Search This Blog

Tuesday, May 22, 2012

Nafsu anak

my Metro | Nafsu anak:

KAJANG: Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi, di sini.
Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.
Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat dan mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya.

Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.

Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak memecahkan pintu.

'via Blog this'

Maut di pangkuan ibu

myMetro | Maut di pangkuan ibu:

DI SINI...Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya Kluang, tempat mangsa dibunuh.
DI SINI...Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya Kluang, tempat mangsa dibunuh.
SUGUL...Saemah menceritakan detik anaknya dibunuh.
SUGUL...Saemah menceritakan detik anaknya dibunuh.
KLUANG: “Saya hanya mampu menjerit meminta tolong dan menutup kesan kelar menggunakan tangan bagi mengurangkan darah memancut keluar. Sebagai ibu, saya hanya mampu memangkunya dan berharap ada orang tampil memberikan bantuan.
“Beberapa minit kemudian, seorang jiran menawarkan kenderaan untuk membawa anak saya ke hospital. Malangnya, sebaik mengangkat tubuhnya ke dalam kereta, badannya mulai sejuk dan dia sudah tiada,” kata Saemah Mogeri, 43, ibu kepada mangsa bunuh di Jalan Sentosa, di sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Nurul Amin Mohamed Ishak, 22, dipercayai cuba mempertahankan kehormatan diri adiknya yang disyaki cuba diperkosa seorang rakannya, namun mangsa maut selepas lehernya dikelar dengan objek tajam.

Sebelum kejadian, mangsa membawa tiga lelaki dipercayai rakannya bagi menyelesaikan masalah peribadi yang berlaku antara mereka, Selasa minggu lalu.

Saemah berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah dan menerima panggilan telefon daripada anaknya yang memaklumkan sudah menemui tiga lelaki itu di sekitar bandar Kluang selepas cuba mengesan mereka sejak hampir seminggu lalu.

'via Blog this'

Banduan dipenjara 9 tahun

myMetro | Banduan dipenjara 9 tahun:

MELAKA: Seorang banduan dihukum sembilan tahun penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana menikam pemilik kedai telekomunikasi ketika melakukan rompakan pada November tahun lalu.
Hukuman itu diputuskan Hakim Abu Bakar Katar selepas menerima pengakuan dan mensabitkan tertuduh, Mohammad Roshaidi Mohd Ghazali, 32, yang menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan itu, semalam.

Beliau turut menimbangkan rayuan dan hujahan pihak pendakwaan dan tertuduh ketika memberikan hukuman itu.
Abu Bakar bagaimanapun membenarkan hukuman itu berjalan serentak dengan hukuman yang dijalani sekarang bermula dari tarikh tangkapan pada 14 November 2011.

Mohammad Roshaidi didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ketika merompak dua telefon jenis Nokia Express Music dan Sony Ericson model K770i terhadap Cham Boon Cheun, 34, di kedai Alat Komunikasi Hotlink (Twinstech Trading), Jalan Angsamas 1, Taman Angsamas, Durian Tunggal pada 9 November 2011, kira-kira jam 2.30 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda dan sebat jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Mohammad Roshaidi yang tidak diwakili peguam memohon hukuman terhadapnya dijalankan serentak, namun Timbalan Pendakwa Raya, Rebecca Mathan meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh atas alasan dia mempunyai rekod lampau.

“Tertuduh sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan mengikut Seksyen 395 di Mahkamah Sesyen 3 dan penjara lima tahun bagi kesalahan mengikut Seksyen 393 di Mahkamah Majistret,” katanya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa pada hari kejadian didatangi tertuduh yang mahu membeli telefon bimbit pada harga murah, namun pengadu tidak menjualnya.

Tiba-tiba tertuduh menikam mangsa dua kali sebelum mangsa pergi ke belakang kedai mengambil kayu menyelamatkan diri.

'via Blog this'

Askar letup diri, 96 anggota tentera Yaman terbunuh

myMetro | Askar letup diri, 96 anggota tentera Yaman terbunuh: "SANAA: Seorang askar Yaman yang membawa bahan letupan di sebalik pakaian seragamnya, meletupkan diri di tengah-tengah satu batalion tentera di Sanaa, semalam, menyebabkan 96 anggota terbunuh dan kira-kira 300 cedera.

Serangan berani mati itu adalah yang paling buruk di negara itu sejak presiden baru, Abdrabuh Mansur Hadi berikrar untuk menghapuskan kumpulan al-Qaeda dari wilayah selatan dan timur negara itu.
Anggota pasukan perubatan berkata, mangsa yang cedera dirawat di tujuh hospital di Sanaa. Semua yang terbunuh dan cedera ialah anggota tentera.

Sehingga ini, belum ada pihak mengaku bertanggung jawab terhadap letupan kuat itu yang menurut saksi, boleh didengar di seluruh ibu negara Yaman itu sehingga mencetuskan panik di kalangan penduduk."

'via Blog this'

3 pendaki mati di Gunung Everest

myMetro | 3 pendaki mati di Gunung Everest: "KATHMANDU: Tiga pendaki dari Jerman, Korea Selatan dan Kanada terbunuh ketika turun dari puncak Gunung Everest, kata pegawai, semalam.

Dalam pada itu, dua pendaki lain hilang.
Warga Jerman yang maut dalam kejadian itu berusia 61 tahun sementara rakyat Korea terbabit, 44 tahun. Kedua-duanya terbunuh di permukaan selatan gunung tertinggi dunia itu, kelmarin. - AFP"

'via Blog this'

Polis tahan penagih dadah bersama pistol tiruan

Polis tahan penagih dadah bersama pistol tiruan - Semasa - Sinar Harian:
TEMERLOH - Seorang lelaki yang disyaki penagih dadah ditahan dan polis merampas sepucuk pistol tiruan bersama beberapa peluru besi dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Semantan Indah, Mentakab, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata serbuan pada pukul 3.30 petang itu adalah hasil maklumat orang awam mengenai kegiatan lelaki terbabit yang dipercayai menjadikan bilik sewanya di rumah itu sebagai tempat melepaskan gian.

Beliau berkata lelaki berusia 29 tahun itu berasal dari Kampung Keting Gunong, Bachok, Kelantan dan ketika serbuan dibuat, lelaki terbabit dalam keadaan khayal.

"Hasil pemeriksaan dalam bilik sewa itu, kami menemui satu paket plastik mengandungi daun kering dipercayai ganja seberat 0.65 gram bersama satu paket plastik syabu seberat 0.78 gram.

"Pistol tiruan bersama beberapa biji peluru besi itu pula ditemui dalam beg pinggang milik suspek," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata lelaki itu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya Pindaan 1952 dan Seksyen 30 (1) Akta Senjata Api.- Bernama
'via Blog this'

6 sahabat dituduh samun berkumpulan sebuah kafe siber

6 sahabat dituduh samun berkumpulan sebuah kafe siber - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog thKUANTAN - Enam sahabat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menyamun, secara berkumpulan, sebuah kafe siber di Jalan Gambang, dekat sini awal bulan ini.

Kesemua tertuduh itu ialah Mohd Khaidir Daud, 36, Mohd Saiful Rizal Mohammad Rodzi, 28, Mohd Ardi Efendi Mukhlis, 21, Karim Abdullah, 29, Wan Mohammad Wan Kamaruzaman, 27 dan Amirulbaki Moktar, 22.
Bagi pertuduhan pertama, kesemua tertuduh bersama tiga rakan lain yang masih bebas dituduh melakukan rompakan berkumpulan di Two Purple Internet Cafe di Jalan Gambang pada 11.50 malam, 13 Mei lalu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi dan masa yang sama dengan menyamun dua pelanggan kafe siber itu dan merampas empat buah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM17,100.

Mereka juga dituduh menggunakan senjata berbahaya iaitu dua bilah parang yang boleh menyebabkan maut dan ketakutan kepada mangsa.
Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan boleh dikenakan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Noor Svetlana memohon jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius serta menggunakan senjata berbahaya di kawasan awam.
Hakim Fathiyah Idris membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 21 Jun depan untuk sebutan semula kes. - Bernamais'

Kes bunuh wanita Perancis: Kesan air mani pada tilam - Semasa

Kes bunuh wanita Perancis: Kesan air mani pada tilam - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'
Tertuduh kelihatan tenang ketika hadir  perbicaraan kesnya semalam.
Tertuduh kelihatan tenang ketika hadir perbicaraan kesnya semalam.
KUANTAN - Ahli kimia, Nor Aidora Saedon, 39, yang juga saksi ketiga kes  pembunuhan pelancong warga Perancis, Stephanie Foray memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa terdapat kesan darah dan air mani pada tilam yang diserahkan kepada jabatannya tahun lalu untuk ujian DNA.

Menurutnya, barangan lain yang dikemukakan termasuk bantal, baju lengan panjang, tilam kecil, selendang, paip air, tuala dan sebuah beg kain yang turut dikemukakan hanya terdapat kesan kotoran dipercayai darah.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib, pakar dalam forensik DNA itu berkata, sebanyak 36 barang  dihantar ke Jabatan Kimia oleh Lans Koperal Mohd Nor Rahmat pada Ogos tahun lalu untuk dianalisis.

“Sebanyak 30 barang bukti diserahkan  pada 12 Ogos manakala enam lagi dihantar tiga hari kemudian manakala satu resit dikeluarkan bagi semua barang itu sebelum semuanya disimpan dalam bilik sejuk,” katanya.

Nor Aidora hadir memberi keterangan pada perbicaraan Asni Omar, 37, yang didakwa membunuh mangsa di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman  antara jam 8 malam, 10 Mei hingga jam 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.

Beliau berkata, antara barang lain yang dikemukakan kepada jabatannya untuk dianalisis termasuk botol minuman keras jenama Malibu yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan bagaimanapun botol tersebut tidak terdapat kesan darah.

“Turut diserahkan beberapa barangan lain termasuk, berus gigi, pisau pencukur, pakaian dalam dan selipar,” katanya.

Nor Aidora berkata, dia menjalankan ujian profil DNA kepada barangan itu sebelum satu laporan dikemukakan kepada pihak polis.

Perbicaraand ijalankan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib, Nor Azizah Mohamad dan Farahah Ahmad Nazri.

Tertuduh  diwakili  lima peguam, Mohammad Hisham Abdul Rahim, , Kamaruddin Ibrahim, Noor Adilah Zarian, Haranay Suraya dan Datuk  Ng See Teong.

Perbicaraan kes tersebut akan disambung hari ini.

Pekerja jadi dalang curi kabel

Kosmo! Online - Negara:











MOHD. NASHIR (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukkan kabel yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di Kangar semalam.





KANGAR - Pekerja sebuah syarikat kontraktor memotong dan membersihkan dahan dan pokok yang merintangi kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) ditangkap kerana dipercayai terbabit mencuri kabel tembaga milik syarikat utiliti itu.


Kelicikan mereka yang berusia lewat 20-an itu terbongkar selepas diberkas dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 malam di Jalan Abi, Alor Kabong di sini baru-baru ini.


Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mohd. Nashir Ya berkata, ketika serbuan dilakukan, tiga suspek terbabit leka membakar kabel berkenaan di belakang sebuah reban ayam di sini.


"Polis berjaya merampas sejumlah kabel tembaga seberat 33 kilogram dan beberapa barang lain bernilai RM6,116.


"Antaranya ialah sebuah jentolak, alat pemotong besi, sebilah gergaji dan parang, satu tong minyak petrol, tong besi dan segulung kulit kabel," katanya kepada pemberita di sini semalam.


'via Blog this'

Lelaki menyamar polis ditahan

Lelaki menyamar polis ditahan - Semasa - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang disyaki menyamar sebagai anggota polis ditahan selepas cuba melarikan diri ketika hendak diperiksa dua anggota polis di Jalan Durian, Taman Cheras dekat sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh berkata kejadian berlaku pada pukul 3 pagi ketika dua anggota polis yang melakukan rondaan menggunakan sebuah MPV cuba mendekati sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna putih yang dinaiki suspek yang berada di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

"Ketika cuba mendekati kenderaan dinaiki suspek berumur 35 tahun itu, dia terus memecut laju kenderaannya sehingga memaksa anggota polis mengejarnya sehingga ke Jalan Connaught, Cheras.

"Mungkin panik dengan keadaan itu, kereta suspek terbabas di tepi jalan di satu persimpangan dan dua anggota polis berkenaan dengan pantas menghampiri kereta suspek," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohan berkata polis kemudian menahan lelaki terbabit yang memakai pakaian seragam polis dengan sepasang gari diselitkan di pinggangnya.

Hasil pemeriksaan ke atas kereta itu, polis menemui 10 topi berwarna biru gelap dengan logo Ranger Khas Malaysia, enam helai baju merah dan dua helai baju biru berlogo sama, dua kotak berisi gari dan satu kad keahlian Rangers Khas Malaysia.

Mohan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai anggota polis dan suspek yang ditahan reman sehingga esok, akan didakwa di mahkamah.

"Kita sedang menyiasat penglibatan suspek dalam aktiviti jenayah," katanya.- Bernama
'via Blog this'

Paut rakan sebelum rebah



Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
KULIM - Seorang penyelia kilang berusia 58 tahun tiba-tiba rebah setelah membuat lapan pusingan di padang Stadium Mini Keladi, di sini, kira-kira jam 7 petang kelmarin, sebelum disahkan meninggal dunia.
Menurut rakan mangsa, yang berada di tempat kejadian, mangsa datang ke padang itu pada jam 6 petang sebelum memulakan larian.
Katanya, mangsa mula memecut bersama beberapa rakan lain untuk menamatkan lapan pusingan terakhir kira-kira 200 meter ke garisan penamat.
"Mangsa yang kelihatan letih tiba-tiba berpaut di lengan tangan kiri saya dan saya segera memangkunya sebelum rebah dan pengsan.
"Ketika itu kami semua panik dengan kejadian. Bimbang dengan keadaan mangsa, kami terus menghubungi ambulans dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan ambulans yang datang ke tempat kejadian," katanya.
Rakannya berkata, sebelum ini mangsa sering bersenam di situ setiap hari sejak beberapa tahun lalu dan tidak pernah mengadu mengalami sebarang penyakit serius, melainkan menghidap penyakit darah tinggi.
"Mangsa sepatutnya sudah bersara, bagaimanapun terpaksa bekerja untuk menyara anaknya yang menuntut di luar negara," katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Hasil pemeriksaan mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan kematian mangsa tiada unsur jenayah.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Tak sempat bawa lari anak gadis



WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Mei 2012
Ari Pasa (belakang, dua, kanan) bersama pesalah lain dibawa masuk ke van polis.
Ari Pasa (belakang, dua, kanan) bersama pesalah lain dibawa masuk ke van polis.
BALING - Seorang lelaki warganegara Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, setelah didakwa melarikan seorang anak gadis berusia 15 tahun daripada penjaga sah, 12 Mei lalu.
Ari Pasa, 34, dari Solo, Jakarta, dituduh melakukan kesalahan itu di tepi jalan Kampung Kuala Nau.
Tertuduh yang menetap di Muar, Johor, itu dikatakan mengenali gadis berkenaan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebelum nekad datang ke sini dengan tujuan melarikan gadis itu.
Tertuduh, yang datang menggunakan kemudahan awam itu sempat berhenti makan bersama gadis itu di sebuah gerai makan di Kulim.
Keadaan tertuduh bersama gadis tempatan, selain komunikasi yang mencurigakan menyebabkan penduduk sekitar itu membuat laporan polis terhadap tertuduh.
Tertuduh yang kebingungan itu mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Mohd Khairul Hafizudin Ramli.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Jun untuk sebutan semula kes.
Kes disiasat mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tujuh tahun beserta denda.

4 sekeluarga terpaksa diami rumah terbakar



GEORGETOWN - Akibat bantuan yang dijanjikan tidak kunjung tiba, empat sekeluarga mangsa kebakaran di Pangsapuri Desa Mawar, Ayer Itam di sini terpaksa tinggal dalam rumah yang belum dibaik pulih akibat kebakaran pada Selasa lepas.
Peniaga barangan lusuh, P. Susila, 40 berkata beliau bukan sahaja kehilangan harta benda bernilai belasan ribu ringgit, malah terpaksa mempertaruhkan keselamatan diri dan keluarga, tinggal di rumah yang terbakar 45 peratus itu kerana tiada pilihan lain.
Salah sebuah bilik di kediamannya hangus terbakar dalam kejadian 9 malam itu dan kesemua barangan berharga termasuk wang tunai, barang kemas dan pakaian gagal diselamatkan. Mereka terpaksa tinggal di pangsapuri itu dalam keadaan bergelap dan berpanas berikutan bekalan elektrik belum dibaik pulih akibat kebakaran itu, katanya kepada Bernama.
Beliau bersama tiga anaknya berusia 17 hingga 22 tahun itu kemudian tinggal di dewan orang ramai berdekatan pangsapuri itu selama sehari Rabu lalu sebelum pulang semula ke pangsapurinya selepas wakil Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Itam, berjanji untuk membantu mereka.
Selepas menunggu bantuan yang tidak kunjung tiba, Susila dengan bantuan jiran kemudiannya menghubungi Ketua MIC Bahagian Bukit Gelugor, K. Loganathan untuk meminta bantuan.
Sementara itu, Loganathan berkata beliau bersama Penyelaras Barisan Nasional (BN) Ayer Itam, telah melawat keluarga itu malam tadi dan bersetuju menghulurkan bantuan. Kerja membaik pulih rumah akan bermula hari ini.
"Kami telah mendapatkan peruntukan dari Majlis Pembangunan Masyarakat Penyayang (Mayang) bagi membantu meringankan beban Susila sekeluarga," kata Loganathan. - Bernama

Dituduh rompak guna parang



KLANG - Seorang pengawal kelab hiburan di Sunway dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merompak seorang lelaki, awal Januari lalu.
Bagaimanapun, Abd Halim Safuan @ Sapuan, 37, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
Abdul Halim didakwa merompak G Chandra Kumar, di tempat letak motosikal Flat Bukit Tinggi 1, Jalan Batu Nilam 15 di sini, pada 2.30 pagi, 3 Januari lalu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu bersenjatakan parang dan melarikan wang RM1,000, telefon bimbit, rantai emas dan kunci motor yang kesemuanya berjumlah RM6,500.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya bersama-sama seorang lagi rakannya yang dituduh di mahkamah atas tuduhan sama pada 27 Januari lalu.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan dia melaporkan diri ke balai polis Sabtu pertama setiap bulan.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Padah pukau orang kampung



Seorang tertuduh diiringi polis keluar dari mahkamah
Seorang tertuduh diiringi polis keluar dari mahkamah
BALING - Dua lelaki yang dipercayai menggunakan ilmu pukau untuk mendapatkan barangan kemas milik penduduk menerima padah setelah mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Abdul Majid Manja, 54, dan rakannya, Rahmat Ambo Upa, 50, dituduh memperdayakan Zainab Abdul Rahman, 56, sehingga mangsa menyerahkan empat gelang tangan emas bernilai RM4,000 di Pekan Rabu di sini, pada 21 Disember tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh dipercayai meyakinkan mangsa untuk membuat pertukaran barangan kemas dengan wang loteri palsu kononnya bernilai puluhan ribu ringgit.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret menjatuhkan penjara 30 bulan kepada Wati Suparti, 32, yang mengaku salah memperdayakan dua penduduk kampung di sini sehingga mangsa mengalami kerugian hampir RM20,000 pada 14 Disember tahun lalu.
Modus Operandi yang digunakan Wati sama dengan cara yang digunakan oleh kedua-dua tertuduh, namun siasatan masih dilakukan untuk membuktikan mereka ada hubungan dengan Wati sebelum ini.
Difahamkan, perbuatan itu didalangi sindiket yang dianggotai rakyat tempatan dan luar negara bagi memperdayakan penduduk di seluruh negara.
Kumpulan itu dipercayai bergerak dalam kumpulan dan kebanyakan mangsa adalah warga emas.
Kebanyakan mangsa melaporkan mereka seolah-olah terpukau hingga sanggup menyerahkan wang tunai mahupun barangan kemas berharga ribuan ringgit.
Kedua-dua tertuduh yang kelihatan tenang itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Mohd Khairul Hafizzudin Ramli.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan kedua-dua tertuduh boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan lebih 10 tahun, sebat dan dan denda.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 24 Jun sebagai sebutan semula kes.

Percutian bertukar tragedi



Rakan-rakan menenangkan Salim di luar bilik mayat Hospital Melaka, semalam
Rakan-rakan menenangkan Salim di luar bilik mayat Hospital Melaka, semalam
BANDARAYA MELAKA - Percutian seorang remaja bertukar tragedi apabila dia maut selepas terlibat kemalangan di Jalan Sungai Udang, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa, Muhammad Aliff Salim, 17, terbunuh apabila motosikal ditungganginya terbabas sebelum digilis sebuah treler datang dari arah sama.
Mangsa yang berasal dari Batu 16 Sungai Plong, Sungai Buloh, Selangor dikatakan sedang berkonvoi bersama rakannya dan dipercayai sedang menuju ke sebuah chalet di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Menurut sumber, mangsa ketika menunggang melalui jalan Tangga Batu menghala pekan Sungai Udang terjatuh lalu digilis treler dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah parah di bahagian kepala .
Bapa mangsa, Salim Bakri, 53, berkata, dia dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh isterinya yang menghubunginya ketika sedang bekerja di sebuah kilang di Sungai Buloh, kira-kira 7.15 malam kelmarin, seterusnya bergegas ke Melaka.
"Anak saya ada memberitahu hendak bercuti bersama rakan-rakannya di Port Dickson dan saya mengizinkan. Malah, saya dapat tahu mereka juga telah menempah chalet di sana untuk dua malam.
"Cuma saya sedikit terkilan sebab arwah yang baru tamat tingkatan lima sedang menunggu surat tawaran untuk belajar di sebuah kolej dalam bidang kejururawatan," katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini, semalam.
Salim berkata, dia bagaimanapun reda dengan permergian anak sulungnya yang manja dan berperangai kebudak-budakan, namun begitu mendengar kata.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan menerima laporan kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tak sempat pindah, peniaga rugi RM300,000


Tak sempat pindah, peniaga rugi RM300,000
Pihak Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.
KUANTAN - Seorang pemilik kedai pakaian seragam sekolah menanggung kerugian lebih RM300,000 selepas premis perniagaannya musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Mahkota, di sini, semalam.
Wong Yu Sing, 40-an berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika dia sedang menyiapkan tempahan pakaian.
Menurutnya, kedai itu disewanya sejak 10 tahun lalu dan dia bercadang berpindah ke premis baru di Jalan Wong Ah Jang, minggu ini.
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa, namun sempat meminta pengawal keselamatan di bangunan sebelah menghubungi pihak bomba.
“Hanya beberapa barangan sempat saya selamatkan kerana asap tebal menyukarkan saya masuk ke premis,” katanya ketika ditemui, di sini.
Yu Sing berkata, dia menyewa premis terbabit daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip).
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, beliau tidak pasti punca kebakaran itu memandangkan bangunan terbabit tidak mempunyai masalah pendawaian elektrik.
“Bangunan tiga tingkat yang mempunyai 11 lot kedai ini memberi ruang kepada peniaga menjalankan aktiviti mereka sejak 10 tahun lalu dan setakat ini tiada masalah timbul sehingga berlaku kejadian ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Pegawai Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Bukit Ubi, Burhan Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 tengah hari dan menghantar empat jentera, bersama satu van dan 27 anggota ke tempat kejadian.
Menurutnya, api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya jam 1.15 tengah hari.
"Punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih lagi dalam siasatan," katanya.

Dadah dalam balang biskut



Dadah dalam balang biskut
Mohd Rosli menunjukkan plastik lutsinar berangkai berisi pil warna merah dan bekas kaca berwarna putih yang dirampas dalam satu serbuan di rumah seorang pemuda di Kampung Butut,
KUALA BERANG - Lakonan seorang pemuda yang berpura-pura bagaikan tidak tahu apa-apa dan melakukan sebarang kesalahan berkaitan dadah ketika rumahnya diserbu jam 2.05 petang kelmarin di Kampung Butut, di sini, gagal mengaburi mata pihak polis.
Malah, tidak cukup dengan itu, penganggur berusia 27 tahun dan masih bujang itu begitu licik apabila menjadikan bekas kaca yang kebiasaannya digunakan untuk mengisi biskut raya, sebagai tempat dia menyembunyikan barang terlarang itu.
Bagaimanapun, kelicikan suspek yang dipercayai baru berjinak dengan aktiviti pengedaran itu dapat dihidu polis apabila berjaya menemui bekas kaca tersebut di sebuah almari di bahagian dapur rumah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, ketika serbuan, suspek bersendirian di rumahnya dan hasil pemeriksaan ke atas tubuhnya tidak menjumpai apa-apa barang yang salah.
“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut, polis berjaya menemui satu bekas kaca berwarna putih bercorak bunga yang berpenutup plastik lutsinar di sebuah almari di bahagian dapur, mengandungi dua paket plastik biru yang setiap satunya mengandungi 168 biji pil merah disyaki dadah jenis pil kuda.
“Selain itu, polis turut menemui satu paket plastik lutsinar berangkai 10 dengan setiap satu paket mengandungi 10 biji pil merah, disyaki pil kuda yang turut diletakkan dalam bekas kaca itu,” katanya.
Menurutnya, jumlah keseluruhan pil merah disyaki dadah itu adalah sebanyak 268 biji, dengan anggaran nilai berjumlah RM8,040.
“Suspek ditahan dan polis turut merampas kesemua barang kes yang ditemui untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di IPD Hulu Terengganu, di sini, semalam.
Mohd Rosli berkata, suspek dipercayai baru berjinak-jinak dengan aktiviti pengedaran dadah sejak tiga bulan lalu bagi mencari duit poket dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika disabitkan kesalahan, suspek bolah dihukum tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih lima tahun dan diwajibkan sebatan rotan tiga hingga sembilan kali.

UPP rampas kayu gaharu bernilai RM27,950



WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Mei 2012
UPP rampas kayu gaharu bernilai RM27,950
Rosli (kiri) bersama anggotanya menunjukkan hasil rampasan kayu gaharu, semalam.
TANAH MERAH –Hasrat seorang pencari kayu gaharu Lalang Puyu di sini untuk menjual bahan yang sudah siap dipotong tidak kesampaian.
Ia berikutan tindakan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Bunga berjaya merampas 19 guni berisi kulit gaharu di sebuh rumah dengan nilai keseluruhan RM27,950.
Komander UPP Kelantan, Rusli Karim berkata, hasil intipan pada jam 12.30 pagi kelmarin, pihaknya berjaya menemui 19 guni kayu gaharu yang siap dipotong dan dua batang belum diproses disimpan di bahagian depan rumah.
“Selepas pemeriksaan kami mendapati pemiliknya berusia dalam lingkungan 50-an itu gagal menunjukkan sebarang surat kebenaran untuk menyimpan bahan terbabit secara sah dan mengaku bahan itu miliknya.
“Pihak kami merampas kayu gaharu dengan anggaran nilai pasaran RM100 sekilogram dan ini adalah rampasan pertama melibatkan bahan tersebut,”katanya ketika ditemui di pejabatnya, petang semalam.
Rosli berkata, memandangkan kesalahan tersebut di bawah Akta Perhutanan, UPP Bukit Bungan menyerahkan hasil rampasan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

Dua lelaki ditahan dalam sindiket curi kenderaan


TEMERLOH - Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam sindiket mencuri kenderaan pacuan empat roda ditahan ketika mereka cuba mencuri sebuah kenderaan jenis itu di Taman Jaya 3, dekat sini Sabtu lepas.

Dua sahabat karib berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan selepas mereka menyerah diri apabila polis mengepung kenderaan mereka yang diletakkan di luar kawasan rumah milik peniaga berusia 50-an itu pada pukul 4.15 pagi.

"Seorang berada di dalam kereta manakala seorang lagi menceroboh perkarangan rumah mangsa. Mereka pada mulanya cuba melarikan diri dengan merempuh halangan polis memaksa polis melepaskan satu tembakan amaran yang menyebabkan mereka menyerah diri," kata Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansur.

Beliau berkata polis menemui pelbagai peralatan untuk memecah kenderaan termasuk pembaris besi panjang serta satu topeng Ultraman.

Hasil soal siasat, kedua-dua lelaki terbabit mengaku mencuri 15 kenderaan pacuan empat roda model Toyota dalam tempoh dua bulan, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kenderaan terbabit akan dijual kepada satu sindiket dengan harga RM3,000 sebuah dan kenderaan itu ditinggalkan di satu kawasan di ibu negara.

Mohd Nor berkata polis turut merampas sebuah kenderaan Honda Civic yang dinaiki dua lelaki terbabit. Kenderaan itu dilapor hilang di Kuantan pada Februari sebelum nombor pendaftaran palsu.- Bernama

3 kawan nyaris maut ditetak ketika final Liga Juara

SHAH ALAM – Tiga sekawan yang dipercayai sedang minum sambil menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Chelsea dan Bayern Munich di sebuah kafe kelab golf di sini nyaris maut ditetak empat penjenayah, awal pagi semalam.

Mangsa dan empat penjenayah terbabit merupakan pelanggan kafe tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, penjenayah yang dipercayai mabuk kemudiannya menghampiri mangsa dan berlaku pertengkaran kecil kira-kira jam 3.40 pagi.

Beliau berkata, akibat tidak puas hati, penjenayah yang pada awalnya sudah beredar datang semula dengan bersenjatakan parang.

“Mereka terus menyerang dan menetak mangsa di beberapa bahagian anggota badan. Pelanggan lain dan pekerja kafe tidak berani untuk membantu kerana bimbang turut menjadi mangsa.

“Setelah mangsa rebah dan tidak bergerak, mereka melarikan diri bersama parang terbabit,” katanya.

Beliau berkata, selepas penjenayah melarikan diri, pemilik kafe menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian tersebut.

Katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Seksyen 11 yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa masih bernyawa dan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di atas lantai.

“Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan,” katanya.

Difahamkan, semua mangsa dilaporkan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi PPUM.

Zahedi berkata, motif kejadian tersebut masih disiasat dan gerakan memburu penjenayah terbabit sedang giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata

Seminar promosi skim piramid diserbu KPDNKK



Data peserta seminar yang dipercayai mempromosi skim piramid direkodkan.
Data peserta seminar yang dipercayai mempromosi skim piramid direkodkan.
KAJANG – Lebih 200 peserta sebuah seminar dipercayai skim piramid yang sedang kusyuk mendengar taklimat tergamam apabila diserbu oleh kira-kira 20 pegawai penguatkuasa Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya, di sini semalam.

Suasana pada mulanya agak tegang kerana beberapa peserta yang pertama kali menghadiri seminar sedemikian berang apabila butiran diri mereka diambil oleh penguatkuasa namun tenang selepas diberi penjelasan lanjut pegawai terlibat.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya, Mohd Roslan Mahayudin berkata, seminar yang diadakan di sebuah hotel itu diserbu kerana dianjurkan sebuah syarikat yang disyaki mempromosi dan menjalankan skim piramid.

Menurutnya, serbuan pada jam 4 petang itu adalah berdasarkan maklumat orang ramai termasuk peserta terdahulu yang mendakwa ditipu selepas menyertai skim tersebut.

“Kita syak terdapat unsur-unsur skim piramid dan iklan serta risalah diedarkan meragukan.

“Dipercayai, skim ini menggunakan platform sebuah syarikat yang memiliki lesen jualan langsung dan perniagaan lebih menjurus kepada merekrut peserta berbanding penjualan produk,” katanya selepas serbuan itu, semalam.

Mohd Roslan berkata, pihaknya masih menyiasat dakwaan terbabit dan perkara itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

Katanya, ia serbuan pertama bagi tahun ini dan pihaknya turut merekodkan data peserta untuk dokumentasi.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang mengenal pasti penganjur untuk dirakamkan perbualan untuk siasatan.

Katanya, beberapa peralatan seperti komputer riba dan pemacu cakera keras turut dirampas untuk tujuan siasatan.

Awas akaun Facebook palsu ketua Jabatan Siasatan Jenayah




         
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin mengecam individu yang menyamar sebagai beliau melalui akaun Facebook palsu.

Dalam kenyataan hari ini, Mohd Bakri menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai akaun Facebook sama ada secara peribadi atau atas kedudukannya sebagai pengarah jabatan itu.
"Saya mendapat tahu ada individu tidak bertangggungjawab mencipta akaun paslu Facebook atas nama saya dan menampalkan status palsu," katanya dalam kenyataan yang ditampalkan pada laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semakan terhadap rangkaian sosial itu menemui satu akaun Facebook yang menyamar sebagai milik Mohd Bakri Mohd Zinin dengan menggunakan kata-kata kasar dalam maklumat profil serta dindingnya dengan tujuan mencemarkan imej polis.


Berdasdarkan catatan log, akaun palsu itu dicipta Jumaat lepas dan setakat ini mempunyai 14 rakan yang disahkan.

Tiga lelaki ditahan kerana curi kabel



21/05/2012 8:36pm

KANGAR — Polis menahan tiga lelaki berumur lewat dua puluhan kerana mencuri kabel milik Syarikat Telekom Malaysia di Alor Kabong dekat sini Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt. Nashir Ya berkata, tiga lelaki itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam dan siasatan awal mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah.
Bercakap kepada para pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang daripada mereka positif dadah.
Hasil tangkapan itu, polis merampas beberapa peralatan mencuri kabel termasuk alat pemotong, sebilah gergaji, sebilah parang, satu guni tembaga kabel seberat 33 kilogram, sebuah tong mengandungi minyak petrol, sebuah tong besi tempat membakar, satu gulung kulit kabel dan sebuah jengkaut.
Katanya, ketiga-tiga suspek tersebut kini ditahan reman sehingga esok dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, serta Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana menolong menyembunyikan harta curi.
Beliau berkata, nilai rampasan kabel itu dianggarkan kira-kira RM6,000.
Menurut Nashir, sejak Januari lalu sehingga kini, sebanyak 23 kes kecurian kabel milik syarikat utiliti awam direkodkan di Perlis membabitkan kerugian RM128,711. — BERNAMA

Peniaga parah ditikam bapa akibat salah faham



21/05/2012 8:27pm

JOHOR BAHARU — Seorang peniaga warung cedera parah ditikam bapanya selepas berlaku perselisihan faham dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Dahlia 19, Taman Dahlia, Tampoi, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan berkata, mangsa Muhammad Afiq Zainuddin, 22, dipercayai ditikam di belakang badan dengan pisau pemotong sayur di dapur rumah itu, dalam insiden kira-kira pukul 10.30 malam.
"Pertengkaran dipercayai bermula di luar rumah selepas mangsa meminta bapanya seorang pengawal keselamatan mengalihkan kereta Perodua Alza milik bapanya yang diletakkan di ruang rumah jiran mereka.
"Pertengkaran kemudian berlarutan sehingga ke dalam rumah sebelum mangsa ditikam apabila bapanya naik angin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ruslan berkata, Muhammad Afiq kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini dan polis berjaya menahan suspek berumur 48 tahun, yang cuba melarikan diri selepas kejadian itu.
Katanya, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah dan kini ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan senjata berbahaya.— BERNAMA

Kes tipu beli tanah: 2 lelaki diburu



21/05/2012 8:22pm

MELAKA — Polis Melaka sedang memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan pembelian tanah membabitkan kerugian berjumlah RM179,000 di negeri ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka, Supt. Soh Hock Sing berkata, mereka dikenali Josepher Belitang, 25 dan Rayong Bulan Lagi, 44, dari Sarawak.
Kedua-dua mereka disyaki aktif melakukan kegiatan itu bersama empat lagi dan mensasarkan peniaga serta pesara, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, polis telah menerima lima laporan berkenaan kegiatan kumpulan itu bagi tempoh 4 Disember 2011 hingga 25 April lalu, membabitkan mangsa berusia antara 50 dan 53 tahun.
"Pada awalnya suspek menggunakan taktik untuk menyewa tanah mangsa bagi tujuan menjalankan projek kabel elektrik atau pembekalan makanan yang sebenarnya tidak wujud.
"Suspek kemudian memujuk mangsa membuat pelaburan dengan berkongsi membeli tanah di kawasan tertentu yang mempunyai nilai tinggi pada harga murah,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu kemudian menyerahkan wang secara tunai mengikut jumlah yang ditetapkan suspek.
Kes terbaharu melibatkan peniaga di medan selera di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di sini, yang kerugian RM15,000 selepas diperdaya suspek yang datang ke kedai mangsa pada 19 April lepas dan menawarkan urusan pembelian tanah terbabit.— BERNAMA

Bunuh tukang urut: Penghantar gas kekal bebas



21/05/2012 8:32pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi melepas serta membebaskan seorang penghantar gas daripada pertuduhan membunuh seorang tukang urut tradisional, yang cuba meliwat dan mencederakannya, lapan tahun lepas.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abdul Malik Ishak sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 25 Jun 2010, yang melepas serta membebaskan Mohd. Hairi Sabdin, 31.
Dalam penghakimannya, Abdul Malik berkata panel itu bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa tindakan Mohd. Hairi membunuh Abdul Rahman Hussain adalah untuk mempertahankan diri dan mengelak maruahnya tercemar akibat perbuatan si mati.
Beliau berkata polis juga tidak menyiasat dengan teliti kes itu kerana tidak mengambil sampel daripada bahagian sulit Mohd. Hairi dan si mati, yang mungkin akan menyokong keterangan tertuduh bahawa mangsa telah melakukan serangan seksual terhadapnya.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Mohamed Ali.
Mohd. Hairi, yang berusia 22 tahun ketika kejadian, dituduh membunuh Abdul Rahman dengan gunting di rumah si mati di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang pada 4.30 pagi, 25 Sept 2003.
Dalam pembelaannya, Mohd. Hairi berkata Abdul Rahman menawarkan untuk mengurut bahu, pinggul dan kakinya yang sakit namun melakukan serangan seksual ketika dia datang untuk mendapatkan rawatan.
Satu pergelutan berlaku antara mereka, yang berakhir dengan Mohd. Hairi menikam Abdul Rahman beberapa kali di leher serta badan, dan tertuduh mendakwa tindakannya itu hanyalah untuk mencederakan si mati.
Keterangan patologi pula menunjukkan Abdul Rahman mengalami 63 kecederaan akibat tikaman bertalu-talu. — BERNAMA

Rumah jadi stor mercun terbakar




MELAKA 21 Mei - Sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan mercun dan bunga api musnah terbakar dalam kejadian di Lorong Sidang Omar, Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru di sini pagi ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi itu turut mengejutkan Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang terdengar letupan mercun dan bunga api itu dari kediaman rasminya yang terletak 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

Menurut Ghee Lye, dua daripada empat bilik di rumah tersebut dipenuhi dengan pelbagai jenis mercun. Turut ditemui ialah wang tunai berjumlah ribuan ringgit yang disimpan di dalam sebuah baldi. - UTUSAN

Kecurian kabel TNB punca gangguan air di Kuala Krai




         
KOTA BAHARU: Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memaklumkan bahawa gangguan bekalan air bersih di beberapa kawasan di sekitar Kuala Krai sejak semalam adalah berpunca daripada kecurian kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Loji Rawatan Air Pahi.

"Operasi loji itu dihentikan buat sementara waktu untuk kerja-kerja pembaikian kabel TNB yang rosak. Kerja-kerja pembakaian yang bermula hari ini dijangka mengambil masa lapan hingga 10 jam dan bekalan air dijangka pulih dalam tempoh 24 jam," kata Eksekutif Khidmat Pelanggan AKSB, Hazwan Hassan kepada Bernama.
Antara kawasan yang terlibat ialah Batu Jong, Sempadan Machang-Kuala Krai, Telekong, Kampung Pek, Chenulang, Kampung Enggong, Taman Teknik, Taman Daskoh dan sekitar Guchil.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Pusat Info AKSB melalui talian 1300-88-2572. - Bernama