Search This Blog

Saturday, May 19, 2012

62 polis terlibat kes dadah, calar imej pasukan

62 polis terlibat kes dadah, calar imej pasukan - Pahang - Sinar Harian:

62 polis terlibat kes dadah, calar imej pasukan
Mohd jasmani (kanan) menyampaikan surat penghargaan kepada salah seorang
anggotanya sempena perhimpunan bulanan IPD itu di sini, semalam.
KUANTAN - Seramai 62 pegawai dan anggota polis dari Kontinjen Pahang ditangkap kerana terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah sepanjang tempoh kajian dua tahun empat bulan bermula 2010 hingga April 2012.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, perbuatan segelintir pegawai dan anggota polis dari kontinjen Pahang itu mencalarkan usaha pucuk pimpinan dalam memperjuangkan maruah pasukan.

Menurutnya, masih ada pegawai dan anggota menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi walaupun tahu bahawa perbuatan itu menyalahi undang-undang.

“Ada juga dalam kalangan warga kontinjen Pahang terlibat dalam kesalahan jenayah sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.,” katanya melalui teks ucapan yang dibacakan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff sempena perhimpunan bulanan IPD itu di sini, kelmarin.

Sharifuddin berkata, sikap segelintir mereka yang menyalahgunakan kuasa ini menyebabkan pasukan dipandang sinis oleh sesetengah pihak sekali gus memberikan gambaran serong bahawa polis Pahang memiliki integriti yang rendah.

“Penekanan kepada penyeliaan hendaklah sentiasa berterusan dan sentiasa diadakan bagi mengawal gejala ini daripada berleluasa,” katanya.

Beliau berkata, pembaharuan yang dibuat kerajaan termasuk kenaikan tangga gaji sebanyak13 peratus baru-baru ini sebagai imbuhan bagi mengelak penjawat awam menerima rasuah dan menjalankan kerja kotor untuk kepentingan diri.

“Tiada sebab untuk warga kontinjen Pahang terus terlibat dalam gejala ini atas alasan tekanan kos hidup sebaliknya mereka perlu berbelanja secara berhemah mengikut gaji yang diterima,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin dekat merupakan ujian besar kepada pasukan untuk memastikan keamanan negara berada di tahap terbaik.

“Penekanan keselamatan setempat merupakan aspek penting ketika ini justeru semua pegawai terutama ketua polis daerah perlu bijak dalam memanipulasikan keadaan sekeliling bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin,” katanya.

Sempena perhimpunan bulanan peringkat IPD Kuantan itu, Mohd Jasmani turut menyampaikan surat penghargaan kepada beberapa anggota selain sagu hati kepada enam bekas polis zaman darurat.

'via Blog this'

Pemilik kedai runcit rugi RM7,000 selepas tertipu tawaran murah

Pemilik kedai runcit rugi RM7,000 selepas tertipu tawaran murah - Melaka & NS - Sinar Harian:
SEREMBAN – Tertarik tawaran murah mendapatkan pekerja asing menyebabkan seorang pemilik kedai runcit berputih mata selepas mengalami kerugian RM7,000.

Mangsa hanya menyedari ditipu selepas dua pekerja asing dari India yang dijanjikan tidak kunjung tiba setelah membuat pembayaran.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Paroi, Selasa lalu.

Menceritakan kejadian, mangsa yang enggan dikenali berkata, dia dikunjungi seorang lelaki dan wanita lingkungan 30-an, Julai tahun lalu, di kedai runcitnya di Paroi.

Menurutnya, mereka memperkenalkan diri sebagai ejen pekerja asing.

Katanya, dia tertarik dengan tawaran murah ejen terbabit yang menawarkan RM7,000 bagi mendapatkan dua pekerja asing.

“Selepas memberi penerangan, ejen terbabit meminta saya buat bayaran pendahuluan RM4,000 melalui cek atas nama lelaki lain.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa ketika itu dan beberapa hari kemudian saya membuat pembayaran seperti dijanjikan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas sebulan, seorang wanita lingkungan 30-an datang ke kedainya bagi menuntut baki cek dan berjanji akan menyerahkan dua pekerja asing warga India selepas pembayaran selesai.

Menurutnya, dia yang percaya dengan wanita itu membayar lebihan baki berjumlah RM3,00, namun selepas lapan bulan menunggu dua pekerja asing masih tiada.

“Kerana tidak puas hati, saya hubungi wanita terbabit dan dia minta saya bersabar dengan alasan ada masalah dengan Jabatan Imigresen yang kini menjalankan Ops 6P.

“Saya mula merasakan sesuatu yang tidak kena dan minta batalkan tempahan kerana menyedari ditipu. Selepas beberapa bulan saya menghubungi wanita terbabit, dan dia masih beri alasan sama,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya
'via Blog this'

Suspek pecah masuk kedai menjual gajet berjaya dicekup polis

Suspek pecah masuk kedai menjual gajet berjaya dicekup polis - Melaka & NS - Sinar Harian:


Suspek pecah masuk kedai menjual gajet berjaya dicekup polis
Muhd Sabri (kanan) menunjukkan telefon bimbit yang berjaya ditemui polis
di Gemencheh pada sidang media, semalam.
JEMPOL - Kesan cop jari yang ditemui di sebuah kedai menjual gajet telefon dan komputer yang dipecah masuk, bulan lalu membawa kepada penangkapan dua lelaki di dua lokasi berlainan.

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan pada 15 dan 18 Mei di Bandar Seri Jempol, di sini dan Gemencheh, Tampin dipercayai terbabit dengan kejadian pecah masuk sebuah kedai di Taman Satelite, Bahau, di sini, 20 April lalu.

Ketua Polis daerah, Superitendan Muhd Sabri Muhamad bagaimanapun berkata, dua lagi rakan suspek masih diburu.

“Penangkapan suspek pertama berdasarkan cop jari yang ditemui dekat kedai berkenaan, seterusnya membawa penahanan rakan suspek di Gemencheh.

“Ketika pemeriksaan di rumah rakan suspek, polis menemui sebuah bagasi berisi 86 telefon bimbit pelbagai jenama di belakang rumahnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, dekat sini, semalam.

Muhd Sabri berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan oranga ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis.

Dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi itu, pemilik kedai berkenaan membuat laporan polis selepas kedai miliknya itu dipecah masuk pencuri.

Kejadian itu menyebabkan pemilik kedai berumur 40 tahun itu kerugian kira-kira RM17,000 selepas kehilangan 200 telefon bimbit pelbagai jenama, selain enam laptop, enam kamera digital, 100 kotak rokok pelbagai jenama, 100 kad prabayar pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah kira-kira RM1,000

Hasil siatan awal pihak polis juga mendapati penjenayah terbabit menggunakan alat pemotong elektrik dan sebuah tong gas untuk memotong pintu jeriji besi kedai.

'via Blog this'

Pemandu teksi didakwa miliki dadah -

Pemandu teksi didakwa miliki dadah - Selangor & KL - Sinar Harian:
SEPANG - Seorang pemandu teksi didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas dakwaan memiliki dadah.

Tertuduh, Zulkefli Isa, 38, dari Puchong, didakwa memiliki campuran tembakau dan tumbuhan kering dadah jenis ganja dengan anggaran berat 2.0 gram yang disimpan dalam lipatan akhbar.

Dia didakawa melakukan kesalahan itu di kawasan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) sekitar jam 1.45 petang, kelmarin.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Majistret, Wan Mohd Norhisham Wan Yaakob.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM1,500 oleh seorang penjamin, selain menetapkan tarikh 16 Julai depan untuk laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahah Mohd Suah.
'via Blog this'

2 askar dituduh kes dadah

2 askar dituduh kes dadah - Melaka & NS - Sinar Harian:

2 askar dituduh kes dadah
$entry.content.caption.value
AYER KEROH - Dua askar dituduh dalam dua prosiding berbeza di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana memiliki dan memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya, tahun lalu.
Rumuzan Ibrahim, 37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberikan dadah kepada diri sendiri, sementara rakannya, Zakaria Mamat, 35, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang didakwa ke atasnya.
Berdasarkan pertuduhan, Rumuzan didapati memberikan dadah kepada diri sendiri di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, kira-kira jam 12.45 tengah malam pada 26 Mei 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 38 B akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Rumuzan memohon hukuman diringankan dengan alasan perlu menyara isteri dan dua anak.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebelum Majistret Syajaratudur Abd Rahman menjatuhkan hukuman denda RM1,300 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda dan dua tahun pengawasan terhadap tertuduh.
Sementara itu, Zakaria didakwa memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat 0.68 gram di kedai cuci kereta, Jalan Sungai Udang kira-kira jam 11.45 malam pada 25 Mei 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 12(2) hukum dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Zakaria turut dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 38 B akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun kerana didapati memberikan kepada diri sendiri dadah jenis methampehtamine.
Rosli meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 sebelum peguam dari YBGK memohon jaminan terhadap tertuduh dikurangkan kerana berpendapatan kira-kira RM2,00 sebulan.
“Tertuduh yang bertugas selama 18 tahun di dalam tentera mempunyai seorang isteri dan anak kecil berusia 3 tahun," katanya.
Syajaratudur kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

'via Blog this'

Ibu mertua dituduh cuba bunuh menantu

Ibu mertua dituduh cuba bunuh menantu - Semasa - Sinar Harian:

Dituduh cuba bunuh menantu
Wai Chee (kiri) dan kakaknya, Wai Mei (tengah) diiringi anggota polis semasa tiba
di pekarangan Mahkamah Butterworth semalam.
BUTTERWORTH - Seorang ibu mertua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan cuba membunuh menantu secara menikam dan membakarnya dengan petrol, awal bulan ini.

Bukan warga emas itu, Lee Wai Chee, 60, seorang sahaja namun kakaknya, Lee Wai Mei, 63, juga dituduh melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa.

Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka secara bersama-sama cuba membunuh Yeoh Kar Tin, 42, di blok S, Jalan Jenahak, Taman Tun Hassan, Bukit Mertajam dekat sini, 8 Mei lalu.

Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan khianat ke atas mangsa dan kali ini pertuduhan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ramlan manakala dua beradik itu diwakili peguam Mok Yee Yew dan Christine Khoor.

Prosiding dijalankan hadapan Hakim Ikhmal Hishan Ahmad Tajuddin yang kemudian, memerintahkan Wai Chee supaya menjalani rawatan mental di Hospital Tanjung Rambutan sementara Wai Mei diberikan jaminan­ RM30,000.

Kes disebut semula pada 16 Jun depan.

Kedua-dua beradik itu didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 4 petang, 8 Mei lalu.

Difahamkan, kejadian tersebut disedari jiran terdekat yang kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedar diri.

'via Blog this'

Kebakaran: Lelaki ditemui mati bawah katil

Kebakaran: Lelaki ditemui mati bawah katil - Semasa - Sinar Harian:
ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui mati di bawah katil di dalam sebuah bilik di rumahnya dalam kebakaran di Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, Eng Heo, 53, mati di tempat kejadian kerana terbakar 50 peratus di bahagian kepala dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar Mohd Fauzi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.05 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera dan 12 anggota.

Katanya, anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan dan menemui mayat lelaki itu di dalam sebuah bilik.

Jiran mangsa, Ooi Poh Sin, 54, berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam rumahnya dan terdengar bunyi letupan kuat dan apabila keluar, dia mendapati rumah mangsa sedang terbakar.

Panik dengan kejadian itu, Ooi berkata dia bersama anaknya lari menyelamatkan diri kerana bimbang kebakaran merebak ke rumahnya yang tidak jauh dari rumah mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan ketika ditemui mengesahkan menerima laporan kes tersebut dan mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat Eng dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini sebelum dituntut keluarganya. - Bernama
'via Blog this'

Polis tahan 3 lelaki berhubung kes culik seorang peguam

Polis tahan 3 lelaki berhubung kes culik seorang peguam - Semasa - Sinar Harian:

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki yang didakwa menculik seorang peguam sebelum membebaskannya Rabu lepas setelah menerima wang daripada keluarga mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata tiga lelaki tersebut ditahan semalam di sekitar ibu negara dalam kes yang pada mulanya dilaporkan sebagai penculikan tetapi siasatan mendapati kes itu lebih terarah kepada masalah hutang.
"Mungkin peguam tersebut berhutang dengan kumpulan lelaki terbabit dan bukan kerana mahukan wang tebusan. Ketiga-tiga lelaki itu mendakwa peguam tersebut berhutang sebanyak RM180,000 dengan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat sempena sambutan Hari Polis ke-205 di Kerinchi, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dan timbalannya Datuk Amar Singh Ishar Singh serta ketua-ketua ibu pejabat polis daerah.

Ku berkata peguam itu yang diculik dan dikurung oleh kumpulan itu pada Sabtu lepas telah dibebaskan pada Rabu setelah keluarga mangsa memberikan cek bernilai RM150,000 kepada kumpulan terbabit.
"Selepas menerima cek tersebut, peguam itu ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah rumah di Rawang," katanya.
Beliau berkata peguam itu mendakwa sebelum kejadian, beliau sedang menikmati sarapan di sebuah cafe di Metro Prima Kepong bersama beberapa lelaki sebelum dibawa ke sebuah rumah di Rawang.
"Peguam berumur 35 tahun itu juga mendakwa telah dipukul dan diberi minuman khayal oleh kumpulan tersebut sehingga tidak sedarkan diri," katanya. - Bernama

'via Blog this'

Penjenayah ditembak mati, polis cedera

Penjenayah ditembak mati, polis cedera - Semasa - Sinar Harian:

KUANTAN - Seorang penjenayah yang melarikan kenderaan polis ditembak mati dalam satu kejadian tembak-menembak di KM 249.2 dekat Jabor di sini, awal hari ini.
Suspek, Chiang Hon Hing, 39, berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur mati akibat terkena tembakan di perut.
  
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, suspek sebelum itu bertindak melarikan kenderaan anggota peronda trafik Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di jalan susur masuk ke tol Lanchang menghala ke Kuantan.
  
"Kira-kira 1.10 pagi, dua anggota peronda trafik LPT telah membuat pemeriksaan ke atas kereta suspek yang berhenti di tepi jalan susur masuk tol Lanchang menghala ke Kuantan.
  
"Semasa pemeriksaan, tiba-tiba suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis berkenaan tetapi tidak mengenai anggota peronda terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, suspek kemudiannya melarikan kenderaan polis itu manakala sebuah lagi kereta peronda LPT yang melalui kawasan berkenaan bertindak mengejar suspek yang menghala ke Kuantan.
  
"Sampai di KM 113.6, suspek telah berhenti di tepi LPT dan menyamun sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki dua lelaki. Kedua-dua lelaki berkenaan tidak dicederakan," katanya.
  
Sharifuddin berkata, suspek terus melarikan diri sehingga ke Tol Jabor dan apabila ternampak sekatan jalan raya di situ, dia bertindak berpatah balik menghala ke arah Kuala Lumpur.
  
Katanya apabila tiba di KM 249.2 dekat Jabor, suspek memberhentikan kenderaannya yang dipercayai mengalami kerosakan dan ketika diperiksa oleh anggota peronda trafik LPT, dia bertindak melepaskan tembakan yang mengenai tangan kanan Lans Koperal Mohd Jarizan Md Jid.
  
"Polis berjaya menembak mangsa di bahagian perutnya dan disahkan mati ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA)," katanya.

Beliau berkata, polis turut menemui sepucuk pistol jenis Baretta, yang digunakan suspek dalam kejadian berbalas tembakan itu.
  
"Siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam beberapa kes jenayah sebelum ini seperti curi kereta dan dadah. Kereta jenis Honda yang digunakan suspek di Lanchang itu juga adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang malam tadi," katanya.
  
Sementara itu, Mohd Jarizan ketika ditemui di HTAA berkata, dia bersyukur kerana selamat dalam kejadian tembak-menembak itu. - Bernama

'via Blog this'

5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana

5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana - Semasa - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.

“Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.

“Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.

Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh.
'via Blog this'

Polis buru pasangan bantu siasatan

Polis buru pasangan bantu siasatan - Semasa - Sinar Harian:

Polis buru pasangan bantu siasatan
Gambar suspek yang dirakam menerusi CCTV.
KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan dua individu yang dipercayai menyamun, membogelkan, mengikat dan mengurung seorang agen hartanah lebih 10 jam di sebuah kondominium di Mont Kiara, 10 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Datuk Ku Chin Wah berkata, gambar pasangan itu diambil di beberapa lokasi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kondominium tersebut.

“Orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung dua individu ini diminta tampil membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Travers, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian itu, pasangan terbabit membawa sebuah kereta Mitsubishi Lancer, berwarna putih dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Dalam kejadian itu, mangsa, berusia 34 tahun berurusan dengan sepasang penjenayah yang berlakon sebagai suami isteri yang ingin membeli sebuah unit kondominium.

Pasangan itu menghubungi mangsa melalui web hartanah dan memintanya datang ke kediaman tersebut dengan tujuan mereka ingin melihat reka bentuk dalamannya.

Ketika di dalam rumah, mangsa kemudiannya disamun, dibogelkan dan diikat sebelum ditinggalkan bersendirian di dalam rumah yang dikunci dari dalam.

Kereta jenis Toyota Vios milik mangsa turut dilarikan.

'via Blog this'

Kakitangan JPJ maut kereta terbabas

Kakitangan JPJ maut kereta terbabas - Utara - Sinar Harian:

Kakitangan JPJ maut kereta terbabas
Keadaan kereta mangsa yang terbabas ke dalam longkang. Foto: Shahful Bakri Abd Razak.
ALOR SETAR – Niat seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah untuk melihat sepupunya yang terbabit dalam kemalangan tidak kesampaian­ apabila maut setelah kereta yang dinaikinya terbabas ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Zahidatul Akmam Che Lah, 28, yang menaiki kereta Proton Wira bersama sepupunya, Mohd Haris Mohd Sobri, 17, dalam perjalanan menuju ke Alor Ponti untuk meninjau keadaan adik Mohd Haris, Mohd Hanif, 15, yang terlibat dalam kemalangan di situ.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala Mohd Haris pula mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ibu mangsa, Som Abd Ghani, 57, berkata, pada jam 7.30 pagi, mereka menerima berita mengenai kemalangan yang menimpa Mohd Hanif sewaktu dia sedang dalam perjalanan menaiki motosikal untuk ke tempat tuisyen di Tanah Merah, Pendang.

“Saya, suami Zahidatul Akmam, Ahmad Nazri Ismail, 29, serta ahli keluarga Mohd Hanif menaiki kereta berlainan untuk melihat keadaan Mohd Hanif.

“Anak saya serta Mohd Haris pula berada dalam kereta berasingan mengikut kereta kami dari belakang namun bila tiba di lokasi kemalangan di Alor Ponti, kereta yang dinaiki anak saya masih belum tiba,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di bilik mayat HSB.

Menurutnya, dia mula risau apabila Zahidatul Akmam yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu tidak menjawab panggilan telefon.

“Saya dan suaminya telefon mereka banyak kali namun tidak dijawab dan saya mula terasa ada sesuatu yang tidak elok berlaku.

“Telahan saya betul kerana tidak lama kemudian saya menerima berita mengenai kemalangan yang menimpa anak saya di Alor Pudak yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kemalangan yang menimpa Mohd Hanif,” katanya.

Katanya, dia masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya kerana tidak menyangka anaknya pula yang akan maut dalam kemalangan namun dia reda dengan apa yang berlaku.

'via Blog this'

Tiga beranak selamat daripada maut

Tiga beranak selamat daripada maut - Pahang - Sinar Harian:

Tiga beranak selamat daripada maut
Kereta yang dinaiki mangsa tiga sekeluarga remuk teruk dalam kejadian di Jalan Pekan-Chini.
PEKAN - Sepasang suami isteri bersama seorang anak lelaki mereka berusia empat tahun nyaris maut apabila kereta yang dipandu terbabas ke bahagian kiri jalan dan terjunam ke tebing jalan kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Ahli keluarga mangsa, Sam Pas Long, 35, berkata, dia menerima panggilan daripada salah seorang ­kawannya memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa Mohd Rizuan Abdullah, 23, bersama isteri dan anak mereka di Jalan Pekan-Chini, dekat sini.

Menurutnya, Rizuan bersama isteri yang hanya dikenali dengan nama Ema, 20, dan anak mereka, Mohd Iqbal sedang menuju ke Kuantan dari rumah mereka di Felda Chini Timur 3.

“Rizuan sekeluarga kini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk mendapat rawatan lanjut akibat kecederaan yang dialami mereka.

“Isterinya mengalami ­kecederaan patah kaki manakala dia dan anak ­lelakinya mengalami ­kecederaan di ­bahagian kepala dan beberapa ­bahagian badan,” katanya.

Sam berkata, kereta jenis Honda Civic yang dinaiki Rizuan ­sekeluarga terbabas dan melanggar satu tiang elektrik konkrit sebelum menjunam ke tebing jalan berhampiran ladang kelapa sawit di sini.

“Saya dan ahli keluarga lain bersyukur kerana dia sekeluarga ­selamat dan hanya mengalami kecederaan ­ringan walaupun keadaan kereta ­mereka ­remuk teruk,” katanya.

'via Blog this'

Khalwat: 5 pelajar didenda RM1,500

Khalwat: 5 pelajar didenda RM1,500 - Terengganu - Sinar Harian:

BESUT - Lima pelajar termasuk tiga pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah di sini, didenda RM1,500 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah selepas mengaku salah melakukan perbuatan tidak bermoral dalam sebuah rumah di Kampung Gong Tengah, 27 Mac lalu.
Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof menjatuhkan hukuman tersebut apabila beliau berpuas hati terhadap pengakuan salah dan rayuan tertuduh.
Mereka ditahan dalam sebuah rumah di kampung tersebut dekat Kuala Besut pada jam 9.15 pagi dan tiada ikatan yang sah ketika kejadian, sehingga menimbulkan syak melakukan khalwat.

Semua tertuduh termasuk dua lelaki berumur 18 tahun itu dibicarakan di bawah Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir), Negeri Terengganu 2001 yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, bertindak atas maklumat, penguat kuasa melakukan serbuan berwaran di sebuah rumah di Kampung Gong Tengah.

Penguat kuasa syariah terpaksa ke bahagian dapur rumah setelah pintu utama tidak dibuka oleh tertuduh ketika pihak berkenaan mengetuk pintu tersebut.

Pemeriksaan di dalam rumah mendapati, pintu sebuah bilik berkunci dari dalam dan selepas beberapa minit diketuk, ia dibuka oleh seorang remaja perempuan dan pemeriksaan mendapati terdapat tiga remaja perempuan di dalam bilik itu.

Nik Mohd Shahril berkata, remaja tersebut memberitahu penguat kuasa hanya mereka bertiga di dalam rumah itu namun, pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki sedang menyorok di atas siling rumah.

Ketiga-tiga pelajar perempuan itu tinggal di sebuah kuarters perumahan di Gong Keda.

Salah seorang lelaki terbabit adalah anak pemilik rumah tersebut manakala rakannya dari Kampung Gong Manok, Pasir Puteh, Kelantan.

'via Blog this'

Selekoh KM15 Jalan Gaung -Teris kawasan kemalangan

Selekoh KM15 Jalan Gaung -Teris kawasan kemalangan - Terengganu - Sinar Harian:

Selekoh KM15 Jalan Gaung -Teris kawasan kemalangan
Selekoh tajam terdapat di Kilometer 15 Jalan Gaung-Teris di Kampung Tengkawang
ini dilabelkan sebagai selekoh kemalangan oleh penduduk.
HULU TERENGGANU - Selekoh kemalangan. Itu antara gelaran diberikan masyarakat pada satu selekoh tajam terdapat di Kilometer 15 Jalan Gaung-Teris, di sini, berikutan terlalu kerap berlakunya kemalangan di kawasan tersebut termasuk membabitkan kemalangan maut.

Malah, mereka mendakwa dalam tempoh sebulan pasti berlaku insiden berkenaan terutama membabitkan pengguna dari arah Sungai Tong-Kuala Berang yang menggunakan pelbagai jenis kenderaan termasuk trak tentera.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, warga emas, Aminnudin Hamzah, 72, berkata, rumahnya antara salah sebuah kediaman yang berisiko tinggi untuk dirempuh apabila berlakunya kemalangan yang kebiasaanya berpunca daripada kelalaian pemandu sehingga kenderaan mereka terbabas.

“Setiap bulan, mesti berlaku kemalangan di sini dan kerana itulah, komuniti di sini melabelkan kawasan tersebut sebagai selekoh kemalangan.

“Walaupun pernah beberapa kali rumah saya hampir dirempuh, namun syukurlah pokok mempelam di hala-man rumah sering menjadi penyelamat,” katanya.

Justeru, penduduk berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan meningkatkan tahap keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan terutamanya bagi pemandu yang jarang menggunakan laluan ini.

“Saya sarankan disediakan garisan kuning di permukaan jalan berhampiran selekoh tajam tersebut.

“Ini kerana kerana cara ini sekurang-kurangnya dapat memberi amaran kepada pemandu agar tidak memecut laju di selekoh ini,” katanya semalam.

Sementara itu, dalam kejadian terbaru Rabu lalu, satu lagi kemalangan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di selekoh tajam tersebut membabitkan sebuah lori membawa muatan berisi minyak sawit mentah terbabas lalu terbalik hingga hampir merempuh rumah warga emas, Minah Che Idris, 60

'via Blog this'

Bengkel terbakar, pelanggan putih mata

Bengkel terbakar, pelanggan putih mata - Terengganu - Sinar Harian:

Bengkel terbakar, pelanggan putih mata
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran di bengkel milik Ah Hing
di Cabang Tiga, Jertih, kelmarin.
BESUT- Seorang pengusaha bengkel ketuk dan cat kereta kerugian lebih RM100,000 apabila bukan sahaja bengkelnya itu terbakar tetapi empat kereta pelanggan turut rosak dalam kejadian di depan Stesen Minyak Petronas, Cabang Tiga, Jertih petang kelmarin.

Pemiliknya, Ng Ah Hing, 50, bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian akibat sebahagian bengkelnya musnah dalam kebakaran kira-kira 5.20 petang kelmarin tetapi terpaksa menanggung kerugian akibat kereta pelanggan yang sedang dibaiki rosak teruk.

Menurutnya, dalam kebakaran yang dipercayai berpunca akibat litar pintas itu menyebabkan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang ingin dicat musnah sama sekali.

Manakala, tiga kenderaan lagi termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda rosak di beberapa bahagian badan kereta akibat haba panas.

“Sebelum kejadian semua pekerja saya sudah pulang dan saya sedang mengemas di dalam pejabat. “Pada masa sama, saya mendapati wayar pendawaian elektrik bengkel menyala dan ini mungkin menyebabkan litar pintas berlaku,” katanya yang tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Zuzuki Safei, sebanyak dua jentera bomba termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.24 petang.

Menurutnya, seramai 11 anggota dari kedua-dua balai bertungkus-lumus memadam kebakaran dan api berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh 20 minit.

“Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengelak kebakaran merebak ke beberapa rumah yang terletak berhampiran,” katanya.

Zuzuki yang ditemui berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

'via Blog this'

Rumah nelayan terbakar - Kelantan

Rumah nelayan terbakar - Kelantan - Sinar Harian:

Rumah nelayan terbakar
Fatimah bersama Mat Ali dan cucunya, sambil diperhatikan Saluzi (kiri) melihat
rangka rumahnya yang tinggal akibat kebakaran.
KOTA BHARU - Sepasang warga emas tergamam apabila wang RM1,000 yang disimpan untuk membayar hutang hangus sekelip mata selepas rumahnya terbakar, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.50 itu, rumah kayu didiami Fatimah Hassan, 64, bersama suaminya, Mat Ali Daud, 70, dan cucunya, Mohd Amin Nasaruddin, 9, di Kampung Kuala Besar di sini, musnah.

Fatimah berkata, wang tersebut disimpan beberapa jam sebelum dia bersama suami dan cucunya ke sungai kira-kira dua kilometer dari rumahnya untuk membaiki perahu.

“Sebelum keluar rumah saya letak wang ini di celah lipatan kain dalam almari supaya tidak tercicir kerana kami berjanji untuk membayar hutang berjumlah RM2,000 beberapa hari lagi. Sudahlah kami hilang tempat tinggal. Hari ini juga wang hasil kerja keras untuk membayar hutang dan perbelanjaan harian sekeluarga menjadi abu dalam sekelip mata sahaja,” katanya.

Fatimah yang bekerja sebagai nelayan bersama suaminya berkata, dia pulang awal kerana teringatkan lembunya belum diberi makan dan dalam masa sama melihat asap tebal berhampiran kawasan rumahnya.

“Pada mulanya saya ingatkan penduduk membakar tayar dan saya terkejut ketika berhenti bertanya di kedai kopi berkaitan asap itu, penduduk memberitahu rumah saya sebenarnya yang terbakar. Saya terus mengayuh basikal pulang dan tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana api marak dan hanya mampu melihat rumah, pakaian dan wang simpanan kami hangus di depan mata,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi menyelamat, Yazulia Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6 petang dan dua jentera bersama 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, 10 minit kemudian kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dan punca sebenar kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Saluzi Sulaiman menyampaikan sumbangan peribadi bagi meredakan kesedihan yang ditanggung tiga sekeluarga itu.

'via Blog this'

Tercampak 79 meter, motosikal dirempuh lori

Tercampak 79 meter, motosikal dirempuh lori - Terengganu - Sinar Harian:

Tercampak 79 meter, motosikal dirempuh lori
Orang ramai melihat pelana motosikal yang dinaiki Che Abd Ghani yang melekat
depan lori yang melanggarnya dalam kemalangan yang berlaku di Pekan Jabi, pagi semalam.
JABI- Seorang penoreh getah maut setelah tercampak sejauh 79 meter sebelum terhempas di atas jalan akibat motosikal yang ditunggangnya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori dalam kejadian di pekan Jabi pagi semalam.

Akibatnya, kepala mangsa Che Abd Ghani Che Wel, 53, mengalamai kecederaan parah menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

Mangsa beralamat di Kampung Kerandang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Jertih untuk ke kebun getahnya di Kampung Pondok Nyamuk tidak jauh dari situ.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, motosikal mangsa diseret sejauh 256 meter oleh lori tersebut mengakibatkan motosikal itu terlekat pada tayar depan sebelah kiri lori sebelum pemandunya memberhentikan kenderaannya.

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di muka, kepala dan meninggal dunia.

Arwah makan banyak: Isteri

“SEHARI sebelum kejadian arwah suami saya menunjukkan sedikit perubahan yang ketara apabila dia makan nasi lebih banyak daripada biasa,” kata isteri kedua Che Abd Ghani, Roslija Yusoff, 44, ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Besut, semalam.

Katanya, pada petang kelmarin suaminya makan nasi dalam jumlah banyak dan dia tidak pernah melihat arwah suaminya itu makan sebanyak itu sebelum ini.

“Saya masak tiga tin nasi dan dia hampir menghabiskan nasi itu selepas saya beritahu tidak mahu makan.

“Kemudian, arwah simpan segenggam nasi dan minta saya berikan nasi itu untuk diberikan kepada ayam peliharaan,” katanya yang tinggal di pekan Jabi.

Roslija berkata, arwah suaminya juga berkali-kali meminta maaf dengannya selain berubah sikap menjadi lebih ceria.


Biasa minum milo tetapi minta nescafe

“SIKAP arwah juga pelik apabila dia meminta untuk minum nescafe sedangkan sebelum ini dia minum milo sejurus arwah pulang ke rumah isteri pertamanya di Kampung Kerandang.

“Saya tidak menyangka perubahan tersebut petunjuk suami akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Roslija mengakui pemergian suaminya satu kehilangan besar yang sukar dicari ganti kerana arwah seorang yang baik dan ringan tulang,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian, suaminya datang dari rumah madunya di Kampung Kerandang dan mahu menoreh getah dekat Pondok Nyamuk, Jabi.

“Kalau ikutkan simpang masuk ke Pondok Nyamuk hanya terletak beberapa meter sahaja lagi dari tempat dia dilanggar.

“Namun, arwah suami saya tidak sempat membelok kerana dia terlebih dahulu dilanggar lori itu,” katanya.


Tidak tolak kemungkinan pemandu lori mengantuk

SEMENTARA itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa menunggang motosikal seorang diri dilanggar sebuah lori tanpa muatan dari arah sama.

“Pemandu lori berumur 27 tahun dan kelindannya berusia 22 tahun tidak me­ngalami kecederaan membuat lapo­ran di Balai Polis Trafik Daerah Besut,” katanya.

Kamaruddin berkata, polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian termasuk menjalankan saringan air kencing pemandu lori dan tidak menolak kemungkinan pemandu lori mengantuk.

Kata beliau, akibat rempu­han kuat itu pelana motosikal mangsa terlekat pada palang depan lori.

Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Besut untuk bedah siasat.

'via Blog this'

Penjenayah ditembak mati, polis cedera

Penjenayah ditembak mati, polis cedera - Semasa - Sinar Harian:

KUANTAN - Seorang penjenayah yang melarikan kenderaan polis ditembak mati dalam satu kejadian tembak-menembak di KM 249.2 dekat Jabor di sini, awal hari ini.
Suspek, Chiang Hon Hing, 39, berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur mati akibat terkena tembakan di perut.
  
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, suspek sebelum itu bertindak melarikan kenderaan anggota peronda trafik Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di jalan susur masuk ke tol Lanchang menghala ke Kuantan.
  
"Kira-kira 1.10 pagi, dua anggota peronda trafik LPT telah membuat pemeriksaan ke atas kereta suspek yang berhenti di tepi jalan susur masuk tol Lanchang menghala ke Kuantan.
  
"Semasa pemeriksaan, tiba-tiba suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis berkenaan tetapi tidak mengenai anggota peronda terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, suspek kemudiannya melarikan kenderaan polis itu manakala sebuah lagi kereta peronda LPT yang melalui kawasan berkenaan bertindak mengejar suspek yang menghala ke Kuantan.
  
"Sampai di KM 113.6, suspek telah berhenti di tepi LPT dan menyamun sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki dua lelaki. Kedua-dua lelaki berkenaan tidak dicederakan," katanya.
  
Sharifuddin berkata, suspek terus melarikan diri sehingga ke Tol Jabor dan apabila ternampak sekatan jalan raya di situ, dia bertindak berpatah balik menghala ke arah Kuala Lumpur.
  
Katanya apabila tiba di KM 249.2 dekat Jabor, suspek memberhentikan kenderaannya yang dipercayai mengalami kerosakan dan ketika diperiksa oleh anggota peronda trafik LPT, dia bertindak melepaskan tembakan yang mengenai tangan kanan Lans Koperal Mohd Jarizan Md Jid.
  
"Polis berjaya menembak mangsa di bahagian perutnya dan disahkan mati ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA)," katanya.

Beliau berkata, polis turut menemui sepucuk pistol jenis Baretta, yang digunakan suspek dalam kejadian berbalas tembakan itu.
  
"Siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam beberapa kes jenayah sebelum ini seperti curi kereta dan dadah. Kereta jenis Honda yang digunakan suspek di Lanchang itu juga adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang malam tadi," katanya.
  
Sementara itu, Mohd Jarizan ketika ditemui di HTAA berkata, dia bersyukur kerana selamat dalam kejadian tembak-menembak itu. - Bernama

'via Blog this'

5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana

5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana - Semasa - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.

“Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.

“Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.

Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh.
'via Blog this'

Lelaki disamun dibogelkan

Lelaki disamun dibogelkan - Kelantan - Sinar Harian:

Lelaki disamun dibogelkan
Tali pinggang yang digunakan untuk mengikat mangsa ditemui di lokasi kejadian, pagi semalam.
RANTAU PANJANG - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila dipukul dan diikat pada tiang elektrik di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Mangsa diikat dengan tali pinggang yang dipakainya dipercayai oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna biru.

Bukan itu sahaja lelaki malang ini turut dibogelkan sementara pakaian bertaburan tidak jauh dari tempat mangsa diikat.

Sementara itu, penduduk dikenali Ripin, 48, yang dalam perjalanan ke kebun getah di Gual Pasong Hantu, terkejut melihat sebuah motosikal tanpa pemiliknya berhampiran jambatan.

Ripin berkata, hanya beberapa meter dari situ dia dapat melihat kelibat manusia berhampiran balai bomba.

Menurutnya dia dan isteri tidak berani untuk menghampiri mangsa kerana bimbangkan keselamatan mereka.

“Saya dan isteri terus ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan memaklumkan perkara itu kepada anggota bertugas.

“Selepas itulah kami melihat dari jauh mangsa diikat pada tiang dan tidak berpakaian,” katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa yang cedera pada bahagian muka dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk mendapatkan rawatan.

Sinar Harian difahamkan beg duit mangsa tanpa wang tunai dan pengenalan diri turut ditemui tidak jauh dari tempat mangsa ditemui.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Haliludin Rahim memberitahu, pihaknya masih menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

'via Blog this'

Kebakaran: Lelaki ditemui mati bawah katil

Kebakaran: Lelaki ditemui mati bawah katil - Semasa - Sinar Harian:
ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui mati di bawah katil di dalam sebuah bilik di rumahnya dalam kebakaran di Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, Eng Heo, 53, mati di tempat kejadian kerana terbakar 50 peratus di bahagian kepala dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar Mohd Fauzi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.05 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera dan 12 anggota.

Katanya, anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan dan menemui mayat lelaki itu di dalam sebuah bilik.

Jiran mangsa, Ooi Poh Sin, 54, berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam rumahnya dan terdengar bunyi letupan kuat dan apabila keluar, dia mendapati rumah mangsa sedang terbakar.

Panik dengan kejadian itu, Ooi berkata dia bersama anaknya lari menyelamatkan diri kerana bimbang kebakaran merebak ke rumahnya yang tidak jauh dari rumah mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan ketika ditemui mengesahkan menerima laporan kes tersebut dan mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat Eng dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini sebelum dituntut keluarganya. - Bernama
'via Blog this'

Menteri Agama puji langkah polis larang Lady Gaga buat konsert

JAKARTA: Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali, menyokong tindakan pihak berkuasa tidak mengeluarkan kebenaran mengadakan konsert kepada Lady Gaga di Jakarta kerana artis itu “pengikut syaitan.”
Suryadharma yang juga Ketua Umum Parti Persatuan Pembangunan, berkata Lady Gaga membawa kesan negatif kepada generasi muda Indonesia.

Katanya, penyanyi itu menyebarkan pornografi dengan memakai pakaian yang menjolok mata.

“Lirik nyanyiannya menunjukkan dia juga antiagama.

“Ketika di pentas, Lady Gaga kelihatan seperti pengikut syaitan,” katanya.

Bagaimanapun, Suryadharma berkata, dia tidak pernah menyaksikan video muzik penyanyi itu.

Kenyataan Suryadharma dibuat sebagai reaksi kepada keputusan polis tidak mengeluarkan kebenaran untuk Lady Gaga mengadakan konsert di Indonesia.

Dia sepatutnya membuat persembahan di depan puluhan ribu peminat di Stadium Bung Karno di Jakarta Tengah, pada 3 Jun.

Lady Gaga menjadi artis luar pertama dilarang membuat persembahan di Indonesia setakat ini.

Kata Suryadharma, keputusan polis Jakarta itu wajar menjadi contoh kepada pihak berkuasa lain. - Kompas.com

Penyeludup dijel seumur hidup

BEIJING: Mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas ketua sindiket penyeludupan yang menghabiskan masa 12 tahun bersembunyi di Kanada sebelum dihantar ke China tahun lalu, lapor media.
Lai Changxing, 53, didapati bersalah menyeludup kereta mewah dan rokok bernilai hampir RM13.6 bilion, selain sejumlah besar wang suapan untuk pegawai kanan polis dan tentera.

Skandal itu turut menguji hubungan diplomatik di antara China dan Kanada.

Hukuman itu dijatuhkan seorang hakim di Xiamen, bandar yang dijadikannya pusat untuk empayar jenayahnya sebelum melarikan diri.

Xinhua melaporkan, hukuman itu adalah peruntukan maksimum dalam undang-undang China berhubung kesalahan berkenaan.

Untuk membolehkan Lai diekstradisi, Beijing terpaksa berjanji kepada kerajaan Kanada untuk tidak menjatuhi hukuman mati ke atas tertuduh.

Menurut Xinhua, Lai dihukum penjara kerana menyeludup, selain hilang hak ke atas aset peribadinya.

Mahkamah turut menjatuhi hukuman penjara 15 tahun atas kesalahan rasuah, tapi tiada butiran lanjut diberi.

Aktiviti penyeludupan Lai membolehkan dia mengelak cukai kira-kira RM6.9 bilion.

Nilai suapan dikeluarkan Lai ke atas 64 pegawai pihak berkuasa pula dianggarkan RM19.4 juta.

Menurut hakim, jumlah wang yang terbabit dalam aktiviti Lai sangat luar biasa besarnya, manakala butirannya pula terlalu serius.

“Dengan itu, Lai layak dikenakan hukuman berganda,” katanya. Tidak dapat dipastikan sama ada Lai akan membuat rayuan atas sabitan berkenaan. - AFP

Minta cerai kerana status dalam Facebook

AURANGABAD: Seorang wanita India menuntut cerai selepas suaminya enggan mengubah statusnya kepada berkahwin dalam laman sosial Facebook.
Wanita berusia 28 tahun itu memfailkan tuntutannya itu di mahkamah keluarga dengan berkata, dia tidak lagi mempercayai suaminya selepas dia gagal mengumumkan perkahwinan mereka dalam laman web itu.

Perkahwinan pasangan Telugu yang diatur oleh keluarga itu berlangsung dua bulan lalu dan kes itu difailkan di mahkamah di Aurangabad, tempat wanita itu menetap.

Menurut akhbar Deccan Chronicle, suaminya memberitahu mahkamah, dia terlupa untuk mengemaskinikan statusnya tetapi hakim memberi kedua-dua pihak masa enam bulan untuk menjalani kaunseling.

Bercakap kepada akhbar yang berpejabat di India itu, peguam, Subash berkata: “Saya mengetahui mengenai kes itu daripada majistret di Aurangabad.

Si suami yang berasal dari Hyderabad memberitahu hakim bahawa dia terlalu sibuk dengan keluarganya dan perniagaan perabotnya selepas berkahwin sehingga tidak ada masa untuk membuka Facebook atau menukar statusnya.


“Kini dia bersedia berbuat demikian malah sanggup menutup akaunnya. Bagaimanapun, wanita itu tidak berminat untuk meneruskan perkahwinan itu dan berkata, suaminya mungkin berlaku curang di belakangnya.

Walaupun tidak banyak kes perceraian membabitkan pertukaran status hubungan, Facebook semakin kerap digunakan sebagai sumber bukti dalam kes perceraian, menurut peguam.

Laman sosial itu disebut sebagai alasan untuk sepertiga daripada kes perceraian tahun lalu dengan tingkah laku buruk menjadi faktor, kata syarikat guaman, Divorce-Online.

Menurutnya, terdapat peningkatan sebanyak 50 peratus dalam jumlah tuntutan cerai bersabit tingkah laku mengandungi perkataan ‘Facebook’ sepanjang dua tahun lalu.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Pengguna menggunakan facebook untuk menghubungi bekas kekasih. Walaupun mulanya berniat baik, tetapi akhirnya akan mencetuskan masalah. Sekiranya ada orang yang mahu menjalinkan hubungan sulit atau main kayu tiga dengan jantina bertentangan, ia tempat paling baik.” - DM

Peragut ‘tarik’ nyawa ibu

SAKIT...Kum menunjukkan sikunya yang cedera dalam kejadian.
SAKIT...Kum menunjukkan sikunya yang cedera dalam kejadian.
KUALA LUMPUR: “Lelaki itu tiada hati perut dan dia pembunuh,” kata Kum Kook Soon, 39, yang kehilangan ibu tersayang selepas wanita itu maut akibat cedera parah di kepala selepas terjatuh motosikal angkara kerakusan seorang peragut di Jalan Chow Sow Lin, di sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku ketika Kum yang menunggang motosikal manakala ibunya, Chiew Kan Seng, 66, membonceng dalam perjalanan dari rumah mereka di Alam Damai, Cheras ke Pasar Imbi untuk berniaga yong tau fu.
Kum berkata, bukan setiap hari ibunya mengikutnya berniaga, tetapi semalam wanita itu menyatakan hasrat ingin menemaninya sebelum mereka berdua keluar rumah jam 6 pagi.

Menurutnya, ketika mereka menghampiri bulatan di Jalan Chan Sow Lin, muncul sebuah motosikal Honda EX5 ditunggangi seorang lelaki yang kemudian cuba merampas beg tangan ibunya yang diletakkan di tengah tempat duduk.

“Peragut itu nekad untuk mengambil beg tangan ibu, namun ibu cuba menghalang dengan menarik dengan kuat tali begnya.

“Tindakan ibu menyebabkan lelaki terbabit melepaskan semula beg secara kasar menyebabkan motosikal kami hilang kawalan dan terjatuh,” katanya

Jurujual bersalah larikan 7 kartun telur masin

BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang lelaki warga asing dipenjara enam bulan kerana mencuri 1,120 telur masin di sebuah pasar raya yang menjadi tempat kerjanya selama tujuh tahun, lapor media semalam.
Juan Quijano Caibigan Jr memberitahu, dia mabuk ketika melarikan tujuh kartun telur masin di luar pasar raya berkenaan pada 15 Mei lalu.

Dalam insiden kira-kira jam 1 pagi itu , Caibigan Jr, 34, pergi ke pasar raya berkenaan di Bangunan D’ Amin Jaya dan meminta pengawal keselamatan di situ membawakan air kepadanya untuk mencuci kereta.

Apabila pengawal berkenaan pergi mencari air, wakil jualan itu mengangkut telur masin berkenaan ke keretanya sebelum berlalu pergi.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan defendan melarikan telur berkenaan.

Bagaimanapun, dia mendakwa lupa di mana telur itu diletakkan.


Mahkamah diberitahu, telur itu bernilai B$315 (RM774.60) - BD

Lelaki seludup 6 janin ditahan

BANGKOK: Enam janin manusia yang dipanggang dan dibungkus dengan daun emas dirampas daripada seorang warga Britain di Bangkok, kata polis semalam. Chow Hok Kuen, 28, ditangkap bersama janin berkenaan di kawasan Chinatown di Bangkok kelmarin.
Menurut polis, lelaki kelahiran Taiwan itu menyimpan semua janin berkenaan dalam bagasinya dan bersedia diseludup ke Taiwan bagi tujuan digunakan dalam amalan ilmu hitam.

Menurut sumber, Chow membeli janin itu daripada seorang lelaki di Thailand pada harga RM20,000 beberapa hari lalu.

“Suspek bercadang menjual semula janin itu di Taiwan pada harga enam kali lebih tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, polis belum mengetahui dari mana janin berkenaan diperoleh.

Katanya, janin itu dipercayai dapat membantu seseorang menjadi bernasib baik serta kaya.

Jika disabitkan kesalahan, Chow boleh dipenjara setahun dan denda RM200 kerana memiliki janin.

Dalam ritual ilmu hitam Thailand - yang turut diamalkan sesetengah komuniti Cina - janin awet diyakini boleh mengubah nasib seseorang menjadi baik dan objek itu biasanya disimpan dalam tempat suci di rumah. - AFP

Isteri baham zakar suami




E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
COLOMBO: Seorang lelaki Sri Lanka terpaksa menjalani pembedahan selepas isterinya menggigit putus zakarnya ketika bertengkar semalam.
Menurut doktor, Chandana Pradeep, 30, dikejarkan ke hospital luar bandar di Andapana, 180 kilometer di selatan Colombo, selepas pertengkaran dengan isterinya menjadi ganas.

“Kira-kira tiga per empat kemaluan Chandana digigit hingga putus,” katanya.

Doktor berkata, selepas pendarahan dihentikan, Chandana dirujuk ke pakar urologi di Karapitiya untuk melihat sama ada organ itu boleh disambung semula.

Polis berkata, pasangan terbabit bertengkar apabila Chandana berang kerana isterinya enggan memberi wang untuk membeli arak. - AFP

Aset penipu mesin slot dirampas




E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ROME: Polis Itali merampas pelbagai aset bernilai 330 juta euro (RM1.3 bilion), termasuk 256 hartanah dan koleksi seni daripada ahli perniagaan digelar Raja Videopoker.
Gioacchino Campolo, 72, dipenjara 18 tahun pada tahun lalu.

Hasil aktivitinya menipu mesin slot selama sedekad, dia mengumpul pelbagai harta, termasuk 119 lukisan mahal, seperti karya Salvador Dali, di rumahnya.

Campolo memiliki rumah di Milan dan Paris di Perancis, selain di Rome.

Di Itali dan Perancis, Campolo memiliki 27 akaun bank.

Dia juga membantu membiayai kegiatan kumpulan penjenayah berpengaruh, ’Ndrangheta, yang berpusat di wilayah kelahirannya di Calabria. - AFP

Berita Harian Online | Peneroka saman FELDA ambil bonus

Berita Harian Online | Peneroka saman FELDA ambil bonus:
SEBAHAGIAN daripada 770   peneroka Gugusan FELDA Chini menunjukkan cek yang diterima di Pekan, semalam.
SEBAHAGIAN daripada 770 peneroka Gugusan
 FELDA Chini menunjukkan cek yang diterima di Pekan, semalam.
 


770 dakwa berhak ambil durian runtuh RM5,000 hasil usaha mengerjakan ladang

PEKAN: Seramai 770 peneroka Gugusan FELDA Chini yang memfailkan saman terhadap FELDA turut mengambil cek durian runtuh RM5,000, semalam.
Mereka yang memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen Kuantan, Mac lalu kerana mendakwa ditipu berkaitan kadar perahan minyak kelapa sawit, mengambil cek berkenaan di Dewan Orang ramai FELDA Chini 3, di sini.
770 peneroka dari lapan tanah rancangan di Pahang menyaman FELDA atas dakwaan penipuan dan pecah amanah yang dikatakan membabitkan nilai hingga RM433 juta. Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 26 Mac lalu, oleh peneroka FELDA Chini dan Chini Timur kerana mendakwa ditipu dalam kadar perahan minyak kelapa sawit. Mereka menamakan FELDA dan FELDA Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu.
Peneroka terbabit memberi alasan berhak menuntut pemberian itu sambil menjelaskan tidak perlu berasa malu untuk menerimanya.

Mereka juga adalah sebahagian daripada 3,350 ketua peneroka di gugusan FELDA Chini yang menerima cek masing-masing membabitkan jumlah keseluruhannya RM16.75 juta disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Haron.

Peneroka FELDA Chini Timur 3, Othman Abd Ghani, 59, berkata tidak salah baginya mengambil cek durian runtuh kerana itu adalah hak mereka.

“Ini bagi menghargai penat lelah peneroka selama ini dan pemberian durian runtuh ini sememangnya hak kami atas apa yang kami usahakan,” katanya, di sini, semalam. 
Othman juga berkata, dia akan menyimpan wang itu untuk kegunaan keluarga pada masa akan datang.

Akhbar sebelum ini melaporkan, 770 peneroka dari lapan tanah rancangan di Pahang menyaman FELDA atas dakwaan penipuan dan pecah amanah yang dikatakan membabitkan nilai hingga RM433 juta.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 26 Mac lalu, oleh peneroka FELDA Chini dan Chini Timur kerana mendakwa ditipu dalam kadar perahan minyak kelapa sawit.

Mereka menamakan FELDA dan FELDA Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu.

Sementara itu, Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Pekan, Jamaludin Shariff, 63, yang juga penerima cek itu tanpa berselindung mengakui pemberian itu contoh idea baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Memang saya gembira terima cek ini dan berharap dan ia adalah bonus yang boleh digunakan untuk membeli keperluan dan simpanan pada waktu sakit,” katanya.

Sementara itu, di Maran, tiga daripada lapan peneroka yang memfailkan injuksi menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) turut mengambil cek durian runtuh masing-masing.

Abdul Rahim Abdul Rahman, 63, dan Alias Ibrahim, 60, mengambil bahagian masing-masing di Pejabat FELDA Jengka 15 jam 9 pagi semalam, manakala Abdullah Mohd, 60, kelmarin.

Abdul Rahim berkata, durian runtuh dan FGVH adalah dua perkara berbeza yang tidak perlu dijadikan isu untuk menempelak mereka bertiga. 

“Ia adalah hadiah kepada peneroka daripada kerajaan. Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menunaikan janjinya.

“Saya ingin jelaskan kami tidak bantah penyenaraian itu sebaliknya tidak setuju ekuiti atau aset KPF dilupuskan.

“Kami sedikit pun tidak berasa malu pergi mengambil cek durian runtuh itu di Pejabat FELDA kerana wang berkenaan memang hak kami,” katanya.
'via Blog this'