Search This Blog

Monday, May 7, 2012

28 jahitan rebut kekasih

myMetro | 28 jahitan rebut kekasih: "GEORGETOWN: Akibat perselisihan faham kerana dipercayai berebut teman wanita, dua lelaki bergaduh hingga seorang daripadanya terpaksa menerima 28 jahitan selepas dikelar dengan pisau dan dipukul dengan kayu golf dalam satu kejadian di Jalan Persiaran Bayan Indah, Queensbay, Bayan Lepas, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun dipukul tanpa belas kasihan selepas suspek mendakwa dia cuba merampas teman wanitanya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin berkata, siasatan awal mendapati pertelingkahan di antara dua lelaki itu dipercayai berpunca suspek menuduh mangsa mahu merampas teman wanitanya.

“Ketika itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum beberapa rakan suspek cuba campur tangan.


“Pertengkaran itu bertukar menjadi pergaduhan sebelum mangsa diserang suspek serta rakannya yang bersenjatakan pisau dan kayu golf,” katanya."

'via Blog this'

Kepala digilis

myMetro | Kepala digilis:

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut digilis kenderaan yang gagal mengelak selepas mangsa dan rakannya terjatuh dalam kemalangan di Kilometer 10.4 Lebuhraya Cheras Kajang arah Plaza Tol Batu 9, Cheras, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa, Muhammad Arif Iskandar, 19, maut di tempat kejadian selepas digilis sebuah kenderaan yang kemudian melarikan diri.

Menurut sumber trafik, mangsa dan rakannya yang membonceng terjatuh secara mengejut menyebabkan kenderaan yang berada di belakang tidak sempat mengelak.
“Mangsa digilis di bahagian kepala sebelum pemandu melarikan diri manakala rakan mangsa di rawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.

Berikutan kejadian itu, sebuah kereta Iswara yang tidak sempat mengelak kemudian merempuh motosikal mangsa sebelum diseret sejauh 100 meter dan terbakar.

Bagaimanapun pemandu kereta terbabit sempat keluar menyelamatkan diri sebelum bahagian depan kenderaannya hangus dijilat api.
Sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift dan Toyota Vios turut terbabas ke dalam longkang berhampiran selepas mengelak kedua-dua mangsa yang terbaring di atas jalan raya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis atau menghubungi Rakan Cops di talian 03-1159999.

Lawan buaya

myMetro | Lawan buaya:


SERIAN: Seorang lelaki menempuh detik menakutkan apabila terpaksa mengerah kudrat bertarung dengan seekor buaya selama 15 minit ketika mandi di Sungai Batang Sadong, dekat Gedong, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, mangsa, Ngundi anak Saga, 43, dari Kampung Spaoh Jawey, Gedong ke sungai itu yang terletak 50 meter dari rumahnya. 
Kakaknya, Burai, 47, berkata, adiknya yang mengalami masalah penyakit mental tidak menyedari bahawa terdapat seekor buaya ketika mandi.

“Buaya sepanjang lima meter itu dikatakan menyambar kaki Ngundi menyebabkan berlaku pergelutan antara adik saya dengan haiwan itu sebelum dia menyepak kepala buaya itu untuk melepaskan diri.

“Dia turut menumbuk mata buaya sebelum reptilia itu melepaskan gigitan dan menghilangkan diri. Adik segera pulang ke rumah dengan luka di kaki kirinya.

“Kami sekeluarga terkejut melihat keadaan Ngundi dengan kaki kirinya dipenuhi darah sebelum dimaklumkan akibat digigit buaya.

“Kami melihat ada tiga lubang dipercayai kesan gigitan. Dia kemudian dibawa ahli keluarga ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kecederaan dialami serius, adiknya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

“Saya sering mengingatkan Ngundi supaya tidak mandi di situ tapi dia degil. Memang sungai itu menjadi tumpuan penduduk terutama untuk memancing, tapi mereka dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.

Burai sekeluarga dimaklumkan keadaan Ngundi dilaporkan stabil selain bersyukur kerana kejadian itu tidak meragut nyawa adik lelakinya itu. 

Isteri kedua dibelasah separuh bogel

myMetro | Isteri kedua dibelasah separuh bogel:


KUALA LUMPUR: Seorang isteri kedua dibelasah dalam keadaan separuh bogel dan rambutnya turut digunting hingga pendek oleh suaminya selepas dia meminta suaminya menunjukkan bukti perceraian dengan isteri pertama.
Akibat kejadian itu yang berlaku di rumah sewa pasangan berkenaan di Pantai Dalam, di sini pada jam 8 malam Ahad lalu, mangsa berusia 28 tahun dan bekerja sebagai kerani melarikan diri ke kampungnya di Sabah.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia berkahwin dengan suaminya pada Julai tahun lalu di selatan Thailand sebagai isteri kedua selepas dia berjanji menceraikan isteri pertamanya.
Katanya, suaminya mendakwa menceraikan isteri pertama pada November tahun lalu.

“Namun, dia enggan me mendaftarkan perkahwinan kami dalam negara sehingga sekarang menyebabkan saya syak dia belum ceraikan isteri pertama.

“Saya desak dia tunjukkan surat cerai isteri pertama, namun menolak saya ke dinding sebelum sebelum membelasah saya sehingga kepala bengkak,” katanya.
Katanya, suaminya turut memotong rambut dan pakaiannya sehingga dia separuh bogel.

Amah melecur disimbah air panas

myMetro | Amah melecur disimbah air panas:


KUALA LUMPUR: Seorang amah melecur teruk di belakang badan selepas disimbah air panas oleh majikannya selepas dia mengadu gatal-gatal badan dalam kejadian di kawasan perumahan mewah di Brickfields, di sini kelmarin.
Wanita warga Indonesia itu yang mahu dikenali sebagai Min, 30-an, berkata, sebelum kejadian jam 1 pagi itu, dia mengadu kepada majikannya mengenai badannya yang gatal akibat penyakit kulit dihidapinya sejak beberapa bulan lalu.

“Disebabkan penyakit kulit saya itu dikatakan sudah berjangkit kepada kedua-dua anaknya, dia menarik saya ke bilik air dan menyimbah air panas ke badan sehingga pengsan.
“Akibat kejadian itu, belakang badan, bahu dan lengan saya melecur namun apabila saya merayu kepada majikan untuk membawa saya ke hospital, dia enggan kerana mendakwa doktor tiada pada waktu malam,” katanya.

Menurutnya, apabila dia hendak keluar dari rumah untuk mendapatkan rawatan, isteri majikan masih menghalangnya, namun dia berjaya melarikan diri ke arah pondok pengawal keselamatan di kawasan perumahan sebelum menghubungi polis.

Min berkata, dengan bantuan sebuah kereta peronda polis yang tiba beberapa minit kemudian, dia dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan sebelum dibawa untuk membuat laporan polis di Balai Polis Travers.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (Operasi dan Risikan), Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields sudah menahan sepasang suami isteri berusia 40-an yang juga majikan mangsa kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Rumah retak, paip bocor!

BAHAYA... penduduk bimbang  rumah   retak selepas kerja pembinaan dilakukan.
BAHAYA... penduduk bimbang rumah retak selepas kerja pembinaan dilakukan.
myMetro | Rumah retak, paip bocor!:
PETALING JAYA: Tiga tahun lalu, negara digemparkan dengan kejadian runtuhan bangunan Jaya Supermarket di Seksyen 14 ketika kerja meroboh menyebabkan tujuh kematian pekerjanya.

Tragedi yang berlaku pada 28 Mei 2009 turut menyebabkan tiga pekerja cedera selain menjejaskan kehidupan 75 penghuni 12 rumah di Jalan 14/15 kerana terletak bersebelahan bekas tapak supermarket itu.

Kejadian ngeri itu sekali lagi menghantui penduduk apabila kerja pembinaan semula bangunan berkenaan menyebabkan kerosakan kepada rumah penduduk.
Wakil penduduk, Chie Seng Han, 54, berkata, penghuni hampir 20 rumah di Jalan 14/15 kini hidup dalam kebimbangan apabila rumah mereka retak sebaik saja pemaju memulakan kerja pembinaan semula projek.

“Kesan mula dirasai tahun lalu ketika mereka menanam cerucuk bangunan. Bukan saja laman dan pagar simen retak, malah kesan itu turut berlaku pada bahagian dalam rumah seperti dinding dan lantai.

“Selepas hampir setahun, keretakan bertambah teruk iaitu sehingga dua inci menunjukkan pergerakan tanah berlaku di sini,” katanya kepada media, di sini, semalam.
Tambahnya, penduduk ketakutan kerana berdepan risiko rumah runtuh, kerosakan harta benda malah boleh menyebabkan kematian seperti yang berlaku ketika bangunan lama dirobohkan.

“Aduan sudah dibuat kepada pemaju dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan mereka hanya menghantar orang memeriksa rumah kami. Malangnya sehingga kini tiada tindakan diambil.
“Kami mahukan jaminan daripada pemaju dan MBPJ bahawa rumah ini selamat didiami. Malangnya, jangankan ganti rugi atau kerja membaik pulih, mereka langsung tidak memberikan maklum balas walaupun sudah melihat sendiri kerosakan,” katanya.

Difahamkan beberapa penduduk juga berdepan masalah kerosakan paip air bawah tanah selepas projek pembinaan dijalankan menyebabkan berlaku kebocoran air.

Shamsul Bahari Alias, 44, berkata, masalah itu mula dikesan apabila bil air meningkat tiba-tiba walaupun hanya tinggal seorang di dalam rumah.

“Bayangkan dalam tempoh sebulan, bil air RM200. Perkara itu berlarutan sebelum puasa tahun lalu dan ia bertambah teruk apabila rumah terputus bekalan air secara tiba-tiba, tetapi bacaan pada meter air masih bergerak.

“Perkara ini diadukan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), tetapi tidak ada tindakan dilakukan. Malah, saya pula diminta menjelaskan tunggakan bil air lebih RM1,000.

“Disebabkan saya gagal menjelaskannya, Syabas memotong bekalan air ke rumah. Sebelum itu, aduan juga dibuat kepada pemaju kerana saya percaya kebocoran paip itu berpunca daripada kerja pembinaan di situ, tetapi alasan diberikan paip air itu terlalu lama.

“Baik Syabas mahupun pemaju seolah-oleh meletakkan semua kesalahan di bahu saya dan penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata, pihaknya sudah membawa perkara itu dalam mesyuarat di MBPJ.

Dibelasah suami balik bawa kekasih gelap

myMetro | Dibelasah suami balik bawa kekasih gelap:

KUALA LUMPUR: Dayus dan kejam. Itu gambaran paling sesuai untuk seorang lelaki yang mencekik, menendang dan memijak perut isterinya selepas mangsa tidak membenarkan suaminya masuk ke rumah bersama kekasih gelapnya, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam di rumah pasangan itu di Pantai Dalam, di sini dan mangsa yang mahu dikenali sebagai Tasya, 42, berkata suaminya pulang ke rumah ketika dia lena tidur.

Menurutnya, suaminya yang berusia 50-an mengetuk pintu dengan kuat sebelum menendangnya hingga pecah.
“Saya lewat buka pintu kerana saya sedang tidur. Sebaik tersedar selepas terdengar bunyi bising pintu rumah ditendang hingga pecah, saya terkejut kerana suami balik ke rumah dengan seorang wanita berusia 20-an,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Tasya berkata, apabila saya menyoal, dia menyatakan wanita itu adalah teman wanitanya dan menyuruh dia keluar dari rumah bagi membolehkan mereka bermadu kasih di dalam rumah.

“Apabila saya enggan menuruti arahannya, dia mencekik saya, menolak saya ke bawah sebelum mula menendang dan memijak perut saya,” katanya.

Tasya cuba mempertahankan dirinya namun dengan pertolongan teman wanitanya itu, suami membelasahnya dengan teruk sebelum mengambil pisau untuk membunuhnya, namun, dia berjaya melarikan diri sebelum membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Dua beradik parah dibelasah jiran, rakan mabuk

myMetro | Dua beradik parah dibelasah jiran, rakan mabuk: "AMPANG: Akibat meminta jirannya memperlahankan radio kerana mengganggu abangnya sedang solat, seorang lelaki parah dibelasah jirannya dan rakan yang dipercayai `berpesta' arak di satu kawasan rumah pangsa di Tasik Permai, di sini.

Mangsa dibelasah dengan kayu dan batang besi selain kakinya turut terkena libasan pisau manakala abangnya yang cuba menyelamatkannya turut cedera.


Akibat kejadian jam 7.30 malam Isnin lalu, kedua-dua beradik berusia 20-an itu yang parah di kepala dan badan menerima rawatan di hospital. Menurut sumber, dua beradik itu hanya dibenarkan keluar hospital kelmarin dan membuat laporan di Balai Polis Ampang.

Menceritakan kejadian itu, sumber itu berkata, mangsa meminta jiran lelakinya yang juga warga asing memperlahankan radio kerana abangnya mahu bersolat, namun, jiran terbabit dan enam rakannya tidak mengendahkannya menyebabkan berlaku pertengkaran."

'via Blog this'

Dipenjara 22 tahun sebabkan kematian

Kosmo! Online - Terkini:

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipenjara 22 tahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menyebabkan kematian seorang juruelektrik dengan menikamnya dan menekan kepala mangsa ke dalam air paya sehingga mangsa tidak bergerak, dua tahun lepas.
Hakim Noor Azian Shaari memerintahkan S. Kumar, 33, menjalani hukuman berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 12 September 2010.
Kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham selepas Kumar gagal membayar RM500 yang dipinjam daripada isteri mangsa.
Dia bernasib baik terlepas daripada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan bunuh selepas pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan kepadanya iaitu menyebabkan kematian mangsa, M. Segar, 39.
Kumar yang juga seorang juruelektrik didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tanah paya berhampiran Apartmen Dahlia, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dekat sini, kira-kira pukul 3.30 malam pada 3 Januari 2010.
Mayat mangsa ditemui bersebelahan sebatang pokok di tempat kejadian dalam keadaan tidak berbaju serta terdapat kesan tetakan dan tikaman di badannya.
Mengikut fakta kes, tertuduh telah mengajak anak saudaranya, M. Saravanan untuk mencari mangsa yang ketika itu sedang memancing seorang diri di tempat kejadian.
Semasa mangsa sedang mengemas peralatannya untuk pulang ke rumah pada kira-kira pukul 3.30 petang, tertuduh telah menyerang mangsa dengan parang dan menetaknya di bahagian muka, kepala dan badan. - BERNAMA

Abang maut, adik parah kemalangan

Kosmo! Online - Terkini:


07/05/2012 7:01pm

BESUT - Seorang penunggang motosikal maut manakala adiknya cedera parah dalam kemalangan ketika ingin ke pusat rekreasi Air Panas La di sini semalam.
Wan Osman Wan Muda, 33, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Wan Mohd. Sukri, 25, cedera parah dalam insiden pukul 3.45 petang yang berlaku berhampiran pondok polis Felda Tenang, Hulu Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat menyebabkan motosikal ditunggangi Wan Osman hilang kawalan kerana jalan licin.
"Motosikal dinaiki dua beradik ini terbabas melanggar pasu bunga hiasan di kiri jalan menyebabkan kedua-duanya yang bekerja sebagai buruh dan berasal dari Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut tercampak ke atas jalan raya.
"Wan Osman meninggal dunia kerana kecederaan parah di bahagian kepala manakala adiknya patah tangan kiri dan cedera di muka dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

24 rumah, surau dipukul ribut

Kosmo! Online - Terkini:

ALOR SETAR - Sebanyak 24 buah rumah dan sebuah surau di Taman Wira, Mergong, dekat sini rosak kerana bahagian bumbung diterbangkan angin ribut awal pagi ini.
Seorang penduduk, Mahmudahbee Shamsudin, 56, berkata, dia dan suami, Ibrahim Yusof terbangun daripada tidur pada pukul 1.30 pagi apabila terdengar bunyi bising di luar rumah.
Katanya, dia mendapati bumbung rumah mereka di bahagian ruang tamu dan bilik solat diterbangkan angin kencang.
"Ruang dalam rumah ditimpa air hujan menyebabkan perabot dan beberapa peralatan elektrik basah serta rosak. Ini kejadian pertama berlaku di kawasan perumahan ini sejak lebih 30 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mahmudahbee menanggung kerugian disebabkan semua perlatan rosak tidak sempat dialihkan dan ribut terjadi cepat sangat.
Beliau berkata, mereka terpaksa melakukan baik pulih rumah dengan segera memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Seorang lagi penduduk, Saadah Sudin, 60, yang tinggal berseorangan dalam rumah ketika kejadian berlaku berkata, dia berada dalam ketakutan sehingga ribut dan hujan berhenti.
Katanya, dia tidak mampu memindahkan barang-barang di dalam rumahnya kerana tinggal seorang diri.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang melawat mangsa berkata, pihaknya telah meminta kontraktor membaiki bumbung rumah yang rosak.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata berkata, kira-kira RM25,000 akan disalurkan oleh kerajaan persekutuan kepada mangsa untuk membaiki rumah mereka. - BERNAMA

Penjara, denda kerana curi dulang makanan

Kosmo! Online - Terkini:

KUALA LUMPUR - Seorang tukang masak dihukum penjara sebulan dan denda RM500 atau lima hari penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri tujuh dulang makanan dan sebuah pasu hiasan minggu lepas.
Majistret Zaki Asyraf Zubir memerintahkan K.Surendran, 37, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap Rabu lepas.
Surendran mengaku salah mencuri dulang jenis “stainless steel” berkenaan bernilai RM280 dan pasu hiasan bernilai RM400 milik Bankers Club di Bankers Club, Tingkat 21 dan 22, Bangunan Amoda, Jalan Imbi, Dang Wangi di sini pada pukul 10.15 malam, 2 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Terdahulu, Surendran memohon hukuman terhadapnya diringankan atas alasan dia perlu menyara anak serta ibunya yang berusia 68 tahun.
"Saya mencuri kerana saya perlukan duit untuk menyara perubatan anak saya sebab pada masa itu saya tiada kerja dan sedang menunggu proses untuk bekerja di tempat baru,” katanya yang tidak diwakili peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chai Sia. - BERNAMA

Suami isteri maut, bayi selamat nahas

Kosmo! Online - Terkini:


KUANTAN - Sepasang suami isteri maut manakala bayi mereka yang berusia enam bulan cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 205.31 Lebuhraya Pantai Timur dekat Gambang di sini petang semalam.
Mangsa yang menetap di Kuala Lumpur itu dikenali sebagai Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, 31, dan isterinya, Siti Rohani Abd. Halim, 26, meninggal di tempat kejadian.
Bayi mereka, Ahmad Uzair hanya cedera ringan walaupun tercampak keluar dari kereta dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Pihak hospital memaklumkan bayi tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami luka-luka kecil.
Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Kerteh, Terengganu menuju ke Kuala Lumpur.
"Kereta jenis Mitsubishi Lancer yang dipandu Ahmad Hakimi dipercayai terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Pada masa yang sama sebuah kereta yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan cuba mengelak kereta mangsa, tetapi ia juga turut terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri jalan, namun pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Rumah, surau di mergong rosak dilanda ribut

Rumah, surau di mergong rosak dilanda ribut - Utara - Sinar Harian:

ALOR SETAR - Dua puluh buah rumah dan sebuah surau di Taman Wira, Mergong, dekat sini rosak kerana bahagian bumbung diterbangkan angin ribut awal pagi ini.
   
Seorang penduduk, Mahmudahbee Shamsudin, 56, berkata dia dan suami, Ibrahim Yusof terbangun daripada tidur pukul 1.30 pagi apabila terdengar bunyi bising di luar rumah kemudian bumbung rumah mereka di bahagian ruang tamu dan bilik solat diterbangkan angin kencang.
   
"Ruang dalam rumah ditimpa air hujan menyebabkan perabot dan beberapa peralatan eletrik basah serta rosak. Ini kejadian pertama berlaku di kawasan perumahan ini sejak lebih 30 tahun lalu," katanya ketika ditemui hari ini.
   
Mahmudahbee menanggung kerugian disebabkan semua perlatan rosak tidak sempat dialihkan dan ribut terjadi cepat sangat.
   
Mangsa berkata mereka terpaksa melakukan baik pulih rumah dengan segera memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu.
   
Seorang lagi penduduk, Saadah Sudin, 60, yang tinggal berseorangan dalam rumah berkata dia dalam ketakutan sehingga ribut dan hujan berhenti serta tidak mampu memindahkan barang-barang dalam rumahnya seorang diri.
   
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang melawat mangsa, berkata pihaknya telah meminta kontraktor membaiki bumbung rumah yang rosak.
   
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, berkata kira-kira RM25,000 akan disalurkan kerajaan persekutuan kepada mangsa untuk membaiki rumah mereka. - Bernama

Lebih 3,000 terjejas, banjir terburuk lebih 10 tahun

Lebih 3,000 terjejas, banjir terburuk lebih 10 tahun - Selangor & KL - Sinar Harian:

Sebuah kereta dan motosikal yang ditenggelami air di Kampung Sentosa.
Sebuah kereta dan motosikal yang ditenggelami air di Kampung Sentosa.
SHAH ALAM - Lebih 3,000 penduduk dalam Mukim Batang Kali dan Mukim Hulu Yam terjejas teruk akibat banjir buruk melanda lebih 14 kawasan pagi tadi.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, air yang naik sejak kira-kira jam 4.30 pagi tadi telah memaksa penduduk di kawasan paling teruk terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan berdekatan.

"Kawasan paling teruk terjejas ialah di Kampung Genting Malik di mana air mencecah paras bumbung.

"Keadaan tidak selamat ini turut memaksa pasukan penyelamat diketuai bomba dan penyelamat dari Kuala Kubu Bharu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis dan Rela memindahkan mangsa ke kawasan lebih tinggi," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Hisham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Hulu Selangor berkata, kejadian itu turut mengakibatkan jalan utama Kuala Lumpur-Ipoh bermula dari Masjid Al Ubudiah, Batang Kali hingga ke Pusat Pertanian Batang Kali ditutup sepanjang hampir satu kilometer.
Kawasan dilanda banjir:
- Kg Genting Malik, Batang Kali
- Jalan Kg Kuantan
- No 1566, Jalan Batang Kali
- Kuarters Pusat Haiwan
- Kg Masjid, Batang Kali
- Kg Sg Masin, Batang Kali
- Kg Sekolah, Batang Kali
- Kg Tengah
- Kg Seri Cahaya, Batang Kali
- Kg Sentosa
- Lorong Haji Nordin, Hulu Yam
- Kg Hulu Kalong, Hulu Yam
- Kg Batu, Hulu Yam Lama
- Kg Hulu Yam
Nor Hisham berkata, tiga pusat pemindahan disediakan iaitu Surau Batu 30, Hulu Yam Lama; Dewan Orang Ramai, Kampung Pasir, Hulu Yam dan Dewan Orang Ramai, Batang Kali.

Menurut beliau, Sekolah Kebangsaan Batang Kali turut ditutup kerana dinaiki air.

Menurutnya, banjir dipercayai disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi dan fenomena air pasang akibat hujan di hulu sungai.

"Kita meminta keluarga yang terlibat supaya bersabar dan mengambil langkah berwaspada bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Bantuan makanan dan wang tunai turut diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah Hulu Selangor," katanya.

Puting beliung landa timur Jepun

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


Sebuah rumah yang ranap akibat dilanda puting beliung di sebuah kawasan kediaman di bandar Tsukuba, daerah Ibaraki di timur laut Tokyo, semalam. - AFP
TOKYO 6 Mei - Puting beliung melanda timur Jepun, hari ini mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang remaja maut, 20 orang cedera dan 20,000 buah rumah terputus bekalan elektrik.
Menurut pegawai bertugas Biro Kebakaran dan Kecemasan, seorang remaja lelaki maut ketika bencana melanda bandar Tsukuba di wilayah Ibaraki.
''Kami menerima maklumat awal sekurang-kurangnya 20 orang cedera.
''Kami turut menerima laporan antara 30 dan 50 buah rumah musnah dalam bencana itu,'' katanya.
Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 30 orang cedera.
Liputan televisyen di Tsukuba menunjukkan rumah-rumah runtuh, kereta terbalik dan tiang elektrik yang diperbuat daripada konkrit tumbang.
Imej dari udara pula menunjukkan tingkap beratus-ratus rumah dan rumah pangsa pecah dan bumbung diterbangkan angin kencang.
''Anda boleh mendengar deruan angin dan melihat percikan api dari tiang elektrik yang tumbang,'' kata seorang penduduk tempatan kepada saluran penyiaran nasional, NHK.
Agensi Meteorologi mengeluarkan amaran puting beling di wilayah timur negara ini dan menggesa orang ramai mencari tempat untuk berlindung. - AFP

Khalid ditahan selepas dibebas

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri: "Khalid ditahan selepas dibebas

KUALA LUMPUR 6 Mei - Timbalan Presiden sebuah pertubuhan haram, Khalid Mohd. Ismath, 22, yang ditahan polis Kuala Lumpur semalam bagi membantu siasatan berhubung kekecohan pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, dibebaskan tengah hari ini.

Khalid bagaimanapun ditahan polis Selangor dipercayai berhubung kenyataannya di laman sosial Facebook untuk membunuh polis baru-baru ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan pembebasan Khalid.

Difahamkan, Khalid dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi setelah polis menyiasatnya di bawah Seksyen 440 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Khalid telah dibebaskan untuk kes di Kuala Lumpur, tetapi telah ditahan semula polis Selangor," kata Khairi ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Khalid ditahan kira-kira pukul 10 pagi ketika dia hadir untuk memberi keterangan berhubung kenyataan ugutan membunuh polis di laman sosial Facebook.

Dalam perkembangan sama, Khairi memberitahu, sehingga hari ini, jumlah individu yang telah menyerah diri serta ditahan berhubung perhimpunan Bersih 3.0 masih kekal tiga orang."

'via Blog this'

3,508 kes kebakaran dicatat tahun lalu

Utusan Malaysia Online - Johor:


BATU PAHAT 6 Mei - Sebanyak 3,508 kes kebakaran dicatatkan di negeri ini sepanjang tahun lalu dengan 42 kes melibatkan kebakaran hutan.
Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Mohd. Yusof Mohd. Gunnos berkata, selain hutan kebakaran lalang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 996 kes, rumah (343), sampah (274), kebun (131) dan belukar (131).
Menurutnya, musim kemarau yang biasanya berlaku mulai Mac hingga Ogos setiap tahun merupakan waktu paling mencabar bagi pasukan itu.
"Walaupun kes kebakaran hutan di negeri ini masih terkawal, pihak bomba tetap sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia," katanya pada sambutan Hari Bomba peringkat negeri di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Timah Sari di sini semalam.
Beliau berkata, selain memadam kebakaran, pasukan bomba juga bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) termasuk melakukan pemantauan, mencari punca dan langkah pencegahan dalam menangani kes kebakaran.
Katanya, bomba negeri ini turut dibantu 32 pasukan bomba sukarela dengan keanggotaan seramai 1,300 orang.
Mohd. Yusof memberitahu, bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, pasukan bomba sukarela berjaya membantu pihaknya dalam 81 kes kebakaran selain menjalankan pemeriksaan terhadap 700 pili bomba.
"Pasukan bomba sukarela ini telah menjalani 278 kali latihan sepanjang tahun ini dengan tumpuan diberikan kepada tiga latihan iaitu memadam kebakaran, latihan keselamatan dan kawad kaki," katanya.
Katanya, pelbagai program penambahbaikan pasukan bomba sukarela akan dilakukan dari semasa ke semasa dan mengalu-alukan penyertaan orang awam dalam pasukan berkenaan.

422 pengarah syarikat dihalang ke luar negara

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

KUALA LUMPUR 7 Mei - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengemukakan nama 422 pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen bagi tempoh Januari dan Mac 2012 untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman KWSP pekerja seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan penguatkuasaan KWSP.
Katanya, ia membuktikan keazaman KWSP melindungi kesejahteraan persaraan ahli dengan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tindakan mengenakan levi dan sivil terhadap majikan serta pengarah syarikat yang gagal menunaikan tanggungjawab mereka.
“Selain itu, sebanyak 160 majikan tidak mencarum telah didenda berjumlah RM155,400 oleh mahkamah di bawah Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991.
"Sebanyak 255 saman sivil dan 892 kes jenayah telah difailkan di mahkamah terhadap majikan yang tidak membayar caruman bulanan KWSP pekerja mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

Murid maut diputar pembajak

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


Anggota trafik, Sarjan Zakaria Saidin menunjukkan pengisar jentera pembajak yang meragut nyawa Muhammad Fariz Najmi Nurizan (gambar kecil) selepas mangsa terjatuh dari jentera tersebut di Kampung Kubang Palas, Kedah, kelmarin.
PADANG TERAP 6 Mei - Seorang murid lelaki berusia sembilan tahun maut dalam keadaan mengerikan setelah terkena bilah mesin pembajak yang dipandu bapa saudaranya di Kampung Palas, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Muhammad Fariz Najmi Nurizan dikatakan mengikuti bapa saudaranya, Habibullah Halim, 27, membajak sawah dengan duduk di bahagian tepi jentera tersebut sebelum terjatuh.
Lebih malang, Muhammad Fariz terjatuh tanpa disedari oleh Habibullah yang memandu jentera jenis Ford 6600 tersebut.
Habibullah hanya mengetahui kemalangan itu selepas mendapati mangsa tiada di tepi sebelah kiri jentera setelah memandu kira-kira 30 meter.
Menurut datuk saudara mangsa, Yusof Awang, 53, kejadian tersebut amat mengejutkan seluruh keluarganya kerana mangsa maut dalam keadaan mengerikan.
“Kepalanya cedera teruk terkena bilah jentera dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Palas di sini hari ini.
Kata Yusof, kejadian tersebut juga menyebabkan kedua-dua ibu bapa mangsa, Nurizan Halim, 46, dan Razamah Abdullah, 46, serta Habibullah trauma dan enggan bercakap tentang kejadian itu.
“Arwah seorang yang peramah dan kehilangannya dalam kemalangan ngeri itu memberi kesan mendalam kepada seluruh keluarga," ujarnya.
Menceritakan kejadian itu, menurutnya, arwah sering mengikuti Habibullah membajak sawah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya malah biasa menaiki jentera pembajak tersebut.
“Bagaimanapun mangsa dipercayai terjatuh ketika jentera itu baru sahaja turun dari jalan kampung ke sawah sebelum Habibullah menyedari berlaku kemalangan selepas memandu 30 meter," jelasnya.
Ujarnya, mangsa yang ditemui berlumuran darah kemudian dibawa ke jalan kampung oleh Habibullah sebelum mayat dibawa oleh polis trafik ke Hospital Kuala Nerang untuk dibedah siasat.
“Selepas diberitahu tentang kemalangan itu, saya terus ke tempat kejadian. Ibu bapa mangsa tidak dibenarkan ke lokasi kerana dikhuatiri tidak sanggup melihat keadaan mangsa," katanya.
Mangsa yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan belajar di Sekolah Rendah Kubang Palas di sini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Palas petang semalam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad memberitahu, polis telah mengambil keterangan pemandu jentera tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penyidai tuala 'tutup' bilik rahsia

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


Lima pelacur warga asing yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.
KUALA LUMPUR 6 Mei - Rahsia penyidai tuala yang terletak di tepi dinding sebuah hotel di Sri Damansara dekat sini terbongkar apabila ia sebenarnya menutup laluan ke sebuah bilik rahsia yang dijadikan tempat menyorok pelacur warga asing.
Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, hanya mereka yang mengetahui kod rahsia di lif premis lima tingkat tersebut boleh naik ke aras satu dan dua yang dijadikan lokasi kegiatan haram itu.
Namun, dalam serbuan pukul 7.15 petang semalam oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kegiatan mereka terbongkar apabila polis berjaya menahan lima gadis yang disorokkan dalam bilik itu setelah hampir sejam menggeledah kawasan terbabit.
Lima gadis berusia antara 20 dan 30 tahun tersebut terdiri daripada tiga warga Vietnam dan masing-masing seorang warga China serta Thailand.
Turut ditahan ialah seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an dan seorang wanita warga China yang merupakan pekerja hotel terbabit.
Menurut Ketua Operasinya, Deputi Supritendan Nor Omar Sappi, pihaknya mendapat maklumat daripada polis Vietnam mengenai rakyat negara itu yang dibawa ke sini untuk dijadikan pelacur.
"Siasatan awal mendapati semua yang ditahan mempunyai pasport sah bagi memasuki negara ini. Mereka sudah tinggal di negara ini dua bulan hingga ke dua tahun.
"Di sini mereka dijadikan pelacur dengan bayaran RM170 bagi sekali langganan," katanya ketika di temui di sini selepas operasi tersebut.
Menurut Nor Omar, bilik tersebut boleh memuatkan kira-kira 15 orang dan mempunyai satu laluan keluar dan masuk yang dilindungi oleh penyidai tuala itu.
"Bilik itu tidak mempunyai tingkap dan bagi memasukinya pula, mereka perlu merangkak kerana laluannya terletak di bawah dan sempit.
"Ia digunakan untuk menyorok pelacur sekiranya mereka mengetahui ada operasi dijalankan," katanya.
Menurutnya, hotel tersebut sudah 10 tahun beroperasi, namun kerap menutup operasinya atas sebab-sebab tertentu.
Katanya lagi, polis akan mendapatkan perintah perlindungan sementara bagi kesemua warga asing tersebut dan mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

12 maut kilang petrokimia terbakar

Berita Harian Online | 12 maut kilang petrokimia terbakar:
BANGKOK: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala beratus-ratus lagi cedera apabila kilang petrokimia di Map Ta Phut, Rayong, terbakar dan meletup kelmarin. 

Akhbar The Nation melaporkan, Menteri Industri, Pongsawat Svasti, berkata beliau sudah mengarahkan pemeriksaan sistem keselamatan menyeluruh di semua kilang di Zon Perindustrian Map Ta Phut berikutan kejadian itu.
Arahan itu dikeluarkan ketika beliau mengiringi Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, melawat kawasan itu dengan helikopter.
Yingluck dijadualkan melawat pekerja yang cedera dan diberi taklimat mengenai kejadian berkenaan. 

Pongsawat berkata, elemen hid-rokarbon dalam udara kekal pada paras normal dan tiada bahan bahaya ditemui di sebalik kebocoran toluene, bahan mentah untuk pengeluaran tayar sintetik. 

“Setakat ini angka kematian mencecah 12 orang. Penduduk kampung berhampiran yang diarahkan berpindah kelmarin sudah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing,” katanya. 

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Surawit Khonsomboon, berkata mangsa yang cedera mencecah 119 orang dan daripada jumlah itu, 99 dibenarkan pulang ke rumah, manakala 30 lagi masih berada di empat hospital di kawasan berkenaan untuk menerima rawatan akibat terbakar dan menjamin kerajaan akan menanggung semua kos perubatan. 
Sementara itu, Gabenor Rayong, Seni Jittakasem, semalam, berkata kebakaran bermula di tangki kimia kilang berkenaan yang menghasilkan getah sintetik yang digunakan membuat tayar, perkakasan kenderaan, sarung tangan getah dan peralatan sukan. 

Katanya, pihak berkuasa dapat mengawal kebocoran kimia dan ia tidak membahayakan orang ramai, tetapi masih boleh menyebabkan kesakitan pada kulit dan mata. 

Beliau berkata, kilang berkenaan masih berada dalam zon kawalan, manakala kilang lain dibenarkan beroperasi seperti biasa. – AP/ Agensi 

12 maut kilang petrokimia terbakar

Berita Harian Online | 12 maut kilang petrokimia terbakar:

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala beratus-ratus lagi cedera apabila kilang petrokimia di Map Ta Phut, Rayong, terbakar dan meletup kelmarin. 

Akhbar The Nation melaporkan, Menteri Industri, Pongsawat Svasti, berkata beliau sudah mengarahkan pemeriksaan sistem keselamatan menyeluruh di semua kilang di Zon Perindustrian Map Ta Phut berikutan kejadian itu.
Arahan itu dikeluarkan ketika beliau mengiringi Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, melawat kawasan itu dengan helikopter.
Yingluck dijadualkan melawat pekerja yang cedera dan diberi taklimat mengenai kejadian berkenaan. 

Pongsawat berkata, elemen hid-rokarbon dalam udara kekal pada paras normal dan tiada bahan bahaya ditemui di sebalik kebocoran toluene, bahan mentah untuk pengeluaran tayar sintetik. 

“Setakat ini angka kematian mencecah 12 orang. Penduduk kampung berhampiran yang diarahkan berpindah kelmarin sudah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing,” katanya. 

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Surawit Khonsomboon, berkata mangsa yang cedera mencecah 119 orang dan daripada jumlah itu, 99 dibenarkan pulang ke rumah, manakala 30 lagi masih berada di empat hospital di kawasan berkenaan untuk menerima rawatan akibat terbakar dan menjamin kerajaan akan menanggung semua kos perubatan. 
Sementara itu, Gabenor Rayong, Seni Jittakasem, semalam, berkata kebakaran bermula di tangki kimia kilang berkenaan yang menghasilkan getah sintetik yang digunakan membuat tayar, perkakasan kenderaan, sarung tangan getah dan peralatan sukan. 

Katanya, pihak berkuasa dapat mengawal kebocoran kimia dan ia tidak membahayakan orang ramai, tetapi masih boleh menyebabkan kesakitan pada kulit dan mata. 

Beliau berkata, kilang berkenaan masih berada dalam zon kawalan, manakala kilang lain dibenarkan beroperasi seperti biasa. – AP/ Agensi 

Pakar motivasi bebas tuduhan bunuh warga Singapura

Berita Harian Online | Pakar motivasi bebas tuduhan bunuh warga Singapura: "ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepaskan dan membebaskan seorang pakar motivasi daripada tuduhan membunuh seorang ahli perniagaan warga Singapura berhampiran kawasan rekreasi Gunung Jerai, Gurun, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tan Chia Mooi, 39.
Tan juga dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Tan dituduh membunuh Arthur Lee Wee Guan, 58, antara jam 9.30 malam pada 20 Mac 2011 hingga jam 2.30 pagi 21 Mac 2011 di Kilometer 8.3 Jalan Gunung Jerai, Gurun.

Pertuduhan terhadap Tan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk S Ganeson dan Ranjit Singh Dhillon. - BERNAMA"

'via Blog this'

Polis tahan 5 anggota 'Geng Tikus' termasuk seorang wanita

Berita Harian Online | Polis tahan 5 anggota 'Geng Tikus' termasuk seorang wanita:

JOHOR BAHRU: Kelicikan satu kumpulan pecah rumah dan mencuri kenderaan yang aktif menjalankan kegiatan jenayah itu sejak beberapa bulan lalu akhirnya berjaya ditumpaskan apabila lima anggota kumpulan itu ditahan Selasa lalu. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata kumpulan yang dikenali dengan nama 'Geng Tikus' itu dipercayai terbabit dengan 35 kes samun, pecah rumah dan mencuri kenderaan di sekitar Johor Bahru.
"Kejayaan ini berikutan penahanan dua lelaki ahli kumpulan tersebut pada Isnin lalu pada jam 4.45 petang yang mana ketika itu mereka baru saja melakukan kes pecah rumah di Jalan Kasa, Taman Sentosa, Johor Bahru.
"Berikutan penahanan tersebut, tidak lama selepas itu kita menahan tiga lagi ahli kumpulan itu termasuk seorang wanita yang kesemuanya berumur awal 30-an," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. 

Menurutnya, hasil beberapa serbuan yang dijalankan, polis merampas empat buah kereta termasuk dua kenderaan curi iaitu masing-masing sebuah kereta Proton Satria, Peugeot, Honda Civic dan Citroen yang kesemuanya dianggar bernilai RM300,000. 

Zainuddin berkata, polis turut menemui pelbagai barangan hasil samun dan curi seperti komputer riba, televisyen, iPad, telefon bimbit yang dianggar bernilai RM50,000 selain senjata yang digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah termasuk sebilah parang dan kuku kambing. 

"Kumpulan ini amat merbahaya dan tidak teragak-agak untuk menggunakan senjata jika merasakan diri mereka terancam dan kebiasaanya mereka mensasarkan kawasan kediaman untuk menjalankan kegiatan curi kenderaan dan samun," katanya. 
Beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati dua daripada ahli kumpulan ini positif dadah dan salah seorang suspek juga didapati memiliki rekod jenayah lampau bersabit kesalahan curi dan samun. 

Kesemua suspek kini di tahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 /397 Kanun Keseksaan (samun berkawan tanpa bersenjat api), Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah dan curi) serta Seksyen 379A kanun yang sama (curi motokar). 

Zainuddin berkata, polis juga sedang mengesan saki baki ahli kumpulan itu serta pembeli barangan curi yang dibekalkan oleh kumpulan berkenaan. - BERNAMA 

Hamba seks dikurung 2 tahun

Berita Harian Online | Hamba seks dikurung 2 tahun:
PETALING JAYA: Lima wanita warga negara asing yang dikurung antara dua bulan hingga dua tahun untuk dijadikan hamba seks, berjaya diselamatkan Polis Bukit Aman dalam satu serbuan mengejut di sebuah hotel di Bandar Sri Damansara, malam kelmarin. 

Semua mangsa berusia antara 21 hingga 39 tahun itu diselamatkan hasil kerjasama risikan dan pertukaran maklumat antara Polis Vietnam dan Polis Diraja Malaysia berhubung aktiviti sindiket pemerdagangan manusia di lokasi berkenaan.
Serbuan dilakukan jam 7.15 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP), D7, Bukit Aman, selepas melakukan pemantauan selama dua hari di pusat kesihatan hotel berkenaan yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran.
Ketua Unit ATIP, Deputi Superintendan Nor Omar Sappi, berkata pihaknya terpaksa menunggu hampir dua jam bagi mengesan mangsa yang disembunyikan di sebuah pintu rahsia, di tingkat dua hotel berkenaan selepas penjaga mereka mengarahkan wanita berkenaan melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis. 

“Premis itu dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) pekerja yang memantau kehadiran polis dan sistem sekatan lif ke tingkat satu dan dua bagi menyekat atau melengahkan kehadiran polis, malah sistem yang sama juga adalah bagi mengelakkan wanita berkenaan lari dari sindiket. 

“Siasatan ke atas wanita warga Vietnam, China dan Thailand ini, semua mereka dibawa ke hotel sebaik tiba ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial, mereka dikurung dan dipaksa melayani permintaan seks dari pelanggan selain tidak pernah sekalipun keluar dari pintu hotel ini,” katanya. 

Sehubungan itu, katanya, seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur dalam lingkungan 40-an ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pemerdagangan Orang 2007 bagi membolehkan pihak polis mengesan kemungkinan kewujudan rangkaian tempatan dan sindiket pelacuran di Vietnam. 
Katanya, semua pelanggan rakyat tempatan yang ditahan dalam serbuan sama dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut dan proses dokumentasi. 

Nor Omar berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan rangkaian sindiket ini di negara ini yang turut memperalatkan wanita warga asing untuk dijadikan hamba seks di beberapa premis kesihatan, hotel bajet dan premis kediaman. 

Polis juga akan memaklumkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi memantau aktiviti hotel ini selain kebenaran lesen menjalankan operasinya yang sering diserbu kerana menjalankan kegiatan tidak bermoral. 

Petani tuntut keadilan

Petani tuntut keadilan - Perak - Sinar Harian:


Petani tuntut keadilan
Sebahagian petani bersama Sivakumar yang mengadakan pertemuan dengan wakil Maipk di sini, kelmarin.
IPOH - Sekumpulan 28 petani di Kampung Serkai Jadi, Tronoh mendakwa mereka dihalau pihak tertentu daripada tanah yang diusahakan sebagai kawasan pertanian lebih 30 tahun lalu.

Difahamkan, tanah pertanian milik Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (Maipk) itu disewakan kepada petani kampung berkenaan sejak 1 Jun 2008.

Adun Tronoh, V Sivakumar berkata, petani-petani tersebut mula membayar sewa kepada Maipk sejak 2008 dan pada 29 September 2010, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan untuk meluluskan tanah wakaf.

Katanya, antara kegiatan pertanian yang dijalankan termasuklah penanaman sayur-sayuran serta penternakan haiwan seperti kambing, lembu dan kerbau.

“Petani-petani terbabit bergantung hidup atas sumber pendapatan hasil pertanian yang diusahakan di atas tanah wakaf tersebut.

“Namun kehadiran pihak tertentu yang secara tiba-tiba memasang pintu pagar dan menutup jalan masuk ke kawasan berkenaan seolah-olah cuba menutup pintu rezeki mereka.

“Selain itu, satu kain rentang juga digantung di pagar tersebut yang meminta kesemua petani memberhentikan operasi dan mengosongkan kawasan tersebut dengan segera,” katanya ketika ditemui di Maipk, kelmarin.

Terdahulu, beliau bersama 12 petani hadir ke Maipk untuk bertemu dengan wakil yang menguruskan tanah berkenaan.

Sivakumar berkata, sebelum ini keseluruhan 87.2 hektar tanah pertanian itu adalah milik Maipk namun 22.4 hektar tanah daripada jumlah tersebut sepatutnya dibahagikan kepada 28 peserta.

“Lebih mengelirukan kenapa perjanjian tidak diteruskan tetapi diberikan kepada individu lain sedangkan Maipk boleh melanjutkan tempoh perjanjian berkenaan.

“Kami akan ke Pejabat Tanah dan Galian Batu Gajah untuk mengetahui status 22.4 hektar tanah yang sepatutnya diserah kepada 28 peserta pertanian tersebut untuk kegunaan mereka pada Isnin ini,” katanya.