Search This Blog

Saturday, June 9, 2012

Anggota penguatkuasa nyaris dirempuh trak penunda

Anggota penguatkuasa nyaris dirempuh trak penunda - Perak - Sinar Harian:
IPOH - Seorang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) nyaris maut apabila motosikalnya dirempuh sebuah trak penunda di Jalan Raja Muda Aziz, di sini, hari ini.

Pengarah Pelesenan dan Penguatkuasan MBI, Abdul Halim Saad berkata anggota penguatkuasa terbabit bagaimanapun mengalami luka kecil selepas beliau sempat melompat dari motosikalnya yang remuk akibat rempuhan itu.

Dalam kejadian pukul 9.05 pagi itu, pemandu trak penunda berkenaan dikatakan marah berikutan kenderaannya itu yang diletak di luar petak parkir dikenakan kompaun oleh anggota penguatkuasa berkenaan.

Abdul Halim berkata kerana tidak puas hati dengan tindakan anggota penguatkuasa itu, pemandu berkenaan bertindak mencekak, menumbuk dan memaki hamun seorang lagi anggota penguatkuasa yang turut berada di tempat kejadian sebelum membaling tiket kompaun tersebut ke muka anggota penguatkuasa itu.

Beliau berkata pemandu terbabit kemudian terus menghidupkan enjin trak penundanya lalu memandu merempuh dua buah motosikal milik MBI terus melarikan diri.

Abdul Halim berkata kejadian tersebut yang kedua berlaku tahun ini dan pihaknya berharap orang ramai dapat mengawal kemarahan dan tidak melepaskan berang mereka kepada anggota penguatkuasa.

Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan kedua-dua anggota terbabit membuat laporan polis dan menyerah perkara tersebut kepada polis untuk menyiasat dan tindakan selanjutnya.

"Adalah tidak wajar orang ramai memarahi pegawai awam yang sedang menjalankan tugas dan berharap kejadian tersebut tidak berulang," katanya.- Bernama
'via Blog this'

Budak 2 tahun terperangkap dalam kereta

Budak 2 tahun terperangkap dalam kereta - Terengganu - Sinar Harian:
DUNGUN – Seorang juruteknik berdepan detik mencemaskan apabila anak perempuannya berusia dua tahun yang ditinggalkan dalam kenderaan dengan enjin dihidupkan, terperangkap lebih sejam selepas pintu kereta terkunci.

Kejadian jam 3.30 petang berhampiran stor Jabatan Kerja Raya dekat sini, berlaku ketika Wan Mazudin Wan Mansor, 42, sedang melihat sebuah rumah untuk urusan jual beli di satu tapak rumah dekat sini.

Anaknya, Wan Putri Airin Rania, 2, yang ditinggalkan dalam kenderaan dengan enjin dan pendingin hawa dihidupkan berdekatan rumah itu, dikatakan secara tidak sengaja menekan kunci pada pintu, menyebabkan anak bongsu daripada tiga beradik itu terperangkap.

Mazudin cuba memujuk anaknya itu membuka kunci pintu dari dalam serta menurunkan cermin tingkap, namun gagal menyebabkan dia mulai cemas lalu minta bantuan beberapa rakannya.

“Saya cuba membuka pintu dengan memberi isyarat agar dia membuka kunci dari dalam, tapi dia mungkin tidak memahaminya.

“Lepas lebih sejam setengah, usaha saya buntu lalu saya hubungi pihak bomba untuk meminta bantuan,” katanya.

Bimbang keadaan anaknya yang terperangkap lama, dia nekad memecahkan cermin sisi Proton Saga BLM miliknya, dengan mencungkilnya menggunakan pemutar skru sebelum berjaya menyelamatkan anak perempuannya itu.
'via Blog this'

Nenek rayu jangan dirogol

Nenek rayu jangan dirogol - Pahang - Sinar Harian:

Jiran mendengar cerita yang disampaikan Chan (kiri)
Jiran mendengar cerita yang disampaikan Chan (kiri)
Cuba rogol warga emas sebelum jerut leher mangsa hingga pengsan
Suspek dipercayai masuk ke dalam bilik melalui tingkap.
BANDAR BENTONG – “Tolong jangan rogol saya, saya sudah tua.”

Demikian rayuan seorang warga emas, Chan, 70, untuk menyelamatkan diri selepas menyedari seorang penyamun cuba merogolnya di rumahnya di Kampung Ulu Perting, dekat sini.

Nasib menyebelahinya apabila rayuannya didengari menyebabkan penyamun itu membatalkan hasrat untuk merogol, tetapi bertindak menjerut lehernya menggunakan tali hingga pengsan.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11 malam itu, Chan bersendirian menonton televisyen di ruang tamu, manakala suaminya, Yim, 75, sedang tidur di dalam bilik.

Menurutnya, ketika itu dia terdengar bunyi mencurigakan di bilik tidur anak perempuannya.

“Saya terus menuju ke bilik itu dan memetik suis lampu untuk melihat apa berlaku. Namun terkejut apabila mendapati seorang lelaki berpakaian celoreng dengan penutup muka sedang mengacukan senapang tepat ke muka saya,” katanya.

Leher dijerut hingga pengsan 

CHAN berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam bilik tidur anak perempuannya itu melalui tingkap yang dipotong.

Menurutnya, suspek juga cuba merogolnya, namun dia tidak jadi berbuat demikian selepas dirayu.

“Suspek kemudiannya bertindak menjerut leher saya menggunakan tali dibawanya. Saya tidak sedarkan diri sehingga terasa simbahan air hingga basah seluruh badan,” katanya.

Chan berkata, suspek dipercayai pergi ke dapur untuk mengambil air sebelum bertindak menyiram air ke muka dan seluruh anggota badannya menyebabkan dia sedar daripada pengsan, namun ketika itu dia mendapati suspek sudah menghilangkan diri.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia hanya mendiamkan diri sehingga keesokan paginya kerana tidak mahu mengganggu suaminya tidur.

“Suami bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum pasukan penyiasat datang ke kediaman kami.

“Leher saya masih sakit dan terdapat kesan merah akibat jerutan itu.

Tetapi saya lega kerana tidak diapa-apakan suspek,” katanya.

Dia berkata, setakat ini dia dan suami masih belum dapat mengesan barangan yang hilang memandangkan suspek menggeledah bilik anak perempuannya yang kini bekerja di Melaka.

Lakukan siasatan lanjut

SEMENTARA itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan ia dilakukan suspek sama yang terbabit dengan kejadian samun pada 29 Mei lalu di Kampung Kemansur.

“Ia berikutan modus operandinya hampir sama termasuk membawa senjata jenis senapang. Kami memandang serius mengenai kejadian ini dan akan menjalankan siasatan terperinci,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, strategi polis untuk menyiasat kes itu juga tidak boleh didedahkan kepada umum, namun perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, penduduk diminta tidak bimbang melampau, namun mereka dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mempergiatkan kawalan keselamatan di kampung masing-masing dengan Jiran tidak melepaskan peluang melihat tingkap dipotong suspek. Anjing pengesan turut digunakan dalam operasi. bantuan polis.

'via Blog this'

Kanak-kanak maut tercampak dari kereta

Kanak-kanak maut tercampak dari kereta - Semasa - Sinar Harian:IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 bulan terbunuh setelah tercampak dari kereta yang dinaiki selepas terbabit dalam kemalangan di km203.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting awal hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata kejadian berlaku pada 3.20 pagi ketika kanak-kanak itu, Mohamad Fiffy Furqan Mohd Fahmi, yang berasal dari Jitra, Kedah, menaiki kereta bersama keluarganya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.
   
Setibanya di tempat kejadian, kereta jenis Proton Gen-2 yang dipandu bapanya, Mohd Fahmi Salleh, 34, dikatakan terbabas ketika cuba mengelak satu objek di atas jalan raya lalu merempuh penghadang jalan, katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Beliau berkata pada masa yang sama, sebuah kereta jenis Perodua Viva yang mengekorinya merempuh belakang kereta yang dinaiki Mohamad Fiffy, menyebabkan mangsa yang diriba ibunya Norasmah Ngah Seri, 32, terlepas daripada pegangan lalu tercampak keluar dari tingkap kereta yang terbuka dan terjatuh di atas jalan.
   
Akibat kejadian itu, kanak-kanak itu mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.
   
Yusof berkata ibu bapa mangsa dan dua kakaknya masing-masing berusia lima dan tujuh tahun hanya cedera ringan, manakala pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Viva turut mengalami cedera ringan. Mereka dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.
   
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit, katanya. - Bernama
'via Blog this'

3 sekeluarga maut, 4 cedera kemalangan Setiu

3 sekeluarga maut, 4 cedera kemalangan Setiu - Semasa - Sinar Harian:
SETIU - Hasrat tujuh sekeluarga dari Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk melawat Terengganu sempena cuti sekolah berakhir dengan tragedi, apabila tiga daripada mereka maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan, di sini petang semalam.
 
Mereka yang maut ialah Abdul Razak Othman, 49, anaknya Siti Suraya, 14 dan kakak Abdul Razak, Fathilah Othman, 53, manakala yang cedera isterinya Siti Fauziah Mohamad Amin, 46, dua anak mereka Siti Raihana, 12 dan Mohamad Adam, 16, serta seorang lagi kakak Abdul Razak, Rosidah, 55.
 
Kesemua yang cedera kini dirawat di Hospital Setiu.
 
Ketua Polis Daerah Setiu Rohaizat Abd Ani ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku di KM 62 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu itu.
 
Kemalangan berlaku jam 5 petang ketika hujan lebat, apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dipandu Abdul Razak bergesel dengan sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun.
 
Toyota Hilux itu dipercayai memasuki laluan bertentangan ketika melalui kawasan selekoh tersebut dan bergesel dengan Toyota Avanza menyebabkan MPV berkenaan hilang kawalan dan berpusing beberapa kali.
 
Kejadian mengakibatkan Siti Suraya dan ibu saudaranya Fathilah tercampak keluar daripada MPV. Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
 
Abdul Razak yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di Hospital Setiu ketika menerima rawatan, manakala isterinya dilapor berada dalam keadaan koma.

Rohaizat berkata pemandu Toyota Hilux yang menghilangkan diri dari tempat kejadian telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah pukul 10 malam tadi.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Tiga gajah serang gadis

Tiga gajah serang gadis - Semasa - Sinar Harian:

Tiga gajah serang gadis
Keadaan kaki Zubedah yang cedera.
Tiga gajah serang gadis
Zubedah fobia ke hutan lagi.
JOHOR BAHRU – Hasrat seorang gadis yang pertama kali mengikut dua kakaknya mencari pucuk paku bertukar tragedi apabila diserang sekumpulan tiga gajah di Pantai Burong, Mersing kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Mangsa, Zubedah Ayong, 19, berkata, ketika mencari pucuk paku bersama kakaknya, Rasidah, 30, dan Roslina, 28, mereka terserempak dengan sekumpulan seekor gajah dewasa bersama dua anak.

Menurutnya, mulanya berlari ke arah sungai, tetapi berpatah balik ke arah mereka selepas terlihat ada orang di sungai sehingga menyebabkan mereka tiga beradik terkejut dan melarikan diri.

“Selepas melihat kakak lari saya juga ikut lari, tetapi nasib saya tidak baik tersepak tunggul kayu dan terjatuh sehingga menyebabkan tangan kiri saya sakit.

“Saya fikir dah tak ada harapan untuk hidup kerana melihat sekumpulan gajah berlari ke arah saya yang hanya mampu terduduk kerana tidak berdaya untuk bangun akibat tangan yang terlalu sakit.

“Umur saya masih panjang kerana gajah itu hanya melangkah badan saya\ sambil melibaskan belalainya mengenai pinggul saya di sebelah kanan,” katanya di
Hospital Sultan Ismail di sini, semalam.

Zubedah yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, kejadian pertama kali berlaku itu membuatnya fobia dan serik untuk keluar ke hutan lagi.

Menurutnya, kejadian gajah keluar masuk ke kawasan kampung memang biasa\ terjadi, malah dia sendiri kerap melihat sekumpulan gajah dari jarak jauh.

"Saya tidak pernah mengikut kakak keluar mencari sayur kerana lebih suka duduk di rumah, tetapi macam mana boleh pula hendak mengikut kakak keluar lebih kurang lima hingga 10 minit ke hutan berkenaan.

“Peristiwa itu benar-benar membuatkan saya takut dan serik untuk keluar ke hutan lagi dan rasanya lebih selamat tinggal di rumah sahaja selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Roslina berkata, lokasi itu memang selalu menjadi tempatnya bersama Rasidah mencari pucuk paku, tetapi tidak pernah terjadi peristiwa seumpama itu.

Menurutnya, dia hanya mampu menjerit sebaik melihat sekumpulan gajah berkenaan berlari ke arah Zubedah yang telah tersungkur jatuh di belakangnya.

“Selepas melibas Zubedah dengan belalainya, sekumpulan gajah berkenaan meluru ke arah Rasidah, tetapi bernasib baik kerana kakak sempat menyorok.

“Kakak kemudian berlari mendapatkan pertolongan orang kampung dan saya meluru ke arah Rasidah yang separa sedar kerana mengalami kecederaan di tangan kiri dan kaki kanan,” katanya.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Muhd Toff Maaroff mengesahkan menerima laporan berkenaan berkata, mangsa yang patah bahu kiri dan pinggul kanan dipercayai akibat dilibas belalai gajah, manakala dua lagi terselamat.

"Beberapa orang kampung yang kebetulan berada di kawasan berkenaan bertindak menyelamatkan mangsa dengan membawa nkeluar dari situ.

"Mangsa sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Mersing dan kemudian dipindahkan ke HSI bagi rawatan lanjut," katanya

Tentera Indonesia lepas tembakan, satu maut



TIMIKA 8 Jun - Sekurang-kurangnya seorang individu terbunuh dan 17 lagi cedera apabila tentera Indonesia melepaskan tembakan ke arah orang awam ekoran berlakunya perbalahan yang berpunca daripada satu kemalangan jalan raya di wilayah Papua, lewat kelmarin.
Jurucakap polis, Saud Usman Nasution berkata, kejadian itu berlaku di bandar Wamena apabila dua anggota tentera yang menaiki sebuah motosikal melanggar seorang kanak-kanak sehingga tercedera, menyebabkan penduduk tempatan berang dan menikam seorang daripada askar terbabit sehingga mati.
"Seorang lagi askar mengalami kecederaan parah dan ekoran kejadian itu, dua trak tentera tiba di lokasi kemalangan untuk membalas dendam dengan melepaskan tembakan ke arah orang awam serta membakar berpuluh-puluh buah rumah.
"Sebanyak 37 buah rumah dibakar oleh pihak tentera terbabit namun keadaan kembali pulih pada awal pagi semalam," katanya. - AFP

Helikopter bawa pelancong hilang di hutan Peru



LIMA 8 Jun - Sebuah helikopter yang membawa 11 pelancong Korea Selatan dan dua pelancong Austria, dilaporkan hilang di wilayah Cusco, selatan Peru semalam.
Seorang anggota polis tempatan yang enggan dikenali berkata, pihaknya melancarkan operasi mencari sebaik-baik sahaja mendapat maklumat mengenai kehilangan helikopter itu di kawasan kawasan hutan Cusco.
Helikopter terbabit yang dikendalikan oleh syarikat Heli Cusco, dipercayai hilang di kawasan Hualla Hualla dan sepasukan anggota polis turut dikerah untuk menyiasat sama ada pesawat itu melakukan pendaratan cemas atau terhempas. - AFP

Apartmen runtuh di Itali, tiga sekeluarga maut



ROME 8 Jun - Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 18 tahun terbunuh dan 10 lagi cedera selepas dua apartmen runtuh di pekan Coversano, tenggara Itali semalam, ekoran satu letupan yang dipercayai berpunca akibat kebocoran gas.
Pasukan penyelamat menemui ketiga-tiga mayat mangsa kelahiran Itali-Belanda itu beberapa jam selepas letupan itu berlaku.
Pihak berkuasa mengenal pasti mangsa lelaki terbabit sebagai Bernardo Vitto, 32, seorang tukang masak piza dari Conversano yang berhijrah ke Belanda. - REUTERS

20 banduan Taliban letupkan penjara untuk larikan diri



MAZAR-E-SHARIF, Afghanistan 9 Jun - Sekurang-kurangnya 20 banduan yang kebanyakannya merupakan anggota Taliban melarikan diri dari penjara selepas meletupkan bangunan penjara menggunakan bahan letupan di utara negara ini, lapor gabenor wilayah semalam.
Abdul Jabar Haqbeen berkata, kejadian itu berlaku pada malam kelmarin di wilayah Sar-e dan menyebabkan empat banduan terbunuh manakala 28 yang lain cedera apabila warden penjara melepaskan tembakan selepas letupan berlaku.
"Kami akan menjalankan siasatan bagaimana bahan letupan tersebut boleh dibawa masuk ke dalam penjara," katanya. - REUTERS

Orang Asli cedera dilibas belalai gajah



JOHOR BAHRU 8 Jun - Hasrat tiga beradik Orang Asli dari suku Jakun untuk mencari pucuk paku di Pantai Burung di dalam kawasan Taman Negara Endau-Rompin, Mersing, tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka cedera akibat diserang gajah, semalam.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Zubedah Ayong, 19, dari Kampung Peta mengalami patah bahu kiri dan pinggul kanan akibat dilibas belalai gajah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Supritendan Muhd. Toff Maaroff berkata, ketika kejadian, mereka mencari pucuk paku sebelum terserempak dengan sekumpulan gajah.
"Seekor daripada gajah itu dipercayai naik minyak dan menyerang mangsa manakala dua lagi dapat melarikan diri.
"Beberapa kakitangan Taman Negara dan penduduk setempat yang dimaklumkan kejadian itu menyelamatkan mangsa dengan membawa mereka keluar dari situ," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ayah dipukul anak lari

SUBANG JAYA: Hanya kerana tidak diberikan wang diminta, seorang anak bukan saja mengamuk merosakkan barangan dalam rumah keluarganya di SS 14, dekat sini, malah membelasah bapanya, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia 48 tahun berehat di rumahnya sebelum didatangi anak lelaki berusia 22 tahun yang meminta wang.

Sumber berkata, mangsa memberitahu tidak mempunyai wang dan enggan memberikan kepada anaknya menyebabkan suspek naik angin lalu memarahi bapanya.

“Terkejut tindakan anaknya, mangsa menasihatkan suspek bersabar, namun gagal apabila lelaki itu terus mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menghempas barangan elektrik dan peralatan rumah.

“Mangsa yang cuba menghalang perbuatan itu turut ditumbuk dan dipukul oleh anaknya walaupun merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.

Menurutnya, akibat tidak tahan dibelasah, mangsa melarikan diri ke rumah jiran menyebabkan suspek merosakkan barang dalam rumah selain menyerang ibunya.


“Mujur jiran cepat menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum pihak berkuasa tiba di kediaman mangsa. Bagaimanapun, ketika itu suspek sudah melarikan diri dan polis menasihatkan mangsa membuat laporan. Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Lima ditahan bantu siasat kematian Mustaghni



KLANG 8 Jun - Lima anggota polis trafik ditahan bagi membantu siasatan kematian Allahyarham Koperal Mustaghni Tabri, 48, setelah koma enam hari ketika menjalankan operasi cegah lumba haram di Taman Gembira di sini Ahad lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, lima anggota trafik berkenaan yang dua daripadanya berpangkat Sarjan Mejar dan Sarjan sementara tiga lagi berpangkat Koperal ditahan pukul 4 pagi ini.
Beliau berkata, kesemua mereka yang berusia 45 hingga 51 tahun berada di lokasi operasi cegah lumba haram itu dan mereka ditahan selepas pihaknya mendapat hasil siasatan baru berhubung kejadian menimpa Allahyarham.
"Siasatan mendapati Allahyarham cedera bukan akibat pukulan topi keledar tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang Koperal dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam kejadian.

Pelajar wanita Zambia edar dadah dihukum mati



SHAH ALAM 8 Jun - Seorang pelajar kolej warga Zambia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar 1.3 kilogram dadah jenis methamphetamine, pada tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari memutuskan hukuman itu terhadap Nachilongo Doreen, 25, selepas berpuas hati tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
Dalam penghakiman ringkasnya, beliau mengatakan tertuduh mendakwa dadah tersebut telah diletakkan oleh orang lain di dalam begnya apabila ditahan Jabatan Imigresen selama lapan jam.
Bagaimanapun jelas beliau, mahkamah mendapati ia adalah mustahil berdasarkan cara dadah tersebut disembunyikan di dalam beg milik wanita itu.
Selain itu kata beliau, tiket penerbangan juga menunjukkan tertuduh hanya akan tinggal di Malaysia selama seminggu selain tempahan di Hotel Hilton untuk tempoh yang sama walhal alasan dia datang ke negara ini untuk mencari pekerjaan.

Dadah: Wanita Malaysia ditahan di Bangkok direkrut warga Nigeria



Noor Rashid
KUALA LUMPUR 8 Jun - Polis percaya wanita Malaysia yang ditahan di Bangkok, Thailand bersama dadah seberat 4.8 kilogram bernilai AS$500,000 (RM1.55 juta) kelmarin, merupakan keldai dadah yang direkrut oleh sindiket pengedaran dadah didalangi warga Nigeria.
Malah, suspek Noor Shahidah Osman, 47, dipercayai turut mengetahui bahawa 11 beg tangan yang disimpan dalam bagasi yang dibawa mengandungi dadah meskipun mendakwa tidak mengetahui perkara tersebut semasa membeli beg tangan berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya percaya suspek merupakan antara wanita tempatan yang dijadikan mangsa oleh sindiket dadah antarabangsa didalangi lelaki warga Nigeria untuk menyeludup dadah.

Ibu, 2 anak maut dalam kebakaran

JAKARTA: Ibu dan dua anaknya maut dalam kebakaran rumah di Kebayoran Baru di Jakarta Selatan, semalam.
Mangsa dikenali sebagai Lita Syahara, 30, M Makdum Ibrahim, 6, dan Syarifah Nur, 3.
Ketiga-tiga mereka ditemui mati di bilik air.

Anggota Bomba berkata, mereka tidak mengetahui ada orang di rumah itu.


Ketua Agensi Bomba Jakarta Selatan, Frans Hodden berkata, “Tiada jiran yang memberitahu kami ada orang di dalam rumah itu. Kami hanya mengetahuinya selepas berjaya memadamkan api.” - Jakarta Post

91 tapak sampah haram di KL



SALAH satu lokasi yang menjadi tempat pembuangan sampah haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) mengenal pasti 91 kawasan pembuangan sampah haram di sekitar ibu negara.
Pengurus PPSPPA Cawangan Kuala Lumpur Selatan, Mohd. Zahir Shari (gambar) berkata, sampah yang dibuang secara haram itu meliputi sisa binaan, sampah daripada pusat komersial dan sampah domestik.
Menurutnya, terdapat sesetengah pihak yang mengambil jalan mudah dengan membuang sisa binaan di kawasan persendirian dan tersorok bagi mengelak menanggung kos pembuangan sampah di lokasi yang dibenarkan.
“Lazimnya, sisa binaan yang dibuang daripada premis pembinaan adalah dalam bentuk batu, simen dan perabot lama.
“Sepatutnya, mereka membuang sisa berkenaan di lokasi yang diwartakan dengan bayaran antara RM10 ke RM11 bagi satu tan sampah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

72 enjin curi di bawah besi terpakai




TUN HISAN (tengah) melihat sebahagian enjin kenderaan curi yang ditemui di sebuah premis barangan lusuh di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Polis menyerbu sebuah premis barangan lusuh di Jalan Maju 1/1, Taman Maju Jaya di sini yang dijadikan sebagai pusat pengumpulan komponen berpuluh-puluh kenderaan curi.
Kesemua barangan termasuk 72 enjin kenderaan curi yang dianggarkan bernilai RM300,000 itu dikesan disembunyikan di bawah longgokan sampah sarap dan barangan besi terpakai bagi mengaburi pihak berkuasa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kegiatan haram premis barangan lusuh itu terbongkar hasil tangkapan seorang lelaki berusia 33 tahun yang dikesan melarikan sebuah kereta jenis Mazda 626 yang dilaporkan hilang di Taman Kinrara, Puchong pada 1 Jun lalu.
“Susulan daripada kes tersebut, polis menerima maklumat tentang sebuah premis barangan lusuh yang di dalamnya tersimpan pelbagai komponen barangan curi yang telah dileraikan.
“Serbuan polis di premis itu pada 2 Jun lalu menemui 72 enjin dan pelbagai rangka kenderaan yang disembunyikan di bawah timbunan sampah dan besi, malah alat magnet terpaksa digunakan untuk menarik keluar enjin curi tersebut,” katanya pada sidang akhbar di premis barangan lusuh itu di sini semalam.

Dua Nigeria tipu janda didakwa



KUALA LUMPUR – Dua lelaki Nigeria yang juga ahli sindiket penipuan internet dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua tuduhan menyalahgunakan wang sebanyak RM36,000 milik seorang janda kaya yang dimasukkan ke dalam akaun bank dua individu lain pada awal tahun ini.
Tertuduh pertama, Oladare Rasheed Kayode, 26, seorang pelajar kolej mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dihukum penjara enam bulan serta sekali sebatan oleh Majistret Nur Azura Murah.
Lelaki itu juga dihukum penjara enam bulan kerana tinggal lebih masa di negara ini dengan hukuman bagi dua kesalahan itu diarah berjalan serentak mulai tarikh ditangkap pada 21 Mei lalu.
Bagaimanapun, rakannya, Okalie Francis Abua, 30, yang mendakwa dirinya seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut dan mohon dibicarakan.
Mereka berdua yang dibaca kertas tuduhan secara berasingan didakwa menyalahguna wang milik seorang perunding syarikat, Fatimah Abu Bakar, 64, yang dimasukkan dalam dua akaun CIMB iaitu akaun Nor Aisiah Idris, 52, dan akaun Jasvinder Kaur Singh, 31, (isteri kepada Okalie).
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 27 April lalu antara pukul 1.05 dan pukul 1.08 petang dan 18 Mei lalu, pukul 3.33 petang di mesin pengeluaran wang automatik dan kaunter cawangan Bank CIMB Desa Jaya, No. 4, Jalan 54, Desa Jaya, Kepong.
Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Oladare memohon hukuman ringan terhadap anak guam kerana dia masih belajar dan mahu hukuman berjalan serentak.

Dua lelaki dicari kes guru koma



Dua lelaki ini dicari bagi membantu siasatan kes guru koma yang ditemui di ladang kelapa sawit di Kuala Selangor kelmarin.


KUALA LUMPUR - Polis menyiarkan gambar dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang guru wanita dalam keadaan koma selepas disamun di sebuah ladang kelapa sawit di kawasan Kuala Selangor dekat sini kelmarin.
Gambar kedua-dua lelaki tersebut yang dipercayai berusia lingkungan 30-an dirakam menerusi kamera litar tertutup di sebuah bank tempat suspek mengeluarkan wang di Taman Kinrara, Puchong pagi kelmarin.
Imej rakaman itu mempamerkan dua lelaki berkulit gelap dan berbadan sederhana dengan seorang daripadanya memakai baju berwarna putih, jaket hitam dan berseluar jean.
Imej seorang lagi lelaki dilihat memakai baju-T jenama Polo berwarna gelap dengan belang merah, berseluar gelap dan juga mempunyai kumis.
Teoh Soo Kim, 51, ditemui oleh orang awam pada pukul 11.30 pagi kelmarin di sebuah ladang kelapa sawit selepas dipercayai dilarikan empat lelaki ketika keluar dari rumahnya pada pukul 7.30 pagi di Taman Kinrara, Rabu lalu.