Jamilah menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat berikutan kemungkinan ada unsur penipuan pihak bank.
AYER KEROH - Seorang wanita terkejut apabila mendapati kereta yang ditarik pihak bank sebelum ini, sudah bertukar tangan kepada pemilik lain, biarpun sudah melunaskan ansuran bulanan.
Jamilah @ Jamaliah Abu Amin, 46, dari Pantai Peringgit berkata, kira-kira lima tahun lalu, kereta jenis Kia Spectra miliknya dirampas dua lelaki selepas dikatakan gagal membayar ansuran bulanan.
Sedangkan, katanya, bayaran ansuran kereta yang sudah digunakan selama tiga tahun itu tidak pernah gagal dijelaskan. "Lelaki yang mengambil kereta saya langsung tidak memberi sebarang penjelasan sebaliknya dia suruh beruru- san dengan bank. Sedangkan setahu saya semua bayaran ansuran bulanan sudahpun dijelaskan," katanya.
Menurutnya, pada hari sama, dia merujuk kepada bank terbabit, namun pegawai di bank berkenaan seolah-olah enggan memberi kerjasama. Berikutan itu, Jamilah membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh. “Saya langsung tidak diberi peluang untuk menebus balik kereta saya, bahkan selang dua minggu saya menerima surat dari mahkamah mengenai kes kereta saya," katanya.
Beliau berkata, lebih memeranjatkan, pada Disember 2010, dia merujuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan terkejut mendapati keretanya itu sudah pun menjadi milik orang lain.
Berikutan masalah yang sudah lama berlarutan serta atas nasihat beberapa pihak termasuk JPJ, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tribunal Tuntutan Pengguna dan polis, Jamilah sekali lagi membuat laporan polis, Januari lalu.
“Saya berhasrat membawa kes ini ke tengah demi keadi- lan," katanya.