Search This Blog

Monday, April 30, 2012

5 maut pesawat kecil terhempas di barat Switzerland

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "GENEVA 30 April - Sekurang-kurangnya lima maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas dekat sebuah kampung di sini semalam.

Dalam kejadian itu, pesawat tersebut dikatakan berputar sebanyak dua kali sebelum terhempas di perkampungan Tatroz di barat Switzerland.

Pegawai polis daerah Fribourg, Donatella Del Vecchio berkata, dalam kejadian tersebut tiada yang terselamat.

“Sehingga kini lima mayat telah ditemui dan pihak berkuasa sedang membuat pencarian untuk mengenalpasti jika terdapat mayat lagi,’’ ujarnya . - AGENSI"

'via Blog this'

4 terbunuh dalam kejadian letupan di utara Nigeria

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "ABUJA 30 April - Sekurang-kurang empat terbunuh dalam kejadian letupan yang berlaku di Universiti Kano di utara Nigeria, di sini semalam.

Kejadian itu berlaku ketika beberapa pelajar Kristian sedang menjalani upacara sembahyang di sebuah gereja di kampus, bagaimana tiada pihak yang bertanggungjawab dengan kejadian tersebut, namun kejadian sebelum ini pernah dilakukan oleh Mazhab Islam Bako Haram.

Mazhab tersebut, sebelum ini pernah terlibat dengan serangan di beberapa gereja yang menyebabkan 180 orang terbunuh. - DPA"

'via Blog this'

18 terbunuh, 26 cedera bas bertembung Uttar Pradesh

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "NEW DELHI 30 April - Sekurang-kurang 18 orang terbunuh manakala 26 lagi penumpang mengalami kecederaan apabila dua buah bas bertembung di Uttar Pradesh, di utara India, semalam.

Dalam kejadian tersebut, sebuah bas bandar dikatakan bertembung dan bas persiaran dan menyebabkan kedua-dua bas tersebut terjunam ke dalam sebuah parit di bandar Gorakhpur kira-kira 260 kilometer barat dari bandar Lucknow.

India merupakan sebuah negara yang mengalami kadar kematian yang paling tinggi melibatkan kemalangan jalan raya, data kerajaan menunjukkan kira-kira 120,000 orang terbunuh akibat kemalangan di jalan raya setiap tahun. - DPA"

'via Blog this'

Anak bekas anggota tentera ditembak mati di Pekan Sg Golok

Anak bekas anggota tentera ditembak mati di Pekan Sg Golok - Semasa - Sinar Harian:
KOTA BHARU - Lelaki rakyat tempatan yang mati ditembak di pekan Sungai Golok semalam sebenarnya adalah anak bekas anggota tentera dan bukan seorang anggota tentera seperti yang disangkakan pada mulanya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa disangkakan seorang anggota tentera berdasarkan kepada pengenalan diri yang dijumpai pada mayatnya.

"Sebenarnya lelaki itu anak bekas anggota tentera yang menggunakan kad pengenalan bapanya," katanya kepada pemberita selepas program "policing walk-out" di sekitar bandar ini, hari ini.

Jalaluddin berkata, pihaknya akan bekerjasama membantu pihak berkuasa Thailand menyiasat kes itu bagi mengetahui punca sebenar kejadian pembunuhan lelaki berkenaan.

"Kami menyerahkan kepada polis Thailand menyiasat kes itu, kami hanya boleh membantu kerana ia berlaku di sebelah sana," katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai yang ingin memasuki Thailand supaya mengikut peraturan dan menggunakan laluan yang sah bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini.

Beliau berkata, ini kerana penggunaan laluan yang tidka sah akan hanya menimbulkan kesulitan kepada pihak berkuasa kedua-dua negara.

Ditanya kes penemuan rangka seorang gadis di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh, minggu lepas, Jalaluddin berkata gadis berkenaan dipercayai menjadi mangsa rogol sebelum dibunuh dan dibakar bersama motosikal yang ditemui di tempat kejadian.

"Polis telah menahan sembilan suspek, termasuk dua wanita yang dipercayai boleh membantu polis dalam siasatan kes itu," katanya. - Bernama

Dendam lama jadi punca

Dendam lama jadi punca - Melaka & NS - Sinar Harian:

Dendam lama jadi punca
Keadaan tempat kejadian setelah pergaduhan dileraikan.
JEMPOL - Empat lelaki ditahan ­manakala tiga lagi cedera selepas ­terlibat dalam satu pergaduhan dekat simpang masuk Taman Cempaka, Bahau kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Kejadian yang dipercayai ­berpunca daripada dendam lama itu ­melibatkan dua kumpulan lelaki ­berusia antara 19 hingga 30-an.

Ketua Polis Daerah, Su­perintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, pihaknya ­masih menjalankan siasatan terperinci ­berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati dua kumpulan berkenaan berhenti di simpang masuk taman terbabit sebelum berlaku pertengkaran.

“Keadaan menjadi semakin tegang setelah kumpulan itu bertindak kasar menggunakan senjata tajam.

“Pergaduhan itu menyebabkan cermin tiga kenderaan iaitu dua Toyota Hilux dan satu kereta jenis Proton Wira pecah,” katanya ketika mengesahkan ­kejadian berkenaan, semalam.

Mohd Sabri berkata, kereta ­terbabit adalah milik suspek yang terlibat dalam kes itu.

“Pihak polis turut merampas beberapa parang dan rotan yang disyaki digunakan dalam pergaduhan ini.

“Tiga suspek yang cedera kini menerima rawatan lanjut di Hospital Jempol manakala jumlah kesemua suspek yang terlibat masih belum­ ­dikenal pasti.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil membuat laporan di balai polis berhampiran bagi membantu ­siasatan kes di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.'

3 dirempuh ketika tukar tayar

Berita Harian Online | 3 dirempuh ketika tukar tayar:


AHLI keluarga tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat keadaan mayat mangsa di   Kilometer 30 Jalan Durin-Sibu, kelmarin.
AHLI keluarga tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat keadaan mayat mangsa di Kilometer 30 Jalan Durin-Sibu, kelmarin.
Ahli keluarga mati di lokasi kejadian mahu hadir majlis tamat berkabung 

SIBU: Hasrat sepasang suami isteri untuk menghadiri upacara ‘ngetas ulit’ atau menamatkan tempoh berkabung berikutan kematian ahli keluarga mereka di Sibu Jaya, di sini, tidak kesampaian apabila mereka juga maut bersama seorang lagi ahli keluarga dirempuh sebuah kereta di Kilometer 30 Jalan Durin-Sibu, dekat sini kelmarin.
Sebelum kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Proton Wira dipandu Guyang anak Seliong, 40, yang membawa isteri, Pudai anak Ringkai, 39, dalam perjalanan dari Roban, Sarikei, mengalami kebocoran tayar, kira-kira 1.5 kilometer dari simpang ke Sibu Jaya.
Guyang kemudian menghubungi bapa saudaranya, Jack Musin anak Juna, 63, untuk membantu dan ketika berada di sisi kenderaan untuk menukar tayar yang bocor, ketiga-tiga mereka tiba-tiba dirempuh sebuah Perodua Kembara dari arah sama. 

Rempuhan kuat menyebabkan Pudai tercampak ke tepi jalan, manakala Guyang dan Jack Musin terperosok di bawah kenderaan yang merempuh mereka sebelum diseret kira-kira 50 meter. Tiga mangsa berkenaan yang cedera teruk beberapa bahagian badan, mati di tempat kejadian. 

Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat Jack Musin yang tersepit di bawah Perodua Kembara itu yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas merempuh mangsa. 

Lelaki berusia 30 tahun yang memandu kereta berkenaan serta tiga penumpangnya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat, manakala pemandu Perodua Kembara dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki kudung kena 6 bulan

Berita Harian Online | Lelaki kudung kena 6 bulan:

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki kudung kedua kaki yang mengugut membunuh ibu saudara yang memeliharanya sejak kecil dengan parang panjang selepas permintaannya mendapatkan wang tidak ditunaikan, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. 

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Azhar Mohd Noor, 32, dari Kampung Maras, Batu Rakit, di sini, selepas tertuduh yang berkerusi roda dan memakai topeng muka serta tidak bermaya kerana menghidap tibi, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Abdul Hayyi memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa daripada tarikh dia ditangkap pada Sabtu lalu. 

Mengikut pertuduhan, Azhar didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibu saudaranya, Midah Said, 58, dengan mengamuk dan merosakkan barangan dalam rumah dengan niat menyebabkan rasa cemas terhadap mangsa di rumahnya di Kampung Maras, Batu Rakit, jam 5.30 petang Sabtu lalu. 

Terdahulu, tertuduh mengundang perhatian orang ramai di galeri awam mahkamah, apabila teragak-agak serta menukar pengakuan bersalah dan mohon dibicarakan, sebelum akhirnya mengaku bersalah selepas ditanya Abdul Hayyi. 

Malah, tertuduh yang berpakaian lokap warna ungu pada mulanya turut tidak mengakui fakta kes, tetapi selepas itu mengakuinya apabila jurubahasa mahkamah membacakan fakta kes tepat di depannya. 
Mengikut fakta kes, ibu saudara tertuduh berada di rumahnya pada hari kejadian, sebelum tertuduh balik ke rumah dan memaksanya memberi sejumlah wang kepadanya. 

Sebaik wanita itu memberitahu tiada wang diberi kepadanya, tertuduh mengamuk dengan membaling barang dalam rumah sambil mengangkat sebilah parang panjang di tangan dan mengugut mahu menetak dan membunuh ibu saudaranya itu jika tidak mahu menyerahkan wang. 

Bimbang kejadian tidak diingini, mangsa membuat laporan di balai polis, sebelum polis kemudian menahan suspek di rumahnya pada jam 8.40 malam hari kejadian. 

Pendakwaan kes itu dijalankan Pegawai Pendakwa Raya, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Campak mayat selepas bunuh

Kosmo! Online - Negara:



ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang wanita yang ditemui mati di dalam longkang di Nilai 3, Negeri Sembilan semalam.


NILAI - Seorang wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayatnya dicampak ke dalam longkang berhampiran sebuah tandas awam dengan kesan kecederaan di kepala dan jerutan di leher dalam kejadian di pusat barangan borong di Nilai 3 di sini kelmarin.
Mayat wanita yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui pada pukul 6 petang oleh seorang pengunjung yang merasa pelik sebaik ternampak mayat mangsa ketika hendak membeli-belah di situ.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa yang berpakaian lengkap tersebut.
"Pemeriksaan awal mendapati kepala mangsa cedera akibat dipukul dengan objek tumpul dan keras serta terdapat kesan jerut di lehernya.
"Polis percaya mangsa telah dibunuh dalam tempoh 24 jam dan kita masih menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya," katanya yang memberitahu polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.
Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan rakan atau ahli keluarga supaya membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dibebaskan atau kena bela diri

Kosmo! Online - Negara:



NASIB Pathmanabhan (berkaca mata) dan tiga pekerja ladangnya akan diketahui hari ini.


SHAH ALAM - Persoalan sama ada bekas peguam N. Pathmanabhan terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain yang mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai dua tahun lalu bakal terjawab di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Akhtar Tahir dijangka membuat keputusan itu bukan sahaja terhadap Pathmanabhan tetapi juga tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyangan, R. Matan, dan R. Kathavarayan sama ada mereka akan dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas tuduhan membunuh kesemua mangsa.
Pathmanabhan, 43; Thilaiyangan, 21; Matan, 22, dan Kathavarayan, 32, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.
Kesalahan itu dilakukan di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Polis keliru pembunuh tukul besi

Kosmo! Online - Dunia:



BRYAN CLAY ditangkap pada Jumaat lalu berkaitan kes pembunuhan seorang ibu, Ignacia Martinez dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun, Karla Martinez di Las Vegas.


LAS VEGAS - Dengan menggunakan tukul besi sebagai senjata, seorang lelaki yang tidak mempunyai sejarah melakukan jenayah menyerang sebuah keluarga di Las Vegas dan membunuh seorang wanita serta anak perempuannya.
Serangan kejam tanpa motif itu membuatkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) tergamam dan keliru.
Susulan kejadian rogol dan kematian Ignacia Martinez, 38, serta anaknya, Karla Martinez yang berusia 10 tahun, polis menahan seorang pemuda Bryan Clay pada Jumaat lalu.
Clay, 22 dikatakan tiada hubungan langsung dengan keluarga mangsa.
"Ia merupakan kejadian orang asing membunuh seorang ibu dan anaknya, selain menyerang bapa mangsa," kata seorang pegawai polis, Leftenan Ray Steiber.
"Saya sudah bertugas selama 24 tahun. Anda tidak akan dapat melihat kes seperti ini. Saya tidak tahu apa lagi yang hendak dikata," tambah Steiber.
Steiber juga memberitahu dia tidak faham kenapa dua orang budak lelaki yang berusia sembilan dan empat tahun yang berada di tempat kejadian tidak diapa-apakan.
Kejadian ngeri itu hanya diketahui pihak berkuasa selepas budak lelaki berkenaan pergi ke sekolah dan memberitahu gurunya bahawa ibu dan kakaknya mati dibunuh di rumah mereka.
Pihak berkuasa menemui mayat mangsa di dalam dua bilik berasingan.
Dua orang budak lelaki itu berada di dalam rumah selama kira-kira 24 jam bersama bapa mereka yang cedera parah.
Kanak-kanak tersebut kini berada di bawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Keluarga Daerah. Arturo Martinez, 39, suami dan ayah mangsa mengalami kecederaan kritikal dalam serangan itu.
Dia kini berada di hospital akibat cedera di kepala dan tidak boleh bercakap dengan pegawai penyiasat.
Menurut Steiber, kedua-dua mangsa turut diserang secara seksual.
Tiada barang berharga diambil daripada lokasi kejadian dan polis setakat ini tidak tahu apakah motif serangan tersebut.
"Tidak ada sebab kenapa serangan ini berlaku. Suspek juga tiada sejarah jenayah yang signifikan," kata Steiber.
Clay juga dituduh memukul dan merogol seorang wanita berusia 50 tahun di kawasan kejiranan Las Vegas beberapa jam sebelum kejadian pembunuhan berlaku. Mangsa dikatakan berjalan berhampiran satu simpang sebelum Clay memaksanya pergi ke satu kawasan sunyi dan merogolnya pada 15 April lalu.
"Mangsa dikejar, dipukul dan dirogol," jelas Steiber.
Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengaitkan Clay dengan kedua-dua serangan itu.
Satu topi yang ditinggalkan oleh Clay juga menjadi bahan bukti penting.
Seramai 60 orang anggota polis terlibat dalam siasatan kes itu.
"Matlamat kami adalah untuk memastikan suspek ditahan. Kami tidak akan berhenti sehingga berjaya," tegas Steiber.
Clay ditahan tanpa ikat jamin pada kelmarin dan sedang menunggu perbicaraan.
Dia bakal berdepan dengan pelbagai tuduhan seperti membunuh, memukul menggunakan senjata berbahaya dan melakukan serangan seksual. - Agensi

7 maut bas langgar tembok

Kosmo! Online - Dunia:


SEBUAH kren digunakan untuk mengalihkan bas yang musnah dalam kemalangan yang meragut tujuh nyawa di utara Tokyo semalam.


TOKYO - Tujuh penumpang maut selepas sebuah bas persiaran yang membawa berpuluh-puluh orang pelancong melanggar tembok sebuah lebuh raya ketika kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke taman tema Disneyland di sini.
Polis berkata, 38 penumpang dan pemandu bas yang berusia 43 tahun cedera dalam nahas jalan raya tersebut dengan 13 daripada mereka parah.
Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu berlaku pada pagi semalam di Gunma, utara Tokyo.
Enam mangsa yang maut terdiri daripada wanita berusia dalam lingkungan 20-an. Sementara mangsa ketujuh ialah seorang lelaki berusia 40-an.
Punca kemalangan ngeri tersebut masih disiasat. - Agensi