Search This Blog

Thursday, May 24, 2012

Amah curi barang kemas direman 4 hari

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


PETALING JAYA 23 Mei - Pembantu rumah warga Indonesia yang melarikan dua set barang kemas milik anak perempuan Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd, Samad direman selama empat hari bermula semalam.
Perintah tahanan reman sehingga Sabtu ini ke atas wanita berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.
Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan selepas dia ditahan polis ketika bersembunyi di sebuah pangsapuri berhampiran Kampung Melayu Subang, petang semalam.
Dalam kejadian kelmarin, wanita terbabit dikesan menghilangkan diri kira-kira pukul 3 petang sebaik sahaja Azizah yang merupakan bekas Ahli Dewan Negara bersama anak perempuannya, Zalilawati Osman, 33, pulang dari pejabat ke rumah teres dua tingkat mereka di SS 7/4 Kelana Jaya di sini.
Curiga dengan ketiadaan pembantu rumahnya itu, Zalilawati kemudian memeriksa biliknya di tingkat atas sebelum mendapati dua set barang kemas yang disimpan dalam laci turut hilang.

'via Blog this'

Gadis 15 tahun dirogol teman lelaki

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KULIM 23 Mei - Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun keluar rumah secara senyap-senyap pada awal pagi untuk menemui kekasihnya, berakhir dengan dia dirogol remaja lelaki tersebut.
Pelajar itu menyelinap keluar dari rumahnya di sebuah taman perumahan di sini kira-kira pukul 1 pagi Rabu lalu untuk menemui teman lelakinya yang berusia 16 tahun.
Mangsa kemudian dibawa bersiar-siar dan dipelawa suspek untuk bermalam di rumahnya sebelum dia dirogol.
Tindakan mereka bagaimanapun disedari oleh salah seorang ahli keluarga suspek yang kemudian menghantar mangsa pulang ke rumahnya.
Apabila tiba di rumah, pelajar perempuan itu diasak pelbagai soalan oleh ibu bapanya sehingga mengaku dia telah melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu.
Berikutan itu, ibu dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kulim, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Saleh berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Beliau turut melahirkan kebimbangan tentang kes rogol melibatkan remaja bawah umur yang semakin menjadi-jadi di kawasan berkenaan sejak kebelakangan ini.
"Ibu bapa dinasihatkan supaya memantau dan memeriksa anak mereka, terutama pada lewat malam dan pastikan mereka tidak keluar rumah pada waktu itu," katanya.

'via Blog this'

Pemilik stesen minyak miliki senapang haram

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


HULU LANGAT 23 Mei - Akibat serik kerana sering dipukul suami, seorang wanita hilang sabar lalu bertindak melaporkan kepada polis tentang rahsia lelaki itu yang memiliki senjata api tanpa lesen.
Berikutan itu, polis melakukan serbuan ke atas rumah pasangan tersebut yang juga pengusaha stesen minyak di Sungai Ramal Dalam dekat sini kelmarin, sebelum merampas selaras senapang jenis Beeman Original dan senapang angin buatan sendiri.
Turut ditemui empat butir logam yang ditajamkan, dipercayai untuk dijadikan peluru selain 50 biji galas bebola bersaiz besar serta kecil.
Susulan itu, polis menahan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes tersebut di rumah masing-masing di kawasan berdekatan dan juga di Bangi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga individu itu tidak mempunyai rekod jenayah dan memberi alasan memiliki senjata api tersebut untuk memburu.
"Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 26 Mei ini. Mereka disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Dalam kes berasingan, Ab. Rashid memberitahu, polis menemui sepucuk pistol bersama sebutir peluru hidup di sebuah restoran di sini dipercayai tercicir selepas dua kumpulan samseng bergaduh.
"Dalam kejadian pada 17 Mei itu, kami menerima panggilan daripada pengusaha restoran terbabit berkenaan pergaduhan di premisnya. Dia juga memaklumkan menemui pistol terjatuh di lantai.
"Siasatan mengesahkan pistol itu jenis ST2011 buatan Amerika Syarikat dan juga sebutir peluru hidup .45 Auto Mef," jelasnya.
Ab. Rashid berkata, polis juga berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah di daerah ini dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang gadis Indonesia yang dipercayai anggota Geng Gemuk.
"Bertindak atas maklumat awam, polis menyerbu dua buah rumah pada 20 dan 21 Mei lalu dan berjaya menahan dua lelaki tempatan dan seorang gadis," katanya.
Ab. Rashid memberitahu, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

'via Blog this'

Pengurus kilang mati ditembak

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


TELUK INTAN 23 Mei - Seorang pengurus maut selepas ditembak di bahagian kepalanya oleh tiga penjenayah di kilang Perak Aluminium Works di Jalan Batu 3, Jalan Maharajalela di sini petang ini, yang dipercayai bermotifkan dendam.
Dalam insiden pukul 2.40 petang itu, mangsa, Lee Teck Yee, 59, mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, sebelum kejadian, tiga suspek berkenaan pergi kilang itu pada pukul 12 tengah hari tetapi beredar setelah diberitahu majikan kilang tersebut telah keluar.
"Suspek kemudian datang semula dan dua daripada mereka telah masuk ke dalam kilang berjumpa dengan mangsa.
"Tidak lama kemudian, seorang lagi rakan mereka yang menunggu di dalam kereta masuk ke dalam kilang dan sejurus itu terdengar satu das tembakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Kok Liang, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati ketiga-tiga suspek itu berketurunan Cina.
Beliau berkata, kejadian tersebut mungkin bermotifkan dendam kerana tiada barang-barang yang dilarikan oleh ketiga-tiga penjenayah tersebut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi polis," katanya.

'via Blog this'

Remaja parah diserang kumpulan bermotosikal

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


Remaja yang menjadi mangsa serangan lapan lelaki dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, malam semalam.
PULAU PINANG 23 Mei - Seorang remaja lelaki terpaksa menerima 17 jahitan di lehernya selepas diserang sekumpulan lapan lelaki dengan senjata tajam berhampiran sebuah stesen minyak di Jelutong, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa didatangi oleh kumpulan berkenaan yang menaiki empat motosikal sejurus selepas dia mengisi minyak.
Mangsa dikatakan cuba memecut motosikal untuk melarikan diri tetapi berjaya disekat kumpulan itu sebelum dia ditikam dengan pisau di lehernya oleh salah seorang suspek.
Kumpulan itu melarikan diri sebaik sahaja orang ramai tiba, selepas mendengar jeritan mangsa.
Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Pulau Pinang.
Berikutan itu, polis menahan dua suspek berusia 16 dan 18 tahun di Batu Lanchang pagi ini yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, polis memburu saki-baki kumpulan berkenaan

'via Blog this'

3 kampung dilanda puting beliung

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:


Seorang daripada mangsa, Jamaluddin Ahmad melihat keadaan bumbung rumahnya diterbangkan angin puting beliung yang melanda Kampung Terang, Balik Pulau, Pulau Pinang, awal pagi semalam.
BALIK PULAU 23 Mei - Sebanyak 20 rumah di tiga kampung di sini, rosak akibat dilanda puting beliung, dipercayai kali pertama melanda kawasan berkenaan dalam kejadian awal pagi ini.
Paling teruk terjejas adalah Kampung Terang membabitkan 11 buah rumah diikuti Kampung Perlis (lima) dan Kampung Genting, empat buah rumah.
Kejadian pada pukul 2 pagi selama kira-kira 20 minit itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan.
Seorang mangsa dari Kampung Terang, Latipah Darus, 57, berkata, kejadian itu merupakan yang pertama melanda kawasan tersebut sejak dia tinggal di situ lebih 30 tahun lalu.
"Ketika kejadian saya tidur dalam bilik di tingkat bawah sebelum terjaga kerana terdengar bunyi angin yang sangat kuat.
"Ketika itu juga, pasir berterbangan masuk ke dalam rumah sebelum bunyi dentuman kuat pada bahagian bumbung," kata Latipah yang tinggal bersama suaminya, Ahmad Hashim, 63.
Seorang lagi mangsa, Jamaludin Ahmad, 65, memberitahu, dia terkejut apabila mendengar bunyi dentuman kuat pada bahagian dapur.
"Setelah diperiksa, saya dapati pokok manggis telah menghempap dapur. Namun saya bersyukur kerana tiada siapa pun yang cedera.
"Selepas 30 minit, barulah saya dan jiran-jiran keluar untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut melihat beberapa pokok besar tumbang malah ada yang merintangi jalan.
"Selain itu, ada bumbung rumah penduduk yang diterbangkan sejauh lebih 20 meter," ujarnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saadberkata, penduduk akan diberi bantuan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Ketika ini saya telah mendapatkan bantuan tiga syarikat kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja memotong puluhan pokok yang tumbang dan membantu membersihkan kediaman penduduk.
"Saya sendiri terkejut dengan kejadian puting beliung itu kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini di sini," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan yang terjejas.
Tinjauan Utusan Malaysia di Kampung Terang mendapati sekumpulan pekerja sibuk membersihkan kawasan terlibat selain terdapat balai polis bergerak dibuka bagi mengawal keadaan.

'via Blog this'

Budak diserang buaya, mayat ditemui hilang semula

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:


SRI AMAN 23 Mei - Penduduk di Ulu Tekalong, Engkilili dekat sini gempar apabila menemui mayat seorang remaja berusia 13 tahun yang dipercayai akibat diserang buaya di Sungai Linggang petang ini.
Difahamkan, mayat mangsa, Peter Heerema Sadan ditemui pukul 6.55 petang terapung oleh beberapa penduduk kampung di kawasan Ijok Hilir, tidak jauh dari lokasi dia dikatakan hilang petang semalam.
Namun, mereka membiarkan mayat mangsa di sungai tersebut dan terus menghubungi pihak polis kerana khuatir keselamatan diri memandangkan kawasan berkenaan dikenali sebagai habitat buaya.
Bagaimanapun, sebaik sahaja pasukan penyelamat tiba, mayat remaja tersebut hilang semula kerana dipercayai telah hanyut dibawa arus sungai menyebabkan operasi mencari terpaksa diteruskan sehingga pukul 8 malam ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Supritendan James Johnathan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
"Kita akan meneruskan operasi mencari sehingga mayat mangsa dijumpai semula," katanya.
Dalam kejadian petang semalam, Peter Heerema dan adiknya, Clement Bayang Man, 11, mandi di sungai tersebut yang jaraknya hanya lima meter dari kawasan rumah panjang mereka.
Clement kemudian dikatakan pulang ke rumah panjang sambil membawa satu gelen air dan meninggalkan mangsa bermain sendirian.
Sebaik sahaja kembali ke sungai, dia mendapati abangnya hilang dan pada masa sama dia melihat air berkocak di tempat mangsa dipercayai berdiri.

'via Blog this'

Pelanggan bertempiaran lari

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:


Lori tanpa muatan yang terbalik selepas merempuh sebuah kedai makan selepas dipercayai mengelak seekor babi hutan melintas jalan di Kampung Batu 4, Temerloh, semalam.
TEMERLOH 23 Mei - Lapan pelanggan yang sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan, nyaris maut apabila sebuah lori tanpa muatan tiba-tiba merempuh premis tersebut di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Kampung Batu 4 di sini hari ini.
Kejadian pukul 10 pagi itu dipercayai berpunca apabila lori itu terlanggar babi hutan yang melintas jalan, mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas ke dalam kedai tersebut.
Pembantu kedai tersebut, Rashidah Rashid, 38, berkata, dia dikejutkan dengan bunyi bising diikuti dentuman kuat sebelum melihat sebuah lori merempuh premis itu.
"Lori itu merempuh pagar sebelum berhenti dan terbalik di hadapan meja pelanggan yang ketika itu sedang menikmati sarapan pagi.
"Nasib baik mereka sempat menyelamatkan diri. Beberapa pelanggan kemudian membantu mengeluarkan pemandu lori yang terperangkap di dalam kenderaan itu," katanya kepada pemberita di sini.
Rashidah berkata, mujurlah semasa kejadian, ramai pelanggan sudah beredar dan hanya tinggal lapan orang sahaja di dalam kedai.
Pemandu lori terbabit yang enggan dikenali berkata, dia dalam perjalanan menghantar lori itu kepada pelanggan syarikatnya di Kuala Lumpur.
"Namun, sebaik sahaja tiba di hadapan kedai terbabit, seekor babi hutan tiba-tiba meluru dari semak berhampiran.
"Saya tidak sempat elak dan melanggarnya sebelum lori gagal dikawal lalu terus masuk ke dalam kedai," katanya yang memberitahu, dia bekerja di sebuah syarikat automotif di Pekan sejak setahun lalu dan kerap menggunakan laluan itu untuk menghantar lori ke Kuala Lumpur

'via Blog this'

Tunggu dua jam ambil anak

myMetro | Tunggu dua jam ambil anak:

PETALING JAYA: Niat murni pengurusan sebuah sekolah antarabangsa di sini mengetatkan kawalan keselamatan demi melindungi pelajar daripada menjadi mangsa jenayah terutama penculikan bertukar sebaliknya apabila ibu bapa terpaksa menunggu dua jam untuk mengambil anak mereka.
Kawalan ketat di sekolah berkenaan bermula sejak penculikan Nayati Shamelin Moodliar, 12, penuntut sekolah antarabangsa di Bukit Kiara pada 28 April lalu.

Pihak pengurusan sekolah berkenaan mengambil langkah drastik dengan membuka satu pintu untuk mengambil dan menurunkan pelajar.
Malah, setiap ibu bapa dan penjaga yang mahu mengambil anak mereka perlu beratur untuk masuk ke sekolah dan tidak boleh lagi berjalan sebaliknya perlu menggunakan kenderaan masing-masing yang disertakan pengenalan berbentuk pelekat.

Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Lee, 42, berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah pengurusan sekolah yang didakwa tidak berbincang mahupun mendapatkan pandangan ibu bapa sebelum melaksanakan sistem keselamatan baru. “Kami diberitahu pengurusan menukar sistem baru ini menerusi e-mel lebih dua minggu lalu dan tiga hari kemudian mereka menukar semua laluan masuk untuk mengambil pelajar, malah kami tidak lagi dibenar mengambil secara ‘walk in’.

“Setiap ibu bapa atau penjaga perlu masuk sekolah menggunakan kenderaan dan hanya satu pintu masuk dibuka, malah kami menunggu lebih lama daripada sepatutnya.
“Sebagai bantahan, satu memorandum ditandatangani 150 ibu bapa sudah dihantar minggu lalu, tetapi pihak sekolah langsung tidak mengambil tindakan. Kami mahukan dialog bagi membincangkan perkara ini,” katanya.

'via Blog this'

Pitam anak mandi darah

myMetro | Pitam anak mandi darah: "KUALA TERENGGANU: “Saya nyaris pitam melihat anak bermandi darah dan meraung meminta tolong.

“Walaupun takut melihat darah bercucuran dari kepalanya, saya kuatkan semangat mengangkat dan membawanya ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan,” kata Asmah Lokman, 41, menceritakan detik cemas selepas anaknya, Mohd Syafiq Naim Mustakin Saifudin, 10, terjatuh dari tingkat atas rumah kakaknya di Kampung Jelang, Hulu Terengganu, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 6.30 petang, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Kua, Kuala Berang itu dikatakan terjatuh selepas tergelincir ketika bermain bersama kakak dan sepupunya di beranda tingkat atas rumah dua tingkat milik ibu saudaranya itu.

Kakak mangsa, Nor Diana, 13, dikatakan cuba mencapai tangan adiknya, tetapi gagal kerana kejadian berlaku terlalu pantas.



Asmah ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, dia tidak boleh melupakan kejadian yang hampir meragut nyawa anak bongsunya itu."

'via Blog this'

Daripada 12 jadi 20

myMetro | Daripada 12 jadi 20:

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam meminda hukuman penjara 12 tahun terhadap dua lelaki tempatan yang didapati bersalah menyebabkan kematian seorang pelajar kolej warga Korea, di Petaling Jaya, dekat sini, lima tahun lalu, kepada 20 tahun.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan jurujual alat tulis, Wong Kok Hoong, 40, dan tukang masak, Lau Mann Sing, 47, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dekat sini, pada 22 April tahun lalu.

Pada masa sama, Abdul Alim membenarkan rayuan silang pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong untuk menambah hukuman yang dijatuhkan ke atas kedua-dua tertuduh.
Beliau turut menolak permohonan kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu.

Pada 22 April 2011, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memerintahkan Wong dan Lau dipenjara 12 tahun selepas mendapati mereka bersalah menyebabkan kematian Lim Jong Yong, 24. Wong dan Lau didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang juga pelajar jurusan pengurusan hotel di jalan raya berhadapan Blok Kasih, Crimson Kondominium, Ara Damansara, Petaling Jaya, jam 10.30 malam, pada 25 Jun 2007. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan pada peringkat Mahkamah Sesyen, 20 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan memberi keterangan. Pada prosiding semalam, tertuduh diwakili A Vasudevan dan Hisyam Teh Pok Teik. Berdasarkan keterangan saksi, ketika kejadian, Jong Yong dan kembarnya, Lim Jung Hoon, 28, berada di dalam Perodua Myvi apabila kereta mereka dihampiri dua lelaki menaiki Nissan X-Trail.
Dua lelaki itu menurunkan tingkap kereta dan berkata mereka tidak boleh melepasi kereta dua beradik itu.

Berang kerana kenderaannya terhalang, seorang daripada lelaki itu keluar dari kereta menumbuk muka Jung Hoon dua kali, sebelum mencabut kunci Myvi itu.
Kedua-duanya kemudian membelasah dua beradik kembar itu menggunakan kayu golf dan kayu besbol.

Mangsa yang berlumuran darah dikejarkan ke hospital, tetapi mati 12 hari selepas kejadian.

Laporan bedah siasat mengesahkan Jong Yong mati akibat kecederaan tusukan dan tikaman pada salur darah utama di bahagian peha kiri dan kegagalan pelbagai organ. Kembarnya, Jung Hoon yang terselamat kembali ke Korea.

'via Blog this'

Dibiar kesakitan

myMetro | Dibiar kesakitan:

KUALA LUMPUR: “Sampai hati mereka membiarkan ibu saya menahan kesakitan hampir setengah jam tanpa diberi rawatan. Malah, mereka menyuruh ibu menunggang motosikal sendiri selepas terbabit kemalangan ke sekolah memandu yang terletak 800 meter dari tempat kejadian,” kata anak mangsa kemalangan, R Sugumaran, 24.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.10 petang kelmarin, mangsa, N Sinnapeny, 49, sedang menunggang motosikal di Taman Permai, Puchong, sebelum tiba-tiba sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang wanita yang sedang mengambil ujian memandu merempuhnya menyebabkan dia hilang kawalan dan terbabas.

Sugumaran berkata, akibat kemalangan itu dan lambat menerima rawatan, kaki ibunya membengkak dan selepas pemeriksaan di Hospital Serdang, kaki kirinya terpaksa disimen kerana retak.
“Saya tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan sekolah memandu terbabit yang tidak mengambil serius mengenai kejadian itu yang boleh mengancam nyawa ibu saya.

“Sedangkan jika ketika kejadian ibu saya diberi rawatan secepat mungkin, saya percaya kecederaannya tidaklah parah. Sebaliknya pengajar yang bertugas memantau wanita terbabit memandu pula hanya meminta ibu saya menunggang semula motosikal dan pergi ke sekolah memandu yang terletak kira-kira 800 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permai Puchong, di sini, semalam.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi ibunya dan memberitahu terbabit dalam kemalangan dan masih belum menerima rawatan.
“Saya kemudian terus bergegas pulang dari tempat kerja dan ke sekolah memandu berkenaan untuk berjumpanya. Sebaik tiba, saya melihat ibu sedang menahan kesakitan selepas kakinya membengkak dan semua pekerja serta pemilik sekolah itu seolah-olah melambatkan tindakan memberi rawatan kepada ibu saya.

“Saya yang gagal mengawal kemarahan bertindak menyoal tindakan mereka itu namun ibu saya pula disalahkan kononnya melanggar kereta milik sekolah memandu itu.
“Wanita yang menyebabkan kemalangan terbabit juga sudah meminta maaf kepada kami sekeluarga dan mengaku kesalahannya,” katanya.

Katanya, buat masa ini, dia sudah melantik seorang peguam mewakili ibunya bagi menuntut pampasan ke atas sekolah memandu berkenaan akibat kemalangan itu kerana kini tangan sebelah kiri ibunya pula terasa sakit dan sukar digerakkan.

“Saya hanya inginkan keadilan dan berharap pihak terbabit dapat memberi ganti rugi kepada ibu saya dan menanggung kos perubatannya. Soal kerosakan motosikal saya tidak kisah kerana ia boleh dibaiki namun apabila ia membabitkan nyawa ibu saya terpaksa bertindak tegas dan menuntut hak kami.

“Laporan polis mengenai kejadian terbabit juga sudah dibuat di Balai Polis Puchong,” katanya.

Sementara itu, Sinnapeny berkata, dalam kesakitan akibat kaki yang tercedera, dia disuruh pergi ke sekolah memandu itu terlebih dahulu.

“Walaupun kesakitan, saya terpaksa mengikut kereta berkenaan dari belakang dengan motosikal. Malah, ketika itu kaki saya sudah membengkak sebelum saya menghubungi anak memaklumkan kejadian itu,” katanya.

'via Blog this'

Kejar, langgar

myMetro | Kejar, langgar: "SUBANG JAYA: Seorang remaja wajar digelar samseng jalan raya apabila mengejar sebelum merempuh seorang lelaki yang memotong kenderaannya di Taman Perindustrian 7, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, suspek berusia 18 tahun ditahan selepas mangsa membuat laporan.


Menurut sumber, mangsa berusia 44 memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish memotong sambil membunyikan hon kepada kereta Perodua Kancil dipandu suspek selepas suspek memberhentikan kenderaan di simpang jalan.

“Mangsa terlihat suspek menunjukkan isyarat lucah lalu berhenti untuk berbincang.


“Bagaimanapun, sebaik mangsa keluar dari kenderaannya, suspek memecut keretanya dan merempuh mangsa,” katanya"

'via Blog this'

Mangsa ragut parah di kepala

myMetro | Mangsa ragut parah di kepala:

KUALA LUMPUR: Belumpun reda kes ragut membabitkan kematian di Jalan Chan Sow Lin, Cheras, Jumaat lalu, seorang lagi warga emas berusia 65 tahun sedang bertarung nyawa di sebuah hospital swasta di Wangsa Maju, di sini, apabila mengalami kecederaan serius di kepala selepas diragut dua lelaki bermotosikal.
Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri hampir dua hari kerana terjatuh selepas diragut dalam kejadian jam 6 pagi di kawasan perumahan di Sri Rampai, di sini, Isnin lalu.

Bagaimanapun, keadaan warga emas terbabit kini dilaporkan stabil.
Menceritakan kejadian itu, anak saudara mangsa yang mahu dikenali sebagai Chua, 40-an, berkata, ketika kejadian, ibu saudaranya dalam perjalanan ke hentian bas berhampiran rumahnya.

“Dia mahu pulang ke rumahnya di Subang Jaya selepas bermalam di rumah saya,” katanya memberitahu ibu saudaranya itu sudah tiga kali diragut dan kejadian terbaru yang paling buruk menimpanya.

Mengulas lanjut, Chua berkata, ketika sedang berjalan ibu saudaranya itu dihampiri dua lelaki bermotosikal.
“Seorang daripada mereka meragut beg tangannya dengan kuat. Rentapan itu menyebabkan ibu saudara saya terjatuh sebelum belakang kepalanya terhantuk di bahu jalan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu disedari penduduk kawasan perumahannya.
“Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat ibu saudara terbaring tidak sedarkan diri. Saya segera membawanya ke hospital,” katanya.

Katanya, ibu saudaranya mengalami kecederaan serius di kepala dan tidak sedarkan diri hampir dua hari.

“Bagaimanapun, keadaannya dilaporkan kembali stabil namun masih menjalani rawatan. Saya berharap ibu saudara pulih segera,” katanya.

Keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.

Beliau berkata, keluarganya berharap pihak berkuasa dapat memberkas dua peragut itu dengan segera bagi mengelakkan lebih ramai wanita menjadi mangsa.

Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan, seorang warga emas, Chiew Kan Seng, 66, maut selepas diragut di Jalan Chan Sow Lin ketika membonceng motosikal bersama anaknya, Kum Kook Soon, 39.

'via Blog this'

Kanak-kanak enam tahun maut terjatuh dari pangsapuri

myMetro | Kanak-kanak enam tahun maut terjatuh dari pangsapuri: "GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut apabila terjatuh dari tingkat satu, Pangsapuri Desa Mawar, Farlim di Ayer Itam di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pada 6 petang semalam, V. Kavin Raj dikatakan bermain bersendirian di beranda berhampiran tangga pangsapuri itu sebelum tergelincir lalu terjatuh.
"Sebelum insiden berlaku, mangsa bergurau dengan kakaknya dengan berjalan menaiki tangga secara mengundur apabila diminta pulang ke rumah mereka yang terletak di tingkat tiga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata pihaknya menerima mayat mangsa hampir dua jam selepas kejadian.


Beliau berkata berdasarkan keputusan bedah siasat, Kavin Raj meninggal dunia akibat hentakan kuat di kepalanya dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - BERNAMA"

'via Blog this'

Rampas senjata api

myMetro | Rampas senjata api:

KAJANG: Seorang pengusaha stesen minyak antara tiga lelaki ditahan kerana memiliki selaras senapang patah jenama Beeman Original tanpa lesen dan senapang angin buatan sendiri dalam dua serbuan berasingan di Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, dalam serbuan pertama jam 2.25 petang, seorang pengusaha stesen minyak berusia 43 tahun ditahan di rumahnya selepas polis menerima laporan berhubung pemilikan selaras senapang patah tanpa lesen.

“Berdasarkan maklumat itu, polis dalam serbuan kedua menahan dua lagi rakan pengusaha stesen minyak itu masing-masing lelaki berumur 42 dan 33 tahun dipercayai terbabit sama dengan pemilikan senjata api itu. Dua senapang angin buatan sendiri turut dirampas.
“Kami percaya seorang suspek bertanggungjawab membuat senapang angin itu kerana bekerja sebagai pengimpal besi,” katanya pada sidang media, di sini semalam. Difahamkan, polis turut merampas 50 biji bebola besi dan 20 biji logam ditajamkan bahagian depan untuk digunakan sebagai peluru senapang angin itu.

Semua mereka direman hingga Sabtu ini mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Sementara itu, dalam tangkapan kedua, pihak polis menjumpai sepucuk pistol automatik jenis STI 2011 dipercayai digunakan seorang geng samseng yang bergaduh dalam restoran di Jalan Reko, di sini, 17 Mei lalu.
Menurut Ab Rashid, kejadian itu dilaporkan pemilik restoran bimbang keselamatan pengunjung. Siasatan mendapati sebutir peluru dalam pistol berkenaan.

'via Blog this'

Pekerja Bangladesh perkosa remaja dijel 10 tahun, 3 sebatan

myMetro | Pekerja Bangladesh perkosa remaja dijel 10 tahun, 3 sebatan:

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah merogol remaja tempatan berusia 16 tahun, di stor sebuah kedai borong di Batang Kali, dekat sini, dua tahun lalu.
Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Jasim Kuddus, 26 selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Slamat dalam penghakimannya berkata, mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh bahawa dia tidak melakukan perbuatan rogol itu.
Katanya, pihak pembelaan juga tidak dapat mengemukakan alibi untuk menyokong penafiannya.

Sepanjang perbicaraan, sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Jasim didakwa merogol mangsa yang juga pembantu kedai di Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor kira-kira 1.30 tengah hari, pada 19 November 2010.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Gurmit Singh Hullon yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan anak guamnya ditahan reman sejak ditangkap pada 25 November 2010.
Beliau berkata, tertuduh sedar, insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.

Katanya, anak guamnya memohon peluang untuk menerima hukuman ringan supaya dapat menjalani hidup baru bersama keluarga di negara asalnya.

“Tertuduh juga sudah memohon maaf terhadap mangsa dan keluarganya atas perbuatannya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim bagaimanapun memohon hukuman berat dengan mengambil kira kekerasan dialami mangsa pada masa kejadian.

Selain itu katanya, ia bagi melindungi kepentingan awam terutama dengan peningkatan kes rogol yang kerap dilaporkan menerusi media.

“Sebagai warga Bangladesh, tertuduh datang ke negara ini untuk mencari rezeki, sebaliknya mencabuli undang-undang dengan merogol mangsa,” katanya.

'via Blog this'

Warga emas mengaku noda ubah pengakuan

myMetro | Warga emas mengaku noda ubah pengakuan:

JOHOR BAHRU: Selepas lima hari mengaku bersalah merogol anak jiran berusia 11 tahun dua bulan di sebuah rumah rakit di Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah di sini, pada 12 Mei lalu, seorang nelayan berusia 70 tahun menukar pengakuannya kepada tidak bersalah, semalam.
Mustapa Mohd Amin yang berasal dari Perling di sini, menukar pengakuan kepada tidak bersalah itu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Pengakuan terbabit menimbulkan kejutan kerana warga emas itu pada awalnya mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan ketika pendakwaan terhadapnya dilakukan pada Jumaat lalu di depan Hakim Zamri Bakar di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru berikutan tertuduh mendapatkan rawatan asma.
Zamri yang mendengar pengakuan Mustapa kemudian meminta tertuduh melantik peguam bela.

Zamri turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Beliau kemudian menetapkan 13 hingga 20 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan.
Tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dua bulan di sebuah rumah rakit di Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah.

Tuduhan dibuat mengikut Kesalahan itu didakwa itu dilakukan pada jam 5 petang dan Mustapa didakwa mengikut Seskyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara 30 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norashikin Ibrahim.

Difahamkan, tertuduh yang menghuni rumah rakit tinggal berjauhan dengan keluarga yang menetap di Terengganu sejak beberapa tahun lalu dan mempunyai beberapa anak.

Bagaimanapun, tiada waris tertuduh hadir di mahkamah, semalam. Sebelum ini, tertuduh yang dimasukkan ke wad HSA di Blok D mengangguk kepala apabila namanya disebut jurubahasa ketika membacakan pertuduhan, Jumaat lalu.

Ketika itu, dia mengaku bersalah dan meminta supaya dikenakan hukuman ringan kerana sudah tua selain menghidap asma

'via Blog this'

Lelaki ajal rempuh belakang treler

myMetro | Lelaki ajal rempuh belakang treler:

ALOR GAJAH: Seorang kakitangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang bertugas di Batu Pahat, Johor, maut apabila motosikal Yamaha FZi150 yang ditungganginya merempuh belakang treler di Kilometer 196.3 Lebuhraya Utara-Selatan menghala arah selatan, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Al-Hafidz Zulkefli, 29, dari Kajang, Selangor, yang menunggang motosikal sendirian dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah.

Harian Metro difahamkan, mangsa hilang kawalan sebaik melalui jalan berkenaan lalu merempuh belakang treler yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun.
Menurut ibu mangsa, Roslina Mohd Kasim, 51, kali terakhir dia bertemu anak sulung dari enam beradik itu pada Ahad lalu apabila mangsa singgah di rumahnya sebelum menuju ke Kelantan untuk mengambil adik rakannya di sebuah kolej di negeri itu.

“Kira-kira jam 2 pagi, arwah tiba di rumah dengan menaiki kereta rakannya sebelum bertolak ke Kelantan semula kira-kira jam 12 tengah hari,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini, semalam.

Katanya, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah perwatakannya yang lembut dan mudah mesra tidak menimbulkan curiga kepada ahli keluarganya sehingga dimaklumkan kejadian itu.
“Ketika arwah pulang Ahad lepas, semuanya seperti biasa dan dia ada memaklumkan mengambil cuti pada hari Isnin untuk ke Kelantan dan saya menasihatkannya supaya berhati-hati,” katanya.

'via Blog this'

Maut tayar terbang ke dagu

myMetro | Maut tayar terbang ke dagu:

TUMPAT: Seorang pekerja sebuah kedai tayar maut selepas tayar jentolak yang sedang dipam pada mesin penukar tayar tiba-tiba ‘terbang’ lalu terkena dagu dan leher mangsa dalam kejadian di Kampung Kutan Hilir, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, Som Bat Singh Eh Dan, 27, warga Thailand dari Kampung Cherang Cabang Empat, di sini, tidak sedarkan diri selepas terkena tayar itu manakala darah mengalir dari mulutnya.

Mangsa dibawa ke sebuah klinik di Wakaf Bahru sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan disahkan meninggal dunia akibat patah leher.
Mangsa yang mula bekerja di kedai tayar itu hujung tahun lalu baru selesai membuka tayar sebuah jentolak bersama seorang lagi pekerja sebelum mengepam untuk dipadankan dengan rim.

Bagaimanapun, ketika mengepam tayar itu, ia ‘terbang’ dan terkena mangsa. Pemilik kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Chin berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendengar dentuman kuat ketika membaiki kereta pelanggan di luar kedai.

“Saya segera masuk dan terkejut melihat seorang pekerja rebah tidak sedarkan diri. Darah pula tidak berhenti keluar dari mulutnya. “Pihak HRPZ II mengesahkan dia meninggal dunia akibat patah leher,” katanya yang juga abang ipar mangsa.

'via Blog this'

Pemilik kilang mati ditembak ‘pelanggan’

myMetro | Pemilik kilang mati ditembak ‘pelanggan’:

TELUK INTAN: Seorang pemilik kilang peralatan logam mati dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya ditembusi peluru hingga ke telinga selepas ditembak seorang perompak yang memasuki pejabatnya, petang semalam.
Dalam kejadian jam 2.40 jam petang itu, mangsa, Lee Teck Yee, 59, ditemui terbaring di lantai pejabatnya oleh pekerja selepas terdengar letupan senjata api di kilang mangsa di Batu 3, Jalan Maharajalela, di sini.

Kumpulan tiga penjenayah terbabit sebelum itu dikatakan ke kilang itu sekitar jam 12.30 tengah hari, menyamar sebagai pelanggan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, tiga lelaki menaiki kereta datang ke kilang berkenaan dengan berpura-pura kononnya mahu membuat tempahan peralatan daripada aluminium sebelum beredar.

“Suspek datang kembali ke kilang itu dua jam kemudian dengan dua daripadanya turun daripada kereta berbincang mengenai tempahan itu dalam pejabat mangsa.

“Seorang suspek yang berada dalam kereta keluar dan ke pejabat mangsa menembaknya. Penjenayah melarikan diri ke Simpang Empat di sini,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superintendan K Balakrishnan di talian 05-6299222.

'via Blog this'

Dibelasah gadis samseng

myMetro | Dibelasah gadis samseng:

KLANG: Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis ‘samseng’ yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini.
Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu.

Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab.
“Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera.

“Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit,” katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam.

Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya.
Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka.

Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

'via Blog this'

Pendatang ugut terjun bumbung

myMetro | Pendatang ugut terjun bumbung:

PUJUK...lelaki terbabit ditenangkan isterinya.
PUJUK...lelaki terbabit ditenangkan isterinya.
KLANG: Seorang lelaki warga Indonesia mengugut untuk terjun dari bumbung rumah jirannya bagi mengelak ditahan ketika pemeriksaan Jabatan Imigresen Selangor di Sungai Udang, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, pihak imigresen terpaksa menghubungi pasukan bomba dan penyelamat bagi memasang tilam angin untuk mengelak lelaki berusia 42 tahun itu cedera selepas cubaan memujuknya, gagal. Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, lelaki terbabit lembut hati selepas berjaya dipujuk isterinya, dua jam kemudian. Katanya, sebelum kejadian pihak imigresen membuat pemeriksaan ke atas rumah lelaki terbabit dan sejurus menyedari pihak berkuasa itu membuat pemeriksaan di rumahnya, dia bangun dan melompat ke atas atap rumah jirannya mengelak dirinya daripada dicekup.

Othman berkata, sebaik saja pihak imigresen naik ke atas bumbung lelaki itu mengugut pegawai imigresen supaya tidak mendekatinya.
“Sebaik mendengar ugutan itu, pihak imigresen cuba menenangkannya dan memintanya supaya menyerahkan diri, tetapi lelaki itu enggan bekerjasama.

“Selepas hampir dua jam, pihak imigresen berjaya memujuk lelaki terbabit dengan bantuan isterinya sebelum dia menyerah diri,” katanya.

Dalam operasi itu, Othman berkata, seramai 22 orang warga asing yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki, 10 wanita, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan kerana pelbagai kesalahan imigresen.
Semua yang ditahan berusia satu hingga 52 tahun dan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, untuk siasatan lanjut. Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

'via Blog this'

7 kanak-kanak maut akibat penyakit anjing gila di Peru

Berita Harian Online | 7 kanak-kanak maut akibat penyakit anjing gila di Peru: "LIMA: Tujuh kanak-kanak maut apabila diserang penyakit anjing gila di Peru sejak dua bulan lalu selepas digigit kelawar, kata pegawai Kementerian Kesihatan, Ana Maria Navarro.

Mangsa berumur dari 11 bulan hingga 14 tahun dan berasal dari kawasan terpencil kira-kira 1,160 kilometer tenggara bandaraya Lima, kata pegawai itu.
"Berdasarkan laporan kesihatan, jelas menunjukkan tujuh kanak-kanak peribumi itu mati akibat penyakit anjing gila," katanya.
Pada Februari 2011, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak di timur laut Peru, meninggal dunia akibat penyakit anjing gila yang dibawa oleh kelawar. - AFP"

'via Blog this'

Ribut Tropika landa pantai barat laut Mexico

Berita Harian Online | Ribut Tropika landa pantai barat laut Mexico: "MIAMI: Ribut Tropika kini bergerak menuju ke pantai barat laut Mexico dan ramalan kaji cuaca serta Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat di Miami berkata, ia berpotensi bertukar menjadi taufan.

Kelajuan angin berada pada tahap maksimum petang semalam iaitu hampir 100 kph. Pusat kaji cuaca menasihatkan penduduk di sepanjang pantai barat daya Mexico supaya berjaga-jaga dengan keadaan semasa.
Bagaimanapun, tiada sebarang amaran atau larangan ke pantai dikeluarkan. - AP"

'via Blog this'

Polis tahan tujuh wanita warga Indonesia tawar khidmat seks

Berita Harian Online | Polis tahan tujuh wanita warga Indonesia tawar khidmat seks:
GEORGETOWN: Polis menahan tujuh wanita warga Indonesia pelayan pelanggan (GRO) berumur dalam lingkungan 18 dan 29 tahun dalam satu serbuan di pangsapuri Sri Kristal Farlim, Ayer Itam, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata serbuan pada jam 8.30 malam itu dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut selepas intipan dibuat di sejak beberapa hari lepas.
"Berdasarkan kepada penemuan enam bungkusan kondom dan pelincir di dalam sebuah bilik di situ, polis percaya wanita berkenaan turut terlibat dalam kegiatan pelacuran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Gan berkata, polis turut menahan lelaki berusia 39 tahun yang bertindak sebagai penjaga wanita terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran yang membawa hukuman penjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

"Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 dan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 yang memperuntuk hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya," katanya. - BERNAMA 
'via Blog this'

Budak lelaki jatuh 6 meter, terima 20 jahitan

Berita Harian Online | Budak lelaki jatuh 6 meter, terima 20 jahitan:
KUALA TERENGGANU: Seorang budak lelaki menerima 20 jahitan di kepala dan patah tangan kanan akibat terjatuh dari beranda tingkat atas rumah ibu saudaranya di Kampung Jelang, Hulu Terengganu, selepas bermain bersama kakak dan dua sepupunya, petang Ahad lalu. 

Dalam kejadian jam 6.30 petang, Mohd Syafiq Naim Mustakin Saifudin, 10, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kua dikatakan tergelincir ketika bermain dan terjatuh setinggi enam meter selain kepala serta tangannya terhantuk bucu longkang di tingkat bawah.
Ibu mangsa, Asmah Lokman, 41, berkata beliau nyaris pitam melihat anaknya bermandi darah dan meraung meminta tolong selepas terjatuh.
Walaupun takut melihat darah yang bercucuran keluar dari kepala anak, saya kuatkan semangat untuk mengangkat dan membawanya ke Hospital Hulu Terengganu bagi mendapatkan rawatan. - Asmah Lokman, Ibu mangsa
“Walaupun takut melihat darah yang bercucuran keluar dari kepala anak, saya kuatkan semangat untuk mengangkat dan membawanya ke Hospital Hulu Terengganu bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di Wad Multidisiplin Kanak-Kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Katanya, ketika kejadian, anak beliau Nor Diana, 13, cuba menarik tangan adiknya daripada terjatuh tetapi gagal kerana kejadian itu terlalu pantas.

Beliau berkata, sebelum kejadian, Mohd Syafiq duduk bersamanya ketika dia berbincang dengan saudara-mara mengenai persiapan kenduri kahwin anak kakaknya, yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Bapa mangsa, Saifudin Abd Rahman, 45, berkata ketika kejadian, dia berada di tempat kerja di kampung sama dan bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai keadaan anaknya yang parah akibat terjatuh dari tingkat atas rumah. 
“Walaupun tangan kanan Mohd Syafiq patah serta menerima lebih 20 jahitan di bahagian kepala namun saya dan isteri bersyukur kerana dia dilaporkan stabil,” katanya.
'via Blog this'

3 kampung gempar dilanda ribut

Kosmo! Online - Negara:



KEADAAN bumbung rumah seorang penduduk yang rosak dalam kejadian ribut di Kampung Terang, Balik Pulau semalam.


BALIK PULAU - Kira-kira 100 penduduk di tiga buah kampung di sini cemas apabila rumah mereka rosak teruk terutamanya di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut awal pagi semalam.
Malah, beberapa buah rumah ditimpa pokok sehingga beberapa keluarga terpaksa meninggalkan kediaman mereka untuk menyelamatkan diri.
Lebih 20 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan dalam kejadian ribut di Kampung Terang, Kampung Genting dan Kampung Perlis.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut yang berlaku pukul 1.45 pagi.
Seorang mangsa, Zahrah Youb Ahmad, 43, dari Kampung Genting berkata, kejadian itu berlaku cukup pantas dan dia yang terjaga sempat mengejutkan dua anaknya sebaik terdengar bunyi angin yang kuat sebelum bergegas keluar.

'via Blog this'

Bekas peguam, kerani dituduh menipu RM280,000

Kosmo! Online - Negara:


KUALA LUMPUR - Seorang bekas peguam dan bekas kerani di sebuah firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menipu dalam urusan pembelian tanah bernilai RM2.3 juta membabitkan kerugian RM280,000 empat tahun lalu.
Zainudin Maksom, 40, bekas peguam dan G. Narayanen, 56, bekas kerani, didakwa menipu pengarah sebuah syarikat pembinaan dan hartanah, Elite Perspective Sdn. Bhd., Lim Seng Kok, 54, berhubung satu urusan pembelian tanah di Mukim Damansara, Petaling di sini yang bernilai RM2.3 juta.
Tindakan itu mendorong Seng Kok untuk memasukkan deposit berjumlah RM280,000 ke dalam akaun bank CIMB Syarikat Zainudin Wan Nadzim Chua & Mazlinda dengan tertuduh pertama merupakan rakan kongsi syarikat itu sedangkan mereka mengetahui tanah tersebut tidak boleh dijual.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah firma guaman, S N Fam & Co. beralamat di No. 10-5-5, Quene Aveneu, Jalan Bayam di sini, antara Oktober 2008 dan Disember 2008.
Kedua-dua tertuduh yang kini tidak bekerja, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh.

'via Blog this'

Penganggur dera Danish didakwa

Kosmo! Online - Negara:


KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur yang mempunyai 10 rekod jenayah membabitkan kes curi, rusuhan dan dadah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan cuba membunuh anak kekasihnya dengan mendera mangsa sehingga koma pada bulan lalu.
Azhar Jusoh (gambar kecil), 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.
Berikutan kejadian dera itu juga, tertuduh bersembunyi lebih tiga minggu sebelum dia berjaya ditahan di warung ibunya di Kampung Tualang, Manir di sini pada 16 Mei lalu.
Azhar didakwa mendera dengan menampar di bahagian muka dan kepala menggunakan tangan dengan niat menyebabkan kematian Muhamad Danish Aiman Abdullah, 2.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah bernombor 204, Kampung Tualang, Manir pada pukul 9 malam pada 20 April lalu.
Azhar berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun kerana cubaan membunuh.
Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Wan Fadhilah menetapkan 27 Jun depan ini untuk sebutan kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

'via Blog this'

Curi berlian kerana anak sakit

Kosmo! Online - Negara:



Lis dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam untuk direman.


PETALING JAYA - Seorang amah warga Indonesia yang melarikan sejumlah barangan kemas milik majikannya di Kelana Jaya pada Isnin lalu mendakwa dia bertindak demikian kerana terdesak untuk mendapatkan wang bagi merawat anaknya yang sakit.
Difahamkan, anak wanita itu berada di Surabaya, Indonesia.
Jurucakap polis berkata, perkara itu diceritakan oleh suspek yang berusia 29 tahun selepas dia ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sebuah rumah di Pangsapuri Idaman, Kampung Melayu Subang kelmarin.
Amah terbabit yang dikenali sebagai Lis kini direman selama empat hari bermula semalam bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atasnya mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
Perintah tahanan reman yang akan berakhir Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid di Mahkamah Majistret di sini.
Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan, Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd. Samad mendakwa, barangan kemas milik anaknya dilarikan oleh seorang amah dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari di rumahnya di SS7/4, Kelana Jaya.

'via Blog this'

Budak hilang dipercayai dibaham buaya

Kosmo! Online - Negara:



SEORANG penduduk rumah panjang menunjukkan lokasi Peter Heerema mandi di tepi Sungai Linggang sebelum hilang dipercayai dibaham buaya di Engkilili, dekat Sri Aman, Sarawak kelmarin.


SRI AMAN – Operasi mencari dan menyelamat seorang budak lelaki yang dipercayai diserang buaya di Sungai Linggang, Engkilili dekat sini lewat petang kelmarin terpaksa diteruskan selepas mayatnya yang timbul seketika hilang semula dihanyutkan arus.
Mayat Peter Heerema Sadan, 13, pada mulanya dilihat terapung pada pukul 6.55 petang semalam, namun gara-gara takutkan buaya yang banyak menghuni sungai itu, penduduk setempat sekadar membiarkannya sahaja sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.
Sewaktu menunggu, mayat mangsa kembali hilang dihanyutkan arus dan gagal ditemui sehingga operasi mencari diteruskan pada pukul 8 malam.
Sumber polis memberitahu, sebelum itu mereka telah dimaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan oleh penduduk kampung.
“Kami akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat sehingga mayat mangsa dijumpai,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dalam kejadian petang kelmarin, Peter Heerema dan adiknya, Clement Bayang Man, 11, pergi ke tebing sungai yang jaraknya hanya lima meter dari kawasan rumah panjang mereka untuk mandi-manda.

'via Blog this'