Search This Blog

Wednesday, May 16, 2012

Abang nodai adik sorok dalam bilik air

myMetro | Abang nodai adik sorok dalam bilik air:


KUALA LUMPUR: Akibat kemaruk seks, seorang lelaki sanggup melompat masuk ke dalam bilik air dan menarik keluar adik perempuannya berusia 17 tahun sebelum memaksa mangsa memuaskan nafsunya dalam kejadian di Taman Dato Senu, di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berkenaan yang pernah cuba untuk merogol mangsa beberapa kali itu masuk ke dalam rumah ketika mangsa berseorangan dalam rumah.



Sumber polis berkata, sebaik nampak abangnya masuk ke dalam rumah, mangsa yang ketakutan menyembunyikan diri dalam bilik air bagaimanapun lelaki berkenaan yang nampak mangsa melarikan diri memanjat perabot di dalam rumah untuk mengintai mangsa.




Menurutnya, selepas memaksa mangsa untuk membuka pintu, lelaki berkenaan kemudian melompat masuk ke dalam bilik air sebelum menarik keluar mangsa.



“Tidak cukup dengan itu, mangsa dicabul lelaki berkenaan selain pakaiannya cuba ditanggalkan namun akibat mangsa melawan, lelaki itu menolak ke atas katil,” katanya.



Selepas itu, katanya, lelaki berkenaan membogelkan mangsa dengan ganas sebelum merogolnya dan meninggalkan mangsa bersendirian di rumah.


'via Blog this'

Polis nafi paksa doktor mengaku jual bayi

Berita Harian Online | Polis nafi paksa doktor mengaku jual bayi:
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis menafikan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam beliau memaksa doktor pakar bedah supaya membuat pengakuan bahawa hospital swasta di Jalan Ipoh, di sini ada menjalankan aktiviti penjualan bayi. 

Saksi pendakwaan keenam berpangkat Inspektor itu dengan tegas memberikan jawapan ‘tidak setuju’ apabila peguam, Y Anbananthan mewakili Datuk Dr Mohammad Fei-zal Abdullah, 72, mengajukan soalan berkenaan ketika beliau membuat serbuan ke hospital itu pada 1 November 2010.


“Saya tidak setuju. Saya terserempak dengan seorang lelaki ketika menaiki tangga dan bertanyakan butiran dirinya sebelum diberitahu namanya adalah Mohamad Feizal Abdullah,” katanya ketika sesi pemeriksaan semula dalam perbicaraan kes terhadap pakar bedah yang juga pemilik hospital swasta di Jalan Ipoh di sini, Dr Mohammad Feizal dan bekas jururawatnya, Gulab Jan Abdul Jabir, 50.


Pada 18 November 2011, Dr Mohammad Feizal mengaku tidak bersalah memalsukan butiran pendaftaran seorang bayi perempuan di sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh di sini, antara 26 Jun dan 21 September 2010 mengikut Seksyen 26(a) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957. 

Gulab Jan pula mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdagangkan bayi sama bagi maksud eksploitasi di sebuah pangsapuri di Kepong di sini, jam 8.15 malam, 14 November 2010 mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007. 

Terdahulu, ketika sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli saksi memberitahu beliau mengambil masa antara dua hingga tiga jam, bermula jam 2 petang untuk membuat pemerhatian di hadapan hospital berkenaan dengan anggaran jarak sejauh 20 meter. 

Sementara itu, ahli kimia dari Seksyen DNA Forensik Jabatan Kimia Malaysia (JKM) mengesahkan bayi perempuan yang dilahirkan di hospital itu pada 22 September 2010 bukan anak kandung kepada pasangan suami isteri yang kini di bawah jagaan mereka. 
Saksi pendakwaan ketujuh berusia 33 tahun itu berkata, keputusan DNA menunjukkan spesimen darah bayi itu adalah sama dengan sampel darah saksi pendakwaan pertama kes berkenaan, iaitu wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu gerai makan. 

Katanya, ini menunjukkan wanita itu adalah ibu kandung bayi berkenaan. 

Beliau berkata, empat barang kes dikenal pasti sampel darah milik bayi, ibu dan bapa angkatnya serta seorang wanita warga Indonesia diterima oleh JKM pada 23 November 2010 sebelum menyerahkannya semula bersama laporan analisis kes kepada pegawai penyiasat pada 24 Januari 2011. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain bersambung 25 Jun ini.
'via Blog this'

Berpisah suami, anak kerana dikejar ah long




Pooi Sze (kiri) dan May Lai masing-masing menunjukkan gambar suami dan anak mereka kepada Chong di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang isteri dan seorang ibu masing-masing terpaksa bertindak nekad memutuskan hubungan dengan suami dan anak ekoran kegagalan mereka melangsaikan hutang dengan ah long.
Menurut seorang jurujual, Mu Pooi Sze, 37, dia terpaksa berpisah dengan suaminya, Chin Chee Foh, 41, kerana tidak sanggup lagi menanggung hutang suaminya itu yang menghilangkan diri sejak 10 Jun lalu.
Katanya, suaminya bertindak demikian kerana gagal menjelaskan faedah hutang yang kini meningkat kepada RM22,000 meskipun cuma membuat pinjaman RM2,000.
“Saya tidak mampu menjelaskan hutang tersebut kerana jumlahnya yang meningkat terlalu banyak.
“Saya kini sentiasa diganggu ah long yang tetap mahu saya menjelaskan hutang itu, malah mengancam mahu membakar rumah saya jika gagal membayar,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jalan Ampang di sini semalam.

5 maut letupan bom di Colombia

Berita Harian Online | 5 maut letupan bom di Colombia: "BOGOTA: Lima maut manakala 17 lagi cedera apabila dalam letupan bom di tengah ibu negara Colombia semalam yang disifatkan Presiden Juan Manuel Santos sebagai serangan yang mensasarkan bekas Menteri Dalam Negeri.

“Saya diberitahu bahawa letupan bom itu bagi membunuh Fernando Londono. Ketika kejadian dia di dalam kereta kalis pelurunya," kata Santos, yang terpaksa membatalkan lawatannya ke Cartagena bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.
“Dr Londono kini dalam keadaan stabil di hospital," kata Santos sambil menambah pemandu dan pengawal keselamatan peribadi bekas menteri itu terbunuh.
Datuk Bandar Bogota, Gustavo Petro dalam halaman Twitter berkata, suspek pengebom sudah ditahan dan pihaknya sedang menonton semula video dari CCTV di tempat kejadian.

Setakat ini tiada pihak yang tampil bertanggungjawab dalam serangan itu yang berlaku di jalan raya sesak di Calle 74 dan Avenida Caracas, di barat laut ibu negara itu. - AFP"

'via Blog this'

5 maut letupan bom di Colombia

Berita Harian Online | 5 maut letupan bom di Colombia: "BOGOTA: Lima maut manakala 17 lagi cedera apabila dalam letupan bom di tengah ibu negara Colombia semalam yang disifatkan Presiden Juan Manuel Santos sebagai serangan yang mensasarkan bekas Menteri Dalam Negeri.

“Saya diberitahu bahawa letupan bom itu bagi membunuh Fernando Londono. Ketika kejadian dia di dalam kereta kalis pelurunya," kata Santos, yang terpaksa membatalkan lawatannya ke Cartagena bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.
“Dr Londono kini dalam keadaan stabil di hospital," kata Santos sambil menambah pemandu dan pengawal keselamatan peribadi bekas menteri itu terbunuh.
Datuk Bandar Bogota, Gustavo Petro dalam halaman Twitter berkata, suspek pengebom sudah ditahan dan pihaknya sedang menonton semula video dari CCTV di tempat kejadian.

Setakat ini tiada pihak yang tampil bertanggungjawab dalam serangan itu yang berlaku di jalan raya sesak di Calle 74 dan Avenida Caracas, di barat laut ibu negara itu. - AFP"

'via Blog this'

4 penunjuk perasaan anti NATO ditahan di Chicago

Berita Harian Online | 4 penunjuk perasaan anti NATO ditahan di Chicago:
CHICAGO: Empat penunjuk perasaan anti NATO ditahan hari ini pada perhimpunan di luar mahkamah imigresen Chicago menjelang sidang kemuncak hujung minggu ini yang akan menghimpunkan berpuluh pemimpin dunia di Windy City. 

Krew televisyen merakamkan aksi penunjuk perasaan yang berdepan antara pihak polis dengan berbasikal di luar bangunan sambil melaungkan ‘Ini adalah apa yang dinamakan demokrasi’.
Ribuan penunjuk perasaan dijangka turun ke Chicago ketika pemimpin dari 50 negara berkumpul untuk sidang kemuncak NATO pada Ahad dan Isnin ini.
Semalam, lapan penunjuk perasaan didakwa menceroboh selepas enggan untuk bersurai dari Menara Chicago yang menempatkan ibu pejabat kempen Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. - AFP
'via Blog this'

Pemandu teksi dipenjara

Pemandu teksi dipenjara - Selangor & KL - Sinar Harian:
PETALING JAYA - Seorang pemandu teksi dijatuhkan hukuman penjara tiga minggu dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah memecah masuk rumah dua mangsa, dua tahun lalu.

Majistret Nor Afidah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap, Inder Singh, 30, bermula tarikh jatuh hukum, semalam.

Inder mengaku memecah rumah seorang jurujual, Lee Kien Wah, 46, di Jalan BP 2/14, Bandar Bukit Puchong, kira-kira jam 6 petang pada 6 Oktober 2010.

Dia turut mengaku melakukan perbuatan sama di rumah Lee Hing Ling, 48, di USJ 26/3, Putra Heights, Subang Jaya, pada 3.15 petang, 22 Disember 2010.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan bersama seorang lagi tertuduh, Jagtar Singh, 24.

Bagaimanapun, Jagtar gagal hadir semalam dan mahkamah memutuskan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat, manakala Inder diwakili peguam bela, Datuk Suraj Singh.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh didenda, jika disabit kesalahan.
'via Blog this'

6 penumpang nyaris maut, bot tenggelam

6 penumpang nyaris maut, bot tenggelam - Sinar Harian:

PORT DICKSON - Enam penumpang cemas apabila bot yang mereka naiki tiba-tiba tenggelam mengakibatkan mereka hampir lemas dalam satu kejadian kira-kira jam 1.30 petang tadi di perairan Port Dickson, di sini.
Pegawai Penguat Kuasa Maritim Malaysia Leftenan Muda Ahmad Azwan Rusidi berkata kejadian berlaku di 4.5 batu nautika perairan di sini selepas bot tersebut berlepas dari jeti lama Port Dickson sekitar jam 12.30 tengah hari.
Katanya bot tersebut dalam perjalanan untuk menghantar bekalan makanan kepada sebuah kapal dagang yang berlabuh di perairan sama.
"Bagaimanapun ketika kerja-kerja memunggah barang dilakukan, keadaan laut bergelora kuat menyebabkan bot kayu sepanjang 15 meter itu bergesel dan menyebabkan kebocoran.
"Bot itu kemudiannya dipenuhi air dan tenggelam sepenuhnya dalam masa 10 hingga 15 minit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jeti Jabatan Laut Port Dickson, di sini hari ini.

Mereka, Abdul Hadi Musa, 36, R. Sugumaran, 34, V. Gunasegaran, 34, Azman Ezam Hamzah, 33, Mohamad Alias Yusoff, 26, dan Shabudin Mohd Nordin, 51, bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh anak kapal dagang tersebut.
Ahmad Azwan berkata tindakan mereka memakai jaket keselamatan juga menyelamatkan mereka daripada tenggelam bersama bot tersebut.
"Hanya seorang daripada mereka yang mengalami kecederaan ringan di kaki kiri dan telah menerima rawatan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Port Dickson," katanya. - Bernama

'via Blog this'

6 penumpang nyaris maut, bot tenggelam

6 penumpang nyaris maut, bot tenggelam - Sinar Harian:

PORT DICKSON - Enam penumpang cemas apabila bot yang mereka naiki tiba-tiba tenggelam mengakibatkan mereka hampir lemas dalam satu kejadian kira-kira jam 1.30 petang tadi di perairan Port Dickson, di sini.
Pegawai Penguat Kuasa Maritim Malaysia Leftenan Muda Ahmad Azwan Rusidi berkata kejadian berlaku di 4.5 batu nautika perairan di sini selepas bot tersebut berlepas dari jeti lama Port Dickson sekitar jam 12.30 tengah hari.
Katanya bot tersebut dalam perjalanan untuk menghantar bekalan makanan kepada sebuah kapal dagang yang berlabuh di perairan sama.
"Bagaimanapun ketika kerja-kerja memunggah barang dilakukan, keadaan laut bergelora kuat menyebabkan bot kayu sepanjang 15 meter itu bergesel dan menyebabkan kebocoran.
"Bot itu kemudiannya dipenuhi air dan tenggelam sepenuhnya dalam masa 10 hingga 15 minit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jeti Jabatan Laut Port Dickson, di sini hari ini.

Mereka, Abdul Hadi Musa, 36, R. Sugumaran, 34, V. Gunasegaran, 34, Azman Ezam Hamzah, 33, Mohamad Alias Yusoff, 26, dan Shabudin Mohd Nordin, 51, bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh anak kapal dagang tersebut.
Ahmad Azwan berkata tindakan mereka memakai jaket keselamatan juga menyelamatkan mereka daripada tenggelam bersama bot tersebut.
"Hanya seorang daripada mereka yang mengalami kecederaan ringan di kaki kiri dan telah menerima rawatan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Port Dickson," katanya. - Bernama

'via Blog this'

Lebih setahun diculik, peniaga cicak pulang ke pangkuan keluarga

Lebih setahun diculik, peniaga cicak pulang ke pangkuan keluarga - Semasa - Sinar Harian:

Lebih setahun diculik, peniaga cicak pulang ke pangkuan keluarga
Nazarrudin mencium ibunya, Siti Hamdah dan anak-anaknya ketika dipertemukan semula, semalam
KUALA LUMPUR – Peniaga cicak tokek, Mohd Nazarrudin Saidin, 39, yang meloloskan diri dan diselamatkan selepas lebih setahun diculik di Pulau Jolo, selatan Filipina, menyifatkan diberi peluang kedua untuk hidup bersama keluarga tercinta.

Nazarrudin berkata, sebelum ini dia pernah melarikan diri dan bersembunyi di hutan paya bakau selama sebulan.

Katanya, dia melarikan diri pada hari ke-10, Hari Raya Aidilfitri, 8 September tahun lalu.

Dia yang memiliki enam anak berusia antara 5 dan 16 tahun berkata, tindakan nekad itu dilakukan kerana rasa rindu yang tidak terhingga kepada keluarga di tanah air.

“Saya nekad biarpun menyedari nyawa terancam. Sebaik berjaya meloloskan diri, saya bersembunyi di kawasan hutan paya bakau berseora­ngan selama sebulan.

“Saya kepenatan dan kurang makan. Saya berputus asa dan kembali semula ke perkampungan tersebut,” katanya pada sidang media di pejabat Kelab Putera 1Malaysia, semalam.

Katanya, sebagai hukuman, kakinya digari selama dua hari.

Menurutnya, selepas itu, dia tidak terfikir untuk melarikan diri sehinggalah dibantu orang kampung, kira-kira jam 9 malam, Sabtu lalu.

Katanya, dia kemudiannya dihantar oleh penduduk kampung ke sempadan berhampiran perairan Sandakan, Sabah dengan menggunakan bot, yang mengambil masa 10 jam perjalanan.

Di situ, Kelab Putera 1Malaysia, diketuai Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim membantu Nazaruddin dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga.

Ketika menceritakan detik awal diculik, Nazarrudin berkata, dia bersama jurupandunya, Abdul Ghafar Akkirullah diculik 10 lelaki bersenjata api di sebuah rumah di Indanan, 8 Mei tahun lalu.

“Kami ditempatkan di sebuah rumah. Di luar pula, ada orang bersenjata sedang berkawal. Selama di sana, kami diberi makan dan minum. Saya juga membantu mereka bercucuk tanam,” katanya.

Nazarrudin juga mendedahkan, peniaga ikan warga Malaysia, Pang Chong Pong yang diculik di Pondohan Lok Angki, Sitangkai di Kepulauan Tawi-Tawi, se­latan Filipina, Oktober tahun lalu, turut ditempatkan bersama dengannya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, pihaknya tidak memberikan wang tebusan walaupun sebelum ini, kumpulan penculik meminta bayaran sebagai pembebasan Nazaruddin.

“Memang sebelum ini Umno dan Kelab Putera 1Malaysia berusaha menjejak Nazarrudin. Itu bukan satu tindakan mudah, tetapi kami tetap berusaha.

“Kami juga tidak dapat masuk ke kawasan perkampungan itu dan mujur penduduk kampung membantu menyelamatkannya,” katanya.

'via Blog this'

Nenek 15 cucu dicekup khalwat

Nenek 15 cucu dicekup khalwat - Nasional - Sinar Harian:

Nenek 15 cucu dicekup khalwat
Anggota penguatkuasa menyoal siasat warga emas bersama pasangan yang dicekup dalam operasi cegah maksiat
AMPANG - Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, di sini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai.

“Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air.

“Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu.

“Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota,” katanya.

Dalam operasi berasingan, sepasang kekasih dicekup di sebuah pangsapuri di sini pada jam 1.50 pagi, semalam.

Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia 24 dan 30 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa selepas dipercayai pasangan itu berasmara dalam bilik sewa milik lelaki berkenaan.

“Perempuan itu memberi alasan berjumpa dengan teman lelakinya untuk mengadu berhubung masalah tempat kerjanya.

“Ketika serbuan perempuan itu berpakaian lengkap, manakala pasangannya hanya berseluar pendek,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

'via Blog this'

Pusat urut baru operasi diserbu


KLANG - Kegiatan haram pengusaha sebuah pusat urut yang menawarkan khidmat seks gadis Vietnam kepada pelanggannya berakhir selepas polis menyerbu premis terbabit yang baru seminggu beroperasi di Bayu Perdana di sini kelmarin.
Dalam operasi pukul 9.30 malam itu, seramai 11 gadis seksi warga Vietnam berusia antara 20 hingga 31 tahun ditahan di dalam premis terbabit bersama seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun yang dipercayai penjaga pusat urut tersebut.
Turut dirampas, wang tunai RM315, minyak urut dan kondom yang digunakan dalam kegiatan itu.
Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, risikan dijalankan selepas menerima aduan mengenai kegiatan di premis terbabit yang menyajikan gadis warga asing sebagai tarikan.
Menurutnya, pusat urut tersebut didapati tidak mempunyai sebarang papan tanda dipercayai untuk mengaburi kegiatan haram itu.
"Bagi memastikan pusat urut itu benar-benar selamat, penjaga premis hanya akan membenarkan pelanggan yang telah membuat tempahan melalui telefon untuk masuk," katanya kepada pemberita selepas operasi itu selesai kelmarin.

Simpang tiga laluan maut

Simpang tiga laluan maut - Perak - Sinar Harian:

Simpang tiga laluan maut
Keadaan Simpang Tiga Sungai Tungku yang dikatakan terdedah kepada bahaya selagi lampu isyarat tidak dibina.
SUNGAI MANIK - Simpang tiga di Kampung Sungai Tungku, sudah dianggap sebagai kawasan maut oleh penduduk sekitar disebabkan kemalangan sama ada melibatkan kecederaan mahu pun membawa maut sering berlaku, di kawasan itu.
Kira kira 3,000 penduduk di kawasan itu kini berdepan dengan risiko kemalangan maut apabila ketiadaan lampu isyarat di persimpangan tiga berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tungku, Kamaruddin Rahman, 59, berkata, persimpangan itu adalah jalan utama bagi pengguna untuk ke Teluk Intan - Kampung Gajah dan Chikus.
Menurutnya, berikutan ketiadaan kemudahan lampu isyarat, simpang itu menjadi sibuk.
“Kemalangan juga sering berlaku di persimpangan ini termasuk yang membawa kematian melibatkan penunggang motosikal, kereta, basikal malah pejalan kaki.

“Kami turut menganggap simpang tiga ini sebagai simpang maut kerana tidak selamat selain terdedah kepada kemalangan bila-bila masa,” katanya.

Katanya, tambah membimbangkan, laluan itu turut menjadi medan lumba buat ‘mat rempit’ terutama waktu malam.

“Diharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera demi keselamatan pengguna laluan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Keroh, Rajuddin 0toh, 60, berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada JKR membina lampu isyarat di lokasi itu.

Menurutnya, pihak JKR menyatakan kemudahan itu tidak perlu dibina dengan alasan simpang tiga berkenaan tidak terlalu sibuk.

“Alasan ini tidak relevan. Setiap bulan ada sahaja kemalangan berlaku tidak kira serius mahu pun sebaliknya.

“Sekiranya ada lampu isyarat, kadar kemalangan ini dapat dikurangkan sekali gus menjamin keselamatan pengguna,” katanya.

Katanya, pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi memastikan masalah itu ditangani segera.

“Kami tidak mahu lebih ramai penduduk menjadi mangsa selagi kemudahan lampu isyarat tidak dibina di lokasi bahaya ini,” katanya.

'via Blog this'

Bom lama disangka batu

Bom lama disangka batu - Perak - Sinar Harian:

Bom lama disangka batu
Kawasan bom berkenaan dijumpai oleh beberapa anggota polis.
KUALA KANGSAR - Kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, di sini terkejut apabila sebiji bom tangan yang masih aktif ditemui berhampiran bangunan trafik.

Bom berkenaan dipercayai peninggalan zaman komunis atau tercicir ketika anggota unit kawalan Keselamatan (UKK) yang pernah tinggal di kawasan itu suatu ketika dahulu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superitanden Abdul Gaffar Mohammad berkata bom berkenaan dijumpai beberapa anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu.

Menurutnya, pada awalnya mereka menyangka bom berkenaan adalah ketulan batu memandangkan ia sudah berkarat.

“Bom sebesar genggaman tangan itu dijumpai berhampiran berek lama bersebelahan bangunan trafik kira-kira jam 11 pagi.
“Bom berkenaan tertimbus sudah sekian lama menyebabkan ia berkarat tetapi timbul akibat hakisan tanah,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Kata beliau, senjata api itu kelihatan seperti ketulan batu tetapi apabila diperiksa ia adalah sebiji bom lama dan pihaknya tidak dapat pastikan ia adalah peninggalan ketika zaman komunis atau sebaliknya.

“Kemungkinan juga ia tertinggal kerana kawasan itu dahulunya terletak bangunan balai polis lama yang dirobohkan untuk pembinaan baru,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, demi keselamatan bos berkenaan segera dimusnahkan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Jelasnya, pasukan dari unit pemusnah bom segera dipanggil untuk meletupkan senjata api berbahaya itu.

“Bom berkenaan dibawa ke kawasan Padang Kawad Bukit Chandan berhampiran istana Iskandariah pada hari itu juga kira-kira jam 4.30 petang,” katanya.

'via Blog this'

Maut dirempuh dua remaja

Maut dirempuh dua remaja - Perak - Sinar Harian:
Maut dirempuh dua remaja
KOK LIANG

TELUK INTAN - Seorang lelaki maut di tempat kejadian apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh dua remaja menaiki motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Nibong, di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dalam kejadian itu, mangsa, Chong Ting Huat, 56, menunggang motosikal seorang diri dari arah Teluk Intan ke Sungai Nibong.

Menurutnya, apabila tiba di persimpangan berkenaan, mangsa berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah.

“Ketika sedang berhenti, tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang dua remaja berumur 16 dan 17 tahun merempuh lelaki itu.

“Rempuhan berkenaan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian serta maut ke tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini.

Kata beliau, manakala dua remaja turut mengalami kecederaan yang agak serius dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, siasatan lanjut terhadap kedua-dua remaja itu mendapati mereka tidak mempunyai lesen memandu selain menggunakan motosikal milik saudara.

“Menjadi satu kesalahan kepada mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen membawa motosikal dan akan memberi kesan kepada pemilik kenderaan itu sendiri.

“Oleh itu, saya menasihatkan kepada Ibu bapa dan masyarakat supaya tidak terlalu membenarkan anak mereka yang tiada lesen untuk membawa kenderaan kerana akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

“Kecuaian mereka boleh memberi kesan negatif kepada diri sendiri dan juga orang lain seperti mana yang berlaku pada lelaki yang maut dilanggar dua remaja berkenaan,” katanya.

'via Blog this'

Warga emas kaki auta diburu

Warga emas kaki auta diburu - Johor - Sinar Harian:
Warga emas kaki auta diburu
DIn Ahmad menunjukan gambar suspek berdasarkan kad pengenalan
yang diberikan mangsa
 

BATU PAHAT – Dengan hanya bermodalkan barangan elektrik yang dipercayai dilelong pihak kastam, seorang lelaki warga emas mampu memperdayakan mangsanya untuk membeli barangan itu dengan harga yang murah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, helah licik warga emas yang dikenali sebagai ‘Shaik’, itu terbongkar apabila mangsanya, seorang pengawal keselamatan telah membuat laporan polis berhubung kes itu pada 10 Mei lalu.
Menurutnya, warga emas terbabit menawarkan beberapa barangan elektrik kepada mangsa dengan harga yang begitu murah dan membawa mangsa melihat sendiri barangan itu di keretanya.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran yang diberikan suspek bersetuju untuk membeli barangan elektrik terbabit dengan memberikan wang cagaran sebanyak RM500,” katanya.
Suspek yang berjanji akan datang semula dengan membawa barangan elektrik itu pada jam 4 petang pada hari yang sama, kemudiannya tidak muncul.

“Mangsa yang tidak berpuas hati kerana rasa dirinya telah ditipu membuat laporan polis dengan membawa salinan kad pengenalan suspek yang diperolehnya sewaktu mereka menjalankan urusan jual-beli terbabit,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.

Tambahnya, suspek yang berasal dari Pulau Pinang mempunyai 17 rekod kesalahan lampau dalam kes penipuan selain mempunyai tiga waran.

“Suspek juga dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan di seluruh negara, berdasarkan rekod yang dimilikinya dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pihak kami sedang memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis yang berhampiran,” katanya.

Din menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati untuk berurusan dengan mana-mana pihak sekiranya mereka ditawarkan dengan barangan harga yang murah kerana dikhuatiri ia satu penipuan.

“Begitu juga dengan barangan yang dikatakan dilelong pihak kastam, orang ramai perlu mendapatkan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli barangan terbabit,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan dua daripada empat suspek samun yang memecah masuk rumah seorang wanita di Jalan Gambir, Kangkar Senangar, Parit Sulong, 5 Mei lalu berjaya diberkas.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek mengacukan parang ke arah mangsa dan menyebabkannya dan suami serta dan anak tergamam dan tidak mampu melawan, kemudiannya mereka diikat dengan tali dan kain tudung.

Dua suspek yang diberkas adalah warga Indonesia berusia 23 dan 27 tahun bekerja di ladang sawit berhampiran, kedua-duanya dicam mangsa kerana kerap kali ditemui di sekitar kawasan rumahnya.

Suspek berjaya melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa termasuk komputer riba dan wang tunai berjumlah RM1,200.

"Bagaimanapun, semasa tangkapan dua suspek terbabit, komputer riba dan wang tunai milik mangsa tiada bersama kerana dipercayai wang itu telah digunakan manakala komputer riba telah dijual,” katanya.

Polis sedang memburu dua lagi suspek yang masih bebas dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta tampil menghubungi balai polis berdekatan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 18 Mei ini," katanya.

'via Blog this'

Warga emas pengsan api misteri muncul secara tiba-tiba

Warga emas pengsan api misteri muncul secara tiba-tiba - Perak - Sinar Harian:
Warga emas pengsan api misteri muncul secara tiba-tiba
Salah seorang ahli keluarga menunjukkan almari yang terbakar secara tiba-tiba sehingga
memusnahkan keseluruhan bilik, kelmarin.

KERIAN– Insiden kebakaran tanpa punca di sebuah rumah di Tebuk Haji Musa, di sini sejak enam hari lalu menyebabkan pemiliknya berada dalam keadaan tertekan sebelum ditemui pengsan, petang kelmarin.

Aishah Idris, 60, dikatakan bimbang dan hilang punca dengan kejadian itu yang menyebabkan barangan perabot serta pinggan mangkuk rumahnya terbakar secara tiba-tiba.
Anak saudaranya, Noraini Osman, 25, berkata, kejadian terbaru berlaku sekitar jam 6 petang, kelmarin apabila api tiba-tiba muncul membakar almari baju di dalam bilik.

Menurutnya, kejadian aneh itu bukan sahaja misteri, malah merbahaya kerana dikhuatiri menyebabkan kecederaan kepada ahli keluarga.

“Ahli keluarga saya terpaksa berjaga secara bergilir-gilir termasuk mengawal kawasan sekeliling rumah bersama jiran tetangga.

“Semalam (kelmarin), kejadian menjadi semakin serius apabila bahagian bilik mula terbakar, bermula dari almari baju dan ia merebak ke bahagian siling.

“Kami terpaksa menghubungi bomba untuk membantu mengawal kebakaran,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan, kebakaran yang berlaku hanya membabitkan barangan tertentu seperti sofa, tilam, bantal dan selimut.

Kejadian seumpama itu kebiasaannya berlaku sebelum Zohor, sebelum Maghrib dan sebelum Subuh menjelang.

Seorang lagi ahli keluarga mangsa, Mohd Qhu Faizal Mohd Yasin, 15, berkata, dia turut berjaga malam mengawal keadaan rumah neneknya itu.
“Setiap malam kami berjaga, bagaimanapun selepas kami pulang sekitar jam 3 hingga 4 pagi semalam (kelmarin), tidak sampai lima minit kebakaran berlaku lagi,” katanya.

Mohd Qhu berkata, kebakaran yang berlaku sebelum ini berjaya dipadamkan sendiri kerana hanya membabitkan api yang kecil.

Namun katanya, kebakaran yang berlaku, kelmarin adalah di luar jangkaan mereka.

'via Blog this'

Sorok diesel sebalik tayar

Sorok diesel sebalik tayar - Utara - Sinar Harian:

Sorok diesel sebalik tayar
Gunaselan menunjukkan lori yang diubahsuai untuk mengisi diesel subsidi .
GEORGETOWN - Taktik licik satu sindiket menyeleweng minyak diesel subsidi terbongkar apabila seorang pemandu ditahan bersama lorinya yang penuh dengan bahan itu malam kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang, M Gunaselan berkata, kejayaan itu adalah hasil pemerhatian selama dua minggu serta maklumat awam sehingga melumpuhkannya yang dipercayai aktif sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, enam anggota penguat kuasa KPDNKK menahan pemandu lori itu di sebuah stesen minyak di Farlim, Air Itam kerana membawa lori mengandungi tong untuk mengisi minyak diesel bersubsidi pada jam 8.40 malam.

“Ia dilitupi dengan tayar terpakai bagi mengaburi mata pihak berkuasa jika ditahan untuk pemeriksaan.

“Jika tidak diteliti, tong minyak yang direka khas pada lori itu tidak akan kelihatan kerana bahagian atas dipenuhi dengan tayar terpakai serta ditutup dengan kain kanvas tebal,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati minyak diesel sebanyak 3,500 liter itu berada dalam sebuah tangki besi yang diubahsuai yang diletakkan di bahagian belakang lori.

“Tangki yang diubahsuai itu dianggarkan boleh mengisi 6,000 hingga 7,000 liter,” katanya.

Beliau berkata, pemandu itu ditahan untuk siasatan manakala lori disita. Nilai rampasan ialah RM43,300.
Gunaselan berkata, modus operandi sindiket itu ialah mengambil minyak dari satu stesen ke satu stesen lain untuk dikumpulkan pada satu tempat sebelum dijual kepada pihak ketiga.

“Bekalan minyak ini dipercayai dijual ke luar negara ataupun kepada pihak perindustrian. Kita percaya ada stesen minyak yang bersubahat dalam penyelewengan diesel bersubsidi ini. Kita akan memantau untuk menyekat kegiatan ini daripada berleluasa.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Syarikat pula boleh didenda sehingga RM250,000,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tempoh tahun ini, KPDNKK negeri bertindak ke atas 45 kes penyelewengan diesel dan petrol serta menyita kedua-dua bahan api itu bersama dengan peralatan dan kenderaan bernilai kira-kira RM 1.5 juta.

'via Blog this'

Jiran jadi hero

Jiran jadi hero - Melaka & NS - Sinar Harian:
Jiran jadi hero
Keadaan dapur rumah Azizan yang musnah dalam kejadian berkenaan.

KUALA PILAH – Tindakan pantas jiran menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah berjaya menyelamatkan sebuah rumah milik seorang guru daripada terbakar di Taman Desa Anggerik di sini, semalam.

Malah sebelum pihak bomba dan penyelamat tiba, jiran terdekat bertungkus lumus memadamkan kebakaran dengan menggunakan air paip.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.15 pagi itu memusnahkan seluruh bahagian dapur rumah mangsa, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jiran terbabit, Mariah Ahmad berkata, kejadian tersebut disedari anaknya, Noraiza Abd Malek, 30, yang ketika itu sedang menyidai kain di belakang rumah dan terlihat bumbung rumah mangsa sudah hitam dan mengeluarkan asap tebal.

“Ketika kejadian, saya tiada di rumah kerana bekerja dan mengetahuinya selepas dihubungi anak. Selepas itu, saya terus menghubungi tuan rumah dan suami, Abd Malek Abdullah pula menghubungi pihak bomba.

“Saya memang ada simpan kunci rumah jiran kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini, saya dapat membantu. Alhamdulillah, kereta mangsa dapat diselamatkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, mangsa, Azizan Abd Aziz, 55, berkata, ketika kejadian, dia berada di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir.

Menurutnya, kebakaran itu disedari apabila dimaklumkan jiran tetangganya melalui panggilan telefon jam 9.50 pagi.

“Masa kejadian, saya berada di sekolah sedang berbincang bersama guru besar, manakala Isteri, Hayati Md Jais, 49, bekerja di Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan anak-anak juga tiada di rumah kerana belajar.

“Ketika menerima panggilan daripada jiran, saya sangat terkejut kerana saya baru beberapa jam meninggalkan rumah,” katanya.

Katanya, terima kasih diucapkan kepada jiran dan pihak bomba yang mengawal dan memadamkan kebakaran di rumahnya.

“Mungkin jika jiran tidak perasan ada kebakaran di rumah saya, saya tidak tahulah bagaimana nasib kami nanti. Alhamdulillah, kebakaran tidak melibatkan sebuah rumah, hanya sebahagian dapur sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Bomba Kanan II, Adnan Awaluddin berkata, pihak bomba menerima panggilan jam 9.29 dan sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, api sudah marak di bahagian dapur rumah tersebut.

“Api dapat dikawal kira-kira dua minit dan berjaya dipadamkan sepenuhnya 22 minit kemudian. Mangsa memberitahu, anggaran kerugian bernilai RM50,000 dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Katanya, tindakan pantas jiran terdekat menghubungi pihak bomba lebih awal dapat mengawal kemaraan api daripada merebak ke bahagian ruang tamu dan bilik.

'via Blog this'

Terkejut dengar bunyi kuat

Terkejut dengar bunyi kuat - Pahang - Sinar Harian:
Terkejut dengar bunyi kuat
Zulkifl i menunjukkan kayu yang terperosok pada bumbung rumahnya menyebabkan kerosakan

KUANTAN - Suasana santai bersama keluarga terganggu apabila ribut melanda enam keluarga di Kampung Peramu, di sini.

Dalam kejadian malam Isnin lalu, Nora Abu Bakar, 37, bersama tiga anaknya beristirahat diruang tamu sambil menonton televisyen.

Namun, angin kencang dan hujan lebat menerbangkan atap zink di bahagian dapur rumahnya.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika saya bersama anak-anak leka menonton televisyen.

“Kejadian berlaku dengan tiba-tiba dan saya hanya mampu melihat atap tercabut membuatkan sebahagian dapur basah,” katanya ketika ditemui pada Lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat, di sini.

Nora berkata, sebaik kejadian itu, dia terus menghubungi suaminya, Zulkifli Osman, 48, yang masih di tempat kerja.

Zulkifli berkata, dia bergegas pulang ke rumah untuk melihat keadaan rumahnya yang mengalami beberapa kerosakan.

“Terdapat kayu terperosok di bahagian atas atap menyebabkan kerosakan agak teruk. Buat masa ini saya terpaksa menggunakan khemah untuk menadah air sebelum kerosakan dibaiki.

“Nasib baik isteri dan anak-anak tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Bagi ibu tunggal, Gayah Abdul Rahman, 69, pula memberitahu, dia tidak menyangka ribut kencang yang melanda menyebabkan beberapa bumbung rumahnya rosak.

Katanya, pada malam kejadian, tidurnya bersama tiga anaknya terganggu kerana ruang tamu dibasahi hujan.

“Sejak di sini kira-kira 11 tahun lalu, inilah kejadian ribut pertama yang menimpa keluarga kami.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semuanya selamat dan ada pihak yang prihatin memberi bantuan,” katanya.

Sementara itu, Wan Adnan berkata, nasib enam keluarga yang dilanda ribut itu akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri melalui bantuan bencana bernilai RM1,000.

Bagaimanapun, bantuan segera diberikan terlebih dahulu bagi meringankan beban mangsa ribut untuk membaiki kerosakan yang berlaku.

“Kita bersimpati dengan kejadian yang melanda dan kerajaan sentiasa prihatin dan memberi bantuan sewajarnya untuk membantu meringankan beban,” katanya.

'via Blog this'

Cedera teruk akibat kemalangan

Cedera teruk akibat kemalangan - Pahang - Sinar Harian:
FELDA TRIANG 1 – Seorang warga emas melecur di seluruh bahagian badannya dalam kejadian kebakaran di rumahnya, dekat sini, petang kelmarin.

Ketika kejadian pada jam 4.30 petang itu, mangsa, Awang Ibrahim, 77, berada di rumah bersama cucunya, Nor Asyikin Kamarudin, 22, yang sedang mendodoi anaknya berusia tiga tahun.

Menurut seorang jiran, Hasnah Borhat, 49, ketika kejadian, dia baru sahaja balik dari Majlis Penyerahan Wang Durian Runtuh dan melihat seperti bayang-bayang api dan asap dari rumah mangsa.

“Tingkap di bahagian dapur tempat tidur mangsa tertutup, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku. “Namun, apabila kedengaran bunyi letupan kecil, saya dan suami menjenguk ke rumah mangsa dan mendapati api menjulang tinggi,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, berdasarkan cerita dari Nur Asyikin, dia terlelap semasa mendodoikan anaknya tetapi terjaga apabila terasa panas pada dinding berdekatan.

Menurut Nur Asyikin, dia berjaya menyelamatkan anaknya keluar dari rumah tetapi tidak mampu menyelamatkan datuknya kerana api semakin marak.

Semasa kehadiran Sinar Harian, waris mangsa tiada di rumah berikutan berada di hospital untuk menemani mangsa yang koma dan sedang nazak.

Sementara itu, Siti Aminah Abd Rashid, 47, berkata, api cepat marak berikutan cuaca terlalu panas selain terdapat almari pakaian dan motosikal berdekatan katil mangsa.

“Ketika kejadian, semua penduduk datang membantu memadamkan api dan mengeluarkan mangsa mengikut tingkap di bahagian dapur yang lain.

“Kebakaran berjaya dikawal apabila penduduk menggunakan alat pemadam api yang dipinjam daripada pejabat Felda, sekolah dan koperasi,” katanya.

Malah, keberanian seorang kakitangan Felda, Mohd Faiz Md Ariffin wajar dipuji apabila sanggup masuk ke dalam rumah untuk mengeluarkan mangsa.

Menurutnya, orang kampung turut membantu memecahkan cermin dan besi pada tingkap bagi membolehkan mangsa dikeluarkan.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa yang melecur seluruh badan menyebabkan sukar untuk mengeluarkannya dari tingkap.

“Mujur ramai yang membantu dan segera membawa mangsa ke klinik kesihatan berdekatan, sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya.

Difahamkan, sehingga jam 5 petang semalam, mangsa masih dalam keadaan tenat namun sudah pun dibawa pulang ke rumah.
'via Blog this'

Ugut adik ipar guna pisau lipat

Ugut adik ipar guna pisau lipat - Terengganu - Sinar Harian:

Ugut adik ipar guna pisau lipat
Asisten Komisionar Zamri Shamsuddin
KUALA TERENGGANU - Angkara wang!

Seorang abang ipar bertindak seperti orang hilang kewarasan apabila sanggup mengugut adik iparnya menggunakan pisau lipat dalam satu kejadian ‘amuk’ di Kampung Jeram, Manir, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, suspek, 31, difahamkan berang setelah adik iparnya enggan menyerahkan wang dalam jumlah ratusan ringgit yang dimintanya sebelum itu.

Difahamkan, suspek yang juga kaki dadah itu sebelum ini kerap menjadikan adik iparnya sebagai ‘bank’ untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah jenis syabu.

Disebabkan tidak tahan dengan kerenah suspek yang sewenang-wenangnya ingin mendapatkan wang, adik iparnya itu cuba ‘melawan’ dan enggan menyerahkan jumlah wang yang diminta.

Suspek kemudiannya naik angin setelah mendapati adik iparnya itu langsung tidak mengendahkan permintaannya, lalu mengacukan sebilah pisau lipat ke arah muka mangsa sambil mengugut akan mencederakan mangsa.

Bimbang diapa-apakan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu kerana sebelum ini suspek dilaporkan beberapa kali menakut-nakutkan bapanya kandungnya dengan merosakkan barang-barang rumah mereka disebabkan tidak memberikan wang seperti diminta.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisionar Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan menerima laporan itu.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya 

'via Blog this'

Tiga suspek rogol diburu - Kelantan

Tiga suspek rogol diburu - Kelantan - Sinar Harian:
Tiga suspek rogol diburu
Azham menunjukkan gambar Irfan atau 'boy' yang sedang diburu polis.

KOTA BHARU - Polis Kelantan kini sedang giat memburu tiga lagi suspek lelaki berusia antara 19 dan 25 tahun bagi membantu siasatan kes rogol seorang setiausaha warga Switzerland dan cabul rakan mangsa, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, siasatan awal mendapati empat lelaki termasuk dua beradik dan seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di sini, dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Katanya, hasil ketangkasan polis, seorang remaja 18 tahun berjaya ditahan di rumahnya di Taman Intan, Lundang kelmarin, manakala, tiga lagi masih diburu.

“Penganggur tersebut kini ditahan reman sehingga 20 Mei depan dan polis masih memburu suspek utama kes ini, iaitu Hary dan abangnya serta seorang penuntut semesta kedua sebuah IPT di sini, berusia 19 tahun atau mesra dengan gelaran ‘boy’.

“Polis berjaya mendapatkan gambar ‘boy’, tetapi masih mengusahakan imej wajah Hary dan abangnya. Kami percaya sekiranya ‘boy’ tampil, polis akan berjaya mengesan dua lagi rakannya itu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.

Beliau berkata, ‘boy’, atau nama sebenarnya, Irfan Daud, tinggal di sebuah kuarters di sini menghilangkan diri selepas mengetahui polis giat menjalankan gerakan mencari.

“Sehubungan itu, saya meminta kerjasama suspek atau ibu bapanya mahupun orang ramai yang mempunyai maklumat tentang ketiga-tiga mereka supaya menghubungi polis di balai berhampiran,” katanya.

Azham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 354 Kanun Keseksaan kerana rogol dan cabul.

Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan seorang setiausaha warga Switzerland mendakwa dia dirogol manakala dan rakannya dicabul, 9 Mei lalu.

Sebelum kejadian jam 2.20 petang itu, dua pelancong masing-masing berusia 25 tahun itu singgah di Pejabat Konsul Thailand, di bandar ini bagi urusan visa untuk ke Bangkok, selepas balik dari Pulau Perhentian, Terengganu.

'via Blog this'

Imam maut lepas solat jenazah

Imam maut lepas solat jenazah - Kelantan - Sinar Harian:
Imam maut lepas solat jenazah
Musafar (duduk, kanan) dan Che Som (berdiri, kanan) terkejut setelah mendapat tahu
 kejadian yang menimpa bapa saudaranya, semalam.

TO’ UBAN - Imam Kampung Serendah maut selepas menghadiri solat jenazah penduduk di Kampung Perol, jam 3 petang semalam.

Mangsa, Said Abdullah, 79, yang juga dikenali sebagai Tok Awang, menaiki motosikal EX5 sendirian bertembung sebuah motosikal ditunggang seorang peniaga, Awiyah Majid, 59. Awiyah yang menunggang motosikal Yamaha LC bersama jirannya, Aisyah Mamat, 61, tercampak di tepi belukar, bagaimanapun keudanya mengalami kecederaan ringan.

Anak saudara arwah, Musafar Mohamad, 40, berkata, bapa saudaranya baru sahaja selesai menunaikan solat jenazah penduduk di Kampung Kelar Besar.

“Arwah kata, dia mahu ke Masjid Kampung Perol untuk menunaikan solat jenazah penduduk lain.

“Beberapa meter dari masjid, arwah terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya,” katanya semalam.

Sementara itu, menantunya, Che Som Abd Wahab, 45, berkata, Jumaat lalu, arwah berpesan agar bersabar jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Tok Awang sempat menanam tiga pokok kelapa untuk kegunaan anak cucunya kelak.

“Arwah Tok Awang juga sepatutnya bertolak ke Kuala Lumpur bersama menantu lelakinya namun menolaknya di saat akhir,” katanya.

Jenazah Tok Awang akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Serendah, malam semalam.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

'via Blog this'

Cabut nyawa dalam singki

myMetro | Cabut nyawa dalam singki: "MIRI: Seorang lelaki yang dikatakan tidak dapat menerima hakikat pahit selepas disahkan menghidap HIV positif, ditemui mati selepas melemaskan mukanya ke dalam air yang ditakung dalam singki sebuah hospital, di sini, kelmarin.

Mayat lelaki berusia 50-an itu ditemui seorang jururawat yang melakukan pemeriksaan dalam bilik air selepas mendapati mangsa tiada di katilnya dalam sebuah wad di hospital berkenaan, kira-kira jam 10.15 malam.
Sumber berkata, mangsa dari Satok sebelum ini, pernah dimasukkan di Hospital Saratok dan dirujuk ke Hospital Miri pada 1 Mei lalu akibat masalah kesihatan dan demam berpanjangan sebelum disahkan menghidap HIV positif.

“Sepanjang di hospital berkenaan, mangsa yang tidak bekerja tidak pernah menunjukkan sebarang sikap pelik atau perbuatan mencurigakan kerana sentiasa memberi kerjasama baik kepada doktor dan jururawat,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, sejam sebelum kejadian, mangsa dilihat berkelakuan agak ganjil apabila ditemui duduk di atas mangkuk tandas selama sejam dan tidak mahu kembali ke katilnya."

'via Blog this'

Suspek curi lori terus diburu

myMetro | Suspek curi lori terus diburu: "MELAKA: Polis kontinjen negeri masih meneruskan operasi mengesan suspek yang mencuri lori hingga mengakibatkan seorang anggota polis trafik Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah maut dilanggar lori berkenaan kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, maklumat diperoleh sehingga semalam suspek dikesan masih berada berhampiran lokasi kejadian.


“Semalam (kelmarin) pihak kami menerima maklumat daripada penduduk memaklumkan melihat seorang dipercayai penjenayah menyorok di belakang pokok berhampiran lokasi.

“Usaha masih dijalankan bagi mengesan suspek dan operasi dimulakan sejurus selepas kejadian masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut secara terperinci mengenai suspek dilihat penduduk kampung itu.


Menurutnya, hasil siasatan awal Unit Forensik turut menemui kesan cap jari pada lori berkenaan.

“Kesan cap jari itu dihantar ke Bukit Aman dan kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya."

'via Blog this'