Search This Blog

Monday, May 14, 2012

Pesara didakwa tipu dua peniaga RM53,450

myMetro | Pesara didakwa tipu dua peniaga RM53,450:

KLANG: Seorang pesara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menipu dua peniaga RM53,450 bagi mendapatkan projek yang tidak wujud di sebuah syarikat penyelenggaraan kapal terbang.
Azmir Shakri Ab Hamid, 59, dari Petaling Jaya, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ho Kwong Chin. 
Tertuduh didakwa menipu Zubir Azarai, 49, dengan memperdaya bahawa dia boleh mendapatkan projek membuat 'step aircraft' di Syarikat Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd untuk Zubir dengan kadar bayaran tertentu dan dengan itu mendorong Zubir menyerahkan RM30,560 dengan cara memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun bank milik tertuduh.

Azmir Shakri didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa cawangan CIMB Bank di sini antara 8 Sept 2011 dan 23 Feb 2012.

Tertuduh juga didakwa menipu M. Sahroni Basirin @ Ibrahim, 46, dengan memperdaya bahawa dia boleh mendapatkan projek membuat 'hanger cabinet' di Syarikat Sepang Aircraft Engineering untuk M. Sahroni dengan kadar bayaran tertentu dan dengan itu mendorong M. Sahroni membayar RM22,890 dengan cara memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun tertuduh. - Bernama

'via Blog this'

Dua penunggang motosikal maut di Pasir Mas

myMetro | Dua penunggang motosikal maut di Pasir Mas:

PASIR MAS: Dua remaja lelaki penunggang motosikal terbunuh dalam nahas membabitkan tiga buah motosikal dalam kejadian di Kampung Hutan Chengal, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, ketiga-tiga buah motosikal yang ditunggang dalam keadaan laju itu dikatakan bergesel antara satu sama lain menyebabkan kesemua penunggangnya hilang kawalan. 
Kedua-dua mangsa, Muhamad Noor Hanif Ab Hadi, 17, dari Kampung Bechah Durian dan Mohammad Aiman Mohd Shukor, 17, dari Kampung Hutan Chengal, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Tiga lagi yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital yang sama adalah pembonceng, Muhammad Yuzairi Yusof@Jali, Mohd Razif Ramli yang kedua-duanya juga berusia 17 tahun dan penunggang sebuah lagi motosikal, Nur Shahrulnizam Zaini, 14. - Bernama

'via Blog this'

Tingkat tujuh sebuah bangunan dalam pembinaan terbakar

myMetro | Tingkat tujuh sebuah bangunan dalam pembinaan terbakar:

KUALA LUMPUR: Tingkat tujuh sebuah bangunan dalam pembinaan berdekatan Institut Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan terbakar, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kebakaran pukul 12.43 tengah hari itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa. 
"Siasatan awal mendapati ia (kebakaran) mungkin berpunca daripada kebakaran mekanikal yang terdapat dalam ruang siling. Namun, kita masih menyiasat punca kebakaran sebenar," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Azizan berkata pemeriksaan juga mendapati beberapa sistem penyembur air automatik di bahagian dalam siling tingkat itu juga pecah sehingga menyukarkan proses pemadaman.

"Ketika kejadian, terdapat 10 hingga 20 orang pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di bangunan lapan tingkat itu," katanya sambil menambah bomba mengambil masa kira-kira empat jam mengawal kebakaran itu.

Enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit, Sentul dan Jelatek bersama 35 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, katanya - Bernama

'via Blog this'

Pesara didakwa tipu 2 peniaga RM53,450

Berita Harian Online | Pesara didakwa tipu 2 peniaga RM53,450:
KLANG: Seorang pesara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap dua pertuduhan menipu dua peniaga RM53,450 bagi mendapatkan projek yang tidak wujud di sebuah syarikat penyelenggaraan kapal terbang. 

Azmir Shakri Ab Hamid, 59, dari Petaling Jaya, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ho Kwong Chin.
Tertuduh didakwa menipu Zubir Azarai, 49, dengan memperdaya bahawa dia boleh mendapatkan projek membuat 'step aircraft' di Syarikat Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd untuk Zubir dengan kadar bayaran tertentu dan dengan itu mendorong Zubir menyerahkan RM30,560 dengan cara memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun bank milik tertuduh.
Azmir Shakri didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa cawangan CIMB Bank di sini antara 8 September 2011 dan 23 Februari 2012. 

Tertuduh juga didakwa menipu M Sahroni Basirin @ Ibrahim, 46, dengan memperdaya bahawa dia boleh mendapatkan projek membuat 'hanger cabinet' di Syarikat Sepang Aircraft Engineering untuk M Sahroni dengan kadar bayaran tertentu dan dengan itu mendorong M Sahroni membayar RM22,890 dengan cara memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun tertuduh. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 27 Oktober 2011 dan 21 Februari 2012 juga di beberapa cawangan CIMB Bank di sini. 

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Azmir Shakri didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. 
Majistret Ho membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 5 Jun ini untuk sebutan semula kes. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Noorbaya Jamil sementara tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
'via Blog this'

2 pelajar maut, 3 parah motosikal bertembung

2 pelajar maut, 3 parah motosikal bertembung - Semasa - Sinar Harian:

PASIR MAS - Dua pelajar tingkatan lima maut manakala tiga lagi cedera parah apabila terlibat dalam kemalangan di Kampung  Hutan Cengal dekat sini, jam 8.30 malam tadi.

Kedua-dua mangsa, Muhamad Noor Hanif Ab Hadi, 17, dari Kampung Bechah Durian dan Mohammad Aiman Mohd Shukor, 17, dari Kampung Hutan Chengal, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Tiga lagi yang mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital yang sama adalah pembonceng Muhammad Yuzairi Yusof@Jali, Mohd Razif Ramli yang kedua-duanya juga berusia 17 tahun dan penunggang sebuah lagi motosikal, Nur
Shahrulnizam Zaini, 14.
Mohd Yuzairi mengalami cedera ringan, Nur Shahrulnizam putus jari kaki kanan manakala Mohd Razif dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengalami kecederaan parah dan kini koma.
Laporan Bernama memetik saksi berkata, ketika kejadian kesemua mangsa yang merupakan rakan akrab menaiki motosikal yang sedang dalam perjalanan dari arah Bunut Susu menghala ke Kampung Tal Tujuh.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Haliluddin Rahim mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan maut membabitkan dua remaja berkenaan.
Katanya, ketika kejadian semua mangsa dikatakan tidak memakai topi keledar dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

'via Blog this'

Polis buru lima lelaki serang remaja

Polis buru lima lelaki serang remaja - Semasa - Sinar Harian:
GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan lima lagi suspek berumur lingkungan 20-an kerana dipercayai terlibat dalam insiden serangan bersenjata terhadap seorang remaja lelaki malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, motosikal yang dinaiki remaja berusia 17 tahun terbabit, dihadang dan ditendang oleh enam lelaki bersenjatakan pisau dan topi kaledar di Jalan Masjid Negeri, di sini.

"Apabila mangsa jatuh, salah seorang lelaki terbabit mengelar tangan kanan remaja itu dengan sebilah pisau. Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Gan berkata kesemua suspek melarikan diri sejurus polis tiba di tempat kejadian kecuali seorang dapat diberkas dan kini direman sehingga Rabu ini. 

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh, yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, Gan berkata polis menahan seorang suspek kes samun bersenjata melibatkan dua buah kedai serbaneka di Jelutong dan Ayer Itam, pagi semalam.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 8 pagi dan 10 pagi itu, lelaki berumur 36 tahun yang bersenjatakan parang panjang dan berpakaian serba hitam dikatakan memasuki kedua-dua kedai berkenaan dan melarikan wang tunai serta barangan bernilai hampir RM1,000.

"Bagaimanapun, polis berjaya menjejaki suspek di rumahnya yang turut dihuni anggota keluarganya yang lain di Bukit Gelugor berdasarkan nombor plat motosikal yang dinaikinya," kata beliau.

Beliau berkata suspek ditahan di rumahnya pada pukul 2.30 petang semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. -- Bernama
'via Blog this'

Kotak hitam pesawat Sukhoi belum ditemui

Kotak hitam pesawat Sukhoi belum ditemui - Global - Sinar Harian:
Kotak hitam pesawat Sukhoi belum ditemui
Anggota tentera membawa mayat nahas pesawat Sukhoi Superjet-100 di Lapangan
 Terbang Halim Perdana Kusuma di Jakarta untuk proses pengecaman dan forensik.
 

CIJERUK - Pasukan mencari dan menyelamat kini giat mengesan kotak hitam pesawat Sukhoi Superjet-100 yang terhempas di kawasan pergunungan Bogor.

Menurut Ketua Carian Kebangsaan dan Agensi Penyelamat, Daryatmo, pasukan petugas mengenal pasti lokasi ekor pesawat yang menempatkan kotak hitam itu iaitu kira-kira 300 meter dari puncak gunung Salak, semalam.
Pesawat buatan Rusia itu dikatakan melanggar Gunung Salak selepas separuh penerbangan demonstrasi selama 50 minit dari Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma milik tentera di Jakarta.

Ia dilaporkan hilang kira-kira pukul 2.50 petang Rabu lalu, apabila terputus hubungan dengan menara kawalan.

Sejurus sebelum hilang dari radar, juruterbang pesawat itu meminta kebenaran menara kawalan udara untuk menurunkan pesawat daripada ketinggian 3,048 meter ke 1,828.8 meter, namun tidak menjelaskan sebab tindakannya itu.

Sementara itu, lebih 20 beg berisi cebisan mayat mangsa nahas diterbangkan menggunakan helikopter dan dibawa ke Hospital Polis Kramat Jati di Jakarta Timur bagi tujuan pengecaman dan forensik.

'via Blog this'

2 pelajar maut, 3 parah motosikal bertembung

2 pelajar maut, 3 parah motosikal bertembung - Semasa - Sinar Harian: "PASIR MAS - Dua pelajar tingkatan lima maut manakala tiga lagi cedera parah apabila terlibat dalam kemalangan di Kampung  Hutan Cengal dekat sini, jam 8.30 malam tadi.

Mangsa yang maut adalah Mohd Aiman dan Mohd Nur Hanif manakala yang parah hanya dikenali sebagai Yuzairi, 17; Razif,17 dan Khairul Nizam,15.

Yuzairi dan Razif dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) manakala Khairul menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

Mereka dipercayai menunggang motosikal dengan laju sebelum bergeser antara satu sama lain."

'via Blog this'

Seorang lelaki direman bantu kes rogol warga Switzerland

Seorang lelaki direman bantu kes rogol warga Switzerland - Semasa - Sinar Harian:
KOTA BHARU - Seorang lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian dua wanita warga Switzerland dicabul dan dirogol Rabu lalu.

Ketua Polis Kota Bharu, Assistan Komisioner Azham Othman berkata, lelaki terbabit ditahan di sebuah rumah di Lundang, yang dikatakan menjadi lokasi dua wanita itu diperlakukan perbuatan tidak bermoral itu.

"Polis masih memburu tiga lagi suspek dipercayai  turut terlibat dalam kes terbabit dan meminta agar suspek menyerah diri bagi menyelesaikan kes terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kisah mangsa, Mirjam Tuenadan Mechele @ Weber masing-masing 25 tahun, dipercayai tiba dari Pulau Perhentian sebelum mengunjungi pejabat Kedutaan Thailand untuk mendapatkan visa  ke Bangkok, Thailand.

Selepas selesai berurusan, kedua-dua mangsa berjalan kaki pulang ke hotel penginapan mereka di sebuah hotel di Pintu Pong dan disapa oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal dan bersetuju membantu dua wanita itu untuk menguruskan perjalanan mereka ke Bangkok.

Selepas bertemu lelaki terbabit, dia mengarahkan dua wanita itu menunggu di hadapan kuarters Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sementara menunggu rakannya untuk mendapatkan kereta.

Hampir dua jam menunggu, sebuah kereta hitam tiba dan dua lelaki keluar dari kereta telah memaksa dua wanita itu masuk ke dalam kereta.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah banglo dicabul dan dirogol oleh suspek.
'via Blog this'

F1: 31 cedera, 7 dikejarkan ke hospital garaj Williams terbakar

Berita Harian Online | F1: 31 cedera, 7 dikejarkan ke hospital garaj Williams terbakar: "BARCELONA: Kira-kira 31 cedera dan tujuh daripada mereka dikejarkan ke hospital apabila garaj pasukan Formula Satu (F1) Williams terbakar, sebaik saja pemandunya, Pastor Maldonado muncul juara perlumbaan Grand Prix Sepanyol, semalam.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata, 31 mangsa yang cedera mendapat rawatan daripada kakitangan perubatan Litar Catalunya, manakala tujuh yang lain diterbangkan ke beberapa hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
Sementara itu, Williams mengesahkan kebakaran berpunca daripada kebocoran minyak, di mana empat kakitangan pasukan itu dirawat susulan kecederaan yang dialami dan tiga yang lain masih berada di hospital. - AFP"

'via Blog this'

11 maut bas mini terjunam gaung di utara Filipina

Berita Harian Online | 11 maut bas mini terjunam gaung di utara Filipina: "MANILA: Polis mengesahkan sebuah bas mini yang membawa penumpangan berlebihan sehingga ke bumbung, terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 150 meter di utara Filipina, semalam.

Nahas itu menyebabkan 11 orang maut manakala 10 lagi cedera.
Ketua Polis Wilayah, William Bequeno, berkata bas mini itu hilang kawalan ketika melalui jalan bengkang-bengkok di pinggir gunung.
Bas mini berkenaan adalah jenis Jeep yang diubah suai atau lebih dikenali sebagai 'jeepney' adalah pengangkutan awam polular di Filipila.

Ketika nahas, bas mini berkenaan membawa lebih 30 penumpang. - AP "

'via Blog this'

Warga Nigeria dihukum gantung kerana edar dadah

Berita Harian Online | Warga Nigeria dihukum gantung kerana edar dadah: "ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki warganegara Nigeria yang didapati bersalah mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap James Kamara, 23, selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwa raya yang berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
James yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur, didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 18,810 gram di Terminal Bas Shahab Perdana di sini, pada jam 9.05 malam 13 September 2010.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam, Nur Sarah Dina Baharudin manakala tertuduh diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid. "

'via Blog this'

Selamat dua lelaki dalam kereta tenggelam

myMetro | Selamat dua lelaki dalam kereta tenggelam:

SANGLANG: “Saya nekad menyelam lima kali untuk memastikan tiada mangsa lain dalam kereta selepas berjaya membawa keluar dua lelaki dari dalam kereta berkenaan yang terjunam dalam Sungai Sanglang,” kata Afiq Shazwan Ramli, 21, yang menyelamatkan dua lelaki hampir lemas selepas Proton Perdana dinaiki mereka terjunam dalam sungai berkenaan di Kilometer 27 Jalan Alor Setar-Kangar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi, dua mangsa terbabit, Norezan Ahmad, 35, dan Abdul Rahim Saad, 32, dipercayai dalam perjalanan dari Kangar, Perlis untuk pulang ke rumah mereka di Air Hitam apabila kereta mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum terjunam dalam sungai.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Kedua-dua mangsa cedera ringan dan masih dirawat di HTF. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

'via Blog this'

Hadiah penumbuk




         
CHUKAI: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna buat seorang wanita apabila dia dihadiahkan satu tumbukan di muka oleh anak lelakinya dalam kejadian malam kelmarin.

‘Hadiah’ daripada anak berusia 20 tahun itu menyebabkan ibu berusia 49 tahun terbabit terpaksa menanggung kesakitan apabila lebam di bahagian kanan mukanya, selain bengkak pada bahagian kiri lengan selepas dibaling dengan topi keledar.
Kejadian menimpa ibu malang itu berlaku apabila anak lelakinya meminta wang RM40 ketika berada di rumahnya di Kampung Titian Berayun, di sini, jam 10.30 malam.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya sebelum anaknya itu pulang dan meminta wang berkenaan.



Bagi mengelakkan anaknya melakukan perkara tidak diingini, mangsa tidak berfikir panjang apabila memberikan anak lelakinya wang yang diminta.

Treler rempuh pondok tol Ipoh




IPOH: Seorang jurutol lelaki cedera di tangan kanan terkena serpihan kaca selepas pondok Plaza Tol Ipoh-Selatan, dekat Tambun, di sini, dirempuh sebuah treler, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, treler yang membawa muatan bumbung dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, treler berkenaan dikatakan hilang kawalan sebaik tiba di plaza tol terbabit sebelum merempuh sebuah pondok tol.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan pondok berkenaan pecah dan serpihan kaca mengenai jurutol bertugas yang berusia lingkungan 30-an. Mangsa cedera di tangan kanan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Katanya, pemandu treler terbabit tidak mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada wakil Plus Expressways Berhad di pos kawalan berdekatan tidak berjaya kerana kakitangan bertugas enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kemalangan berkenaan.

Cikgu nafi langgar murid



ALOR SETAR: Bapa seorang pelajar Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Bukit Pak Kiau, Pokok Sena, dekat sini mendesak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mengambil tindakan ke atas seorang guru yang melanggar anaknya di kawasan sekolah hingga cedera November lalu.

Mohmad Tahir Ahmad, 39, berkata kejadian berlaku pada jam 12.45 tengah hari 17 November tahun lalu ketika anaknya, Muhammad Haikal yang ketika itu berusia sembilan tahun melintas dari dewan ke kantin apabila dilanggar kereta dipandu guru perempuan.
Katanya, kejadian itu menyebabkan tulang betis kaki kanan anaknya patah dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini serta terpaksa bercuti sekolah sebulan pada Januari lalu.
Beliau berkata, apa yang dikesalkan ialah guru berkenaan bersikap tidak bertanggungjawab apabila terus memandu keluar dari kawasan sekolah tanpa membantu anaknya yang menangis kesakitan.

Berikutan kejadian itu, isterinya, Haliza Ariffin, 33, yang kebetulan bekerja di sekolah berkenaan terpaksa menghantar Muhammad Haikal yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu ke Klinik Kesihatan Pokok Sena sebelum dirujuk ke HSB.

“Saya amat kesal kerana pihak sekolah atau JPN tidak mengambil tindakan ke atas guru terbabit yang cuai hingga menyebabkan kemalangan dan dalam laporan polisnya guru itu mendakwa anak saya melanggar keretanya.

“Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan guru itu yang enggan bertanggungjawab terhadap kejadian itu, saya turut membuat laporan polis sehari selepas kejadian itu,” katanya di sini, semalam.

Lelaki patah tangan dibelasah selepas nahas




         
KUALA LUMPUR: Gara-gara menghalang sebuah kereta yang cuba melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan, seorang lelaki teruk dibelasah hingga patah tangan kanan di tepi jalan di Bulatan Pahang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, lelaki terbabit yang berusia 48 tahun sedang memandu kereta jenis Mercedes Benz dari Jalan Tun Razak menghala Jalan Genting Klang terkejut apabila tiba-tiba terdengar satu dentuman kuat di bahagian belakang keretanya ketika tiba di Bulatan Pahang.


Menurut sumber, mangsa kemudian memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk melihat apa yang berlaku, malah ketika itu dia turut melihat sebuah kereta Proton Wira cuba mengundur untuk melarikan diri.

“Mangsa tanpa berfikir panjang terus berlari sebelum menahan kereta terbabit. Tindakan itu mengundang padah apabila seorang lelaki keluar dan terus menyerang mangsa.


“Bukan itu sahaja, suspek tanpa belas kasihan terus menumbuk perut dan menendang mangsa bertubi-tubi menyebabkannya mengerang kesakitan,” katanya.


Sumber berkata, kebetulan orang awam yang menyaksikan kejadian itu datang membantu menyuraikan pergaduhan itu.


“Suspek yang masih tidak berpuas hati turut melepaskan geramnya dengan menendang kereta mangsa sehingga kemek sebelum beredar.


“Mangsa yang cedera kemudian mendapatkan rawatan di hospital berhampiran dan akibat kejadian itu tangan kanannya patah,” katanya.

Raba warga emas




         
KUALA LUMPUR: Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila dicabul seorang pengawal keselamatan di sebuah apartmen di Taman Desa sebelum mangsa melarikan diri dan bersembunyi di dalam bilik stor, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 69 tahun yang juga tukang cuci di bangunan sama sedang memasak air di dalam pondok pengawal keselamatan sebelum tiba-tiba seorang lelaki datang dalam keadaan mabuk dan terus meraba badan mangsa.


Menurut sumber, terkejut dengan tindakan itu, mangsa memarahinya, namun tidak diendahkan menyebabkannya ketakutan lalu menolak lelaki itu sebelum lari dan bersembunyi di dalam stor.

“Bagaimanapun lelaki berkenaan mengejar sebelum menjerit memanggil mangsa supaya keluar dari stor itu.


“Selepas beberapa minit menunggu akhirnya lelaki itu beredar. Mangsa yang menyedari lelaki itu meninggalkan kawasan berkenaan berlari ke luar apartmen untuk menyelamatkan diri,” katanya.


Sumber berkata, disebabkan bimbang kejadian sama berulang, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Brickfields.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Patah tangan elak ‘3 budak’




         
ARAU: “Anak saya mendakwa cuba mengelak tiga kanak-kanak kecil yang mahu melintas jalan di depan Istana Arau sebelum kereta dipandunya terbabas lalu merempuh pagar balai polis yang bertentangan istana.”

Begitu kata Kamarudin Hasyim, 56, apabila anak lelakinya, Kamarul Ashraf, 18, yang juga pemain bola sepak Piala Presiden Angkatan Tentera Malaysia (ATM), patah tangan kiri akibat kejadian yang berlaku jam 12 tengah malam kelmarin.


Kejadian berkenaan menyebabkan Proton Iswara dipandu Kamarul Ashraf remuk teruk kerana merempuh pagar konkrit Balai Polis Arau.

Kamarudin berkata, Kamarul yang memandu berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kodiang, Kedah, selepas pergi ke gelanggang futsal di Kangar, di sini.


Menurutnya, dia dimaklumkan anaknya cuba mengelak kanak-kanak melintas jalan di kawasan itu sebelum kenderaannya hilang kawalan lalu merempuh pagar balai polis berkenaan.


“Lebih mengelirukan, sejurus selepas kemalangan, kanak-kanak itu tidak kelihatan, malah orang ramai yang melihat kejadian berkenaan juga mendakwa tidak melihat kanak-kanak yang dimaksudkan.


“Saksi kejadian memberitahu mereka melihat kereta dipandu anak saya meluncur laju sebelum melanggar tembok dan tiang lampu di hadapan balai polis itu lalu terbalik dan tersadai di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, anak keempat daripada enam beradik berkenaan baru sahaja mendapat lesen memandu dan sering menggunakan keretanya untuk ke Kangar atau kawasan berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, ekoran kejadian, pagar besi dan tiang lampu balai berkenaan mengalami kerosakan, manakala kereta terbabit remuk di bahagian depan.


“Mangsa patah tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi rawatan lanjut, malah polis sudah mengambil sampel air kencing pemandu,” katanya.

Jurutol cedera dirempuh




         
IPOH: Sebuah treler merempuh pondok tol Ipoh Selatan menghala ke Kuala Lumpur mengakibatkan seorang jurutol yang bertugas cedera di tangan kanan dipercayai terkena serpihan kaca akibat rempuhan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, treler yang membawa muatan atap difahamkan dari Pulau Pinang menghala ke Kuala Lumpur, merempuh tol berkenaan mengakibatkan pondok berkenaan pecah.


Menurut saksi, treler berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh tol berkenaan. “Petugas tol yang cedera itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut. Akibat rempuhan itu pondok tol berkenaan hampir ranap.

“Bagaimanapun pemandu treler tidak cedera,” katanya.


Sementara itu, usaha wartawan mendapatkan maklum balas Plus Expressways Berhad tidak berjaya apabila kakitangan di pejabat kawalan itu enggan mengulas.

Lelaki hilang ditemui peluk batu



Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

2012/05/14

RAWANG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki bukit di Hutan Rimba Templer, Rawang, di sini sejak Rabu lalu terpaksa bergantung hidup kepada air sungai bagi mengalas perut selepas terjatuh dari ketinggian empat meter sebelum ditemui pasukan penyelamat, semalam. 

Hardip Singh, 51, seorang pegawai undang-undang di Shell Trading Malaysia ditemui di lereng bukit dalam keadaan trauma dan keletihan sambil memeluk batu besar akibat kesejukan.
Mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar, jam 12 tengah hari. Operasi membawa turun mangsa yang mengalami kecederaan patah bahu kiri dan luka di lutut serta kaki, mengambil masa kira-kira dua jam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata lebih 200 anggota pasukan penyelamat termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kelab Aman HASH terbabit dalam operasi menyelamat yang digerakkan sejak Rabu lalu. 

Katanya, mangsa ditemui jam 12 tengah hari semalam di lereng bukit selepas terjatuh dari ketinggian empat meter, menyebabkannya kecederaan kaki dan patah bahu kiri. 

“Mangsa terjatuh sejak Rabu lalu iaitu pada hari kehilangannya, namun masih mampu berjalan perlahan-lahan untuk keluar meminta pertolongan sebelum keadaannya bertambah teruk dan hanya mengharapkan bantuan tiba,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. 
Akhbar sebelum ini melaporkan, Hardip dari di Taman Bidara, Selayang dikatakan keluar rumah jam 5 petang Rabu lalu untuk mendaki bukit itu, dipercayai bagi mengenal pasti laluan pendakian yang bakal dianjurkan kelabnya. 

Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga jam 11 malam, menyebabkan keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Selayang. 

Mohd Sani berkata, pihaknya mengucapkan syabas kepada semua pihak dalam operasi menyelamat berkenaan, termasuk Kelab Aman HASH serta pendaki perseorangan terbabit dengan pasukan penyelamat. 

“Mangsa berada di lokasi bahaya ketika ditemui berikutan berdekatan arus deras, namun kami gembira kerana berjaya menyelamatkannya,” katanya.

Jenayah Ipoh tertinggi



BUKIT MERAH – Ipoh menjadi lokasi indeks jenayah tertinggi iaitu 32 peratus berbanding 14 daerah yang lain untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, catatan itu sebenarnya menunjukkan penurunan agak baik berbanding 40 peratus yang ditunjukkan dalam tempoh sama pada 2011.

Menurutnya, indeks Perak secara keseluruhan menurun sebanyak 53 peratus iaitu 3,073 kes berbanding 3,741 kes pada 2011.

“Kes turun sebanyak 668 kes dengan mencatatkan 17.86 peratus kes selesai dan setakad ini negeri Perak mempunyai kadar jenayah terendah berbanding negeri lain.

“Jumlah penurunan itu melebihi sasaran saya sendiri iaitu sebanyak 50 peratus, ini adalah berkat usaha semua anggota selain masyarakat yang bekerjasama dalam memerangi setiap perilaku jenayah di kawasan masing-masing,” katanya pada program Hari Bertemu Pelanggan peringkat daerah Kerian yang diadakan di Bukit Merah Lake Town Resot, Semanggol, semalam.

Pada majlis itu, Mohd Shukri turut menyampaikan cek bernilai RM3,000 kepada 20 bekas anggota polis berpangkat konstabel dari tiga daerah iaitu Kerian, Taiping dan Selama yang pernah berkhidmat pada zaman darurat dari 1948 hingga 1962.

Beliau berkata, di Perak sebanyak 6,000 penerima cek sama telah disenaraikan dan daripada jumlah itu hampir 3,000 bekas polis masih gagal dikesan untuk pemberian cek yang sudah dilancarkan sejak Sambutan Hari Polis baru-baru ini.

Motosikal guna nombor pendaftaran kereta


Motosikal guna nombor pendaftaran kereta
Polis menahan suspek (kanan) untuk disoal siasat
KULIM - Seorang lelaki berusia 20-an ditahan polis dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan mencuri motosikal kira-kira jam 5.30 petang kelmarin di sekitar kawasan pasar borong Taman Kenari.

Ketua Balai Polis Kulim, Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, ketika kejadian, dua anggota polis sedang membuat rondaan pencegahan jenayah dan kemudiannya ternampak suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, semakan terhadap nombor pendaftaran­ serta enjin motosikal digunakan suspek dan mendapati ia merupakan nombor pendaftaran palsu.

“Dari semakan dibuat melalui Bahagian Rujukan Jenayah (BRJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim mendapati motosikal digunakan suspek dilaporkan hilang sejak Disember 2011 di Kulim. Selain itu nombor pendaftaran digunakan suspek merupakan nombor pendaftaran kereta.

“Suspek turut memiliki rekod jenayah lampau. Polis kemudiannya membuat ujian­ saringan air kencing terhadap suspek dan mendapati ia negatif. Suspek akan ditahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal,” katanya.

Azlan berkata, sepanjang minggu ini, polis berjaya menahan tiga suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar Kulim.

Katanya, kecuaian pemilik motosikal meletakkan motosikal di tempat yang tersorok dan tidak menggunakan kunci tambahan merupakan faktor utama kes kecurian motosikal meningkat.

“Dari tinjauan dibuat, ada dalam kalangan pemilik yang meninggalkan motosikal mereka dalam keadaan enjin masih hidup sebelum masuk ke dalam kedai runcit. Ini antara kecuaian yang sering dilakukan oleh pemilik motosikal,” katanya.

Ditahan berjudi jerami batu


Ditahan berjudi jerami batu
Mereka yang ditahan di bawa ke IPD Tumpat untuk siasatan lanjut.
KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan empat lelaki yang bermain judi jerami batu dalam serbuan di sebuah hotel di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu di sini, malam kelmarin.

Lelaki yang berusia antara 34 hingga 35 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dalam Ops Noda kira-kira jam 11.45 malam.

Ketua Operasi, Inspektor Muadzam Shaaban berkata, ketika serbuan empat lelaki terbabit yang merupakan penduduk tempatan asyik berjudi di dalam sebuah bilik di tingkat bawah hotel berkenaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di dalam bilik tersebut, polis turut menemui satu set jerami batu bersama wang tunai RM150 yang dipercayai hasil perjudian terbabit.

“Kita merampas dua meja bersama empat kerusi yang digunakan semasa berjudi dan mengambil set judi jerami dipercayai dibawa oleh kumpulan terbabit.

“Empat lelaki terbabit dipercayai menginap di hotel berkenaan dan disyaki sudah lama menjalankan kegiatan tersebut,” katanya ketika ditemui malam kelmarin.

Katanya, serbuan itu dilakukan selepas polis melakukan intipan tiga hari di kawasan tersebut berdasarkan maklumat yang diterima dan ianya berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak.

Menurutnya, empat lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Tumpat untuk tindakan lanjut dan pemilik hotel terbabit tidak ditahan ketika serbuan.

Difahamkan, kumpulan terbabit menggunakan kertas pelapik yang tebal untuk mengelak daripada bising dan disedari oleh penghuni lain.

Jurutol cedera pondok tol dirempuh treler



IPOH - Seorang jurutol yang sedang bertugas cedera di bahagian tangan kanan apabila sebuah treler merempuh pondok tol di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang semalam, treler yang membawa muatan atap itu dari Pulau Pinang menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan lalu merempuh pondok tol itu sehingga runtuh.

Menurut saksi yang enggan dikenali,  jurutol hanya mengalami kecederaan di lengan dan beberapa jurutol lain masih terkejut dengan kejadian itu.

"Petugas tol itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan manakala treler juga tidak mengalami kerosakan," katanya. - Bernama

Wanita kena jual



         
KUALA LUMPUR: Tertipu dengan ajakan teman baru untuk berkenalan dengan sepasang suami isteri dari negara asal, seorang wanita warga India bukan saja dirogol, malah turut dijual kepada pasangan berkenaan untuk dijadikan hamba seks.

Difahamkan, teman baru mangsa adalah seorang lelaki rakyat tempatan berusia 30-an yang dikenali sejak Februari lalu.

Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 24 tahun dan berasal dari India dibawa lelaki terbabit berjumpa sepasang suami isteri yang berasal dari negara sama di Puchong pada Februari lalu kerana tidak mengenali sesiapa di Malaysia sebelum dibawa ke hotel di ibu kota untuk mandi.

Menurutnya, ketika berada di hotel, mangsa dipercayai diberikan sejenis minuman dipercayai dicampur dengan dadah yang menyebabkannya khayal sebelum dirogol lelaki itu.


“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut merakam gambar bogel mangsa ketika dalam keadaan khayal. Mangsa kemudian dijual kepada pasangan suami isteri berkenaan kononnya untuk bekerja di salun rambut milik mereka.


“Bagaimanapun, pasangan itu tidak memberikan pekerjaan di salun rambut, sebaliknya diminta menjadi hamba seks di rumah pasangan itu,” katanya.

Gadai harta RM3j bayar ceti haram


ADU...Ghani membuat aduan kepada Yati.
ADU...Ghani membuat aduan kepada Yati.
KUALA LUMPUR: Seorang usahawan hartanah kini pasrah apabila hilang projek bernilai RM11 juta sehingga terpaksa pula menggadaikan harta bernilai lebih RM3 juta gara-gara membuat pinjaman dengan along dan kini masih dikejar 58 along setiap hari bagi menuntut baki pinjaman berserta faedah sebanyak RM3 juta.
Itu pengajaran paling besar yang diterima usahawan berkenaan selepas memperjudikan nasib keluarga dengan meminjam sejumlah besar wang daripada ceti haram.
Lebih malang, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ghani, 47, itu turut berdepan kerenah melampau kumpulan terbabit yang meminta bayaran harian RM80,000 dengan nilai faedah mencecah 40 peratus sehari.

“Saya mula terjebak dengan along tiga tahun lalu apabila syarikat gagal memperoleh pinjaman bank untuk melaksanakan beberapa projek.

“Jumlah pinjaman ketika itu RM50,000 dan saya tidak pernah gagal melunaskan bayaran bulanan seperti di tetapkan along,” katanya ketika ditemui di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.

Misteri air berbau busuk terbongkar




anggota bomba dan penyelamat menurunkan mayat lelaki yang ditemui dalam tangki air di Taman Sri Titingan, Tawau kelmarin.


TAWAU – Misteri air berbau busuk yang membelenggu penduduk di Taman Sri Titingan dekat sini sejak seminggu lalu terbongkar dengan penemuan satu mayat lelaki di dalam sebuah tangki air di taman itu kelmarin.
Mayat lelaki yang mereput itu ditemui oleh pekerja penyelenggara tangki air di taman itu ketika mereka melakukan kerja-kerja pembersihan tangki pada pukul 8.30 pagi.
Difahamkan, ketika ditemui, mayat itu dalam keadaan bogel dan terapung selepas dipercayai sudah mati sejak seminggu lalu.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 34, berkata, dia mencurigai kebersihan air di tangki rumahnya selepas terhidu air itu berbau busuk sejak beberapa hari lalu.
Sejak hari itu, katanya, dia langsung tidak menggunakan air tangki di rumahnya dan sanggup membeli air yang dibeli dari kedai.
“Dalam tempoh itu, kami memaklumkan masalah air busuk kepada pihak pengurusan air sebelum pekerja-pekerjanya menemui mayat di dalam salah sebuah daripada sembilan buah tangki air di taman itu,” kata Osman ketika ditemui di sini.

Denda RM10,000 kerana pemetik api




MOHAMMAD HASRI dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Gara-gara mengugut seorang lelaki menggunakan pemetik api yang menyerupai pistol dan memiliki sebilah pisau, seorang pemuda dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut selepas Mohammad Hasri Mohd. Hashim, 20, mengaku salah bagi tiga tuduhan iaitu mengugut dengan cara menakutkan, memiliki pistol palsu dan memiliki senjata tajam.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohammad Hasri dari Kubang Kerian di sini didakwa mengugut seorang lelaki di hadapan sebuah kedai runcit dengan cara menakutkan mangsa menunjukkan pemetik api menyerupai pistol sepanjang enam sentimeter.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.50 tengah hari 31 Mac lalu semasa tertuduh mengacukan pemetik api bersaiz sepucuk pistol yang bertulis MI-6 ke arah mangsa.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu mengugut dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 memilik pistol palsu.

Hidup dengan minum air sungai




HARDIP ditemui cedera dan letih selepas empat hari hilang di Hutan Taman Rimba Templer, Rawang semalam.


RAWANG - Nyawa seorang eksekutif sebuah syarikat cari gali minyak dan gas Shell tempatan ternyata masih panjang apabila dia ditemui selamat semalam biarpun sudah empat hari terkandas di dalam Hutan Taman Rimba Templer di sini.
Hardip Singh, 51, ditemui pada pukul 12 tengah hari semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat yang melancarkan gerakan mencarinya selepas dilaporkan hilang dipercayai tersesat ketika mendaki hutan itu pada Rabu lalu.
Ketika ditemui, Hardip berada di lereng bukit dalam keadaan sejuk dan letih dengan memeluk batu di lereng bukit.
Usaha membawa keluar lelaki itu mengambil masa kira-kira dua jam kerana mangsa terpaksa diusung oleh pasukan penyelamat.
Hardip kemudian dibawa ke Hospital Selayang selepas mengalami kecederaan di kaki selain patah bahu kiri.
Sepanjang tempoh empat hari di dalam hutan itu, Hardip yang masuk ke kawasan itu seorang diri dikatakan terpaksa bergantung hidup dengan hanya meminum air sungai berhampiran lereng bukit itu.
Mangsa dikatakan terkandas di lereng bukit itu selepas terjatuh dari ketinggian empat meter ketika memasuki hutan itu.

Tujuh maut hotel terbakar di Tokyo

Kosmo! Online - Dunia:




BEBERAPA anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah hotel di Fukuyama semalam.



TOKYO - Seramai tujuh orang terbunuh apabila sebuah hotel terbakar di bandar Fukuyama semalam, kata polis tempatan.
"Tujuh orang, tiga lelaki dan empat wanita mati," kata seorang pegawai polis tanpa memberikan butiran yang lebih lanjut.
Menurut seorang jurucakap bomba, tujuh mangsa yang terbunuh itu adalah daripada 10 orang yang dihantar ke hospital selepas kebakaran itu.
Sebuah agensi berita, Jiji Press melaporkan, tiga orang termasuk pekerja hotel cedera dalam kebakaran itu.
Kebanyakan mangsa yang mati adalah kerana terhidu karbon dioksida.
Turut cedera dalam kebakaran itu ialah seorang pekerja wanita berusia 75 tahun.
Ketika kejadian, seramai 13 orang berada di hotel tersebut yang setinggi empat tingkat.
Kebakaran itu berlaku pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.
Punca kebakaran masih disiasat. - Agensi

'via Blog this'