Search This Blog

Monday, June 11, 2012

Pelajar didakwa rompak tukang cuci

Pelajar didakwa rompak tukang cuci - Nasional - Sinar Harian:

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merompak seorang tukang cuci bulan lepas.
   
Muhammad Amrullah Wasman, 20, didakwa merompak K. Periakha, 56, dengan melarikan beg tangan mengandungi wang tunai RM200, seutas rantai tangan emas, sebuah telefon bimbit dan kad pengenalan mangsa.
   
Muhammad Amrullah, pelajar sebuah institut kemahiran di Johor Baharu, Johor, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Mutiara Raya, Taman Mutiara Barat di sini pada 9.30 pagi, 18 Mei lepas.
   
Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 24 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
   
Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun Muhammad Amrullah, yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM2,000 kerana bapanya hanya menguruskan
pusat perkhidmatan mencuci kereta.    

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun Muhammad Amrullah hanya perlu membayar RM2,000 hari ini dan sekiranya dia gagal hadir ke mahkamah, penjamin perlu membayar selebihnya iaitu RM8,000.
   
Komathy juga mengarahkan pelajar itu melaporkan diri di Balai Polis Larkin, Johor, sebulan sekali dan menetapkan 10 Ogos untuk sebutan kes.            - Bernama

Tujuh tinggal sehelai sepinggang

Tujuh tinggal sehelai sepinggang:


SEREMBAN 10 Jun - Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Jalan Ulu Temiang, dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.
Mangsa, A. Anachi, 42, memberitahu, ketika kejadian dia bersama enam ahli keluarganya yang lain tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan seorang saudara mereka di Seremban.
Dia menerima panggilan dari seorang jiran kira-kira pukul 3.30 pagi yang memaklumkan rumahnya terbakar.
"Selepas menerima panggilan itu, kami sekeluarga bergegas pulang tetapi kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana api sedang marak.
"Saya sedih kerana rumah berusia 60 tahun ini adalah peninggalan bapa saya dan kini semuanya musnah dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Nizam Shapiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.35 pagi.

Samun: Pekerja kedai motosikal rugi RM3,000

Samun: Pekerja kedai motosikal rugi RM3,000:


KUANTAN 9 Jun - Seorang pekerja di sebuah kedai motosikal panik apabila lehernya dihunus sebilah pedang samurai oleh tiga lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian samun di bilik sewanya di Jalan Air Putih, di sini baru-baru ini.
Pegawai Urus setia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa yang berusia 16 tahun berehat bersama rakannya.
Kata beliau, ketika berbual-bual dengan rakannya itu, tiba-tiba pintu bilik sewa mangsa diketuk.
"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa segera membuka pintu bilik sebelum dimasuki suspek yang tidak dikenali berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an.
"Salah seorang suspek bertindak menghunus sebilah pedang samurai ke leher mangsa sebelum memintanya menyerahkan barang-barang berharga," katanya di sini kelmarin.
Jelas Asyikin lagi, selepas menggeledah bilik sewa mangsa, ketiga-tiga suspek terbabit kemudian melarikan diri tanpa mencederakan mangsa dan rakannya.
"Mangsa kehilangan dua buah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai dengan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM3,000," katanya.
Tambahnya, polis kini memburu kesemua suspek terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Dera budak: Polis cari buruh binaan

Dera budak: Polis cari buruh binaan:

MELAKA 9 Jun - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak perempuan di Taman Melaka Raya penghujung bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki yang dicari itu ialah Azmi Abu Bakar, 26,memegang kad pengenalan bernombor, 860104-04-5263 dan bekerja sebagai buruh binaan.
Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa dipukul sehingga lebam dan bengkak di muka yang dipercayai dilakukan teman lelaki kepada ibu kanak-kanak tersebut.
"Mangsa ditinggalkan bersama lelaki itu setiap kali ibunya keluar bekerja," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengenali Azmir menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di talian 06-2851999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Penunggang motosikal maut rempuh van di laluan kecemasan

Penunggang motosikal maut rempuh van di laluan kecemasan:


KUALA LUMPUR 10 Jun - Gara-gara kecuaian seorang lelaki tidak meletakkan tanda amaran di lorong kecemasan selepas van dipandunya rosak, dua penunggang motosikal menjadi mangsa apabila merempuh kenderaan itu dalam kejadian di Kilometer 12.5, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), dekat sini semalam.
Nahas kira-kira pukul 1.45 petang menghala ke arah Shah Alam sebelum susur Bukit Jelutong dekat sini, menyebabkan seorang penunggang motosikal, Abdul Samad Abd. Manap, 37, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
Pada masa sama, seorang lagi penunggang yang mengekori di belakang turut cedera parah setelah gagal mengelak daripada merempuh motosikal Abdul Samad yang tercampak di atas lebuh raya berkenaan.
Sebelum kejadian, seorang lelaki memberhentikan van di lorong kecemasan tanpa meletakkan sebarang tanda amaran. Tindakan itu mengundang padah apabila Abdul Samadmerempuh bahagian kanan van tersebut menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 10 meter di atas jalan.

Nenek kendong cucu selamatkan diri

Nenek kendong cucu selamatkan diri:


Selamat Jamin (kanan) bersama isterinya, Misliatun Mariaman termenung memikirkan keadaan rumah mereka yang rosak teruk selepas dilanda ribut di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, semalam. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah
KUALA SELANGOR 10 Jun - Lebih 100 buah rumah di beberapa kawasan di Tanjong Karang, dekat sini mengalami kerosakan teruk setelah dipukul ribut malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, kebanyakan rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang sebelum disusuli hujan lebat.
Salah seorang mangsa, Selamat Jamin, 58, berkata, kejadian ribut itu berlaku ketika dia dan isterinya, Misliatun Mariaman, 55, serta anak dan cucu-cucu mereka berbual selepas menikmati makan malam.
Bagaimanapun, katanya, mereka sekeluarga tiba-tiba tersentak apabila pintu rumah terkuak setelah dihentam angin kencang.

Menteri Kenya, 5 lagi maut helikopter terhempas

Menteri Kenya, 5 lagi maut helikopter terhempas:

NAIROBI 10 Jun - Enam orang termasuk Menteri Keselamatan Dalam Negeri Kenya, George Saitoti terbunuh selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di sebuah hutan di sini, awal hari ini.
Ketika kejadian, Saitoti dalam perjalanan menghadiri satu majlis keagamaan di barat Kenya sebelum helikopter jenis Eurocopter tersebut terhempas di hutan Kibiko kira-kira pukul 8.30 pagi waktu tempatan (1.50 petang waktu Malaysia).
Saitoti, 66, merupakan calon dalam pilihan raya Presiden yang bakal diadakan pada tahun depan dan merupakan individu penting dalam perjuangan menentang kumpulan militan al-Shabaab di Somalia.
Turut terbunuh dalam kejadian tersebut adalah pembantu Saitoti, Joshua Orwa dan dua pengawal peribadinya.
Kedua-dua juruterbang helikopter terbabit, seorang daripadanya wanita, juga terbunuh apabila pesawat itu terhempas di kawasan berbukit berdekatan ibu negara.
Presiden Mwai Kibaki dan Perdana Menteri Raila Odinga memberi penghormatan kepada Saitoti yang banyak memainkan peranan dalam kempen menentang pemberontak Somalia.
“Kerajaan akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca kejadian ini," kata Odinga kepada pemberita yang ditemui di lokasi kejadian.
Wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, mayat enam mangsa dalam keadaan rentung yang tidak dapat dikenal pasti turut ditemui, sementara helikopter berkenaan hancur sepenuhnya.
Seorang saksi memberitahu, helikopter tersebut dilihat terhuyung-hayang di udara sebelum terhempas. - AFP

Dua gereja Nigeria diserang, 3 maut

Dua gereja Nigeria diserang, 3 maut:

JOS 11 Jun - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam dua serangan berasingan terhadap dua buah gereja di Nigeria, semalam dipercayai didalangi oleh kumpulan militan Boko Haram.
Dalam serangan pertama, seorang pengebom berani mati meletupkan kereta yang dipandunya berdekatan sebuah gereja di tengah bandar Jos, menyebabkan tiga orang terbunuh, termasuk penyerang terbabit dan 41 orang cedera.
Serangan kedua pula berlaku di sebuah geraja di pekan Biu apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung gereja, menyebabkan seorang wanita terbunuh. - AFP

Khalid Ismath mahu cabar hukuman UiTM

Khalid Ismath mahu cabar hukuman UiTM - Nasional - Sinar Harian:

Khalid Ismath mahu cabar hukuman UiTM
Khalid Ismath
SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, yang kelmarin digantung tiga semester, mahu mencabar keputusan pusat pengajian tinggi itu di mahkamah.

Khalid berkata, beliau mahu mencabar penggunaan peruntukan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 oleh UiTM dalam mengenakan tuduhan ke atasnya.

Khalid, 22, dibicarakan Jumaat lalu oleh Lembaga Tatatertib UiTM dan dijatuhkan hukuman digantung pengajian selama tiga semester bermula sesi akademik September ini.

Sebahagian tuduhan ke atas itu berkait dengan tindakannya ketika demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Saya akan teruskan perjuangan saya di mahkamah agar Akta 174 ini (Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976) dimansuhkan. Sama seperti perjuangan mahasiswa untuk hapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) satu ketika dulu,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Dua tahun lalu, empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membawa kes mereka ke mahkamah dengan mencabar Seksyen 15 Auku.

Keputusan mahkamah memihak kepada keempat-empat penuntut itu dan kerajaan sedang membuat rayuan.

Malah keputusan itu juga telah menjadi titik tolak kepada pindaan Auku baru-baru ini, sekali gus membolehkan pelajar-pelajar aktif berpolitik.

Pindaan itu dituntut oleh kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang.

Sehubungan itu Khalid berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada Selasa ini.

“Saya mempunyai rancangan saya sendiri. Bagaimanapun segala keputusan akan dibuat sebulat suara bersama SMM terlebih dahulu. Saya perlu bincang dan keputusan akan dibuat bersama ahli SMM,” katanya.

Beliau juga merasakan keputusan Jumaat lalu berat sebelah kerana percaya masih ramai lagi mahasiswa UiTM lain yang aktif berpolitik tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.

Khalid, mengikut tuduhan pertama, didakwa tidak hadir kelas selama dua minggu berturut-turut dan dikenakan hukuman tidak dibenarkan mengambil peperiksaan dalaman semester ini manakala di bawah tuduhan kedua pula, Khalid didakwa menerbitkan unsur-unsur ugutan menerusi Facebook. Selain itu, Khalid juga dituduh menghina isteri Perdana Menteri.

Di bawah tuduhan kedua dan ketiga, Khalid dikenakan hukuman masing-masing membawa hubung digantung pengajian satu dan tiga semester. Hukuman itu berjalan serentak.

Pengutip hutang mati atas jirat

Pengutip hutang mati atas jirat - Semasa - Sinar Harian:

Mayat pengutip hutang
Mayat pengutip hutang yang ditemui di kawasan Tanah Perkuburan Cina Kwong
Tong, Jalan Kerayong, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang pengutip hutang ditemui mati dalam keadaan mulut serta hidung berdarah di kawasan Tanah Perkuburan Cina Kwong Tong Jalan Kerayong, di sini, semalam.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui terlentang oleh penduduk berhampiran kira-kira jam 10 pagi.

Difahamkan, penduduk berkenaan pada mulanya menyangka lelaki berasal dari Sabah itu sedang tidur, tetapi setelah diperiksa, mendapati sudah tidak bernyawa dan membuat laporan polis.

Menurut penduduk yang enggan dikenali, lelaki terbabit kerap mengutip hutang daripada penduduk sekitar dan tidak pernah berkasar jika mereka tidak mampu menjelaskan hutang tersebut.

"Dia sangat baik dan sentiasa memberi kami masa melunaskan pinjaman.

"Bagaimanapun, sudah dua hari saya tidak melihat dia datang mengutip hutang, sehinggalah menemuinya di tanah perkuburan hari ini (semalam)," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati mulut dan hidung mangsa berdarah dan polis tidak temui sebarang kesan kecederaan pada mangsa.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat," katanya

Langgar kereta polis, 2 lelaki ditahan seorang lari

Langgar kereta polis, 2 lelaki ditahan seorang lari - Semasa - Sinar Harian:

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman
KOTA BHARU - Polis Kelantan berjaya menahan dua lelaki berumur 25 dan 28 tahun setelah mereka cuba melarikan diri dengan melanggar kereta polis dalam kejadian jam 5.45 pagi tadi di Kampung Pendek di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian itu, seorang lagi yang dikenali sebagai Pok Dik sempat melarikan diri ke arah kawasan semak berhampiran ketika cuba ditangkap.
”Sebelum itu ketiga-tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan Wakaf Bharu apabila dikesan oleh anggota yang menjalankan tugas Ops Api di sekitar Tumpat dan Rantau Panjang.
”Anggota telah mengekori kereta tersebut sehinggalah sampai ke kawasan Kampung Pendek iaitu Jalan Lama Salor serta mengarahkan kereta itu berhenti,” katanya.

Menurutnya, setelah anggota yang bertugas memperkenalkan diri sebagai polis, suspek terus melarikan diri sehinggakan mereka cuba melanggar anggota dan kereta polis.

Jalaluddin berkata, disebabkan tindakan itu anggota terpaksa melepaskan tembakan dan terkena bahagian enjin kereta suspek.
Beliau berkata, hasil daripada tangkapan tersebut pihak polis merampas satu beg galas hitam yang mengandungi 23 butir besi yang digunakan untuk menembak dan dua telefon bimbit.
”Kami turut menemui satu kuku kambing panjang satu kaki, topi polis trafik dan satu jaket warna hitam. Hasil soal siasat kedua-dua suspek yang berasal dari Palekbang, Tumpat itu mendedahkan mereka ingin melakukan jenayah curi kereta di kawasan Kampung Pendek tersebut,” katanya.

Jalaluddin menyeru kepada orang ramai agar tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan bagi kes tersebut.

Anggota polis antara empat ditahan samun buruh

Anggota polis antara empat ditahan samun buruh - Semasa - Sinar Harian:

KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis bersama tiga remaja ditahan selepas menyamun sekumpulan buruh binaan warga Indonesia awal pagi semalam.
   
Dalam kejadian pada 4 pagi itu anggota polis yang berpangkat konstabel sokongan, bertindak menjadi pemandu ketika melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah kongsi di Jalan Jakar, Kemaman.
   
Ketua Jabatan siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata enam buruh berkenaan sedang tidur di rumah kongsi mereka apabila dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis narkotik.
   
Katanya ketiga-tiga lelaki itu mengarahkan kesemua buruh berkenaan yang berusia antara 20-an hingga 40-an itu bangun, meminta pasport dan salah seorang daripada mereka memakai vest polis sebelum mengarahkan kesemua buruh berkenaan keluar daripada rumah tersebut.
   
"Selepas mangsa keluar, dua daripada lelaki itu meluru masuk ke salah sebuah bilik di rumah berkenaan dan bertindak merampas beg yang mengandungi wang tunai RM400.
   
"Kesemua suspek bertindak melarikan diri menggunakan kereta Perodua Viva yang dipandu konstabel itu, namun salah seorang daripada buruh berkenaan sempat melihat nombor pendaftaran kereta itu lantas membuat laporan di Balai Polis Kemaman," katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.
   
Manoharan berkata bertindak atas laporan yang dibuat pihak polis terus melancarkan operasi dan berjaya menahan tiga remaja yang berusia 18 hingga 20 tahun itu di sebuah restoran di Cukai Utama pada 6.45 petang semalam.
   
Katanya hasil soal siasat yang dijalankan terhadap suspek yang berasal dari Kemaman itu membawa kepada penahanan anggota polis berumur 27 tahun yang bertugas di Balai Polis Cukai, Kemaman ketika berada di kuarters kediamannya. 

"Polis juga berjaya merampas kembali sebahagian wang yang disamun serta menemui kereta yang disewa dan ditinggalkan berhampiran sebuah pasar raya di Kemaman," katanya.
   
Keempat-empat suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun. - Bernama

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes samun, cederakan wanita

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes samun, cederakan wanita - Semasa - Sinar Harian:


KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang suspek berhubung kes bekas guru tadika yang dilari dan disamun sebelum ditinggal dengan kecederaan teruk di kepala, di ladang kelapa sawit di Kuala Selangor Rabu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Taman Mas, Farlim, Ipoh, bagi membantu siasatan.
"Suspek ditahan pada 11.15 malam tadi dan siasatan kes ini masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Teoh Soo Kim, 51, dilapor hilang oleh suaminya setelah beliau keluar daripada rumah di Bandar Kinrara, Puchong untuk berjoging dan mengambil anak seorang kawan untuk dijaga seperti biasa.
Namun, pada hari kejadian, wanita itu tidak muncul di rumah kawannya untuk mengambil kanak-kanak terbabit.

Siasatan polis mendapati Teoh telah disamun sebelum dipukul dan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah ladang kelapa sawit. Keretanya ditemui di Putrajaya pada Jumaat.

Polis telah mengeluarkan gambar dua suspek yang diambil daripada kamera litar tertutup di sebuah stesyen minyak di mana kad ATM kepunyaan Teoh diguna untuk mengeluarkan wang daripada akaun mangsa. Teoh kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Adnan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika menyamun.- Bernama

Siswa parah dirempuh

Siswa parah dirempuh - Semasa - Sinar Harian:


Mohd Imran
Anggota bomba memberi pertolongan kecemasan kepada Mohd Imran setelah
tersepit beberapa minit sebelum dibawa ke HRPB, semalam.
Keadaan kedua-dua kereta yang remuk di bahagian hadapan
Keadaan kedua-dua kereta yang remuk di bahagian hadapan selepas bertembung
di Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands, semalam.
SIMPANG PULAI - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar parah apabila kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Avanza di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.28 pagi itu, Mohd Imran Hanafi, 19, patah paha kanan dan tulang rusuk, manakala pemandu Toyota Avanza, Teong Chay Lin, 22, turut cedera dan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Pada masa sama, empat rakan mangsa yang turut berada dalam kereta jenis Perodua Viva tersebut hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Toyota Avanza yang dipandu seorang wanita secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

“Dipercayai Avanza berkenaan dari arah Simpang Pulai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya, namun gagal lalu merempuh Perodua Viva menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk di bahagian hadapan.

“Kedua-dua mereka masih mendapatkan rawatan di HRPB dan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat simpang Pulai, Mohd Yusof Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.28 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba, kami dapati mangsa tersepit di bahagian pemandu dan anggota kita terpaksa menggunakan ‘spreader’ bagi mengeluarkan mangsa yang mengambil masa kira-kira 20 minit,” katanya.

Angin kuat, pelanggan lari bertempiaran

Angin kuat, pelanggan lari bertempiaran - Pahang - Sinar Harian:


Angin kuat, pelanggan lari bertempiaran
Rosly dan Arianto (kiri) di hadapan kedai mereka berhampiran simpang masuk
RAMD Bentong
BENTONG – Lebih kurang 10 rumah termasuk dua kedai makan dan dewan orang ramai terjejas akibat kejadian ribut yang melanda sekitar kawasan Kampung Chamang Baru dan Kampung Kuala Repas, dekat sini, malam semalam.

Pengusaha kedai makan, Rosly Ali, 55, berkata, semasa kejadian, terdapat lebih 100 pelanggan di kedainya kerana ada pertandingan karaoke.

Menurutnya, lebih kurang jam 12 tengah malam iaitu semasa kemuncak acara iaitu majlis penyampaian hadiah, secara tiba-tiba keseluruhan kedainya seakan bergegar akibat ribut.

“Saya menutup lampu kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku dan ketika itu kebanyakan pelanggan sudah bertempiaran lari.

“Kemudian datang lagi angin kuat menyebabkan bumbung kedainya terangkat dan kali ketiga angin kuat menerbangkan hampir keseluruhan bumbung kedai,” katanya.

Rosly berkata, akibat kejadian itu, dia bukan sahaja mengalami kerugian kerana pelanggan lari tanpa sempat membayar makanan tetapi juga tidak dapat meneruskan perniagaan disebabkan kedai rosak teruk.

Menurutnya, dia difahamkan terdapat juga pelanggannya yang cedera ringan akibat kejadian itu semasa cuba menyelamatkan diri.

Tidak boleh berniaga

SEMENTARA itu, seorang lagi peniaga, Arianto Ajib, 45, berkata, dia dimaklumkan kejadian ribut itu oleh Rosly tengah malam semalam.

Menurutnya, pada ketika itu, saya berada di rumah menyiapkan makanan yang bakal dijual pagi esok (hari ini).

“Selepas melihat sendiri apa yang berlaku, saya rasa sangat terkejut dan pada hari ini (semalam) tidak dapat meniaga kerana kebanyakan atap diterbangkan angin.

“Sepanjang 17 tahun berniaga di sini, ini merupakan kali pertama mereka berdepan situasi seperti itu dan berharap ada pihak sudi membantu untuk kembali memulakan perniagaan,” katanya.

Bunyi kuat luar rumah

SEMENTARA itu, penduduk di Kampung Kuala Repas, Mohd Basir Ibrahim, 75, berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Menurutnya, mereka sekeluarga terdengar bunyi kuat di luar rumah disusuli bunyi benda jatuh dan selepas diperiksa mendapati terdapat kepingan atap yang diterbangkan angin.

Lega hujan tidak lebat

SEMENTARA itu, Zulkiflie Mohd Yusof, 54, berkata, ketika kejadian dia sudah tidur manakala isteri dan anak-anaknya sedang menonton televisyen.

Menurutnya, mereka sekeluarga bernasib baik kerana hujan tidak lebat memandangkan hampir 30 peratus atap rumah mereka berubah kedudukan akibat ribut.

“Semasa angin kuat itu, isteri dan anak-anak hanya duduk bertenang dan berdoa di dalam rumah kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

“Alhamdulillah, kami bernasib baik kerana hujan tidak lebat kerana sekiranya hujan sudah pasti terpaksa berpindah ke tempat lain kerana atap sudah bocor,” katanya.

Segera lapor

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Bilut, Datuk Hoh Khai Mun berkata, setakat tengah hari semalam, pihaknya masih belum menerima laporan lengkap jumlah rumah yang terlibat dalam kejadian ribut itu.

Menurutnya, mereka yang menjadi mangsa diminta melaporkan kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), membuat laporan polis dan memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan mangsa mendapat bantuan sewajarnya.

“Penduduk yang terlibat diminta melaporkan segera kejadian yang berlaku supaya tindakan susulan dapat diambil,” katanya kepada Sinar Harian.

Pekebun ditemui mati

Pekebun ditemui mati - Terengganu - Sinar Harian:


Pekebun ditemui mati
Kor Seng menguruskan mayat mendiang adiknya di Bilik Mayat Hospital Besut.
KAMPUNG RAJA – Seorang pekebun getah ditemui mati oleh abangnya di pekarangan rumah adiknya di sebuah kebun getah di Kampung Kelubi Putih, dekat Jabi di sini malam kelmarin.

Mangsa Chua Kho Leng, 49, mati dalam keadaan terlentang memakai hanya seluar pendek dengan kesan cedera di bahagian belakang kepala.

Kematian mangsa hanya disedari abangnya yang berkunjung ke rumah itu ketika ingin menghantar barang yang dipesan mangsa.

Abang mangsa, Chua Kor Seng, 54, berkata, adiknya yang masih bujang tinggal di rumah itu berseorangan bagi menjaga kebun getah bapa mereka.

Menurutnya, dia dan isteri yang menetap di Kota Bharu, Kelantan berkunjung ke rumah adiknya kira-kira pukul 9 malam kelmarin dan apabila tiba di rumah itu mendapati“Saya mula tidak sedap hati apabila mendapati pintu utama rumah terbuka tetapi lampu tidak dibuka dan tiba-tiba lampu kereta saya tersuluh mayat adik saya dalam keadaan terlentang di atas simen dalam keadaan sudah keras,” katanya yang dijumpai di pekarangan Bilik Mayat Hospital Besut semalam.

Kor Seng akan datang ke rumah mangsa apabila adiknya memesan apa –apa barang dan kali terakhir dia bercakap dengan mangsa melalui telefon pada Jumaat lalu.

Menurutnya, adiknya tidak pernah mengadu sakit atau memberitahu menghidap sebarang masalah kesihatan.

“Sebaik menemuinya, saya terus menghubungi talian 999 dan apabila pasukan perubatan datang mengesahkan dia telah meninggal dunia,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Cina, Kota Bharu dipercayai meninggal dunia sekitar jam 10 hingga 11 pagi hari sama.

Menurutnya, pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati kesan luka dan calar pada bahagian belakang kepala serta terdapat pendarahan keluar melalui telinga, Kamaruddin berkata, siasatan awal turut mendapati tidak sebarang unsur jenayah terhadap kematian mangsa kerana tidak ada barang milik mangsa yang hilang dan polis mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa akibat serangan jantung sebelum terjatuh menyebabkan kepalanya terhentak pada bucu lantai simen,” katanya.

Pengantin dicekup akibat ambil pil kuda

Pengantin dicekup akibat ambil pil kuda - Terengganu - Sinar Harian:


Pengantin dicekup akibat ambil pil kuda
Pengantin baru(kiri) dicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah dibawa ke ibu
pejabat polis daerah bersama rakannya kerana disyaki terbabit dengan dadah.
DUNGUN – Seorang pengantin lelaki bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengambil pil kuda semata-mata ingin menjadikan malam pertamanya luar biasa.

Bagaimanapun tindakan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori hantu itu membawapadah apabila dia dicekup polis, dua hari selepas dia bergelar pengantin baru.

Pemuda berusia 25 yang baru naik pelamin bersama gadis pilihannya berasal dari Kampung Delong dalam satu majlis persandingan yang difahamkan berlangsung di Kampung Nibong itu ditahan dalam serbuan polis kira-kira jam 2 petang.

Dia ketika itu dipercayai berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil dadah.

Suspek yang mempunyai ahli keluarga berasal dari Pengantin baru ini (kiri) dicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah dibawa ke ibu pejabat polis daerah setelah dicekup bersama rakannya kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Bachok, Kelantan ketika ditemui turut mengakui menjadi penagih sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan lebih dua kali sebelum ini.

Katanya, dia berjaya memujuk gadis yang kini menjadi isterinya untuk berkahwin setelah mendakwa sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya.

“Sebelum ini isteri saya tahu bahawa saya seorang penagih, akan tetapi demi cinta suci kami, dia sanggup melayari bahtera dengan berkahwin dengan saya. “Namun dia tidak mengetahui bahawa saya ada mengambil dadah sehari sebelum naik pelamin sehinggalah saya ditangkap petang tadi,” katanya yang didapati positif dadah jenis methampethamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952

Dijel setahun miliki parang, keris

Dijel setahun miliki parang, keris - Kelantan - Sinar Harian:


Dijel setahun miliki parang, keris
Tertuduh (dua kiri) tenang ketika dibawa keluar dari mahkamah semalam.
KOTA BHARU - Gara-gara memiliki senjata berbahaya, seorang penganggur terpaksa meringkuk di dalam penjara selama setahun dan dikenakan satu sebatan
selepas mengaku bersalah atas kesalahan tersebut.

Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Asliza Nazran Ramly, 40, kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya tahun 1958.

Mengikut pertuduhan pertama, pada 2 Jun lalu kira-kira jam 10.15 malam, Asliza Nazran didapati bersalah memiliki parang pendek berhulu hitam dan keris dibalut menggunakan keratan akhbar di sebuah rumah yang beralamat 734 Batu 2 di Jalan Kuala Krai.

Bagi pertuduhan kedua pula, pada tarikh dan waktu yang sama Asliza Nazran didapati gagal mengemukakan kad pengenalan (Mykad) kepada pegawai kanan polis semasa melakukan pemeriksaan terhadapnya di rumah tersebut.

Oleh itu, dia yang berasal dari Kampung Puteh Batu 2, Jalan Kuala Krai, didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dihukum di bawah peraturan sama.

Mengikut hukuman tersebut dia boleh dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000.

Bagi kesalahan tersebut mahkamah menetapkan Asliza Nazran dihukum penjara selama tiga bulan bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 3 Jun lalu.

Kedua-dua hukuman tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.

Sebelum tangkapan dilakukan sekumpulan anggota dan pegawai polis dalam penugasan Ops Lejang ke rumah tersebut selepas menerima maklumat.

Jirat jadi lokasi perbuatan tidak bermoral

Jirat jadi lokasi perbuatan tidak bermoral - Kelantan - Sinar Harian:


Jirat jadi lokasi perbuatan tidak bermoral
Jirat Cina yang terpencil ini diubahsuai untuk mengelakkannya menjadi sasaran golongan tertentu yang melakukan perbuatan tidak bermoral termasuk penagihan dadah dan maksiat.
BACHOK – Kawasan jirat Cina yang agak terpencil, menjadikan ia sasaran golongantertentu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

Pengerusi Persatuan Perkuburan Cina Bachok Kelantan, Datuk Dr Alex Ong berkata, akibat perbuatantidak bermoral itu, jarum suntikan dan kondom banyak ditemui bertaburan di kawasan tersebut.

Menurutnya, untuk mengelak kejadian sama berulang, pihaknya membersihkan kawasan jirat tersebut secara berkala.

“Kami amat kesal dengan perbuatan tidak bermoral yang dilakukan di kawasan ini. Ia menjadi tumpuan golongan penagih dan perbuatan sumbang disebabkan lokasinya di pedalaman dan jauh dari laluan utama.

“Jarum dan kondom di Jirat Cina yang terpencil ini diubahsuai oleh waris keluarga, untuk mengelakkan ia terus menjadi sasaran golongan tertentu yang melakukan perbuatan tidak bermoral termasuk penagihan dadah dan maksiat.

“Jarum dan kondom di temui bersepah di kawasan ini, sebab itu kami perlu bersihkan dan membina pagar untuk melindungi kawasan berkenaan. Tambahan pula beberapa binaan baru seperti wakaf dan pintu gerbang dibina, kami bimbang ia akan dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Justeru, kami harap pihak berkuasa dapat mengadakan rondaan di kawasan ini untuk memastikan ia bebas dari menjadi lokasi jenayah,” katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini kawasan itu sudah diturap dan dibersihkan serta pagar akan dapat dibina untuk mengelakkan kejadian jenayah.

Selain itu katanya, masyarakat Cina yang ingin menderma untuk persatuan tersebut boleh berbuat demikian dengan menghubungi Timbalannya, Tan Kee Leong menerusi talian012-9583350.

“Persatuan kami adalah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang ditubuhkan pada 20 Mac 2012.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai lokasi untuk disemadikan boleh menghubungi kami kerana masih mempunyai ruang untuk menempatkan lebih 200 kubur,” katanya.

Pekerja ladang gigit jari

Pekerja ladang gigit jari - Pahang - Sinar Harian:


Pekerja ladang gigit jari
Pekerja Felda Plantation berbincang mengenai saham FVGH melalui sesi dialog
yang diadakan.
KUANTAN - Rata-rata pekerja Felda Plantation di Felda Bukit Sagu 4, 6, 7 dan 8, di sini, melahirkan rasa terkilan apabila titik peluh mereka selama ini seolah-olah tidak dihargai.

Kebanyakan mereka yang merupakan rakyat tempatan kecewa kerana tidak menerima apa-apa imbuhan sejak Perdana Menteri mengumumkan durian runtuh untuk peneroka dan kakitangan Felda.

Pekerja, Roslan Hamid berkata, kebanyakan mereka sudah lama bekerja di ladang, namun kegembiraan yang dirasai peneroka dan kakitangan Felda tidak dapat dikongsi bersama.

“Walaupun kami ini berperanan di belakang tabir sahaja, tetapi hasil titik peluh kamilah segala hasil di ladang ini diproses kepada peringkat seterusnya.

“Peneroka dapat durian runtuh RM15,000, kakitangan Felda dapat bonus dua setengah bulan, tapi kami hanya gigit jari

“Itu belum lagi saham FVGH (Felda Global Ventures Holding) yang peneroka dapat sebanyak 800 unit dan kakitangan 1,000 unit. Jika diberi peluang, kami juga mahukan sebahagian saham itu sebagai sagu hati,” katanya.

Roslan ditemui Sinar Harian semasa sesi dialog bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.

Md Sohaimi berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan kepada pihak atasan khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya harap suara semua pekerja ladang ini mendapat perhatian dan keuntungan yang diperoleh Felda dapat dikongsi sama rata,” katanya.

PPM rampas tudung seludup

PPM rampas tudung seludup - Kelantan - Sinar Harian:


PPM rampas tudung seludup
Wan Ismail (kanan) bersama anggotanya menunjukkan tudung yang dirampas
PPM di Pangkalan Haram Derdap Nibong
TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor merampas 1,350 helai tudung bernilai RM33,750 yang diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram Derdap Nibong di sini Jumaat lalu.

Dalam serbuan kira – kira jam 7 petang, beberapa lelaki dipercayai penyeludup sedang memunggah bungkusan dari bot enjin galah ke tebing sungai lari bertempiaran selepas menyedari anggota PPM menyerbu.

Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superitendan Wan Ismail Wan Mamat berkata, hasil pemeriksaan ke atas bungkusan yang ditinggalkan, anggotanya menemui 1,350 helai tudung pelbagai warna.

“Menyedari kehadiran anggota PPM, penyeludup melarikan diri dengan bot enjin galah ke seberang Thailand.

“Selepas bot anggota PPM rapat ke tebing, menemui lima bundle besar plastik bewarna merah mengandungi kain tudung,” katanya di Markas PPM Pengkalan Kubor, di sini semalam.

Wan Ismail berkata, ini merupakan rampasan kain tudung terbesar setakat ini dan dipercayai untuk pasaran Aidilfitri nanti.

Katanya, pada bulan Mei lalu rampasan terbesar melibatkan beras sebanyak 1,750 kilogram dengan nilai rampasan sebanyak RM3,150.

Kes Kugan: Konstabel dipenjara 3 tahun

Kes Kugan: Konstabel dipenjara 3 tahun - Semasa - Sinar Harian:


Konstabel V Navindran
Konstabel V Navindran
SHAH ALAM - Konstabel V Navindran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah mencederakan suspek curi kereta, A Kugan, yang mati dalam tahanan polis pada 2009.

Krisis Syria: Rusia bantah campur tangan asing

Krisis Syria: Rusia bantah campur tangan asing - Global - Sinar Harian:


Seorang lelaki membawa kanak-kanak perempuan yang cedera dalam letupan yang disasarkan ke atas sebua
Seorang lelaki membawa kanak-kanak perempuan yang cedera dalam letupan
yang disasarkan ke atas sebuah bas tentera pada 8 Jun lalu. - Foto ihsan CNN
MOSCOW - Di sebalik usaha antarabangsa yang terus menemui jalan buntu, Rusia menegaskan, pihaknya tidak akan memberi persetujuan kepada pendekatan membawa campur tangan luar bagi menamatkan krisis Syria yang berlarutan lebih setahun.

Meskipun wujud amaran bahawa Syria sedang menuju ke arah kancah perang saudara, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, tiada alternatf lain selain melaksanakan pelan damai diusahakan oleh Utusan Khas Kofi Annan.

Katanya, pelan damai itu, yang mendapat sokongan PBB dan Liga Arab, perlu diteruskan meskipun kelihatan sudah gagal.

"Situasi semakin hari semakin suram," kata Lavrov dipetik CNN.
"Buat kali pertama sejak bermulanya krisis, kita melihat persoalan mengenai campur tangan asing.
"Dan, pendirian kami kekal tidak berubah," kata beliau lagi.

Terlantar akibat langgar lari.

Terlantar akibat langgar lari. - Perak - Sinar Harian:


Terlantar akibat langgar lari.
Nourashikin menuangkan air menerusi tiub khas di perut Abdul Karim.
CHEMOR – Jika dahulu, dialah yang menanggung keluarga tetapi kini, dirinya pula yang dibantu ahli keluarga yang lain. Demikian yang berlaku kepada Ahli Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis   Daerah (IPD) Ipoh, Lans Korporal Abdul Karim Abdul Ghani ,39, yang terlantar sejak lebih lapan bulan lalu setelah terlibat dalam insiden langgar lari di Batu 9, Chemor, pada 28 September 2011. Abdul Karim yang menunggang  motosikal ketika itu dipercayai telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju dalam kejadian berkenaan.

Difahamkan juga, akibat insiden berkenaan, Abdul Karim mengalami kecederaan yang agak serius hingga dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRBP) untuk rawatan lanjut. Kini setelah dibenarkan keluar dari hospital  berkenaan Abdul Karim tinggal di rumahnya di Taman Chemor Idaman, di sini dan dijaga isterinya, Nourashikin Yusoff, 36, selain dibantu oleh ahli keluarga dan adik beradiknya yang lain.

Ketika ditemui, isterinya Nourashikin berkata, insiden berkenaan telah mengakibatkan Abdul Karim kini tidak dapat bergerak bebas seperti dahulu dan perlu diberi perhatian rapi setiap masa. Menurut Nourashikin lagi, doktor mengatakan bahawa Abdul Karim mengalami kecederaan yang agak serius di keseluruhan badan hingga ke kepala hingga mengganggu sistem sarafnya.

“Akibat kejadian (kemalangan) itu juga, sistem saraf suami saya agak terganggu. Dia boleh memahami apa yang kita cakap tetapi tidak dapat memberi tindak balas sewajarnya. “Mujurlah rumah kami ini sentiasa dikunjungi adik beradik  serta ahli keluarga yang lain bagi membantu saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Kisah Abdul Karim yang terlantar akibat insiden langgar lari itu turut mendapat perhatian daripada Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang sempat meluangkan masa mengunjungi Abdul Karim, kelmarin. Pada kunjungan  berkenaan, Mohd Shukri turut menyerahkan sumbangan PDRM kepada Abdul Karim yang disampaikan kepada Nourashikin.

“Kita harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga ini. Ini bukannya wang pampasan tetapi lebih kepada bantuan kepada warga PDRM,” katanya lagi.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke akaun simpanan Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 08100- 29-00031446-4 atas naka Nourashikin Yusoff atau  menghubunginya di talian 017 - 565 5757.

Penjawat awam dituduh cabul remaja dalam lokap

Penjawat awam dituduh cabul remaja dalam lokap - Kelantan - Sinar Harian:


Penjawat awam dituduh cabul remaja dalam lokap
Mohd Shahrul Izuairi menutup mukanya mengelak daripada wajahnya dirakam
media selepas di bawa keluar dari mahkamah semalam.
KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel Sokongan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mencabul remaja di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa Februari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shahrul Izuairi Ibrahim, 31, didakwa melakukan kesalahan terhadap remaja Thailand itu kira-kira jam 10 pagi pada 5 Februari lalu di  sel lokap berkenaan.

Bapa kepada dua anak itu dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan remaja berusia 15 tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya yang ketika itu ditahan reman kerana dikaitkan kesalahan Imigresen.

Penjawat awam itu, dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu sekiranya didapati bersalah.

Pendakwaan kes tersebut dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Muhamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Fazali.

Noor Dayana menawarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh bagaimanapun, Mohd Shahrul Izuairi meminta mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut dengan alasan dia mempunyai dua anak serta menghadapi masalah kewangan.

Bagaimanapun, Mohd Fazaly Ali menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Julai ini.

Tertuduh ketika di bawa keluar dari mahkamah menutup mukanya dengan menggunakan jaket untuk mengelak wajahnya dirakamkan pihak media.

Anggota polis antara empat ditahan samun buruh

Anggota polis antara empat ditahan samun buruh - Semasa - Sinar Harian:
KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis bersama tiga remaja ditahan selepas menyamun sekumpulan buruh binaan warga Indonesia awal pagi semalam.
   
Dalam kejadian pada 4 pagi itu anggota polis yang berpangkat konstabel sokongan, bertindak menjadi pemandu ketika melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah kongsi di Jalan Jakar, Kemaman.
   
Ketua Jabatan siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata enam buruh berkenaan sedang tidur di rumah kongsi mereka apabila dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis narkotik.
   
Katanya ketiga-tiga lelaki itu mengarahkan kesemua buruh berkenaan yang berusia antara 20-an hingga 40-an itu bangun, meminta pasport dan salah seorang daripada mereka memakai vest polis sebelum mengarahkan kesemua buruh berkenaan keluar daripada rumah tersebut.
   
"Selepas mangsa keluar, dua daripada lelaki itu meluru masuk ke salah sebuah bilik di rumah berkenaan dan bertindak merampas beg yang mengandungi wang tunai RM400.
   
"Kesemua suspek bertindak melarikan diri menggunakan kereta Perodua Viva yang dipandu konstabel itu, namun salah seorang daripada buruh berkenaan sempat melihat nombor pendaftaran kereta itu lantas membuat laporan di Balai Polis Kemaman," katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.
   
Manoharan berkata bertindak atas laporan yang dibuat pihak polis terus melancarkan operasi dan berjaya menahan tiga remaja yang berusia 18 hingga 20 tahun itu di sebuah restoran di Cukai Utama pada 6.45 petang semalam.
   
Katanya hasil soal siasat yang dijalankan terhadap suspek yang berasal dari Kemaman itu membawa kepada penahanan anggota polis berumur 27 tahun yang bertugas di Balai Polis Cukai, Kemaman ketika berada di kuarters kediamannya. 

"Polis juga berjaya merampas kembali sebahagian wang yang disamun serta menemui kereta yang disewa dan ditinggalkan berhampiran sebuah pasar raya di Kemaman," katanya.
   
Keempat-empat suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun. - Bernama

Rumah roboh akibat banjir

Rumah roboh akibat banjir - Perak - Sinar Harian:


Rumah roboh akibat banjir
Keadaan rumah milik Fatimah yang rohoh akibat kejadian banjir air pasang
yang berlaku tiap bulan.
TELUK INTAN - Akibat banjir air pasang pada minggu lalu, seorang ibu tunggal, Fatimah Yeop, 54, terpaksa berpindah ke tempat lain apabila rumah papan yang didiaminya di Batu 3 1/2 Jalan Maharaja Lela di sini, roboh.

Katanya, air pasang yang berlaku dua kali sebulan itu sering melanda kawasan setinggan yang terletak di sepanjang Sungai Perak. Menurutnya, rumah papan dibina arwah bapanya itu terpaksa dikosongkan kerana didapati tidak selamat lagi untuk didiami.

“Kini, saya menetap di rumah kerajaan di Jalan Kekabu di sini atas bantuan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Batak Rabit,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin. Fatimah berterima kasih kepada JKKK Batak Rabit atas pertolongan mereka mencarikan kediaman sementara untuk saya.

Sementara itu, ibu tunggal, Ramlah Chik, 60, berkata, dia sentiasa berada dalam keadaan gelisah apabila banjir air pasang berlaku tiap bulan.

Jelasnya, bagaimanapun, dia terpaksa menetap di rumahnya kerana tiada tempat lain lagi untuk dituju. Sementara itu, Setiausaha JKKK Batak Rabit, ldris@ Razak Abdullah, 59, berkata, masalah kawasan setinggan diancam banjir air  pasang berlaku sejak 50 tahun lalu.

Katanya, JKKK sentiasa memantau perkara itu dan turut berusaha membantu mereka berpindah ke tempat lain jika didapati kediaman mereka sudah tidak selamat untuk diduduki.

Polis halang bapa Chong Wei terjun

myMetro | Polis halang bapa Chong Wei terjun:

AH CHAI...beri keterangan dua kali. - Gambar fail
AH CHAI...beri keterangan dua kali. - Gambar fail
GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.
Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.

Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin.

3 sahabat cilik terus hilang

myMetro | 3 sahabat cilik terus hilang:


HILANG...(dari kiri) Muhamad Nazir, Muganasundram dan Vijay hilang sejak awal pagi kelmarin.
HILANG...(dari kiri) Muhamad Nazir, Muganasundram dan Vijay hilang sejak awal pagi kelmarin.
SUNGAI SIPUT: Helah tiga rakan baik menipu ibu bapa masing-masing kononnya ingin menghadiri kelas tuisyen di sekolah mereka pagi kelmarin mengundang kebimbangan keluarga apabila ketiga-tiga mereka tidak pulang ke rumah sehingga petang semalam.
Kehilangan murid lelaki tahun enam Sekolah Kebangsaan Muhibbah di sini, itu disedari keluarga masing-masing sebelum laporan dibuat di Balai Polis Sungai Siput.

Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen, keluar dari rumah mereka di sini pada jam 7 pagi kelmarin dengan berbasikal sambil menggalas beg kecil.
Ibu Vijay, R Anaugam, 36, ketika ditemui semalam berkata, anaknya memaklumkan ingin ke sekolah pagi berkenaan bagi menghadiri kelas tuisyen.

Dia yang juga pekerja kilang berkata, dia membenarkan anaknya menghadiri kelas tuisyen itu sebelum keluar bekerja pada jam 4.30 pagi.

“Bagaimanapun, anak sulung saya menelefon pada jam 2.30 petang pada hari kejadian dan memaklumkan Vijay belum pulang sedangkan dia sepatutnya habis pulang kelas berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
“Saya bergegas pulang sebelum menuju ke sekolah, namun pengawal keselamatan sekolah memaklumkan tiada aktiviti di sekolah hari itu termasuk kelas tuisyen,” katanya.

Katanya, dia segera membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu.
Menurutnya, sehingga semalam, dia tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada anaknya itu.

“Saya mencarinya di serata tempat termasuk menghubungi rakan baiknya, namun gagal menjejakinya. Saya berharap dia pulang segera.

“Malah, saya juga berharap individu yang menyembunyikan anak saya serta dua rakan rakannya itu memulangkan mereka dengan selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kes kehilangan tiga kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasatnya mengikut kes orang hilang.

“Kami berharap sesiapa yang menemui mangsa menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di talian 05-598 2222 untuk membantu siasatan,” katanya.

Gilis drebar teksi OKU

 KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi yang juga orang kelainan upaya (OKU) menempuh pengalaman ngeri apabila dia bukan saja diculik, tetapi juga disebat dengan tali pinggang serta digilis menggunakan teksi miliknya oleh dua penjenayah.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 pagi 4 Jun lalu di satu kawasan di Kuala Selangor selepas mangsa berusia 47 tahun membawa dua lelaki berusia 30-an menaiki teksinya.

Ketika dihubungi Harian Metro, semalam, mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 8 malam 2 Jun lalu ketika berada di rumah, dia dihubungi seorang lelaki yang menempah teksinya untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Jun.

“Dalam perbualan itu, lelaki berkenaan mendakwa mahu pergi bersama adiknya. Selepas bersetuju dengan bayaran dikenakan, dia mengarahkan saya menunggunya di Seksyen 4, Kota Damansara kira-kira jam 8 malam, 4 Jun lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

‘Lepas...aku orang sini’



         
KLANG: Operasi dilakukan Jabatan Imigresen Selangor, di Taman Sri Andalas, di sini, malam kelmarin, kecoh apabila seorang lelaki warga asing mengamuk terhadap anggota penguat kuasa.

Lelaki berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah kedai jahit yang diserbu itu mendakwa dia orang tempatan, tetapi apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri dia gagal menunjukkannya, malah mendakwa tidak ingat nombor kad pengenalan sendiri.


“Tolong lepaskan aku. Aku ada isteri. Aku orang sini,” katanya sambil meronta-ronta ketika ditahan.

Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, lelaki berkenaan cuba melarikan diri sebaik menyedari serbuan dilakukan pihaknya.


“Apabila ditanya adakah dia mempunyai kad pengenalan, dia memberi alasan kad pengenalan ada bersama isterinya dan apabila ditanya apakah nombor kad pengenalannya, dia berkata, dia tidak ingat.


“Lelaki itu ditahan untuk siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi selepas serbuan berakhir.

Sementara itu, Othman berkata, operasi itu yang bermula pada jam 10 malam dan berakhir pada 12 tengah malam membabitkan seramai 37 anggotanya termasuk tiga pegawai.


“Kami melakukan serbuan ke atas enam premis termasuk sebuah kedai menjahit baju. Dalam operasi itu, seramai 25 orang yang terdiri daripada 19 lelaki dan enam wanita disyaki warga asing ditahan.

“Mereka yang ditahan berumur antara 20-an hingga 65 tahun,” katanya.


Othman berkata, semua yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk siasatan lanjut.


Katanya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu tidak memiliki sebarang pas atau permit sah.

Remaja mengaku intai isteri jiran




         
KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang remaja bawah umur mengintai isteri jirannya mandi membawa padah apabila perbuatannya itu disedari mangsa sebelum dia dicekup suami wanita terbabit.

Akibat perbuatan itu, tertuduh berusia 16 tahun berasal dari Kota Bharu, Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.


Tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan sebelum mengaku salah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak bersekolah didakwa melakukan kesalahan mengintai mangsa berusia 27 tahun yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Tanjung, Lorong Haji Mat Tauke, di sini, kira-kira jam 6 pagi pada 26 Januari lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 berdepan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Abdul Hayyi kemudian menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk hukuman dan perintah sementara menunggu laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurulbadriah Mohamed Esa di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Lesu di ladang sawit



         
ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas yang hilang sejak Khamis lalu ditemui dalam keadaan tidak bermaya di sebuah ladang kelapa sawit terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya di Kampung Sungai Petai, di sini petang, kelmarin.

Mangsa, Alimah Hussin, 73, ditemui kira-kira jam 6.45 oleh pasukan mencari terdiri daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), bersama penduduk kampung yang melancarkan gerakan mencari sejak wanita itu dilaporkan hilang.


Ketika ditemui, Alimah yang hanya memakai baju ditemui dalam keadaan lemah sedang menuju ke arah belukar sambil mengendong akar kayu.

Cucu mangsa, Elis Esa, 30, berkata dia sekeluarga bersyukur kerana neneknya berjaya ditemui selepas hilang selama kira-kira 63 jam.


“Saya yang diberitahu nenek ditemui terus menuju ke lokasi. Saya dapati nenek berada dalam keadaan sangat lemah ketika itu.


“Malah, nenek kelihatan terpinga-pinga ketika ditemui lalu dibawa pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Elis berkata, neneknya dibawa ke Hospital Alor Gajah oleh JPAM untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


Sementara itu, Pegawai Staf Muda JPAM, Shahrul Azli Shaiful Bahari berkata, operasi mencari dilancarkan di kawasan belukar dan ladang sawit kampung berdekatan.

“Sepuluh anggota JPAM terbabit dalam gerakan mencari kehilangan warga emas yang hilang sejak jam 4 pagi Khamis lalu sebelum ditemui dua kilometer dari rumahnya petang kelmarin.


“Sepanjang dua hari gerakan mencari dan mengesan warga emas di sekitar belukar dan ladang kelapa sawit di sekitar kampung berkenaan dilakukan, pihak kami gagal menemui sebarang petunjuk.


“Selepas 63 jam mencari dengan bantuan penduduk kampung, warga emas berkenaan akhirnya ditemui dalam keadaan selamat namun dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan,” katanya.


Harian Metro Sabtu lalu melaporkan Alimah disedari hilang selepas tiada di biliknya kira-kira jam 8.30 pagi Khamis lalu.


Anak tunggal mangsa, Munah Ahmad, 56, berusaha mencarinya di sekitar kawasan rumah namun gagal sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Seksa 3 anak



         
SUBANG JAYA: Perbuatan zalim seorang bapa mendera tiga anak kandungnya apabila sering memukul dan melakukan gangguan seksual kepada mereka terbongkar selepas seorang jiran melaporkan kes itu kepada polis, kelmarin.

Tiga mangsa terbabit iaitu dua perempuan dan seorang lelaki berusia tujuh hingga 17 tahun dikatakan mengalami kecederaan dan lebam di badan akibat selalu dipukul bapa mereka berusia 44 tahun yang mengalami tekanan emosi.
Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan selalu memukul tiga anaknya itu termasuk menggunakan paip getah hampir setiap hari walaupun hanya melakukan kesalahan kecil.

Menurut sumber, seorang jiran membuat aduan mengenai kejadian itu kepada Talian Nur sebelum tiga kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pergi ke pangsapuri dihuni mangsa di Puchong Hartamas, di sini, jam 10 pagi kelmarin.

AmukRM1



   
SIBU: Seorang lelaki menimbulkan kekecohan dengan memaki pekerja dan memecahkan pintu kaca sebuah stesen minyak di Jalan Kampung Nyabor di sini, malam kelmarin, gara-gara ditegur supaya tidak mengisi petrol ke dalam botol air mineral.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, lelaki terbabit berusia 30-an dikatakan mahu membeli petrol RM1 dan meminta bahan bakar itu diisi dalam botol air mineral.
Bagaimanapun, pekerja stesen minyak terbabit enggan berbuat demikian kerana mengikut peraturan stesen minyak, orang ramai tidak dibenarkan membeli petrol dan mengisinya ke dalam bekas minuman.

Menurut sumber, berikutan itu, lelaki berkenaan yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol bertindak agresif dan memaki hamun pekerja terbabit.

Ajal ditimpa dahan pokok



         
KUANTAN: Khidmat seorang pemandu arah warga emas yang mengerah kudrat selama lebih 20 tahun di hutan Sungai Lembing berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila maut selepas kepalanya ditimpa dahan pokok dalam kejadian angin kencang ketika membawa sekumpulan pelajar ke puncak Gunung Tapis, dekat sini, semalam.

Difahamkan, mangsa, Mohamad Ngah, 55, yang masih bujang meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selepas dahan pokok berkenaan jatuh tepat di atas kepalanya dalam kejadian jam 12.30 tengah malam.
Ketika kejadian, mangsa yang tinggal berdua bersama abangnya, Abd Latiff, 58, di Sungai Lembing, dikatakan membawa 21 pelajar bersama tiga pensyarah Kolej Komuniti Kuantan, di sini, dalam ekspedisi mendaki gunung.

Mangsa turut disertai anak saudaranya, Mohamad Badrol Md Shariff, 36, dikatakan masuk hutan berkenaan jam 8 pagi, kelmarin sebelum mereka bermalam di Base Camp 3 di gunung itu dan dijangka keluar hari ini.

Pok Dik diburu lepas kereta ditembak




         
KOTA BHARU: Cubaan menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes jenayah, bertukar cemas apabila anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta dinaiki suspek terbabit dalam kejadian di Kampung Pendek, dekat sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, dua daripada lelaki terbabit ditahan manakala seorang lagi melarikan diri ke kawasan kampung berkenaan.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sepasukan anggota sebelum itu melakukan tugas Ops Api di Rantau Panjang dan Tumpat.

Katanya, mereka kemudiannya terserempak dengan sebuah kereta Perodua Kelisa bernombor pendaftaran WNT 4358 di Wakaf Bharu, Tumpat dalam keadaan mencurigakan yang dinaiki tiga lelaki.


“Berikutan itu, pegawai dan anggota polis mengekori hingga ke kampung berkenaan dan mengarahkannya berhenti selain mengepung kereta mereka.


“Namun, sebaik memperkenalkan diri sebagai polis, mereka cuba melarikan diri dengan cuba melanggar anggota dan kereta polis,” katanya.

Menurut Jalaluddin, polis terpaksa melepaskan tembakan hingga terkena bahagian enjin kereta suspek manakala seorang daripada mereka melarikan diri.


Katanya, polis menahan dua lelaki berusia 25 dan 28 tahun masing-masing berasal dari Kampung Paloh, Palekbang, Tumpat.

“Kami juga sedang mengesan seorang lagi suspek dikenali sebagai Pok Dik bagi membantu siasatan,” katanya.


Berikutan itu, polis merampas satu beg galas warna hitam yang mengandungi 23 butir ‘ball bearing’ dan dua telefon bimbit, satu kuku kambing yang panjangnya 0.3 meter, topi dan satu jaket warna hitam.