Search This Blog

Sunday, May 27, 2012

Empat sekeluarga nyaris maut

Empat sekeluarga nyaris maut
Kesan simen yang berlubang akibat dipanah petir malam Rabu lalu.
KOTA BHARU - Empat sekeluarga nyaris maut, selepas rumah mereka disambar petir, di Kampung Chekok, di sini, Rabu lalu.

Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu menyebabkan fius utama di samping siling dan simen dalam sebuah bilik keluarga terbabit musnah.

Mangsa, Anuar Mohamad Ismail, 37, berkata, ketika itu, dia bersama isteri Noreha Mat, 31, dan dua anaknya berada di dapur mengemas lori, bagi menghantar pesanan tong gas ke rumah pelanggan.

“Semasa sibuk mengemas di dapur, hujan agak lebat di luar, namun kami tidak endahkannya dan terus mengemas, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang kuat di ruang utama.

Kami bergegas keluar dan melihat suis terbakar dan kotaknya turut hancur di samping simen di sebuah bilik turut berlubang dipanah petir,” katanya.

Anuar berkata, akibat peristiwa itu, dia mengalami kesan trauma dan bimbang akan keselamatan mereka sekeluarga.

“Ini merupakan kejadian pertama rumah ini disambar petir sejak setahun tinggal di sini.

Mujurlah ketika kejadian saya, isteri dan anak-anak berada di dapur, jika tidak mungkin kami turut disambar petir.

“Saya harap pihak berwajib dapat menjalankan siasatan terhadap kes ini kerana ia membahayakan kami sekeluarga termasuk penduduk di kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Anuar berkata, kejadian itu juga menyebabkan beberapa biji mentol di rumah jirannya turut pecah.

“Sebulan lalu, saya pernah melihat pokok pisang di kawasan luar yang jaraknya hanya 20 meter dari rumah, dipanah petir dan menyebabkan hampir lima pokok pisang rosak akibat kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, perkara itu perlu perhatian pihak berwajib bagi mengelakkan kejadian terbabit berulang, dan boleh mengorbankan nyawa dan mengundang musibah kepada lebih 10 penghuni di beberapa buah rumah di kawasan itu.

Bapa laung azan ketika api marak ke seluruh rumah

Bapa laung azan ketika api marak ke seluruh rumah
Che Hassan menunjukkan keadaan rumahnya yang musnah dalam kebakaran
berlaku awal pagi itu.
DUNGUN– "Saya laungkan azan sekuat hati ketika melihat api marak dan merebak ke seluruh rumah." Demikian kata Che Hassan Che Ali, 52, menceritakan saat cemas rumahnya hangus dalam kejadian kebakaran di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian itu rumahnya hangus sama sekali dan kini Che Hassan buntu memikirkan mereka 10 beranak tinggal sehelai sepinggang.

Menceritakan tragedi yang berlaku kira-kira jam 1 pagi itu, Che Hassan ketika itu sedang tidur bersama isteri, Zaiton Hassan, 48, sebelum salah seorang anaknya, Siti Nur Jahar, 22, mengejutkannya sebaik menyedari dapur rumahnya terbakar.

“Saya dan anak-anak tidak mampu berbuat apa-apa kecuali melaungkan azan sekuat hati.

“Jiran kami cuba membantu memadamkan api namun api yang marak dengan cepat menyebabkan rumah kami hangus semuanya,” katanya.

Kata Che Hassan, pakaian, perabot dan peralatan sekolah anaknya semua sudah jadi abu.

"Saya dan keluarga kini terpaksa menumpang di rumah mentua, saya buntu memikirkan bagaimana untuk memulakan hidup baru," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai dan Penyelamat Kuala Dungun, Nor Azizi Che Ngah berkata, anggotanya mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan kebakaran dan mengawalnya daripada merebak ke kawasan berhampiran.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran tersebut.

4 beradik sengsara

BALING - Empat beradik dari Kampung Pokok Sena, Mukim Pulai di sini terpaksa berhadapan dengan keperitan hidup sehingga pernah ke sekolah tanpa membawa wang sesen pun sementara di rumah mereka hanya memakan buah sukun rebus bagi menggantikan nasi.
Keadaan ini berlaku akibat bapa mereka yang berusia 39 tahun yang dikatakan sedang menjalani hukuman buang daerah kerana terlibat dengan dadah sejak beberapa bulan lalu  manakala ibu mereka yang berusia 35 tahun masih merengkok dalam lokap polis untuk proses soal-siasat, juga berkaitan tuduhan terbabit dengan najis dadah.

Empat beradik malang ini Nor Shafarina, 12, Mohd Sharizan, 11, Mohd Syawal, 7, dan Nor Sharifah, dua setengah tahun kini hanya bergantung hidup kepada nenek mereka Esah Abu Bakar, 60, dan ibu saudara mereka Yuslina Mohd Yusof, 36, seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak. 
Keluarga itu hanya bergantung kepada pendapatan Yuslina yang berniaga nasi lemak di waktu pagi secara kecil-kecilan.

Yuslina yang mempunyai tiga orang anak berusia antara tujuh hingga 16 tahun berkata dia terpaksa mengambil tanggungjawab menjaga empat anak saudaranya itu selepas abang dan kakak iparnya ditahan.

"Saya hanya mampu menjual nasi lemak secara kecil-kecilan dengan pendapatan yang cukup makan saja. Kami tidak ada punca pendapatan lain," katanya.
Tiga daripada empat beradik tersebut yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Baling dikatakan sering ke sekolah tanpa membawa wang saku. - Bernama

Curi barang kemas, amah Indonesia dipenjara 18 bulan

PETALING JAYA - Pembantu rumah warga Indonesia yang melarikan diri bersama dua set barang kemas milik anak perempuan Ketua Wanita Umno Wilayah Persekutuan Datuk Azizah Abd Samad Isnin lalu, hari ini dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Sulismawati, 30, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.

Ahmad Solihin memerintahkan Sulismawati menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh dia ditangkap pada 22 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri barang kemas milik Zalilawati Osman, 33, yang bernilai kira-kira RM50,000 di No. 44, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya di sini pada pukul 3.15 petang, 21 Mei lalu.

Bagi pertuduhan tersebut Sulismawati yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
       
Terdahulu, Sulismawati merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman yang ringan.

"Saya merayu tuan, ringankan hukuman ke atas saya. Saya mahu pulang ke kampung untuk jumpa anak saya yang sedang sakit," katanya berkali-kali dengan nada sebak.

Mengikut laporan akhbar sebelum ini, kejadian itu disedari Azizah dan Zalilawati selepas pulang dari pejabat apabila mendapati Sulismawati tiada di rumah.

Curiga dengan ketiadaan pembantu rumahnya itu, Zalilawati kemudian memeriksa biliknya di tingkat atas dan mendapati dua set barang kemas yang disimpan di dalam laci hilang.

Wanita itu bagaimanapun berjaya ditangkap polis keesokan harinya selepas mendapat maklumat daripada orang ramai yang dia bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Melayu Subang dekat sini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat.- Bernama

Ibu disyaki gigit perut anak

Ibu disyaki gigit perut anak
Kanak-kanak malang ini takut dan fobia apabila didekati
IPOH – Dua beradik berusia tiga dan dua tahun menempuh pengalaman ngeri apabila disyaki didera ibu di Langkap, Teluk Intan, minggu lalu.

Ibu berusia 25 tahun itu menggigit perut seorang anaknya hingga lebam di badan.

Untuk melindungi kesan lebam itu, dia pakaikan baju berlengan dan seluar panjang.

Penderitaan kedua-dua kanak-kanak malang itu terbongkar apabila bapa mangsa yang berusia 49 tahun, membawa anak bongsu ke klinik meskipun dihalang isterinya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kei, yang melawat kanak-kanak itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam berkata, kecederaan yang dialami kanak-kanak itu lebih serius daripada abangnya.

“Badan mangsa ada kesan lebam lama dan baru,” katanya.

Kanak-kanak itu mengalami fobia, seolah-olah takut didekati.

Katanya, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan beri kaunseling kepada kedua-dua beradik itu bagi mengurangkan perasaan takut.

“Kita juga bercadang beri penempatan selamat,” katanya.

Seai Kei berkata, dalam tempoh tujuh tahun, terdapat 1,624 kes dera di negara ini.

Dari jumlah itu, 357 membabitkan bapa kandung dan 300 kes ibu kandung manakala kes libatkan bapa dan ibu tiri adalah 167.

“Di Perak, ini merupakan kes pertama tahun ini, Selangor masih teratas dengan statistik dengan 19 kes setakat Mei 2012,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, polis menahan ibu bapa mangsa sebaik laporan diterima, 20 Mei lalu untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan siasatan yang dibuat, polis menyifatkan kes itu sebagai dera dan motifnya masih dalam siasatan.

"Ibu dan bapa mangsa masih dalam tahanan reman sehingga hari ini," katanya.

Difahamkan, laporan dibuat ahli keluarga mangsa selepas melihat kesan lebam.

2 beradik dalang edar pil kuda ditahan

KOTA BHARU - Dua beradik yang menjadi dalang mengedar pil kuda ditahan dalam operasi polis Kelantan di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kelantan, Supritendan Amran Ramli berkata, serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah di Bukit Panau Tanah Merah dan berjaya merampas 4,092 biji pil kuda bernilai RM143,220.

"Selain rampasan, wang bernilai RM25,400, sebuah kereta perodua kancil dan motosikal jenis Yamaha turut disita," katanya kepada media di sini, hari ini.

Lelaki mati diserang sekumpulan individu

KOTA KINABALU - Seorang lelaki mati manakala rakannya parah apabila mereka diserang sekumpulan lelaki di luar sebuah pusat hiburan di Inanam Taipan, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa seorang pembantu kedai yang dikenali sebagai Hairi Harman, 25, ditemui meninggal dunia di tempat kejadian akibat ditikam di bahagian dada selepas dipercayai diserang sekumpulan lelaki sebelum mereka melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt M. Chandra berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 5.28 pagi dan menemui mangsa terbaring di lantai pusat hiburan itu.
Chandra berkata polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua lelaki itu terlibat dalam pergaduhan terlebih dahulu sebelum dicederakan.

Beliau berkata rakan mangsa yang cedera, Dondon Asiron yang berusia lingkungan 20-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Menurutnya, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Chandra turut meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian itu agar tampil membantu polis dalam siasatan. - Bernama

Pekerja kontrak maut kereta rempuh pokok

DUNGUN - Seorang  lelaki maut apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Lapangan Terbang, Kampung Sura Hujung di sini awal pagi tadi.
     
Risno Hariff Manaf Najid, 35, pekerja kontrak di syarikat petrokimia di Kerteh cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
   
Kemalangan kira-kira jam 1.45 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan selepas melalui satu selekoh sebelum merempuh sebatang pokok.
     
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah adiknya di Kampung Sura Hujung selepas selesai minum bersama rakannya di Bandar Dungun.
    
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
     
Katanya jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dituntut keluarganya untuk urusan pengkebumian.
     
Beliau turut menasihati pemandu supaya berhati-hati terutama pada musim cuti persekolahan berikutan terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya. - Bernama

Pekerja kontrak maut kereta rempuh pokok

DUNGUN - Seorang  lelaki maut apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Lapangan Terbang, Kampung Sura Hujung di sini awal pagi tadi.
     
Risno Hariff Manaf Najid, 35, pekerja kontrak di syarikat petrokimia di Kerteh cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
   
Kemalangan kira-kira jam 1.45 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan selepas melalui satu selekoh sebelum merempuh sebatang pokok.
     
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah adiknya di Kampung Sura Hujung selepas selesai minum bersama rakannya di Bandar Dungun.
    
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
     
Katanya jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dituntut keluarganya untuk urusan pengkebumian.
     
Beliau turut menasihati pemandu supaya berhati-hati terutama pada musim cuti persekolahan berikutan terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya. - Bernama

Kemalangan bas: Seorang lagi mangsa meninggal duni

Kemalangan bas: Seorang lagi mangsa meninggal dunia
Bas yang remuk masih berada di tempat kejadian.
BALIK PULAU - Seorang lagi mangsa yang cedera parah dalam kejadian bas terjunam ke dalam gaung ketika dalam perjalanan ke Balik Pulau malam kelmarin meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin berkata, Soe Myint, 22, meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam tadi.

 “Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana parah di bahagian kepala.

“Manakala semua mangsa yang masih dirawat di HPP dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun masih dalam pemerhatian hospital,”  katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Jumaat lalu, sebuah bas yang membawa 44 jemaah tabligh terjunam ke dalam gaung ketika menuju ke Masjid Daerah Barat Daya untuk menyertai ijtimak yang berlangsung selama tiga hari.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu memgorbankan seorang penumpangnya, Abdul Jathba Mamud, 47, di tempat kejadian dan sekurang-kurangnya 12 parah termasuk pemandu bas.

Sehingga semalam, difahamkan dua lagi mangsa masih dirawat di ICU HPP iaitu pemandu bas, A. Ambalagan, 45, dan Abdul Jalil Mohamed, 19.

Sembilan lagi dirawat di wad biasa di hospital yang sama.

Potong jari sebelum bunuh,campak mangsa atas jalan

Potong jari sebelum bunuh,campak mangsa atas jalan
Mayat Meena Kumar dicampak di tepi jalan berhampiran Jalan Song Ban Kheng,
awal pagi semalam.
BUKIT MERTAJAM – Seorang penarik kereta sambilan ditemui mati di tepi jalan dengan beberapa kesan tikaman di badannya, berhampiran Jalan Song Ban Kheng, di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Meena Kumar, 40an, dari Butterworth dikatakan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan berkenaan.
Difahamkan, mangsa bukan sahaja ditikam, tetapi, dua daripada jarinya turut dipotong.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar minum bersama beberapa rakan di Seberang Jaya, kira-kira jam 10 malam dan pulang ke rumah sejurus kemudian.

Bagaimanapun, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu dikatakan menerima panggilan daripada seseorang, meminta bantuan mangsa untuk menarik kereta yang rosak dekat Taman Kimsar, Perai.

Sebaik tiba di sana, mangsa didatangi sekumpulan empat lelaki yang kemudian melarikannya dengan menaiki kereta jenis Proton Waja, dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu, sebelum dibunuh dan dicampak di Jalan Song Ban Kheng,  kira-kira jam 3.30 pagi.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, polis tidak menolak kemungkinan motif dendam menjadi punca mangsa dibunuh dengan kejam.

“Siasatan dilakukan dari pelbagai aspek. Pelbagai kemungkinan boleh dikaitkan dengan kes ini.

Kita tidak menolak mungkin mangsa mempunyai masalah peribadi dengan suspek, mungkin dendam, mungkin dadah atau mungkin kerana perempuan.

“Setakat ini, masih belum ada tangkapan dibuat dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek terlibat,” katanya.

Ibu rayu Along pulang

Ibu rayu Along pulang
Siti Rohani menunjukkan gambar anak sulungnya, Siti Hajar Aziz, 21, yang
meninggalkan rumah dua bulan lalu selepas membuat laporan polis, baru-baru ini.
ALOR GAJAH - “Along, tidak guna kita bersengketa begini. Pulanglah.. Kita semua rindukan Along,” begitulah luahan seorang ibu, Siti Rosnani Adullah, 39, selepas anaknya, Siti Hajar Aziz, 21, meninggalkan rumah sejak dua bulan lalu.

Rosnani dari Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, berkata, anak sulung lapan beradik itu keluar rumah kira-kira pada jam 12 tengah hari dua bulan lalu selepas ditegur.

“Ibu mana yang tidak risau apabila anak gadis keluar rumah dari pagi hingga ke lewat malam, kemudian bila kita nasihat dia melenting, tidak boleh terima apa yang kita cakap.

“Saya risau bila dapat tahu dia (Along) berkawan dengan ramai lelaki. Bukan hendak menyekat kebebasannya tetapi lelaki yang dia kenal semuanya saya tak berkenan,” katanya.

Menurutnya, sejak arwah suaminya meninggal dunia sepuluh tahun lalu, anak sulungnya itu berubah sikap dan setiap teguran tidak mendatangkan kesan buat dirinya.

“Ketika usianya 16 tahun, along terpaksa berhenti sekolah akibat dihimpit masalah keluarga. Sejak itu, dia kerap keluar rumah dan balik rumah tidak tentu masa.

“Selepas perlakuannya itu ditegur, dia mula meninggikan suara dan memarahi adiknya yang lain. Malah, memberi amaran supaya jangan ganggu hidupnya.

“Setahun sebelumnya, dia pernah tinggal serumah bersama seorang lelaki dan saya ada menegurnya. Jika dia mahu berkahwin, buatlah dengan cara yang elok.

Kemudian, selepas ditegur dia terus keluar rumah,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru, di sini, bersama sepupunya, Arfazila Roslan, 24.
Menurutnya, dia berharap  orang ramai dapat membantu sekiranya mengenali anaknya itu dan segera menghubungi Arfazila di talian 017-3378790.

“Saya tidak tahu di mana dia berada sekarang. Puas saya mencarinya tetapi hingga sekarang masih belum ditemui sedangkan telefon bimbitnya masih berfungsi.

“Individu yang mengenali atau mengetahui di mana Along berada diminta menghubungi balai polis berdekatan atau sepupunya, Arfazila,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Maut langgar lari

Maut langgar lari
Mangsa yang belum dikenalpasti identiti maut selepas dilanggar lari di Jalan Kepong,
Sungai Buloh berhampiran susur ke Prima Damansara, semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Kepong, Sungai Buloh berhampiran susur ke Prima Damansara, semalam.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai dirempuh lori dari arah belakang.

“Rempuhan kuat menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter dan maut di tempat kejadian.

"Pemeriksaan mendapati motosikal mangsa juga terseret sejauh kira-kira 10 meter,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori dipercayai melarikan diri selepas kejadian.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Menurutnya, mayat mangsa lelaki yang masih belum dikenalpasti identiti itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak sempat jumpa keluarga

Tidak sempat jumpa keluarga
Motosikal mangsa yang remuk digilis lori dalam kejadian itu.
BANDAR TUN RAZAK - Anak seorang pegawai polis trafik maut dalam kejadian langgar lari di Kilometer 22.7 jalan Maran menuju Sungai Jerik, petang kelmarin.

Mangsa, Muhammad Husaini Ruslan, 20, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di seluruh badan, manakala pemandu lori terbabit melarikan diri sebaik sahaja pelanggaran berlaku.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, polis dengan bantuan penduduk sekitar kini sedang giat mencari pemandu lori terbabit.

“Menurut saksi kejadian, kenderaan yang melanggar mangsa dipercayai lori jenis Isuzu berkepala putih dan mempunyai penutup kanvas berwarna kelabu.

“Ketika kejadian, saksi dikatakan tidak sempat mencatat nombor plat lori terbabit kerana terkejut menyaksikan kejadian tersebut,” katanya.

Menurutnya, kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 6.30 petang dan mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk dibedah siasat.

Justeru, polis memohon kerjasama pemandu lori terbabit untuk tampil menyerah diri di balai polis berdekatan di samping mengharapkan bantuan orang ramai jika mempunyai maklumat berkaitan.

Ibu mangsa, Norhaliza Malik, 48, berkata, mangsa yang merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kuarters perumahan polis, Jerantut.

“Arwah tidak memberitahu saya dia hendak pulang ke rumah dan secara tiba-tiba saya mendapat berita mengenai kemalangan ini.

“Kali terakhir kami berjumpa, arwah minta saya doakan kejayaannya dalam peperiksaan akhir” katanya.

Dimaklumkan, Muhammad Husaini adalah pelajar tahun akhir Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan dan bakal menamatkan pengajiannya dua bulan lagi.

DAP: PRU13 bakal muncul pilihan raya paling ganas

DAP: PRU13 bakal muncul pilihan raya paling ganas
Lim Guan Eng
SHAH ALAM - DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), mendakwa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal muncul sebagai pilihan raya paling ganas dalam sejarah akibat keadaan terdesak Barisan Nasional (BN) untuk kekal kuasa tanpa mengira apa kaedah untuk memperoleh undi dan sokongan rakyat.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan ungkapan "dahsyat iaitu kalau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", menunjukkan Umno makin menggunakan bahasa kebencian dan keganasan dalam arena politik.

"Seruan Najib pada hari itu membuktikan bahawa bahasa keganasan bukan sekadar terhad kepada kata-kata tetapi sudah pun menjadi tindak-tanduk samseng yang ganas dan tidak berakal," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, DAP mahu mengingatkan agar BN mengambil iktibar daripada taktik-taktik keganasan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak terhadap rakyatnya yang akhirnya telah gagal dan ditolak.

"Rakyat sudah tidak takut dengan taktik-taktik penindasan kerana mereka mahukan kebebasan," katanya lagi.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, walaupun keganasan penyokong-penyokong Umno terhadap para pemimpin dan penyokong PR sudah dibuktikan dengan gambar dan rakaman video, mereka yang bertanggungjawab masih belum didakwa di mahkamah.

"Malah penyokong-penyokong Umno yang dirakam memukul dan mencederakan wartawan dan jurugambar di Pulau Pinang dalam dua insiden pada Julai lepas dan 26 Februari lalu juga tidak didakwa," katanya dengan merujuk kepada insiden ketika ceramah perdana PKR di Lembah Pantai, Khamis lalu.

Selain itu, Guan Eng juga pihaknya mengecam keganasan bersiri dalam tempoh beberapa minggu lalu ketika acara-acara Pakatan Rakyat, yang membabitkan pemimpin-pemimpin PR di Felda Lepar Hilir, Pahang; Sembrong Johor, Padang Kota Lama, Pulau Pinang; Merlimau, Melaka; Pekan Bangi, Kuala Kangsar dan di Pengerang, Johor.

Katanya, kegagalan polis dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas samseng-samseng di kalangan penyokong BN hanya akan menggalakkan lebih keganasan terhadap pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR.

"Ini membuktikan bahawa kerajaan BN tidak berminat dengan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil tetapi ingin menyemai ketakutan dan sanggup mempertikaikan demokrasi.

"DAP menyatakan kebimbangan untuk keselamatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjadi sasaran utama ahli-ahli Umno.

"Adakah pemimpin-pemimpin PR, termasuk Ketua Menteri dan wakil-wakil rakyat, perlu dicederakan sebelum apa-apa tindakan diambil untuk melindungi mereka bagi memastikan kempen politik yang bebas daripada keganasan?" katanya lagi.

Saya dituduh

KUALA LUMPUR: “Saya anggap tindakan pengadu terbabit sebagai keterlaluan kerana membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa,” kata artis yang didakwa terbabit dalam kes gagal membayar gaji kepada 10 kakitangannya di Perak.
Beliau membuat kenyataan itu selepas seorang lelaki mengaitkan dirinya menipu sekumpulan pekerja untuk satu festival di Taiping, baru-baru ini.

Katanya, paling dikesali ialah dakwaan mengatakan dia penipu dan menabur pelbagai janji palsu.
“Saya sedih apabila ditohmah sebegini. Pengadu mendakwa dia profesional, tetapi tindakannya tidak menunjukkan sikap seperti itu.

“Dakwaan mengenai pihak yang bertanggungjawab dalam hal terbabit sebenarnya dibuatnya tanpa usul periksa. Saya kesal kerana tindakannya memberikan impak negatif terhadap kredibiliti saya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Bagaimanapun, artis itu tidak menafikan dakwaan dia masih tidak menerima bayaran ketika berkhidmat untuk sebuah syarikat yang dilantik bagi menjayakan program terbabit.
Mengulas lanjut, beliau berkata, program terbabit di bawah sebuah kementerian yang menyerahkannya kepada satu koperasi sebelum syarikat tempatnya bekerja dilantik untuk mengelolakannya.

Katanya, dia terbabit sama dalam menjayakan program itu selepas dipelawa rakan artisnya yang juga pemilik bersama syarikat terbabit.
“Saya hanya berkhidmat dengan syarikat itu untuk menjayakan festival terbabit sebagai pengarah teknikal program. Mengenai bayaran yang belum dibayar, secara jujur saya juga menerima nasib sama seperti pengadu.

“Namun saya tidak bersungut dan bertindak melulu sehingga mengaibkan orang kerana tahu syarikat masih belum menerima pembayaran daripada pihak berwajib,” katanya.

Artis itu menasihatkan pengadu berhati-hati mengeluarkan kenyataan bagi mengelak masalah bertambah rumit.

Katanya, dia tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadu atau mana-mana individu yang terus atau cuba membuat tohmahan terhadapnya.

Cukai jalan tamat tempoh

GEORGETOWN: Bas membawa 44 jemaah tabligh warga Myanmar yang terjunam ke gaung di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, hingga mengorbankan seorang penumpang, didapati tidak mempunyai cukai jalan sejak tiga bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, siasatan awal mendapati cukai jalan bas sekolah disewa itu tamat tempoh sejak Mac lalu.

“Setakat ini, kita masih mengesan punca kemalangan dan menunggu pemilik bas yang disewa dari Kulim, Kedah itu untuk memberikan kerjasama.
“Punca kemalangan hanya akan diketahui selepas bas terbabit dikeluarkan dari gaung dan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu bas terbabit mempunyai lima rekod kesalahan trafik kerana memandu melebihi had laju, namun hanya satu saman yang belum dibayarnya.

“Setakat ini, pemandu bas terbabit masih dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kita akan mengambil keterangan daripadanya selepas dia sembuh,” katanya.
Dalam kejadian malam kelmarin, bas membawa jemaah tabligh ke Masjid Daerah Barat Daya, Sungai Rusa untuk program ijtimak yang diadakan selama tiga hari mulai semalam hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik dan terjunam ke gaung sedalam 10 meter.

Bumbung bas tercabut hingga menyebabkan beberapa penumpang tercampak keluar dan seorang daripada mereka dikenali sebagai Abdul Jatba, 47, maut selepas dipercayai dihempap bas hingga tangan kirinya terputus.
Setakat ini 13 mangsa, termasuk tiga parah, masih dirawat di HPP manakala bakinya dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar, manakala jenazah Abdul Jatba selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Rusa selepas solat Zohor, semalam.

Tiket bas diambil semula

KUALA LUMPUR: Sebuah bas ekspres yang mempunyai sekurang-kurangnya lima kesalahan trafik dan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010 antara dikesan dalam operasi khas di Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan, semalam.
Berdasarkan kesalahan dilakukan, pengendali atau syarikat bas itu bakal berdepan tindakan tegas daripada SPAD termasuk mungkin dikenakan denda sehingga RM500,000 dan penjara.

Ops Serkap III 2012 yang dijalankan 40 pegawai dan anggota penguatkuasa SPAD serta polis trafik itu memeriksa 48 bas, 16 lori dan sembilan teksi dalam operasi selama empat jam berakhir jam 1 pagi semalam.
Ketua Penguat kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi khas itu bagi memastikan pengangkutan awam mematuhi peraturan ditetapkan bagi menjamin keselamatan pengguna.

“Sebanyak 17 kesalahan dikesan iaitu 10 membabitkan bas, enam lori dan satu teksi, manakala polis trafik pula sebanyak enam kesalahan.

“Kita mengesan sebuah bas dengan 28 penumpang yang dalam perjalanan ke Johor Bahru melanggar beberapa kesalahan seperti tidak mempunyai jadual perjalanan, melalui kawasan tidak dilesenkan, tiada kawalan tiket, mengambil penumpang di kawasan tidak dibenarkan, tiada pemandu kedua dan lelesen memandu pemandunya tamat tempoh,” katanya.
Menurutnya, ketika pemeriksaan, semua penumpang bas memaklumkan tiket mereka diambil semula oleh pengendali sebaik menaiki bas dan SPAD percaya ia mungkin berlaku disebabkan penumpang membelinya daripada ulat tiket.

‘Nenek’ masih melacur

SEREMBAN: Seramai 25 wanita tempatan dan warga asing disyaki pelacur yang dipercayai asyik melayan pelanggan di tiga hotel bajet berasingan di sekitar bandar ini, tergamam apabila digempur pihak berkuasa, petang kelmarin.
Lebih memalukan apabila ada daripada mereka dikatakan turut membabitkan warga emas yang mencecah penghujung usia dan layak digelar nenek.

Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, bermula jam 3.20 petang.
Ketika serbuan, seramai 14 pelanggan termasuk warga emas dan warga asing turut berada di dalam ketiga-tiga premis berkenaan dan ditahan untuk tindakan lanjut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, operasi lebih sejam itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan aktiviti pelacuran di semua premis terbabit.

“Dalam serbuan di dua hotel berasingan, kita menahan 16 wanita masing-masing lapan warga tempatan dan Indonesia yang disyaki pelacur.

“Bagi serbuan terakhir di sebuah hotel berdekatan, sembilan wanita warga tempatan turut dicekup termasuk menemui beberapa kondom dan gulungan tisu yang sudah digunakan,” katanya di sini, semalam.
Menurut beliau, selain semua wanita berusia 19 hingga 63 tahun itu, pihaknya menahan tiga individu berusia 39 hingga 43 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan bagi membantu siasatan.

Konon cari sampah

MELAKA: “Saya tersentak bila lelaki itu merentap beg tangan dipegang di tangan kiri dan tidak melepasnya lalu berlaku tarik-menarik. Saya menjerit sekuat hati minta tolong sebelum lelaki itu menghayun penumbuk tepat ke muka saya,” kata mangsa samun, Siti Sarah Abu Bakar, 29, yang juga petugas di Kaunter Khidmat Pelanggan sebuah bank di Jalan Bendahara, di sini, yang menjadi mangsa samun, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang, suspek dipercayai berpura-pura mencari sampah sebelum menyamun beg tangan mangsa selepas mendapati tiada orang di tempat kejadian.

Menurut Siti Sarah, ketika kejadian dia menuju ke arah tempat letak kereta di Jalan Bendahara bersebelahan sebuah medan selera di situ.
Katanya, keadaan di situ lengang dan dia tidak perasan dari mana penjenayah itu datang.

“Saya tak nampak sesiapa yang mencurigakan ketika keluar dari pejabat, tapi memang saya dengar bunyi motosikal ditunggang seorang lelaki menuju ke arah tong sampah.

“Saya tak syak apa-apa kerana menyangka dia hendak mengutip sampah dan berjalan seperti biasa sambil memegang beg tangan yang tidak bertali.
“Tiba-tiba lelaki itu muncul di belakang ketika saya membuka pintu kereta dan terus merampas beg tangan. Saya memegang kuat beg dengan kedua-dua tangan dan dapat melihat wajah lelaki itu yang memakai topi keledar dalam keadaan bengis dan menjegilkan mata kepada saya.

“Biarpun menjerit sekuat hati, tiada orang datang menolong sebelum lelaki itu menumbuk muka, menyebabkan saya sakit dan melepaskan beg tangan itu selepas tarik-menarik dua hingga tiga minit,” katanya ketika ditemui di Taman Semabok Perdana, di sini.
Menurut Siti Sarah yang membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah di Jalan Banda Kaba, jam 5.45 petang, dia cuba mengejar lelaki itu yang melarikan diri menaiki motosikal ke arah Jalan Bendahara.

“Saya sempat mengecam nombor pendaftaran motosikal itu dan saya anggarkan lelaki itu berusia lingkungan 30-an dan berbadan tegap.

“Beg tangan saya mengandungi lesen memandu, kad pengenalan, kad mesin juruwang (ATM) dan wang tunai RM50,” katanya yang trauma dengan kejadian itu.

Siti Sarah berkata, dia difahamkan sebelum ini kejadian ragut sering berlaku di kawasan itu, termasuk membabitkan pelanggan bank, dan polis juga kerap membuat rondaan cegah jenayah.

Dalam perkembangan sama, mangsa berkata, dia kesal dengan sikap anggota polis yang menerima laporan kerana mempersendakan kejadian berlaku ke atas dirinya.

“Saya kesal kerana anggota polis di kaunter itu meminta saya tidak memperbesarkan kes hanya disebabkan kerugian RM50 dan berkata tidak perlu memasukkan fakta saya ditumbuk penjenayah itu.

“Anggota terbabit mengatakan jika saya memasukkan fakta itu, mereka perlu membuat siasat panjang, tapi saya berkeras supaya ia ditulis dalam laporan saya,” katanya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi bagi mengulas insiden itu, turut kesal dengan sikap anggota terbabit dan berjanji akan menyiasat perkara itu.

Bapa ayam guna laman web cari pelanggan

KUALA LUMPUR: Sindiket pelacuran di negara ini seolah-olah peka dengan perkembangan di luar negara apabila turut menggunakan kemudahan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel dan laman web bagi menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan, selain menyukarkan pihak berkuasa mengesan kegiatan mereka.
Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berkata, pihaknya menyedari kegiatan sindiket pelacuran yang menggunakan laman web sebagai perantara untuk mencari pelanggan.

“Di luar negara, sindiket pelacuran menggunakan Internet untuk mempromosi kegiatan berkenaan sudah lama berlaku. Di Malaysia, ia makin bertambah mungkin kerana permintaannya memberangsangkan dan kurangnya laporan polis dilakukan pengguna Internet.
“Bagaimanapun, kami ada cara tersendiri untuk mengesan sindiket terbabit. Polis juga menjalankan kerjasama dengan agensi lain, terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras jenayah seperti ini,” katanya.

Menurut Victor, orang ramai yang tahu kewujudan pelbagai laman web seperti itu harus membuat laporan polis dalam usaha menangani masalah terbabit.

“Mengikut Seksyen 233 (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) iaitu kanun salah guna rangkaian, mana-mana kandungan yang membuatkan individu atau syarikat berasa tersinggung, malu, aib atau fitnah menerusi kandungan daripada sesuatu laman web boleh membuat laporan polis.
“Saya sarankan orang ramai yang tahu kewujudan laman web seperti ini segera memberitahu polis atau SKMM bagi membantu menangani masalah ini.

“Selain polis, SKMM bertanggungjawab menyekat sesuatu laman web daripada diakses dan jika mendatangkan aktiviti tidak sihat, polis akan meminta ia disekat serta-merta dan mengesan di mana mereka beroperasi bagi membolehkan serbuan dijalankan,” katanya.

Kes bayi dua bulan maut dalam periuk selesai

BATU PAHAT: Kes berkaitan kematian Asyraful Iskandar Mohd Noor, bayi lelaki berusia dua bulan yang ditemui meninggal dunia di dalam periuk di bawah kabinet dapur kediaman keluarganya di Kampung Seri Ladang, Rengit di sini, kelmarin, dianggap selesai.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kematian Iskandar.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kami sudah merekodkan keterangan daripada keluarga mangsa. Ia kini dianggap selesai,” katanya, semalam.
Dalam kejadian kelmarin, Iskandar dikatakan hilang daripada buaian di kediamannya sebelum ditemui di dalam periuk oleh polis yang melakukan siasatan di sana.

Sebelum itu, bapa mangsa, Mohd Noor Salleh, 58, mendakwa pada hari kejadian iaitu jam 8 pagi, dia ke Klinik Kesihatan Seri Merlong dan kembali semula sejam kemudian dan mendapati isterinya, Zarinah Dahalan, 42, berada di muka pintu dan memaklumkan Iskandar hilang daripada buaian.

Menurut Noor, mereka bersama jiran berusaha mengesan Iskandar namun gagal sebelum membuat laporan di Balai Polis Rengit.
Iskandar bagaimanapun ditemui di dalam periuk dan disahkan meninggal dunia oleh doktor pakar di Hospital Batu Pahat akibat kegagalan fungsi otak.

Penyamun tak sempat berjoli

GERIK: Empat penyamun dariLombok bukan saja tidak sempat berjoli hasil rompakan, malah ditangkap polis enam jam selepas menyamun pasangan suami isteri warga emas di sini, awal pagi kelmarin.
Semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu ditangkap sepasukan polis sejurus turun dari bas di Stesen Bas Lenggong, jam 8.30 pagi kelmarin bersama barang kemas yang dicuri selain wang tunai 60,000 rupiah (RM20) dan telefon bimbit. Dalam kejadian jam 3 pagi di Kampung Pecah Batu, Bongor itu, pasangan suami isteri masing-masing berusia 69 dan 83 tahun berdepan saat mencemaskan apabila diacu parang di leher oleh tiga perompak yang memecah masuk kediaman mereka sebelum melarikan wang tunai RM300 dan barangan kemas bernilai lebih RM20,000.

Difahamkan, sejurus rompakan, tiga daripada perompak itu bersembunyi di rumah rakan mereka di sebuah ladang kelapa sawit, 500 meter dari rumah mangsa.
Sejurus mengagihkan hasil rompakan, tiga suspek berkenaan bersama seorang rakan melarikan diri dengan menaiki dua motosikal ke Lawin, di sini, sebelum menaiki bas awam ke Lenggong.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Bahrum berkata, pihaknya menghantar satu pasukan untuk menjejaki suspek sebaik menerima laporan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya berjaya menjejaki semua suspek sebelum menahan mereka sebaik turun dari sebuah bas di stesen bas berkenaan.

‘Biar aku mati’

ANGKAT... anggota polis membawa mayat mangsa yang ditemui terdampar di Pantai Teluk Lipat ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
ANGKAT... anggota polis membawa mayat mangsa yang ditemui terdampar di Pantai Teluk Lipat ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.


DUNGUN: “Kalau begini, biar aku mati.” Itu kata-kata terakhir Mohd Arafi Che Hayusof, 22, sebelum ditemui lemas ketika mandi di kawasan air terjun berhampiran Tasik Bukit Besi, di sini, kelmarin.
Mangsa yang bekerja sebagai tukang sapu dengan kontraktor pembersihan Majlis Perbandaran Dungun didakwa mengucapkan kata-kata itu selepas rakannya melarang dia mandi kerana tidak pandai berenang.

Dia tidak timbul selepas terjun ke dalam kawasan air terjun, jam 4 petang.
Sebelum kejadian, mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik bersama 20 pekerja syarikat terbabit bercuti di kawasan peranginan itu sebelum memaklumkan rakannya untuk mandi di situ.

Bagaimanapun, beberapa rakan mangsa melarangnya mandi berikutan dia tidak tahu berenang. Namun, mangsa tidak mengendahkan apabila menukar pakaian mandi lalu terjun.

Apabila mangsa tidak timbul, seorang rakannya terjun untuk mencari tetapi gagal sebelum memaklumkan kejadian itu kepada Balai Polis Bukit Besi.
Sebaik menerima laporan itu, sepasukan anggota polis dan bomba dan penyelamat Al-Muktaffi Billah Shah bergegas ke lokasi kejadian sebelum melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Jenazah mangsa berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat di dasar tasik terbabit, jam 6 petang dan dibawa ke Hospital Dungun (HD) untuk bedah siasat.
Sementara itu, kakak mangsa, Norhayati ,28, berkata arwah adiknya yang gemar berjalan-jalan tidak pernah membantah atau melawan kata-katanya, sebaliknya hanya mendiamkan diri.

“Sehari sebelum kejadian itu, saya memarahinya kerana lewat pulang ke rumah berikutan dia perlu bekerja pada keesokan harinya. Namun, teguran saya membuatkan arwah marah dan meminta saya tidak mencampuri urusannya.

“Ketika itu, saya terkejut apabila mendengar kata-kata arwah dan sama sekali tidak menyangka itu kata-katanya yang terakhir sebelum dia meninggal dunia.

“Malah, pada pagi kejadian, arwah turut bersikap pelik apabila menyimpan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg sebelum menyertai perkelahan itu, sedangkan sebelum itu arwah memaklumkan tidak sihat dan mahu tidur,” katanya yang menggalas cabaran sebagai ketua keluarga selepas kematian bapa mereka akibat kemalangan tahun lalu.

Dalam kejadian berasingan, seorang pemancing tidak menyangka objek pelik yang disangka tunggul kayu adalah mayat seorang lelaki yang terdampar di Pantai Teluk Lipat di sini, semalam.

Mayat lelaki dipercayai berbangsa Melayu itu ditemui pemancing terbabit dalam keadaan berbogel sebelum menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, jam 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang dihubungi di sini semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kedua-dua kejadian.

Katanya, mayat lelaki itu dibawa ke Bilik Forensik HD untuk siasatan lanjut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.

17 penonton perlumbaan drag cedera

PUTRAJAYA: Seramai 17 penonton perlumbaan drag mengalami kecederaan termasuk 4 daripadanya parah selepas dirempuh kereta yang terbabas di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19, awal pagi tadi. 

Kejadian berlaku pada acara yang berlangsung sempena Himpunan Jutaan Belia yang berakhir hari ini.

Pekerja kontrak maut kereta rempuh pokok

DUNGUN: Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Lapangan Terbang, Kampung Sura Hujung di sini awal pagi tadi. 

Risno Hariff Manaf Najid, 35, pekerja kontrak di syarikat petrokimia di Kerteh cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kemalangan kira-kira jam 1.45 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan selepas melalui satu selekoh sebelum merempuh sebatang pokok.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah adiknya di Kampung Sura Hujung selepas selesai minum bersama rakannya di Bandar Dungun. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. 

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dituntut keluarganya untuk urusan pengkebumian. 

Beliau turut menasihati pemandu supaya berhati-hati terutama pada musim cuti persekolahan berikutan terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya. - BERNAMA

Cemas diculik sejam



JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan terpaksa menempuh detik cemas selama hampir satu jam sebelum diselamatkan polis apabila dia dilarikan bersama kereta jenis Mini Cooper Cabriolet miliknya oleh penyamun bersenjatakan sepucuk pistol di Taman Sentosa di sini.

Kejadian pukul 3.15 pagi Jumaat lalu itu berlaku apabila wanita berusia 26 tahun dari Kuala Lumpur tersebut baru masuk ke dalam keretanya selepas selesai makan di sebuah restoran. Kereta itu direka dengan bumbungnya boleh dibuka.

Tanpa disangka, seorang lelaki berusia 35 tahun terus melompat masuk ke dalam kenderaan melalui bumbungnya yang terbuka itu sebelum mengarahkan mangsa memandu sambil mengacukan pistol ke arah mangsa.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, beberapa pelanggan restoran yang melihat kejadian itu kemudian menghubungi polis.

Hanya orang Islam boleh dilantik PM: Nik Aziz

MACHANG: Hanya pemimpin Islam boleh memegang jawatan Perdana Menteri di negara ini, bukannya soal bangsa yang akan menentukan siapa akan menjadi ketua kerajaan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menegaskan perkara berkenaan berkata, Perdana Menteri perlulah seseorang yang beragama Islam kerana individu
itu akan memimpin umat Islam. "Nak bukan Melayu tidak apa, asalkan beragama Islam, mana boleh pimpin Islam kalau (pemimpin) tidak (beragama) Islam.

"(Contohnya) negeri demokrasi, adakah (jawatan) diberi kepada (pemimpin) komunis, negeri komunis pula adakah dia akan beri kepada orang demokrasi? tak ada... negeri komunis maka (pemimpin) komunis yang pegang, negeri demokrasi maka (pemimpin) demokrasi pegang.

"Negeri Islam, maka orang Islamlah pegang, jadi bangsa apa pun tak peduli," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan di Markaz Dewan Ulama (MADU) Labok, di sini, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai berkata, beliau akan terus berjuang untuk memastikan bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang menghalang orang bukan Melayu memegang jawatan itu, tetapi mengaku tersasul apabila menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus dilantik sebagai Perdana Menteri.
Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, berkata kenyataan Karpal itu adalah bersifat peribadi dan ia tidak menjejaskan sokongan terhadap parti.

Beliau yang senada dengan Mursyidul Am PAS berhubung isu bukan Islam sebagai Perdana Menteri bagaimanapun berkata, orang Melayu yang beragama Islam adalah penduduk majoriti di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, PAS akan menolak sekiranya Perdana Menteri yang dicadangkan Karpal itu bukan beragama Islam.

"Cuma kita melihat dalam konteks semasa, orang Melayu adalah Muslim (adalah) majoriti di negara ini, jadi kalau Karpal sebut mengenai bangsa, kita tak kisah tapi kalau bukan Muslim nak jadi Perdana Menteri, itu kita tolaklah," katanya.

Empat pekerja disahkan mati dalam letupan terowong di Jepun

TOKYO: Empat pekerja pembinaan disahkan mati hari ini selepas mayat mereka ditemui dalam runtuhan di kawasan pergunungan akibat terperangkap sejak kejadian Khamis lalu. 

Letupan itu berlaku pada awal Khamis lalu dalam terowong lebuh raya sepanjang 2.8 kilometer yang sedang dibina di Minami Uonuma kira-kira 180 kilometer barat laut Tokyo.
Pegawai Jabatan Bomba berkata, pasukan penyelamat tidak dapat memasuki terowong berkenaan selama lebih dua hari kerana tahap gas berbahaya terlalu tinggi tetapi akhirnya berjaya membawa keluar mangsa hari ini.
"Mangsa dihantar ke hospital tetapi keempat-empat pekerja terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Tiada pekerja lain dilaporkan hilang," katanya. - AFP 

Pengarang Eksekutif New Sarawak Tribune maut dalam nahas di Selepung

KUCHING: Pengarang Eksekutif New Sarawak Tribune, Dunstan Melling Undau, 66, maut dalam nahas jalan raya awal pagi ini di Selepung, kira-kira 30 kilometer dari Sri Aman. 

Bagaimanapun isterinya Jacqueline Bungai Gawan, 62, yang turut terbabit ketika dalam perjalanan balik ke kampungnya di Seratok bagi sambutan pra Gawai terselamat dan kini dirawat di Hospital Sri Aman.
Melling yang juga Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak dan bekas pegawai Jabatan Penerangan meninggalkan lima orang anak.
Jurucakap bilik operasi Balai Polis Daerah Sri Aman mengesahkan nahas itu dan menurutnya pacuan empat roda yang dipandu Melling bertembung dengan lori muatan tong gas. 

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA), Sulok Tawie menyifatkan kematian tragik Melling satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan khasnya kerana mendiang pernah menyuarakan hasrat untuk berkongsi pengalaman luas dan pengetahuannya berhubung cadangan penubuhan Majlis Media. 

Mayat Melling dibawa ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat. - BERNAMA

29 rumah setinggan Jalan Peel terbakar

KUALA LUMPUR: Kira-kira 29 unit rumah setinggan termasuk bengkel baiki kereta, kedai runcit dan stor menyimpan barangan di Jalan Peel, di sini terbakar pagi tadi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 9.07 pagi ini dan sampai di tempat kejadian lapan minit kemudian.
"Lima jentera bomba yang tiga daripadanya dari Balai Bomba Hang Tuah dan selebihnya dari Balai Bomba Pudu dan Bandar Tun Razak dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan api dalam masa setengah jam," katanya di sini, hari ini.
Khirudin berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini. 

"Anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bancian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan mangsa yang terbabit ditempatkan di Dewan St John berhampiran untuk sementara waktu," katanya. 

Sementara itu, seorang daripada mangsa, Tang Poh Mei, 37, berkata dia hanya menyedari kebakaran itu apabila terasa panas di dalam biliknya. 

"Saya berasa hairan kenapa panas sangat kerana saya guna pendingin hawa di dalam bilik. Apabila saya lihat keluar rupa-rupanya ada kebakaran. Saya cepat-cepat mengeluarkan segala dokumen dan barangan penting. 
"Saya cuma sempat menyelamatkan beberapa barangan saja kerana keadaan berlaku dengan cepat dan rumah saya juga hangus terbakar," katanya. - BERNAMA

17 penonton perlumbaan drag cedera

Berita Harian Online | 17 penonton perlumbaan drag cedera: "PUTRAJAYA: Seramai 17 penonton perlumbaan drag mengalami kecederaan termasuk 4 daripadanya parah selepas dirempuh kereta yang terbabas di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku pada acara yang berlangsung sempena Himpunan Jutaan Belia yang berakhir hari ini."

Dua terbunuh dalam serangan bersenjata


HELSINKI 27 Mei - Sekurang-kurangnya dua terbunuh termasuk remaja 18 tahun dan tujuh lagi cedera apabila ditembak seorang lelaki bersenjata di sebuah bandar di selatan Finland semalam.
Dalam kejadian tersebut, suspek yang merupakan lelaki 18 tahun dikatakan melepaskan tembakan dari arah luar restoran di Hyvinkaa kira-kira 60 kilometer utara Helsinki.
Bagaimanapun polis berjaya menahan lelaki tersebut beberapa jam selepas serangan tersebut dan turut ditahan bersamanya ialah senjata yang tidak mempunyai lesen. - AFP

Aktivis pembangkang dipenjara kerana serang polis

DUBAI 25 Mei - Sebuah mahkamah di Bahrin semalam, mengenakan hukuman penjara terhadap seorang aktivis pembangkang, Zainab al-Khawaja selama sebulan selepas terlibat dengan perhimpunan haram dan menyerang seorang anggota polis.
Dia yang melancarkan mogok lapar sejak 8 Februari lalu didakwa menggunakan kekerasan terhadap anggota polis wanita selain menghina kuasa polis berkenaan yang bertindak menyuraikan perhimpunan tersebut pada 21 April lalu.
Selasa lalu, mahkamah menunda satu lagi kes terhadap Khawaja kepada 27 Mei ini di mana dia didakwa mengadakan perhimpunan haram bersama kumpulan-kumpulan wanita di bulatan lebuh raya Budaiya, luar ibu negara ini, tempat yang sering digunakan oleh pihak pembangkang mengadakan protes. - AFP

Kereta terbalik di LDP, pemandu maut

Kereta terbalik di LDP, pemandu maut
Keadaan kereta mangsa yang terbunuh dalam kemalangan awal pagi tadi.
PUCHONG –  Seorang lelaki maut dalam kemalangan di KM 26.8 Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) di sini, awal pagi ini, dipercayai akibat memandu dengan laju.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa Kong Nyuk Lin, 40, yang memandu kereta jenis Proton Saga dipercayai menghala ke selatan lebuh raya dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan memandu dalam keadaan laju di bahagian selekoh lebuh raya berdekatan persimpangan lampu isyarat Puchong Perdana.

Menurutnya,akibat gagal mengawal pemanduan, kereta mangsa dikatakan terbabas melanggar besi pembahagi jalan dan terbalik di lorong kiri lebuh raya.

“Mangsa tersepit dalam kereta dipandunya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Anggota polis dan orang ramai mengeluarkan mangsa dari keretanya yang remuk. Anggota perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Sehubungan itu, mereka yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerusi talian 03-78627222 untuk membantu siasatan

Pelacur veteran kena cekup - Melaka & NS - Sinar Harian

Pelacur veteran kena cekup
Wanita dipercayai terlibat kegiatan pelacuran menyorokkan muka selepas ditahan
di sebuah bilik hotel bajet di Seremban, kelmarin.
SEREMBAN – Seorang nenek berusia 63 tahun antara 25 wanita yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran di hotel bajet di bandar ini, petang kelmarin.

Dalam operasi bermula 3.20 petang itu, warga emas berkenaan ditahan dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan secara berasingan di tiga hotel bajet di bandar ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, serbuan dilakukan selepas polis melakukan risikan setelah mendapat maklumat mengenai kegiatan pelacuran yang ditawarkan di hotel berkenaan.

“Serbuan di dua hotel bajet, kita berjaya menahan 16 wanita tempatan termasuk lapan warga Indonesia yang disyaki pelacur.

“Bagi serbuan ketiga pula, sembilan wanita warga tempatan ditahan. Kesemua ditahan berusia 19 hingga 63 tahun,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Hamdan berkata, turut ditahan, tiga lelaki menjadi penjaga premis berusia 39 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan.

"Selain itu, 14 pelanggan berusia 18 hingga 56 tahun, termasuk seorang warga asing yang berada di tiga-tiga hotel berkenaan turut ditahan," katanya.

Beliau berkata, polis akan mempergiatkan lagi operasi seumpama itu secara berterusan bagi memastikan aktiviti tidak bermoral di negeri ini dapat dibanteras sepenuhnya.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan seperti itu boleh menghubungi talian hotline IPK negeri iaitu 06- 7619999 atau balai polis berdekatan," katanya