penjara.

Pengedar dadah tembak 3 polis Mexico di lapangan terbang

 Pengedar dadah tembak 3 polis Mexico di lapangan terbang
Pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian di lapangan terbang antarabangsa Mexico City semalam. - Foto ihsan cncnews
MEXICO CITY - Tiga anggota polis persekutuan Mexico ditembak mati semalam ketika mereka cuba menahan suspek pengedaran dadah di lapangan terbang antarabangsa di sini.

Kejadian berlaku di pusat selera makan Terminal 2 lapangan terbang sekitar jam 8.50 pagi waktu tempatan (9.50 malam waktu Malaysia). Identiti suspek yang melepaskan tembakan belum diketahui.

Dua anggota polis mati di tempat kejadian manakala yang ketiga di hospital, kata kenyataan Kementerian Keselamatan Awam.

"Apabila menyedari mereka dikepung, pengedar dadah melepaskan tembakan dengan menggunakan senjata mereka ke arah polis persekutuan," kata kenyataan itu lagi.

Laporan stesen Milenio TV menyebut sekurang-kurangnya 14 das tembakan dilepaskan.

Beberapa saksi menyebut pihak polis melepaskan tembakan ke arah rakan mereka.

Bagaimanapun beberapa lain menyebut pengedar dadah menyamar sebagai polis.

"Saya nampak anggota polis mengejar anggota polis lain, dan kemudian melepaskan tembakan," kata seorang saksi dipetik AFP.

"Mereka semua anggota polis, tembak antara satu sama lain," kata seorang lagi saksi.

Seorang lagi saksi menyebut pasukan polis hanya tiba lima hingga 10 minit kemudian.

Pihak polis tidak menyebut sama ada suspek lelaki yang berpakaian polis merupakan anggota polis yang sebenar.

Wang simpanan ‘lesap’

Wang simpanan ‘lesap’
transaksi buku akaun simpanannya yang meragukan.
BAGAN SERAI - Seorang pengusaha sawah tergamam apabila mendapati sejumlah wang bernilai RM4,399 yang disimpan di dalam sebuah bank tempatan ‘hilang’ tanpa sebarang kesan sewaktu hendak mengeluarkan wang di salah sebuah bank, di sini.

Lebih mengejutkan, mangsa tidak pernah memohon kemudahan kad bank atau perkhidmatan perbankan dalam talian untuk tujuan pengeluaran wang dari bank terbabit, sebaliknya hanya mengeluarkan wang secara manual dan  menggunakan cap jari sebagai langkah keselamatan.

Mangsa, Abdul Wahab Ahmad, 59, berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 3.30 petang pada 21 Jun lalu apabila beliau pergi ke bank terbabit untuk mengeluarkan wang sebanyak RM200.

Abdul Wahab terus ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang dan terkejut apabila pegawai kaunter memaklumkan wang tidak dapat dikeluarkan kerana baki di dalam akaun simpanannya hanya tinggal RM49. “Saya tergamam kerana  masih tercatat dalam buku akaun simpanan saya menunjukkan baki wang RM4,399 sebelum saya datang ke bank itu dan apabila semakan akaun dibuat, sejumlah RM4,350 telah ‘lesap’ begitu sahaja.

“Apabila saya meminta penjelasan pihak bank, mereka sendiri mengakui tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku dan mengesahkan wang itu dikeluarkan individu tidak dikenali di Selangor,” katanya.

Abdul Wahab yang berasal dari Simpang Empat Selinsing berkata, dia terpaksa menunggu pihak bank menjalankan siasatan mengenai kehilangan wang simpanannya sehingga lewat petang dan akhirnya membuat laporan polis pada  hari sama.

Menurutnya, lebih kurang jam 8.40 malam hari kejadian, beliau menerima panggilan daripada pegawai bank dari salah satu cawangan di Selangor dan dimaklumkan berlaku kesilapan teknikal dan transaksi pengeluaran wang sememangnya dibuat oleh seorang pelanggan bank itu.

Bagaimanapun mereka memberi jaminan tiada unsur penipuan atau jenayah siber berlaku dan berjanji akan memulangkan kembali wang berkenaan.

“Sekiranya masalah ini berlaku disebabkan saya mengeluarkan wang menggunakan kad bank atau khidmat ‘online banking’, saya masih boleh terima alasan masalah teknikal.

“Bagaimanapun, wang saya ‘lesap’ secara tiba-tiba walaupun saya menggunakan kaedah manual iaitu pengeluaran wang melalui kaunter bank dan saya kini hilang kepercayaan untuk simpan wang di bank terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan laporan polis dibuat dan menyifatkan kes seumpama itu pertama kali berlaku di daerah ini. 

Diugut bekas kekasih suami

Diugut bekas kekasih suami
Aisah menunjukkan salinan laporan polis yang telah dibuat di Balai Polis Setia Indah, semalam.
JOHOR BAHRU – Juruhebah sebuah stesen radio kerajaan di sini bingung dengan tindakan seorang wanita bersama suaminya dan empat lelaki yang secara tiba-tiba bertindak memaki-hamunnya di sebuah pusat membeli-belah, di  sini, semalam.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aisah (bukan nama sebenar) berkata, dia pada mulanya dihampiri pasangan suami isteri berkenaan ketika berjalan keluar dari pusat membeli-belah bersama anaknya, Safiya (bukan nama  sebenar), 7, kirakira jam 3.15 petang.

Menurutnya, tidak cukup dengan tindakan memaki-hamunnya, pasangan suami isteri itu turut mengugut dan menolaknya sehingga hampir membuatnya tersungkur jatuh di khalayak ramai.

“Ketika itu saya baru nak bayar tiket tempat letak kereta sebelum mereka datang dari arah belakang dan secara tiba-tiba terus memaki-hamun saya dengan perkataan kesat dan merebut tiket yang dipegang anak saya.

“Saya dimalukan dengan kata-kata kesat di khalayak ramai dan hampir jatuh tersungkur bersama anak saya sebaik ditolak lelaki berkenaan,” katanya.

Aisah berkata, sebaik suaminya, Razak (bukan nama sebenar), 34, tiba ke pusat membeli-belah berkenaan, lelaki berkenaan turut membawa bersama empat lagi rakannya.

Menurutnya, dia bernasib baik diselamatkan pengawal keselamatan pusat membeli-belah berkenaan selepas diugut sekumpulan lelaki itu untuk memukulnya dan suami.

“Mereka mengarahkan saya menghubungi suami, tapi sebaik suami datang, lelaki berkenaan turut membawa bersama empat lagi rakanrakannya untuk memukul kami.

“Wanita itu adalah bekas kekasih suami saya. Tapi saya tidak faham apa motif mereka memaki-hamun dan mengugut kami, malah pernah mengugut kami tahun lepas melalui telefon,” katanya yang telah membuat laporan polis di  Balai Polis Setia Indah, di sini, semalam.

Tipu pihak berkuasa elak dicekup

Tipu pihak berkuasa elak dicekup
Seorang warga Afrika yang gagal meloloskan diri ditahan penguat kuasa
PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun antara 15 yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Cawangan Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Jabatan Imigresen Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dijalankan di sebuah pusat hiburan terkemuka di Phileo Damansara, Seksyen 16, pagi semalam.

Remaja berasal dari Labu, Negeri Sembilan yang ditahan itu pada mulanya cuba menipu anggota polis mengatakan Mykad tertinggal di rumah dan dia lahir pada 1990.

Helah itu bagaimanapun tidak berjaya apabila kad pengenalan sebenar miliknya ditemui dan tertera tarikh kelahiran 1997 membuktikan dia masih lagi remaja bawah umur.

Ketua Operasi, Asisten Superintenden Mohd Nazri Daud berkata, operasi yang turut mendapat kerjasama dari Balai Polis Damansara Utama turut berjaya mengesan percubaan lima warga Afrika meloloskan diri melalui dapur pusat itu bagimengelak daripada ditahan.

“Ke semua mereka diberkas ketika cuba menyembunyikan diri di dalam ruangan khas di dapur,” katanya.

Keadaan juga bertambah tegang apabila 190 warga Afrika yang sedang menanti giliran untuk diperiksa mula bertindak agresif dengan menengking anggota penguat kuasa.

“Pusat ini beroperasi setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad serta dikhaskan untuk golongan warga Afrika dan dibuka hanya malam hingga lewat pagi,” katanya.

Beliau berkata, pusat berkenaan turut dikenakan tindakan kompaun RM3,000 olehMBPJ dibawah Enakmen Pusat Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi lebih masa.

Terima padah akibat maki polis

Terima padah akibat maki polis
Kai Loon menutup mukanya sebaik dibawa keluar dari mahkamah.
GEORGETOWN - “You bodoh, you bikin orang lain susah, ambil sahaja RM100-RM200 untuk minum kopi.” Itulah perkataan yang dikeluarkan Lee Kai Loon, 32 dari Pekan Tunjang, Jitra kepada Koperal Mohd Idris Harun, 47, kerana menyamannya atas kesalahan memandu kenderaan dengan cukai jalan tamat tempoh.

Lelaki itu turut mengeluarkan perkataan “saya ada kenal pegawai polis dan boleh buat you orang malu kepada anggota polis yang sama”.

Akibat mengeluarkan kata-kata kesat dan menghalang tugas anggota polis, pembantu kedai runcit itu menerima padah apabila didenda RM3,000 dan berhadapan dengan
hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Mengikut pertuduhan pertama, Kai Loon didakwa enggan menerima saman yang dikeluarkan Mohd Idris dan menghalangnya dari menjalankan kewajipan sebagai seorang penjawat awam pada 2 Jun lalu kira-kira jam 3.25 pagi.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengeluarkan perkataan kesat berkenaan.

Difahamkan ketika ditahan, dia berada di bawah pengaruh alkohol dan memandu kenderaannya dalam keadaan berbahaya dari Lebuhraya Maktab, Pulau Tikus sehingga ke Jalan Kelawai.

Kai Loon yang diarah mengikut anggota polis berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Timur Laut di sini untuk pemeriksaan lanjut bagaimanapun cuba melarikan diridan memaksa anggota polis mengejarnya sehingga ke Pangkalan Raja Tun Uda sebelum menahannya.

Akibat tidak berpuas hati selepas ditahan, dia mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis berkenaan. Lelaki itu juga didakwa melanggar motosikal milik salah seorang anggota polis berkenaan sehingga menyebabkan berlaku kerosakan kecil.

Bagi pertuduhan pertama Kai Loon didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil No 3, Tahun 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100.

Tertuduh yang memakai kemeja T putih hanya mengangguk paham. Tertuduh yang diwakili peguamnya Andy Ooi merayu kepada Majistret, Noor Aini Yusof supaya diringankan hukuman kerana ketika kejadian tertuduh di bawah pengaruh alkohol dan tidak berniat untuk mengeluarkan kata-kata berkenaan.

Mengambil kira faktor mitigasi yang dikemukakan, Noor Aini menjatuhkan hukuman denda RM3,000 bagi pertuduhan pertama dan denda RM100 bagi pertuduhan kedua dan mengarahkan Kai Loon membayar RM50 sebagai ganti rugi kerosakan motosikal anggota polis berkenaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar.

Warga emas serik ditipu

Warga emas serik ditipu
Amenah memohon pihak berwajib membantunya membuat surat beranak Aiman setelah tiga kali ditipu hampir RM5,000 untuk urusan permohonan itu.
PUCHONG – Sudah berhabis wang tunai hampir RM5,000 namun seorang warga emas di sini kesal apabila tiga individu yang berjanji membantu membuat permohonan surat beranak untuk anak angkatnya yang berusia 14 tahun menghilangkan diri tanpa berita.

Lebih malang lagi penantian yang tiada berpenghujung itu diakhiri dengan salah seorang daripada mereka hanya memberikannya satu salinan surat beranak namun di bahagian keturunan dokumen penting milik anaknya itu ditulis sebagai berketurunan Indonesia.

Warga emas berkenaan, Amenah Kassan, 60, berkata, anak angkat itu diserahkan kepadanya ketika berusia 13 hari pada 20 Januari 1998.

“Ketika mengambil anak angkat itu saya ada bertanyakan kepada lelaki yang menghantarnya berhubung dokumen kanak-kanak berkenaan dan dia berjanji untuk memberinya kepada
saya kemudian.

“Bagaimanapun setelah beberapa tahun berlalu, lelaki berkenaan tidak menghantar surat beranak anak angkat saya bernama Mohd Aiman itu sehinggalah menerima berita ibu kanak-kanak itu meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam sungai tahun lalu,” katanya.

Amenah berkata, kerana tidak mengetahui prosedur permohonan dokumen penting berkenaan, dia ada meminta tolong seorang kenalan untuk membuatnya.

Katanya, individu itu meminta dia membayar RM2,000 kerana mendakwa proses permohonan sukar dilakukan.

Kerana percaya menurutnya, dia kemudian bersetuju membuat pembayaran sebelum ditipu kali kedua dan dikenakan bayaran RM2,000 dan ditipu kali ketiga dengan bayaran RM850 oleh tiga individu berlainan.

“Cuma dengan individu terakhir surat beranak berjaya dibuat malangnya di bahagian keturunan ditulis sebagai anak Indonesia sedangkan ibu bapa anak angkat saya adalah warganegara
sini,” katanya.

Amenah berkata, akibat tiada surat beranak, anak angkat yang dipeliharanya tidak dapat ke sekolah pendidikan khas malah lebih menyedihkan tidak dapat membuat permohonan
bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ia katanya berikutan, anak angkatnya memakai lampin pakai buang dan memerlukan sedikit kos penjagaan.

“Cuma kalau boleh saya mohon Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memudahkan permohonan surat beranak Aiman,” katanya.

Lemas ketika menjaring

Lemas ketika menjaring
Mohd Firas ditemui berdekatan tebing Sungai Pahang tidak jauh dari lokasi asal dia terjatuh
JERANTUT - Seramai empat murid berusia 9 hingga 11 tahun ditimpa musibah apabila dua daripada mereka mati lemas, manakala dua lagi hampir lemas di Kampung Jerangsang Tebing Tinggi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail berkata, kejadian berlaku kirakira jam 2 petang kelmarin apabila mereka pergi ke Sungai Pahang untuk menahan jaring bagi menangkap ikan.

Menurutnya, dalam kejadian itu, seorang daripada mangsa terselamat adalah Mohd Fikri Shamsudin, 11, manakala Mohd Firas Shamsudin dan Mohd Aiman Abdullah, 9, dikatakan terjatuh lalu dihanyutkan arus deras.

“Mangsa pertama, Mohd Firas ditemui pada jam 9.45 pagi semalam dalam keadaan terapung berdekatan tebing Sungai Pahang, lebih kurang 500 meter dari lokasi asal dia terjatuh.

“Bagi mangsa kedua pula, Mohd Aiman ditemui pada jam 4.55 petang semalam dalam keadaan tenggelam di dasar sungai di lokasi asal dia terjatuh,” katanya.

Azid berkata, kejadian lemas membabitkan murid Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi tersebut adalah kes pertama dicatatkan berlaku pada tahun ini.

Menurutnya, gerakan mencari kedua-dua mangsa terbabit dihentikan sejurus penemuan mayat kedua petang semalam.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat. “Kita turut mendapat bantuan unit skuba dan marin serta seramai 86 anggota pelbagai jabatan membabitkan PDRM, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Bomba  dan Penyelamat serta penduduk kampung dengan bantuan 22 bot.

“Justeru, orang awam perlu memantau pergerakan anakanak dan tidak membiarkan mereka melakukan aktiviti di sungai tanpa kawalan untuk mengelak sebarang musibah,” katanya. 

Kanak-kanak nyaris rentung

Kanak-kanak nyaris rentung
Ruang tamu yang hangus setelah api dari bilik tidur merebak.
ALOR LINTANG - "Dia tiba-tiba menerpa ke arah saya sambil memberi tahu takut api," kata bapa kanak-kanak berusia empat tahun yang nyaris rentung setelah bermain mancis di sebuah bilik di rumahnya menyebabkan tilam di bilik tidur itu terbakar.

Kejadian berlaku di sebuah rumah banglo dua tingkat yang didiami datuk mangsa di Kampung IKM pada jam 1.30 petang kelmarin.

Wais Aqorni Mohd Nor Hafizi yang belajar di Sekolah Tadika Imtiaz Besut, pada mulanya dikatakan bermain mancis di dalam sebuah bilik tidur yang menyimpan mainan sebelum api dipercayai
menyambar tilam di bilik itu.

Bagaimanapun, dia sempat berlari keluar dari bilik yang terbakar itu kemudian mendapatkan bapanya, Mohd Nor Hafizi, 30, yang berada di rumahnya yang terletak bersebelahan dan memberitahu kejadian yang berlaku.

“Saya bergegas pulang untuk mengenal pasti apa yang berlaku selepas Wais Aqorni memberitahu yang dia takut api,” katanya.

Mohd Nor Hafizi berkata, dia cuba memadam kebakaran di dalam bilik itu namun gagal kerana asap tebal dan api mula menyambar bahagian kayu bumbung rumah.

Bagaimanapun, penyelia projek pembinaan ini terpaksa menyelamatkan diri apabila api semakin marak sebelum menghubungi bomba.

“Ketika kejadian, Wais Aqorni berada seorang diri di dalam rumah itu manakala emak saya, Jawahir Said, 56, dan ayah, Othman Kadir, 57, tidak ada di rumah kerana mempunyai urusan perniagaan di Jertih.

“Beberapa minit sebelum itu, saya bersama Wais Aqorni berada di rumah selepas saya menjemputnya pulang dari sekolah di Kampung Raja dan kemudian saya pulang ke rumah saya yang terletak bersebelahan,” katanya.

Mohd Nor Hafizi bersyukur kerana anaknya selamat apabila dia bertindak keluar dari bilik yang terbakar itu sebaik kejadian berlaku.

Sementara itu, kepantasan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut bersama sebuah jentera dibantu lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih juga dengan sebuah jentera berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke bahagian lain rumah.

Api berjaya dikawal dan dipadamkan pada jam 2.18 petang dan kebakaran itu memusnahkan sebuah bilik serta dua ruang tamu.

JPJ tahan kereta disyaki curi

JPJ tahan kereta disyaki curi
Abd Ghani (kiri) turut memeriksa kereta Toyota Wish yang memalsukan cukai jalan dan disyaki dicuri.
KOTA BHARU - Sebuah kereta jenis Toyota Wish disyaki kenderaan curi antara yang ditahan dalam satu operasi khas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Timur, Jalan Kuala Krai, di sini, malam kelmarin.

Pengarahnya, Abd Ghani Che Kasim berkata, hasil siasatan mendapati, cukai kereta berkenaan palsu setelah ia dikesan berbeza daripada yang asal.

“Selepas membuat siasat, kereta itu disyaki dicuri dan pihak kami menghubungi pihak polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan bagi membolehkan siasatan lanjut.

“Pemilik kenderaan ini ditahan JPJ di bawah Seksyen 108 kerana memalsukan cukai jalan dan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada polis,” katanya selepas operasi tersebut.

Operasi berkenaan dijalankan dari jam 8 malam hingga 11 malam dengan kekuatan 25 anggota penguat kuasa JPJ Kelantan dan berjaya memeriksa 542 kenderaan yang melalui jalan itu.

Abd Ghani berkata, dalam operasi itu pihaknya mengeluarkan 94 saman dengan pelbagai kesalahan termasuk 70 kes bagi kesalahan lesen memandu tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

“Bagi kes cukai jalan tamat tempoh dan tiada cukai jalan sebanyak 18 kes dan bagi lain-lain kes seperti cermin gelap melibatkan 19 kes dan tiga kesalahan nombor plat.

“Selain itu, sebuah kereta jenis Perodua Kancil disita akibat diubahsuai melampau seolah olah Daihatsu Mira,” katanya.

Menurutnya, daripada operasi tersebut, tujuh kenderaan disita termasuk tiga kereta, empat daripadanya motosikal dan kes disiasat di bawah Akta JPJ 1987.

Skru pengadang jalan dicabut

Skru pengadang jalan dicabut - Kelantan - Sinar Harian:

Skru pengadang jalan dicabut
Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mencabut skru besi pengadang jalan membimbangkan pengguna Jalan Tok Bok-Selising.
MACHANG - Tindakan pihak tidak bertanggungjawab mencabut skru-skru pengadang jalan di tepi jalan baru Tok Bok - Selising membimbangkan pengguna jalan raya, di sini semalam.

Seorang pengguna, Fauzi Yaakub, 59 berkata, tindakan itu bukan sahaja merosakkan harta awam tetapi juga membahayakan pengguna jalan tersebut.

Katanya, skru-skru itu dicabut satu persatu, seolah-olah dirancang dan berkemungkinan mempunyai motif lain termasuk mencurinya untuk dijual.

“Beberapa bulan kebelakangan ini, semakin banyak skru dicabut dan dilonggarkan hingga menyebabkan besi pengadang itu terjatuh. Saya berharap, pihak yang berkaitan mengambil
tindakan segera bagi menangani masalah ini demi keselamatan bersama,” katanya.

Seorang pengguna, Hussin Mat Ali, 56 berkata, jalan itu menjadi perhubungan utama penduduk di beberapa buah kampung berdekatan tanpa mengira waktu.

“Kebanyakan besi pengadang yang terletak berdekatan jambatan semuanya dilonggarkan dan ada sebahagiannya sudah jatuh. Jika berlaku kemalangan dan sebagainya, ia mampu membahayakan nyawa pengguna jalan raya,” katanya.

“Saya juga berharap lampu jalan dipasang di kawasan ini demi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di sini,” katanya.

Seorang penduduk, Yusoff Alias, 34, berkata, pihak yang berwajib juga diminta memasang lampu jalan di simpang masuk jalan tersebut sebagai kemudahan kepada penduduk.

“Jalan di sini gelap jadi kami sering teragak agak untuk masuk simpang tambahan pula simpang agak banyak di kawasan ini. Saya mohon kepada pihak yang berkenaan agar memasang lampu di kawasan ini demi kemudahan penduduk dan pengguna jalan ini,” katanya.

Kaki mabuk buat hal

Kaki mabuk buat hal
Keadaan pintu pagar rumah Ramachandran yang rosak teruk.
SUNGAI KERPAN (Lipis) - Enam sekeluarga yang tinggal di kawasan Rumah Murah Sungai Kerpan, di sini, berhadapan detik mencemaskan apabila kawasan rumah mereka diserang tiga lelaki bersenjatakan parang.

Mangsa, R Ramachandran, 25, berkata, ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu, dia sekeluarga sedang tidur sebelum dikejutkan bunyi bising dari arah luar rumah.

“Saya terdengar orang memanggil nama saya dari luar rumah lalu saya menjenguk melalui pintu dan terlihat seorang lelaki yang juga jiran tetangga.

“Saya kemudiannya berbicara secara baik dan sekiranya lelaki berkenaan tidak berpuas hati tentang sesuatu hal saya meminta untuk berbincang pada keesokan pagi,” katanya, di sini, semalam.


Bertindak agresif

RAMACHANDRAN berkata, lelaki berkenaan seperti tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut lalu bertindak menghubungi rakannya.

“Beberapa minit kemudian datang dua lelaki yang juga rakan serumah dengan lelaki terbabit dan mula membuat kacau. Mereka juga ada menyebut bahawa mereka ahli Kumpulan 24.

“Salah seorang daripada mereka menggunakan parang dan cuba mengugut kami. Malah, mereka bertindak lebih agresif dengan merosakkan pagar rumah, memecahkan cermin tingkap dan
pasu bunga selain merosakkan dua motosikal saya,” katanya.

Ramachandran berkata, dia kemudiannya bertindak menghubungi bapa saudara, K Shekumaran yang tinggal berdekatan untuk meminta pertolongan.

“Tidak berapa lama kemudian, bapa saudara saya tiba dengan beberapa anggota polis untuk meleraikan pertelingkahan terbabit.

“Walaupun terdapat anggota polis di situ namun kumpulan lelaki terbabit masih bertindak kasar dan memukul bahagian belakang kepala bapa saudara saya,” katanya.

Ramachandran berkata, polis kemudiannya menahan tiga lelaki terbabit dan membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan.


Nyawa terancam

SEMENTARA itu, Shekumaran berkata, ahli keluarganya kini hidup dalam ketakutan dan berasa nyawa mereka terancam akibat kejadian berkenaan.

“Sebenarnya lelaki berkenaan tidak berpuas hati kerana salah seorang ahli keluarga ini terbabit dalam kemalangan jalan raya yang turut membabitkan adik salah seorang lelaki yang menyerang rumah kami.

“Kejadian terbabit berlaku kira kira setengah tahun yang lalu dan kami sepakat menyelesaikan masalah terbabit di luar. Namun tidak tahu mengapa lelaki berkenaan masih tidak berpuas hati dan menyerang ahli keluarga kami,” katanya.


Bawah pengaruh alkohol

SEMENTARA itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kesemua suspek terbabit di bawah pengaruh alkohol sebelum bertindak menyerang rumah mangsa.

“Kesemua suspek direman sehingga 27 Jun ini. Selain itu, polis juga ada membuat rampasan senjata berupa parang sepanjang dua kaki yang digunakan seorang suspek ketika menyerang
mangsa,” katanya.

Abdul Razak berkata, pihaknya mendapati Kumpulan 24 yang kononnya disertai suspek terbabit adalah tidak benar. Mungkin di bawah pengaruh alkohol maka suspek mengeluarkan kenyataan yang tidak sahih dan hanya ingin menakutkan mangsa,” katanya.

Abdul Razak berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Laung azan ketika lihat atap terbang

Laung azan ketika lihat atap terbang - Terengganu - Sinar Harian:

Laung azan ketika lihat atap terbang
Rozita menunjukkan bahagian atap kedainya yang diterbangkan angin puting beliung di Kampung Bukit Petiti.
KUALA TERENGGANU – “Saya hanya mampu melihat satu persatu atap rumah diterbangkan angin sambil melaungkan azan dan membaca surah al-Fatihah.” Demikian cerita Hatijah Ali, 58, yang kudung kaki kanannya ketika menghadapi angin puting beliung, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, sebanyak 40 buah rumah penduduk kampung di sekitar Dun Teluk Pasu rosak akibat dipukul angin puting beliung yang melanda kawasan tersebut
kira-kira seminit.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Bukit Petiti Dalam, Kuala Belara, Lapang Sira dan Rumah Murah Banggol Peradong.

Ketika puting beliung melanda Hatijah, seorang ibu tunggal kepada dua anak lelaki berusia 23 dan 25 tahun itu tidak berupaya untuk lari menyelamatkan diri kerana kehilangan
kaki kanannya akibat penyakit kencing manis sejak enam bulan lalu.


Tidak dapat lari kerana kaki kudung

Menceritaka n semula detik cemas itu, Hatijah yang tinggal diKampung Banggol Che Abas, Bukit Petiti berkata, ketika kejadian dia tinggal seorang diri di rumah manakala dua anaknya bekerja.

“Ketika puting beliung menerbangkan atap rumah, saya berada di ruang tamu dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak berdaya untuk melarikan diri apatah lagi menyelamatkan barang yang ada di dalam rumah.

“Melihat angin yang begitu kuat, saya panik dan hanya mampu melaungkan azan serta membaca surah al-Fatihah sambil berserah kepada takdir agar saya terselamat daripada bencana ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Hatijah bersyukur kerana terselamat daripada malapetaka itu dan sebaik sahaja keadaan reda dia membersihkan rumahnya yang berselerak dan membuang air bertakung dengan pinggan sementara menunggu kepulangan dua anaknya.


Runsing kenduri kahwin tiga hari lagi

Sementara itu, seorang warga emas dari Kampung Lapang Sira, Kuala Belara, Wan Hitam Komeng, 67, berkata, dia runsing memikirkan keadaan rumahnya kerana tiga hari lagi, mereka sekeluarga akan mengadakan majlis kenduri kahwin.

“Memang ini dugaan yang sangat besar buat kami sekeluarga, tetapi nasib baik barang hantaran dan perkakasan untuk kenduri tidak musnah dalam kejadian angin puting beliung ini, namun empat buah bilik, dapur dan ruang tamu rosak teruk,” katanya.

Menurut Wan Hitam, sebelum kejadian dia sedang berkumpul bersama saudara mara bagi membincangkan kenduri kahwin anak perempuannya yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.

“Tiba-tiba, kami dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat. Kami tidak syak apa-apa kerana bunyi itu hanya sekali, itu pun tidak sampai seminit tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat sebahagian besar atap rumah saya hilang diterbangkan angin,” katanya.

Pada masa itu katanya, tiada apa yang dapat dilakukan kerana kejadian berkenaan berlaku begitu pantas dan masing-masing keluar dari rumah untuk melihat keadaan rumah jiran yang turut mengalami nasib sama.


Mohon bantuan kerajaan baiki bumbung

Walaupun runsing memikirkan kenduri kahwin anaknya dan terpaksa tidur berbumbung langit, Wan Hitam tetap bersyukur kerana mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Saya harap, kerajaan dapat membantu membaiki bumbung rumah saya dengan segera kerana masih banyak persiapan perkahwinan perludisiapkan,” katanya.

Seorang peniaga, Rozita Said, 30, dari Kampung Bukit Petiti pula berkata, kejadian itu menyebabkannya kerugian hampir RM1,000 apabila pelbagai jenis barang runcit rosak akibat terkena air hujan setelah bumbung kedainya diterbangkan angin.

Pegawai polis maut, kereta rempuh belakang lori

Pegawai polis maut, kereta rempuh belakang lori - Semasa - Sinar Harian:
KUANTAN - Seorang pegawai polis maut selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler membawa muatan bijih besi di Km 197 Lebuhraya Pantai Timur dekat Sri Jaya, di sini awal pagi tadi.

Insp Muhammad Azman Arifin, 48 dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan yang juga pegawai pendakwa, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof berkata dalam kejadian 1.20 pagi itu, Muhammad Azman dalam perjalanan balik ke Kuantan dari Kuala Lumpur.

"Dipercayai ketika sampai di tempat kejadian, mangsa telah terlanggar bahagian kanan belakang lori itu menyebabkan kenderaannya berpusing ke kanan jalan.

"Akibat itu, mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat," katanya di sini.

Beliau berkata bapa kepada empat anak itu sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan undang-undang.

"Difahamkan mangsa sering berulang-alik dari Kuantan ke UiTM Shah Alam bagi menghadiri kuliahnya," katanya.

Mohd Jasmani berkata jenazah mangsa akan dikebumi di Sungai Karang di sini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.- Bernama

Pegawai polis maut, kereta rempuh belakang lori

Pegawai polis maut, kereta rempuh belakang lori - Semasa - Sinar Harian:
KUANTAN - Seorang pegawai polis maut selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler membawa muatan bijih besi di Km 197 Lebuhraya Pantai Timur dekat Sri Jaya, di sini awal pagi tadi.

Insp Muhammad Azman Arifin, 48 dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan yang juga pegawai pendakwa, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof berkata dalam kejadian 1.20 pagi itu, Muhammad Azman dalam perjalanan balik ke Kuantan dari Kuala Lumpur.

"Dipercayai ketika sampai di tempat kejadian, mangsa telah terlanggar bahagian kanan belakang lori itu menyebabkan kenderaannya berpusing ke kanan jalan.

"Akibat itu, mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat," katanya di sini.

Beliau berkata bapa kepada empat anak itu sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan undang-undang.

"Difahamkan mangsa sering berulang-alik dari Kuantan ke UiTM Shah Alam bagi menghadiri kuliahnya," katanya.

Mohd Jasmani berkata jenazah mangsa akan dikebumi di Sungai Karang di sini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.- Bernama

Dua beradik ditahan bersama hampir 2 kg heroin

Dua beradik ditahan bersama hampir 2 kg heroin - Semasa - Sinar Harian:

ALOR SETAR - Dua lelaki yang merupakan adik-beradik ditahan kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah dalam satu operasi polis di kawasan Aman Jaya, Sungai Petani Ahad lepas.
   
Dalam operasi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kira-kira 8.30 malam itu, polis merampas 1,803.10 gram heroin yang dianggarkan bernilai RM36,000 daripada kedua-dua lelaki itu yang sedang menaiki sebuah motosikal.
   
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata mereka yang ditahan berumur 33 dan 25 tahun dan tinggal di Sik, Kedah dan Gerik, Perak.
   
"Pihak kami menjumpai empat bungkus dadah dalam plastik yang diletakkan dalam raga motosikal tersebut dan siasatan juga turut menjumpai wang tunai berjumlah RM5,000," katanya semasa sidang media di IPK Kedah di sini hari ini.
    
Katanya beliau percaya dadah itu akan dibungkus secara kecil sebelum diedarkan di sekitar kawasan Sungai Petani.
    
"Siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek memperoleh dadah itu dari Seberang Jaya, Pulau Pinang," katanya.
   
Abdul Ghafar berkata pemeriksaan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.
   
Dalam operasi itu, pihak polis turut merampas sebuah kereta BMW di sebuah rumah berhampiran tempat kedua-dua beradik itu ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Undang-undang Perlucutan Hak Harta.
   
"Kedua-dua suspek dipercayai telah menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak setahun lepas dan turut mempunyai rekod jenayah dan dadah. Mereka direman selama tujuh hari bermula semalam," katanya. - Bernama

Suami isteri didakwa edar dadah jenis kanabis

Suami isteri didakwa edar dadah jenis kanabis - Semasa - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 8,620 gram, dua minggu lepas.

Muhammad Ridzuan Ab Majid, 31, dan Siti Mariyam Mohd Isa, 24, didakwa dengan niat bersama mengedar dadah itu di blok 166-04-04, rumah Pangsa Sri Pangkor, Sentul Pasar, Sentul di sini pukul 5.45 petang, pada 12 Jun.

Kedua-dua mereka, yang bekerja sebagai jurujual alat penapis air, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan dicatat sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azura Murah, yang menetapkan 27 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kee Wei Lon manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zamani Mokhtar.

Pasangan tersebut yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 tahun, sebak dan menangis ketika melihat anggota keluarga mereka hadir pada prosiding itu.- Bernama

Kerabat diraja Selangor diperintah bela diri atas pertuduhan pecah amanah RM1.15j

Kerabat diraja Selangor diperintah bela diri atas pertuduhan pecah amanah RM1.15j - Semasa - Sinar Harian:
PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang kerabat Diraja Selangor Tengku Mohd Kamil Tengku Shahrudin Shah, membela diri atas pertuduhan pecah amanah melibatkan dana syarikat berjumlah RM1.15 juta, tujuh tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tengku Mohd Kamil, di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan tiga hari mulai 6 Julai untuk mendengar kes pembelaan.

Tengku Mohd Kamil, 63, seorang daripada pengarah syarikat pembinaan Aneka Melur Sdn Bhd, didakwa pecah amanah dana syarikat itu dengan menggunakan 16 keping cek.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat itu di D216, Blok D, Tingkat 2, Kelana Square, Petaling Jaya.

Tengku Mohd Kamil didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda.

Seramai 24 saksi pendakwaan dipangggil memberi keterangan semasa perbicaraan di peringkat kes pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nazul Nizam Mohd Zameri manakala tertuduh diwakili peguam Md Yunos Shariff. - Bernama
'via Blog this'

Wanita dibakar teman lelaki Jumaat lepas meninggal dunia

Wanita dibakar teman lelaki Jumaat lepas meninggal dunia - Semasa - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR - Wanita yang parah dibakar teman lelakinya selepas bertengkar di sebuah rumah di flat Taman Segar, Cheras, Jumaat lepas, meninggal dunia hari ini.
 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata wanita berusia 23 tahun itu meninggal dunia pukul 12.50 tengah hari di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas melecur teruk 90 peratus.
 
"Sehubungan itu, polis menahan reman teman lelakinya berusia 35 tahun itu sehingga Jumaat (29 Jun) untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Teman lelaki wanita itu, yang ditahan pada hari kejadian, turut melecur di tangan dan dirawat di PPUKM.
 
Kejadian pada pukul 3 pagi itu disedari jiran mangsa setelah mendengar jeritannya sebelum mendapati ruang tamu rumah berkenaan musnah terbakar. - Bernama

Polis buru 7 suspek pecah, curi mesin mencuri proses endoskop

Polis buru 7 suspek pecah, curi mesin mencuri proses endoskop - Semasa - Sinar Harian:

suspek
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan gambar suspek yang diburu polis kerana disyaki memecah dua mesin mengandungi 15 aksesori endoscope yang mengakibatkan keru
suspek2
Suspek yang diburu polis kerana disyaki memecah dua mesin mengandungi 15 aksesori endoscope yang mengakibatkan kerugian RM600,000 di Hospital Tung Sin, Jalan Pudu.
KUALA LUMPUR - Polis memburu tujuh suspek dipercayai warga asing yang disyaki terlibat dalam dua kejadian memecah dan mencuri mesin memproses endoskop yang melibatkan kerugian RM4.6 juta.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata tujuh suspek yang turut dianggotai wanita itu, disyaki memecah dua mesin mengandungi 15 aksesori endoskop di Hospital Tung Sin, Jalan Pudu pada 12 Jun lepas, mengakibatkan kerugian RM600,000.
Tiga lagi mesin yang mengandungi 22 jenis aksesori endoskop turut dipecah dan dilarikan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 21 Jun lepas membabitkan kerugian RM4 juta.
"Kita mengesan kesemua suspek tersebut melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedua-dua tempat kejadian. Sehubungan itu, polis menubuhkan pasukan khas menjejaki mereka selain menyiarkan gambar mereka yang terlibat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Khairi berkata polis juga bekerjasama dengan kastam, imigresen, Polis Antarabangsa (Interpol) dan pembekal peralatan mesin itu untuk membantu siasatan.
Katanya kumpulan itu menggunakan modus operandi yang sama dalam dua kejadian tersebut dengan menjadikan hospital sebagai sasaran utama.

"Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengenal pasti kebolehgunaan dan membuka peralatan endoskop yang dicuri kerana hanya mengambil beberapa bahagian yang mempunyai nilai.
"Mereka juga dipercayai bergerak secara berkumpulan dengan menyewa kereta jenis Perodua Myvi dan van serta tinggal di hotel untuk memudahkan kegiatan tersebut," katanya.
Khairi berkata suspek juga menyamar sebagai pesakit untuk mengenal pasti lokasi mesin itu disimpan sehari sebelum mesin itu dipecah dan tidak menolak kemungkinan, kejadian itu melibatkan 'orang dalam'.
"Kesemua mereka juga dipercayai memecah masuk hospital berkenaan di pintu belakang dan menjalankan 'operasi' dari pukul 10 hingga 12 tengah malam dan dipercayai mesin-mesin ini dijual di pasaran gelap dan antarabangsa termasuk di kolej dan universiti perubatan," katanya.
Beliau berkata polis ketika ini sedang meneliti rekod kemasukan pesakit di kedua-dua hospital berkenaan dan setakat ini, enam individu termasuk pengawal keselamatan dan kakitangan hospital itu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Orang ramai yang mengenali atau terlihat suspek diminta menyalurkan maklumat dan menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999 atau menghubungi pegawai pasukan khas, Supt Yahya Abdul Rahman di 019-4708946, katanya. - Bernama

Cubaan ceroboh kem

Cubaan ceroboh kem - Semasa - Sinar Harian:

Cubaan ceroboh kem
Cubaan ceroboh kem
ALOR GAJAH - Dua lelaki berusia 35 tahun dan 37 tahun yang menyamar sebagai pegawai tentera ditangkap sepasukan anggota Risik 10 Briged Para, Kem Terendak, di sini, selepas menyedari gerak geri mereka mencurigakan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dua lelaki terbabit menaiki kereta jenis Mercedes Benz memasuki kem berkenaan melalui pintu masuk utama.

Seorang daripada mereka berpakaian seragam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan rakannya pula hanya memakai seluar celoreng dan baju T, yang mendakwa dirinya berpangkat Kapten.

Pegawai Risik 10 Briged Para, Mejar Abd Razak Sipit berkata, pengawal bertugas mengarahkan kedua-dua mereka melaporkan diri di Balai Pengawal hadapan untuk pengesahan identiti serta tujuan sebenar mereka masuk ke dalam kawasan kem.

“Lelaki yang memakai pakaian seragam mengaku berpangkat Kapten dan bertugas di Kem TLDM, Sabah.

“Setelah pemeriksaan tapisan keselamatan dilakukan ke atas mereka, didapati pengesahan identiti sebenar mereka tidak dapat dibuktikan sebelum mereka beredar menuju ke arah lapang sasar lebih kurang 600 meter dari lokasi diperiksa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, semalam.

Menurutnya, tindakan mereka yang mencurigakan menyebabkan dua askar mengekori kereta lelaki terbabit.

“Mereka yang menyedari diekori bertindak memecut kereta menuju ke arah pintu utama tetapi kami berjaya menghalang mereka dan menjalankan soal siasat.

“Ketika diperiksa, kami menemui dua pas keselamatan milik Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Abd Razak berkata, selepas disoal siasat mereka mengaku sebagai orang awam dan pemeriksaan sekali lagi menemui sejumlah senjata api termasuk bom asap, pistol dan alat komunikasi tentera turut ditemui dalam but kereta terbabit.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Masjid Tanah kira-kira jam 8.45 malam sebelum di serah ke IPD Alor Gajah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asistan Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kini kedua-dua suspek ditahan.

“Dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah di rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam semalam, kami turut menemui pelbagai peralatan askar termasuk pakaian, replika senjata api yang menyerupai senjata sebenar dan pingat pangkat disimpan di rumah suspek di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung semua penemuan barangan tersebut dan motif sebenar suspek menyimpannya.

Sindiket dadah tumpas

Sindiket dadah tumpas - Selangor & KL - Sinar Harian:


Sindiket dadah tumpas
Amar Singh menunjukkan alatan yang dirampas dipercayai digunakan untuk memproses dadah jenis syabu.
KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan empat sindiket pengedaran dadah serta merampas pelbagai jenis dadah berjumlah RM1.5 juta dalam beberapa serbuan berasingan selama tiga hari, minggu lalu di sekitar ibu kota.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menahan sebuah kereta jenis Proton Pesona yang dinaiki empat lelaki di Taman Segar, Rabu lalu.

“Polis turut merampas dua peket plastik dadah yang dipercayai ketamin seberat 1.2 kilogram, manakala empat lelaki berusia dalam lingkungan 21 hingga 25 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, hasil susulan tangkapan empat lelaki berkenaan, polis menyerbu sebuah apartmen dipercayai dijadikan makmal mini memproses dadah di Jalan Shelly pada hari sama.

“Hasil siasatan mendapati makmal dadah berkenaan beroperasi sejak awal tahun dan polis sedang mengesan suspek lain yang terlibat dalam sindiket itu,” katanya.

Sementara itu dalam serbuan berasingan, polis menahan dua lelaki warga Nigeria berusia 22 dan 27 tahun yang berkelakuan mencurigakan dalam sebuah kereta jenis Proton Pesona di tempat letak kenderaan di sebuah kondominium mewah di Batu Caves.

“Polis merampas enam bungkus plastik yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 3.026 kilogram,” katanya.

Mekanik maut dalam kejadian langgar lari

Mekanik maut dalam kejadian langgar lari - Terengganu - Sinar Harian:

BESUT - Seorang mekanik maut dalam kejadian langgar lari di Km95 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Tok Dor di sini, awal pagi tadi.
 
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria ketika dihubungi berkata mangsa dikenali sebagai Poh Chian Wei, 27, yang berasal dari Kampung Renek, dekat sini.
 
Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi ketika mangsa sedang melintas jalan menuju ke bengkel rakannya, dilanggar sebuah kereta jenis Proton Saga yang datang dari arah Jerteh menuju ke Kuala Terengganu.
 
Beliau berkata akibat perlanggaran itu, mangsa melambung dan tercampak kira-kira lima meter dan meninggal dunia di tempat kejadian setelah cedera parah di kepala.
 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, Kamaruddin meminta kerjasama orang ramai yang menyaksi kejadian itu supaya tampil atau menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. - Bernama

Pegawai polis maut, kereta rempuh belakang lori

Pegawai polis maut, kereta rempuh belakang lori - Semasa - Sinar Harian:

KUANTAN - Seorang pegawai polis maut selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler membawa muatan bijih besi di Km 197 Lebuhraya Pantai Timur dekat Sri Jaya, di sini awal pagi tadi.

Insp Muhammad Azman Arifin, 48 dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan yang juga pegawai pendakwa, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof berkata dalam kejadian 1.20 pagi itu, Muhammad Azman dalam perjalanan balik ke Kuantan dari Kuala Lumpur.

"Dipercayai ketika sampai di tempat kejadian, mangsa telah terlanggar bahagian kanan belakang lori itu menyebabkan kenderaannya berpusing ke kanan jalan.

"Akibat itu, mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat," katanya di sini.

Beliau berkata bapa kepada empat anak itu sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan undang-undang.

"Difahamkan mangsa sering berulang-alik dari Kuantan ke UiTM Shah Alam bagi menghadiri kuliahnya," katanya.

Mohd Jasmani berkata jenazah mangsa akan dikebumi di Sungai Karang di sini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.- Bernama

Polis berkas suspek kes samun dalam tempoh dua jam

Polis berkas suspek kes samun dalam tempoh dua jam - Semasa - Sinar Harian:
SHAH ALAM - Polis memberkas tiga suspek kes samun kira-kira dua jam selepas mereka melakukan jenayah terhadap seorang jurulatih gimnasium di Seksyen 19 di sini hari ini.

Tiga suspek itu diberkas di sebuah hotel murah di kawasan Batu Tiga di sini pada kira-kira 5 pagi selepas menyamun jurulatih itu berhampiran Sekolah Menengah Seksyen 19 dalam insiden kira-kira 3.40 pagi.

Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata tiga suspek itu yang menaiki kenderaan Chevrolet menggunakan taktik melanggar kereta yang dipandu mangsa dari belakang yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Ekoran dari perlanggaran itu, mangsa memberhentikan kenderaannya untuk keluar melihat kerosakan yang dialami.

"Tanpa diduga, tiga lelaki yang berada di dalam kereta Chevrolet itu turut keluar dari kereta terbabit dengan sebilah parang di tangan salah seorang dari suspek sebelum mengugut mangsa agar menyerahkan barang berharga miliknya," katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Takut dengan ancaman suspek, mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 dan dua telefon bimbit miliknya.

Ahmad Zahedi berkata hasil laporan polis yang dibuat mangsa, pihaknya dapat mengesan kenderaan suspek terbabit yang diletakkan di hadapan sebuah hotel murah di Batu Tiga di sini dan memberkas ketiga-tiga suspek serta menemui semula barang milik jurulatih yang telah disamun.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kumpulan itu menggunakan hotel berkenaan sebagai tempat istirahat sebelum mereka keluar semula untuk melakukan samun.

"Mereka hanya berehat dan mungkin akan keluar mencari mangsa lain memandangkan hasil samun pada awal pagi itu sedikit," katanya.

Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan bagi rompakan berkumpulan dan rompakan dengan bersenjata.- Bernama

Isteri saya tidak ugut Ali Tinju, kata Zahid

Isteri saya tidak ugut Ali Tinju, kata Zahid - Semasa - Sinar Harian:

Isteri saya tidak ugut Ali Tinju, kata Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa isterinya menghantar SMS ugutan kepada Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Mohd Ali Baharom.

Menurutnya, beliau sendiri membaca SMS yang dihantar isterinya kepada Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai "Ali Tinju" dan menyifatkan ia bukan berbentuk ugutan.

"Isteri saya dengan Ali Tinju ini satu kampung dan kenal antara satu sama lain walaupun bukan saudara.

"Saya tanya isteri saya berapa SMS yang Ali hantar, dia cakap 16 SMS dihantar. Ali Tinju ini perangai, dia akan hantar SMS kepada semua orang, termasuk isteri saya. Jadi, isteri saya hantar SMS untuk nasihatkan Ali, tetapi Ali hanya petik satu ayat sahaja daripada SMS isteri saya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid turut menyangkal dakwaan Mohd Ali bahawa beliau tidak berada di Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini kerana bercuti di kem komando Mersing.

"Mana ada, dalam jadual saya tidak pergi pun ke Mersing pada tarikh itu. Jangan tipu media, jangan tipu rakyat. Kalau nak berkhidmat kepada bekas tentera, berkhidmat dengan jujur.

"Sekiranya dia nak buat demo secara aman, itu hak dia, saya serahkan keputusan pada dia," katanya.

Sebelum ini, Mohd Ali berkata PVTM menangguhkan rancangan untuk berdemonstrasi di hadapan Mindef  pada 29 Jun ini kerana Ahmad Zahid tidak berada di pejabat kementerian itu pada tarikh tersebut.

Katanya, berdasarkan risikan, Ahmad Zahid ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari.

Mohd Ali juga mendakwa isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis  juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.

Katanya, SMS ugutan itu berbunyi, "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau-bilau depan Mindef".

Mohd Ali memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM dan mengugut sekiranya gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat beliau.

Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen.

Beliau turut menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas.

Sindiket dadah tumpas

Sindiket dadah tumpas - Selangor & KL - Sinar Harian:

Sindiket dadah tumpas
Amar Singh menunjukkan alatan yang dirampas dipercayai digunakan untuk memproses dadah jenis syabu.
KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan empat sindiket pengedaran dadah serta merampas pelbagai jenis dadah berjumlah RM1.5 juta dalam beberapa serbuan berasingan selama tiga hari, minggu lalu di sekitar ibu kota.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menahan sebuah kereta jenis Proton Pesona yang dinaiki empat lelaki di Taman Segar, Rabu lalu.

“Polis turut merampas dua peket plastik dadah yang dipercayai ketamin seberat 1.2 kilogram, manakala empat lelaki berusia dalam lingkungan 21 hingga 25 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, hasil susulan tangkapan empat lelaki berkenaan, polis menyerbu sebuah apartmen dipercayai dijadikan makmal mini memproses dadah di Jalan Shelly pada hari sama.

“Hasil siasatan mendapati makmal dadah berkenaan beroperasi sejak awal tahun dan polis sedang mengesan suspek lain yang terlibat dalam sindiket itu,” katanya.

Sementara itu dalam serbuan berasingan, polis menahan dua lelaki warga Nigeria berusia 22 dan 27 tahun yang berkelakuan mencurigakan dalam sebuah kereta jenis Proton Pesona di tempat letak kenderaan di sebuah kondominium mewah di Batu Caves.

“Polis merampas enam bungkus plastik yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 3.026 kilogram,” katanya.