Lelaki maut kereta rempuh bas elak takungan air - Semasa - Sinar Harian:
KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres yang mengelak takungan air di Km29 Jalan Kuantan-Gambang dekat Gambang malam tadi.
Mangsa, Lum Min Soon, 20, mati ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, dalam kejadian 8 malam itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju Gambang.
"Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu bas ekspres yang berusia 58 tahun tersebut cuba mengelak takungan air di sebelah kiri jalan.
"Bas ekspres berkenaan telah masuk ke laluan bertentangan dan pada masa yang sama merempuh kereta yang dipandu mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Mohamed Fauzi berkata pemandu bas ekspres terbabit tidak cedera dan ketika kejadian juga tiada penumpang di dalam bas tersebut.
"Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.- Bernama
'via Blog this'
Thursday, May 17, 2012
Polis reman suspek dera kanak-kanak 2 tahun
Polis reman suspek dera kanak-kanak 2 tahun - Semasa - Sinar Harian:
KUALA TERENGGANU- Polis hari ini mendapat perintah mereman empat hari, lelaki yang dipercayai mendera seorang budak berumur dua tahun sehingga koma pada 20 April lepas, bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah itu dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Mohd Rusli Ahmad.
Lelaki berusia 31 itu ditahan pada pukul 2 petang semalam di Kampung Tualang, Manir dekat sini selepas lebih tiga minggu melarikan diri daripada buruan polis.
Dalam kejadian 22 April lalu, akhbar melaporkan seorang budak lelaki berusia dua tahun koma akibat pendarahan otak selepas ditampar suspek yang juga teman lelaki ibunya di sebuah rumah.
Suspek yang dipercayai berang dengan kerenah mangsa selain berselisih faham dengan ibu kanak-kanak itu, dilaporkan menampar mangsa sehingga tidak sedarkan diri.
Ekoran kejadian itu, kanak-kanak berkenaan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). - Bernama

30 kereta potong musnah, rugi RM80,000
30 kereta potong musnah, rugi RM80,000 - Johor - Sinar Harian:

Anggota Bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang, semalam
'via Blog this'

Anggota Bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang, semalam
JOHOR BAHRU – Sebanyak 30 kereta potong musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Permatang Taman Desa Jaya, di sini, kira-kira jam 2.15 petang, semalam.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Roslee Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.23 petang dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.
Menurutnya, kebakaran melibatkan longgokan kereta potong sehingga memusnahkan lebih kurang 30 kereta yang terlibat berhampiran bengkel membaiki kenderaan.
“Kebakaran berkenaan dikenal pasti berpunca daripada kebakaran lalang akibat cuaca panas terik sehingga merebak ke longgokan kereta potong berhampiran.
“Siasatan awal mendapati kebakaran itu menyebabkan jumlah kerugian keseluruhan lebih kurang RM80,000,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Roslee berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 2.41 petang dan operasi tamat pada jam 5.11 petang.
Menurutnya, seramai 11 anggota bersama dua jentera terlibat termasuk daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru akibat tekanan air tidak kuat di kawasan berkenaan.
“Kita terpaksa mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru yang membawa tangki air selepas menghadapi masalah tekanan air rendah.
“Bagaimanapun kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dan operasi berjaya ditamatkan selepas lebih dua jam anggota kita bertungkus-lumus berusaha memadam kebakaran,” katanya.

Penyamun meniarap bawah kereta elak ditahan
Penyamun meniarap bawah kereta elak ditahan - Johor - Sinar Harian:

Din (kanan) menunjukkan antara barang yang digunakan suspek dalam cubaan samun
'via Blog this'

Din (kanan) menunjukkan antara barang yang digunakan suspek dalam cubaan samun
BATU PAHAT – Tindakan tiga suspek kes samun bersembunyi dengan meniarap di bawah sebuah kereta bagi mengelak ditahan gagal, apabila ia dapat dihidu polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan setelah menerima aduan daripada mangsa.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.15 pagi, 7 Mei lalu di Taman Universiti, Sri Gading dekat sini itu disedari sepasang suami isteri yang juga pensyarah.
Menurutnya, pasangan terbabit terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi bising di luar rumahnya dan bertindak melihat ke luar dan menyedari ada beberapa kelibat manusia.
“Curiga dengan keadaan itu mereka kemudiannya menghubungi polis, dan beberapa minit kemudian anggota unit ronda pasukan polis tiba di lokasi untuk melakukan pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan berhampiran rumah mangsa, didapati ketiga-tiga suspek menyembunyikan diri di bawah kereta milik mangsa dan seorang daripada mereka berjaya ditahan.
“Dua daripadanya berjaya melarikan diri dan kini polis masih lagi memburu mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Din Ahmad, suspek yang berjaya diberkas itu adalah warga Indonesia yang berusia 24 tahun, dan semasa siasatan dibuat suspek didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Katanya, tindakan pantas mangsa mengubungi polis telah menggagalkan rancangan suspek untuk memecah masuk rumah mangsa.
“Kami turut merampas beberapa senjata dan peralatan seperti pisau, pemotong dan pemutar skru dipercayai digunakan untuk menyamun.
“Polis masih menyiasat penglibatan mereka dalam kes-kes serupa di negeri lain dan mengesan rakan-rakan suspek yang masih bebas dipercayai bergiat aktif di sekitar daerah ini dan Kluang.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyamun dan suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Ratusan ribu wang ghaib
Ratusan ribu wang ghaib - Johor - Sinar Harian:
BATU PAHAT – Terkejut...hanya itu yang mampu dikatakan oleh seorang kerani sebuah syarikat pemasaran di sini, apabila mendapati wang dalam akaun bank syarikatnya bekerja hilang, walhal segala pergerakan wang syarikat perlu melaluinya.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, semasa menyemak penyata akaun syarikat yang diberi pihak bank pada 2 Mei lalu, kerani terbabit terkejut kerana beberapa keping cek telah ditunaikan dengan jumlah yang besar.
Menurutya, semasa membuat semakan terhadap nombor siri cek yang telah ditunaikan, didapati cek tersebut masih berada dalam simpanannya, dan dia segera membuat laporan polis.
“Apabila mengesyaki adanya transaksi yang tidak sah, dengan jumlah yang tidak munasabah kerani terbabit membuat semakan dan mendapati pengeluaran wang melalui ‘cek palsu’ telah dilakukan.
“Empat keping cek palsu dikenalpasti dalam transaksi itu, yang dilakukan suspek bermula 15 sehingga 26 April 2012, dan kesemuanya berjumlah RM825,000,” katanya.
Menurut Din Ahmad, setelah menerima aduan mangsa, polis melakukan siasatan dan telah menangkap seorang suspek dipercayai terlibat dalam penipuan berkenaan.
Katanya, suspek yang berasal dari Klang itu dipercayai melakukan jenayah tersebut bersama beberapa lagi rakannya.
“Kerani tersebut yang dibawa berjumpa suspek mendakwa tidak mengenali suspek, juga tidak pernah berurusan sebelum ini.
“Biasanya, jika berlaku transaksi yang melibatkan cek di dalam jumlah yang besar, pihak bank akan menghubungi pemiliknya, dan ketika itu kerani terbabit mendakwa telefonya telah rosak, yang menyebabkan dia gagal dihubungi oleh bank.
“Polis masih lagi menyiasat kes ini dan ia disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Suri rumah tipu RM1 Juta
Suri rumah tipu RM1 Juta - Perak - Sinar Harian:
IPOH - Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memperdaya seorang ahli perniagaan dalam kes penipuan tender bagi mendapatkan barangan Kastam Diraja Malaysia pada tahun 2009.
Tertuduh, S Kogilah, 42, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Rabiatul Adawiyyah Che Khalid.
Mengikut pertuduhan, Kogilah telah menipu V Ganesan, 47, dengan memperdayanya untuk mempercayai bahawa tertuduh boleh mendapatkan tender bagi barangan kastam berupa 80 ketulan emas yang sebenarnya tidak pernah wujud.
Tertuduh turut mendorong Ganesan menyerahkan wang berjumlah RM1,000,018 di sebuah bank antara 24 Ogos dan 1 Oktober 2009.
Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebatan dan denda.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nor Abdurrahim menetapkan jumlah wang ikat jamin sebanyak RM40,000 bagaimanapun peguam tertuduh, Ranjit Singh Sandhu meminta jumlah tersebut dikurangkan kepada RM10,000.
Selepas meneliti permohonan kedua-dua pihak, Rabiatul Adawiyyah menetapkan wang jaminan RM30,000 dengan dua orang penjamin dan menetapkan 1 Jun ini sebagai sebut semula kes.

Ketua balai disyaki miliki dadah
Ketua balai disyaki miliki dadah - Perak - Sinar Harian:
IPOH - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas sebagai Ketua Balai di salah sebuah daerah di negeri ini ditahan kerana disyaki memiliki dan mengambil dadah di pejabatnya, 24 April lalu.
Sebelum ini, pegawai polis berkenaan pernah berkhidmat sebagai Ketua Balai di negeri lain, tetapi dipindahkan ke negeri ini selepas mempunyai salah laku dalam tugasnya.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, Inspektor berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas pihaknya menemui peket kecil berisi dadah dipercayai jenis ketamin di balai berkenaan.
Menurutnya, pegawai yang sudah berkhidmat 15 tahun dalam polis itu turut didapati positif dadah jenis yang sama ketika melakukan ujian air kencing pada hari yang sama dia ditahan.
“Penangkapan pegawai tersebut membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terbabit dengan jenayah.
“Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang ini sama ada anggota polis atau siapa sahaja, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.
Mohd Shukri berkata, pegawai berkenaan kini dipindahkan ke bahagian pentadbiran buat sementara waktu bagi pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

Ketua Kanchong Boy diburu
Ketua Kanchong Boy diburu - Selangor & KL - Sinar Harian:

Pegawai Cawangan Kongsi Gelap dan Maksiat, Inspektor Lassape Lamide menunjukkan komponen motosikal dirampas dalam 4 serbuan berasingan pada 7 dan 8 Mei lalu.

BANTING - Polis kini giat memburu Ketua Geng Kanchong Boy, Muhammad Amsyah Hafizi Hashim, 22, sindiket curi motosikal yang aktif selepas penahanan empat ahli kumpulan berkenaan termasuk seorang remaja berusia 14 tahun ditahan dalam empat serbuan berasingan sekitar Kanchong Darat pada 7 dan 8 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Nordin Manan berkata, dalam serbuan pertama pada 7 Mei lalu polis berjaya memberkas seorang suspek kira-kira jam 9 malam di Kanchong Darat.
Menurutnya, susulan penangkapan itu membawa polis kepada penyerbuan ketiga lagi lokasi termasuk sebuah bengkel yang dijadikan tempat meleraikan komponen motosikal sekitar kawasan tersebut pada 8 Mei lalu.
“Polis berjaya merampas sebuah motosikal, tiga rangka enjin dan tiga rangka motosikal dileraikan dalam keempat-empat serbuan ini.
“Dalam serbuan pertama di Kanchong Darat polis merampas sebuah motosikal diikuti dua rangka dan dua enjin dalam serbuan kedua manakala satu rangka serta satu enjin dalam serbuan ketiga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Nordin berkata, polis berjaya menyelesaikan kira-kira 10 kes curi motosikal sekitar daerah ini dengan tertangkapnya ahli kumpulan berkenaan.
Katanya, komponen motosikal yang dileraikan kemudian dijual kepada pembeli dengan harga sekitar RM300 hingga RM400.
Nordin pada masa sama turut menasihati ibu bapa supaya mengawasi aktiviti anak-anak masing-masing supaya tidak terlibat dengan jenayah curi motosikal .
“Kerjasama ibu bapa diharapkan membantu mengurangkan kes curi motosikal dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya.

Pemuda hilang ditemui lemas
Pemuda hilang ditemui lemas - Selangor & KL - Sinar Harian:
PULAU CAREY – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Batu 13 1/2, Jenjarum kelmarin ditemui lemas di Sungai Pulau Carey, semalam.
Ketua Balai Telok Panglima Garang, Inspektor Mohamad@Zulkiflee Mohd Amin berkata, mayat Ashrul Ramli, 27, ditemui terapung oleh nelayan berhampiran Pangkalan Nelayan Bandar Lama, Pulau Carey kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
Menurutnya, mangsa masih bujang yang bekerja sebagai kontraktor dimaklumkan keluarganya keluar rumah jam 11 pagi kelmarin.
“Mangsa ketika kejadian berbaju warna hitam dan seluar berwarna khakis bersama dompet berisi MyKad dan beberapa dokumen penting bersama mangsa.
“Polis juga menemui sebuah motosikal ditinggalkan berhampiran sungai dipercayai milik mangsa,” katanya.
Mayat Ashrul dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Askar bengkak kedua mata, pecah gegendang telinga
Askar bengkak kedua mata, pecah gegendang telinga - Melaka & NS - Sinar Harian:

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin
'via Blog this'
WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Mei 2012
17 Mei 2012

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin
ALOR GAJAH - Seorang askar cedera di kedua-dua belah mata serta mengalami pendarahan pada gegendang telinga dipercayai akibat dibuli anggota senior, di sini, malam kelmarin.
Lelaki berusia 20 tahun yang baru dua tahun menyertai pasukan keselamatan itu dipercayai dibuli ketika sesi ‘salam perkenalan’ kira-kira 11.30.
Sumber memberitahu, mangsa sebelum itu didatangi tiga anggota senior dan menyuruh mangsa datang ke bilik mereka.
Menurutnya, mangsa kemudian pergi ke bilik anggota senior berkenaan, namun setibanya di sana, mangsa terkejut apabila mendapati lima anggota senior lain berada dalam bilik berkenaan.
“Salah seorang dari anggota senior berkenaan tidak berpuashati dengan mangsa dan menyuruh mangsa memanggil rakannya yang berada di dalam bilik untuk turut bersama dengan mangsa.
“Difahamkan, salah seorang anggota senior mendakwa mangsa berlagak seperti orang lama semasa menjalani kursus, namun mangsa menafikan dakwaan berkenaan,” katanya.
Menurut sumber lagi, salah seorang dari anggota senior menampar muka mangsa tidak kurang sepuluh kali sehingga mangsa terjatuh di atas lantai bilik berkenaan.
“Semasa mangsa cuba bangun, anggota senior tadi kemudian menampar pipi mangsa beberapa kali hingga mangsa hilang kawalan lalu tersungkur di atas lantai sekali lagi,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Menurut sumber, selepas mangsa menyedari mukanya bengkak, salah seorang anggota senior bertanya sama ada mangsa akan melaporkan kepada pihak atasan, namun mangsa menafikannya kerana takut.
Katanya, kira-kira sejam setengah selepas itu, mangsa mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan doktor mengesahkan kedua belah matanya berlaku pendarahan di bahagian dalaman.
“Manakala gegendang telinga mangsa didapati pecah akibat berlaku pendarahan,” katanya.
Berikutan itu, katanya, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Udang, kira-kira 3.30 pagi, semalam.
Sementara, itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Suspek dera budak ditahan
Suspek dera budak ditahan - Terengganu - Sinar Harian:

Laporan Sinar Harian 22 April lalu.
'via Blog this'

Laporan Sinar Harian 22 April lalu.
KUALA TERENGGANU- Suspek yang dipercayai terbabit dalam kes dera melibatkan anak teman wanitanya berusia dua tahun dalam kejadian di Kampung Tualang, di sini, 20 April lalu berjaya diberkas polis di Kampung Manir, di sini, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek yang bernama Azhar Yusof, 31, diberkas kira-kira jam 2 petang semalam semasa berada di kedai makan ibunya.
"Pada jam 1.30, anggota kami membuat rondaan di hadapan kedai makan ibu suspek dan ternampak kelibat suspek berada di dalam kedai berkenaan.
"Bagaimanapun, sejurus menyedari kehadiran kami, suspek cuba melarikan diri ke belakang kedai ibunya, namun dia berjaya diberkas selepas berlakunya sedikit pergelutan kerana suspek berdegil dan melawan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di pejabatnya, semalam.
Manoharan berkata, akibat pergelutan itu, suspek mengalami kecederaan ringan iaitu cedera di bahagian kening kanan.
Katanya, suspek yang turut didapati positif pil methamphetamine akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih dari RM20,000 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Katanya, dengan penangkapan suspek, kes dera melibatkan kanak-kanak malang itu selesai dan pihaknya akan merujuk kes berkenaan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan undang-undang.
"Kami memandang serius kesalahan ini dan akan cuba pastikan suspek dikenakan hukuman paling tinggi berdasarkan kecederaan yang menimpa kanak-kanak malang itu," katanya.
Sementara itu, Manoharan berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa kini masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan berkemungkinan mangsa akan mengalami kecacatan kekal dari aspek fizikal dan otak walaupun berjaya dibedah.
Pada, Sinar Harian menyiarkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun cedera di kepala selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya dalam satu kejadian di sebuah kampung di Manir.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam itu, difahamkan suspek tidak dapat tahan dengan kelakuan aktif kanak-kanak terbabit menyebabkan dia hilang sabar dan memukul mangsa hingga menyebabkan cedera.
'via Blog this'
Rasuah RM50 didenda RM4,000
Rasuah RM50 didenda RM4,000 - Perak - Sinar Harian:

Kesavanathan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas tuduhan rasuah, semalam.
'via Blog this'

Kesavanathan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas tuduhan rasuah, semalam.
IPOH - Gara-gara memberi rasuah RM50 kepada kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seorang buruh dijatuhi hukuman dipenjara sehari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Tertuduh, S R Kesavanathan, 40, mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.
Mengikut kertas pertuduhan, Kesavanathan dituduh memberi suapan sebanyak RM50 kepada kakitangan SPRM tersebut sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas tertuduh yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi 1953.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut lebih kurang jam 10.30 malam di premis bernombor 123, Lorong Sungai Choh, Taman Tanjung Perdana, Tanjung Rambutan pada 12 Disember tahun lalu dan boleh dihukum di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Selepas mendengar pertuduhan tersebut, Kesavanathan yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya dikurangkan kerana menanggung lima ahli keluarganya.
Katanya, ahli keluarganya termasuk isteri, anak dan ibu bapanya hanya bergantung kepada wang gajinya yang berjumlah RM1,500.
Selepas membuat pertimbangan, Julie Lack menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 ke atas tertuduh.
Bagaimanapun, jika tertuduh gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjara dua bulan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, A Hafiizh Abu Bakar.

Maut dirempuh dua remaja
Maut dirempuh dua remaja - Perak - Sinar Harian:

KOK LIANG
'via Blog this'

KOK LIANG
TELUK INTAN - Seorang lelaki maut di tempat kejadian apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh dua remaja menaiki motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Nibong, di sini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dalam kejadian itu, mangsa, Chong Ting Huat, 56, menunggang motosikal seorang diri dari arah Teluk Intan ke Sungai Nibong.
Menurutnya, apabila tiba di persimpangan berkenaan, mangsa berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah.
“Ketika sedang berhenti, tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang dua remaja berumur 16 dan 17 tahun merempuh lelaki itu.
“Rempuhan berkenaan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian serta maut ke tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini.
Kata beliau, manakala dua remaja turut mengalami kecederaan yang agak serius dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan.
Jelasnya, siasatan lanjut terhadap kedua-dua remaja itu mendapati mereka tidak mempunyai lesen memandu selain menggunakan motosikal milik saudara.
“Menjadi satu kesalahan kepada mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen membawa motosikal dan akan memberi kesan kepada pemilik kenderaan itu sendiri.
“Oleh itu, saya menasihatkan kepada Ibu bapa dan masyarakat supaya tidak terlalu membenarkan anak mereka yang tiada lesen untuk membawa kenderaan kerana akan menimbulkan masalah di kemudian hari.
“Kecuaian mereka boleh memberi kesan negatif kepada diri sendiri dan juga orang lain seperti mana yang berlaku pada lelaki yang maut dilanggar dua remaja berkenaan,” katanya.

Bumbung terbang depan mata
Bumbung terbang depan mata - Johor - Sinar Harian:

Julianto dan isterinya, Noraini yang sarat mengandung menunjukkan bumbung rumah mereka yang diterbangkan angin dalam kejadian ribut awal pagi semalam

RIMBA TERJUN, Pontian - Seorang ibu yang sarat mengandung dan menunggu hari untuk melahirkan anak keempat trauma selepas melihat bumbung rumahnya terbang dalam kejadian ribut awal pagi semalam.
Noraini Sukardi, 35, yang hamil lapan bulan berkata, kejadian kira- kira jam 2 pagi itu berlaku sangat pantas dan menakutkan.
Ketika kejadian itu dia bersama suami, Julianto Pandak,35 dan tiga orang anaknya yang berusia di antara 8 hingga 11 tahun 8 tahun sedang lena tidur di dalam bilik.
“Suami mengejutkan saya dan anak-anak supaya segera bangun kerana air hujan telah masuk ke dalam rumah,
“Saya terus mendapatkan anak-anak dan tidak lama selepas itu bumbung di bahagian dapur termasuk siling tercabut di depan mata kami,” katanya.
Dia dan suami selepas itu terus membawa anak-anak ke luar rumah kerana bimbang perkara yang lebih buruk akan berlaku kepada mereka.
“Suami terus menarik tangan kami semua keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri,
“Pada masa yang sama kami juga turut mendengar bunyi dentuman yang kuat dan percikan api dari kotak suis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di lorong Haji Sarip, Rimba Terjun, di sini pagi semalam.
Sementara itu, Julianto Pandak berkata kejadian itu berlaku selama 20 minit sebelum keadaan menjadi tenang sepenuhnya.
“Hujan lebat turun pada malam semalam, keadaan tenang pada awalnya tetapi bertukar menjadi ribut pada awal pagi.
“Saya terjaga apabila tempias air hujan terkena pada muka dan bila bangun dengar bunyi angin ribut yang sungguh kuat sehingga tingkap rumah terbuka,” katanya yang bekerja kampung.
Dia bagaimanapun sempat mematikan suis kotak utama elektrik rumah sebelum meminta pertolongan dari bapanya yang tinggal tidak jauh dari rumah mereka.
“Saya bersyukur kerana isteri yang sedang menunggu hari tidak mengalami sebarang kecederaan dan semuanya selamat,” katanya yang kini menumpang di rumah bapanya.
Bagi Ketua Kampung kawasan lima mukim rimba terjun, Daud Sanusi berkata kejadian ribut ini merupakan yang pertama berlaku membabitkan 10 buah rumah.
Menurutnya, kesemua rumah terbabit mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung rumah dan dua buah rumah dihempap pokok.
Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dan jumlah kerosakan masih keseluruhan masih disiasat pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pontian

Pemandu kereta maut tersepit dalam kenderaan
Pemandu kereta maut tersepit dalam kenderaan - Melaka & NS - Sinar Harian:

Keadaan kereta mangsa remuk. Gambar kecil: Shin Kiat
Keadaan bas yang rosak teruk selepas bertembung dengan kereta mangsa.
'via Blog this'

Keadaan kereta mangsa remuk. Gambar kecil: Shin Kiat

Keadaan bas yang rosak teruk selepas bertembung dengan kereta mangsa.
JEMPOL - Gagal memotong sebuah kenderaan, seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas, lalu bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 28 Jalan Bahau - Kemayan, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengahari itu, mangsa, Chan Shin Kiat, 30, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala akibat tersepit di bahagian tempat pemandu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Muhd Sabri Muhamad berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Avanza datang dari arah Bahau menuju Kemayan.
“Kereta mangsa terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah bas dari arah berkenaan.
“Mangsa maut kerana tersepit di dalam kenderaan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Manakala, terdapat sepuluh penumpang dalam bas dari arah Mentakab dan dalam perjalanan ke ke Johor Baharu,” katanya ketika mengesahkan kejadian berkenaan kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Sabri berkata, pemandu dan penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan berkenaan rosak teruk.
“Kesemua penumpang kemudian dipindahkan ke bas yang lain sebelum meneruskan semula perjalanan ke Johor Baharu,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Jempol, di sini untuk bedah siasat sebelum di tuntut oleh keluarganya.

Jumpa mayat berkain pelikat
Jumpa mayat berkain pelikat - Melaka & NS - Sinar Harian:

Mayat yang ditemui di Ladang Kelapa Sawit Ulu Bertam, Sungai Timun, kelmarin.
'via Blog this'

Mayat yang ditemui di Ladang Kelapa Sawit Ulu Bertam, Sungai Timun, kelmarin.
REMBAU – Rutin harian seorang pekebun yang memantau kebunnya di Ladang Kelapa Sawit Ulu Bertam, Sungai Timun, di sini, dikejutkan dengan penemuan mayat tertangkup di tepi jalan, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Lai Tai Sun, 54, terkejut menemui mayat yang hanya berkain pelikat dan segera membuat laporan polis di Balai Polis Linggi.
“Ketika kejadian, saya mahu pulang ke rumah. Saya ternampak seperti susuk tubuh orang berkain pelikat tertangkup di tepi jalan ladang berkenaan.
“Apabila dihampiri, ia adalah mayat seorang lelaki,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Kancil diseret 10 meter
Kancil diseret 10 meter - Selangor & KL - Sinar Harian:

Keadaan kereta mangsa yang dikeluarkan bomba dari parit berkenaan.
'via Blog this'

Keadaan kereta mangsa yang dikeluarkan bomba dari parit berkenaan.
SABAK BERNAM– Seorang pemuda maut selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya bertembung sebuah treler di Kilometer 62 Jalan Teluk Intan-Klang, dekat Parit Tujuh di sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian itu sebuah treler muatan 400 unit TV LCD dari arah Sekinchan, masuk ke laluan bertentangan dan merempuh hadapan kereta mangsa.
Menurutnya, mangsa, Ng Chee Chang, 26, memandu berseorangan dari arah Sungai Besar menuju ke Sekinchan dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi berkenaan.
"Ketika tiba di tempat kejadian, dipercayai, sebuah treler dari arah bertentangan yang dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Utara tiba-tiba masuk ke laluan mangsa menyebabkan berlaku pertembungan.
"Kereta yang dipandu mangsa kemudiannya terseret sejauh 10 meter sebelum terjunam ke dalam parit berhampiran yang dipenuhi air dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Difahamkan, mangsa yang tersepit berjaya di keluarkan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan kira-kira jam 7 pagi.
Mayat mangsa yang berasal dari Jalan Empat, Bagan Sungai Besar itu, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk bedah siasat dan sudah dituntut keluarganya untuk disemadikan.
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah mati lemas dan dipercayai mangsa turut mengalami kecederaan organ dalaman.
Manakala pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Saksi kejadian diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 03-32242222.
'via Blog this'
Penduduk patah cubaan curi motor
Penduduk patah cubaan curi motor - Selangor & KL - Sinar Harian:

Keadaan kereta Iswara milik penduduk yang rosak dilanggar penjenayah.
'via Blog this'

Keadaan kereta Iswara milik penduduk yang rosak dilanggar penjenayah.
DAMANSARA DAMAI – Hasrat dua penjenayah untuk melarikan sebuah motosikal menggunakan kenderaan pacuan empat roda tidak kesampaian apabila kegiatan mereka disedari penduduk dalam kejadian di blok K, Apartment Idaman di sini, pagi semalam.
Penduduk berasakan sesuatu tidak kena apabila terlihat gerak-geri suspek mencurigakan. Mereka berlegar-legar di parkir motosikal kira-kira jam 1 pagi.
Salah seorang daripada suspek berusia dalam lingkungan 20-an cuba membuka kunci motosikal supaya mudah ditolak dan dibawa naik ke atas pacuan empat roda itu.
Setiausaha Persatuan Penduduk Apartment Idaman, Ikhsan Mohd Din berkata, suspek gagal ditahan selepas cuba melarikan diri apabila dikejar.
"Seorang suspek lari arah lain manakala seorang lagi yang bersiap sedia dalam pacuan empat roda memecut kenderaan itu sebelum bergesel dan melanggar dua buah kereta yang diletakan di parkir," katanya.
Salah seorang penduduk yang berang dengan tindakan suspek terus membaling pasu bunga ke cermin kiri hadapan pacuan empat roda itu, menyebabkan ia pecah.
"Suspek dapat lari dan hasil pemeriksaan polis ke atas nombor pendaftaran kenderaan itu, didapati ia palsu dan nombor pendaftaran milik sebuah kereta jenis Honda," katanya.
Setakat ini, dua laporan polis dibuat oleh penduduk mengenai kejadian yang turut menyebabkan kerosakan kepada kereta Iswara dan Proton Saga BLM.
"Kami syak ia didalangi mereka yang tinggal di kawasan sama kerana bulan ini sahaja, sudah ada dua kes kehilangan motosikal di blok sama," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan kejadia
'via Blog this'
Subscribe to:
Posts (Atom)