Search This Blog

Wednesday, June 20, 2012

Pemandu lori dipenjara setahun dan denda kerana cederakan isteri

PETALING JAYA - Seorang pemandu lori dihukum penjara setahun dan denda RM5,000 atau 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencederakan isterinya dengan menggunakan tangan, dua tahun lepas.
   
Majistret Nor Afidah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap T.Jegan, 37, selepas dia mengaku bersalah mencederakan S.Thevaki, 32, di kediaman mereka di Taman Putra Damai, Lembah Subang dekat sini pada pukul 3 pagi, 14 Okt 2010.
   
Nor Afidah memerintahkan supaya Jegan, yang tidak diwakili peguam itu, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 10 Jun lepas.
   
Semasa menjatuhkan hukuman, Nor Afidah berkata tertuduh sepatutnya melindungi isterinya.
   
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah berkata mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian muka.
   
Beliau berkata kes keganasan rumah tangga tidak harus dipandang ringan dan meminta hukuman mencerminkan keseriusan kesalahan itu.
   
Jegan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Kes kebakaran meningkat - Kelantan - Sinar Harian

Kes kebakaran meningkat
AZMI
KOTA BHARU - Kebakaran di Kelantan meningkat 74.3 peratus jika dibandingkan pada lima bulan pertama tahun lepas apabila ia meningkat daripada 288 kes kepada 502 kes tahun ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata, peningkatan tersebut melibatkan kebakaran rumah, kedai, bangunan dan hutan.

”Perkara ini harus diberikan perhatian lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas yang sedang dialami di negeri ini.

”Orang ramai harus berwaspada dan mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka kerana api akan cepat merebak jika ia dibiarkan,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, di sini.

Menurutnya, sepertimana kebakaran hutan yang berlaku di Bachok melibatkan tanah seluas lebih dua hektar, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminta semua balai bomba di seluruh jajahan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

Azmi berkata, selain itu pihaknya juga mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai di tempat kejadian dengan kerjasama Jabatan Geologi dan Alam Sekitar.

Katanya, kempen itu adalah bagi memberi pendedahan kepada mereka apabila terlibat dengan kebakaran melibatkan tanah mgambut berlaku.

”Kami mendapat kerjasama yang baik daripada orang ramai sepanjang kempen itu dan berharap pendedahan yang diberikan dapat membantu mengurangkan kadar
kebakaran di negeri ini,” katanya.

Tindakan pantas bapa selamatkan keluarga dalam kebakaran

GEORGE TOWN - Tindakan pantas bapa yang mengejutkan lapan anggota keluarnya yang lain berjaya menyelamatkan mereka daripada terbakar dalam satu kejadian di Jalan Agar, di sini awal pagi ini.
Latif Mydin, 50-an berkata semua anggota keluarganya sedang nyenyak tidur ketika kebakaran itu berlaku iaitu kira-kira pukul 3 pagi.
"Kami semua tengah tidur dan saya terbau asap terus saya bangun tidur dan kejutkan isteri serta anak-anak, kami semua keluar dari rumah sehelai sepinggang, apa pun tidak sempat ambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya turut musnah dalam kejadian itu tiga buah motosikal milik mereka.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Ismail Mohd Zain  berkata pihaknya tiba di lokasi kebakaran empat minit selepas menerima panggilan kecemasan.
"Ketika kita sampai api tengah marak sebab rumah itu diperbuat daripada kayu dan api cepat merebak," katanya.
Ismail berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran itu dalam tempoh 10 minit dan  memadam keseluruhan api dalam masa setengah jam.
Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta kerugian masih disiasat. - Bernama

Trio pecah rumah mati ditembak

SHAH ALAM - Tiga perompak warga asing mati ditembak dalam kejadian di Batu 20, Jalan Templer, Rawang awal pagi semalam.
Sebelum itu, kumpulan terbabit gagal menyamun sebuah rumah di Saujana Temple, apabila isteri mangsa menyedari kehadiran suspek di rumahnya dalam kejadian jam 5 pagi.
Ketika kejadian, mangsa bersama lima ahli keluarga sedang nyenyak tidur. Isterinya ternampak dua kelibat manusia yang mencurigakan di dalam rumah lalu menghubungi polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pasukan peronda yang membuat rondaan ternampak dua lelaki berlari ke arah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan.
“Polis ternampak sebuah kereta Proton Wira di sebuah lorong gelap kira-kira 300 meter dari rumah yang cuba disamun itu. Ketika cuba ditahan, dua daripadanya bertindak melepaskan tembakan ke arah polis menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan,” katanya.
Pemeriksaan forensik di dalam kereta suspek menemui dua pucuk pistol jenis revolver dan semi auto, beberapa bilah parang, sarung muka dan alatan pecah rumah.
Menurutnya, ketika membuat pemeriksaan di rumah mangsa, polis menemui beg dan telefon bimbit milik suspek yang tertinggal dan didapati terdapat kesan umpil di pintu belakang rumah.
“Kami masih menyiasat identiti semua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya.

Sepasang warga emas mati selepas bertengkar dengan anggota keluarga

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati setelah dipercayai bertengkar dengan seorang anggota keluarga di rumah mereka di Seri Kembangan dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, Lee Yoke Mun, 73, dan isterinya Lee Kam Lin, 59, ditemui mati dengan kecederaan parah di kepala dipercayai akibat dipukul dengan sebatang besi oleh suspek, seorang lelaki berusia 44 tahun.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias mengesahkan mengenai kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap polis berkata mayat Yoke Mun ditemui di bahagian dapur rumah teres setingkat itu manakala mayat Kam Lin ditemui di tepi katil dalam bilik tidur mereka.

Pasangan itu tinggal serumah dengan suspek dan ibu bapanya sejak 50 tahun lepas.

Jurucakap itu berkata siasatan awal mendapati pertengkaran itu dipercayai berlaku setelah suspek, yang bekerja sebagai mekanik, tidak dapat menahan kemarahan kerana mendakwa diejek sebagai kurang siuman oleh kedua-dua mangsa menyebabkannya ia bertindak di luar kawalan.     

Polis kemudian menahan suspek yang masih berada di rumah itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu, jiran keluarga berkenaan yang enggan dikenali berkata beliau menghubungi polis bila terdengar jeritan orang meminta tolong. - Bernama

Kekal denda RM5 juta terhadap pasangan Thailand

KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan hukuman denda RM5 juta atau penjara 15 bulan setiap seorang terhadap pasangan warga Thailand yang disabitkan kesalahan membawa keluar wang RM400,068 ke negara mereka secara haram, pada Januari lepas.
   
Hakim Azman Abdullah mengekalkan hukuman itu yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Pasir Mas pada 18 Jan lepas, terhadap Masaleng Itaebula, 27, dan isterinya Wasna Mamuh, 25, yang berasal dari Pattani,  Thailand.
   
Azman bagaimanapun mengetepikan hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen, yang telah menjatuhkan hukuman dengan jumlah denda sama dan penjara 11 bulan bagi pertuduhan sama.
   
Dalam penghakimannya, Azman bersetuju bahawa kedua-dua tertuduh telah dijatuhkan hukuman sebanyak dua kali atas kesalahan yang sama.
   
Disebabkan Mahkamah Majistret telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terlebih dahulu, beliau berkata hukuman di Mahkamah Sesyen itu adalah terbatal.   
    
"Saya kekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan di mana ia adalah setimpal dan tidak terlalu berat. Niat bersama boleh dibuktikan apabila kedua-dua mereka memiliki mata wang Malaysia yang dilarang pengeksportannya mengikut Akta Kastam  1967," kata Azman.
   
Mengikut pertuduhan pertama, pasangan suami isteri itu, yang juga penjual lembu, dengan niat bersama terbabit mengeksport barang larangan iaitu wang sebanyak RM400,068 yang dibawa dengan motosikal jenis skuter di pintu keluar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang-Thailand pada 4.30 petang,  6 Januari lepas.
   
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 yang boleh dikenakan hukuman denda minimum sebanyak RM1,492,500 atau penjara atau kedua-duanya.
   
Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 di tempat dan waktu yang sama.
   
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 23 (2) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011 yang  membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara atau kedua-duanya.
   
Suami isteri itu diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed dan Mohd Zubairi Salleh manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kastam, Rozana Abd Hadi. - Bernama

Pegawai komando TLDM maut selepas jalani latihan

KEMAMAN - Seorang pegawai komando Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut, Perak dilaporkan mati mengejut dua hari lepas selepas selesai menjalani latihan di laut berdekatan Platform Alpha Tinggi, kira-kira 125 batu nautika dari perairan Kemaman.
   
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari ketika Lt Komandan Shamrus Che Dan, 37, menjalani latihan bersama anggota yang lain.
   
Allahyarham dilihat berada dalam keadaan yang sangat letih selepas menjalani latihan dan kemudiannya pengsan.
   
"Melihat kejadian itu, anggota pasukan yang lain terus meminta bantuan dan mangsa kemudiannya dibawa dengan helikopter untuk dihantar ke Lapangan Terbang Kerteh bagi mendapat rawatan di hospital.
   
"Bagaimanapun sebaik tiba di lapangan terbang, mangsa disahkan meninggal dunia," kata Che Suza kepada Bernama.
   
Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. - Bernama

Geng 04, 08 kembali aktif

Papan tanda Taman Buntong Ria dan Kampung Muhibbah dipercayai diconteng geng terbabit.
Papan tanda Taman Buntong Ria dan Kampung Muhibbah dipercayai diconteng geng terbabit.
Dinding kedai berhampiran turut diconteng geng 04 dan 08.
Dinding kedai berhampiran turut diconteng geng 04 dan 08.
IPOH - Geng 04 dan 08 dipercayai bergiat aktif semula dengan menjadikan peniaga di sekitar Buntong, Menglembu dan Taman Pertama (First Garden) sebagai sasaran untuk mengutip wang perlindungan bagi mengelak daripada diganggu kumpulan berkenaan.

Selain menconteng papan tanda dengan angka 04 dam 08 bagi menunjukkan kawasan ‘jajahan’ masing-masing, difahamkan geng berkenaan turut mengutip wang perlindungan berjumlah RM2,000 di medan selera, kedai dan kilang di sekitar kawasan terbabit.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kalangan peniaga sekiranya ahli kumpulan berkenaan bertindak ganas jika arahan tidak diikuti.

Beberapa peniaga turut mendakwa mereka pernah menemui polis untuk meminta bantuan, namun tidak diendahkan, ada dalam kalangan peniaga yang ingin membuat laporan mengenai perkara itu disuruh untuk menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa bantuan polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias meminta orang awam yang dakwa polis tidak menerima laporan dibuat agar memaklumkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, menjadi satu kesalahan jika anggota polis tidak menerima laporan yang ingin dibuat orang awam.

“Kami sering menjalankan pemantauan ke atas kumpulan yang dipercayai mempunyai elemen gengster dari semasa ke semasa.

“Bagaimanapun, tohmahan yang mengatakan polis melindungi gengster adalah satu perkara serius dan orang awam sepatutnya tidak boleh membuat kesimpulan sebaliknya membuat laporan agar siasatan lanjut dapat dijalankan,” katanya.

Beliau ditemui dalam Program Kepolisan Komuniti (C-Cop) anjuran Balai Polis Kuala Kuang di sini, semalam.

Sehubungan itu, Azisman berkata, bagi pengadu yang mendakwa laporan mereka tidak dilayan diminta supaya mengambil nombor anggota bertugas, masa, tarikh dan tempat ia berlaku agar pihaknya dapat menjalankan siasatan ke atas perkara itu.

Rugi RM50,000 ditipu skim pelaburan emas

Rimaliza Mustafa
Polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28, yang beralamat terakhir di Kuantan, Pahang.
BATU PAHAT – Seorang pembekal bahan binaan kerugian RM50,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan emas yang ditawarkan menerusi laman Internet oleh sebuah syarikat beralamat di Klang, Selangor.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa berusia 38 tahun itu pergi ke pejabat syarikat berkenaan, apabila tertarik dengan tawaran keuntungan 15 peratus yang dijanjikan.

Menurutnya, selepas melihat sendiri pejabat syarikat berkenaan dan diterangkan keuntungan yang bakal diperoleh, mangsa bersetuju untuk melabur menerusi skim pelaburan emas itu dan mendepositkan RM50,000 ke dalam akaun syarikat berkenaan.

“Mangsa yakin untuk melabur dalam skim itu berikutan syarikat terbabit turut menyediakan dokumen perjanjian untuk ditandatangani, selain berjanji akan menghantar dokumen perjanjian berkenaan selepas selesai menguruskannya.

“Bagaimanapun, selepas dua bulan, syarikat terbabit masih gagal menyerahkan dokumen perjanjian itu. Mangsa cuba menghubungi syarikat berkenaan namun tidak berhasil.

“Malah keuntungan yang dijanjikan selepas sebulan melabur tidak diterimanya. Mangsa yang menge­syaki dirinya ditipu akhirnya membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, semalam.

Din berkata, walaupun mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu, pihaknya masih memburu suspek utama kes berkenaan.

“Polis juga berjaya menangkap dan mendakwa pemilik akaun yang menerima wang RM50,000 yang dideposit mangsa,” katanya.

Beliau berkata, polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28, yang beralamat terakhir di Kuantan, Pahang, untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Kita meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Rimaliza supaya dapat menghubungi pihak polis,” katanya.

Bumbung terbang dilanda ribut

Keadaan rumah mangsa yang basah dimasuki air hujan. Gambar kecil: Mohd Azian.
Keadaan rumah mangsa yang basah dimasuki air hujan. Gambar kecil: Mohd Azian.
KAMPUNG TELOK PELANDOK, PORT DICKSON – Bumbung rumah seorang penduduk di Taman Green View, di sini rosak teruk apabila diterbangkan angin dalam kejadian ribut dan hujan lebat, pagi semalam.

Kejadian yang berlaku tidak sampai setengah jam itu turut melanda sekitar Pasir Panjang dan Telok Kemang.

Mangsa, Mohd Azian Mohd Hashim, 41, berkata, dalam kejadian itu, beberapa bahagian bumbung rumahnya diterbangkan angin dan sebilangan besarnya rosak teruk.

Menurutnya, beberapa peralatan rumah turut rosak termasuk siling dan perabot di dalam bilik anaknya yang basah terkena air hujan.

“Mujur ketika kejadian kereta milik jiran dialihkan ke luar kawasan garaj, jika tidak pasti terkena serpihan bumbung yang diterbangkan angin,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mohd Azian berkata, ketika kejadian, dia sedang berada di tempat kerja di Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan.

“Sekitar jam 11.20 pagi, isteri menelefon memberitahu bahawa bumbung rumah tercabut dan saya bergegas balik dalam keadaan hujan.

“Ketika itu, isteri saya tinggal seorang diri di rumah sementara anak ke sekolah. Dalam fikiran tergambar pelbagai perkara buruk berlaku. Syukur isteri selamat," katanya.

Mohd Azian berkata, itu adalah kejadian pertama berlaku sejak dia dan keluarganya menetap di sini, sementara kawasan kejiranannya juga tidak pernah mengalami bencana seperti ini.

Katanya, jawatankuasa masjid dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta beberapa agensi kebajikan tampil menghulurkan sumbangan.

Tragedi lepas ambil lesen

Keadaan mangsa sebelum dikejarkan ke hospital, petang kelmarin.
Keadaan mangsa sebelum dikejarkan ke hospital, petang kelmarin.
PEDAS – Seorang lelaki cedera parah di bahagian kaki selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di kilometer 15.5, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang itu, mangsa, Mahadzir Yasin, 33, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah adiknya di Kampung Seberang Batu Hampar selepas mengambil lesen memandu di Senawang.

Pemandu lori yang ingin dikenali sebagai Naza, 37, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Pedas ke Seremban selepas menghantar perabot dan terkejut sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah bertentangan memasuki laluannya.

“Pada masa itu, mangsa cuba memotong sebuah kenderaan lain dan menyebabkan berlaku perlanggaran di bahagian depan sebelah kanan lori. Saya cuba mengelak, namun motosikal berkenaan terlalu hampir dengan lori saya.

“Bagaimanapun, susulan brek mengejut, lori saya berpusing merintangi jalan dan mujurlah saya tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun masih berada dalam keadaan terkejut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, petang kelmarin.

Naza berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan dia juga nampak dengan jelas mangsa tercampak ke bahu jalan sejauh kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian bersama dengan motosikalnya.

Sementara itu, jurucakap polis pula berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan mangsa yang cedera parah di kaki dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk rawatan lanjut.

Remaja pandu Porsche disaman

Remaja berusia 19 tahun memandu Porsche Carrera 911 ini, antara yang disaman kerana tidak mempamerka
Remaja berusia 19 tahun memandu Porsche Carrera 911 ini, antara yang disaman kerana tidak mempamerkan pelekat ‘P’.
BANDARAYA MELAKA - Seorang remaja memandu kereta jenis Porsche Carrera 911 antara 56 disaman kerana tidak mempamerkan pelekat ‘P’ dalam operasi oleh penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, malam kelmarin.

Remaja berusia 19 tahun yang memandu kenderaan bernilai lebih setengah juta ringgit itu disaman dalam Ops Pengarah selama tiga jam, bermula jam 9 malam di Jalan Tun Abdul Razak berhadapan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), di sini.

Pengarahnya, Mohd Fadhil Hassan berkata, seorang pembantu restoran berusia 24 tahun turut ditahan kerana menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dengan nombor pendaftaran palsu.

“Suspek mempunyai lesen memandu yang sah tetapi pemeriksaan terhadap motosikal yang didakwanya milik majikan mendapati nombor casis dan enjin didaftar atas motosikal lain iaitu jenis Honda EX5.

“Suspek yang disyaki menunggang motosikal curi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, bagaimanapun saya difahamkan pemeriksaan awal terhadapnya mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang media selepas operasi.

Menurutnya, motosikal terbabit disita bersama enam motosikal dan sebuah kereta yang lain.

“Semua tujuh motosikal dan sebuah kereta yang disita adalah hasil pemeriksaan terhadap 461 kenderaan dalam operasi disertai 77 anggota.

“Sebanyak 125 kesalahan dikesan namun hanya 56 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk 11 tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh dan 37 pengguna tiada lesen memandu,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 67 kes kesalahan teknikal ialah cermin gelap (42), lampu HID (empat) dan nombor pendaftaran 19 kesalahan iaitu kereta (14) dan motosikal (lima) serta dua lagi lain-lain kesalahan.

Warga emas maut dirempuh kereta ketika berbasikal di Pulau Pinang

GEORGE TOWN - Seorang warga emas yang sedang berbasikal di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini maut apabila dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.
  
Gaffar Peena Mohideen, 66, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
  
"Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi itu, mangsa dilapor mengayuh basikal berseorangan," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng kepada pemberita di sini.
  
Gan berkata mayat Gaffar dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama

Pemuda dipenjara curi coklat RM12.90

Pemuda dipenjara curi coklat RM12.90
Suhaidi dipenjara sehari selepas mengaku mencuri tiga bungkus coklat di kedai 24 jam Jalan Sultan Sulaiman
KUALA TERENGGANU - Alasan ‘terdesak’ mendorong seorang penganggur terpaksa melakukan jenayah dengan mencuri tiga bungkus coklat pelbagai jenama di sebuah kedai 24 jam di Jalan Sultan Ismail, di sini, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, walau apa alasan diberikan, tertuduh, Suhaidi Shuhaimi, 37, dari Rumah Awam Kos Rendah, Kuala Telemong, di sini, tetap menerima hukuman iaitu penjara sehari oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah mencuri tiga bungkus coklat bernilai RM12.90 di kedai terbabit, 15 Jun lalu kira-kira jam 3.20 petang.

Suhaidi mengaku bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, perbuatan tertuduh telah disedari pengurus kedai, Suriani sebelum memaklumkan kepada pekerjanya yang sedang bertugas, Mohd Hafiz Mohamed, 24.

Sejurus diberitahu, Mohd Hafiz terus mengekori dan mengejar tertuduh yang melarikan diri sehingga sampai di Stesen Minyak Caltex, Jalan Sultan Ismail, iaitu kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Tertuduh berjaya diberkas dan setelah pemeriksaan dibuat pada tubuh badannya, Mohd Hafiz gagal menemui sebarang bukti.

Bagaimanapun, Mohd Hafiz telah membuat pemeriksaan di tandas stesen minyak berkenaan dan akhirnya berjaya menemui tiga bungkus coklat yang dipercayai
dicuri tertuduh.

Seterusnya, tanpa membuang masa Mohd Hafiz menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya

Tujuh keluarga panik, peralatan rosak akibat lebihan voltan

Tujuh keluarga panik, lebihan voltan akibatkan peralatan rosak
Zawiyah terpaksa menanggung kerugian hampir RM4,000 apabila mesin basuh dan televisyen LCD rosak.
TUMPAT – Kejadian lebihan voltan yang berlaku Ahad lalu di Kampung Pulau Seratus menyebabkan tujuh keluarga terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 apabila peralatan elektrik mereka rosak.

Lebihan voltan itu berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika penghuni di tujuh rumah terlibat sedang menggunakan barangan elektrik sehingga menyebabkan mesin basuh, televisyen, kipas dan barangan elektrik lain rosak terbakar.

Seorang penduduk, Zawiyah Mohd Yaakob, 37, berkata dia menyedari berlakunya lebihan voltan apabila televisyennya tiba-tiba berasap selepas suisnya ditekan.

“Saya tidak tahu ada kejadian lebihan voltan kerana baru pulang dari berniaga di Kota Bharu.

“Bila sampai di rumah terus menekan suis televisyen kerana ingin menonton sebuah rancangan, tetapi lain pula jadinya kerana televisyen LCD yang baru dibeli berasap dengan tiba-tiba,” katanya.

Menurutnya, panik dengan apa yang berlaku, dia terus menutup suis utama.

Katanya, kejadian lebihan voltan itu juga menyebabkan mesin basuhnya rosak, kerugian dianggarkan hampir RM4,000.

Bagi Norhayati Zakaria, 46, dia juga turut menjadi mangsa kejadian lebihan voltan apabila peralatan elektriknya rosak.

“Nasib baik tiada kemalangan jiwa berlaku, cuma televisyen dan kipas sahaja yang rosak,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu disedari suaminya, Mohd Fauzi Mustapha apabila kipas tiba-tiba berpusing dengan laju.

“Memang panik seketika dan selepas itu televisyen pula keluar api, cepat-cepat ditutupnya suis utama,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu amat menakutkannya dan sanggup bergelap semalaman walaupun bekalan elektrik dibaik pulih oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas itu.

Norhayati mendakwa dia mengalami kerugian hampir RM1,000.

Bagi Siti Esah Mamat, 43, berkata, pada mulanya dia menyangka ada gangguan bekalan elektrik kerana skrin televisyennya tiba-tiba menjadi gelap.

“Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, saya memasang lampu tetapi lain pula jadinya kerana lampu tibatiba meletup.

“Saya terus tutup suis utama dan menunggu hingga ke malam untuk menggunakan bekalan elektrik semula.

“Saya mengalami kerugian hampir RM3,000 apabila televisyen yang baru dibeli rosak terbakar,” katanya.

Sementara itu pihak TNB ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan kejadian lebihan voltan itu berlaku bukan disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan bekalan elektrik.

“Siasatan awal mendapati puncanya disebabkan oleh tiang elektrik di kampung terbabit ditimpa buah kelapa,” katanya.

Curi kerusi dengan alasan lapar

Curi kerusi dengan alasan lapar
Mohd Razif mengaku curi kerusi milik peniaga ikan air tawar di Mahkamah Majistret, disini, semalam.
KUALA TERENGGANU - “Saya terpaksa mencuri kerusi itu kerana terlalu lapar, hasrat saya hendak jual kerusi itu untuk dapatkan duit beli makanan sahaja, tidak lebih dari itu.

Demikian alasan diberikan tertuduh, Mohd Razif Md Lazim, 32, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Mohd Razif yang beralamat dari Kampung Langkap Baru, Bandar Permaisuri, Setiu, memberi alasan itu selepas mengaku bersalah mencuri sebuah kerusi kayu milik seorang peniaga ikan air tawar di Jalan Sungai Rengas, Kubang Tangga, disini, Sabtu lalu.

Dia yang masih bujang itu mengaku bersalah mencuri kerusi milik Idhar Mohamad bernilai kira-kira RM30 di gerai jual ikan air tawar di tepi jalan Sungai Rengas, Kubang Tangga, 16 Jun lalu, kira-kira jam 8.15 malam.

Dengan itu, yang didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM200 atau jika gagal membayarnya, dikenakan penjara seminggu lagi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala tertuduh tidak diwakili
peguam.

Berdasarkan fakta kes, pemilik kerusi berkenaan telah ternampak tertuduh melarikan kerusi miliknya dengan mengikat kerusi itu pada basikal yang dibawanya. Bengang menyedari hartanya dicuri, mangsa nekad mengejar tertuduh dan menangkapnya, seterusnya dibawa ke Balai Polis Chabang Tiga, untuk tindakan selanjutnya.

9 sekeluarga nyaris rentung

Rumah keluarga Latif hangus dijilat api awal pagi ini.
Rumah keluarga Latif hangus dijilat api awal pagi ini.
GEORGETOWN - Sembilan sekeluarga di Jalan Larut di sini nyaris rentung apabila rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran awal pagi hari ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu menyebabkan keluarga Latif Mydin, 50, tinggal sehelai sepinggang selepas kesemua barangan termasuk dokumen penting hangus.

Latif berkata,ketika kejadian semua ahli keluarga sedang nyenayk tidur di bilik masing-masing dan beliau hanya menyedari kejadian itu apabila terhidu bau asap.

“Apabila melihat asap tebal dan api marak saya terus menjerit dan mengarahkan semua keluar menyelamatkan diri.

“Api merebak begitu pantas dan kami tak sempat ambil apa-apa pun,” katanya kepada media ketika ditemui ditempat kejadian.

Dalam pada itu, Latif memberitahu, tiga buah motosikalnya juga hangus dalam kebakaran berkenaan.

Sementara itu,Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima maklumat orang ramai dan bergegas ke tempat kejadian itu dalam tempoh empat minit.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak kerana struktur rumah itu diperbuat daripada kayu.

“Bagaimanapun, kami berjaya mengawal kebakaran itu dalam tempoh 10 minit dan memadam keseluruhan api dalam masa setengah jam.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta kerugian masih disiasat,” katanya.

Penyamun mewah 45 minit


IPOH - Sekumpulan empat penyamun bertindak ganas menggunakan pedang samurai untuk merompak sebuah premis menjual telefon bimbit dalam satu kejadian di Lenggong, awal pagi semalam.

Malah pemilik premis turut diugut bunuh dan diacukan parang di leher ketika dia cuba melawan penyamun terbabit dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.15 pagi itu.

Ketika kejadian, mangsa dan rakannya masing-masing berusia 35 dan 40 tahun dikejutkan dengan ketukan pintu yang kuat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, sebaik membuka pintu, salah seorang penyamun terus meletakkan pedang samurai ke leher mangsa dan mengugut mahu membunuhnya jika melawan.

“Kumpulan penyamun itu segera masuk ke dalam premis dan mengambil pelbagai barang seperti satu komputer riba, dua telefon bimbit, beg duit mangsa mengandungi kad pengenalan, pelbagai kad bank dan wang dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih RM4,000.

“Pemilik kedai kemudian terus berlari sejauh 500 meter ke Balai Polis Lenggong membuat laporan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, kumpulan penyamun yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 25 tahun itu kemudian melarikan diri menaiki kereta Perodua Viva menuju ke Ipoh melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

“Bagaimanapun, usaha kumpulan penyamun itu untuk melarikan diri gagal apabila mereka ditahan kira-kira 45 minit kemudian ketika polis membuat sekatan berhampiran plaza Tol Kuala Kangsar kira-kira jam 2 pagi.

“Polis berjaya menemui semula semua barangan samun selain dua pedang semurai, satu parang panjang serta rotan dan dua topeng muka yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah itu,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek yang berasal dari Ipoh direman di IPD Gerik selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan supaya pemilik premis perniagaan khususnya supaya lebih berhati-hati dan sesekali membuka pintu sesuka hati terutamanya pada waktu malam kerana risiko penjenayah melakukan jenayah pada masa itu amat tinggi,” katanya.

Trio pecah rumah mati ditembak

SHAH ALAM - Tiga perompak warga asing mati ditembak dalam kejadian di Batu 20, Jalan Templer, Rawang awal pagi semalam.
Sebelum itu, kumpulan terbabit gagal menyamun sebuah rumah di Saujana Temple, apabila isteri mangsa menyedari kehadiran suspek di rumahnya dalam kejadian jam 5 pagi.
Ketika kejadian, mangsa bersama lima ahli keluarga sedang nyenyak tidur. Isterinya ternampak dua kelibat manusia yang mencurigakan di dalam rumah lalu menghubungi polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pasukan peronda yang membuat rondaan ternampak dua lelaki berlari ke arah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan.
“Polis ternampak sebuah kereta Proton Wira di sebuah lorong gelap kira-kira 300 meter dari rumah yang cuba disamun itu. Ketika cuba ditahan, dua daripadanya bertindak melepaskan tembakan ke arah polis menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan,” katanya.
Pemeriksaan forensik di dalam kereta suspek menemui dua pucuk pistol jenis revolver dan semi auto, beberapa bilah parang, sarung muka dan alatan pecah rumah.
Menurutnya, ketika membuat pemeriksaan di rumah mangsa, polis menemui beg dan telefon bimbit milik suspek yang tertinggal dan didapati terdapat kesan umpil di pintu belakang rumah.
“Kami masih menyiasat identiti semua suspek yang berusia dalam lingku

Senyum tanda perpisahan


          
MERSING: “Dia sempat melambai tangan sambil mengukir senyuman kepada saya dan anak sebelum keluar bekerja,” kata Noraini Mohamad, 40, isteri Pengawas Hutan Kanan Endau, Yusli Ali, 41, yang maut dalam kemalangan di Hutan Lipur Gunung Arong di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.15 petang di Kilometer 17, Jalan Mersing-Endau itu, arwah maut apabila Perodua Kancilnya bertembung dengan Proton Saga BLM.
Akibatnya, mangsa dan penumpang kereta, Bahar Sipe, 35, maut di lokasi kejadian, manakala isteri Bahar, Siti Aishah Abdullah, 30, parah.

Noraini yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Sawah Datuk berkata, suaminya tidak pernah melambaikan tangan apabila pergi kerja.

Pemuda maut jatuh dari tingkat 16

Pemuda maut jatuh dari tingkat 16
Nor Firdaus dikatakan terhempas di atas bumbung kedai tingkat satu sebelum terjatuh, semalam.
JOHOR BAHRU - "Tolong bang, kereta aku kena curi." Itulah ayat terakhir yang sempat diucapkan Nor Firdaus Abdul Ghani, 21, sebelum maut akibat terjatuh dari tingkat 16, Flat Larkin Perdana, di sini kira-kira jam 3 pagi semalam.

Sebelum kejadian, mangsa yang berada di kediaman seorang rakan, dikatakan cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh ke bawah beranda semasa meninjau kereta jenis Honda EK miliknya yang disyaki dicuri.
Abang sulung mangsa, Nor Hisham Abdul Ghani, 37, berkata, Nor Firdaus sempat meminta pertolongannya dan memaklumkan mengenai kejadian curi kereta itu sebelum terjatuh dari flat tersebut.

“Kira-kira jam 3.12 pagi, dia hubungi saya dan maklumkan keretanya dicuri orang tidak dikenali dari tempat letak kereta tingkat bawah flat itu.

“Katanya, dia tiba-tiba terdengar bunyi enjin keretanya dihidupkan lalu meninjau ke bawah tingkap dan nampak keretanya dipandu seseorang,” katanya.
Nor Hisham yang menetap di Kuala Lumpur berkata, ketika kejadian dia berada di sekitar Permas Jaya atas urusan kerja dan tiba di lokasi berkenaan kira-kira 15 minit kemudian, namun mendapati adiknya sudah meninggal  dunia.
“Dalam perjalanan ke lokasi kejadian, saya cuba hubungi adik (Nor Firdaus) tetapi tidak berjawab, saya tidak menyangka rupanya kejadian buruk berlaku.
“Adik memang kerap datang ke sini untuk melawat rakannya dan dimaklumkan berada di flat itu sejak jam 10 malam (kelmarin).
“Kali terakhir dia menghubungi saya, dia sempat meluahkan rasa terkilan mengenai kehilangan keretanya yang baru dimiliki sejak setahun lalu dan sudah diubah suai dengan kos kira-kira RM40,000,” katanya.
Menurutnya, tambah memilukan apabila anak keenam daripada lapan adikberadik itu sempat memeluk erat bapanya sambil mengucapkan selamat hari bapa sebelum keluar dari rumah mereka di Felda Papan Timur, Kota Tinggi, kelmarin.
“Sebelum ini dia tidak pernah berkelakuan seperti itu, ayah merupakan insan paling sedih menerima berita kematian adik.
“Kami juga terkilan kerana adik pernah meluahkan hasrat untuk bertunang dengan wanita pilihannya pada tahun ini, namun hasratnya tidak kesampaian,” katanya.
Jenazah Nor Firdaus selamat dikafan dan dituntut di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini kira-kira jam 2.30 petang semalam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Papan Timur.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku namun memberitahu, pihaknya masih belum menerima laporan polis  berhubung kejadian curi kenderaan berkenaan.

Samun ketika tonton Euro 2012

Samun ketika tonton Euro 2012
Zundin (kanan) memegang fotofit tiga suspek kes samun bersenjata dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, kelmarin.
MENTAKAB – Sekumpulan enam sahabat yang sedang leka menonton siaran langsung bola sepak Euro 2012 di sebuah rumah di jalan Ponniah, di sini, disamun tiga lelaki warga tempatan bersenjatakan parang dan kayu, awal pagi kelmarin.

Lebih RM1,000 dan sebuah telefon bimbit dilarikan penjenayah dalam kejadian itu berikutan mereka tidak sempat melawan akibat ketakutan.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood berkata, ketiga-tiga penjenayah bersenjatakan sebilah parang dan dua kayu tersebut bertindak menyerbu masuk ke dalam rumah ketika enam sahabat terbabit sedang leka menonton televisyen.
Menurutnya, seorang daripada mangsa luka di kepala akibat ditetak suspek, manakala mangsa lain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan bahu.
“Semua mangsa yang ketakutan terpaksa menyerahkan dompet masing-masing selepas melihat rakan mereka berlumuran darah akibat ditetak menggunakan parang,” katanya.
Zundin berkata, berdasarkan lakaran wajah, semua suspek yang melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta dipercayai melakukan samun bersenjata di Raub dan Lanchang pada hari sama selepas kejadian di Mentakab.

Menurutnya, polis kini mengedar lakaran wajah suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan serta bersenjata.
Katanya, polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tiga penjenayah terbabit melaporkannya kepada mana-mana balai polis berhampiran.

Tetamu penyangak

LOKASI...Nor Azalilah menunjukkan tempat barang kemas dan beg tangannya dicuri.
LOKASI...Nor Azalilah menunjukkan tempat barang kemas dan beg tangannya dicuri.
PADANG BESAR: “Saya langsung tidak sedarkan diri apabila pengsan akibat diserang sakit jantung sebaik mengetahui tiga tetamu wanita yang tidak diundang, mencuri hantaran serta barangan berharga milik anak perempuan,” kata Abdullah Mohd Noor, 60.
Sebelum itu, katanya, majlis perkahwinan anak perempuannya ‘diserang’ sekumpulan pencuri wanita Geng Gelang yang melarikan barang kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM5,000 dalam kejadian di Beseri di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan tiga suspek wanita berbaju kurung berusia antara 40-an hingga 50-an berkenaan turut dipercayai menjadi dalang beberapa kejadian samun dan curi dalam bilik pengantin sejak tahun lalu.

Dalam kejadian jam 2 petang, Nor Fadilah, 28, dan kakak sulungnya, Nor Azalilah, 34, kehilangan barang kemas serta beg tangan berisi wang tunai manakala Abdullah terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan.

Atuk kecewa cinta hampa

BUKTI...Mohd Adnan menunjukkan laporan polis dibuatnya pada 14 Jun lalu.
BUKTI...Mohd Adnan menunjukkan laporan polis dibuatnya pada 14 Jun lalu.
REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”
Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.
Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Wanita sarat hamil cedera nahas

KUANTAN: “Melihatkan keadaan kereta yang remuk teruk ketika tiba di tempat kejadian, jantung saya berdegup kencang memikirkan apa berlaku kepada isteri yang sarat mengandung anak sulung kami. Namun, selepas bergegas ke hospital saya bersyukur dia selamat bersama kandungannya,” kata seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 30.
Dia yang bakal bergelar bapa sebulan lagi berkata, hanya Tuhan saja tahu perasaannya ketika itu apatah lagi memikirkan isterinya yang mengandung lapan bulan terbabit dalam kemalangan ngeri itu.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, kereta Proton Satria Neo dipandu isterinya yang hanya dikenali sebagai Farah, 28, dikatakan berpusing beberapa kali sebelum terbabas di Jalan Pintasan-Pelabuhan Kuantan, dekat Damansara, di sini. Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Damansara selepas dikatakan keluar membeli makanan di bandar ini.
Akibat kejadian itu, kenderaan dipandu Farah terpelanting ke seberang jalan dan mengalami kerosakan teruk.

Mohd berkata, dia mendapat tahu kejadian berkenaan selepas dihubungi orang awam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika itu, saya berada di bandar menyelesaikan satu urusan dan apabila tiba di tempat kejadian saya mencari isteri, namun dia tiada di situ.
“Berderau darah bila melihatkan keadaan kereta, namun saya tidak tahu bagaimana keadaan isteri kerana dimaklumkan dia dibawa ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini,” katanya.

Katanya, tiba di HTAA jantungnya terus berdebar kencang kerana belum mengetahui keadaan sebenar isteri bersama kandungan sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Katanya, segala kebimbangan dan ketakutan terlerai selepas melihat keadaan isterinyadirawat di unit kecemasan hospital berkenaan.

“Alhamdulillah isteri saya selamat dan doktor turut memaklumkan setakat ini kandungannya juga tidak terjejas.

“Dia hanya mengadu sakit belakang selain cedera ringan pada kaki kanannya,” katanya ketika ditemui di HTAA, semalam.

Mohd berkata, isterinya kini mengalami trauma dan masih terkejut dengan kejadian menimpa, namun keadaannya stabil dan masih dirawat di HTAA.

Menurutnya, sebelum ini dia ada mendengar jalan berkenaan sering berlaku kemalangan maut, namun tidak sangka kejadian semalam membabitkan isterinya.

“Saya sama sekali tidak menduga isteri terbabit dalam kemalangan hari ini (semalam), apatah lagi dia kini sarat mengandung, namun bersyukur semuanya selamat,” katanya yang belum membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Pelukan terakhir Hari Bapa

JOHOR BAHRU: “Saya tidak menyangka pelukan dan kucupan selamat Hari Bapa untuk bapa, Ahad lalu, adalah yang pertama dan terakhir sebelum arwah meninggal dunia,” kata Nor Hisham Abdul Ghani, 37, abang kepada Nor Firdaus, 21, remaja yang maut akibat terjatuh dari tingkat 16, Pangsapuri Larkin Perdana di sini, awal pagi kelmarin ketika cuba mengejar pencuri keretanya.
Hasrat mangsa, seorang peniaga kedai makan di Felda Papan Timur, Kota Tinggi, untuk mengikat pertunangan dengan teman wanitanya yang dikenali sejak dua tahun lalu juga tidak kesampaian. 
Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, Nor Firdaus dikatakan panik apabila mendapati kereta jenis Honda Civic EK perang kesayangannya dilarikan pencuri.

Ketika kejadian, mangsa berada di rumah rakannya di tingkat 16 dan dipercayai tersedar daripada tidur sebaik mendengar deruman ekzos keretanya yang diletakkan di parkir sebelum bergegas keluar ke ruang pejalan kaki pangsapuri itu untuk meninjau.

‘Mak rindu sangat’

SHAH ALAM: “Tolonglah pulang ke pangkuan emak. Emak teringin nak peluk dan melihat kau sebelum emak tutup mata selama-lamanya.”
Demikian rintihan seorang ibu, Salasiah Aminuddin, 66, meminta anaknya, Hamid Khan Omar Khan, 42, pulang ke rumah mereka di Kampung Teluk Air Tawar, Sitiawan, Perak selepas menghilangkan diri dua setengah tahun lalu.

Salasiah turut terkilan kerana anak keduanya itu langsung tidak pulang ke kampung ketika suaminya, Omar Khan Muhammad Khan meninggal dunia, dua bulan lalu.
Ibu tunggal empat anak itu berkata, kali terakhir mereka bertemu, Hamid Khan berpesan supaya dia menjaga diri dan kesihatan serta berjanji akan membantu sekiranya Salasiah menghadapi sebarang masalah. “Waktu itu dia memberitahu mendapat kerja sebagai pengawal peribadi kepada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, tetapi tidak memaklumkan siapa ahli perniagaan dan di mana dia bekerja,” katanya ketika ditemui di rumah anak saudaranya, di sini, semalam.

Salasiah berkata, di peringkat awal pemergian pemuda itu, dia masih dapat berhubung dengan anaknya itu, namun selepas seminggu, Hamid Khan langsung tidak boleh dihubungi.

“Dua tiga hari selepas dia meninggalkan rumah, saya masih dapat menghubunginya, namun selepas seminggu, talian telefon bimbitnya dibatalkan. Dalam tempoh itu, Hamid langsung tidak menghubungi saya,” katanya.
Salasiah turut membuat laporan di Balai Polis Air Tawar, Sitiawan berhubung kehilangan anaknya itu pada 3 Jun lalu. Katanya, sejak anaknya tidak pulang ke rumah, dia pernah dimasukkan ke Hospital Manjung, di Sitiawan akibat serangan jantung.

“Hamid seorang anak yang sangat baik dan menghormati orang tua. Dia tidak pernah melawan, malah jauh sekali meninggikan suaranya terhadap saya.
“Apabila saya menyuruhnya melakukan sesuatu, dia tidak pernah membantah dan selalu menolong membuat kerja rumah.

“Saya kerap membuat solat hajat dan berdoa supaya dapat berjumpa dengannya walaupun dalam mimpi saja,” katanya.

Salasiah meminta orang ramai yang mengenali Hamid Khan supaya memberi maklumat dengan menghubunginya di 012-4034857.

Maut tak jadi samun

GOMBAK: Tiga perompak dipercayai warga Indonesia ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Batu 20 Jalan Kuala Lumpur-Templer Park, dekat sini selepas mereka cuba memecah masuk sebuah rumah teres di Taman Templer Saujana, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, ketiga-tiga suspek berusia 30-an yang menaiki kereta Proton Wira melarikan diri selepas gagal memecah masuk sebuah rumah apabila kegiatan mereka disedari pasukan antirompakan yang menjalankan rondaan cegah jenayah di sekitar Gombak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, polis yang terlihat kereta terbabit diletakkan di tepi jalan sementara dua suspek mengumpil pintu rumah cuba menahan mereka.
Bagaimanapun, suspek yang menyedari kehadiran polis terus melarikan diri dengan menaiki kereta dipandu seorang lagi rakan mereka sehingga 400 meter sebelum terbabas.

“Polis yang mengejar suspek sekali lagi cuba menahan mereka namun ketiga-tiga perompak terbabit melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan polis bertindak balas sebelum semua suspek ditembak mati.

“Hasil pemeriksaan lanjut polis menjumpai dua pucuk pistol jenis revolver dan semi auto, parang, sarung muka dan sarung tangan. Polis menemui beg dan telefon bimbit suspek yang tertinggal di belakang rumah yang cuba dipecah masuk dengan kesan umpil pada pintu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di tempat kejadian, semalam.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kereta digunakan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang di Puchong, Januari lalu.

Mayat ketiga-tiga suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk di bedah siasat.
Sementara itu, pemilik kediaman, Mohd Azhar Nordin, 46, berkata, ketika kejadian itu, dia tiada di rumah kerana bekerja dan hanya isteri, tiga anak dan pembantu rumah tidur.

Dia yang bekerja sebagai kontraktor berkata, ahli keluarganya tidak menyedari ketika suspek cuba memecah masuk kediamannya dan mereka dimaklumkan kejadian itu oleh polis.

“Sejak mendiami rumahnya empat tahun lalu, tujuh kali kejadian samun dan pecah rumah dialaminya. Terbaru pada tahun lalu apabila dua lelaki menceroboh rumahnya melalui pintu depan.

“Suspek merampas rantai kaki emas milik anak perempuan berusia tiga tahun sebelum melarikan diri. Kejadian terbaru ini menyebabkan saya berfikir berpindah ke tempat lain demi keselamatan kami sekeluarga,” katanya.

Juvana, sepupu didakwa

KUALA PILAH: Seorang juvana berusia 17 tahun dan sepupunya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan cuba membunuh ibu kandungnya dengan mengelar leher mangsa ketika berlaku perselisihan faham antara mereka di depan Pasar Gemencheh, di sini, minggu lalu.
Pada prosiding di depan Hakim Azura Alwi itu, juvana terbabit yang juga tertuduh kedua dan sepupunya, Nor Haslinda Mohd Yunus, 26, tertuduh pertama, masing-masing berbaju lokap ungu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka didakwa mengkelar leher Azizah Isa, 50, ibu saudara Haslinda dan ibu kepada juvana terbabit yang juga pembantu am sekolah rendah menggunakan pisau. dengan niat atau mengetahui perbuatan itu menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di depan Pasar Gemencheh, Tampin, pada jam 5.15 petang, 11 Jun lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Azura tidak membenarkan tertuduh dijamin dan kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Julai depan bagi membolehkan pendakwa raya mengemukakan laporan kimia. Beliau juga memerintahkan remaja itu ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereng, Melaka sementara menunggu kes dibicarakan. Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dengan alasan mereka mempunyai ikatan kekeluargaan dengan mangsa.
Katanya, pihak pendakwaan khuatir sekiranya dijamin, tertuduh boleh mengacau ganggu mangsa yang juga saksi utama pendakwaan sehingga boleh menjejaskan kes pendakwaan.

Mohd Radzlan Jalaludin yang mewakili Nor Haslinda bagaimanapun memohon supaya jaminan dibenarkan dan berjanji kepada mahkamah untuk memastikan anak guamnya tidak menghampiri mangsa.
Katanya, mahkamah boleh memberi syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, suasana di galeri awam yang padat dengan orang ramai yang mengikuti prosiding kes itu bertukar sayu apabila keluarga kedua-dua tertuduh menitiskan air mata sebaik jurubahasa selesai membaca pertuduhan.

Seiras arwah ibu

KUALA LUMPUR: “Wajahnya saling tidak tumpah dengan arwah ibu saya,” kata seorang suri rumah, Noraini Sahud, 51, mengulas mengenai warga emas rakyat Malaysia, Noorma, 80, yang kini menetap di Karachi, Pakistan selepas dilarikan suaminya, kira-kira 65 tahun lalu.
Noraini berkata, kisah hidup warga emas berkenaan banyak persamaan dengan ibu saudaranya yang terpisah daripada keluarga selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, seorang warga Pakistan berpuluh-puluh tahun lalu.

“Sebab itu bila terpandang wajahnya di akhbar ini, saya terkejut. Bila tengok sekali imbas, saya terbayangkan wajahnya. Tidak puas dengan apa yang saya lihat, saya kemudian mendapatkan gambar lama yang masih dalam simpanan keluarga.
“Kebetulan rumah keluarga kami di Sungai Tua, Selayang, dalam pembinaan dan saya berusaha mendapatkan gambar lama arwah ibu dan ahli keluarganya bagi mengesahkan warga emas berkenaan adalah ibu saudara yang hilang sejak sekian lama,” katanya ditemui di rumahnya di Taman AU3, di sini, semalam.

Menurutnya, banyak persamaan wajah antara warga emas berkenaan dengan arwah ibu serta adik beradik mereka yang lain, manakala kisah hidup dipaparkan juga sama seperti diceritakan arwah neneknya sebelum ini.

“Kalau dilihat pada wajah arwah ibu, Mariam Jamil ketika tua, muka mereka sama terutama pada mata, hidung dan mulut. Mungkin pada pandangan mata saya, gambar terbabit nampak sama, tetapi berlainan pula pada pandangan orang lain.
“Sebab itu saya terus mendapatkan kepastian daripada adik-beradik yang lain serta rakan terdekat untuk mengesahkan mengenai persamaan wajah mereka berdua. Mereka turut memberi pandangan sama mengenai persamaan wajah terbabit,” katanya.

Katanya, dia juga membandingkan wajah warga emas berkenaan yang dikirimkan beberapa tahun selepas wanita berkenaan berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata dan wajah berkenaan saling tidak tumpah wajah kakak sulungnya ketika muda.
“Melihat persamaan wajah mereka yang seiras menyebabkan saya tidak menolak, dialah ibu saudara yang kami cari. Persamaan mereka dikuatkan lagi dengan cerita ibu mengenai kakaknya yang terpisah daripada keluarga sebelum ini,” katanya.

Mengulas mengenai kisah silam dilalui ibu saudaranya, Noraini berkata, semuanya berlaku selepas wanita berkenaan mendirikan rumah tangga dengan suaminya warga Pakistan berpuluh-puluh tahun lalu sebelum mereka melarikan diri ke Pakistan.

“Kedua-dua mereka saling mencintai antara satu sama lain sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Perkahwinan mereka mendapat restu keluarga, namun terlintas di fikiran nenek yang bimbang anaknya itu akan dilarikan suami ke negara asal,” katanya.

Debar bakal bapa

KUANTAN: “Melihatkan keadaan kereta yang remuk teruk ketika tiba di tempat kejadian, jantung saya berdegup kencang memikirkan apa berlaku kepada isteri yang sarat mengandung anak sulung kami. Namun, selepas bergegas ke hospital saya bersyukur dia selamat bersama kandungannya,” kata seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 30.
Dia yang bakal bergelar bapa sebulan lagi berkata, hanya Tuhan saja tahu perasaannya ketika itu apatah lagi memikirkan isterinya yang mengandung lapan bulan terbabit dalam kemalangan ngeri itu.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, kereta Proton Satria Neo dipandu isterinya yang hanya dikenali sebagai Farah, 28, dikatakan berpusing beberapa kali sebelum terbabas di Jalan Pintasan-Pelabuhan Kuantan, dekat Damansara, di sini. Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Damansara selepas dikatakan keluar membeli makanan di bandar ini.
Akibat kejadian itu, kenderaan dipandu Farah terpelanting ke seberang jalan dan mengalami kerosakan teruk.

Mohd berkata, dia mendapat tahu kejadian berkenaan selepas dihubungi orang awam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika itu, saya berada di bandar menyelesaikan satu urusan dan apabila tiba di tempat kejadian saya mencari isteri, namun dia tiada di situ.
“Berderau darah bila melihatkan keadaan kereta, namun saya tidak tahu bagaimana keadaan isteri kerana dimaklumkan dia dibawa ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini,” katanya.

Katanya, tiba di HTAA jantungnya terus berdebar kencang kerana belum mengetahui keadaan sebenar isteri bersama kandungan sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Katanya, segala kebimbangan dan ketakutan terlerai selepas melihat keadaan isterinyadirawat di unit kecemasan hospital berkenaan.

“Alhamdulillah isteri saya selamat dan doktor turut memaklumkan setakat ini kandungannya juga tidak terjejas.

“Dia hanya mengadu sakit belakang selain cedera ringan pada kaki kanannya,” katanya ketika ditemui di HTAA, semalam.

Mohd berkata, isterinya kini mengalami trauma dan masih terkejut dengan kejadian menimpa, namun keadaannya stabil dan masih dirawat di HTAA.

Menurutnya, sebelum ini dia ada mendengar jalan berkenaan sering berlaku kemalangan maut, namun tidak sangka kejadian semalam membabitkan isterinya.

“Saya sama sekali tidak menduga isteri terbabit dalam kemalangan hari ini (semalam), apatah lagi dia kini sarat mengandung, namun bersyukur semuanya selamat,” katanya yang belum membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Jaga parah motosikal gagal pintas kenderaan

REMBAU: Gara-gara cuba memotong kenderaan lain, seorang pengawal keselamatan parah di kaki selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 15.5, Jalan Seremban-Tampin, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, mangsa, Mahadzir Yasin,33, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah adiknya di Kampung Seberang Batu Hampar selepas mengambil lesen memandu di pusat memandu di Senawang.

Pemandu lori dikenali sebagai Naza, 37, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Pedas ke Seremban selepas menghantar perabot.
Sejurus tiba di tempat kejadian, katanya, dia ternampak sebuah motosikal dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum memasuki laluannya menyebabkan berlaku pelanggaran.

“Saya cuba mengelak, tetapi gagal kerana motosikal mangsa terlalu hampir. Ketika itu, saya menekan brek sekuat hati menyebabkan lori berpusing melintang jalan. “Syukur kerana saya tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi masih terkejut dengan kejadian itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.