Search This Blog

Sunday, June 3, 2012

Bot Terbakar: Nelayan, Tekong Nyaris Maut

mStar Online : Bot Terbakar: Nelayan, Tekong Nyaris Maut:

SUNGAI PETANI: Seramai 20 nelayan termasuk seorang tekong bot nyaris maut apabila bot mereka yang dalam perjalanan menangkap ikan terbakar kira-kira empat batu nautika (kira-kira 8km) dari jeti nelayan Tanjung Dawai dekat sini Ahad.
Kejadian berlaku pukul 8.20 pagi dipercayai berpunca dari bahagian enjin sebelum api merebak ke seluruh bot.
Semua nelayan tersebut berusia antara 20 hingga 50 tahun bagaimanapun dapat diselamatkan oleh bot nelayan yang berada berhampiran tempat kejadian.
Seorang daripada mangsa, Mohd Faddi Mat Rani, 29, berkata dia dan rakan lain mula-mula nampak asap tebal kemudian api merebak dari bahagian belakang ke bahagian hadapan bot.
"Melihat api marak kami jadi panik, terus bertindak terjun ke laut menyelamatkan diri. Kami semua diselamatkan oleh rakan-rakan bot lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di jeti nelayan Tanjung Dawai.
Penolong Penguasa Bomba Sungai Petani, Arif Fadzilah Ani berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.29 pagi dan mengerahkan 11 anggota ke tempat kejadian bagi operasi menyelamat.
Katanya, ketika sampai hampir 65 peratus bot sudah terbakar dan pihaknya berjaya menyekat api daripada merebak.
"Bomba kemudian menarik bot ke jeti nelayan di sini bagi kerja memadamkan api," katanya.
Jumlah kerugian dan punca kejadian sedang disiasat. - BERNAMA

'via Blog this'

Polis Tahan Dua Lelaki Ragut Rantai Warga Emas Bernilai RM2,000

mStar Online : Polis Tahan Dua Lelaki Ragut Rantai Warga Emas Bernilai RM2,000: "MELAKA: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai meragut rantai leher bernilai RM2,000 milik seorang warga emas di hadapan rumah mangsa di Kampung Gubah, Nyalas Jasin di sini, Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin DSP Shahidi Abdullah berkata kedua-dua lelaki berusia 30-an itu ditahan di dua daerah berasingan di Melaka kira-kira lima jam selepas kejadian dilaporkan di Balai Polis Nyalas pada 10.15 pagi Sabtu.

Beliau berkata dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, wanita tersebut didatangi kedua-dua lelaki terbabit kononnya untuk menyerahkan sepucuk surat kepada mangsa.

"Mangsa mendekati kedua-dua suspek untuk mengambil surat namun pada masa sama rantainya diragut sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah kereta berwarna putih," katanya kepada pemberita di sini.

Shahidi berkata suspek pertama berjaya ditahan di sempadan antara Air Kuning, Gemencheh dan Jasin bersama sebuah kereta yang dipercayai digunakan ketika kejadian sebelum siasatan ke atas lelaki berkenaan membawa kepada tangkapan kedua.

Katanya siasatan awal mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah. - BERNAMA"

'via Blog this'

Mekanik Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Pekerja Am

mStar Online : Mekanik Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Pekerja Am: "PETALING JAYA: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mencederakan seorang pekerja am dengan menggunakan sebilah pisau, bulan lepas.

P. Sharithan, 31, pemilik sebuah bengkel di Gombak, bersama-sama tiga lagi yang masih bebas, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas F. Edwin Dass, 32, di bahagian kepala dan tangan, di Flat Sri Cemara Jalan Bandar Sri Damansara, Selangor, pada 5.30 petang 13 Mei lepas.

Sharithan dari Batu Caves, didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim, Yasmin Abdul Razak membenarkan Sharithan diikat jamin RM8,000 denganseorang penjamin serta dua syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa sehingga selesai perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya, Chong Yin Xin manakala tertuduh diwakili peguam, Tharamjit Singh. - BERNAMA"

'via Blog this'

Anggota Polis Cedera Dirempuh Motosikal Dalam Ops Lumba Haram

mStar Online : Anggota Polis Cedera Dirempuh Motosikal Dalam Ops Lumba Haram: "KLANG: Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal yang sedang menjalankan operasi mencegah lumba haram, cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira, di sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata mangsa, Mustaghni Tabri, 48, masih tidak sedarkan diri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi, Mustaghni dirempuh serta dilibas dengan topi keledar oleh pembonceng motosikal itu menyebabkan beliau cedera di bahagian belakang kepala akibat hentakan kuat.

"Polis masih memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan," katanya.

Mat Yusop berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - BERNAMA"

'via Blog this'

Polis Tahan Dua Lelaki Ragut Rantai Warga Emas Bernilai RM2,000

mStar Online : Polis Tahan Dua Lelaki Ragut Rantai Warga Emas Bernilai RM2,000:


MELAKA: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai meragut rantai leher bernilai RM2,000 milik seorang warga emas di hadapan rumah mangsa di Kampung Gubah, Nyalas Jasin di sini, Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin DSP Shahidi Abdullah berkata kedua-dua lelaki berusia 30-an itu ditahan di dua daerah berasingan di Melaka kira-kira lima jam selepas kejadian dilaporkan di Balai Polis Nyalas pada 10.15 pagi Sabtu.
Beliau berkata dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, wanita tersebut didatangi kedua-dua lelaki terbabit kononnya untuk menyerahkan sepucuk surat kepada mangsa.
"Mangsa mendekati kedua-dua suspek untuk mengambil surat namun pada masa sama rantainya diragut sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah kereta berwarna putih," katanya kepada pemberita di sini.
Shahidi berkata suspek pertama berjaya ditahan di sempadan antara Air Kuning, Gemencheh dan Jasin bersama sebuah kereta yang dipercayai digunakan ketika kejadian sebelum siasatan ke atas lelaki berkenaan membawa kepada tangkapan kedua.
Katanya siasatan awal mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah. - BERNAMA

'via Blog this'

Bangunlah nak, jangan tinggal ayah’

myMetro‘Bangunlah nak, jangan tinggal ayah’:

LEDANG: “Izwan, bangunlah nak, jangan tinggalkan ayah,” rintih Hashim Kamat, 55, ketika memangku jenazah anak lelakinya yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Sengkang-Bukit Gambir, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.50 malam, Mohd Izwan Farid, 19, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Bukit Gambir.

Hashim yang tiba tidak lama selepas kejadian sempat memangku jenazah anaknya hampir sejam sebelum jenazah dihantar ke Hospital Tangkak.
Menurut Hashim, ketika menerima panggilan daripada adik Izwan, Hamizad, 16, berkaitan kemalangan itu, dia berasakan seolah-olah bermimpi dan tidak percaya dengan maklumat itu.

“Ketika dimaklumkan berkaitan kejadian, saya berada di Kampung Parit Jarum Darat kerana menghadiri gotong-royong perkahwinan anak saudara.

“Ia bagaikan mimpi kerana sejam sebelum itu, saya bertemu Izwan di rumah dan dia kelihatan ceria seperti biasa,” katanya.
Menurut Hashim, Izwan tidak bekerja pada hari kejadian dan sepanjang di rumah, dia juga tidak menunjukkan kelakuan pelik.

Katanya, jarak lokasi kemalangan dengan rumahnya di Kampung Batu 19 hanya tiga kilometer.
“Arwah tidak memaklumkan apa-apa dan ketika kejadian, dia kemungkinan dalam perjalanan ke Pekan Bukit Gambir untuk bertemu rakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kemalangan berkenaan.

Harun berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah Sengkang menghala Bukit Gambir dan tiba di tempat kejadian, dia dipercayai cuba memotong kenderaan lain.

“Mangsa berkemungkinan gagal memotong lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

“Akibat rempuhan itu, motosikal mangsa berkecai dan mangsa tercampak beberapa meter di atas jalan,” katanya.

'via Blog this'

Meninggal lepas ditembak abang

myMetroMeninggal lepas ditembak abang:

MIRI: Selepas lima hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri akibat kepala ditembusi peluru yang ditembak abangnya, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia petang kelmarin.
Nurul Afifah Maderom meninggal dunia selepas cedera parah selain peluru dikatakan masih dalam kepala serta mengena otaknya, menyebabkan keadaan semakin kritikal dan sukar diselamatkan.

Ibu mangsa, Janiah Assan, 31, berkata keadaan anak perempuannya sangat kritikal kelmarin, meskipun doktor berusaha menyelamatkannya kerana peluru hampir menembusi tengkorak belakang kepala.
Katanya, keadaan itu menyebabkan peluru tidak dapat dikeluarkan mangsa kerana boleh membahayakan nyawa selain dikhuatiri menyebabkan komplikasi lain.

“Mungkin Allah lebih menyayanginya yang bertarung nyawa sebelum menghembuskan nafas terakhir lewat petang semalam (kelmarin),” katanya.

'via Blog this'

Nelayan lihat penyeludup senjata api

myMetroNelayan lihat penyeludup senjata api:

KUALA PERLIS: Cubaan menyeludup senjata api dengan membungkusnya menggunakan plastik lut sinar yang diikat pada sebatang kayu pancang sebelum dilempar ke laut berjaya dipatahkan selepas tindakan mereka dilihat kumpulan nelayan yang memaklumkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Sanglang, dekat sini, petang kelmarin.
Pemeriksaan jam 2 petang itu berjaya menjumpai dua pucuk pistol buatan sendiri bersama lima butir peluru penabur yang dibungkus oleh kumpulan penyeludup terbabit dan mereka dipercayai menaiki sebuah bot pancung datang dari arah sempadan Perlis-Thailand, kira-kira 1.5 batu nautika dari perairan Kuala Perlis.

Pengarah Operasi APMM wilayah Utara, Kapten Salim Ahmad, berkata perbuatan penyeludup melemparkan kayu pancang yang diikat senjata api itu dilihat kumpulan nelayan yang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum memaklumkan pihaknya.
“Beberapa anggota kami yang bergegas ke lokasi menaikkan kayu pancang terbabit dan terkejut melihat bungkusan itu mengandungi dua pucuk pistol buatan sendiri bersama lima butir peluru penabur,” katanya.

'via Blog this'

Hilang dua ahli keluarga serentak

myMetroHilang dua ahli keluarga serentak:

KUCHING: Sebuah keluarga menyambut Hari Gawai dalam suasana pilu apabila kehilangan dua ahli keluarga dalam sekelip mata selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan di Batu 24, Jalan Kuching-Serian, dekat Tapah, di sini, malam Khamis lalu.
Kemalangan jam 8.30 malam itu membabitkan tiga kereta, termasuk Proton Saga dinaiki Nain @ Dangun anak Gandeng, 56, dan seorang lagi dikenali sebagai Candy, 24, menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika Candy yang memandu Proton Saga cuba mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari simpang untuk ke pekan Tapah.
Menurut ahli keluarga mangsa yang hanya dikenali sebagai Ah Ling, 22, pada malam kejadian, mereka bertolak dari Siol Batu menaiki dua kereta untuk pulang menyambut Hari Gawai di Kampung Padawan.

“Saya ketika itu berada di belakang kereta dipandu Candy yang juga tunang abang saya, namun terkejut apabila dia secara tiba-tiba membrek selepas melihat sebuah kereta melintas di depannya,” katanya.

“Bagaimanapun, tunang abang saya cuba mengelak kereta di depan sebelum merempuh sebuah Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki.
“Saya sedih kerana kemalangan ini menyebabkan saya kehilangan ibu manakala abang kehilangan tunangnya. Sambutan Hari Gawai tahun ini tidak memberi makna kepada kami lagi.

“Abang merancang mendirikan rumah tangga dengan Candy selepas Hari Gawai, malangnya hajat itu tidak kesampaian,” katanya.
Sementara itu, penumpang dan Perodua Myvi yang turut terbabit dalam kemalangan cedera ringan.

'via Blog this'

Ajal motosikal baru

myMetroAjal motosikal baru:

REMUK... keadaan motosikal dinaiki dua beradik selepas merempuh belakang lori, pagi semalam.
REMUK... keadaan motosikal dinaiki dua beradik selepas merempuh belakang lori, pagi semalam.
IPOH: “Dia (Noornazmin) sempat memeluk saya dua kali, seolah-olah berat hati meninggalkan kami untuk menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi pagi tadi (semalam) bersama adiknya. Saya tidak percaya kehilangan mereka beberapa jam kemudian,” kata ibu malang, Norhiah Abdul Rashid, 50-an, yang kematian dua anaknya serentak akibat kemalangan ngeri, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa yang juga pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohammad Noornazmin Mohd Norzri, 20, dan adiknya, Mohammad Noornazafiq, 18, maut apabila motosikal ditunggang merempuh belakang lori berhampiran kilometer 270, susur keluar tol Jelapang, Lebuh raya Utara-Selatan, di sini.

Nazmin dan adiknya yang membonceng motosikal dikatakan menyertai konvoi 15 motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang sebelum terbabit dalam kemalangan apabila kenderaan dinaiki merempuh belakang lori.
Pelanggaran itu menyebabkan Noornazmin cedera parah di perut dan kaki sebelum meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dua jam kemudian.

Norhiah yang tiba di bilik mayat HRPB jelas tidak dapat menahan air mata apabila mengetahui kedua-dua anaknya maut dalam tragedi itu.

Menurutnya, anaknya sempat sembahyang berjemaah awal pagi tadi (semalam) sebelum suaminya turut membaca surah Yasin bagi mendoakan kelancaran perjalanan mereka.
“Saya tak sedap hati dan meminta Noornazmin membatalkan hasrat menyertai konvoi itu. Malah, saya khuatir keselamatannya kerana motosikal ditunggangnya baru dibeli.

“Namun dia bersungguh-sungguh mahu menyertai konvoi itu. Saya sempat menasihatkannya supaya tidak menunggang laju dan sentiasa membaca ayat Kursi sepanjang perjalanan,” katanya sebak.
Menurutnya, dia sempat menghubungi telefon bimbit anaknya sebelum keluar ke pasar dan Noornazmin memberitahu mereka selamat sampai di Putrajaya.

“Paling menyedihkan apabila Noornazafiq yang baru mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal mendaftar sebagai pelajar di Kolej Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ pada Isnin depan,” katanya.

Sementara itu jurucakap polis berkata, pihaknya masih menyiasat punca mangsa dan adiknya melanggar belakang lori kontena.

Difahamkan, motosikal dinaiki dua beradik itu berada di tengah-tengah konvoi sebelum terbabit dalam kemalangan.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Norzri Mohd Nordin, 50-an, dilihat tenang menerima berita buruk itu selain menganggap semua adalah takdir.

Jenazah kedua-dua beradik dikebumikan di Kampung Ramuan Cina Kechil, Melaka semalam.

'via Blog this'

Murid dirogol

myMetroMurid dirogol:

RANAU: Rahsia seorang murid perempuan berusia 12 tahun pulang ke rumah dalam keadaan resah dan tidak terurus pada jam 3 pagi membongkar perbuatan teman lelaki yang merogolnya tiga kali di Kampung Kauluan Kundasang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam, murid berkenaan dikatakan bertemu teman lelakinya yang berusia 22 tahun di pekan.

Namun, selepas termakan pujukan, lelaki terbabit membawa mangsa pulang ke rumah sebelum merogolnya tiga kali. Selepas melampias nafsunya, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumah, jam 3 pagi.
Bagaimanapun, sebaik melangkah masuk ke rumah, mangsa disergah bapanya yang hairan melihat keadaan anak gadisnya yang tidak terurus selain pulang awal pagi.

Bapa gadis berkenaan mendesaknya menceritakan apa berlaku tetapi mangsa memberi alasan hanya bertemu rakannya di pekan.

Lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu terus mendesak sebelum anaknya mengaku melakukan hubungan seks bersama teman lelaki.
Tersentak dengan jawapan itu, bapa mangsa membawa anaknya ke Balai Polis Kundasang untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim, mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
“Berdasarkan laporan ahli keluarga mangsa, suspek berjaya ditahan di rumahnya.

“Siasatan mendapati suspek merogol gadis ini di rumah dan perbuatan itu terbongkar apabila mangsa memaklumkan kejadian terbabit kepada bapanya,” katanya.

Abdul Rahman berkata, suspek yang bekerja sebagai penjual sayur kini direman tujuh hari untuk siasatan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Ranau untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan,” katanya.

'via Blog this'

Serbuan pusat pelacuran: 14 wanita ditahan

Kosmo! Online - Terkini:


03/06/2012 2:47am

KUALA LUMPUR — Polis menahan 12 wanita rakyat Indonesia dan dua wanita tempatan dalam serbuan di sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat pelacuran di Jalan Thambypillai, Brickfields, malam tadi.
Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Deputi Superintenden Azman Mohd. Isa berkata, wanita berusia lingkungan 22 dan 46 tahun itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan melakukan aktiviti tidak bermoral.
Beliau berkata, turut ditahan dua penjaga premis bersama empat pelanggan berusia 20 hingga 30 tahun.
"Pusat pelacuran ini sudah beberapa kali kita serbu, kali terakhir pada 25 Mei lepas. Tetapi mereka tetap berdegil dan terus menawarkan khidmat seks dengan harga serendah RM30,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.
Operasi sejam yang berakhir 9.30 malam itu disertai empat pegawai dan 16 anggota IPKKL. Azman berkata, polis turut merampas beberapa bungkusan kondom dan semua yang ditahan dibawa ke IPKKL untuk siasatan lanjut. — BERNAMA

'via Blog this'

Pantai Klebang ragut nyawa pekerja kontrak

Kosmo! Online - Terkini:


03/06/2012 1:28pm

MELAKA - Seorang pekerja kontrak tanaman, S. Mathavanan, 24, ditemui mati lemas di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, dekat sini semalam.
Mayatnya ditemui pada pukul 7 malam dalam operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan pihak bomba.
"Kita menemui mayat mangsa kira-kira 10 meter dari tempat dia dilaporkan hilang," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Yazid Mohd. Tahir.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pada pukul 4.22 petang sebelum tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Sementara itu, adik perempuan mangsa, S. Anita, 20, berkata, dia pergi ke pantai itu bersama abangnya dan empat lagi sepupu mereka pada kira-kira pukul 2.30 petang.
"Mereka mandi di laut selama kira-kira 30 minit sementara saya dan yang lain melihat dari jauh. Ketika kejadian berlaku, saya tiada di situ kerana pergi membeli minuman.
“Sebaik saya kembali, saya tidak melihat abang saya. Selepas itu saya diberitahu abang saya telah hilang di dalam laut," katanya. - BERNAMA

'via Blog this'

2 rumah musnah dalam kebakaran

SEREMBAN - Dua buah rumah teres setingkat di Taman Sri Mawar Fasa 2 di Senawang di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 10 malam itu disedari oleh beberapa jiran berhampiran yang cuba memadamkan kebakaran namun gagal.
Ekoran itu, dua dari tiga deretan rumah teres tersebut hangus.
Seorang saksi, B. Balachandran, 28, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di dalam salah sebuah rumah tersebut yang disewanya sebelum terjaga apabila dikejutkan oleh teriakan jiran-jiran dari luar rumah.
Dia yang keseorangan pada masa itu, terus keluar dan tergamam apabila melihat api sudah mula marak dan menghampiri rumahnya dan pada masa itu beberapa orang jiran sedang cuba untuk memadamkan kebakaran tersebut.
"Pada masa yang sama, beberapa orang jiran saya turut membantu saya membawa keluar barangan untuk diselamatkan kerana api merebak dengan begitu pantas sekali.
"Saya berterima kasih kepada mereka kerana telah menyelamatkan saya. Jika tidak, saya tidak tahu apa yang akan terjadi,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
Dalam pada itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Izwani Abdul Hamid berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.10 malam.
Katanya dua jentera bersama 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran berkenaan dari terus merebak ke unit rumah yang lain.
Punca sebenar kejadian dan kerugian masih dalam siasatan," katanya. - BERNAMA

Nelayan, Tekong nyaris maut, bot terbakar

Nelayan, Tekong nyaris maut, bot terbakar - Utara - Sinar Harian:
SUNGAI PETANI - Seramai 20 nelayan termasuk seorang tekong bot nyaris maut apabila bot mereka yang dalam perjalanan menangkap ikan terbakar kira-kira empat batu nautika (kira-kira 8km) dari jeti nelayan Tanjung Dawai dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 8.20 pagi dipercayai berpunca dari bahagian enjin sebelum api merebak ke seluruh bot.

Semua nelayan tersebut berusia antara 20 hingga 50 tahun bagaimanapun dapat diselamatkan oleh bot nelayan yang berada berhampiran tempat kejadian.

Seorang daripada mangsa, Mohd Faddi Mat Rani, 29, berkata dia dan rakan lain mula-mula nampak asap tebal kemudian api merebak dari bahagian belakang ke bahagian hadapan bot.

"Melihat api marak kami jadi panik, terus bertindak terjun ke laut menyelamatkan diri. Kami semua diselamatkan oleh rakan-rakan bot lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di jeti nelayan Tanjung Dawai.

Penolong Penguasa Bomba Sungai Petani, Arif Fadzilah Ani berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.29 pagi dan mengerahkan 11 anggota ke tempat kejadian bagi operasi menyelamat.

Katanya, ketika sampai hampir 65 peratus bot sudah terbakar dan pihaknya berjaya menyekat api daripada merebak.

"Bomba kemudian menarik bot ke jeti nelayan di sini bagi kerja memadamkan api," katanya.

Jumlah kerugian dan punca kejadian sedang disiasat. - Bernama
'via Blog this'

Peniaga telefon bimbit bimbang diancam bunuh

Peniaga telefon bimbit bimbang diancam bunuh - Johor - Sinar Harian:
SENAI – Seorang peniaga telefon bimbit melahirkan kebimbangan ekoran menerima ancaman bunuh daripada jirannya meskipun tidak mengetahui apa puncanya.

A Sandarasegaran, 58, mendakwa kerisauannya kian menjadi- jadi apabila van diparkir di depan kedai hangus dibakar pada jam 10 malam, 5 Mei lalu selepas tiga jam cermin kereta jenis Toyota Vios, juga miliknya dipecahkan dua individu.

“Cermin kereta Vios berkenaan dipecahkan dua individu menggunakan sebatang kayu golf. Ketika kejadian, saya dan isteri berada di dalam kedai telefon bimbit milik kami sebelum didatangi dua lelaki yang tiba-tiba memecahkan cermin Vios berkenaan.

“Saya terus mengejar dua individu terbabit namun mereka dapat melarikan diri. Bagaimanapun, tiga jam kemudian, van milik kami pula hangus dibakar,” katanya kepada  Sinar Harian, di sini, semalam.

Sandarasegaran mendakwa, perbuatan terbabit dilakukan dua anak jirannya yang didakwa sengaja menimbulkan masalah dan gangguan tanpa sebab.

“Saya turut bimbang apabila teringat ancaman jiran yang mahu mencincang saya dan pada masa sama, saya tidak tahu apa puncanya,”   katanya.

Sandarasegaran yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, dua kejadian terbabit membuatkannya buntu.

“Beberapa hari selepas kejadian, seorang jiran yang dikatakan mempunyai hubungan keluarga dengan dua individu yang memecahkan cermin kereta saya datang ke kedai dan melemparkan kata-kata kesat selain mengugut untuk membunuh,” katanya.

Dia turut membuat laporan di Balai Polis Permas Jaya dan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya tidak menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan
'via Blog this'

Padah jual ubat tak daftar

Padah jual ubat tak daftar - Perak - Sinar Harian:

Padah jual ubat tak daftar
Pegawai Penguatkuasaan Farmasi sedang memeriksa ubat-ubatan yang dijual di bazar perniagaan, kelmarin.
TELUK INTAN – Kementerian Kesihatan cawangan negeri menyerbu tujuh premis menjual ubat-ubatan tradisional tidak berdaftar dan seludup di bazar niaga berhampiran Menara Condong di sini, kelmarin.

Dalam serbuan itu, Bahagian Penguatkuasa Farmasi telah merampas beribu-ribu biji pil perancang keluarga dan ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai lebih RM20,000. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), Ruhaiyem Yahya berkata, ubat-ubat berkenaan didalangi oleh beberapa peniaga warga asing yang memperoleh keuntungan daripada hasil penjualan ubat itu.

Menurutnya, siasatan mendapati hampir semua pemilik premis mendapati menjual ubat haram dan pil perancang keluarga yang boleh merosakkan sistem hormon tubuh. “Pemeriksaan mengejut ini dilakukan oleh 14 pegawai dan  dibantu dua anggota polis selepas risikan dilakukan sejak seminggu lalu.

“Pihak penguatkuasaan juga turut merampas pelbagai jenis jamu tidak berdaftar dan dikesan mengandungi racun berbahaya termasuk steroid yang diambil berterusan boleh mengundang maut,” katanya. Ruhaiyem berkata, sindiket  penjualan ubat-ubatan seludup ini juga turut menggunakan pelekat label hologram KKM palsu untuk mengaburi pengguna.

“Namun, penipuan ini dapat dikesan dengan menggunakan alat dekoder hologram KKM pada ubat-ubat yang diperiksa. “Peniaga yang menjual ubat mengandungi bahan dilarang boleh didakwa mengikut Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,00 atau penjara,” katanya.

'via Blog this'

Banduan baru bebas maut akibat pergaduhan

Banduan baru bebas maut akibat pergaduhan - Semasa - Sinar Harian:
NIBONG TEBAL - Seorang banduan yang baru dibebaskan Isnin lepas atas kesalahan berkaitan dadah meninggal dunia dalam pergaduhan dengan seorang suspek di Taman Tambun Indah di sini awal pagi ini.
   
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata G. Shamugam, 28, yang masih menganggur dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut di hadapan sebuah restoran pada pukul 4.30 pagi.
   
"Kita mendapat maklumat daripada orang awam berlaku pergaduhan di kawasan berkenaan dan sepasukan anggota polis peronda bergegas ke tempat kejadian.

"Apabila sampai, suspek dilihat sedang memukul mangsa dengan rotan," katanya.
   
Difahamkan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan amaran bagi meleraikan pergaduhan itu.
   
Shafien berkata suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan  menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona.
   
Mangsa meninggal di tempat kejadian.
   
Beliau berkata punca sebenar kejadian belum diketahui tetapi dipercayai akibat dendam. - Bernama
'via Blog this'

151 Pati, 7 majikan ditahan

151 Pati, 7 majikan ditahan - Johor - Sinar Harian:

151 Pati, 7 majikan ditahan
Imigresen Muar menahan warga China dipercayai terbabit dalam kegiatan
pelacuran dalam serbuan, baru-baru ini.
MUAR – Pejabat Imigresen Muar berjaya menahan 151 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan tujuh majikan menerusi 48 operasi yang dibuat  di sekitar daerah itu, sejakNovember 2011 hingga April tahun ini.

Ketua Imigresen Muar, Muhamad Zulkifli Abd Rahman berkata, daripada jumlah itu, 91 terdiri daripada lelaki dan selebihnya adalah wanita.

Menurutnya, kesemua yang ditahan dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)  dan Peraturan-  peraturan Imigresen 1963. “Lambakan Pati di daerah ini masih lagi terkawal, meskipun menunjukkan peningkatan tangkapan sebanyak 63 Pati antara Januari hingga April tahun ini berbanding hanya 12 tangkapan dalam  tempoh sama, tahun lalu.

“Kesemua Pati yang ditahan tidak mempunyai permit yang sah dan bekerja dalam sektor perkilangan membuat  perabot,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Dalam pada itu katanya, manakala  kebanyakan warga asing yang berlegar-legar di  tempat awam terutamanya pada cuti umum dan cuti hujung minggu, didapati mempunyai permit yang sah.

“Warga Indonesia adalah Pati yang paling ramai ditahan dalam setiap  operasi diadakan, diikuti warga Bangladesh dan  Nepal. “Mereka ini dapat permintaan yang tinggi bagi mengisi pekerjaan dalam sektor perkilangan pembuatan perabot dan sektor perkhidmatan,” katanya. Jelas beliau, terdapat juga   

Pati yang terlibat dalam kegiatan  pelacuran tetapi nisbahnya terlalu kecil iaitu kira-kira dua peratus dan lazimnya membabitkan warga China dan Thailand. Zulkifli berkata, pihaknya sentiasa memperketat kawalan di pintu masuk Jeti  Jabatan Laut Muar, untuk menyekat kemasukan Pati di daerah ini.

Mana-mana Pati yang mendaftar program 6P (pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran)  lebih daripada tempoh pengampunan akan disenaraihitam dan tidak dibenarkan masuk daerah ini. “Kami juga buat pemantauan bersama agensi lain seperti  Polis Diraja Malaysia (PDRM) di beberapa kawasan ‘hot-spot’ kemasukan Pati,” katanya.

Katanya lagi, pihaknya tidak menafikan terdapat ‘lubang tikus’ yang menjadi laluan  gelap Pati masuk ke daerah ini sehingga menyukarkan pihak berkuasa memberkas Pati kerana didalangi penduduk tempatan. Bagaimanapun, beliau yakin  dengan kemampuan 15anggota penguat kuasanya  akan dapat menyekat kemasukan dan lambakan Pati di sini.

'via Blog this'

Nyaris maut, lori rempuh empat kenderaan

Nyaris maut, lori rempuh empat kenderaan - Perak - Sinar Harian:

Nyaris maut, lori rempuh empat kenderaan
ABDUL GAFFAR
KUALA KANGSAR – Gara-gara gagal mengawal kenderaan sewaktu aliran trafik perlahan, seorang pemandu lori merempuh sebuah pacuan empat roda yang hampir meragut nyawa pemandu dan penumpangnya di Kilometer 242.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu tiga kenderaan turut remuk termasuk sebuah bas ekspres dan dua buah kereta.

Mangsa, Nurul Ain Wahida Mohd Razali, 20, yang memandu kereta pacuan empat roda berkata, dia bersama keluarganya dalam perjalanan dari Taiping menuju ke Kuala Lumpur.

“Semasa di lokasi terbabit, saya memperlahankan kenderaan sebaik melihat papan tanda arahan trafik yang meminta pemandu memperlahankan kenderaan.

“Pada masa sama, secara tiba-tiba sebuah lori melanggar belakang kenderaan saya dan dua lagi kereta di hadapan saya,” katanya.

Akibat rempuhan, kenderaan yang dipandunya remuk di bahagian depan dan belakang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Abdul Gaffar Mohammad berkata, siasatan awal mendapati, pemandu lori terbabit gagal mengawal kenderaan lalu melanggar bahagian belakang sebelah kiri sebuah kenderaan yang berhenti di lorong kiri.

“Lori itu seterusnya melanggar belakang kereta pacuan empat roda di depannya yang bergerak perlahan di lorong kanan.

“Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

'via Blog this'

Ibu mangsa dinasihati jalani rawatan mental

Ibu mangsa dinasihati jalani rawatan mental - Johor - Sinar Harian:

Ibu mangsa dinasihati jalani rawatan mental
Keratan akhbar ini pada 26 Mei tentang mayat bayi yang ditemui dalam periuk.
BATU PAHAT – Ibu kepada bayi ditemui mati di dalam periuk yang menggemparkan daerah Batu Pahat baru-baru ini, dibebaskan polis Rabu lalu setelah selesai disoal siasat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ibu bayi berkenaan didapati berhadapan dengan masalah kemurungan.

“Tindakan undang-undang tidak akan dikenakan kerana ibu bayi tersebut mengalami masalah kesihatan mental dan polis menasihatkan agar keluarga tidak meninggalkannya sendirian.

“Kami juga menasihatkan suami wanita berkenaan agar membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Din berkata, keluarga bayi itu turut dipantau balai polis berhampiran agar kejadian yang tidak diingini berulang.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada setiap orang yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan mental seperti ini, tidak meninggalkan mereka sendirian kerana dibimbangi berlakunya kejadian tidak diingini,” katanya.

'via Blog this'

Sembunyi dalam tandas

Sembunyi dalam tandas - Perak - Sinar Harian:

Sembunyi dalam tandas
Sebahagian daripada 20 wanita warga Vietnam dan Thailand yang diberkas.
IPOH - Beberapa anggota Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Perak terpaksa memujuk sekumpulan wanita warga Thailand dan Vietnam keluar dari sebuah tandas berkunci, dalam satu serbuan, di sini, kelmarin.

Wanita asing yang menawarkan khidmat urutan batin itu bertindak menyorok dan menguncikan diri di dalam tandas berkenaan sejurus menyedari premis mereka diserbu, kira-kira jam 9 malam.

Semua wanita warga asingitu bagaimanapun berjaya dipujuk menyerah diri selepas pusat urut refleksologi yang terletak di Jalan Raja Ekram, di sini, dikepung.

Mereka yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dikesan mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM50 untuk tujuan seks.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Perak, Ahamad Puat Abd Hamid berkata, pemeriksaan dilakukan di empat premis refleksologi kaki bermula kira-kira jam 8 malam selepas maklumat mendapati kebanyakan premis itu menggunakan khidmat gadis dan wanita warga asing.

“Seramai 22 wanita dan dua lelaki warga asing ditangkap kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

“Mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 52 tahun terdiri daripada 13 warga Thailand, Vietnam (5), China (4), Laos dan Yemen masingmasing seorang,” katanya.

Dua lelaki dan seorang wanita tempatan turut ditahan selepas melakukan kesalahan menggaji pekerja asing tanpa pas yang sah.

Katanya, pemeriksaan sama turut dilakukan di tiga premis kediaman yang dipercayai menjadi lokasi pendatang haram tinggal.

Hasil pemeriksaan, seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Seorang lelaki tempatan dipercayai kekasihnya turut diberkas kerana memberi perlindungan,” katanya.

Operasi yang dilakukan kali ini membabitkan 17 pegawai dan anggota dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Perak dengan mensasarkan beberapa lokasi di sekitar Ipoh.

Sebelum itu, serbuan turut berjaya menahan 34 lelaki warga asing berkeliaran.

Hasil pemeriksaan mendapati tujuh lelaki berusia antara 19 ke 39 tahun yang terdiri daripada Indonesia (1), Myanmar (3), Bangladesh (1), India (1) dan Nepal (1) tinggal di negara ini tanpa dokumen sah.

'via Blog this'

2 rumah teres hangus dijilat api

2 rumah teres hangus dijilat api - Melaka & NS - Sinar Harian:
SEREMBAN - Dua buah rumah teres setingkat di Taman Sri Mawar Fasa 2 di Senawang, di sini musnah dijilat api dalam kebakaran, malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 malam itu disedari oleh beberapa jiran berhampiran yang cuba memadamkan kebakaran sebaik melihat kejadian itu, namun tidak mampu menghalang dua dari tiga deretan rumah teres tersebut hangus.

Seorang saksi B. Balachandran, 28, berkata ketika kejadian dia sedang tidur di dalam salah sebuah rumah tersebut yang disewanya, sebelum terjaga apabila dikejutkan oleh teriakan jiran-jirannya dari luar rumah.

Dia yang keseorangan pada masa itu, terus keluar dan tergamam apabila melihat api sudah mula marak dan menghampiri rumahnya dan pada masa itu beberapa orang jirannya sedang cuba untuk memadamkan kebakaran tersebut.

"Pada masa yang sama, beberapa orang jiran saya turut membantu saya membawa keluar barangan untuk diselamatkan kerana api merebak dengan begitu pantas sekali.

"Saya juga berterima kasih kepada mereka kerana telah menyelamatkan saya jika tidak saya tidak tahu apa yang akan terjadi, katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Izwani Abdul Hamid berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.10 malam.

Katanya dua jentera bersama 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran berkenaan dari terus merebak ke unit rumah yang lain.

"Api berjaya dipadamkan dalam tempoh 30 minit dan kebakaran itu memusnahkan keseluruhan dua daripada tiga rumah terbabit. Punca sebenar kejadian dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Negara yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Mohammed Najeeb Abdullah yang turut berkunjung ke lokasi kejadian malam tadi memberitahu akan memberi bantuan sewajarnya kepada setiap pemilik rumah yang terlibat dalam kebakaran itu. - Bernama
'via Blog this'

400 mat rempit tolak motosikal sejauh 7 kilometer ke balai polis

Berita Harian Online | 400 mat rempit tolak motosikal sejauh 7 kilometer ke balai polis:
GEORGETOWN: Polis menahan 400 orang Mat Rempit termasuk 30 wanita yang keseluruhan berusia 16 hingga 32 tahun dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi. 

Polis turut mengambil keterangan dari 107 orang dripada mereka sebelum dibebaskan.
Ketua Pegawai Operasi tersebut, Asisten Superintendan Alhamdu Sehat berkata, operasi dua jam bermula 2 pagi itu membabitkan lebih 20 anggota pelbagai cawangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut telah berjaya menggagalkan lumba haram yang dirancang sekumpulan Mat Rempit di kawasan berkenaan.
"Ada di antara mereka yang cuba melarikan diri dengan melawan arus jalan raya sehingga salah seorang patah tulang pipi akibat terjatuh namun polis berjaya menahan mereka kerana kawasan terbabit sudah dikepung," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini. 

Turut ditahan ialah seorang remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bertongkat kesan kecederaan selepas lumba haram baru-baru ini. 

Alhamdu berkata, kesemua yang ditahan termasuk penonton diarahkan menolak motosikal dari lokasi terbabit ke IPD Daerah Timur Laut sejauh kira-kira 7 kilometer untuk siasatan lanjut. 

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua yang terlibat bebas pengaruh dadah dan alkohol. 
Katanya, daripada 400 buah motosikal yang ditahan hanya 105 motosikal yang diperiksa dan 11 daripadanya disita atas pelbagai kesalahan trafik. 

"Sebanyak 37 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi, tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan seumpanya," katanya. - BERNAMA 
'via Blog this'

Dua pelajar sekolah teknik lemas di Air Terjun Sekayu

Berita Harian Online | Dua pelajar sekolah teknik lemas di Air Terjun Sekayu: "HULU TERENGGANU: Dua pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu mati lemas di Air Terjun Sekayu di sini hari ini.

Mereka ialah Mohd Azrul Azmir Maidin dan Mohd Hanif Izuddin kedua-duanya bermur 17 tahun dan berasal dari Seberang Takir dan Gong Badak, Kuala Terengganu.
Mangsa pergi ke air terjun itu bersama enam lagi pelajar sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi.
Seorang rakan mangsa, Mohd Arif Harun berkata pada mulanya Mohd Azrul Azmir yang turun mandi dan tiba-tiba dihanyutkan arus.

Mohd Hanif cuba membantunya tetapi dia juga lemas di dalam air sedalam tujuh meter itu.

Mohd Arif berkata, kejadian itu kemudiannya dimakumkan kepada pihak bomba dan penyelamat yang menemui mayat kedua-duanya kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi di celah batu di dasar air terjun itu.

Ketua Operasi Bomba Hulu Terengganu, Khairul Anwar Bidin berkata kawasan tersebut tidak dibenarkan untuk mandi-manda. - BERNAMA"

'via Blog this'

11 terbunuh dalam nahas di timur China

Berita Harian Online | 11 terbunuh dalam nahas di timur China: "BEIJING: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dan 19 lagi cedera dalam beberapa kemalangan di wilayah China yang diselebungi kabus tebal.

Agensi Berita Xinhua berkata, kematian itu dicatatkan akibat tujuh kemalangan berasingan pada awal pagi tadi di wilayah Jiangsu dan membabitkan 19 kenderaan.
Petugas lebuhraya terpaksa mengambil masa berjam-jam untuk membersihkan serpihan kenderaan berjam-jam dan keadaan lalu lintas di lebuhraya utara selatan dijangka normal petang ini. - AP"

'via Blog this'

Seorang mati, tujuh cedera di pusat beli-belah Toronto

Berita Harian Online | Seorang mati, tujuh cedera di pusat beli-belah Toronto: "TORONTO: Seorang maut dan tujuh lagi mengalami kecederaan apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di pusat membeli-belah utama di Toronto malam tadi.

Polis berkata, suspek berkenaan masih bebas dan dua mangsa berada dalam keadaan kritikal. - Reuters"

'via Blog this'

Polis buru penjenayah warga Indonesia pecah rumah, samun

Polis buru penjenayah warga Indonesia pecah rumah, samun: "HULU SELANGOR 2 Jun - Polis sedang mengesan sekumpulan penjenayah warga Indonesia yang aktif memecah masuk dan menyamun beberapa kediaman di sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini sejak Selasa lalu.

Siasatan awal polis mendapati kumpulan penjenayah itu menyasarkan kediaman yang terletak di kawasan sempadan daerah serta berhampiran rumah-rumah kongsi dan lebuh raya bagi memudahkan mereka melarikan diri.

Sehingga petang ini, polis mengesahkan tiga kes membabitkan kerugian ratusan ribu berlaku di sekitar Bandar Tasik Puteri sejak Selasa lalu, dipercayai didalangi sekumpulan lelaki warga Indonesia yang memakai penutup muka dan menggunakan parang.

Dalam kejadian terbaru awal pagi semalam, tiga beranak berhadapan detik cemas apabila diikat sekumpulan penjenayah yang memecah masuk banglo mereka sebelum melarikan wang tunai, komputer riba dan barang kemas."

'via Blog this'

Rumah yang didiami warga emas musnah dalam kebakaran

Rumah yang didiami warga emas musnah dalam kebakaran - Kelantan - Sinar Harian:


Rumah yang didiami warga emas musnah dalam kebakaran
Minal melihat rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Kampung Chat Hilir.


TUMPAT – Sepasang warga emas yang tinggal bersama dua cucu tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Chat Hilir, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa Minal Che Mamat, 82, bersama isterinya, Fatimah Yusof, 65, sempat menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam kebakaran tersebut.

Minal berkata, ketika kejadian dia bersama isteri sedang bersiap untuk minum di ruang tamu selepas selesai solat Isyak di bilik tidur tingkat atas. “Tiba-tiba saya terdengar satu letupan kecil dari arah dapur dan dalam keadaan  terpingga-pinga terus ke dapur untuk menyiasat apa yang berlaku.

“Alangkah terkejutnya saya apabila melihati bahagian dinding dapur api sudah marak menjulang hampir ke bumbung,” katanya.

Menurutnya, dia terus mengarahkan isterinya turun melalui pintu utama menyelamatkan diri dan kemudiannya dia turut menyusul sama tanpa sempat menyelamatkan harta benda di dalam rumah terbabit.

“Nasib baik ketika kejadian dua cucu saya yang berusia 9 dan 10 tahun tiada di rumah kerana mereka ke rumah bapa saudaranya yang hanya beberapa meter dari rumah ini untuk menonton perlawanan bola sepak,” katanya.

Minal berkata, ibu kepada dua cucunya,Norhayati Minal, 38, ketika kejadian juga tiada di rumah kerana ke Kedah. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Yaakob Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan  kecemasan kira-kira jam 9.39 malam.

Menurutnya, satu jentera bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian untuk kerja-kerja memadamkan kebakaran. “Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kirakira jam 10.20 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.


'via Blog this'

Penternak ikan berputih mata

Penternak ikan berputih mata - Utara - Sinar Harian:


Penternak ikan berputih mata
Ikan tilapia merah yang mati akibat kekurangan oksigen


BALING - Hasrat dua sahabat meraih pendapatan lumayan tidak kesampaian setelah 20,000 ekor ikan tilapia merah yang diternak mereka mati akibat kekurangan oksigen, kelmarin.

Zahari Ismail, 40 dan rakannya Izuan Othman, 30, terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM20,000 setelah kesemua ikan dalam salah satu kolamnya di Kampung Dalam Wang, mati.

Zahari berkata, kejadian itu disedarinya kira-kira jam 9 pagi apabila ingin meninjau kawasan kolam terbabit.

“Saya terkejut setelah mendapati ke semua ikan terapung di atas permukaan air. Namun, tiada apa yang dapat saya lakukan lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu disebabkan oleh sistem pengairan air bukit yang kurang seterusnya menjejaskan bekalan oksigen kepada kolam ternakannya itu.

“Kejadian in tidak melibat unsur khianat tetapi hanya disebabkan bekalan oksigen. Bekalan oksigen diperoleh dari air bukit. Justeru, bila air berkurangan, ia akan memberikan kesan kepada bekalan oksigen ini,” katanya.

Menurutnya, kesemua ikan itu akan disuntik untuk dijadikan induk dijual kepada pembeli.

“Selepas ikan ini mengeluarkan benih, barulah ia akan dijual. Benih ikan ini akan dimasukkan ke dalam kolam baru. Namun, belum sempat disuntik, ikan pula mati, mungkin kami tiada  rezeki,” katanya

Zahari berkata, keadaan itu tidak sama sekali melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan ternakan ikan ini.

“Saya perlu meneruskan ternakan ini, sekiranya tidak, saya akan menanggung lebih banyak kerugian. Insya-Allah, saya akan bersihkan kolam ini dalam masa terdekat selain akan memperdalamkan lagi kolam ini untuk membolehkan ikan ini mendapat bekalan oksigen yang cukup,” katanya.

Zahari yang juga seorang Guru Sekolah Kebangsaan Dalam Wang itu mempunyai 18 buah kolam di Kampung Dalam Wang melibatkan lebih 200,000 ekor ikan pelbagai jenis antaranya patin, dan rohu.

Bapa kepada tujuh anak ini memulakan projek ternakan ikan ini sejak empat tahun lalu bermodalkan sebanyak RM 160,000

Ke semua ikan yang mati itu dijangka dijual ke pasaran luar melibatkan keuntungan lebih RM20,000


'via Blog this'

Pistol buatan sendiri dirampas

Pistol buatan sendiri dirampas - Utara - Sinar Harian:


Pistol buatan sendiri dirampas
Salim (kanan) bersama Ketua Penguat kuasa Pangkalan, Leftenan Komander Maritim Mohd Rizal Hishamuddin menunjukkan dua pucuk pistol bersama barangan dirampas, petang kelmarin.


KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) berjaya menemui dua pucuk pistol buatan sendiri di Perairan Kuala Perlis di sini, petang kelmarin.

Pengarah Operasi Wilayah Maritim, Kapten Maritim Salim Ahmad berkata, sebuah kapal dilaporkan orang awam dalam keadaan mencurigakan di perairan Kuala Sanglang kira-kira jam 2 petang, sebelum bot peronda ditugaskan ke tempat kejadian untuk meninjau keadaan.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian pihaknya menemui dua pelampung berwarna putih berhampiran dengan pelampung suar lebih kurang 1.5 batu nautika dari Perairan Kuala Perlis.

“Semasa pelampung itu dinaikkan ke atas bot, terdapat satu bungkusan lut sinar diikat pada seketul batu bata dan barang-barang terbabit dibawa ke Pangkalan Kuala Perlis untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan lanjut, pihak Maritim menemui dua pucuk pistol buatan sendiri bersama lima butir peluru yang dibalut dengan pita pelekat berwarna putih,” katanya pada media di Pejabat Maritim Kuala Perlis, pagi semalam.

Salim berkata, jika dilihat dengan mata kasar pistol itu menyerupai senapang patah dan peluru yang digunakan peluru tabur.

“Kesalahan ini boleh disabitkan mengikut Akta Senjata Api 1960, Seksyen 32 (1) (A) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau selama tempoh tidak melebihi 14 tahun,” katanya.

Katanya, kes senjata api itu adalah kes pertama bagi wilayah utara dan kes yang kelima bagi Maritim Malaysia dan maritim akan terus memantau agar perairan negara tidak dicerobohi sebarang anasir yang menyalahi undang-undang dan jenayah maritim.

Sementara itu, pihak Maritim juga meminta kerjasama orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negara bagi membanteras kegiatan jenayah.


'via Blog this'

Nelayan Myanmar ditemui mati

Nelayan Myanmar ditemui mati - Pahang - Sinar Harian:


Nelayan Myanmar ditemui mati
Azmi (kiri) bersama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan dan Asisten Superintendan Zaidi dalam sidang media, semalam.


KUANTAN - Seorang nelayan warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kecederaan parah di kepala, dipercayai akibat pukulan senjata tumpul dalam sebuah rumah kongsi di Taman Belukar Maju, Batu ½ Jalan Gambang,  dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu dipercayai berpunya daripada masalah peribadi sebelum berlaku pergaduhan antara mangsa dengan empat suspek yang juga rakan senegaranya. Mangsa dikenali sebagai Tahr Tun, 34, ditemui terbaring berlumuran darah, manakala sebatang kayu berukuran kira-kira satu meter dipercayai senjata pembunuhan berada berhampiran mayatnya.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Deputi Superintendan Azmi Jaafar berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian kira-kira jam 10.20 malam sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi untuk menjalankan  siasatan.

Menurutnya, ketika tiba di rumah kongsi tempat mayat ditemui, pihaknya mendapati mayat seorang lelaki terbaring berlumuran darah, manakala empat suspek yang tinggal di rumah itu sudah melarikan diri.

“Berdasarkan kenyataan saksi, mangsa dipercayai datang ke rumah itu untuk menemui salah seorang suspek dikenali sebagai Hassan, namun tidak diketahui tujuannya itu.

“Kehadiran mangsa seolah-olah tidak diundang lalu berlaku pertengkaran yang membawa kepada pergaduhan tersebut,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Azmi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dan suspek berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian berdasarkan kesan bau minuman keras dalam rumah kongsi berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut, polis berjaya mengenal pasti keempat-empat suspek yang dikenali sebagai Kyaw, Ouk, Osimin dan Atik, berusia lingkungan  30-an yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes pembunuhan itu.

“Kesemua suspek menghuni rumah kongsi berkenaan dan bekerja di sebuah bengkel bot berhampiran sejak setahun lalu,” katanya. Beliau berkata, susulan itu, pihaknya menyebarkan maklumat kepada  semua kontinjen daerah untuk tindakan pengesanan.


'via Blog this'

Pasangan kekasih dicekup di rumah abang kandung

Pasangan kekasih dicekup di rumah abang kandung - Selangor & KL - Sinar Harian:


Pasangan kekasih dicekup di rumah abang kandung
Ahmad Nawi (kiri) menyoal siasat pasangan kekasih yang ditahan dalam operasi.


AMPANG - Seorang adik lelaki mengambil kesempatan membawa pulang teman wanita ke rumah ketika abangnya tiada di rumah kerana pulang ke kampung di Terengganu menemani isteri yang dalam pantang.

Lelaki berusia 23 tahun itu mengakui kerap membawa pulang teman wanita tidur di rumah tersebut tanpa pengetahuan abang dan kakak iparnya.

Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah pangsapuri pada jam 3 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran penguat kuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk  membuat pemeriksaan.

“Kami menemui seorang wanita berpakaian lengkap di sebuah bilik di rumah itu, mereka mengaku pasangan kekasih selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram,” katanya ketika ditemui Sinar Harian awal pagi semalam.

Ahmad Nawi berkata, lelaki itu bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi, manakala pasangannya yang berusia 26 tahun itu bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya.

“Difahamkan wanita itu tinggal bersama ibu bapanya di Shah Alam, kami menghubungi keluarganya untuk memaklumkan berhubung kejadian ini,” katanya. Pasangan yang ditahan itu dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. 


'via Blog this'

Kakak maut adik parah

Kakak maut adik parah - Pahang - Sinar Harian:


Kakak maut adik parah
Mohd Faizul yang mengalami kecederaan parah dihantar ke HTAA untuk
menerima rawatan.


KUANTAN - Perjalanan dua beradik menaiki motosikal dari arah Pekan menghala ke Kuantan berakhir tragedi apabila kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Kuantan – Pekan di hadapan Sekolah Menengah  Kebangsaan Ubai dekat sini, semalam.

Dalam nahas membabitkan dua kenderaan kira-kira jam 11.45 pagi itu, pembonceng, Nurul Diyana Mohd Hatta, 24, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala adiknya, Mohd Faizul Naim Mohd Hatta, 19, yang menunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, dua beradik itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke Kuantan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, Mohd Faizul dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang dan pembonceng tercampak ke atas jalan, manakala mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Jasmani berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk dikebumikan.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 


'via Blog this'

Tragedi balik temu duga

Tragedi balik temu duga - Melaka & NS - Sinar Harian:


Tragedi balik temu duga
Mangsa menahan kesakitan akibat tersepit sementara menunggu dikeluarkan
anggota bomba.


PEDAS – Perjalanan pulang seorang lelaki berakhir dengan detik mencemaskan apabila keretanya merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan di Kilometer 4, Jalan Pedas- Kundur-Linggi, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, mangsa, Fadhullah Hamzah, 25, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Pinggiran Pedas, di sini, selepas selesai menghadiri temu duga sebagai atendan kesihatan di Kuala Pilah.

Pemandu lori tangki terbabit, S Guna berkata, dia yang dalam perjalanan dari Johor menuju ke Rantau tidak sempat mengelak daripada dirempuh kereta terbabit walaupun nampak pemandunya memotong.

“Saya sudah memberikan lampu isyarat ke kiri untuk berhenti di bahu jalan tetapi tetap dirempuh kereta terbabit dari arah bertentangan dan susulan rempuhan, kereta berkenaan tercampak kira-kira 20 meter,” katanya, kelmarin.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, punca kemalangan dipercayai akibat tindakan pemandu kereta jenis Proton Satria dari arah Pedas menghala ke Linggi cuba memotong kenderaan lain lalu merempuh bahagian hadapan sebuah lori tangki dari arah bertentangan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan tersepit di bahagian kaki, dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

"Seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikerahkan ke lokasi kejadian, diketuai oleh ketua operasinya, Mohd Yusoff Samad," katanya.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.


'via Blog this'