KUALA LUMPUR - Empat unit rumah setinggan berhampiran Bulatan Segambut di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini mengakibatkan 15 penghuni kehilangan tempat tinggal.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kebakaran kira-kira 8.00 pagi itu kerana semua penghuni rumah terlibat sempat menyelamatkan diri, kata Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Khadiron Md Diah.
"Kita masih siasat punca kebakaran dan jumlah kerugian," katanya kepada Bernama di tempat kejadian, sambil menambah api berjaya dipadamkan dalam tempoh 30 minit oleh tiga jentera bomba dari Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Jinjang, Balai Bomba Sentul dan bomba sukarelawan dari Bukit Bintang.
Seorang mangsa Yong Wai Yan, 21, berkata dia tidak menyedari rumahnya sedang terbakar kerana sedang nyenyak tidur dan mula sedar apabila terasa panas dan kedengaran orang menjerit.
"Saya seorang di rumah kerana mak dan ayah saya pergi bekerja. Saya tidak sempat mengeluarkan barang-barang di rumah termasuk wang tunai RM10,000.
"Kerugian dianggarkan oleh ayah saya sebanyak RM30,000 secara keseluruhan termasuk barangan elektrik, pakaian, perabot dan lain-lain lagi,"katanya.
Seorang lagi mangsa, Alan Sam Khai Long, 36, berkata dia menyedari kebakaran berlaku apabila ada orang menjerit mengatakan rumah terbakar.
"Saya perasan orang menjerit kira-kira jam 8 pagi dan saya menyelamatkan diri secepat mungkin termasuk ahli keluarga dan barangan yang lain. Saya hanya sempat mengeluarkan barang barang seperti mesin basuh, televisyen dan pakaian sahaja...yang lain tidak dapat diselamatkan," katanya yang masih terkejut dengan insiden itu dan memikirkan di mana keluarganya akan tinggal selepas ini. - Bernama
Wednesday, May 30, 2012
Sindiket curi lori terbongkar

Thaiveegan (kanan) menunjukkan mesin pemutar skru yang dirampas selepas polis
menyerbu kilang haram tersebut dan memberkas empat ahli sindiket, Sabtu lalu.
SHAH ALAM – Sindiket curi lori yang terlibat lebih 100 kes di Lembah Klang, melibatkan kerugian jutaan ringgit, disekat dalam serbuan di sebuah kilang haram di Jalan Kuala Kangsar, Simpang Empat, Taiping, Perak, baru-baru ini.
Kegiatan kumpulan ini terbongkar selepas seorang mangsa, mengekori penjenayah yang melarikan lorinya dari Taman Rawang, Gombak ke kilang terbabit, Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa menyedari enjin lorinya dihidupkan dan terus memaklumkan kejadian tersebut kepada polis.
Beliau berkata, penjenayah meninggalkan lori tiga tan jenis Isuzu itu berhampiran kilang haram terbabit.
Thaiveegan berkata, polis kemudiannya menahan tiga lelaki yang datang untuk mengambil lori berkenaan.
Katanya, suspek membawa polis ke kilang itu dan seorang lagi lelaki warga Bangladesh yang sedang meleraikan komponen lori ditahan.
“Pemeriksaan menemui 16 kereta, 27 lori, 65 pintu lori, 400 pintu kenderaan pelbagai jenis, 80 tangki minyak lori dan 12 bonet kereta.
“Komponen kenderaan ini dipercayai akan dipasarkan semula di dalam dan luar negara pada harga murah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.
Beliau berkata, siasatan mempercayai kumpulan ini aktif sejak enam bulan lalu.
Suspek ditahan reman sehingga hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan.
Sementara itu katanya, beliau ti-dak menolak kemungkinan sindiket ini mempunyai kaitan dengan sindiket sama yang ditumpaskan barubaru ini.
“Lokasi kilang ini hanya enam kilometer dari gudang simpanan lori curi di Kampung Air Putih. Kita akan siasat penglibatan suspek dalam kes tersebut,” katanya.
Februari lalu, polis menemui 1,101 enjin lori, 1,040 pintu lori, 102 enjin kereta, 128 buah kenderaan keluaran tempatan, 30 kepala lori, tiga buah lori, tiga bahagian hadapan kereta dan beberapa unit kunci lori.

Penyelia rentung ketika bercuti

Visai menunjukkan tempat mangsa yang ditemui rentung.
PENGKALAN HULU - “Api terlalu marak, saya tak dapat berbuat apa-apa,” kata Visai Naisucik, 70, ayah saudara mangsa yang terbabit dalam kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, kira-kira jam 6 pagi, semalam.
Mangsa, Songkran Chen Sin, 26, rentung sepenuhnya manakala ibunya, Cheong Meng Chee, 47, melecur teruk di bahagian kaki dan badan.
Visai berkata, ketika kejadian, dia bersama keluarganya berada di rumah yang hanya beberapa meter dari rumah mangsa.
“Saya terkejut apabila mendengar jeritan penduduk kampung mengenai kejadian kebakaran. Kemudian, saya bergegas keluar dan tergamam setelah melihat rumah anak saudara sedang dijilat api.
“Namun, saya tidak mampu berbuat apa-apa berikutan keadaan api sedang marak.Saya cuba masuk ke dalam rumah, tetapi dihalang oleh jiranjiran,” katanya.
Menurutnya, dia dan penduduk lain cuba memadamkan kebakaran itu dengan air, tetapi tidak berhasil.
Mangsa, yang bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat swasta di Kuala Kangsar, Perak dikatakan pulang bercuti di rumahnya sejak beberapa hari lalu.
Pemegang Diploma Perakaunan di sebuah kolej swasta di Ipoh itu merupakan anak tunggal dalam keluarganya.
Visai berkata, mangsa seorang anak yang baik dan sering membantu ibunya setelah ibu dan ayahnya bercerai sejak beberapa tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Pengkalan Hulu, Mohd Zaki Zainol berkata, seramai 10 anggota dikerahkan ke tempat kejadian.
“Pihak bomba menerima panggilan jam 5.57 pagi dan berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya setengah jam kemudian,” katanya.
Menurutnya, mangsa dijumpai dalam keadaan rentung di tingkat bawah berdekatan tangga, manakala ibu mangsa sempat dikeluarkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Serang keluarga angkara dendam

Mangsa kini dirawat di sebuah hospital swasta di Seremban.
SEREMBAN – Dipercayai bermotifkan dendam, lima sekeluarga diserang dua lelaki bersenjatakan pedang samurai dan sabit yang menyerbu masuk rumah mereka.
Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang, Ahad lalu di Ladang Kirby Carotina, Labu, dekat sini apabila keluarga berkenaan termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun sedang berehat di ruang tamu.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba didatangi dua lelaki dikenali mereka yang bertindak menyerbu masuk dalam rumah.
Menceritakan detik cemas itu, salah seorang ahli keluarga berusia 25 tahun yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku begitu pantas serta menakutkan.
Menurutnya, dua lelaki terbabit terus bertindak meluru dan melibas anak saudaranya yang berada berhampiran pintu tanpa belas kasihan.
“Kemudiannya, lelaki itu mula menyerang empat ahli keluarga lain termasuk saya dan dua lagi abang saya menyebabkan kami cedera di muka, kepala dan tangan," katanya ketika ditemui pemberita di sebuah hospital swasta di sini, semalam.
Menurutnya, kedua-dua lelaki itu kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di depan rumah.
Akibat kejadian itu, katanya, anak saudaranya yang cedera parah pada muka dan mata dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, di sini.
Manakala, empat yang lain dirawat di sebuah hospital swasta, di sini.
Berikutan kejadian itu, mereka membuat laporan di Balai Polis Jalan Campbell, dekat sini.
"Kami memang kenal seorang daripada suspek dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Bagaimanapun, kami bernasib baik kerana serangan itu tidak melibatkan kehilangan nyawa," katanya.

Kes bunuh wanita Perancis: Jurufoto polis berang
30 Mei 2012
KUANTAN - Akibat sering memberi jawapan "tidak pasti", seorang jurugambar Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang menjadi saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan pelancong wanita Perancis Stephanie Foray di Pulau Tioman tahun lepas, berang selepas berulang kali diasak peguam tertuduh.
Perkara itu berlaku apabila peguam Mohd Hisham Abdul Rahim, yang mewakili Asni Omar, 37, tidak berpuas hati dengan jawapan Koperal Rozlan Mohamed Yusof yang ditugaskan mengambil gambar barang kes di bilik mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang pada 10 Ogos 2011.
Ketika disoal Mohamad Hisham sama ada Rozlan mengambil gambar dari bilik itu yang tertera perkataan 'liputan akhbar berkenaan kes pembunuhan Stephanie Foray,' saksi berkata beliau tidak tahu kerana hanya diarahkan datang untuk merakam gambar barang kes.
Rozlan juga bersetuju dengan cadangan Mohamad Hisham bahawa barang kes itu disusun terlebih dahulu oleh Inspektor Shuhada Salim sebelum beliau mengambil gambar.
Bagaimanapun, saksi itu sekali lagi memberikan jawapan 'tidak pasti' apabila disoal Mohamad Hisham sama ada beliau mengetahui dari mana barang kes itu dikeluarkan untuk dirakam gambarnya.
"Kalau kamu kata Inspektor Shuhada yang menyusun barang-barang itu, mesti kamu tahu dari mana ia diambil," kata Mohamad Hisham.
"Barang-barang ini telah berada di dalam bilik. Saya tak tahu ia diambil dari mana. Bila ia dah siap disusun, saya ambil gambarnya sahaja. Itu sahaja yang saya tahu," kata Rozlan.
Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, saksi itu berkata tidak ada pihak lain selain Inspektor Shuhada yang menyusun barang kes tersebut.
Beliau memberi keterangan pada hari ketujuh kes perbicaraan Asni yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.
Terdahulu, Rozlan yang bertugas di cawangan foto IPK Pahang, berkata pada hari sama, beliau ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bersama pegawai penyiasat ASP Mohd Razali Razak dan seorang pakar patologi untuk mengambil gambar barang kes yang 'menyerupai gelung getah'.
Turut memberi keterangan pada prosiding hari ini ialah tiga lagi jurufoto PDRM iaitu Koperal Amran Salim, Lans Koperal Meor Fadhirul Marzuki dan Lans Koperal Norsham Ismail.
Amran, yang bertugas di Balai Polis Muadzam Shah berkata, beliau ditugaskan mengambil gambar bedah siasat dalam kes itu di bilik mayat HTAA pada 9 Ogos 2011.
Meor Fadhirul, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, pula berkata beliau diarahkan ASP Mohamad Razali untuk melakukan tugasan sama pada 12 Ogos 2011.
Menjawab soalan Nor Azizah, kedua-dua saksi berkata mereka merakam gambar bedah siasat 'tengkorak' yang ditemui dalam kes pembunuhan itu.
Sementara itu, mahkamah melepaskan saksi ketiga pendakwaan iaitu ahli kimia Nor Aidora Saedon, yang tidak mampu memberi keterangan hari ini akibat 'kehilangan suara'.
Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mariana Yahya bersambung esok. - Bernama

Bekas Presiden Liberia Taylor dipenjara 50 tahun

Charles Taylor (tengah) mendengar hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah khas
di The Hague, hari ini. - Foto EPA
THE HAGUE - Mahkamah Jenayah Perang mengenakan hukuman penjara 50 tahun ke atas bekas Presiden Liberia, Charles Taylor, hari ini.
Bulan lalu, Taylor didapati bersalah membantu dan bersubahat dengan pemberontak di Sierra Leone ketika perang saudara dari 1991 hingga 2002.
Hakim-hakim mahkamah khas bagi kes Sierra Leone menegaskan bahawa hukuman yang dikenakan menggambarkan status beliau sebagai ketua negara ketika itu dan tindakannya mengkhianati kepercayaan rakyat.
Bagaimanapun Taylor, 64, mendakwa bahawa beliau tidak bersalah dan mahu mengemukakan rayuan.

Lebih 50,000 mati sepanjang perang saudara selama 11 tahun.
Bekas Presiden berusia 64 tahun ini merupakan ketua kerajaan yang pertama disabitkan bersalah oleh Mahkamah Jenayah Perang Antarabangsa sejak Perang Dunia II.
Para hakim menekankan bahawa mereka tiada kes rujukan apabila memutuskan hukuman ke atas Taylor.
Taylor akan menjalani hukuman di penjara Britain.
Pendakwa raya Brenda Hollis berkata, pihaknya juga mungkin akan mengemukakan rayuan.
"Pada pandangan kami adalah penting mereka yang bertanggungjawab bagi salah laku jenayah dalam skala yang besar tidak hanya dikenakan hukuman yang ringan," kata Hollis.
Taylor didapati bersalah atas 11 tuduhan.
Warga Iran ditahan, dadah bernilai RM325,500 dirampas
KUALA LUMPUR - Polis merampas dadah disyaki syabu dengan anggaran nilai pasaran RM325,500 berikutan penahanan seorang lelaki warga Iran di pusat bandar Puchong, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias berkata polis yang melakukan intipan selama empat jam di kawasan itu, menahan lelaki berumur 40 tahun itu di dalam sebuah kereta.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta yang dipandu lelaki itu, polis menemui satu beg kertas berwarna coklat di tempat duduk penumpang bahagian belakang, yang mengandungi dua bungkusan berisi bahan kristal disyaki dadah syabu seberat 2,011 gram," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Abdul Razak berkata siasatan lanjut terhadap lelaki itu membawa polis ke sebuah kondominium yang disewanya di ibu negara.
"Di kondominium itu, kami merampas dadah, disyaki syabu seberat 150 gram, alat penimbang dan sekeping pasport milik suspek. Kami juga merampas kereta dan lesen memandu negara Iran miliknya," katanya.
Abdul Razak berkata semakan pasport menunjukkan suspek, yang juga pelajar institut pengajian tinggi swasta di ibu negara, memasuki negara ini pada penghujung tahun lepas.
"Pasportnya sudah tamat tempoh," katanya.
Menurutnya, bekalan dadah itu dipercayai mahu diagihkan kepada rakan-rakan di institut pengajian terbabit dan di sekitar Lembah Klang.
Abdul Razak berkata kegiatan itu disyaki bermula dua bulan lepas dan suspek menggunakan rumah yang disewa RM2,000 sebulan itu sebagai lokasi pembungkusan dadah.
Beliau menarik perhatian bahawa dadah yang dirampas itu, sekiranya terlepas ke pasaran, boleh digunakan 7,000 orang.
Suspek direman sehingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Ops Noda: 4 wanita rakyat China, 3 Thailand ditahan
KUALA LUMPUR - Polis menahan empat wanita rakyat China dan tiga warga Thailand, yang dipercayai pelacur, di sebuah premis rumah urut di Regalia Business USJ 1, Subang Jaya dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahya Ramli berkata selain wanita yang berusia antara 20 dan 40 tahun itu, serbuan Ops Noda oleh pasukan cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat itu turut menahan seorang lelaki Bangladesh berusia 29 tahun yang dipercayai penjaga permis berkenaan.
"Serbuan kira-kira 11 malam itu dibuat hasil maklumat awam dan risikan polis sejak seminggu lepas. Semua wanita terbabit ditahan dalam sebuah bilik di premis itu dan mereka dipercayai menunggu pelanggan," katanya menerusi SMS di sini, hari ini.
Yahya berkata dalam operasi itu, polis turut merampas 20 kotak kecil kondom, tiga helai tuala, satu botol minyak urut, satu gulung tisu, sebuah buku tunai, serta wang tunai RM173 yang diguna dalam kegiatan pelacuran.
"Siasatan mendapati mereka juga melanggar syarat pas lawatan sosial " katanya.
Sementara itu, Yahya berkata polis memburu tujuh lelaki dipercayai dari dua kumpulan kongsi gelap bagi membantu siasatan dua kes bunuh melibatkan anggota kumpulan berkenaan, dipercayai akibat dendam.
Menurutnya kesemua lelaki itu, yang berumur antara 25 tahun dan 35 tahun, mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes bunuh itu berlaku di Taman Maju Jaya dan Puchong dekat sini awal bulan ini, katanya. - Bernama

Lima lelaki dituduh culik peguam
KUALA LUMPUR - Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang peguam dan menuntut tebusan RM150,000 tiga minggu lepas.
Broker kereta Tan Weng Leong, 28, R.Gokula Kannan, 29, dan S.Kathiravan, 28, kedua-duanya joki kereta, serta peniaga Mohamad Fahmy Mohd Daud, 38, dan Tan Kok Kuen, 35, hanya mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibaca kepada mereka dalam Bahasa Melayu di hadapan majistret Syahdatul Kamilah Zakaria.
Tiada pengakuan dicatat dan mahkamah menetapkan 30 Julai untuk sebutan kes.
Mereka dituduh bersama dua suspek lain yang masih bebas, menculik Jason Leong Wai Meng, 35, di hadapan Relax World Food Court, G20-21, First Residence Unggul, Jalan Mutiara 1, di sini pada tengah malam 12 Mei.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Tertuduh menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Malini Anne, manakala Weng Leong diwakili peguam Zaleha Al-Hayat, Kathiravan oleh peguam V.Ravichandran dan Kok Kuen oleh peguam K.L.Yong.
Dua lagi tertuduh, Gokula Kannan dan Mohamad Fahmy, tidak diwakili peguam. - Bernama

3 warga Indonesia dipenjara dan disebat
KUALA TERENGGANU - Tiga warganegara Indonesia dihukum penjara tujuh tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan rompakan bersenjata awal bulan
ini.
Mawardi Dimak, 29, didakwa melakukan rompakan itu bersama Sahrun, 25, dan Hamdi Keson, 24, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bukit Tanah, Kampung Raja, Besut sekitar pukul 2 pagi, 8 Mei lepas.
Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh ketiga-tiga tertuduh ditangkap iaitu pada pukul 8 malam hari yang sama, di rumah kongsi ladang kelapa sawit Seri Alam, Kampung Bukit Jeruk, Kampung Raja Besut.
Mengikut fakta kes, ketiga-tiga tertuduh yang merupakan pekerja kontrak ladang berkenaan telah memecah masuk rumah pengadu, Shafie Mohamad, 46, dan meletakkan parang di leher mangsa dan isterinya serta mengugut akan membakar rumah sebelum melarikan barang kemas bersama wang tunai dianggarkan bernilai RM8,000.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 397 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan sebatan.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, Hamdi Keson dan Sahrun turut mengaku salah terhadap dakwaan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.
Kedua-duanya didakwa bersama tujuh lagi rakan senegara iaitu Anton Idin, 20; Muhamad Jalaludin Keson, 25; Muhtar, 24; Mus, 20; Sadeli, 25; Suhardan, 32 dan Suwinton, 20,wa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta yang sama.
Kesemua mereka yang turut mengaku salah, ditahan ketika hadir memberi keterangan berhubung kejadian rompakan berkenaan di perkarangan Ibu pejabat Polis Daerah Besut, Kampung Raja, Besut pada pukul 5 petang, 22 Mei lepas.
Mereka masing-masing dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan dua sebatan oleh Hakim Wan Fadhilah Nor. - Bernama

Hotel bajet dijadikan markas bungkus dadah
JERANTUT - Dua rakan didapati menjadikan bilik hotel bajet di bandar ini sebagai markas untuk membungkus dadah.
Kedua-duanya yang berusia 31 tahun yang dipercayai aktif mengedar dadah di daerah ini sejak tiga bulan lalu diberkas semalam.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azid Ismail berkata mereka ditahan kira-kira 6 petang di sebuah bilik hotel bajet dan polis menemui 16.2 gram heroin, 0.5 ketulan kristal disyaki syabu dan lima biji pil Eramine 5 bersama alat timbang dan plastik untuk membungkus dadah.

"Polis turut menemui wang tunai sejumlah RM768 dipercayai hasil daripada kegiatan penjualan dadah," katanya di sini hari ini.
Kedua-dua suspek berasal dari Kampung Mela, Kuala Lipis kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu dalam kes berasingan, seorang suri rumah ditahan selepas didapati terbabit dalam kegiatan menjual nombor ekor haram.

Suri rumah bersia 50 tahun itu menjadikan rumahnya di Taman Berlian di sini sebagai pusat operasi pertaruhan nombor ekor haram sejak lima tahun lepas.
"Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang menerusi Ops Dadu oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, pihak polis turut merampas satu mesin faksimili, kertas mencatat nombor ekor haram, wang tunai RM107 dan alat-alat tulis yang digunakan untuk mencatat nombor pertaruhan," kata Azid.

Suri rumah terbabit didapati meraih pendapatan melebihi RM1,000 untuk setiap pertaruhan nombor ekor haram, katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.- Bernama
Warga Mesir dipenjara dua bulan kerana mencuri
PETALING JAYA - Seorang lelaki warga Mesir dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku mencuri barangan keperluan dapur bernilai RM640.41 dari sebuah pasar raya di Sunway Pyramid, April lepas.
Ahmed Mohammad, 36, seorang tukang masak di sebuah hotel di sini, dihukum penjara dua bulan selepas mengaku memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Majistret Ahmad Solihin memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak mulai tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 9 April, dan mengarahkan Ahmed dihantar pulang ke negara asalnya selepas selesai menjalani hukuman.
Ahmed didakwa melakukan kesalahan pertama di Pasaraya Jusco, Sunway Pyramid pada 3.40 petang, 9 April lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan PJS 11/28A, Bandar Sunway, Selangor pada 2.15 petang 13 April lepas mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen manakala Ahmed Mohammad tidak diwakili peguam. - Bernama

Racun, dadah dalam seluar

Tertuduh (depan) diiringi polis keluar dari mahkamah, semalam.
KOTA BHARU - Seorang peniaga dijatuhi hukuman 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah memiliki racun yang dilarang dan dadah seberat 0.12 gram, Januari lalu.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Yusaini Besar, 40, dari Kampung Lundang di sini.
Mahkamah mengenakan hukuman penjara 10 bulan bagi pertuduhan pertama, penjara lapan bulan bagi pertuduhan kedua dan penjara enam bulan bagi pertuduhan ketiga.
Beliau bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Januari lalu. Mohd Yusaini yang berada di dalam kandang tertuduh hanya mampu menundukkan wajahnya.
Berdasarkan kertas pertuduhan Yusaini, dia didakwa memiliki 20 biji tablet berwarna merah yang mengandungi Promethazine dan dua tablet berwarna putih mengandungi Pseudoephedrine yang disenaraikan dalam jadual pertama Akta Racun 1952.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Raun 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta sama yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau keduaduanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua dia didakwa memiliki lapan biji tablet berwarna biru yang mengandungi Diazepam yang didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, Yusaini didakwa memiliki dadah jenis Dihydrocodeine seberat 0.12 gram yang didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama.
Kesemua kesalahan dilakukan di rumah Lot 163- A, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian di sini pada jam 12.30 tengah hari, 8 Januari 2012.
Terdahulu, Yusaini yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan kerana dia sudah insaf dengan kesalahan yang dilakukan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam memohon hukuman setimpal yang mampu memberi pengajaran kepada tertuduh serta mengambil kira kesalahan membabitkan dadah semakin berleluasa di negeri ini.

Sanggup curi barang kemas ibu, ugut bakar rumah

Khairul Azri mengaku salah mencuri barang kemas dan tunai RM500 milik ibunya
di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU- Anak derhaka! Seorang anak bukan sahaja sanggup mencuri barang kemas dan duit milik ibu kandungnya sendiri malah lebih melampau, dia dengan rasa tidak bersalah sanggup mengugut akan membakar kediaman yang dihuni mereka di Kampung Kubang Ikan, disini.
Bagaimanapun, sikap kurang ajar si anak, Khairul Azri Kamaruzaman, 25, menerima pembalasan setelah Mahkamah Majistret, di sini, menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan dan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh mengaku salah mencuri barang kemas bersama tunai RM500 milik ibunya, Rus Abu Bakar, 53, pada 25 Mei lalu antara jam 4 petang sehingga jam 4.30 petang.
Khairul Azri mengaku mencuri barang kemas serta wang yang disimpan ibunya di dalam beg tangan dan diletakkan di dalam almari bilik tidur ibunya di kediaman mereka di Kampung Kubang Ikan, di sini.
Dengan itu, Khairul Azri dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu melakukan curi dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat kediaman milik ibunya itu.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Berdasarkan fakta kes, ibu malang yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir Kanan itu menyedari barang kemas serta wangnya hilang kira-kira jam 4 petang.
Dia terus mengesyaki anaknya yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu memandangkan sebelum ini, anaknya sering kali mencuri dan secara kebetulan pada hari kejadian, suaminya lupa mengunci pintu bilik berkenaan.
Selain itu, hatinya kuat menyatakan anaknya yang melakukan semua itu kerana sebelum ini, anaknya pernah mengugut akan membakar rumah mereka sekiranya dia tidak memberikan wang kepadanya.
Disebabkan rasa takut dan ingin memberikan pengajaran terhadap anaknya itu, dia mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Chendering, di sini, selepas kejadian.
Berikutan laporan dibuat, Khairul Azri ditahan di kediaman mereka pada 28 Mei lalu kira-kira jam 10.30 pagi dan dia turut didapati positif pil methampethamine.

Dilanggar dari arah belakang

Marzuki menerima kunjungan Pengarah IKM Sungai Petani, Muhammad Nasir Hasan
(tiga, kanan) ketika dirawat di HSAH.
SUNGAI PETANI – Tindakan seorang lelaki keluar kenderaan untuk memeriksa kerosakan selepas mengalami kemalangan mengundang padah apabila dia cedera parah manakala seorang anaknya maut selepas dilanggar sebuah kenderaan lain dari arah belakang.
Dalam kejadian ini, Pengarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis, Marzuki Mahamad Radzi mengalami patah kaki kiri manakala anak perempuan, Muhrizah, 3, maut dalam kemalangan ketika sedang dalam perjalanan dari Sungai Buloh ke Beseri, Perlis kira-kira jam 6.10 pagi semalam.
Dua lagi anaknya yang turut berada dalam kenderaan, Muslihah, 6, kritikal dan anak perempuan sulungnya, Muzfirah, 9, dilaporkan stabil.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku di kilometer 90.8 Lebuhraya Utara Selatan di mana kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Marzuki bersama tiga anaknya dalam perjalanan untuk pulang ke Perlis.
“Berlaku pelanggaran antara kenderaan MPV dengan sebuah lori yang membawa muatan kayu balak di sebelah kiri jalan.
“Akibat kemalangan terbabit, Marzuki dikatakan cuba untuk keluar dari kenderaannya bagi melihat kerosakan. Bagaimanapun, sebuah kenderaan lain yang datang dari arah belakang gagal untuk mengelak dan terus melanggar MPV terbabit,” katanya.
Akibat kemalangan itu, Muhrizah maut di lokasi kejadian manakala Marzuki mengalami patah kaki dan Muslihah yang mengalami pendarahandi kepala kini masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Anak sulung, Muzfirah menerima rawatan akibat kecederaan di mulut bagaimanapun dibenarkan pulang.
Sementara itu, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSAH untuk bedah siasat dan jenazah dituntut keluarga lebih kurang jam 1 tengah hari sebelum dibawa pulang ke Kampung Padang Keria, Sanglang, Perlis untuk dikebumikan.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali mengesahkan kejadian kemalangan yang berlaku.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tony Blair diserang ketika siasatan skandal godam telefon

Pengawal keselamatan mengheret keluar penyerang Blair ketika sidang penghakiman.
LONDON - Sesi siasatan lanjut skandal penggodaman telefon membabitkan akhbar News of the World di bawah empayar media, Rupert Murdoch diganggu seorang penunjuk perasaan yang menggelar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair sebagai penjenayah perang.
Sidang penghakiman, diketuai Hakim Brian Leveson terhenti seketika apabila individu berkenaan secara tiba-tiba masuk dan menghamburkan kata-kata kasar kepada bekas ketua negara Britain itu.
Bagaimanapun, Blair yang juga bapa angkat kepada salah seorang anak Murdoch, hanya bertenang sehingga sesi siasatan berakhir.
Semasa siasatan, Blair mengakui hubungan di antara ahli politik dan media tidak dapat dielakkan, tetapi akan menjadi tidak sihat jika kumpulan media itu cuba mengguna akhbar sebagai medium kekuasaan politik.

Polis Kenya siasat punca letupan terbaru

Pasukan polis anti-keganasan memulakan siasatan mencari punca insiden.
NAIROBI - Polis Kenya menyiasat satu letupan di sebuah kompleks membeli-belah di kawasan perniagaan Nairobi yang menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang cedera.
Jurucakap polis, Eric Kiraithe memberitahu, pasukan polis anti-keganasan mula melakukan siasatan di kawasan letupan untuk mencari punca kejadian insiden, selain mengesyaki berlaku kerosakan melibatkan pendawaian elektrik di premis berkenaan.
"Kumpulan penyiasat kini mendakwa kemungkinan insiden itu berlaku disebabkan letupan bom yang diubah oleh penjenayah," katanya, semalam.
Sementara itu, seorang saksi yang juga peniaga di sebuah premis terlibat mengakui terlihat seorang lelaki meninggalkan beg di dalam pusat perniagaan itu, sebelum berlakunya letupan.
"Dua kali lelaki itu masuk ke dalam kedai untuk melihat kemeja.
Dia juga memberitahu tidak cukup wang untuk membelinya dan kemudian memberi alasan untuk keluar mengambil wang.
Kemudian dia masuk semula ke dalam premis," kata Irene Wachira.

Wanita cari abang hilang di Singapura 9 tahun lalu
KEDAH - Seorang lelaki yang berhijrah ke Singapura sembilan tahun lalu kini masih gagal dikesan oleh adiknya setelah dilaporkan hilang oleh majikannya di sana pada 2003.
Ai Tiang a/l Jok Kiau, 47, dilaporkan hilang setelah dua minggu tidak pergi bekerja. Ia juga tidak pernah kembali ke pangkuan keluarganya di Sik, Kedah selepas itu.
Adiknya Ee Coom a/p Jok Kiau, 31, berkata dia dan keluarga menyedari kehilangan abangnya itu setelah majikan Ai Tiang menelefon bertanyakan sama ada dia ada pulang ke kampung.
"Selepas mendapat panggilan, beberapa ahli keluarga saya telah pergi ke sana (Singapura) dan mendapati abang tiada di rumah sewanya.
"Ahli keluarga saya hanya menjumpai pasportnya manakala kad pengenalannya tiada. Dia tinggal seorang diri di rumah itu," katanya kepada pemberita di kampung Tanah Merah Siam, Pedu dekat sini hari ini.
Ee Coom berkata keluarganya telah membuat laporan polis tentang kehilangan abangnya di Singapura tetapi sehingga kini belum mendapat maklum balas.
"Abang saya bekerja dengan syarikat kontraktor di sana dan kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah pada Januari 2002. Kemudian abang ada menghubungi keluarga kami selepas Raya Haji 2003 dan selepas itu dia terus senyap," kata Ee Coom.
Katanya jika abangnya masih ada lagi, dia berharap agar abangnya pulang ke pangkuan keluarga kerana mereka sekeluarga sangat merinduinya.
"Dia adalah anak tunggal lelaki dalam keluarga kami dan kami semua sangat merindui dia dan berharap dia akan kembali ke pangkuan keluarga. Sudah bermacam cara kami gunakan untuk menjejaki abang tetapi semuanya tidak berhasil," katanya.
Dia berkata jika ada sesiapa yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai abangnya, boleh menghubunginya di talian 019-4427848. - Bernama

Abang terbedil dahi adik
DITAHAN ...anggota polis mengiringi dua lelaki yang dipercayai pemilik senapang buatan sendiri untuk membantu siasatan.
MIRI: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun kritikal akibat terkena tembakan di dahi yang dilepaskan abang berusia 10 tahun menggunakan senapang buatan sendiri ketika mereka bermain dengan senjata itu di kuarters pekerja kilang di Kampung Muhibah, Kuala Baram, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Nurul Afifah Maderon, dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan abangnya, Mohd Nur Aznul, ketika mereka bermain senjata milik seorang jiran yang ditinggalkan di tepi tangki air kuarters berkenaan.
Difahamkan, senapang itu diletakkan jiran berusia 20-an di situ kerana menyangka ia tidak lagi dapat digunakan selepas gagal berfungsi ketika dia cuba menembak burung beberapa hari lalu.
Menurut ibu mangsa, Janiah Assan, 31, ketika kejadian dia baru selesai membasuh pakaian manakala kedua-dua anaknya itu sedang bermain di luar rumah.

Macam dirasuk
PERIKSA...anggota Unit Forensik polis memeriksa rumah mangsa.
RAWAT...Juriah ditemani ahli keluarganya di HPSF, semalam.
MUAR: “Dia (suspek) bagaikan dirasuk. Walaupun melihat suami tidak berdaya dan berlumuran darah, dia terus menetak hingga kakaknya dan beberapa jiran datang menghalangnya.
“Ketika itu, mak cik tak dapat buat apa-apa kerana ditetak di kepala dan badan menyebabkan mak cik merangkak ke depan pintu dan menjerit minta tolong,” kata warga emas, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, menceritakan kejadian menyayat hati di rumahnya di Kampung Parit Kerinchi, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.41 pagi itu, Juriah dan suaminya, Revuan@Reduan Harun, 73, hanya berdua di rumah sebelum tiba-tiba pintu depan rumah mereka ditendang suspek, wanita berusia 22 tahun yang juga jiran mangsa.
“Ketika itu, mak cik sibuk menyiapkan bahan untuk memasak di dapur, manakala arwah (suami) berehat di ruang depan sebelum kami terdengar pintu depan ditendang kuat.

“Sejurus kemudian, seorang wanita dalam keadaan tidak terurus meluru masuk dan menjerit meminta tolong.
“Saya dan suami memarahi kelakuannya kerana menyebabkan kami terkejut, namun dia tidak mengendahkannya lalu mencapai parang di kawasan berhampiran dan menyerang kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui selepas mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.
Tangkap ikan pelik
KERTEH: “Saya terkejut melihat rupa bentuk ikan berkenaan sebelum membuat keputusan membelinya,” kata Othman Abu Bakar, 63, yang membeli ikan mempunyai fizikal ganjil sepanjang tiga meter dan berat sembilan kilogram daripada seorang nelayan di jeti Kuala Kerteh, di sini, kelmarin.
Othman berkata, ikan berkenaan berwarna putih dan mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga, manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan.
Katanya, ikan berkenaan dibawa pulang nelayan terbabit jam 11 pagi kelmarin dan dia yang secara kebetulan berada di jeti berkenaan tertarik hati untuk membelinya.
“Orang ramai yang ada di situ hairan melihat ikan berkenaan yang menyerupai naga, tetapi berwarna putih dan mempunyai kulit kasar seperti pari, namun tidak bersisik manakala sirip dan kepalanya seperti naga serta badannya lembik seolah-olah tidak bertulang.
“Saya meminta kebenaran nelayan berkenaan membeli ikan itu kerana selain tidak pernah melihatnya sebelum ini, saya juga berhajat membawanya pulang bagi ditunjukkan kepada penduduk kampung,” katanya yang enggan memaklumkan harga dibayarnya bagi membeli ikan berkenaan.
Menurutnya, sebaik pulang ke rumah di Kampung Telaga Papan, di sini, dia dimaklumkan beberapa jirannya mereka juga tidak pernah melihat ikan berkenaan.
“Bagaimanapun, ketika ikan itu dibawa naik ke darat, sebahagian kepalanya sudah hancur mungkin kerana tersangkut pada pukat yang digunakan nelayan.
“Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya melihat ikan sedemikian rupa dan rakan nelayan di kampung ini juga tidak pernah mendapat tangkapan sepelik itu,” katanya yang bekerja sebagai pengeluar minyak urut.
Othman berkata, dia mungkin mengeringkan ikan itu dan cuba dijadikan ramuan menghasilkan minyak urut.
Sementara itu, Pegawai Penyelidik Departmen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin, Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, ikan itu dikenali sebagai ikan naga daripada keluarga Regalecidae yang juga ikan bertulang terpanjang di dunia.
“Laut China Selatan adalah satu daripada habitat ikan berkenaan dan bukan mustahil ia tersangkut pada pukat nelayan.
“Mengikut rekod jabatan, pihak kami pernah menerima ikan spesies itu daripada nelayan tempatan sekitar tahun 1990-an,” katanya yang memberitahu ikan naga terpanjang pernah ditangkap di Vietnam sepanjang 10 meter.
Masih hidup disangka mati
SHAH ALAM: Disangka mati selepas terjun ke dalam Tasik Raja Lumu di sini, rupa-rupanya dia masih hidup dan sedang bekerja. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 32 tahun yang disangkakan mati selepas beg pakaiannya ditemui terapung di permukaan tasik berkenaan, semalam.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), polis serta dibantu anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula jam kira-kira jam 5 pagi, semalam, pada mulanya dilaksanakan selepas bilik gerakan mendapat panggilan seorang wanita mengatakan nampak seorang wanita lain terjun di tasik itu.
Bagaimanapun, pasukan mencari dan menyelamat hanya menemui dua beg termasuk satu beg terapung berisi pakaian dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sumber polis berkata, selepas melihat alamat tertera di sijil itu, pihaknya menghubungi polis Terengganu untuk mengesan keluarga ‘mangsa’.
“Kami hubungi pihak keluarga berdasarkan alamat itu. Pada mulanya bapa kepada lelaki yang memiliki sijil SPM itu tidak mahu bekerjasama bimbang anaknya terbabit dalam kes jenayah.
“Tetapi kami menerangkan perkara sebenar kemungkinan anaknya terjun di tasik sebelum dia bersetuju memberi nombor telefon anaknya.
“Kami menghubungi pemilik sijil itu dan dia terkejut apabila diberitahu beg pakaiannya ditemui timbul di Tasik Raja Lumu. Lelaki berusia 32 tahun itu mengakui sebelum ini dia menumpang di surau berhampiran tasik itu selama dua bulan selepas berhijrah dari Terengganu untuk mencari kerja.
“Kini dia bekerja di Pelabuhan Klang dan akan hadir ke balai polis untuk mengambil beg berisi pakaian dan sijil miliknya itu,” kata sumber polis ketika ditemui pada operasi semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob yang dihubungi mengesahkan laporan bagaimanapun berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dikatakan wanita itu tetap diteruskan.
“Kami akan lebih fokus kepada usaha mencari dan menyelamat. Siasatan setakat ini menjurus kepada kes bunuh diri.
“Siasatan mengenai saksi yang memanggil talian kecemasan 999 sama ada membuat laporan palsu atau tidak, itu kita kira kemudian,” katanya.
Difahamkan, polis sedang mencari alamat pemanggil wanita misteri itu berdasarkan pendaftaran talian telefon bimbitnya berikutan dia tidak dapat dihubungi.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu jam 4.48 pagi semalam.
Tarik rambut mahu RM200
AMPANG: Seorang warga emas cedera di muka apabila dibelasah seorang wanita lain yang juga rakan serumahnya angkara tidak puas hati mengenai wang pendahuluan rumah disewa mereka di Pandan Perdana, di sini.
Difahamkan, wanita terbabit memukul mangsa berikutan tidak puas hati penjelasan mangsa mengenai penyerahan wang pendahuluan lebih RM200.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, mangsa yang berusia 57 tahun berada di rumahnya bersama rakannya itu dan mereka berbincang mengenai wang pendahuluan selepas wanita terbabit mahu berpindah dari rumah berkenaan.
“Bagaimanapun, mangsa memberi penjelasan tidak boleh memulangkan wang pendahuluan itu sehingga ada penyewa baru berpindah masuk menggantikannya.
“Tindakan itu menyebabkan wanita terbabit tidak puas hati dan memaki hamun serta menarik rambut mangsa,” katanya.
Menurutnya, bukan itu saja, wanita terbabit turut membelasah mangsa hingga mengalami pendarahan.
“Melihat mangsa cedera, rakan serumahnya itu melarikan diri,” katanya.
Beliau berkata, mangsa pergi mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.
Ugut pesta ratah isteri
KUALA LUMPUR: Dua tangannya diikat manakala mulutnya ditutup. Mangsa kemudian dipaksa menghidu serbuk putih dipercayai dadah sebelum dipukul suaminya yang juga penagih dadah.
Itu penderitaan dilalui seorang wanita berusia 22 tahun yang diperlakukan tidak ubah seperti binatang oleh suaminya berusia awal 20-an yang naik angin apabila mengesyaki isterinya berlaku curang.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam di rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin, suami mangsa turut mengugut untuk memanggil rakannya bagi merogol mangsa.
Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila berjaya melarikan diri ketika suaminya itu keluar rumah untuk memanggil rakannya sebelum bergegas membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Menurut sumber, suami mangsa yang pulang ke rumah dalam keadaan marah memaki hamun isterinya itu sebelum menuduhnya curang.
‘Saya minta maaf’
LOMBOK: “Saya ingin minta maaf kepada kedua mentua kerana melarikan Su ke Lombok. Bukan berniat melukakan hati mereka, saya sayangkan dia dan perkahwinan kami.
“Semoga kami dapat membina keluarga bahagia sebaik saya bekerja di Malaysia nanti,” kata Madon Aban, 32, pemuda Lombok yang melarikan Suriani Abdul Wahab sebelum bernikah dengannya hampir lima tahun lalu.
Menurutnya, sebagai lelaki bertanggungjawab, dia juga selalu menasihati Suriani yang lebih mesra dengan panggilan Su supaya memohon maaf kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana meninggalkan mereka untuk ke Lombok kerana sedar restu keluarga itu penting di dalam meneruskan kehidupan.
Madon berkata, dia sendiri sering berbual dengan keluarga mentuanya itu menerusi telefon dan bertanya khabar mereka dan sebagai suami, dia tidak pernah menghalang Su berhubung dengan adik beradiknya kerana tahu isterinya juga rindukan kampung halaman dan sanak saudara.
“Sebab itu saya tak halang dia pulang ke Malaysia bertemu mereka kerana itu yang terbaik. Saya akan menyusul selepas mendapat semua dokumen berkaitan. Buat masa ini, ia masih dalam proses,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Setiausaha Agung Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Abdul Khalid Chairul di Kampung Orong, Lombok Barat semalam.
Madon berkata, dia terlalu sayangkan isterinya menyebabkannya bersetuju memberikan kerjasama kepada KP1M untuk membawa pulang Su bertemu keluarganya di Baling, Kedah.
“Itu yang terbaik buat masa ini dan saya mahu dia menjadi anak yang taat. Terima kasih juga kepada mentua kerana menerima saya seadanya dan sudi memaafkan saya walaupun dengan apa yang berlaku,” katanya.
Pada pertemuan itu, Madon sempat meneliti laporan akhbar ini Sabtu lalu yang memetik ibu mentuanya, Siti Zaleko Wahab, 52, menerima kehadirannya sebagai menantu dan melupakan kisah silam membabitkan dirinya.
Sementara itu, suasana hiba menyelubungi pekarangan rumah Madon selepas pegawai Imigrasi Indonesia dan KP1M membawa Su ke pejabat pihak berkuasa itu di Kota Mataram untuk proses dokumentasi.
Paling menyentuh hati apabila anaknya, Ismadani, 3, menangis teresak-esak kerana tidak mahu melepaskan dia pergi sehingga ditenangkan bapanya dan saudara mara terdekat.
Ibu mentuanya Ajiminari, 70-an, kelihatan sebak ketika Suriani bersalaman dengan ahli keluarga dan dia tidak ditemu bual kerana begitu sedih kerana terpaksa merelakan pemergian menantu tunggalnya itu.
Turut hadir mengucapkan selamat jalan ialah jiran terdekat yang menyifatkan Su sebagai seorang yang baik dan mudah mesra selain pandai mengambil hati mereka biarpun pada peringkat awal berdepan budaya baru di pulau berkenaan.
Usah kenang perkara lalu
SEPANG: “Saya gembira dan bersyukur kerana Su selamat pulang ke tanah air. Lega kerana akhirnya saya dapat melepaskan rindu. Kami sekeluarga juga akan tunggu suaminya, Madon sampai dan membawa orang baru dalam keluarga kami,” kata Siti Zaleko Wahab,50.
Kata-kata itu diluahkan sebaik menyambut ketibaan anaknya, Suriani Abdul Wahab,21, di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) Sepang selepas di bawa pulang Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), semalam.
Turut hadir, Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, bapa Suriani, Abdul Wahab Salleh,52, serta keluarga terdekat yang datang membawa ibu muda itu pulang ke kampungnya di Ulu Bakai, Baling Kedah.
Siti Zaleko berkata, dia ingin meluangkan masa bersama anak keempat daripada enam beradik itu termasuk menerima kunjungan ahli keluarga yang selama ini tertanya-tanya perkembangan Suriani sejak dia meninggalkan rumahnya hampir lima tahun lalu.
Katanya, majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu terutama KP1M menerusi perbincangan dengan Imigrasi Indonesia.
Sementara itu, Abdul Wahab berkata, dia terharu dengan sokongan diberikan semua pihak termasuk Abdul Azeez.
yang memintanya bersabar sementara pihaknya berusaha mencari jalan membawa Suriani pulang.
“Saya dimaklumkan KP1M akan membawa menantu serta cucu ke Malaysia dalam masa terdekat untuk membolehkan mereka berkumpul sebagai satu keluarga. “Saya merancang memasukkan Suriani ke kelas agama sepanjang di sini. Bagi saya semua yang berlaku, kita lupakan saja,” katanya. Bagaimanapun, usaha menemubual Suriani gagal memandangkan dia terlalu sedih dan sebak. Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, kes Suriani adalah yang ke-52 diuruskan KP1M dan dia mengambil tanggungjawab itu selepas diminta pasangan berkenaan untuk membawa pulang anak mereka.
Katanya, perbincangan awal pihaknya dan Imigrasi Indonesia di Mataram membolehkan Suriani memperoleh kebenaran untuk keluar dari pulau berkenaan selepas menetap di sana hampir lima tahun.
“Segala proses berjalan lancar kerana ia dilakukan berdasarkan budi bicara. Dalam konteks ini, ia mengambil kira kerjasama yang lama terjalin antara KP1M dengan pihak berkuasa di sana,” katanya.
Rentung bawah tangga
PENGKALAN HULU: “Saya terkejut mendengar orang menjerit lalu keluar rumah dan melihat api sedang marak di sebuah rumah dan bergegas ke tempat itu.
“Alangkah terkejut apabila melihat kebakaran itu rumah adik saya dan tidak mampu berbuat apa-apa,” kata Visai Naisuchik, 70, bapa saudara kepada Songkran Cheong Sim, 26, yang rentung manakala ibunya cedera apabila rumah dua tingkat mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Tasek, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian pada jam 5.45 pagi itu, mayat mangsa ditemui di ruang tamu tingkat bawah rumah itu, manakala ibunya, Cheong Meng Chee, 50-an yang juga adik kepada Visai cedera di kaki dan badan akibat melecur ketika hendak menyelamatkan diri. Visai berkata, anak saudaranya itu hanya tinggal berdua dengan ibunya dan pulang bercuti seminggu lalu selepas bapanya berpisah dengan ibunya sejak lima tahun lalu.
“Songkran bertugas sebagai penyelia di syarikat swasta di Kuala Kangsar pulang bercuti minggu lalu untuk menjenguk ibunya,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, semalam.
Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu, Mohd Zaki Zainol berkata, mayat mangsa ditemui di bawah tangga rumah dua tingkat itu selepas dipercayai terperangkap ketika cuba keluar untuk menyelamatkan diri.
“Manakala ibunya yang berada di tingkat bawah rumah itu berjaya menyelamatkan diri,” katanya. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.57 pagi sebelum sebuah jentera dengan 10 anggota tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.
“Kita berjaya mengawal kebakaran 30 minit kemudian dengan bantuan 14 anggota dari pasukan bomba sukarela yang tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
“Siasatan awal percaya kemungkinan kebakaran bermula daripada tingkat atas kerana hasil siasatan mendapati bahagian dapur rumah itu masih dalam keadaan baik. “Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih belum boleh ditafsirkan,” katanya.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Anuar Omar mengesahkan kejadian itu. Mayat Songkran dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat.
Pelawak lelaki ditahan
TAIPING: Seorang artis lelaki yang juga pelawak terkenal tanah air ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan kes tipu orang ramai dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) berjumlah hampir RM80,000.
Suspek yang berusia 40-an itu ditahan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebaik artis itu datang untuk memberi keterangan pada jam 4 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, lelaki berkenaan ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes tipu membabitkan acara penganjuran Taiping Fest 1 Malaysia, Sempena Tahun Melawat Perak 2012 awal Mac lalu.
Pengembala diserang haiwan buas
KLUANG: Pengembala lembu, Mahadi Sadri, 30, yang maut dalam insiden tragis di ladang Kampung Batu 54, di sini, kelmarin, dipercayai diserang haiwan buas berdasarkan penemuan beberapa kesan tapak kaki dan objek dipercayai ‘bulu’ haiwan di lokasi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Mohd Noor Mohamad berkata, berdasarkan keputusan laporan bedah siasat terhadap mangsa, pihaknya mendapati mangsa meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak dan kecederaan serius.
“Mangsa (Mahadi) didapati mengalami pendarahan serius pada bahagian dada dan paha, dipercayai akibat serangan haiwan buas. “Malah, tidak wujud sebarang unsur jenayah dalam insiden ini dan kami (polis) tidak menolak kemungkinan mangsa diserang haiwan buas,” katanya.
Mohd Noor berkata, berdasarkan keputusan bedah siasat, pihaknya mendapati mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak berikutan kesan luka di beberapa tubuhnya serius, malah daging terkoyak dipercayai kesan gigitan haiwan buas.
‘Arwah nak ikut ayah’
SUNGAI PETANI: “Arwah bersungguh-sungguh nak ikut ayahnya balik ke Perlis kerana kedua-dua kakaknya juga ikut sekali kerana cuti sekolah. Arwah cuma cakap mak nak ikut ayah dan terus masuk ke dalam kereta.
“Saya tidak melarang kerana arwah ketika itu demam,” kata Zafrina Abdullah, 36, ibu kepada Muhrizah Marzuki, 3, yang maut selepas kereta dipandu bapanya terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 90.8, arah utara Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bedong, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 6.10 pagi, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Oddesey dipandu bapa mangsa, Marzuki Mohd Radzi, 36, yang juga Pengarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Berseri, Perlis, merempuh sebelah kiri belakang sebuah lori balak sebelum kenderaan itu dirempuh sebuah kereta lain yang datang dari belakang.
Mangsa yang cedera parah di kepala, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, manakala bapanya, Marzuki patah kedua-dua kaki.

Sementara itu dua kakak mangsa, Muzfirah, 9, cedera ringan manakala Muslihah, 6, parah di kepala dan masih dirawat di hospital berkenaan.
Tebuk dinding tandas
IPOH: Sekumpulan perompak profesional menggunakan taktik menebuk dinding tandas sebuah restoran bagi membolehkan mereka menceroboh masuk ke dalam kedai emas di pekan Menglembu, di sini dan melarikan barang kemas bernilai lebih RM500,000.
Penjenayah bermodalkan pahat dan tukul besi itu dikesan menjadikan kedai emas baru beroperasi tidak sampai 12 bulan di Jalan Kledang, di sini, sebagai sasaran selepas dipercayai melakukan perancangan rapi sejak sekian lama.
Sumber polis berkata, kejadian rompakan itu disedari jam 9 pagi semalam apabila pemilik kedai mahu membuka premis untuk memulakan perniagaan seperti kebiasaannya.
Menurutnya, mangsa terkejut apabila mendapati kedainya diselongkar manakala barang kemas bernilai lebih RM500,000 lesap dilarikan penjenayah.

Subscribe to:
Posts (Atom)