TEKUN...anggota bomba mengusung mayat mangsa keluar untuk dihantar ke HSNZ bagi bedah siasat.
MARANG: Dua bungkus nasi untuk hidangan tengah hari menjadi pemberian terakhir Mohd Amri Sidek, 26, kepada ibunya sebelum terbunuh selepas tertimbus bersama jengkaut dipandunya dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kolah, Kampung Undang, semalam.
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersendirian melakukan kerja mengaut tanah di bukit berkenaan sebelum disedari tertimbus jam 5.10 petang.
Ibu mangsa, Sapinah Yaakub, 55, berkata dia menerima berita sedih itu daripada anak perempuannya, Nor Sakirah Sidek, 12, selepas dimaklumkan penduduk kampung ketika anaknya itu pulang dari sekolah jam 5.20 petang.
“Saya terkejut apabila anak memberitahu kejadian itu kerana berlaku sekelip mata selepas arwah pulang ke rumah menghantar makanan tengah hari kepada saya jam 1.15 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

Sapinah berkata, dia tidak menyangka kepulangan arwah ke rumah membawa dua bungkus nasi sebelum keluar semula ke bukit berkenaan jam 1.40 tengah hari adalah pertemuan terakhir mereka.